penyata rasmi parlimen dewan negara · lebih penting lagi apabila yang amat berhormat dato’ sri...

78
BIL.4 KHAMIS 21 APRIL 2011 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT PERTAMA

Upload: others

Post on 29-Oct-2019

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

BIL.4 KHAMIS 21 APRIL 2011

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT

MESYUARAT PERTAMA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL: Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

- YB Senator Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn (Halaman 21)

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2011

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan
Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan
Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang

2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Armani binti Haji Mahiruddin (Sabah)

3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman (Dilantik)

4. “ Datuk Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik)

5. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor)

6. “ Tuan Ahmad bin Hussin (Perlis)

7. “ Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim (Kelantan)

8. “ Datuk Akbar bin Ali (Melaka)

9. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) Senator - Timbalan Menteri Luar Negeri I

10. “ Datuk Dr. Awang Adek Hussin (Dilantik) Senator - Timbalan Menteri Kewangan I

11. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak)

12. “ Tuan Boon Som a/l Inong (Dilantik)

13. “ Datuk Chandrasekar Suppiah (Dilantik)

14. “ Puan Chew Lee Giok (Dilantik)

15. “ Dato’ Daljit Singh Dalliwal (Dilantik)

16. “ Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak)

17. “ Dato’ Donald Lim Siang Chai (Dilantik) Senator – Timbalan Menteri Kewangan II

18. “ Puan Doris Sophia ak Brodi (Dilantik)

19. “ Puan Hajah Fatimah binti Hamat (Terengganu)

20. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik)

21. “ Tuan Gan Ping Shou @ Gan Ping Sieu (Dilantik) Senator – Timbalan Menteri Belia dan Sukan I

22. “ Puan Heng Seai Kie (Perak) Senator – Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat

23. “ Dato’ Haji Idris bin Haji Buang (Sarawak)

24. “ Dato’ Sri Idris Jala (Dilantik) Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

25. “ Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum (Dilantik) Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

26. ” Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin (Dilantik)

27. “ Tuan Khoo Soo Seang (Johor)

28. “ Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Dilantik) Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

29. “ Tuan Lee Cheam Choon (Melaka)

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

ii DN 21.4.2011

30. Yang Berhormat Datuk Maglin a/l Dennis D’Cruz Senator – Timbalan Menteri

Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II

31. “ Datuk Maijol Mahap (Sabah)

32. ” Dr. Malasingam a/l Muthukumaru (Dilantik)

33. “ Puan Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik)

34. “ Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Dilantik) Senator – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

35. “ Dato’ Maznah binti Mazlan (Dilantik) Senator – Timbalan Menteri Sumber Manusia

36. “ Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor (Dilantik)

37. “ Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah (Negeri Sembilan)

38. “ Dato Sri Dr. Mohd. Effendi bin Norwawi (Dilantik)

39. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis)

40. “ Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin (Kedah)

41. “ Tuan Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik)

42. “ Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi (Kelantan)

43. “ Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff (Pulau Pinang)

44. “ Tuan Ng Fook Heng (Pahang)

45. “ Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn (Dilantik)

46. “ Puan Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik)

47. “ Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy (Dilantik)

48. “ Tuan Pau Chiong Ung (Dilantik)

49. “ Datuk Paul Kong Sing Chu (Dilantik)

50. “ Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin (Dilantik) Senator – Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

51. “ Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Selangor)

52. “ Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid (W.P. Kuala Lumpur)

53. “ Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil (W.P. Putrajaya) Senator – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

54. ” Dr. Syed Husin Ali (Selangor)

55. “ Tan Sri Datuk Tee Hock Seng (Dilantik)

56. “ Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim (Pulau Pinang)

57. “ Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram (Dilantik)

58. “ Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor (Dilantik)

59. “ Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam (Negeri Sembilan)

60. “ Puan Hajah Zainun binti A. Bakar (Terengganu)

61. “ Dato’ Zaitun binti Mat (Pahang)

62. “ Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf (Kedah)

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen

Dato’ Ngah Senik

Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani bin Haji Sulaiman

Petugas-Petugas Penyata Rasmi (Hansard) Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd Hassan Rosna binti Bujairomi

Supiah binti Dewak Nurziana binti Ismail

Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki

Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Mohd. Shahrul Hafiz bin Yahaya

Mulyati binti Kamarudin Ganesan a/l Nanthan

Nor Hamizah binti Haji Hassan

Azmir bin Mohd Salleh Nur Nazihah binti Mohd. Nazir

Noraidah binti Manaf Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil

Mohd. Zaidi bin Mahmood Mohd. Izwan bin Mohd. Esa

Hazrul bin Sharif Nurul Aishah binti Sha’arin Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Ainuddin bin Ahmad Tajuddin

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan
Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Khamis, 21 April 2011

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta Perdana Menteri menyatakan, sekiranya kerajaan berhasrat untuk melancarkan Attitude Transformation Programme (ATP) untuk melengkapkan GTP dan ETP. Soalan ini dikemukakan memandangkan pentingnya perubahan sikap untuk menjayakan Gagasan 1Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator kerana secara bernas telah membangkitkan satu persoalan dan aspek yang sangat penting. Sebenarnya pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang merupakan dua tonggak untuk menjayakan Gagasan 1Malaysia telah mulai menjana satu proses transformasi sikap atau dengan Attitude Transformation Process (ATP).

GTP dan ETP menggunakan kaedah makmal yang melibatkan para pegawai kanan, pemimpin sektor swasta, pakar perunding dan akademik untuk sama-sama menganalisis, merancang dan menggubal strategi dan program yang inovatif untuk membawa faedah yang besar bagi rakyat dalam pelbagai bidang keberhasilan yang akan diukur oleh petunjuk-petunjuk seperti KPI. Selanjutnya, para penjawat awam pelbagai peringkat dari beberapa kementerian atau agensi yang berkenaan dilibatkan secara besar-besaran misalnya bagi NKRA pendidikan dan NKRE jenayah. Proses ini telah mulai menjana inovasi, perubahan minda, budaya kerja bahkan nilai-nilai positif di kalangan penjawat awam.

Hasil pertama ialah pelaksanaan strategi dan program telah menjadi lebih fokus dan berkesan. Pengurusan sumber manusia kewangan dan kebendaan pun menjadi lebih cekap dan tepat.

Kedua, kaedah makmal menggalak dan menjana perkongsian pandangan, pengetahuan, pengalaman mahupun sumber di mana tembok pemisah yang wujud dahulu di antara agensi-agensi kerajaan serta di antara sektor awam dan sektor swasta dapat dipecahkan atau diturunkan untuk kerjasama yang lebih erat supaya menghasilkan sinergi.

Ketiga, pengurusan nilai atau value management sedang diamalkan yang mengutamakan value for money atau nilai yang berbaloi. Dengan tumpuan untuk mengurangkan kos dan meningkatkan impak. Proses peralihan juga telah menjadi lebih telus. Ini adalah selaras dengan sasaran NKRA mengurangkan rasuah untuk meningkatkan tadbir urus baik dan memupuk nilai berjimat cermat dan berhemah.

Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan agenda membina negara untuk mencapai Wawasan 2020. Beliau sebenarnya telah menekankan aspek nilai-nilai. Aspek utama yang pertama yang bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kepelbagaian atau unity in diversity adalah melalui penerapan tiga teras perpaduan yang merangkumi sikap menerima kepelbagaian, mendukung prinsip-prinsip kenegaraan yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dan menegak keadilan sosial untuk semua. Tiga teras perpaduan ini pula didukung oleh nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, rendah diri atau tawahud dan kesederhanaan dan berbudi bahasa.

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

2 DN 21.4.2011

Aspek utama yang kedua ialah penerapan lapan nilai aspirasi untuk

merealisasikan komitmen Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu, budaya inovasi, integriti, ketabahan, kesetiaan dan kebijaksanaan. Nilai-nilai ini bukanlah terhad kepada para penjawat awam tetapi adalah untuk semua rakyat Malaysia. Sebagai kesimpulan, ATP sememangnya sedang dijana dalam proses pelaksanaan GTP dan ETP. Di sebaliknya, ianya juga menjadi landasan budaya kerja baru bagi melengkapkan GTP dan ETP serta mengisi Gagasan 1Malaysia. Aspek perubahan sikap ini adalah amat penting dan sepatutnya diberi penjelasan dan pendekatan yang lebih fokus lagi seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Senator. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah, soalan tambahan.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri yang saya rasa cukup bernas.

Akan tetapi yang saya agak terkilan, saya mengalu-alukan bahawa secara tidak langsung semangat daripada ATP yang saya cadangkan ini memang telah dilaksanakan dalam proses dan prosedur pelaksanaan ETP dan GTP dan saya rasa ini patut dialu-alukan.

� 1010

Akan tetapi apa yang terbuku di kalbu saya atau tersirat di hati saya Tuan Yang di-Pertua ialah ETP dijadikan sebagai satu program utama dengan perancangan-perancangan khusus dan bukan dianggap sebagai satu panduan melaksanakan GTP dan ETP sahaja. Saya teringat sewaktu Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan di awal tahun 70-an telah ada satu program iaitu Revolusi Mental.

Akan tetapi entah bagaimana, program itu terbantut setengah jalan dan tidak dilaksanakan. Saya rasa dalam hal ini, ATP ini bukan sahaja sekadar pelaksanaan prosedur ETP dan GTP sahaja. Saya melihat kepada sikap setengah-setengah pegawai kerajaan dan orang swasta. Sikap kita terhadap pembentukan sebuah negara bangsa. Oleh sebab itu, saya rasa untuk memastikan ATP dan GTP itu terlaksana dengan baik, maka amatlah wajar supaya ATP dijadikan satu program khusus bukan merupakan satu panduan prosedur dan proses sahaja. Terima kasih.

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Seperti yang saya nyatakan dalam kesimpulan saya, sebenarnya saya juga bersetuju bahawa aspek ATP ini sepatutnya diberi penekanan dan penjelasan yang lebih berfokus lagi. Walau bagaimanapun, apa yang harus saya tegaskan di sini ialah kaedah dan pendekatan yang diamalkan sekarang ini ialah untuk cuba membawa perubahan sikap dan nilai melalui proses secara konkrit dalam pelaksanaan iaitu, dengan izin, changing attitude through doing dan bukanlah sahaja dari segi untuk memberi ceramah mengenai nilai-nilai. Akan tetapi nilai-nilai itu sebenarnya haruslah diserapkan di dalam segala prosedur yang dilaksanakan. Oleh sebab itu dengan cara sedemikian, maka perubahan sikap dan budaya kerja itu akan menjadi lebih berkekalan dan lebih berkesan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Yusof bin Husin, soalan tambahan.

Tuan Haji Muhammad Yusof bin Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan tambahan saya ialah untuk melaksanakan ATP ini, ia merupakan satu perkara yang besar dan perlu melibatkan semua pihak, bukan sahaja di peringkat pegawai kerajaan, swasta tetapi juga semua parti politik. Apa yang saya maksudkan di sini, kalau dahulu negara kita pada tahun 90-an pernah menubuhkan Majlis Perunding Ekonomi (MAPEN) yang melibatkan semua agensi termasuk parti-parti politik untuk melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan. Ianya merupakan apabila dilaksanakan, menyeluruh, semua pihak boleh memberi pandangan, semua pakar oleh memberikan sumbangan mereka. Pertanyaan saya ialah adakah kerajaan tidak bercadang untuk ATP ini dilaksanakan sebagaimana penubuhan Majlis Ekonomi Negara pada satu ketika dahulu? Terima kasih.

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 3

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: Terima kasih. Sebenarnya, proses GTP dan ETP

adalah hasil daripada satu proses perundingan secara meluas iaitu melalui bukan sahaja makmal-makmal yang merangkumi perwakilan daripada semua pihak walaupun tidak secara langsung melibatkan ahli-ahli politik. Ini kerana kami tidak mahu supaya apa yang berlaku dalam makmal itu menjadi satu forum, polemik antara parti-parti politik.

Walau bagaimanapun, selepas makmal itu menghasilkan cadangan-cadangan yang konkrit, maka ia dipamerkan secara besar-besaran, bukan sahaja untuk ahli politik tetapi untuk semua orang awam dan proses ini memang telah berlangsung beberapa kali untuk GTP dan ETP.

Di samping itu, kami juga memerhatikan bahawa penglibatan anggota politik melalui Dewan Negara yang mulia ini dan Dewan Rakyat memang telah diberi ruang yang agak cukup untuk semua pihak menyuarakan pandangan masing-masing. Walau bagaimanapun, kami memang mengalu-alukan penyertaan dan sumbangan secara konkrit daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sudi juga tampil ke hadapan untuk menawarkan pengalaman dan kepakaran yang relevan untuk mana-mana aspek GTP, ETP ataupun ATP. Maka, saya memang gembiralah bahawa kita wujud satu lagi acronym yang baru tetapi sebenarnya mencerminkan proses penerapan nilai-nilai murni seperti yang dipacu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dengan acronymnya ATP yang dihasilkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Hussin, soalan tambahan.

Tuan Ahmad bin Hussin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri yang menjawab. Saya harap ada satu konsep ayat al-Quran iaitu, “Tuhan tidak merubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu merubah nasib mereka sendiri”. Inilah yang digunakan oleh Korea dalam Saemaul Undong. Saya harap ada atau tidak satu konsep yang mahu dimasukkan dalam pemikiran rakyat Malaysia? So, ia benar-benar energetic atau bertenaga mahu membangun, itu pertama. Kedua, apakah pihak kerajaan berpuas hati terhadap kerjasama yang diberikan oleh pihak swasta untuk mengenalpasti strategi-strategi konkrit, pelan dan inisiatif-inisiatif yang dapat mentransformasikan negara mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi, berterangkuman dan mapan? Sekian, terima kasih.

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: Terima kasih. Saya memang bersetuju sepenuhnya dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Senator sebentar tadi. Kita mestilah berkongsi nasib dan juga mempunyai satu perasaan bahawa keadaan memang amatlah mendesak iaitu a sense of urgency. Ini adalah kerana negara Malaysia kita ini sedang menghadapi satu persaingan yang agak sengit dalam pasaran sedunia. Dahulu memang banyak negara tidak mengamalkan ekonomi terbuka. Akan tetapi sekarang negara-negara besar seperti India, China, Rusia, Brazil mahupun Vietnam telah membuka ekonomi mereka dan menjadikan persaingan kepada negara Malaysia. Oleh itu, adalah amat penting kita semua mempunyai satu sikap berkongsi nasib bertungkus-lumus bersatu hati mengikut Gagasan 1Malaysia.

Keduanya, setakat ini kerjasama dan sambutan daripada sektor swasta memang boleh disifatkan sebagai menggalakkan.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan hendaklah sentiasa berunding dan bersama dengan sektor swasta untuk meyakinkan pihak sektor swasta bahawa keuntungan bukanlah segala-galanya tetapi kita memerlukan sebuah masyarakat dan ekonomi yang mapan iaitu sustainable, yang dapat terus maju tetapi dengan mengambil kira semua golongan. Oleh itu, konsep keterangkuman itu adalah amat penting dalam Model Ekonomi Baru. Terima kasih

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Minta Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah binti Hamat mengemukakan pertanyaan.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

4 DN 21.4.2011

■1020

2. Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, sejauh manakah kerjasama dapat dijalinkan antara Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Agensi Berita Indonesia (ANTARA) dalam menerbitkan dokumentari bagi memperkukuhkan hubungan antara kerajaan, masyarakat dan budaya dua negara jiran Malaysia dan Indonesia.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan [Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim]: Tuan Yang di-Pertua, kerjasama di antara Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Agensi Berita Indonesia (ANTARA) bermula apabila kedua-dua agensi menandatangani pertukaran berita pada bulan Ogos 1970. BERNAMA juga membuka cawangan biro di Jakarta pada tahun berkenaan di mana pejabat biro BERNAMA terletak di wisma ANTARA di Jakarta, Indonesia. ANTARA juga kemudiannya membuka biro di Malaysia dan berpejabat di Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur.

Tuan Yang di-Pertua, bermula pada tahun 2008 kerjasama BERNAMA - ANTARA diluaskan dengan pertukaran foto antara kedua-dua agensi. Semenjak tahun 2009, BERNAMA - ANTARA mula mengadakan pertukaran wartawan di antara satu sama lain menerusi skim attachment, dengan izin. Pada awal tahun 2011, BERNAMA - ANTARA telah menandatangani perjanjian mengembangkan kerjasama sedia ada dengan pertukaran bahan-bahan radio atau video footages, dengan izin. Kerjasama ini dijangka akan bermula pada tahun 2011 pada bulan Jun selepas ANTARA melancarkan stesen televisyen ANTARA televisyen.

Memandangkan kerjasama yang telah berlangsung selama 41 tahun ini, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan BERNAMA yakin terbitan bersama dokumentari dapat dilaksanakan dengan baik. Ini akan dapat membantu meningkatkan pengetahuan rakyat Malaysia, rakyat Indonesia dan seterusnya mengukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia dalam pelbagai bidang.

Datuk Hajah Fatimah binti Hamat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Kerjasama antara BERNAMA dan ANTARA adalah langkah penting dalam memperkukuhkan bukan sahaja hubungan media dua negara tetapi juga meliputi sosial budaya dan kesenian.

Soalan tambahan saya, dalam menjalinkan hubungan kerjasama antara BERNAMA dan ANTARA adakah kerajaan bercadang akan turut melibatkan pertukaran wartawan antara kedua-dua media. Sejauh manakah dokumentari yang diterbitkan ini menangani isu salah faham antara kedua-dua negara dan seterusnya memupuk keharmonian antara Malaysia dan Indonesia. Terima kasih.

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator. Sebahagian daripada soalan ini sudah telah pun dijawab sebentar tadi. Namun bidang-bidang lain seperti seni, budaya dan juga aktiviti-aktiviti kemasyarakatan telah pun dilaksanakan. Salah satu daripadanya ialah Titian Muhibah menerusi siaran radio dan juga liputan-liputan peristiwa penting antara kedua-dua negara. Sama ada menerusi dokumentari seperti yang dirancang ini kita dapat menggambarkan sepenuhnya beberapa gambaran solution atau jalan keluar daripada program-program yang dipertikaikan ataupun aktiviti-aktiviti yang dipertikaikan masih perlu kita lihat dari semasa ke semasa.

Namun kami di kementerian yakin dan wakil-wakil ANTARA yang sentiasa berkunjung ke Kuala Lumpur juga yakin bahawa talian antara generasi muda dengan generasi muda kedua-dua negara perlu dipertingkatkan menerusi program-program sosial, budaya, seni, ikatan, media dan sebagainya.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. BERNAMA hari ini telah mempelbagaikan bidang perniagaannya. Sebagai the leading content provider hari ini kita dapat banyak perkhidmatan dalam segi news reporting dan juga business reporting. Baru-baru ini ataupun tidak lama dahulu, BERNAMA telah juga memperkenalkan BERNAMA TV dan juga radio BERNAMA 24 jam. Saya ingin tahu setakat mana kejayaan kedua-dua saluran ini setakat ini dan saya juga ingin memberi sedikit maklum balas berhubung dengan berita yang disampaikan oleh BERNAMA TV.

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 5

Ini kerana sebagai satu saluran yang sentiasa mengutarakan berita pada waktu-

waktu ataupun jam tertentu. Kadangkala kita juga terasa jelak juga kerana dipaparkan dengan berita dan gambar yang sama. Ini mungkin kerana kekurangan-kekurangan dari segi roving reporting dan juga on-site reporting daripada pihak BERNAMA TV sendiri. Terima kasih.

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator. Seperti yang di maklum BERNAMA TV adalah satu usaha sama yang telah dijalinkan semenjak beberapa lama. Justeru ianya terlandas kepada beberapa susunan dan keutamaan komersial yang sendiri dilaksanakan oleh kedua-dua pihak. Cuma BERNAMA setakat ini hanya memiliki tidak lebih dari 30 peratus daripada kepentingan yang diketahui oleh umum dan selebihnya di sertai oleh pelbagai pihak.

Dalam suasana kejayaan-kejayaan yang dipersoalkan itu dapatlah saya kemukakan seperti berikut iaitu BERNAMA telah berjaya mengetengahkan pelbagai laporan komersial dagang dan juga sajian-sajian yang menumpukan kepada perhatian segmen wilayah, negeri dan juga berkaitan dengan program-program pemberitaan biasa. Namun memang dirasai barangkali oleh beberapa aspek penyajian iaitu kandungan-kandungan harian dan mingguan ini ada yang diulang tayang dan ada yang diletakkan sebagai punca-punca ataupun sumber-sumber digital yang harus ditayang semula.

Di atas teguran yang dikemukakan oleh bukan sahaja Yang Berhormat tetapi beberapa pihak lain kementerian telah dan sedang meneliti pencapaian yang dicapai oleh syarikat usaha sama tersebut. Sekiranya tidak menepati tahap-tahap ataupun piagam yang ditentukan maka kementerian akan membuat laporan langkah-langkah yang harus diambil termasuk menyusun semula kepentingan awam dalam penyajiannya.

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Berhubung dengan pertukaran liputan dokumentari antara dua negara yang sememangnya berkongsi budaya dan juga cara hidup ini satu perkara permulaan yang baik. Yang menjadi persoalan saya ialah yang ingin saya tanyakan selepas beberapa persetujuan untuk berkongsi ataupun menukar foto, wartawan atau juga video ini secara umumnya kita belum nampak kesan liputan berita umum selain daripada lawatan pimpinan utama negara.

Jadi saya ingin tahu daripada pihak kementerian dari segi sukatannya ataupun sekurang-kurangnya percentage dan masanya, berapakah setakat ini kesan liputan berita umum sama ada di Malaysia ataupun di Indonesia berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA di sana.

Keduanya ialah saya juga ingin tahu supaya kita lebih kembangkan lebih jauh lagi hubungan antara Malaysia dengan Indonesia ini. Apakah terlalu sukar untuk kita adakan atau untuk kita buat liputan penggunaan talian handphone sekata dan selaras di antara dua negara ini seperti mana Yang Berhormat Menteri sendiri telah melancarkan di antara Malaysia dengan Singapura semalam itu. Jadi saya ingin dapatkan penjelasan. Terima kasih.

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator. Perincian harian yang dimaksudkan ataupun perincian taburan berita yang dibuat oleh kedua-dua agensi sesungguhnya menggalakkan. Misalnya dalam setiap minggu tidak kurang dari tiga segmen penting yang telah disajikan di kedua-dua belah pihak termasuk di Jakarta dan di Kuala Lumpur.

■1030

Sekitar tiga minggu yang lalu misalnya satu kumpulan dari BERNAMA telah menerima kunjungan dari ANTARA untuk mengemaskan program-program penulisan berita dan rencana untuk kedua-dua pihak. Apa yang penting dilihat dari sudut ini ialah susunan media di Malaysia dan susunan atau struktur media yang ada di Indonesia, kedua-duanya adalah berbeza. Walau bagaimanapun lantaran ANTARA dan BERNAMA mempunyai ciri-ciri yang mempunyai sifat-sifat kerajaan di dalamnya. Maka kita melangsungkan penilaian ini dari sudut laporan dahulu dan kemudian diberi perincian dari sudut penilaian penulisan dan juga kesan atau impaknya pada media.

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

6 DN 21.4.2011

Bagi menjawab soalan segmen kedua iaitu kerjasama dalam bidang talian telefoni

atau hubungan menerusi telefon khususnya telefon bimbit dan juga urusan SMS atau sistem isyarat ringkas serta berkaitan dengan email dan lain-lain. Selepas program kita dengan Singapura dalam menentukan supaya caj rayauan itu telah ditentukan ke tahap yang lebih menarik dan lebih diterima oleh masyarakat dalam konteks ASEAN yang berkomunitikan asas-asas sama. Kita akan kemukakan di peringkat Menteri-Menteri Penerangan ASEAN, beberapa langkah sekutu yang perlu kita ambil kemudian. Setakat ini hanya antara Singapura dan Malaysia yang telah menandatangani secara perjanjian penurunan caj rayau misalnya. Dengan Indonesia ini adalah satu lagi kemungkinan, begitu juga dengan negara Thailand sendiri.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini kita dikunjungi oleh tiga orang Menteri sekali gus. Dewan Negara yang mulia ini mengalu-alukan kehadiran dan terima kasih atas keprihatinan datang sendiri menjawab soalan pada pagi ini. Terima kasih.

Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya kemukakan soalan pada pagi ini, kita mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Batu Gajah, Tanah Merah di dalam Dewan persidangan ini.

3. Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, usaha-usaha bagi menambahkan pendapatan suri rumah khususnya ibu tunggal di negara ini untuk dikeluarkan daripada kelompok miskin tegar.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat saya juga ingin mengalu-alukan tenaga pendidik dan juga pelajar daripada Tanah Merah. Kita rasa gembira kerana generasi pewaris di bawah kerajaan yang ada pada hari ini di mana pendidikan yang diberi terbaik dan sebaik-baiknya dapat menghadiri di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat kerana sudi bertanya soalan sekali lagi tentang isu ibu tunggal. Saya nampak bahawa Ahli-ahli Senat memang gemar dan mengambil tahu tentang kebajikan dan pembangunan ibu tunggal di negara ini. Terima kasih ya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin nyatakan bahawa usaha untuk membantu golongan suri rumah khususnya ibu tunggal di negara ini supaya mereka dapat dikeluarkan daripada kelompok kemiskinan tegar menjadi salah satu perjuangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bagi tujuan penggubalan program yang bersesuaian dengan golongan ini, ibu tunggal ditakrifkan berdasarkan kriteria-kriteria yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia iaitu khusus untuk Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia tahun 2000 lagi iaitu:

(i) wanita yang menjadi ketua isi rumah;

(ii) balu atau bercerai, berpisah tetap; dan

(iii) mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.

Ini adalah kriteria yang kita gunakan secara umumnya. Ibu tunggal saya hendak maklumkan, bahawa ibu tunggal menikmati kesemua manfaat dari semua dasar dan polisi kerajaan berkaitan wanita, usahawan, kesihatan, perumahan dan sebagainya. Walau bagaimanapun dalam aspek tertentu seperti pengagihan bantuan kebajikan, penyewaan rumah kos rendah dan sebagainya, agensi yang terlibat turut memberi keutamaan kepada ibu tunggal. Itu secara umumnya Yang Berhormat.

Selain daripada itu pihak kementerian kita meliputi penyediaan program dan perkhidmatan bagi meningkatkan tahap ekonomi dan sosial golongan tersebut agar mereka dan keluarga mampu mencapai kualiti hidup yang lebih baik.

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 7

Kementerian terutamanya menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah

melaksanakan di antara lain Program Inkubator Kemahiran Wanita atau I-KIT, di mana ibu tunggal yang berminat untuk menceburi dunia keusahawanan akan dilatih dan dibimbing dalam enam bidang kemahiran.

Semenjak tahun 2008 misalnya hingga akhir tahun 2010, seramai 1,699 orang ibu tunggal telah berjaya dilatih secara terperinci untuk menjalankan perniagaan dari rumah atau berjaya mendapatkan pekerjaan berbekalkan kemahiran yang diperolehi. JPW juga menjalankan kerjasama pintar dengan pelbagai NGO untuk melaksanakan Program Pembangunan Kapasiti Wanita dalam pelbagai bidang seperti peningkatan kemahiran, kesejahteraan emosi, literasi undang-undang, kewangan dan sebagainya.

Peruntukan diberikan kepada NGO-NGO tersebut termasuklah Persatuan-persatuan Ibu Tunggal bagi menjalankan program yang sehingga kini melibatkan penyertaan seramai 7,516 orang ibu tunggal. JPW turut menyediakan perkhidmatan kaunseling dan para kaunseling untuk wanita dan ibu tunggal. Perkhidmatan tersebut disediakan melalui Pejabat-pejabat Pembangunan Wanita Negeri di seluruh negara.

Pada tahun 2009 hingga 2010 misalnya seramai 1,828 orang ibu tunggal mendapat perkhidmatan bimbingan kaunseling yang disediakan. Perkhidmatan ini bertujuan untuk membantu memulih dan mempertingkatkan keyakinan ibu tunggal tersebut agar mereka lebih bermotivasi untuk merencana masa hadapan mereka dan anak-anak sekeluarga. Selain daripada itu pegawai-pegawai yang bertanggungjawab juga akan membantu menyalurkan permohonan bantuan oleh ibu tunggal ini ke agensi-agensi yang berkaitan.

Selain daripada itu kementerian juga seperti mana yang saya nyatakan pada hari Isnin, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyalurkan beberapa bantuan untuk ibu-ibu tunggal yang miskin dan berpendapatan rendah. Saya ulangi apa jawapan saya pada hari Isnin iaitu sepanjang tahun sudah seramai 47,526 orang ibu tunggal telah menerima bantuan kanak-kanak yang melibatkan peruntukan sejumlah RM112 juta. Seramai 25,587 ibu tunggal menerima bantuan am yang melibatkan peruntukan berjumlah RM51.5 juta dan 142 orang ibu tunggal menerima bantuan geran pelancaran yang melibatkan peruntukan RM357,500.

Akhir sekali, kementerian telah menggunakan pendekatan kebajikan produktif atau dengan izin, productive welfare menerusi social enterprise bagi membantu penerima bantuan kebajikan terutama ibu tunggal ke arah hidup berdikari dan tidak bergantung kepada bantuan selama-lamanya melalui program berbentuk pembangunan modal insan. Melalui Program 1Azam di bawah NKRA untuk meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, ibu tunggal berpotensi yang ditawarkan penyertaan sama ada melalui Azam Tani, Azam Niaga, Azam Khidmat atau Azam Kerja menerima bantuan modal yang bersesuaian bagi membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan. Terima kasih.

Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim: Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa hampir 75 peratus daripada kerja tanpa bayaran adalah sumbangan daripada wanita termasuk ibu tunggal kalau dikira dari segi pendapatan KDNK semasa yang ada ini.

■1040

Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, ialah apakah kerajaan akan memberikan suatu pengutamaan khususnya kepada wanita dan ibu tunggal untuk menambahkan lagi pendapatan dari rumah misalnya melalui perniagaan melalui internet dan sebagainya?

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, daripada penjelasan Yang Berhormat Menteri – saya cukup kagum dengan Menteri yang sering ke Dewan Negara.

Ada penjelasan yang menyatakan kalau kita hendak klasifikasikan ibu tunggal ini, satunya ialah ibu tunggal muda, satu ibu tunggal yang tua. Ibu tunggal muda ini ‘ITM’ lah nama ringkasnya. Yang ITM ini saya rasa dia masih lagi menyara anak dia dan anak dia masih lagi sekolah.

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

8 DN 21.4.2011

Ibu tunggal tua ataupun ITT nama ringkasnya, dia telah mempunyai anak tetapi kemungkinannya anaknya boleh menyara balik ibunya kerana anaknya sudah mendapat pekerjaan. Apakah kerajaan sedia untuk memberikan pengutamaan kepada yang ITM tadi? Ini kerana dia masih tidak mendapat apa-apa pendapatan kerana anaknya masih lagi kecil. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya hendak buat satu klarifikasi. Dalam hidup seorang wanita, kita tidak kenal erti perkataan tua, Yang Berhormat... [Tepuk] Jadi saya hendak kata sebenarnya tidak ada ITT. Apa yang saya tahu, yang ada cuma ITM sahaja. Ibu tunggal muda, ibu tunggal matang. Itu sahaja, betul tidak? Orang lelaki saya tidak tahulah macam mana. Akan tetapi kita wanita, insya-Allah, tidak rasa tua pun Yang Berhormat.

Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim: Tuan Yang di-Pertua, saya tarik balik kenyataan saya... [Tepuk]

Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil: [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih... [Ketawa]

Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pihak kerajaan kita memang mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu tunggal sama ada yang muda atau matang di negara kita ini. Oleh sebab itu peratusan daripada bantuan dan juga peruntukan yang diberikan kepada kementerian, kita tumpukan pada ibu-ibu tunggal. Saya hendak maklumkan bahawa walaupun tadi saya berkongsi bersama Yang Berhormat takrifan ibu tunggal secara officialnya, tetapi di kementerian kita banyak juga membantu ibu-ibu tunggal yang memerlukan bantuan walaupun mereka tidak jatuh di mana-mana kriteria ini selagi mereka memerlukan bantuan.

Saya setuju dengan Yang Berhormat bahawa sebenarnya yang mustahak ialah untuk menggilap potensi yang ada kepada setiap ibu tunggal itu. Ini kerana kalau kita memberi peluang kepada mereka dari segi kemahiran, peruntukan mahupun geran untuk mereka membina semula kehidupan mereka, insya-Allah pada suatu hari kelak, mereka mampu berdikari dan tidak lagi terpaksa untuk menunggu bantuan daripada kerajaan dan dapat membantu lah bukannya diri mereka tetapi juga anak-anak mereka.

Maka dengan itu, beberapa polisi dan program yang dijalankan bukan hanya dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi juga daripada kementerian-kementerian yang lain sepertimana yang saya katakan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan juga Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dan lain-lain. Semua menteri yang ada di Kabinet dan agensi-agensi di bawah mereka memberi keutamaan kepada ibu tunggal.

Yang Berhormat, dalam satu dekad pewujudan kementerian ini, saya rasa salah satu daripada kejayaan kami adalah untuk mengetengahkan isu ibu tunggal. Saya ingat satu ketika dahulu, ibu tunggal tidak diberi penghormatan yang sewajarnya. Nama ketika itu dipanggil janda. Akan tetapi alhamdulillah, oleh kerana perjuangan kementerian, maka yang paling mustahak pada saya dan saya rasa Yang Berhormat Senator Mumtaz pun setuju dengan saya iaitu penghormatan (dignity) dengan izin, yang kita beri kepada mereka yang mahu menjaga, memelihara keluarga mereka dengan sebaik-baiknya. Hari ini saya tidak akan cakap apa-apa tentang kaum bapa. Akan tetapi kalau boleh saya hendak ingat-ingatkanlah kepada kaum bapa, jagalah – ini bukanlah untuk semua, tetapi peringatan kepada semua orang kata. Allah melahirkan lelaki dan wanita, ada keluarga – suami, isteri, ibu, bapa.

Saya percaya bahawa kalau suami menjaga isteri, bapa menjaga anak-anak dengan baik, maka kerajaan tidaklah terpaksa belanja begitu banyak, terpaksa membuat program-program untuk ibu tunggal. Itulah. Terima kasih.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Oleh kerana pada hari ini kita bercakap soal ekonomi, kita difahamkan bahawa SKM dalam dua tiga hari lepas melaporkan bahawa mereka bercadang untuk membina empat lagi bank koperasi seumpama Bank Rakyat.

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 9

Jadi adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan sebuah bank wanita

khususnya bagi menjadikan AIM ini sebuah bank? Ini kerana kita percaya usaha seperti yang dilakukan oleh Bank Grameen telah banyak membantu ibu tunggal di Bangladesh. Saya kira ini memang sesuai untuk kerajaan berbuat demikian. Saya pohon pandangan. Terima kasih.

Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil: Terima kasih Yang Berhormat. Isu bank wanita ini adalah satu isu yang telah dibangkitkan sejak beberapa Perdana Menteri lagi sebelum ini. Saya sebenarnya telah pun memohon beberapa kali kepada pucuk pimpinan sebelum ini. Akan tetapi jawapan yang diberikan kepada saya bahawa buat seketika ini, pucuk pimpinan, mungkin kerajaan merasakan belum tiba masanya kerana konsep perniagaan adalah konsep yang terbuka untuk semua. Mungkin ada kekhuatiran daripada sesetengah pihak bahawa kalau bank hanya diwujudkan untuk wanita, mungkin ia akan membawa beberapa sekatan. Akan tetapi oleh kerana belum diwujudkan bank untuk wanita – kami di kementerian, kita tidak give-up dengan izin, lagi perjuangan ini dan kita akan push ahead untuk meminta supaya akan wujudnya satu bank khusus untuk wanita.

Ini kerana saya sendiri tahu bahawa wanita yang berniaga ataupun wanita yang mahu membuat pinjaman, ramai daripada mereka merasa tidak selesa untuk pergi ke bank-bank yang mungkin tidak mesra wanita ataupun mesra keluarga. Masih ada tanggapan bahawa mungkin wanita tidak pandai berniaga. Ini adalah satu tanggapan yang salah. Kalau kita tengok, Yang Berhormat dari Kelantan misal kata, siapa dia yang menaikkan ekonomi negeri Kelantan? Wanita sebenarnya.

Jadi di pihak kementerian, kita tidak give up, kita akan push. Akan tetapi buat sementara itu, AIM misal kata yang menjadi macam bank tidak rasmi untuk wanita terutama mereka yang mahu meminjam secara micro finance terutama di bawah NKRA – di bawah NKRA ada peruntukan yang besar yang kita beri kepada AIM untuk membantu wanita di dalam micro financing di negeri ini. Terima kasih.

Tuan Boon Som a/l Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Akhir-akhir ini saya perhatikan kawasan sekitar ibu kota ini – di Bangsar, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam – merupakan heaven for beggars terutama di kawasan restoran-restoran ini, every five minutes ada itu – silih berganti. Kadang-kadang membawa negative impression kepada pelancong-pelancong memandangkan negara kita ini ke arah negara maju tahun 2020. Jadi saya memohon supaya pihak kementerian memandang serius terhadap apa yang berlaku ini. Terima kasih.

Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, walaupun soalan ini keluar daripada soalan asalnya tetapi saya akan menjawab. Terima kasih kerana mengambil berat tentang isu itu.

Kedua, Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa bekerjasama dengan pihak polis dan lain-lain – imigresen, untuk mengadakan pemantauan dan lain-lain. Sekurang-kurangnya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat pemantauan tidak kurang daripada enam kali sebulan. Akan tetapi malangnya, isu beggars ini dengan izin, adalah isu yang melibatkan sindiket-sindiket terutama sindiket dari luar negara dan rakyat Malaysia, mereka amat bermurah hati walaupun mereka rasa itu tidak sepatutnya berlaku. Di Malaysia ini sebenarnya tidak patut ada beggars on the street, dengan izin. Kita negara yang maju, pekerjaan cukup dan kalau tidak ada rumah sekali pun, kita ada pusat. Misalnya di Mersing, kita ada pusat untuk kita menempatkan beggars ini. Baru sahaja kita buka satu rumah gelandangan untuk homeless di ibu kota. Jadi sebenarnya tidak harus ada perkara seperti ini. Akan tetapi malangnya, seperti mana saya katakan, ia membabitkan sindiket dari luar negara dan juga rakyat Malaysia amat bermurah hati.

■1050

Walaupun macam mana mereka marah tetapi saya tengok mereka masih menghulurkan. Jadi, selagi ada rakyat kita yang menghulurkan kepada mereka ini. Saya rasa bahawa kita akan menghadapi beberapa kesulitan untuk membanteraskan gejala ini. Terima kasih.

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

10 DN 21.4.2011

4. Puan Doris Sophia ak Brodi minta Perdana Menteri menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk membangunkan fasa pertama Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di bandar Kuching yang sudah mencapai taraf bandar raya dan mempunyai kepadatan penduduk yang semakin meningkat dan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan Doris Sophia ak Brodi atas soalan ini. Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan menghargai cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Senator agar laluan LRT diadakan di bandar Kuching yang semakin pesat membangun. Kerajaan sememangnya bersungguh-sungguh dalam usaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini yang meliputi kereta api, bas dan teksi untuk kemudahan orang ramai dan menangani masalah kesesakan jalan raya serta membangunkan negara ini ke arah yang lebih mesra alam dan juga sihat.

Walau bagaimanapun ianya penting bagi kerajaan untuk mengenal pasti terlebih dahulu sistem pengangkutan awam yang sesuai untuk digunakan berdasarkan kajian kepadatan penduduk serta perancangan pembangunan sesuatu kawasan tersebut. Bagi mengambil kira faktor kos dan kebaikan secara seimbang, sistem kereta api dalam bandar sesuai dibina di kawasan bandar raya yang mencecah kepadatan penduduk melebihi 1.5 juta. Bagi kawasan pekan atau bandar raya yang bilangan kepadatan masih sederhana iaitu kurang daripada 1.5 juta perkhidmatan bas yang cekap dan disediakan sebagai kemudahan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Sehingga kini kerajaan masih belum mempunyai apa-apa perancangan untuk membina apa-apa laluan LRT di bandar Kuching. Sekian, terima kasih.

Puan Doris Sophia ak Brodi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada pihak kementerian, pihak Menteri atas jawapan yang diberikan tadi dan saya anggap begitu bernas. Cuma saya ingin bertanya sedikit lagi dan soalan saya ini ada kaitan dengan petikan surat khabar tahun 2009. Di mana ketika itu mantan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Panglima Haji Lajim menyatakan Sarawak mungkin berpeluang menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang lebih moden, sistem transit aliran ringan LRT, selepas laporan keseluruhan kajian mengenai perkara itu disiapkan pada Januari 2009. Beliau juga menyebut kajian sama yang dikendalikan oleh sektor swasta dilantik oleh kementerian itu telah mula dibuat sejak awal tahun 2009 dan dijangka berakhir pada tahun 2009, turut dijalankan di Sabah.

Soalan saya ialah, setakat manakah status pelantikan konsesi swasta telah dibuat oleh pihak kementerian dan apakah pendirian kerajaan negeri Sarawak berkaitan dengan isu ini? Terima kasih.

Datuk Liew Vui Keong: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Doris atas soalan tambahan ini. Mengenai isu yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator tadi, saya telah pun berhubung dengan pihak Kementerian Pengangkutan ataupun Ministry of Transport dan saya telah pun difahamkan bahawa kajian yang telah pun disebutkan tadi belum lagi dilakukan walaupun mantan Timbalan Menteri Pengangkutan telah pun mengatakan sedemikian.

Pada masa yang sama kajian LRT pula telah dibuat di negeri Sabah tetapi bukan di negeri Sarawak. Walau bagaimanapun kajian keperluan pengangkutan awam untuk Sarawak akan dilaksanakan apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dilanjutkan di negeri berkenaan. Saya rasa apabila lanjutan itu dilakukan, semua kajian mengenai perkhidmatan pengangkutan awam dan juga perkhidmatan tersebut akan dapat dijalankan. Itu sahaja terima kasih.

Datuk Paul Kong Sing Chu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita telah dimaklumkan bahawa LPKP Semenanjung telah dimansuhkan dan kini telah diambil alih oleh SPAD. Apakah cadangan kerajaan mengenai LPKP Sabah dan Sarawak? Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan bahawa tahap perkhidmatan pengangkutan awam di dua-dua negeri dapat dipertingkatkan? Terima kasih.

Datuk Liew Vui Keong: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Paul Kong atas soalan yang begitu relevan.

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 11

Seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat bahawa LPKP Semenanjung telah

pun dibubarkan pada 31 Januari 2011 dan diganti dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat setelah Akta LPKP pindaan 2010 dikuatkuasakan serentak dengan penguatkuasaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Walau bagaimanapun, LPKP Sabah dan Sarawak tetap dikekalkan walaupun telah akta pengangkutan yang saya nyatakan tadi dibubarkan.

Ini bermakna bahawa LPKP Sabah dan Sarawak masih lagi dijalankan seperti biasa walaupun terdapat sedikit masalah memandangkan LPKP Semenanjung yang menjadi seperti ibu kepada Sabah dan Sarawak telah pun dimansuhkan. Bidang kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ini saya rasa pada setakat ini tidak meliputi Sabah dan Sarawak tetapi walau bagaimana pun saya telah difahamkan pihak SPAD bahawa kuasa SPAD akan dilanjutkan di Sabah dan Sarawak dalam fasa kedua iaitu fasa pertama dan kedua dijalankan pada tahun 2012. Jadi, SPAD ini matlamatnya ialah untuk memastikan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak akan dapat ditingkatkan untuk memastikan bahawa ada mesra pengguna iaitu user friendliness ataupun kebolehpercayaan yang tinggi iaitu dengan izin, reliability, Tuan Yang di-Pertua dan efisien dan selamat.

Saya yakin dengan kelanjutan SPAD nanti di Sabah dan Sarawak ini akan dapat menyelesaikan banyak isu mengenai perkhidmatan awam dan juga saya harap perkara yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Doris tadi mengenai LRT di Kuching juga akan dapat dikaji untuk memastikan bahawa perkhidmatan awam di Sabah dan Sarawak akan terus meningkat untuk memastikan kita akan mengadakan satu sistem yang lebih integrated, dengan izin. Sekian, terima kasih.

5. Tuan Ng Fook Heng minta Menteri Pelancongan menyatakan, adakah kerajaan dapat meminta para pengusaha hotel mengadakan dua jenis kadar sewa bilik, satu untuk orang tempatan dan satu lagi untuk pelancong asing kerana didapati kadar sekarang adalah terlalu tinggi untuk orang tempatan tetapi masih murah bagi pelancong luar yang berdasarkan Dolar AS.

Timbalan Menteri Pelancongan [Dato’ Dr. James Dawos Mamit]: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Ng Fook Heng atas soalan ini. Kementerian Pelancongan tidak mengawal kadar harga bilik bagi hotel sebagaimana di negara-negara lain, penetapan harga sewa bilik dan perkhidmatan di hotel-hotel di seluruh negara adalah ditentukan melalui mekanisme permintaan dan penawaran harga dalam pasaran. Biasanya kadar yang ditawarkan juga adalah selaras dengan taraf bintang berdasarkan kriteria pengelasan premis penginapan pelancong yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan. Oleh yang demikian, terpulanglah kepada pengusaha hotel itu sendiri untuk menawarkan dua jenis kadar harga bilik iaitu bagi pelancong tempatan ataupun pelancong asing. Sekian.

■1100

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Ng Fook Heng, soalan tambahan.

Tuan Ng Fook Heng: Terima kasih. Jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri nampaknya jawapannya mudah... [Ketawa] Melalui pengalaman kita semua Ahli Dewan Negara ini saya rasa, semua merasa sama juga. Pada awal dua tahun dahulu apabila saya dilantik, saya layak tinggal di hotel lima bintang. Akan tetapi, pada hari ini, saya tidak layak sudah. You just click in any, dengan izin harga hotel lima bintang ini, katakan sebuah hotel di Bukit Bintang ini JW Marriot. Paling murah RM420. Junior deluxe, RM800. Kalau kita tukarkan pada dolar Amerika Syarikat ini, RM800 ini hanya lebih kurang USD280 sahaja, RM730 hanya USD240, RM600 hanya USD200, RM420 hanya USD140.

Bermakna akhirnya semua hotel yang deluxe ataupun lima bintang ini, ditinggal oleh orang-orang asing sahaja. Kita orang tempatan ini terpaksa tinggal di hotel yang empat bintang, tiga bintang ataupun Nam Heng Hotel atau mana-manakah, Tiong Nam Hotel di Jalan Sultan... [Disampuk] Di Malaysia. Jadi, mengapakah kementerian tidak boleh menggunakan kewibawaan dan kuasanya untuk mengadakan kadar hotel seperti minyak.

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

12 DN 21.4.2011

Ada RON95 untuk orang tempatan, RON97 untuk orang luar. Kita tukarkan pada

hotel, jadi HOT95 untuk tempatan, HOT97 untuk orang luar... [Tepuk] Sekian, terima kasih.

Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat Senator Ng Fook Heng atas soalan tambahan. Saya memang prihatin juga dengan Yang Berhormat Senator kerana saya pun seperti itu juga, dahulu sebagai backbencher MP. Kita perlu pilih hotel yang mungkin satu bintangkah atau dua bintangkah kerana hotel yang lima bintang ini, memang sudah tinggi kadarnya. Oleh itu, kita ada pilihan. Walaupun demikian, Kementerian Pelancongan tidak ada kuasa untuk menentukan kadar sewa bilik hotel kerana ini seperti mana yang saya telah sebutkan tadi, bergantung kepada permintaan dan penawaran harga dalam pasaran.

Walaupun demikian, daripada persendirian, opinion saya sendiri, saya pun sudah mengatakan begitu, mengapa tidak diadakan dua kadar seperti negara-negara jiran? Kadar yang lain untuk rakyat tempatan dan kadar yang lain untuk rakyat asing daripada segi penukaran wang. Oleh yang demikian, saya tidak dapat memberikan keputusan sama ada ini boleh ataupun tidak kerana bukan di dalam bidang kuasa Kementerian Pelancongan. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff, soalan tambahan.

Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas penerangan, jawapan di dalam Dewan ini oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, demi mempromosikan pelancongan dalam kalangan rakyat tempatan, mengapa kementerian tidak secara serius memperkenalkan diskaun khas kepada pemegang MyKad di hotel dan homestay dengan memperkenalkan inisiatif khas kepada pengusaha-pengusaha tempatan?

Keduanya, bagi menggalakkan pelancongan domestik, apakah tindakan khusus kementerian untuk iklan dan promosi di media serta memberikan tumpuan khas di MATTA Fair, dengan izin, pakej khas untuk pelancongan tempatan? Terima kasih.

Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Mustafa Kamal atas soalan tambahan. Pertamanya, tentang pertanyaan memperkenalkan kadar kepada pemegang MyKad.

Seperti mana yang saya jawab tadi bahawa ini bukanlah bidang kuasa kementerian tetapi walaupun demikian, apabila kita mengadakan misi jualan domestik seperti jualan MATTA dan ‘Cuti-cuti 1Malaysia’, ejen-ejen pelancongan di negara kita, memang memperkenalkan pakej-pakej yang menarik iaitu termasuklah penginapan di hotel dan homestay dengan harga yang lebih rendah lagi daripada harga yang diadvertisekan. Jadi, inilah yang kementerian buat untuk perkara itu.

Oleh yang demikian, sememangnya pakej-pakej untuk bargain seperti itu memang ada. Itulah sebabnya kita ada misi jualan. Sekurang-kurangnya empat kali dalam setahun di negeri-negeri yang berlainan untuk memperkenalkan pakej-pakej yang harga murah ataupun lebih rendah, lebih-lebih lagi untuk pelancong-pelancong daripada negara kita sendiri. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dr. Malasingam a/l Muthukumaru. Soalan tambahan.

Dr. Malasingam a/l Muthukumaru: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apakah kementerian akan mengkaji semula kadar caj bilik perhotelan yang mengikut musim seperti low season, high season, peak, super peak dan sebagainya mengikut takrifan hotel itu sendiri? Senarai, saya ada di sini... [Menunjukkan beberapa helaian kertas] Yang mana ada harga-harganya, yang mana pihak hotel sering melabelkan sebagai peak season walaupun pada hujung minggu yang bukan musim cuti sekolah yang secara tidak langsung menyekat minat warga tempatan untuk bercuti dalam negeri. Terima kasih.

Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dr. Malasingam. Kementerian Pelancongan sentiasa mengkaji kadar hotel. Kita juga bekerjasama dengan Malaysian Association of Hotels (MAH) untuk menentukan kadar.

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 13

Akan tetapi dengan bidang kuasa bukan kepada kita, kita tidak boleh menentukan

kadar yang amat sesuai. Walaupun demikian, kita sentiasa bercadang dengan Malaysian Association of Hotels supaya kadar untuk orang tempatan sentiasa diberikan perhatian. Ini adalah satu langkah yang kita sentiasa ambil untuk menentukan bahawa kadar adalah sesuai untuk rakyat tempatan. Ini kerana kita juga mahu pelancongan domestik terus ditingkatkan.

Oleh itu, kadar sewa bilik yang bersesuaian amatlah penting. Untuk peak season yang kadangkala diperkenalkan oleh hotel, ini maknanya ada bersesuaian juga dengan kehendak pelancong dari luar negara. Ini kerana semasa peak season, kadangkala susah untuk mencari bilik. Saya ada pengalaman ini dahulu Jadi, terpaksalah saya pergi menginap di rumah tumpangan kerana tidak ada bilik di hotel yang bertaraf bintang. Kadangkala di masa peak season itu juga, walaupun kita sudah ada tempahan, tetapi tempahan juga boleh cancel nanti. Ini adalah permasalahan dan pengalaman diri saya sendiri.

■1110

Oleh yang demikian, soalan-soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi adalah soalan-soalan yang relevan. Namun walaupun demikian, kalaulah Kementerian Pelancongan tidak ada kuasa untuk menentukan kadar, maka itu terpulanglah kepada permintaan pasaran. Sekian, terima kasih.

6. Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor minta Menteri Kerja Raya menyatakan, adakah tiada rancangan untuk menaik taraf Jalan Simpang Pulai, Perak ke Gua Musang, Kelantan yang sekarang terlalu banyak mengalami kemalangan jalan raya yang serius.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato’ Yong Khoon Seng]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Datuk Hajah Wan Hazani, projek pembinaan jalan raya dari Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang merupakan projek pembinaan rangkaian jalan raya berkeutamaan tinggi kerajaan yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sejak dari tempoh Rancangan Malaysia Keenam lagi. Ini kerana pelaksanaan projek ini melibatkan kos yang sangat tinggi iaitu melebihi RM2 bilion bagi pembinaan jalan sepanjang 311 kilometer itu.

Sehingga tempoh berakhir Rancangan Malaysia Kesembilan, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan hampir RM1.8 bilion untuk melaksanakan pembinaan tujuh dari sepuluh pakej yang terlibat dengan jajaran projek ini. Pada masa kini, projek-projek yang sedang dalam peringkat pelaksanaan bagi projek ini adalah pakej 6(A) – Aring ke sempadan negeri Kelantan/Terengganu; pakej 8(A) – Kampung Teris ke Kuala Telemong (Fasa 1); dan pakej 10 – Jambatan Telemong, Kuala Terengganu yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada skop Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, Negeri Terengganu.

Berdasarkan perancangan, ketiga-tiga pakej ini dijangkakan akan siap sepenuhnya dalam tempoh separuh pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh. Walau bagaimanapun, pelaksanaan bagi dua pakej lagi iaitu pakej 8(B) – Kampung Teris ke Kuala Telemong (Fasa 2 dan Fasa 3) sepanjang 22.3 kilometer; dan pakej 9 - membina jalan dari Kuala Betis ke Gua Musang, Kelantan sepanjang 20 kilometer dicadangkan akan dilaksanakan dalam tempoh separuh kedua Rancangan Malaysia Kesepuluh tertakluk kepada kelulusan peruntukan daripada agensi pusat.

Bagi mengurangkan risiko kemalangan di laluan tersebut, Kementerian Kerja Raya telah mengarahkan JKR untuk melaksanakan audit dan program keselamatan jalan raya di lokasi-lokasi yang dikenal pasti bahaya dan sering berlaku kemalangan. Sekian, terima kasih.

Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

14 DN 21.4.2011

Soalan tambahan saya, kenapakah kerajaan tidak menggunakan atau membuat

laluan seperti pembinaan terowong di tempat-tempat yang serius dengan ancaman runtuhan tanah terutamanya laluan-laluan antara Gua Musang-Cameron Highland dan juga Simpang Pulai? Terima kasih.

Dato’ Yong Khoon Seng: Terima kasih Yang Berhormat. Ini kerana geometri tempat ini kita tahu jalan ini memang di dalam Pakej 1, dalam Lebuhraya Timur-Barat.

Kedua, dari Simpang Pulai ke Pos Slim dan ini memang tempat berbukit-bukau dan ini memang geometrinya susah untuk kita hendak buat. Kalau kita menggunakan terowong, kosnya memang lebih tinggi lagi. Buat masa kini, kerajaan telah pun membaik pulih geometri tempat ini di mana kita tahu ada kemalangan yang serius tahun lepas dan kita telah pun belanja sebanyak RM165,000 untuk membuat geometri dengan lebih baik lagi. Akan tetapi, kita telah pun memohon untuk memperbaiki perabot dan geometri untuk keselamatan jalan raya ini dengan peruntukan kita yang dipohon sebanyak RM12.3 juta. Mungkin dengan ini kita akan memperbaiki kawasan yang disebut-sebut oleh Yang Berhormat tadi.

7. Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, apakah tindakan kementerian untuk membantu pengusaha teksi yang menggunakan Natural Gas Vehicle (NGV) yang terpaksa beratur panjang untuk mengisi gas di hanya segelintir stesen Petronas yang membekalkan NGV.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I [Dato’ Tan Lian Hoe]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat yang mengemukakan soalan.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini terdapat sebanyak 159 buah stesen NGV yang telah beroperasi di seluruh negara iaitu 65 buah di Selangor; 27 buah di Wilayah Persekutuan; 29 buah di Johor; 11 buah di Negeri Sembilan; tujuh buah di Melaka; tiga buah di Pulau Pinang; lapan buah di Kedah; tujuh buah di Perak; dan sebuah di Terengganu dan Perlis. Manakala sebanyak 29 buah masih dalam pelbagai peringkat pembinaan dan 12 buah lagi dalam peringkat analisa kesesuaiannya.

Daripada jumlah di atas, sebanyak tujuh buah stesen NGV stand alone dengan izin, telah dibina di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya serta sebuah di Johor Bahru. Stesen stand alone merupakan stesen yang dibina sepenuhnya untuk kemudahan NGV tanpa melibatkan produk bahan api lain seperti diesel dan petrol. Ia bertujuan untuk melancarkan pengisian NGV dan sekali gus mengurangkan masalah yang dihadapi oleh pengguna NGV. Sekian, terima kasih.

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Yang Berhormat Menteri sudah menjawab pertanyaan saya. Jadi sudah tidak ada lagi yang hendak tanya. Terima kasih... [Tepuk]

8. Puan Hajah Noriah binti Mahat minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia dan anggota Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dalam menangani isu-isu pergolakan di negara-negara Timur Tengah bagi mengelakkan kejadian lebih buruk lagi dan menyebabkan perpecahan yang lebih teruk di kalangan umat Islam di dunia.

Timbalan Menteri Luar Negeri I [Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Puan Hajah Noriah binti Mahat di atas soalan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia dan negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) sentiasa membuat keputusan untuk mengumpul sumber dan bergabung tenaga dalam suara untuk melindungi kepentingan negara-negara Islam dan ummah sejagat.

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 15

Ini termasuk dalam usaha menangani isu pergolakan di negara-negara Timur

Tengah dan masalah-masalah yang dihadapi oleh negara-negara OIC yang lain, menerusi landasan OIC seperti Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri OIC, Mesyuarat Koordinasi Tahunan OIC, di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga Mesyuarat Jawatankuasa-jawatankuasa Tetap OIC, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif OIC dan juga Sidang Kemuncak Islam.

Negara-negara anggota OIC termasuk Malaysia berdiri teguh atas pendirian untuk tidak membenarkan campur tangan ketenteraan dan menentang kemasukan kuasa asing ke negara-negara anggota OIC, sejajar dengan komitmen OIC untuk menghormati kedaulatan integriti kawasan dan untuk tidak mencampuri urusan dalaman negara-negara anggota OIC.

■1120

Rentetan situasi di Libya, OIC telah mengeluarkan satu kenyataan pada 29 Mac 2009. Menyeru kepada masyarakat antarabangsa supaya komited sepenuhnya dalam menghormati kedaulatan integriti kawasan dan kemerdekaan Libya di samping menjamin keselamatan dan keamanan rakyat negara itu. OIC juga mendesak semua pihak yang terlibat dalam operasi ketenteraan di Libya untuk mengekang diri secara maksimum dan mengelakkan penduduk awam dijadikan sasaran.

Tuan Yang di-Pertua dalam pada itu pada 10 April 2011 Yang Berhormat Menteri Luar Negeri telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar. Menyatakan kebimbangan mendalam Malaysia terhadap serangan melampau tentera Israel di Semenanjung Gaza sejak 8 April 2011 yang telah mengakibatkan sejumlah besar jiwa terkorban. Malaysia mendesak semua pihak yang terlibat agar mengekang diri dan tidak provokatif dalam meminta masyarakat antarabangsa khususnya Kuartet Timur Tengah. Bertindak segera dan tegas untuk mendesak Israel menghentikan operasi ketenteraan di Semenanjung Gaza demi mencegah keganasan yang meningkat.

Malaysia juga meminta masyarakat antarabangsa meningkatkan usaha bagi mendorong dan memujuk Israel, agar menghapuskan segala bentuk halangan yang menyebabkan kegagalan rundingan damai dan berusaha ke arah memulihkan rundingan tersebut. Sekian.

Puan Hajah Noriah binti Mahat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Timbalan Menteri yang menjawabnya. Tuan Yang di-Pertua Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan dianggotai 57 negara yang ditubuhkan semenjak 1999 ini sepatutnya cukup gagah untuk bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan juga memastikan kemajuan dan kebajikan umat Islam di seluruh dunia. Dengan negara OIC juga mempunyai kekuatan sumber asli seperti minyak dan sebagainya.

Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua apakah langkah negara-negara OIC dalam mengelakkan campur tangan negara luar seperti Amerika Syarikat dan juga NATO dalam menangani pergolakan di Timur Tengah khususnya di Libya. Sejauh manakah Kesatuan Parlimen Negara-negara OIC iaitu PUOICN yang ditubuhkan semenjak 1999 mampu menyumbang dalam meredakan pergolakan di Timur Tengah dan seterusnya membawa keamanan menyeluruh khususnya melalui saluran diplomatik? Terima kasih.

A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Tuan Yang di-Pertua sebenarnya kalau kita lihat OIC yang merupakan, yang mana terdiri daripada anggota-anggota yang paling kedua besarnya selepas United Nations. Kalau kita lihat OIC ini menjadi satu platform terutamanya bagi negara-negara Islam dalam menyuarakan pandangan dan juga menyuarakan secara maksimum dalam apa jua keadaan dalam menyatukan suara dan menyatakan pendirian dunia Islam yang menentang sikap yang tidak bertoleransi.

Hari ini kita boleh lihat pergolakan yang berlaku di Timur Tengah di mana kalau kita lihat negara Malaysia telah menyatakan pendirian melalui Resolusi Majlis-majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1970 dan 1973 terhadap dalam usaha di mana kita telah menyatakan akan tidak campur tangan dalam urusan dalaman Libya. Kalau kita lihat dalam no fly zone ataupun zon larangan terbang yang dikeluarkan oleh negara-negara bersekutu sebenarnya ialah untuk memantau penerbangan ataupun udara, memantau negara Libya sahaja tidak darat.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

16 DN 21.4.2011

Jadi inilah yang kita telah keluarkan beberapa kali kenyataan dan telah mendesak

supaya tidak membunuh ataupun tidak mencederakan civilian ataupun public di Libya. Jadi memang pendirian kita ini berterusan supaya mereka menghormati negara-negara bersekutu ini menghormati kedaulatan dan juga tidak campur tangan dalam urusan mana-mana negara, politik dalaman. Terima kasih.

9. Tuan Ahmad bin Hussin minta Perdana Menteri menyatakan, apakah kerajaan berhasrat meminda Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan perkataan rasmi dan perkataan Sunnah Wal Jamaah di dalamnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan Salam 1Malaysia. Terima kasih kepada Senator Tuan Ahmad bin Hussin dan saya turut mengalu-alukan kehadiran anak-anak pelajar ke Dewan Negara pada pagi ini.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berpandangan bahawa peruntukan mengenai Islam sebagai agama bagi Persekutuan (religion of Federation) dengan izin, di bawah fasal 1 perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan wajar dikekalkan dalam bentuknya yang sedia ada. Ini adalah kerana agama Islam adalah merupakan agama bagi negeri-negeri Tanah Melayu yang telah bersekutu membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya negara Malaysia.

Semua kaum dan keturunan yang mendiami negara-negara Tanah Melayu telah bersepakat untuk menerima peruntukan yang bersifat moderate, yang membolehkan prinsip-prinsip Islam dilaksanakan bagi maksud yang luas dan komprehensif di negara ini, termasuk mengiktiraf hak kebebasan rakyat untuk menganut dan mengamalkan agama-agama lain. Penerimaan tersebut merupakan hakikat penerusan kedaulatan agama Islam yang telah dianuti oleh negeri-negeri Tanah Melayu sebelum kedatangan British lagi. Kedudukan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan bukan hanya termaktub dalam fasal 1, Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan malah dapat dilihat menerusi fasal 4, Perkara 11, iaitu mengenai kawalan agama.

Fasal 2, Perkara 12 mengenai peruntukan aktiviti agama, Perkara 37 mengenai ikrar Yang di-Pertuan Agong, Perenggan B, dan fasal 2, Perkara 38 berkaitan dengan peranan Majlis Raja-Raja, fasal 2, Perkara 74 mengenai kuasa negeri-negeri menggubal undang-undang Islam dan begitu juga fasal 1(A) perkara 121 iaitu mengenai Mahkamah Syariah, Jadual Keempat dan Butiran 1 mengenai teks sumpah Yang di-Pertuan Agong dan senarai negeri Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan mengenai bidang kuasa negeri-negeri.

Berdasarkan peruntukan-peruntukan ini adalah jelas bahawa pemakaian agama Islam di bawah Perlembagaan Persekutuan tidak terhad kepada amalan-amalan yang berbentuk keagamaan dan ritual semata-mata. Akan tetapi turut terpakai dalam perkara-perkara yang melibatkan dasar-dasar dan undang-undang negara.

Selain itu diperhatikan bahawa istilah kedua-dua istilah agama bagi Persekutuan (religion of Federation) dan agama rasmi (official religion) membawa maksud yang berbeza. Sekiranya perkataan agama bagi Persekutuan dalam fasal 1, Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan dipinda kepada agama rasmi, maka ia akan menyempitkan keluasan maksud dan skop pemakaian peruntukan itu, bahawa pemakaian agama Islam adalah terhad kepada upacara-upacara rasmi ritual dan keagamaan sahaja.

Justeru sebarang cadangan untuk meminda kedudukan Islam di bawah fasal 1, Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan haruslah mengambil kira tujuan dasar di sebalik pindaan itu dan implikasinya kepada perundangan negara.

Dalam hal ini selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan kerajaan sentiasa memastikan bahawa setiap dasar dan undang-undang yang digubal di negara ini adalah selaras dengan prinsip-prinsip Islam. Selain itu adalah mentafsirkan mengenai kedudukan agama Islam Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi negara telah mengiktiraf bahawa Islam adalah satu cara hidup yang lengkap melalui beberapa kes yang telah diputuskan sebelum daripada ini.

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 17

Berdasarkan alasan-alasan di atas kerajaan berpandangan bahawa tiada

keperluan untuk meminda fasal 1, Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan kerana perkara peruntukan tersebut bertepatan pengiktirafan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

■1130

Berhubung dengan cadangan untuk memasukkan perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah pada masa ini, kerajaan belum bercadang untuk membuat sebarang pindaan kepada Fasal 1, Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan Mazhab Syafie, Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki dan Mazhab Hambali telah diiktiraf dan diterima pakai oleh semua negeri di Malaysia iaitu menerusi undang-undang Islam yang digubal di setiap negeri di negara ini.

Di samping itu walaupun tidak diperuntukkan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa seorang itu hendaklah berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah namun begitu berdasarkan kepada keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bersidang 5 Mei 1996 antara lain meletakkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan juga akhlak.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Oleh yang demikian dapat difahami bahawa pegangan akidah, syariah dan juga akhlak Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah merupakan satu kelaziman bagi penganut umat Islam di Malaysia yang telah diwarisi sejak dahulu dan telah termaktub dalam Undang-undang Islam di negeri-negeri tertentu. Sebagai contoh, seksyen 14 - Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 memperuntukkan mengenai kelayakan untuk dilantik sebagai Ahli Majlis seperti yang berikut, tidak layak menjadi ahli orang-orang yang berikut tidak layak dilantik menjadi Ahli Majlis, orang yang bukan beragama Islam, orang yang bukan dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Manakala seksyen 2(1) - Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis 2006 memperuntukkan sebagai berikut, tafsiran mengenai enakmen ini melainkan konteksnya menghendaki makna yang lain. Hukum syarak, ertinya hukum syarak mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Walau bagaimanapun, kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan cadangan tersebut sekiranya diperlukan dimasa yang akan datang. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Hussin.

Tuan Ahmad bin Hussin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri yang menjawab dengan baik. Soalan saya ada dua sahaja. Apakah tindakan kerajaan terhadap mereka yang menjalankan amalan-amalan yang menyimpang daripada akidah dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah khasnya yang berkonsepkan liberalisme dan pluralisme yang amat kita takuti sekarang ini.

Kedua, seperti yang kita tahu Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah bersumberkan al-Quran dan hadis yang sahih tetapi kenapa dalam sebilangan pengamalan di Malaysia ini tidak mengikut amalan hadis yang sahih dan ada yang mengikut amalan hadis yang palsu. Apakah cara dan kaedah tindakan kerajaan untuk memperbetulkan perkara ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Senator Tuan Ahmad bin Hussin. Dua soalan dan yang pertamanya adalah berkaitan dengan pada masa sekarang ada amalan-amalan yang jelas bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sama ada dalam konsep pluralisme ataupun dalam pendekatan yang dipanggil dengan liberalisme. Pluralisme dalam erti kata meletakkan kesamarataan kesemua agama dan kesemua agama menuju kepada matlamat yang sama.

Apa pun dalam konteks menjaga kemurnian syariah dan kemurnian agama Islam sebagai agama Persekutuan yang telah saya sebutkan sebentar tadi, majlis agama dan juga jabatan agama termasuk badan-badan agama terutamanya melalui peruntukan Jadual 9, negeri-negeri dalam konteks kuasa mereka untuk mengatur dan juga bertanggungjawab memelihara kepentingan keagamaan ini.

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

18 DN 21.4.2011

Mereka telah meletakkan bahkan bukan sekadar negeri sahaja, muzakarah fatwa.

