penyata rasmi parlimen dewan negara · di luar bandar negeri sarawak, khasnya di kawasan...

72
Bil. 5 Selasa 15 Mei 2001 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

Bil. 5 Selasa 15 Mei 2001

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KETIGA

MESYUARAT PERTAMA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN~ERTANYAAN

USUL:

Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

- Y.B. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman

Ditertlit oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2001

(Halaman 1)

(Halaman 14)

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Data' Michael Chen Wing Sum, D.P.M.S.(Dilantik)

Timbalan Yang di-Pertua, Tuan Haji Gapar bin Gurrohu (Dilantik)

Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi,Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M. (Dilantik)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia (Dilantik)

Menteri Pendidikan,Tan Sri Data' Seri Musa bin Mohamed, P.S.M., D.P.M.N.,D.P.C.M. (Dilantik)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin (Dilantik)

Timbalan Menteri Pendidikan,Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S. (Dilantik)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Tengku Data' Adnan bin Tengku Mansor, (Dilantik)

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk M. Kayveas P.J.N. (Dilantik)

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Datuk Zainudin bin Maidin, (Dilantik) ·

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim (Sarawak)

Tan Sri Data' Seri (Dr.) Abdullah bin Ayub (Dilantik)

Data' Abdul Aziz bin Abdul Rahman (Dilantik)

Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani (Perlis)

Data' Haji Ahmad bin Ismail (Pulau Pinang)

Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun (Dilantik)

Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad, A.M.N., A.M.K.,B.K.M. (Kedah)

Tuan Benedict Bujang Tembak (Sarawak)

Data' Charern lntachat, D.S.D.K., A.M.N., B.C.K. (Dilantik)

Dr. Charlie Chau-Lap Chang (Dilantik)

Puan Hajah Che Jam binti Haran (Dilantik)

Puan Chew Poh Thai (Dilantik)

Data' Dr. Chin Foak Weng (Pulau Pinang)

Datuk Christina Tibok Vanhouten (Sabah)

Datuk Faridah binti Abu Hassan (Dilantik)

Datuk Ghazi bin Haji Ramli, D.P.M.S., D.I.M.P.(Selangor)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

ii DN.15.5.2001

Yang Berhormat Dato' Hamzah bin Zainudin (Perak)

"

Tuan Hassan bin Haji Shukri (Terengganu)

Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan (Melaka)

Tuan Ho Lim Teck (Melaka)

Puan Jamilah binti Ibrahim (Kelantan)

Tuan Jang Chow Thye @ Yio Chow Thye (Dilantik)

Puan Jaya Partiban (Dilantik)

Datuk Joseph Balan Seling (Dilantik)

Datuk Haji Karim Ghani (Sabah)

Tuan Haji Karim bin Salleh (Perlis)

Datuk Haji Kasim bin Mh. Yusop (Dilantik)

Tuan Kee Ah Kau (Selangor)

Tuan Khoo Lay Hin (Dilantik)

Dato' Lee Pit Chern (Negeri Sembilan)

Tuan Lim Eng Kok (Dilantik)

Datuk Long bin Jidin (Dilantik)

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae, (Dilantik)

Dato' Dr. T. Marimuthu (Dilantik)

Dato' Haji Mazlan bin Abu (Johor)

Puan Hajah Melati binti Ali (Pahang)

Puan Melanie Chia Chui Ket (Dilantik)

Tan Sri Dato' Haji Mohamed bin Ya'acob, P.S.M., P.M.K., P.M.K., Dato' Bentara Kanan, S.M.T., P.G.D.K., D.A. (Dilantik)

Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani (Dilantik}

Datuk Nor Azah binti Awin (Dilantik)

Puan Nosimah binti Hashim (Dilantik)

Dato' Poo Yew Choy, D.I.M.P., A.M.P. (Pahang)

Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim (Dilantik)

Tuan M. Ratnam (Dilantik)

Tuan M. Saravanan (Dilantik)

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan (Dilantik)

Tuan R. Sinniah (Dilantik)

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

ON.15.5.2001

Yang Berhormat Puan Safinah binti Jusoh {Terengganu)

Puan See Too Mee (Johor)

Puan Siti Hawa @ Karimah binti Mohd. Nor (Oilantik)

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Kelantan)

To' Puan Wan Seri @ Wan Asiah binti Ahmad (Dilantik)

Oatuk William Lau Kung Hui (Oilantik)

Tuan Yew Tuan Chiew (Perak)

Tuan Zainal bin Rampak (Oilantik)

Tuan Zakaria bin Arshad (Negeri Sembilan)

iii

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

iv

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara Abdullah Abdul Wahab

Ketua Penolong Setiausaha Roosme binti Hamzah

Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha Haji Mustafa bin Abdul Rahman

Ruhana binti Abdullah Riduan bin Rahmat

JURUBAHASA SERENTAK Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman

Mazidah binti Mohamed Paizah binti Sallehudin

BENTARA MESYUARAT Mejar (B) Abdul Halim bin Haji Ali

Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop

Mohd Saleh bin Mohd. Yusop Mohamed bin Osman

Hajah Norishah binti Mohd. Thani Shamsina binti Janor

Ramlah binti Mohd. Yusuff Jamilah lntan binti Haji Bohari

Nurziana binti Ismail Noor Effarizan binti Mat Satib

Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat Marzila binti Muslim

Abu Bakar bin Hasan

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER Mohd Shah bin Rahman

Sulaiman bin Sirad Azzahar bin Hashim

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN MESIN CETAK Kamal bin Oyub

Haji Latif bin Ismail Kamaroddin bin Mohd. Yusof

DN.15.5.2001

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Selasa, 15 Mei 2001

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[fuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1 . Datuk Joseph Balan Seling minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan:-

(a) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan­jalan kecil bagi menghubungi kampung-kampung dan rumah-rumah panjang dengan jalan-jalan Kerajaan dan jalan-jalan Syarikat Kayu Balak yang sedia ada sekarang ini di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan

(b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan­jalan kecil bagi menghubungi rumah-rumah panjang di sekitar lapangan terbang kecil di Bario, Long Banga', Long Lelang, Long Saridan, di negeri Sarawak, memandangkan banyak penduduk-penduduk di kawasan ini terpaksa berjalan kaki sehingga satu hari untuk ke lapangan terbang tersebut.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar [Puan Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Adalah menjadi matlamat kerajaan untuk menyediakan jalan ke kampung ke rumah panjang di pedalaman negeri Sarawak bukan sahaja untuk tujuan kemudahan perhubungan, tetapi juga bagi membangunkan aktiviti ekonomi penduduk di kawasan tersebut.

Oleh itu, di bawah program menaik tarat jalan kampung, kerajaan sedia menimbang pembinaan jalan-jalan kecil bagi menghubungi kampung dan rumah panjang di pedalaman ke jalan-jalan utama sedia ada sama ada yang dibina oleh kerajaan atau syarikat kayu balak.

(b) Mengenai rancangan pembinaan jalan bagi menghubungi rumah-rumah panjang di sekitar lapangan terbang kecil di Bario, Long Banga, Long Lelang dan Long Saridan, ianya perlu kajian yang mendalam. lni adalah kerana kos bagi pembinaan jalan di sekitar kawasan Bario memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi disebabkan bahan-bahan binaan perlu dibawa dari kawasan Miri dengan pengangkutan udara. Oleh itu, kerajaan perlu mencari satu kaedah yang paling sesuai dan kos efektif. Terima kasih.

Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah kerajaan terangkan apabila jalan-jalan ini dibuat, siapakah bertanggungjawab untuk maintenancenya kerana banyak jalan kampung ini kita lihat setelah dibuat dalam masa yang singkat sudah jadi rosak di banyak tempat. Malah di satu jalan di Daerah Papar, sepanjang dua kilometer dalam masa kurang setahun saya sendiri kira lebih 50 tompok tempat yang sudah rosak. Terima kasih.

Puan Hajah Rohani binti Hajl Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai jalan kampung maintenancenya, dengan izin, adalah di bawah kontraktor induk. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab pihak-pihak kampung untuk menulis surat

1

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

2 DN.15.5.2001

melalui Jabatan Pembangunan Negeri kalau di Sarawak, dan di Sabah begitu juga untuk melaporkan mengenai keadaan jalan. Sebab memang dimasukkan dalam kontrak di bawah kontraktor induk untuk menyelenggarakan jalan. Dan untuk makluman Yang Serhormat juga bagi tahun ini memang kita sediakan juga peruntukan untuk penyelenggaraan jalan.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sejauh manakah infrastruktur yang disediakan untuk rakyat di negeri Sarawak di kawasan pedalaman terutama yang berkenaan dengan jejambat jeti sebab sepanjang pengamatan saya baru-baru ini saya berkesempatan ke Sarawak, rakyat di sana banyak mengeluh tentang terdapat banyak masalah dari segi kemudahan jalan raya.

Contohnya, di kawasan seperti Bating Maro, rakyat di sana mengadu disebabkan kesusahan penghubungan, tiga orang daripada penduduk mereka terpaksa bersalin di atas perahu. Jadi, adakah kerajaan memantau perkara ini dan ada diberitahu bahawa jalan yang menghubungkan jalan besar masuk ke kampung itu sudah 27 tahun dimohon kepada pihak kerajaan negeri tetapi masih tidak diberi perhatian yang sewajamya. Minta penjelasan daripada pihak kementerian.

Puan Hajah Rohanl bintl Haji Abdul Karim: Yang Serhormat, terima kasih atas soalan itu. Saya tadi ingatkan Yang Serhormat tanya mengenai Kelantan. [Ketawa] Jadi, mengenai Seting Maru boleh dikatakan 80% sekarang ini permohonan­permohonan bagi jalan-jalan di kawasan Seting Maru iaitu di bawah Parlimen Satang Lupar, memang diberi perhatian. Jadi, mengenai infrastruktur seperti jeti, jalan memang semua dirangkum. Jadi, saya tak berapa pasti nama kampung Yang Serhormat katakan.

Puan Siti Zailah blntl Mohd. Yusoff: Untuk perhatian pihak kementerian, di antara masalah yang diberitahu dan saya sendiri memantau tempat itu di antaranya ialah Kampung Pusa, Kampung Kalok, Kampung Tambak, ini kawasan yang bermasalah (dalam Parlimen Satang Lupar).

Puan Hajah Rohanl binti Haji Abdul Karim: Untuk makluman Ahli Yang Serhormat, baru minggu lepas saya pergi ke kampung itu dan semua telah dijalankan. Jadi, kadang-kadang Yang Serhormat datang sekali-sekala dan orang menceritalah. Kadang-kadang peruntukan ini, saya selalu memberitahu kalau peruntukan tidak terhad kita boleh cover 100% dalam sekelip mata. Tetapi peruntukan kita terhad, dan di kawasan itu pun ada rural growth centre dan boleh dikatakan 80% permohonan telah diberi perhatian. Kalau tak cukup Yang Serhormat mendengar dari saya, Yang Serhormat Timbalan Menteri dahulu pegang kementerian ini pun memang dia telah mengambil maklum. Terima kasih, Yang Serhormat.

2. Puan Hajah Puizah binti Hajl Abu Kasslm minta Menteri Selia dan Sukan menyatakan sejauh manakah Dasar Selia Negara ini dikaji, dianalisa atau diubahsuai sebagai memenuhi cabaran dan kehendak masa kini khususnya di dalam menghadapi era globalisasi dan ICT.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Datuk Ong Tee Keat]: Tuan Yang di­Pertua, Dasar Selia Negara telah digubal pada tahun 1985 dan telah dikaji dan digubal semula pada tahun 1997. Kementerian Selia dan Sukan mengambil langkah untuk mengkaji semula Dasar Selia Negara ini dengan sokongan pihak NGO belia supaya ianya bersesuaian dengan kehendak dan cabaran semasa khususnya dalam era globalisasi sekarang. Dasar yang dinamakan Dasar Pembangunan Selia Negara ini memberi penekanan kepada pembangunan belia dalam bidang keilmuan, kepimpinan, pembentukan, sikap, kemahiran, keusahawanan, pemupukan gaya hidup sihat, kemudahan interaksi sosial dan hubungan antarabangsa.

Dengan penggubalan Dasar Selia Negara ini, pelaksanaan program-program pembangunan belia untuk mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, patriotik, penggerak kepada kemajuan bangsa dan negara dapat dilaksanakan secara lebih berkesan selaras dengan perkembangan ICT, perkembangan dan kehendak masa kini khususnya dalam era globalisasi dan ICT sekarang.

3. Datuk Christina Tibok Vanhouten minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah kementerian sedar bahawa banyak penuntut-penuntut sekolah menengah

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001

ponteng sekolah dan apakah tindakan yang diambil oleh kementerian untuk membendung atau mengurangkan masalah ponteng sekolah ini.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dato' Hon Choon Kim]: Tuan Yang di­Pertua, saya ucapkan banyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Kementerian Pendidikan telah merangka beberapa strategi jangka pendek dan jangka panjang yang bertujuan untuk menimbulkan kesedaran di kalangan murid, guru, ibu bapa dan masyarakat bahawa tabiat ponteng bukan sahaja merugikan murid, malah masyarakat dan negara. Di samping itu, usaha mewujudkan kerjasama dan permuafakatan daripada semua pihak akan dilaksanakan secara berterusan bagi mengatasi masalah ponteng di kalangan pelajar dan terjebak dalam gejala-gejala tidak sihat.

ialah: Antara usaha yang telah dan akan dilakukan bagi membasmi gejala ponteng

(i) kempen membasmi ponteng yang telah dilancarkan pada 29 Mac 2001 yang dilaksanakan di peringkat negeri, bahagian dan daerah sekolah supaya intervensi awal dapat dibuat di peringkat akar umbi;

(ii) mewujudkan kerjasama dengan PIBG dan guru-guru;

(iii) menjalin kerjasama dengan pihak polis dan penguasa tempatan;

(iv) mewujudkan sistem kawalan keluar masuk sekolah dan kelas;

(v) mendapatkan sokongan dari agensi kerajaan lain dan pertubuhan bukan kerajaan; dan

(vi) mengadakan seminar, dialog bersama ibu bapa dan pelajar bagi memberi kesefahaman dan pengetahuan berkaitan tatacara disiplin sekolah.

Dengan usaha-usaha tersebut dan sokongan masyarakat, kementerian tm berharap dapat mencapai matlamat mewujudkan budaya ponteng sitar. Sekian, terima kasih.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Penyakit ponteng sekolah masih dapat dikesan oleh pihak kementerian. Apakah pihak kementerian melalui sokongan pihak sekolah dapat dikaji selidik awal, apakah punca dan faktor yang menyebabkan ponteng sekolah ini masih berterusan. Terima kasih.

Dato' Hon Choon Kim: Saya ucapkan banyak terima kasih. Tuan Yang di­Pertua, memang kajian telah dibuat dan ini akan dijalankan dari masa ke semasa. Memang ponteng sekolah ini walaupun telah timbul dari masa ke semasa, masalah ini belum sampai satu tahap yang serius. Walau bagaimanapun, tindakan awal telah pun diambil terhadap mereka. Apabila pelajar ini ponteng, biasanya sekolah akan melaporkan kepada ibu bapa dan juga memberikan kaunseling individu ataupun kelompok dan memberikan amaran awal atau terakhir dan juga mengenakan hukuman membina seperti membersihkan kelas, kawasan sekolah dan sebagainya.

4. Tuan Yew Tuan Chiew minta Menteri Pertanian menyatakan adakah rancangan menambah lesen menangkap ikan untuk mengurangkan import ikan yang mengakibatkan kehilangan tukaran wang asing.

Timbalan Menteri Pertanian [Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian menerusi Dasar Pertanian Negara Ketiga sememangnya berusaha untuk mengurangkan import ikan di samping meningkatkan pengeluaran ikan di negara ini. Pelan peningkatan pengeluaran ikan ini bukan sahaja bergantung kepada sektor perikanan tangkapan semata-mata, malahan juga dari sektor akuakultur.

Dalam bidang perikanan tangkapan, Kementerian Pertanian tidak lagi berhasrat untuk mengeluarkan sebarang lesen baru di kawasan perairan yang kurang dari 30 batu nautika. Langkah membekukan pengeluaran lesen ini adalah berdasarkan kepada kajian sumber perikanan yang telah dijalankan oleh Jabatan Perikanan yang mendapati bahawa sumber perikanan di perairan tersebut telah pun dieksploitasikan

3

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

4 DN.15.5.2001

sepenuhnya dan mencapai tahap, dengan izin, maximum sustainable yeild. Sebarang pertambahan lesen baru di perairan tersebut akan menjejaskan stok sumber perikanan negara.

Bagi perairan yang lebih daripada 30 batu nautika, kuota untuk Semenanjung telah pun dipenuhi. Sekiranya ada pertambahan lesen untuk laut dalam, ia hanyalah melibatkan perairan Sabah dan Sarawak sahaja. Kementerian Pertanian yang kini berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran ikan negara dengan tanpa melibatkan sebarang pertambahan lesen, peningkatan pengeluaran ikan ini boleh dilaksanakan menerusi peningkatan produktiviti, penggunaan peralatan yang lebih moden dan berteknologi tinggi serta meningkatkan kemahiran di kalangan nelayan tempatan.

Di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga, sektor perikanan menjelang tahun 2010 dijangka akan mengeluarkan sebanyak 1.93 juta tan metrik ikan, iaitu 1.3 tan dari sektor perikanan tangkapan dan 600,000 tan dari sektor akuakultur. Jika sasaran ini berjaya dicapai, kementerian ini yakin import ikan dari luar negara dapat dikurangkan.

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada benar atau tidak dakwaan mengatakan bahawa terdapat pemegang lesen menangkap ikan menyewa, memajak ataupun menjual lesen mereka kepada bot-bot penangkap ikan asing. Sekiranya dakwaan ini benar, apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan supaya penglibatan orang tempatan dalam penangkapan ikan terutama sekali di laut dalam dapat dicapaikan. Sekian, terima kasih.

Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku sekarang kebanyakan bot-bot yang beroperasi di kawasan laut dalam kebanyakan crew adalah terdiri daripada warga asing. Jadi, mungkin Yang Berhormat nampak crew ini daripada warga asing, tanggapannya seolah-olah vesel ini telah pun dipajak kepada warga asing. Sebenamya lesen ini tidak boleh dipajak. Apa yang berlaku vesel-vesel ini mungkin dicharter dan dari segi lesennya dikeluarkan kepada rakyat Malaysia. Di bawah peraturan kita, permit tidak boleh dikeluarkan kepada bukan rakyat.

Puan Sltl Zallah bintl Mohd. Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Jadi, sebanyak manakah jumlah ikan yang diimport, dibawa masuk ke dalam negara kita sekarang ini dan negara manakah yang banyak sekali kita mengimport ikan-ikan itu dan apakah pelan perancangan pihak kerajaan untuk meningkatkan hasil perikanan dalam negara kita supaya nelayan mempunyai peningkatan dalam pendapatan nelayan seluruh negara.

Dato' Serl Mohd. Shariff bin Hajl Omar: Tuan Yang di-Pertua, kita masih mengimport ikan dari negara seperti Thailand, dari Bangladesh, dari Myanmar. Saya tidak mempunyai statistiknya. Walau bagaimanapun, saya akan sampaikan kepada Yang Berhormat. Dari segi usaha kementerian untuk meningkatkan lagi sumber ikan dalam negara, kita menjalankan aktiviti membina tukun tiruan supaya ada tempat­tempat ikan sebagai tempat pembiakan sumber laut. Jadi, kita bina tukun-tukun tiruan. Biasanya di tukun-tukun tiruan ini akan menjadi sanctuary kepada ikan-ikan, di sini ia boleh membiak.

Selain kita membina tukun tiruan dengan tujuan untuk menambahkan sumber perikanan, kita juga menjalankan aktiviti akuakultur seperti pan culture yang kita buat di Terengganu. Kita menjalankan aktiviti ternakan dalam sangkar di laut terbuka seperti mana kita buat di Langkawi yang melibatkan sektor swasta.

Di samping itu, kita menggalakkan temakan akuakultur dengan menggunakan kolam-kolam ataupun sungai-sungai. lni di antara langkah-langkah yang dibuat oleh Jabatan Perikanan dalam usaha kita untuk menambah keperluan protein di negara kita, kita tidak boleh bergantung kepada tangkapan di laut sahaja, macam saya sebut tadi di masa hadapan sumber utama kita ialah dari punca akuakultur. Negara kita mempunyai kawasan yang cukup banyak, yang sesuai untuk dijalankan aktiviti akuakultur sama ada ternakan ikan ataupun temakan udang.

5. Puan Hajah Che Jam binti Haron minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah kementerian akan menggubal satu peraturan agar setiap kenduri sama ada perkahwinan, kematian atau apa sahaja yang dijalankan di atas jalan raya mestilah mendapat permit dan kebenaran pihak berkuasa.

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

·.,.

-----------------------------------------------·

DN.15.5.2001

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Zainal Abidin bin Zin]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Mengikut peruntukan dalam Akta Polis 1967, "Bagi mana-mana individu ataupun kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan ataupun membentuk suatu perarakan di mana-mana tempat awam, permohonan untuk mendapatkan lesen bagi tujuan tersebut harus dibuat terlebih dahulu kepada Ketua Polis Daerah. lni adalah termasuk perarakan mengiringi jenazah oleh orang-orang bukan Islam. Bagi kenduri perkahwinan pula, permit tidak diperlukan melainkan sekiranya khemah-khemah didirikan menutupi jalan-jalan ataupun lorong­lorong. Permit harus didapatkan daripada pihak berkuasa tempatan."

6. Dato' Haji Ahmad bin Ismail minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah langkah dan tindakan kementerian terhadap kecenderungan pihak berkuasa tempatan membuat pelaburan dalam projek besar dengan tujuan menambah pendapatan hingga mengabaikan tanggungjawab sosial.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Peter Chin Fah Kui): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, polisi pelaburan sesuatu pihak berkuasa tempatan merupakan bidang kuasa kerajaan negeri.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sentiasa memperingatkan pihak berkuasa tempatan mengenai keutamaan yang harus diberi kepada tanggungjawab sosial dalam melaksanakan tugas-tugas pihak berkuasa tempatan. Sekiranya ber1aku pelaburan oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan dalam projek­projek yang besar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yakin ianya dilaksanakan setelah pihak berkuasa negeri berpuas hati pihak berkuasa tempatan itu berkeupayaan mengendalikannya tanpa menjejaskan tanggungjawab sosial.

7. Puan Hajah Azizah blnti Datuk Seri Panglima Hajl Mohd. Dun minta Perdana Menteri menyatakan bilangan bumiputera yang memegang jawatan dalam bidang perakaunan dan pengurusan di sektor swasta di negara ini.

Timbalan Menterl di Jabatan Perdana Menterl [Datuk Douglas Uggah Embas]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, mengikut laporan dalam Rancangan Malaysia Kelapan bilangan bumiputera dalam kategori pentadbiran dan pengurusan pada tahun 2000 secara keseluruhannya adalah dianggarkan seramai 144,000 orang ataupun 37% daripada jumlah guna tenaga dalam kategori berkenaan.

Sementara itu bilangan bumiputera dalam bidang profesional seperti akauntan pula ialah seramai 2,167 orang iaitu kira-kira 15.9% daripada jumlah akauntan yang berdaftar dengan lnstitut Akauntan Malaysia pada tahun 1999. Daripada jumlah ini seramai 1 ,505 orang atau kira-kira 12.1% merupakan akauntan bumiputera di sektor swasta berbanding dengan bukan bumiputera sebanyak 87.9%.

Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, memandangkan apa yang saya dengar tadi statistik yang diberikan terutamanya dalam bidang accountancy apakah tindakan dan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan bilangan ini bertambah dan adakah kerajaan bemiat untuk melonggarkan syarat-syarat biasiswa yang diberikan kepada pelajar-pelajar bumiputera yang diberikan biasiswa dan terikat untuk beke~a dengan kerajaan. Bolehkah mereka ini setelah mendapat keputusan yang cemerlang daripada universiti-universiti dilonggarkan syarat-syarat dan mereka dibenarkan untuk mencari pekerjaan di sektor swasta?

Datuk Douglas Uggah Embas: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, memang kerajaan telah menggariskan dalam Dasar Wawasan Negara bahawa tumpuan akan diberi ke arah menyusun semula mengenai peke~a-peke~a guna tenaga ini dan tindakan-tindakan seperti memberi banyak lagi peluang kepada bumiputera dalam institusi pengajian tinggi dan untuk menambahkan bantuan-bantuan kewangan kepada golongan-golongan bumiputera ini akan dijalankan dalam Rancangan Malaysia Kelapan.Mengenai soalan yang kedua, kita akan kaji perjanjian­perjanjian tertentu tetapi kalau dinampakkan perlu, kerajaan boleh menimbang permohonan kes ke kes.

8. Dato' Abdul Azlz bin Abdul Rahman minta Menteri Pertanian menyatakan jenis tanaman dan keluasan tanah mengikut negeri yang digunakan untuk tanaman organik dan apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan ke arah meningkatkan jenis dan keluasan tanaman organik.

5

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

6 DN.15.5.2001

Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, pada masa sekarang ini terdapat 27 buah ladang yang meliputi kawasan seluas 131 hektar terlibat dalam perladangan organik. Keluasan ladang tanaman tersebut mengikut negeri adalah seperti berikut:

Negeri Bilangan Ladang Keluasan

<Hektar)

Selangor 4 10.8

Negeri Sembilan 10 90

Mel aka 2 1.1

Johor 2 3.5

Pahang 6 11.6

Sa bah 2 12

Sarawak 1 2

Jenis tanaman yang diusahakan secara organik adalah terdiri daripada:

(i) sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, kubis bunga, lobak merah, tomato, kacang panjang, cili, timun dan sawi;

(ii) buah-buahan seperti pisang, durian dan belimbing; dan

(iii) jagung.

Di bawah Rancangan Malaysia Kelapan, Kementerian Pertanian akan membangunkan kawasan seluas 250 hektar untuk perladangan organik. Selain daripada tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran, tanaman-tanaman seperti herba, ulam, rempah dan tanaman-tanaman seperti teh, kopi akan digalakkan. Kementerian Pertanian sedang menjalankan kajian kesesuaian kompos yang diperbuat dari sisa tanaman seperti tandan kelapa sawit kosong, jerami padi dan sekam padi untuk perladangan organik dan ujian kaedah-kaedah kawalan perosak dan penyakit tanaman tanpa menggunakan racun perosak.

Bagi memastikan pengusaha-pengusaha mematuhi lunas-lunas dan ciri-ciri perladangan organik, kementerian telah mengambil langkah untuk mewujudkan satu standard bagi pengeluaran dan pemprosesan bahan makanan organik dan ia dijangka dapat digunakan pada akhir tahun ini.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya amat terperanjat sekali mendengarkan bagaimana kita leka di dalam menentukan Malaysia terkenal dalam bidang pertanian secara organik. kerana, Tuan Yang di-Pertua, sebagai mukadimah saya ingin menyatakan organik sekarang ini telah pun meningkat di seluruh dunia dari segi tuntutan dan demand oleh orang ramaL

Jadi, untuk kementerian hanya hendak mewujudkan 250 hektar iaitu 1 ,000 lebih ekar dalam Rancangan Malaysia Kelapan, bererti dalam masa lima tahun lebih kurang 200 ekar setahun. Jadi, ini menunjukkan kita tidak begitu peka terhadap kegiatan organik di mana, Tuan Yang di-Pertua, dari segi harganya mempunyai premium lebih kurang 20% hingga 30% kalau dibandingkan dengan barang-barang keluaran secara biasa.

Jadi, saya ingin mengetahui daripada pihak kerajaan bolehkah ia menguatkan lagi pendekatan terutama sekali di kawasan-kawasan tinggi seperti Cameron Highlands yang kini banyak menggunakan peracun-peracun toksik ini dan kalau kita tengok dari sampel yang dibuat oleh pihak kerajaan begitu kecil sekali dibandingkan dengan sampel ujian yang dibuat oleh Kerajaan Singapura, seolah-olah kita tidak menentukan bahawasanya orang Malaysia ini mendapat sayur-sayuran yang tidak mempunyai racun 100%. Jadi, itu memerlukan organik. Saya hendak tahu daripada pihak kerajaan apakah langkah-langkah yang lebih sesuai ke arah meningkatkan lagi usaha supaya peladang-peladang kita mempunyai kawasan yang lebih luas dan dapat dieksport pula ke negara-negara luar?

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001

Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato' Abdul Aziz. Pertamanya saya hendak beritahu yang 250 hektar itu yang kementerian. Dalam memperluaskan kawasan tanaman menggunakan baja organik ini bukan kita bergantung kepada kementerian semata-mata. Dalam masa yang sama kita juga ingin menarik penglibatan sektor swasta di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga ini, kita memberi penekanan kepada peranan sektor swasta bagi kita meningkatkan kita punya food security, meningkatkan makanan negara supaya kita dapat mengurangkan import makanan, dalam masa yang sama mungkin kita juga boleh jadi pengeksport makanan, itu satu hari nanti.

Mengenai dengan racun Yang Berhormat Dato' sebut tadi, penggunaan racun yang berlebihan, ini di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun, Kementerian Pertanian juga mempunyai peranan di mana kita menasihatkan para penanam sayur-sayuran kita supaya mengurangkan tahap penggunaan racun pada suatu tahap yang dibenarkan. lni ditentukan oleh Kementerian Kesihatan.

Mengenai dengan harga sayur-sayuran yang menggunakan baja organik ini saya setuju, kita semua akui bahawa harganya adalah lebih tinggi kerana orang awam sanggup membayar dengan harga yang lebih kepada sayur-sayuran yang menggunakan baja organik, sebab itulah kita sentiasa dok kempen minta penanam­penanam sayur ini menggunakan baja organik dan menanam sayur-sayuran di bawah lindungan hujan, maksud saya rain shelter, di bawah 'kelambu' - kita buat macam kelambu ini. · Projek ini sedang berjalan dan kita sedang kempen supaya orang kita pakai kaedah ini dan dia juga boleh, pertamanya, kurang menggunakan racun, boleh mengurangkan kos pengeluarannya. Keduanya, dari segi kesihatan, jadi tidak adalah banyak racun dalam sayur-sayuran itu. Terima kasih.

Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mendapati untuk mengadakan sayur-sayuran dan buah-buahan secara organik sebenarnya harga baja organik itu masih terlalu tinggi kalau dibandingkan dengan baja MPK dan lain-lain. Apakah usaha kerajaan untuk membuat kajian supaya baja organik itu dapat dikurangkan harganya supaya saya yang juga berminat dengan menanam pokok-pokok serta buah-buahan mampu untuk menggunakan baja serupa itu. Terima kasih.

Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, baja ini kalau kita buat sendiri pun boleh. Kalau kita sendiri, kalau untuk sedikit-sedikit ini daripada baja bakar itu pun kita boleh gunakan sebagai baja. Kompos daripada jerami padi, daripada sekam padi, ini pun boleh dijadikan sebagai baja tetapi dari segi kuantitinya yang banyak memang belum ada lagi. Oleh kerana itulah kalau Yang Berhormat Datuk Haji Karim Ghani hendak minta banyak-banyak memang tidak ada orang yang boleh keluarkan secara yang begitu banyak.

Jadi, oleh kerana supply itu sedikit, demandnya tinggi, mungkinlah harganya naik. Walau bagaimanapun, seperti saya sebutkan dalam jawapan saya tadi, kementerian sedang mewujudkan satu standard dan kita jangka pada akhir tahun ini kita akan dapat memenuhi keperluan baja organik ini.

9. Tuan Haji Rosll bin Mat Hassan minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah status Lebuhraya Pantai Timur sekarang dan perkembangan rundingan antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang terlibat terutamanya di Terengganu.

Menteri Kerja Raya [Dato' Seri S. Samy Vellu): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 yang bermula dari Karak ke sempadan Pahang!Terengganu sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan. Kesemua lot tanah yang terlibat dalam Fasa 1 telah diwartakan di bawah Seksyen 8, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.

Bagi Fasa 2 iaitu dari Sempadan Pahang!Terengganu ke Chendering, Kuala Terengganu masih dalam pertimbangan kerajaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga tarikh milik tapak bagi projek Fasa 1 Lebuhraya Pantai Timur ialah 15

Projek Fasa 1 ini dilaksanakan mengikut pakej supaya projek dapat dilaksanakan serentak dan dapat siap dalam tempoh yang ditetapkan. Pembahagian pakej Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 adalah seperti berikut:

7

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

8 DN.15.5.2001

Pakej Cadangan Lebuh Raya Jarak (Kilometer)

(i) Pakej 1 Karak-Lanchang 25

(ii) 1A/1B Lanchang-Temerloh 25

(iii) 1C T emerloh-Chenor 13

(iv) 1D Chenor-Maran 27

(v) 1E Maran-Gambang 50

(vi) 1F Gambang-Kuantan 22

(vii) 1G Sempadan Pahang-Terengganu 7

Berkenaan dengan jajaran Lebuhraya Pantai Timur bahagian Terengganu, Fasa 2 yang merupakan sambungan kepada bahagian Pahang iaitu bermula dari Jaber melalui Cheneh Baru, Ayer Puteh, Kubu, Bandar AI-Muktaffi Billah Shah, Bukit Besi, Agil, Bukit Payung dan berakhir di Chendering.

Mengikut perancangan bahagian ini melibatkan kerja-kerja menaik tarat Jalan Persekutuan FR14 dari Jaber ke Bukit Besi di mana jalan yang sedia ada akan dinaik tarat kepada spesifikasi lebuh raya. Jarak-jarak bahagian ini adalah sepanjang 169 kilometer dan sebanyak sembilan persimpangan bertingkat akan dibina di Jaber, Cheneh Baru, Ayer Puteh, Kubu, AI-Muktaffi Billah Shah, Bukit Besi, Agil, Bukit Payung dan Chendering.

Lukisan pengambilan tanah dan reka bentuk jajaran untuk seksyen lebuh raya dari Bukit Payung ke Cendering sepanjang 17 kilometer telah siap dan sedia untuk proses pengambilan tanah. Manakala, bagi seksyen lebuh raya dari Bukit Besi ke Bukit Payung sepanjang 44 kilometer pula, jajarannya telah ditetapkan dan drat lukisan pengambilan tanah serta reka bentuk awalan jajaran lebuh raya sudah pun siap dan akan dikemaskinikan selanjutnya.

