penyata rasmi parlimen dewan negara · 3. rang undang-undang lembaga kemajuan perindustrian...

80
Bil. 36 Rabu 12 Disember 2001 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA

Upload: others

Post on 15-Jul-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

Bil. 36 Rabu 12 Disember 2001

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KETIGA

MESYUARAT KETIGA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

KANDUNGAN

MENGANGKAT SUMPAH:

Yang Berhormat Tuan Zainal bin Rampak

PEMASYHURAN TUAN YANG 01-PERTUA:

Mengalu-alukan Ahli-ahli Baru Perutusan Daripada Dewan Rakyat Urusan Mesyuarat

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN~ERTANYAAN

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan 2002

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2001

(Halaman 1)

(Halaman 1) (Halaman 1) (Halaman 2)

(Halaman 2)

(Halaman 15)

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dato' Michael Chen Wing Sum, D.P.M.S. (Dilantik)

Timbalan Yang di-Pertua, Tuan Haji Gapar bin Gurrohu (Dilantik)

Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M. (Dilantik)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia (Dilantik)

Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamed, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M. (Dilantik)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin (Dilantik)

Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S. (Dilantik)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor, (Dilantik)

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk M. Kayveas P.J.N. (Dilantik)

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Datuk Zainudin bin Maidin, (Dilantik)

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim (Sarawak)

Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Abdullah bin Ayub (Dila .ur<)

Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani (P-:;iis)

Dato' Haji Ahmad bin Ismail (Pulau Pinang)

Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun (Dilantik)

Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad, A.M.N., A.M.K., B.K.M. (Kedah)

Tuan Benedict Bujang Tembak (Sarawak)

Dato' Charern lntachat, D.S.D.K., A.M.N., B.C.K. (Dilantik)

Datuk Dr. Charlie Chau Lap Chang (Dilantik)

Puan Hajah Che Jam binti Haron (Dilantik)

Puan Chew Poh Thoi (Dilantik)

Data' Dr. Chin Fook Weng (Pulau Pinang)

Datuk Christina Tibok Vanhouten (Sabah)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ii

Yang Berhormat

DN.12.12.2001

Datuk Faridah binti Abu Hassan (Dilantik)

Datuk Ghazi bin Haji Ramli, D.P.M.S., D.I.M.P. (Selangor)

Dato' Hamzah bin Zainudin (Perak)

Tuan Hassan bin Haji Shukri (Terengganu)

Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan (Melaka)

Tuan Ho Lim Teck (Melaka)

Puan Jamilah binti Ibrahim (Kelantan)

Tuan Jang Chow Thye @ Yio Chow Thye (Dilantik)

Puan Jaya Partiban (Dilantik)

Datuk Joseph Balan Seling (Dilantik)

Datuk Haji Karim Ghani (Sabah)

Tuan Haji Karim bin Salleh (Perlis)

Datuk Haji Kasim bin Mh. Yusop (Dilantik)

Tuan Kee Ah Kau (Selangor)

Data' Lee Pit Chern (Negeri Sembilan)

Tuan Lim Eng Kok (Dilantik)

Datuk Long bin Jidin (Dilantik)

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae, (Dilantik)

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar (Dilantik)

Dato' Dr. T. Marimuthu (Dilantik)

Dato' Haji Mazlan bin Abu (Johor)

Puan Hajah Melati binti Ali (Pahang)

Puan Melanie Chia Chui Ket (Dilantik)

Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram (Dilantik)

Tan Sri Data' Haji Mohamed bin Ya'acob, P.S.M., P.M.K., S.P.M.K., Dato' Bentara Kanan, S.M.T., P.G.D.K., D.A. (Dilantik)

Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani (Dilantik)

Tuan K. R. A Naidu (Oilantik)

Datuk Nor Azah binti Awin (Oilantik)

Puan Nosimah binti Hashim (Dilantik)

Oato' Poo Yew Choy, D.I.M.P., A.M.P. (Pahang)

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

DN 12.12.2001

Yang Berhormat Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim (Dilantik)

Tuan M. Ratnam (Dilantik)

Tuan M. Saravanan (Dilantik)

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan (Dilantik)

Tuan R. Sinniah (Dilantik)

Puan Safinah binti Jusoh (Terengganu)

Puan See Too Mee (Johor)

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Kelantan)

To' Puan Wan Seri@ Wan Asiah binti Ahmad (Dilantik)

Tuan Wee Kok Tiong (Dilantik)

Tuan Yew Teong Look (Dilantik)

Tuan Yew Tuan Chiew (Perak)

Tuan Zakaria bin Arshad (Negeri Sembilan)

iii

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

iv

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara Dato' Abdullah bin Abdul Wahab

Ketua Penolong Setiausaha Roosme binti Hamzah

Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha Haji Mustafa bin Abdul Rahman

Ruhana binti Abdullah Riduan bin Rahmat

JURUBAHASASERENTAK

DN.12.12.2001

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI Azhari bin Hamzah

Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Mazidah binti Mohamed

Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Mohamed bin Osman Hajah Norishah binti Mohd. Thani Zaiton binti Yaacob Abd. Talip bin Hasim Noorhazmah binti Hamzah Jamilah lntan binti Haji Bohari Nurziana binti Ismail Noor Effarizan binti Mat Satib Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat Marzila binti Muslim Syed Azuddin bin Syed Othman Habibunisah Mohd. Azir Abu Bakar bin Hasan

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN MESINCETAK Kamal bin Oyub Haji Latif bin Ismail Kamaroddin bin Mohd. Yusof

Hajah Paizah binti Haji Salehuddin

BENTARA MESYUARAT Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER Mohd Shah bin Rahman Sulaiman bin Sirad Azzahar bin Hast1im

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN PERUNDANGAN Mohd. Shariff bin Hussein Azmi bin Othman Zafniza binti Zakaria Mohd. Sidek bin Mohd. Sani Ruhana binti Mohd. Sani Mazlina binti Ali Norlaila binti Abdullah Sidi Alias bin Mohd. Nor

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

DN 12.12.2001

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Rabu, 12 Disember 2001

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[fuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

MENGANGKATSUMPAH

Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat Sumpah:

- Yang Berhormat Zainal bin Rampak.

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

MENGALU-ALUKAN AHLI BARU

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhorrnat, saya mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi. Saya berharap semoga Ahli Yang Berhorrnat yang baru dipilih itu dapat memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada Dewan ini dan kepada negara seterusnya dan semoga beliau dapat berkhidmat dengan cemerlangnya.

Ahli-ahli Yang Berhorrnat, walaupun saya ada 'long winter' sedikit, sukalah saya mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat dan suka hendak memberitahu Yang Berhormat walaupun kekurangan kuorum belum pernah terjadi di Dewan Negara, saya amat berharap setiap Ahli Yang Berhormat akan menghadiri setiap mesyuarat di sepanjang tempoh sesi Dewan Negara supaya kita dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Dewan Negara adalah badan perundangan yang tertinggi dalam negara kita. Jadi setiap Ahli Yang Berhormat adalah diharap supaya berdisiplin, penuh komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negara.

PERUTUSAN DARIPAD.e, DEWAN RA~KYAT

l"uan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormar, saya telah menerima satu perutusan daripada Dewan Rakyat yang meminta Dewan Negarc:. mempersetujukan Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Saya menjemput Setiausaha membacakan Perutusan itu sekarang.

[Tuan Setiausaha membacakan Perutusan}

"11 Disember 2001

Perutusan Daripada Dewan Rakyat kepada Dewan Negara

Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara,

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang yang berikut dan meminta Dewan Negara mempersetujukannya:

1. Rang Undang-undang Bank Islam Pindaan 2001;

2. Rang Undang-undang lnstitusi Kewangan Pembangunan 2001;

3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001;

4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun Kenangan) 2001; dan

5. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Eiaun Kenangan) 2001.

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

2

Yang ikhlas,

t.t.

YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT."

URUSAN MESYUARAT

DN.12.12.2001

Timbalan Menteri Pendidikan [Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang yang tersebut di dalam perutusan itu dibacakan kali yang kedua dan ketiganya di Mesyuarat ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Sinniah all Raju minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bahawa Majlis Daerah/Perbandaran/Bandaraya harus mengeluarkan 'Sijil Kelayakan untuk menduduki Bangunan' dua minggu selepas pemeriksaan bangunan. Walau bagaimanapun pemaju masih gagal menerima sijil tersebut. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil untuk memastikan sijil tersebut dikeluarkan dalam tempoh masa tertentu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Tahun 1984 (Pindaan) Tahun 1999, Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan atau CFO hendaklah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada orang yang mengemukakan pelan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan permohonan iaitu mengemukakan Borang E yang lengkap dengan semua sokongan dari agensi-agensi teknikal yang berkaitan. Sekiranya orang yang mengemukakan pelan tidak menerima CFO daripada PBT atau Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh 14 hari yang ditetapkan, permohonan bagi CFO hendaklah disifatkan telah diluluskan.

Dalam bahasa lnggeris 'deem to have been issued'. Sijil sebenarnya akan dikeluarkan kemudian. Bagi memastikan bahawa CFO dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengeluarkan Pekelil'ng mengenai prosedur mengeluarkan CFO.

Sebagai tindakan susulan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyediakan garis panduan proses kelulusan pembang.,'":ara bagi mempercepatkan lagi proses kelulusan pelan dan pengeluaran CFO. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Rosli.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada penerangan Yang Berhormat daripada kementerian tetapi saya dapat banyak pandangan-pandangan daripada bukan sahaja pemaju tetapi juga pengusaha yang membuat kilang-kilang yang besar-besar yang mempunyai konsultan secara bersepadu yang melibatkan pembinaan dan pengusaha-pengusaha gabungan di antara dalam negara dan luar negara. Tetapi ada Majlis-Majlis Daerah yang hanya mempunyai mungkin seorang Jurutera atau pun mungkin mempunyai seorang Juruteknik atau punTA, dengan izin, tidak mampu menyelesaikan masalah kedudukan pembinaan bangunan dan pelan.

Umpamanya kawasan industri yang besar-besar seperti di Gebeng dan Kertih di Terengganu yang melibatkan pembangunan industri yang besar-besar sedangkan Majlis Daerah tidak ada kemampuan sehingga menimbulkan banyak masalah dalam meluluskan atau pun mengeluarkan sijil kelayakan ini.

Apakah akta kita atau pun kementerian mempunyai kaedah kalau Majlis Daerah tidak mampu, bagaimanakah boleh diselesaikan perkara-perkara yang besar seperti ini. Terima kasih.

Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya saya rasa kilang-kilang ini atau bangunan yang lain iaitu bersifat komersial atau industri

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

DN 12.12.2001 3

memang perlu juga ada CFO tetapi yang saya sebut tadi iaitu apabila Borang E itu sudah dikemukakan oleh pihak yang menghantarkan borang itu kadang-kadang ini dihantarkan oleh pihak pemaju melalui jurutera atau pakar-pakar runding yang ditugaskan oleh pemaju tersebut.

Borang E ini apabila dihantarkan ia kena disokong oleh semua Jabatan Teknikal dan sebenarnya apabila Borang E itu sudah diterima iaitu sokongan daripada Jabatan-jabatan Teknikal itu sudah diadakan. Maknanya Jabatan-jabatan yang berkenaan sudah memeriksa bangunan atau kilang tersebut dan tidak ada bantahan terhadap permohonan CFO ini. Saya rasa pengeluaran CFO daripada PBT tidak berkaitan dengan banyak masalah teknikal selain daripada pihak jurutera di dalam PBT tersebut kenalah mengesahkan bangunan tersebut sudah dibangunkan mengikut pelan yang dihantar atau telah diluluskan oleh pihak PBT berkenaan.

Proses itu tidak berkaitan dengan kepakaran yang amat rumit. Oleh sebab itu maka kita rasa pihak PBT ini kalau mereka memproses borang-borang yang dihantar itu mengikut garis panduan saya rasa mereka tidak akan menghadapi masalah besar.

Walau bagaimanapun, kalau ada masalah pihak kementerian melalui Jabatan Kerajaan Tempatan sedia untuk menolong pihak-pihak PBT yang berkenaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bagi PBT di seluruh negara kita telah mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam di mana jumlah jawatan teknikal ini sudah banyak diluluskan dan sekarang sedang menunggu untuk diisi supaya jawatan-jawatan teknikal ini dapat dipenuhi di dalam semua PBT yang ada kekurangan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, saya ingin hendak memberitahu kalau kita sebutkan masalah keluaran CFO, data-data yang dikumpul oleh pihak kementerian mengikuti setiap negeri ini kita boleh memperhatikan 82 peratus permohonan CFO itu telah dikeluarkan dengan tidak ada masalah.

Maknanya kalaulah ada tuduhan dari mana-mana pihak bahawa CFO ini tidak dikeluarkan atau sengaja dilambatkan, saya rasa itu tidak berapa tepat. Sebab dari angka yang kita terima 82% permohonan itu sudah diluluskan. Kalau saya boleh baca maklumat ini ia akan memberi tahap keluaran CFO ini di banyak nggeri adalah banyak bag us.

Angka-angka tersebut seperti berikut:

Negeri Peratusan

Johor 94%

Mel aka 100%

Perl is 100%

Pulau Pinang 91%

Perak 80%

Ada juga angka yang rendah sedikit seperti Kedah 42% PBT-PBT di negeri itu bolehlah minta bantuan daripada Kementerian. Kita akan menolong menyelesaikan perkara-perkara yang rumit dan yang menyebabkan CFO itu tidak dikeluarkan. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua: Dato' Hamzah.

Dato' Hamzah bin Zainudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kementerian yang telah menjelaskan beberapa isu tadi. Cuma saya nak minta pandangan Yang Berhormat dalam negara kita yang begitu pesat membangun, kalau kita perhatikan peratusan yang Yang Berhormat berikan itu tadi, masih ada negeri-negeri yang mencapai tahap 40%. lni menunjukkan masih ada lagi kelembapan untuk kita bagi CFO.

Jadi saya pandangan Yang Berhormat atas dasar kita yang membangunkan begitu pesatnya dasar pendidikan, maka sudah tentulah ramai ahli-ahli profesional yang telah pun dilahirkan daripada dasar pendidikan negara kita. Mengapa tidak kerajaan membuat satu cadangan untuk memberikan kebenaran kepada ahli-ahli profesional meluluskan CFO bagi projek-projek tertentu, di kawasan-kawasan tertentu kerana ianya akan memberikan kemudahan yang begitu baik untuk kita membangunkan negara kita

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

4 DN.12.12.2001

dengan Jebih cepat lagi kerana saya percayalah amanah yang boleh diberikan kepada pegawai-pegawai kerajaan boleh juga kita berikan kepada pegawai-pegawai profesional. Saya minta pandangan dari Yang Berhormat. Terima kasih.

Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasih Yang Berhormat. Cadangan Yang Berhormat itu memang kita sudah mempertimbangkan dalam masa kita pindah UKBS iaitu Undang-undang Kecil Bangunan Seragam pada tahun 1999. Dalam proses itu kita telah mengadakan satu perbincangan yang agak meluas. Kita berbincang dengan stakeholder terutamanya pihak PBT yang berkenaan dan kita rasa, masa depan cadangan Yang Berhormat itu mungkin boleh diguna pakai. Tetapi buat masa sekarang pihak PBT merasa ragu-ragu tentang ahli-ahli profesional sebab mereka mengutarakan ada banyak kes melibatkan pihak profesional menggunakan cara yang tidak profesional iaitu mereka tidak mengikuti profesionnya untuk mengurus sesuatu.

Saya tidak ingin pada pagi ini menunjukkan mana-mana profesion yang berkenaan tetapi ada juga sifat macam ini. Oleh sebab ini kita akan terus, cubalah mengguna pakai cara ini, yakni di mana kita hadkan 14 hari kalaulah pihak PBT melambatkan keluaran CFO itu, CFO itu sudah disifatkan sebagai diluluskan. Deem to be approved. Pihak yang berkenaan boleh masuklah dan tidak ada salahnya memasuki rumahnya.

2. Tuan Haji Abdul Malek b. Haji Abdul Ghani minta Menteri Sains Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan menyenarai ahli-ahli sains negara yang terlibat dengan penyelidikan di Benua Antartika merangkumi segala kejayaan mereka dalam penyelidikan tersebut. Apakah program jangka panjang yang akan dilakukan oleh mereka agar setanding dengan ahli-ahli sains negara maju.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar [Dato' Zainal bin Dahlan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat ahli sains negara telah mula terlibat dengan penyelidikan di Benua Antartika pada tahun 1999 di bawah sponsorship dengan izin Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Sehingga tahun 2001 sebanyak 6 ekspedisi penyelidikan telah dibuat iaitu:

(i) Ekspedisi pada 13 hingga 25 Oktober 1999 dengan izin 'The Long Range Transport Of Biomass Burning Aerosols: Characterisation Of Particulates in the Atmosphere'. Projek yang dijalankan ini adalah untuk mengesan penghantars oiomass hG:sil dari pembakaran dari kawasan tropika ke Antartika melalui pengaliran udara di lapisan trophospfer~:~

(ii) Ekspedisi Familiarization Trip To Prepare For A Study Programme On Biology. Ekspedisi ini lebih bertujuan untuk menyesuaikan saintis Malaysia dengan keadaan pelayaran kapal dan untuk mengenal pasti projek penyelidikan untuk kajian untuk biologi yang dijalankan pada 6 Disember 2001 hingga 23 Januari 2002.

(iii) Ekspedisi Study On The Influence Gravity Waves On The Dynamics Of The Antarctic Boundary Layer pada 7 Januari hingga 7 Februari 2001 yang mana ini merupakan kajian awal untuk mengkaji kesan gelombang graviti terhadap dinamik lapisan sempadan Antarctic.

(iv) Ekspedisi Low Elevation Angle Radio Impairment Studies yang dijalankan pada 15 hingga 29 Oktober 2001 adalah untuk mengenal pasti permasalahan dalam mewujudkan satu jaringan komunikasi yang baik menggunakan rangkaian satelit antara Antartika dan dunia luar.

(v) Pada tarikh yang sama juga iaitu 15 hingga 29 Oktober 2001 satu lagi ekspedisi on the Model Development And Applications Of Microwave Remote Sensing In The Antarctica iaitu untuk mengesan pemantulan gelombang mikro ke atas ais yang mana ini adalah penting dalam

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001

membangunkan satu model untuk remote sensing yang dapat memberi profil yang nyata kepada semua fenomena yang terdapat di muka bumi.

(vi) Ekspedisi Microbial Diversity In Antarctica: An Integrated Approach To The Study Of Algae, Fungi And Bacteria pada 13 hingga 28 Disember 2001 iaitu kajian ini bertujuan untuk melihat kepelbagaian dalam organisma mikro.

Di antara ahli-ahli sains yang telah pun mengikuti ekspedisi ini ialah:

1. Prof. Madya Dr. Azizan Abu Samah (Universiti Malaya);

2. Prof. Madya Dr. Mohd Radzi Abas (Universiti Malaya)

3. Prof. Madya Dr. Noorsaadah Abdul Rahman (Universiti Malaya)

4. Prof. Madya Nik Mariam Nik Sulaiman (Universiti Malaya)

5. Dr. Selvaraj Oyyan (Universiti Malaya)

6. Dr. Chu Wan Loy (International Medical University)

7. Dr. Zaino! Abidin Rashid (Universiti Kebangsaan Malaysia)

8. Dr. Ewe Hong Tat (Universiti Multimedia)

9. Encik Tan Telk Ooi (Universiti Multimedia)

10. Dr. Siti Aisyah Alias (Universiti Malaya)

11 . Encik Omar Pozan (Universiti Putera Malaysia)

5

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, di antara kejayaan yang telah dicapai oleh ahli-ahli sains negara hasil daripada penyelidikan-penyelidikan yang dijalankan tersebut ialah:

(i) Pengiktirafan kepada Malaysia oleh Science Council for Antarctic Research (SCAR) iaitu badan vang menyelaraskan penyelidikan saintifik di Antartikc ueng<m menjemput Malaysia untuk menghadiri mesyuarat dwi tahunan mereka di Tokyo pada tahun 2000. P~o;;,iklirafan seperti ini tidak pernah diberikan kepada mana-mana negara yang bukan anggota SCAR selain dari menghadiri mesyuarat POLISISCA, Malaysia turut dijemput untuk mesyuarat teknikal.

(ii) Malaysia merupakan salah satu dari dua negara Asia selain Jepun yang dijemput menghadiri satu persidangan antarabangsa di Western House UK dari 12- 16 November 2001 untuk membincangkan masa depan Antartika. WakiJ Malaysia telah diberi penghormatan untuk mempengerusikan salah satu sesi semasa persidangan tersebut dan beberapa negara maju telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan saintis Malaysia di dalam penyelidikan di Antartika.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, satu program penyelidikan jangka panjang kini sedang dirangka oleh para saintis Malaysia dengan saintis-saintis dari Australia, New Zealand, Jepun dan Britain. Di samping itu penglibatan Malaysia dalam SCAR juga akan melibatkan saintis Malaysia menyertai beberapa program penyelidikan pelbagai negara di Antartika seperti:

(i) Evolution in the Antarctica;

(ii) Life under the ice;

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

6 DN.12.12.2001

(iii) Regional Sensitivity To Climate Change of Antarctic ........ Limatic echo-system.

Terima kasih.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan tahniah tajaan mereka kepada 6 ekspedisi itu. Jadi saya ingin tahu seterusnya apakah hasrat kementerian ini selain daripada memberi peluang kepada ahli-ahli sains kita menyertai ekspedisi ini. Adakah selepas mereka telah membuat kajian-kajian tertentu maka keputusan yang dicapai itu atau hasil penyelidikan mereka itu akan memberikan kita di Malaysia ini satu aspek, satu pencapaian yang akan membolehkan kita mendapat pulangan komersial atau lain-lain pulangan. Terima kasih.

Dato' Zainal bin Dahalan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dari aspek pulangan komersial kita belum lagi dapat memberikan satu kepastian. Bagaimanapun penglibatan kita dalam kajian di Benua Antartika adalah lebih berbentuk educational dan juga bidang-bidang penyelidikan. Yang ada kaitannya dalam jangka pendek dan angka panjang berkaitan dengan masalah-masalah yang timbul hasil daripada perubahan climate, climate change yang berlaku dalam dunia dan juga dengan perkembangan terkini dengan bidang biodiversity. Kita ini juga mengambil langkah yang ke hadapan tentang apakah kajian-kajian yang mungkin dapat ditemui berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan dan juga jenis fauna dan flora yang terdapat di Benua Antartika dan perkara-perkara berkaitan masalah berhubung dengan communication dari segi remote sensing dan penggunaan satelit dalam mewujudkan satu sistem rangkaian perhubungan yang lebih cekap dan lebih canggih lagi di masa hadapan.

Datuk Ghazi bin Haji Ramli: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mengucap setinggi tahniah kepada kerajaan kerana membiayai ekspedisi ini dan yang lebih membanggakan pensyarah-pensyarah dari empat buah universiti mengambil bahagian. Cuma yang sedang saya memikirkan dan tidak begitu faham ialah kalau Benua Antartika ini mempunyai ciri-ciri yang terlalu amat berlainan dengan kita sendiri. Saya ingin mengetahui apakah strategi penyelidikan dan tentang bantuan ekspedisi, projek-projek yang macam mana yang nak di beri keutamaan dan strategi ke arah mana yang kita nak tuju yang membolehkan diberi penekanan kepada Antartika ini. Terima kasih.

Dato' Zainal bin Dahalan: Tuan Yang di-Pertua, seperti saya sebutkan tadi bahawa kajian ini yang dipelopori oleh sekumpulan para academician iaitu beberapa orang pensyarah daripada beborapa buah universiti di negara kita. [);:!'" pihak kementerian sedia merr:!lerikan sokongan ataupun sponsor dari segi kewa:lgan untuk membantu hasrat mereka. Yang lebih utama sekali bertujuan untuk peninokatan di bidang akademik, begitu juga di bidang penyelidikan. Mungkin buat ma&d ini banyak pendapat yang timbul seperti yang disuarakan oleh Yang Berhormat bahawa sekali lalu atau secara langsung kita tidak begitu nampak akan keperluan ataupun hubung kaitnya secara langsung dengan apa yang terdapat di negara kita dengan perbezaan climate, ataupun dari segi geografi dan sebagainya.

Tetapi ada perkara-perkara lain yang difikirkan dari segi keupayaan kita dan kemajuan kita dalam penglibatan Malaysia di dalam kajian-kajian yang berbentuk seperti ini yang terdapat di Benua Antartika yang ada kaitannya dengan kemungkinan­kemungkinan hubung kaitnya dari segi soal climate change yang berlaku dalam dunia ekoran daripada ozon layer yang semakin sekarang semakin nipis. Dan juga kajian­kajian yang berkaitan dengan biodiversity yang saya sebutkan tadi.

Jadi, kita berharap hasil daripada penemuan dan kajian-kajian yang dibuat oleh mereka ini akan dapat nanti dilaporkan kepada kita dan dimaklumkan kepada umum. Mungkin untuk pandangan dan juga untuk apa-apa maklumat yang boleh memberikan faedah untuk kepentingan seluruh rakyat dan negara kita. Terima kasih.

3. Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil terhadap kesihatan warga tua lelaki yang mana rakyat Malaysia merupakan rakyat terbesar menggunakan Viagra. Adakah kajian dibuat terhadap pil-pil ini dan kesan sampingan terhadap pengguna pil tersebut.

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

DN 12.12.2001 7

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan (Tuan S.G. Sothinathan]: Tuan Yang di-Pertua, sebelum viagra didaftarkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah telah menilai ubat tersebut untuk memastikan keluaran itu mematuhi ciri-ciri kualiti, aplikasi dan keselamatan. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah juga telah memastikan bahawa semua amaran dan kontra indikasi berkaitan dengan penggunaan viagra telah dimasukkan dalam setiap bungkusan yang terdapat pada keluaran itu. Viagra telah digelarkan sebagai racun berjadual dan oleh itu hanya boleh diprescribed oleh doktor berdaftar dan hanya boleh dijual atau dibekal melalui hospital, klinik atau farmasi. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah ada sistem pemantauan kesan sampingan viagra di mana semua kesan sampingan yang dialami oleh pengguna dilaporkan oleh profesional kesihatan dan pemegang pendaftaran keluaran tersebut.

Datuk Christina Tibok Vanhouten: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucap terima kasih dan tahniah kepada pihak Kementerian Kesihatan di atas penerangan yang diberikan tadi. Soalan tambahan saya ialah, selain daripada membuat kajian kepada kesan-kesan sampingan terhadap penggunaan pil viagra, adakah kementerian pemah atau bercadang membuat kajian tentang kenapakah atau apakah sebab-sebab lelaki Malaysia merupakan rakyat yang terbesar menggunakan pil viagra? Saya difahamkan bahawa pil viagra ini adalah khusus untuk erectile dysfunction, dengan izin. Jadi kita perlu tahu apakah sebab-sebab masalah ini banyak berlaku di kalangan lelaki Malaysia. Terima kasih.

Tuan S.G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, saya percaya saya belum sampai umur untuk mendapat pengalaman yang cukup untuk menjawab soalan tersebut [Ketawa]. Namun demikian, memang apa yang dinyatakan adalah secara keseluruhannya penggunaan viagra itu agak banyak juga kerana berbanding dengan populasi tua di negara kita di mana kita dapati bahawa penduduk yang berumur lebih daripada 65 tahun itu penduduk Malaysia adalah lebih kurang 4%. Jadi kalau lelaki kita ambil cuma 2% sahaja yang berumur lebih daripada 65 tahun. Tetapi ada juga pihak­pihak yang menggunakan viagra ini untuk keseronokan mereka sendiri.

Walaupun mereka mampu bergiat secara aktif tetapi mereka juga hendak cuba dan ada juga yang mencari jalan-jalan untuk mendapat lebih banyak lagi keseronokan. Tetapi kita tidak ada sebarang kajian khusus tentang berapa banyak orang menggunakan viagra di negara kita ini. Tetapi ini momang seperti Yang Berhormat nyatakan tadi adalah bagi orang-orang atau golongan yang lebih tua ataupun telah mencapai tahap di mana mereka menghadapi masalah erectile dysfunction. Tetapi apa sebab sebenarnya itu memang mungkin ada beberapa sebab dari segi aspek kesihatan seseorang itu dan juga aspek persekitaran adalah di ant~ra beberapa sebab, tetapi sebab-~:eb~b yang terperinci itu saya tidak ad; racia masa ini.

Datuk Ghazi bin Haji Ramli: Terima kasih Tuan Yang cti-Pertua. Saya nampak terdapat keinginan tertentu di pihak wanita membuat soalan asal dan juga soalan susulan. Jadi, saya rasa terpanggil untuk bertanya juga Yang Berhormat. Oleh kerana kementerian Yang Berhormat bertanggungjawab untuk menentukan kesihatan keseluruhan masyarakat, dan masalah ini nampak masalah yang rea/ lebih-lebih lagi kaum wanita pun memberi perhatian. Adakah pihak kementerian membuat kajian perbandingan oleh kerana ada kementerian yang sedia membantu kewangan ini, kalau ada kajian-kajian yang perlu, boleh ini diutamakan? Mungkin Antartika dikurangkan. lni masuk sekali dengan IRPAR dan sebagainya supaya perbandingan di antara viagra dan ubat-ubat tempatan seperti tongkat Ali, kacip Fatimah dan benda-benda lain. lni pada saya boleh diberi penekanan dan membuat kajian sebenar. Sebab bila hasilnya baik, manfaatnya ramai di Malaysia dan bila Malaysia juga pakai banyak untuk manfaat mereka, sekali gus mempromosikan produk ini ke seluruh dunia. Terima kasih.