Saya minta maaf tarikhnya saya tidak dapat sebutkan secara tepat tetapi muzakarah fatwa telah bermuzakarah pada sesi yang lalu telah mengambil ketetapan, pegangan sama ada pluralisme ataupun liberalisme adalah pegangan yang ditolak di negara kita Malaysia. Jadi, penguatkuasaan kepada perkara tersebut dengan mengambil kira enakmen-enakmen yang telah sedia ada dalam konteks negara kita.

Keduanya, berkenaan dengan soalan yang berkaitan dengan hari ini pegangan-pegangan hadis yang dipegang kepada hadis-hadis palsu dan juga hadis-hadis yang tidak terdapat di dalam hadis-hadis ciptaan manusia.

Selain daripada melalui tindakan undang-undang, enakmen yang telah sedia ada dan sebagainya tetapi ada juga di sana pendekatan-pendekatan pendidikan sebab ada mungkin kadang-kadang kita ada hadis yang tidak disebut sebagai hadis tetapi ambil contoh, saya bagi untuk Dewan pada pagi ini, mungkin kita katakan ada orang menyebut bahawa mempertahankan negara, dia mengambil kata hadis yang mempertahankan negara sebahagian daripada iman.

Maka, disebutkan ada di sana didapati bahawa ia tidak termasuk dalam hadis tetapi ini termasuk di dalam pepatah Arab dan juga pegangan Arab dan sebagainya. Jadi, proses ke arah yang seperti itu oleh kerana sistem pendidikan di Malaysia ini adalah merupakan satu ke arah proses pendidikan. Jadi, di situ kita terapkan secara tidak langsung, ada hadis-hadis yang dikira daif dan ada hadis yang dipanggil hadis palsu, ada hadis yang martabatnya tidak sampai kepada boleh diamalkan dan sebagainya secara perlahan sebab sebenarnya kalau kita perhatikan matlamat kedua-dua kelompok yang berminat kepada agama ini ialah hendak menuju kepada kebenaran hakikat keimanan dan sebagainya tetapi oleh kerana guru yang mengajak itu pun kadang-kadang ada kepentingan-kepentingan tertentu.

Jadi, selain daripada proses perundangan, ada di sana proses pendidikan melalui majlis-majlis ilmu dan sebagainya. Sebab itu kerajaan daripada semasa ke semasa memperkemaskan institusi pendidikan daripada sekolah rendah sampai kepada sekolah menengah, sekolah-sekolah agama dan termasuk di universiti yang kerajaan buka dan kerajaan menguatkuasakan untuk memberikan kekuatan kepada mereka ini bagi mempelajari ilmu-ilmu tersebut supaya amalan kepada hadis-hadis palsu ini tidak berjalan sewenang-wenangnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan kedua, dipersilakan Yang Berhormat Datuk Akbar.

Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas penjelasan yang panjang lebar yang diberikan dan ini satu pembelajaran bagi saya, Yang Berhormat Menteri.

Soalan saya, saya ingin tahu apakah pendirian kerajaan terhadap satu fahaman yang mungkin dikatakan Islamic dan ada pula yang membantah iaitu pandangan terhadap Wahabi dan juga pandangan kerajaan terhadap Syiah yang dikatakan semakin ramai di Malaysia terutama di kalangan akademik. Itu satu soalan saya.

Soalan kedua, apakah pula pandangan kerajaan tentang kononnya fatwa yang diberikan oleh pemimpin politik yang dikatakan bertaraf ‘tok guru’ bahawa kalau mengundi satu-satu parti, masuk syurga dan pula kalau menjadi ahli satu-satu parti, masuk neraka dan bukan tergolong dalam kalangan orang Islam. Terima kasih.

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Akbar bin Ali.

Terima kasih banyak kepada soalan tersebut dan saya rasa soalan ini Tuan Yang di-Pertua, soalan yang terlalu ilmiah untuk dijawab dalam masa yang terlalu ringkas. Apa pun, soalan ini perlu saya ceramah pula dalam Dewan ini, bukan kata soalan hendak jawab.

Tuan Yang di-Pertua: Ringkas sahaja Yang Berhormat.

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 19

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum: Akan tetapi apa pun secara

ringkasnya mengenai perkara ini, saya sudah sebut dalam Dewan yang lalu dalam Dewan Rakyat berkenaan dengan tentang amalan-amalan Syiah dan sebagainya. Di Malaysia kita sebutkan tadi related, berhubungan dengan soalan daripada Senator Tuan Ahmad bin Hussin sebentar tadi. Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun memberikan fatwa pegangan yang menjadi pegangan dalam konteks negara kita Malaysia, Ahli Sunnah Wal Jamaah dan dalam masa yang sama juga kita sebutkan bahawa kita di negara Malaysia, agama Persekutuan ialah agama Islam dan agama-agama lain bebas untuk mengamalkan.

Akan tetapi di sana ada sekatan-sekatan yang perlu supaya kita menjaga keharmonian ataupun bukan sekatan, panduan-panduan dan juga peraturan-peraturan supaya menjaga keharmonian tersebut. Kita jelas bahawa dalam maksud yang boleh saya rangkumkan sekali bersama dalam maksud peruntukkan undang-undang dan juga Perlembagaan, orang lain untuk mengamalkan ajaran tidak kira ajaran agama apa sekalipun, bebas, tidak dibenarkan untuk disebarkan kepada masyarakat yang beragama Islam. Satu hal.

Kemudian apabila kita bercakap soal Wahabi dan sebagainya, mereka ini adalah kelompok daripada kalau kita bincangkan secara luas, Arab Saudi dia kata Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi, yang ini memerlukan kepada perbincangan yang secara detail dan bukan kita kelompokkan menjadi kesalahan dan sebagainya untuk amalan agama.

■1140

Apa yang jadi masalah ialah apabila kita saling salah menyalah di antara satu sama lain, kita kondem meng kondem amalan orang ini tidak betul, amalan orang ini betul dan yet kita dalam masa yang sama berpegang kepada Ahli Sunah Wal Jamaah, satu.

Soalan yang kedua tadi Tuan Yang di-Pertua, yang berkaitan dengan hari ini tentang soal kubur, mati, syurga, neraka dan sebagainya, ini bukan hak manusia tetapi hak Allah SWT yang menentukan yang berpandu dengan kehendak Al-Quran dan berpandu kepada hadis, sunah Rasulullah SAW. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Seterusnya saya beri satu soalan lagi, pertanyaan yang kesepuluh Yang Berhormat Haji Ahamat bin Yusop.

Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya diwakilkan.

Tuan Yang di-Pertua: Akan tetapi sebelum Yang Berhormat menjawab Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ada tidak?

Datuk Akbar bin Ali: Ada.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau ada saya benarkan, dipersilakan.

10. Datuk Akbar bin Ali [Di Bawah P.M. 23(2)] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan:

(a) jumlah keluasan tanaman pokok di bawah Program Satu Warga Satu Pokok dan jumlah kos yang telah dibelanjakan untuk program ini; dan

(b) apakah kuasa perundangan yang boleh dilakukan terhadap kerajaan negeri yang merosakkan kawasan hutan dan melaksanakan pembangunan di kawasan hutan tadahan air negara.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup]: Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, jumlah kawasan tanaman pokok sehingga bulan Mac 2011 di bawah Kempen Penanaman 26 Juta pokok yang dilancarkan pada 22 April tahun lepas ialah seluas 9,611.68 hektar dan melibatkan tanaman sejumlah 8.5 juta pokok. Sementara itu jumlah kos yang telah dibelanjakan untuk kempen ini ialah RM11.27 juta.

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

20 DN 21.4.2011

Seterusnya untuk menjawab soalan yang kedua, kementerian ini sememangnya

memandang berat pelbagai aktiviti pembangunan dan kegiatan yang menyumbang impak terhadap sumber asli seperti hutan, biodiversiti, kualiti hutan dan sebagainya. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 74(2) telah menetapkan bahawa tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Namun begitu, di peringkat persekutuan, Majlis Tanah Negara atau MTN telah dibentuk menurut Perkara 91(5), Perlembagaan Persekutuan sebagai satu mekanisme penyelarasan dan perundingan untuk mewujudkan keputusan dasar untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh negara bagi maksud perlombongan, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain yang telah di antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri dan Majlis Kewangan Negara. Perkara 91(5) juga memperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengikuti dasar yang dibentuk oleh Majlis Tanah Negara.

Sebagai langkah bagi menyeragamkan urusan pentadbiran dan pengurusan kawasan hutan tadahan air di negeri-negeri, Kaedah Hutan Tanah Tadahan Air telah diwujudkan dan diluluskan oleh Majlis Perhutanan Negara Ke-22, pada 24 November 2009. Kaedah Hutan Tadahan Air ini akan diterima pakai oleh semua kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia dan merangkumi aspek perancangan, pengurusan, pembangunan, perlindungan, pemuliharaan dan pemeliharaan serta pengawalan kawasan hutan tadahan air.

Kaedah ini juga menggariskan sekatan yang boleh dilaksanakan bagi maksud perlindungan dan kawalan sumber air dalam hutan tadahan air seperti menyekat dan melarang aktiviti yang memudaratkan kualiti air dan alam sekitar. Sehingga Mac 2011, hampir semua kerajaan negeri telah mewartakan kawasan hutan tadahan air yang dikenal pasti, ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam memulihara kawasan hutan tadahan air.

Walaupun demikian, saya juga menyeru kepada semua kerajaan negeri agar pembangunan tanah khususnya di kawasan tadahan air perlulah mematuhi segala garis panduan yang dikuatkuasakan demi mengelakkan berlakunya kerosakan alam sekeliling yang serius, sekian.

Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Saya ada dua soalan, berhubung dengan 10(a), saya ingin tahu sebab saya difahamkan bahawa 8.5 juta pokok ini dibekalkan oleh pihak swasta. Saya ingin bertanya, apakah syarikat-syarikat yang dapat dan bagaimana kaedah mereka mendapat kebolehan itu.

Berhubung dengan 10(b) pula, tahniah di atas komitmen yang ditunjukkan seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, tetapi komitmen yang lebih tinggi, sekiranya tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang. Setakat ini siapakah atau negeri manakah yang tindakan telah diambil kerana melanggar peraturan dan akta yang Yang Berhormat sebutkan tadi khususnya contohnya di Selangor, yang mana baru-baru ini dilaporkan bahawa kira-kira 3,000 hektar tanah Orang Asli telah dicerobohi, mohon jawapan. Terima kasih.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Bagi menjawab soalan pertama, pokok-pokok kayu yang diperoleh oleh pihak-pihak swasta ini adalah datangnya daripada bantuan yang diberikan oleh Jabatan Perhutanan, sama ada perhutanan daripada persekutuan atau jabatan perhutanan negeri. Selain daripada itu, kita juga menggalakkan pihak swasta ini sebagai satu social responsibility mereka untuk mendapat benih-benih kayu ini yang banyak seperti Cengal, Pulai, Keruing, Merawan, Meranti dan keras. Kita menggalakkan pihak-pihak swasta ini untuk mendapatkan benih-benih daripada mana sahaja mereka boleh mendapatinya dan setelah itu oleh sebab ini merupakan satu social responsibility mereka, kita juga menggalakkan mereka setelah ia ditanam maka mereka mestilah menjaganya sehingga tumbuh termasuk mungkin memberikan baja di mana-mana yang perlu.

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 21

Kedua, saya faham sekiranya ada kelemahan daripada kerajaan negeri ini, ini bagi

menjawab soalan kedua, sekiranya ada kelemahan itu maka seperti mana saya beritahu sebentar tadi, kuasa untuk melaksanakan peraturan-peraturan mungkin telah diberikan garis panduan oleh Majlis Tanah Negara, kuasanya itu untuk menguatkuasakan ialah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Walaupun begitu, selain daripada dasar-dasar yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan itu, kita juga menghantar pegawai-pegawai daripada Kerajaan Persekutuan misalannya pegawai yang dinamakan the flying squad untuk mematuhi, membantu mereka sejauh mana yang boleh mereka dapat mematuhi dasar-dasar tertentu, tetapi menguatkuasakan itu, mengambil tindakan itu terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Berkaitan dengan tanah Orang Asli itu yang dicerobohi, saya tidak ada maklumat ini tetapi nanti saya akan tanya daripada pegawai-pegawai tertentu supaya saya boleh sampaikan kepada Ahli Yang Berhormat.

■1150

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Oleh sebab masa tidak mengizinkan, maka selesailah sudah bagi semua pertanyaan lisan pada hari ini. Sekarang kita teruskan dengan acara kita seterusnya.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

USUL

MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya;

“Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” [20 April 2011]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat bahawa hari ini adalah hari terakhir bagi semua Ahli Yang Berhormat membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya telah menerima sembilan orang Ahli-ahli Yang Berhormat ingin berucap.

Oleh yang demikian, saya berharap semua Ahli Yang Berhormat bercakap mengikut masa yang mana saya fikir sesuai untuk saya hendak jaga soal kedudukan masa pada hari ini. Tanpa membuang masa saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah.

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

22 DN 21.4.2011

11.51 pg.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah Baginda sampaikan kepada sesi gabungan Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 7 Mac yang lalu.

Saya melihat Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini adalah suatu pengisian terhadap formula atau falsafah negara kita yang sering kita ungkapkan sebagai Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Formula Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan adalah manifestasi kesedaran dan keupayaan kita menggabungkan unsur-unsur tradisi dan moden. Mempertahankan yang asal dan asas sambil menyerap yang baru dan luaran secara terpilih.

Dalam konteks masyarakat berbilang kaum di negara ini, formula tersebut diterjemahkan pula dalam bentuk pengiktirafan terhadap hak sejarah dan tradisi kepimpinan bumiputera yang digabungkan dengan hak asasi dan kemanusiaan masyarakat bukan bumiputera. Kedua-dua hak tersebut mestilah diseimbangkan. Jangan sampai diubah secara radikal demi melanjutkan kestabilan negara kita. Semangat Demokrasi Berparlimen yang pada teorinya memberi hak yang sama rata perlu dikawal dengan kedaulatan Raja Berperlembagaan yang menjadi sauh kepada kestabilan yang berurat tunjang kepada tradisi.

Tuan Yang di-Pertua, itulah mukadimah saya sebagai peringatan kepada kita semua dan kepada kerajaan-kerajaan negeri di mana sesetengah kerajaan negeri yang dikuasai oleh satu bentuk gabungan baru parti pembangkang yang selama ini menjadi pembangkang. Kita bertanggungjawab memastikan demokrasi di Malaysia ini tidak akan dibunuh oleh pengamalnya yang mungkin cuai menghargai tradisi. Sekianlah sebagai satu mukadimah Tuan Yang di-Pertua.

Selanjutnya saya ingin mengalu-alukan inisiatif yang telah Tuan Yang di-Pertua sendiri lakukan dalam meningkatkan atau memperkasakan Dewan Negara ini dengan beberapa program seperti program forum antara Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Dr. Chandra Muzaffar beberapa ketika dahulu yang semuanya itu dianggap sebagai suatu usaha untuk meningkatkan komitmen kita dan sekali gus sebagai legislators dan sekali gus juga untuk meningkatkan kerjasama dan rasa muhibah kita dengan masyarakat awam.

Dengan demikian kita harap imej Dewan Negara yang selama ini dianggap sebagai rubber stamp tidak akan lagi berpanjangan. Dewan Negara adalah tempat kita memberi input-input yang berguna untuk meningkatkan perkhidmatan kerajaan.

Dalam hubungan ini, saya ingin mengambil kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua untuk mengucapkan terima kasih kepada JAKIM dan MAIWP kerana telah memberi respons yang positif terhadap perkara-perkara yang saya sendiri secara peribadi menimbulkan di Dewan Negara ini khususnya mengenai bantuan yang diberikan kepada Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar untuk memperbaiki bumbung masjid tersebut. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih ini sekadar untuk menyatakan bahawa Dewan Negara adalah tempat untuk menyuarakan hasrat dan keinginan rakyat kita. Semoga ini akan berterusan. Namun begitu saya terpaksa meminta maaf Tuan Yang di-Pertua, kerana ada sesetengah sikap di antara kita di Dewan Negara ini yang saya rasa kurang bertanggungjawab. Saya meminta maaf kalau rasanya agak tersasul sedikit. Akan tetapi saya sendiri teringat dalam sidang Dewan Negara yang lalu, Tuan Yang di-Pertua sendiri telah menegur tentang jawapan-jawapan sambil lewa yang diberikan oleh sesetengah Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam Dewan ini.

Walaupun Tuan Yang di-Pertua sendiri telah menegur pada masa itu, nampaknya amalan ini masih berterusan. Sebagai contoh, saya minta maaf kerana contoh ini agak peribadi sifatnya. Akan tetapi pada hari Isnin yang lalu, saya bertanyakan tentang sikap DBKL dalam memperkasakan ataupun mematuhi Undang-undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan).

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 23

Saya bertanyakan tentang kenapa terlalu banyak papan tanda nama kedai, nama-

nama bangunan perniagaan, taman-taman perumahan dan papan-papan iklan (billboards) dalam kawasan DBKL. Akan tetapi jawapan yang diberi hanyalah tentang billboards sahaja. Tidak ada disebut apa sebab nama-nama bangunan perniagaan, nama taman-taman perumahan dan nama-nama kedai masih banyak lagi di dalam bahasa Inggeris.

Kemudiannya saya nampak, ertinya seakan-akan jawapan itu hanya jawapan seperti yang dikatakan oleh seorang rakan di seberang sana, tidak lebih daripada ‘melepaskan batok di tangga’. Demi memastikan Dewan Negara ini dapat meningkatkan imejnya, kita berharaplah supaya jawapan-jawapan itu lebih lengkap pada masa-masa yang akan datang.

Mengenai perkara yang sama, contoh satu lagi yang saya ingin beri perhatian di sini ialah saya bertanyakan pada hari Selasa tentang, bunyi pertanyaan saya, “Minta Yang Berhormat Menteri menyatakan bilangan kes-kes mahkamah pekerja-pekerja asing mengikut kategori bilangan keseluruhan kes jenayah atau aduan yang dilakukan sendiri oleh pekerja asing, bilangan keseluruhan kes penganiayaan aduan yang dilakukan oleh majikan tempatan, kes yang menunggu perbicaraan, kes yang sedang dibicarakan, kes yang menunggu ulang bicara, bilangan pekerja asing yang sedang menjalani hukuman setelah didapati bersalah oleh mahkamah dan bilangan majikan tempatan yang sedang menjalani hukuman setelah didapati bersalah menganiaya pekerja-pekerja asing.”

Saya di sini telah menyatakan, sepatutnya satu-satu soalan itu tidak lebih daripada satu atau dua perkara sahaja. Akan tetapi katanya dalam soalan ini mengandungi tujuh perkara. Betul tujuh perkara tetapi ini adalah tujuh perkara yang ada pecahan-pecahan. Kemudiannya yang amat mendukacitakan, dikatakan tidak ada rekod untuk memberikan jawapan terhadap soalan-soalan saya itu. Saya rasa dalam kita mendakwa sebagai kerajaan yang mengamalkan e-Government, tidakkah perkara ini agak memalukan juga? Kalau perkara yang sepenting ini tidak ada rekod di dalam e-system kita. Saya menimbulkan perkara ini Tuan Yang di-Pertua tanpa menafikan sesetengah kecekapan kementerian membekalkan data-data yang dikehendaki dengan cepat. Dua minggu yang lalu, dengan ihsan Tuan Yang di-Pertua saya telah mewakili bersama dengan Yang Berhormat Tuan Boon Som a/l Inong mewakili Dewan Negara ini dalam satu persidangan di Phnom Penh mengenai pekerja-pekerja asing.

■1200

Kemudian, pada pagi itu di Phnom Penh itu, saya meneliti bahan-bahan yang hendak saya bentangkan dalam mesyuarat itu, ternyata ada yang tidak lengkap. Saya menelefon ke Kuala Lumpur minta supaya dibekalkan statistik mengenai pekerja-pekerja asing. Dalam masa tidak sampai dua jam saya dapat statistik itu. Ini menandakan bahawa sesetengah kementerian benar-benar mengamalkan e-Government tetapi sesetengah kementerian cuai.

Jadi dalam kita bersimpati dan menyokong konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya rasa eloklah kalau kita juga meningkatkan usaha kita untuk meningkatkan kecekapan dalam bidang ini. Saya tidak tahu siapa yang hendak disalahkan. Hendak disalahkan Timbalan Menteri, barangkali Timbalan Menteri mengatakan bahawa inilah pegawai yang bertanggungjawab. Akan tetapi kenapa pegawai yang berkenaan tidak diminta supaya membekalkan maklumat-maklumat yang lengkap? Saya dalam hal ini sekali lagi tidak menafikan tentang sesetengah Timbalan Menteri yang memberi jawapan yang lengkap.

Seperti semalam, saya cukup terharu dan terkesan dengan Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan memberikan data-data tentang FELDA, di mana memperlihatkan bahawa beliau sendiri membuat homework yang lengkap. Jadi membuat homework yang lengkap sebelum memberi jawapan di Dewan ini adalah satu tanggungjawab sosial kita. Saya harap perkara ini akan diberi perhatian di masa yang akan datang. Terima kasih. Saya ini adalah orang kerajaan Tuan Yang di-Pertua, kalau terlanjur sebagai penyokong kerajaan, saya minta maaflah tetapi saya rasa adalah tanggungjawab untuk memberi teguran-teguran yang membina seperti itu.

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

24 DN 21.4.2011

Selanjutnya saya ingin menyentuh sedikit mengenai program transformasi yang

sekarang dilaksanakan oleh kerajaan. Pagi tadi saya telah menanyakan sekiranya empat tonggak utama transformasi sekarang iaitu Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh, akan ditambah dengan satu program transformasi yang lain iaitu yang saya namakan program transformasi sikap atau ATP iaitu Attitude Transformation Program. Dari satu segi, saya gembira dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi seakan-akan telah menerima cadangan saya itu. Oleh kerana itu, saya haraplah supaya empat tonggak transformasi itu dijadikan lima dengan ditambah ATP atau Attitude Transformation Program.

Selain daripada Attitude Transfmoration Program, kalau kita perhatikan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong pada halaman enam juga, telah menyebutkan tentang transformasi pendidikan yang barangkali boleh dijadikan sebahagian atau dikembarkan dengan transformasi sikap atau attitude tadi. Saya cadangkan supaya dalam transformasi pendidikan ini, seperti yang disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya cadangkan supaya diambil kira atau diambil perhatian yang sungguh-sungguh tiga matlamat utama pendidikan yang seakan-akan kita abaikan selama ini. Walaupun akan ada dakwaan yang mengatakan tiga matlamat ini telah dipenuhi melalui program itu dan program itu tetapi yang saya cadangkan ialah supaya tiga matlamat itu dimasyarakatkan dengan seberkesan mungkin.

Tiga matlamat yang saya maksudkan Tuan Yang di-Pertua ialah pertama, kita haruslah menyedari dan mengakui bahawa matlamat utama pendidikan itu ialah pembinaan watak dan peribadi; kedua, pembinaan pengetahuan dan keilmuan atau pembinaan human resource; dan ketiga, pembinaan negara bangsa dan perpaduan kaum. Tiga perkara ini secara implisit, secara tersirat, patutlah menjadi pedoman kita di dalam merancang dan melaksanakan transformasi pendidikan itu.

Saya timbulkan perkara ini Tuan Yang di-Pertua, kerana setakat ini barangkali aspek pembinaan negara bangsa walau barangkali diberi perhatian tetapi kurang mendapat perhatian walaupun dalam Laporan Penyata Razak hal ini ditekankan tetapi nampak tidak begitu ditekankan sekarang kerana terlalu banyak masa dan tenaga digunakan untuk pembinaan pengetahuan kemahiran atau pembinaan human resource sahaja. Sedangkan, di samping pembinaan human resource, apa yang kita perlukan ialah pembinaan watak dan peribadi melalui sistem pendidikan dan kemudian pembinaan negara bangsa.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit perkara yang kelmarin telah disentuh oleh beberapa orang rakan di sini iaitu tentang isu-isu sensitif yang juga telah disentuh pada halaman 16 dalam naskhah ucapan Yang di-Pertuan Agong ini. Halaman 16 dalam Titah Baginda merujuk kepada kecenderungan pihak-pihak tertentu mempolitikkan perkara-perkara yang tidak semestinya dipolitikkan. Ini adalah penyakit kita. Sengaja hendak mencari political mileage, kita politikkan perkara yang tidak dipolitikkan.

Kelmarin saya bertanya dengan seorang rakan Yang Berhormat di seberang sana mengenai novel Interlok. Beliau bercakap mengenai novel Interlok. Saya tanya sudah baca belum. Dia mengelak-elak. Nampak tidak baca. Akan tetapi yang lebih menyedihkan mengenai peristiwa kontroversi novel Interlok ini Tuan Yang di-Pertua, ialah satu kesilapan besar seorang Timbalan Menteri kerajaan sendiri yang mendedahkan perkara itu secara sensasional melalui satu sidang akhbar. Tidakkah mungkin perkara itu diselesaikan secara administratif tanpa membuat heboh di akhbar? Bila orang kerajaan sendiri membuat heboh di akhbar, bertepuklah pembangkang. Maka diadakanlah pesta bakar buku. Satu perkara yang sangat berlawanan dengan tamadun kemanusiaan.

Perkara ini disuarakan sendiri oleh Yang Mulia Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz. Dia kata sangat menyedihkan bahawa pada zaman ini masih ada orang membakar buku hanya kerana satu perkataan. Ini nampak bahawa kita tidak mengawal perasaan kita mengenai perkara-perkara yang sensitif seperti ini. Malah, orang yang tidak tahu sastera pun, yang tidak membaca buku itu pun cuba-cuba pula hendak campur tangan.

Jadi dalam perkara ini, saya teringat ungkapan orang-orang tua dalam cerita-cerita lama yang saya pernah dengar yang saya pernah baca Tuan Yang di-Pertua, apalagi dalam negara kita yang majmuk ini.

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 25

Ingatannya ialah berfikirlah sebelum bercakap tetapi jangan segala yang terfikir

dicakapkan. Penyakit kebanyakan kita sama ada kita tidak terfikir sebelum cakap atau segala yang terfikir kita cakapkan tanpa menyedari implikasi daripada apa yang kita cakapkan itu. Inilah antara perkara yang patut kita ambil iktibar daripada nasihat yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagaimana terkandung pada halaman 16 dalam ucapan Baginda itu.

Selain dari itu Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan titah ini kelmarin, dua orang Yang Berhormat yang hujung namanya bernama Ali, seorang Yang Berhormat Dr. Syed Husin Ali dan seorang lagi Yang Berhormat Datuk Akbar bin Ali, kedua-dua mereka menyebut tentang jurang ekonomi dan jurang sosial yang saya bersetuju walaupun dalam banyak hal saya dengan sahabat lama Dr. Syed Husin Ali saya banyak tidak bersetuju tetapi dalam ini saya sangat bersetuju mengenai pemerhatian beliau tentang jurang ekonomi iaitu semakin melebarnya jurang antara yang kaya dan yang miskin, yang kemudian diulang kembali oleh Yang Berhormat Datuk Akbar bin Ali dalam ucapannya.

Mengenai ini dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melawan orang Melaka ini dengan pantun. Pantun saya tiga rangkap. Tidak tahulah kalau Tuan Yang di-Pertua ingin memberi kesempatan kepada Yang Berhormat Datuk Akbar Ali untuk membalas, tetapi pantun saya begini bunyinya.

■1210 Beruang bukan sebarang beruang, Beruang tidur beruang betina, Jurang bukan sebarang jurang, Jurang sosial membawa bencana. Jurang akademik jangan diabai, Jurang ekonomi turut terlibat, Bagaimana perpaduan akan tercapai, Jika sekolah berlainan tempat. Antara kaum dan sesama kaum, Banyak jurang semakin melebar, Walau harimau belum mengaum,

Di dalam sekam api membakar.

Itu pantun saya. Kalau nak saya jual kepada Yang Berhormat Akbar Ali kalau boleh, Tuan Yang di-Pertua nak beri kesempatan bolehlah.

Tuan Yang di-Pertua: Tak boleh Yang Berhormat. Yang Berhormat teruskan sahajalah.

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Tak apa, nanti saya minta. Saya tuntut dengan dia di kantin nanti Tuan Yang di-Pertua, tak apa.

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang ini Yang Berhormat berucap, sila teruskan. Pantun Yang Berhormat itu hebat.

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Ya, baik. Terima kasih banyak, terima kasih. Sehubungan dengan masalah semakin melebarnya jurang, kelmarin juga Yang Berhormat Akbar Ali menyebut tentang bagaimana pemberian biasiswa sekarang yang selama ini yang nampak seakan-akan pada zahirnya banyak diberikan kepada orang Melayu tetapi sekarang pun sudah merosot. Sehubungan ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada pemberian penajaan JPA dan MARA untuk mahasiswa-mahasiswa perubatan yang kebanyakannya daripada kalangan bumiputera untuk belajar ilmu kedoktoran di Indonesia.

Semenjak kira-kira 20 tahun yang lalu, 13 universiti di Indonesia secara berperingkat-peringkat telah menyediakan program khas untuk mahasiswa-mahasiswa perubatan dari Malaysia yang belajar ke sana dengan tajaan biasiswa JPA dan MARA. Program itu telah mendapat pengiktirafan daripada MQ dan telah menghasilkan alumni setakat ini tidak kurang daripada 1000 orang tetapi dukacita kerana saya dapat tahu sejak akhir-akhir ini tajaan biasiswa daripada JPA dan MARA itu telah dihentikan.

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

26 DN 21.4.2011

Dua hari yang lalu saya timbulkan perkara ini kepada Menteri, Menteri kata dia

tidak sedar tentang perkara ini. Maka itu saya rasa bertanggungjawab untuk mengulang balik perkara ini.

Memang kononnya antara sebab-sebab yang diberikan kepada pihak-pihak tertentu ialah JPA dan MARA telah menghentikan penajaan biasiswa, ilmu kedoktoran di Indonesia itu kononnya kerana unjuran guna tenaga kedoktoran untuk berkhidmat dengan kerajaan untuk masa ini telah mencukupi. Masalahnya, implikasi daripada pemberhentian tajaan ini dalam jangka panjang amatlah merugikan kita. Pertama sekali, 13 universiti di Indonesia ini, saya dapat tahu memberi respons kepada permintaan kita supaya mengadakan program-program khas untuk pelajar-pelajar Malaysia belajar ilmu perubatan di universiti berkenaan. Dari Sumatera Utara, Sumatera Barat, Jawa, Bandung, Jakarta dan seumpamanya. Ertinya, kita minta supaya diadakan program-program tertentu untuk pelajar kita. Mereka sudah dengan izin, accommodate keinginan kita tetapi sekarang ternyata setelah mereka menyediakan pelbagai kemudahan, kita menghentikan menghantar pelajar-pelajar di bawah tajaan kerajaan itu.

Jadi, walaupun mengikut unjuran guna tenaga kedoktoran sekarang dan sebelum itu saya juga nak menekankan bahawa di samping tempat di Indonesia tersedia, programnya diakui bermutu oleh MQ malah dalam satu program bersama antara Universiti Pejajaran di Bandung dengan Universiti Kebangsaan Malaysia ternyata graduan-graduan dari Bandung itu melebihi kecekapannya daripada graduan-graduan UKM sendiri. Ini memperlihatkan bahawa program di sana cukup bermutu tetapi kita menghentikan tajaan biasiswa pelajar-pelajar kita untuk program-program tertentu ini. Oleh kerana itu saya merayulah Tuan Yang di-Pertua, supaya MARA dan JPA akan meneruskan kembali tajaan pelajar-pelajar kita untuk belajar ilmu perubatan di Indonesia itu.

Khabarnya pelajar-pelajar yang layak, yang mempunyai CGPA 3.6 ke atas cukup banyak yang layak untuk mengikuti pelajaran ini tetapi sekarang tidak ada biasiswa. Jadi, ini ada kaitannya dengan usaha-usaha merapatkan jurang seperti ditimbulkan oleh rakan-rakan kita kelmarin...

Datuk Akbar bin Ali: Mohon mencelah, pohon penjelasan.

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Silakan, sila.

Datuk Akbar bin Ali: Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Dato’ berkenaan merapatkan jurang. Jadi, saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua dan kebenaran Yang Berhormat Dato’ ya, kita bertanya kepada kerajaan bahawa berdasarkan RMKe-10 yang dah koyak-koyak ini kerana sama ada kualitinya kurang baik atau saya mengganas. Muka surat 149, memang mengikut daripada segi kuota 30 peratus kita telah capai Yang Berhormat. Contohnya kalau juru ukur pada tahun 2008, kita telah dapat kepada pencapaian 55 peratus bagi juru ukur dan 53 peratus bagi doktor dan sebagainya tetapi ini adalah masalah dengan izin, presentation of statistics.

Saya minta dengan izin Yang Berhormat Dato’ Profesor, kita tanya kerajaan kalau kita nisbahkan kepada per thousand penduduk, berapakah kedudukan sebenarnya doktor bagi kaum Melayu, kaum Cina, kaum India bagi per thousand sebab saya yakin kalau berdasarkan per thousand, kedudukannya tidaklah secantik seperti yang dipaparkan dalam RMKe-10 ini. Mohon dipersetujui oleh Yang Berhormat Dato’ Profesor. Terima kasih.

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Saya ingat tadi Yang Berhormat Datuk Akbar Ali akan membalas pantun saya tetapi walau bagaimanapun saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Dia bukan tak boleh balas Yang Berhormat, ini bukan pentas pantun di sini... [Ketawa]

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Minta maaf Tuan Yang di-Pertua tetapi walau bagaimanapun, saya berterima kasih atas hujah-hujah yang diberikan oleh seorang statistician seperti beliau untuk memperkukuh lagi hujah saya tadi.

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat, teruskan.

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 27

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Dengan demikian bermakna bahawa

permohonan saya tadi memang mendapat sokongan dari Dewan ini. Selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menimbulkan kembali tentang perkara yang telah saya timbulkan secara sambil lalu dalam sidang dewan yang lalu iaitu tentang keperluan kita memasyarakatkan pelbagai dasar negara. Saya rasa ini penting demi kesinambungan pemerintahan, kestabilan dan demi memastikan bahawa generasi-generasi selepas kita memahami pelbagai dasar negara yang telah dirumuskan dengan susah payah, dengan menggunakan pelbagai sumber dan masa.

Yang saya maksudkan dengan dasar-dasar negara ini, kalau saya boleh memberikan satu takrif operational atau operational definition tentang dasar negara ini, saya menganggap dasar negara itu sebagai konsep dasar iaitu falsafah, pedoman dan garis panduan serta rangka kerja untuk mencapai sesuatu matlamat. Itu yang saya namakan sebagai dasar negara yang sudah cukup banyak. Jadi, berpandukan kepada takrif yang saya berikan itu Tuan Yang di-Pertua, maka termasuk dalam pengertian dasar untuk kepentingan perbincangan ini ialah Perlembagaan Negara, Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru walaupun telah dimansuhkan, Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan, Dasar Pertanian Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Negara, Dasar Perfileman Negara dan seterusnya.