Tuan Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, benarkah dakwaan yang kita baca melalui akhbar bahawa seolah-olah Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan PAS mahu lebuh raya tetapi tidak mahu mengeluarkan wang pampasan kepada pengambilan tanah terutama sekali kawasan yang melibatkan kawasan baru yang bukan dari Jabur ke Ajil iaitu lebuh raya kecil yang sedia ada sekarang ini untuk dinaikkan tarat tetapi ia mempunyai permasalahan yang besar apabila Kerajaan Negeri Terengganu tidak mahu membayar pampasan kepada tuan-tuan tanah sehingga ke Cendering.

Jadi, sekiranya kerajaan negeri tidak mahu membayar kerana kelemahan pengurusan kerajaan negeri sendiri, apakah pendirian kerajaan akan meneruskan lebuh raya ini kerana kita tahu bahawa rakyat di Terengganu amat memerlukan sebuah lebuh raya bagi memenuhi tuntutan pemiagaan, perdagangan dan lain-lain perhubungan. Terima kasih.

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri telah mengadakan perjumpaan dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu dua bulan yang lalu di Kuala Terengganu di mana beberapa perkara berkenaan dengan lebuh raya ini telah dibincangkan. Dalam perbincangan itu, saya percaya tidak ada apa­apa masalah tetapi Kerajaan Negeri Terengganu telah membangkitkan dua perkara.

Satu, berkenaan bayaran pampasan kepada pemilik tanah. Yang kedua, ada juga beberapa rumah akan dipindahkan daripada jajaran jalan yang sedia ada. Oleh kerana itu, mereka minta jikalau boleh dapat bantuan daripada Kerajaan Pusat untuk membayar bukan kepada mereka tetapi untuk mendapat tanah baru dan juga tanah boleh diserahkan kepada mereka, minta kerajaan jika boleh untuk menjalankan intrastruktur kepada mereka. Saya telah menimbulkan perkara ini kepada Jemaah Menteri dan Kerajaan Pusat sedang mengkaji perkara itu.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, pihak Menteri satu ketika dahulu mengumumkan di Dewan yang mulia ini bahawasanya Projek Lebuhraya Pantai Timur ini akan berjalan serentak di Pahang dan Terengganu. Saya ingin minta penjelasan dan jaminan daripada pihak kerajaan, kalau sekiranya pihak Kerajaan Negeri Terengganu bermasalah untuk menyelesaikan perkara-perkara yang

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 9

patut diselesaikan dan terlewat untuk memulakan projek di Terengganu, adakah pihak kerajaan akan meneruskan projek tanpa menunggu Terengganu di negeri Pahang?

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, kita sudah selesai perbincangan berkenaan dengan pembinaan lebuh raya di negeri Pahang dahulu. Walau bagaimanapun, kita telah menghadapi sedikit masalah pada masa dahulu, itu saya percaya sudah selesai sekarang. Kita tidak mempunyai apa-apa masalah daripada negeri Terengganu. Keputusan sekarang terletak di tangan Kerajaan Persekutuan, untuk membayar atau tidak.

Jadi, negeri Terengganu tidak mempunyai sumber kewangan untuk membayar kepada infrastruktur dan lain-lain. Jadi, saya percaya sekarang kita tidak meneruskan ke~a oleh kerana perkara-perkara berkenaan dengan penyelesaian pengambilan tanah belum diselesaikan lagi. Kalau selesai, kita boleh mulalah.

[Soalan No. 10 - Y.B. Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan tidak hadir]

11. Datuk Long bin Jidin minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan, memandangkan ke~asama yang diberikan oleh pengusaha-pengusaha perhotelan terhadap promosi pelancongan domestik dan gambar-gambar dan poster destinasi pelancongan yang menarik dipaparkan di lobi-lobi dan bilik dalam hotel, apakah maknanya tangan mendabik dada sebagai tanda hormat digunapakai sebagai identiti menyambut tetamu.

Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan [Dato' Dr. Ng Yen Yen]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan berterima kasih kepada industri perhotelan di atas sumbangan dan peranan besar mereka dalam penggalakan pelancongan dan menyediakan kemudahan pelancongan yang menjimatkan dan wajar, dengan izin, value for money.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak hotel ialah seperti mengadakan Pesta Makanan dan Kebudayaan, membantu kementerian untuk menghebahkan aktiviti pelancongan seperti Pesta Air Kebangsaan, membantu kementerian ini dengan menyediakan ruang untuk menampal poster dan gambar­gambar yang berkaitan di mana semuanya dilakukan dengan daya usaha mereka sendiri. Poster-poster ada setengah-setengah diberi oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Gambar-gambar yang menarik boleh diperoleh daripada perpustakaan di kementerian saya.

Pihak hotel juga sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Pihak kerajaan khususnya kementerian ini sentiasa beke~asama dengan pihak Persatuan Hotel Malaysia (MHA) dan Persatuan Tuan Punya Hotel Malaysia (MHOA). Kementerian selalu bermesyuarat dan berdialog dengan Persatuan Hotel Malaysia dan Persatuan Tuan Punya Hotel untuk menjayakan program-program promosi Malaysia.

Pada tahun 2000, pihak hotel turut membantu kementerian dalam mempromosikan industri pelancongan domestik dengan mengadakan pelbagai pertandingan bercirikan pelancongan, mengambil bahagian dalam Kempen Cuti-cuti Malaysia, Kunjungan Suai-kenal Mega Fans, Pesta Makanan dan Persembahan Kebudayaan di samping menampal poster dan gambar-gambar pelancongan Malaysia. Kementerian berbesar hati kerana banyak hotel memahami kepentingan promosi pelancongan untuk kemajuan perniagaan mereka sendiri dan mengambil bahagian secara aktif.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang utama, Malaysia mesti mempunyai satu identiti sendiri. ldentiti boleh dicipta sebegitu rupa bagi menyambut kehadiran pelancong-pelancong asing dengan cara sambutan yang tersendiri yang menggambarkan penerimaan, kejujuran dan keikhlasan serta tanda hormat tanpa perlu bersentuhan.

Di negara Thai ada mengucapkan "Sawadikap", di negara Jepun ada "Hai" tetapi di negara kita belum ada apa-apa lagi. Jadi, kementerian mengambil inisiatif mengadakan satu cara menyambut tetamu ini dengan meletakkan tangan kanan di atas jantung hati merupakan satu perlambangan yang rakyat Malaysia menghargai serta menghormati tetamu yang diperkenalkan.

Kaedah ini amat bersesuaian dengan ciri-ciri masyarakat Malaysia yang bersopan, berbudaya serta kaya dengan sifat ramah, mudah mesra dan menghormati tetamu. Bagi memperkenalkan cara baru untuk menyambut dan menghormati

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

10 DN.15.5.2001

pelancong sebegini memang agak sukar pada mulanya. Namun demikian, kementerian ini memohon jasa baik dan kerjasama dari Ahli-ahli Yang Berhormat supaya dapat menyokong langkah ini bersama-sama industri pelancongan negara. Sekian, terima kasih.

Datuk Long bin Jidin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bagaimanakah penerimaan pihak-pihak ejen pelancongan tentang tangan mendabik dada ini. Adakah ia digunakan secara meluas atau bagaimana?

Dato' Dr. Ng Yen Yen: Terima kasih. Memang untuk satu cara baru, tidak begitu senang. Pada tahun yang pertama, makna tahun dahulu, kita ada banyak masalah, selalu lupa, tidak diterima tetapi pada masa sekarang sudah lebih baik. Apa yang saya hendak bangkitkan di sini ialah pihak syarikat pelancong luar negara yang lebih peka. Macam di Jepun, jikalau pergi Jepun banyak hotel di Jepun sudah tahu, ini memang cara kita. Sekian.

12. Tuan Abdillah bin Abdul Rahim minta Menteri Kesihatan menyatakan, adakah kerajaan bercadang memastikan semua pasangan yang hendak berkahwin mengambil ujian HIV terlebih dahulu untuk mengelak timbulnya generasi pembawa HIV yang tidak bersalah tetapi berkeupayaan merebakkan kuman virus tersebut atau 'Innocent H/V Carrier'.

Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Sari Dr. Suleiman bin Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Datuk Christina Tibok Vanhouten pada 30 Mei 2001 mengenai isu yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masalah stigma dan diskriminasi yang dikaitkan dengan HIV/AIDS, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk melakukan ujian HIV secara mandatori terhadap semua pasangan yang hendak berkahwin. Sebaliknya Kementerian Kesihatan berpendapat ujian saringan HIV pra­perkahwinan khususnya terhadap bakal pengantin yang mempunyai risiko terhadap jangkitan HIV seperti bekas penagih dadah hendaklah dijalankan secara sukarela selepas bakal pengantin diberi perkhidmatan kaunseling yang secukupnya sebelum ujian HIV dijalankan dan selepas keputusan ujian diketahui.

Tujuan mengadakan perkhidmatan ujian HIV secara sukarela ini melalui khidmat kaunseling yang berkesan, adalah untuk meyakinkan bakal-bakal pengantin bahawa ujian HIV ini sebenamya untuk kebaikan masa depan mereka, bukannya untuk mendiskriminasikan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, semenjak tahun 1986 hingga akhir bulan Disember 2000, jumlah kes HIV/AIDS yang dilaporkan di negara ini adalah sebanyak 38,340 orang dan daripada jumlah ini 4,722 orang dilaporkan menghidap AIDS yang mana 3,567 daripada mereka yang menghidap AIDS ini telah meninggal dunia. Jumlah kumulatif kes jangkitan HIV/AIDS mengikut negeri yang dilaporkan adalah seperti berikut. Tuan Yang di-Pertua, perlukah saya sebut semua negeri.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Datuk Serl Dr. Sulelman bin Mohamed: Terima kasih.

Negeri Jangkltan HIV/AIDS AIDs sahaja Kematian

Wilayah Persekutuan 2,898 895 845

Johor 7,698 454

Perak 2,715 355

Pahang 3,906 379

Kedah 2,292 222

Pulau Pinang 1,493 228

Terengganu 3,781 241

Selangor 4,279 175

Kelantan 2,945 141

Negeri Sembilan 4,332 168

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 11

Melaka 1,212 217

Perlis 474 96

Sarawak 220 33

Sa bah 95 13

Jumlah 38,340 4,722 3,567

Kerajaan telah berusaha gigih untuk mengawal jangkitan penyakit ini melalui langkah-langkah berikut:

(i) ujian saringan secara meluas kepada golongan berisiko tinggi seperti penagih dadah, peke~a seks, pesakit-pesakit kelamin, banduan-banduan dan mereka yang ditangkap oleh polis atas kesalahan bersabit dengan dadah dan pelacuran;

(ii) ujian HIV secara mandatori terhadap penderma darah dan peke~a asing;

(iii) ujian HIV secara sukarela kepada ibu mengandung;

(iv) program sihat tanpa AIDS untuk remaja (PROSTAR); dan

(v) ujian HIV secara sukarela kepada masyarakat umum di klinik-klinik kesihatan;

(vi) kempen memerangi AIDS melalui pelbagai media cetak dan elektronik;

(vii) penjagaan dan rawatan yang baik dan menyeluruh telah diberikan kepada pesakit-pesakit yang telah dijangkiti virus HIV termasuk pemberian rawatan anti-retroviral; dan akhir sekali

(viii) mempergiatkan aktiviti latihan, penyelidikan, bekerjasama dengan pihak NGO untuk menjalankan outreach program dan mengadakan ke~asama yang erat dengan negara­negara luar dan pertubuhan sedunia. Terima kasih.

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan ke atas soalan saya iaitu berapakah kes setakat ini yang telah dikenal pasti oleh kementerian yang melibatkan pasangan yang telah dijangkiti oleh HIV dan juga di mana anak yang telah mereka lahirkan juga menghidapi HIV. Sekian, terima kasih.

Datuk Seri Dr. Suleiman bin Mohamed: Terima kasih Yang Berhormat. Setakat ini bilangan kes ibu mengandung yang telah dikesan mengandungi HIV positif semasa ujian saringan sejak tahun 1989 ke tahun 2000 adalah, yang disaring 872,803, positif 229. lni bererti 0.03% yang telah dapat dikesan. Terima kasih.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya sedikit sahaja. Saya tertarik untuk bertanya soalan tambahan, sejauh manakah berkembang suburnya peke~a-peke~a seks yang disebut tadi dan di manakah tempatnya. Terima kasih. [Ketawa]

Datuk Seri Drs. Suleiman bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, sukar saya hendak menjawab soalan itu ... [Ketawa] .. Tetapi pekerja seks, di mana-mana pun terdapat peke~a seks ataupun ringkasnya pelacuran dan ini juga penyebab utama dalam penyebaran penyakit HIV ini.

13. Tuan Zakaria bin Arshad [Di bawah P.M. 23(2)] minta Menteri Penerangan menyatakan secara terperinci jumlah dana khas, agihan peruntukan dan keutamaan yang diberikan berdasarkan pengumuman kerajaan baru-baru ini yang ingin menyokong industri perfileman tempatan. Apakah fokus kerajaan daripada segi pengisian bagi 12 filem yang akan dikeluarkan dalam tahun ini dan bagaimanakah kerajaan dapat menentukan yang jalan cerita dan skrip itu mempunyai mutu yang tinggi.

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

12 DN.15.5.2001

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau ikut praktis Yang Berhormat yang tidak hadir tidak dibenarkan soalan itu tetapi pagi ini oleh sebab Yang Berhormat Menteri sendiri datang ke Dewan kita, saya buat satu kes spesial. Ok, Yang Berhormat Menteri.

Menteri Penerangan [Tan Sri Dato' Seri Mohd. Khalil bin Yaakob]: Tuan Yang di-Pertua, selain daripada Skim Kemudahan Produksi (SKP) yang ada sekarang yang membolehkan pengeluar membuat pinjaman sehingga kepada RM300,000, sejumlah RM12 juta juga telah diluluskan bagi tujuan mengeluarkan sekurang­kurangnya 12 judul filem tempatan dan kementerian telah pun merangka garis panduan untuk penggunaan peruntukan yang dimaksudkan itu iaitu sebagai galakan kepada penulis-penulis skrip, komposer muzik dan juga pelakon-pelakon veteran serta juga kepada pengeluar-pengeluar yang boleh mewujudkan kreativiti.

Untuk makluman Dewan ini, di bawah galakan yang dibuat ini, pada tahun ini dijangkakan kita boleh menepati 12 judul filem yang dimaksudkan itu oleh kerana pada tahun ini dalam persiapan, sudah pun ada rancangan ataupun penggambaran yang dibuat meliputi sekurang-kurangnya 27 buah filem. Adalah dijangkakan bahawa kita juga boleh memberi galakan dengan memberi promosi yang lengkap melalui TV di RTM dan juga menganjurkan antara judul-judul filem yang baik ini untuk menyertai film festival di luar negara. Terima kasih.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, soalan tambahan saya apakah hala tuju dalam industri perfileman negara kita di dalam membentuk satu rakyat warganegara yang baik, sebab apa yang kita lihat sekarang ini, filem-filem yang dikeluarkan di negara kita banyak yang membawa kepada unsur ganas dan seks yang membawa pengaruh yang kurang baik kepada rakyat yang boleh membawa kelalaian, jadi adakah kerajaan tidak merancang satu perancangan jangka jauh yang boleh memberi pendidikan kepada rakyat melalui usaha industri perfileman.

Tan Sri Dato' Seri Mohd. Khalil bin Yaakob: Tuan Yang di-Pertua, tema filem ini meliputi banyak perkara, untuk kita memberi dorongan kepada generasi muda, kepada dewasa dan juga yang lebih penting ialah hendak menghidupkan industri itu, jadi tema-tema yang popular biasanya dipilih supaya pengeluar-pengeluar akhimya tidak kerugian dan sebagainya. Terdapat juga filem-filem kita sebenarnya kalau diteliti yang mempunyai mesej-mesej tertentu yang membina untuk kebaikan rakyat, bukanlah semua filem kita bertemakan keganasan, di sebalik itu ada mesej tertentu kerana di akhir filem yang berkenaan umpamanya mereka yang ganas ini akhirnya mendapat hukuman. Terima kasih.

Puan Jaya Partiban: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, adakah kementerian mempunyai sebarang rancangan untuk menggalakkan filem-filem dalam bahasa lain selain daripada bahasa Melayu kerana kini terdapat filem yang diimport dari luar negara khususnya filem Hindi, juga filem Tamil dan filem-filem dalam bahasa Cina mempunyai unsur-unsur yang tidak sesuai dengan keadaan di dalam negara ini. Terima kasih.

Tan Sri Dato' Seri Mohd. Khalil bin Yaakob: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ini terpulang kepada pihak Lembaga Penapis Filem, kita juga mempunyai pihak penapis yang meneliti hal ini di mana sekiranya didapati filem-filem seperti yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi dianggap tidak sesuai, ianya tidak dapat diluluskan. Namun begitu kita juga mengambil kira bahawa Malaysia mempunyai masyarakat yang majmuk, maka dengan itu memang dibenarkan kemasukan filem­filem ini.

Salah satu daripada perancangan kita, ini kalau dapat menjadi kenyataan ialah untuk mengeluarkan filem-filem tempatan yang mana pelakon-pelakonnya adalah daripada kalangan semua kaum yang ada, maka dengan itu boleh mencerminkan integrasi, dan ia juga boleh mempopularkan pengeluaran filem-filem ini supaya dapat ditonton bukan oleh satu kaum untuk satu jenis filem sahaja, tetapi oleh semua kalangan rakyat jelata dalam negara kita ini.

13. Puan Hajah Jamilah binti Ibrahim minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-

(a) Berapakah jumlah banduan wanita terkini mengikut pecahan kaum dan di penjara manakah banduan-banduan wanita ditempatkan; dan

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001

(b) apakah bentuk jenayah/kesalahan yang biasanya membabitkan wanita dan berapa peratusnya.

13

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Zainal Abidin bin Zin]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Berdasarkan statistik pada 3 Mei 2001 seramai 1,377 orang banduan wanita sedang menjalani pemenjaraan di seluruh institusi penjara di Malaysia ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 921 orang iaitu 67.7% adalah warganegara asing dan 456 orang iaitu 32.3% adalah dari warganegara Malaysia sendiri.

Statistik 'banduanita' berdasarkan kaum adalah 299 orang atau 21.7% dari kalangan masyarakat Melayu, 78 orang atau 5.6% dari kalangan kaum Gina, 38 orang atau 2.7% dari kalangan kaum India. 41 orang atau 2.3% dari lain-lain bangsa dan 921 orang ataupun 67.7% adalah warganegara asing. Jadi, dalam penjara kita ini lebih ramai wanita dari warganegara asing yang ditempatkan. Terdapat beberapa buah penjara yang ditempatkan banduanita ini di seluruh negara iaitu di penjara wanita Kajang, Pulau Pinang, Alor Setar, Pengkalan Chepa, Sibu, Sri Aman, Miri, Limbang, Tawau dan Sandakan.

Kesalahan-kesalahan jenayah yang biasanya banduanita terlibat adalah kesalahan di bawah Akta lmigresen - 47.79%, Akta Dadah Berbahaya - 21.79%, Kanun Keseksaan - 10.89%, Peraturan Pendaftaran Negara - 8.71% dan lain-lain kesalahan keseluruhannya ialah 10.82%. Lain-lain kesalahan ini termasuklah Akta Mahkamah Syariah, Akta Mahkamah Juvana, Ordinan Darurat, Akta Senjata Api dan Akta Perikanan. Sekian.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya sepanjang mereka berada dalam tahanan penjara apakah pendidikan kesedaran kepada ibu-ibu ini diberikan. Terima kasih.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Tuan Yang di-Pertua, tahanan-tahanan di dalam penjara kita bagi wanita selain daripada pendidikan keagamaan, pendidikan sosial, latihan-latihan kerja seperti jahitan dan lain-lain ada dijalankan mengikut masa dan jenis pekerjaan yang dipilih ataupun yang disediakan oleh pihak penjara sendiri. Kita bukan sahaja memenjarakan mereka ini, tetapi kita menyediakan mereka ini untuk kembali dalam masyarakat dengan kepakaran dan kebolehan yang diasuh oleh penjara bagi kepentingan mereka menjadi manusia yang bebas di luar penjara.

14. Dato' Dr. Chin Fook Weng minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan sama ada usaha LAN setakat ini telah mencapai mutu pengajaran dan pembelajaran seperti yang diharapkan.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dato' Hon Choon Kim]: Tuan Yang di­Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Dato'. pada masa ini masalah yang perlu ditangani oleh Kementerian Pendidikan melalui Lembaga Akreditasi Negara (LAN) ialah untuk memastikan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dapat menawarkan kursus­kursus yang te~amin kualitinya. Untuk memastikan kualiti kursus penggajian di IPTS terpelihara, LAN telah mengambil beberapa langkah antaranya ialah:-

(a) Memastikan kursus penggajian yang ditawarkan di IPTS mencapai tahap minimum;

(b) Mengadakan pemantauan secara berterusan bermula dari enam bulan selepas satu-satu kursus penggajian itu dijalankan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, secara keseluruhannya pencapaian kualiti pengendalian kursus-kursus pengkajian yang dijalankan oleh IPTS telah menepati standard yang ditetapkan oleh kementerian. Terima kasih.

Dato' Dr. Chin Fok Weng: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, soalan tambahan saya bagaimana kawalan dan pemantauan tentang IPTA. Terima kasih.

Dato' Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, IPTA ini memang telah juga dikawal tetapi setiap IPTA mempunyai Senate masing-masing dan juga ada jawatankuasa-jawatankuasa yang tertentu untuk memastikan kualitinya juga telah terjamin.

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

14 DN.15.5.2001

Puan Jamilah binti Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya adakah pihak kerajaan dapat memastikan keselarasan yuran di IPTS pada kursus­kursus yang seimbang.

Dato' Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang Kementerian Pendidikan telah menghantar arahan supaya setiap peningkatan yuran itu tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya sebelum mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan dan apabila Kementerian Pendidikan meluluskan kursus-kursus yang tertentu, yuran pun telah kita timbangkan dan telah pun dipersetujui oleh Kementerian Pendidikan.

16. Puan Chew Poh Thoi minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada Menteri Pendidikan bercadang memindahkan sebarang Sekolah Rendah Cina di kawasan luar bandar ke dalam bandar memandangkan tercetusnya isu SRJK Cina Damansara.

Dato' Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan tidak bercadang memindahkan mana-mana sekolah jenis kebangsaan Cina di kawasan luar bandar ke dalam bandar. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan bersedia mengkaji dan menimbang permohonan perpindahan tapak mana-mana sekolah berasaskan sebab-sebab yang munasabah di atas permohonan pihak sekolah, lembaga pengelola dan dipersetujui oleh ibu bapa murid sekolah berkenaan. Terima kasih.

Dato' Poo Yew Choy: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya difahamkan SRJK (C) Damansara telah dapat persetujuan oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk berpindah ke suatu kawasan baru. Sekolah baru ini sedang dibina, saya berpendapat jumlah murid-murid sekolah itu lebih kurang 1,500 orang, daripadanya 95% adalah dari luar, ibu bapa mereka tentu bersetuju anak-anak mereka belajar di sekolah yang berhampiran rumah mereka. Yang 35% adalah murid-murid tempatan, ibu bapa tempatan bersetuju harus anak-anak mereka masih ada peluang belajar di sekolah yang sudah ada, kita percaya minoriti patutlah mengikut majoriti, tetapi bagaimanapun majoriti mesti menghormati minoriti. Mengapa kita tidak hormat menghormati hasrat ibu bapa tempatan lagi pun ini pun adalah satu hasrat masyarakat keturunan Cina, mengapa pihak kerajaan tidak bersetuju supaya sekolah yang lama itu dapat dibuka semula. Sekian terima kasih.

Dato' Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya isu perpindahan Sekolah SRJK (C) Damansara ini pun telah lama kita bincang dan telah pun banyak mendapat meliputi dalam surat-surat khabar tempatan, walau bagaimanapun, izinkan saya memperjelaskan sekali lagi tentang isu ini, sebenarnya isu perpindahan sekolah ini adalah atas permintaan lembaga pengelola dan juga PIBG dan juga guru besar berkenaan.

Mereka minta sekolah itu supaya dipindah atas beberapa sebab, salah satu ialah sekolah itu terlalu kecil tidak dapat menampung bilangan yang begitu ramai yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Dato' tadi, tambahan pula mereka juga merasakan kawasan itu tidak lagi sesuai, oleh kerana itu mereka mengemukakan cadangan supaya sekolah itu dipindah.

Oleh kerana itu, lepas pertimbangan daripada Kementerian Pendidikan, kelulusan telah diberikan atas salah satu syarat telah diberikan atas perpindahan sekolah iaitu sekolah asal hendak ditutupkan, ini pindah sekolah bukan buka sekolah baru. lni memang biasa kita lakukan, syarat untuk pindah sekolah ialah sekolah asal hendak ditutupkan. Walau bagaimanapun, sekarang ini sudah jadi satu isu dan Yang Berhormat Dato' telah menyebutkan apa akan jadi bagi minoriti, sebenamya minoriti pun telah pun dilindungi sebenarnya, mula-mulanya mereka menyebut mereka menghadapi kesulitan pengangkutan kerana sekarang ini mereka terpaksa membayar yuran pengangkutan.

Walau bagaimanapun, lembaga pengelola pun telah bersetuju supaya memberikan percuma, maknanya lembaga pengelola sekolah itu akan rela untuk membayar semua yuran pengangkutan bagi murid-murid daripada kampung baru itu dan satu lagi ialah bagi ibu bapa yang tidak mahu mengikut pindah juga boleh memohon supaya bertukar ke sekolah lain. Makna dengan kata lain, minoriti ini lebih kurang 60, 70 murid-murid itu, hal ehwal pun telah kita jaga, walau bagaimanapun,

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 15

parti-parti lawan telah campur tangan supaya menghasut mereka tidak mahu berpindah, jadi itulah yang menjadi masalah.

Saya berharap Ahli Yang Berhorrnat faham tentang perkara ini, jangan dikelirukan oleh mana-mana pihak, sebenamya kerajaan memang begitu prihatin kerana merasakan tempat itu ter1alu kecil pun sekarang ini, Yang Berhormat pun telah tahu sekolah baru tengah dibina, hampir siap dah sekarang ini, dan menelan lebih kurang kos RM10 juta, sebuah sekolah yang besar mengandungi 36 bilik da~ah, sudah cukup menampung sebilangan besar semua murid daripada sekolah asal ini. Tambahan pula mungkin akan menerima lebih ramai pelajar dari kawasan itu. Jadi, dari segi ini, kita rasa kerajaan pun telah melakukan sesuatu demi kebaikan, demi kepentingan para pelajar di kawasan itu.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk Jawab Lisan telah cukup.

[Masa untuk pertanyaan bagi Jawab Lisan telah cukup dan jawapan bagi Pertanyaan No. 10 dan 17 hingga 25 adalah dijilid dalam buku yang berasingan]

MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG 01-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan ke atas usul yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka penggal Ketiga Parlimen Yang Kesepuluh". [14 Mei 2001]

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Kementerian Dalam Negeri menjawab.

11.26 tgh.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Zainal Abidin bin Zin]: Tuan Yang di-Pertua. lzinkan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negara yang telah membahaskan Titah Ucapan Diraja dan telah menyentuh perkara-perkara yang terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri. Saya akan cuba memberi penjelasan sewajarnya ke atas setiap isu yang telah dibangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab serentak persoalan dan pandangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Jamilah binti Ibrahim, Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan dan Yang Berhormat Puan See Toh Mee yang membangkitkan mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Sukacita saya jelaskan di sini bahawa semua undang-undang yang diwujudkan di negara ini adalah bertujuan untuk memelihara keamanan, kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai. Demikian juga pengwujudan dan pemakaian Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, pemakaian 'akta ini adalah bertujuan untuk mencegah sebarang aktiviti dan perlakuan yang boleh mendatangkan kemudaratan ke atas keselamatan negara kerana keadaan tersebut boleh menimbulkan keadaan tidak ketenteraman dalam negara kita ini.

Mengenai cadangan Yang Berhormat Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan supaya digugurkan tarat kewarganegaraan terhadap mereka yang menampakkan ketidaksetiaan kepada negara, sukacita dimaklumkan bahawa orang-orang Malaysia

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

16 DN.15.5.2001

yang lahir di negara ini tidak boleh dilucutkan tarat kewarganegaraannya atas kesalahan tidak taat setia kepada negara.

Walau bagaimanapun, orang-orang asing yang memperolehi tarat kewarganegaraan Malaysia dengan cara kemasukan 'naturalisasi', dengan izin, dan pendaftaran boleh dilucutkan tarat kewarganegaraannya jika terbukti kesalahannya sama ada melalui perbuatan ataupun perkataan orang itu tidak taat setia kepada Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 25(1 )(a) Perlembagaan Persekutuan.

Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman, sesungguhnya kerajaan memandang apa jua ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman negara sebagai sesuatu yang perlu segera ditangani. Oleh itu sesiapa sahaja tidak kira kedudukan dan fahaman politik akan dikenakan tindakan sekiranya perlu melalui undang-undang yang sedia ada termasuklah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat cadangan supaya kerajaan menahan atau menarik balik pasport mereka yang dikenal pasti bertanggungjawab mengkhianati negara sendiri seperti melakukan kegiatan memburuk-burukkan negara di luar negara, serta menghasut pelabur asing supaya jangan melabur di Malaysia.

Sukalah saya tegaskan di sini bahawa memiliki pasport bukanlah satu hak tetapi sekadar satu keistimewaan sahaja. Oleh yang demikian, kerajaan pada bila-bila masa sahaja boleh menarik balik ataupun menyenaraihitamkan pasport seseorang itu bagi menghalang mereka daripada menggunakannya untuk keluar negeri. Sungguhpun begitu kerajaan tidak sewenang-wenangnya menarik balik pasport orang yang bertindak mengkritik kerajaan kerana kerajaan yang memerintah sekarang adalah sebuah kerajaan yang adil dan bertimbang rasa. Kita akan hanya bertindak tegas sekiranya tindak tanduk mereka sampai ke peringkat yang boleh menjejaskan keselamatan negara ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada masa ini seramai 78,184 orang iaitu yang tergulung daripada dadah 4,929 orang, jenayah 2,383 orang, muftis 70,872 orang telah disenaraihitamkan daripada keluar negeri ini kerana pelbagai kesalahan termasuk mereka yang dikenal pasti boleh mengancam keselamatan negara sekiranya dibenarkan mereka bebas keluar daripada negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Melanie Chua Chui Kit juga ada membangkitkan masalah pendatang tanpa izin kadang-kadang kita panggil 'PTI' di Sabah yang ramai terlibat dalam jenayah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerajaan Malaysia pada dasarnya telah pun membenarkan Kerajaan Filipina mewujudkan pejabat konsulatnya di Sabah bagi memudahkan rakyatnya yang berada di negeri ini berurusan dengan pihak berkuasa Filipina khususnya mengenai hal-hal konsular termasuklah bagi membantu Kerajaan Malaysia mengenai masalah PTI di Saba h.

Namun sehingga kini, Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Filipina masih belum menubuhkan pejabat tersebut. Kerajaan Filipina mungkin mempunyai sebab-sebab tersendiri yang belum bersedia menubuhkan pejabat konsulatnya di Sabah walaupun telah beri kebenaran oleh Kerajaan Malaysia. Bagi tujuan mencegah dan menghalang kemasukan PTI dan pencerobohan, kerajaan telah menetapkan pasukan keselamatan di persisiran pantai dan di pulau-pulau yang berdekatan dengan negara iaitu berdekatan dengan negara jiran serta meningkatkan rondaan kapal di kawasan perairan yang dikenal pasti menjadi laluan pintu masuk PTI tadi.

Kerajaan juga telah menyediakan peruntukan bagi membolehkan pasukan keselamatan membuat ataupun membeli pelbagai aset baru dan memperbaiki aset-aset yang sedia ada bagi meningkatkan kawalan dan pengawasan perairan negeri Sabah. Namun demikian, disebabkan keadaan geo-fizikal Sabah yang mempunyai persisiran pantai yang panjang menyebabkan kemasukan PTI khususnya dari Filipina sukar disekat secara mutlak ataupun secara keseluruhan.

Kementerian Dalam Negeri mengucapkan terima kasih di atas cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Puan Melanie Chua Chui Kit yang telah memberikan beberapa cadangan bagi mengatasi masalah kad pengenalan dan surat beranak di negeri Sabah. Pada dasarnya kerajaan bersetuju dengan cadangan­cadangan tersebut. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat, jawatankuasa bertindak

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

--- --------------,------cc----

DN.15.5.2001 17

masih belum wajar diwujudkan. lni kerana pihak sekolah dan pihak jawatankuasa keselamatan kampung boleh mengemukakan masalah tersebut di jabatan pendaftaran yang berhampiran sekiranya masalah tersebut benar-benar berlaku mereka boleh mendapatkan perkhidmatan terus di Jabatan Pendaftaran Negara yang berhampiran atau mendapatkan perkhidmatan bergerak daripada jabatan itu.

Permohonan pas pelajar dari pelawat-pelawat asing yang masuk ke Malaysia melalui Pas Lawatan Sosial dan kemudian mencari tempat belajar di Malaysia adalah tidak digalakkan. Jabatan lmigresen Malaysia telah mengesan ramai yang telah menyalahgunakan pas pelajar berkenaan seperti beke~a dan terlibat dengan kegiatan maksiat. Walau macam mana pun, bagi mereka yang masuk sebelum mendapat tawaran belajar daripada institusi pengajian di negara ini akan dikenakan bayaran seperti berikut:

(i) RM500 bagi proses JP Visa. Bayaran ini boleh dikecualikan sekiranya permohonan pas pelajar telah diberi kelulusan sebelum mereka masuk;

(ii) kadar bayaran visa dikenakan mengikut kewarganegaraan pelajar berkenaan; dan

(iii) RM60 bagi pas pelajar untuk setahun atau sebahagian darinya.