Tuan S.G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini pihak Institute of Medical Research Malaysia sedang menjalankan penyelidikan perubatan iaitu IMR kita sedang membuat penyelidikan yang meluas berkaitan dengan produk-produk tempatan ataupun produk-produk herba tempatan seperti tongkat Ali dan sebagainya. Jadi, memang kalau kita mencapai satu kejayaan yang memuaskan, pada masa itu kita boleh memperluaskan lagi barangan tersebut kepada seluruh dunialah.

4. Tuan K. R.A. Naidu minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada Kementerian bercadang melantik seorang Penyelia Sekolah Tamil di semua Pejabat Pendidikan Daerah untuk mengawasi kemerosotan mutu pendidikan di sekolah-sekolah Tamil.

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

8 DN.12.12.2001

. Timbalan Menteri Pendidikan [Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin]: Tuan Yang d1-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan K. R. A. Naidu. Pada ketika ini Kementerian Pendidikan tidak bercadang untuk menempatkan seorang penyelia sekolah Tamil di setiap daerah. Kementerian ini berpendapat seorang penyelia Tamil, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG3 yang telah ditempatkan di Jabatan Pendidikan Negeri adalah memadai untuk mengawasi kualiti pendidikan di sekolah-sekolah Tamil. Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan memerlukan, sudah tentu kita akan berusaha menempatkan pegawai penyelia sekolah Tamil seperti yang dikehendaki di setiap daerah demi menjamin mutu pendidikan di sekolah Tamil. Terima kasih.

Dato' Poo Yew Choy: Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di­Pertua. Soalan tambahan saya, saya difahamkan di seluruh Malaysia Barat hanya ada seorang PPD - Pegawai Pendidikan Daerah yang berketurunan China. Saya ingin tahu adakah pihak kerajaan bercadang untuk menambah PPD di Malaysia kita untuk menyenangkan masyarakat Kaum China rasa lebih puas hati. Sekian, terima kasih.

Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu sama ada ini soalan ataupun cadangan. Kalau cadangan, sudah pasti kita akan mempertimbangkan mengikut keadaan dan kedudukan yang sebenarnya. Terima kasih.

Dato' Charern lntachat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Tidakkah ada rancangan pihak kementerian untuk menarik rakyat keturunan India supaya menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan sahaja dengan menetapkan guru-guru mengajar Bahasa Tamil di sekolah kebangsaan?

Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin: Tuan Yang di-Pertua, cadangan Yang Berhormat Dato' Charern ini baik tetapi sementara itu kita mesti faham ini adalah satu persoalan yang sensitif. Walau bagaimanapun, kalau keturunan Bangsa India sudah bersetuju, kerajaan sedia membuka pintu. Pada masa ini keadaan seperti ini akan diteruskan juga. Terima kasih.

5. Tuan Kee Ah Kau minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah kedudukan seseorang apabila berlakunya kes di mana seorang pemilik kenderaan telah menghantar keretanya ke sebuah bengkel kereta dan setelah siap dibaiki pemilik tidak berpuas hati dan meminta ganti rugi kerada bengkel kereta berkenaan serta membawa perkara itu ke Tribunal Tuntutan Pengguna. Apakah tindakan Tribunal Tuntutan Pengguna.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Tuan Woilg Kam •Ioong]: Terima kasib Tuan Yang di-Pertua. Jawapan saya agak panjang c;edikit. Tuan Yang di-Pertua, sesuatu tuntutan yang difail oleh pengguna baik pun terhadap bengkel kereta atau mengenai barangan atau perkhidmatan hendaklah dibuat dengan memenuhi dalam Borang 1 Tribu •• dl Tuntutan Pengguna dalam tiga salinan. Borang 1 berkenaan yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan kepada Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna untuk didaftarkan, ditarikhkan dan ditandatangani oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha Tribunal dan dimeterai di Tribunal. Setelah itu dua salinan Borang 1 akan dikembalikan kepada pihak yang menuntut. Dan pihak yang menuntut adalah diwajibkan untuk menyerahkan satu salinan kepada pihak penentang iaitu responden.

Setiap pemfailan oleh pihak yang menuntut dikehendaki membayar fee pembayaran sebanyak RM5. Penentang yang menerima Borang 1 daripada pihak yang menuntut hendaklah membuat pembelaannya atau membuat pembelaan dan tuntutan balas iaitu counter claim jika ada, dalam Borang 2 sebanyak tiga salinan yang juga boleh didapatkan secara percuma daripada Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna. Penentang hendaklah memfailkan Borang 2 berkenaan di Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna yang sama di mana Borang 1 difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penentang menerima Borang 1. Bayaran bagi pemfailan Borang 2 adalah sebanyak RM5.

Prosedur bagi pendaftaran Borang 2 adalah sama seperti mana pemfailan Borang 1. Penentang sendiri hendaklah menyerahkan satu salinan Borang 2 yang telah didaftarkan kepada pihak yang menuntut. Pihak yang menuntut yang telah menerima Borang 2 daripada penentang boleh membuat pembelaannya kepada

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

DN 12.12.2001 9

tuntutan balas penentang iaitu counter claim sekiranya ada dalam Borang 3 yang boleh juga didapatkan secara percuma. Prosedur pemfailan adalah sama tetapi tidak dikenakan fi.

Setelah proses pemfailan bagi Borang 2 atau Borang 3 jika ada, telah selesai didaftark.an, Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna akan mengeluarkan notis pendengaran dalam Borang 4 menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran tuntutan untuk makluman kepada kedua pihak berkenaan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pendengaran. Pada tarikh pendengaran, hendaklah jika wajar Tribunal membantu kedua-dua pihak merundingkan satu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan tuntutan itu. Sekiranya tidak ada apa-apa persetujuan dapat dicapai maka pendengaran akan diteruskan.

Jika penyelesaian tidak dapat dicapai melalui perundingan pendengaran tuntutan dalam Tribunal akan dijalankan di hadapan seorang digelar sebagai Presiden yang bersidang sendiri dan beliau boleh pada bila-bila masa membantu kedua-dua pihak dalam menjalankan kes mereka. Semasa pendengaran kedua-dua pihak berhak untuk mengemukakan keterangan memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kesnya masing-masing.

Semua pendengaran di hadapan tribunal hendaklah terbuka kepada orang ramai. Setelah pendengaran telah selesai, Presiden Tribunal hendaklah membuat award tanpa kelengahan dan tidak lewat daripada 60 hari dari hari pertama pendengaran bermula di hadapan tribunal. Award akan dibuat berasaskan faktor tuntutan dan undang-undang. Dalam membuat award, presiden bolehlah mempertimbangkan ganti rugi yang mungkin berbangkit dari kelewatan siapnya kereta berkenaan ataupun apa-apa yang tidak dilakukan oleh bengkel berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Kee Ah Kau

Tuan Kee Ah Kau: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, kita mendapat tahu mengenai Tribunal Tuntutan Pengguna bahawa untuk bengkel-bengkel ini ramai dari kaum Gina, jadi saya nampak bengkel-bengkel ini selalu memberikan invoice kepada pengguna menyatakan berapa bil. Jadi ia memberikan invoice dengan menggunakan bahasa Gina. Jadi saya ingat jikalau untuk bengkel-bengkel ini disebabkan bahasa Malaysia tidak lengkap, kalau saya cadangkan untuk Tribunal ini, bolehkah pihak kementerian melantik kaum Gina untuk menjadi arbitrator Tribunal. Jadi, untuk hak-hak ini boleh defend di dalam Tribunal Tuntutan Pengguna. ltu cadangan saya.

Tuan Wong Kam Hoong: Terima kasih Yang Berhormat Kee Ah Kau. Mengikut statistik yang saya ada, memang negara kita adalah scuuah negara yang memiliki kenderaan yang banyak iaitu 10.8 juta kenderaan dan di negara kita ada 5,000 lebih bengkel iaitu workshop dan sebahagian besar juga dimiliki bukan sahaja orang keturunan Gina tetapi kaum-kaum bumiputera dan sebagainya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, baru-baru ini Tribunal Tuntutan Pengguna telah melantik dua Naib Presiden untuk mendengar kes-kes yang terlibat dengan kaum-kaum rakyat jelata Malaysia yang bukan bumiputera iaitu seorang keturunan India dan juga seorang keturunan Gina untuk memudahkan mereka yang tidak fasih dalam Bahasa Melayu. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Siti

Puan Sitl Zailah binti Mohd. Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan: Apakah pemantauan yang dibuat terhadap bengkel-bengkel kereta yang beke~asama dengan sindiket pencurian yang memasarkan alat-alat ganti kenderaan dan apakah tindakan kawalan yang diambil setakat ini?

Tuan Wong Kam Hoong: Yang Berhormat, sila ulang bahagian pertama.

Puan Siti Zailah bintl Mohd. Yusoff: Apakah pemantauan dibuat terhadap bengkel-bengkel kereta di seluruh negara kita yang ada kerjasama dengan sindiket pencurian kereta yang memasarkan alat-alat ganti kereta? ltu soalan saya.

Tuan Wong Kam Hoong: Tuan Yang di-Pertua, kita tidak ada bukti bahawa pencuri-pencuri ada bekerjasama dengan bengkel-bengkel untuk memanfaat kedua­dua pihak tetapi di sini kita memang sedar bahawa bengkel-bengkel kereta di negara

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

10 DN.12.12.2001

kita tidak dikawal selia oleh mana-mana agensi kerajaan dari segi pembangunan dan perkhidmatan. Dengan sebab itulah ada banyak isu-isu dan masalah yang wujud di dalam sektor ini terutama yang melibatkan perkhidmatan kepada pengguna seperti upah perkhidmatan, harga alat ganti yang berbeza serta masalah pencemaran alam sekitar yang dihasilkan oleh bengkel itu sendiri. Mungkin ada banyak tuduhan dan rungutan. Kementerian saya pun menyedari masalah tersebut dan sedang meneliti keperluan dan cadangan untuk menjadikan alat ganti kereta sebagai barang kawalan. Perbincangan mengenai perkara ini sedang dibuat dengan pihak industri, agensi-agensi dan persatuan-persatuan yang terlibat dalam industri perkhidmatan.

Di samping itu kementerian juga sedang mempertimbangkan dan meneliti cadangan dari sebuah juru perunding mengenai keperluan mewujudkan satu tatacara perkhidmatan iaitu standard trading conditions. Di dalam standard trading conditions ini pengusaha perlu:-

(i) memberi jaminan perkhidmatan;

(ii) menyediakan worksheet;

(iii) mempamerkan kadar upah buruh yang dikenakan; dan

(iv) harga alat ganti serta piawaian masa penyelenggaraan kenderaan itu

Untuk Dewan yang mulia ini kementerian sedang mengkaji sama ada perlu untuk menggubal undang-undang mengenai perkhidmatan bengkel kereta, atau perlu untuk menggubal undang-undang supaya mengawal selia satu bidang perusahaan yang begitu luas dan berkembang dengan begitu pesat di negara kita. Sekian terima kasih.

6. Dato' Dr. T. Marimuthu minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah benar laporan oleh Biro Maritim Antarabangsa bahawa 40% serangan oleh lanun-lanun dilakukan di Selat Melaka dan 75 kapal telah diserang oleh beberapa pihak dalam tahun 2000. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk menghapuskan serangan-serangan atas kapal-kapal dan nelayan-nelayan kita.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Zainal Abidin bin Zin): Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk mengatasi masalah serangan lanun ini, tindakan proaktif telah pun diambil dengan mengadakan rondaan-rondaan pihak polis marin dengan kerjasama bersepadu Tentera Laut Di Raja Malaysia. lni terrnasuk dengan mengadal<an pemeriksaan ke atas bot-bot dan kapal-kapal yang me ,l;~Jri{1akan. Tindakan ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi memantau perairan negara tidak dicerobohi oleh pihak luar mahu pun lanun-lanun yang dike-~:,an kerap menyerang nelayan-nelayan tempatan.

Pihak berkuasa Malaysia tidak berkompromi dengan mana-mana kumpulan atau individu yang cuba mengganggu gugat ketenteraman perairan negara kita. Kawalan keselamatan ini juga bertujuan untuk mencegah kegiatan jenayah, kemasukan pendatang tanpa izin dan lain-lain kegiatan yang menyalahi undang-undang negara ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Dato' Dr. T. Marimuthu:

Dato' Dr. T. Marimuthu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian yang telah mengambil beberapa langkah untuk keselamatan negara kita. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berapakah jumlah kerugian yang dialami oleh negara kita akibat serangan-serangan itu? Kedua adakah kelompok-kelompok pelampau di rantau ini terlibat dalam serangan-serangan lanun-lanun ini? Sekian.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di­Pertua, secara kasar kita tidak dapat memberi tahu berapakah kerugian yang dialami oleh negara kita. Kejadian-kejadian yang berlaku bukanlah keseluruhannya terjadi kepada pedagang-pedagang ataupun rakyat negara ini tetapi ada juga yang terkena kepada pedagang-pedagang dan pengguna-pengguna Selat Melaka dan rantau perairan di negara kita dan negara jiran. Umpamanya pada tahun 2000 hanya 75 kejadian tetapi 37 adalah kejadian serangan yang sebenar dan 38 adalah cubaan. Daripada keseluruhan 37 ini, 38 sahaja serangan yang sebenar dan kita sebenarnya

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 11

telah berjaya mengurangkan perkara-perkara ini dengan kerjasama seperti yang telah saya katakan. Dan daripada pedagang di negara kita, kita pun tidak mendapat tahu satu kerugian yang telah dimaklumkan kepada kerajaan ataupun pihak Maritim Antarabangsa yang berpusat di Kuala Lumpur ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Rosli.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah apakah lanun ini dikategorikan sebagai pengganas dan apakah kedudukan semasa? Kalau boleh Yang Berhormat nmbalan Menteri melapor dan menjelaskan kepada kita iaitu kedudukan Nur Misuari yang semalam kita dengar daripada conversation dalam TV3 bahawa Presiden Filipina bersetuju supaya Misuari dipulangkan. Tetapi di dalam akhbar kita seolah-olah ianya tidak mahu diterima oleh Filipina dan kemungkinan akan dihantar ke negara ketiga. Jadi situasi ini terlampau lama penahanan Nur Misuari di negara kita. Apakah Yang Berhormat boleh relate kedudukan ini? Terima kasih.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Berkaitan dengan soalan pertama tentang fahaman lanun itu pengganas atau pengganas itu lanun, kriteria-kriteria ini hendaklah kita cerakinkan apakah pengganas ini yang kita anggap boleh merosakkan ketenteraman negara kita keseluruhannya ataupun keganasan yang dilakukan untuk mendapatkan faedah bagi mereka yang bergerak dalam bidang yang berkenaan. Sepanjang fahaman yang kita ketahui, kita terima lanun ini ialah yang merompak dan dia tidak mengganas dalam perkara-perkara yang lain ataupun menjadi ejen seperti yang dibuat dalam soalan tambahan oleh Yang Berhormat Senator T. Marimuthu, iaitu adakah kelompok-kelompok ini yang ada daripada dalam negara kita.

Kelompok-kelompok ini pun sebahagiannya kita tidak ketahui, mungkin yang kecil-kecil di perairan kecil ini sahaja yang datang daripada negara kita kerana peraturan Maritim bahawa kemasukan orang-orang asing ke dalam perairan negara asing boleh ditangkap, seperti juga Nur Misuari ini ditangkap kerana masuk ke dalam negara kita. Tentang Nur Misuari ini Yang Berhormat, laporan dalam akhbar dan percakapan yang disampaikan oleh Presiden Filipina bahawa Filipina sanggup menerimanya balik, tetapi untuk seketika ini kerajaan belum menerima satu keputusan yang muktamad.

Kita juga membaca dalam akhbar bahawa ada wakil Filipina yang telah berjumpa dan keputusannya masih belum dibuat. Dan begitu juga keputusan adakah Filipina akan membenarkan Nur Misuari untuk mendapat perlindungan suaka di negara lain. Pihak kerajaan, yang penting sekali, ialah untuk rnenentukan bah~wa Nur Misuari dihantar kelu3r dari negara ini.

Kalau Filipina mengatakan boleh menerima pada bila-bila Jll~:<3, satu program perjalanan Nur Misuari daripada Malaysia ke Filipina hendaklah dipersetujui dan diatur dengan sempuma dan begitu juga kalau Filipina membenarkan Nur Misuari untuk mendapat suaka di negara lain. ltu adalah keputusan Nur Misuari dan keputusan kerajaan Filipina. Terima kasih.

7. Puan Jaya Partiban minta Menteri Kesihatan menyatakan mengapa kementeriannya tidak bercadang mengadakan perkhidmatan Unit Bergerak "Mammogram" memandangkan kes-kes penyakit payu dara semakin bertambah khususnya di kalangan wanita yang kurang berpelajaran dan kurang mampu menjalani pemeriksaan itu.

Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan menjalankan penyaringan kanser payu dara melalui strategi pemeriksaan sendiri payu dara ataupun PSP. Semua wanita berusia 20 tahun ke atas hendaklah melakukan PSP setiap bulan. PSP merupakan pendekatan pengesanan awal kanser payu dara yang penting oleh kerana ia mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi, tidak mempunyai apa-apa risiko dan dapat memperkasakan wanita untuk bertanggungjawab ke atas kesihatan sendiri.

Wanita ditunjuk ajar teknik PSP di kemudahan kesihatan seperti klinik kesihatan, klinik masyarakat, poliklinik dan semasa kempen-kempen tertentu. Di negara ini mamogram sebagai alat penyaringan kanser payu dara hanya dikhususkan untuk wanita yang mempunyai risiko kanser payu dara yang tinggi seperti mereka yang telah dikesan mempunyai ketumbuhan di payu dara, mereka yang menghadapi kanser

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

12 DN.12.12.2001

pada sebelah payu dara ataupun mereka yang mempunyai saudara terdekat yang menghidapi kanser payu dara.

Perkhidmatan mamogram boleh didapati di hospital atas rujukan pelbagai kemudahan kesihatan. Buat masa ini Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk mengerjakan perkhidmatan mamogram di peringkat penjagaan prima baik dalam bentuk klinik statik ataupun sebagai perkhidmatan bergerak, oleh kerana ia memerlukan kepakaran dan peralatan yang khusus. Kepakaran dan peralatan tersebut ada disediakan di peringkat hospital.

Puan Jaya Partiban: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Ramai wanita India di sektor perladangan dan kawasan setinggan menghadapi penyakit sakit puan dan salah satu sebab utama adalah kerana mereka kurang pengetahuan dan kurang maklumat. Maka soalan tambahan saya, adakah Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Kementerian Penerangan supaya siarkan rancangan berhubung dengan hal-hal ini melalui Radio 6 dan TV2 kerana kebanyakan mereka ini hanya fasih dalam bahasa Tamil sahaja. Terima kasih.

Tuan S.G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, saya percaya ini adalah satu cadangan yang baik yang boleh dipertimbangkan oleh kementerian.

Puan Chew Poh Thoi: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kementerian menyedia, menambahkan mamogram­mamogram di Universiti Hospital dan di Hospital Besar Kuala Lumpur memandangkan kes-kes kanser payu daya semakin bertambah dan setiap appointment perlu menunggu lebih daripada 6 bulan ataupun setahun. Terima kasih.

Tuan S.G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, mengikut rekod yang ada pada saya, memanglah Hospital Universiti adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan tetapi bagi hospital di Wilayah Persekutuan iaitu di Hospital Kuala Lumpur kita ada dua buah unit yang masih digunakan untuk mengatasi beban kerja. Tetapi saya akan cuba mendapat maklumat tentang beban kerja yang dihadapi oleh Hospital Kuala Lumpur dan sekiranya perlu kita akan mencadangkan supaya sebuah lagi ditambahkan.

8. Datuk Ghazi bin Haji Ramli minta Menteri Pertanian menyatakan pendekatan dan strategi Kerajaan untuk mewujudkan perubahan besar ('reengineer') industri pertanian kepada bentuk yang lebih komersial. Bagaimana pula Kerajaan dapat menentukan perseimbangan yang saksama di antara kaedah dan nilai tradisi dengan kaedah dan nilai komersial yang kadangkala boleh bert:anggah

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Dato' Abu Bakar bin Taib]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Gnazi. Pihak kerajaan memang berhasrat untuk mentransformasi sektor pertanian negara agar bersifat moden dan komersial. Transformasi ini akan dilakukan melalui perlaksanaan Dasar Pertanian Negara. Di antara pendekatan dan strategi khusus ke arah mentransformasi sektor pertanian adalah seperti berikut:

(i) menggalakkan sektor swasta terutamanya syarikat-syarikat yang besar melabur dan menceburi bidang pertanian;

(ii) mengubah kebun/ladang berskala kecil kepada yang berskala besar. lni dapat dicapai melalui rancangan penyatuan tanah dan melalui 'Organised Farming'. Berkaitan dengan 1m JUga ialah rancangan untuk mewujudkan kawasan atau zon yang dikhaskan untuk aktiviti pertanian seperti tanaman kekal pengeluaran makanan;

(iii) meningkat dan memperluaskan penggunaan teknologi di ladang-ladang bagi meningkatkan produktiviti;

(iv) meningkatkan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta memperluaskan penggunaan hasil dan pengeluaran-pengeluaran (R&D) di sektor pertanian;

(v) meningkatkan kemudahan latihan bagi melahirkan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

DN 12.12.2001 13

kepakaran, baik dalam bidang teknikal walaupun pengurusan yang diperlukan oleh sektor pertanian; dan

(vi) memperkenal dan mengeksploitasi sumber-sumber pertumbuhan yang baru yang dapat memberi pulangan yang tinggi seperti bioteknologi, agriculture, agrotourism, tanaman herba dan rempah ratus, akuakultur dan ternakan haiwan eksotik dan ikan hiasan.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah di antara pendekatan dan strategi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan ke arah sedang mentransformasikan sektor pertanian daripada yang bersifat tradisional kepada yang bersifat moden dan komersial.

Sukacita saya menyatakan di slni bahawa usaha-usaha di atas akan dilaksanakan secara beransur~ansur melalui pemberian galakan dan insentif kepada pihak-pihak yang terlibat. Kerajaan tidak mempunyai rangka masa tertentu untuk merealisasikan transformasi tersebut. Kerajaan juga tidak akan menggunakan sebarang bentuk paksaan ke atas pihak-pihak yang terlibat terutamanya petani-petani kecil. Golongan ini akan terus diberi galakan dan insentif untuk turut memasuki arus pertanian moden dan menikmati segala faedah dan nikmatnya. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang kurang berkemampuan kerajaan akan terus memberi galakan dan melaksanakan program-program bantuan dan sokongan yang sedia ada.

Menyentuh soal kaedah dan nilai memang sukar bagi menentukan perseimbangan yang saksama di antara kaedah dan nilai tradisi dengan kaedah dan nilai-nilai komersial. Adalah menjadi matlamat transformasi untuk memperkenalkan kaedah-kaedah pertanian yang baru dan kaedah-kaedah pertanian yang baru ini pula perlu disokong oleh nilai, sikap dan wawasan yang baru. Kedau-dua pembaharuan ini perlu berjalan seiring dan sokong-menyokong antara satu sama Jain.

Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan berlakunya kejutan dan pergeseran di antara yang lama dan yang baru, proses transformasi ini akan dilaksanakan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan nilai dan keadah-kaedah tradisional yang baik dan yang dapat member! manfaat kepada kaum semua. Sekian, terima kasih.

Datuk Gtlazi bin Haji Ramli: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan saya mengucap terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat kerana member! jawapan yang begitu lengkap dan menyeluruh. Saya juga bergembira mendengar bahawa akan ada persamaan di antara yang moden dan yang tradisi dan terus dipertahankan. Yang saya ingin hertanya ialah kalau kerajaan agak serius untuk menan~ ,;i,nat pertanian dari awal lagi, apakah tidak kerajaan bercadang u.1tuk membawa program pertanian seperti dahulu, zaman 50-an ke bangku sekolah sekarang dan dijadilc"?n sebagai salah satu bidang kurikulum ataupun kemahiran hidup yang boleh digalakkan di sekolah lagi.

Kemudian daripada sekolah bolehlah dilanjutkan timbul minat pertanian dan terus pergi kepada kolej, kolej pun kolej pertanian diwujudkan semula, nama Universiti Pertanian pun dinamakan Universiti Pertanian semula. Jadi, penekanan pertanian diberi keseluruhannya. Terima kasih.

Dato' Abu Bakar bin Taib: Terima kasih, Yang Berhormat Dato' Ghazi di atas prihatinnya Yang Berhormat mengenai program pertanian. Dahulu kita sebagai budak-budak kecil saya masih ingat di sekolah kita belajar cara-cara menanam sayur, menanam terung dan sebagainya walaupun sekarang ini kita tidak begitu, kita adakan program hidroponik dilakukan di sekolah-sekolah. Dan, nampaknya kita dapat member! gambaran yang baik bahawasanya sektor pertanian adalah sektor yang baik untuk dilakukan oleh semua pihak.

Kita juga sedang meneliti program-program yang dilakukan di institusi pertanian. Kita ada institusi pertanian di seluruh negara, lima buah setahu saya dan kita akan teruskan program ini dengan begitu pesat lagi dan insya-AIIah kerajaan akan dan sedang menimbang untuk mengadakan Universiti Pertanian di kawasan Kedah, di Jelapang kita agar semuanya dapat dilakukan dengan balk dan insya-AIIah pertanian moden akan terus digalakkan dan insya-AIIah pihak swasta juga kita galakkan dengan program-program tertentu yang kita harap dapat membantu negara kita Malaysia. Terima kasih.

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

14 DN.12.12.2001

Tuan M. Ratnam: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Negara kita mempunyai tanah yang luas yang belum diterokai, untuk menjadi seorang petani yang berjaya, cara komersial adalah perlu diusahakan, berpuluh-puluh ekar ataupun beratus­ratus ekar. Apakah rancangan kerajaan untuk mewujudkan skim besar-besaran pertanian supaya kita dapat memperolehi keluaran pertanian yang mencukupi untuk negara kita?

Dato' Abu Bakar bin Taib: Terima kasih, Yang Berhormat. Kerajaan memang sedar perkara ini dan akan meneruskan usaha malahan kita telah berbincang dengan pihak-pihak tertentu. Walaupun demikian, dari segi FELCRA, FELDA, RISDA sedang merangka satu sistem yang lebih lagi untuk mengadakan ternakan lembu.

Buat masa sekarang ini, ternakan lembu misalnya, kita ada lebih kurang 100 ribu ekor lembu yang di ternak di kawasan FELDA dan kawasan FECRA. Dan kita sasarkan untuk dimajukan dengan ternakan lembu ini kita sasarkan sejuta ekor lembu untuk estet-estet iaitu di Golden Hope, Sime Darby dan seterusnya Gurthrie akan menyahut seruan ini, kita telah bincang lama dalam mesyuarat-mesyuarat tertentu.

Seterusnya kita juga menggalakkan hidroponik, aeroponik, fertigation, drip irrigation dipergunakan. Kaedah ini walaupun kecil tetapi menampakkan hasil yang tinggi. Dalam hal ini Sime Darby dan juga Gurthrie sedang melakukan - dan juga di kawasan-kawasan seperti misalnya di Cameron Highlands, kita ada fertigation. Fertigation ini adalah satu kaedah yang begitu baik sekali di mana kita gunakannya untuk mengadakan coating yang baik.

Kalau Yang Berhormat ingin melawat ke Cameron Highlands, bolehlah kita menganjurkan. Memandangkan fertigation dilakukan di Cameron Highlands ialah satu satu sistem yang boleh menghasilkan tinggi dan kita eksport barang-barang itu ke luar negara dan dalam kes ini ialah tanaman tomato. Dan, dalam hal ini dari segi perikanan pula, kita sedang menganjurkan open sea culture. Open sea culture yang sedang berleluasa, laut lepas dan juga akuakultur yang gunakan laguna dan seterusnya yang menggunakan sistem yang kita ada di Malaysia. lnsya-Allah, dengan hubungan yang kuat daripada semua insya-AIIah kita akan memajukan sektor pertanian dengan baik. Terima kasih.

9. Puan Hajah Melati binti Ali minta Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi menyatakan:-

(a) berapakah jumlah Koperasi Felda di seluruh negara; dan

(b) ber:~pakah bt:an)an ahlinya mongikut jantina dan l·era;Ja jumlah saham yang terkumpul.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi [Dr. Robia binti Dato' Kosai): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, sehingga berakhir 31 Disember 2000 terdapat 313 buah Korporasi FELDA di seluruh negara yang dianggotai oleh 108,783 anggota individu dan 37 buah koperasi.

Koperasi-koperasi FELDA mengikut negeri adalah:

Negeri Jumlah

Johor 73

Kedah 7

Kelantan 11

Melaka 6

Negeri Sembilan 45

Pahang 118

Perak 15

Perlis 3

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

DN 12.12.2001

Sa bah

Selangor

Terengganu

Wilayah Persekutuan, Pulau

Pinang & Sarawak

9

4

22

15

Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Sarawak tidak ada koperasi sebab kita tidak ada rancangan FELDA di sana. Dan Koperasi FELDA ini di anggotai oleh anggota lelaki seramai 104,723 orang dan anggota wanita seramai 4,060 orang. Jumlah syer atau yuran bagi 313 buah koperasi FELDA ialah RM30,012, 235 dan jumlah aset adalah RM88. 78 juta.

Puan Hajah Melati binti Ali: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada kementerian yang telah menjawab soalan tadi dengan begitu terperinci. Memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu pada hari ini, soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk membantu koperasi-koperasi dan juga ahli-ahli koperasi seterusnya. Terima kasih.

