(2) hak dan tanggungjawab majikan & pekerja

19
 HAK DAN TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN PEKERJA Kontrak perkhidmatan mewujudkan hak dan tanggungjawa b yang mesti dilaksanakan oleh kedua- dua pihak majikan dan pekerja. Hak dan tanggungjawab tersebut tidak dinyatakan secara bertulis dalam kontrak perkhidmatan tetap ianya tersirat dan dilindungi oleh undang-undang sepanjang tempoh kontrak tersebut. Walaupun kes-kes yang dibincangkan adalah kes-kes common law, memandangkan konsep hak dan tanggungjawab majikan dan pekerja ini majoritinya tidak wujud dalam statut perundangan buruh di Malaysia, maka terdapat lakuna yang membolehkan prinsip common

Upload: elamazlan

Post on 13-Apr-2018

403 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

7/26/2019 (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

http://slidepdf.com/reader/full/2-hak-dan-tanggungjawab-majikan-pekerja 1/19

  HAK DAN TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN

PEKERJA

Kontrak perkhidmatan mewujudkan hak dantanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh kedua-

dua pihak majikan dan pekerja. Hak dantanggungjawab tersebut tidak dinyatakan secarabertulis dalam kontrak perkhidmatan tetap ianyatersirat dan dilindungi oleh undang-undang sepanjang

tempoh kontrak tersebut. Walaupun kes-kes yangdibincangkan adalah kes-kes common law,memandangkan konsep hak dan tanggungjawabmajikan dan pekerja ini majoritinya tidak wujuddalam statut perundangan buruh di Malaysia, makaterdapat lakuna yang membolehkan prinsip common

Page 2: (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

7/26/2019 (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

http://slidepdf.com/reader/full/2-hak-dan-tanggungjawab-majikan-pekerja 2/19

Common law diterima pakai di Malaysia.

a) Tanggungjawab tersirat majikan

1. Menyediakan/memberi pekerjaan

Mengikut kaedah umum, majikan tidak dibebankanuntuk menyediakan pekerjaan kepada pekerjanya. Dalamkes Turner lwn Sawdon & Co (1901), Yang Arif  M.R Smithberkata, “adalah dalam tanggungjawab seorang 

Page 3: (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

7/26/2019 (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

http://slidepdf.com/reader/full/2-hak-dan-tanggungjawab-majikan-pekerja 3/19

majikan untuk berkata bahawa beliau akan terusmembayar upah pekerjanya tanpadipertanggungjawabkan untuk menyediakan pekerjaan.” 

Yang Arif Hakim Asquith dalam kes Collier lwnSunday Referee Publishing Co (1940), pulamenyatakan bahawa, “selagi saya membayar upahkepada tukang masak saya, dia tidak boleh mengadu jikasaya selalu atau kadang-kadang makan di luar.” HakimAsquith seterusnya berkata, “adalah benar bahawa setiapkontrak perkhidmatan tidak seharusnya atau barangkalimembebankan majikan untuk menyediakan pekerjaan

untuk pekerjanya. Tetapi dalam keadaan-keadaan

Page 4: (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

7/26/2019 (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

http://slidepdf.com/reader/full/2-hak-dan-tanggungjawab-majikan-pekerja 4/19

tertentu, pihak majikan bertanggungjawab menyediakanpekerjaan, sebagai contoh, pekerja yang mendapat upah

melalui komisyen, ataupun (dalam kes penyanyi danpelakon), mereka membuat tawaran untuk mendapatkanpublisiti dan jika majikan tidak memberi kerja, inibermkana majikan telah menyekat peluang mereka untukmendapatkan publisiti yang dijangkakan.”

 Justeru, dalam keadaan tertentu, kegagalan majikan untukmenyediakan pekerjaan akan menyebabkan pelanggarantanggungjawab di sisi undang-undang, antara lain,

sekiranya kegagalan menyediakan pekerjaan boleh

Page 5: (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

7/26/2019 (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

http://slidepdf.com/reader/full/2-hak-dan-tanggungjawab-majikan-pekerja 5/19

membawa kepada kehilangan reputasi dan publisitipekerja ( Marbe lwn George Edwards (Daly’s Theatre) Ltd(1928) atau sekiranya kgagalan untuk menyediakan

pekerjaan boleh membawa kepada penguranganpendapatan sebenar dan pendapatan yang bakaldiperolehi oleh seseorang pekerja EPF Board lwn M.S Ally(1975).

Pemerhatian undang-undang yang terdapat dalam kes-kes di atas merumuskan, sekiranya pekerja memerlukanlatihan untuk memantapkan lagi kemahirannya dalampekerjaan, maka adalah menjadi tanggungjawab majikan

untuk menyediakan latihan yang berpatutan bagi

Page 6: (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

7/26/2019 (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

http://slidepdf.com/reader/full/2-hak-dan-tanggungjawab-majikan-pekerja 6/19

pekerjanya untuk tujuan tersebut.