Dalam buku yang dikeluarkan melalui INTAN ini macam-macam dasar disebut tetapi kalau kita perhatikan, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Persyarikatan Malaysia dan seterusnya cukup banyak dalam buku yang dikeluarkan oleh INTAN ini tetapi pada amalannya kita agak kecewa kerana pengetahuan pihak-pihak yang sepatutnya tahu mengenai dasar ini, mereka tak tahu. Saya memberi ceramah kepada kumpulan mahasiswa-mahasiswa, kepada kumpulan-kumpulan pemimpin-pemimpin belia dan saya tanyakan hal ini. Mereka tidak tahu tentang dasar-dasar tertentu.

■1220

Jadi kesilapannya dalam hal ini saya rasa ialah kecuaian kita memasyarakatkan pelbagai dasar itu dengan berkesan. Sedangkan saya percaya dasar-dasar ini digubal dengan menggunakan tenaga dan masa. Saya minta maaf kalau boleh saya memberikan satu contoh yang agak peribadi sifatnya Tuan Yang di-Pertua.

Dalam 15 tahun, 20 tahun yang lalu, saya terlibat dalam penggubalan Dasar Perfileman Negara bersama dengan Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafie. Kami bermesyuarat lebih daripada tiga, empat bulan dengan belanja yang cukup banyak, tetapi saya tidak nampak bahawa dasar yang sedemikian sungguh-sungguh digubal, amalannya pada masa ini pengetahuan masyarakat pada masa ini terhadap dasar itu saya rasa amat mendukacitakan. Ini adalah satu contoh. Begitu juga umpamanya tentang Dasar Pertanian Negara. Saya tidak pasti sama ada pegawai gred 44 di Kementerian Pertanian tahu apa Dasar Pertanian Negara. Saya minta maaflah, ini agak personel sifatnya. Akan tetapi saya hanya hendak mendramatiskan contoh tentang kejahilan sesetengah kita tentang dasar-dasar yang patut kita ketahui ini.

Oleh kerana itu, saya merayu Tuan Yang di-Pertua, supaya usaha-usaha memasyarakatkan pelbagai dasar negara ini ditingkatkan. Ini termasuklah umpamanya memasyarakatkan dengan meluas tentang sembilan dengan izin, the strategic challenges dalam Wawasan 2020.

Sekali lagi saya mohon maaf kerana memberikan contoh yang agak peribadi. Sebulan yang lalu saya menganjurkan satu kursus kewartawanan untuk 20 orang wartawan dan tidak seorang pun yang tahu apa ia sembilan cabaran atau dengan izin, nine strategic challenges yang menjiwai Wawasan 2020 itu. Saya rasa ini adalah agak penting. Kita mengatakan Wawasan 2020 sebagai matlamat akhir kita yang di complement oleh Gagasan 1Malaysia, tetapi tokoh-tokoh kunci, key personalities, dengan izin, dalam masyarakat tidak mengetahui apa ia. Ini adalah satu contoh dan banyak contoh yang lain.

Jadi saya merayulah Tuan Yang di-Pertua, supaya usaha-usaha memasyarakatkan dasar kebangsaan itu, dasar-dasar negara itu dapat ditingkatkan. Kalau saya boleh dengan ringkas Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebutkan tentang...

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

28 DN 21.4.2011

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada dua minit lagi.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Ya?

Tuan Yang di-Pertua: Dua minit lagi.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Dua minit lagi. Kalau dua minit, kena ringkas. Saya ingin minta supaya – pertama sekali mengenai Talent Corporation. Di samping kita memujuk talent-talent luar itu balik, saya rasa patut juga kita tumpukan tenaga untuk membina talent tempatan dan termasuk menyambung kembali biasiswa kedoktoran ke Indonesia itu. Tidak dapat hendak di elaborate Tuan Yang di-Pertua, kerana masa tidak mengizinkan.

Kedua, saya mintalah supaya penghargaan kita terhadap bahasa kebangsaan itu benar-benar jujur dan sungguh-sungguh terutamanya perkara-perkara yang saya timbulkan dalam Dewan ini dua tiga hari yang lalu. Atas kesempatan yang diberikan ini, saya ucapkan terima kasih...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada dua minit lagi Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Ya?

Tuan Yang di-Pertua: Saya kata dua minit lagi tadi.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Tidak apalah Tuan Yang di-Pertua, saya berikanlah kesempatan kepada Ahli Yang Berhormat yang lain. Terima kasih banyak.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih, terima kasih. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Puan Chew Lee Giok.

12.24 tgh.

Puan Chew Lee Giok: Salam 1Malaysia. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya menyertai perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tahniah saya ucapkan kepada Barisan Nasional Negeri Sarawak yang telah memenangi pilihan raya negeri yang ke-10.

Daripada keputusan pilihan raya, didapati kerajaan Barisan Nasional telah mendapat sokongan yang kuat daripada kaum bumiputera terutamanya daripada kaum Melayu, Melanau dan juga Dayak. Akan tetapi jangan lupa tentang kehilangan tiga kerusi kawasan Dayak. Itulah kehilangan yang paling banyak di kawasan majoriti Cina. Di sini saya minta Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri hendaklah mengkaji dengan lanjut mengapa kehilangan sokongan masyarakat Cina di pilihan raya negeri Sarawak yang baru lepas.

Ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor yang tertentu – mungkin isu-isu tempatan, negeri, dan juga isu nasional. Misalnya, isu-isu tempatan adalah seperti isu pemimpin perseorangan personalitinya, cukai tanah dan sebagainya. Tambahan pula, isu-isu nasional kesukaran mendapat kelulusan pembinaan sekolah rendah jenis kebangsaan di kawasan yang majoritinya penduduk Cina seperti di Bandar Kuching, Sibu dan sebagainya. Sebab itulah kalau boleh sekolah rendah jenis kebangsaan Cina atau Tamil boleh dibina atas keperluan, maka ia tidak akan menjadi isu sewaktu pilihan raya.

Berdasarkan kepada keputusan itu juga, kita dapati bahawa pemimpin-pimpin yang telah terlalu lama berkuasa pun akan jadi satu isu. Demi masa hadapan Barisan Nasional ataupun kerajaan negara, maka jawatan-jawatan yang penting seperti Menteri Besar, Ketua Menteri hendaklah dihadkan tempoh jawatannya seperti tiga penggal, kecuali – mesti ada pengecualian. Kalau seseorang pemimpin itu mempunyai kepimpinan yang terserlah dan disokong oleh ramai rakyat, maka bolehlah dipanjangkan. Daripada pilihan raya ini juga kita nampak Barisan Nasional menghadapi masalah calon-calon yang tua pada parti-parti yang tertentu...

Tuan Yang di-Pertua: Yang lama Yang Berhormat.

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 29

Puan Chew Lee Giok: Okey, calon-calon yang lama. Maka saya suggest dengan

izin, calon-calon yang lebih muda. Pilihlah calon-calon wanita sebab terdapat parti komponen Barisan Nasional yang tidak ada seorang pun calon wanita... [Tepuk] Terima kasih. Ini kerana kita tahu sesetengah pengundi adalah kaum wanita. Kalau tidak ada calon wanita, bagaimana kita hendak dapatkan sokongan kaum wanita?

Ini ada satu kes yang saya hendak bangkitkan iaitu tentang penyanyi-penyanyi Cina tempatan yang popular di luar negara yang mereka telah datang menyanyi dan membuat persembahan di pentas Barisan Nasional dan selepas itu mereka telah dikritik dan hendak diboikot oleh penyokong-penyokong pembangkang. Ini merupakan satu tindakan yang tidak wajar, sebab pada pendapat saya, kalaulah ada penyanyi yang terkenal, kalau dia menyanyi di pentas parti pembangkang, penyokong-penyokong Barisan Nasional pun tidak akan mengkritik atau memboikotnya.

Saya ingin mengatakan bahawa politik adalah seperti pasaran saham, ada naik dan turun. Pihak yang menang, jangan sombong, jangan ego. Di sini saya hendak mengatakan bahawa jangan lupa masyarakat Cina pernah banyak kali dalam pilihan raya umum yang lepas menyokong Barisan Nasional terutama pada tahun 1999. Bila berlakunya reformasi, kalau bukan ramai penyokong Cina yang menyokong Barisan Nasional pada waktu itu, saya rasa Tsunami telah berlaku pada tahun 1999 dan bukan 2008. Oleh sebab itu pada hari ini Barisan Nasional pernah mendapat sokongan penuh daripada..., walaupun tidak penuhlah kan, tetapi cuba menarik banyak sokongan daripada kaum Cina. Ini kerana untuk membentuk satu Malaysia yang berjaya, hendaklah mendapat sokongan dari semua kaum dan bukan sesuatu kaum yang tertentu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya hendak bincang tentang pembinaan loji pemprosesan nadir bumi. Saya minta kerajaan supaya mengkaji dengan lebih mendalam mengenai isu pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Kuantan.

■1230

Kalau terdapat bantahan daripada rakyat, sebagai kerajaan yang prihatin kepada jiwa rakyat maka kita hendaklah membuat kajian yang menyeluruh mengenai potensi risikonya dan kajian penilaian terhadap kesan alam sekitar sehingga mendapat kajian bahawa ia adalah selamat dan tidak mengancam kesihatan orang ramai, barulah pembinaan ini boleh dilaksanakan. Sebaliknya kalau ia tidak dapat meyakinkan rakyat maka ia hendaklah atau mungkin dihentikan. Kita jangan lupa pencemaran alam sekitar yang pernah berlaku di Bukit Merah.

Yang ini saya hendak tuju kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, memandangkan kebocoran loji nuklear di Fukushima kerajaan hendaklah mengkaji semula cadangan pembinaan loji nuklear pada masa depan. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai tenaga baru seperti biomass, photovoltaic suria dan hidroelektrik. Malaysia merupakan negara pengeluar kelapa sawit antara yang terbesar di dunia ini dan kementerian juga menganggarkan potensi penyediaan tenaga daripada biomass berjumlah 1,340 megawatt menjelang tahun 2030. Tenaga suria pula boleh menjana 6,500 megawatt tenaga elektrik. Malaysia terdapat beberapa pengeluar photovoltaic suria yang terbesar di dunia.

Oleh sebab itu saya minta kalau boleh kementerian hendaklah mengkaji dengan syarikat-syarikat tersebut bagi mengurangkan kos pembinaan ini. Apakah sebab kita hendak membina loji tenaga nuklear yang boleh mengancam kesihatan dan keselamatan kita? Mengapa kita hendak membuat reaktor nuklear yang tidak disukai oleh rakyat dan berisiko tinggi sehingga ia telah menjadi isu-isu yang akan dipermainkan oleh parti pembangkang bagi mengkritik kerajaan kita.

Berdasarkan kepada maklumat US Energy Information Admission dengan izin, bagi tahun 2010 sumber yang digunakan untuk penjanaan elektrik adalah seperti berikut:

(i) arang batu – 45 peratus;

(ii) gas asli – 24 peratus;

(iii) nuklear – 20 peratus;

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

30 DN 21.4.2011

(iv) hidroelektrik – 6.2 peratus; dan

(v) tenaga boleh baharu – 4.1 peratus.

Apabila dibandingkan kos penjanaan elektrik secara bahan api iaitu arang batu atau gas asli, nuklear dan tenaga boleh baharu, akan didapati bahawa penjanaan dengan bahan api arang batu atau gas asli adalah lebih murah, lebih economical dan kos penjanaan secara tenaga boleh baharu adalah paling tinggi dan mahal. Ini adalah satu kenyataan yang perlu kita pertimbangkan.

Tuan Yang di-Pertua, soalan pertama saya adalah, adakah tarif elektrik TNB akan meningkat lagi apabila TNB membeli elektrik daripada IPP yang menggunakan kaedah boleh baharu? Kedua, apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan kadar bayaran kepada IPP boleh baharu adalah munasabah dan tidak lebih mahal daripada IPP yang menggunakan arang batu atau gas?

Seterusnya tentang masalah kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas merupakan masalah yang utama di Kuala Lumpur dan juga di bandar-bandar utama di Selangor termasuk juga bandar kecil di Seri Kembangan. Saya ingin bertanya beberapa soalan di sini. Pertama, walaupun MRT, LRT telah dibina mengapa kesesakan lalu lintas masih lagi terjadi di negara kita? Kedua, apakah kaedah-kaedah yang dicadangkan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya? Ketiga, apakah jalan penyelesaian untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Seri Kembangan iaitu tempat saya. Di sini saya ingin cadangkan kepada SPAD, cuba rancang satu sistem transit aliran ringan ataupun MRT bagi menyambungkan Bukit Jalil ke Seri Kembangan, ke Bandar Putra Permai ke Putrajaya, KLIA dan LCCT.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang Akta Imigresen. Akta Imigresen telah wujud adalah untuk mengawal kemasukan warganegara asing ke negara ini dengan terlebih dahulu mengambil kira hak asasi warganegara Malaysia yang tidak terjejas seperti keamanan awam dan lain-lain. Pada hari ini didapati bahawa ramai pendatang-pendatang haram yang semakin bertambah pindah ke sini, dan kejadian jenayah yang dilakukan oleh pendatang-pendatang asing juga bertambah. Maka di sini saya ingin minta pihak berkenaan bahawa Akta Imigresen yang telah wujud lama perlulah dikaji semula dan diubahsuai mengikut keadaan semasa.

Seterusnya saya hendak sentuh tentang Kementerian Pelajaran. Memandangkan penggunaan bahasa Inggeris yang begitu penting dalam urusan perniagaan, maka bahasa Inggeris juga adalah penting untuk memperoleh peluang pekerjaan yang lebih baik. Demi masa depan anak-anak kita, maka di sini saya ingin mencadangkan bahawa pengajaran Matematik dan Sains di sekolah menengah hendaklah diajar dalam dua bahasa, diteruskan iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Biarlah pelajar-pelajar memilih bahasa yang mereka hendak, bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris.

Persoalan saya ialah pertama, adakah pengajaran Matematik dan Sains akan diteruskan menggunakan dua bahasa iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris pada tahun hadapan dan pada masa akan datang? Kedua...

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh saya mencelah, Tuan Yang di-Pertua?

Puan Chew Lee Giok: Biar saya habiskan ya. Kedua, pengajaran Pendidikan Moral di sekolah-sekolah boleh dianggap tidak berjaya memandangkan disiplin pelajar-pelajar yang tidak terkawal seperti ponteng sekolah, menyertai kongsi gelap dan sebagainya. Apakan rancangan yang boleh diambil oleh Kementerian Pelajaran untuk menjayakan pengajaran Pendidikan Moral ini bagi mengurangkan gejala-gejala sosial yang tidak baik ini?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh tentang perpaduan kebangsaan. Perpaduan antara kaum pada hari ini adalah tidak semesra pada tahun 60-an dan 70-an. Ini mungkin disebabkan oleh suasana politik, percakapan pemimpin-pemimpin politik dan juga media-media yang tertentu. Parti-parti politik janganlah memainkan isu-isu perkauman, begitu juga pihak media. Semalam terdapat surat khabar yang menyahut gelombang ‘1Melayu 1Bumi’.

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 31

Ini kononnya berdasarkan bahawa keputusan Pilihan Raya Sarawak yang

menunjukkan pengundi-pengundi Cina yang telah berpihak kepada sesebuah parti. Maka ia dirumuskan bahawa orang Cina telah bersatu di bawahnya.

Ulasan yang ditulis ini adalah tidak munasabah. Kalau merujuk kepada keputusan yang - mungkin banyak kerusi yang telah kalah tetapi kita boleh mengkaji bahawa kerusi yang kalah pun terdapat pengundi-pengundi Cina yang menyokong Barisan Nasional sekurang-kurangnya ini adalah hardcore dengan izin, itu penyokong tetap Barisan Nasional iaitu lebih kurang 30 peratus. Maka di sini saya ingin meminta media-media tertentu jangan mainkan isu-isu perkauman, ini tidak akan memihak kepada perpaduan negara.

Konsep 1Malaysia yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak adalah diterima oleh semua lapisan masyarakat. Konsep 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menyatupadukan semua rakyat tidak mengira bangsa, agama atau budaya. Maka kita hendaklah terus menyokong apa yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.

Di sini saya ingin minta Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri, tidak kisah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat ataupun Kerajaan Negeri Barisan Nasional hendaklah memberi tumpuan, perhatian kepada perpaduan kaum. Maka persoalan saya di sini adalah pertama, apakah program-program yang akan dirancang untuk mengelakkan perhubungan antara kaum yang semakin tegang? Cadangan saya ada satu di sini, saya cuba hendak mencadangkan program-program yang hendak dilakukan itu untuk perpaduan kebangsaan hendaklah disemai bermula sewaktu sekolah rendah lagi.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya hendak sentuh tentang persoalan yang dibangkitkan oleh orang tempatan di tempat saya. Isu lesen pemeliharaan burung. Mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, setiap orang atau mana-mana pihak yang ingin memburu atau menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi hendaklah memohon lesen daripada pihak berkuasa.

■ 1240

Dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, spesies burung murai adalah tertakluk kepada kehendak bagi lesen ataupun pemilik perlu mempunyai lesen untuk memeliharanya dan sebarang kesalahan lesen akan didenda tidak melebihi 10,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Atas permintaan persatuan penggemar burung ini, di sini saya ingin mengemukakan persoalan saya.

Pertama, adakah wajar dan sesuai untuk membenarkan penggemar burung untuk melesenkan satu atau dua burung yang dipeliharanya? Kedua, pemeliharaan burung murai merupakan hobi? Maka, saya ingin memohon agar peruntukan kehendak pelesenan dilonggarkan oleh Yang Berhormat Menteri terhadap pencinta hidupan liar ini.

Sedikit tentang Kementerian Pertahanan ya. Kementerian Pertahanan telah mengambil semula tanah rizab kawasan Kementerian Pertahanan Malaysia di Sungai Besi dan peladang-peladang kecil telah mengusahakan tanaman buah belimbing itu berpuluh-puluh tahun di sana. Ini adalah peladang-peladang daripada Kampung Baru, Seri Kembangan dan di sini mahu tanya pertama soalannya ialah, mengapakah Kementerian Pertahanan tidak memberikan pampasan kepada peladang-peladang kecil tersebut? Seterusnya dua soalan ini adalah tentang pengurusan yang berkaitan dengan Angkatan Tentera Malaysia.

Pertama, apakah kaedah untuk menarik lebih ramai kaum Cina dan kaum India untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia? Kedua, apakah peratusan pecahan kaum dan pangkat-pangkat mereka di dalam Angkatan Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia?

Akhir sekali, saya ingin menuju kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan. Akan tetapi ini bukan tentang kebudayaan, tentang facebook.

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

32 DN 21.4.2011

Didapati kes membunuh diri semakin meningkat. Semakin muda dengan

peratusan kaum lelaki yang lebih tinggi di mana berlaku pemuda-pemudi pada hari ini menulis kata-kata membunuh diri pada facebook di mana ia telah terjadi satu tunjuk ajar yang tidak baik kepada generasi muda yang lain. Persoalan saya ialah pertama, apakah tindakan yang boleh diambil oleh kementerian untuk mengurangkan kes bunuh diri ini yang berkaitan dengan facebook ini?

Kedua, apakah kerjasama yang boleh diambil oleh Kementerian, Komunikasi, dan Kebudayaan bersama kementerian yang lain seperti Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk mengatasi masalah tersebut? Maka, di sinilah saya mengemukakan soalan-soalan dan cadangan saya kepada lebih kurang sembilan kementerian. Dengan ini, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Puan Doris Sophia ak Brodi.

12.43 tgh.

Puan Doris Sophia ak Brodi: Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Seterusnya saya ingin ucapkan terima kasih kerana memberi saya ruang dan peluang pada hari ini untuk turut serta berucap menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Salam sejahtera, salam bahagian, dan salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, memang masa agak terhad, saya akan cuba Tuan Yang di-Pertua menyampaikan hujah-hujah saya dalam lingkungan masa yang diberi dan seterusnya juga saya meminta diizinkan menyentuh beberapa isu yang saya kira penting untuk kita renungkan bersama pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pertama saya sebagai anak jati negeri Sarawak Bumi Kenyalang ingin ucapkan berbesar terima kasih kepada Yang Berhormat Perdana Menteri kita Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razak atas keprihatinan dan komitmen beliau yang sanggup turun padang semasa pilihan raya negeri Sarawak yang kesepuluh baru-baru ini. Terima kasih juga saya ingin ucapkan kepada rakan-rakan Ahli Dewan Negara yang juga sama-sama turut membantu Barisan Nasional meraih kemenangan semasa pilihan raya tersebut. Kejayaan Barisan Nasional sehingga dapat meraih kemenangan lebih dua pertiga semasa pilihan raya tersebut jelas menunjukkan bahawa rakyat Sarawak yakin kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita iaitu Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razak. Begitu juga kepada Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Tuan Yang di-Pertua, keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang lalu berpihak kepada Barisan Nasional di mana Barisan Nasional telah memenangi 55 daripada 72 Kerusi DUN yang dipertandingkan. Daripada 55 Kerusi yang dimenangi hampir dua pertiga kalau tidak silap saya adalah Kerusi DUN yang terletak di luar bandar dan di pedalaman Sarawak. Walaupun kawasan-kawasan ini masih agak ketinggalan dari segi pembangunan terutama sekali dari segi infrastruktur termasuk pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan dan sebagainya. Namun kepercayaan mereka terhadap Barisan Nasional tetap tidak luntur. Ketaatsetiaan mereka kepada Kerajaan Barisan Nasional dan pimpinannya tidak pernah pudar.

Pada pendapat saya ini adalah kerana mereka menaruh penuh harapan bahawa di bawah kepimpinan Yang Amat berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razak yang mereka anggap pemimpin yang berjiwa rakyat akan melaksanakan transformasi yang berlandaskan empat tunggak utama iaitu Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi kerajaan, Program Transformasi Ekonomi berteraskan Model Ekonomi Baru serta Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Kesebelas. Ia boleh terus mengubah nasib serta mutu kehidupan mereka dengan membawa pembangunan yang sewajarnya.

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 33

Saya mohonlah agar harapan mereka yang menggunung ini tidak dihampakan

oleh kerajaan. Tunaikanlah permintaan mereka supaya anak-anak mereka boleh turun ke sekolah dengan selesa dan tidak perlu lagi memijak lumpur dan becak tatkala hujan atau masa tengkujuh, tidak perlu lagi mendaki perahu dan sampan dan boleh duduk di bilik darjah yang serba ada termasuk guru-guru yang terlatih dan komited. Begitu juga jikalau mereka sakit mereka tahu mereka boleh mendapat rawatan dengan segera kerana ada klinik dan hospital berdekatan. Kalau mereka mahu membeli belah untuk keperluan hari-harian, mereka tidak perlu hiraukan cuaca atau keadaan pasang surutnya air sungai dan sebagainya. Inilah keperluan mereka. Inilah harapan dan kehendak mereka.

Saya mohon kementerian-kementerian berkenaan mengambil berat akan perkara ini dan laksanakanlah permintaan mereka ini dengan secepat mungkin kerana Seri Paduka Baginda sendiri semasa bertitah pada 7 Mac yang lalu menekankan bahawa dalam usaha untuk bergerak ke arah negara maju, penambahbaikan dan peningkatan infrastruktur pengangkutan dan perhubungan akan terus dilaksanakan, Titah Baginda. Ini termasuk kemudahan pengangkutan darat, laut dan udara serta teknologi maklumat dan komunikasi bagi memberi kemudahan kepada semua rakyat termasuk pelabur dan komuniti perniagaan.

Seterusnya, Seri Paduka Baginda juga menyatakan kerajaan beta prihatin bahawa status negara maju tidak bermakna jika rakyat tidak menikmati kehidupan berkualiti. Sehubungan itu juga kerajaan telah menetapkan dan sedang melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti memperluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, memperkasakan prasarana luar bandar, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah dan menambahbaikkan pengangkutan awam bandar bagi memastikan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat negara ini sentiasa bertambah. Jadi, jangan sia-siakanlah hasrat serta harapan Baginda.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengucapkan tahniah walau telah lama pun, di atas kejayaan Barisan Nasional sebelum ini kerana dapat mengekalkan Kerusi DUN Tenang, DUN Merlimau dan DUN Kerdau dengan majoriti yang selesa. Ini juga jelas sebagai penanda aras yang positif dan rakyat seperti yang saya katakan sebentar tadi semakin menerima dan selesa di bawah naungan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah.

■1250

Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya, izinkan saya memetik artikel yang diterbitkan di surat khabar arus perdana bertarikh 19 April 2011, hari Selasa lepas. Mengesyorkan agar Perlembagaan negeri Sarawak di pinda supaya laluan untuk pelantikan wakil rakyat terutama sekali yang tewas di dalam pilihan raya negeri baru-baru ini dibenarkan untuk dilantik menjadi anggota Dewan Undangan Negeri dapat dilaksanakan. Saya secara peribadi berpendapat Tuan Yang di-Pertua, cadangan ini sebagai suatu idea yang tidak demokratik.

Ini kerana jelas Ahli-ahli Dewan Rakyat hanya boleh dilantik di kalangan yang memenangi Kerusi DUN iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan, dalam erti kata lain yang dipilih oleh majoriti rakyat semasa pilihan raya. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya berpendapat tiada jalan pintas, short cut, dengan izin, atau jalan mudah dalam konteks ini. Jika sudah ditakdirkan tewas, terimalah kenyataan dan kalau masih mahu meneruskan perjuangan tunggulah sampai pilihan raya masa hadapan untuk mencuba lagi.

Tambahan lagi undang-undang tubuh kerajaan negeri perlu dihormati. Bagi DUN Sarawak, pelantikan secara ‘pintu belakang’, mohon maaf kerana menggunakan ayat ini, atau pihak yang kalah, tidak boleh di kompromi sama sekali. Kita tidak boleh mentafsirkan ia dari konteks Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang membenarkan ianya dilaksanakan di mana Senator boleh dilantik membarisi Kabinet. Adalah tidak wajar untuk meminda undang-undang negeri hanya untuk memenuhi tuntutan segelintir golongan yang tewas. Kita harus ingat bahawa rakyat adalah golongan yang memilih pemimpin mereka. Siapa yang mereka suka dan siapa yang perlu menjadi wakil mereka.

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

34 DN 21.4.2011

Hormatilah pilihan mereka kerana semua suku kaum rakyat Sarawak yang berhak mengundi telah pun menyuarakan kehendak mereka dan telah menjalankan tanggungjawab mereka secara demokrasi.

Ini bakal menyuburkan lagi amalan demokrasi di negeri Sarawak yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan suku. Para pemimpin yang dipilih tentulah pemimpin-pemimpin yang dipercayai oleh rakyat yang boleh mewakili semua suku kaum dan komuniti. Ini jelas sebelum menyemarakkan Gagasan 1Malaysia. Selaras dengan iltizam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan ataupun pemerintah pusat negara Malaysia, jika perlu pastikan undang-undang negeri Sarawak itu tidak akan dipinda untuk maksud seperti yang telah dinyatakan tadi. Ini kerana demokrasi dan semangat 1Malaysia tidak boleh dipertikaikan kerana seperti yang saya katakan tadi, rakyat Sarawak telah menunaikan tanggungjawab mereka pada 16 April lalu dan telah memilih wakil rakyat ataupun pemimpin dengan penuh demokrasi dan semangat 1Malaysia. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya merakamkan ucapan takziah ke atas mangsa bencana alam gempa bumi dan tsunami di Jepun bulan lepas.

Tidak cukup itu, disusuli pula dengan kebocoran reaktor nuklear yang khabarnya melibatkan beratus-ratus ribu orang setakat ini. Jumlah kematian lebih daripada 14,000 orang. Saya juga terbaca diinternet semalam bahawa bencana alam yang menimpa rakyat dan negara Jepun ini telah memakan belanja dan kerosakan sebanyak USD300 bilion dan yang paling termahal pernah terjadi di dunia. Semoga rakyat Jepun tabah menghadapi segala dugaan ini. Begitu juga sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya patut bersyukur yang negara kita ini aman dari segala malapetaka seperti bencana alam hinggakan kita boleh hidup dengan harmoni, tenang dan selamat.

Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama juga saya khuatir bahawa bencana yang menimpa negara Jepun tersebut mungkin boleh memberi impak yang negatif terhadap ekonomi negara kita. Semasa bertitah, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ada menyatakan bahawa perdagangan luar terus menjadi penyumbang penting kepada ekonomi negara kita dan ini termasuk negara Jepun. Pelaburan asing yang terbesar juga termasuk dari negara Jepun. Jadi, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian, sejauh manakah ekonomi negara kita akan terjejas akibat bencana yang menimpa rakyat di negara Jepun itu.

Isu yang keempat yang ingin saya sentuh ialah berkenaan dengan ICT dan kemudahan internet di luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, di bawah NKRA dan NKEA serta ETP, saya nampak kerajaan memang bertekad untuk membasmi kemiskinan terutamanya golongan sasaran di luar bandar. Oleh itu, saya sekali lagi ingin menyentuh beberapa isu berkaitan dengan penduduk-penduduk luar bandar. Isu pertama ialah berkaitan kemudahan ICT bagi penduduk desa khususnya di negeri Sarawak.

Saya bersetuju apabila kerajaan menjadikan perkhidmatan jalur lebar sebagai salah satu medium komunikasi yang penting di Malaysia kerana dengan ini masyarakat dapat bersama-sama menikmati kemajuan teknologi seiring dengan peredaran zaman.

Tidak boleh dinafikan bahawa internet sememangnya memberikan banyak manfaat dan kemudahan kepada kita semua. Pelbagai maklumat dapat dikongsi bersama dan dapat meluaskan lagi minda masyarakat untuk melihat idea-idea baru dari seluruh dunia. Namun kemudahan jalur lebar dan ICT di negeri Sarawak saya lihat agak menyedihkan. Sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak masih kekurangan kemudahan komputer, jalur lebar dan internet. Murid terpaksa berkongsi, juga kekurangan guru dan mereka pula tidak terlatih. Tambah lagi bekalan elektrik pun tiada di banyak-banyak kawasan. Impian untuk mendapatkan jalur lebar menjadi impian menggunung buat murid-murid di Sarawak.

Oleh itu, saya amat-amat gesa agar Kerajaan Pusat dapat mengembangkan dengan lebih luas perkhidmatan jalur lebar kepada laman Sarawak. Menyediakan guru-guru terlatih dan kemudahan komputer yang mencukupi. Saya mohon tolong percepatkanlah. Ini kerana...

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 35

Datuk Akbar bin Ali: Mohon mencelah Yang Berhormat, dengan izin.

Puan Doris Sophia ak Brodi: Boleh saya habiskan dulu.

Datuk Akbar bin Ali: Okey, okey.

Puan Doris Sophia ak Brodi: Maaf ya. Ini kerana saya percaya sekiranya penggunaan jalur lebar menjadi sebahagian daripada rutin dalam kehidupan masyarakat di Sarawak. Ia akan menjadi Sarawak masyarakat demokratik yang berpengetahuan dan matang dalam menerokai dunia tanpa batasan. Saya juga merasakan bahawa penggunaan jalur lebar juga bukanlah menjadi kehendak dalam kehidupan manusia tetapi merupakan keperluan dalam kehidupan masa kini. Oleh itu, saya amat bersetuju dengan usaha kerajaan dalam memberi galakkan terhadap penggunaan jalur lebar di Malaysia.

Namun, beberapa aspek seperti kos melanggan perkhidmatan jalur lebar perlu diberi perhatian agar ianya mampu dilanggan oleh mereka yang berpendapatan rendah. Bagaimanapun, isu kos juga adalah satu isu besar kerana kebanyakan golongan berpendapatan rendah tidak mampu untuk melanggan jalur lebar berkelajuan tinggi seperti one megabyte per second (1Mbps), dengan izin. Akan tetapi, mereka hanya mempunyai satu pilihan iaitu melanggan Streamyx iaitu pada kadar yang lebih murah, RM60 sebulan dan kelajuannya cuma ada 384 kilobyte per second. Selain itu juga, kadangkala pengguna yang melanggan perkhidmatan tersebut juga menghadapi masalah apabila perkhidmatan jalur lebar tidak sampai kepada pengguna.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, negeri Sarawak seperti yang kita semua maklum amat luas, hampir seluas Semenanjung Malaysia dan sektor geografinya kian menjadi isu.

Saya melihat isu-isu tertunggak seperti isu tanah adat anak negeri, NCR land, dengan izin, isu kebajikan rakyat Sarawak yang menetap di Semenanjung, isu agama, pendidikan dan isu-isu lain berkaitan perlu diberi perhatian serius oleh pihak pemerintah dan Kerajaan Pusat. Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata itu saya mohon menyokong titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan Parlimen, Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Parlimen Kedua Belas pada Mac yang lepas. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Nampaknya Yang Berhormat telah begitu baik menyampaikan hujah-hujah Yang Berhormat dan untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, kita ada tujuh orang lagi Ahli Yang Berhormat yang ingin berucap selepas ini.

Saya ingin memberi peluang kepada semua kerana saya jelas rentetan bagi saya peningkatan mutu, penyampaian dan kualiti Ahli-ahli Yang Berhormat amat saya hormati dan peningkatan begitu ketara sekali. Sungguhpun ada di kalangan yang baru-baru menjadi Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini.

Walau bagaimanapun, kalau sekiranya dalam jam sebelum pukul empat, kalau didapati – ini bergantung kepada time management, di sini saya susah menepati bahawa separuh bercakap panjang, separuh itu terlalu pendek. Oleh demikian, kalau sekiranya masa itu melampaui 5.30, kita kena bagi notis. Sekarang ini ada tujuh orang akan berucap. Jadi, siapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang fikirkan hendak bercakap pendek, boleh berjumpa dengan saya di belakang ataupun mana yang hendak bercakap lebih – tetapi saya bagi peluang. Jikalau difikirkan masa tidak cukup, kita tambah sikit lagi mungkin dalam satu jam dan sebagainya.

Akan tetapi, saya bersyukur kepada Allah kerana peningkatan di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat cukup baik sekali. Maka, masa tidak mengizinkan, jam tepat pukul 1.01 minit, tangguhkan persidangan kita pada tengah hari ini dan sambung semula pada jam 2.30 petang nanti. Sekian, terima kasih.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

36 DN 21.4.2011

Timbalan Yang di-Pertua: Minta Yang Berhormat Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad

untuk berucap.

2.33 ptg.

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menyentuh mengenai Dasar Agro Makanan bagi tempoh tahun 2011 sehingga 2020.