Dr. Robia binti Dato' Kosai: Jabatan Pembangunan Koperasi sentiasa membantu tiap-tiap koperasi, kalau Yang Berhormat maksudkan dalam bentuk pendidikan, kita bagi bantuan dalam pendidikan berkoperasi, kita ada Maktab Kerjasama Malaysia, Angkasa dan sebagainya. Kalau Yang Berhormat maksudkan membantu dari segi kewangan, di kementerian kita ada geran, kita beri pinjaman dan pinjaman tabung modal pusingan. Kalau geran untuk koperasi-koperasi yang baru ataupun koperasi yang baru hendak mulakan, kita boleh beri antara RM10,000 hingga RM30,000 tanpa cagaran dan tanpa kertas kerja.

Kita boleh beri juga RM30,000 hingga RM100,000 untuk koperasi-koperasi yang ada minat untuk bemiaga tetapi kena selidik dari segi pemiagaan apa. ltu adalah dengan kertas kerja sahaja. Kita boleh juga beri sehingga RM2 juta bantuan kepada koperasi-koperasi yang ingin memajukan lagi koperasi mereka !etapi ini hendaklah dengan kertas ke~a dan cagaran. Jadi, mana-mana koperasi yang ingin bantuan sedemikian, bolehlah majukan kepada kementerian dan Jabatan Pembangunan Koperasi. Sekian.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang d.i-r:> J.tua. Soalan tambaha:l sc.ya, memandangkan koperasi FELDA ini mernainkan Sdtu peranan yang begitu penting bagi meningkatkan mutu kehidupan ahli-ahli I'T"~reka, adakah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi membuat pemantauan tentang prestasi koperasi-koperasi ini dan adakah semuanya mempunyai prestasi yang cemerlang dan memberikan pulangan yang lumayan kepada ahli-ahli mereka ataupun banyak daripada koperasi ini telah menghadapi masalah. Terima kasih.

Dr. Robia binti Dato' Kosai: Terima kasih Yang Berhormat. Koperasi FELDA ini banyak pemiagaannya. Selain daripada membuat kedai runcit, perniagaan menjahit pakaian, kraf tangan, mereka juga ada pengangkutan, bas dan koperasi FELDA juga ada yang mengadakan petrol station di rancangan-rancangan.

Daripada 313 buah koperasi ini, memang koperasi di Jabatan Pembangunan Koperasi sentiasa memantau sebab koperasi ini tiap-tiap tahun mereka ini kena buat mesyuarat agung dan mereka kena lantik pengarah-pengarah. Ada yang 3 orang digugurkan, selepas itu dilantik baru. Begitulah cara koperasinya dan tiap-tiap tahun koperasi kena bentangkan penyata kewangannya. Jadi, dari situ Jabatan Pembangunan Koperasi memang sentiasa membimbing dan memantau kegiatan mereka. Kalau mereka mendapati kesulitan dalam apa-apa hal, kita bimbing dia macam mana hendak mengatasi kesulitan itu. Kalau mereka mohon bantuan, kita bantulah.

Dalam koperasi ini pun, ada yang baik, ada yang maju, ada yang kurang maju tetapi ada pun koperasi yang lemah dan macam-macam perkara yang berlaku, jadi kita di kementerian dan Jabatan Pembangunan Koperasi sentiasa memantau dan membimbing mereka. Sekian.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

16 DN.12.12.2001

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa bagi Jawab Lisan sudah cukup.

[Masa untuk pertanyaan bagi Jawab Lisan telah cukup]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2002

Bacaan Kali Yang Kedua

Aturan Urusan mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang "[11 Disember 2001]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya minta Yang Berhormat Puan Melanie Chia menyambung ucapannya, saya ingin tahu dan kira berapa Ahli Yang Berhormat yang ingin berbahas atas rang undang-undang ini.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Oleh sebab masa adalah terhad, jadi saya minta Ahli Yang Berhormat yang akan berucap, jangan ambil lebih daripada 6 minit oleh sebab Yang Berhormat Menteri-menteri akan menjawab pada pukul 12.00 tengah hari ini. Yang Berhormat Puan Melanie.

Puan Melanie Chia Chui Ket: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah menghabiskan ucapan saya kelmarin.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Kee Ah Kau.

11.21 pagi

Tuan Kee Ah Kau: Tuan Yang di-Pertua, saya menunggu-nunggu giliran saya, baru sampai giliran saya. Saya nampak kali ini perbahasan untuk hari ini, kita nampak Dewan yang mulia ini, Ahli-ahli Yang Berhormat adalah sebagai seorang profesional khususnya seperti Datuk Ghazi, Dato' Hamzah dan rakan-rakannya boleh berucap dengan panjang Iebar ...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ;:;traight to the point. Ja gan buang masa lagi ya. [Ketawa]

Tuan Kee Ah Kau: ..... tentang cadangan dan pandangannya. l uan Yang di­Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang berucap bagi agenda panting Belanjawan 2002 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita kerana berjaya mengatasi kegawatan ekonomi yang menjadikan mata wang kita jatuh. Tindakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu telah diperlakukan oleh negara luar termasuk IMF sebagai langkah yang bijak dan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, ekonomi negara kini stabil. Walaupun ekonomi dunia tidak menentu ketika ini peningkatan 10.4% berbanding dengan tahun lalu. lni menunjukkan bahawa belanjawan ini bersifat penyayang untuk rakyat menikmatinya. Saya ingin menyentuh Kementerian Luar Bandar di dalam melaksanakan program untuk rakyat terutama di luar bandar, di kawasan pedalaman dan setiap kampung perlulah disusun atur, dikemaskan segala kemudahan asasnya. lni adalah termasuk membaiki jalan raya, air bersih dibekalkan, bekalan elektrik seluruhnya.

Bagi golongan belia yang tinggal di kampung, hendaklah ada industri kecil dan sederhana untuk mereka bagi sumber pendapatan mereka. lni secara tidak langsung dapat menggerakkan penghijrahan belia ke bandar-bandar yang penuh sesak dan banyak cabaran. Kemudahan-kemudahan bersukan bagi belia di kampung-kampung hendaklah diambil perhatian iaitu adalah padang permainan yang secukupnya, dewan serba 8Una bagi mengelakkan budaya Iepak, buang masa kepada belia kita.

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

--------------------

ON 12.12.2001 17

Bagi pekebun kecil getah, kelapa sawit, kelapa dan petani haruslah juga dibela iaitu dengan menetapkan harga barangan daripada jatuh. Dengan itu, hidup mereka terjamin.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Kementerian Pertanian. Saya berpendapat perkara pengeluaran makanan amatlah panting dan perlu ditingkatkan di kampung dan desa. Selagi ada kehidupan, selagi itu industri makanan ini perlulah diperhebatkan lagi. lni adalah kerana tahun lalu negara telah mengimport RM11 milion lebih untuk makanan. Banyak kebaikan sekiranya perkara ini diambil tindakan. Antaranya jika peperangan, bencana alam seperti banjir dan kemarau sekiranya berlaku, kita tidak kesempitan kerana cukup bekalan makanan dan tidak bergantung kepada pihak luar.

Sumber ekonomi dan peluang pekerjaan dapat ditingkatkan dan juga dapat mengurangkan pengimportan makanan-makanan dari luar. Tanah-tanah yang luas dapat diusahakan di kampung-kampung. Kawasan pantai perlu dikomersialkan untuk menarik pelancong seperti menternak udang. lni adalah dijalankan di kawasan pantai Sabak Bernam, kampung saya. Di dalam projek ini, menternak udang secara besar­besaran dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam beberapa rancangan di atas tersebut, agensi bersangkutan pertanian wajarlah memainkan peranan, seperti Bank Pertanian menyediakan pinjaman modal berbayar kepada mereka yang memerlukan. FAMA pula beri nasihat dan tunjuk ajar kepada mereka. Perkara ini mendapat sokongan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang mahu melihat kehidupan di luar bandar ditingkatkan. Dengan peruntukan sebanyak RM1.36 million kepada Kementerian Pertanian, saya yakin negara mampu bergerak ke arah industri pertanian dan makanan di masa-masa hadapan.

Kementerian Sumber Manusia - Tahniah kepada kakitangan kerajaan yang baru-baru ini diberi sebulan bonus dan kenaikan 10% gaji mulai Januari 2002. Tetapi bagi kakitangan swasta dan kilang, saya dengar banyak pembuangan kerja termasuk juga bank-bank kewangan kita terutama selepas penggabungan.

Saya hendak tanya kepada Kementerian Sumber Manusia, apakah langkah­langkah untuk mengatasi perkara ini? Saya memang juga telah berusaha membendung dan mengatasi masalah yang timbul ini. Masalah sosial masyarakat yang terus lagi parah dan gejala yang sedia ada terus bertambah terutama di kalangan muda-mudi.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada lagi 1 minit.

Tuan Kee Ah Kau: Saya minta, s-aya ingat lagi 1 minitla.l. Tuan Yang di­Pertua, saya minta agar peruntukan bagi mengecat semula bangunan sekolah yang telah usang di kampung-kampung, khususnya jika dibandingkar. dengan kawasan bandar, nampaknya cantik dan kemas. Perkara ini untuk bantuan modal.

Kerusi meja bagi murid dan guru wajar ditukar kepada yang baru adalah yang mengalami kerosakan tidak boleh digunakan. Buku-buku pinjaman hendaklah dipastikan cukup dan setiap helai tldak kayak apabila dibekalkan menjelang awal tahun.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Kementerian Kesihatan. Akhirnya, saya meminta agar dipastikan di kawasan luar bandar hospital dan klinik kerajaan mencukupi untuk penduduk-penduduk. Rawatan percuma hendaklah diberi kepada rakyat miskin di kampung dan desa, disediakan doktor pakar, setiap hospital desa di samping dipertingkatkan peralatan hospital yang mencukupi. Akhirnya saya menyokong Belanjawan 2002 ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Jaya Partiban.

11.31 pg.

Puan Jaya Partiban: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang memberi sedikit pandangan dan saya akan cuba seringkas-ringkasnya. Belanjawan tahun 2002 memang menyenangkan setiap rakyat. Boleh dikatakan ia disediakan dengan kepentingan rakyat di hati dan bukan pendapatan negara semata­mata.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

18 DN.12.12.2001

Tuan Yang di-Partua, saya ingin manyantuh tantang Maksud 8.4 iaitu Suruhanjaya Pilihanraya. Saya hairan bagaimana nama seorang pengundi yang didaftarkan bolah hilang bagitu sahaja dari daftar pengundi. Pilihan Raya Kacil Taluk Kemang diadakan hanya anam bulan salepas Pilihan Raya Umum. Mareka yang ada mengundi pada pilihan raya umum yang lalu tidak dapat mengundi dalam pilihan raya kacil ini karana nama maraka hilang dari daftar pangundi. 8agaimana ini bolah barlaku? Ia terjadi lagi di pilihan raya kecil di Lunas yang diadakan satu tahun selapas pilihan raya umum. Untuk mengatasi masalah nama tarcicir dari daftar pengundi, saya mencadangkan Suruhanjaya Pilihanraya mengkaji kamungkinan mangaluarkan satu kad pandaftaran kapada setiap pangundi yang berdaftar.

Tuan Yang di-Partua, maksud 8.7 iaitu Jabatan Pardana Mentari adalah wajar manarima paruntukan yang bagitu basar kerana Jabatan Pardana Mantari adalah satu jabatan yang bagitu panting. Sepatutnya jabatan itu parlu manggambarkan komposisi kaum di kalangan pegawai dan kakitangannya. Saya marasa gambira apabila mangatahui bahawa saorang dari masyarakat Cina dilantik sebagai salah seorang Satiausaha Politik Yang Amat 8erhormat Pardana Mantari. lni jelas membuktikan Yang Amat 8arhormat Pardana Mantari santiasa mangambil langkah-langkah yang perlu untuk mamahami dan mangatahui segala masalah barhubung dangan setiap kaum. Saya barharap Yang Amat 8erhormat Perdana Menteri tidak akan malupakan masyarakat India yang banyak menyumbangkan jasa terhadap pembangunan negara dan sentiasa berdiri teguh dangan 8arisan Nasional. Masyarakat India mempunyai keyakinan dan kepercayaan penuh terhadap kepimpinan Yang Amat 8erhormat Pardana Menteri malah lebih dari saratus paratus. Hasrat kaum India supaya mereka diwakili di samua peringkat merupakan suatu yang munasabah. Oleh yang demikian, saya mengambil kesampatan ini untuk marayu kepada Yang Amat 8erhormat Pardana Menteri supaya menentukan masyarakat India diwakili di semua bidang pada samua paring kat.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum memberi sadikit pandangan manganai Kamentarian 8elia dan Sukan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kapada kamanterian ini yang talah banyak memberi galakan, dorongan dan bantuan untuk manentukan sakali lagi Malaysia manjadi jaguh Sukan SEA. Saya barharap memilih atlat dan ahli-ahli sukan tanpa pilih kasih dan barasaskan kebolahan akan barterusan. T eta pi say a difahamkan bahawa para ahli sukan dibari bantuan saparti vitamin supplements, kelengkapan dan kaperluan lainnya hanya semasa latihan sahaja. Saya barharap kabajikan meraka terpelihara sepanjang masa.

Seperti kit£~ semua sedia maklum bilang~n t1elia India yang te .,arangkap dalam gejala-gejala sosial makm bertambah. Kekurar;gan latihan untuk mendapat pekerjaan yang sesuai adalah salah satu sebab yang mengakibatkan keadP::i, ini.

Saya mencadangkan Kemanterian 8elia dan Sukan berusaha mendapatkan tanah dari kerajaan-kerajaan negeri memberi latihan kepada kaum belia ini untuk mengusahakan tanah itu dan juga menjalankan projek ternakan ayam, itik dan sebagainya. Perasaan yang mereka akan menjadi tuan punya tanah itu satu hari kelak akan memberi galakan dan sudah tentu menjadi dorongan besar serta menyemaikan satu komitmen di hati sanubari mereka.

Di samping itu mereka juga dapat menyumbangkan terhadap pendapatan negara dan terus mengurangkan pengimportan barang-barang makanan. Para belia yang sesat jalan ini tidak begitu bertanggungjawab untuk mengetahui peluang-peluang yang disediakan untuk mereka oleh kerajaan. Kebanyakan mereka tidak membaca surat khabar. Oleh yang demikian, saya berharap kementerian ini akan menggunakan Radio 6 dan juga TV2 khususnya semasa filem Tamil ditayangkan untuk reach out kepada belia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan menjadi fokus sepanjang masa kerana ia mempunyai tanggungjawab yang sungguh berat. Namun tumpuan serius perlu diberi kepada pendidikan pra sekolah. lni adalah panting karana;

i) ia merupakan persediaan asas untuk persekolahan formal

ii) ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk perkembangan dan pembentukan sahsiah dan;

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 19

iii) memberi keyakinan untuk berinteraksi.

Bagi kanak-kanak di luar bandar ada kelas-kelas dijalankan oleh KEMAS. Bagi mereka di kawasan miskin di bandar terdapat kelas-kelas yang diuruskan oleh Jabatan Perpaduan. Bagi mereka di bandar tidak ada masalah, tetapi ada satu golongan yang dinafikan peluang pra-sekolah. Yang saya maksudkan kanak-kanak di sektor perladangan. Kebanyakan sekolah Tamil tidak mempunyai kelas-kelas pra­sekolah. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini di bawah minimum housing standard set dengan izin, pusat asuhan kanak-kanak dikehendaki menjaga kanak-kanak dari umur 0 hingga 4 tahun sahaja. Pra-sekolah pula dari 5 hingga 6 tahun. Apa akan terjadi kepada kanak-kanak ini dalam lingkungan 4 hingga 5 tahun?

Saya berharap Kementerian Pendidikan berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia untuk menentukan kanak-kanak di sektor ladang ini juga diberi peluang pra-sekolah. lni adalah penting kerana kelemahan akademik disebabkan kurang persediaan di peringkat awal.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan satu lagi perkara yang banyak kali disuarakan di Dewan yang ini. lsu sekolah-sekolah Tamil sudah 44 tahun negara mencapai kemerdekaan. Negara dan rakyat menikmati banyak pembangunan. Kita mempunyai Perdana Menteri yang mempunyai visi yang kukuh. Kerajaan Barisan Nasional begitu prihatin terhadap kebajikan masyarakat, tetapi nasib sekolah-sekolah Tamil tidak banyak berubah. Kaum India juga menjadi rakyat negara ini. Saya adalah generasi yang ketiga dan merasa mempunyai hak mendapat faedah seperti warganegara lain.

Kebanyakan sekolah-sekolah Tamil terletak di sektor ladang dan serba kekurangan dari segi kemudahan asas dan tidak mempunyai suasana yang kondusif. Apabila kami bangkitkan isu ini alasan yang selalu diberi ialah sekolah-sekolah Tamil itu terletak di kawasan persendirian. Oleh itu Kementerian Pendidikan tidak dapat membuat apa-apa. Sekali lagi saya merayu kepada pihak berkuasa supaya semua sekolah-sekolah Tamil dijadikan sekolah bantuan penuh dan hapuskan sekali sekolah­sekolah bantuan modal.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat 520 buah sekolah Tamil di negara ini. daripada jumlah ini sebanyak 41.5% ataupun 260 buah sekolah Tamil tidc1k mempunyai talian telefon. Bayangkanlah betapa sulitnya bagi sekolah-sekolah ini berkomunikasi dengan dunia luar. Menurut kajian Yayasan Strategik Sosial daripada jumlah murid-murid yang masuk ke darjah satu sebanyak 52% pergi ke sekolah Tamil dan 48% pergi ke sekolah­sekolah kebangsaan setiap tahun. Kalau l<erajaan ikhlas saya 111erPsa tidak ada halangan -.rtuk kerajc:an mengambil alih kavtasan tanah terletakny 1 sekolah-sekolah Tamil dan jadikan semua sekolah bantuan modal ke bantuan penuh.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara ....

Dato' Zainal Abidin bin Zin: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada minta laluan. Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Saya tertarik dengan ungkapan yang kecil tentang "kalau kerajaan ikhlas". Adakah pandangan Yang Berhormat bahawa kerajaan tidak ikhlas dengan sekolah-sekolah Tamil pada hari ini?

Timbalan Yang di-Pertua: Jemput Yang Berhormat.

Puan Jaya Partiban: Saya biarkan perkara itu kepada kerajaan sendiri. Sudah banyak kali kita bangkitkan dan alasan sama sahaja diberi. Bagi saya mungkin keikhlasan itu kekurangan sedikit. Mungkin masalah itu tidak diberi perhatian yang serius. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat saya hendak bagi peluang kepada rakan-rakan kita yang lain. Kalau dapat dipendekkan.

Puan Jaya Partiban: Hanya satu perkara lagi tentang Kementerian Pendidikan iaitu guru kaunseling di sekolah menengah. Hanya seorang guru kaunseling sahaja ditugaskan di setiap sekolah. Jika, sebuah sekolah itu mempunyai lebih dari 1000 orang pelajar seorang sahaja guru kaunseling itu tidak mencukupi. Saya berharap kementerian akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

20 DN.12.12.2001

menambahkan bilangan guru kaunseling mengikut nisbah bilangan pelajar. Dengan itu saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Jemput Yang Berhormat Datuk Nor Azah.

11.43 pg.

Datuk Nor Azah blnti Awin: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya juga menyertai perbahasan mengenai satu rang undang-undang bemama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang dari kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2002.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat tertarik dengan sikap kerajaan kita yang amat proaktif dalam menangani cabaran-cabaran yang dihadapi negara kita dari segi pendedahan ekonomi kita kepada keadaan turun naiknya pasaran luar sama ada dari segi pasaran modal dan juga dengan izin, volatility atau ketidaktentuan ekonomi luar negara terutama negara-negara yang berdagang dengan kita. Umpamanya negara yang menjadi pasaran eksport produk negara kita. lni disulitkan lagi dengan ketidakstabilan negara luar dari segi sekuriti, dengan izin, seperti yang kita lihat pada insiden 11 September baru-baru ini.

Jika kita lihat negara-negara jiran dan serantau yang baru sahaja mengharapkan sedikit pemulihan juga undur ke belakang dengan ketidakstabilan negara-negara maju yang secara terus atau tidak terus iaitu dengan izin, direct dan indirect memberikan kesan yang negatif (adverse) kepada negara-negara serantau. Fenomena terbaru ini menambahkan lagi kepada gejala-gejala yang tersedia ada iaitu gelora globalisasi yang akan membuatkan persaingan yang hebat kepada negara kita dan negara jiran-jiran kita.

Tuan Yang di-Pertua, dengan senario sedemikian kita tidak dapat bergantung terlalu sangat kepada perdagangan luar seperti yang digariskan sebagai asas kepada rang undang-undang perbekalan yang dibahaskan di Dewan yang mulia ini. Sebaliknya pertumbuhan ekonomi kita harus diteraskan dan di dokong dan didorong oleh kegiatan perdagangan dan aktiviti ekonomi dalam negeri dengan penumpuan kepada pasaran­pasaran baru yang boleh kita bangunkan.

Domestic led-growth dengan izin, akan melibatkan penekanan kepada policy fiscal lebih daripada policy monetary walaupun ia tidak dapat, walaupun ia harus berganding bahu dengan izin, to a certain extend. Kita lihat umpamanya pakej rangsangan tambahan sebanyak RM3 bilion yang diurnumkan pada I\IIP~ 2001, ditambah kepC:lda RM4.3 bilion pada 25 September tahun ini. lni ak;.1.1 menjana pertumbuhan negara dari segi aktiviti pembangunan perniagaan dan perbelanjaan.

Kesan multiplier ke atas perbelanjaan fiskal tersebut adalah sang at ketara dan saya juga ingin mengucapkan syabas kepada pihak kerajaan dalam menyediakan perubahan-perubahan sistem dan prosedur dari segi melaksanakan projek-projek tersebut. lni akan menyelesaikan kepada masalah birokrasi yang selalunya melambatkan implementasi projek-projek demikian. Saya percaya langkah ini akan dapat mencatatkan pertumbuhan negara yang lebih pada yang kita menjangkakan yang mana sekarang ini negara kita masih dapat menghindari keadaan kemelesetan seperti beberapa negara jiran.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencatatkan bahawa pertumbuhan sahaja tidak akan memberi kesan optimum sekiranya pengagihan peluang-peluang pemiagaan daripada projek-projek tersebut tidak diperluas. Penjanaan perniagaan dan penambahan peluang perniagaan kepada usahawan kecil umpamanya, di mana projek khas kecil-kecil di luar bandar akan diberikan kepada kontraktor Kelas F juga diberi perhatian. Keberkesanan langkah ini adalah sangat luas dan juga meratakan dari segi piawaian atau mutu hidup, tarat hidup rakyat di luar bandar yang sekarang ini menghadapi kesulitan. Kita juga mengetahui bahawa sektor SMI atau IKS ini, menjadi tunjang kepada kestabilan ekonomi sesebuah negara dan mereka adalah kumpulan yang banyak menghadapi krisis selepas krisis ekonomi Asia sejak tahun 1997.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi penekanan, yang menarik saya dalam Bela~jawan tahun ini ialah penekanan kepada pasaran-pasaran yang baru yang tidak sah~Ja ber~antun~ kepad~ pasaran tr?~isional, saya rasa ini akan sedikit sebanyak mehbatkan 1novas1 dan seg1 dua aspek 1a1tu produk yang diubah suai mengikut pasaran

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 21

dan juga teknologi pengeluaran yang baru, yang efektif, yang cost efficient. Kedua-dua ini memerlukan pedalaman dari segi penyelidikan pembangunan iaitu R&D berasaskan reka cipta baru, teknologi yang canggih dan terulung. lni bermakna kita memerlukan penekanan kepada minda yang inovatif dan kreatif.

Saya rasa negara kita tidak kurang dengan mereka yang cerdik pandai. Yang harus dilaksanakan hanya prasarana dari segi penggunaan otak dan ciptaan mereka secara komersial terutama dengan izin, intellectual property yang terulung dan produk yang ada pasaran global harus diberi sokongan penuh oleh pihak kerajaan

Tuan Yang di-Pertua, bercakap tentang sains, teknologi, ciptaan, paten, intellectual property dan sebagainya, kita juga tidak dapat menafikan bahawa kerajaan telah dan sentiasa memberikan penekanan yang besar ke atas pendidikan. Malahan negara kita mempunyai competitive edge, dengan izin, dari segi prasarana pendidikan yang ditambah dengan kos pendidikan yang kompetitif.

Penekanan kepada sektor pendidikan ini amat dialu-alukan. lni selaras dengan objektif kerajaan yang dapat kita gariskan seperti berikut, pertama, hasrat negara kita mengeluarkan penuntut-penuntut yang cemeriang dan bermutu tinggi. Kedua, objektif kita mencapai tahap middle class yang ramai agar menambah kepada kestabilan sosial, politik dan ekonomi. Ketiga, arah tuju negara kita untuk menjadi salah sebuah pusat pendidikan serantau yang canggih atau dengan izin, center of educational excellence dan menyediakan prasarana dan segala sumber-sumber yang diperiukan dalam industri pendidikan yang setanding di dunia. Kita juga harus mengurangkan bilangan penuntut-penuntut kita yang ingin melanjutkan pelajaran di luar negara, agar kita dapat mengurangkan perbelanjaan dan foreign exchange.

Begitu juga kalau kita tinjau pada kesan-kesan 11 September kepada negara kita di mana secara kasar bilangan firma-firma yang ditutup kerana berkurang permintaan dari Amerika Syarikat dari segi import terutama barangan electronic yang telah menyebabkan peningkatan pembuangan pekerja, saya rasa dari segi ini, industri pendidikan kita akan dapat dijadikan counter kepada masalah tersebut. Kita misalannya harus membuka pintu kita kepada penuntut-penuntut di negara-negara misalannya Middle East yang mana saya rasa akan mengurangkan menghantar penuntut-penuntut mereka ke Amerika Syarikat dan negara-negara maju.

lni akan menambahkan lagi pendapatan kita dari perkhidmatan pendidikan dan juga bilangan pelancong-pelancong juga akan meningkat kerana saudara-mara penuntut-penuntut tersebut akan sentiasa melawat anak-anak dan saudara mereka ~uga permintaan dari segi hartanah yang juga akan meningkat untuk :nenyediakan i<ediaman untuk penuntut-penrJntut tersebut dan l<adang-kala '<eluuga merek:~ yang berhasrat membeli dan memiliki hartanah tersebut. Consumer spending juga akan meningkat, yang akan jadi pemangkin atau catalyst kepada pusingc:;, ekonomi kita iaitu secara multiplier effect.

Besar kemungkinan juga dengan terbukanya mata orang-orang asing kepada negara kita bersama kemudahan dan prasarana yang ada, peluang pelaburan juga akan meningkat dari segi FDI.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengambil sedikit masa lagi iaitu untuk mengesyorkan agar kekuatan kita dalam perkhidmatan pendidikan diperkasakan lagi dengan menyediakan pendidikan secara vitual. Dengan revolusi ICT, information atau maklumat, communication atau perhubungan dan technology dalam sistem pembelajaran atau pendidikan, dunia pendidikan akan bertukar corak. Sistem a­learning atau e-pendidikan akan menggunakan Internet untuk menghantar kesemua nota-nota, soalan-soalan, jawapan-jawapan dan lain-lain. Kita telah menjalankan eksperimen kita di UNITEN, UNITAR dan Universiti Terbuka.

Namun demikian adakah kita rasa kita sudah cukup dengan pendedahan pendidikan sebegini? Pada pendapat saya untuk menjadikan negara kita suatu negara yang serba lengkap dalam perkhidmatan pendidikan, masih luas lagi peluang-peluang pendidikan sebegini terutama pendidikan ini adalah satu revolution dengan izin, yang mana pasarannya adalah global. Kita harus menjadi perintis dalam hal ini terutama di serantau Asia ini.

Pernah dicatatkan oleh seorang philosopher dengan izin, Tuan Yang di­Pertua, "The next big killer application for the Internet is going to be education.

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

22 DN.12.12.2001

Education over the Internet is going to be so big. It is going to make e-mail look like a rounding error". Data-data berikut dapat digariskan apa yang saya sebut tadi. Mengikut Merrill Lynch, mereka menganggarkan secara global, sejumlah USD2 trilion akan dibelanjakan ke atas pendidikan. Dari angka tersebut USD740 juta dibelanjakan di Amerika Syarikat sahaja ....

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya menunggu ayat yang terakhir.

Dato' Nor Azah binti Awin: [Ketawa] Sedikit lagi, dua minit Tuan Yang di-Pertua.

International Data Corporation menjangkakan e-learning akan menjana pendapatan USD7 bilion dalam tahun depan. Sun Trust Equitable Security menjangka kemasukan pelajar kepada e-learning akan bertambah kepada 2.2 juta pada tahun hadapan. 'Gardner' Group menganggarkan bahawa 50% daripada kesemua universiti seluruh dunia akan menawarkan pilihan e-learning sebagai option dalam arena pendidikan dalam tahun 2003.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan itu pengkhususan dan penekanan Belanjawan tahun ini kepada pendidikan adalah amat dialu-alukan dan dengan itu saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Tuan Yew Tuan Chiew.

11.50 pagi.

Tuan Yew Tuan Chiew: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tekan pembesar suara ...

Tuan Yew Tuan Chiew: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tngtn mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang perbekalan 2002.