2. Tidak menyediakan pekerjaan yang tidak sah atau salah disisi undang-undang 

Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikanbahawa beliau tidak menyediakan pekerjaan yang salah di

sisi undang-undang kepada pekerjanya. Beliau tidak bolehmeletakkan pekerjanya dalam keadaan atau suasana yangmenyalahi undang-undang.

Page 7: (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

7/26/2019 (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

http://slidepdf.com/reader/full/2-hak-dan-tanggungjawab-majikan-pekerja 7/19

3. Larangan terhadap melakukan pekerjaan merbahaya ataubekerja di tempat yang mengancam keselamatan

Perkara ini juga termasuk dalam terma tersiratkontrak perkhidmatan. Setiap majikan tidak harusmeminta pekerjanya melakukan pekerjaan yangmerbahaya ataupun mengarahkannya bekerja di

tempat-tempat yang boleh mengancam keselamatandirinya. Dalam kes Ottomon lwn Chakarion (1930), apellan ialah seorang pekerja tetap sebuah bank.Beliau memberitahu majikannya bahawa dirinya

dalam bahaya kerana beliau telah dijatuhi hukuman

Page 8: (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

7/26/2019 (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

http://slidepdf.com/reader/full/2-hak-dan-tanggungjawab-majikan-pekerja 8/19

mati di Turki. Beliau meminta pihak bankmemindahkannya keluar dari Turki tetapi pihak bankmenolak. Beliau meninggalkan Turki dan kerana itu

pihak bank telah memecatnya tanpa memberi notis.Beliau telah membawa kes ini ke mahkamah atas alasanpemecatannya tidak sah. Mahkamah memutuskanmengikut bukti yang kukuh bahawa keadaan

keselamatan peribadi apellan adalah benar-benar dalambahaya. Dengan itu, sebarang arahan untukmengekalkannya di Turki adalah tidak sah dan beliautidak terikat untuk mematuhi arahan pihak bank.

Page 9: (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

7/26/2019 (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

http://slidepdf.com/reader/full/2-hak-dan-tanggungjawab-majikan-pekerja 9/19

4. Menyediakan sistem kerja yang selamat

Majikan juga adalah berkewajipan untuk menyediakansistem kerja yang selamat untuk pekerjanya. Segalaalatan kerja mestilah selamat digunakan dan segalafaktor-faktor yang berkaitan dengan perlindunganpekerja wajib diberikan keutamaan. Ini termasuk sistem

kerja yang digunakan, latihan dan pengawasan yangsempurna, sistem amaran dan arahan pakaian penahanbahaya da sebagainya. Dalam kes Mathews lwn KuwaitBetchal Corporation (1959), mahkamah memutuskan

bahawa di bawah common law, adalah menjadi

Page 10: (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

7/26/2019 (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

http://slidepdf.com/reader/full/2-hak-dan-tanggungjawab-majikan-pekerja 10/19

tanggungjawab untuk menyediakan segala alatankeselamatan bagi pekerja. Sekiranya pekerja mengalamikecederaan akibat kelalaian majikannya, pekerja berhakmenuntut ganti rugi sama ada melalui tindakan tort ataupecah kontrak.

Dalam kes G. Teong Wee Meow lwn Goh Poh Chan (1981), 

mangsa telah meninggal dunia akibat terhidu gas beracunyang keluar dari perigi di tempat kerja yang dimiliki olehapellan. Perkara ini dikatakan berlaku akibat kelalaianapellan untuk menyediakan tempat kerja yang selamat.

Sebelum itu, seorang pekerja telah pengsan di dalam perigi

Page 11: (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

7/26/2019 (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

http://slidepdf.com/reader/full/2-hak-dan-tanggungjawab-majikan-pekerja 11/19

 yang sama dan apellan telah gagal untuk memberi amarankepada si mati mengenai bahaya perigi tersebut.Mahkamah memutuskan bahawa terdapat bukti yangkukuh bahawa pihak apellan telahmengetahui tentang gasberacun tersebut dan memutuskan apellanbertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian si mati.

Page 12: (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

7/26/2019 (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

http://slidepdf.com/reader/full/2-hak-dan-tanggungjawab-majikan-pekerja 12/19

b) Tanggungjawab tersirat pekerja

1. Melakukan pekerjaan dengan amanah

Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersiratuntuk bekerja dengan penuh amanah selaras dengankonsep hubungan majikan dan pekerja yang

berteraskan kepecayaan antara satu sama lain. Pekerjatidak harus melakukan pekerjaan yang bolehmemudaratkan majikannya. Dalam kes Secretary ofState for Employment lwn ASLEF (Secretary of State

 for Employment lwn ASLEF (No.2) (1972), Yang Arif

Hakim Roskill menerangkan terdapatnya tanggungjawab

Page 13: (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

7/26/2019 (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

http://slidepdf.com/reader/full/2-hak-dan-tanggungjawab-majikan-pekerja 13/19

tersirat bahawa setiap pekerja tidak seharusnyamelakukan sesuatu kerja dalam keadaan yang bolehmengganggu perjalanan perniagaan majikannya.