Mengenai cadangan supaya pelajar Republik Rakyat China (RRC) yang masuk dengan kemudahan pas lawatan dikecualikan daripada dikenakan bayaran proses JP Visa sebanyak RM500, sukacitalah saya menegaskan di sini bahawa pihak kerajaan RRC sendiri mensyaratkan supaya rakyatnya perlu mendapat kelulusan pas pelajar dari pihak berkuasa Malaysia terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini.

lni hendaklah ditahamkan betul-betul supaya tidak menimbulkan kecurigaan ataupun prasangka yang tidak baik kerana pihak kerajaan RRC perlu memantau tujuan sebenar rakyatnya keluar daripada negara China. Kerajaan RRC tidak mahu rakyatnya yang masuk ke negara ini dengan pas lawatan dan kemudian memohon pas pelajar kerana tidak semua institusi pendidikan yang dibenarkan mengambil pelajar asing di negara ini diiktirat oleh pihak kerajaan Republik Rakyat China.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab pandangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Puan Zailah binti Yusot tentang siaran TV yang berunsur tahyul, ganas dan seks, suka saya menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Kementerian Dalam Negeri akan berusaha secara berterusan untuk memastikan siaran-siaran TV yang dipertontonkan kepada para penonton di negara ini tidak dimuatkan dengan adegan-adegan yang berunsur tahayul, ganas dan seks ini tetapi ianya berlandaskan kepada penapisan-penapisan yang terpaksa dibuat lebih awal.

Mengenai pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Datuk Dayang Mahani binti Abdul Raffae mengenai sejauh manakah pihak berkuasa telah membenarkan pihak ibu menandatangani borang permohonan pasport bagi menggantikan keizinan bapa. Wanita mempe~uangkan perkara ini sudah lama dan kita mengambil sikap yang sesuai dan positit dengan kehendak mereka.

Untuk makluman Yang Berhormat, perkara tersebut telah pun dilaksanakan mulai awal tahun 2001. Borang-borang permohonan untuk mendapatkan pasport telah dipinda bagi membolehkan ibu-ibu ataupun ibu tunggal, ayah tunggal tidak berbangkit ya, menandatangani borang-borang berkenaan.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Mengenai cadangan untuk memberikan kelonggaran kepada pasangan suami atau isteri terutamanya kepada pihak wanita yang berkahwin dengan warga asing untuk mendapatkan tarat pemastautin tetap, suka saya menjelaskan bahawa perlanjutan pas lawatan sosial bagi lelaki asing yang berkahwin dengan wanita tempatan diberikan berdasar kepada visa yang dimiliki dan juga kebenaran daripada Jabatan lmigresen Malaysia.

Tentang tarat bermastautin tetap, pertimbangan secara peri kemanusiaan akan diberikan kepada mereka berdasarkan kepada tempoh tinggal di negara ini dan adakah mereka mampu menyesuaikan diri mereka di negara kita ini. Walau

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

18 DN.15.5.2001

bagaimanapun, setiap pemohon yang diterima akan dipertimbangkan mengikut merit masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja penjelasan saya dan sekiranya masih terdapat perkara-perkara yang tidak disentuh, pihak kementerian akan memberi perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya. Terima kasih.

Timbalan Yang Di-Pertua: Terima kasih. Dijemput Kementerian Pengangkutan.

11.32 pagl.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan [Tuan lr. Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negara yang mengambil bahagian dalam perbahasan menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan bidang kuasa Kementerian Pengangkutan semasa mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Diraja di Dewan yang mulia ini.

Saya juga menghargai pandangan dan teguran yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini dan di atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat ke atas perkara-perkara yang di bawah kawal sella Kementerian Pengangkutan adalah sesuatu yang amat menggalakkan dan dialu-alukan bagi kebaikan bersama semua pihak. Sehubungan itu, mohon izin daripada Tuan Yang di-Pertua untuk membolehkan saya memberikan sedikit sebanyak penjelasan secara ringkas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam masa yang terhad ini berhubung dengan perkara-perkara yang telah dibangkitkan berkaitan dengan Kementerian Pengangkutan.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada soalan dari Yang Berhormat Tuan Abdillah bin Abdul Rahman berhubung dengan kemalangan serius sering melibatkan bas dan Iori, oleh itu latihan kawasan kemalangan serta had laju kenderaan hendaklah dikaji.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, ingin dimaklumkan bahawa berdasarkan statistik pada tahun 2000, 58% daripada kematian akibat kemalangan jalan raya adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, 16.9% adalah melibatkan pemandu dan penumpang kenderaan persendirian dan 11.9% adalah pejalan kaki. Sementara itu pemandu dan penumpang bas yang terlibat kematian akibat kemalangan adalah 0.8% manakala kemalangan melibatkan Iori adalah 3%.

lngin dijelaskan di sini bahawa usaha sentiasa diambil untuk meningkatkan kualiti latihan yang dibolehkan kepada semua golongan pemandu termasuk pemandu Iori dan bas. Kurikulum pendidikan pemandu diperkenalkan untuk meningkatkan kecekapan semua bakal pemandu termasuk Pemandu Kenderaan Barangan ataupun kenderaan awam. Sementara itu kurikulum vokasional untuk calon yang ingin ambil Goods Driving License (GDL) dan Public Service Vehicle (PSV) juga sedang disemak semula untuk menambah baikkan kurikulum tersebut. Bagi pemegang lesen GDL dan PSV ini, mereka perlu mengemukakan perakuan doktor setiap kali ingin memperbaharui lesen mereka.

Berhubung kajian ke atas kawasan kemalangan, pihak Jabatan Kerja Raya sentiasa memantau perkara ini melalui program pembaikan di kawasan kemalangan dan audit keselamatan jalan raya.

Berhubung dengan saranan untuk menetapkan had laju sesuatu kenderaan supaya berdasarkan kepada kapasiti kenderaan tersebut, perkara ini akan dikaji secara teliti. Yang Berhormat Senator Datuk Haji Karim Ghani membangkitkan soalan berkaitan dengan nasi lemak MAS yang berharga RM100 satu set. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan menu terkini bagi Penerbangan MH702, Kuala Lumpur ke Kota Kinbalu, harga satu set nasi lemak mengikut kelas penerbangan adalah seperti berikut:

(a) Kelas Pertama- harga bagi satu set penumpang adalah RM9.45

(b) Kelas Perniagaan- harga bagi satu set penumpang adalah RM7.37

(c) Kelas Ekonomi - harga bagi satu set penumpang adalah RM4.26.

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

--------------------------- ---"

DN.15.5.2001 19

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja jawapan dan penjelasan yang dapat diberikan oleh pihak kementerian ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negara yang berkenaan. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sudi membangkitkan perkara-perkara berkaitan dengan Kementerian Pengangkutan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Daripada Kementerian Pertahanan, dijemput Dato' Sri Mohd. Najib.

11.37 pagi.

Menteri Pertahanan [Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak): Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Saya ingin memaklumkan bahawa Kementerian Pertahanan sentiasa bersikap terbuka dan bersedia menerima segala pandangan dan teguran yang membina daripada Ahli-ahli Yang Berhormat demi melaksanakan tanggungjawab dan tugas­tugas kita secara lebih sempurna lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon membuat penjelasan di atas perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman mengenai cadangan kementerian membeli pesawat FA18EF Super Hornet. Sebenarnya, kementerian dan kerajaan belum membuat apa-apa keputusan mengenai sebarang pesawat. Walau bagaimanapun, memang ada keperluan untuk melengkapkan Tentera Udara Diraja Malaysia dengan beberapa buah pesawat jenis, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, multi role combat aircraft.

Walau bagaimanapun, kajian yang teliti perlu dibuat sebelum sebarang keputusan diambil oleh kerajaan dan laporan mengenai rancangan pembelian Super Hornet itu sebenarnya telah dibuat oleh wakil syarikat berkenaan dan bukan oleh pihak kerajaan. Jadi, tidak timbullah cadangan kerajaan sepertimana tafsiran yang dibuat oleh pihak syarikat yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan sentiasa memberi perhatian untuk meninggikan lagi kemudahan dan juga kebajikan anggota-anggota kita sama ada yang sedang berkhidmat ataupun yang sudah meninggalkan perkhidmatan. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kementerian dan kerajaan telah menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Veteran dan jabatan ini akan memulakan kerja­kerjanya mulai pada bulan ini dan Ketua Pengarah baru telah pun dilantik oleh kerajaan.

Dengan wujudnya Jabatan Hal Ehwal Veteran ini, saya yakin bahawa usaha kita untuk membela golongan bekas tentera, insya-AIIah, akan berjalan dengan lebih berkesan lagi. lni adalah kerana perlu disedari bahawa sebahagian besar daripada kuasa penentu, kuasa memberi pertimbangan tidak terletak di bawah Kementerian Pertahanan tetapi adalah di bawah kawalan kementerian-kementerian yang lain, agensi-agensi yang lain, termasuk juga oleh kerajaan-kerajaan negeri.

Menyedari akan perkara ini, maka sebuah Majlis Penasihat Hal Ehwal Veteran telah ditubuhkan dianggotai oleh wakil-wakil kerajaan negeri, kementerian dan agensi yang berkenaan, termasuk juga wakil pihak swasta. Dengan adanya penyertaan mereka, saya berharap bahawa di dalam pertimbangan yang dilakukan di peringkat masing-masing, maka kepentingan anggota-anggota bekas perajurit seharusnya diambil kira di dalam penentuan-penentuan yang dibuat oleh mereka.

Misalnya kalau ada rancangan rumah murah, kalau ada rancangan tanah, kalau ada lesen teksi, kalau ada tender yang diuruskan ataupun apa jua yang boleh memberi manfaat kepada rakyat, maka kepentingan golongan bekas perajurit haruslah diambil kira di dalam pertimbangan yang dilakukan oleh mereka. Saya berharap bahawa dengan adanya penyertaan daripada wakil-wakil kerajaan negeri, kementerian dan agensi berkenaan, kita dapat merealisasikan hasrat ini dalam masa yang terdekat.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat ada juga membuat saranan supaya L TAT sebagai sebuah agensi kerajaan mengambil kakitangan di kalangan bekas perajurit. Memang perkara ini kita ambil kira dan saya berharap bahawa L TAT

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

20 DN.15.5.2001

boleh menambahkan lagi bilangan kakitangannya yang terdiri daripada kalangan bekas perajurit.

Walau bagaimanapun, perlu saya ingatkan bahawa soal pokoknya ialah perjalanan L TAT itu sendiri sebagai sebuah bad an yang menjaga dan melindungi kepentingan anggota-anggota ATM melalui sumbangan dan caruman mereka. Sekiranya LTAT tidak berfungsi dengan dinamik dan berkesan, maka kadar dividen dan bonus kepada anggota-anggota kita boleh terjejas.

Sebab itulah amat penting kita tidak menyatakan bahawa hanya anggota­anggota bekas tentera sahaja harus menyandang jawatan dalam L TAT kerana tidak akan wujud budaya korporat yang dinamik di dalam L TAT itu sendiri dan ini mung kin akan menjejaskan pulangan dividen dan bonus kepada anggota-anggota kita. Saya boleh memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa setakat ini, dividen dan bonus yang diisytiharkan oleh LTAT amat memuaskan yakni antara 12% hingga 14% pada tiap-tiap tahun. lni merupakan satu tahap prestasi yang amat membanggakan.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya maklumkan bahawa LTAT melalui PERHEBAT sedang menggunakan sistem employment exchange portal bagi membolehkan pelatih-pelatih PERHEBAT dan bekas anggota ATM mendapatkan maklumat kekosongan jawatan melalui internet.

Sistem portal ini dijangka dapat beroperasi sepenuhnya pada 28 Jun tahun ini. Dengan ini, maka PERHEBAT boleh memberi maklumat bukan sahaja kepada bekas perajurit tetapi juga kepada bakal-bakal majikan mereka untuk menentukan sesiapa yang sesuai untuk diberi pekerjaan di dalam syarikat ataupun di dalam badan masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, bagi jangka masa panjang, L TAT melalui PERHEBAT sedang menyediakan 49 jenis kursus di bawah program latihan dan vokasional lnstitut Kemahiran dan Keusahawanan (IKK) dalam usaha menempatkan bekas anggota ATM menceburi di dalam pelbagai bidang peke~aan.

Kursus-kursus yang dianjurkan meliputi bidang automatif, fabrikasi, logam, kejuruteraan elektrik dan elektronik, pembinaan, pembangunan, percetakan, peruncitan, fotografi, pelancongan, sajian, hospitality, komputer dan pengurusan perniagaan. Jangka masa kursus ialah antara 3 hingga 18 bulan. Sepanjang tahun 2000, PERHEBAT telah berjaya menganjurkan kursus kepada 5,776 orang bekas anggota ATM.

Tuan Yang di-Pertua, perlu saya maklumkan di sini bahawa kementerian telah menetapkan sebagai satu perkara yang wajib kepada semua anggota melalui kursus latihan dalam tempoh peralihan mereka. Pada masa akan datang, ini bukan lagi merupakan pilihan kepada mereka tetapi sebagai satu yang perlu dilalui oleh mereka. lni ialah kerana kita hendak setiap anggota kita memiliki satu kemahiran yang boleh menjamin masa depan mereka.

Selain daripada itu, kita harus juga menukar mentaliti ataupun sikap anggota­anggota kita yang saya lihat sebagai satu hambatan yang besar, Tuan Yang di-Pertua, ialah sikap hendak balik ke kampung. Habis berkhidmat dalam tentera, balik ke kampung. lni tidak memungkinkan mereka menggunakan kemahiran mereka di dalam bidang-bidang yang produktif.

Sebenamya mereka mesti lebih berani dan lebih yakin di atas kebolehan diri untuk menceburi dalam bidang-bidang yang akan memberi pendapatan yang lumayan. Tidak semestinya mereka harus balik ke kampung tetapi mereka harus memilih kerjaya yang akan menjamin masa depan mereka. ltulah cabaran yang paling besar yang dihadapi oleh kerajaan yakni untuk menukar sikap mentaliti dan minda anggota­anggota kita supaya mereka lebih cekal dan lebih yakin atas kebolehan untuk menghadapi cabaran dunia di luar.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu kita memang sedang memperbaiki lagi skim perkhidmatan dan elaun-elaun kepada anggota-anggota tentera yang boleh kita umumkan dari masa ke semasa. Ada beberapa perkara yang dalam peringkat akhir kajian kerajaan yang hanya akan boleh diumumkan setelah ianya diputuskan oleh kerajaan.

Yang Berhormat Tuan M. Ratnam telah bangkitkan tentang peluang untuk bukan bumiputera menyertai ATM. Sebenamya kerajaan amat mengalu-alukan bukan

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 21

bumiputera untuk menganggotai ATM. Kita berharap bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri boleh memainkan peranan ke arah ini kerana kita lihat bahawa banyak faktor yang menjadi halangan kepada bukan bumiputera untuk mencebur diri di dalam ATM. Kerajaan berpendapat bahawa bukan sahaja di peringkat pegawai tetapi pada peringkat lain-lain pangkat juga harus dituruti oleh kalangan bukan bumiputera.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam mempertahankan kedaulatan negara, Kementerian Pertahanan sentiasa berusaha untuk meneruskan proses pemodenan angkatan tentera. Selaras dengan ini, beberapa persenjataan yang lebih moden dan mempunyai keupayaan tinggi telah dan akan diperolehi oleh Kementerian Pertahanan.

Sehubungan dengan ini, kerajaan telah memutuskan bahawa dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan ini, kita akan memperolehi beberapa buah kapal selam dan keputusan dijangka akan dibuat tidak berapa lama lagi oleh kerajaan. Perlu saya maklumkan juga bahawa pangkalan TLDM di Sabah iaitu di Sepanggar, kontrak pembinaan pangkalan ini telah pun dianugerahkan kepada pihak yang berkenaan dan ke~a-ke~a pembinaan pangkalan yang baru ini akan mula pada bila-bila masa sebaik sahaja beberapa rumah setinggan di kawasan itu dipindahkan ke kawasan yang baru yang akan ditentukan oleh pihak kerajaan negeri.

Mengenai saranan Ahli Yang Berhormat supaya diwujudkan sistem pengawasan satelit, perlu saya nyatakan di sini bahawa sebuah agensi khas telah ditubuhkan oleh kerajaan dan dalam penentuan kerajaan bahawa aplikasi satelit ini hendaklah digabungkan antara keperluan ketenteraan dan keperluan awam. Dengan ini, maka kita akan menjimatkan perbelanjaan kerana penggunaan satelit untuk pengawasan adalah tinggi perbelanjaannya.

Mengenai dengan cadangan Yang Berhormat Datuk William Lau Kung Hui supaya diadakan sebuah strike force dalam TLDM, sebenamya kita telah pun mempunyai pasukan khas laut yang bemama PASKAL untuk memainkan peranan ini, manakala tentera darat ada Rejimen Gerak Khas dan ada Pasukan Atur Cepat (PAC) dan pihak tentera udara mempunyai Rejimen Khas TUDM. Oleh itu, dari segi saranan Ahli Yang Berhormat itu telah pun dilaksanakan oleh kerajaan.

Cadangan oleh Yang Berhormat Datuk William Lau juga supaya ditubuhkan sebuah pasukan pengawal pantai Malaysia (Malaysian Coast Guard). Sebenamya kerajaan tidak ada cadangan pada masa ini menubuhkan sebuah Malaysian Coast Guard kerana peranan ini diselaraskan di antara TLDM dan pihak polis, khususnya pihak marin polis. Apa yang perlu kita lakukan ialah menentukan bahawa penyelarasan yang lebih rapi dilakukan di antara kedua-dua agensi ini.

Mengenai isu pendatang tanpa izin Tuan Yang di-Pertua, yang disentuh oleh Yang Berhormat Puan Melanie Chia Chui Ket. Peranan ATM sebenarnya merupakan peranan secondary atau sekunder dengan izin Tuan Yang di-Pertua, agensi khususnya pihak polis adalah merupakan agensi utama di dalam perkara ini.

Selain daripada itu sebagai maklumat tambahan, dengan kerjasama rapat di antara pihak polis dan tentera kawasan Pantai Timur Sabah lebih te~amin keselamatannya pada masa ini, di mana dengan penambahan kekuatan anggota tentera dan polis di 33 buah lokasi termasuk di 22 buah pulau, sekarang ini kita lihat pelancong-pelancong asing sudah mula kembali ke kawasan Pantai Timur Sabah ini khususnya ke Pulau Sipadan.

Berkenaan dengan saranan supaya Kempen Hari Pahlawan yang dibuat oleh Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani supaya mendapat sambutan yang lebih memuaskan, saya percaya Persatuan Bekas Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan boleh beke~asama dengan lebih rapi untuk menentukan sambutan­sambutan yang lebih menggalakkan pada masa-masa yang akan datang. Kita perlu memikirkan cara-cara yang lebih inovatif dan lebih kreatif untuk mencetuskan sambutan yang lebih menggalakkan di kalangan masyarakat kita.

Cadangan supaya lesen kawalan keselamatan diberikan kepada Persatuan Bekas Tentera dan sebagainya, cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat itu akan kita kemukakan kepada kementerian-kementerian yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, demikianlah sahaja ulasan saya pada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dan sekiranya cadangan-cadangan yang

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

22 DN.15.5.2001

saya tidak dapat ulas di sini, kita akan memberi perhatian yang sewajamya. Terima kasih.

Tlmbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Dato' Seri Najib Menteri Pertahanan. Sekarang dijemput daripada Kementerian Perusahaan Utama.

11.53 pagi

Tlmbalan Menteri Perusahaan Utama [Datuk Anifah Aman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan beberapa perkara menyentuh bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama.

Berhubung dengan saranan Yang Berhormat Datuk Nor Azah binti Awin, Wilayah Persekutuan supaya kerajaan menubuhkan satu perbadanan atau stockpile bagi tujuan untuk mengawal harga minyak sawit, suka saya memaklumkan bahawa cadangan Yang Berhormat Datuk adalah sangat baik tetapi bagi komoditi minyak sawit adalah tidak dapat dilaksanakan memandangkan komoditi tersebut akan mengalami kesusutan kualiti atau dengan izin, depreciation on value and quality.

Di samping itu dengan kejatuhan harga minyak sawit bukan sahaja disebabkan oleh meningkatnya jumlah kuantiti keluaran minyak sawit Malaysia sebanyak 33.3% daripada 8.34 juta tan metrik pada tahun 1998 kepada 10.8 juta tan metrik pada tahun 2000 tetapi juga olah kaadaan pasaran minyak dan lalamak yang lambap.

Untuk makluman Yang Berhormat Datuk, kejatuhan harga minyak sawit dan lalemak juga turut dirasai oleh minyak kacang soya yang turut merosot sebanyak 46% pada tahun 2000 berbanding pada tahun 1998, minyak red seed sebanyak 44.7%, minyak kalapa marosot 31.6% dan minyak isi rong sawit marosot sebanyak 35.4%.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan perkara yang dibangkitkan olah Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Wang, Pulau Pinang yang menyentuh isu mangenai kejatuhan komoditi dan cadangan agar Kamanterian Perusahaan Utama dan Kemanterian Partanian bekarjasama untuk mengkaji sama ada sasuai atau tidak, parhatian diberikan kepada satu dua janis komoditi sahaja, sukalah saya memaklumkan bahawa kamentarian saya sememangnya sentiasa bakerjasama dengan Kementarian Partanian dan juga Kamenterian Pembangunan Luar Bandar dalam mengatasi kejatuhan harga komoditi.

Pelbagai usaha telah dan akan diambil bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi olah pekabun-pakebun kecil ini. Di antara usaha yang kita jalankan ialah membari bantuan tanaman semula dalam bentuk pinjaman mudah dan juga bantuan khusus sebanyak RM1 ,000 se hektar.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian sememangnya sedar tentang kesulitan yang akan timbul akibat pergantungan ka atas satu atau dua komoditi sahaja pada masa ini. Oleh itu kemanterian saya dan Kementerian Pertanian dari masa ke semasa talah dan akan terus menjalankan kajian-kajian dan berusaha mencari jenis tanaman komoditi dan partanian yang boleh mengurangkan pergantungan tersebut umpamanya dangan tanaman koko yang mendatangkan hasil yang agak lumayan pada masa ini.

Saterusnya kamentarian juga menggalakkan saktor perhutanan dan perkayuan yang juga mendatangkan hasil yang agak baik dan mempunyai masa dapan yang cerah mamandangkan permintaan untuk barangan kayu yang bertambah dari tahun ke tahun. Di dalam hubungan ini kemanterian sedang manggalakkan pembangunan ladang hutan yang akan mamastikan bekalan kayu untuk industri hiliran di negara ini mancukupi.

Satu lagi pendakatan yang sedang diusahakan oleh kemanterian dengan kerjasama Kamentarian Pertanian ialah mempelbagaikan sumber dan menambahkan pendapatan pekebun getah dan kalapa sawit dengan tanaman aktiviti sampingan separti tanaman sayur atau ternakan lambu atau biri-biri melalui sistem pertanian bersepadu dengan izin, integrated atau mixed farming atau mengusahakan sacara bersama aktiviti pertanian dengan perhutanan dengan izin, agro-forestry ataupun lain­lain kombinasi yang sasuai. Adalah diharapkan usaha ini akan mengurangkan pergantungan petani, peladang pada hasil daripada satu sumber sahaja.

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 23

Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan Yang Berhormat Datuk mengenai penerokaan pemasaran baru, penggunaan dan R&D sukacita dijelaskan di sini bahawa cadangan di atas adalah merupakan aktiviti-aktiviti inti dengan izin, core business kementerian saya. Usaha untuk memperluas dan menerokai pasaran baru adalah giat dijalankan melalui Majlis Promosi Minyak Sawit Malaysia atau MPOPC dan pejabat di luar negeri yang berjumlah sembilan buah melalui misi-misi ekonomi dan teknikal, melalui lawatan kerja di peringkat negeri dan sebagainya.

Sementara dalam aspek penyelidikan dan pembangunan dengan izin, research and development, sukacita dimaklumkan bahawa kementerian saya melalui lima agensi penyelidikan iaitu Lembaga Minyak Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Koko Malaysia (LKM), lnstitut Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Mineral dan Geo-Science telah menjalankan R&D di peringkat huluan dan hiliran dengan izin, upstream and downstream.

Bagi R&D sektor sawit, pihak kita telah berjaya menyelesaikan 306 projek antara tahun 1995 hingga 1999, dan 12.1% iaitu 37 projek ini telah dikomersilkan. Melalui usaha-usaha R&D ini bukan sahaja produktiviti dapat dipertingkatkan, malahan penggunaan minyak sawit dan bahan-bahan sawit yang turut dipertingkatkan dan dimanfaatkan. Adalah menjadi matlamat kita untuk menjadikan sektor sawit sebagai dengan izin, zero waste sector. Mengenai cadangan mengadakan dasar baru, untuk makluman Yang Berhormat, kementerian saya sedang menyiapkan dasar baru selaras dengan Dasar Pelan lnduk Perindustrian Kedua atau IMP2 dan Dasar Pertanian Ketiga (DPN3).

Tuan Yang di-Pertua, bagi mengakhiri penggulungan ini, sukacita saya memberi jaminan bahawa kementerian saya telah mengambil maklum dan akan memberi perhatian yang sepenuhnya di atas pandangan, ulasan-ulasan dan saranan yang telah dibuat oleh Ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang kita menjemput dari Kementerian Kewangan.

12.02 tgh.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Tuan Hashim bin Ismail]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan keizinan kepada Kementerian Kewangan untuk menjawab soalan-soalan yang telah ditimbulkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat semasa membahaskan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Di antara Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh beberapa isu berkaitan dengan Kementerian Kewangan ialah Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Yang Berhormat See Too Mee, Yang Berhormat Dato' Ghazi, Yang Berhormat Dato' T. Marimuthu dan Yang Berhormat Ustaz Hassan bin Haji Shukri.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga mengucapkan syukur kepada Allah kerana walaupun negara kita didatangi dengan pelbagai dugaan dan cabaran dalam bentuk krisis ekonomi, kelembapan ekonomi negara tetapi dengan berkat doa rakyat serta kesungguhan kerajaan untuk menangani masalah-masalah tersebut dengan cara yang komprehensif dengan izin, dan dengan cara yang bersungguh-sungguh, maka segala usaha itu telah dapat kita jayakan dan mendapat pujian daripada banyak pihak termasuklah daripada Yang Berhormat Ustaz Hassan Haji Shukri semalam yang memberikan pujian kepada kerajaan di atas usaha-usaha yang telah dilakukan untuk menangani masalah-masalah tersebut. Saya rasa beliau adalah di antara tokoh pembangkang yang secara ikhlas telah bersetuju dan menerima kenyataan dan kejayaan kerajaan itu. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman mengenai due diligence audit berhubung pembelian saham MAS daripada Naluri Berhad, ingin saya menegaskan bahawa kerajaan tidak membuat due diligence audit berhubung pembelian saham tersebut kerana kerajaan mempunyai maklumat berhubung dengan izin, underlying asset dan net tangible asset serta laporan juruperunding mengenai kedudukan MAS yang disediakan oleh Bank Pelaburan Antarabangsa.

Seperti mana yang telah dijelaskan beberapa kali oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam sesi Parlimen ini, harga pasaran saham MAS tidak boleh

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

24 DN.15.5.2001

digunakan sebagai pengukur tunggal nilai sebenar saham. Malah pada masa ini di mana prestasi BSKL adalah kurang menggalakkan, harga-harga saham termasuk saham MAS turut te~ejas berikutan krisis kewangan 1997 dan masih belum pulih sepenuhnya.

Oleh yang demikian potensi dan nilai sebenar MAS jauh melebihi apa yang dicerminkan oleh harga saham. Bagaimana pun krisis kewangan 1997 tidak menjejaskan kelebihan fundamental dan juga potensi yang mampu dicungkil melalui operasi MAS yang menjelajahi ke enam benua di muka bumi ini. Selain daripada MAS, terdapat segelintir sahaja syarikat penerbangan yang lain di mana perkhidmatan mereka meliputi semua benua. Oleh sebab itu dan seperti yang telah saya jelaskan di atas, para penganalisis dan Bank Pelaburan Antarabangsa telah melihat nilai sebenar MAS di sebalik franchise dan juga potensi yang boleh diperoleh daripada MAS.

Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat seperti Yang Berhormat See Too Mee, Yang Berhormat Dato' Ghazi dan Yang Berhormat Dato' Dr. T. Marimuthu yang telah membangkitkan isu mengenai k-ekonomi dan memberi pandangan khususnya berkaitan dengan pentingnya k-ekonomi dalam memacu negara ke tahap kemajuan yang lebih tinggi.

Yang Berhormat Dato' Dr. T. Marimuthu telah memetik kandungan teks ucapan Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2001 di Dewan yang mulia ini. Memang benar pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa masih ramai rakyat yang belum faham tentang isu k-ekonomi bukan sahaja di kalangan mereka di luar bandar, bahkan di bandar juga. Justeru kerajaan akan terus berusaha memberi penerangan tentang k-ekonomi dan juga ICT sama ada melalui program yang terancang menggunakan media massa ataupun melalui sistem persekolahan oleh Kementerian Pendidikan kita.

Sebenamya apa yang penting bukanlah setakat memberi penjelasan tentang takrif istilah dan dengan izin, jargon k-ekonomi sahaja, sebaliknya yang lebih utama ialah untuk menyedarkan rakyat di semua peringkat tentang pentingnya ilmu pengetahuan teknologi baru, daya cipta dan inovasi dalam semua tugasan dan kegiatan hidup seharian kita. Kesedaran awal adalah penting dan merupakan langkah pertama untuk menyediakan rakyat bagi mendukung program dan perancangan yang akan digariskan di bawah pelan induk k-ekonomi yang akan diumumkan oleh kerajaan tidak berapa lama lagi.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memang sedar mengenai kepentingan k­ekonomi kepada negara dan telah pun mengambil beberapa langkah bagi menghadapi cabaran ini termasuk isu globalisasi dan ledakan ICT. Antara langkah yang diambil termasuklah penubuhan satu kumpulan pemikir dengan izin, think-tank bagi mengkaji dan menggariskan strategi-strategi bagi menangani cabaran globalisasi serta peningkatan produktiviti, daya saing, daya tahan negara.

Dalam hubungan ini, pelan induk sektor kewangan dan pelan induk pasaran modal telah pun disediakan yang menggariskan hala tuju masa depan sektor kewangan dan pasaran modal serta strategi-strategi bagi meningkatkan daya saing dan daya tahan dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi. Sementara itu pelan induk k-ekonomi yang kini di peringkat akhir penyediaan akan merangkumi strategi­strategi bagi mempercepatkan transformasi negara daripada ekonomi berlandaskan pengeluaran kepada ekonomi yang berasaskan pengetahuan.

Kerajaan memang berhasrat agar semua lapisan masyarakat tidak terpinggir dalam peralihan k-ekonomi. Justeru kerajaan akan berusaha untuk menangani jurang digital terutamanya bagi kawasan luar bandar dan golongan kurang bemasib baik. Sehubungan itu keutamaan kemudahan komputer akan diberi kepada sekolah-sekolah luar bandar. Sementara sistem pendidikan akan memberikan tumpuan kepada kreativiti, inovasi dan ICT supaya dapat memenuhi keperluan tenaga manusia k­ekonomi. Dalam pada itu program celik ICT akan dipertingkatkan bagi kumpulan sasaran berdasarkan keperluan dan keupayaan seperti yang telah diumumkan dalam RRJP3 di Dewan Rakyat yang baru berlalu.

Saya ingin menyentuh pula isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hassan Shukri yang membangkitkan isu bahawa peke~a-pekerja bank dan institusi kewangan tidak diberikan cuti dua hari sebulan seperti yang dinikmati oleh kakitangan kerajaan dan menyarankan supaya Kementerian Kewangan menggunakan Akta Bank

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 25

dan lnstitusi Kewangan 1989 untuk merundingkan perkara ini dengan pihak institusi­institusi berkenaan. Sehubungan ini sukacita saya jelaskan kepada Yang Berhormat bahawa cuti pada hari Sabtu minggu pertama telahpun diwartakan oleh Bank Negara Malaysia sebagai hari kelepasan am bagi bank-bank dan institusi kewangan di negara ini, minggu pertama Yang Berhormat telahpun diwartakan.

Kementerian Kewangan sedang menimbang permohonan dari persatuan bank-bank Malaysia supaya diisytiharkan pula hari Sabtu minggu ketiga setiap bulan sebagai cuti kelepasan am kepada institusi-institusi kewangan yang berlesen, sedang dipertimbangkan untuk cuti minggu ketiga.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa akhir kata saya ingin lagi sekali mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan cadangan semasa membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong. Mana-mana soalan dan isu yang tidak sempat dijawab, bagi pihak kementerian, saya akan memberikan jaminan bahawa kesemuanya akan diambil perhatian dan tindakan selanjutnya. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang kita jemput Kementerian Luar Negeri, dijemput Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid.

12.08 tgh.

Menteri Luar Negeri [Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Senator Dato' Dr Chin Fook Weng, Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato' Seri Abdullah bin Ayub dan Yang Berhormat Senator Puan Melanie Chia Chui Keat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah di-Raja di Dewan yang mulia ini pada 8-14 Mei yang lalu yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Luar Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, untuk persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Puan Melanie Chia Chui Keat saya tidak akan menjawab soalan itu oleh kerana ia telah pun dijawab oleh Kementerian Dalam Negeri. Tuan Yang di­Pertua, beberapa isu dan persoalan telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkenaan SUHAKAM. Yang Berhormat Data' Abdul Aziz bin Abdul Rahman pada 8 Mei meminta SUHAKAM memainkan peranannya dengan impak tersendiri menurut nilai-nilai hak asasi yang sebenar tanpa perlu terikat ataupun terikut dengan nilai hak asasi Amerika Syarikat.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya jelaskan SUHAKAM yang ditubuhkan menerusi Akta 597 1999 merupakan sebuah badan bebas yang diberi mandat seperti yang terkandung dalam Fasal 4(1) akta tersebut. Antara lain SUHAKAM berperanan untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan menasihati serta membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan, arahan dan tatacara pentadbiran berkaitan hak asasi manusia.