Tuan Yang di-Pertua, negara kita adalah sebuah negara yang b&rtuah, negara ini kaya dengan sumber-sumber asas dan tenaga tetapi jikalau sumber-sumber ini dibiarkan tidak diusahakan dan tidak dimajukan dengan cara yang betul, yang merupakan satu kerugian besar kepada negara. Kita dapati banyak tanah terbiar dapat diperhatikan di merata tempat di Semenanjung Malaysia. Kerajaan 1-tarus merniJunyai langkat1-lan1kah yang baik untuk membolehkan rakyat rr,enerokai ~anah- ::tnah yang terbiar untuk. meningkatkan pendapatan rakyat dan seterusnya meningkatkan pungutan cukai negara. Kerajaan juga harus menggalakkan industri perikan-::~. dan penangkapan ikan laut dalam dan tepi pantai untuk mengurangkan jumlah import ikan dan seterusnya mengurangkan perbelanjaan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita mempunyai belanjawan yang baik, tambahan dengan Rancangan Malaysia Kelapan, di samping untuk membantu tetapi kelihatan agensi-agensi kerajaan juga mesti bersepakat. Dengan ini barulah tidak mensia-siakan wang yang dibelanjakan dan juga tidak mendatangkan keperitan kepada rakyat.

Agensi-agensi kerajaan harus mengkaji dengan teliti sebelum sesuatu rancangan dilaksanakan. Sebagai contoh selepas pembinaan sebuah jalan raya yang disiapkan oleh Jabatan Kerja Raya, agensi-agensi lain pula memulakan projek-projek yang lain masing-masing seperti mengubah lokasi tiang-tiang telefon atau tiang-tiang bekalan elektrik, menggali paip air dan ini akan mengakibatkan kerosakan jalan tersebut. Bukankah ada baiknya kalau aturan kerja-ke~a tersebut dibalikkan. Kefahaman saya bahawa sebuah badan jawatankuasa khas peringkat negeri dan daerah ditubuhkan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Saya berharap badan dan jawatankuasa khas di negeri atau daerah itu dapat mempertingkatkan kerjasama masing-masing untuk menyelesaikan masalah ini dan mempunyai matlamat yang sama demi kepentingan rakyat dan negara.

Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan kelembapan ekonomi ini, semua agensi ~enjimatk~.n perb~l~njaan masing-masing. lni adalah satu langkah yang betul tetapi Jtkalau pen]tmatan tnt akan menambahkan beban kepada rakyat maka ini menjadi satu

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 23

langkah yang tidak wajar. Seperti apa yang berlaku di TNB, syarikat tersebut untuk mengurangkan pekerja membaca meter bekalan elektrik telah mengambil langkah mengurangkan pekerja membaca meter kepada dua bulan sekali mengganti sebulan sekali.

lni adalah langkah yang munasabah tetapi langkah yang diambil seterusnya iaitu menganggar jumlah bekalan elektrik yang digunakan pada bulan tidak membaca meter sebagai 30% hingga 50% ke atas jumlah bekalan elektrik yang digunakan bulan sebelumnya. Walaupun ia akan dipotong balik pada bulan yang akan datang tetapi bukan semua pengguna dapat menanggung perbelanjaan yang lebih pada bulan tersebut. lni adalah satu langkah yang tidak wajar. Saya harap kementerian yang berkenaan mempertimbangkan perkara-perkara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata sedemikian, saya turut menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berharmat Dato' Lee Pit Chern.

11.59 pagi

Dato' Lee Pit Chern: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberi untuk saya membahaskannya. Saya ingin bercadang kepada pihak yang menyelenggarakan Lebuh raya Utara-Selatan iaitu PLUS supaya bertimbang kemungkinan membenarkan pengguna-pengguna lebuh-raya satu hari percuma pada musim perayaan. Negara Taiwan mengamalkan sistem demikian di mana pengguna-pengguna lebuh raya tidak dikenakan bayaran tol pada hari pertama Tahun Baru Cina.

lni merupakan cara syarikat yang menyelenggarakan lebuh raya menyambut Tahun Baru Cina dengan pengguna-pengguna jalan rayanya. Di sini saya ingin memberikan saranan ini kepada PLUS sebagai satu cantoh kenaikan tambang tol nampaknya ialah satu hakikat yang tidak dapat dielakkan lagi. Tambahan pula PLUS minta kenaikan sebanyak 30% tetapi kerajaan hanya membenarkan kenaikan sebanyak 10% sahaja. Walau bagaimanapun, ramai yang merungut terhadap kenaikan tol walaupun Dr. Mahathir mengatakan rakyat tidak menggunakan tol berbatu-batu setiap hari. Sebagai satu tindak balas yang baleh memberi satu hadiah luar jangka, kenapa PLUS tidak boleh membenarkan pengguna-pengguna menikmati secara percuma pada satu hari dalam satu tahun. lni baleh membantu pihak PLUS memperbaiki imej yang hanya mengenakan bayaran tal sahaja.

Percakapan saya pendek tetapi manis, itu sahaja Tuan Yang ni.r:!ertua, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Kalau boleh ikut Data' Le~'> :-:'it Chern, okay. Dijemput Yang Berhormat Tuan Haji Karim. Pendek tetapi manis.

12.01 tgh.

Tuan Haji Karim bin Salleh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan dan menyokong ucapan Belanjawan 2002 yang dibentangkan aleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 19 Oktober 2001 baru-baru ini.

Alhamdulillah saya panjatkan doa kepada Allah S.W.T kerana dengan impian kurnianya dapat kita bertemu sekali lagi di dalam Dewan yang mulia ini pada hari ini. Apa yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil daripada usaha kerajaan yang mahukan keamanan dan kesejahteraan kita semua. Justeru saya berterima kasih dan bersyukur ke hadrat llahi kerana memberikan kesemuanya ini.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun kita bersedih terhadap apa yang berlaku sekarang ini di negara luar iaitu Afghanistan yang mana penduduknya berada di dalam keadaan kesusahan dan ketakutan akibat dari serangan yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat. Apa yang berlaku pada hari ini sepatutnya dijadikan iktibar aleh kita semua rakyat Malaysia supaya kejadian sebegini tidak berlaku di dalam negara kita yang aman damai ini.

Walau bagaimanapun apa yang menyedihkan kita ialah ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mencari jalan untuk memparak-perandakan negara

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

24 DN.12.12.2001

kita ini. Jadi saya amat berharap agar pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini memikirkan batik adakah tindakan mereka itu betul-betul ataupun tidak.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2002 yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita baru-baru 1n1 sekali lagi menggambarkan keprihatinan dan kebertanggungjawaban Kerajaan Barisan Nasional dalam mengekalkan keamanan rakyat di Malaysia. Keamanan dan kesejahteraan yang kita kecapi ini terus dipertingkatkan oleh kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan faedah kepada semua rakyat. Tindakan pantas kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad amatlah dipuji bukan sahaja terhadap kepekaan beliau terhadap bidang sosial malah juga di dalam ekonomi. lni kerana langkah kerajaan mengumumkan pakej rancangan tambahan berjumlah RM4.3 bilion amatlah dialu-alukan. lni kerana suntikan ini akan membantu merangsangkan ekonomi negara di samping berupaya membendung kesan negatif terhadap golongan berpendapatan rendah dan lemah.

Tindakan kerajaan ini juga seharusnya dihargai oleh semua pihak yang terlibat kerana ianya secara tidak langsung berupaya menjanakan aktiviti pemiagaan di samping telah menambahkan lagi peluang pemiagaan khususnya kepada usahawan golongan kecil. lanya juga membantu menaikkan lagi sektor peruncitan yang terdapat di dalam negara.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan agar program-program ini benar-benar mampu merangsangkan ekonomi negara, adalah diharapkan agar agensi yang bertanggungjawab memastikan agar wang yang disalurkan benar-benar digunakan secara optimum. Segala projek-projek yang dijalankan mestilah dipatuhi piawaiannya. Selain itu sikap pilih kasih di dalam pemberian kontrak berdasarkan talian persaudaraan dan persahabatan dan bukannya berdasarkan rekod serta kemahiran kerja patutlah diawasi. Justeru agensi-agensi terbabit mestilah menjalankan pemantauan yang lebih dan seterusnya mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan agar masalah ini tidak berleluasa begitu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Belanjawan 2002 baru-baru ini kerajaan turut mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji ataupun minimum RM1 ,000 kepada kakitangan kerajaan amatlah dihargai dan dipuji. Justeru adalah menjadi tanggungjawab kakitangan kerajaan untuk memastikan sumbangan yang diberikan oleh mereka benar-benar berada dalam keadaan yang baik. Kakitangan kerajaan juga tidak sepatutnya menentang kerajaan sama ada secara nyata atau secara tersembunyi. Jasa kerajaan patutlah dihargai oleh kakitangan kerajaan. Nabi Muhal'l"-:..;;.. telah bersabda, [membaca sepotong hadis] yang bermaksud, "Siap<.~ yang ~idak mansyukuri pemberian manusia maka ia tidak mensyukuri nikmat Allah".

Tuan Yang di-Pertua, kita semua tahu kerajaan amat prihatin dalam pembangunan luar bandar. lni kerana setiap tahun kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk memastikan agar penduduk luar bandar tidak tercicir dari menikmati arus pembangunan negara. lni menunjukkan kepada kita semua akan keprihatinan kerajaan dalam meningkatkan lagi kemudahan dan keselesaan penduduk luar bandar. Peruntukan sebanyak RM5.34 bilion merupakan satu jumlah besar yang diyakini mampu untuk kerajaan membangunkan sektor luar bandar. Dengan peruntukan sebesar ini maka penduduk luar bandar akan berupaya menikmati kemudahan infrastruktur yang lebih baik seperti projek jalan luar bandar, jalan kampung serta kemudahan-kemudahan yang berkaitan seperti kemudahan air dan elektrik.

Keprihatinan kerajaan jelas tergambar di mana penekanan telah diberikan terhadap perkhidmatan kesihatan luar bandar dengan penyediaan klinik-klinik kesihatan, klinik desa dan klinik bidan. Selain itu juga pendidikan terus diberikan penumpuan oleh kerajaan agar kanak-kanak yang tinggal di luar bandar mendapat peluang pendidikan yang mencukupi.

Akhir sekali kerajaan tidak meminggirkan penduduk minoriti di negara ini iaitu masyarakat Orang Asli di mana program-program yang dirancang secara tidak langsung akan mengurangkan kadar kemiskinan dan kadar keciciran masyarakat Orang Asli di dalam arus pembangunan negara. Tuan Yang di-Pertua, walaupun kerajaan sedang berusaha untuk membangunkan dan memajukan sektor perindustrian, kerajaan masih lagi mengambil berat sektor pertanian yang merupakan tunjang kepada

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 25

ekonomi negara. Usaha untuk mempelbagaikan aktiviti di dalam sektor ini, dengan membangunkan bidang industri seperti pengeluaran makanan, penternakan dan sebagainya, ia kini mampu meningkatkan lagi kemajuan di dalam sektor pertanian. lnsentif yang diberikan untuk mendorong kemajuan pengeluaran pertanian negara amatlah dihargai dan dipuji. Jadi mereka yang terlibat dalam sektor ini seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad kerana keprihatinan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sektor perkhidmatan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat saya rasa masa tidak mengizinkan, boleh diringkaskan? Straight to the point.

Tuan Haji Karim bin Salleh: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sekali lagi memberikan peruntukan yang besar untuk memajukan sektor ini kerana ianya juga turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Sektor pelancongan misalnya telah diberikan suntikan di mana kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM613.9 juta kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan langkah ini diyakini Malaysia akan mampu menarik lebih ramai pelancong pada tahun 2002 kelak. Kehadiran pelancong luar ini juga banyak membantu penduduk tempatan di dalam perniagaan mereka. Pengecualian cukai pendapatan daripada pemiagaan pengendalian pelancong asing menunjukkan keikhlasan kerajaan di dalam niat mereka untuk membangunkan sektor ini. Jadi kita tidak boleh mengatakan bahawa kerajaan hanya bemiat untuk menarik undi, kedudukan faedah yang dikecapi oleh rakyat amatlah besar.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu oleh kerana masa tidak mengizinkan, setakat ini sahaja maka saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhorrnat, saya minta maaf kerana terpaksa memendekkan perbahasan. lni adalah kerana hendak memberi keadilan kepada pihak kementerian menjawab pertanyaan-pertanyaan. Walaupun pendek, saya dapati soalan-soalan adalah tepat cuma satu sahaja, dia pendek dan manis, yang lain tepat. Jawapan daripada kementerian-kementerian, kita mulakan daripada Jabatan Perdana Menteri . Dijemput Yang Berhorrnat.

12.10 tgh.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Haji Noh bin Haji Omar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Barhormat Senator v~~ mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawa'l 2002 ;:ian menyentuh 1 erkara-perka·a di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran dan cadangan serta sarc:~nan Ahli-ahli Yang Berhormat itu.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng membangkitkan isu negara Islam dan memohon penjelasan sama ada Malaysia sebagai Islamic state atau Islamic country. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam iaitu Islamic country. Dalam bentuk yang sedia ini umat Islam bebas menunaikan tanggungjawab agamanya dan begitu juga penganut-penganut agama lain dapat menikami keamanan dan kedamaian yang sama.

Yang Berhormat Puan Hajah Jamilah Ibrahim ingin tahu adakah wang zakat diuruskan secara Islam dan menyarankan supaya pungutan zakat kekal di bawah tanggungjawab-tanggungjawab kerajaan negeri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini semua wang zakat diurus secara Islam. Majlis Agama Islam atau Jabatan Agama Islam negeri-negeri mempunyai Jawatankuasa Hukum Syarak (Fatwa) yang boleh menegur jika pungutan zakat lari dari lunas-lunas Islam. Jawatankuasa Fatwa juga boleh mengeluarkan garis panduan mengenai kaedah dan pengurusan zakat untuk diikuti oleh pengurus-pengurus zakat.

Mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada sememangnya pengurusan dan tanggungjawab Hal Ehwal Zakat berada di bawah kuasa negeri-negeri. Apa yang perlu wujud ialah bentuk penyelarasan sahaja supaya pelaksanaannya lebih

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

26 DN.12.12.2001

efisien dan menguntungkan negeri-negeri. Walau bagaimanapun pelaksanaan penyelarasan ini bergantung kepada negeri-negeri yang lain.

Yang Berhormat Datuk Ghazi pula menyarankan supaya JAKIM memberi tumpuan dan penekanan ICT sebagai satu projek besar JAKIM yang menggabungkan budaya teknologi maklumat dan budaya ilmu dan takwa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat JAKIM memang menekankan pelaksanaan program-program ICT terutamanya untuk meningkatkan pengurusan hal ehwal Islam dan penyebaran ilmu. Penyebaran maklumat Islam yang sebenarnya melalui ICT khususnya melalui Iaman web JAKIM, www.lslam.gov.my. telah lama dilaksanakan.

Usaha sedang dibuat untuk meningkatkan Iaman web tersebut menjadi portal Islam sebagai rujukan untuk semua umat Islam sama ada di dalam atau di luar negara terutamanya untuk menonjolkan Malaysia sebagai negara Islam contoh di mata dunia. Saluran ini juga digunakan bagi menyampaikan dakwah dan nasihat terutamanya dalam bentuk kandungan Iaman web multimedia. Dalam RMK-8 sebanyak RM14.5 juta telah diluluskan untuk tujuan ini. Ia akan melibatkan agensi-agensi agama terutamanya Jabatan Agama Islam negeri-negeri. Beberapa aplikasi berkaitan agama Islam peringkat kebangsaan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan sepanjang RMK-8 ini.

Yang Berhormat Toh Puan Seri Wan Asiah pula menyarankan agar JAKIM menjadi pusat rujukan semua pihak supaya Islam tidak ditatsir mengikut ketahaman masing-masing. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa kuasa tertinggi agama negeri-negeri adalah Sultan dan Yang di-Pertuan Agong bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Justeru itu JAKIM sentiasa bekerjasama dengan Majlis atau Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi menyelesaikan segala permasalahan dan isu yang berkaitan dengan hal ehwal Islam yang dirujuk oleh masyarakat dengan penjelasan yang sebenar dan bertepatan dengan Islam. Sememangnya JAKIM berfungsi sebagai agensi pusat iaitu tempat rujukan bagi semua kementerian dan jabatan kerajaan berkenaan hal yang bersangkutan dengan agama Islam. Sebab itu kerajaan telah menaikkan tarat yang dulunya Sahagian Hal Ehwal Islam ke tarat jabatan.

Yang Berhormat Toh Puan Wan Asiah juga mencadangkan supaya unit kaunseling ditubuhkan di mahkamah syariah bagi mengatasi keluarga bermasalah. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa sekarang unit kaunseling adalah di bawah pentadbiran pejabat agama Islam negeri-negeri. Kerajaan sedang mengambil langkah-langkah proaktit dengan melaksanakan sistem suluh atau mediation di mana keluarga yang bermasalah akan terus dirujuk kepada pegawai suluh atau mediator selepas kes didaftarl<an dan sebarang persetujuan akan terus dikeluarkan pP"'~.:an.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah pun melaksanakan sistem ini mulai 17 November 2001 sebagai projek perint:., yang akan diperluaskan ke mahkamah-mahkamah syariah negeri-negeri dalam perkhidmatan guna sama pegawai syariah pada 1 Januari 2002 serta akan diikuti pula oleh mahkamah syariah seluruh negara pada Julai 2002.

Tuan Yang di-Pertua, isu kehilangan wang simpanan Lembaga Tabung Haji sebanyak RM8 juta telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Jamilah binti Ibrahim dan meminta kerajaan memberi perhatian terhadap pengurusan wang Lembaga Tabung Haji.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah simpanan yang dikeluarkan sejak kes kehilangan itu sehingga bulan November 2001 ialah RM980, 819,493.00. Jumlah pengeluaran ini adalah merupakan pengeluaran biasa dan bukan disebabkan oleh kes kehilangan wang itu. Lembaga Tabung Haji telah mengambil beberapa tindakan bagi meningkatkan sistem kawalan dalaman dan penyeliaan pengurusan terhadap urusan pengeluaran wang pendeposit di Tabung Haji. Di antara usaha utama yang dilakukan ialah mewajibkan penggunaan buku simpanan mulai awal tahun hadapan yang memperkenalkan sistem pengesahan cop jari secara talian terus atau on line dengan Jabatan Peguam Negara. Melalui sistem pengesahan cap jari yang dinyatakan di atas, ianya dapat mengesan dengan segera sekiranya ada kes penipuan menggunakan kad pengenalan palsu dalam urusan pengeluaran wang di Lembaga Tabung Haji.

M~~genai pelaburan Tabung Haji, adalah dimaklumkan bahawa pelaburan Tabung HaJI tertumpu pelaburan saham, hartanah, instrument kewangan Islam dan

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 27

bakinya dilaburkan dalam pelaburan bank untuk jangka masa pendek dan juga untuk keperluan operasi harian seperti pengeluaran wang pendeposit dan perbelanjaan pentadbiran Tabung Haji. Pecahan jumlah mengikut jenis pelaburan adalah seperti berikut.

Yang pertama, pelaburan hartanah termasuk bangunan yang dibeli dan juga harta tetap, nilai kosnya RM2 bilion. Yang kedua, pelaburan saham dalam saham tercatat, saham tidak tercatat, pengurusan tabungan, saham urus niaga dan subsidiary bernilai RM4.4 bilion. Yang ketiga, pelaburan dalam instrument kewangan Islam bernilai RM3.5 bilion. Yang keempat, pembiayaan atau pinjaman kepada anak-anak syarikat bernilai RM0.8 bilion, dan yang kelima, baki di wang dan wang tunai bernilai sebanyak RM0.2 bilion yang mana jumlah besarnya wang pelaburan Tabung Haji ialah RM10.9 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Dr. T. Marimuthu meminta kerajaan mengambil tindakan supaya mengambil kakitangan awam meliputi calon bumiputera dan bukan bumiputera. Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tidak pernah menggunakan faktor kaum dalam penapisan permohonan untuk pengambilan temu duga. Sementara itu, pemilihan seseorang caJon untuk lantikan pula adalah bergantung kepada prestasi calon semasa ditemu duga. lni kerana, penemu duga yang menemu duga calon-calon berkenaan dipengerusikan oleh ahli-ahli SPA yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Walaupun begitu, SPA sentiasa peka dengan perkembangan semasa di mana tidak ramai kaum bukan bumiputera yang memohon untuk perkhidmatan dengan kerajaan. Untuk itu, SPA telah pun mengambil langkah menyiarkan iklan dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina dan Tamil bertujuan menarik lebih ramai kaum tersebut menyertai perkhidmatan awam. Kerajaan secara berterusan berusaha untuk mengimbangkan bilangan anggota kerajaan berdasarkan komposisi kaum di negara ini. Pengambilan kakitangan kerajaan adalah berdasarkan kepada pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang layak tanpa mengira kaum. Walau bagaimanapun, mereka perlu memohon jawatan-jawatan yang berkaitan, mempunyai kelayakan yang ditetapkan melalui proses temu duga pengambilan dan bersesuaian dengan bidang kerjaya yang ditetapkan.

Mengenai saranan Yang Berhormat Puan Jamilah mencadangkan agar kakitangan awam diberikan kursus-kursus etika dan kerohanian. Adalah dimaklumkan bahawa kerajaan sentiasa menyedari akan kepentingan keseimbangan dan kemantapan sistem pentadbirannya. Melalui dasar 'penerapan nilai-nilai Islam', 'bersih, cekap dan amanah' dan 'kepimpinan melalui teladan' yan;J dilancark;;~" ·..:Jeh kerajaan sejak awal tahun 1980 an Ialii, banyak kursus dan c1ramah ydng menekankan keperluan mengamalkan budaya dan nilai-nilai positif dalam perkhidmatan awam telah diadakan oleh lnstitusi Latihan Perkhidmatan Awam.

Setiap kursus yang dijalankan oleh pusat latihan kerajaan seperti INTAN, tiga komponen utama telah diberikan penekanan, iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran dan juga sikap. Selain dari itu, ceramah-ceramah khusus mengenai kerohanian juga dimuatkan dalam pelbagai kursus yang dijalankan oleh agensi kerajaan. Setiap kursus yang dijalankan oleh institusi latihan bagi pegawai-pegawai awam dimasukkan juga komponen keutuhan. Masalah-masalah rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa merupakan tiga komponen panting dalam pelaksanaan modul tersebut.

Program ini ternyata berkesan, menyedarkan pegawai awam akan peri pentingnya mereka melaksanakan tugas dengan amanah, jujur dan bertanggungjawab. Bagi sebarang kes penyelewengan yang berlaku, bolehlah dianggap sebagai kes tertentu dan tidak boleh dijadikan ukuran bagi kejujuran pegawai awam secara umum. Walau bagaimanapun, usaha-usaha peningkatan aspek kerohanian sentiasa dijalankan bagi meningkatkan nifai-nilai positif pegawai-pegawai awam supaya tidak terlibat dengan kesalahan seperti pecah amanah dan apa jua bentuk penyelewengan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri Abdullah bin Ayub pula mencadangkan supaya pesara dan penerima pencen dibayar bonus sebanyak RM500 dan bukannya RM200. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bayaran khas untuk pesara dan penerima pencen RM200 bagi tahun ini bukanlah satu bonus tetapi hanya suatu bayaran istimewa mengikut kemampuan kerajaan ketika ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pemberian sagu hati sekecil RM200 ini telah memakan belanja sebanyak RM80 juta sebagai perbelanjaan tambahan tahun ini.

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

28 DN.12.12.2001

Sekiranya negara mampu membuat bayaran yang lebih daripada itu kelak, sudah pasti ianya boleh dipertimbangkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permintaan ini akan memakan belanja yang terlalu tinggi. Kerajaan akan membolehkan pembayaran pencen terbitan hanya berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2002.

Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri Abdullah bin Ayub mengingatkan supaya Petronas menghantar laporan tahunan ke Parlimen seperti lain-lain badan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Petronas adalah syarikat milik penuh kerajaan melalui Menteri Kewangan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1995. Petronas merupakan sebuah syarikat, bukannya badan berkanun yang mempunyai akta mereka sendiri seperti KWSP, Lembaga Tabung Haji dan sebagainya. Oleh itu, tidak ada keperluan bagi Petronas menghantar laporan tahunan ke Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat To' Puan Wan Asiah membangkitkan masalah pengurniaan dan juga Yang Berhormat Puan Jaya Partiban sebentar tadi. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sejak tahun 1999, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melakukan pelbagai cara untuk memastikan hanya warganegara yang layak sahaja benar-benar sebagai pemilih. Antaranya, SPR telah mewajibkan pemohon hadir sendiri dan pendaftaran bersandarkan kad pengenalan yang sah. Semakan on line dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk memastikan keahlian status kewarganegaraan dan data berkenaan seperti nama dan alamat. Mengenai pengundi yang meninggal dunia, adalah dimaklumkan bahawa tidak semua daftar pemilih yang disediakan dapat dibersihkan 100% terutamanya dari segi membersihkan pemilih-pemilih yang meninggal dunia kerana kematian berlaku pada bila-bila masa.

Di Sabah misalnya, keputusan mereka yang meninggal dunia sukar dilakukan kerana kebanyakan kematian di kawasan pendalaman tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Walau bagaimanapun, SPR sentiasa berusaha untuk mendapatkan maklumat kematian dari Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah mengeluarkan sejumlah besar pemilih-pemilih yang meninggal dunia dari daftar pemilih negeri Sabah. Manakala mengenai isu peratusan pemilih yang keluar mengundi pula, SPR juga telah melakukan pelbagai tindakan untuk memastikan jumlah rakyat yang keluar mengundi sentiasa tinggi setiap kali pilihan raya. Di samping daftar pemilili dibersihkan berterusan, SPR juga menggunakan media massa untuk membuat publisiti menggalakkan pemilih pendaftar supaya keluar mengundi. Untuk makluman, jumlah orang yang keluar mengundi dalam pilihan raya di Malaysia adalah tinggi, misalnya pilihan raya umum negeri Sabah pada tahun 1999, pemilih-pemilih yang keluar mengundi ialah "12.5n·). Pilihan raya umum C:i Malaysia bagi Parlimen seb.:~nyaK 71'}.:; keluar mengunoi dan di negeri pula sebanyak 74.7% dan pilihan raya umum Sarawak 2000 pula ialah sebanyak 56.9%.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Ghazi bin Haji Ramli mencadangkan sekiranya ada peruntukan yang tidak dapat dibelanjakan, supaya disalurkan kepada Ahli Dewan Negara yang mempunyai projek untuk dilaksanakan. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, bahawa setiap Ahli Dewan Negara telah diperuntukkan sebanyak RM100,000 sepenggal. Dengan peruntukan ini, hanya Yang Berhormat berkenaan boleh mencadangkan pelaksanaan projek yang dibenarkan oleh kerajaan dan dilaksanakan di kawasan yang ditentukan oleh beliau.

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

DN 12.12.2001 29

Tuan Yang di-Pertua, manakala cadangan supaya peruntukan itu diberikan kepada semua Ahli-ahli Dewan Negara, adalah dimaklumkan bahawa pada masa ini, hanya Ahli-ahli Dewan Negara daripada Barisan Nasional sahaja yang diberi peruntukan RM100,000 sepenggal itu.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat telah menyentuh mengenai kemudahan-kemudahan yang disediakan di Parlimen iaitu Yang Berhormat Puan Chew Poh Thoi, Yang Berhormat Datuk Ghazi dan Yang Berhormat To' Puan Seri Wan Asiah Ahmad. Antaranya cadangan supaya research unit disediakan, setiap Senator dibekalkan dengan komputer, laptop, kerusi di Dewan ini dan juga persekitarannya diganti serta kebersihan ditingkatkan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara-perkara yang dibangkitkan itu akan diambil perhatian sewajarnya, dibaiki dan akan ditingkatkan daripada semasa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri yang sempat saya jawab dan mana-mana perkara yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil tindakan serta perhatian sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang dl-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Date' Noh Omar. Jawapan daripada Jabatan Perdana Menteri. Kita beralih ke Kementerian Dalam Negeri. Jemput Yang Berhormat Date' Zainal Abidin Zin.

12.27 tgh.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Zainal Abidin bin Zin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri (KDN). Bagi isu-isu yang telah dibangkitkan, saya akan cuba memberi jawapan dan penjelasan yang sewajarnya ke atas isu-isu yang telah diperkatakan itu.

Untuk merealisasikan ekonomi yang mapan, berdaya tahan dan mampu bersaing, Malaysia memerlukan kemasukan pelaburan, pedagang, pelancong dan tenaga kerja pakar dalam pelbagai bidang dan pengkhususan. Bapi memastikan hasrat itu tercapai, Kementerian Dalam Negeri akan terus mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memudahkan kemasukan para pelabur dan pelancong dari negara luar. Bagi menjamin ketenteraman awam dan keselamatan negara, Kementerian Dalam Negeri akan terus mengawal selia semua unsur yang boleh menggangu-gugat keselamatan negara ini.

Yang Berhormat Senator Tuan Abdillah bin Abdul Rahim mencadangkan supaya pihak polis dibekalkan dengan peralatan pejabat yang leuin lengkap seperti komputer dan sebagainya, kerana ia boleh mempercepatkan proses siasatan yang dilaksanakan oleh mereka. Perkara ini juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Manser tentang kebajikan dan kemudahan dalam pekerjaan, skim perkhidmatan polis yang dibangkitkan dalam ucapannya.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Abdillah dan Yang Berhormat Senator Datuk Manser dalam kepekaan mereka terhadap perkara ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri sedang dalam proses untuk memajukan projek perkomputeran Jabatan Polis Diraja Malaysia dan Rancangan Malaysia Kelapan. lni termasuk meningkatkan sistem komputer yang ada sekarang serta pembelian komputer untuk dibekalkan di pejabat-pejabat kontinjen anggota polis.