2. Bekerja dengan penuh berhati-hati

Adalah juga menjadi tanggungjawab tersirat dalam setiap

kontrak perkhidmatan bahawa setiap pekerja harusmenggunakan segala kepakaran kepakaran yang dimilikidalam melaksanakan tugasnya. Jika tanggungjawab initidak disempurnakan oleh pekerja, maka majkannyamempunyai hak untuk menuntut ganti rugi akibatkecuaian pekerjanya dalam melaksanakan tugas.

Page 14: (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

7/26/2019 (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

http://slidepdf.com/reader/full/2-hak-dan-tanggungjawab-majikan-pekerja 14/19

Dalam kes Lister lwn Romford Ice and Cold Storage Co Ltd(1957), mahkamah telah memutuskan bahawa seorangpekerja yang diupah untuk memandu kereta tuannya

mempunyai tanggungjawab untuk berhati-hati ketika memandu. Pelanggaran kewajipan berhati-hati ini akanmembolehkan majikan membawa tuntutan ganti rugiterhadap pekerjanya kerana pecah terma tersirat

dalam kontrak perkhidmatan.

3. Rasuah/ komisyen secara sulit

Setiap pekerja hanya boleh bekerja untuk majikannyasahaja dan adalah tidak sejajar dengan tanggungjawabnya

Page 15: (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

7/26/2019 (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

http://slidepdf.com/reader/full/2-hak-dan-tanggungjawab-majikan-pekerja 15/19

untuk bekerja dengan amanah jika beliau menerimasesuatu ganjaran daripada pihak lain dalam sesuatuurusan yang dilaksanakannya. Dalam kes Boston Fishing

& Ice Co lwn Ansell (1888), pihak defendan adalahpengarah urusan di syarikat plaintif.Beliau telahmembuat pesanan untuk mendapatkan bekalan dengansebuah syarikat lain yang mana beliau mendapat

komisyen.Mahkamah telah memutuskan bahawa pemecatannya adalah sah.

4. Bekerja sembilan

Common law tidak menghalang pekerja daripada

Page 16: (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

7/26/2019 (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

http://slidepdf.com/reader/full/2-hak-dan-tanggungjawab-majikan-pekerja 16/19

bekerja di tempat lain pada waktu lapang untukmenambahkan pendapatan tetapi pekerjaannya mestilahtidak menggangu masa pekerjaan sehariannya. Jika adasebarang bukti yang menunjukkan pekerja, dengan bekerjadi tempat lain boleh memudaratkan perniagaanmajikannya, maka pihak majikan mempunyai hak untukmemohon perintah injuksi untuk menghalang pekerjanya

daripada bekerja pada waktu lapang.

Dalam kes Hivac lwn Park Royal Scientific Intruments Co(1964), perintah injuksi telah diberi terhadap pihak pesaing

untuk menghalangnya daripada terus mengambil pekerja-pekerja plaintif untuk bekerja pada waktu lapang mereka.

Page 17: (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

7/26/2019 (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

http://slidepdf.com/reader/full/2-hak-dan-tanggungjawab-majikan-pekerja 17/19

Dalam kes ini pihak defendan adalah pekerja-pekerjaplaintif. Pihak defendan telah menggunakan segalamaklumat dan data syarikat plaintif untuk bekerja dengan

sebuah syarikat lain pada waktu lapang mereka.Mahkamah memutuskan bahawa memandangkan pihakpekerja mengetahui, mempunyai niat dan telah mengaturuntuk bekerja pada waktu lapang mereka sehingga

mengakibatkan kemudaratan terhadap perniagaan majikan,maka dengan itu, perintah injuksi dikeluarkan.

Page 18: (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

7/26/2019 (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

http://slidepdf.com/reader/full/2-hak-dan-tanggungjawab-majikan-pekerja 18/19

5. Maklumat-maklumat rahsia

Prinsip utama yang terdapat dalam kes Rob lwn Green

(1895), ialah terdapat perjanjian tersirat dalam kontrakperkhidmatan bahawa pekerja akan bekerja dengan penuhamanah dan dengan perjanjian tersebut, maka pihakdefendan telah terikat untuk tidak menggunakan segala

maklumat yang beliau perolehi semasa menjalankan tugasdengan cara yang boleh mengakibatkan kemudaratankepada majikannya. Dengan itu, pihak pekerja tidakseharusnya menyampaikan sebarang maklumat rahsiamengenai perniagaan majikannya kepada orang yangtidak layak.

Page 19: (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

7/26/2019 (2) Hak Dan Tanggungjawab Majikan & Pekerja

http://slidepdf.com/reader/full/2-hak-dan-tanggungjawab-majikan-pekerja 19/19

Maklumat ini boleh jadi ada kaitan dengankeuntungan perniagaan, bentuk operasi syarikatdan sebagainya.