Aktiviti dan program SUHAKAM adalah seperti yang terkandung dalam laporan tahunannya pada tahun 2000. Dalam usia setahun jagungnya, SUHAKAM dilihat telah meninggalkan beberapa impak terhadap segenap lapisan masyarakat berhubung isu hak asasi manusia. Kerajaan berpendapat SUHAKAM harus terus melaksanakan peranan dan mandatnya ke arah mempertingkatkan kesedaran dan amalan mengenai hak asasi manusia di Malaysia dengan mengambil kira sistem nilai, norma, sejarah, politik, budaya, ekonomi dan sosial masyarakat kita dengan tidak semata-mata menggunakan asas-asas yang dibawa dari luar ataupun sesuai dengan pendekatan luar.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Data' Abdul Aziz dan Yang Berhormat Senator Data' Dr. Chin Fook Weng pada 8 Mei juga mengharapkan kerjasama serantau ASEAN Campur Tiga dapat menyaingi kerjasama serantau seperti NAFTA. Yang Berhormat Senator Data' Abdul Aziz juga berpendapat sepatutnya tiada perbezaan fahaman antara negara-negara ASEAN dan sekitamya dan sekiranya perkara ini wujud tidak akan berlaku sikap Singapura yang tidak sejajar dengan semangat negara-negara ASEAN dalam isu pembentukan EAEC.

Tuan Yang di-Pertua, adalah dimaklumkan bahawa sidang kemuncak tidak rasmi ASEAN Campur Tiga telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1997 buat kali pertamanya dan ianya telah menjadi acara mesyuarat tahunan bagi negara-negara

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

26 DN.15.5.2001

ASEAN Campur Tiga. Kerjasama di bawah ASEAN Campur Tiga telah diperkukuh dan dipertingkatkan lagi semenjak kenyataan bersama kerjasama Asia Timur yang dikeluarkan di sidang kemuncak tidak rasmi ASEAN Campur Tiga di Manila pada tahun 1999.

Kenyataan bersama ini antara lain telah menggariskan agenda jangka panjang strategik bagi kerjasama di rantau Asia Timur. Aspek-aspek kerjasama tersebut merangkumi aspek ekonomi, sosial, kewangan, pembangunan sumber manusia, saintifik dan teknikal, kerjasama pembangunan serta kerjasama politik dan isu-isu rentas sempadan. Semasa sidang kemuncak keempat ASEAN Campur Tiga di Singapura pada bulan November 2000, ketua-ketua negara kerajaan telah bersetuju bahawa Kumpulan Kerja East Asia Study Group dengan izin ditubuhkan bagi mengkaji mekanisme yang akan membolehkan kerjasama di bawah ASEAN Campur Tiga dipereratkan lagi. Sehubungan dengan itu East Asia Study Group dengan izin, telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama di Ho Chin Minh City pada bulan Mac 2001. Mesyuarat tersebut telah menghasilkan rangka kerja khas bagi kumpulan kerja ini.

Tuan Yang di-Pertua, melalui penjelasan di atas jelaslah bahawa kerjasama ASEAN Campur Tiga bukan sahaja terbatas kepada perjanjian perdagangan seperti NAFT A tetapi ianya merangkumi bidang yang lebih luas yang boleh mencakupi bidang­bidang melibatkan sosial, ekonomi, politik dan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama Asia.

Walaupun kerjasama ini masih belum menghasilkan sebarang mekanisme kerjasama yang konkrit pada masa ini tetapi ianya adalah menjadi harapan semua negara anggota yang terlibat supaya objektif kenyataan bersama tersebut dapat dicapai dan seterusnya sebuah masyarakat Asia Timur yang harmoni, makmur dan stabil dapat kita bina dan bentuk dengan berjaya.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan soalan mengenai sikap Singapura dalam pembentukan EAEC. Sukacita saya ingin jelaskan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa tiada sebarang perbincangan dalam mana-mana forum ASEAN pada masa kini yang membincangkan soal pembentukan EAEC. Walau bagaimanapun forum ASEAN Campur Tiga adalah bersamaan dengan forum EAEC yang Malaysia usulkan oleh itu walaupun namanya bukan EAEC tetapi selagi matlamatnya dan isi kandungannya sama dengan EAEC itu tidak menjadi masalah kepada kita dan ianya mempunyai pendekatan dan objektif yang selaras dengan tujuan kita untuk merangkumkan negara-negara Asia Timur sebagai negara yang mempunyai kekuatan untuk mempengaruhi hala tuju dan perkara-perkara yang mempunyai kesan global terhadap negara kita ataupun negara-negara di dalam ASEAN. Bagi kita yang lebih panting ialah matlamat dan tujuan sesuatu perkara atau cita-cita itu dapat kita capai.

Sehubungan dengan ini sepertlmana Ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa di dalam sebuah pertubuhan seperti ASEAN, kita tidak mengharapkan bahawa kita akan mempunyai persetujuan di dalam semua perkara tetapi yang pentingnya ialah di dalam perkara-perkara pokok kita mempunyai persetujuan untuk menunjukkan dengan izin, cohesiveness dan solidarity negara-negara ASEAN. Kita memahami bahawa kita mempunyai latar belakang kadang kala mempunyai perbezaan pendapat di dalam satu perkara sebagai hal yang lumrah namun demikian dalam perkara yang mempunyai kepentingan ASEAN seharusnyalah kita mempunyai pegangan yang sama dan menunjukkan kesatuan di dalam kita mengetengahkan satu perkara yang boleh mendatangkan manfaat kepada negara-negara ASEAN.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tan Seri Datuk Seri Abdullah bin Ayub pada 8 Mei meminta supaya menggunakan cara terbaik dalam hubungan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat. Umpamanya janganlah terlalu mengejek Amerika Syarikat apabila negara kuasa besar tersebut gagal mendapat tempat dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia kerana kita adalah ibarat mentimun manakala Amerika Syarikat ibarat durian sebaliknya beliau mengajak negara supaya menggunakan kepintaran diplomasi dalam menangani hal ini.

Saya mengucapkan terima kasih di atas pandangan dan teguran yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat. Apa yang panting bagi kita ialah kita tidak pemah mengejek dan kita tidak pernah mengata negara yang lebih besar ataupun kuat daripada kita tetapi kita perlu mempunyai maruah dan pendirian yang boleh ditegakkan berasaskan kepada mencapai keadilan, mencapai keseimbangan dalam sistem dan pola dunia pada masa kini.

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 27

Oleh itu amatlah penting sekali bahawa Amerika Syarikat sendiri yang mengamalkan sistem demokrasi memahami sebagaimana yang diperkatakan oleh Menteri Luar Sweden bahawa Amerika tidak boleh berharap untuk duduk selama­lamanya sebagai ahli automatik di dalam Suruhanjaya Hak Asasi dan Amerika Syarikat juga mestilah menerima kemungkinan untuk dikalahkan dalam pemilihan yang dilakukan dengan secara yang demokratik.

Kita akan mengambil apa juga langkah yang perlu untuk menentukan perhubungan kita dengan Amerika Syarikat agar menjadi satu perhubungan yang baik dan sempurna berasaskan kepada maruah dan kedaulatan serta integriti negara kita dan kepentingan yang didorong oleh kepentingan ekonomi dan strategik negara. Oleh itu saya mengucapkan terima kasih dan kita akan sentiasa mengambil kira segala pandangan dan untuk menentukan hubungan diplomatik kita dan hubungan politik kita agar tidak te~ejas walaupun di masa-masa tertentu, kita mempunyai pendapat yang berbeza dengan Amerika.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Date' Abdul Aziz Abdul Rahman juga telah menyarankan supaya ketua-ketua perwakilan kita di Juar negeri mengambil perhatian dan mendampingi pelajar-pelajar dan memberikan laporan sebenar ke atas negara kita di Juar negeri. Saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat memanglah sangat baik. Sebagaimana Yang Berhormat maklum, Kementerian Luar Negeri telah pun melancarkan satu program dipanggil Program Mendampingi Rakyat Malaysia pada tahun 2000 dan telah membelanjakan wang sebanyak RM1.3 juta untuk tujuan tersebut. Tahun ini, sejumlah RM2 juta telah diperuntukkan untuk program tersebut.

Kedutaan-kedutaan kita telah diberikan agihan peruntukan berdasarkan kepada cadangan-cadangan mereka dan kedutaan di negara-negara di mana terdapat pelajar-pelajar Malaysia telah diberikan keutamaan untuk menerima peruntukan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, di dalam Persidangan Ketua-ketua Perwakilan Malaysia di luar negeri pada 3-8 Mei 2001, kami telah turut membincangkan perkara ini secara panjang Iebar dan mendalam seterusnya telah pun membuat keputusan dan ketetapan bahawa ketua-ketua perwakilan Malaysia di luar negeri seharusnya memainkan peranan yang akan mempertingkatkan keaktifan kita secara berterusan bagi mendekati dan juga menyampaikan maklumat-maklumat terkini mengenai Malaysia pada pelajar-pelajar kita di luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Date' Abdul Aziz juga telah menyuarakan bahawa supaya Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Penerangan menggunakan pelobi-pelobi dan firma-firma perhubungan antarabangsa untuk membantu kita dalam mengambil tindakan drastik ke atas serangan media di luar negeri. Cadangan Yang Berhormat itu adalah satu cadangan yang baik yang akan kita kemukakan untuk kita laksanakan mengikut kepentingan dan keperluan Malaysia dan ke~asama di antara Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Penerangan akan sentiasa dijalinkan bagi kepentingan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kita memerlukan sokongan dan ke~asama daripada semua pihak untuk melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab kita. Segala pandangan dan yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat saya mengucapkan terima kasih dan ianya akan digunakan sebagai bahan untuk kita melaksanakan tugas kita dengan sebaik mungkin. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja pada 8-14 Mei 2001 yang telah menyentuh berkenaan bidang tugas Kementerian Luar Negeri. Pandangan bemas yang telah diberikan akan diambil perhatian semasa kita menggubal dasar dan melaksanakan dasar tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih kembali Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid, Menteri Luar Negeri. Sekarang kita beralih pula ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri, dijemput.

12.19 tgh.

Setiausaha Parlimen Kementerlan Perdagangan Antarabangsa dan lndustri [Datuk Fu Ah Kiow]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan mengenai perkara-perkara yang ada hubungkait dengan bidang kuasa

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

28 DN.15.5.2001

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri semasa membahaskan Titah Ucapan Diraja. lzinkan saya memberi jawapan ke atas beberapa perkara dan isu penting yang telah dibangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz Abdul Rahman ingin tahu bagaimana kerajaan menangani penyebaran maklumat-maklumat negatif tentang Malaysia sewaktu misi-misi galakan perdagangan dan pelaburan di luar negara. Memang benar ini telah dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, tetapi risalah tersebut telah setiap kali dapat dielakkan penyebarannya.

Melalui pejabat-pejabat perwakilan Malaysia di luar negara seperti Kedutaan Malaysia, MITI, MIDA dan MATRADE, pihak kerajaan sentiasa memantau penyebaran maklumat yang negatif dan palsu tentang pelaburan di Malaysia. Pejabat-pejabat Malaysia ini juga sentiasa berusaha memberi penjelasan akan kedudukan ekonomi dan dasar-dasar pelaburan Malaysia yang sebenar. Setakat ini, pelabur-pelabur dan peniaga-peniaga yang tulen tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang disebarkan itu.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan AFTA melalui pengurangan tarif semata­mata tidak akan berkesan sekiranya halangan-halangan perdagangan dalam bentuk bukan tarif masih dikekalkan. Piawaian yang tidak seragam adalah salah satu bentuk halangan yang boleh menyukarkan kemasukan produk dan aliran perdagangan di kalangan negara-negara anggota sepertimana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Nor Azah binti Awin.

Menyedari hakikat ini, negara-negara ASEAN telah bersetuju untuk menyelaraskan piawaian bagi produk-produk yang diperdagangkan. Perjanjian Rangka Ke~a ASEAN mengenai Peraturan Pengiktirafan Bersama (ASEAN Framework Agreement on Mutual Recognition Arrangements) MRAs, dengan izin, telah ditandatangani pada tahun 1998 bagi menyediakan panduan, peraturan dan aktiviti ke~asama ke arah pembangunan piawaian di peringkat sektoral.

Sebanyak 20 kumpulan produk telah dikenal pasti untuk tujuan penyelarasan piawaian yang dijangka disiapkan menjelang tahun 2003. tanya meliputi produk-produk yang diperdagangkan secara meluas di kalangan negara-negara ASEAN seperti alat penghawa dingin, peti sejuk, radio, televisyen dan alat-alat ganti televisyen dan radio. Sejumlah 72 piawaian keselamatan dan 10 piawaian lagi telah dikenal pasti bagi produk electromagnetic. Tindakan juga diambil bagi menyelaraskan piawaian sektoral bagi produk-produk elektrikal, kosmetik, farmaseutikal dan makanan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Nor Azah binti Awin ingin tahu apakah langkah-langkah yang diambil kesan daripada pelaksanaan AFTA. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan AFTA akan memanfaatkan industri­industri tempatan melalui pembukaan pasaran. Penyediaan peluang-peluang perniagaan, pengkhususan bidang pengeluaran, perolehan bahan-bahan mentah dengan kos yang lebih rendah serta perkongsian teknologi dan kepakaran. Walau bagaimanapun, pelaksanaan AFTA juga akan mendedahkan industri-industri tempatan kepada persaingan sama ada di pasaran domestik atau di pasaran serantau daripada industrl-industri daripada negara jiran. Oleh itu, industri-industri tempatan perlu mempertingkatkan daya saing mereka menghadapi persaingan yang akan menjadi lebih terbuka.

Dalam hubungan ini, kerajaan sentiasa berusaha membantu dan menyediakan pelbagai insentif kepada industri-industri tempatan bagi meningkatkan daya saing. Bagi membantu industri-industri kecil dan sederhana (IKS) menghadapi persaingan di bawah AFTA, MITI khususnya melalui Perbadanan Pembangunan lndustri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) telah menyediakan pelbagai pakej kewangan termasuk geran dan pinjaman mudah untuk syarikat-syarikat IKS.

MITI juga telah mengambil langkah-langkah bagi memberi kefahaman dan kesedaran pada industri-industri tempatan mengenai peluang dan cabaran-cabaran daripada pelaksanaan sepenuhnya AFTA. lni termasuklah mengadakan sesi penerangan dan menyertai pelbagai sesi taklimat yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan swasta. Daripada Januari 2000 hingga Mei 2001, sebanyak 45 sesi taklimat dan penerangan telah dianjurkan.

Untuk makluman, sehingga kini Malaysia telah memasukkan 96% daripada jumlah produknya ke dalam skim CEPT. Daripada jumlah tersebut, 91.7% telahpun

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 29

mencapai kadar duti import kurang daripada 5% dengan 60% berada pada tahap sitar. Dengan pelaksanaan AFTA setakat ini, temyatalah bahawa industri Malaysia adalah mampu menghadapi persaingan daripada industri-industri dari negara-negara jiran ASEAN. Mengikut rekod kementerian, sehingga ini tiada industri tempatan yang terpaksa ditutup semata-mata akibat terjejas daripada pelaksanaan AFT A.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan kebebasan pergerakan sumber manusia di antara negara ASEAN sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Nor Azah binti Awin, ingin dimaklumkan bahawa AFTA merupakan satu bentuk kerjasama perdagangan yang hanya melibatkan pergerakan produk di antara negara-negara anggota ASEAN. Ia dilaksanakan melalui program pengurangan atau pemansuhan tarif serta penghapusan halangan-halangan perdagangan bukan tarif. AFTA tidak melibatkan pergerakan sumber manusia.

Akhir sekali, Yang Berhormat Hajah Melati binti Ali meminta MITI membantu memasarkan hasil-hasil pertanian negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah menubuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menjalankan tugas memasarkan hasil-hasil pertanian. Walau bagaimanapun, MITI melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga membantu syarikat-syarikat Malaysia memasarkan hasil-hasil pertanian untuk pasaran ke luar negara. Syarikat-syarikat yang berhasrat untuk menerokai pasaran luar negeri boleh memilih program-program galakan perdagangan yang sesuai yang dianjurkan oleh MATRADE setiap tahun. Untuk sepanjang tahun 2001, program-program galakan perdagangan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) 12 rombongan galakan perdagangan dan pelaburan.

(ii) 26 pameran perdagangan antarabangsa.

(iii) 3 pameran perdagangan Malaysia.

(vi) penyertaan dalam "Promotion BoothS' di tujuh pameran.

(v) "In-store promotion".

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada program-program tersebut, syarikat­syarikat pengeksport Malaysia juga dibantu memenuhi permintaan-permintaan perdagangan daripada luar negeri, khidmat nasihat dan latihan pemasaran eksport serta sesi-sesi pertemuan perdagangan antara mereka dengan pembeli luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja penjelasan yang ingin saya berikan terhadap beberapa isu panting yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas segala teguran dan pandangan dan perkara-perkara tersebut akan diambil perhatian sewajarnya. Sekian, terima kasih. .

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Kita jemput Kementerian Kerja Raya.

12.30 tgh.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Tuan Mohamed Khaled bin Haji Nordin]: Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Kerja Raya ketika perbahasan Titah Ucapan Diraja.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ahmad bin Ismail di dalam Dewan ini ada mencadangkan supaya undang-undang berkaitan dengan bekalan air dikaji semula bagi melindungi sumber air di negara ini. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, di bawah Perlembagaan negara kita, air adalah di bawah bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri.

lngin dijelaskan di sini, antara undang-undang yang berkaitan dengan sumber air di negara kita ialah Akta Air 1920 (Semakan Semula 1989) dan Enakmen Bekalan Air 1955 yang diguna pakai oleh hampir semua kerajaan negeri. Undang-undang tersebut memberikan kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri bagi merancang bagi merancang dan membangunkan sumber air untuk keperluan negeri masing-masing. Sehubungan itu, daripada aspek perundangan, bidang kuasa Kerajaan Pusat adalah amat terhad.

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

30 DN.15.5.2001

Tuan Yang di-Pertua, penubuhan Majlis Air Negara pada 29 Jun, 1998 dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merupakan antara inisiatif Kerajaan Pusat bagi mengawal sumber air negara di samping menyelaras usaha-usaha kerjasama perkongsian sumber air di negara ini. Majlis tersebut diurusetiakan oleh Kementerian Kerja Raya dan berperanan merumus Dasar Air Negara serta menasihati Kerajaan Negeri atas pemeliharaan kawalan dan pengwartaan kawasan tadahan air. Majlis Air Negara juga berfungsi menyelaras pelaksanaan semua projek pemindahan air di antara negeri di samping mengumpul serta menyimpan semua maklumat berkenaan dengan sumber air di negara ini.

Pada masa kini, drat polisi air negara telahpun disiapkan dan akan dibentangkan di dalam forum Majlis Air Negara yang akan diadakan dalam sedikit masa lagi. Memandangkan sumber air berkualiti di negara kita adalah terhad dan perlu dikongsi antara negeri-negeri, maka adalah panting penggunaan sumber air di negara kita digunakan dengan cermat serta mengikut keutamaan. Dengan adanya polisi tersebut, pembangunan sumber air negara akan lebih teratur dan berkesan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang berucap mengenai perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Kerja Raya. Bagi perkara-perkara yang tidak sempat dijawab, kementerian saya akan memberi perhatian dan mengambil tindakan susulan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Beralih kepada Kementerian Kesihatan.

12.34tgh.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Tuan S. G. Sothinathan]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan mengucapkan terima kasih di atas pandangan dan teguran yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Ismail berkaitan kawalan terhadap mutu air minuman semasa berucap membahaskan Titah Ucapan Diraja di Dewan yang mulia ini. lzinkan saya memberikan jawapan ke atas teguran-teguran yang telah dibangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan amat bersetuju dengan cadangan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, sejak daripada tahun 1999, Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti akan keperluan ini dan semenjak awal tahun 90-an, telah memulakan langkah-langkah penggubalan akta tersebut yang dikenali sebagai Akta Air Minuman Yang Selamat. Akta ini bertujuan untuk melindungi kesihatan awam dengan memastikan semua sistem bekalan air dikendalikan dan diselenggarakan dengan sempuma untuk mengurangkan risiko pencemaran dan ancaman kesihatan ke atas bekalan air minuman.

Memandangkan air terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan, Kementerian Kesihatan bersama-sama dengan Kerajaan Negeri melalui satu jawatankuasa teknikal mendraf akta telah menyediakan satu drat akta tersebut. Drat tersebut dan berserta dengan ulasan-ulasan daripada kerajaan-kerajaan negeri serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk dipertimbangkan dan diulas selanjutnya. Satu perbincangan telah diadakan antara pegawai daripada Kementerian Kesihatan dan Jabatan Peguam Negara atas perkara ini dan pihak kami sedang menunggu ulasan bertulis daripada Jabatan Peguam Negara.

Setakat ini sahajalah jawapan saya kepada teguran-teguran yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Jika terdapat sebarang teguran yang tidak diberi jawapan di Dewan yang mulia ini, saya suka memberi jaminan bahawa kementerian tetap memberi perhatian yang serius kepada perkara-perkara yang dibangkitkan mengenai Kementerian Kesihatan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Dijemput pula Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.

12.35 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerlan Tanah dan Pembangunan Koperasi [Dr. Robia binti Dato' Kosai): Bismillahir-Rahmanir-Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh. Salam sejahtera.

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 31

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah DiRaja semasa upacara perasmian Penggal Ketiga yang telah menyentuh beberapa perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi terutamanya mengenai FELDA. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan telah pun mengambil langkah segera untuk memberi bantuan khas kepada peneroka sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Nor Azah binti Awin telah bertanyakan sebab-sebab kejatuhan harga minyak sawit. Untuk makluman Yang Berhormat, kejatuhan harga minyak sawit di pasaran dunia adalah disebabkan oleh pengeluaran yang melebihi permintaan. Minyak sawit menghadapi saingan kuat daripada lain-lain jenis minyak sayuran dan lelemak seperti minyak kacang soya dan red seed, dan negara pengguna utama seperti India telah mengurangkan permintaan minyak sawit.

Mengenai fungsi dan masa depan FELDA, untuk makluman Yang Berhormat, kajian berhubung dengan perkara ini sedang dijalankan oleh Unit Penyelaras Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Unit Penyelaras Pelaksanaan akan membentangkan hasil kajian kepada Jemaah Menteri dan sebarang keputusan akan menyentuh fungsi dan peranan baru FELDA.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Chin Fook Weng yang bertanyakan mengenai langkah-langkah kerajaan untuk menggalakkan anak-anak peneroka untuk kembali ke FELDA. Kementerian ini pemah mengatur beberapa langkah bagi menggalakkan anak-anak peneroka mengambil alih ke~a-ke~a ladang terutamanya bagi peneroka yang lanjut usia dan kurang upaya, tetapi kebanyakan daripada mereka kurang berminat. Keadaan ini telah menimbulkan masalah kekurangan tenaga ke~a ladang dan ia terpaksa diatasi dengan menggunakan peke~a-peke~a dari luar rancangan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang minta laluan. Jemput.

Datuk Long bin Jldin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi pihak kementerian ada menyatakan bahawa anak-anak peneroka tidak berminat untuk mengerjakan ladang-ladang yang diserahkan oleh keluarga mereka. Sejak akhir-akhir ini pihak FELDA telah pun memberi hak milik kepada peneroka-peneroka FELDA yang sudah pun mendapat hak milik, anak-anaknya bukan sahaja tidak berminat dan didapati bahawa peneroka-peneroka FELDA sekarang ini sudah pun menjual tanah dan tempat tinggal dan ladang-ladang mereka. Terutama baru-baru ini saya dapat dengar dan lihat sendiri banyak penjualan tanah di kawasan FELDA Keratong dan daripada pihak Kuala Lumpur saya dengar berebut-rebut hendak membeli ladang-ladang FELDA yang ada di Keratong itu. Bagaimana caranya pihak kerajaan untuk memantau perkara ini tidak berlaku? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Jemput.

Dr. Robia binti Dato' Kosal: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Long bin Jidin. Tentang peneroka-peneroka menjual tanah, sebenamya kementerian tidak ada maklumat terperinci siapa yang telah menjual, sebab tiap-tiap peneroka FELDA ini adalah di bawah Group Settlement Act (GSA). Jadi, dalam GSA itu ada sekatan­sekatan tertentu - tak boleh dijual, tak boleh dipecah bahagi, tak boleh ditukar nama dan sebagainya, kecuali dengan persetujuan oleh kerajaan negeri. Jadi, setakat ini kita belum dapat lagi maklumat terperinci. Walau bagaimanapun, kita akan buat kajian tentang ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, nampak ada lagi minta laluan, laris kementerian ini.

Dr. Robia binti Dato' Kosai: Oh, ada banyak peminat hari ini. [Ketawa]

Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita baru sahaja mendengar penjelasan daripada pihak kementerian dengan mengatakan bahawa anak-anak peneroka tidak berminat untuk menyambungkan kesinambungan kerja-ke~a yang dilakukan oleh warga peneroka. Saya ingin memberi sedikit pandangan untuk kongsi bersama bagi memajukan kembali FELDA yang agak hampir

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

32 DN.15.5.2001

tidaklah nak dikatakan usang, tetapi kalau anak-anak mereka tidak menyambung ke~a­ke~a buat mereka, tentulah dia akan menuju kepada keusangan.

Jadi, saya rasa dan saya yakin bahawa ramai daripada anak-anak FELDA, anak-anak peneroka telah mendapat pendidikan dengan bantuan pihak kerajaan. Di sana tentulah sekali lahimya intelek dan profesional daripada kalangan anak-anak FELDA. Apa kata kalau pihak kerajaan membantu dengan memberi alat-alat yang tercanggih dan terkini seperti mana yang diguna pakai di negara-negara Barat, petani­petani mereka, saya yakin insya-AIIah, anak-anak peneroka akan terus melaksanakan ke~a-ke~a yang telah beroperasi oleh kaum keluarga mereka. Terima kasih.

Dr. Robia binti Dato' Kosal: Terima kasih Yang Berhormat Puan Jamilah binti Ibrahim. Saya memang hendak lanjutkan tentang itulah, belum lagi saya jawab. Saya sambung ya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, ramai anak-anak peneroka hasil daripada kerajaan sekarang ini FELDA telah mewujudkan pelbagai pusat latihan.

Jadi, untuk anak-anak peneroka yang dalam program pembangunan pendidikan yang dijalankan untuk mereka ada yang telah berjaya dalam bidang pendidikan. Jadi, mereka ini yang telah berjaya iaitu seramai - bilangan anak-anak peneroka yang be~aya sebagai profesional seperti jurutera, doktor, akauntan, pilot dan pegawai tinggi tentera, polis, eksekutif swasta, usahawan, arkitek, seramai 4,461 orang yang telah be~aya. Mereka ini jangan baliklah, minta maaf cakap. Jadi, yang tinggal itu adalah mereka yang kurang dapat kelulusan tinggi.

Walau bagaimanapun, FELDA mengadakan kemudahan latihan vokasional untuk melengkapkan anak-anak peneroka ini dalam pelbagai bidang kemahiran. Anak peneroka juga berpeluang menjalankan aktiviti ekonomi dengan bimbingan kemudahan tapak dan pinjaman modal daripada FELDA. Jumlah yang profesional tadi saya sudah pusat pengajian tinggi antara 17 hingga 20 tahun. Di sini kita adakan kursus untuk menampung 300 orang peserta semasa. Sijil yang dikeluarkan diperakui oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.

FELDA telah memperuntukkan dari awalnya RM5 juta dan sekarang tahunan FELDA membelanjakan RM3.5 juta untuk mengendalikan pusat-pusat latihan ini. Diharapkan daripada pusat-pusat latihan ini anak-anak peneroka yang telah menjalani kursus ini akan dapat berusaha menjayakan diri mereka sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pertanyaan Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Wang sama ada kementerian mengkaji penglibatan kaum-kaum lain dalam skim FELDA. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa sekarang FELDA telah menempatkan peneroka-peneroka berketurunan bukan Melayu sejak ia mula ditubuhkan. Jumlah penglibatan peneroka kaum Cina dan India dalam rancangan FELDA sehingga kini adalah seperti berikut.

Jumlah keseluruhan peneroka adalah 102,883 orang dan bilangan peneroka kaum Cina ialah 878 orang; bilangan peneroka kaum India adalah 1,118 orang. Bilangan ini adalah berdasarkan asas tahap kemiskinan daif.

Datuk Long bin Jldin: Hendak tambah, berapa ramai peneroka daripada kaum Orang Asli?

Dr. Robia binti Dato' Kosai: [Ketawa] Yang Berhormat, untuk kaum Orang Asli saya tidak dapat dia punya - saya rasa tidak ada. ltu under bumiputera Orang Asli itu. Ya, Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Kementerian ini. .....

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih kerana memberi laluan ...... .

Timbalan Yang di-Pertua: ... cukup laris. Dijemput Dato'.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: ... ya, terima kasih kerana memberi laluan kepada saya. Sungguhpun saya membangkitkan perkara yang dijawab tadi tetapi daripada segi peratusan - tadi ada disebut bilangan penyertaan daripada kaum-kaum lain. Bolehkah Yang Berhormat memberitahu Dewan ini tentang peratusan mereka? Terima kasih.

Dr. Robia bintl Dato' Kosai: Terima kasih Yang Berhormat. Peratusan bilangan peneroka kaum Cina adalah 0.85% dan kaum India 1.08%.

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 33

Sebagaimana kita sedia maklum, mulai 1 Januari 1990 FELDA tidak lagi membangunkan kawasan baru untuk menempatkan peneroka. Langkah ini adalah selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan supaya pengambilan peneroka baru dihentikan. lni kerana kos bagi pembangunan kawasan baru dan kemudahan infrastruktur adalah tinggi. Tumpuan kerajaan pada ketika itu ialah untuk beralih daripada sektor pertanian ke sektor industri.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pertanyaan Ahli Yang Berhormat Senator Puan Hajah Melati binti Ali iaitu mengenai keperluan memasukkan dua nama di dalam hak milik geran FELDA.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi telah pun menjalankan kajian dan juga mengenai perkara tersebut dan juga telah berbincang dengan penerokawati dan GPW di FELDA-FELDA dan cadangan kajian tersebut akan dibawa ke Kabinet tidak lama lagi. Cadangan kajian tersebut ialah untuk memasukkan nama isteri yang meneroka di peringkat awal bersama-sama dengan nama suami. lni bermaksud Akta Tanah Berkelompok 1960 akan dipinda, insya-AIIah.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat di atas perbahasan yang menyentuh mengenai bidang kuasa kementerian ini. Sekiranya ada soalan-soalan atau pandangan-pandangan yang tidak dijawab pada hari ini pihak kementerian akan meneliti dan mengambil perhatian yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, nampaknya setakat ini kementerian Yang Berhormat yang paling laris dengan soalan-soalan. [Ketawa] Kita jemput pula Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

12.50 tgh.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat [Dato' S. Veerasingam]: Tuan Yang di-Pertua, terutama sekali kementerian mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja dan yang telah menyentuh mengenai Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Khoo Lay Hin mencadangkan agar kerajaan menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet untuk mengkaji perkara berkaitan hubungan kaum, manakala Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng mencadangkan supaya diadakan Majlis Perpaduan Negara bagi mengatasi masalah perpaduan. Sementara itu Yang Berhormat Datuk Christina Tibok Vanhouten mencadangkan agar Panel Penasihat Perpaduan Negara menjadi lebih proaktif dan dicadangkan agar semua ketua setiausaha kementerian dilantik sebagai ahli panel.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Panel Penasihat Perpaduan Negara yang ditubuhkan di bawah Peraturan-peraturan Perlu 1970 adalah sebuah badan bebas yang berfungsi untuk membicarakan isu-isu perpaduan secara serius dan terus terang. Panel yang bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun ini sentiasa berusaha mencari jalan untuk meningkatkan tahap perpaduan dan integrasi nasional.

Pelbagai perakuan dan cadangan telah dipersetujui untuk dikemukakan kepada kerajaan termasuk isu-isu pendidikan dan integrasi nasional serta mengemukakan cadangan kepada kementerian dan jabatan mengenai aktiviti-aktiviti dan program serta strategi yang harus dilakukan bagi mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional, isu-isu agama berhubung kaum dan pelbagai isu lain yang berkaitan dengan perpaduan turut dibincangkan. Sebagai maklumat, Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara Bil. 1 Tahun 2001, yang diadakan pada 24 April 2001 telah bersetuju untuk mempertingkatkan fungsi Badan ini dan menjadikannya lebih proaktif.

Keputusan telah dibuat untuk tidak membataskan fungsi panel hanya sebagai Badan Penasihat sahaja. Panel akan menjadi lebih action oriented dengan penubuhan Iapan Jawatankuasa Kerja mengikut bidang-bidang tertentu dalam usaha untuk

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

34 DN.15.5.2001

meningkatkan keberkesanan panel. Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Pengurusan Krisis, Jawatankuasa Media Massa dan Maklumat, Jawatankuasa Promosi dan Seranta, Jawatankuasa Pendidikan, Jawatankuasa Setinggan dan Perumahan, Jawatankuasa Penilaian, Penyelidikan dan Pembangunan, Jawatankuasa Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Nilai-nilai Mumi.

Daripada segi keahlian, selain dianggotai oleh ahli-ahli individu, ahli akademik, NGOs, setiausaha kerajaan negeri, panel turut dianggotai oleh ketua setiausaha kementerian-kementerian yang berkaitan iaitu Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Penerangan, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat perkara-perkara yang berkaitan dengan kementerian-kementerian lain, wakil kementerian tersebut akan dipanggil sebagai pakar rujuk. Oleh yang demikian, kementerian berpendapat adalah tidak perlu ditubuhkan sebuah Badan lain untuk menjalankan fungsi yang telah pun dilaksanakan oleh panel.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk William Lau Kung Hui dan Yang Berhormat Puan See Too Mee memohon penjelasan sama ada kejadian di Kampung Madan berpunca daripada kurangnya interaksi antara kaum dan apakah kesannya sekiranya konflik seperti ini masih berlaku. Sementara itu Yang Berhormat Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan dan Yang Berhormat Tuan M. Ratnam mencadangkan agar Jabatan Perpaduan Negara menyediakan satu program khas yang boleh memupuk semangat perpaduan dan mengadakan pelbagai aktiviti dan gerak ke~a yang dapat meningkatkan jati diri rakyat.

Sehubungan dengan itu juga Yang Berhormat Tuan Haji Karim bin Salleh mencadangkan agar kerajaan terus berusaha agar seluruh rakyat dapat menjauhi segala gejala yang boleh membawa kepada perpecahan dan berpegang kepada nilai­nilai murni seperti kasih sayang, hormat menghormati dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa sedar tentang kepentingan pemupukan semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, perpaduan menjadi agenda utama setiap dasar kerajaan. Oleh yang demikian kementerian sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan persefahaman, toleransi dan semangat ke~asama antara semua kaum di negara ini kerana perselisihan faham bukan sahaja berlaku antara satu kaum dengan kaum yang lain, malahan antara sesama kaum itu sendiri.