Saya dimaklumkan bahawa jumlah bekalan makanan merupakan teras utama dalam mengubah Dasar Agro Makanan. Ia turut merangkumi perancangan untuk membangunkan sektor agro makanan negara. Difahamkan bahawa penggubalan Dasar Agro Makanan ini hampir siap setelah pandangan-pandangan oleh pihak awam dan swasta diperolehi.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyarankan bahawa jaminan bekalan makanan ini juga menjadi satu objektif untuk dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga yang lalu iaitu untuk tempoh tahun 1998 hingga 2010. Akan tetapi malangnya ia tidak diberi perhatian yang sewajarnya dan hanya diberi perhatian serius selepas berlakunya krisis makanan dunia pada tahun 2008.

Di negara kita walaupun kita telah mengalami krisis makanan yang serius tetapi harga beras tetap melambung naik pada ketika itu. Oleh yang demikian saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah jaminan-jaminan yang diberikan di bawah Dasar Agro Makanan ini yang membezakan daripada jaminan di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga yang dahulu. Pada pandangan saya jaminan bekalan makanan ini bukan sahaja merujuk kepada jumlah berkaitan makanan tersebut tetapi harus juga merujuk kepada harga bekalan makanan tersebut. Harga bekalan makanan seperti beras seharusnya berada pada harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh setiap lapisan masyarakat.

Kita sedia maklum jika kita bergantung kepada beras import, kita terpaksa akur kepada harga pasaran yang melibatkan faktor permintaan dan penawaran meningkat antarabangsa. Oleh yang demikian kita harus memberi penekanan yang lebih kepada keupayaan pengeluaran padi negara kita di masa hadapan untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam krisis makanan yang lebih serius.

Saya juga ingin mendapat penjelasan kementerian mengenai sasaran untuk meningkatkan pengeluaran padi negara daripada 72 peratus kepada 80 peratus sehingga 90 peratus. Di manakah kedudukan kita sekarang? Bilakah agaknya kita berupaya untuk mengurangkan kebergantungan kepada beras import ke tahap 10 peratus? Kita harus sedar bahawa krisis makanan pada tahun 2008 yang lalu, harga beras di Thailand dilaporkan meningkat sebanyak 70 peratus dalam masa empat bulan sahaja. Sekiranya kita boleh meningkatkan tahap sara diri beras kepada khususnya 90 peratus, saya percaya kita berada dalam keadaan yang lebih selesa.

Saya juga ingin meminta penjelasan kementerian mengenai statistik yang terdapat dalam Perangkaan Agro Makanan 2010 yang dikeluarkan oleh pihak kementerian iaitu pada tahun 2005 tahap sara diri beras negara terserlah pada 60.6 peratus tetapi pada tahun 2006 sehingga 2010 ia berada pada tahap kurang daripada 17 peratus. Adakah sebab-sebab utama yang menyebabkan penurunan peratus tahap sara diri beras ini? Adakah disebabkan pertambahan penduduk atau penurunan pengeluaran padi negara sejak lima tahun yang lalu? Begitu juga dengan tahap sara diri bagi sayur-sayuran dan daging lembu yang masing-masing berada dalam tahap 41.2 peratus dan 28.6 peratus iaitu tahap sara diri yang agak rendah. Apakah langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh kementerian untuk meningkatkan tahap sara diri terutamanya bagi sayur-sayuran dan daging lembu.

Ini memandangkan bahawa bilangan tanah-tanah terbiar di Semenanjung sahaja hampir mencecah 30,000 hektar. Sila rujuk maklumat tanah terbiar mengikut negeri 2009. Apakah sasaran kita dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang dalam meningkatkan tahap sara diri bagi sayur-sayuran dan juga bagi daging lembu.

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 37

Dasar Pertanian Negara Keempat, Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri telah menyatakan bahawa sektor pertanian tidak boleh dipinggirkan. Ini adalah kerana kemajuan sektor pertanian yang amat penting lagi strategik. Ini adalah selaras dengan agenda pembangunan negara. Cuma transformasi dalam bidang pertanian perlu berlaku dari segi penggunaan dan teknologi iaitu daripada penggunaan teknologi rendah kepada aspirasi teknologi tinggi. Ini adalah perubahan yang mesti dilakukan untuk mencapai apa yang digariskan di bawah Model Baru Ekonomi.

Peningkatan defisit bagi pengeluaran pertanian dan pengeluaran industri asas tani kini mencecah RM6.6 bilion pada tahun 2010. Oleh yang demikian usaha-usaha yang lebih gigih perlu dilaksanakan untuk memastikan sektor pertanian negara terus berkembang maju. Saya difahamkan juga bahawa Dasar Pertanian Negara Keempat bagi tempoh 2011 sehingga 2020 sedang dirangka oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Perusahaan Perdagangan dan Komoditi. Dua komponen dasar ini ialah Dasar Sektor Agro Makanan dan Dasar Tanaman Industri akan diselaraskan oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk menjadi Dasar Pertanian Negara Keempat.

Saya juga ingin menyarankan kepada pihak kementerian iaitu apabila Dasar Pertanian Negara Keempat ini dilaksanakan, ia haruslah dipantau dengan lebih teliti dan penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa. Dialog-dialog dengan persatuan-persatuan peladang dan nelayan juga harus dipertingkatkan untuk mendapat maklum balas terkini mengenai projek-projek yang dilaksanakan oleh pihak kementerian. Saya juga ingin mendapat penjelasan dari pihak kementerian mengenai bilangan dialog-dialog ataupun perjumpaan-perjumpaan dengan persatuan-persatuan peladang ataupun nelayan sepanjang tahun 2010.

■1440

Berapakah pertemuan atau dialog diadakan? Pada pandangan saya dialog dan pertemuan ini merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mendapatkan maklumat yang lengkap dan menyeluruh mengenai keberkesanan projek pertanian yang dilaksanakan oleh pihak kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tolong check balik pada November 2009 satu pelancaran diadakan di Sungai Besar, Selangor yang mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancar Skim Subsidi Beras Untuk Rakyat ataupun SUBUR. Sebagaimana itu selepas pelancaran pihak kementerian telah mengedar borang-borang untuk diisi oleh rakyat yang memerlukan.

Akan tetapi pada hari ini borang-borang itu ke mana? Yang bermaksud di mana golongan miskin tegar dapat bantuan 30 kilo beras percuma dan juga minimum baucar terkini RM10, juga rumah-rumah kebajikan dapat baucar beras. Jadi minta kementerian tolong semak balik. Ini adalah satu pelancaran. Bila pelancaran janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi bermakna kita sudah dekat dengan PRU13, ini adalah satu isu yang dicakapkan di kampung-kampung yang mana orang susah, orang miskin ini telah isi borang melalui peladang, melalui PPK, LPP, JKK dan imam semua.

Akan tetapi sudah setahun lebih tidak berjalan. Jadi minta pihak yang berkenaan tolong beri penjelasan. Ini adalah perkara yang menjadi isu di kampung-kampung. Apabila ditanya melalui kementerian dia kata e-kasih. E-kasih ini untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, banyak e-kasih yang belum selesai perkara ini sehingga hari ini. Contohnya minta bantuan rumah. Rumah yang diberi bantuan oleh PPRT ataupun mana-mana melalui KEMAS ataupun RISDA. Banyak perkara yang belum selesai. Jadi kalau boleh buatlah seperti biasa balik melalui JKKK. Ini adalah sebab JKKK ini ada satu peranan untuk menyerasikan di peringkat kampung-kampung.

Tuan Yang di-Pertua, Duli Tuanku dalam titahnya juga memberi penekanan terhadap kepentingan sektor pertanian sebagai penjana pendapatan menjamin bekalan makanan negara. Isu ini amat bertepatan untuk saya sentuh memandangkan sebahagian besar rakyat negeri Perlis adalah terlibat dengan bidang pertanian.

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

38 DN 21.4.2011

Antaranya adalah mengenai isu kekurangan jumlah belia yang terlibat dengan

bidang pertanian. Kita maklum, pelbagai usaha kerajaan telah dilakukan bagi meningkatkan penglibatan belia dalam bidang ini. Ini adalah seperti:

(i) mempromosikan pertanian adalah perniagaan;

(ii) mewujudkan skim ‘syurga’ tani; dan

(iii) mengadakan skim pinjaman mudah dan sebagainya.

Persoalannya mengapakah masih ramai para belia kampung masih tidak bekerja di ladang dan kurang berminat untuk mencebur diri dalam bidang pertanian. Mohon penjelasan adakah kementerian melaksanakan kajian terperinci dan apakah faktor utama masalah ini berlaku. Juga mohon penjelasan apakah program-program yang telah dilaksanakan dan seterusnya dilaksanakan.

Seterusnya di negeri Perlis satu pusat padi benih negara sebagaimana yang telah dilaksanakan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara. Bagi tujuan memandangkan hasil pertanian terutamanya kepada masyarakat luar bandar, penyelidik dan pembangunan R&D adalah sangat penting terhadap manfaatkan R&D itu sendiri adalah lebih utama.

Justeru itu, kita mohon penjelasan apakah mekanisme yang telah digunakan oleh kementerian bagi memindahkan teknologi kepada petani-petani di luar bandar dengan lebih menyeluruh dan berkesan. Juga mohon penjelasan apakah usaha kerajaan untuk membantu golongan petani luar bandar ini yang juga sering tidak tahu mengenai maklumat mengenai program-program yang dirancang oleh kerajaan. Juga bantuan peruntukan kewangan atau subsidi pertanian kerana mereka ini jauh di pedalaman, masalah kurang berilmu dan lain-lain.

Saya juga mohon agar pihak kementerian lebih aktif mempromosikan rancangan kerajaan dan juga mengenai bantuan pinjaman kewangan. Diharap pihak kementerian dapat membantu para petani atau usahawan luar bandar untuk mendapatkan pinjaman dengan lebih mudah. Ini kerana masih kedengaran di pihak petani luar bandar mengenai kepayahan serta kerenah birokrasi oleh pihak bank untuk memberi pinjaman.

Juga dicadangkan agar kementerian melaksanakan pendekatan dengan lebih fokus kepada petani-petani yang tinggal jauh di pedalaman yang sukar untuk keluar ke pejabat pertanian atau pusat bantuan yang diadakan. Lawatan berkala ke tempat mereka untuk memberi taklimat ataupun memberi bantuan. Saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai Skim Pinjaman TRUST (Transformasi Usahawan Ternakan).

Diwujudkan sejak tahun 2005 oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani secara umum. Tujuan pembangunan ini adalah untuk mempromosikan penternak transformasi ke dalam skim komersial dan seterusnya menjadi usahawan berskala besar. Mohon penjelasan sehingga ini apakah jumlah usahawan tani bumiputera yang berdaya saing yang berjaya dihasilkan oleh program TRUST terutamanya kawasan luar bandar. Adakah kerajaan bercadang untuk meluaskan jenis ternakan yang terlibat jenis ternakan yang berimpak tinggi seperti industri burung walid.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai isu memperkasakan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP). Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKK merupakan organisasi tersebut - organisasi sebuah kampung untuk mentadbir dan menguruskan sebuah kampung jika ada – jika baik JKKnya insya-Allah pembangunan kampung akan mudah dilaksanakan. Seperti yang kita maklum pelan induk pembangunan luar bandar telah pun dilaksanakan. Pelan ini boleh dikatakan sebagai garis panduan asas bagi pembangunan sesebuah kampung secara khususnya dan pembangunan luar bandar secara amnya.

Bagi memastikan pencapaian matlamat pelan ini, para pemimpin akar umbi khususnya Jawatankuasa Kampung dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) dan JKKP mempunyai tanggungjawab yang besar. Namun begitu terdapat beberapa kekangan kepada pihak ini untuk melaksanakan tugas mereka.

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 39

Di antaranya ada kekurangan dana untuk melaksanakan program dan kekurangan

ahli jawatankuasa yang memimpin dengan baik. RM800 itu adalah elaun bulanan. Ini adalah dana untuk membuat aktiviti dan sebagainya.

Justeru itu saya ingin mencadangkan agar peruntukan kepada pihak ini dipertimbangkan dan juga diadakan latihan kepimpinan di kalangan mereka. Juga dicadangkan pelantikan JKK yang baru, juga disasarkan supaya boleh berusaha mempertingkatkan keupayaan mereka dalam mengubahsuai bidang teknologi terutama dalam bidang IT. Justeru itu mohon kementerian adakan, kerajaan bercadang untuk membekalkan komputer percuma kepada semua JKK di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai isu banjir di Perlis. Banjir yang berlaku tahun ini dan hujung tahun lepas, dalam masa lima bulan dua kali adalah antara yang terburuk dalam sejarah dan perlu dijadikan iktibar bagi kerajaan dan pihak JPS bagi merancang apa kaedah yang terbaik supaya apabila berlakunya hujan lebat air dari empangan atas itu tidak lagi mengalir ke sungai-sungai ataupun saliran sedia ada, bagi menjaga keselamatan empangan berkenaan. Kesusahan dan kerugian rakyat dan kerajaan adalah amat besar. Rakyat menderita akibat kerosakan harta benda, tanaman, ternakan, masalah tidak dapat bekerja, berniaga dan sebagainya.

Dalam bidang pertanian contohnya lebih 23 ribu hektar kawasan tanah padi di Perlis yang kebanyakannya di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ditenggelami banjir yang melibatkan anggaran kerugian sebanyak RM184 juta. Tanaman seperti sayur dan buah-buahan mengalami kerugian antara RM2 juta hingga RM3 juta. Memang banyak kerugian akan dialami bila banjir berlaku akibat pembukaan air empangan.

Kerajaan perlu memikirkan apakah alternatif terbaik supaya air dari empangan tidak lagi dibuka terus ke saliran sedia ada ataupun sungai. Jika keadaan ini berlaku maslah banjir di Perlis tidak akan dapat diselesaikan.

■1450

Dahulu tujuan utama pembinaan empangan adalah untuk mengatasi masalah banjir di Kangar dan Perlis tetapi keadaan tidak dapat diselesaikan juga. Apabila hujan turun dengan lebat. Justeru itu adalah kerajaan bercadang untuk membina satu terowong air seperti reka bentuk Terowong SMART di Kuala Lumpur ataupun pembinaan terowong konkrit yang mampu mengalirkan air limpahan empangan terus ke laut.

Satu perkara lagi saya mohon agar peruntukan untuk program pencegahan banjir di negeri ini ditingkatkan atau diluluskan dengan secepat mungkin, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai isu penggunaan bahasa kebangsaan. Pada hari ini kita melihat bahawa bahasa kebangsaan ini tidak mendapat tempat di hati golongan cerdik pandai atau golongan terpelajar di negara ini. Cuba kita renungkan apa akan terjadi kepada bahasa kebangsaan ini untuk tempoh 10 atau 20 tahun akan datang atau apabila negara kita mencapai negara maju tahun 2020. Pelbagai perkara mungkin berlaku sekiranya tiada usaha bersungguh-sungguh dengan kehendak politik yang tinggi untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan.

Usaha yang meletakkan bahasa kebangsaan setaraf dengan bahasa ilmu yang lain harus diteruskan dan dipentingkan oleh semua pihak. Kemerosotan penggunaan bahasa kebangsaan tidak harus dilihat secara umum sebaiknya secara khusus. Jika pada zaman kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak bahasa kebangsaan ditetapkan sebagai bahasa perpaduan yang menyentuh masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Mengapakah hari ini memandang lesu isu ini. Melihat kepada persaraan bahasa kebangsaan ini yang amat tenat bagi menjamin rakyat mereka dalam mendalami perkembangan ilmu dan teknologi pada masa akan datang dalam bahasa kebangsaan.

Saya mencadangkan kerajaan mengadakan satu undang-undang khusus untuk mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan seperti yang dilakukan oleh sesetengah negara lain, seperti Kanada yang telah menjadikan bahasa Perancis ini dipertuturkan oleh 130 juta penutur seluruh dunia selepas melaksanakan undang-undang penggunaan bahasa Perancis di negara mereka.

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

40 DN 21.4.2011

Saya percaya dengan kehendak politik yang tinggi oleh pemimpin negara bahasa

kebangsaan akan menjadi bahasa pertuturan dan bahasa ilmu di negara ini, di samping itu akan menjadi medium kepada perpaduan rakyat negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh sedikit tentang khusus iaitu berkaitan cukai motosikal berkuasa tinggi. Tanggapan umum dan statistik kemalangan oleh PDRM sering mengabaikan kemalangan dengan motosikal tetapi hakikatnya lebih 90 peratus adalah motosikal kapcai ataupun berkuasa rendah. Memang ada motosikal berkuasa tinggi terbabit dalam kemalangan tetapi nisbahnya terlalu kecil. Ini kerana motosikal berkuasa tinggi selalu bergerak dalam konvoi dan kumpulan diketuai oleh marsyal memakai peralatan yang lengkap, jaket keselamatan dan sebagainya. Menunggang mengikut peraturan. Belum pernah lagi sepanjang pembabitan saya dalam aktiviti ini mat rempit tidak wujud dari golongan motosikal berkuasa tinggi. Apa yang saya ingin keluh ialah berkaitan dengan cukai berkuasa tinggi di Malaysia adalah lebih tinggi dari negara lain iaitu 300 peratus jika dibandingkan dengan rata-rata golongan kelas atasan sahaja yang layak memilikinya.

Pada masa ini kenderaan bukanlah satu ukuran kemewahan jika dibandingkan dahulu. Ia adalah satu keperluan bagi memudahkan pergerakan ke destinasi lebih-lebih lagi yang bekerja jauh dari tempat kediaman.

Soalan saya, adakah kerajaan mencadangkan untuk mengkaji semula cukai motosikal berkuasa tinggi dalam semua kategori cc supaya ianya menjadi kenderaan mampu milik kepada segenap lapisan rakyat. Saya juga turut memohon agar kerajaan menimbang permohonan supaya cukai import dan motosikal berkuasa tinggi 1000 cc ke atas dan peralatan gantian dikurangkan bagi mengadakan aktiviti sukan bermotor di Malaysia dan sekali gus membantu mengembangkan sektor pelancongan domestik di negara ini. Contoh di sini harga bagi motosikal berkuasa tinggi 1000 cc ke atas di negara ini mencecah sehingga RM100,000 dan ada yang lebih RM100,000. Berbanding dengan negara Barat yang hanya dalam lingkungan RM50,000 yang menyebabkan ramai golongan muda memilih motosikal berkuasa rendah.

Walaupun demikian aktiviti motosikal berkuasa tinggi semakin menggalakkan dengan mengikut rekod hari ini terdapat lebih 38,000 motosikal berkuasa tinggi yang berdaftar melebihi 500 cc yang dinaungi di bawah 40 persatuan dan kelab. Ini bukan sahaja membantu perkembangan sektor pelancongan tetapi juga bakal menarik lebih ramai anak muda menyertai persatuan ataupun kelab sukan motosikal berkuasa tinggi yang lebih menitik beratkan soal disiplin dan etika pemanduan berhemah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan tuntutan perbatuan elaun harian lojing bagi pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan kerajaan. Kenaikan bahan api sudah lama berlaku sejak 2005 sudah hampir tiga kali ianya naik. Bermula dengan 40 sen, dan diikuti dengan RM1.90 sen. Hari ini RON 95 atau yang barunya ekstra F1 teknologi seperti yang diuar-uarkan oleh Petronas yang dikatakan mampu menjana kuasa kenderaan lebih mantap walaupun dijual dengan harga yang sama dengan RON 95.

Isu yang saya ingin bangkitkan di sini ialah tuntutan pegawai-pegawai kakitangan awam berkaitan dengan claim perbatuan elaun harian lojing. Masalah ini adalah sudah lama ditakuk lama. Jadi minta pihak JPA ataupun perkhidmatan awam memikirkan hal-hal ini untuk mereka buat kerja yang lebih sempurna. Kita cakap bab elaun, kita cakap bab rasuah dan sebagainya. Ini adalah kalau tidak bagi yang sempurna kemungkinan perkara-perkara yang tidak baik akan berlaku. Maklumlah kerja luar daripada ini memakan belanja, kosnya, minyak, tol dan sebagainya. Jadi minta kerajaan memandang serius tuntutan ini, sudah lama elaun ini tidak naik.

Saya juga mencadangkan agar kementerian boleh mengkaji semula cadangan kenaikan tuntutan perbatuan lojing dan sebagainya kepada pegawai kerajaan bagi bajet 2012 yang bakal dibentangkan nanti, insya-Allah kalau sempatlah.

Tuan Yang di-Pertua, keempat adat, sopan santun, tatasusila dan sebagainya. Sebagai seorang Ahli Parlimen dari Perlis, tatasusila dan kelakuan kita dipandang oleh masyarakat baik semasa bersidang di dalam Dewan yang mulia ini mahupun semasa menghadiri aktiviti masyarakat di luar bandar.

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 41

Jika tidak silap saya sudah dua tahun berturut-turut Baginda Tuanku menyentuh

akan hal ini. Jelas Baginda begitu prihatin dan mengambil berat akan pelbagai perkara yang berlaku yang melibatkan tingkah laku Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya menyeru agar agama dan politik tidak diperkotak-katikkan oleh golongan yang ingin mengambil kesempatan.

Saya di sini terpanggil untuk menyentuh soal isu ini berbangkit mengenai perilaku beberapa Ahli Parlimen yang semasa di luar negara mencemarkan etika sebagai Ahli Parlimen. Baru-baru in saya dimaklumkan satu rombongan delegasi Malaysia yang berkunjung ke Mongolia bagi menghadiri persidangan Annual Meeting of the Asia Pacific Parliamentarian yang berlangsung pada 23 hingga 27 Januari 2011 di Mongolia. Saya dengar suhu dan cuaca sejuk sehingga mencecah tahap beku. Memandang sejuk yang beku tetapi ada peristiwa yang menghangatkan suasana. Salah seorang Ahli Parlimen yang mungkin kerana menjadi popular atau menerima arahan dari mana-mana pihak telah membuat press conference beberapa kali dalam mengulang kaji kisah pembunuhan Altantuya kepada media Mongolia. Menuduh sistem kehakiman tidak adil dan...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sila gulung.

Tuan Mohd Khalid bin Ahmad: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu cakap panjang lagi. Saya merayu kepada Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi bagi laluan, sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua: Okey, silakan.

■1500

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Tohmahan kepada pemimpin negara. Saya tidak mahu mengulas panjang kerana bagi saya, Ahli Parlimen ini tidak berpandangan jauh, tidak membuat homework. Malah saya mencadangkan supaya Yang Berhormat ini menjaga kawasannya selalu. Saya ringkaskan. Tidak mengapa Tuan Yang di-Pertua, saya ringkaskan yang keenam.

Keenam, isu pekerja kontrak ataupun sambilan. Kita lihat di sini, isu-isu pekerja kontrak, ramai yang tidak tetap. Contohnya di Parlimen ini. Di Parlimen ini saya difahamkan ada beratus-ratus orang yang status pekerjaannya masih kontrak dan sambilan. Kita cakap bab rang undang-undang, bab perbelanjaan, bab cadang ini dan itu tetapi kita terlepas pandang. Di Parlimen kita ini pun ada ramai pegawai-pegawai ataupun kakitangan yang masih kontrak dan sambilan.

Jadi, apabila kontrak dan sambilan ini, kerjanya tidak tenteram. Cukup tahun lain, disambung atau tidak sambung. Itu bab kerja. Kalau bab untuk ekonomi pula, bagaimana hendak buat loan rumah, hendak loan itu, susah. Loan kereta pun susah.

Jadi, saya minta pihak kementerian ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam tolong pandang hal ini dan kita mesti lihat apa slogan yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Ini dapat direalisasikan pada pihak kementerian ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam. Bab isu rasuah, saya tidak perlu ungkitlah sebab berapa ramai Yang Berhormat yang telah bangkitkannya. Jadi, hanya pantun sedikit kepada KDRM,

Berdoa, berzikir amalan sunah,

Semoga diberi hidayah dan taufik, Berdosa, memikir dan pecah amanah, Lengkaplah diri menjadi munafik.

KDRM ataupun pihak kerajaan tolong bagi pulihkan semula nama-nama KDRM dan juga kerajaan supaya nama ini dibersihkan daripada orang ramai. Jadi, sekarang ini orang ramai lihat kita, teragak-agak sedikit. Walau bagaimanapun, kita buatlah apa-apa sahaja untuk orang ramai beri keyakinan kepada kita semula. Jangan lagi putus asa sepertimana yang dikatakan dalam akhbar dan sebagainya.

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

42 DN 21.4.2011

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut mengenai kelas tuisyen. Tuisyen

ini Tuan Yang di-Pertua, banyak kelas yang berada di merata-rata tempat tetapi tuisyen ini adalah satu tuisyen, satu perniagaan.

Bukan tuisyen untuk beri pendidikan, ilmu kepada anak-anak. Sebuah kelas tuisyen melebihi sepuluh orang. Ada yang 20 orang dan sehingga 30 orang. Ini sudah bukan menjadi kelas tuisyen. Jadi, antara tuisyen ini bukannya guru-guru yang ada kepakaran atau khusus untuk subjek-subjek yang berkenaan. Jadi, kita mintalah di bawah mana yang memantau kelas-kelas tuisyen ini. Lagi satu keselamatan. Keselamatan di kelas tuisyen tidak terjamin sebab kita meninggalkan anak kita di perkarangan kelas tuisyen, kita balik. Anak kita terus masuk kelas ataupun tidak masuk kelas, wallahualam. Jadi, ini adalah satu keselamatan untuk anak kita juga. Minta satu pemantauan dibuat pada kelas-kelas tuisyen ini.

Tidak mengapa Tuan Yang di-Pertua, saya ringkaskan. Saya ingin mencadangkan diwujudkan sekolah satu sesi, tempohnya dipanjangkan sehingga pukul 4 petang. Ini bukan hanya menghadapi masalah anak-anak bersendirian tanpa pengawasan ibu bapa. Selain masa yang singkat itu, digunakan untuk kegiatan kokurikulum. Kelas tambahan juga dapat dijalankan bagi pelajar yang agak tertinggal, yang lemah ataupun sebagainya. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Titah Ucapan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mohon maaf, ya sebab saya terlepas pandang. Sepatutnya Yang Berhormat Puan Doris Sophia ak Brodi menyambung ucapan selama 14 minit lagi.

Puan Doris Sophia ak Brodi: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Dengan itu, saya minta Yang Berhormat untuk menyambung ucapan. Terima kasih.

Puan Doris Sophia ak Brodi: Ucapan pagi tadi.

Timbalan Yang di-Pertua: Sudah habis dah?

Puan Doris Sophia ak Brodi: Ya... [Disampuk] Jadi, tidak terlepas pandang. [Ketawa].

Timbalan Yang di-Pertua: Oh! Sudah habis?

Puan Doris Sophia ak Brodi: Sudah habis dah. Okey, thank you.

Timbalan Yang di-Pertua: Sebab di sini ada Tuan Yang di-Pertua catat. [Menunjukkan sekeping kertas].

Puan Doris Sophia ak Brodi: Ya... [Ketawa] Sudah habis dah.

Timbalan Yang di-Pertua: Okey, terima kasih. Silakan Yang Berhormat Puan Hajah Dayang Madinah.

3.05 ptg.

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam perjuangan dan salam 1Malaysia. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada perasmian Parlimen pada 7 Mac yang lalu.

Terlebih dahulu sebagai mukadimah, saya ingin berkongsi berita gembira bersama rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini tentang kejayaan Barisan Nasional Sarawak meraih kemenangan 2/3 majoriti pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 yang baru selesai minggu lepas. Terima kasih atas ucapan tahniah daripada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat. Syukur alhamdulillah, ramalan yang telah tersebar luas dalam tempoh berkempen bahawa kononnya tsunami akan berlaku di Sarawak pada 16 April lepas rupanya tidak menjadi.

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 43

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, setinggi-tinggi penghargaan

dan ucapan terima kasih kami kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di atas lawatan turun padang dan sokongan mereka kepada Barisan Nasional Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini. Begitu juga seluruh rakan komponen Barisan Nasional dari Semenanjung dan Sabah yang telah berkampung di Sarawak atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Kemenangan besar Barisan Nasional Sarawak telah membuktikan bahawa rakyat Sarawak penuh yakin pada dasar transformasi yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada negara lebih-lebih lagi untuk negeri Sarawak. Sudah nyata rakyat Sarawak menolak dakyah negatif dan janji-janji manis yang dibawa oleh parti pembangkang. Rakyat Sarawak mahukan keamanan, kemakmuran, kemajuan dan pembangunan berterusan supaya mereka dapat terus hidup dengan selesa dan sejahtera yang terbukti dapat dijamin oleh kerajaan Barisan Nasional semenjak Sarawak mencapai kemerdekaan lagi. Ini ada pantun daripada saya...

Ramai yang datang dari Sabah dan Semenanjung,

Berkampung, berkempen untuk calon bertanding, Menang 2/3 sudah selamat dalam tangan, Buktinya Sarawak simpanan tetap BN... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Titah Ucapan Ke Bawah Duli Tuanku adalah holistik pengisiannya. Namun, saya hanya ingin tumpukan pada faktor-faktor tertentu yang ada kaitan dengan Sarawak, golongan wanita, kanak-kanak, kita yang berada dalam Dewan yang mulia ini, serta rakyat jelata di luar sana yang cintakan negara. Dalam Titah Ucapan Ke Bawah Duli Tuanku, Baginda memuji kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah bertindak proaktif dan mengambil langkah tepat untuk melaksanakan transformasi berlandaskan empat tunggak utama iaitu Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi yang berteraskan Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan juga Rancangan Malaysia Kesebelas.

■1510

Usaha-usaha transformasi ini adalah menjurus ke arah meletakkan Malaysia untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 selain memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati peningkatan mutu kehidupan antaranya pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam.

Dalam Titah Ke Bawah Duli Tuanku, baginda juga prihatin tentang kaum wanita dan menyedari potensi mereka dalam pelbagai bidang. Justeru, baginda menyarankan agar golongan wanita terus diperkasakan terutama dalam sektor ekonomi melalui latihan keusahawanan dan bantuan modal perniagaan. Sebagai mengiktiraf peranan dan juga sumbangan golongan wanita, baginda mengalu-alukan peningkatan penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan khususnya sasaran 30 peratus wanita menduduki peringkat membuat keputusan.

Perdagangan luar terus menjadi penyumbang penting kepada ekonomi negara sehingga meletakkan Malaysia berada di tangga kesepuluh dalam laporan daya saing dunia pada tahun 2010. Seperti saranan Ke Bawah Duli Tuanku, industri berkaitan teknologi hijau harus diberikan galakan selaras dengan dasar teknologi hijau negara untuk mewujudkan ekonomi lestari pada masa hadapan. Baginda juga menitikberatkan kemudahan-kemudahan asas dan kemajuan pembangunan termasuk di negeri Sarawak, khususnya bagi kawasan luar bandar dan juga kawasan pedalaman supaya tidak diabaikan dalam arus pembangunan negara.

Sehubungan saranan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong tersebut, kami di Sarawak merakamkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Pusat khasnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah meluluskan beberapa projek infrastruktur seperti jalan raya untuk kawasan luar bandar.

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

44 DN 21.4.2011

Contohnya, Jalan Song ke Kapit yang mana dapat memberi peluang untuk

membuka kawasan baru pertanian khususnya penanaman semula getah. Dalam hal ini, saya ingin menyeru pihak RISDA supaya dapat mengembangkan usaha mereka di kawasan tersebut. Begitu juga dengan pembinaan jalan Miri ke Marudi yang juga dapat memberi manfaat kepada pembangunan pertanian bersepadu di kawasan tersebut.

Bagi kawasan bandar pula, peruntukan dari Kerajaan Pusat membantu Kerajaan Negeri Sarawak untuk membangunkan kampung-kampung tradisi Melayu khasnya di Bandaraya Kuching dan juga Sibu dapat membawa masyarakat Melayu menyertai kegiatan ekonomi termasuk sektor pelancongan. Sarawak mempunyai alam semula jadi yang indah dan unik termasuk sungai-sungainya, khususnya Sungai Sarawak dan Sungai Rajang yang terpanjang dan terluas dalam Malaysia. Apabila kampung-kampung tradisi Melayu ini dilengkapkan dengan kemudahan yang moden dan bangunan baru dengan ciri-ciri reka bentuk asli serta sistem pengangkutan sungai yang selesa dan selamat, insya-Allah ia akan mengubahkan landskap yang lebih menarik kepada Bandaraya Kuching dan juga Sibu.

Pendekatan pembangunan yang mapan lagi lestari akan mengubah asas penghidupan rakyat tempatan di Sarawak dan akan memberi peluang yang baru bagi rakyat mencebur diri dalam ekonomi moden. Ia juga akan menjana pembangunan SME iaitu Small and Medium Enterprise, dengan izin di mana rakyat dapat manfaat budaya dan juga kesenian yang begitu banyak dan unik di Sarawak. Sarawak telah memilih kerajaan Barisan Nasional yang mampu membawa perubahan yang baik kepada rakyat. Dengan kerjasama yang kukuh di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat, kita yakin dan percaya bahawa dasar transformasi yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan diterima dengan baik oleh rakyat Sarawak dengan semangat 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya merujuk kembali kepada Titah Ucapan Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Memandangkan pelancongan menjana ekonomi tinggi kepada negara, Ke Bawah Duli Tuanku telah menyarankan agar pihak kerajaan memberi penekanan kepada sektor pelancongan berkaitan alam semula jadi serta keunikan masyarakat majmuk negara ini. Contohnya yang terdapat di Sarawak Bumi Kenyalang.

Dalam bidang pendidikan pula, Ke Bawah Duli Tuanku menekankan kepentingan bagi negara kita untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, mempunyai minda kelas pertama serta mampu bersaing di peringkat global untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Justeru, transformasi pendidikan perlu dilaksanakan ke arah itu di samping membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. Pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun hingga 6 tahun dan Program PERMATA Negara merupakan langkah awal yang tepat dan sesuai ke arah pembangunan modal insan.

Dalam pendidikan awal di peringkat sekolah rendah, saya ingin mencadangkan supaya semangat patriotisme dan ilmu pengetahuan tentang sejarah kemerdekaan negara dan perjuangan para pemimpin tersohor negara kita perlu diwajibkan. Tidak ada ertinya untuk negara kita melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama tetapi tidak mempunyai semangat patriotisme yang tinggi sebagai pewaris untuk meneruskan perjuangan dan mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara serta maruah bangsa pada masa hadapan. Dalam soal melahirkan modal insan yang berkualiti rohani dan jasmani, saya mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan mewajibkan pengusaha-pengusaha kantin sekolah agar menyediakan makanan dan minuman yang berkualiti, berzat dan seimbang demi menjamin kesihatan serta perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak.