Pada tahun 2002 sahaja, dalam usaha kerajaan meningkatkan sistem pengkomputeran Jabatan Polis, kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM55 juta untuk pembangunan teknologi maklumat, termasuk pembelian peralatan komputer serta kelengkapan bagi mempercepatkan proses siasatan yang dijalankan. Yang Berhormat juga mencadangkan agar lebih ramai lagi anggota polis ditempatkan di kawasan-kawasan perumahan. Jumlah anggota polis yang meronda di kawasan perumahan hendaklah ditambah kerana pada masa ini banyak kawasan perumahan baru diwujudkan.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa prihatin terhadap keselamatan keseluruhan lapisan masyarakat sama ada di kawasan desa mahupun di

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

30 DN.12.12.2001

kawasan bandar, termasuk kawasan-kawasan perumahan. Namun begitu pihak kerajaan tidak mampu untuk menyediakan anggota bagi setiap taman perumahan yang dibina oleh pihak pemaju. Namun begitu kerajaan sentiasa peka kepada keperluan ini dan sentiasa berusaha memenuhi keperluan rakyat yang dibangkitkan oleh setiap Ahli Yang Berhormat.

Berasaskan itu kita pada setiap tahun ada mengambil anggota-anggota yang baru dan pada tahun 2001 ini telah selesai dan pada tahun hadapan kita akan mengambil beberapa ramai lagi anggota polis untuk menambahkan bilangan anggota polis keseluruhannya. Polis Diraja Malaysia telah memohon kepada kerajaan untuk menambah bilangan anggotanya bagi menangani masalah jenayah. Kerajaan sedang meneliti permohonan tersebut dan sekiranya diluluskan dalam angka yang lebih banyak, anggota-anggota tersebut boleh ditempatkan di kawasan-kawasan perumahan. Buat masa ini nisbah anggota-anggota polis dengan penduduk bagi beberapa kawasan adalah seperti berikut, sebagai contoh:

(i) Hulu Langat

(ii) lpoh

(iii)

(iv)

Johor Bahru

Petaling Jaya

1: 1 ,095 orang

1: 1 ,056 orang

1: 1,014 orang

1:968 orang

Dari contoh-contoh nisbah di atas, sudah tentu Polis Diraja Malaysia tidak dapat memeriksa dari rumah ke rumah, tetapi rondaan yang lebih menyeluruh di sekitar kawasan perumahan dan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai tetap akan dipertingkatkan.

Yang Berhormat Tuan Abdillah juga mencadangkan supaya pihak polis bekerjasama dengan para penduduk di kawasan perumahan bagi mengadakan satu senarai nama dan maklumat semua penduduk bagi memantau kegiatan semua penghuni. Kementerian Dalam Negeri mengucapkan terima kasih di atas cadangan yang baik ini. Untuk makluman Yang Berhormat cadangan ini sememangnya telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia. Pihak Polis Diraja Malaysia sedang dalam proses mengemaskinikan rekod penduduk bagi setiap tempat mengikut daerah. Butiran yang dikemaskinikan ini termasuklah nama, pemastautin dan Rukun Tetangga, pengerusi, ahli jawatankuasa dan nama ahli Rukun Tetangga.

Sebagaimana sedia maklum, setiap satu kawasan atau sektor telah ,jjtempatk~n seorang pegawai anqgota polis 1.1ntuk memant;.)u masalah·-ma ic>1an yang r.1ungkin berlaku di tempat tersebut. Jabatan Perpaduan Negara Wilayah Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 untuk memastikan alct;.r:•i Rukun Tetangga dengan kerjasama PDRM dapat dijalankan dengan berkesan.

Saya percaya bahawa kerjasama polis dan orang ramai ini ternyata merebak luas. Pada masa ini Jawatankuasa Keselamatan Kampung juga telah ada hubungan atas lawatan anggota polis kita atau pun anggota polis di kawasan-kawasan yang berkenaan dan mereka sentiasa diberi nasihat dan diberi galakan oleh polis kita untuk meminta bantuan sekiranya terdapat perkara-perkara jenayah berlaku di kampung masing-masing.

Saya berharap bahawa Ahli Yang Berhonnat Senator juga akan memaklumkan kepada JKKK selain daripada Rukun Tetangga dan badan-badan yang lain supaya meminta kerjasama dengan polis ini di samping kita hendaklah memberi kerjasama lebih awal supaya polis dapat maklumat di atas kejadian-kejadian jenayah atau perkara-perkara lain yang berlaku.

Sebagai contoh, accident yang berlaku di lebih raya, kadang-kadang tidak ada orang yang memberi tahu pihak polis dan pihak lain. Maka yang terdapat kemalangan itu kalau dapat diselamatkan lebih awal mungkin dia lebih selamat ataupun dia dapat hidup dalam masa yang lebih panjang, tetapi oleh kerana kita mengambil sikap "tidak apa" maka kejadian yang ringan itu menjadi berat dan yang malang itu terus meninggal di tempat kejadian.

Yang Berhormat Tuan Abdillah juga telah membangkitkan kes rusuhan oleh taha_nan pendatang tanpa dengan izin. Yang Berhormat ingin tahu mengapa perkara ini mas1h berlaku dan Yang Berhonnat mencadangkan supaya mereka tidak ditahan lama

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

DN 12.12.2001 31

dan pendatang tanpa izin ini dihantar ke negara asal mereka dengan kadar segera. Sesungguhnya kerajaan sentiasa memandang serius mengenai isu-isu yang berbangkit dengan pendatang tanpa/dengan izin dan proses penghantaran mereka pulang ke negara asal.

Pihak kementerian mendapati kejadian rusuhan yang berlaku di depot-depot lmigresen adalah disebabkan oleh dua faktor utama. Salah satu ialah kesesakan di depot-depot tahanan lmigresen yang menimbulkan ketegangan sesama pendatang tanpa izin dan akhirnya bertarutan sehingga mereka tidak dapat mengawal diri dan terus mencetuskan rusuhan. Yang Berhormat sedia maklum bahawa kita tidak dapat menjangka berapa ramai pendatang tanpa izin yang ada. Kita hanya mengetahui apabila kita membuat operasi dan kita menangkap mereka dan apabila kita menangkap mereka, kita terpaksa meletak mereka di pusat-pusat tahanan kita. Pusat-pusat tahanan yang kita ada bagi kawasan yang berkenaan kadang-kadang terpaksa memakan ruang yang lebih banyak sedangkan kita tidak dapat mengadakan ruang yang cukup, yang selesa yang mereka kehendaki.

Sepatutnya pendatang tanpa izin ini mesti insaf bahawa mereka adalah pendatang tanpa izin. Kita tidak sepatutnya beri kemudahan kepada pendatang tanpa izin ini, tetapi atas keinsafan kemanusiaan kita ini kita memberi kemudahan ini kepada mereka. Dan beban kita ialah untuk menentukan bilakah masa boleh kita menghantar mereka ini pulang. Kita tidak boleh menghantar mereka pulang sebelum kita mendapat pengesahan daripada kedutaan masing-masing kerana sebelum pengesahan daripada kedutaan ini kerajaan mereka tidak mahu menerima hantaran daripada kita.

Menunggu pengesahan adalah satu perkara yang juga menimbulkan beban kepada kita. Kita sentiasa menghadapi perkara ini dan kita bersabar. Kita berharap bahawa pendatang tanpa izin ini juga bersabar dan Ahli-ahli Yang Berhormat, atas kesabaran kita ini kita telah mend a pat kerjasama.

Tuan Zainal bin Rampak: Tuan Yang di-Pertua, boleh soalan tambahan? Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berapa kos untuk kita berbelanja menyimpan tahanan-tahanan pendatang haram ini sehari? Dan berapakah kos kalau sekiranya kita hendak menghantar mereka kembali ke negara asal masing­masing? lni semuanya terlibat daripada wang rakyat dan pembayar cukai dalam negara ini. Saya hendak tahu berapakah jumlah kos sehari untuk perbelanjaan mereka disimpan dalam kem-kem tahanan dan kos menghantar mereka balik ke negara asal mereka?

Timhalan Yang di-Pertua: Jemput Yang Berhormat.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Terima kasih Yang Berhormal. Purata satu h<jrl belanja hidup ialah RM30 dan purata kos menghantar mereka pula11g ialah RM100. Dan kita tidak ambil wang rakyat. Kita ambil wang orang yang datang iaitu dari levi yang kita pungut di atas pendatang halal.

Mereka ini tidak sabar untuk menunggu giliran - seperti yang saya katakan tadi - untuk mereka dihantar pulang dan pihak kerajaan secara berterusan terutamanya menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini. Apa yang berlaku telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Abdillah. Bagi mengatasi masalah ini, proses penghantaran pulang pendatang tanpa izin telah dilakukan secara berjadual dahulu dengan mengikut jadual yang telah kita tetapkan. Kerjasama dengan kerajaan asal pendatang juga turut dipertingkatkan seperti saya katakan tadi, apabila kita terpaksa menunggu pengesahan daripada pihak kerajaan yang berkenaan terutama sekali daripada pejabat-pejabat duta mereka.

Dan akhir-akhir ini bersama-sama dengan kerajaan Indonesia mulai 19 November 2001, kita telah berjaya menghantar mereka pulang dalam bilangan yang lebih ramai iaitu dengan menggunakan kapal Angkatan Tentera Laut Indonesia, satu hantaran pulang serama 2,500 orang. Dan saya percaya pada minggu ini kita akan menghantar sekali lagi. Baru dua shipment, dua hantaran pulang pendatang tanpa izin ini yang dianjurkan oleh kerajaan mereka tetapi dengan perbelanjaannya yang dibuat oleh kita.

Datuk Haji Karim Ghani: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meminta sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri. Orang-orang yang kita hantar pulang ini, yang ditangkap, adakah mereka menganggur di Malaysia ini

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

32 DN.12.12.2001

atau bekerja di estet-estet, atau di kebun-kebun yang memang memerlukan peke~a­pekerja serupa itu? Terima kasih.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, bercakap mengenai pekerjaan dan menganggur ini, dalam masa yang sama mereka bekerja, dalam masa yang sama mereka menganggur. Sebab waktu kita membuat operasi kita tidak tahu mereka ini sedang bekerja ataupun mereka ini sedang menganggur. Yang kita tangkap itu, kemudian baru kita sahkan. Apabila mereka diperiksa secara detail, tidak ada kad pengenalan, tidak ada pasport, tidak ada visa dan sebagainya, baru mereka ini kita ketahui bahawa mereka ini adalah pendatang tanpa izin.

Dan kalau dia mengatakan dia sedang bekerja dengan orang-orang yang berkenaan, katakan bekerja dengan Yang Berhormat sendiri, kita akan mencari Yang Berhormat, kenapa Yang Berhormat beri perlindungan kepada pekerja ini tanpa ada kebenaran bekerja, iaitu permit bekerja. Yang Berhormat juga mungkin akan kita dakwa. Tetapi biasanya kita menyiasat kerana ada ketika bila dalam keadaan sesak mereka akan melambakkan kesusahan mereka itu kepada orang-orang yang tidak menjadi majikan mereka. Kita menyiasat pendatang tanpa izin dan kita menyiasat juga majikan.

Saya telah perkatakan dalam Dewan ini beberapa kali Tuan Yang di-Pertua, janganlah ada rakyat kita menjadi pelindung bahkan menjadi majikan haram kepada pekerja haram, dan penalti yang akan kita kenakan adalah RM10,000 ke RM30,000 kepada majikan-majikan ini. Biasanya majikan-majikan ini bila hendak dikenakan penalti mereka · juga merayu, tetapi ketika mereka melindungi dan mereka menggunakan tenaga kerja ini mereka tidak memberi tahu kepada kita. lni masih ada lagi rakyat kita yang bersubahat dalam hendak mengaut kemudahan, tetapi bila dalam kesusahan mereka kembali mencari kerajaan.

Saya berharap dengan penerangan dan jawapan dalam Dewan ini akan menginsafi sebahagian besar rakyat kita yang cuba mencuri nikmat atas kesusahan kerajaan pada hari ini. Dan begitu juga jangan kita mengambil perkara senang apabila terdapat pendatang-pendatang tanpa izin ini datang meminta bantuan ataupun pertolongan untuk menjadi pembantu rumah.

Ada dua-tiga kes yang dilaporkan ataupun sampai kepada saya. Pendatang tanpa izin ini bila berjumpa dengan kita, dengan tuan yang berkenaan dia mengatakan "Saya telah diseksa oleh orang ini". Dia menceritakan dia tinggal dengan oranr Cina, majil<an Cina ini beri d~a mandikan anjin~;. makan dengan anjing, tidur di lua , ma•·a dia terpaksa lari; Bahawa "Saya hendak minta perlindungan, dapat bekerja dengan tuan (atau puan)", Orang-orang perempuan ini, bila tengok sekali orang perer:-.tJuan, belas kasihannya bertambah. Dia kata ''Tidak mengapalah, bolehlah awak bekerja". Kawan ini pun kata pula "Saya bekerja saya tidak dibayar pun tidak mengapa".

Tuan-tuan sebenarnya ini adalah satu cara mereka mencari jalan selamat dan kalau terdapat perkara ini, majikan yang baru yang hendak jadi ini mestilah lapor kepada imigresen ataupun pihak polis supaya kita tidak terperangkap dalam jadual rancangan penipuan mereka.

Yang Berhormat Dato' Hamzah bin Zainudin telah mencadangkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia agar mengkaji semula kaedah menggari tangan orang yang sedang ditahan reman seperti mana yang berlaku pada empat orang bekas pegawai kanan kerajaan. Saya percaya bahawa Yang Berhormat Dato' Hamzah ini melihat gambar dalam surat khabar bukan lihat sendiri.

Orang yang biasanya yang direman oleh polis maka polis ada kriteria-kriteria, hak~hak yang telah diberikan oleh Dewan ini juga untuk polis menjalankan tugas mereka termasuk menggari. Apabila polis membuat tahanan dan sudah menentukan orang-orang yang berkenaan sebagai individu yang akan dibuat tuduhan dan sebagainya dia sekali gus terikat dengan akta dan peraturan. Bukan kerana dia orang besar, bukan kerana dia orang kecil, bukan kerana dia pegawai kerajaan, bukan kerana dia puak marhaen. Semua orang adalah sama.

Seperti bersandarkan bulan Ramadan ini, tak kira awak kaya, tak kira awak miskin. Fitrahnya satu seorang.

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 33

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam melaksanakan satu tangkapan di antara tindakan yang perlu diambil ialah dengan orang kena tahan, kita panggil 'OKT. Prosedur ini termasuk juga ke atas orang-orang ditahan reman. Tindakan ini diambil adalah bag; menjamin orang kena tahan berkenaan tidak melepaskan diri ataupun menggunakan kuasa fizikal untuk melawan pegawai polis yang melaksanakan tangkapan.

Ada insiden yang mana dengan gari-gari pun dia lari. Tak gari kita kata dia orang besar. Kita tak tentu sama ada orang besar atau pegawai kerajaan ini dia lari tak lari. Kalau dia rasa dia berfikir dalam perjalanan dia rasa dia nak lari dan dia selamat, dia lari. ltu sebab kita tidak tahu apa dia hendak buat. Dan dengan itu kita gari.

Pegawai polis yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan kalau orang ini terlepas. Dalam tahanan reman kalau terlepas. Dah banyak yang terlepas ini. Kita terpaksa guna lebih ramai lagi anggota polis untuk mencari dia. Pegawai ini yang kononnya kalau hendak orang kata bersimpatilah, kasihan macam kata Yang Berhormat Dato' Hamzah, tak mahu gari. Dia lari. Akhimya dia pula kena gari. Jadi kita tidak mahu menggari orang yang menggari untuk kena gari. lni kita tidak mahu.

Dia akan dikenakan tindakan sekiranya orang berkenaan dapat melepaskan diri. Oleh itu adalah tidak wajar sekiranya risiko ini diletakkan di bahu pegawai polis yang berkenaan sahaja walaupun orang kena tahan yang terlibat adalah terdiri daripada orang-orang kenamaan ataupun para pegawai kanan kerajaan.

Sebagai kesimpulannya tindakan anggota menggari orang-orang kena tahan adalah diperlukan bagi kes-kes tahanan reman.

· Dato' Yang di-Pertua, selain daripada saya telah sebut apa yang dibangkitkan oleh Dato' Mansor tadi. Dato' Mansor telah membangkitkan beberapa perkara lain. laitu tentang latihan kemahiran untuk persiapan waktu bersara. Mungkin Dato' Mansor buat perbandingan dengan anggota tentera. Kalau say a tersilap catat kita boleh perbetulkan kalau ini yang dibangkitkan. Kalau dibandingkan angkatan tentera dengan Polis Diraja Malaysia, anggota angkatan tentera ada yang mengakhiri pekerjaannya dengan tidak mendapat pencen. Anggota angkatan tentera mesti ada service lebih daripada 20 tahun kalau tidak salah saya baru dapat pencen.

Polis telah ditetapkan bekerja sampai pencen. Kecuali bila diberhentikan dengan kesalahan-kesalahan. Kita telah melihat perkara ini dan saya sendiri membangkitkan perkara ini dengan polis dan polis telah menerangkan bahawa ada terdapat satu maktab di Bakri, Muar. Sedikit sebanyak latihan teknikal telah diberi kepada orang-orang yang berminat dalam bidang yang berkenae~.. re~api dalam bidang-bidang lain tidak disediakan oiE.·h polis.

Saya percaya bahawa setelah polis pencen, polis bo;e::n meminta untuk mengikuti kursus-kursus dalam jabatan-jabatan yang lain dalam kementerian lain seperti Kementerian Selia dan sebagainya yang menyediakan kursus-kursus teknikal ataupun kursus pertanian, temakan dan berbagai-bagai lagi.

Walau bagaimanapun ini kita anggapkan sebagai satu pandangan yang cukup baik dan kita akan minta pandangan daripada pihak Polis Diraja Malaysia sendiri untuk mengemukakan cadang mereka kepada Kementerian Dalam Negeri.

Daripada segi latihan kemahiran dan kecekapan pegawai-pegawai polis ini termasuk dalam bidang teknologi, jenayah, kepakaran pekerjaan harian, polis sendiri memang kalau kita kata dalam bidang IT, polis sendiri memang melatih keseluruhan pegawai-pegawai polis yang telah dipilih untuk menjalankan tugas-tugas dalam bidang IT ini mengikuti kursus dan pada hari ini seperti yang telah dibangkitkan oleh Dato' Abdillah, bahawa apakah perlu dibekalkan polis dengan komputer bagi kemudahan mereka.

Apakah perlu dibekalkan sensor detector bagi polis untuk melihat Yang Berhormat-Yang Berhormat ini membawa kereta begitu laju sedangkan yang kita tetapkan hanya 110 sahaja di lebuh raya tetapi terdapat sampai 160. lni semua telah diberi latihan dan diberi kemudahan kepada anggota-anggota polis kita. Atas sebab kemudahan dan latihan inilah maka banyak kita menerima rayuan supaya saman ini dibatalkan. Saman ini dibatalkan dan berbagai-bagai lagi.

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

34 DN.12.12.2001

Pada kali ini kita ada kemudahan daripada segi report, kita rekod dan sebagainya. Oleh sebab anggota-anggota polis itu daripada semua peringkat dan Yang Berhormat pun tahu Menteri Dalam Negeri iaitu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri waktu melawat Balai Polis Trafik di Kuala Lumpur telah mengarahkan kementerian untuk membekalkan komputer kepada kakitangan polis yang menggunakan komputer dan kemudahan ini.

Kita sangat berasa bangga dan ingin merakamkan penghargaan ada anggota­anggota polis yang bekerja dalam bidang IT ini membeli komputer untuk kemudahan mereka dan menggunakan komputer ini untuk pekerjaan dalam jabatan mereka masing-masing. lnsya-AIIah dalam proses pengubahsuaian dan kemudahan ini kita akan mengadakan kemudahan seperti yang dikehendaki, cadangan dan pandangan Yang Berhormat itu.

Yang Berhormat juga membangkitkan tentang kebajikan polis keseluruhannya. Dalam jangkaan kita, kita dapat memberi kemudahan polis daripada segi pakaian. Kita dapat memberi kemudahan kepada polis daripada pendudukan dan rumah. Kita jangka tahun 2001 kita dapat memberi kemudahan perumahan sehingga tahap 90% di samping membaiki yang lama dan mengadakan kemudahan yang baru.

Tetapi dalam masa yang sama kita terpaksa 'terminate' beberapa kontraktor besar yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Oleh sebab itu kita tidak dapat mencapai 90% kemudahan tempat tinggal. Bagi perkara-perkara yang lain kalau ada yang mendengar terdapat kekurangan dari segi pakaian dan sebagainya, kita telah membuat semua peruntukan pada akhir tahun ini dan menyempurnakan perkara­perkara yang telah menjadi rungutan dan tidak sampai kepada anggota polis kita sendiri.

Dalam perkara-perkara lain seperti kenderaan, begitu juga dengan pihak marin, kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan beberapa peruntukan pada tahun ini dan pada tahun yang akan datang supaya peningkatan kemudahan-kemudahan untuk PDRM kita ini dapat disempurnakan kalau tidak pun 100%.

Seterusnya Yang Berhormat Data' Manser telah membangJ...itkan masalah pencen. Pencen ini ianya mengikut sistem yang ada dalam kerajaan. Sudah tentulah kadang-kadang kalau kita menerima anggota polis, mengambil contoh anggota polis yang lepas yang sebelum merdeka ataupun yang selepas merdeka dengan skim gaji mereka yang tertentu. Maka sudah tentulah skim pencen mereka akan rnenjadi rendah. Tetapi kalau dalam skim yang ad::. sekaran~:; ini pun kalau mt1e1<& masuk berkhidmat dalam polis dalam keadaan umur yang lebih lanjut kemungkinan pencapaian peningkatan pangkat dan kedudukan mereka tidak sampa!. i\liaka skim pencen ini pun tidak sampai.

Tetapi buat keseluruhannya saya percaya bahawa kerajaan memerhati seperti Yang Berhormat kalau katakan RM500 itu adalah di bawah paras kemiskinan. Kalau kita kata kalau dulu RM350 di bawah paras kemiskinan. 10 tahun kemudian menjadi meningkat kepada RM400 dan sekolah Yang Berhormat kata RM500. Mungkin tiga tahun depan dia meningkat kepada RM550. Dia selalu berubah dengan keadaan ekonomi dan keadaan skim kita. Tetapi yakinlah kerajaan memberi perhatian kepada anggota polis kita dan kerajaan mahu melihat anggota polis ini bekerja dan pencen dalam keadaan yang juga selesa.

Saya berharap saya dapat menyampaikan kalau tidak keseluruhan sebahagian daripadanya dan kalau ada Yang Berhormat Senator yang soalannya tidak dapat saya jelaskan kita akan mengambil tindakan mana yang boleh kita jalankan. Terima kasih Data'.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan yang berkesempatan hadir seperti kata pepatah orang berbudi kita berbahasa. Dengan ini saya menjemput Yang Berhormat Data' Nazri, Menteri Pembangunan Usahawan untuk menjawab bagi pihak kementeriannya.

12.57 tgh.

Menteri Pembangunan Usahawan [Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz): Terima kasih Yang di-Pertua yang telah memberi keizinan kepada saya untuk

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

DN 12.12.2001 35

menjawab terlebih dahulu. Saya bekas Senator saya tahu betapa pentingnya Dewan Negara ini untuk Menteri menjawab sendiri. [Tepuk]

Yang Berhormat Senator Abdillah bin Abdul Rahim, dalam ucapannya pada 10 Disember telah bangkit berkenaan dengan perkara latihan di mana beliau berkata dalam usaha kerajaan menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perniagaan, Kementerian Pembangunan Usahawan telah menyediakan pelbagai bentuk latihan untuk melatih usahawan bumiputera. Beliau ini tahu sejauh manakah keberkesanan latihan-latihan yang telah diberikan kepada usahawan. Adakah kerajaan memantau setakat mana keberkesanan latihan. Sekiranya tidak berkesan perlukah ada perubahan terhadap cara latihan itu.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan menjalankan pelbagai jenis latihan keusahawanan yang mana boleh dibahagikan kepada tiga peringkat latihan seperti berikut:

1. Peringkat pembudayaan

2. Peringkat permulaan

3. Peringkat peningkatan

Bagi peringkat pembudayaan, kumpulan sasaran Kementerian Pembangunan Usahawan adalah pelajar-pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi awam di mana pelajar-pelajar diberi latihan dan tunjuk ajar secara praktikal bagi menubuh, mengendali dan membubarkan syarikat. Setakat ini 326 buah sekolah dan 1 0 buah institusi pengajian tinggi awam terlibat dalam program ini. Latihan ini diberi oleh guru-guru pembimbing dan penasihat yang telah dilatih oleh kementerian.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada sekolah dan institusi pengajian tinggi. Menerusi program ini pelajar-pelajar akan dapat menjadikan keusahawanan sebagai satu bidang ke~aya selepas tamat pengajian mereka.

Peringkat seterusnya adalah peringkat latihan permulaan perniagaan. Program yang dilaksanakan melalui peringkat ini ialah:

1. Skim latihan dan galakan bagi kakitangan kerajaan mencebur diri dalam perniagaan.

2. Skim usahawan siswazah.

Sehingga kini seramai 2,244 orang pegawai dan kakitangan kerajaan telah mengikut skim latihan dan galakan bagi kakitang~1n kerajaan menr~'SJr diri da!am perniagaan semenjak dilancarkan pada tahun 1993. Kajian keber.,esanan terhadap skim latihan ini yang dijalankan oleh MEDEC, UiTM pada tahun 1994 mendapati bahawa 65% daripada peserta skim ini telah menceburi bidang permagaan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' nampaknya masa telah cukup. Minta Dato' kalau dapat sambung.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sambung, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat dengan saya tangguhkan majlis mesyuarat Dewan ini hingga 2.30 petang ini.

Mesyuarat ditempohkan pada puku/1.00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semu/a pada pukul 2.30 petang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan menjawab.

2.32 ptg.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, saya sambung. Bagi Skim Usahawan Siswazah, seramai 1,673 peserta telah menyertai latihan asas keusahawanan siswazah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

36 DN.12.12.2001

117 orang siswazah telah mendapat pembiayaan di bawah Tabung Usahawan Siswazah.

Tujuan kursus asas keusahawanan siswazah ialah untuk memberi pendedahan keusahawanan kepada siswazah-siswazah dan jumlah yang mendapat pembiayaan bukanlah ukuran kepada keberkesanan program latihan ini.

Bagi peringkat latihan peningkatan pula, sebanyak tiga program utama dijalankan iaitu:

(i) Program Usahawan Berjaya Utama;

(ii) Program Pembangunan Eksport; dan

(iii) Bengkel-bengkel peningkatan pemiagaan.

Hingga kini seramai 38 orang usahawan telah tamat mengikuti Program Usahawan Berjaya Utama iaitu program latihan untuk meningkatkan prestasi perniagaan usahawan. Kajian telah dibuat terhadap prestasi usahawan tersebut mendapati bahawa jualan dan keuntungan perniagaan mereka telah meningkat melebihi 100% selepas tamat mengikuti kursus.

Bagi Program Pembangunan Eksport, seramai 12 orang peserta telah mengikutinya dan lima orang daripada mereka telah dapat memasarkan produk mereka keluar negara yang sebelum ini tidak berjaya menembusi pasaran luar negeri.

Kementerian juga mengadakan bengkel dan seminar bagi membantu mempertingkatkan pengurusan usahawan bumiputera dalam aspek pengurusan kakitangan, kewangan, pemasaran dan pengurusan perniagaan.

Daripada maklum balas yang diperolehi, selepas bengkel-bengkel tersebut sebahagian besar daripada peserta mendapati bengkel dan seminar tersebut adalah berkesan dan berguna kepada mereka. Kementerian sentiasa memantau keberkesanan latihan Kementerian Pembangunan Usahawan melalui pengedaran soal selidik bagi setiap kursus yang diadakan dan lawatan ke premis perniagaan mereka oleh pegawai-pegawai agensi latihan yang dilantik oleh Kementerian Pembangunan Usahawan seperti MARA dan Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MIDEC) dan juga UiTM.

Untuk meningkatkan lagi keberkesanan latihan, kementerian akan membuat pe·rubahan-perubahan yang bl3rsesuaian dengan kehendak semasa c;eperti mtll1ggunakan pendekatan yang .?aru dalam memberi latihan, melantik p< nceramah, fastlitator dan pembimbing yang berkaliber, menyemak dan mengemas kini modul latihan serta melancarkan penubuhan lnstitut Keusahawanan Negara pada !c:~i1un 2002.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Data' Hamzah Zainuddin telah meminta kementerian mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan supaya memasukkan belanja pengurusan dalam Tabung TEKUN yang diluluskan sebanyak RM150 juta bagi membolehkan pegawai-pegawai Yayasan Tekun Nasional mengadakan program-program penerangan kepada usahawan-usahawan di seluruh negara.

Sukacita saya sebutkan di sini iaitu bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan memang telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi mengenai mendapatkan peruntukan grant bagi membiayai kos pengurusan Yayasan Tekun Nasional. Di samping itu, saya sendiri telah pun menulis kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan memohon kepada beliau supaya kerajaan menyediakan peruntukan dalam bentuk grant bagi menampung belanja mengurus Yayasan Tekun Negara ini. lni adalah bagi memastikan bahawa Yayasan Tekun dapat meneruskan operasinya serta melaksanakan program Tekun dengan cekap dan berkesan untuk memanfaatkan usahawan kecil di seluruh negara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara ini masih dalam pertimbangan kerajaan.

Akhir sekali, Yang Berhormat Tan Sri Datuk Dr. Abdullah Ayob telah membangkitkan berkenaan dengan supaya diwujud hanya satu jabatan atau kementerian sahaja yang membuat penjelasan kepada orang ramai mengenai isu

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 37

kenaikan tol dan sama ada tambang bas naik ataupun tidak. lni mengikut beliau merujuk kepada warta berita yang disiarkan pada 8 Disember 2001 di mana Kementerian Pengangkutan mengumumkan kenaikan to I sebanyak 10% dan pada masa yang sama kementerian saya mengumumkan bahawa tambang bas tidak akan naik.