Sekiranya tidak dibendung dan diselesaikan dengan segera, pasti akan menimbulkan perpecahan dan pergaduhan. Oleh yang demikian, kita tidak ingin kejadian seperti di Kampung Madan berulang buat kali yang kedua kerana selain menggugat keharmonian negara ia turut menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara dan seterusnya membantutkan pembangunan.

Sesungguhnya kementerian melalui Jabatan Perpaduan Negara sentiasa menganjurkan program-program berasaskan pemupukan perpaduan dan integrasi nasional serta pemupukan jati diri rakyat. Antara program tersebut termasuk Tabika Perpaduan, Kern Padu Jaya Diri, Sambutan Hari Perpaduan, Motothon Perpaduan, Program lntegrasi dan sebagainya.

Sementara itu melalui Rukun T etangga, pelbagai program dianjurkan yang melibatkan semua peringkat iaitu Tunas Jiran, Jiran Muda, Jiran Tetangga, Jiran Usia Emas bagi warga tua dan sebagainya. Pemupukan semangat perpaduan dan nilai-nilai mumi ini telah dimulakan di peringkat tabika dan prasekolah dengan melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus ke arah pembinaan semangat ke~asama, tolak ansur dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Christina Tibok Vanhouten mencadangkan agar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dapat bekerjasama dengan lebih erat dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha menerapkan nilai-nilai perpaduan yang lebih mendalam kepada kanak-kanak, sementara itu Yang Berhormat Tuan Abdillah bin Abdul Rahim mencadangkan agar diadakan kajian oleh institusi pengajian tinggi mengenai tahap perpaduan di negara ini dan jangkaan pada masa hadapan.

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 35

Tuan Yang di-Pertua, ke~asama di antara Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dengan Kementerian Pendidikan memang telah dijalinkan. Sebagaimana yang telah dimaklumkan terdahulu, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan merupakan salah seorang ahli panel yang dilantik. Justeru, segala perkara yang berkaitan dengan pendidikan daripada segi kurikulum dan sebagainya dapat dibincangkan bersama-sama. Penubuhan Jawatankuasa Pendidikan di bawah panel akan dapat mengeratkan lagi ke~asama ini.

Pakar runding yang dilantik oleh kementerian pemah menjalankan satu kajian mengukur tahap perpaduan negara. Kementerian melalui Jawatankuasa Ke~a Panel mengenai penilaian pembangunan dan kajian akan menilai semula maksudnya yang dicadangkan dan seterusnya beke~asama dengan institusi pengajian tinggi untuk mengukur tahap perpaduan negara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk William Lau Kung Hui mencadangkan agar diadakan hari sembahyang, satu hari dalam setahun yang melibatkan semua penganut agama di negara ini akan menjadi hari perundingan dan bermaaf-maafan. Menurut Yang Berhormat tersebut, sekiranya semua kumpulan agama bersetuju bersembahyang memohon keamanan dan perdamaian mengikut cara masing-masing pada hari tersebut, maka ia akan dapat melahirkan perasaan tolak ansur di dalam masyarakat dalam jangka masa panjang. Tuan Yang di-Pertua, kementerian merasakan perkara ini perlu dikaji dengan lebih teliti dan mendalam sebelum sesuatu keputusan dapat diambil.

Yang Berhormat Puan Chew Poh Thoi meminta penjelasan sama ada Program Promosi Perpaduan yang dijalankan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan aktiviti di bawah Rukun Tetangga seperti Jiran Muda masih lagi dijalankan dan bagaimanakah sambutan dan kesannya.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat melalui Jabatan Perpaduan Negara sedang dan akan meneruskan pelaksanaan program-program promosi perpaduan, program-program ini akan diperkemas berdasarkan maklum balas dan pandangan daripada peserta-peserta. Antara program-program yang dilaksanakan ialah Sambutan Hari Perpaduan pada 16 September tiap-tiap tahun, Sayembara Cerpen Remaja Perpaduan, Pertandingan Fotografi Perpaduan, Kuiz Bina Bangsa, Tabika Rama Perpaduan, Kem Padu Jaya Diri, Kempen Kibar Bandera, lawatan integrasi, Sebumbung Bersama Keluarga Angkat, Titian Emas, Motothon Perpaduan dan Program Orientasi Pegawai-pegawai Semenanjung yang bertukar ke Sabah dan Sarawak.

Selain daripada itu Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sentiasa berusaha melibatkan semua peringkat seperti jiran muda, tunas jiran, jiran tetangga dan jiran usia emas dalam merancang dan melaksanakan aktiviti­aktivitinya. Melalui aktiviti-aktiviti seperti ini selain daripada dapat merapatkan hubungan dan ke~asama antara satu kaum dengan kaum yang lain, ianya turut meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai budaya, adat resam dan cara hidup kaum-kaum lain.

Aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dapat melahirkan semangat toleransi dan tolong menolong antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama, pangkat dan sebagainya. Sementara itu aktiviti seperti Tabika Rama Perpaduan dapat memupuk semangat perpaduan dalam diri di peringkat kanak-kanak lagi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ustaz Hassan bin Haji Shukri meminta agar jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat tempatan seperti Jawatankuasa Rukun Tetangga memberi laluan kepada ahli-ahli politik turut menyertai jawatankuasa tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat, jawatankuasa-jawatankuasa seperti Rukun Tetangga tidak menghalang sesiapa yang berkebolehan untuk menyumbang khidmat bakti sukarela dalam soal memantapkan lagi perpaduan, cuma yang tidak digalakkan ialah apabila seseorang Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga menggunakan jawatankuasa tersebut untuk kepentingan diri sendiri atau sebagai medan untuk mempe~uangkan pegangan atau kefahaman politiknya. Sekian. Terima kasih.

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

36 DN.15.5.2001

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat kerana tepat pada waktunya. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.

Mesyuarat ditempohkan pada puku/1.00 tengah harl.

Mesyuarat disambung semu/a pada pukul 2.30 petang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Kementerian Penerangan untuk menjawab.

2.32 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan [Datuk Zainudin bin Maidin]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh beberapa perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Penerangan semasa membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz Abdul Rahman telah mencadangkan supaya diwujudkan kerjasama di antara Kementerian Penerangan dan Kementerian Luar Negeri bagi mengatasi masalah penyebaran maklumat yang salah tentang keadaan politik negara sama ada di dalam dan di luar negara.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Penerangan dan Kementerian Luar Negeri sudah pun menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bersama berikutan satu mesyuarat di peringkat pegawai antara kedua-dua kementerian yang diadakan pada 16 Februari 2001 diikuti dengan mesyuarat peringkat negeri pada 22 Februari 2001. Jawatankuasa tersebut telah merumuskan untuk mengambil beberapa tindakan secara bersepadu untuk menangani masalah imej negara. Mesyuarat-mesyuarat susulan akan diadakan di antara kedua-dua kementerian ini dari masa ke semasa.

Dalam konteks ini jawatankuasa khas tersebut bersetuju supaya Kementerian Penerangan menyediakan garis panduan dan jawapan untuk disalurkan ke Perwakilan­Perwakilan Malaysia di luar negara. lni akan dilaksanakan menerusi pusat operasi maklumat yang diwujudkan di Kementerian Penerangan bagi memantau isu-isu semasa yang ditimbulkan oleh media asing termasuk melalui Internet.

Satu pendekatan yang telah diambil ialah meningkatkan interaksi dengan wakil-wakil media asing sama ada yang berpangkalan di Malaysia mahupun dengan wartawan-wartawan dan editor-editor akhbar media di beberapa buah ibu negara di luar negara di mana mendapat tumpuan atau fokus terhadap isu-isu semasa yang sering mendapat kritikan dan perhatian.

Seterusnya wakil-wakil media asing akan diberi taklimat dan penjelasan mengenai perkembangan-perkembangan terkini secara yang lebih konsisten. Wartawan-wartawan asing juga diberi peluang untuk menemui para pemimpin kerajaan untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan-perkembangan terkini mengenai dasar-dasar kerajaan. Dengan ini mereka tidak lagi terdedah kepada pandangan dan persepsi yang berat sebelah bagi menjamin laporan yang dihasilkan itu lebih seimbang dan mencerminkan keadaan sebenar negara kita.

Datuk Long bin Jidin: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang minta laluan.

Datuk Long bin Jidin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita dengar tadi pihak Kementerian Penerangan telah melaksanakan pelbagai cara untuk menyebarkan pelbagai maklumat tetapi sebenamya sejak akhir-akhir ini kita dapati bahawa banyak cerita ataupun berita di peringkat antarabangsa mengutuk ataupun memberi maklumat yang salah tentang negara kita. Jadi, apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh kementerian yang sukar sangat bagi meyakinkan media-media asing ini terhadap penjelasan yang sentiasa diberikan oleh pihak kerajaan. Di samping itu, adakah mereka ini mempunyai agenda-agenda tertentu terhadap negara kita. Sekian, terima kasih.

Datuk Zainudin bin Maidln: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ingin menyatakan bahawa masalah-masalah ini disukarkan oleh kerana kebanyakan wartawan asing adalah terdidik dan terbentuk dalam persepsi demokrasi di

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 37

negara mereka sendiri iaitu melihat demokrasi itu dari kaca mata Barat yang sukar untuk kita meminda minda mereka dengan serta-merta.

Kalau kita pun akan berkeadaan demikian iaitu bahawa ukuran demokrasi itu dari segi human rights, dari segi demonstrasi dan sebagainya adalah mengikut persepsi Barat itu sendiri yang mungkin kita tidak salah tetapi apabila pandangan yang sama juga dihadapkan kepada kita dan cuba membina dan membangunkan nilai-nilai kita sendiri dengan keyakinan bahawa nilai kita itu telah memberikan kestabilan, kemakmuran dan kemantapan hidup kepada rakyat, maka kita yakin kepada demokrasi kita tetapi mereka terus datang dan melihat ini sebagai satu kesilapan.

Hal ini adalah jelas kalau kita mengatakan agenda apa yang saya lihat. Umpamanya, saya ingin memerhatikannya dari awal lagi apabila berlaku serangan terhadap ekonomi kita. Saya mempunyai keratan-keratan akhbar untuk kajian dan study melihat behaviour of, maaf Tuan Yang di-Pertua, behaviour atau kelakuan semua media asing. Umpamanya, pada mula-mula attack itu berlaku, yang dikeluarkan sebuah rencana dalam Herald Tribune, kalau saya tidak dapat ingat iaitu mengatakan bahawa apa yang berlaku apabila mereka berjaya mengganggu-gugat ekonomi di rantau ini ialah mereka mengatakan bahawa terbukti bahawa yang kuat bukanlah nilai­nilai Timur itu atau nilai-nilai yang ingin dibentuk oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad ataupun Lee Kuan Yew- tidak, mereka menafikan.

Yang pertama sekali ialah mereka menafikan nilai kita. Mereka tidak boleh menerima nilai kita sebagai satu nilai yang membawa kepada kejayaan tetapi ialah nilai-nilai demokrasi yang disadurkan dengan demonstrasi dan sebagainya itulah nilai yang akan berjaya. Mereka telah berjaya menerusi nilai itu tetapi mereka cuba untuk memberikan, memaksakan kepada kita untuk menerima nilai ini dan kita tolak tetapi rencana itu juga mengatakan apa yang sebenamya kejayaan kita, kejayaan Singapura, kejayaan Malaysia, kejayaan ASEAN ialah kerana the solid capitalisme iaitu dasar kapitalisme yang kukuh, yang telah memantapkan keadaan di negara ini.

Jadi, adalah jelas apabila mereka menyerang kita yang lebih jelas lagi ialah kolektif. Kalau kita membaca Asia Magazine, kita membaca Newsweek, kita membaca Times, kita membaca Herald Tribune, kita membaca Wall Street Journal, the attack, serangan itu adalah collective, tidak berbeza langsung. Bagaimanakah datangnya satu collective attack yang begini, kalau tidak ada suatu agenda untuk memaksa nilai Barat - nilai-nilai yang tidak diterima kepada kita. lni adalah suatu bukti bahawa ini terbukti dan hal ini tambah disukarkan oleh kerana komplot politik dalam negara yang juga menampakkan sokongan kepada penerapan, kepada serangan Barat ke atas kita.

Hal ini adalah satu hal yang menyedihkan, yang unfortunate, yang oleh kerana masing-masing ada kepentingan politik kita memejamkan mata terhadap apa matlamat, apakah sebenarnya matlamat agenda Barat ke atas kita. Masing-masing tidak sanggup untuk mengetepikan kepentingan politik tetapi lebih menampakkan ke arah kuasa politik, maka itu bahaya yang lebih besar ke atas agama, ke atas bangsa dan sebagainya tidak dipedulikan. Mereka sanggup menjadi alat kepada agenda asing apabila AI-Gore datang ke sini mereka juga menyokong dan sebagainya.

Hal ini adalah amat menyedihkan oleh kerana kita tidak nampak arah tuju perjuangan kita yang sebenar dan kita kalau sekiranya keadaan ini berterusan maka kita semuanya akan hancur dan menyembah kaki Barat seperti mana apa yang berlaku di Indonesia, Filipina dan sebagainya. lnilah yang kita paling takuti iaitu suatu masa dulu, lndonesialah yang paling besar yang mengatakan berdiri atas kaki sendiri, tegak atas kaki sendiri tetapi akhimya sekarang menyembah kaki Barat, boleh ditunjuk-ajar. Demikian juga Filipina kalau Amerika tidak bersetuju dijatuhkan pemimpinnya dan sebagainya.

Dari satu ke satu, siapakah lagi yang ada? Siapakah lagi yang ada sekarang? Kerana itu, maka Mahathir akan terus menjadi matlamat, mesti dihancurkan, mesti dijatuhkan sebab AI-Gore jatuh, Estrada jatuh, Camdessus jatuh tercemar, Habibie jatuh. Yang masih stand tall, tegak berdiri ialah Mahathir. Maka itu matlamat mereka mesti menghancurkan, inilah penghalang besar. Maka itu kita melihat satu agenda yang kolektif, yang bersama yang tidak akan putus-putus dan akan terus mendapat sokongan daripada parti-parti pembangkang di sini.

Dato' Abdul Azlz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya pun bersetuju sangatlah dengan apa yang dinyatakan oleh Kementerian Penerangan tetapi

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

38 DN.15.5.2001

yang menghairankan saya dan saya meminta penjelasan daripada Kementerian Penerangan.Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, saya tengok Berita dalam RTM sendiri ada mengatakan tohmahan yang paling besar terhadap pucuk pimpinan kita Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan, ini mungkin daripada parti pembangkang lah ini, yang mengatakan bahawasanya penubuhan Universiti Islam Antarabangsa bukannya diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Sampai begitu sekali, sampai mengatakan Profesor Rektomya sendiri sekarang ini ialah pembohong besar dan patut diberhentikan dan pelbagai percubaan telah dibuat bagi menafikan bahawasanya pembentukan Universiti Islam adalah dicetuskan oleh Perdana Menteri kita Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan mereka ingin mengalih bahawasanya itu tidak ada kaitan langsung dengan Perdana Menteri bahkan, orang lain yang mengasaskan.

Jadi, saya amat terkejut dengan perkara ini dan bagaimanakah pandangan kementerian, apakah cara-caranya dan siapakah sebenamya yang memutarbelitkan fakta-fakta ini sehinggakan banyak yang merasa penuh kecurigaan terhadap isu ini. Terima kasih.

Datuk Zainudin bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, sebenamya secara kebetulan saya sendiri telah membaca Suara PAS keluaran yang, bukan yang terakhir, yang sebelum ini yang menyebabkan saya merasa cukup sedih iaitu sebuah tulisan dalam Harakah meminta supaya Rektor Universiti Islam UIA, seorang intelektual yang terkemuka, dihormati, paling tinggi mempunyai kelayakan yang paling tinggi dan dia dikagumi kerana boleh, walaupun dia adalah merupakan seorang English educated tetapi akhimya dapat menguasai bahasa Arab yang mengkagumkan. Beliau ialah Profesor Kamal Hassan dan dalam Suara PAS ini, sebuah tulisan mengatakan meminta supaya Profesor Kamal Hassan meletakkan jawatan kerana telah melakukan suatu jenayah mengiktiraf Mahathir sebagai pengasas Universiti Islam.

Dan kita telah menyiarkan, semalam kita telah menyiarkan permintaan ini, apa yang diminta oleh PAS itu kita siarkan dalam Berita Perdana pukul 8.00 malam tadi, PAS meminta Rektor Universiti Islam Profesor Kamal Hasan meletakkan jawatan kerana mengiktiraf Dr. Mahathir sebagai pengasas. Hal ini bukanlah suatu pembohongan. Hal ini adalah suatu yang telah kita jelaskan telah diketahui oleh umum bahawa Menteri Pelajaran ketika itu Dato' Sulaiman Daud sendiri telah dipanggil, telah diminta oleh Dato' Seri Dr. Mahathir untuk memanggil Kamal Hasan dan juga IKIM, Profesor Dr. Ismail untuk merumuskan dan membuat satu pelan bagi pembangunan universiti dan setelah mendapat restu daripada OIC maka universiti ini dibangunkan.

Tetapi apakah asas untuk mengatakan orang lain sebagai suatu pengasas universiti ini, ialah kerana adanya suatu seminar membuat keputusan dan bukan seminar itu membuat suatu keputusan, banyak seminar yang telah dibuat oleh Kongres Melayu dan sebagainya telah pun membuat keputusan, sebagai sebuah Universiti Islam dibangunkan.

Tetapi atas asas itu mengatakan orang lain yang membangunkan universiti ini dan ini telah diakui oleh Profesor Rektor Pertama Universiti Islam iaitu Profesor Rawof telah membuat interview dengan RTM sendiri, ada videonya, ada tapenya boleh didengar, Mahathir adalah pengasasnya pada tahun 1982. Tetapi atas asas ini yang sungguhpun telah diterangkan Profesor Kamal Hasan adakah seorang intelektual yang mempunyai integriti yang begitu tinggi, yang dihormati, yang tulisannya saya kagumkan, yang kita kagumkan, adakah ia berbohong?

Dan saya hairan kenapakah suara PAS sanggup meletakkan membuat hal ini di atas pembohongan, kenapa, sebuah parti Islam. Kenapa? Sampai begitukah untuk mencari pengaruh sehingga perkara-perkara yang tidak benar pun cuba dibenarkan, maka itu kita dedahkan. Kita dedahkan, kita ambil, kita akan terus mendedahkan. Untuk menjawab masalah-masalah ini dan saya rasa apa yang telah dilakukan oleh suara PAS itu dalam keluarannya yang terakhir ini adalah suatu penghinaan terhadap seorang intelektual Melayu yang paling dihormati.

lnilah kita berjuang biarlah berbatas-batas, kita melangkah biarlah melihat-lihat supaya kita dihormati dan saya tidak fikir bahawa itu suatu pembohongan. Kita telah lakukan apa yang patut kita lakukan dan kita akan mendedahkan satu demi satu pembohongan, RTM akan melakukan ini. RTM akan melakukan pendedahan satu

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 39

demi satu setiap pembohongan dan kita akan berani untuk menghadapi rakyat dalam soal ini.

Sekarang saya kembali kepada soal penggulungan ucapan saya tadi iaitu dalam soal hubungan kita dengan wartawan-wartawan dari luar negara. Dan saya suka juga bahawa dalam pada itu, yang juga masalah yang kita hadapi ialah tentang para journalist iaitu wartawan-wartawan yang datang daripada luar negara sehari, dua kemudian telah belajar, telah menjadi seorang yang paling pandai, sudah mengetahui segala-galanya mereka juga ini menjadi suatu masalah.

Di samping itu, kita juga meneruskan peranan kita iaitu mendekatkan dengan para journalist dan kita telah tidaklah semua journalist wartawan-wartawan luar negara yang telah memusuhi kita, umpamanya yang terbaru yang telah disiarkan dalam Straits Times iaitu satu tulisan daripada wartawan Bloomburg - Patrick Smith yang mengatakan dalam Mingguan Malaysia dan dalam Straits Times dan saya rasa dalam Star pun ada, yang harus juga dijadikan sebagai satu contoh bahawa tidak semua wartawan-wartawan luar negara memandang sepi terhadap perubahan-perubahan dan juga pencapaian-pencapaian yang kita lakukan.

Tetapi adalah menarik, saya minta izin Tuan Yang di-Pertua, untuk membaca sedikit daripada apa yang ditulis oleh Patrick Smith iaitu katanya, saya fikir kita semua masih ingat tarikh 1 September 1998, setahun lebih selepas krisis kewangan Asia melanda pada hari tersebut Malaysia menguatkuasakan langkah-langkah kawalan yang modal terpilih ke atas dana spekulasi yang dilaburkan di pasaran saham tempatan.

Kita patut meluangkan sedikit masa untuk merenungkan perkembangan dalam tempoh yang getir itu. Saya membaca ini adalah untuk memberikan bukti kepada tentang adanya juga sokongan daripada wartawan-wartawan luar negara terhadap kita dan simpati terhadap masalah yang kita hadapi.

Minggu lepas menurutnya lagi, Kuala Lumpur mengumumkan keputusan menarik balik langkah terakhir kawalan tersebut secara terus terang, saya mengatakan bahawa saya terkejut. Saya terkejut kerana bangunan di ibu negara Malaysia tidak bertukar menjadi pondok-pondok buruk, beratap rumbia dan bertiang kayu sahaja. Saya terkejut kerana kebanyakan rakyat Malaysia pula tidak hidup melarat tinggal di atas rakit di Laut China Selatan. Sebenarnya itulah yang diramalkan oleh pakar-pakar ideologi di Washington bersama kebanyakan tokoh-tokoh bank dan pakar-pakar pemikir di syarikat-syarikat broker apabila Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi sasaran kecaman semua pihak mengambil langka-langkah luar biasa itu, di manakah mereka semua sekarang.

Saya fikir semua terdiam selepas Malaysia mengumumkan pada 13 Mei lalu bahawa langkah terakhir kawalan tersebut telah ditarik balik, di manakah contohnya Credit Lioness Securities yang meramalkan ketika itu bahawa Malaysia tidak lama lagi akan menjadi tempat di mana segala pelaburan akan lebur, malah di manakah Pengerusi Reserve Persekutuan Amerika Syarikat, Allan Greenspans dengan nada serius yang dibuat-buat, beliau meramalkan penurunan mendadak pelaburan asing yang baru ke Malaysia pada masa depan.

Daripada ucapan yang sama berikutnya ialah satu lagi ramalan beliau, Malaysia dan mana-mana negara lain yang cuba mengambil langkah demikian akan terus dilanda kemelut dengan mengalami tarat hidup di bawah paras optimum dan kadar pertumbuhan lembab yang dikaitkan dengan teknologi usang. Ramalan-ramalan seperti itu seharusnya menyebabkan menteri-menteri kewangan Asia Tenggara menggeletar lutut kerana ketakutan, itu yang sepatutnya terjadi. Tetapi sekarang apa sudah jadi. Semua pihak membisu seribu bahasa. lnilah kenyataan, kita takut untuk menerima hakikat ini, kita telah diabui oleh mata lebam, kita menutup kepada hakikat dan kita semua menjadi tamak dalam soal politik tanpa menghiraukan pencapaian­pencapaian yang kita telah dapat dan kita telah capai. lnilah masalah yang kita hadapi sekarang.

Datuk Haji Karim Ghani: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Bila saya di Kuala Lumpur selalu berjalan-jalan, meminta sedikit penjelasan. Bila berjalan di Chow Kit Road, di Masjid India dan di lorong-lorong, di situ saya nampak banyak akhbar­akhbar, tabloid dan buku menghentam kerajaan, mungkin lebih banyak daripada tulisan-tulisan yang menyokong kerajaan.

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

40 DN.15.5.2001

lni dengan sendirinya membuktikan bahawa di Malaysia, kita demokrasi. Kalau di negara-negara lain, kalau ada hentaman begitu, orang yang menulis, bukan sahaja orang yang menulis, bukan sahaja akhbamya, semuanya sudah hilang. Dakwaan yang kononnya kita kuku besi, kita itu, kita ini, semata-mata dakyah politik untuk mengelirukan bukan sahaja rakyat di negara ini, tetapi rakyat di negara lain.

Saya minta sedikit penjelasan, berapa banyakkah buku serupa buku tabloid, tulisan-tulisan dan akhbar-akhbar seperti ini dibandingkan dengan akhbar-akhbar yang pro kerajaan dan kenapakah boleh berlaku kalau keadaan kita benar-benar tidak demokrasi atau kuku besi. Bolehkah Yang Berhormat Datuk terangkan sedikit.

Datuk Zainudin bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu sama ada ini akan diambil sebagai suatu contoh demokrasi ataupun keluaran demokrasi. Saya bagi saya sendiri, saya tidak begitu gusar dengan percambahan bahan-bahan yang seumpama ini, saya ingat lama kelamaan orang semakin sedar dan saya percaya saya terus sebagai personally saya percaya kepada sikap rakyat Malaysia yang rasional.

Pada ketika-ketikanya manusia akan percaya, di dalam krisis manusia akan percaya kepada apa juga yang disebarkan. Umpamanya, dari pengalaman saya semasa menghadapi 13 Mei, saya terus percaya kepada khabar-khabar angin, demikian juga apabila kita menghadapi peristiwa Oktober 1998 di mana di dalam keadaan-keadaan tertentu kerajaan terpaksa menekan the flow of the information, terpaksa menapis dan sebagainya supaya tidak menjadi gawat.

Maka ketika itu manusia akan percaya kepada khabar angin, maka pada ketika itu juga, ketika itu barulah kemunculan siber, kemunculan lama web dan sebagainya, pada ketika itu, maka terus menerus orang berpegang dan orang percaya kepada semua ini. Tetapi akhirnya sekarang bagaimana. Manusia Malaysia tetap rasional, setelah pembohongan demi pembohongan dilayarkan menerusi Iaman web, setelah pembohongan demi pembohongan dilayarkan oleh segala majalah yang bercambah di Chow Kit Road, orang sudah tidak memandang serius lagi, orang kembali kepada media yang konvensional, orang kembali mendengar televisyen, orang kembali mendengar RTM, orang kembali kepada akhbar-akhbar biasa, pasaran akhbar terus meningkat, boleh kita melihat sendiri, bukan suatu pembohongan, orang kembali kepada media-media yang benar, yang berwibawa, yang berkredibiliti, yang ada authoriti, yang boleh diambil tindakan sekiranya menyiarkan pembohongan.

Jadi, kita tidak harus gusar dengan segala media-media yang dianggap sebagai sampah, barangkali, itu akan jadi sampah akhirnya, sebab orang kembali. Umpamanya, saya mendapat tahu figure yang terakhir daripada pasaran akhbar, umpamanya Mingguan Malaysia 600,000 lebih sekarang, meningkat sehingga tidak sanggup, lebih mahal untuk mencetaknya, dan percetakannya harus dikurangkan kerana pesanan yang begitu hebat. Ertinya orang kembali, orang Malaysia yang rasional, terpelajar, kebanyakannya orang yang terpelajar ini mereka tidak akan terus terbawa dalam arus sentimen yang tidak bertepi.

ltu adalah hakikatnya, pembohongan boleh dibuat sekali, tetapi kalau selalu hari-hari dibohong dan biarlah perkara ini bercambah dan akhimya manusia akan melihat di mana yang benar dan di mana yang tidak benar, biar bercambah dalam market.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi sedikit laluan untuk mendapat sedikit penjelasan. Kalau kita bersikap kita biarkan sedemikian sahaja dan tidak mengambil tindakan yang proaktif untuk menjelaskan sesuatu keadaan, adakah kalau kita tunggu sehingga kebenaran itu akan diketahui satu hari nanti, adakah kita terlalu lambat dalam memberi maklum balas tentang apa yang sebenamya berlaku.

Saya bimbang kalau kementerian mengambil sikap bahawa itu adalah satu yang tidak benar, kita biarkan dan satu hari nanti maka kebenaran akan wujud dan semua pihak akan tahu, adakah kalau kita bersikap demikian itu adalah satu yang tidak akan menyenangkan? Terima kasih.

Datuk Zainudln bin Maldin: Tuan Yang di-Pertua, kita tidak membiarkan, kita menjawab, kita memberikan penerangan dan juga menjelaskan perkara-perkara yang tidak benar. Bukan maknanya apabila saya mengatakan bahawa kita membiarkan pemasaran majalah semuanya itu, maka kita tidak memberikan penjelasan, kita turut membuat penjelasan. Dari masa ke semasa kita memberikan penjelasan dan saya

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 41

tetap percaya bahawa dengan adanya media-media yang berwibawa, media-media yang berasaskan kepada profesionalisme, standard journalism yang tinggi, maka insya­AIIah orang akan percaya.

Kalau kita juga ikut dalam arus seperti ini maka nilai-nilai kualiti etika kehidupan masyarakat Malaysia akan hancur, media-media negara haruslah tetap berpegang kepada kualiti yang telah kita bina daripada sejak awal kemerdekaan sehingga hari ini tidak menyiarkan pembohongan, bias - saya akui bias tetapi tidak menyiarkan pembohongan, tidak membuat berita-berita palsu, tidak mengadakan perkara yang tidak ada, tidak mengatakan umpamanya, rumah Perdana Menteri itu dikatakan sebagai mahligai, kalau istana- istanalah, kalau mahligai- mahligailah, kalau rumah - rumahlah. Kita tidak akan kelirukan, media Perdana tidak akan melakukan demikian. Kalau rumah dikatakan rumah, kalau istana dikatakan istana, kalau mahligai dikatakan mahligai.

Jadi, itu pembohongan, jadi kita biarkanlah. Tetapi kita harus memberikan kalau yang kita katakan mahligai, mahligailah. Jadi, inilah kualiti, inilah etika yang terus dipegang, sebab apa, akhbar-akhbar media yang ada sekarang ini ataupun RTM, TV3 mereka tidak boleh menyiarkan sembarangan, sebab orang ramai boleh mengambil tindakan mahkamah, kalau kita berbohong orang ramai boleh mengambil tindakan mahkamah, tetapi kepada media picisan, media murah siapa yang hendak mengambil tindakan, berapa sen yang boleh dapat. Jadi, itulah hakikat yang sebenar, kita tidak mendiamkan diri dan kita terus memberikan kenyataan-kenyataan yang benar, penjelasan dari masa ke semasa.

Saya ingin meneruskan, mungkin saya telah terlalu panjang mengambil masa, saya ingin meneruskan jawapan tadi, iaitu tentang peranan Bernama. Peranan Bernama juga dipertingkatkan dengan menyiarkan rencana, berita mengenai sesuatu isu bagi menangkis laporan negatif. Peranan RTM juga dipertingkatkan dengan menyiarkan ulasan berita dan wawancara dengan tokoh-tokoh tertentu mengenai isu­isu semasa bagi menjawab dan memberikan penjelasan kepada kritikan yang ditimbulkan oleh media asing supaya rakyat negara ini dapat memahami dasar-dasar kerajaan dan tindakan-tindakan diambil berhubung dengan sesuatu isu.

Bagi memastikan penyebaran maklumat yang saheh secara konsisten dan berkesan, jawatankuasa Kementerian Penerangan dan Kementerian Luar Negeri juga akan bertindak dengan lebih proaktif untuk menembusi sasaran-sasaran di luar negara. Sebagaimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz, kerajaan memang sedang mengkaji untuk melantik pelobi-pelobi di luar negara mengenal pasti sasaran-sasaran yang sering membangkitkan isu-isu dan mempengaruhi pemikiran rakyat dan merancang langkah-langkah akan diambil untuk menangani masalah imej yang dihadapi.

Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut serta dalam perbincangan yang lalu atas membahaskan Titah Ucapan Diraja dan juga di dalam masa saya memberikan jawapan tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Diminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjawab.

3.00 ptg.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Peter Chin Fah Kui]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Ratnam all Muthiah, Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Tuan Khoo Lay Hin, Yang Berhormat Tuan Abdillah bin Abdul Rahim, Yang Berhormat Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim dan Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad bin Ismail kerana Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian telah membahaskan isu berhubung Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu perumahan ingin saya jelaskan kerajaan sangat mengambil berat dan prihatin terhadap pembangunan perumahan khususnya menyediakan perumahan berkualiti dan termampu dibeli atau disewa di kalangan golongan berpendapatan rendah. lni termasuk mempertingkatkan penyediaan kemudahan infrastruktur. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam tempoh

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

-----------------------

42 DN.15.5.2001

Rancangan Malaysia Kelapan kerajaan akan memainkan peranan yang lebih penting dalam menyediakan rumah kos rendah.

Sektor awam dijangka akan membina 208,000 unit atau 83.87% dari jumlah 248,000 unit rumah kos rendah dan selebihnya 40,000 unit atau 16.13% akan dibina oleh sektor swasta berbanding dalam Rancangan Malaysia Ketujuh di mana kerajaan disasarkan untuk hanya membina 95,000 unit rumah kos rendah atau 40.43% daripada jumlah unit yang disasarkan. Pembangunan rumah kos rendah akan dipercepatkan bagi memastikan pemohon yang layak diperuntukkan rumah sama ada untuk beli atau disewa. Dalam hal ini, strategi pelaksanaan akan dipindah di mana kerajaan persekutuan akan terlibat secara langsung dalam pemilihan lokasi yang sesuai supaya pembinaan rumah dapat dipercepatkan serta mengurangkan keadaan penawaran dan permintaan untuk rumah yang tidak selaras.

Sehubungan dengan ini, tumpuan akan diberi kepada pembinaan lebih banyak rumah pangsa, rumah kos rendah khususnya di bandar-bandar di mana program perumahan rakyat (PPR} bersepadu akan dilangsungkan. Sebanyak 34,148 unit rumah kos rendah di bawah program PPR ini sedang dibina di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 17,705 unit di bandar-bandar utama seluruh Malaysia untuk disewa khususnya kepada setinggan dengan kadar sewa yang rendah.

Pembinaan rumah kos rendah di bawah program PPR akan dipercepatkan untuk membolehkan semua setinggan ditempatkan semula menjelang tahun 2005. Semua setinggan yang terlibat akan dipindahkan secara serentak ke rumah-rumah sewa tersebut. Kawasan yang telah dikosongkan akan dipagar atau dibangunkan. Kerajaan juga akan mengambil perhatian berhubung pandangan untuk menerima anak pemohon sebagai penjamin ayahnya yang telah lebih umur untuk membeli rumah.