Saya bersetuju dan menyambut baik langkah Kementerian Kesihatan serta keprihatinan Yang Berhormat Menteri sendiri yang baru-baru ini telah mengarahkan pengusaha-pengusaha kantin sekolah supaya tidak menyediakan makanan dan minuman yang boleh mengakibatkan obesiti kepada kanak-kanak. Memang masalah obesiti di kalangan kanak-kanak kini semakin meningkat dan membimbangkan. Pada pendapat saya, langkah pencegahan obesiti dan juga penyakit-penyakit lain (termasuklah penyakit sosial) dapat dikawal bermulanya dari rumah. Ini merupakan tanggungjawab para ibu bapa.

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 45

■1520

Selain daripada itu, saya juga ingin menyerukan agar pihak kerajaan kita mengambil langkah pengharaman - maaf. Baru-baru ini ada disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan mengenai gesaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) agar kerajaan mengharamkan serta-merta penjualan botol susu polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA).

Ini boleh menyebabkan gangguan terhadap sistem hormon termasuk juga fungsi tubuh bayi dan kanak-kanak. Beberapa negara telah pun mengharamkan kegunaannya. Dengan itu saya menyeru pihak kerajaan kita agar mengambil langkah pengharaman serupa, kerana penggunaan botol tersebut dalam jangka masa lama boleh menimbulkan masalah kepada pembangunan modal insan kita yang sihat tubuh badan dan sentiasa aktif, yang merupakan keperluan bagi kita melahirkan pewaris dan pemimpin yang berkualiti dan mempunyai minda kelas pertama.

Dalam soal rasuah pula, rakyat jelata harus menyahut seruan dan patuhi nasihat ke bawah Duli Tuanku supaya mengambil berat tentang gejala rasuah dengan memberi kerjasama, sokongan padu dan keyakinan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa dan juga penyelewengan. Saya menyokong penuh usaha pihak kerajaan untuk menghapuskan jenayah rasuah yang boleh merosakkan negara dan maruah bangsa. Pihak RTM (melalui saluran TV1 dan 2) kebelakangan ini sering mengingatkan kita semua tentang bahayanya jenayah rasuah dengan menayangkan iklan anai-anai yang merosakkan sebatang pokok dan akarnya. Sudah tentu pokok itu akan rosak dan tumbang akhirnya. Begitulah gambarannya jika jenayah rasuah terus berleluasa di negara kita. Maka akan rosak dan musnahlah negara.

Tuan Yang di-Pertua, dengan faktor-faktor demikian saya mohon menyokong Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim. Selepas itu diminta bersedia Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah. Silakan Yang Berhormat.

3.23 ptg.

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya gembira apabila diberitahu bahawa Polis Diraja Malaysia akan mendapat 60,000 pegawai bagi tempoh lima tahun akan datang. Akan tetapi mereka juga perlu dilengkapi dengan peralatan tambahan terkini untuk melakukan kerja mereka. Saya menyokong penuh penggunaan peralatan komputer genggam dan lain-lain peralatan komputer mudah alih oleh pihak polis.

Saya pernah minta maaf kerana contoh ini ialah satu contoh peribadi -menangkap seorang penyeluk saku di luar negeri. Malangnya pencuri tersebut berjaya melepaskan diri lalu hilang di celah orang ramai di pusat membeli-belah tersebut. Tidak berapa minit kemudian pencuri tersebut diberkas semula dan digari ke tempat kecurian berlaku oleh seorang pegawai polis berbaju preman.

Saya telah diminta untuk mengenal pasti lelaki daripada Timur Tengah tersebut sama ada dia adalah lelaki sama yang ditangkap saya sebelum itu. Saya dijemput untuk membuat laporan oleh pegawai polis tersebut dengan peralatan komputer genggam beliau di situ tanpa kesukaran. Sementara itu pegawai polis lain tiba di lokasi kejadian dengan kereta ronda polis dengan pantas.

Fikiran saya melayang ke suatu masa dahulu di Lembah Klang di mana dua balai polis telah menolak laporan saya dan menyuruh saya membuat laporan di sebuah balai polis yang lain. Perkara ini berterusan di negara kita ini. Kalau kita pergi ke balai polis hendak buat laporan ia kata,”Oh di mana yang benda itu jadi? Oh! Tidak boleh buat di sini pergi buat di sana.” Akan tetapi kalau kita ikut arahan IGP, di mana-mana pun kita boleh buat police report. Jadi ini satu perkara yang patut polis ambil perhatian.

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

46 DN 21.4.2011

Saya telah menyaksikan pegawai polis beraksi di jalanan di Hong Kong, di New York dan di London di mana saya pernah tinggal mahupun melawat. Saya begitu terpegun dengan profesionalisme mereka mengendalikan beberapa situasi jenayah. Saya yakin dalam setiap kes jenayah, peralatan elektronik moden yang dibawa bersama mereka banyak membantu di dalam tugasan mereka. Di Amsterdam pegawai polis kelihatan seperti balai polis bergerak kerana sungguhpun beliau pakai baju preman tetapi macam-macam perkakas yang beliau ada.

Kepolisian bandar pegawai polis memerlukan lebih daripada sekadar walkie-talkie untuk membanteras jenayah. Jadi kalau walkie-talkie sahaja ini tidak cukup masa sekarang. Kita kena bagi kepada polis apa-apa yang ia hendak untuk menjalankan tugasnya. Di negara seperti kita kerisauan utama saya adalah setelah berbelanja besar wang rakyat peralatan tersebut tidak diselenggara dengan sempurna.

Saya dalam tahun 2004 dan 2005 dilantik jadi seorang Ahli Royal Commission of Inquiry into the police service. Jadi semasa lawatan balai-balai polis di kontinjen, headquarters semua itu nampak banyak perkakas. Bukan tidak ada, ada banyak CCTV, itu dan ini tetapi satu pun yang tidak boleh guna kerana tidak ada maintenance. Kerana apa tidak ada maintenance? Ini kerana bajet dipotong, tidak bagi.

■1530

Kalau kita hendak bagi polis betul-betul kerja dan bertugas, kita perlu sokong apa permintaannya yang patut. Prosedur pembelian hendaklah diteliti. Lebih baik kita membeli prototype dengan izin, berdasarkan maklumat nilai teknikal bagi peralatan sedia ada percuma daripada perkhidmatan polis umpamanya di Singapura, Hong Kong, London, New York dan tempat-tempat lain yang berguna perkakas-perkakas serupa itu.

Adakah amat melampaui jika kita meminta pendekatan e-Pembelian yang baik, telus dan bertanggungjawab ini. Bolehkah kita mengharap proses tender terbuka ini menjadi satu norma, bukan pengecualian. Pihak polis agak terbuka mengenai masalah yang mereka hadapi di dalam beberapa perkara tertentu dan merupakan yang pertama untuk mengaku bahawa di dalam beberapa perkara aktiviti jenayah semakin sukar dibendung. Mereka melakukan yang sebaik mungkin tetapi harapan awam semakin meningkat dan tuntutan semakin keterlaluan

Jadi kalau kita lihat dengan mata sendiri kerana saya biasa pergi tempat kediaman mata-mata, peringkat yang bawahlah dalam berek itu, kita yang melihat pun merasa sedih. Kebanyakan sebuah bilik sahaja, anak empat lima. Keluarga polis ini yang saya perhatikan ramai anak tetapi tempat kediaman itu cukup teruk. Jadi saya apabila mendengar Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri kata sekarang rumah polis hendak bagi tiga bilik, itu memang saya sokong. Kalau kita tidak jaga polis yang pangkat rendah maknanya kita tidak boleh mengharapkan mereka buat kerja. Balik rumah tempat duduk pun tidak ada. Jadi ini sangatlah tidak betul. Kalau hendak belanja saya memang sokong banyak mana pun dia hendak asalkan permintaan itu munasabah.

Rakyat daripada semua bangsa patut mempertimbangkan untuk menawarkan diri sebagai pegawai polis bantuan untuk membantu pihak polis kita di bandar-bandar selepas waktu bekerja. Ini pun lagi satu. Di mana-mana taman perumahan, semua kita hendak kalau apa-apa berlaku, itu polis, ini polis. Tidak bolehkah kita sendiri menjadi observably policeman. Selepas waktu kerja kita atau waktu malam. Jadi saya ingat pasal perkara seperti ini rakyat sendiri perlulah beri sokongan kepada polis.

Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor: Minta laluan Yang Berhormat Tengku.

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim: Ya sila.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat.

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 47

Saya rasa rumah yang satu bilik yang pegawai-pegawai polis biasa yang tahun

1950-an dan 1960-an mungkin Yang Berhormat Tunku tetapi kebelakangan ini semenjak - saya rasa kita sudah merdeka daripada kecil saya ingat satu bilik itu.

Akan tetapi semenjak saya membesar ini saya rasa sudah ada tiga bilik. Rumah PPRT, rumah yang free yang kerajaan beri kepada orang-orang yang tidak ada rumah sudah tiga bilik. Satu untuk bapanya, satu untuk anak lelaki dan satu untuk anak perempuan. Anak-anak yang sudah besar kalau tetamu datang boleh diberi kepada bilik tetamu. Apa pandangan Yang Berhormat.

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim: Saya ingat setiap rumah yang kalau rumah murah pun sekurang-kurangnya dibahagi kepada tiga bilik. Rumah yang mempunyai satu bilik ini dahululah sebelum perang dahulu mata-mata. Saya tahu pasal ayah saya ketua polis di Kedah, State Kedah Police. Kalau macam OCPD itu okeylah rumahnya, banglo itu ini tetapi kalau mata-mata itu kesian.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat bangkitan perkara yang dahulu, 50 tahun yang lalu. Sekarang kita 1Malaysia. Tidak ada lagi yang satu bilik. Saya jemput Yang Berhormat melawat negeri Sabah, tengok balai polis di Sabah alangkah cantiknya sekarang.

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim: Ya, balai polis Sabah memang kerana kebanyakan balai polis Sabah itu balai polis baru tetapi ada di Persekutuan ini tempat-tempat yang kita lihat kadang-kadang tidak ada rumah langsung yang kita beri kepada polis berpangkat rendah. Sesetengah pegawai polis kita ini tinggal di squatter area. Tidak percaya? Ada tetapi sekarang kerajaan sudah ambil keputusan.

Jadi saya memang ucapkan tahniah kepada kerajaan kita kerana menjaga orang yang menjaga kita. Kalau tidak saya ingat perkara ini tidak betullah. Kita duduk jaga orang atas sahaja sedangkan orang bawah kita cuaikan. Jadi itu saya ingat rakyat perlulah sokong polis dalam pekerjaan mereka dan tugas-tugas mereka.

Tuan Yang di-Pertua, ini berkaitan dengan kematian di jalan raya. Saya sering bertemu dengan mereka yang cuba meyakinkan saya bahawa rasuah ini adalah jenayah yang tidak mempunyai mangsa kononnya. Menurut mereka, saya sepatutnya tidak membuang masa saya menyibuk di dalam aktiviti di antara dua orang dewasa yang saling sepakat, consenting adults, dengan izin.

Mereka betul mengenai dua orang dewasa yang saling sepakat tetapi salah mengenai jenayah yang tidak bermangsa ini. Mangsa-mangsa ini beribu jumlahnya. Wujud di luar sana sekiranya kita semua sanggup membuka mata kita dan melihat di sekeliling kita. Mereka ini selalunya di kalangan mereka yang termiskin serta yang kurang berpendidikan. Kehidupan sosial mereka yang runcing meletakkan mereka di pinggir ekonomi yang memandangkan mereka itu merupakan golongan terpinggir di dalam masyarakat kita.

Jadi mangsa itu kalau orang kata corruption ini tidak mengapa kerana ini duit orang punya, mana ada mangsa tetapi kita tengok mangsa itu ialah orang yang miskin. Mangsa itu adalah marginalized dengan izin. Kalau kita tengok pula kematian di jalan raya, itu pun ada termasuk rasuah kerana apa, kita tengok lori itu jarang di stop. Bas-bas jarang kita tengok stop di tepi jalan dan yang biasa kena ialah kereta, kereta mewah kenapa kerana sudah berpakat JPJ ataupun polis lori dari company ini ada special marker, bas pun begitu dan duit pun sudah bertukar tangan.

■1540

Jadi, bila orang kata accident barulah kelam kabut hendak membuat itu dan ini tetapi kerana apa? Macam bas atau lori yang besar itu, kalau kita hendak control speednya itu, kita boleh kerana ada perkakas yang namanya dalam bahasa Inggeris retarders, dia boleh retard the speed, kenapa tidak pasang? Cuba tanya diri sendiri. Kalau kita pasang retarders ini yang serupa digunakan di Eropah, Australia, Amerika, saya ingat kematian di jalan raya boleh dikurangkan. Jadi, jika kita pandanglah semua yang kita lihat, benda yang karutlah, benda yang tidak betul di belakang itu mesti ada some element of corruption, dengan izin.

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

48 DN 21.4.2011

Jadi, saya sudah berpuluh tahun as an anti corruption activist, saya sangat

gembira mendengar semua kawan-kawan dan sahabat-sahabat saya di Dewan ini pada masa ini semua condemn corruption. Itu memang, kita in a position of leadership, jadi orang tengok kalau kita ini condemn corruption, ini bagus tetapi sekarang kita condemn corruption ini kita mahu mencari jalanlah macam mana kita hendak mengurangkan corruption.

Sesetengah orang mengatakan kita boleh menghapuskan corruption ini dan sesetengah orang lagi mengatakan tidak boleh. Selagi manusia ada di dalam dunia ini mesti ada corruption tetapi ada jalannya yang kita boleh mengurangkan corruption. Jadi, jika kita boleh mengurangkan corruption di negara kita ini, saya ingat direct foreign investment akan masuk lagi dan lagi kita punya profil di dalam Corruption Perception Index akan lebih baik. Itu sahajalah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, silakan Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb.

15.42 ptg.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberikan saya peluang di dalam membahaskan Titah Menjunjung Kasih terhadap Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini. Saya akan menyentuh lebih kurang 10 perkara.

(i) kenaikan harga barang dan inflasi;

(ii) harga rumah yang naik mendadak;

(iii) program Rumah Pertamaku;

(iv) TV berbayar dan TV percuma;

(v) F1;

(vi) kejatuhan mutu sukan di negara kita;

(vii) bagaimana memperkasakan pelancongan sebagai satu

industri penting;

(viii) kepulangan 11,000 rakyat daripada Mesir;

(ix) hala tuju perbankan di Malaysia; dan

(x) industri kreatif di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini kadar inflasi di Malaysia mula meningkat dengan agak cepat. Jika pada hujung tahun 2010, kadar inflasi di tahap 1.8 tetapi baru dua bulan pertama telah meningkat kepada 2.2. Ada angka-angka menunjukkan hari ini sudah mencecah 2.8 dan diramalkan akan sampai ke tahap 4 peratus sementara ke hujung tahun 2011. Kenaikan yang cepat ini sudah tentu banyak sebabnya dan antara lain ia menunjukkan kelemahan kita ataupun kurang kawalan harga yang kita rasa kurang berkesan. Kita tidak boleh hanya menyalahkan faktor luaran seperti mana yang kita tahu kadar pertumbuhan populasi dunia hari ini sudah 4 peratus, sedangkan kadar pengeluaran makanan hari ini hanya setakat 1 hingga 2 peratus sahaja.

Kita juga tidak boleh menyalahkan kadar luaran yang hari ini banyak bergantung kepada harga petrol yang telah mencecah sehingga USD120 satu barrel yang menyebabkan lain-lain barang meningkat. Akan tetapi ada perkara-perkara yang boleh kita perbaiki dan kita mesti buat. Kesan inflasi sebenarnya adalah buruk, terutamanya kepada kita ataupun golongan-golongan yang berpendapatan tetap dan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Ini kerana ini akan menjejaskan inflasi dalam barang-barang makanan dan juga lain-lain keperluan asas seperti perubatan dan juga kesihatan. Apa yang lebih penting, ia akan menjauhkan jurang di antara kumpulan yang berada dan yang kurang berada.

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 49

Di dalam satu kajian yang dibuat ataupun satu observation yang dibuat oleh

Persatuan Pengguna Malaysia, mereka meramalkan juga seperti mana yang saya sebutkan tadi, 4 peratus. Antara penyebab-penyebabnya adalah kerana beberapa perkara juga yang saya telah sebutkan tadi. Jadi, sekarang persoalannya bagaimana kita hendak mengawal selia ataupun mengguna pakai Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2010 yang telah kita luluskan di dalam Dewan yang mulia ini, yang mana akan ataupun telah berkuat kuasa daripada 1 April yang lalu. Kita berharap akta ini akan benar-benar diguna pakai agar tidak ada pihak-pihak terutamanya peniaga yang menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.

Perkara kedua Tuan Yang di-Pertua, ialah berhubung dengan harta tanah. Salah satu perkara yang dihadapi oleh rakyat hari ini adalah masalah membeli rumah yang mana kita kategorikan sebagai rumah mampu milik sebelum ini. Akan tetapi rumah mampu milik atau affordable homes ini telah meningkat begitu tinggi. Jika secara relatifnya, sebenarnya lebih tinggi peningkatannya dibandingkan dengan negara-negara lain seperti di Singapura ataupun di US. Rumah-rumah yang saya sebutkan ini yang berkualiti, lebih baik sedikit daripada yang biasa, sudah menjadi susah untuk di mampu milik oleh golongan-golongan pertengahan. Jadi, ini lebih ketara di dalam kawasan dalam bandar. Walaupun kadar faedah ataupun kadar pembiayaan daripada bank sekarang ini pada tahap yang masih lagi rendah tetapi harga rumah yang melambung menjadikan ia tidak lagi mampu dimiliki.

Dalam satu conference pemaju ataupun real estate agent, dengan izin satu observation yang telah mereka dapati atau hasilkan ialah sejak 12 bulan kebelakangan ini harga rumah sebenarnya telah meningkat dalam lingkungan 30 sehingga 40 peratus. Hari ini kalau kita rujuk kepada laporan akhbar, tahun ini rumah ataupun hartanah dijangka akan meningkat dalam sekitar 10 hingga 20 peratus lagi. Ini merisaukan kita terutamanya golongan-golongan yang belum mempunyai rumah.

Berhubung dengan perkara ketiga iaitu Rumah Pertamaku. Di Dewan yang mulia ini juga kita telah dimaklumkan tentang program ini baru-baru ini oleh pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan yang mana telah mula menampakkan atau mendapat minat daripada pemohon-pemohon untuk mendapatkan pinjaman 100 peratus bagi Program Rumah Pertamaku. Apa yang saya ingin tahu adalah keberkesanan ataupun bilangan mereka yang mendapatkan pinjaman ataupun memohon pinjaman ini. Sama ada mereka terdiri daripada dalam ataupun luar bandar ataupun pemohon-pemohon ini datangnya dari yang berada di dalam bandar.

■1550

Kalau siling harga rumah yang boleh ditaja ataupun boleh dipinjamkan adalah setakat RM220,000 sahaja. Hari ini di dalam bandar, rumah yang bernilai RM220,000 ke bawah memang susah kita hendak dapat. Rumah pada hari ini, bak kata saya di peringkat awal tadi sudah mendadak naiknya. Hitung panjangnya rumah sederhana mampu milik di dalam bandar hari ini adalah RM390,000 harganya. Jadi sudah tentu ini akan mengecilkan ruang kepada mereka yang kurang berkemampuan daripada mereka yang tinggal di dalam bandar untuk memiliki rumah-rumah di dalam bandar.

Perkara yang keempat Tuan Yang di-Pertua adalah berhubung dengan perkara yang melibatkan kita semua sebagai pengguna iaitu TV berbayar dan TV percuma. Kita pada hari ini ada pilihan untuk menonton TV percuma iaitu TV-TV yang diadakan oleh pihak-pihak seperti RTM iaitu RTM1, RTM2, kemudiannya ada satu lagi yang baru milik kerajaan iaitu Al-Hijrah dan juga TV-TV swasta yang lain seperti TV3, TV9, TV8 dan juga NTV7. Sementara TV-TV berbayar kebanyakannya ataupun besar bilangannya di kalangan kita telah pun menjadi pelanggan kepada ASTRO.

Sebenarnya bukan ASTRO sahaja yang menjadi operator TV berbayar. Kita ada TM iaitu Telekom Malaysia, kita ada YTL yang akan memperkenalkan Yes dan sedikit masa lalu kita ada MITV yang hari ini telah menjadi UMobile kerana business model mereka telah berubah. Apa yang meragu dan merisaukan kita ialah apabila kita menjadi pelanggan ASTRO sedikit masa lalu, pada ketika itu harganya boleh dianggapkan murah dan menarik yang membuatkan kita tandatangan, menerima sebagai pelanggan.

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

50 DN 21.4.2011

Akan tetapi tahun demi tahun, dengan beberapa fakta kononnya fakta kos, fakta

operasi yang meningkat, fakta CAPEXnya yang meningkat, ia telah meningkatkan juga dan memulangkan balik kepada pelanggan di mana kita hari ini membayar bayaran bulanan dengan tinggi. Akan tetapi tahukah kita pada hari ini sebagai operator TV berbayar dengan lebih daripada tiga juta pelanggan berbayar, ASTRO memungut setahun lebih kurang RM2.7 juta untuk tahun 2010. Pada tahun ini dijangka meningkat hampir ke RM3 bilion.

Di samping itu juga, ASTRO juga mengutip bayaran iklan sedangkan sebagai TV berbayar, kita sudah membayar bayaran bulanan tetapi mereka masih membuat iklan-iklan yang menjadikan kita sebagai penonton tidak berapa selesa. Soalannya kenapa kita harus membenarkan TV berbayar terus mengutip iklan? Kalau mengikut angka-angka yang dikutip oleh ASTRO sebagai operator TV berbayar, dalam keseluruhan perbelanjaan expenditure on advertisement (AdEx) dengan izin, ASTRO sahaja mengutip hampir RM195 juta setahun. Ini merupakan hampir ataupun 20 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan advertisement daripada pelbagai industri termasuk industri media elektronik yang lain seperti media cetak, media billboard dan sebagainya.

Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, adakah kita hari ini membayar ASTRO untuk melihat advertisement ataupun iklan kerana itu adalah prinsipnya sekarang. Jadi kita kena perjelaskan hal ini. Hal ini di bawah pentadbiran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Saya rasa perkara ini perlu diperbetulkan.

Begitu juga dengan hak exclusivity yang dimiliki oleh operator TV berbayar tersebut. Oleh sebab mereka mampu, mereka syarikat besar, syarikat gergasi, mereka hari ini telah membeli exclusive right, dengan izin, bukan sahaja filem-filem ataupun program-program dari luar negara. Contohnya, TV ataupun English Premier League (EPL). Apabila mereka membeli EPL, maka tidak ada stesen lain dalam Malaysia yang boleh menayangkan program itu sebagai contohnya. Begitu juga dengan...

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Minta laluan.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Ya.

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, adakah cadangan Yang Berhormat untuk seperti TV ASTRO ini berhentikan iklan-iklan dan sebagainya. Apakah cadangan Yang Berhormat?

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Satu soalan yang baik, terima kasih. Saya sudah pindah ke exclusivity rights tadi. Akan tetapi tidak mengapa, saya ulang balik. Jadi soalannya di sini, isunya di sini, kita ada dua pilihan TV berbayar dan TV percuma. TV percuma seperti TV3, RTM bergantung pada iklan. Tidak ada iklan, dia tidak boleh survive, tidak boleh hidup.

Akhirnya, kita akan mendapat filem-filem ataupun tontonan yang tidak berkualiti dan akhirnya mungkin dia akan gulung tikar. Sedangkan TV berbayar, kita bayar untuk mendapatkan perkhidmatan. Mereka masih juga mengadakan iklan. Ertinya ada pendapatan yang lain. Jadi kalau ini dibiarkan berterusan, sudah tentu ia akan mengempiskan peluang TV percuma untuk terus survive. Terima kasih.

Berbalik kepada exclusivity rights tadi, kalau bukan sahaja program-program sukan yang saya sebutkan tadi. Sebagai contohnya, English Premier League. Ini termasuk juga artis contohnya, Aznil, Erra Fazira. Hari ini, rightsnya telah dibeli oleh ASTRO maka TV lain sudah tidak boleh keluar. Begitu juga dengan penerbit-penerbit yang baik-baik, sudah dibeli oleh ASTRO. Ini bermakna, mereka ini tidak boleh lagi membuat program-program untuk stesen yang lain. Jadi ini ada sedikit kepincangan saya rasa dan harus kita perbetulkan.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua ialah berhubung dengan Lembaga Penapisan Filem. Kita tahu di RTM dan juga lain-lain TV percuma, mereka tertakluk kepada kelulusan Lembaga Penapisan Filem sebelum filem-filem itu boleh ditayangkan. Manakala di TV berbayar, oleh sebab mungkin salurannya terlampau banyak, saya pun tidak berapa, 50, 60 saluran mungkin. Maka kelonggaran telah diberi oleh SKMM kepada mereka ini iaitu operator TV berbayar ini untuk menapis sendiri. Jadi ini ada macam seolah-olah double standard, perlu juga kita tengok.

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 51

Itu mungkin sebabnya kadangkala kita dapati unsur-unsur yang mungkin tidak

patut kita tonton terutamanya kepada golongan anak-anak kita, maka kita dapat tonton kerana mungkin kelonggaran dalam penapisan filem tersebut.

Perkara seterusnya yang harus saya sebut di sini ialah berhubung dengan F1 kerana hari ini kita tahu bahawa F1 adalah satu sukan bertaraf dunia yang telah menaikkan nama negara kita sejak tahun 1999 yang telah dibawa oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir pada ketika itu. Ia terus berterusan telah menjadi upacara penting dalam kalendar negara dan juga dalam kalendar pelancongan negara.

■1600

Saya sebagai seorang peminat sukan motor juga telah banyak kali sempat menghadiri program ataupun pertandingan ataupun Grand Prix F1 ini. Tiketnya memang mahal tetapi apa yang saya bangga apabila saya berada dalam circuit F1 itu ialah seolah-olah saya berada di luar negara kerana pada hari F1 diadakan kita akan melihat beribu-ribu orang terutamanya daripada Eropah dan juga timur jauh yang datang hanya semata-mata minat mereka dalam sukan F1 ini.

Ini juga menjadi satu punca pelancongan yang penting kerana kalau mengikut Tourism Malaysia sendiri hitung panjang seorang pelancong yang datang untuk F1 adalah sebanyak 5.4 hari dan mereka berbelanja lebih kurang RM3,700 kalau dibandingkan pelancong yang datang ke negara kita hanya berbelanja lebih kurang RM2,600. Jadi mereka mempunyai daya kemampuan untuk berbelanja.

Jadi apabila kita dimaklumkan bahawa F1 kontraknya akan tamat tidak lama lagi dan hari ini Kabinet ataupun kerajaan belum memutuskan sama ada untuk menyambung. Sudah tentu saya mengambil ruang di sini untuk menyarankan dan merayu agar F1 terus diadakan kerana ia adalah satu-satunya upacara sukan yang penting. Apatah lagi hari ini kita ada tiga pasukan yang ditaja oleh rakyat Malaysia. Kita ada team Lotus Renault, kita ada team Mercedes dan kita juga ada team Lotus yang ditaja oleh Dato’ Seri Tony Fernandes sendiri dan hari ini penglibatan kita sudah tentu begitu ketara dan kita ingin ianya diteruskan. Saya yakin Kabinet akan membuat keputusan yang baik demi untuk sukan motor. Kalau tidak circuit F1 itu akan menjadi gajah putih, sudah tentu. Itu yang kita cadangkan.

Berhubung dengan sukan, hari ini kita terpaksa akur bahawa kita berbangga dengan beberapa nama yang kita selalu sebut Dato’ Lee Chong Wei, kita ada Dato’ Nicol David, kita ada juga tokoh-tokoh sukan Azizulhasni yang berjaya dalam lumba basikal tetapi dalam kerisauan saya sebenarnya saya telah bangkitkan baru-baru ini ialah pelapis. Kita tidak ada pelapis yang bersedia untuk menduduki ataupun mengisi sekiranya mereka yang ada hari ini berhenti. Itu sebenarnya yang saya risaukan tetapi pihak Kementerian Belia dan Sukan dalam jawapan baru-baru ini tidak ke arah itu. Bayangkan kalau hari ini Dato’ Lee Chong Wei mengumumkan menggantung raket walaupun rakan karibnya Chew Mei Fun telah menggantung dia masih belum menggantung lagi. Itu bakal tunangnya.

Hari ini kalau dia gantung raket sudah tentu kita belum bersedia. Kita sudah tentu tidak bersedia. Contohnya dalam satu pertandingan badminton hari ini di Chengdu, China. Kita dikejutkan bahawa ramai bilangan ahli sukan ataupun pemain badminton kita telah terkeluar di peringkat round kedua. Yang tinggal hanya seorang Darren Liew. Datuk Maijol Mahap dia tahulah sebab dia pengurus Darren Liew. Yang itulah yang saya maksudkan. Ketara sangat dia punya gap antara ahli sukan yang ada dengan pelapis dan apakah tindakan kita untuk mengisi kekosongan ini.

Dahulu olahraga. Olahraga kita bangga dengan ramai atlet yang telah sampai masuk ke Olimpik sekalipun kita ada. Kita ada nama-nama besar suatu ketika seperti Tan Sri Dr. Jegathesan. Kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat masih ingat, Rajamani seorang pelumba jarak dekat dan kebelakangan ini ataupun selepas itu giliran Marina Chin, Saik Oik Cum, V. Angamah dan sebagainya. Merekalah yang kita sandarkan setiap kali adanya Sukan SEA untuk membawa pulang pingat-pingat tetapi sejak daripada sukan Asia Guangzhou 2010 sejak daripada Sukan Komanwel di New Delhi pada tahun yang sama kita tidak lagi membawa pulang pingat-pingat.

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

52 DN 21.4.2011

Ini yang saya maksudkan pelapis dan dalam membina pelapis Dewan yang mulia

ini sudah tentu faham bahawa bukan kerja satu hari dua hari.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Kita mesti ada intensif program dari peringkat awal, dari peringkat anak-anak itu di bangku sekolah lagi. Saya setuju kalau dikatakan ada tetapi tidak cukup. Itu sebabnya hari ini kita mempunyai gap yang cukup ketara. Untuk itu kita menyarankan juga kepada Kementerian Belia dan Sukan dan juga tiga kementerian yang telah sama-sama duduk di sini saya dimaklumkan Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Pelancongan dan satu lagi kementerian yang pada asalnya telah duduk berbincang dan saya hendak tahu ke mana dan ke mana hala tujunya mereka selepas ini. Adakah setakat kata orang melepaskan batuk juga seperti mana kita sebutkan sebelum ini. Jadi systematic approach mesti ada.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi sektor yang saya ingin sebut ialah berhubung dengan pelancongan. Hari ini kita dimaklumkan bahawa selepas industri minyak petroleum, pelancongan adalah penyumbang kedua terbesar dalam ekonomi negara. Kita mungkin dimaklumkan bahawa kedatangan pelancong setiap tahun bertambah mungkin dalam sekadar 5 - 7 peratus setahun dan untuk 2010 kita telah mencecah 24.5 juta, tapi yang merumitkan saya merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri baru-baru ialah perbelanjaan untuk pelancongan semakin menurun. Perbelanjaan untuk sektor pelancongan, promosi pelancongan semakin menurun. Kalau 2008 mereka belanja RM179.3 juta dengan 22.1 juta ketibaan pelancong, 2009 RM125.6 juta dengan 23.6 juta pelancong, manakala 2010 mereka belanja RM94.1 juta dan ketibaan bertambah kepada 24.5 juta. Dia punya correlation itu tidak berbeza. Belanja kurang ketibaan pelancong bertambah.

Jadi sebagai penyumbang kedua terbesar pendapatan negara saya kurang faham kenapa kita berjimat dalam mengadakan promosi-promosi. Kita mesti sedar bahawa bukan Malaysia menjadi tarikan pelancong di dunia ini. Di kalangan negara-negara Asian sendiri kita bersaing begitu hebat sekali apatah lagi di rantau sebelah ini. Kita ada 44 pejabat Tourism Malaysia di seluruh dunia. Ada 44 pejabat bukan sedikit bilangannya dan saya pasti pejabat-pejabat ini adalah di kawasan-kawasan strategik yang mempunyai potensi untuk meningkatkan pelancongan. Kalau tidak sudah tentu mereka ini boleh sama ada dipindahkan ataupun ditutup terus. Jadi kita mesti memberi sedikit target kepada setiap pejabat-pejabat Tourism Malaysia ini agar mereka benar-benar menyumbang ke arah peningkatan ataupun ketibaan pelancong dari pasaran-pasaran di mana mereka berada.

Aktiviti-aktiviti below the line ini perlu kita pertambahkan di samping aktiviti ataupun promosi yang besar-besar, iklan di TV, iklan di billboard. Yang kecil-kecil ini kita mesti tingkatkan. Aktiviti-aktiviti below the line ini banyak yang boleh dibuat bukan sahaja oleh pihak kerajaan tetapi dengan pemain-pemain industri, the industry players, the small operators, the hoteliers dengan izin dan sektor-sektor lain yang ada kepentingan dalam pelancongan. Saya berpendapat perkara inilah yang banyak menyumbang ke arah pelancong-pelancong yang ingin datang semula ke negara kita.

■1610

Akan tetapi malangnya, inilah yang kurang kita lihat hari ini. Sebagai contohnya, hari ini kalau kita masuk ke hotel, kita tidak dapat melihat brosur-brosur ataupun artikel-artikel yang boleh menerangkan pelbagai tempat menarik dalam negara kita kecuali yang dikeluarkan oleh Tourism Malaysia itu sendiri. Kita tidak melihat pakej-pakej purchase with purchase contohnya. Ertinya kalau kita beli ini, kita dapat ini. Kalau kita melawat ke Menara Kuala Lumpur misalnya, kita boleh dapat diskaun-diskaun dalam kedai-kedai begini, tak ada. Ini yang saya rasa pemain industri dengan kerjasama Tourism Malaysia kena pertingkatkan. Malahan, di dalam bilik hotel kita sendiri pun tidak ada buku-buku yang mempromosikan negara kita, tidak ada.

Berbanding kalau kita berada di negara-negara yang advance dalam tourism, dalam pelancongan, di mana-mana sudut, sejak kita turun dari airport, pergi ke kedai-kedai, pergi ke supermarket, ke hotel, kita dipaparkan dengan pelbagai risalah dan juga bahan-bahan promosi yang kita rasa kadang-kadang tak perlu dibuat tetapi mereka buat.