Tuan Yang di-Pertua, pengumuman kenaikan tol oleh Kementerian Pengangkutan pada 8 Disember 2001 adalah wajar kerana ia di bawah bidang kuasa kementerian itu, walaupun kenaikan tambang bas ada mempunyai kaitan dengan kenaikan tol, tetapi pengumuman mengenai naik atau turunnya tambang bas adalah wajar diumumkan oleh kementerian saya, sebab Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) adalah di bawah kementerian saya. LPKP ini di bawah kementerian saya kerana ia bertanggungjawab untuk mengeluarkan lesen dan permit untuk pengangkutan perdagangan.

Jadi, oleh kerana itu, kementerian sayalah yang akan mengumumkan sama ada tambang bas itu akan naik ataupun tidak, sebab permit teksi saya yang beri, permit bas saya yang beri. Jadi, itulah sebabnya tidak berbangkit soar orang keliru dalam perkara ini kerana semua umum telah mengetahui bahawa pengumuman untuk kenaikan tambang adalah di bawah bidang kuasa LPKP.

Jadi, oleh itu saya harap berita mengenai kenaikan tol dan kekalnya kadar tambang bas oleh kementerian yang berlainan tidaklah sampai ianya akan mengelirukan orang ramai. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Kementerian Pengangkutan menjawab.

2.37 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan [Tuan lr. Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2002 ini.

Yang Berhormat Tan Sri Datuk Dr. Abdullah Ayob membangkitkan soalan pertindihan tugas di antara Kementerian Pengangkutan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dari segi pengangkutan jalan di mana daftar kereta motor dan lesen memandu dijalankan oleh JPJ dan lesen bas, lesen teksi dan Iori dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu pertindihan tugas di antara Kementerian Pengangkutan dan KementHrian Pembangunan UsahP" . .;,, sepert! yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Dr. AbaiJiiah Ayob adalah dimaklumkan bahawa isu tersebut tidak timbul, ini adalah disebahJ.:::m Kementerian Pembangunan Usahawan adalah berfungsi untuk mewujudkan usahawan dalam pelbagai bidang termasuk bidang pengangkutan dan penjelasan telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri tadi.

Sementara Kementerian Pengangkutan adalah bertanggungjawab dalam menentukan pemandu yang menggunakan jalan-jalan raya di negara ini yang mempunyai kemahiran dan etika yang tinggi semasa memandu bagi mengelakkan kemalangan berlaku. Selain dari itu, Kementerian Pengangkutan juga bertanggungjawab dalam menentukan kenderaan yang digunakan adalah selamat dan tidak membahayakan sama ada pemandu atau pengguna jalan raya yang lain.

Justeru itu, pembahagian kuasa yang ada sekarang lebih merupakan complementary, dengan izin, di antara kedua-dua kementerian yang saling membantu di antara satu dengan yang lain. Dalam hubungan ini, tidak ada masalah bagi kedua­dua kementerian di dalam menjalankan tugas masing-masing kerana kedua-duanya adalah saling bantu membantu dalam menentukan industri pengangkutan di negara ini berjalan dengan baik dan berdaya maju untuk bersaing dengan negara-negara lain.

Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja, akhir sekali saya sekali lagi mengucapkan teirma kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dan saya juga ingin ucapkan Selamat Hari Raya, Merry Christmas, Happy New Year, Gong Xi Fat Choy. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada ang pow kah untuk diberikan? [Ketawa] Saya minta Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia untuk menjawab.

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

38 DN.12.12.2001

2.40 ptg.

Timbalan Menteri Tenaga Komunikasi dan Multimedia [Datuk Tan Chai Ho]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu di bawah bidang tugas Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Namun, saya akan menyentuh beberapa perkara sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah mempunyai agenda ICT yang jelas dan fokus seperti yang terkandung dalam agenda ICT yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat berpengetahuan, bermaklumat dan berbudaya ICT. Selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan daya saing negara di pasaran global. Projek MSC merupakan jentera penggerak utama sebagai pemangkin pembangunan negara kepada ekonomi dan masyarakat berasaskan ilmu.

Walau bagaimanapun, ada pihak-pihak yang menuduh MSC sebagai gajah putih, tuduhan ini sama sekali tidak berasas. Sebenarnya banyak kejayaan telah dicapai oleh MSC sehingga 23 Oktober 2001 sebanyak 581 syarikat telah mendapat status MSC berbanding dengan pasaran 500 buah yang perlu dicapai dalam tahun 2003.

Di samping itu, daripada jumlah 581 syarikat tersebut, 50 buah adalah syarikat bertaraf antarabangsa. lni bermakna pasaran 50 buah syarikat bertaraf antarabangsa dalam tahun 2003 telah dapat dicapai dua tahun lebih awal. Statistik-statistik ini menggambarkan dengan jelasnya bahawa projek MSC adalah di atas landasan yang betul, dengan izin, on track. Di samping itu, projek MSC memperkenalkan projek-projek aplikasi perdana atau dengan izin, flagships application seperti sekolah bestari, e­kerajaan, teleperubatan, kad pelbagai guna, atau General Multi Purpose Card (GMPC).

Projek-projek aplikasi perdana ini seperti GMPC telah menarik minat banyak negara-negara asing termasuk negara Afrika, Asia, ASEAN dan Timur Tengah untuk mempelajari reka bentuk dan pelaksanaannya. MSC juga merupakan landasan utama untuk kita merapatkan jurang digital melalui program-program dan projek-projek yang telah dilaksanakan di MSC, masyarakat Malaysia kini telah mula menerima budaya ICT.

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan usaha untuk mewujudkan masyarakat berpengetahuan, bermaklumat dan berbudaya ICT kerajaan terus memberi penekanan kepada sektor ini di mana tahun 2002 kerajaan menyediakan peruntukan lebih daripada RM900 juta bagi projek seperti aplikasi perdana kerajaan elektronik, sekolah bestari, teleperubatan, kad pintar dan integrasi dan aplikasi-aplikasi pengkomr:.'t&ran di agensi-agensi kerajaan dan pengkomputeran sekolah-sekolah. Se~ain dari itu, bagi galakan bagi penggunaan ICT dalam perdagangan dan bagi mencantikka, Malaysia lokasi perniagaan yang menarik kepada perdagangan antarabangsa, cukai ke atas pendapatan yang diperolehi daripada perdagangan luar pesisir, dengan izin offshore trading melalui website di Malaysia dikurangkan daripada 28% kepada 10% selama 5 tahun.

Kos bagi menanggungkan website untuk perniagaan juga diberikan potongan tahunan sebanyak 20% selama lima tahun. Geran sebanyak RM5 juta diperuntukkan bagi membangunkan rangkaian RosettaNet bagi membolehkan syarikat kecil dan sederhana berhubung terus dengan pembekal Cruper dengan menyertai Cruper Supply Change Management Network.

Tuan Yang di-Pertua saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Dr. T. Marimuthu yang telah memberikan cadangan supaya pengilang­pengilang dan usahawan tempatan meningkatkan penggunaan ICT di dalam aktiviti­aktiviti mereka. Untuk maklumat Yang Berhormat, bagi melahirkan usahawan dalam bidang ICT satu aplikasi perdana yang baru iaitu, dengan izin, Technopreneur flagship telah dilancarkan pada bulan November 2001 di Taman Teknologi, Kulim. Melalui aplikasi perdana ini akan wujud rangkaian pusat-pusat inkubator yang dapat menumpang keperluan syarikat-syarikat IT yang baru memulakan perniagaan mereka.

Usaha ini bukan sahaja dapat akan melahirkan lebih ramai dalam bidang ini tetapi juga dapat membuka peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada graduan-graduan dalam bidang ICT. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menyedari perlunya untuk mempertingkatkan usaha-usaha menangani jurang digital supaya tidak

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 39

ada golongan masyarakat yang tercicir dalam arus perkembangan ICT masa kini. Untuk merapatkan jurang digital tersebut dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, kerajaan telah memperuntukkan RM1.098 billion bagi program-program merapatkan jurang digital.

Antara program-program tersebut ialah mengadakan pusat-pusat Internet di luar bandar dan menyediakan infrastruktur komunikasi untuk sekolah-sekolah di luar bandar di mana sasaran kita ialah supaya pada tahun 2005 semua sekolah di seluruh Malaysia akan mempunyai pencapaian Internet. Tuan Yang di-Pertua, bagi industri tenaga saya ingin menegaskan bahawa pembangunan mapan sektor tenaga akan terus menjadi tumpuan utama kerajaan sebagaimana matlamat bagi meningkat daya saing keperluan sektor pembuatan negara.

Kerajaan akan memastikan pembekalan tenaga elektrik yang terjamin dan berharap melalui campuran tenaga yang optimum. Bagi tujuan ini, usaha untuk menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui bagi penjanaan elektrik sedang dijalankan. Dalam hubungan ini, dasar kepelbagaian bahan api yang terdiri daripada minyak, gas, hidro dan arang baru akan diperluaskan lagi dengan menjadi renewal energy (RE) sebagai bahan api kelima negara. Kerajaan juga akan mengkaji semula peratusan campuran bahan api dalam penjanaan elektrik bagi mengurang penggunaan gas sebagai bahan api utama dan meningkatkan penggunaan arang batu. lni adalah bertujuan untuk mengurangkan pergantungan berlebihan pada gas dan mengurangkan apa-apa kesan kenaikan harga gas ke atas tarif elektrik.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Yew Teong. Look telah membangkitkan perkara mengenai TNB membuat bacaan meter elektrik dua bulan sekali. Saya ingin menerangkan bahawa TNB pun telah mengambil langkah untuk membuat bacaan meter elektrik dua bulan sekali terhadap pengguna domestik atau pelanggan kuasa kecil sahaja.

Walau bagaimanapun, bil anggaran yang dikeluarkan berdasarkan kepada purata penggunaan elektrik sebenar pada bulan-bulan sebelumnya dan bil ini akan diselaraskan semula apabila bacaan sebenar di lakukan pada bulan berikutnya. Dengan ini pembaca meter akan boleh menjalankan tugas-tugas lain semasa mereka tidak membuat bacaan meter dan untuk maklumat Yang Berhormat, TNB pun telah pun keluarkan brosur bagi maklumat keterangannya. Dalam kandungan brosur ini [sambil menunjukkan brosur]. Jadi kalau kita baca adalah jelas dan tak perlu rasa bimbang kerana ini tidak membawa apa-apa kesan pengguna-pengguna electricity.

Tuan Yang di-Pertua inilah penjelasan yang dapat saya berikan ke atas perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekirany•: ~-..uapat perkara­perka.-a yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat lain yang t1dak sempat saya menjawabnya, saya mohon maaf kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat ~erkenaan, saya berjanji bahawa Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia akan mengambil perhatian terhadap sebarang teguran dan pandangan yang membina dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani masalah yang berkaitan. Sekianlah, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Kementerian Perusahaan Utama untuk menjawab.

2.50 ptg.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama [Datuk Anifah Aman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan beberapa perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama.

Berhubung perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng supaya mempelbagaikan lagi jenis-jenis barangan keluaran dari sumber­sumber yang wujud sekarang seperti dari sumber tanah, sumber galian dan kayu balak, sukalah saya menyatakan bahawa kerajaan melalui agensi-agensi penyelidikan seperti Pusat Penyelidikan Mineral dan lnstitut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sentiasa berusaha menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan.

Dalam hubungan ini aspek pengkormesialan hasil penyelidikan juga diberi perhatian. Di samping itu Pusat Penyelidikan Mineral turut bekerjasama dengan

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

40 DN.12.12.2001

beberapa pusat penyelidikan luar negara untuk mengenal pasti pelbagai kegunaan air mineral tempatan untuk dijadikan barangan keluaran di masa hadapan.

Bagi kayu-kayan FRIM turut menjalani aktiviti R&D bagi pengeluaran perhutanan berasaskan kayu dan bukan kayu termasuk pokok, ubat-ubatan. Selain itu, antara keluaran yang berpotensi untuk harus dibangunkan bagi tujuan pasaran eksport adalah bingkai kayu untuk kemasan dalaman, barangan perabot rumah dan perabot pejabat serta keluaran pertukangan kayu termasuk pintu dan tingkap kayu tumpat.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh saranan Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng supaya mempertingkatkan eksport minyak sawit ke India dan China, suka saya memaklumkan bahawa kerajaan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan eksport minyak kelapa sawit ke India dan China yang merupakan pasaran eksport keluaran minyak sawit terbesar melalui:

(i) lawatan kerja peringkat menteri dengan menekankan aspek galakan serta cuba menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan eksport minyak sawit; dan

(ii) mengadakan perdagangan timbal balas (counter trade) dengan izin dengan kedua-dua negara tersebut.

Kerajaan yakin dapat meningkatkan eksport minyak sawit dengan kemasukan Cina ke dalam Pertubuhan Dagangan Dunia atau WTO. lni adalah kerana China dijangka akan meningkatkan kuota eksport minyak sawit kepada 2.4 juta tan pada tahun 2002 berbanding dengan 1.4 juta tan yang ditetapkan pada tahun ini. Selain itu, India telah pun mengurangkan duti import minyak kelapa sawit mulai 30 Oktober 2001 iaitu daripada 75% kepada 65%. Kerajaan akan berusaha melalui perundingan dengan pelbagai hala di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia WTO akan datang untuk mendapatkan pengurangan duti import yang lebih ini dari India serta juga lain-lain negara.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh saranan juga dari Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng supaya pengusaha estet-estet tidak bukan tanaman kepada satu komoditi sahaja dan perlu mempelbagaikannya. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan memang sentiasa menggalakkan pengusaha estet dan pekebun kecil getah dan kelapa sawit supaya tidak bergantung kepada satu­satu komoditi sahaja, tetapi mempelbagaikan tanaman mereka bagi dapat menghadapi keadaan turun naik komoditi yang sentiasa dipengaruhi oleh pasaran antarabangsa.

Anta;a w~aha yang boleh dil,1kukan ol€h pengusaha estet dan pe,;ebun kecil ialah menjalankan aktiviti tanaman secara integrasi seperti menanam getah atau kelapa sawit dengan sayuran-sayuran, buah-buahan, ternakan ayam, ikan, •embu atau kambing. Selain itu, mereka juga boleh menjalankan aktiviti bertani yang melibatkan menanam tanaman komoditi dengan pokok hutan, herba dan pokok ubat-ubatan. Semua aktiviti ini juga akan dapat membantu pengusaha estet dan pekebun kecil untuk meningkatkan pendapatan mereka serta memaksimumkan penggunaan tanah masing­masing.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan pertanyaan daripada Yang Berhormat K.R.A. Naidu mengenai sejauh mana R & D ke atas minyak sawit sebagai bahan api di loji-loji tenaga dan kenderaan komersial telah dijalankan. Sukalah saya menyatakan bahawa penggunaan minyak sawit sebagai bahan bakar telah pun di gunakan oleh sebahagian besar industri pemprosesan kelapa sawit. Bagi penggunaan di stesen jana kuasa ujian telah pun diadakan pada 16 April 2001 di stesen jana kuasa TNB di Prai dan didapati sesuai untuk digunakan sebagai sumber bahan bakar pilihan. Namun begitu, kerajaan masih menjalankan usaha untuk menggalakkan penggunaan minyak sawit sebagai bahan bakar bagi digunakan oleh industri-industri tempatan kerana ia lebih berdaya saing dan mesra alam. Selain itu, sebagai langkah jangka panjang kerajaan bercadang membina sebuah loji rizab sawit dengan kapasiti awal 500,000 tan yang akan dikendalikan oleh sebuah konsortium terdiri dari PETRONAS, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MBOB) dan beberapa syarikat pengeluar minyak sawit dengan modal pelaburan sebanyak RM500 juta. Kapasiti loji ini akan ditingkatkan kepada 1 juta tan.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan saranan Yang Berhormat Puan Jamilah binti Ibrahim agar dikurangkan aktiviti penerokaan hutan bagi mengekalkan

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 41

keseimbangan alam sekitar. Sukalah saya memaklumkan bahawa kerajaan sentiasa berusaha memastikan hutan negara dipelihara dengan baik termasuk untuk kepentingan perindustrian, penjagaan alam sekitar dan sebagai warisan kepada generasi yang akan datang. Dengan itu kerajaan telah membuat komitmen untuk melaksanakan pendekatan pengurusan hutan secara berkekalan bagi menentukan bahawa pembangunan sektor perhutanan tidak merosakkan alam sekitar dan pada masa yang sama menentukan bekalan kayu balak boleh diperolehi secara berkekalan oleh industri kayu-kayan serta dapat diterima oleh pasaran terutamanya sekali pasaran antarabangsa yang kini mengambil berat tentang pengurusan hutan secara mapan.

Tuan Yang di-Pertua bagi mengakhiri penggulungan ini, sukalah saya memberi jaminan bahawa kementerian saya telah mengambil maklum dan akan memberi perhatian sapenuhnya ke atas penerangan, ulasan dan saranan yang telah pun dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri untuk menjawab.

3.00 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri [Datuk Fu Ah Kiow]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi teguran, cadangan dan pandangan yang membina mengenai perkara-perkara yang ada hubung kait dengan bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri semasa perbahasan Belanjawan 2002. lzinkan saya memberikan jawapan ke atas beberapa perkara dan isu panting yang telah dibangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Data' Dr. T. Marimuthu dan Datuk Ghazi bin Haji Ramli menyatakan bahawa kemasukan China ke WTO merupakan satu cabaran kepada peniaga-peniaga Malaysia, oleh itu mereka harus mencari pendekatan baru untuk menangani cabaran-cabaran kemasukan China di dalam WTO. Di samping itu Negara China juga telah menarik Pelaburan Asing Langsung (FDI) lebih daripada negara-negara lain di rantau ini kerana kos tenaga ke~a yang rendah di China.

Tuan Yang di-Pertua, China telah muncul sebagai satu pasaran yang panting bagi Malaysia. Eksport Malaysia ke China dari tahun 1995 hingga tahun 2000 telah meningkat lebih dua kali ganda iaitu dari RM4.9 bilion ke RM11.5 bilion. Dalam tahun 1995, China merupakan pasaran eksport Malaysia yang ke 10 terbesar. Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2001, China telah muncul sebagai pasaran eksport yang ke 5 terbElSar bagi Malaysia dengan nilai eksport sebanyak RM11 .6 bilion

lni membuktikan bahawa kemasukan Negara China sebagai ahli WTO bukan hanya membawa cabaran tetapi juga memberi peluang-peluang ,.,emiagaan kepada Malaysia. Kemasukan China ke dalam WTO juga merupakan kesan positif kerana:

(i) penurunan tarif yang akan membuka pasaran China untuk peniaga-peniaga Malaysia;

(ii) penyelarasan undang-undang dan peraturan mengenai perdagangan dan perniagaan di seluruh Negara China akan memudahkan lagi urusan perniagaan di negara tersebut;

(iii) pemberian layanan sama rata kepada semua syarikat­syarikat asing; dan

(iv) pembukaan pasaran sektor perkhidmatannya.

Tuan Yang di-Pertua, komitmen-komitmen ini akan memberi kesan positif kepada peluang kemasukan pasaran produk-produk Malaysia ke Negara China. Kadar tarif bagi kesemua produk akan menjadi lebih rendah daripada kadar yang dikenakan sekarang. Misalnya:

(i) tarif barangan kayu akan diturunkan kepada 4 hingga 8 paratus daripada 10 hingga 15 paratus yang dikenakan sekarang;

(ii) kuota untuk minyak kelapa sawit dinaikkan dari 1.5 juta metrik tan dalam tahun 2000 (sebelum kemasukan ke WTO)

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

42 DN.12.12.2001

kepada 2.1 juta metrik tan dalam tahun 2001, dan kepada 3.17 juta metrik tan dalam tahun 2005:

(iii) Menjelang tahun 2006 sekatan kuota untuk minyak kelapa sawit akan dihapuskan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana barangan pasaran Negara China yang begitu besar, negara tersebut telah be~aya menarik lebih banyak FDI daripada negara­negara lain di rantau ini. Di samping itu dengan kos buruh yang rendah, negara tersebut telah dapat mengeluarkan produk-produk dan perkhidmatan dengan kompetitif. Syarikat-syarikat dan peniaga-peniaga Malaysia oleh itu perlulah meningkatkan daya saing masing-masing bagi merebut peluang-peluang perniagaan dan menghadapi cabaran daripada pasaran China.

Di antara langkah-langkah untuk menghadapi cabaran ini ialah dengan mengembangkan perniagaan secara usaha sama dengan syarikat-syarikat negara China, atau bekerjasama dengan pelabur-pelabur asing dalam mengeluarkan produk­produk bagi pasaran China. Bagi pihak kerajaan, ia akan terus memastikan iklim pelaburan dan kos perniagaan di Malaysia adalah menarik dan kompetitif supaya Malaysia akan terus menjadi pusat pelaburan yang menguntungkan. Dalam hubungan ini MITI juga sedang memantau perkembangan di Negara China dan sedang buat kajian mengenai kesan-kesan perubahan di negara tersebut ke atas ekonomi negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng menyeru supaya syarikat dan pelabur-pelabur tempatan mengambil peluang dengan perlanjutan insentif "Eiaun Pelaburan Semula" untuk memodenisasikan perniagaan mereka. Di samping itu beliau turut menyarankan supaya Senator dari negeri Kelantan dan Terengganu juga turut dijemput bagi menyertai delegasi Malaysia di Persidangan/Rundingan WTO. Saranan ini telah diambil perhatian oleh MITI.

Yang Berhormat Datuk Haji Karim Ghani pula berpendapat bahawa Elaun Pelaburan Semula ini merupakan satu bentuk subsidi dan oleh itu tidak dibenarkan di bawah WTO. Untuk pengetahuan, Elaun Pelaburan Semula adalah konsisten dengan Perjanjian WTO. lni adalah kerana insentif ini tidak dihadkan kepadCJ mana-mana syarikat mahupun industri iaitu tidak spesifik. Selain dari itu, kriteria digunakan di dalam proses meluluskan permohonan insentif ini adalah objektif dan diberi secara automatik kepada semua syarikat yang layak.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan See Too Me"' : .. !Jinkan penjelasan mengenai u~aha-usaha kerajaan untuk menggalakkan pelabu, an ke luar negara seperti ke Negara India, China dan Indonesia. Untuk makluman J).hli Yang Berhormat, secara keseluruhannya kerajaan menggalakkan peniaga-peniaga Malaysia untuk melabur ke luar negara jika ini dapat membantu di dalam menembusi pasaran­pasaran baru bagi produk Malaysia. Lantaran itu, kerajaan ada menyediakan beberapa insentif kepada syarikat-syarikat tempatan yang membuat pelaburan di luar negara. Antaranya ialah pengecualian cukai ke atas pendapatan yang dibawa pulang, potongan cukai ke atas perbelanjaan sebelum operasi bagi pelaburan di luar negara yang diluluskan dan insentif bukan cukai seperti kemudahan pembiayaan kredit eksport dan skim insurans dan jaminan kredit eksport. Tiada dasar khusus bagi negara seperti India, China dan Indonesia.

Tuan Yang di-Pertua, RosettaNet seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun dan yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam Pembentangan Belanjawan 2002 baru-baru ini adalah merupakan piawaian bagi mesej berasaskan internet yang membolehkan syarikat-syarikat di dalam rantaian bekalan global untuk berkomunikasi dan menguruskan perniagaan mereka secara elektronik melalui kod umum. Pada masa ini, ianya dibangunkan untuk sektor elektrik dan elektronik (E&E) bagi memperkemaskan pengurusan rantaian bekalan global di kalangan pengeluar-pengeluar E&E.

Memandangkan Malaysia adalah sebuah pusat pembekal yang panting untuk komponen-komponen elektronik dan elektrikal, kerajaan dan pihak industri telah memutuskan untuk mengguna pakai RosettaNet di kalangan pengeluar E&E di Malaysia. lanya bertujuan bagi mempertingkatkan daya saing keluaran tempatan di

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

DN 12.12.2001 43

samping faedah seperti pengurangan kos inventori, kos urus niaga dan mempercepatkan masa untuk pasaran. Di Asia, Malaysia merupakan negara kelima yang akan melaksanakan RosettaNet selepas Jepun, Korea, Taiwan dan Singapura.

Bagi membantu pengeluar-pengeluar tempatan melaksanakan RosettaNet di Malaysia, kerajaan telah menyediakan peruntukan kewangan sebanyak RM5 juta untuk tahun 2002. Peruntukan ini akan diberikan sebagai geran kepada syarikat-syarikat tempatan yang akan melaksanakan RosettaNet di dalam pengurusan rantaian bekalan mereka. Geran tersebut akan meliputi pembelian parisian yang menukarkan data-data dari aplikasi-aplikasi perusahaan seperti, dengan izin, Enterprise Resources Planning dan Material Resource Planning (ERP dan MRO) kepada data-data yang diperakukan oleh piawaian maklumat RosettaNet. Geran tersebut akan diuruskan oleh MITI melalui Perbadanan Pembangunan lndustri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja penjelasan yang ingin saya berikan kepada beberapa isu penting yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas teguran dan pandangan yang tidak sempat dijawab buat kali ini dan perkara tersebut akan diambil perhatian sewajarnya. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar menjawab.

3.12 ptg.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar [Dato' Zainal bin Dahalan]: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah membangkitkan isu-isu yang melibatkan Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2002 di dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan penjelasan terhadap perkara­perkara yang telah disentuh oleh Ahli Yang Berhormat Tuan Abdillah bin Abdul Rahim yang telah mengusulkan supaya kementerian dapat menampilkan lebih ramai saintis yang menerima pengiktirafan seperti Profesor Lam dari Universiti Malaya. Dalam perbahasan beliau juga mempersoalkan mengenai tindakan Jabatan Alam Sekitar yang tidak memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab atas kes pembuangan beribu-ribu beg bahan kimia di Satang Kali, Selangor yang telah dibuang begitu lama.

Tuan Yang di-Pertu<l, untuk makluman Ahli Yang Berhr:-... dl, suka saya memaklumkan bahawa kerajaan melalui beberapa kementerian ·dan agensi serta berbagai-bagai strategi sentiasa mengambil inisiatif untuk menamr>1~~,:an lebih ramai saintis termasuk mereka yang akan menerima pengiktirafan di beberapa peringkat sama ada dalam negara ataupun di peringkat antarabangsa. Bagi mencapai hasrat tersebut, bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar telah menjalankan beberapa aktiviti penyelidikan dan pembangunan seperti penumpuan penyelidikan dalam bidang-bidang keutamaan ataupun ERPA, Skim Geran Penyelidikan dan Pembangunan Koridor Raya Multi-media atau MGS, Skim Grant Demostrator Application atau DAGS dan Skim Geran Penyelidikan dan Pembangunan lndustri atau IGS.

Objektif program-program R&D tersebut ialah untuk meningkatkan lagi keupayaan serta kepakaran penyelidik-penyelidik dan saintis-saintis dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta mewujudkan satu budaya R&D, dengan izin, yang boleh meningkatkan pembangunan dan penggunaan S& T di negara ini. Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara ataupun MPKSN selaku penasihat kerajaan dalam bidang sains dan teknologi juga membantu pembangunan sektor R&D dengan izin, negara melalui pelbagai penemuan yang berpotensi untuk dikomersialkan serta relevan kepada keperluan industri. Kerajaan amat berharap agar pelbagai usaha yang diambil ini akan dapat melahirkan Jebih ramai saintis yang berwibawa dan diiktiraf seterusnya di peringkat antarabangsa.

Secara keseluruhannya tahap pencapaian program penyelidikan yang dikendalikan melalui tabung IRPA telah menunjukkan peningkatan dan kesan sejak ia mula dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Keenam. Di antara kesan dan manfaat yang dinikmati oleh pelaksanaan program-program ini ialah:

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

44

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

DN.12.12.2001

peningkatan dari segi jumlah terbitan kertas-kertas teknologi dan graduan-graduan di peringkat Ph.D dan sarjana;

pelbagai penemuan telah dikenal pasti termasuklah dalam bidang pengeluaran makanan, bidang perubatan dan sektor industri;

perhubungan antara universiti dan institusi penyelidikan dengan pihak industri juga telah diwujudkan dan ini telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara; dan

lanjutan aktiviti R&D di bawah Rancangan Malaysia Keenam telah menyumbang kepada asas pembentukan program R&D yang lebih mantap dalam Rancangan Malaysia Ketujuh di mana program IRPA telah diperluaskan dari segi skop dan bidang-bidang yang dikenal pasti dengan lebih khusus.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya untuk makluman Yang Berhormat berhubung dengan isu pembuang bahan kimia di Satang Kali, suka saya memaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar telah pun menjalankan penyiasatan dan mendapati bahawa buangan tersebut bukanlah buangan terjadual dan ianya tidak tertakluk kepada Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1985. Walau bagaimanapun, tindakan sedang diambil dengan pihak kilang berkenaan untuk membersihkan kawasan tersebut kerana buangan ini telah dilupuskan bukan di tapak pelupusan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Seterusnya, Ahli Yang Berhormat Puan See Too Mee pula dalam perbahasannya telah mengesyorkan supaya kerajaan mengambil tindakan bagi mengatasi masalah pencemaran sisa pepejal seperti menubuhkan unit khas untuk mengatasi masalah tersebut, meningkatkan kesedaran awam mengenai pencemaran di samping mempertingkatkan lagi tindakan penguatkuasaan dan perundangan.