Tuan Yang di-Pertua, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ} dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ} telah menjalankan bancian di kawasan setinggan Kampung Medan dan kampung-kampung yang terdapat di sekitamya. Bancian mengenai maklumat individu rumah-rumah yang diduduki, pendapatan isi rumah, peralatan perkakas rumah, kenderaan, pekerjaan, kaum dan kemudahan asas telah didapati bagi membolehkan agensi-agensi kerajaan mengambil tindakan serta-merta mengatasi masalah setinggan. MPPJ juga akan melaksanakan pembinaan sebanyak 1,125 unit rumah kos rendah di Lembah Subang, Petaling yang telah dilancarkan oleh Syarikat Perumahan Negara.

Mengenai kenaikan harga rumah kos rendah kepada paras RM25,000 hingga RM42,000 mengikut kawasan lokasi pada Jun 1998, dimaklumkan bahawa harga yang ditetapkan itu telah pun mengandungi elemen subsidi dan didapati masih mampu dimiliki oleh golongan sasaran mengikut jumlah pendapatan isi rumah berkenaan. Walau bagaimanapun, harga jualan rumah di bawah projek perumahan awam kos rendah (PAKR} masih ditetapkan pada kadar RM25,000 seunit. Harga tender bagi pembinaan ...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat...

Dato' Abdul Azlz bin Abdul Rahman: Mohon penjelasan sedikit sahaja. Tuan Yang di-Pertua, kita dapat maklum bahawa rumah kos rendah ini sungguh pun harganya sudah meningkat sampai RM40,000 rumah-rumah yang dibangunkan oleh pihak kerajaan, saiznya tidak begitu besar. Saya ingin mengetahui daripada pihak kerajaan adakah kita telah menimbangkan keluasan 'build-up area' kawasan yang dibangunkan itu ditingkatkan lagi kerana kemungkinan besar, Tuan Yang di-Pertua, kalau rumah-rumah ini keluasannya tidak begitu selesa, ada satu bilik atau dua bilik dan kebanyakan mereka yang hendak pindah ini anak ramai.

Saya tidak tahulah pihak kementerian dah buat banci. Kalau kita buat perbancian daripada rumah-rumah daripada kawasan-kawasan setinggan kebanyakan mereka ini lebih daripada 3, 4 orang anak, 5 orang anak sampai 7 pun ada. Kalau hendak pindah ke rumah-rumah yang dibina oleh kerajaan dengan keluasan yang hanya mampu 1 bilik atau 2 bilik, saya takut akan timbul lebih banyak masalah-masalah sosial, gejala-gejala sosial termasuklah berbagai-bagailah, maklum sahaja rumah kecil, kita panas dan sebagainya, keadaan tidak selesa.

Dalam hal yang ini juga, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya selain daripada mewujudkan rumah-rumah ini dengan keluasan yang lebih luas sikit, saya nak tahulah berapa standard luasnya, adakah pihak kerajaan akan menentukan setiap

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 43

rumah-rumah pangsa ini ada persatuan penduduk yang boleh memainkan peranan untuk mengaturkan program-program sosial, program-program ummah, program­program kemasyarakatan, boleh dikatakan seminggu sekali atau sebulan sekali kerana ini boleh menentukan penghuni-penghuni rumah ini tidak terpesong dari segi segala macam, tidak terpesong. kerana, Tuan Yang di-Pertua, saya perhatikan di negara­negara yang lain memang wujud kalau hari merdeka sahaja berkibar bendera-bendera negara itu keluar daripada pintu jendela. Tetapi perkara semacam ini mungkin tidak ada di tempat kita. Jadi saya hendak tengok apakah program susulan daripada membina secara fizikal, kita bina juga dari segi mental dan spirit dari segi perjuangan. Terima kasih.

Datuk Peter Chin Fah Kul: Terima kasih Yang Berhormat Dato' atas satu soalan dan satu cadangan itu. Cadangan untuk mewujudkan satu persatuan penduduk di setiap kawasan perumahan kos rendah ini memang saya rasa adalah satu cadangan yang baik dan sebenamya ada juga kawasan-kawasan tapak perumahan awam kos rendah ini telah digalakkan untuk menubuhkan persatuan ini supaya boleh menolong pihak berkuasa tempatan seperti DBKL dan lain-lain pihak berkuasa tempatan untuk menguruskan kawasan tersebut dengan lebih baik dan seperti disebut oleh Yang Berhormat Dato' tadi supaya rakyat di sana tidak terpesong. lni memang kita akan terus memberi tumpuan dan kita harap ia boleh dilaksanakan dengan lebih luas lagi di sesebuah kawasan perumahan kos rendah.

Mengenai saiz, Yang Berhormat Dato', perkara ini sudah diambil kira apabila harga rumah kos rendah ini telah dibincangkan dan kenaikannya sudah diberi penilaian daripada segi keluasan unit-unit yang sekarang dibina di mana semua unit rumah kos rendah sekarang perlulah mengadakan sekurang-kurangnya tiga bilik tidur dan saiznya daripada segi kaki persegi tidak kurang daripada 650 kaki persegi. Untuk makluman Yang Berhormat Dato' juga, saya rasa saiz rumah kos rendah yang ada di Malaysia sekarang adalah cukup memuaskan sebab kalau dibandingkan dengan banyak lagi negara-negara ASEAN, umpamanya, standard size rumah kos rendah di Malaysia adalah cukup luas bagi keselesaan penghuninya.

Walau bagaimanapun, perkara ini kita masih teliti dan jikalau perlu, kita akan terus mengadakan reka bentuk standard unit rumah kos rendah ini dengan lebih baik dan supaya tidak timbul masalah sosial dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, harga tender pembinaan bagi seunit perumahan awam kos rendah didapati semakin meningkat dan Kerajaan Negeri juga ....

Tuan M. Ratnam: Tuan Yang di-Pertua ...

Datuk Peter Chin Fah Kui: ... yang membiayai kos pelaksanaan projek ....

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, boleh bagi laluankah?

Datuk Peter Chin Fah Kui: Sekejap, sekejap. Nanti saya habiskan ayat ini ya. Membiayai kos pelaksanaan projek ini melalui pinjaman RM25 ribu seunit daripada Kerajaan Persekutuan dan pihak Kerajaan Negeri ini tidak lagi mampu menampung perbezaan harga rumah itu kalaulah rumah-rumah ini harganya akan terus naik. Sila.

Tuan M. Ratnam: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Penjelasan ataupun hujah-hujah yang diberikan oleh menteri banyak baik, saya terima tetapi saya juga minta kementerian itu ambil kira, kita buat rumah kos rendah yang lima tingkat, tidak ada lif - orang tua hendak naik lima tingkat adalah susah. Apabila orang sakit jantungkah, hendak bersalinkah, turun lima tingkat pun susah. Kalau saya tinggal di tingkat yang kelima, memang saya tiap-tiap hari tidak boleh turun naik.

Jadi, perlulah bagi kerajaan untuk mengadakan satu syarat supaya semua rumah murah yang dibina setinggi lima tingkat, enam tingkat atau tujuh tingkat, mesti adakan lif, must have lift, dengan izin. Tanpa lif, itu adalah banyak susah.

Perkara yang kedua ialah saya juga telah minta supaya orang termiskin (very poor) dengan izin, diberi bantuan khas oleh kerajaan. Daripada ucapan ataupun keterangan yang diberi oleh Menteri tadi tidak menyentuh tentang perkara itu. Saya minta supaya yang termiskin, yang tidak dapat membeli rumah ini diberi bantuan. Sekian, terima kasih.

Datuk Peter Chin Fah Kul: Terima kasih Yang Berhormat...

Datuk Long bin Jldin: [Bangun]

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

44 DN.15.5.2001

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada satu lagi Yang Berhormat, minta laluan.

Oatuk Long bin Jidin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua sebab saya pun banyak susah berkaitan susah ini. Ada terminologi tentang rumah murah, ada disebut rumah murah, kadangkala disebut rumah kos rendah dan bermacam-macam terminologi disebut. Jadi, saya cadangkan kepada kementerian supaya mengambil satu nama yang khusus sama ada rumah kos rendahkah ataupun rumah murahkah, rumah awam rakyatkah atau mana-mana yang terbaik. Jangan sekali kita sebut rumah kos rendah, selepas itu rumah murah. Tidak tahu yang mana murah. Orang miskin kata RM43 ribu ini tidak murah, mahal. Orang kaya kata RM43 ribu murah. lni pun susah, banyak susahlah. Jadi, sekian, terima kasih. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Puan Jaya Partiban: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan hal itu, yang lebih mengelirukan saya apabila dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Seremban, terdapat satu iklan yang katakan "Rumah Mewah Kos Rendahn. Saya pun ingin tahu apakah "Rumah Mewah Kos Rendah" itu? Terima kasih. [Ketawa]

Oatuk Peter Chin Fah Kui: [Ketawa] Terima kasih. Terlebih dahulu saya jawab tentang perkara lif ini. Memang saya bersetuju dengan Yang Berhormat yang menyebut bahawa kita perlu ada lif kalau kita ingin membina rumah pangsa ini tetapi bagi rumah yang lima tingkat ini, dalam syarat-syarat yang sedia ada iaitu UBBL, dengan izin, kita atau pemaju tidak disyaratkan untuk membekalkan lif bagi projek­projek perumahan yang tidak melebihi lima tingkat. lni undang-undang yang sedia.

Oleh sebab itu, maka projek-projek rumah kos rendah yang dilaksanakan oleh pihak swasta atau pihak kerajaan yang tidak melebihi lima tingkat itu, maka lit tidak dibekalkan. Setakat ini, memang ada pendapat seumpama yang disebut oleh Yang Berhormat tadi di mana orang-orang tua menghadapi masalah untuk naik ke tingkat lima, umpamanya dan buat masa sekarang, pihak jemaah menteri sedang membincangkan perkara ini dan Jabatan Perumahan Negara telah diarahkan untuk membuat satu penelitian terhadap kos untuk unit-unit rumah kos rendah ini berbanding satu dengan lif dan satu dengan tidak ada lif kerana elemen lif ini Yang Berhormat sendiri pun sedar adalah mahal dan kemudiannya lif ini perlu diselenggara dengan baik, kalau lif itu tidak menjadi satu perkara yang bahaya bagi penghuni.

Oleh sebab itu semua ini adalah berkaitan dengan kos. Jikalau kita dapat jimatkan kos itu memang saya setuju dengan Yang Berhormat sama ada dua tingkat pun kita boleh bekalkan lif kalau kos itu mengizinkan. Tetapi kita maklumlah kos untuk membekalkan lif dan kos penyelenggaraan itu adalah tinggi dan bagi golongan berpendapatan rendah ini kalau kita hendak meminta mereka membayarkan kos penyelenggaraan setiap bulan itu juga satu beban kepada mereka. Bagi golongan yang termiskin yang disebutkan oleh Yang Berhormat..

Puan Jamilah binti Ibrahim: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh beri laluan kepada Yang Berhormat..

Datuk Peter Chin Fah Kui: Nanti saya jawab ini selepas itu. Golongan termiskin ini memang kerajaan mempunyai program untuk menolong mereka seumpamanya program yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Luar bandar dan juga 'Kementerian Pembangunan Sosial' dan juga melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kita juga ada program untuk menolong golongan ini. seperti kita ada pinjaman yang khusus bagi golongan yang tidak mampu hendak membeli rumah dan tidak juga mampu untuk membina rumah sendiri mereka boleh meminjam daripada kementerian saya melalui Jabatan Perumahan Negara di mana buat masa sekarang 10,000 akan diberikan sebagai pinjaman tanpa faedah, tanpa bunga dan 10,000 lagi dengan syarat 4% faedah yang perlu dibayar. Semua ini adalah menolong mereka yang miskin yang tidak mampu membeli rumah kos rendah tetapi mereka ada tanah seperti di luar bandar mereka boleh dan layaklah untuk kemudahan ini. Sila.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya rasa kerajaan mesra rakyat mestilah memikirkan jenis-jenis bentuk untuk menolong rakyat bagi membuat sesuatu perubahan seperti mana yang dibincangkan oleh pihak kementerian tadi. Maka perkara ini saya merayu

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 45

dua tiga kali dalam Dewan mengenai membantu mengadakan lif dalam perumahan. Jadi, seharusnya kerajaan memikirkan subsidi untuk mengatasi masalah kedaifan mengikut warga umur dan sebagainya. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat mengenai bangunan-bangunan seperti bangunan apa yang hendak disebutkan seperti flat ataupun apartment yang boleh dikatakan siap pada keseluruhannya tetapi kelambatan di sini ialah CF dengan izin.

Jadi, ini membebankan juga pembeli, kerana pembeli kita tahu di mana-mana pun kebanyakan mereka terpaksa menyewa rumah di persekitaran. Jadi, bila CF lambat dua kali beban terpaksa membayar rumah yang telah ditempah tetapi di atas kelambatan CF itu sendiri dan terpaksa menyewa rumah yang mereka sedang diami. Jadi, saya meminta penerangan daripada Yang Berhormat, Terima kasih.

Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasihlah. Sebelum kita menjawab mengenai CFO ini. Yang Berhormat yang sudah bercakap mengenai soar nama atau terminologi rumah kos rendah ini. Bagi kementerian kita hanya menggunakan rumah kos rendah tidak seperti rumah murahkah ataupun lain-lain istilahlah. Tetapi kita menggunakan rumah kos rendah dan ini kita gunakan bagi semua jenis rumah yang berada kecuali di bawah program PPRB iaitu Program Perumahan Rakyat Bersepadu, tetapi flatnya atau unit flat itu pun kita panggilnya dengan rumah kos rendah dan bukan rumah murah.

Mengenai papan iklan yang digunakan rumah mewah kos rendah ini memang ini satu kekeliruan yang berlaku dan saya rasa ini perbuatan yang tidak betul dan kalau Yang Berhormat boleh memberi maklumat yang lebih lanjut mengenai pemaju tersebut kita akan mengambil tindakan terhadapnya kerana di dalam syarat-syarat undang­undang yang sedia ada atau peraturan perumahan. Pembangunan perumahan mereka tidak dapat dan tidak boleh menggunakan papan iklan yang boleh mengelirukan rakyat. Saya berharap Yang Berhormat boleh berhubung dengan pejabat saya supaya tindakan boleh diambil dalam masa yang singkat terhadap pemaju ini.

Mengenai kelewatan CFO saya akuilah Yang Berhormat di mana ini memang satu perkara yang menjadi sebahagian besar aduan-aduan yang diterima oleh kementerian saya dan walaupun ada syarat-syarat berkenaan tetapi kadangkala projek­projek ini yang diusahakan oleh pihak pemaju kebanyakan menghadapi masalah kelewatan disebabkan modal tidak cukup atau pengurusan tidak cekap atau sebagainya. Oleh sebab itu maka projek-projek yang bermasalah ini akhimya mengakibatkan CFO itu lambat dikeluarkan. lni disebabkan tidak semua perkara­perkara yang patut dibina atau dibekalkan oleh pemaju tidak siap semua dalam jadualnya.

Dalam kementerian ini kita memang mempunyai satu jawatankuasa pemantauan yang jawatankuasa ini bermesyuarat setiap dua minggu di mana kita memberi penelitian terhadap aduan-aduan yang kita terima dan kita cuba membantu projek-projek yang menghadapi masalah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, di mana CFO nya adalah lambat dan ini adalah satu beban kepada pembeli dan ini kita akui. Dengan itu perkara ini kita perlu mengambil tindakan terhadap pihak­pihak ataupun tindakan terhadap pemaju-pemaju yang bermasalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan penggulungan ini. Di samping itu iaitu unit rumah kos rendah itu kerajaan telah melaksanakan harga baru rumah kos sederhana rendah yang berharga di antara RM43,000 sehingga RM72,000 seunit yang mana boleh mengurangkan tekanan permintaan ke atas rumah kos rendah. Dari segi pengagihannya pula, kerajaan telah melaksanakan sistem pendaftaran terbuka berkomputer bagi mengagihkan rumah-rumah kos rendah dengan lebih tulus dan adil. Langkah-langkah sedang diambil untuk memperkukuhkan sistem pemilihan dan prosedur bagi memastikan pengagihan rumah kos rendah yang teratur kepada golongan sasaran. Bagi Program Perumahan Rakyat Bersepadu (PPRB) penduduk­penduduk setinggan memang diberi keutamaan dalam pengagihannya melalui sistem tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan perumahan yang dilaksanakan oleh kerajaan dibuat melalui konsep penempatan manusia di dalam kemudahan-kemudahan awam disediakan mengikut konsep tersebut seperti menyediakan surau atau tempat ibadat, taman permainan, kedai, dewan serba guna dan termasuk juga reading room (bilik bacaan). Satu garis panduan untuk pembangunan rumah kos rendah yang dikenali sebagai CIS 1 dan CIS 2 telah disediakan yang mana garis panduan itu

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

46 DN.15.5.2001

menetapkan keperluan kemudahan sosial seperti padang permainan kanak-kanak, padang bola dan sekolah rendah jika kepadatannya tinggi serta tidak mempunyai access yang terdekat kepada sekolah rendah sedia ada di kawasan sekitar.

Di samping itu, garis panduan rancangan kemudahan masyarakat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa yang telah disediakan pada tahun 1997 juga dijadikan sebagai panduan untuk merancang pembangunan perumahan yang pada umumnya menyediakan piawaian, perancangan minimum untuk dirujuk oleh pemaju dan pihak berkuasa negeri dalam memberi kelulusan.

Di samping itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet bagi membanteras masalah­masalah sosial, pada 16 Mei 2000 telah memutuskan satu modus operandi di mana 40% jumlah keluasan pembangunan kasar untuk pembangunan perumahan yang seimbang hendaklah melibatkan dua kategori berikut. Pertama, pemaju dikehendaki menyediakan tapak kemudahan sosial asas seperti padang permainan kanak-kanak dan memajukan tapak berkenaan dengan infrastruktur dan alat-alat asas yang diperlukan. Bagi keperluan kemudahan sosial yang lain, pemaju hanya dikehendaki menyediakan tapak sahaja untuk dipohon oleh agensi pelaksana daripada pihak berkuasa negeri untuk dimajukan melalui peruntukan masing-masing.

Keduanya, melalui sistem kawalan perancangan, subsidi nilai tanah ditampung melalui beberapa kaedah pecah bahagian atau subdivision, dengan izin, yang diamalkan dalam meluluskan sesuatu pembangunan di negara ini. Contohnya, konsep perumahan yang digunakan strata seperti rumah bertingkat, rumah teres, rumah apartment, rumah bandar (townhouse) dan sebagainya.

Bagi melengkapkan modus operandi ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah menyediakan garis panduan perancangan dan pembangunan rumah bertingkat, rumah kos sederhana satu dan dua tingkat, rumah kos sederhana bertingkat dan yang menggariskan kaedah yang mampan supaya nilai tanah tidak menjadi satu beban kepada pemaju dan pada masa yang sama, kaedah ini memastikan bahawa setiap pembangunan perumahan akan menyediakan access yang cukup kepada kemudahan masyarakatnya.

Bagi kawasan-kawasan setinggan, satu pelan tindakan kemudahan sosial untuk menangani gejala sosial telahpun disediakan. Pihak berkuasa tempatan hendaklah melaksanakan pelan tindakan kemudahan sosial ini atau tapak sedia ada yang dirancang di kawasan kejiranan hendaklah dimajukan oleh PBT supaya kawasan setinggan yang berhampiran mempunyai access tempat kemudahan tersebut manakala keperluan untuk kemudahan access dan kemudahan sosial bagi pihak berkuasa tempatan telah disediakan dalam rancangan pembangunan iaitu rancangan struktur dan rancangan tempatan. Rancangan struktur telah menetapkan dasar dan keperluan­keperluan kemudahan-kemudahan ini manakala rancangan tempatan menetapkan pengagihan dan strategi perlaksanaannya.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu perancangan bandar dan desa, kerajaan memang prihatin mengenai perancangan tempat ibadat khususnya bukan Islam. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah menyediakan satu garis panduan perancangan dan pembangunan sejagat mengenai sektor kemudahan masyarakat dan tempat ibadat yang mana pemaju perlu mengambil kira keperluan tapak untuk kemudahan masyarakat seperti masjid, surau dan tempat ibadat yang lain di mana sesuai serta menggunakan kaedah yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

Perancangan tapak ini akan diteliti dan dimeterai oleh pihak berkuasa negeri sebelum sesuatu pembangunan perumahan itu diberi kelulusan kebenaran merancang oleh pihak berkuasa perancangan tempatan. Piawaian yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa hendaklah dig una pakai oleh semua kerana ianya telah dibawa berbincang di beberapa forum dan telah juga diselesaikan. Cadangan baru kepada piawaian yang disediakan perlu dikaji terlebih dahulu sebelum ianya dapat diterima pakai.

Akhimya, Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu bomba. Keperluan untuk satu jaring keselamatan atau safety net untuk kegunaan bomba bagi tujuan menyelamatkan sememangnya telah diberi perhatian oleh Kementerian. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memang ada rancangan untuk membeli safety net bagi tujuan

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 47

menyelamat mangsa di bangunan tinggi. Pembelian ini akan dilaksanakan pada tahun ini juga.

Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, setakat itulah sahaja yang saya dapat menjawab mengenai perkara-perkara yang dihuraikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dalam perbahasan Titah Diraja dan sekiranya ada perkara-perkara yang saya tidak sempat jawab, saya ingin menjamin semua teguran dan cadangan Yang Berhormat sekalian akan diambil kira dalam perlaksanaan program di dalam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya minta Kementerian Pembangunan Usahawan menjawab.

3.40 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan [Datuk Rlzalman bin Abdullah]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada tiga orang Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan seterusnya membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng telah membangkitkan soal peranan dan penswastaan UDA Holdings

Bhd. (UHB). Saya suka nyatakan bahawa sejak UDA Holdings Bhd. ditubuhkan 30 tahun yang lalu, agensi ini telah berjaya membantu kerajaan dalam mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru dan seterusnya Dasar Pembangunan Nasional khususnya dalam penyusunan semula masyarakat di bandar-bandar. UDA Holdings Bhd. terus menjalankan amanahnya walaupun telah diswastakan pada tahun 1999 yang membolehkan ia bergerak dengan pantas, cekap dalam aktivitinya.

Dalam pembangunan kawasan bandar, syarikat telah dan akan menjalankan banyak projek daripada pelbagai jenis seperti komersial, kediaman, taman rekreasi atau pembangunan campuran melalui konsep-konsep baru, pembangunan bandar yang komprehensif. Tanggungjawab dalam penyusunan masyarakat bandar dapat dilihat daripada pembinaan pelbagai jenis unit kediaman daripada rumah kos rendah, sederhana hinggalah mewah. Sehingga sekarang, sebanyak 23,170 unit perumahan telah siap dan sedang dilaksanakan di bandar-bandar, di Kuala Lumpur, di Pulau Pinang, di Johor Bahru, Sungai Petani, di Cheras, Kuala Terengganu dan juga Kuantan.

Jni memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah sendiri di bandar-bandar. Daripada segi pembangunan usahawan, UDA Holdings Bhd. telah membina 13 buah kompleks membeli-belah di Seremban, di Johor Bahru, Jpoh dan Kuala Lumpur di mana sebanyak 2,184 unit ruang niaga telah disediakan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,278 telah disewakan kepada usahawan bumiputera. Di samping itu, pelbagai program keusahawanan telah dilaksanakan oleh UHB seperti:

• program vendor bahan binaan iaitu sebanyak Iapan syarikat;

• program pembekalan bahan peruncitan bumiputera di gedung raya anak syarikatnya iaitu UDA Ocean, 46 pembekal dan Handy Homes;

• program penyediaan premis komersial untuk disewa atau dijual kepada para usahawan.

Hasil daripada usaha-usaha ini, UDA Holdings Bhd. telah:

• menempatkan syarikat-syarikat bumiputera di lokasi pemiagaan yang strategik;

• meningkatkan pemilikan dan nilai-nilai harta bumiputera di bandar, menyumbang kepada pemaju-pemaju bumiputera;

• menyediakan kerja-kerja perundingan dan pengkontrakan masing-masing kepada perunding bumiputera dan kontraktor bumiputera;

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

48 DN.15.5.2001

• menyediakan peluang-peluang perniagaan kepada pengilang­pengilang atau vendor bumiputera; dan

• membantu masyarakat bumiputera mendapat faedah daripada usaha niaga UDA Holdings Bhd.

Kerajaan akan terus memastikan supaya UDA Holdings Bhd. terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan bagi membantu kerajaan dalam usaha menyusun semula masyarakat di kawasan bandar. Oleh itu, saya ingin menegaskan bahawa tidak timbul motif yang UHB hanya mementingkan keuntungan semata-mata apabila diswastakan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan persoalan BERNAS yang telah dinyatakan bahawa BERNAS berkecimpung dalam bidang peruncitan, sebenamya buat masa ini BERNAS tidak Jagi terlibat dalam bidang ini tetapi peranan ini telah diambil alih oleh pengurusan baru selepas anak syarikat ini iaitu BERNAS Edar Sdn. Bhd. dijual secara Management By Out (MBO) sejak enam tahun yang lepas. Kerajaan sentiasa mengambil berat tentang penglibatan bumiputera yang kurang menyerlah di dalam bidang peruncitan.

Sehubungan dengan ini, usaha telah dilipatgandakan dengan pelbagai program untuk meningkatkan bilangan bumiputera di dalam bidang peruncitan termasuklah projek PROSPER yang telah menyediakan pakej perniagaan peruncitan. Usaha ini merupakan pelengkap kepada langkah-langkah yang dijalankan oleh MARA, Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dan UDA Holdings Bhd. untuk mewujudkan usahawan dalam bidang peruncitan.

Mengenai dengan berapa banyak syarikat yang belum membayar setelah mereka membeli syarikat-syarikat di bawah kementerian, untuk makluman Dewan yang mulia ini, syarikat-syarikat yang telah pun diswastakan dan dibeli oleh usahawan­usahawan, sebenamya semua syarikat yang telah diswastakan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan telah pun memenuhi syarat untuk penswastaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Saravanan all Murugan telah menimbulkan pembasmian kemiskinan khususnya yang melibatkan golongan bukan bumiputera dalam bidang pinjaman iaitu TEKUN. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum termasuk mengesyorkan supaya skim Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dibuka kepada kaum bukan bumiputera. Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, pembiayaan TEKUN telah diwujudkan khusus untuk membantu peniaga kecil bumiputera dalam mencapai matlamat kerajaan untuk mempertingkatkan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan, sekali gus menyumbang kepada dasar jangka panjang kerajaan mengenai pewujudan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.

Tuan M. Ratnam: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Tuan M. Ratnam minta laluan.

Tuan M. Ratnam: Tuan Yang di-Pertua, perkara itu dibawa oleh saya, bukannya Yang Berhormat Tuan Saravanan. Yang Berhormat Tuan Saravanan belum mula apa-apa ucapan dia. Saya hendak sikit keteranganlah daripada Yang Berhormat.

Datuk Rlzalman bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaflah kalau salah sebutan mengenai nama.

Tuan Yang di-Pertua: Nama dia Yang Berhormat Ratnam.

Datuk Rizalman bin Abdullah: Yang Berhormat Ratnam.

Tuan Yang di-Pertua: Ratnam.

Datuk Rizalman bin Abdullah: Anak lelaki Ratnam [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Ratnam.

Datuk Rizalman bin Abdullah: 'Puan' Ratnam. Minta maaf.

Tuan Yang di-Pertua: 'Tuan'.

Datuk Rlzalman bin Abdullah: Salah taip {Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya nyatakan tadi bahawa TEKUN adalah untuk membantu kaum

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 49

bumiputera memastikan usahawan kecil bumiputera mendapat prnjaman dan menyumbang kepada usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera. Oleh yang demikian, sasaran skim TEKUN akan terus meliputi usahawan bumiputera. Peniaga kecil yang bukan bumiputera boleh mendapat manfaat daripada tabung atau dana pembiayaan pemiagaan yang lain yang diwujudkan oleh kerajaan sama ada dalam Kementerian Pembangunan Usahawan ataupun dalam jabatan-jabatan yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun telah membangkitkan peranan Kementerian Pembangunan Usahawan untuk membantu kaum wanita. Kementerian Pembangunan Usahawan berperanan untuk melahirkan dan membangunkan usahawan termasuk usahawan wanita. Pelbagai program keusahawanan seperti kursus bimbingan, latihan, penyediaan pembiayaan, pendedahan kepada peluang-peluang perniagaan dan penyediaan premis perniagaan telah diadakan.

Di dalam rangka program-program khusus untuk usahawan wanita, Kementerian Pembangunan Usahawan mengadakan kerjasama dengan badan bukan kerajaan seperti Persatuan Usahawan Wanita Malaysia, agensi-agensi kerajaan dan juga Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Program-program keusahawanan untuk usahawan wanita akan terus dipertingkatkan untuk mencapai matlamat kerajaan supaya kaum wanita dapat meningkatkan diri dalam dunia perniagaan.

Kementerian Pembangunan Usahawan telah mengadakan Skim Usahawan Siswazah bagi graduan yang berminat mencebur diri dalam pemiagaan dan juga Tabung Usahawan Siswazah bagi mereka yang memerlukan modal untuk memulakan perniagaan. Sejak Skim Usahawan Siswazah diperkenalkan, seramai 378 graduan wanita telah mengikuti latihan dan 16 orang graduan wanita telah mendapat pembiayaan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat Puan Jaya Partiban minta laluan.

Puan Jaya Partlban: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu dari pihak kementerian, apakah langkah-langkah yang diambil untuk menentukan makluman mengenai kursus-kursus yang dianjurkan oleh kementerian disampaikan kepada kaum wanita khususnya wanita India. Sebab setahu saya, kami tidak tahu mengenai kursus­kursus yang dianjurkan. Mungkin pihak kementerian akan berkata, menjadi tanggungjawab kita untuk mengetahui tetapi saya rasa kementerian juga mempunyai tanggungjawab untuk menentukan apa-apa rancangan ataupun program diusahakan ataupun dijalankan oleh kementerian, maklumat mengenainya disampaikan kepada golongan yang disasarkan. Terima kasih.

Datuk Rizalman bin Abdullah: Terima kasih Yang Berhormat. Kursus-kursus yang kita adakan bukan sahaja khusus untuk makluman masyarakat kaum India tetapi untuk semua kaum wanita di seluruh negara dan juga untuk bakal-bakal usahawan dan juga usahawan-usahawan yang sedia ada. Biasanya kementerian mempunyai agensi­agensi di Kementerian Pembangunan Usahawan, kita ada Pusat Bimbingan Usahawan Negara.

Kita juga telah mewujudkan pusat-pusat bimbingan usahawan di peringkat negeri dan juga di daerah-daerah dan maklumat-maklumat itu mengenai dengan kursus dan peluang-peluang boleh diperoleh melalui pejabat-pejabat yang telah saya nyatakan tadi, termasuk juga melalui agensi kita iaitu MARA di seluruh negara di tiap-tiap negeri dan juga kebanyakan daerah ada pejabat MARA. Selain daripada perbadanan­perbadanan kemajuan negeri di setiap negeri, kita juga melalui surat khabar-surat khabar. Sekiranya kursus-kursus akan diadakan, kita iklankan melalui sural khabar. Ataupun ada juga syarikat-syarikat persendirian yang bekerjasama dengan agensi kita melaksanakan kursus-kursus ataupun latihan-latihan di setiap daerah.

Jadi, saya tidak nampak di mana kita tidak boleh mendapat maklumat asalkan usahawan atau bakal-bakal usahawan kita ini terus berminat untuk menjadi usahawan, mereka boleh datang ke tempat yang saya sebut tadi.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin sambung mengenai dengan Tabung Usahawan Siswazah di mana seramai 378 graduan wanita telah mengikuti kursus latihan dan 16 orang daripadanya telah mendapat pembiayaan di mana

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

-------------------~~----·---~-----

50 DN.15.5.2001

sebanyak RM1.4 juta telah pun dikeluarkan untuk membiayai 16 usahawan khususnya daripada kaum wanita. ltu sahaja jawapan saya kepada tiga pertanyaan daripada Yang Berhormat. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada .....

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sebelum mengakhiri ada laluan.

Datuk Nor Azah binti Awin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada sedikit soalan kepada Yang Berhormat. Bercakap tentang Tabung Usahawan Wanita ataupun kursus ataupun apa-apa kelas bimbingan, kursus bimbingan kepada wanita, saya ada soalan menyambung kepada Yang Berhormat Puan Jaya Partiban tadi, daripada segi tabung, Kementerian Pembangunan Usahawan mempunyai berbagai­bagai tabung. Ada TEKUN, ada juga Tabung Usahawan Kecil (TUK), kini saya dapat tahu ada Skim Usahawan Siswazah. Kebanyakan tabung ini kita tidak mengetahui segi detailnya, daripada segi operasinya dan manfaatnya kepada kaum lelaki dan wanita juga tetapi hari ini saya bercerita tentang wanita.

Kalau kita tengok trend daripada segi Skim Amanah lkhtiar, 90% lebih adalah kepada kaum wanita. Mungkin hari ini kita tidak ada data-data mengenai TUK, mengenai TEKUN, dan hari ini kita dapat data mengenai Skim Usahawan Siswazah di mana RM1.4 juta telah diluluskan dan diberikan kepada kaum wanita, syabas kepada kementerian.

Satu saranan daripada kami kaum wanita ialah misalnya daripada segi Skim TEKUN, kalau boleh biarlah ahli lembaganya juga ada kaum wanita. Kalau tidak salah saya tidak ada pada masa sekarang ini. Juga daripada segi skim-skim yang lain, segi komiti ataupun apa-apa struktur di dalam kementerian, kalau ada kepekaan kepada wanita, adakanlah kaum wanita dalam membuat keputusan iaitu pembuat keputusan atau decision making, dengan izin. Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Rizalman bin Abdullah: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, Ketua Setiausaha Kementerian kami adalah wanita. Jadi, tidak ada masalah. Memang kami amat prihatin tentang kaum wanita ini. Sebab itu KSU kami adalah daripada wanita. Jadi, jangan bimbanglah dengan penglibatan usaha kita untuk membantu bukan sahaja wanita tetapi juga kaum lelaki. Kita memang benar­benar ikhlas untuk membantu semua golongan khususnya kaum wanita. Sebab itu kerajaan telah menyediakan sebanyak RM5 juta khusus untuk kaum wanita, untuk latihan, pinjaman, untuk membiayai program-program yang dianjurkan oleh kaum wanita dan sebagainya.