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 53

Kenapa hari ini di Australia kita boleh menjadikan busut semut itu sebagai bahan

pelancongan? Kumpulan busut-busut yang tingginya enam kaki. Busut semut sahaja tetapi dengan cara mereka menjual sebagai satu bahan pelancongan, berpusu-pusu kita sebagai pelancong pergi ke sana. Air terjun yang hanya mungkin 12 kaki sahaja tingginya, kita pergi sebab dipaparkan, cara mereka mempromosikan. Akan tetapi kita hari ini banyak bahan sumber asli kita tidak ketengahkan. Itu secara perbandingan yang saya buat yang mungkin tidak memakan belanja yang besar tetapi kalau pihak Tourism Malaysia, pihak pemain-pemain industri dan begitu juga dengan mereka yang...

Datuk Akbar bin Ali: [Bangun]

Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah: Ya.

Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang tertarik dengan isu pelancongan ini dan saya cuma ada tiga perkara yang ingin saya kemukakan dan minta pandangan Yang Berhormat dan mungkin juga seterusnya Menteri Pelancongan. Benar, pelancongan merupakan dengan izin, income generator, menjana eksport dan juga menjana dengan izin, foreign exchange.

Cuma, saya ingin juga menarik perhatian kepada soalan saya yang pertama iaitu ia juga boleh menyebabkan mengalir keluarnya wang Malaysia ke luar negara khususnya kehadiran pelancong dari China, the dolly girls. Jadi bagaimanakah kita harus menyekat? Ini kerana dianggarkan daripada sejuta lebih pelancong China, mereka membawa balik wang yang dikatakan berunsur seks lebih daripada RM5 bilion setahun. Jadi ini harus disekat. Bagaimana caranya?

Yang kedua, mengamalkan konsep keterangkuman yang dipopularkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bagaimanakah sektor pelancongan ini boleh mengamalkan prinsip keterangkuman kerana nampaknya ada segolongan besar tidak mendapat faedah ataupun belum mendapat faedah daripada pertumbuhan sektor pelancongan khususnya mereka di luar bandar dan khususnya kaum bumiputera kerana sektor ataupun produk homestay ini belum begitu lagi dijana supaya menjadi sumber pendapatan yang besar kepada mereka dan terlibat secara langsung dalam sektor pelancongan.

Yang ketiga, Kementerian Pelancongan menekankan think tourism, act tourism. Ini suatu yang baik tetapi bagaimana kita nak melaksanakan? Contoh, setiap pagi saya lalu di Tugu Negara, banyak bas di situ. Pagi-pagi sudah pun berhenti untuk melihat kehebatan Tugu Negara tetapi kerana tidak adanya konsep think tourism, tidak ada tempat atau ruang untuk parking bas contohnya, dan juga parking kereta, dan beberapa kali saya hampir terlanggar pada waktu pagi. Jadi bagaimanakah misal kata produk yang sedia ada dan produk akan datang mengambil kira bila dibina, ada tujuan untuk menarik pelancong dan menyediakan kemudahan untuk pelancong termasuklah contohnya tadi tempat parking? Terima kasih.

Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Akbar. Cara dia tanya itu macam saya ini Menteri Pelancongan pula. Akan tetapi tak apa, saya boleh bantu jawab. Kita mesti terima hakikat bahawa pelancong kadang-kadang adalah double tace sword strategy. Di samping kita menggalakkan kemasukan inflow of wang ataupun pendapatan daripada luar negara, di samping itu dia boleh membawa wang kita keluar. Satu contohnya ialah AirAsia. AirAsia hari ini di samping memudahkan kita membawa pelancong ramai ke negara kita, AirAsia juga mengeluarkan ramai rakyat Malaysia melancong ke negara-negara asing. Dalam kes yang dibagi contoh iaitu pelancong-pelancong dari negara China tadi, saya yakin bilangan out flow itu tidak setinggi mana dengan pendapatan yang kita dapat daripada pelancong-pelancong dari negara tersebut.

Think tourism dan act tourism adalah satu konsep yang mana bukan hanya industry player sahaja yang mesti berfikiran demikian tetapi ia melibatkan banyak pihak.

Di luar daripada pemain-pemain industri, pihak-pihak PBT sendiri sebagai contoh, perlu memainkan peranan, sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Datuk Akbar tadi ialah kemudahan-kemudahan parkir ataupun tempat letak kereta sebagai contoh.

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

54 DN 21.4.2011

Sudah tentu kita perlukan ruang-ruang bagi memudahkan bas yang datang

ataupun pelancong yang datang berpusu-pusu yang makin lama makin meningkat. Sudah tentu kita harus memikirkan bagaimana menyediakan kemudahan-kemudahan seterusnya. Kita tak boleh biarkan badan ataupun bahan pelancongan itu dalam keadaan yang sama apabila ia mula mendapat pasaran.

Jadi saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Industri ataupun pemain-pemain industri yang lain yang boleh sama-sama menyumbang ke arah kejayaan sektor pelancongan negara kita adalah umpamanya pemandu-pemandu teksi dan pemandu-pemandu bas yang hari ini kita mungkin tidak mengambil advantage daripada pemandu-pemandu tersebut. Ini mungkin disebabkan oleh pemandu yang kita ada hari ini mungkin kurang berkelayakan ataupun pemandu-pemandu daripada kalangan warganegara asing yang tidak ada kepentingan untuk menjual negara kita. Jadi sebenarnya ini boleh kita pertingkatkan dengan adanya pihak Tourism Malaysia kalau boleh bekerjasama dengan semua pemain industri sama ada besar atau kecil, saya rasa sektor pelancongan boleh kita pertingkatkan lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat ada dua minit lagi.

Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah: Dua minit lagi? Saya ingin menyentuh berhubung dengan hala tuju perbankan di negara kita. Saya mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan semula Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zetty Aziz sebagai Gabenor untuk tempoh lima tahun lagi. Ini sudah tentu akan menjadikan keyakinan pelabur dan juga fund managers terhadap keutuhan sistem perbankan dan ekonomi mikro dan makro di negara kita terus terjamin. Sebagai seorang wanita pertama di Asia menjadi Gabenor Bank Negara, sudah tentu saya yakin dengan dasar-dasar yang telah beliau perkenalkan daripada tahun 2000 iaitu apa yang dipanggil The Financial Sector Masterplan yang berjaya memantapkan sistem perbankan yang mana kita berjaya menghindarkan sistem kita daripada kecairan yang disebabkan oleh sub prime activities di Amerika pada tahun 2008 yang baru lalu.

■1620

Tuan Yang di-Pertua hari ini bank banyak di Malaysia, bank konvensional kita ada sembilan, Bank Islam kita ada 11, bank antarabangsa Islam empat dan enam lagi ban-bank Islam milik asing. Jadi, sudah sampai masanya pengurangan ini berlaku dari sekarang. Walaupun ada ura-ura seperti yang dilaporkan akan terjadi merger dan acquisition dalam masa terdekat dan pihak Bank Negara melepaskan kepada market forces ataupun kehendak pasaran tetapi saya rasa mungkin akan berlaku dengan cara yang sungguh perlahan.

Jadi, saya rasa kena ada juga mesej daripada top-down. Kerana dalam keadaan terbuka hari ini, kita terpaksa membuka kepada lebih banyak bank besar di dunia datang ke Malaysia, tidak ada tempat menunggu...

Tuan Yang di-Pertua: Boleh gulung Yang Berhormat. Boleh gulung sekarang.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih dan untuk itu kita mencadangkan agar bilangan ini kalau dapat dikurangkan, bukan setakat mengurangkan tetapi mengukuhkan lagi bank-bank yang ada hari ini kerana terdapat juga antara bank yang besar seperti Maybank dan bank yang kecil seperti Affin Bank. Jadi, ada perbezaan yang ketara ini, sudah tentu merumitkan bank-bank kecil untuk beroperasi pada masa-masa yang akan datang. Jadi untuk itu, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Puan Mariany binti Mohammad Yit dan seterusnya kita ada dua lagi Yang Berhormat Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam dan Yang Berhormat Dr. Malasingam a/l Muthukumaru.

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 55

4.22 ptg.

Puan Mariany binti Mohammad Yit: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Syukur alhamdulillah dengan kurnia Allah SWT dapat kita bersama kembali ke Dewan yang mulia ini di hari yang keempat sesi Dewan Negara 2011.

Ucapan alhamdulillah juga ke hadrat Allah SWT dengan limpah izinnya Tuan Yang di-Pertua terus dikurniakan kesihatan mempengerusikan sesi Dewan pada sesi ini. Izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah memberikan peluang dan melantik saya sebagai seorang anggota Dewan Negara. Segala kepercayaan dan keyakinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke atas saya tidak akan saya persiakan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya di dalam Dewan yang mulia ini. Sebagai Ahli yang baru, saya mohon tunjuk ajar dan panduan dari rakan-rakan sekalian.

Seterusnya tahniah saya ucapkan di atas kecemerlangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak serta semua anggota Barisan Nasional sama ada dari peringkat pusat mahupun negeri, kepimpinan tertinggi juga akar umbi yang bertungkus-lumus mencipta kemenangan yang selesa di DUN Sarawak yang baru berlangsung minggu lepas. Saya melihat ianya sebagai isyarat jelas penerimaan rakyat yang semakin selesa dengan corak kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tahniah juga diucapkan dengan pelancaran Pelan Induk Pasaran Modal (CMP2). Saya yakin ianya bakal memperkasakan usaha pembentukan modal meningkatkan kecekapan dan kecairan perantaraan, peruntukan dana bagi kumpulan industri terpilih, memperluaskan pasaran bon, mengurangkan birokrasi, memperkasakan sistem kewangan Islam dan mengelakkan transaksi berskala besar.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga berpendapat pengenalan slogan dasar 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ amat dialu-alukan sebagai a winning slogan, dengan izin. Adalah niat kerajaan yang ikhlas untuk memberikan keutamaan kepada rakyat dengan prinsip kebertanggungjawaban dan sedia dinilai oleh rakyat ke arah memperbaiki sistem pencapaian perkhidmatan awam kerajaan. Juga Pelan Transformasi Ekonomi tepat pada masanya di kala negara sedang berlari menuju ke arah Wawasan 2020 yang berbaki sembilan tahun dari sekarang. Saya tanpa ragu-ragu menyokong hasrat murni Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, ucapan perasmian oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menyentuh pelbagai perkara dan isu semasa yang saya kira perlu diberi perhatian di Dewan yang mulia ini. Izinkan saya menyentuh beberapa isu penting yang perlu dijadikan iktibar untuk kita meneruskan tugas dan amanah sebagai Ahli Dewan ini.

Sebelum saya menumpukan isu-isu yang berat yang lain, saya mohon kesempatan ini membawa satu isu yang berat juga iaitu beg sekolah yang berat. Dengan buku-buku teks dan isu beg sekolah yang berat ini telah pun mendapat perhatian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak lama dahulu. Tuan Yang di-Pertua, kesan daripada membawa beg yang berat ini, anak-anak kita cepat letih dan tidak bertenaga pada waktu petang ataupun sampai ke malam dan menghadapi risiko akan mengalami tulang belakang yang bengkok ataupun bahu yang senget, yang sudah tentu akan mencacatkan tubuh badan mereka sampai dewasa.

Sukacita saya mencadangkan penggunaan komputer riba untuk pelajar-pelajar seawal empat hingga enam tahun dan pelbagai fungsi boleh dimuatkan dalam lap-top ini. Semua sukatan pelajaran termasuk juga seluruh Al-Quran dan juga e-Book atau workbook dan sebagainya. Pelajar hanya perlu bawa komputer itu sahaja ke sekolah. Buku-buku teks tidak perlu bawa lagi. Dengan ini juga ia dapat memperkenalkan penggunaan komputer di peringkat awal usia yang akan memberi mereka a head start, dengan izin, ataupun lonjakan kepada dunia IT, sesuai dengan zaman mereka.

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

56 DN 21.4.2011

Saya ingin merujuk penggunaan komputer yang telah diamalkan oleh negeri

Terengganu. So, rakan-rakan saya sudah masuk, boleh mengesahkan – yang telah membekalkan komputer riba kepada pelajar sekolah rendah.

Hasilnya, kini negeri Terengganu telah menjadi negeri yang terbaik dalam keputusan, kalau saya boleh bacakan di sini, keputusan yang baik di seluruh negara. UPSR selama sepuluh tahun berturut-turut, PMR dua tahun berturut-turut, SPM dua tahun berturut-turut dan STPM tiga tahun berturut-turut. Kalau tidak percaya, kita boleh tanya kepada rakan-rakan dari Terengganu.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Terengganu Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said dan dengan ini juga saya ingin memohon kepada Menteri Pelajaran, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin agar cadangan ini diberi perhatian yang serius dan disegerakan. Jika Terengganu boleh berjaya saya percaya negeri-negeri lain juga boleh mencapai kejayaan yang sama ataupun lebih.

Selepas isu sekolah rendah, saya akan pergi ke isu IPTS. Statistik Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan bahawa terdapat 485 institut pengajian tinggi swasta dengan pecahan seperti berikut. Universiti 24 buah, kolej universiti 20 buah, cawangan universiti luar negara 5 buah dan kolej 436 buah. Manakala jumlah pelajar di IPTS pula berjumlah seramai 541,629 orang. Tidak dinafikan peranan institut pengajian tinggi swasta penting dalam perkembangan pengajian tinggi negara dan dari segi penyediaan peluang pengajian, penjimatan pertukaran wang asing dan sumbangan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.

■1630

Sejajar dengan pertambahan jumlah IPTS, jumlah kerjasama yang terjalin antara IPTS tempatan juga semakin berkembang dengan pertambahan bilangan negara luar yang menjalinkan kerjasama dengan IPTS tempatan. Yang terbaharu, Southampton University UK bakal membuka kampus cawangan di Malaysia pada tahun 2012. Namun dalam keghairahan para pengusaha membuka IPTS, terdapat institusi ini yang bermasalah.

Pada tahun 2010, 27 buah IPTS dibatalkan penubuhannya dan 15 buah pula dibatalkan pendaftarannya. Manakala pada tahun 2009 pula sebanyak 32 IPTS dibatalkan penubuhannya dan 13 buah lagi dibatalkan pendaftarannya. Sebab-sebab pembatalan penubuhan ataupun pendaftaran adalah kerana institusi tersebut tidak mampu menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dari aspek-aspek kawalan seperti kualiti program, kualiti premis, kualiti pengurusan, kualiti tenaga pengajar dan juga dari segi kualiti kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Bilangan IPTS yang semakin meningkat dari masa ke semasa ini juga perlu diberi pengawasan yang lebih ketat bagi memastikan kepentingan semua pihak yang berkenaan dapat dipelihara. Antara masalah IPTS ini ialah para pelajar menghadapi masalah untuk memilih IPTS, bilangan IPTS yang terlalu banyak menimbulkan masalah bagi pelajar untuk membuat perbandingan dan memilih yang terbaik.

Masalah timbul apabila selepas membuat pendaftaran didapati kualiti program atau premis dan kemudahan pengajaran pembelajaran adalah tidak memuaskan. Masalah kedua pula pelajar yang menghadapi masalah di mana maklumat berkenaan sesuatu kursus tidak diberitahu dengan tepat dan jelas. Terdapat juga senario di mana pelajar telah tamat dan mendapati kursus yang diambil tidak diiktiraf oleh MQA. Ini menunjukkan kelemahan-kelemahan pengurusan IPTS itu sendiri.

Ketiga, dengan jumlah IPTS yang terlalu banyak juga menimbulkan masalah kepada IPTS itu sendiri dari segi persaingan untuk mendapatkan penuntut disebabkan terlalu banyak IPTS yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan menyebabkan persaingan bagi mendapatkan para pelajar adalah sengit dan pool untuk pelajar-pelajar yang akan ditawarkan adalah lebihan daripada yang telah dipilih oleh IPTA, Politeknik, Matrikulasi dan program integrasi. Yang tinggal untuk dipilih oleh IPTS-IPTS yang 485 ini adalah terhad. Ada yang berjaya, ada yang tidak berjaya sehingga ada yang tidak dapat pelajar-pelajar yang cukup untuk menampung kos operasi di IPTS mereka dan secara tidak langsung ini melibatkan kerugian yang besar kepada IPTS itu.

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 57

Oleh itu, ramai juga yang berpindah randah iaitu student dan juga kakitangan-

kakitangan mereka yang tidak dapat dibayar gaji.

Masalah keempat ialah kebanyakan kursus yang ditawarkan juga adalah kursus yang hampir sama di antara satu sama lain serta tidak unik ataupun mempunyai niche. Ini juga akan menimbulkan masalah kepada para pelajar apabila mereka tamat belajar dan menghadapi persaingan sengit pula untuk mendapat pekerjaan. Maka berlakulah over-supply.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kemukakan cadangan, mungkin pihak kementerian boleh menyediakan satu portal sebagai rujukan kepada orang ramai yang menyediakan maklumat tentang semua IPTS yang terdapat di negara kita bagi memudahkan mereka mendapat maklumat yang tepat dan seterusnya memudahkan mereka membuat keputusan sebelum mendaftarkan diri untuk melanjutkan pelajaran ke sesebuah IPTS.

Kedua, mungkin syarat-syarat serta garis panduan bagi penubuhan IPTS perlu diperketat bagi memastikan hanya IPTS yang ditubuhkan itu benar-benar berkualiti dan mampu beroperasi dan memberi khidmat yang berkualiti kepada pelanggannya. Pengawasan yang rapi juga ke atas IPTS bagi sepanjang pengoperasiannya dan tiada kompromi ke atas kualiti perkhidmatan yang diberikan bagi menghasilkan graduan yang cemerlang dan berkualiti.

Saya dimaklumkan bagi menggredkan IPTS-IPTS ini, akan diperkenalkan satu sistem iaitu Sistem Pengukuran Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta ataupun dikenali sebagai MyQUEST. Di sini saya ada soalan iaitu apabila MyQUEST itu dibentuk, bagaimana pula dengan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi iaitu dikenali juga sebagai SETARA yang dilaksanakan sebelum ini?

Soalan kedua, apakah dengan adanya sistem MyQUEST, IPTS tidak akan lagi dinilai melalui sistem SETARA? Saya pasti kementerian ada jawapan yang kukuh bagi soalan-soalan ini yang setakat ini belum jelas. Sekiranya ada pertindihan atau fungsi yang sama, bolehlah dicadangkan supaya sistem ini disatukan bagi mengelak pembaziran.

Isu seterusnya adalah isu rasuah. Saya berkongsi dengan rakan-rakan yang lain untuk berusaha memerangi rasuah. Kebelakangan ini negara kita telah digempar dengan berita yang melibatkan salah laku kakitangan awam dan juga berita yang melibatkan pemimpin di peringkat tinggi berkaitan dengan moral dan integriti. Apa pun isu yang diketengahkan, ada kaitannya dengan rasuah. Jika tidak dibendung ianya akan merosakkan masyarakat dan melumpuhkan negara.

Tuan Yang di-Pertua, apakah masa depan negara yang mempunyai masyarakat dan penjawat awam yang mengamalkan rasuah. Secara langsung ianya menggalak generasi selepasnya mewarisi amalan rasuah ini. Saya ingin berkongsi dua senario iaitu yang akan menghalang jalan kita ke taraf negara maju pada tahun 2020. Pada awal bulan April tahun ini, muka depan akhbar tempatan telah mempamerkan lapan wajah anak muda, semuanya penjawat awam telah dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah. Rupa paras mereka nampak segak, orang muda yang berwibawa, umur mereka adalah di antara 25 dan 31 tahun. Di awal usia 25 tahun, saya kira baru lepas universiti ataupun latihan di maktab. Baru mula bekerja, sepatutnya mereka masih seperti kain putih. Malang sekali bagi kita inilah generasi yang telah mewarisi amalan rasuah yang jijik ini.

Bayangkan jika mereka tidak disekat dan masih menjadi penjawat awam dengan pangkat, kuasa dan keangkuhan untuk selama 20 hingga 30 tahun lagi digaji oleh kerajaan pula akan menjadi parasit atau kanser yang akan melumpuhkan negara. Dalam umur sebegini muda, sebagai penjawat awam tanpa segan silu atau perasaan bersalah atau remorse, dengan izin telah mengutip rasuah. Jika rakyat merasa tidak puas hati terhadap kerajaan dalam perkara ini, orang-orang inilah yang sepatutnya dipersalahkan. Peristiwa ini bukan sahaja memalukan, ia juga amat memilukan. Di manakah salah kita?

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi adalah akibat kekerapan kewujudan amalan rasuah yang tidak dapat diselindung lagi, kini Malaysia berada dalam peringkat nombor 56 daripada 178 negara di Indeks Rasuah Dunia, World Corruption Index.

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

58 DN 21.4.2011

Walaupun kita boleh memuji diri kita - kedudukan ini, memandangkan jiran kita

Indonesia di nombor 110; Thailand 78; tetapi Singapura berjaya mencapai di tempat nombor satu bersama Denmark dan New Zealand. Kita Cuma ada sembilan tahun lagi untuk mencapai taraf negara maju.

Jika indeks nombor kita tidak dibaiki, jalan ke negara maju pada tahun 2020 akan menjadi lambat dan mungkin tidak tercapai. Sekarang ini kita tiada pilihan lagi. Saya bersetuju mengarahkan saya pada hari yang pertama mengajak kita semua berjihad memerangi rasuah.

■1640

Kepimpinan Yang Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Najib amat bersungguh-sungguh mahu negeri ini benar-benar bebas dari rasuah dan untuk tujuan itu telah terus mengamanahkan SPRM dalam tugas yang penting ini. Baru-baru ini SPRM telah membuat lebih banyak penyiasatan dan tangkapan termasuk pegawai-pegawai tinggi dan Kastam. Rakan saya kelmarin telah melaporkan kejayaan SPRM termasuk kes-kes melibatkan penjawat awam, ahli politik, Ahli Parlimen, kerabat Diraja, ahli korporat, hakim, dan lain-lain. Tahniah kepada SPRM.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, persoalan yang timbul kini ialah mengenai kredibiliti dan akauntabiliti SPRM. Dalam masa yang begitu singkat, dua peristiwa yang malang telah mengemparkan negara kita iaitu kematian Teow Beng Hock dan Ahmad Sarbani bin Mohamed, pegawai kanan Kastam yang mana kedua-duanya maut jatuh daripada bangunan SPRM di tempat yang berbeza. Peristiwa-peristiwa yang beginilah yang telah mencemarkan nama SPRM. Soalan yang sering timbul ialah sejauh manakah penyiasat SPRM telah mengikut the standard operating procedure (SOP), dengan izin. Adakah penyiasatan yang dibuat mengikut prosedur-prosedur yang telah disediakan?

Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Akhbar bin Ali: Mohon izin Yang Berhormat.

Puan Mariany binti Mohammad Yit: Okey.

Datuk Akhbar bin Ali: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, ada dua perkara ingin saya kemukakan. Yang Berhormat, selain tahniah kepada SPRM, satu ialah kita ada kira-kira 11 juta pekerja di Malaysia. Hanya 1.2 juta di dalam sektor awam. SPRM banyak menumpukan sasarannya di sektor awam. Tidakkah baik jika SPRM juga memberi perhatian kepada kumpulan yang lebih besar iaitu di sektor swasta, satu.

Keduanya, nampaknya SPRM banyak menumpukan kepada penerima rasuah. Dalam Akta SPRM ada dua kumpulan lagi yang boleh ditangkap di bawah Akta Rasuah iaitu pemberi dan orang tengah. Mungkin SPRM juga patut memberi perhatian kepada dua kumpulan yang saya sebutkan sebentar tadi di samping kumpulan penerima sebentar tadi? Terima kasih.

Puan Mariany binti Mohammad Yit: Terima kasih Yang Berhormat. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat. Akan kita cadangkan juga dimasukkan di dalam cadangan kita. Tuan Yang di-Pertua, kita difahamkan bahawa cara pegawai SPRM masuk ke tempat pejabat kerajaan atau agensi kerajaan untuk mengambil tindakan adalah tidak mengikut protokol.

Seharusnya protokol ini ataupun the standard operating procedure perlu diuar-uarkan kepada umum supaya rakyat tahu dan faham mengenainya. Ia juga tahu akan hak mereka.

Cadangan saya - mesti ada etika kerja, kerja ketika menjalankan operasi di pejabat, dan agensi kerajaan ataupun di mana-mana tempat sahaja yang dialamatkan. Ia mesti ada surat kuasa sepanjang masa, jangan terus menyerbu. Pegawai SPRM terutama yang muda hendaklah dilatih dahulu supaya lebih bersopan dan tidak berkasar sewaktu melaksanakan operasi, di pejabat, di rumah suspek atau saksi. Pegawai yang keluar menjalankan operasi hendaklah sentiasa memakai tag nama pengenalan supaya jelas diketahui siapa mereka. Kadang-kadang mereka memakai vest dan tertutup nama. Nama itu hendaklah diletak di atas vest.

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 59

Kedua, suspek atau saksi yang disoal hendaklah hadir dengan peguam mereka.

Jika tiada seorang hendaklah dilantik untuk beliau. Ini adalah tuntutan hak asasi manusia. Suspek atau saksi adalah tidak bersalah sehingga didapati bersalah oleh mahkamah.

Ketiga, saksi atau suspek hendaklah memaklumkan kepada pejabat atau waris di aman sesuai jika dipanggil atau dikehendaki membantu siasatan sama ada di pejabat SPRM atau di tempat lain.

Keempat, hendaklah menyediakan rumah selamat iaitu safe houses dengan izin, untuk tujuan-tujuan tertentu demi memelihara keselamatan dan kerahsiaan bagi saksi, suspek, dan juga anggota SPRM.

Kelima, bangunan atau infrastruktur yang menepati fungsi SPRM atau pejabat hendaklah dilengkapi dengan CCTV yang beroperasi 24 jam, yang di maintain berkala di semua sudut penting di dalam bangunan atau pejabat, alat perakam video dan audio semasa integrasi.

Keenam, banyakkan program bersama rakyat serta risalah-risalah mengenai pemahaman tentang bidang tugas SPRM.

Ketujuh, sentiasa mengamalkan etika bekerja yang telah ditetapkan dan berintegriti setiap masa. Cadangan-cadangan ini mungkin dipandang remeh tetapi seperti kata pepatah Inggeris, ‘the devil is in the details’. Rakyat sentiasa lihat dan boleh menilai keseriusan kerajaan di dalam menangani gejala ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Puan Mariany binti Mohammad Yit: Ya.

Tuan Yang di-Pertua: Boleh Yang Berhormat gulung?

Puan Mariany binti Mohammad Yit: Okey. Ada sedikit sahaja lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Boleh. Saya boleh beri dalam satu atau dua minit lagi. Teruskan.

Puan Mariany binti Mohammad Yit: Teruskan, ya. Saya percaya rakyat juga bersama ingin menghapus rasuah dan boleh memberi sokongan yang sepatutnya kepada SPRM selagi perjalanan SPRM itu betul dan telus. Saya ada satu soalan mengakhiri tajuk ini.

Siapa yang sebenarnya mengaudit SPRM? Audit bukan dari segi perbelanjaan tetapi dari segi keputusan-keputusan mereka dan juga pelaksanaan mereka.

Ada satu lagi suruhanjaya yang ingin saya sentuh sedikit sahaja iaitu Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 atau ia dikenali sebagai SIAP. Apakah fungsi sebenar SIAP? Setahu saya badan ini bebas seperti SPRM juga dan juga tiada kuasa untuk mendakwa. Persoalannya, mampu atau tidak suruhanjaya ini menjalankan penyeliaan dan pembuktian dalam satu-satu kes yang dilaporkan memandangkan SIAP ini diwakili oleh mereka yang tidak lebih dari penjawat awam biasa tanpa pengalaman atau latihan yang khusus?

Walau bagaimanapun, saya harap suruhanjaya ini akan bertugas dengan berkesan seperti yang diaktakan dan tidak dengan izin, fade into the background. Ini kerana ia akan memakan wang rakyat atau taxpayers’ money, dengan izin. Harapan saya ialah bahawa penubuhan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan ini tidaklah disia-siakan seperti kata perumpamaan dari Amerika, “There is an elephant in the room”, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya mempersilakan yang Berhormat Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam. Silakan.

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

60 DN 21.4.2011

4.49 ptg.

Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang untuk perbahasan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Saya berasa amat bersyukur kerana saya adalah rakyat dan warganegara Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum, bangsa, bahasa, budaya, agama, adat resam, dan cara hidup. Rakyat dan masyarakat yang aman damai, bahagia, sejahtera, dan makmur.

■ 1650

Semua lapisan masyarakat hidup dalam suasana harmonis, bersatu padu, penuh dengan kasih sayang, suasana muhibah, hormat-menghormati antara satu sama lain dan perasaan silaturahim antara semua lapisan masyarakat. Baru-baru ini saya telah menyertai dan mengambil bahagian dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Yang Kesepuluh. Kami penyokong parti Barisan Nasional bekerja bertungkus-lumus berkempen dengan menerangkan kepada rakyat Sarawak bahawa usaha-usaha kerajaan Barisan Nasional untuk mewujudkan masyarakat Malaysia aman, damai dan makmur. Saya berasa kecewa, sedih dan sangat menyakit hati kerana ada segelintir pemimpin parti pembangkang menganjurkan kempen dengan ceramah yang berbaur perkauman dan menaburkan perasaan kebencian dan memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional.

Tujuan mereka adalah untuk memecahbelahkan rakyat berbilang kaum dan merosakkan keharmonian masyarakat. Mereka mengutamakan kemenangan dan kepentingan parti sendiri dan kepentingan peribadi. Kepada mereka kemenangan pilihan raya amat penting. Mereka menggadaikan keamanan, kedamaian dan keharmonian antara rakyat berbilang kaum untuk memula kepentingan diri sendiri dan partinya.

Mereka tidak sekali pun menceritakan cara macam mana parit pembangkang kalau memerintah negara kita cara macam mana mereka menguruskan dan mentadbir negara kita lebih cemerlang berbanding dengan Kerajaan Barisan Nasional. Isu-isu menambaikkan masyarakat kita tidak pernah dibangkit misalnya program-program untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan dalam bidang pendidikan, kebajikan, ekonomi, pengangkutan, pengurusan kewangan, kepentingan belia dan lain-lain lagi. Saya mohon kepada Kerajaan Pusat, Kerajaan Barisan Nasional mengambil tindakan keras terhadap Ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab dan sentiasa mengapi-apikan perasaan kebencian dan kemusuhan di kalangan masyarakat yang aman.

Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia marilah kita sama-sama tampil ke depan dan berganding bahu dengan Kerajaan Barisan Nasional dan menyokong Kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah negara kita selama 57 tahun dan telah memberi keamanan, kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua lapisan masyarakat. Panjanglah umur pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional. Saya harap parti pembangkang boleh melahirkan semangat kekeluargaan dan kenegaraan. Semangat kekeluargaan jelas rakyat Malaysia duduk dalam satu rumah yang besar, bumbung yang besar.

Semua rakyat adalah sama yang berlainan adalah warna kulit, agama, bangsa dan bahasa. Saya ucap terima kasih kepada – dan syabas kepada Kementerian Pelajaran kerana telah sudi memberi peruntukan untuk pembayaran bil elektrik SRJK(C) dan SRJK(T). Peruntukan maksimum RM2,000 untuk setiap bulan diberikan kepada setiap sekolah. Saya mohon bagi pihak sebahagian sekolah-sekolah supaya kementerian boleh mewujudkan satu dasar di mana peruntukan itu diberikan mengikut bilangan murid dan pelajar. Saya percaya RM2,000 amat mencukupi untuk pembayaran bil elektrik untuk sekolah kurang murid.

Akan tetapi, amat berkurangan untuk sekolah di mana bilangan murid yang ramai. Saya mengambil kesempatan hari ini memohon kepada Kementerian Pelajaran membantu sekolah menengah persendirian yang diuruskan oleh masyarakat Cina sekian lama. Kerajaan boleh memberi geran tahunan kepada sekolah-sekolah ini yang berjumlah lebih kurang 62 buah sahaja.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 61

Sekolah-sekolah ini telah melahirkan pelajar-pelajar yang berwibawa,

bertanggungjawab dan telah menyumbangkan kepada tenaga pekerja di negara ini. Dan dengan sendirinya telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara bersama-sama dengan rakyat yang lain.

Gejala obesiti yang melanda pada negara kita ini amat membimbangkan. Ini telah menjadikan isu yang amat serius. Sebanyak 15 peratus jumlah rakyat Malaysia menghadapi masalah obesiti dan 60 peratus adalah warga bawah umur 18 tahun. Hampir semua adalah pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya berharap Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran boleh berganding bahu dan bekerja rapat menangani masalah ini. Pakar-pakar pemakanan perlu menasihatkan pihak sekolah dan murid dalam bidang pemakanan. Bahan makanan yang dijualkan di kantin mesti dikawal dan diluluskan oleh pihak sekolah.

Obesiti boleh mengakibatkan penyakit kencing manis, darah tinggi dan mengakibatkan sakit jantung. Tahniah kepada Kementerian Kesihatan yang telah mengadakan klinik kesihatan besar, kecil dan Klinik 1Malaysia merata-rata tempat di negara kita. Saya difahamkan bahawa kebanyakan pusat ini diuruskan oleh pembantu hospital dan bukan doktor perubatan. Saya ingin bercadang bahawa kerajaan memastikan semua pusat ini mesti diuruskan oleh doktor perubatan demi menjaga kepentingan dan kesihatan rakyat jelata.

Saya difahamkan pagi tadi bahawa Kementerian Kerja Raya telah tutup jalan dari Sepang ke Port Dickson iaitu kerana jambatan di Kampung Baru Site ‘A’ telah rosak dan dekat meruntuh. Saya ingin mengingatkan kepada kementerian, saya telah mohon peruntukan untuk penggantian dan baik pulih jambatan itu pada tahun 1999. Pada masa ketika Yang Berhormat Menteri adalah Dato' Seri Samy Vellu tetapi mereka tidak ambil perhatian, tidak berjiwa rakyat. Sampai hari ini tidak lulus...

Tuan Yang di-Pertua: Cakap kuat sedikit Yang Berhormat. Pointnya itu bagus cakap kuat sikit.

Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam: Tidak berjiwa rakyat, tidak menjaga kepentingan rakyat. Pada hari ini kita terpaksa tutup jalan kerana jambatan dekat hendak runtuh. Apa kata kalau runtuh berapa orang akan membahayakan nyawa pengguna jalan raya. Saya rasa ini adalah satu contoh yang perlu kita meningkatkan prestasi kecemerlangan kementerian. Saya harap peruntukan ini akan diluluskan secepat mungkin dan penggantian jambatan itu akan disegerakan. Saya berharap Kementerian Pembangunan Wanita akan bantu supaya ibu-ibu tunggal kalau kita boleh mengadakan program untuk mereka berdikari, mewujudkan tabung kewangan di mana mereka boleh buat pinjaman dengan angka yang lebih daripada RM2,500. Apa yang geran dibagi kepada RM2,500 tidak cukup. Tidak cukup untuk sesetengah orang untuk beli kasut. Apa lagi kita hendak minta mereka memulakan perniagaan supaya mereka boleh berdikari.