Ahli Yang Berhormat berkenaan juga mengesyorkan kepada kerajaan supaya memberi insentif dan pinjaman kepada syarikat-syarikat yang menggunakan bahan buangan sebagai bahan bakar dan syarikat yang mengitar semula bahan­bahan buangan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Puan See Too Mee suka saya memaklumkan bahawa bagi kes-kes berhubung masalah pencemaran sisa pepejal. Kementerian ini melalui Jabatan Alam Sekitar sememangnya sentiasa menjalankan tindakan-tindakan penguatkuasaan dan pengawasan bagi memastikan pelupusan sisa pepejal tidak mendatangkan masalah pencemaran.

Walau bagaimanapun, masalah yang sering dihadapi oleh jabatan ini antara lain ialah sebahagian oleh kekurangan tenaga di dalam ~;ia hendak merangkumi keseluruhan kawasan dalam negara ini dan juga tindakan-tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak-pihak tertentu yang dari masa ke semasa melakukan pembuangan sisa-sisa toksik, pepejal, sampah sarap dan sebagainya, khususnya di masa-masa cuti awam ataupun di tempat-tempat yang dirasakan agak tersembunyi. Maka ini telah menunjukkan bahawa dari segi kawalan dan tindakan yang benar-benar berkesan masih belum dapat kita laksanakan.

Dalam hal ini kita adalah mengalu-alukan kerjasama dari semua pihak termasuk orang rami untuk terus memberikan maklumat-maklumat kepada jabatan dari masa ke semasa sekiranya mendapati hal-hal seperti ini berlaku dan dengan ini diharap tindakannya lebih segera dan juga berkesan akan dapat kita laksanakan. Banyak contoh-contoh yang telah dapat kita lihat dari masa ke semasa melalui media massa kita dan tindakan pembuangan toksik dan sebagainya berlaku di sana sini yang mana terpaksa diambil tindakan secara spontan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar.

Sebagai langkah jangka panjang, jabatan juga akan terus melaksanakan program-program pendidikan yang difikirkan adalah sangat panting bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai dan juga pihak-pihak pengusaha, pengilang dan sebagainya tentang masalah pencemaran yang boleh berlaku sekiranya pelupusan sisa pepejal tidak dibuat secara teratur dan terkawal.

Pengurusan sisa pepejal pula iaitu dari segi pengumpulan, pengangkutan, pelupusan adalah di bawah kawalan dan pengawasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, suka juga saya

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 45

menyatakan bahawa kerajaan akan meneliti dengan lebih lanjut berhubung dengan cadangan untuk memberikan insentif dan pinjaman kepada syarikat-syarikat yang menggunakan bahan buangan sebagai bahan bakar dan apakah kesan daripada aktiviti seperti ini yang mung kin akan menimbulkan beberapa kesan negatif juga perlu diberikan perhatian. Demikian juga dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan syarikat yang mengitar semula bahan buangan.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang melibatkan kementerian ini dan sekali lagi juga saya menyatakan sekiranya ada pandangan dan teguran yang tidak dapat disentuh dalam jawapan ini maka perkara yang diberikan itu akan terus diberi perhatian dan tindakan sewajarnya akan diambil. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Kementerian Pertanian menjawab.

3.23 ptg.

Timbalan Menteri Pertanian [Dato' Seri Mohd Shariff bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu berkaitan bidang dan tanggungjawab Kementerian Pertanian Malaysia, jabatan-jabatan dan agensi di bawah.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator K.R.A. Naidu mempersoalkan sejauh manakah kemajuan program tanaman kekal pengeluaran makanan yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pertanian. Sehingga kini Kementerian Pertanian telah menandatangani memorandum persefahaman untuk memajukan taman kekal pengeluaran makanan dengan kerajaan-kerajaan negeri Johor, Kedah, Perlis, Kelantan, Melaka, Sarawak, Selangor, Pahang, Terengganu dan Sabah. Kerajaan-kerajaan negeri yang telah menandatangani MoU telah memperakukan kawasan seluas 51,017 hektar untuk dimajukan sebagai taman kekal pengeluaran makanan. Di bawah Rancangan Malaysia Kelapan sebanyak RM133 juta telah diperakukan oleh agensi pusat bagi pelaksanaan taman tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat juga menggesa Kementerian Pertanian untuk mengkaji semula syarat-syarat pinjaman kewangan dari Bank Pertanian yang telah dikenakan kepada peminjam untuk projek pertanian. Yang Berhormat mengesyorkan supaya kawasan pertanian yang tidak mempunyai persatuan boleh mengambil ketua kampung atau penghulu sebagai penjamin untuk mendapatkan pinjaman tanpa cagaran.

Tuan Yang di-Pertua, tabung untuk makanan berjumiah RM300 juta untuk Pertubuhan Peladang dan Persatuan Nelayan yang ditadbirkan o:e1n Bank Pertanian Malaysia telah menggariskan bahawa semua permohonan adalah tertakluk kepada syarat pinjaman yang ditetapkan oleh Bank Pertanian termasuklah keperluan cagaran. Walau bagaimanapun, syarat cagaran adalah dilonggarkan bagi permohonan daripada individu dan kumpulan individu yang menyertai projek-projek kelolaan jabatan dan agensi-agensi di bawah kementerian di mana mereka boleh mengemukakan dua orang penjamin yang dipersetujui oleh Bank Pertanian Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat juga menyarankan supaya Kementerian Pertanian memantau pengeluaran produk pertanian supaya ianya sesuai dengan permintaan pasaran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian melalui FAMA telah mempunyai dan sedang melaksanakan sistem penggredan bagi buah-buahan seperti betik dan belimbing. Beberapa skim penggredan untuk komoditi lain juga telah dibangunkan dengan ke~asama SIRIM dan sedang menunggu pewartaan. Pada awal tahun 2002 FAMA akan melancarkan jenama 'Malaysia Best' sebagai usaha, dengan izin, Branding & Positioning agar pengiktirafan terhadap mutu hasilan segar Malaysia diperolehi di pasaran domestik dan juga pasaran global. Ciri untuk Malaysia Best adalah menjurus kepada memenuhi kehendak sebenar pasaran.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Abdullah telah meminta badan-badan berkanun kerajaan yang terlibat dengan pertanian perlu bersikap pro­aktif sebagai contoh pihak MARDI yang mempunyai banyak maklumat kajian tentang pertanian, maklumat ini hendaklah disalurkan dengan segera kepada para petani.

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

46 DN.12.12.2001

Tuan Yang di-Pertua, hasil penyelidikan MARDI dikomersialkan melalui tiga cara supaya dapat dimanfaatkan oleh para petani dan pengusaha-pengusaha industri makanan. Cara yang pertama ialah melalui pusat pemindahan dan pengkomersialan teknologi. Pusat ini melaksanakan aktiviti pemindahan dan pengkomersialan teknologi kepada pengusaha dan syarikat industri kecil dan sederhana.

Cara kedua ialah melalui unit pembangunan perniagaan. Unit ini adalah sebagai jambatan dalam pengkomersialan dan peningkatan tahap inovasi teknologi MARDI oleh syarikat dan konglomerat utama.

Cara ketiga ialah melalui unit bahan tanaman dan temakan MARDI. Sebagai penjana teknologi telah memasukkan satu fasa yang penting iaitu membekal bahan induk tulen seperti benih tanaman, bahan tanaman dan baka ternakan kepada agensi kerajaan dan syarikat swasta yang dilantik sebagai pengeluar dan pembekal bahan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Abdillah Abdul Rahim juga meminta pihak FAMA membantu dalam memainkan peranan yang aktif dalam pemasaran produk para petani. Tuan Yang di-Pertua, sebagai organisasi yang bertanggungjawab untuk memperbaiki ehwal pemasaran hasil petani FAMA sentiasa berusaha memperbaiki khidmatnya sesuai dengan kehendak pasaran. FAMA sentiasa berusaha untuk meningkatkan peranannya dalam memasarkan produk para petani melalui perkhidmatan sokongan pasaran. Sebagai contoh, memasarkan melalui cara penglibatan langsung dalam urus niaga seperti ladang kontrak atau tidak secara langsung seperti dalam pasar tani dan pengaturan pasaran. Misalnya di bawah program ladang kontrak bagi tempoh Januari hingga November 2001 ....... .

Tuan Hasan bin Haji Shukri: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada Yang Berhormat meminta laluan.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya mohon laluan untuk meminta sedikit penjelasan tentang usaha-usaha memasarkan padi yang sekarang ini sedang sibuk diperkatakan bahawa lambakan padi yang begitu banyak di negeri-negeri seperti di negeri Kedah, negeri Selangor dan negeri Perak. Tidak adakah usaha-usaha untuk memasarkan padi kita ataupun beras kita? dan saya minta juga penjelasan mengapakah perkara itu boleh berlaku, sedang kita sebenarnya kekurangan bahan makanan itu dan kita import daripada luar negara?. Terima kasih.

Dato' Seri Mohd. Shc.lriff bin Haji Onar: Tuan Yang di-Pertua. saya ingat soalan ini tidak bersangkut dengan peranan FAMA, walau bagaimanapun, saya ingin menjawab soalan ahli Yang Berhormat mengenai dengan masalah lambakcln padi yang ditimbulkan baru-baru ini. Kerajaan telah mengambil tindakan yang tegas dalam menangani perkara ini. Pihak Kementerian Pertanian telah menubuhkan jawatankuasa bagi menangani masalah lambakan padi. Jawatankuasa sedang mengambil tindakan dan langkah-langkah yang tertentu bagi mengelak daripada berulangnya lambakan padi. Jadi, saya harap Yang Berhormat akan sabar dan mengikuti perkembangan yang sedang dibuat oleh Kementerian Pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, saya sambung balik tadi. Misalnya, di bawah Program Ladang Kontrak bagi tempoh Januari hingga November 2001 ....

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg Haji Ahmad Raffae: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Datuk Hajah Dayang Mahani, bangun.

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg Haji Ahmad Raffae: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Respond daripada jawapan itu menggalakkan saya hendak bertanya sedikit iaitu adakah benar tuduhan yang mengatakan sekarang ini BERNAS yang import beras secara terlalu banyak dan berkualiti yang menyebabkan beras tempatan tidak dapat pasaran. Yang Berhormat tadi sudah jawab, saya hendak susuli sahajalah, terima kasih.

Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Dayang Mahani. Pengeluaran beras negara sekarang ini pada tahap 65% sara diri, ini bererti kita perlu mengimport bagi

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 47

memenuhi keperluan negara. Kerajaan telah meluluskan atau membenarkan, kebenaran hanya diberi kepada BERNAS untuk mengimport, orang-orang lain tidak boleh import beras. Hanya BERNAS sahaja yang boleh mengimport beras. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat bahawa BERNAS mengimport lebih daripada yang dibenarkan, suka saya tegaskan di sini, itu adalah tidak benar.

Datuk Hajah Dayang Mahanl binti Tun Pg Haji Ahmad Raffae: Bukan sahaja mengimport lebih, tetapi yang lebih berkualiti sehingga menjejaskan mutu beras tempatan yang mungkin kurang kualitinya dan pasarannya tidak meluas. I just want to know whether that's true.

Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat tidak betul, bukan begitu. Beras yang kita import dari Thailand, kita import beras daripada Vietnam, kita import beras dari Pakistan. Ada jenis-jenis beras bagi memenuhi keperluan. Ada setengah orang dia hendak gunakan untuk nasi beriani, jadi beras kita tidak boleh buat, hanya beras Basmati yang boleh digunakan untuk memasak nasi beriani.

Kalau kita kata beras BERNAS hanya mengimport beras berkualiti, ini tidak betul sebab tanggungjawab BERNAS untuk memastikan bahawa negara kita, rakyat Malaysia, yang beras ini merupakan makanan utama, rakyat mendapat makanan yang cukup, beras yang cukup. Jadi, dalam soal harga beras ini, kita ada jaminan untuk kebanyakan rakyat, harga beras itu dijamin.

Ada hadnya. Tetapi bagi orang-orang yang macam Yang Berhormat yang mampu beli beras Basmati, beras yang Super A, macam Yang Berhormat Dato' Ghazi beli beras yang baik-baik, jadi kita tidak kawal, beras ini boleh di beli, ada. Tetapi bagi rakyat yang rata-rata, jaminan kerajaan, beras untuk keperluan rakyat terbanyak mesti ditentukan oleh BERNAS ada dalam negara kita. BERNAS tidak boleh sewenang­wenangnya mengimport dalam satu kuantiti yang tidak dikawal. ;.ebenamya di Kementerian Pertanian ada bahagian kawal selia yang bertanggun jawab untuk melihat bahawa BERNAS mengimport beras berdasarkan kepada sya at-syarat yang kita tetapkan. 1

1

Puan Jaya Partiban: [Bangun] \,

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat. I I

Puan Jaya Partiban: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, sa~a hanya ingin mengetahui apakah beras Basmati ini tidak boleh ditanam di negara inj. Kalau tidak, mengapa. Terima kasih. I

Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pert , kita sedang mencuba menanam padi yang berkualiti. Salah satu variety yang kit::> ~e ang galakkan pada masa sekarang ialah MARDI Quality Rice (MRQ50). lni adalah b ras yang kita kategorikan sebagai beras berkualiti. Masalah kita sekarang kualiti ric biasanya dia ada kaitan dengan yield, dengan izin, selalunya hasilnya rendah. Ja i, kita sedang berusaha untuk meningkatkan dari segi hasil supaya Jebih ramai rakyat ki , para petani boleh menerima saranan kita supaya mereka menanam beras berkualiti.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, BERNAS sedang bekerj~ama dengan pihak Kerajaan Negeri Pahang mencuba menanam beras jenis berk aliti tinggi ini seluas lebih kurang 1 ,000 ekar. Kalau projek ini berjaya, kita akan ke bangkan ke kawasan-kawasan yang lain. ,

Mengenai dengan beras Basmathi ini, kita tidak boleh tanam Jadi di sini Yang Berhormat. Kita hendak kena import dari Pakistan juga. l

Tuan Yang di-Pertua, di bawah program ladang kontrak bagi te/npoh Januari hingga November 2001, seluas 1, 769 ekar sayuran dari seramai 5151 petani yang bernilai RM5 juta telah dibantu pasarannya. Seluas 1,318 ekar buah-bufhan dengan 245 peserta yang bernilai RM7.5 juta juga telah dibantu pasarannya. Lain lain pelbagai hasil tani daripada 80 orang petani bernilai RM1.5 juta juga telah dipa arkan dalam tempoh yang sama.

Melalui pengaturan eksport barangan tani bernilai RM1 juta ~elah dibantu pasarannya. Pelaksanaan ladang kontrak ini juga diperluaskan kepada FELDA, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Projek Bersepadu Jabatan Pertanian. Manakala, sasaran khidmat pasaran secara langsung bagi tahun 2002 dijangka bemilai

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

48 DN.12.12.2001

RM6 juta sayur-sayuran, RM5 juta buah-buahan, RM7 juta ternakan, RM3.2 juta untuk eksport dan RM13 juta untuk produk IKS.

Bagi khidmat pasaran tidak langsung, dijangka hasil tani bernilai RM380 juta akan dipasarkan melalui pasar tani. Bagi tahun 2002, melalui Program Perisik Pasarannya, FAMA akan menyediakan perkhidmatan maklumat pasaran secara online dan meluas.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Hamzah menyarankan agar tiap­tiap syarikat dan golongan profesional yang terlibat dalam aktiviti pertanian diberi insentif. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk insentif kepada pelabur dan pengusaha termasuklah insentif untuk memasarkan produk pertanian ke luar negara yang dikenali sebagai potongan dua kali untuk promosi eksport, dengan izin, double deduction for promotion of exports.

Perbelanjaan-perbelanjaan yang layak untuk mendapat potongan dua kali ini termasuklah:

(ii) pengiklanan di luar negeri;

(iii) pembekalan sampel percuma ke luar negeri;

(iv) penyelidikan pasaran eksport;

(v) penyediaan tender untuk membekalkan barangan ke luar negeri;

(vi) penghantaran maklumat teknikal ke luar negeri;

(vii) barang-barang pameran dan penyertaan dalam pameran perdagangan atau perindustrian yang diadakan dalam negeri atau di luar negeri yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri;

(viii) tambang pe~alanan ke luar negeri bagi kakitangan syarikat atas urusan perniagaan;

(ix) perbelanjaan penginapan dan belanja sara hidup peniaga-peniaga Malaysia yang pergi ke luar negeri atas urusan perniagaan tertakluk kepada maksimum RM200 sehari ; dan

(x) kos penyelenggaraan pejabat jualan di luar negeri bagi mengga!akkan eksport.

Tuan Yang di-F'ertua, kerajaan telah menyediakan pelbagai bemuk insemif bagi menggalakkan pelabur swasta di dalam sektor pertanian. lnsentif-in'"<::1tif yang ditawarkan termasuklah insentif tambahan untuk projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan, taraf perintis, elaun cukai pelaburan, insentif untuk projek berteknologi tinggi, penyelidikan dan pembangunan, syarikat berskala kecil dan elaun pelaburan semula. lnsentif-insentif yang ditawarkan ini adalah tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi diberikan kepada semua pihak yang berminat untuk terlibat di dalam sektor pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Ghazi telah minta kementerian menyenaraikan ataupun mengwar-warkan kejayaan MARDI. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MARDI memang menitikberatkan usaha memperkenalkan teknologinya kepada golongan sasar. Di antara pelbagai program dan aktiviti promosi teknologi yang dijalankan oleh MARDI ialah:

(i) program promosi dan pengkomersialan teknologi ditubuhkan untuk tujuan mempromosi teknologi terkini MARDI di seluruh negara menerusi pelbagai saluran perhubungan industri seperti media cetak dan elektronik;

(ii) mengambil bahagian dalam pelbagai pameran seperti Hari Peladang, MAHA, Hari Makanan Sedunia dan lain-lain;

(iii) dengan mengadakan Hari Terbuka MARDI. Sebagai contoh, Hari Terbuka sempena 30 tahun penubuhan MARDI yang diadakan pada tahun ini selama 5 hari menerima lebih 1 0,000 pengunjung sehari.

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 49

(iv) pengisytiharan teknologi baru melibatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Menteri dilaporkan di akhbar perdana;

(v) MARDI juga mewartakan kejayaan menerusi Iaman web.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pempatenan harta intelek MARDI mula dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-7 setelah paten dikenal pasti sebagai penting bagi usaha mengeksploit teknologi janaan tempatan secara komersial.

Namun begitu, hanya teknologi yang mempunyai potensi komersial yang tinggi serta sesuai dieksploit oleh industri spesifik dan bukannya secara umum sahaja dipatenkan. Setakat ini MARDI mempunyai 5 teknologi yang dipohon perlindungan paten. Di samping itu, MARDI telah dianugerahkan satu paten dan satu reka bentuk industri.

Tuan Yang di-Pertua, Datuk Hajah Dayang Mahani mencadangkan Sabah dijadikan perintis bagi tapak projek bio-valley. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan memang ada perancangan berkenaan penubuhan bio-valley. Perancangan yang diselaraskan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar bertujuan memusatkan pembangunan industri bioteknologi menerusi penubuhan tiga institut nasional seperti berikut:

i) National Institute of Agri-Biotechnology

ii) National Institute of Genomics and Mellicular Biology

iii) National Institute of Pharmaceutical and Nutriciticals

Bio-valley ini akan dibina di e-village dalam kawasan MSC. Kini pembangunan bio-valley berada di peringkat awal perancangan terperinci. Berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat untuk menjadikan Sabah sebagai tapak bagi bio­valley, ia akan dipertimbangkan oleh Kerajaan Pusat.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat di atas penglibatan mereka dalam perbahasan. Di mana yang saya tidak dapat jawab, insya-AIIah kita akan mengambil tindakan. Pegawai-pegawai akan mengambil tindakan seterusnya. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Kementerian Penerangan untuk menjawab.

3.43 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan [Da! ... K Zainudin bin Maidin): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Tuan Abdillah bin Abdul Rahim dan Yang Berhormat Puan Jamilah binti Ibrahim yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Penerangan semasa membahaskan belanjawan ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Abdillah telah mencadangkan supaya rancangan agama yang disiarkan di RTM ditayangkan pada waktu yang lebih sesuai kerana waktu siaran sekarang merupakan waktu Maghrib bagi penduduk di Sarawak.

Untuk makluman Yang Berhormat, RTM menerima berbagai-bagai panqangan mengenai rancangan-rancangan yang disiarkan pada waktu Maghrib termasuk rancangan agama Islam kerana time zone, dengan izin, bagi waktu Maghrib adalah berbeza, khususnya untuk negeri Sabah dan Sarawak. RTM menerima baik pandangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dan akan mengkaji kesesuaiannya.

Yang Berhormat Tuan Abdillah juga mencadangkan supaya RTM lebih teliti dalam menapis filem-filem yang ditayangkan terutama filem-filem lnggeris kerana masih terdapat adegan-adegan yang tidak sesuai untuk ditonton bersama keluarga.

Untuk makluman Yang Berhormat, setiap filem yang ditayangkan oleh RTM telah diluluskan terlebih dahulu oleh Lembaga Penapis Filem di bawah Kementerian Dalam Negeri. Seterusnya sebuah jawatankuasa penapisan di RTM menapis lagi filem

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

50 DN.12.12.2001

ini berpandukan kepada kod etika kementerian sebelum tayangan. Filem-filem yang telah diluluskan ini oleh Lembaga Penapis Filem diklasifikasikan kepada kategori umum dan 18 tahun. Berpandukan kepada kategori filem-filem ini, terserah kepada kebijaksanaan penonton untuk membuat pilihan yang sesuai.

Mengenai cadangan Yang Berhormat Puan Jamilah supaya RTM mengurangkan rancangan berbentuk hiburan, Kementerian Penerangan memang sentiasa mengubah suai rancangan-rancangannya mengikut keadaan dan kesesuaian. Misalnya, pada malam menyambut Aidilfitri tahun ini, arahan telah dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri Penerangan supaya kesemua stesen televisyen mengurangkan siaran rancangan berbentuk hiburan dan membanyakkan takbir hari raya.

Sehubungan itu, TV1 RTM bagi pertama kalinya telah menyusun untuk rancangan khas bertajuk Gema Takbir yang akan disiarkan pada malam raya tahun ini mulai jam 9.30 malam hingga 2 pagi. lni berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya di mana pada malam raya kita menyiarkan rancangan hiburan dan sebagainya yang kita dapati tidak sesuai dan tidak banyak dapat ditonton oleh orang ramai. Kerana biasanya pada malam raya, suri-suri rumah sibuk dengan kerja-kerja lain dan anak-anak bermain di luar dan tidak ada orang yang menumpukan perhatian kepada tayangan hiburan dan sebagainya dan mereka lebih ingin untuk merasakan satu suasana hari raya pada malam itu.

Gema Takbir akan diisi dengan takbir dari beberapa masjid di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, soal jawab agama, ucapan-ucapan selamat hari raya dari pemimpin masyarakat dan juga daripada ibu-ibu tunggal dan juga balu-balu dan juga ucapan selamat hari raya dari pelajar-pelajar di luar negara.

Manakala TV2 turut memperbanyakkan takbir pada malam raya sejajar dengan arahan tersebut. Pendek kata RTM akan berperanan untuk mewujudkan suasana hari raya yang sesuai dengan semangat keislaman dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang toleran, progresif dan demokratik.

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh mengenai Kementerian Penerangan semasa r.1embahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2002. Jika ada mana-mana perkara yang dibangkitkan dan tidak dijawab di sini, segala pandangan dan teguran membina yang telah dikemukakan akan diberikan perhatian. Dan saya akhiri dengan mengucapkan selamat hari raya kepada saudara-saudara, kepada Ahli-ahli Dewan Nega::P yang beragama Islam dan selam&t bereuti selepas ini kepada yang bukan bsrclgar 1a Islam.

Tuan Yang di.Pertua: Saya minta Kementerian Kebudayaan, Ke.~>~Tlian dan Pelancongan menjawab.

3.47 ptg.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan [Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya bagi pihak Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdillah bin Abdul Rahim, Yang Berhormat Senator Puan Jamilah binti Ibrahim dan Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Dayang Mahani yang teiah bersama-sama membahaskan Belanjawan 2002 mengenai kementerian ini dan seterusnya memberikan pandangan dan cadangan yang amat berguna kepada usaha-usaha kerajaan untuk memartabatkan industri pelancongan negara.

Seperti yang pernah dimaklumkan, kita telah berjaya menarik seramai lebih 10.4 juta peiancong bagi tempoh Januari ke Disember 2001 berbanding dengan 7.3 juta orang pelancong bagi tempoh yang sama bagi tahun 2000 yang membawa masuk hasil dengan anggaran RM17.4 bilion yang merupakan pendapatan kedua terbesar kepada negara. Oleh itu tidak hairaniah industri pelancongan telah diberikan fokus yang besar dalam Belanjawan 2002 kerana peranan penting yang telah dimainkan oleh industri ini dalam ekonomi negara di masa-masa lalu dan juga diharap di masa yang akan datang.

Namun begitu, peristiwa serangan pengganas ke atas World Trade Center di New York dan Pentagon di Washington yang berlaku pada 11 September 2001 telah memberikan kesan yang buruk kepada industri pelancongan dunia termasuklah juga

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 51

Malaysia. Ekoran daripada peristiwa tersebut, banyak tempahan pakej pelancongan telah dibatalkan terutama dari pelancong-pelancong Amerika dan Europe. Jumlah keseluruhan kedatangan pelancong ke Malaysia telah menurun sebanyak 19.4% iaitu dari lebih kurang 1.1 juta orang pada Ogos 2001 kepada lebih kurang 927,000 orang pada September 2001 dan turun lagi kepada 562,000 sahaja pada Oktober 2001. Untuk mengatasi masalah ini, usaha sedang dibuat untuk mempertingkatkan promosi pelancongan di pasaran-pasaran baru seperti China, India, nmur Tengah dan juga Australia. Selain daripada itu kita juga sedang memperbanyakkan serta mempertingkatkan lagi produk-produk pelancongan di negara ini dan menggalakkan pelancongan domestik.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Abdillah bin Abdul Rahim pada 10 Disember 2001 telah membangkitkan sama ada kementerian bercadang untuk memberi insentif cukai kepada majikan ataupun individu yang memberi galakan melancong dalam negeri dan sama ada kementerian akan membina panggung seperti lstana Budaya di negeri Sarawak bagi memberi peluang kepada penggiat seni negeri Sarawak.

Kerajaan telah pun mencadangkan dua insentif cukai di dalam Belanjawan 2002 yang berkaitan dengan sektor pelancongan. Cadangan-cadangan ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk terus mencergaskan sektor pelancongan dan juga untuk menggalakkan pelancongan dalam negeri. Sehubungan ini kerajaan telah mencadangkan supaya insentif untuk membawa masuk pelancong asing dan insentif untuk menggalakkan pelancongan domestik dilanjutkan untuk lima tahun lagi iaitu dari tahun 2002 hingga 2006.

· Bagi insentif untuk membawa masuk pelancong asing, kerajaan telah pun memberi pengecualian cukai ke atas pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan mengendalikan dan membawa masuk sekurang-kurangnya 500 pelancong asing setahun melalui lawatan secara berkumpulan.

Bagi insentif untuk menggalakkan pelancongan domestik pula kerajaan telah memberi pengecualian cukai ke atas pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan pengendalian pakej pelancongan dalam negara dengan sekurang-kurangnya 1200 pelancong tempatan setahun.

lnsentif seterusnya yang dicadangkan untuk menggalakkan pelancong dalam negeri ialah untuk memberi pengecualian duti eksais ke atas pembelian kereta nasional bagi pengusaha-pengusaha kereta sewa. Cadangan ini adalah berkuat kuasa bagi permohonan yang diterima oleh Kementerian Kewangan mulai 20 Oktober 2001. Dengan cadangan ini adalah diharapkan agar kos menyewa ke1 ~la sewa kepada pelancong akan dikurangkan.

Kementerian ini juga belum lagi bercadang untuk membina panggung seperti lstana Budaya di Sarawak atau di mana-mana negeri lain. lni adalah kerana tumpuan yang sedang diberikan adalah untuk membina taman budaya di negeri-negeri yang boleh dimanfaatkan oleh penggiat-penggiat seni di negeri berkenaan untuk melaksanakan kegiatan seni masing-masing dari segi mendapatkan tempat ataupun kemudahan bagi membuat persembahan serta bantuan-bantuan lain. Buat masa ini sebanyak lima buah taman budaya telah dibangunkan iaitu di Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Pahang sementara dua buah sedang dibangunkan iaitu di Terengganu dan di Negeri Sembilan.

Yang Berhormat Senator Puan Jamilah binti Ibrahim pada 10 Disember 2001 dan Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Dayang Mahani telah meminta kementerian mengambil langkah agresif untuk menarik pelancong ekoran dari kesan 11 September 2001 serta bertanyakan, langkah dan strategi yang diambil oleh kementerian.

Untuk makluman, perkara ini telah saya hurai dengan panjang Iebar dan jawapan saya pada Pertanyaan Jawab Lisan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Poo Yew Choy dan telah dijawab pada 26 November 2001 serta jawapan saya kepada Yang Berhormat Senator Puan See Too Mee pada 11 Disember 2001. Yang Berhormat Senator Puan Jamilah binti Ibrahim pada 11 Disember 2001 juga telah meminta kementerian mempelbagaikan produk pelancongan tempatan seperti makanan dan kraf serta mempromosikan kehidupan di kampung-kampung dan pantai­pantai dengan menekankan kepada kebersihan untuk tarikan pelancongan.