Di bawah kementerian ini memang kita ada lebih kurang 18 skim atau dana usahawan untuk semua golongan bukan sahaja untuk kaum wanita tetapi lelaki juga, dan melibatkan semua usahawan di dalam negara kita. Maklumat-maklumatnya sebahagian besar ada juga di kementerian tetapi tempat-tempat di mana dana-dana ditempatkan termasuklah bank-bank dan institusi-institusi yang lain. Mengenai dengan cadangan supaya seorang wanita dilantik untuk menganggotai Lembaga Pengarah TEKUN ini, ini...

Datuk Nor Azah bintl Awin: Minta maaf Yang Berhormat. Bukan satu orang, kalau boleh 30% daripada ahli lembaga itu harus daripada kaum wanita. (Tepuk]

[Timbalan Yang di-Pertua memepengerusikan Mesyuarat]

Datuk Rizalman bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, yang penting ialah pada saya, pinjaman yang ada pada kita memang banyak yang dipinjam oleh kaum wanita. Kalau TEKUN ini boleh dikatakan 70% daripada peminjamnya terdiri daripada kaum wanita. Jadi, tidak timbul soal berapa jumlah wanita dalam Lembaga TEKUN tidak penting. Yang penting ialah pinjaman ini 70% terdiri daripada kaum wanita. Walau bagaimanapun, ini permintaan Yang Berhormat, saya akan kemukakan kepada Lembaga supaya permintaan tadi dapat diambil kira pada masa ....

Timbalan Yang di-Pertua: lni permintaan wanita.

Datuk Rizalman bin Abdullah: Permintaan wanita ini akan diambil kira dalam perlantikan di masa akan datang. Saya ucapkan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sebenamya ada yang minta laluan sebelum habis. Jemput Yang Berhormat Datuk Christina.

Datuk Christina Tlbok Vanhouten: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. lni tidak kena mengena dengan wanita tetapi mengenai dengan maklumat. Kami dari

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 51

Sabah kadang-kadang terkebelakang sekali mendapat maklumat mengenai dengan skim-skim ini. Jadi, apabila kami dapat maklumat kami dapati bahawa peruntukan untuk skim itu sudah habis. Jadi, bolehkah kementerian memberi kuota bagi Sabah atau Sarawak mengenai dengan skim-skim ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Datuk.

Datuk Rizalman bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya pun dari Sabah juga. [Ketawa] Jadi, soal kuota-kuota ini sebenamya tidak timbul. Yang kita utamakan ialah pembiayaan ini atau tabung-tabung ini, pinjaman-pinjaman itu akan disalurkan kepada semua agensi dan juga institusi di mana-mana juga di seluruh negara. Yang penting ialah minat usahawan itu untuk mendapatkan ataupun minta maklumat­maklumat lanjut melalui agensi-agensi yang telah saya sebut tadi.

Soal skim contohnya, TEKUN di tiap-tiap Kawasan Parlimen ini telah pun mewujudkan lebih daripada 100 kawasan Parlimen, kita telah melancarkan TEKUN di seluruh kawasan Parlimen. Tahun ini kita memastikan supaya baki kawasan Parlimen yang belum kita wujudkan TEKUN ini akan dapat kita meliputi keseluruhannya menjelang hujung tahun ini.

Jadi, soalnya ialah apabila dilancarkan TEKUN di kawasan masing-masing, maka usahawan-usahawan atau peniaga-peniaga kecil-kecilan kita ini akan mendapat peluang, akan disebarkan dengan kerjasama daripada pemimpin-pemimpin tempatan yang berkenaan dan mereka boleh memaklumkan kepada peniaga-peniaga kecil mereka supaya mengambil peluang untuk meminjam sekiranya mereka memerlukan pinjaman termasuklah juga dana-dana yang lain yang ada di MARA ataupun di bank-bank yang lain, Bank Bumiputra dan sebagainya. Jadi, ...... .

Puan Jamilah blnti Ibrahim: [Bangun}

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk ada yang hendak minta laluan.

Datuk Rizalman bin Abdullah: ..... ya, tadi belum ..... .

Timbalan Yang di-Pertua: Belum habis? Ya, ya.

Datuk Rizalman bin Abdullah: Jadi, Tuan Yang di-Pertua, soal maklumat­maklumat ini juga saya katakan tadi kita ada 18 dana atau skim tabung pinjaman yang ada di bawah agensi kita di kementerian ini.

Jadi, ada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan ada juga di bawah MARA dan di bank-bank pembangunan dan di bank-bank yang lain, yang kita tempatkan peruntukan ini di bank-bank tersebut dan usahawan-usahawan boleh melalui bank-bank ini untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada laluan lagi?

Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya sedikit sahaja mengenai tabung dan usahawan wanita. Biasanya kami daripada PAS bukan tidak berminat untuk melibatkan diri dalam apa-apa usahawan yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan. Cuma saya ingin tahu adakah di dalam borang-borang permohonan itu ditanya pendetailannya, adakah anda seorang penyokong kepada kerajaan dan sebagainya, kalau dapat maklumat itu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Jemput.

Datuk Rizalman bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, borang kita ini amat ringkas untuk pinjaman TEKUN ini, satu muka surat sahaja. Kita ambil maklumat yang penting, maklumatnya nama dan apa pemiagaan yang dijalankan, nombor kad pengenalan dan sebagainya, kemudian tandatangan, tidak memerlukan jaminan, tidak memerlukan cagaran dan sebagainya.

Tetapi yang menjadi masalah ialah bukan semua masyarakat kita, usahawan kita tidak kira apa parti politik yang mereka ikuti tetapi yang saya tahu ada di kalangan orang PAS ini dia tidak mahu ambil pinjaman, dia tidak mahu menyertai kerana dia kata ini haram [Ketawa] dan sebagainya kerana ada bunga ataupun interest dan sebagainya. Sebab itu mungkin bukan kerana dalam borang itu ada tulisan yang bertanya menyokong apa parti tetapi awal-awallagi dia kata kalau pinjam ini haram dan sebagainya. Jadi, ini kerana ada faedah dan sebagainya. Jadi, tidak benar dakwaan

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

52 DN.15.5.2001

Yang Berhormat bahawa TEKUN ini untuk penyokong kerajaan sahaja tetapi untuk semua usahawan khususnya peniaga-peniaga kecil di seluruh negara kita. Terima kasih.

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae: Minta laluan sebelum Yang Berhormat ...... .

Timbalan Yang di-Pertua: Laluan lagikah Yang Berhormat.

Datuk Hajah Dayang Mahan I binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae: .... orang Sabah boleh minta laluan kepada orang Sabah. {Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat.

Saya cuma setelah mendengar penjelasan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat berkenaan dengan Skim Usahawan Siswazah. Jumlah yang memohon ialah 378 dan yang diluluskan hanya 16 orang dan yang 16 orang ini pula menelan belanja RM1.4 juta. Saya cuma memikirkan ini cuma kurang daripada 5%.

Jadi, apa rasional di sebalik memberi kelulusan yang mungkin begitu banyak kepada satu permohonan, adakah ia tidak lebih baik- kalau lebih ramai siswazah diberi peluang walaupun jumlah yang diberikan tidaklah sampai mungkin 80,000 hingga 90,000 tiap-tiap satu permohonan. Mohon mendapat penjelasan Yang Berhormat. Terima kasih.

Datuk Rizalman bin Abdullah: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenamya Tabung Skim Usahawan Siswazah ini sebelum ia layak untuk mendapat pembiayaan ataupun pinjaman daripada skim ini atau tabung ini, mereka harus mengikuti kursus­kursus, kursus khas dan dalam kursus itu mereka akan membuat cadangan-cadangan ataupun membuat kertas ke~a untuk tujuan perniagaan mereka.

Untuk makluman daripada yang telah mengikuti kursus lebih daripada 900 orang usahawan telah pun menghadiri kursus dan hanya yang telah menghantar kertas cadangan ialah hanya seramai 90 orang lebih yang layak. Daripada apa yang saya katakan tadi kaum wanita cuma daripada 900 orang lebih usahawan siswazah, 378 tadi cuma 16 orang sahaja yang telah menghantar dan layak untuk mendapat tabung pembiayaan usahawan siswazah be~umlah RM1.4 juta. Walaupun 16 orang dan jumlahnya besar tetapi memang kita reka khas skim ini khususnya untuk graduan atau usahawan siswazah yang layak di mana mereka boleh mendapat pinjaman sehingga RM500,000 ataupun di mana yang sesuai atau kurang daripada itu berdasarkan kertas cadangan mereka.

Jadi, itu sebabnya daripada bukan kita katakan walaupun dicadangkan tadi supaya tabung ini diberikan kepada semua atau melibatkan lebih ramai yang mendapat faedahnya tetapi memang kita menggalakkan supaya usahawan-usahawan melibatkan dalam bidang perniagaan dan cuma terserah kepada mereka untuk menentukan apakah jenis perniagaan yang mereka libatkan dan memberi faedah serta keuntungan kepada mereka selepas mereka berkecimpung dalam perniagaan ini. Sebab itulah daripada 900 orang lebih yang menyertai kursus, yang menghantar dan setelah tamat kursus hanya 90 orang lebih yang menghantar kertas cadangan. Daripada 90 orang lebih ini 16 orang adalah terdiri daripada kaum wanita.

Jadi, itu sebabnya jumlah tabung kita ini banyak tetapi penyertaan dan sambutan menggalakkan tetapi selepas mereka dapat kursus kurang menggalakkan atau kurang minat mereka untuk menyertai skim ini.

Jadi, sebab itulah kita harapkan pada masa-masa akan datang supaya lebih ramai usahawan atau khususnya usahawan siswazah ini melibatkan diri dalam perniagaan-pemiagaan yang tertentu, yang boleh memberi kebaikan, faedah, keuntungan kepada mereka di masa hadapan bukan sahaja semata-mata bergantung kepada makan gaji di dalam jabatan-jabatan atau kerajaan. Jadi, itu sahaja jawapan saya Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk yang telah dapat menjawab soalan-soalan tambahan. Sekarang kita berpindah kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Dijemput Yang Berhormat.

3.13 ptg.

Setlausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar [Puan Hajah Rohanl binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 53

ucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, yang telah memberi perhatian dan turut membincangkan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar di dalam perbahasan Titah Diraja.

Saya suka mengambil peluang ini untuk menjelaskan beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya mengenai program­program pembangunan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Long bin Jidin telah memaklumkan mengenai kekurangan kemudahan infrastruktur dan utiliti seperti elektrik, air dan jalan di Kampung Tanjong Kelapa dan Kampung Wak-Wak di Pahang serta ketiadaan kemudahan-kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam di kampung-kampung Orang Asli.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa prihatin mengenai keperluan dan kekurangan kemudahan infrastruktur dan utiliti seperti bekalan air, elektrik dan jalan di kawasan-kawasan luar bandar termasuk di penempatan Orang Asli. Dalam hal ini kerajaan telah dan akan memberi tumpuan kepada negeri-negeri yang mana tahap liputan penyediaan atau bekalan kemudahan-kemudahan infrastruktur dan utiliti masih rendah.

Mengenai kedua-dua kampung Orang Asli - Kampung Tanjung Kelapa dan Kampung Wak Wak di Pahang yang jaraknya lebih kurang 13 kilometer daripada jalan utama iaitu dengan Pekan Bandar Muazam Shah adalah di peringkat pemindahan ke kawasan rancangan penempatan semula di Runchang. lni adalah bagi meningkatkan keselesaan kumpulan sasar ini dan memudahkan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air di kawasan ini. Kementerian akan memberi pertimbangan yang sewajamya untuk membekalkan dan menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang diperlukan.

Yang Berhormat Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun telah menarik perhatian tentang masalah kemiskinan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Luar Bandar sememangnya sedar bahawa walaupun kadar kemiskinan di kalangan penduduk telah berjaya dikurangkan sehingga ke paras 7.5% pada tahun 1999, kadar kemiskinan di beberapa negeri masih tinggi.

Justeru itu, saya amat menghargai keprihatinan Yang Berhormat terhadap saranan-saranan mengenai usaha-usaha pengurangan kemiskinan dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas cadangan-cadangan yang telah dikemukakan semasa perbahasan untuk memperkukuhkan lagi usaha-usaha pengurangan kemiskinan di seluruh negara.

Berhubung dengan saranan supaya diadakan penilaian semula keberkesanan PPRT, sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara tersebut telah dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa projek­projek PPRT sememangnya memberi kesan terutamanya terhadap peningkatan kualiti hidup dan pertambahan pendapatan peserta.

Menyedari kita telah mencapai kemajuan yang pesat dalam membasmi kemiskinan menjelang tahun 2005, kerajaan merancang untuk mengurangkan lagi kadar kemiskinan kepada 0.5%. Bagi mencapai matlamat ini, program pembasmian kemiskinan akan lebih bersifat khusus untuk menangani kelompok kemiskinan di pelbagai wilayah terutama di kawasan pedalaman serta di kalangan kumpulan yang perlu menikmati faedah pembangunan seperti masyarakat minoriti bumiputera di Sabah dan Sarawak serta Orang Asli.

Bagi meningkatkan keberkesanan program pembasmian kemiskinan sedia ada akan digabung dan digiatkan semula di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Di bawah SPKR usaha-usaha pengurangan kemiskinan dibuat secara menyeluruh meliputi aspek-aspek peningkatan pendapatan, pembangunan insan, latihan dan pendidikan, infrastruktur dan kemudahan-kemudahan serta kajian-kajian.

Kerajaan juga sedar bahawa pendidikan dan latihan kemahiran merupakan strategi panting di dalam menangani gejala kemiskinan kerana melalui pendidikan dan latihan kemahiran, anak-anak golongan miskin akan berpeluang mendapat pekerjaan atau menceburi kegiatan-kegiatan yang boleh memberi pendapatan yang mampu membawa keluar keluarga mereka daripada belenggu kemiskinan.

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

54 DN.15.5.2001

Oleh itu di bawah SPKR kerajaan meneruskan program latihan dan pendidikan bagi tujuan membantu golongan miskin meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran mereka termasuk latihan keusahawanan. Kerajaan bersetuju dengan saranan Yang Berhormat bahawa projek-projek peningkatan pendapatan juga merupakan strategi penting untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin ke arah mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.

Dalam Rancangan Malaysia Kelapan sebanyak RM202 juta diperuntukkan untuk melaksanakan projek-projek peningkatan pendapatan. Projek-projek yang akan dilaksanakan adalah tidak terhad kepada projek-projek di dalam sektor pertanian tetapi diperluaskan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Bagi projek-projek di sektor pertanian, kementerian ini telah mengadakan pakatan strategik dengan Kementerian Pertanian Malaysia bagi menggalakkan lagi pelaksanaan projek-projek pertanian selaras dengan Dasar Pertanian Negara Ketiga. Lanjutan daripada itu, kementerian ini menyambut baik dan menyokong saranan Yang Berhormat supaya agensi di bawah Kementerian Pertanian Malaysia seperti Bank Pertanian mempertingkatkan lagi aktiviti mereka turun ke padang di kawasan luar bandar untuk memberikan perkhidmatan kepada golongan miskin.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan M. Ratnam menyentuh tentang Dasar Pembasmian Kemiskinan, strategi pembasmian kemiskinan di luar bandar dan di bandar serta subsidi kepada golongan termiskin untuk mendapatkan rumah.

Berhubung dengan saranan Yang Berhormat supaya kerajaan mengadakan dasar yang lebih pragmatik untuk membasmi kemiskinan di luar bandar dan di bandar tanpa mengira kaum, ingin ditegaskan bahawa dasar kerajaan dalam membasmi kemiskinan adalah tanpa mengira kaum dan kawasan tempat tinggal mereka. Kadar kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia telah dapat dikurangkan sehingga ke paras 7.5% pada tahun 1999.

Walaupun isu kemiskinan bukan lagi menjadi isu utama negara dalam tempoh RRJP3 kadar kemiskinan akan dikurangkan lagi sehingga ke paras 0.5% menjelang akhir tempoh Rancangan Malaysia Kelapan dengan tumpuan kepada membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil miskin di kawasan terpencil dan di kalangan Orang Asli serta kumpulan minoriti bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Oleh kerana ciri-ciri kemiskinan di luar bandar dan di bandar adalah berbeza­beza, program-program yang akan dilaksanakan juga akan mengambil kira perbezaan tersebut. Kerajaan bersetuju dengan saranan Yang Berhormat supaya diadakan pembaharuan dalam sektor pertanian, strategi membasmi kemiskinan di luar bandar. Sebenamya perkara ini telah pun dilaksanakan dan akan dipergiatkan lagi dalam Rancangan Malaysia Kelapan selaras dengan Dasar Pertanian Negara Ketiga.

Berhubung dengan cadangan supaya diwujudkan program latihan vokasional kepada belia-belia yang gagal dalam pelajaran peringkat sekolah rendah dan menengah di bandar-bandar sebagai strategi membasmi kemiskinan di bandar, sebenarnya peluang-peluang latihan vokasional telah pun banyak diwujudkan oleh pelbagai pihak termasuk swasta. Selain daripada itu, di bawah Rancangan Malaysia Kelapan, kementerian ini juga telah memohon peruntukan sebanyak RM20 juta untuk melaksanakan Program Latihan dan Pendidikan bagi golongan berpendapat rendah termasuklah mereka yang tinggal di bandar.

Yang Berhormat Tuan M. Ratnam juga ada mencadangkan kerajaan memberi subsidi kepada golongan termiskin untuk mendapatkan rumah. Di bawah kementerian ini, telah pun wujud satu program membantu golongan termiskin mendapatkan rumah yang selesa sama ada melalui bina baru ataupun membaiki. Kadar bantuan bagi sebuah rumah ialah RM10,370 bagi bina baru dan RM5,190 bagi baiki di Semenanjung dan RM11,930 bagi bina baru dan RM5,970 bagi baiki di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, sebanyak RM100 juta telah diperakukan di bawah program ini.

Yang Berhormat Datuk Ghazi bin Haji Ramli telah meminta penjelasan mengenai Internet Desa dan Info Desa. Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz Abdul Rahman pula membangkitkan isu digital divide antara kawasan bandar dan kampung.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Datuk, program Internet Desa dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia.

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 55

Di samping itu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga turut terlibat dalam pembangunan ICT Desa melalui program Info Desa. Program Info Desa mengandungi dua sub program utama iaitu Medan Info Desa dan Web Info Desa.

Medan Info Desa merupakan suatu entiti fizikal berlengkapkan prasarana teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang terletak dalam kawasan desa. Selain terus menjadi fokus pertemuan fizikal kalangan warga desa setempat menerusi pembangunan teknologi komunikasi dan maklumat, canggih dan relevan, Medan Info Desa juga akan menjadi pemangkin bagi Pertemuan dan lnteraksi Maya, dengan izin, Virtual Meeting and Interaction antara mereka dan komuniti serupa mereka di tempat lain.

Web Info Desa pula merupakan suatu entiti gerbang IT, atau dengan izin, IT Portal yang dicadangkan berpusat di lnstitut Kemajuan Oesa (INFRA)- lnstitusi latihan bagi KPLB. lni merupakan gerbang komunikasi dan interaksi di kalangan masyarakat desa serta mempunyai kandungan yang bercirikan tempatan dan dibangunkan berasaskan permintaan dan keperluan nyata masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai permulaan, sebanyak enam buah kampung telah dipilih sebagai projek perintis Medan Info Desa di kawasan luar bandar iaitu empat buah di Semenanjung, sebuah di Sabah dan sebuah di Sarawak. Enam buah projek perintis itu adalah:

(i) Kampung Kok Kelang, Padang Besar, Perils atau dengan nama e-KokKelang;

(ii) Kampung Bujang di Kuala Muda, Kedah atau e-Bujang;

(iii) Kampung Sungai Gulang-Gulang, Kuala Selangor atau e-Gulang;

(iv) Kampung Buntal, Santubong Sarawak atau e-Buntal;

(v) Kampung Bayangan, Keningau, Sabah atau e-Bayangan; dan

(vi) Kampung Parit Tengah, Seri Merlong, Batu Pahat Johor atau e-PakNgah.

Melalui usaha ini, kementerian berharap dapat mencetuskan bibit-bibit pendedahan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan masyarakat desa dan seterusnya menjadi pemangkin kepada perkembangan e­ekonomi dan seterusnya mengelakkan jurang digital divide antara bandar dan kampung.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja jawapan saya terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh tentang pembangunan luar bandar. Bagi isu-isu lain yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tetapi tidak sempat dijawab di sini, kementerian saya akan mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya. Terima kasih.

Tlmbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan­jawapan tadi dan dengan ini kita minta pula Kementerian Pertanian. Dijemput Yang Berhormat Dato'.

4.29 ptg.

Timbalan Menteri Pertanian [Dato' Sari Mohd. Shariff bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan perhatian serta membangkitkan perkara yang berkaitan dengan bidang tugas Kementerian Pertanian atau di bawah kawalan dan tanggungjawabnya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Khoo Lay Hin telah membangkitkan isu banjir di Kuala Lumpur. Projek Tebatan Banjir Lembah Sungai Kelang yang kini 60% slap akan dipercepatkan pelaksanaannya dengan tambahan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan dan dijangka slap pada tahun 2005 walaupun tarikh slap asal adalah pada tahun 2007.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Nor Azah binti Awin dan Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng telah menyentuh tentang import bahan makanan yang tinggi dan kesan AFTA terhadap para petani.

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

56 DN.15.5.2001

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar bahawa pengimportan bahan makanan negara adalah tinggi dan keadaan ini per1u diperbaiki. Atas kesedaran ini dalam men~gubal Dasar Pertanian Negara 3, kerajaan telah meletakkan pengurangan peng1mportan bahan makanan serta peningkatan pengeluaran makanan sebagai satu matlamat utama Dasar Pertanian Negara 3.

Dalam usaha ke arah meningkatkan pengeluaran makanan negara dan mengurangkan import, kerajaan sedang melaksanakan pelbagai langkah dan pendekatan bagi memodenkan sektor pertanian supaya ianya berbentuk komersial dan berskala besar. Antara program dan aktiviti yang dirancangkan ialah:-

(i) Meningkatkan produktiviti sektor pertanian melalui penggunaan teknologi, mengoptimumkan penggunaan sumber terutama tanah dan buruh dan mengurangkan kerugian selepas tuai;

(ii) Menggalakkan penglibatan pihak swasta menceburi bidang pengeluaran makanan secara komersial;

(iii) Menggalakkan penternakan secara integrasi dengan tanaman estet seperti kelapa sawit dan getah;

(iv) Menggiatkan perusahaan perikanan laut dalam serta mempertingkatkan pengeluaran akuakultur;

(v) Mempertuaskan kawasan tanaman serta mewujudkan zon kekal tanaman;

(vi) Memberikan latihan yang berterusan kepada pengusaha­pengusaha pertanian serta meningkatkan kecekapan pemindahan teknologi.

Usaha-usaha ini telah pun dilaksanakan melalui program dan aktiviti yang diterajui oleh jabatan dan agensi yang berkenaan di bawah kementerian ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, AFTA akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2003 dengan pengurangan tarif sehingga 0% hingga 5% kecuali ke atas produk-produk yang mempunyai kepentingan nasional.

Malaysia telah memasukkan produk-produk pertanian seperti padi, daging lembu, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan ke dalam senarai sensitif dan amat sensitif. lni bermakna barang-barang dalam senarai sensitif dan amat sensitif terkecuali daripada persaingan bebas sehingga tahun 2010.

Selepas tahun 2010, tanaman padi juga akan menghadapi saingan tetapi masih boleh dipertahankan keistimewaannya dan kepentingan negara kerana, dengan izin, bound rate bagi kemasukannya telah ditetapkan pada 20%. Kerajaan akan terus melaksanakan segala usaha yang dibenarkan di bawah regime AFTA untuk memastikan kesan negatif ke atas sektor padi dikurangkan.

Dalam hubungan ini, perkara pokok ialah meningkatkan daya saing industri padi supaya setanding dengan negara lain, sebagai contoh meningkatkan produktiviti hasil padi kepada sepuluh metrik tan sehektar dan meningkatkan tahap pengurusan melalui gabungan tanah sawah kepada mini estet supaya kos pengeluaran menjadi rendah dan lebih efisien.

Tuan Yang di-Pertua, program-program bagi memodenkan dan mengkomersialkan industri padi sedang dilaksanakan. Perkhidmatan sokongan seperti infrastruktur pengairan, pemasaran dan pengedaran benih berkualiti akan diberi bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi negara.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian memang berusaha untuk mempelbagaikan tanaman supaya lebih berdaya saing dan juga untuk tujuan eksport, antara tanam-tanaman yang diberi tumpuan ialah buah-buahan seperti tembikai, belimbing, betik, nenas, limau dan mangga, sayur-sayuran, tanaman jangka pendek, seperti jagung, ubi kayu dan keledek, kelapa, tanaman hiasan, orkid dan dedaun.

Kementerian Pertanian dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga sedang mengadakan kerjasama dalam skim bantuan pekebun kecil getah dan kelapa

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 57

sawit. Peruntukan sebanyak RM100 juta untuk menanam tanaman makanan bagi tujuan menambahkan pendapatan mereka.

Kementerian Pertanian ingin mengucapkan terima kasih atas penghormatan yang diberikan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Melati binti Ali kepada Kementerian Pertanian secara amnya dan Yang Berhormat Menteri Pertanian secara khasnya dan mengambil maklum atas cadangan Ahli Yang Berhormat berkaitan dengan sektor pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan M. Ratnam telah mencadangkan program-program untuk meningkatkan penglibatan para belia dalam sektor pertanian. Suka dimaklumkan program bagi melatih remaja dalam sektor pertanian serta melibatkan diri dalam industri pemprosesan hasil pertanian telah pun dilaksanakan melalui program-program yang diterajukan oleh jabatan dan agensi di bawah kementerian ini.

Sebagai contoh, Kementerian Pertanian melalui Jabatan Pertanian sentiasa memberi bimbingan dan latihan khidmat usahawan kepada belia dan kaum wanita supaya menceburi bidang pemprosesan makanan dan meningkatkan nilai tambah hasil-hasil pertanian melalui aktiviti-aktiviti hiliran.

Setiap tahun tidak kurang dari 65 kursus dianjurkan oleh Jabatan Pertanian yang melibatkan 1,130 orang peserta dilatih dalam bidang pemprosesan makanan seperti pemprosesan rosel, nanas, kek dan roti, kursus resepi, dengan izin, attachment training dalam pemprosesan makanan, kraftani dan latihan usahawan. Kementerian juga turut memberi bantuan dan sokongan melalui latihan-latihan khusus di dalam ketiga-tiga bidang subsektor pertanian, dari sudut teknikal dan pengurusan bagi membolehkan mereka melahirkan perniagaan yang kukuh dalam sektor pertanian.

Di samping itu, kementerian juga menyediakan latihan kejenteraan pertanian kepada belia dan para petani melalui pusat latihan kejenteraan dan pusat-pusat pertanian. Di negeri-negeri di dalam bidang mekanisasi seperti penggunaan, pemanduan dan penyelenggaraan jentera dan peralatan pertanian serta pengairan ladang. Bagi kursus jangka pendek Kementerian Pertanian melalui institut-institut pertanian di seluruh negara telah melatih tidak kurang 300 orang pelajar di peringkat Sijil Pertanian untuk membolehkan mereka berkhidmat atau menceburi bidang pertanian komersial.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun telah mencadangkan agar agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pertanian mengamalkan dasar turun ke padang. Kementerian Pertanian sememangnya mengamalkan dasar turun ke padang, dasar ini dilaksanakan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian sendiri dengan pelancaran program-program utama jabatan dan agensi seperti pelancaran Taman Kekal Pengeluaran Makanan peringkat kebangsaan di Rompin, Pahang baru-baru ini. Amalan ini juga turut diamalkan oleh ketua pengarah dan pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai ibu pejabat yang menjalankan lawatan naziran dan audit bagi semua projek-projek di bawah kawalan jabatan dan agensi Kementerian Pertanian.

Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad bin Ismail telah membuat cadangan supaya kerajaan menubuhkan satu badan untuk membuat analisa, kandungan saki-baki racun perosak dalam sayur-sayuran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah pelaksanaan Akta Makanan, Kementerian Kesihatan mempunyai sistem pengambilan sampel sayur-sayuran untuk analisis kandungan kimia dalam sayur-sayuran. Di samping itu, Kementerian Pertanian melalui Jabatan Pertanian memang memantau penggunaan racun perosak oleh penanam sayur-sayuran di peringkat ladang. Khidmat nasihat juga diberikan kepada para penanam supaya mereka tidak menyalahgunakan racun perosak.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Hassan bin Haji Shukri telah meminta kerajaan memberikan tumpuan kepada sektor pertanian dan mengenal pasti tanah-tanah pertanian yang sesuai untuk tanaman padi serta mengawal harga kelapa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sektor pertanian telah diisytiharkan sebagai, dengan izin, third engine of growth di bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga. Di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga, penanaman padi hanya akan ditumpukan di Iapan kawasan jelapang padi yang sedia ada. Dan juga pengeluaran oleh sektor swasta di Sabah dan di Sarawak.

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

58 DN.15.5.2001

Kementerian Pertanian sedang mengenal pasti tanah-tanah yang sesuai untuk pengeluaran padi di Sabah dan Sarawak. Kementerian Pertanian telah membekukan pengeluaran permit import untuk kelapa sebagai usaha untuk mempertahankan harga kelapa. Tujuan ini ialah untuk mengelakkan keadaan terlalu banyak kelapa di pasaran tempatan sehingga ia menjejaskan harga kelapa.

Selain dari itu, Kementerian Pertanian melalui Jabatan Pertanian dan FAMA telah membantu para penanam kelapa untuk menjual hasil mereka. Adalah diharapkan penjualan yang lebih baik boleh meningkatkan lagi harga kelapa tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah sama-sama memberikan perhatian, teguran dan cadangan kepada Kementerian Pertanian dan segala perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan diteliti dan tindakan sewajamya akan diambil. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Dato', menjawab bagi pihak Kementerian Pertanian tadi, dan sekarang kita jemput pula dari Kementerian Pendidikan. Dijemput Yang Berhormat Dato'.

4.40 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidlkan [Dato' Mahadzlr bin Mohd. Khir]: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mulakan ucapan ini ingin saya nyatakan kepada Dewan yang mulia ini pada keesokan hari iaitu 16 Mei 2001, kita akan merayakan Hari Guru. Dan Hari Guru pada keesokan hari temanya ialah 'Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama'. Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi pihak kerajaan mengucapkan tahniah kepada guru-guru kita dan kita keseluruhannya memberi penghargaan kepada para guru.

Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Diraja khususnya kepada yang menyentuh perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu semasa kegagalan pelajar cemerlang memasuki IPTA. lzinkan saya memulakan ucapan dengan memberi penjelasan kepada isu semasa yang sedang hangat diperkatakan iaitu berhubung pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tetapi gagal memasuki IPTA. Kementerian ini telah memberi penjelasan sepenuhnya kepada perkara tersebut dan telah mendapat liputan yang meluas.

Oleh kerana ramai Yang Berhormat menyentuh perkara ini dalam perbahasan, adalah wajar saya memberi penjelasan semula dalam Dewan yang mulia ini. Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh perkara ini ialah Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Tuan Khoo Lay Hin, Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng, Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdullah Ayob dan Yang Berhormat Puan Choo Poh Toy.

Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat persoalan ini timbul berikutan lebih kurang 500 pelajar yang cemerlang dalam SPM dikatakan tidak mendapat tempat dalam Program ljazah lntegrasi. Saya ingin menjelaskan bahawa terdapat pelajar yang tidak be~aya kerana berlaku persaingan yang hebat terutama bagi sebilangan kecil khusus yang menjadi tumpuan pelajar. Jumlah tempat yang ditawarkan untuk program tersebut adalah kecil iaitu hanya sebanyak 4433 tempat.

Perlu dijelaskan juga program tersebut hanya ditawarkan di beberapa IPTA iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kolej Universiti Tun Hussien Onn (KUITHO) dan Universiti Malaya hanya satu kursus dan ia bukan merupakan program persediaan universiti seperti yang lazim dijalankan. Kementerian Pendidikan menerima permohonan yang besar untuk mengikuti program tersebut iaitu sebanyak 43,987.

Tuan Yang di-Pertua, pecahannya ialah 25,714 bumiputera dan 18,273 bukan bumiputera. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Khoo Lay Hin yang menimbulkan pertanyaan, apakah kriteria lain kemasukan ke IPTA selain daripada kuota, pelajar bukan hanya perlu cemerlang dalam akademik iaitu kelima-lima mata pelajaran sains dan matematik tetapi juga perlu cemerlang dalam bidang kokurikulum dan bagi sebilangan kursus calon diperlukan lulus temuduga khas yang diatur terutama bagi kursus-kursus yang menjadi tumpuan pelajar.

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 59

Kementerian ini juga amat prihatin terhadap keazaman pelajar yang kuat untuk melanjutkan pengajian tetapi tidak mendapat tempat. Sehubungan itu memandangkan ada lebih kurang 500 pelajar yang sangat cemerlang dalam bidang akademik telah tidak terpilih universiti-universiti yang terlibat telah bersetuju memberikan pertimbangan khas kepada seramai 160 pelajar yang mencapai 1 OA atau lebih dan sebilangan pelajar 9A untuk diambil masuk sebagai tambahan dalam kursus-kursus pilihan mereka atau kursus-kursus lain. Universiti-universiti tidak dapat menawarkan tempat kepada semua 500 pelajar kerana tambahan tempat yang mendadak memerlukan tambahan prasarana dan pensyarah yang tidak dapat diwujudkan dengan serta merta.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menegaskan bahawa peluang untuk memasuki universiti belum tertutup bagi mereka yang tidak berjaya mendapat tempat untuk Program ljazah lntegrasi ini. Mereka masih boleh meneruskan pengajian di Tingkatan 6, memilih memasuki maktab atau politeknik ataupun memilih untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Sejak beberapa tahun lalu kerajaan menggalakkan pertumbuhan IPTS kerana kerajaan sedar bahawa negara harus memberi peluang sebaik mungkin kepada pelajar-pelajar mendapat pendidikan tinggi. Pada masa ini jumlah tempat belajar di IPTS adalah hampir sama banyak dengan jumlah tempat belajar di IPTA. Dalam hal ini saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdullah Ayob bahawa kita perlu melihat perkara sebenar apa yang berlaku sebelum membuat sebarang kenyataan kerana isu ini perlu ditangani secara berhemah agar tiada mana-mana pihak yang rugi.

Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah mensia-siakan bakat dan potensi yang dijelmakan melalui sistem pendidikan kebangsaan kita seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Sebaliknya kerajaan berusaha membuka peluang yang lebih luas untuk rakyat mendapat pendidikan di peringkat tertiary. Matlamat kementerian ini ialah agar 40% rakyat, dalam cohort 17 ke atas hingga 23 ke atas mendapat pendidikan di peringkat tertiary berbanding 25% sahaja pada masa ini. Salah satu langkah yang dijalankan ialah meningkatkan enrolment pelajar kepada 20,000 setiap universiti awam selain menubuhkan universiti. Mengenai kuota bumiputera yang tidak diisi dan dicadangkan ...

Timbalan Yang Di-Pertua: Yang Berhormat Dato', ada yang minta laluan. Jemput Yang Berhormat Dato' Dr. Chin.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya hendak minta satu penjelasan tentang bilangan pelajar yang dikata mendapat keputusan yang cemerlang tetapi tidak mendapat tempat dalam IPTA seperti yang dijelaskan tadi. Ada dikata lebih kurang 500 yang dapat keputusan cemerlang tetapi tidak dapat masuk ke universiti. Adakah antara mereka yang 500 ini, keputusan mereka lebih cemerlang daripada yang dapat masuk atau yang ditawarkan tempat. Adakah di antara mereka ini, keputusan mereka adalah lebih baik dibandingkan mereka yang telah ditawarkan tempat. Terima kasih.

Timbalan Yang Di-Pertua: Jemput Yang Berhormat Dato'.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenamya apa yang saya telah jelaskan tadi berasaskan 500 itu yang dengan izin, di claim oleh setengah pihak kata 500. Sebenarnya kita sudah cuba selesai apabila pihak akhbar atau media telah membangkitkan mengenai perkara itu. Kita cuba selesai masalah itu tetapi di sini sehingga akhirnya dikaitkan dengan soal kuota. Sebenamya tidak. Soal kemasukan ke IPTA, ke universiti kita adalah masih tetap kepada kelayakan asas iaitu melalui STPM, matrikulasi dan setaraf dengannya. ltu yang kita hendak nyatakan. Soal kemasukan ke universiti melalui SPM ini adalah kita anggap itu sebagai kes khas di mana mengikuti kursus integrasi yang dinyatakan oleh saya sebentar tadi.

Jadi, pemilihan itu telah dilakukan di mana bukan kata mereka tidak layak untuk menyertai. Tadi telah saya sebutkan, Tuan Yang di-Pertua, bahawa tempat tadi amatlah terhad dan kesemuanya hendak membuat kursus yang sama. Jadi, akhimya itulah timbulnya mengatakan seolah-olah orang yang mendapat beberapa 'A' tidak dapat memasuki universiti. ltu disalahtakrifkan.

Sebab itu saya nyatakan penjelasan saya tadi amat jelas sekali kita cuba selesaikan masalah SPM itu dengan mengambil kira, tadi telah saya sebutkan, kita telah tambah di mana perundingan kita dengan pihak universiti akhirnya kita beri juga

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

60 DN.15.5.2001

laluan itu. lni menunjukkan bahawa kita agak begitu flexible. Bukan kita hendak menidakkan walaupun dianggap kumpulan ini sebagai high achievers.

ltulah yang saya rasa dalam perkara ini tidak timbul pula yang dikatakan kumpulan bumiputera yang memasuki juga tidak ada kelayakan. lni saya sangkal sama sekali. Mereka juga memasuki berdasarkan kelayakan. Jadi, adalah salah anggapan mengatakan penuntut bumiputera kerana kebumiputeraannya itu, maka dia dimasukkan begitu sahaja. lni tidak benar sama sekali. Di sini tetap saya mengatakan bahawa penuntut bumiputera memasuki juga adalah berdasarkan kelayakan mereka.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato', ada yang minta laluan.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Ya, ya.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Dato' Aziz.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, ini perkara yang penting dari segi kredibiliti kerajaan. Jadi, saya ingin kalau boleh pihak kerajaan menjelaskan secara begini ya. Kita dapati sekarang ini hanya 4,433 yang boleh menyertai kursus yang berintegrasi ini termasuk universiti melalui sistem ini. Yang lain masuk IPTA dan IPTS menerusi STPM dan cara-cara lain. Jadi, saya ingin tahu dan Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan tahun yang kedua perkara yang serupa timbul kerana ramai sangat top achievers ini kerana orang makin pintar dengan internet dan sebagainya.

Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, kalau boleh menjelaskan, daripada 4,433, berapa bumiputera yang dikhaskan dan bukan bumiputera ataupun 4,433 ini hanya untuk bumiputera sahaja dan selepas itu daripada kuota yang ditetapkan, kalau 55-45 kuotanya ataupun 100% kuotanya ataupun 70-30, adakah kelebihan atau kekosongan? ltu yang ditimbulkan, walhal perkara itu tidak sebegitu. Jadi, ini misconception, mohon izin, Tuan Yang di-Pertua, yang mengelirukan sangat pemikiran orang ramai.

Kalau boleh kita tanya, daripada 4,433 itu, bumiputera dan bukan bumiputera berapa peratusannya? Adakah kita buat kuota? Kalau tidak ada kuota, adakah ianya 100% bumiputera dan bagaimana? Kalau itu kita buat, jelas. Maknanya yang lain itu menerusi sistem kemasukan ke institusi pengajian tinggi menerusi saluran-saluran yang lain kerana mungkin integrasi ini hendak menolong bumiputera dari luar bandar yang memerlukan integrasi awal-awal. Ha, itu saya tidak tahu. Kemungkinan ini sebabnya. Jadi, cuba perjelaskan dari segi rasional kepentingan kita semua.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Dato' Mahadzir Mohd. Khir.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya untuk saya nyatakan secara terperinci berapa paratus bumiputera dan bukan bumiputera di dalam kursus integrasi tadi, tidak dapat saya nyatakan buat masa ini kerana itu adalah soalan yang spesifik. Walau bagaimanapun, kalau sekiranya hendak juga oleh Yang Berhormat, saya akan buat itu secara bertulis.

Walau bagaimanapun, ingin saya jelaskan di sini. Macam kita katakan bahawa program integrasi tadi adalah satu program yang diwujudkan oleh UTM buat satu ketika dahulu dengan harapan untuk menggalakkan penuntut-penuntut dalam bidang sains dan teknologi tadi dapat mengikutinya.

Oleh yang demikian, maka diadakanlah satu program ini yang mana dianggap program ini, ia menyingkatkan masa untuk mendapat ke program ljazah Pertama. Kalau mereka yang mengikuti STPM, mereka akan mengikutinya selama dua tahun. Jadi, dengan program integrasi ini yang dicuba buat khas dan akhimya kita dapati mereka dapat ke ljazah Pertama dengan pantas.

Walau bagaimanapun, perkara ini hanya melibatkan beberapa buah universiti sahaja. Jadi, oleh kerana telah saya sebutkan tadi di mana seramai 43,987 di mana 25,714 bumiputera dan 18,273 bukan bumiputera tadi memohon. ltu yang memohon dan yang hendak dipertimbangkan oleh pihak universiti tadi, ingin saya jelaskan di sini.

Misalnya, kita ambil contoh. Jni contoh saya bagi, Yang Berhormat Dato'. ljazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bio Perubatan, applicationnya seramai 3,492. Yang

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 61

kita tawarkan tempat yang ada itu ialah 37. Bayangkan. Begitu juga dengan ljazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer, yang memohon ialah seramai 3,450. Tempat yang ada ialah 60. Macam itu juga ljazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, yang memohon ialah seramai 723. Yang kita boleh ambil ialah 150.

Begitu juga selanjutnya kursus-kursus yang lain tetapi ada kursus-kursus yang tidak popular, itu tidak mahu dipilih. Misalnya, macam Kejuruteraan dan Pendidikan. Ramal yang tidak mahu jadi guru. Jadi, macam saya sebutkan tadi, kursus-kursus yang mana begitu popular, maka di situlah tumpuan dan masing-masing hendak juga memasuki kursus itu.

Jadi, kriteria-kriteria tertentu telah ditetapkan supaya wujudnya keadilan, dikatakan. Jadi, dengan itu, dinyatakan dan dijelaskan dan juga akan saya jelaskan kemudian nanti mengenai dengan bagaimana cut off point itu dilakukan. Biarlah saya teruskan di sini, Tuan Yang di-Pertua ....

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput.

Dato' Mahadzlr bin Mohd. Khir: ... oleh kerana ini dapat menjelaskan segala pertanyaan Yang Berhormat Dato' tadi.

Mengenai kuota bumiputera yang tidak diisi dan dicadangkan diberi kepada bukan bumiputera seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Puan Chew Poh Thoi, soal ini tidak timbul. Sasaran awal kementerian ini ialah sebanyak 38,000 tempat dan Mesyuarat Pemilihan bersama IPTA pada 24 dan 28 April 2001 telah memutuskan pengambilan sebanyak 30,832 pelajar. Perbezaan sebanyak 7,168 telah disalah anggap sebagai kekosongan.

Sebenamya, angka 30,832 tempat tersebut tidak mengambil kira sejumlah 8,365 pelajar lepasan matrikulasi yang telah memasuki IPTA sebelum mesyuarat tersebut berlangsung. Lepasan matrikulasi tersebut terdiri daripada 5,761 pelajar daripada Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan dan Program Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa. Sekiranya diambil kira pelajar lepasan matrikulasi tersebut, jumlah pengambilan sebenar bagi sesi akademik 2001/2002 ke IPTA adalah sebanyak 39,197 dan telah melebihi sasaran pengambilan sebanyak 1,197 orang. Oleh yang demikian, soal kekosongan kuota bumiputera tidak diisi adalah tidak timbul.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan kurikulum persekolahan. Seterusnya saya beralih kepada perkara-perkara yang berhubung dengan kurikulum persekolahan. Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman telah meminta Kementerian Pendidikan sebagai agensi perpaduan mengkaji semula mata pelajaran Sejarah supaya semangat patriotik di kalangan pelajar dapat dipupuk. Dalam hal ini, kementerian ini telah mengambil langkah dengan memperkasakan mata pelajaran Sejarah yang satu ketika dulu tidak diminati sebahagian pelajar sebagai mata pelajaran teras dan wajib diambil oleh pelajar dalam PMR dan SPM di peringkat menengah.

Sebahagian besar kandungan mata pelajaran Sejarah adalah mengenai sejarah negara yang mengandungi elemen-elemen seperti perjuangan menentang penjajah asing, pahit getir rakyat dalam usaha mencapai kemerdekaan, pemupukan perpaduan dan pembinaan serta penyatuan negara Malaysia. Penyemakan kurikulum persekolahan yang dibuat baru-baru ini akan meneguhkan lagi pemupukan semangat patriotisme dan ketatanegaraan bagi melahirkan warganegara yang berdisiplin, setia dan bertanggungjawab, berwawasan dan memainkan peranan aktif dalam memajukan bangsa dan negara.

lsu pengajaran bahasa ibunda telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng. Beliau menggesa agar kerajaan membenarkan sesiapa sahaja belajar bahasa ibunda. Dalam hal ini, kerajaan tidak pemah menghalang rakyat daripada mempelajari bahasa ibunda atau bahasa-bahasa lain malah ia digalakkan. Kementerian Pendidikan memberi jaminan bahawa rakyat tidak perlu khuatir tentang kedudukan bahasa ibunda dalam sistem pendidikan kebangsaan kerana ia telah jelas dalam Akta Pendidikan 1996, seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 17(1), Seksyen 17(2), Seksyen 28 dan Seksyen 151. Peruntukan dalam seksyen-seksyen tersebut jelas memberi maksud bahawa bahasa Cina dan bahasa Tamil tetap digunakan di sekolah-sekolah jenis kebangsaan.

Yang Berhormat Datuk Nor Azah binti Awin menggesa Kementerian Pendidikan menekankan kepada pelajar betapa mustahaknya mereka mengenal pasti

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

---------------------

62 DN.15.5.2001

bidang yang mereka minati dan di mana mereka mempunyai kekuatan dan kelebihan. Usaha-usaha ini dijalankan melalui program bimbingan dan kerjaya di sekolah-sekolah. Selain daripada panduan oleh guru-guru tentang bidang-bidang kerjaya, pelajar juga didedahkan mengenai peluang-peluang pekerjaan agar mereka mengetahui bidang yang mereka minati mengikut kebolehan. Pada masa ini pelajar boleh memilih jurusan bermula daripada tingkatan empat. Para pelajar boleh meneruskan dalam bidang akademik sama ada dalam bidang sains atau kemanusiaan.

Selain itu, bagi pelajar yang berminat dalam aliran teknikal mereka boleh terus memohon memasuki sekolah-sekolah teknik dan vokasional yang menawarkan pelbagai bidang yang menjurus kepada kerjaya, tenaga mahir dan separuh mahir khususnya dalam sektor industri. Bagi pelajar yang berpencapaian rendah dan kurang berminat dalam akademik pula boleh memilih kursus-kursus aliran kemahiran yang disediakan di beberapa sekolah vokasional.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan projek rintis 'buku-e' atau 'e-book' di sekolah-sekolah telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Datuk Ghazi Haji Ramli. Untuk makluman, pada masa ini pihak syarikat yang terlibat sedang melengkapkan infrastruktur di 50 buah sekolah menengah terlibat sebelum pelaksanaan penggunaan e-buku dimulakan pada 1 Jun 2001. Pelaksanaan di sekolah rendah ditangguhkan kerana pihak syarikat belum dapat menyediakan buku elektronik yang sesuai - yang sesuai maksud kita dalam Bahasa lnggeris ialah 'robusr, untuk murid di peringkat rendah. Sebagai permulaan di 50 buah sekolah menengah yang terlibat, dua kelas tingkatan empat di setiap sekolah akan terlibat dengan projek rintis tersebut.

Untuk makluman juga, sebanyak tiga syarikat terlibat dalam projek rintis 'buku elektronik' ini. Oleh kerana ia sesuatu yang baru, Kementerian Pendidikan akan menilai keupayaan dan keberkesanan projek rintis tersebut sebelum ia diperluaskan. Yang Berhormat Dato' Dr. T. Marimuthu telah membangkitkan mengenai usaha-usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat membaca. Kerajaan memang mempunyai hasrat untuk mencapai tahap literasi negara 100% menjelang 2010 dan membudayakan pembacaan di kalangan masyarakat Malaysia. Bagi tujuan tersebut, satu pelan tindakan telah disediakan iaitu Agenda Membaca Negara bagi melahirkan masyarakat berilmu. Dalam masa yang sama, program galakan membaca termasuk golongan belia dijalankan secara berterusan dengan usaha bersepadu semua pihak yang melibatkan juga pertubuhan bukan kerajaan.

Di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh sebanyak RM2 juta telah dibelanjakan bagi melaksanakan program galakan membaca yang telah diagihkan kepada pelbagai agensi kerajaan bagi tujuan memperolehi bahan bacaan serta menjalankan pelbagai bentuk aktiviti. Bulan Ogos juga telah dijadikan sebagai Bulan Membaca Kebangsaan dengan pelbagai aktiviti di peringkat kebangsaan dan negeri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan sebanyak 60 buah perpustakaan Desa Cyber llmu akan dibina di kawasan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, memartabatkan profesion perguruan. Beberapa Ahli Yang Berhormat telah menyentuh isu-isu profesion perguruan. Yang Berhormat Datuk Christina Tibok Vanhouten meminta agar diatasi segera masalah kekurangan guru Bahasa lnggeris. Bagi mengatasi masalah tersebut, langkah-langkah yang telah diambil ialah meningkatkan pengambilan calon untuk program pra-perkhidmatan seperti kursus perguruan lepasan ijazah atau KPLI dalam bidang TESL. Selain itu, kementerian juga mengadakan program khas pengsiswazahan guru atau PKPG dengan kerjasama IPTA dan melalui program ini para guru diberi peluang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. Langkah lain ialah mengadakan program berkembar pra-perkhidmatan Maktab Perguruan llmu Khas dan lnstitusi United Kingdom (MPIKUK).

Selain itu, mengadakan kursus-kursus jangka pendek dan jangka panjang yang bertujuan meningkatkan profesionalisme di kalangan guru sama ada di peringkat sijil, diploma dan ijazah. lni termasuklah program peningkatan kemahiran kejurulatihan Bahasa lnggeris atau dengan izin, Malaysian Trainer Development Programme atau MTDP. Ahli Yang Berhormat juga menyarankan agar ditingkatkan tahap pengetahuan pengetua sekolah dan guru tentang norma-norma kebudayaan dan sensitiviti kaum sebagai usaha membantu kerajaan dalam aspek perpaduan.

Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan dari masa ke semasa mengadakan latihan dan kursus-kursus dalam bidang kepimpinan sekolah, selain daripada dapat meningkatkan keberkesanan pengetua atau guru besar sebagai pemimpin dan

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 63

pengurus sekolah dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Aspek-aspek yang diberi penekanan ialah menerapkan kepekaan dan kesedaran yang tinggi terhadap perkara yang berlaku di sekolah dan persekitaran serta menjalinkan hubungan yang baik dan berkesan dengan semua pihak khususnya komuniti setempat di mana pengetua atau guru itu bertugas.

lsu guru yang berkelayakan tidak diberi peluang mengajar bahasa ibunda telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Puan Chew Poh Thoi. Untuk makluman, dasar Kementerian Pendidikan ialah setiap mata pelajaran mestilah diajar oleh guru yang mempunyai kelayakan dalam mata pelajaran tersebut mengikut bidang pengkhususan atau opsyen mereka. Namun demikian, terdapat kes-kes di mana terdapat lebihan guru dalam sesuatu mata pelajaran di sesebuah sekolah.

Dalam hal ini, terdapat guru yang mungkin terpaksa mengajar mata pelajaran lain yang bukan bidang pengkhususannya. Dalam kes tertentu juga terdapat sesetengah mata pelajaran tidak ditawarkan di sesebuah sekolah, contohnya mata pelajaran Bahasa Cina tidak dapat diadakan di sesebuah sekolah menengah kerana kurang permintaan daripada sekurang-kurangnya 15 orang ibu bapa untuk diadakan mata pelajaran tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun ..

Puan Jaya Partiban: [Bangun}

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang minta laluan. Dijemput Puan Jaya.

Puan Jaya Partiban: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya ingin satu penjelasan dari pihak Kementerian Pendidikan. Tadi Yang Berhormat ada berkata, kalau ada permintaan dari 15 orang pelajar, boleh adakan bahasa ibunda. Bukankah menjadi satu tidak adil kalau ada 14 orang ataupun 13 orang penuntut yang ingin melanjutkan pelajaran mereka dalam bahasa ibunda tetapi tidak dibenarkan kerana syarat itu yang manyatakan perlukan parmohonan dari 15 orang, saya ingin tahu penjalasan daripada pihak kamentarian. Tarima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijamput.

Dato' Mahadzlr bin Mohd. Khir: Tarima kasih Yang Berhormat kerana membangkitkan perkara POL. POL ini bukan sahaja Bahasa Cina, Bahasa Tamil tetapi juga bahasa-bahasa lain di Sabah dan Sarawak saperti Bahasa Kadazandusun dan lban juga diajar. Dalam hal apa yang dibangkitkan olah Yang Berhormat tadi, mengenai apakah ianya tidak adil kalau kita kira 14 orang, saya kata sakurang­kurangnya 15 orang, kalau 13, 14 itu kalau dipohon kita masih pertimbangkan sabab kita letak di situ 15 orang kerana kalaulah seorang murid sahaja ibu bapa kata memohon untuk kita adakan kursus ataupun mata pelajaran Bahasa katakanlah Bahasa Tamil misalnya saya rasa daripada kosnya bagitu amat tinggi.

Tetapi walau bagaimanapun macam saya sabutkan tadi, kita masih bari ruang kepada permohonan yang kita dapat dan kita tarus partimbangkan. Kita tidak adalah misalnya, katakanlah kalau ada 14Y:z kita tidak bolah timbangkan, tidak ada, kita tidaklah begitu rigid sakali dalam hal itu. Sebab itu macam saya katakan kemasukan dalam univarsiti pun kita bukanlah bila kata sampai sahaja 55, kita stop atau sampai 45 kita hentikan setakat itu, tidaklah, kita ini manusia, kita ada pertimbangan terutama sekali kalau kerajaan ini ditadbir oleh Barisan Nasional, [Tepuk] kita masih pegang kapada apa yang kita janji selama ini dan kita tarus mentadbir mangikut paraturan dan masih ada ruang flexibility, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, untuk memberi pertimbangan ini. Tatapi kita tidak mangabaikan mangenai dengan pupils' own language, dengan izin, ataupun bahasa ibunda ini, kita tidak pemah cuai. Kalau sekolah itu pohon, kita akan teruskan.

Bagitu juga dengan sekolah-sekolah kebangsaan janis Tamil atau sakolah kabangsaan janis Cina kah, ini juga kita beri paluang dia wujud manurut Akta Pendidikan 1996 yang mangatakan bahawa ada sasatangah pihak kata kita hendak menutup sekolah itu, tidak timbul sama sekali [Sambi/ mengetuk meja] malah hari itu timbul, Yang Berhormat, saya ambil kesempatan ini, Sekolah Damansara itu dijadikan isu politik sabab saya kata pendekatannya ialah pandakatan pandidikan. Kalau

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

64 DN.15.5.2001

pendidikan dilakukan pendekatan politik maka jawapannya politik. Oleh itu, soal pendidikan mesti ditangani dan pendekatannya ialah pendidikan, bukan politik.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhonnat Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun telah membangkitkan keprihatinan beliau terhadap kebajikan warga guru antaranya dalam soal menyediakan rumah-rumah guru. Terima kasih Yang Berhonnat, inilah Yang Berhonnat begitu prihatin kepada guru sebab dia berterima kasih kepada cikgu-cikgu dia dahulu. Macam kita semualah, kita pun berterima kasih juga kepada guru-guru kita yang lalu.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh, sebanyak 7,185 unit rumah guru telah siap dibina dan daripada jumlah tersebut 60% adalah di kawasan luar bandar. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan kerajaan merancang untuk membina 39,310 unit rumah guru yang merangkumi projek-projek baru dan projek-projek Rancangan Malaysia Ketujuh yang masih dilaksanakan. Daripada jumlah ini, sebanyak 25,420 unit atau dalam peratusannya ialah sebanyak 65% adalah di kawasan luar bandar. Usaha tersebut diharapkan dapat mengurangkan masalah perumahan guru di mana sahaja mereka bertugas. Di sini ingin saya nyatakan juga rumah-rumah di bandar-bandar besar juga kita wujud macam di Kuala Lumpur juga kerana sewa rumah, kasihanlah kepada cikgu-cikgu.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan perancangan dan pembangunan pendidikan. Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz Abdul Rahman telah menimbulkan masalah sekolah tiada bekalan elektrik dan kesannya terhadap jurang antara pelajar bandar dan luar bandar khususnya dalam pendidikan IT. Ya, pendidikan IT. Tuan Yang di-Pertua, IT ini ialah Information Technology, jangan salah. Banyak orang salah IT ini. Sukacita ...

Timbalan Yang di-Pertua: Dia salah apa pula?

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Dia orang salah kerana kadang-kadang dia kata IT - lbu Tunggal.

Timbalan Yang di-Pertua: Oh, I see.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Sukacita dimaklumkan menyedari masalah­masalah pembangunan institusi-institusi pendidikan di luar bandar khususnya satu pasukan petugas peringkat menteri yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhonnat Timbalan Perdana Menteri telah ditubuhkan. Ia berperanan meningkatkan perlaksanaan projek-projek pembangunan pendidikan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak. Baru-baru ini jawatankuasa ini telah meluluskan supaya semua sekolah dibekalkan generator set (gen set) dengan kapasiti 5 kilovolt setiap satu bagi 446 sekolah yang belum ada elektrik. lni saya bagi jaminan, kita telah laksanakan bagi Sabah dan Sarawak terutama sekali.

Timbalan Yang di-Pertua: lni berita baik sempena Hari Guru. Berita baik sempena Hari Guru besok.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Ya, sempena ini, rumah pun telah kita buat, elektrik pun kita sudah bagi dan macam-macam lagi kita hendak bagi sebab kita terhutang budi kepada guru-guru kita.

Yang Berhormat Datuk Christina Tibok Vanhouten juga telah meminta melaksanakan sepenuhnya persekolahan satu sesi. Terima kasih Yang Berhonnat. Memanglah menjadi hasrat kementerian ini agar semua sekolah menjalankan persekolahan dalam satu sesi. Kementerian ini mempunyai sasaran bahawa perlaksanaan persekolahan satu sesi sepenuhnya dapat dicapai menjelang tahun 2010 melalui pembinaan lebih banyak sekolah-sekolah baru dan penambahan kemudahan fizikal di sekolah-sekolah sedia ada.

Di bawah projek sekolah satu sesi, sebanyak 830 buah sekolah iaitu 488 buah sekolah rendah dan 342 buah sekolah menengah sedang dilaksanakan meliputi bangunan sekolah baru dan tambahan. Pada bulan Mac 2001 , kerajaan telah meluluskan pembinaan 200 buah sekolah rendah dan menengah di bawah projek ini. Mengenai saranan agar dipercepatkan pembinaan sekolah-sekolah baru yang dilengkapi dengan kelengkapan komputer, khususnya di kawasan luar bandar. Kementerian Pendidikan akan membina sebanyak 2,400 buah makmal komputer di sekolah-sekolah luar bandar yang mana projek ini bemilai lebih RM800 juta. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2001.

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

DN.15.5.2001 65

Tuan Yang di-Pertua, penglibatan masyarakat dalam penglibatan. Bersesuaian dengan konsep masyarakat penyayang, Kementerian Pendidikan amat bersetuju dengan penglibatan masyarakat dalam usaha memajukan pendidikan. Dalam hal ini, Yang Berhormat Tuan Abdillah bin Abdul Rahim telah mencadangkan kementerian membuat kajian bagaimana ibu bapa dapat membantu mengajar anak mereka di rumah terutama di peringkat rendah. Kementerian ini berpandangan adalah lebih baik penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak dijalankan melalui program yang lebih terancang.

Sehubungan itu, kementerian sentiasa memberi sokongan dan menggalakkan ibu bapa melalui PIBG untuk bekerjasama dengan pihak sekolah bagi membantu pembelajaran anak-anak mereka. Antaranya, mengadakan kelas-kelas bimbingan kepada pelajar yang lemah dalam pelajaran dan juga pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan. lbu bapa yang ada kemahiran dalam sesuatu bidang dipelawa mengajar di kelas-kelas ini secara sukarela. Selain itu, menganjurkan ceramah-ceramah keibubapaan kepada ibu bapa sendiri dengan memberi penekanan kepada aspek psikologi kanak-kanak.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perpaduan melalui pendidikan. Yang Berhormat Datuk Christina Tibok Vanhouten, Yang Berhormat Dato' Hamzah bin Zainudin dan Yang Berhormat Dato' Dr. T. Marimuthu telah menyentuh nilai-nilai perpaduan di kalangan pelajar sekolah. Memang menjadi hasrat kementerian untuk memupuk perpaduan, keharmonian dan semangat patriotisme di kalangan rakyat sejak murid di bangku sekolah rendah lagi. Sehubungan itu, pelbagai langkah telah dilaksanakan secara menyeluruh, bersepadu dan merentas kokurikulum melalui proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai mata pelajaran, kegiatan kokurikulum dan juga aktiviti-aktiviti di sekolah.

Di peringkat sekolah rendah, aspek-aspek tersebut terdapat dalam mata pelajaran Kajian Tempatan yang memberi penekanan kepada sejarah tanah air dan pengetahuan kenegaraan yang lebih mendalam terhadap pentingnya perpaduan dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga memberi penekanan kepada pemupukan nilai-nilai murni seperti perpaduan, bekerjasama dan toleransi ke arah melahirkan warganegara yang hidup bersatu padu. Kementerian Pendidikan juga memastikan penyertaan pelajar pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah. Dengan ini, interaksi secara maksimum di antara pelajar pelbagai keturunan dapat diwujudkan bagi memupuk semangat perpaduan yang berterusan.

Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar daripada pelbagai jenis sekolah juga amat digalakkan agar tiada berlaku jurang pemisahan antara kaum mengikut jenis sekolah. Sehubungan itu juga, kementerian ini berpandangan bahawa saranan Yang Berhormat Dato' Dr. T. Marimuthu supaya kerajaan perlu mewujudkan Suruhanjaya Pendidikan untuk melihat semula struktur pendidikan bagi mencapai perpaduan belum perlu buat masa ini.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan meningkatkan kualiti pendidikan tertiary. Yang Berhormat Hajah Melati binti Ali ingin penjelasan, apakah terdapat usaha bersepadu yang dijalankan antara Kementerian Pendidikan dan agensi-agensi lain dalam merancang penawaran tenaga kerja. Untuk makluman, universiti-universiti di negara ini seperti juga di negara-negara maju menggunakan kaedah-kaedah internal quality assessment dan external quality assessment dengan izin, yang melibatkan pakar-pakar daripada tahap profesionalisme serta kemahiran pelajar bagi menentukan kualiti kursus-kursus yang ditawarkan terjamin dan berlandaskan ilmu kemahiran terkini. Universiti-universiti di negara ini juga sentiasa berhubung dengan pihak industri melalui fakulti-fakulti, unit perhubungan industri atau lembaga pengajian bagi menentukan ilmu serta kemahiran yang diterapkan kepada pelajar sentiasa relevan dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

Selain itu, biro-biro perundingan dan inovasi di IPTA ditubuhkan bagi menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta untuk tujuan latihan serta program-program teknikal. lni merupakan bentuk perkongsian antara IPTA dengan syarikat swasta atau korporat bagi melatih pelajar-pelajar kita sebagaimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun mengenai cadangan mewujudkan kerusi di universiti.

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · di luar bandar negeri Sarawak, khasnya di kawasan pendalaman; dan (b) apakah ada perancangan tertentu untuk membina jalan jalan kecil bagi menghubungi

66 DN.15.5.2001

Pada masa ini, perkara tersebut telah dilaksanakan. Contohnya, di Universiti Malaya, Kerusi Yayasan Kwok, Kerusi Malayan Banking, Kerusi Petronas, Kerusi Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Kerusi Tun Ismail Ali. Di Universiti Sains Malaysia, Kerusi PLUS, Kerusi Perbandaran Pulau Pinang, Kerusi Malaysian Sugar Manufacturing. Di Universiti Kebangsaan Malaysia pula, Kerusi Toh Puan Rafeah dan Kerusi Tan Sri Noh. Di Universiti Putra Malaysia, Kerusi Selangor, Kerusi Renong dan Kerusi Maybank. Di Universiti Utara Malaysia, Kerusi Bumiputera Commerce Bank Berhad (BCBB) dan Kerusi KLSE.

Ahli Yang Berhormat juga menimbulkan isu pelajar bumiputera di IPTA yang kurang berdaya saing dan dikatakan spoon feeding, dengan izin. Bagi menangani fenomena ini, IPTA melalui Hai-Ehwal Pelajar daripada semasa ke semasa mengadakan program-program motivasi, sesi kaunseling dan juga menganjurkan mentor mentee group learning dan networking dengan izin, untuk membimbing serta memberi nasihat kepada para pelajar. Mengenai saranan agar dikaji semula skim gaji tenaga pengajar di IPTA untuk mengelakkan brain drain dengan izin, yang juga ditimbulkan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun.

Perkara tersebut adalah termasuk dalam konsep pengkorporatan dan kita telah pun mengambil beberapa langkah dan buat masa ini, masih dalam perbincangan lagi. Berhubung saranan Yang Berhormat Puan Chew Poh Thai agar diadakan promosi-promosi pendidikan di luar negara terutama di negeri China, India dan Timur Tengah sejajar dengan hasrat menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan. Usaha ini memang telah dan sedang be~alan. Sejak tahun 1998, Kementerian Pendidikan telah menjalankan promosi pendidikan di luar negara dengan mengadakan road show secara single country ataupun menyertai pameran pendidikan antarabangsa di luar negara sehingga bulan Mac 2001. Antara negara-negara yang telah dilawati adalah merangkumi negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Brunei Darussalam, Thailand serta negara-negara Timur Tengah seperti Oman, Dubai dan Pakistan. Tidak ketinggalan juga Republic of China, Canada, Afrika Selatan dan Kenya. Dengan usaha-usaha tersebut, kerajaan berharap dapat menarik lebih ramai pelajar daripada luar negara melanjutkan pengajian di institusi-institusi pendidikan tinggi negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri jawapan saya ini, ingin saya sampaikan satu rangkap pantun,

Timbalan Yang di-Pertua: Jemput.

Dato' Mahadzlr bin Mohd. Khir:

Yang korek itu kendi,

Yang merah itu saga,

Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

Selama ini, pihak kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional telah pun banyak berbudi kepada masyarakat kerana semua pengundi juga berbudi kepada pihak kerajaan. Jadi, kita mintalah ke~asama antara semua pihak untuk menjayakan pendidikan kerana melalui pendidikanlah pergantungan generasi kita yang akan datang.

Setakat ini sahaja Tuan Yang di-Pertua yang dapat saya jelaskan mengenai perkara-perkara yang menyentuh Kementerian Pendidikan yang ditimbulkan oleh Ahli­ahli Yang Berhormat sekalian. Saya sedar tidak dapat semua perkara sempat saya jelaskan dania akan diambil perhatian dan tindakan sewajarnya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Data' Mahadzir daripada Kementerian Pendidikan dan Ahli-ahli Yang Berhormat, jawapan-jawapan daripada kementerian-kementerian yang lain akan dijawab pada hari esok.

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini saya tangguhkan Dewan ini pada hari esok,16Mei2001,jam 10.00pagi.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.