Saya harap bahawa pinjaman itu tanpa faedah atau faedah yang amat rendah supaya kita boleh sekurang-kurangnya RM10,000 untuk mereka menjalankan perniagaan yang kecil supaya mereka boleh berdikari. Ini adalah lebih baik jikalau kita bagi bantuan bulanan kepada mereka. Biarlah kita ajar mereka cara macam mana hendak memancing ikan daripada memberikan ikan kepada mereka. Dengan kata-kata ini saya ucap terima kasih dan saya mohon menyokong Titah Ucapan.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat terima kasih. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Dr. Malasingam a/l Muthukumaru.

■1700

Dr. Malasingam a/l Muthukumaru: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, selamat petang dan salam 1Malaysia saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Saya juga ingin memanjatkan ucapan terima kasih kerana memberi ruang untuk turut serta dalam membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang dibentangkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 7 Mac.

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

62 DN 21.4.2011

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mulakan ucapan saya, ingin saya sampaikan

ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa gempa bumi di Jepun baru-baru ini dan sediakanlah doa kita agar mereka kembali menerajui kehidupan seperti biasa. Tuan Yang di-Pertua, tanpa melengahkan masa ingin saya menyentuh serta sedikit isu-isu yang berputik dari jiwa dan naluri masyarakat bagi memantapkan pentadbiran dan urusan kerajaan dalam menjamin negara majmuk dan juga atas tugas dan tanggungjawab saya dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia serta Program Transformasi Kerajaan kini jelas diperlihatkan sebagai pandu arah dalam mencapai kemakmuran negara sambil mewujudkan silaturahim masyarakat yang berbilang kaum di negara ini. Tahniah dan syabas atas usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam memikul tanggungjawab serta komitmen beliau dalam usaha memperkasakan rakyat dalam menuju ke Wawasan 2020, negara maju dan berpendapatan tinggi. Kita dapati terdapat secubit kelemahan yang muncul dalam usaha murni ini dan adalah lumrah untuk kita turut sama dalam memperkemaskan agenda pembangunan ini.

Saya dengan ini menyarankan agar pemimpin-pemimpin tempatan tidak menggunakan kesempatan ini dalam meraih simpati demi kepentingan fahaman politik yang berbeza. Ini tidak bermakna keluhan serta perbezaan pendapat tidak boleh diketengahkan tetapi gunakanlah diplomasi yang boleh memberikan manfaat yang lebih rasional demi kepentingan masyarakat kita agar kita dapat diperlihatkan sebagai negara yang aman dan bahagia di persada antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan ini, ingin saya menyarankan agar Kementerian Kebudayaan, Penerangan dan Komunikasi dapat melihat kembali Akta Percetakan yang dilihat sebagai jauh ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Saya melihat banyak artikel-artikel yang diterbitkan oleh surat khabar serta media elektronik bertumpukan kepada kehangatan berita tanpa meneliti kesahihan berita tersebut. Tajuk utama yang menarik perhatian umum yang boleh menjejaskan keikhlasan kerajaan dalam mewujudkan masyarakat majmuk ini terjejas akibat tiada keprofesionalisme.

Saya berharap agar setiap berita yang melibatkan atau menyentuh perasan pelbagai kaum di negara ini harus diteliti dahulu dengan mendapatkan pengesahan yang sahih sebelum dicetak. Sebagai contoh, baru-baru ini akhbar tempatan menyiarkan berita yang mengatakan terdapat sebanyak sepuluh buah kuil yang bakal diruntuhkan di sebuah daerah sebagai tajuk besar. Apabila saya membaca sepenuhnya saya mendapati ulasan oleh pegawai tinggi kerajaan menyatakan bahawa ada di antara kuil ini kemungkinan akan dirobohkan dan digantikan dengan tempat baru jika ada pembangunan di lokasi tersebut dan tidaklah seperti mana yang ditulis yang memberikan satu gambaran yang jauh lebih beza dengan hakikat sebenar.

Saya amat berharap agar semua wartawan atau penulis media elektronik dapat mengetengahkan dan mempraktikkan ke profesionalisme kewartawanan mereka agar ia dapat membawa profesion kewartawanan ini ke satu tahap yang lebih tinggi. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyarankan kerajaan agar segera menubuhkan Majlis Media Malaysia walaupun saya mendengar terdapat beberapa pendapat yang bercanggah dalam menubuhkan majlis tersebut. Saya mohon agar kerajaan dapat membantu memberi pandangan dan nasihat serta jalan penyelesaian yang waras bagi memantau bidang kewartawanan ini mencapai piawaian antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh sedikit tentang isu Interlok yang hangat diperbincangkan oleh semua lapisan masyarakat. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran dalam usaha beliau melaksanakan beberapa perubahan setelah mendengar pandangan dan nasihat jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menyelesaikan isu ini. Saya dengan serendah-rendah diri ingin memohon pada masa akan datang agar kerajaan dapat meneliti karya-karya yang diguna pakai di sekolah-sekolah kita agar diteliti dengan sebanyak mungkin sebelum ia disahkan sebagai buku teks terutama untuk pelajar-pelajar kita yang bakal menjadi pemimpin negara tanpa melihat warna kulit dan asal-usul mereka. Perasaan kewarganegaraan harus dijadikan tunjang utama mereka dalam mempertahankan negara.

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 63

Saya menyeru Kementerian Pelajaran menubuhkan satu jawatankuasa tetap bagi

meneliti dan menganalisa kandungan buku-buku teks bagi kegunaan pelajar-pelajar kita pada masa akan datang. Jawatankuasa ini haruslah terdiri daripada semua pemimpin masyarakat serta ahli akademik yang bertauliah serta badan agama semua kaum di negara ini. Jika jawatankuasa ini menjalankan tugas mereka bagi pelapis dan pemimpin negara dengan telus dan ikhlas, saya percaya belia-belia kita tidak akan terbabas dari landasan hasrat kerajaan dalam membina masyarakat majmuk.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, menyentuh sedikit bidang NKRA bagi PDRM. Saya amat bangga dengan pencapaian pihak PDRM dalam mengurangkan kadar jenayah yang begitu memberangsangkan. Kehadiran pihak polis di semua tempat awam jelas mencerminkan komitmen PDRM dalam pencapaian Wawasan Jenayah Sifar bagi membantu indeks NKRA.

Pada masa yang sama ingin saya bertanya kepada Menteri Dalam Negeri, berapakah jumlah anggota baru diambil sejak pelaksanaan NKRA ini. Saya melihat ramai anggota polis yang turun padang ini adalah ditarik dari semua cawangan mahupun PGA, anggota pentadbiran, anggota narkotik, special branch, mata gelap dan banyak lagi. Jika kekuatan anggota ini tidak dipenuhi segera, kita mungkin akan kelihatan jenayah jalanan kurang tetapi akan memberi kesan dari aspek jenayah lain seperti pengedaran dadah, pengawalan sempadan negara dan sebagainya di mana keanggotaan ini ditarik untuk penugasan lain.

Saya juga ingin tahu, apakah elaun-elaun yang diberikan kepada anggota polis ini mengurangkan stress sambil memberangsangkan minat dan usaha mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Adakah cuti yang diberikan itu setimpal dengan pengorbanan masa mereka semasa bertugas? Apakah usaha dalam mengeratkan perhubungan silaturahim antara keluarga dalam PDRM? Apakah elaun dan gaji ini memadai dengan tugas-tugas yang dijalankan, prasarana yang cukup dan sebagainya?

■1710

Keikhlasan PDRM dalam memerangi jenayah harus dirangka dengan mengutamakan elaun dan gaji petugas-petugas PDRM. Apakah kerajaan dalam usaha melihat kembali penstrukturan gaji, cuti, elaun, riadah dan prasarana bagi anggota PDRM dalam mencapai NKRA yang mantap.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh sedikit berhubung dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Apakah kaedah yang diguna pakai kini dalam melaksanakan pelupusan sampah di negara dan adakah pelaksanaan ini berada di landasan yang menjamin agar masa depan anak-anak kita terpelihara.

Bak kata dengan izin, “It’s not that we exploit this world as its belongs to us. But rather one should always remember that we borrowed this world from our children”. Sebagaimana salah seorang kawan saya telah berucap. Masa depan anak-anak kita bergantung kepada usaha kita memeliharanya. Apakah usaha kementerian agar penggunaan plastik dan polisterin ini dikawal dan melarang penggunanya dengan sewenang-wenangnya. Memandangkan tahap pelupusan ini jauh lebih lama yang boleh mencecah 1,000 tahun. Penggunaan plastik juga harus disekat sepenuhnya agar negara kita sentiasa berada pada tahap kesuburan yang tinggi.

Satu lagi isu adalah berhubung dengan pengurusan zoo di negara kita. Ingin saya pohon untuk memberikan jumlah zoo yang kini beroperasi di negara kita. Di antara bilangan ini berapakah jumlah zoo yang diurus oleh kerajaan sendiri. Apakah kementerian sentiasa memantau akan kedudukan dan pengurusan zoo di negara kita. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini semasa membuat satu lawatan ke Zoo Saleng di negeri Johor bersama saudara mara saya, saya dapati zoo tersebut berada dalam keadaan yang begitu daif sekali walaupun yuran masuk dikenakan setaraf dengan Zoo Negara. Lebih kurang RM15 untuk dewasa walaupun jumlah binatang di sana jauh lebih kurang daripada Zoo Negara.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman adalah amat mengejutkan apabila saya dapati terdapat segolongan individu yang langsung tidak beretika dalam menguruskan zoo telah melakukan kacukan terhadap haiwan peliharaan ini.

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

64 DN 21.4.2011

Zoo Saleng ini mempunyai binatang yang dihasilkan melalui kacukan seperti

harimau dan singa. Apakah kementerian tidak sedar bahawa kacukan sedemikian ini adalah satu perbuatan luar tabii yang jelas memperkosa hukum alam. Nyatakan tindakan yang diambil serta garis panduan kementerian dalam memastikan pengurusan zoo ini dijalankan dengan telus dan mengikut habitat haiwan-haiwan ini. Saya menyeru agar kementerian dapat menjalankan operasi-operasi mengejut dari masa ke semasa dalam memastikan zoo di negara ini berada dalam keadaan baik dan selesa serta mengikut hukum alam.

Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada isu yang lain. Tuan Yang di-Pertua, sebagai pengamal perubatan ingin saya bertanyakan kepada Kementerian Kesihatan apakah pencapaian kementerian dalam mewujudkan Klinik 1Malaysia. Apakah kementerian dapat menyedarkan usaha kementerian dalam isu kesihatan kepada rakyat kita di seluruh pelosok negara.

Saya juga ingin tahu apakah usaha kementerian dalam memastikan perkhidmatan perubatan di hospital-hospital kerajaan ini berada di landasan yang betul dalam menyediakan sambil mempertingkatkan perkhidmatan perubatan setanding dengan negara-negara maju. Saya juga menyarankan perkhidmatan klinik bergerak ke kawasan-kawasan terpencil ini meliputi rawatan pergigian, pemeriksaan barah payudara serta perkhidmatan derma darah.

Tuan Yang di-Pertua, adakah Kementerian Kesihatan mempunyai statistik pesakit yang mempunyai hospital swasta berbanding dengan hospital kerajaan. apakah sebab-sebab yang menyebabkan rakyat memilih hospital swasta untuk rawatan dan kecemasan. Adakah ini mencerminkan pencapaian hospital kerajaan masih jauh ketinggalan dalam usaha memperhebatkan industri perubatan di negara ini. Saya percaya pandangan masyarakat terhadap perkhidmatan hospital kerajaan masih dibelenggu dengan tanggapan lemah dan lambat seperti mana zaman dahulu lagi. Apakah tindakan kementerian dalam mempromosikan hospital kerajaan yang kini sudah jauh berbeza berbanding dengan 10, 15 tahun dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat di negara maju. Kita dapat banyak hospital yang bukan swasta, hospital kerajaan memang dengan izin, its all public hospital and not private hospital. Sebab khidmatnya yang diberi di situ ialah tinggi. So, rakyat di negara-negara ini dia kunjungi hospital kerajaan dan bukan ke hospital swasta. Dan lagi satu hospital swasta di negara-negara maju dia punya charge semua dengan izin, terlampau tinggi.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, kita sedar bahawa pencegahan lebih efektif daripada rawatan. Banyak penyakit yang boleh dielakkan dan dihindari seperti demam denggi, obesiti, hypertension, diabetic, hypercholesterolemia, taun dan sebagainya. Kesemua jenis penyakit ini berpunca daripada kekurangan kesedaran sivik serta kesihatan individu serta perkampungan bersih. Apakah kementerian mempunyai rangka penyelesaian bagi masalah ini. Promosi dan kesedaran harus dipertingkatkan kepada tahap maksima serta ke akar umbi terutama kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah agar kita dapat mewujudkan lapisan rakyat yang sihat sejahtera.

Sebelum saya menghabiskan isu berhubung kementerian ini saya juga ingin memohon penjelasan mengenai laporan perubatan bagi pesakit. Berapakah jumlah yang ditetapkan oleh kementerian dalam menyediakan laporan perubatan bagi pesakit yang ingin mendapatkannya. Mengapa tempoh menyediakan laporan tersebut mengambil masa dua hingga enam bulan dan akhirnya laporan itu hanya akan mula diproses setelah bayaran dibuat yang mencecah hampir RM100. Tidakkah kementerian mempunyai satu standard of operation atau ISO dalam proses penyediaan laporan ini.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, menyentuh sedikit tentang produk-produk organik. Negara kita sudah dikenali sebagai salah satu hab halal yang dilihat sebagai satu ikon yang menumbuhkan kepakaran dalam menyediakan makanan halal dirantau Asia. Ini kerana kita mempunyai satu badan kawalan yang tegas dan komited dalam menjamin produk-produk halal tempatan mahupun pasaran eksport. Tahniah atas usaha kerajaan.

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 65

Tuan Yang di-Pertua bagi produk-produk organik yang ada di pasaran kita kini

bermaharajalela dalam menilai dan menetapkan harga yang amat tinggi dan rakyat tidak ada akses dalam menilai kesahihan produk-produk ini.

Produk-produk ini juga dimanipulasi oleh pembekal-pembekal yang tidak bertanggungjawab dalam menetapkan logo organik tanpa pengesahan dan prosedur yang betul bagi mengaut keuntungan yang jauh lebih baik tinggi.

Untuk makluman badan yang mengawal dan mengesahkan sesuatu produk yang dihasilkan dalam jurusan organik ini berpusat di luar negara yang mewujudkan keraguan ke atas keaslian pengeluaran organik. Saya mencadangkan agar kementerian mewujudkan satu badan pengawalan produk organik di negara kita bagi menjamin kualiti pengeluaran produk yang benar-benar organik. Proses ini harus meliputi standard pengeluaran, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan serta pengedaran yang benar-benar berasaskan bahan semula jadi agar kita dapat menerajui bidang produk organik ini sebagai salah satu industri yang boleh menjana ekonomi di rantau Asia ini...

■1720

Datuk Akbar bin Ali: Mohon izin Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat agaknya tidak payahlah kerana masa pun sudah suntuk itu. Sila Yang Berhormat.

Dr. Malasingam a/l Muthukamaru: Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengakhiri ucapan ingin saya mohon agar gaji dan elaun serta kemudahan-kemudahan Ahli Dewan Negara harus ditingkatkan dan dikaji semula agar ianya selaras dengan pembangunan negara serta memantapkan lagi imej Dewan yang mulia ini. Apabila membuat perbandingan dengan negara-negara Komanwel saya lihat kedudukan elaun dan remuneration kita jauh ketinggalan. Mohon pihak yang bertanggungjawab mengkaji semula untuk kebaikan bersama dalam mencapai wawasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap segala pandangan serta cadangan yang diutarakan di Dewan ini dapat memantau kerajaan dalam menerajui negara mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi seperti mana yang dirangka oleh kerajaan bagi rakyat kita di negara ini. Sekian, saya pohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Sekarang saya persilakan Dato’ Haji Idris bin Haji Buang.

5.21 ptg.

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana membenarkan last minute call. Saya pun baru daripada airport datang ke sini sempat-sempat...

Tuan Yang di-Pertua: Mengenangkan pasal itu Yang Berhormat jadi saya accommodate, dengan izin dan kita cuba beri ruang untuk semua Ahli Yang Berhormat. Ini menunjukkan bahawa Yang Berhormat begitu prihatin. Sila teruskan.

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang: Terima kasih. Saya pertama kalinya ingin hendak mengatakan berbilion-bilionlah tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional kita yang begitu prihatin. Terima kasih Sarawak dipegang oleh BN sekali lagi. Alhamdulillah walaupun sebelum pilihan raya negeri ini tadi adalah suara-suara sumbang ingin hendak menakluki Sarawak ini ke arah pembangkang. Alhamdulillah tidak menjadi, muslihat mereka untuk membuat tsunami yang mempunyai epicentret di Pulau Pinang tempoh hari pada tahun 2008 tidak menjadi.

Seperti yang kita tahu gempa bumi yang palsu pada 2008 itu telah dibuat kerana mereka telah berjaya untuk membuat macam-macam fitnah, macam-macam hasutan, macam-macam tohmahan dengan skala yang besar sekali.

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

66 DN 21.4.2011

Antaranya menerusi internet, menerusi SMS, menerusi apa juga surat layang,

suara-suara yang bisa-bisa, lidah-lidah yang begitu beracun, maka epicentret di Pulau Pinang itu berskala besar telah menyebabkan tsunami yang tidak menentu, maka banyaklah Kerusi-Kerusi Barisan Nasional telah hanyut bersama dengan tsunami. Seperti yang kita tahu tsunami adalah bukan perkara yang baik lebih-lebih lagi kalau yang buatan manusia. Allah mungkin lebih tahu kenapa tsunami, ada rahmatnya tetapi tsunami buatan manusia sama sekali tidak boleh diterima.

Sekarang rakyat Sarawak menolaknya sekali, menolaknya habis-habisan kerana budaya Sarawak, politiknya sangat halus. Di Sarawak rakyatnya majmuk begitu besar sekali macam di Sabah lebih daripada 25 kaum etnik di Sarawak. Orang Islam hanya 20 peratus Melayu, Melanau, orang Ibannya 27 peratus, orang Cinanya mungkin 30 peratus dan yang lain-lain itulah apa lagi - kecil. Everybody di Sarawak dengan izin, adalah kaum minoriti. Akan tetapi di sana kita telah hidup bertahun-tahun, sejak beratus-ratus tahun sebenarnya kita hidup dalam harmoni dan mungkin budaya politik yang ada yang menyebabkan epicentret berskala besar di Pulau Pinang itu menggegarkan dunia gempa bumi yang menyebabkan tsunami itu tidak sesuai langsunglah.

Saya kesian tengok rakyat-rakyat di Sarawak. Saya kesian rakan-rakan kita daripada UMNO mereka memahami kita, alhamdulillah. Yang Berhormat Mohamad Ezam, Dato’ Mohammed Najeeb datang ke sana saya tengok mereka begitu halus budi bahasa. Ezam kita tahu is a prebrand politician, dengan izin, tetapi dalam beberapa perkara besar beliau tahu menyentuh apa yang patut disentuh dan tidak sentuh apa yang tidak patut disentuh.

Sekarang ini PDRM sedang menyiasat beberapa tempat di Sarawak. Menyiasat kempen yang begitu berleluasa menggunakan “racun”, menggunakan fitnah dan hasutan yang boleh menyebabkan bukan sahaja keretakan di antara perpaduan kita tetapi boleh menyebabkan kalau, in worsed case scenario Tuan Yang di-Pertua, peperangan saudara di Sarawak.

Ini yang sangat sedih, saya harap pihak-pihak PDRM menyiasatlah sebenar-benarnya, carilah siapalah dalang itu. Pasti bukan daripada Barisan Nasional. Mereka yang patut bertanggungjawab tentang itu harus bertanggungjawab. Mereka tidak sensitif kepada keharmonian, perpaduan negeri Sarawak yang begitu rapuh kita punya resipi ataupun ingredient, dengan izin untuk destruction, untuk kemusnahan lebih banyak daripada resipi untuk penyatuan. Ini mereka tidak sensitif. Saya tidak mahu menyentuh secara spesifik tetapi lihatlah nanti mungkin ada pihak PDRM membuat kenyataan.

Saya minta pihak kementerian tersebut meneliti sebaik-baiknya. Saya juga sedih di dalam pilihan raya ini walaupun kita menakluki 55 kerusi daripada 71, ada 13 Kerusi kaum Cina di urban ataupun kawasan bandar ditakluki oleh DAP. Satunya PKR. Mereka dari segi popular vote hanya meraih 137,847 undi, pihak SUPP yang menentang mereka di kawasan bandar dari pihak Barisan Nasional meraih 111,781 undi. Ini bermakna hanya 55 peratus ditakluki oleh DAP dan PKR di kawasan bandar daripada kaum Cina. Ini pendapat saya dan SUPP masih memegang 45 peratus undi orang kaum Cina, tetapi SUPP hanya mendapat dua orang wakil yang berjaya dan selebihnya 13 orang yang lain gagal.

Akan tetapi DAP, maaflah saya sebut secara spesifik ini, mengatakan mereka memonopolikan minda orang Cina dan mereka berkata, merekalah wakil orang Cina. Saya rasa cara pemikiran untuk menganalisa apa yang harus dianalisakan harus berubah sedikit. DAP tidak ada hak untuk mengatakan mereka mewakili 100 peratus orang Cina. Tidak ada hak langsung. Ada 45 peratus lagi yang menyokong Barisan Nasional. Ini yang kita hendak jaga. Ini yang patut dan perlu walaupun mereka ada dua sahaja wakil, saya minta kerajaan negeri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menasihatkan juga Kerajaan Negeri Sarawak untuk jangan menyisih bangsa Cina yang menyokong Barisan Nasional.

■ 1730

Kalau mereka disisihkan, DAP dengan pintar sekali memasang jerangkap samar mereka dan mereka ini akan jatuh kepada mereka dan pilihan raya ke-13 nanti akan tidak menjadi satu perkara yang boleh ditentukan dengan baik oleh Barisan Nasional.

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 67

Tuan Yang di-Pertua, saya juga turut sedih iaitu pihak DAP mengatakan Barisan

Nasional inilah rasis. Apabila ada cadangan untuk menolong kaum Cina menerusi apa jua representasi yang boleh dibuat sehinggalah kita Barisan Nasional boleh membuat perubahan, penggubalan undang-undang negeri untuk mengambil mereka, DAP awal-awal cakap, “Ini bodoh punya. Kitalah orang Cina”. Saya rasa kalau kita tidak buat untuk menolong orang Cina, merekalah yang paling pertama untuk mengatakan Barisan Nasional itu rasis. Sebenarnya – minta maaflah. DAP, tepuk dada tanyalah selera.

Sebelum ini tadi, PKR banyak mengeluarkan hasutan dan fitnah juga di tempat-tempat luar bandar tetapi mereka ditolak habis-habisan. Begitu juga – minta maaflah saudara-saudara daripada PAS. Mereka tidaklah kempen begitu hebat sekali seperti PKR atau DAP – saudara-saudara daripada PAS – tetapi seolah-olah mereka hanya menutup telinga, menutup mata sahaja. Ini saya rasa tidak baik jugalah. Walaupun mereka tidak buat the offensive dengan izin, tetapi mereka pun menyokong secara pasif.

Orang Cina di Sarawak mengetahui iaitu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita telah banyak berjasa di Sarawak. Saya rasa tohmahan-tohmahan terhadap beliau yang dilabelkan kepada beliau yang tiada pembuktian yang betul, membuat persepsi yang sangat convincing di dalam internet dan semua pamflet pilihan raya, saya rasa itu tidak adil langsung. Saya sebagai seorang peguam, dengan latihan dan juga saya mempraktikkan, mengamalkan – diri saya ada firma guaman sendiri, saya tahu iaitu Kerajaan Negeri Sarawak di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Tan Sri Taib tidak mengamalkan dan tidak ada membuat rasuah. Ini secara illegal, secara persepsinya, mereka buat supaya Tan Sri Taib itu nampak seperti mengamalkan rasuah.

Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini, saya rasa nanti kita akan boleh buktikan yang mereka ini salah. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita dan keluarga mereka memang lama sudah buat perniagaan. Apa-apa jua pun, mereka berhak untuk berbuat apa jua jenis perniagaan yang mereka pandai dan mahir dalamnya. Syarikat-syarikat yang ada oleh pihak keluarganya, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tidak hendak mengambil peduli, tidak hendak mengacau apa-apa jua keputusan untuk memberikan kepada..., tidak, langsung tidak. Apa jua yang mereka dapat di dalam perniagaan mereka, itu mengikut titik peluh dan kebijaksanaan mereka sendiri, baik di sini atau luar negara, lebih-lebih lagi di luar negara.

Di Malaysia, di Sarawak, mereka mewujudkan banyak perniagaan, banyak peluang pekerjaan. Saya rasa ‘Cahaya Mata Sarawak’ itu sendiri mempunyai pekerja-pekerja yang beribu orang. Spin-of effect untuk orang yang beribu. Mereka melambangkan atau boleh diambil sebagai ikon syarikat bumiputera yang berjaya. Tidak salah daripada segi undang-undang. We have the law Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. We have the law. Akan tetapi pembangkang, mereka pandai, pandai mengolah apa-apa juga. Buat di dalam Sarawak Report, tabur di sini. Saya ingat Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini pun mungkin terpengaruh. Akan tetapi saya katakan, tidak semestinya Ahli-ahli Yang Berhormat semua harus terpengaruh. Biarlah kebijaksanaan mereka yang ada, yang memegang apa jua kewajipan untuk menentukan.

Saya rasa tohmahan-tohmahan ini perlu ditangkis habis-habisan. Sarawak di dalam pentadbiran Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah menjadi sebuah negeri daripada yang terbawah ke pada satu daripada yang ketiga atas sekali di dalam peringkat pencapaian pembangunan di seluruh negara kita. Sejak beberapa tahun, kalau tidak salah saya, sejak sepuluh tahun yang lalu, pentadbiran negeri Sarawak daripada segi kewangan, daripada segi pentadbiran itu sendiri telah diiktiraf oleh badan dunia sebagai mempunyai pentadbiran good governance yang begitu tinggi. Mereka diratekan atau diberi rating kadang-kadang multiple ‘A’ (AAA). Apakah ini tidak mempunyai erti? Lihatlah bagaimana persepsi tadi daripada pihak pembangkang boleh memutarbelitkan sekarang. Saya rasa Yang Berhormat Ketua Menteri kita harus diberikan pujian, bukannya tohmahan.

Sekarang beliau mendapat mandat yang besar. Is a thumping honorable victory, 55 daripada 71 iaitu lebih daripada tiga perempat atau 75 peratus dengan izin. Mana ada negeri yang lain yang dapat seperti ini, 75 peratus... [Disampuk] 78 peratus. Mana, di mana? DAP pun tidak ada dapat seperti itu di Pulau Pinang, bukan?

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

68 DN 21.4.2011

So, you do not try to tell to step down my beloved Chief Minister, dengan izin. Do

not try to tell that. If you do that, tell your Chief Minister to step down first! Sejak 2008, apakah yang telah dibuat oleh Kerajaan Pulau Pinang?

Tuan Yang di-Pertua: Sabar Yang Berhormat.

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang: Apakah yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah, Kelantan?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sabar, sabar.

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang: Terima kasih. Saya perlukan kesabaran Tuan Yang di-Pertua. Apakah hasil daripada mereka sekarang? Setiap hari we hear the grouses and discontents di dalam televisyen, di dalam semua media. Apakah ini tiada membawa makna, dengan izin Tuan Yang di-Pertua? Akan tetapi sebaliknya, pujian-pujian diberikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dengan konsep 1Malaysianya. Setiap hari kita lihat. Jadi sebenarnya orang-orang yang benar-benar hendak menolong rakyat adalah orang Barisan Nasional, bukan sebaliknya. Minta maaf, sorry.

Akan tetapi sedihnya hari ini, ada juga rakan-rakan kita dalam Barisan Nasional, baik daripada Ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara ini, cuba untuk memberikan pandangan yang begitu serong. Itu tidak di – uncalled for, dengan izin. Ada yang dari Negeri Sembilan, daripada MCA, sorry ya, meminta Ketua Menteri kita melepaskan jawatan. Apakah ini? Apakah hak kamu? Apakah hak mereka? Akan tetapi nasihat saya, baiklah jaga diri sendiri. Jagalah rumah sendiri. Jagalah dahulu bilik-bilik sendiri. Lihatlah. Jagalah dahulu pakaian sendiri, jangan terlepas mana-mana. We are brothers and sisters, dengan izin. Dalam Barisan Nasional, we should stay that way. We need you, you need us.

■1740

Begitu juga orang Cina, orang Melayu, orang India, orang Iban, orang Kadazan, orang Murut, we need each other. Orang Cina ahli perniagaan, orang Melayu, orang bumiputera your market, your biggest market in the country. We need each other. Kitalah nelayan, kitalah petani. Orang Cina berniaga pandai, kamulah orang yang punya wang, yang punya gedung. Terima kasih. We live together, we should stay together and make this country a beautiful place to live, dengan izin. Jadi, perpaduan penting. Perpaduan dalam Barisan Nasionallah mula yang penting...

Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor: Minta laluan sedikit Yang Berhormat.

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang: Silakan kalau diizinlah.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa semacamlah isu yang dibawa oleh pihak DAP, semacamlah permasalahan yang diambil calon-calon pula diambil daripada bandar, di kawasan yang padat. Permasalahan yang saya pergi tanya adalah pekedai-pekedai, sedikit sahaja isu yang dibawa.

Pertama, Ahli Yang Berhormat tidak turun di kedai-kedai, tidak jajat ke kedai dia, yang dia kehendakilah. Selepas itu letak parking. Isu ini kecil. Letak parking, letak sahaja kereta, orang majlis bandaran sudah datang – kena denda dia cakap. Sibuk dan bising. Kebanyakan orang tua-tua dipengaruhi orang muda. Selepas itu...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, apa penjelasan Yang Berhormat?

Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor: Satu lagi pula, kebergantungannya kepada sayalah, benda itu bukanlah susah sangat. Selepas itu DAP gunakan wanita ataupun tenaga-tenaga yang begitu sekali lincah, Yang Berhormat. Lincah dan begitu sekali peramah bukan. Itulah saya minta semua pemimpin-pemimpin Barisan Nasional beringatlah. Kita jangan biar atau meluahkan kemarahan.

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

DN 21.4.2011 69

Cuba pergi dan lihat apa kelemahan kita, memperbaiki kelemahan kita. Insya-Allah

di Sarawak tidak akan dikuasai oleh orang yang dikehendaki DAP menjadi ‘pap’ kita habis tetapi ingat-ingatlah. Saya sebagai penyokong kuat Barisan Nasional. Terima kasih.

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat boleh gulung Yang Berhormat.

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang: Ya, saya ingin menggulung. Akan tetapi sebelum itu saya ingin menyentuh ada billboard yang berbau sangat, bau jahat.

Ada yang menyentuh Yang Amat Berhormat – ada gambar Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita, ada pemimpin-pemimpin lain yang daripada kaum Dayak, kaum Cina dan sebagainya yang tua-tua sedikitlah. Mereka sebut sebagai, “Anjing-anjing tua harus dibunuh.” Tidak tahulah daripada mana. Ini tempat yang sama dengan poster-poster pihak DAP.

Saya minta penjelasan pihak PDRM nanti menerusi Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Lihatlah apa sebenarnya. Mereka sebutkan pemimpin kita tua. Ada juga dalam barisan mereka lebih tua lagi. Dalam Dewan ini pun barisan mereka ada yang tua. Apa muda sangatkah? Saya ingat Tuan Yang di-Pertua lebih muda, lebih segak.

Tuan Yang di-Pertua: Orang lama Yang Berhormat. Orang lama sahaja... [Tepuk]

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang: Jadi, ini seloroh sahaja. Akan tetapi biarlah betul. Jadi Barisan Nasional adalah hebat, teamwork. It is about teamwork. Kalaulah SUPP kalah dua...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, boleh gulung Yang Berhormat. Boleh gulung.

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang: Ya. Kalah dan hanya dapat dua, tetapi PBB dan lain-lainnya ada lebih. Kita dapat 53, kita akan pastikan orang-orang yang menyokong Barisan Nasional di kawasan SUPP itu akan dijaga dengan baik. Ini sumpah kita di dalam Barisan Nasional. Orang bumiputera tidak akan menyisihkan orang Cina yang berbaik-baik dengan kerajaan kita, demi negara kita.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang: Akan tetapi kita tidak tahu yang sebaliknya. Jadi saya ingin menggulung, hanya satu minit lagi Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya. Ini kerana saya hendak gulung ini.

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang: Saya rasa kemenangan yang kita dapat di Sarawak, kemenangan Barisan Nasional adalah kemenangan yang bermaruah. Akan tetapi undi yang pihak pembangkang dapat adalah undi daripada penipuan, daripada hasutan daripada minda yang kusut dan tidak baik langsung... [Tepuk] Ini tidak melambangkan kebaikan untuk negara.

Sekian, saya menyokong ucapan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Semua Ahli Yang Berhormat, izinkan saya dengan hormatnya bahawa dengan kerjasama semua Ahli Yang Berhormat sebagai Ahli Dewan yang mulia ini, di kalangan Senator-Senator menampakkan dan mengambil bahagian yang begitu aktif dan proaktif dan perbahasan yang cukup berkualiti semenjak kita membahaskan Titah Diraja di Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada 18 hari bulan sehingga petang ini, selesailah sudah majlis perbahasan itu. Kita akan beralih kepada hari Isnin nanti untuk dijawab oleh kementerian-kementerian.

Dalam aspek ini, saya ingin menyarankan, memberi maklum kepada semua kementerian-kementerian bahawa segala hujah-hujah yang telah dikemukakan semua Ahli Yang Berhormat hendaklah diambil kira. Bahawa semua kementerian, saya mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat catatkan poin-poin Yang Berhormat telah kemukakan.

Page 78: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Lebih penting lagi apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan Gagasan 1Malaysia yang merupakan pengurusan

70 DN 21.4.2011

Apabila Menteri-Menteri menjawab nanti, kalau mereka tidak menyentuh hal itu, bangun. Saya bersedia memberi peluang... [Tepuk] Bahawa kita ingin memartabatkan Dewan ini dan Yang Berhormat semua telah memainkan peranan yang cukup baik sekali.

Saya bersama-sama Yang Berhormat bertanggungjawab untuk menentukan perkara ini akan berlaku, insya-Allah. Sekian sahajalah kita punya Dewan bersidang pada hari ini dan kita akan sambung semula pada hari Isnin, pukul 10 pagi.

Sekian, terima kasih.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.47 petang.