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

52 DN.12.12.2001

Untuk makluman makanan dan kraf yang dihasilkan oleh pelbagai kaum di Malaysia adalah merupakan salah satu produk pelancongan yang dipromosikan oleh kementerian ini kepada pelancong melalui tema Malaysia Truly Asia yang memberikan fokus ke atas kebudayaan dan makanan Malaysia. lanya dilaksanakan dengan mengadakan pameran-pameran semasa mengadakan promosi galakan pelancongan di luar negeri atau dengan menganjurkan acara-acara di dalam negeri. Contohnya promosi makanan semasa Fiesta Makanan dan Buah-buahan yang dianjurkan sepanjang 1 Julai hingga 28 Julai 2001 dan promosi seni kraf semasa Bulan Kesenian Antarabangsa yang berlangsung pada bulan Oktober 2001.

Di sepanjang Fiesta Makanan dan Buah-buahan dan Bulan Kesenian Antarabangsa ini promosi makanan dan kraf diadakan melalui pameran-pameran di hotel-hotel, pusat membeli belah serta tempat-tempat tumpuan pelancong di peringkat kebangsaan di negeri-negeri.

Promosi kehidupan di kampung-kampung dan pantai-pantai sebagai tarikan pelancong adalah dilakukan melalui Program Homestay Kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak tahun 1995 oleh kementerian ini bersama-sama dengan Kementerian Luar Bandar dan juga Kementerian Pertanian di mana 30 buah kampung yang melibatkan 900 rumah di seluruh negara telah dibangunkan untuk program ini.

Program ini adalah merupakan salah satu aktiviti pembangunan pelancongan luar bandar di mana pelancong datang dan tinggal bersama keluarga angkat serta menghayati cara hidup dan sosial budaya penduduk desa yang menjadi tarikan utama kepada kedatangan mereka. Melalui kaedah ini pelancong dan keluarga tuan rumah serta penduduk tempatan dapat pengalaman baru di samping dapat membantu menambahkan pendapatan penduduk luar bandar. Di antara syarat untuk menyertai program ini termasuklah keadaan dan kedudukan rumah dan kampung yang strategi dan mempunyai kemudahan asas, rumah yang mempunyai lebihan bilik, kampung dan rumah yang bersih dan mempunyai lanskap yang cantik dan terurus serta mempunyai produk dan aktiviti ekonomi dan sosiobudaya yang boleh menjadi tarikan pelancong.

Dalam pembangunan program ini Kementerian Luar Bandar bekerjasama dalam membangunkan kemudahan-kemudahan asas berdasarkan kepada program pembangunan luar bandarnya, manakala Kementerian Pertanian pula terlibat dalam pembangunan agro-pelancongan yang merupakan aktiviti pelancongan untuk program homestay ini. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan melalui tourism Malaysia dan Persatuan Homestay Malaysia berperanan untuk mewujudkan kesedaran awam mengenai pernyertaan prograll' ini dan melaksanal<an promosi.

Di antara kampung homestay adalah Kampung Desa Murni di Temerloh, Kampung Ulu Chuchu di Sepang, Kampung Sri Tanjung di Masjid Tanah, :.iieiaka dan Kampung Telaga Air di Kuching, Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali ingin saya merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat dari Dewan yang mulia ini yang telah bersama-sama memberikan sumbangan yang positif dalam perbahasan yang berkaitan cara langsung atau tidak langsung dalam membangunkan industri pelancongan negara. Segala teguran, cadangan dan saranan yang dikemukakan itu akan kami usahakan untuk melaksanakan bagi memastikan industri pelancongan negara dapat tumbuh secara berterusan bagi tujuan menjadikan Malaysia sebuah negara pelancongan, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Kementerian Sumber Manusia akan menjawab.

4.00 ptg.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dr. Abdul Latiff bin Ahmad): Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah membangkitkan dan memberi saranan serta cadangan dalam membahaskan Belanjawan yang melibatkan Kementerian Sumber Manusia. Ada dua orang Yang Berhormat yang menyentuh tentang isu-isu dan permasalahan yang membabitkan pekerja di sektor perladangan, iaitu Yang Berhormat Senator Tuan K.R.A Naidu dan Yang Berhormat Tuan Haji Karim Ghani.

Penetapan kadar gaji dan elaun-elaun bagi insentif jadi perkara rundingan bersama pekerja-pekerja ladang yang menjadi ahli Persatuan Kebangsaan Pekerja-

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 53

Pekerja Ladang atau dengan izin, NUPW. Mereka menikmati kadar gaji dan lain-lain faedah mengikut perjanjian bersama di antara NUPW dan Malayan Agricultural Producers Association atau MAPA dengan izin, kedua-dua pihak ini dikehendaki mengadakan perjanjian bersama yang merangkumi segala syarat dan terma perkhidmatan termasuk kadar gaji dan lain-lain elaun.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini NUPW dan MAPA telah mencapai persetujuan melaksana pendapatan minimum sebanyak RM325 sebulan di samping elaun-elaun insentif yang lain untuk pekerja-pekerja yang beke~a di ladang-ladang kelapa sawit. Kedua-dua pihak ini masih dalam proses rundingan untuk menentukan kadar gaji bulanan bagi pekerja-pekerja yang bekerja di sektor ladang getah. Kementerian Sumber Manusia menggalakkan kedua-dua pihak ini mengadakan rundingan dan mencapai persetujuan supaya kebajikan pekerja-pekerja dan pembangunan industri perladangan dikekalkan.

Tuan Yang di-Pertua, peke~a-pekerja sektor perladangan di negara ini berkesatuan secara umumnya diliputi di bawah perjanjian kolektif di antara MAPA dan NUPW yang mewakili pihak pekerja. Kadar upah faedah kewangan dan bukan kewangan terma dan syarat pekerjaan serta sistem bayaran di sektor perladangan ditentukan melalui proses rundingan di antara kedua-dua belah pihak. Perjanjian yang telah ditandatangani mulai 1 Januari 1999 hingga 31 Disember tahun 2001 iaitu tempoh selama 3 tahun. Mahkamah Perusahaan telah pun memberi dengan izin recognition ke atas perjanjian tersebut di samping itu akta kerja 1955, memperuntukkan bahawa pekerja-pekerja ladang dikehendaki diberi gaji selama 24 hari dalam satu bulan walaupun mereka tidak dapat bekerja kerana hujan atau banjir ataupun bencana alam. Adanya peruntukan ini dengan sendirinya kebajikan dan penempatan kerja ladang terbela.

Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Buruh telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan pekerja-pekerja yang tinggal di ladang menikmati kualiti hidup yang sempurna. Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990, mewajibkan majikan ladang mengetepikan dan menyediakan tapak tanah seluas 250 meter persegi bagi setiap pekerja bagi tujuan penanaman atau ragut. Pekerja-pekerja ladang boleh menggunakan tanah tersebut untuk menanam atau memelihara binatang-binatang ternakan untuk menampung keperluan harian serta menambah pendapatan mereka.

Yang Berhormat Senator Dato Dr. Chin Fook Weng telah membangkitkan isu mengenai sektor perkilangan yang menggunakan jentera lama dan meminta kem:mterian sentiasa bekerja rapat dengan kilang supaya mereka d~· tantuan dan kem:.!diannya memodenkan kilang-kilang supaya tidak ketinggalal., di ~amping itu beliau telah membangkitkan isu mengenai tempat-tempat tertentu yang tidak membenarkan wanita bekerja waktu malam atau waktu tertentu.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menguatkuasakan Akta Kilang dan Jentera 1967 berfungsi untuk mengawal kilang berkaitan dengan keselamatan kesihatan dan kebajikan pekerja di kilang tersebut dan memastikan keselamatan jentera yang digunakan melalui proses pemeriksaan dan pendaftaran jentera. Berdasarkan perundangan pihak JKKP lebih menumpukan pada peranan memastikan jentera dalam keadaan selamat dan tidak menimbulkan kejadian yang tidak diingini kepada pekerja tidak kira sama ada jentera tersebut, jentera yang lama atau yang baru. Pemodenan dan peningkatan keupayaan kilang melalui penukaran jentera memerlukan pilihan pemunya kilang selalunya setelah mengambil kira beberapa faktor seperti peningkatan produktiviti efficiency, quality dan keuntungan syarikat. Dalam hal ini kementerian melalui JKKP boleh memberi bantuan dan pandangan berdasarkan skop perundangan yang dikuatkuasakan.

Tuan Yang di-Pertua, Seksyen 34, Akta Pekerja 1995 melarang seorang majikan dalam kegiatan perusahaan atau pertanian daripada mengehendaki peke~a wanita bekerja di antara jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi, larangan ini adalah bertujuan untuk melindungi kebajikan dan keselamatan pekerja wanita tersebut. Walau bagaimanapun jika majikan dalam kegiatan perusahaan atau pertanian ingin mendapat pengecualian daripada pemakaian larangan ini beliau boleh mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah Buruh dalam memberi kelulusan akan mengenakan beberapa syarat seperti keperluan majikan untuk memberi elaun syif yang

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

54 DN.12.12.2001

berpatutan, menyediakan kemudahan pengangkutan percuma pergi balik dan sebagainya. Bagi mengurangkan kerenah birokrasi kuasa Ketua Pengarah Buruh telah diperturunkan, dipermudahkan kepada pengarah-pengarah buruh setiap negeri dan dengan ini majikan boleh menghantar terus permohonan kepada pengarah buruh negeri masing-masing.

Dato' Yang di-Pertua sekali lagi saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih pada Ahli Yang Berhormat mana-mana yang tidak sempat kita jawab akan diambil tindakan. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, Dr. Latiff bin Ahmad Timbalan Menteri Sumber Manusia. Sekarang kita beralih kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan, dijemput Yang Berhormat Dato' M. Kayveas, Timbalan Menteri.

4.05 ptg.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk M. Kayveas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2002 mulai 6 Disember 2001 hingga 11 Disember 2001 di Dewan yang mulia ini yang menyentuh perkara-perkara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Chin Fook Weng, Yang Berhormat Senator Tuan Abdillah bin Abdul Rahim, Yang Berhormat Senator Puan See Too Mee dan Yang Berhormat Senator To' Puan Wan Asiah Ahmad.

lsu perumahan -

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat senator Dato' Dr. Chin Fook Weng ada membangkitkan mengenai cadangan supaya peruntukan bagi sektor perumahan di bawah Belanjawan tahun 2002 ini ditambah jumlahnya untuk menggiatkan penyertaan pihak swasta di dalam industri perumahan negara. Dengan adanya peruntukan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan maka pihak swasta juga akan dapat memainkan peranan mereka di dalam pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan dalam sektor perumahan. lni dapat dilihat dengan kelulusan projek-projek perumahan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan dan dalam Belanjawan tahun 2002 sejumlah RM943 juta telah diperuntukkan bagi menampung pelbagai projek perumahan kos rendah. Melalui peruntukan tersebut, ia adalah termasuk RM143 juta untuk meneruskan 124 projek perumahan awam kos rendah yang dibo~ri secara pin.iaman kepada Keraja~-. ;\i:lrajaan Negeri manakala RMBOO juta untuk meneruskan pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Bersepadu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di bandar-bar>1ar utama yang lain di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan See Too Mee juga telah mencadangkan supaya program perumahan yang dibangunkan untuk golongan berpendapatan rendah perlu menekankan aspek keperluan penyediaan infrastruktur dan aspek kerohanian. Mengenai perkara ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di dalam melaksanakan dasar perumahan kos rendah sentiasa memastikan rumah-rumah yang dibina dapat memenuhi keperluan penghuninya dalam aspek hubungannya dengan masyarakat, pencipta dan alam sekitar. Sehubungan itu aspek­aspek mengenai keluasan, reka bentuk dan kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan yang disediakan adalah menjurus ke arah pembentukan masyarakat yang berkualiti dan sejahtera. Kerajaan telah menyediakan dua jenis perumahan kos rendah iaitu perumahan awam kos rendah (PAKR) yang bertujuan untuk dijual dan program perumahan rakyat (PPR) yang bertujuan untuk disewakan.

Pihak kementerian telah mengenal pasti bahawa keluasan lantai minimum adalah 60 meter persegi bagi rumah teres dan 63 meter persegi bagi rumah pangsa kos rendah dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. Di samping itu kemudahan­kemudahan awam lain yang disediakan ialah seperti surau atau tempat ibadat, taman permainan kanak-kanak, kedai, bilik bacaan dan dewan serba guna.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan supaya syarat-syarat kelayakan bagi mendapatkan rumah kos rendah dan sederhana bagi wanita yang tidak berkahwin dan

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

DN 12.12.2001 55

ada tanggungan agar dikaji semula oleh pihak kementerian telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator To' Puan Wan Asiah Ahmad.

Pada masa ini pihak kementerian telah mengadakan sistem pendaftaran terbuka berkomputer bagi memastikan golongan berpendapatan rendah mampu dapat memilih atau menyewa rumah kos rendah. Buat masa sekarang, tldak ada golongan yang diberi keistimewaan dalam memiliki atau menyewa rumah kos rendah, ianya lebih berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam sistem pendaftaran terbuka berkomputer mengikut kesesuaian negeri-negeri.

Jsu Kerajaan Tempatan -

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Abdillah Abdul Rahim mengenai langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian di dalam menangani masalah penyalahgunaan cyber cafe sebagai tempat perjudian haram yang boleh menimbulkan masalah sosial khususnya di kalangan golongan remaja, inginlah dimaklumkan bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang ke atas pusat-pusat hiburan yang menjalankan aktiviti haram termasuk pusat cyber cafe. Selain daripada agensi PBT, pihak polis dan Kementerian Kewangan juga boleh mengambil tindakan ke atas premis yang menjalankan kegiatan-kegiatan pe~udian secara haram sebagai mana diperuntukkan di bawah Akta Rumah Judi 1953 iaitu Akta 289.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan untuk mempergiatkan aktiviti kitar semula dan mengadakan insentif bagi aktiviti tersebut telah diutarakan oleh Yang Berhormat Senator Puan See Too Mee. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam hal ini telah melancarkan kempen kitar semula di seluruh negara pada 2 Disember 2000 dan matlamat utama program berkenaan adalah untuk mengurangkan penjanaan sisa pepejal negara melalui amalan kitar semula. Usaha ini akan terus dipergiatkan oleh pihak kementerian di mana pada 11 November 2001 yang lalu kementerian ini telah melancarkan kempen kitar semula Fasa Kedua bagi mempertingkatkan lagi tahap kesedaran awam berhubung budaya kitar semula. Malah tarikh 1 September pada setiap tahun telah diumumkan sebagai Hari Kitar Semula peringkat kebangsaan oleh pihak kerajaan.

Mengenai dengan insentif-insentif serta kemudahan bagi mempergiatkan amalan kitar semula, pihak kerajaan telah mengenal pasti beberapa insentif yang boleh dilaksanak.cm iaitu;

(i) pemberian insentif kepada pengilang yang menygunakan barangan kitar semula sebagai sebahagian daripao~ bahan untuk menghasilkan produk mereka. Kadar insentif yang diberi perlu tertakluk kepada kadar peratusan penggunaan barangan kitar semula yang digunakan. Selain itu kualiti produk yang dihasilkan juga perlu diambil kira supaya kualitinya sekurang-kurangnya setara dengan produk yang sama yang tidak menggunakan barangan kitar semula dalam proses pembuatannya;

(ii) menyediakan mekanisme penetapan harga belian barangan kitar semula oleh pengilang atau pembeli barangan kitar semula supaya pengguna tetap ingin melaksanakan kitar semula walaupun pada masa kejatuhan harga barangan kitar semula mengikut pasaran seperti kertas;

(iii) kemudahan pusat pengumpulan didapati lebih berkesan untuk menggalakkan pengguna mengitar semula. Bantuan berbentuk kewangan, peralatan sewajamya diadakan untuk membantu pihak-pihak tertentu membina pusat pengumpulan mereka seperti kabin dan kontena untuk. simpanan barangan kitar semula;

(iv) pemberian insentif kepada pelabur yang menjalankan aktiviti berkaitan dengan kitar semula. Walau bagaimanapun, kadar pemberian insentif tersebut perlu

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

56 DN.12.12.2001

bersesuaian dengan sebanyak mana pelabur menjalankan aktiviti kitar semula; dan

(v) penyediaan peruntukan khas bagi projek penyelidikan dan pembangunan, dengan izin, research and development (R&D) berkenaan dengan kitar semula.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator yang sama juga telah membangkitkan berkenaan cadangan supaya pihak kerajaan mengatur strategi jangka panjang untuk menangani masalah pembuangan atau pencemaran sisa pepejal khususnya di kawasan bandar.

Sesungguhnya pihak kementerian sentiasa memberi perhatian yang serius dan sewajarnya berhubung masalah pembuangan sisa pepejal berkenaan. Pihak kementerian melalui Jabatan Kerajaan Tempatan kini sedang dalam perancangan untuk menghasilkan pelan strategik pengurusan sisa pepejal di mana sebahagian daripada pelan ini menggariskan strategi mekanisme dan perancangan untuk meminimumkan penghasilan sisa pepejal untuk tempoh jangka masa panjang.

Selain daripada Kempen Kitar Semula, pelupusan sisa pepejal incinerator juga merupakan salah satu kaedah yang dapat mengurangkan himpunan sisa pepejal di tapak-tapak pelupusan sehingga 90%. Memandangkan teknologi incinerator mampu mengurangkan sisa pepejal dengan jumlah yang besar, maka pihak kementerian ini telah merancang untuk memperluas penggunaan incineratordi negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan See Too Mee juga telah mencadangkan supaya penggunaan tenaga solar diadakan di rumah-rumah kediaman, lampu-lampu jalan dan bangunan-bangunan pejabat. Di dalam hal ini, undang-undang yang sedia ada tidak menghalang penggunaan tenaga solar di rumah-rumah, lampu­lampu jalan dan bangunan-bangunan. Demi menyahut kempen penjimatan tenaga oleh kerajaan, pihak kementerian bersedia memberi kerjasama untuk menggalakkan pemilik-pemilik rumah atau bangunan dan pihak berkuasa bagi lampu-lampu jalan menggunakan tenaga solar.

Di samping itu, pihak kementerian juga mengalu-alukan sebarano usaha untuk memajukan teknologi penggunaan tenaga solar. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga sedang di dalam proses untuk meminda Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dengan kerjasama Jabatan Bekalan Elektrik serta Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia bagi mensyaratkan penggunaan pemasangan elektrik yang energy efficient.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang sudi tewoat secara langsung di dalam memberikan pandangan dan cadangan berkaitan isu-isu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan tahun 2002 di Dewan yang mulia ini. Sesungguhnya pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, akan sentiasa diambil perhatian oleh pihak kementerian demi memberikan khidmat yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.

Saya, bagi pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih atas ucapan. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Datuk M. Kayveas yang telah menjawab bagi pihak Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sekarang kita berpindah ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Dengan ini, saya jemput Yang Berhormat Data' Haji Azmi Khalid, menteri sendiri hadir, akan menjawab. Jemput Yang Berhormat.

4.18 ptg.

Menteri Pembangunan Luar Bandar [Dato' Haji Azmi bin Khalid]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi perhatian dan membincangkan perkara-perkara berhubung isu-isu dan peranan kementerian ini bagi memajukan penduduk luar bandar

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

DN 12.12.2001 57

dan mengemukakan syor-syor yang dapat membantu kementerian ini dan juga penduduk luar bandar.

Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng telah membangkitkan isu-isu berkaitan dengan tumpuan yang diberi kepada penduduk luar bandar yang masih belum menikmati kemudahan bekalan air dan elektrik.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sememangnya sedar bahawa masih banyak perkampungan yang belum menikmati bekalan air bersih serta elektrik terutama di negeri Sabah dan Sarawak barbanding dengan negeri-negari di Samananjung. Olah itu, tumpuan palaksanaan projak-projak adalah kapada kadua-dua program tarsabut. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Rancangan Malaysia Kalapan dan tahun 2001, paruntukan yang disadiakan untuk dua projek ini ialah bakalan alaktrik luar bandar keseluruhannya ialah RM393.3 juta, bakalan air luar bandar kasaluruhannya ialah RM405.32 juta.

Yang Barhormat Dato' Dr. Chin Fook Wang juga mambangkitkan isu supaya samua kemantarian tarutama yang barkaitan dangan pambangunan luar bandar saparti Kamenterian Pembangunan Luar Bandar, Kemanterian Pertanian, Kamanterian Perusahaan Utama dan Kamanterian Tanah dan Pembangunan Koperasi, parlu bersama dalam usaha untuk mamajukan penduduk luar bandar. Panduduk luar bandar parlu digalakkan untuk mempalbagaikan komoditi dan tidak hanya bargantung kapada hasil utama separti tanaman getah dan kelapa sawit samata-mata yang banyak bargantung kapada harga pasaran dunia.

Untuk makluman Yang Barhormat, memang telah ada kerjasama di antara Kamenterian Pembangunan Luar Bandar, Kamenterian Perusahaan Utama, Kamenterian Pertanian dan Kamantarian Tanah dan Pembangunan Koparasi. Kaampat-empat kamanterian ini serta Kemantarian Kewangan marupakan anggota Mesyuarat Jawatankuasa Kabinat mangenai cara-cara maningkatkan pendapatan pakabun-pekebun kecil komoditi industri yang dipangerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Pardana Mentari. Bidang tugas panting jawatankuasa ini ialah manimbang langkah-langkah sagera yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan pendapatan pakabun-pekebun kacil getah dan kalapa sawit. Justeru itu, bidang tugas jawatankuasa ini juga telah diparluas kapada kapalbagaian produk salain dari sawit dan getah.

Di samping itu, satu pasukan petugas pambangunan luar bandar yang dipengerusikan oleh Yang Amat Barhormat Timbalan Perdana Mentari juga dianggotai oleh beberapa Yang Barh0rmat Manteri saparti Mantari Karja Raya, Manteri Pernbangunan Usahawan j;:,n lain-lain yang barparanan untuk onencari langkah marnparcepat pambangunan luar bandar.

Kemanterian ini juga mengadakan masyuarat-mesyuarat Exco luar bandar secara berjadual. Masyuarat ini bartujuan untuk membincangkan isu pambangunan luar bandar dan pertanian. Masyuarat ini dihadiri olah Ahli Majlis Masyuarat Karajaan Negeri, wakil-wakil daripada Kementerian Partanian dan wakil-wakil daripada Kamantarian Tanah dan Pembangunan Koperasi.

Yang Barhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng juga mangesyorkan supaya Kamenterian Pembangunan Luar Bandar perlu mamainkan peranan yang lebih panting dan berkesan bagi mengawasi panarima-penarima bantuan karajaan. Contohnya, Program Pambangunan PPRT perlu dibarikan kepada mareka yang banar-benar layak dan memenuhi syarat yang talah ditetapkan. Pagawai-pegawai yang terlibat dalam malaksanakan program ini kata baliau, juga parlu julur dan amanah dalam usaha untuk merealisasikan program ini. Pambangunan yang adil untuk panduduk luar bandar adalah penting bagi mengelakkan meraka daripada manjadi golongan pambangkang.

Untuk makluman Yang Barhormat, saya mangucapkan satinggi-tinggi terima kasih di atas nasihat Yang Barhormat tadi supaya kemanterian ini mamainkan peranan yang lebih berkesan bagi mangawasi penerima-penarima bantuan karajaan dalam memastikan PPRT diberikan kepada mareka yang benar-benar layak dan mamanuhi syarat yang telah ditetapkan. Kemanterian ini sememangnya berusaha sedaya upaya untuk memastikan perkara ini berlaku. Antara langkah-langkah yang talah diambil ialah mewajibkan peranan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) iaitu institusi yang paling hampir dengan kumpulan sasar dalam pendaftaran rakyat termiskin. Pegawai-pegawai yang melaksanakan program, dibekalkan dengan

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

58 DN.12.12.2001

panduan-panduan yang mencukupi bagi melaksanakan program sebagaimana yang diiktiraf oleh kajian pihak Audit.

Selain itu kementerian ini akan mempertingkatkan usaha-usaha pemantauan melalui penubuhan satu bahagian baru iaitu Sahagian Pemantauan, kerana aspek ini telah dikenal pasti agak lemah pada masa-masa yang lampau.

Yang Berhormat Datuk Haji Karim Ghani telah membangkitkan isu berkenaan dengan bagaimana penduduk luar bandar yang hanya bergantung kepada pendapatan menorah getah dan kelapa sawit boleh keluar daripada garis kemiskinan. Penduduk luar bandar terutama yang bergantung kepada getah dan sawit perlu meningkatkan pendapatan mereka melalui kepelbagaian aktiviti ekonomi.

Sehubungan dengan itu kerajaan menggalakkan aktiviti pertanian dibuat secara berskala besar dan berintegrasi. Kerajaan juga telah menyediakan Skim Bantuan Pelbagaian Pertanian Luar Bandar bagi pekebun-pekebun kecil getah dan kelapa sawit yang tanahnya 4 hektar ke bawah untuk diberikan bantuan secara percuma sebanyak RM1 0,000 kepada setiap pekebun seperti yang disebutkan sebentar tadi.

Yang Berhormat Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae telah menimbulkan isu berkenaan bagaimana cara untuk mengubah mentaliti sesetengah penduduk yang mengambil kesempatan dengan mengisytiharkan mereka sebagai orang miskin semata-mata bagi menyertai Program Pembangunan Rakyat Termiskin. JKKK dan ketua kampung perlu mengenal pasti penduduk-penduduk kampung yang benar-benar miskin dan memertukan bantuan.

Untuk makluman Yang Berhormat, memang disedari terdapat sesetengah penduduk yang mengambil kesempatan dengan mengisytiharkan diri mereka sebagai orang miskin semata-mata bagi menyertai PPRT. Bagi mengubah mentaliti ini bukan mudah kerana ia berkait rapat dengan soal sikap dan keimanan seseorang. Mentaliti itu juga mungkin didorong oleh sikap Kerajaan Barisan Nasional yang telah mengambil berat untuk membantu rakyat terutama yang miskin - lni silap tulis ini.

Mentaliti ini mungkin juga didorong oleh kerana kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini bagi membantu rakyat-rakyat yang termiskin, maka ada sesetengah mereka menginginkan bantuan ini supaya mereka juga dapat diberi bantuan. Walau bagaimanapun dengan penglibatan aktif JKKK dan wakil-wakil rakyat dalam mengenal pasti dan pendaftaran rakyat termiskin dl kawasan masing-masing, masalah pendaftaran orang-orang yan~1 tidak layak dih,.~ ... ~ dapat dikurangkan.

Yang Berhormat Puan Jamilah binti Ibrahim membangkitkan 1SU supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam melakukan penyelewengan RM36.5 juta peruntukan PPRT. Laporan siasatan hendaklah dikemukakan kepada masyarakat umum untuk dijadikan iktibar. Bagi menjawabnya saya ingin maklumkan bahawa oleh kerana perkara ini masih dalam siasatan polis maka tidak wajarlah kita berbincang di khalayak ramai.

Yang Berhormat Datuk Christina Tibok Vanhouten membangkitkan isu memohon Kementerian Pembangunan Luar Bandar memperkenalkan konsep agensi seperti DARA, KEJORA dan LKWJ yang dilaksanakan di Semenanjung untuk dilaksanakan di kawasan-kawasan luar bandar di Sabah.

Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Rancangan Malaysia Kelapan, salah satu strategi penting pembangunan wilayah ialah mempercepatkan pembangunan kawasan-kawasan mundur atau kurang maju melalui pembangunan wilayah secara bersepadu atau perancangan wilayah kecil atau sub-regional planning.

Konsep penubuhan ini adalah merupakan perancangan pembangunan dan pelaksanaan untuk satu-satu kawasan tertentu, misalnya satu daerah atau beberapa daerah mungkin melibatkan lebih daripada satu negeri ataupun sebahagian daripada satu daerah yang mana ianya berbentuk pembangunan yang komprehensif yang merangkumi aspek-aspek ekonomi fizikal dan juga kemanusiaan. Melalui konsep ini pada kebiasaannya satu kajian yang komprehensif dijalankan dan kemudiannya menghasilkan pelan pembangunan bagi satu-satu kawasan yang ditetapkan. Dalam usaha ini perlu dilantik sebuah syarikat konsultan untuk menjalankan kajian.

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 59

Yang Berhormat Datuk Christina Tibok Vanhouten juga menyarankan supaya Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengadakan pelan tindakan yang teratur supaya peruntukan projek jalan luar bandar, projek jalan kampung, projek elektrik luar bandar dan bekalan air luar bandar di Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan segera dan tidak perlu menunggu hujung tahun.

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini sememangnya telah pun merancang pelan tindakan yang teratur bagi melaksanakan projek-projek di atas, khasnya di Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun bagi tahun 2001 adalah tahun pertama bagi Rancangan Malaysia Ke Lapan maka berlaku sedikit kelewatan dalam pelaksanaan projek kerana sebelum projek dapat dimulakan ianya melibatkan urusan mendapatkan kelulusan di pelbagai peringkat dan agensi. Adalah dijangka masalah­masalah yang berbangkit dapat diatasi pada tahun 2002, dan seterusnya pelaksanaan projek dapat dimulakan lebih awal.

Yang Berhormat Datuk Christina Tibok Vanhouten juga mengesyorkan supaya kementerian ini yang masih jauh ketinggalan supaya masyarakat luar bandar dapat menggunakan komputer dengan kemudahan IT seperti internet- lni salah juga.

Saya rasa yang disebut oleh Yang Berhormat Datuk Christina Tibok Vanhouten tadi ialah supaya kementerian saya memberi tekanan kepada penggunaan komputer kepada masyarakat luar bandar.

Bagi menjawabnya, kementerian menyedari bahawa perkembangan IT atau ICT yang sangat pesat merupakan satu cabaran besar yang perlu ditangani bagi memastikan masyarakat luar bandar, lebih-lebih lagi yang daif dan terpencil tidak ketinggalan daripada arus perdana pembangunan negara. Oleh kerana itu di peringkat kementerian telah diwujudkan beberapa program teknologi komunikasi dan maklumat melalui program-program lnfodesa dan program-program Web lnfodesa. Program ini bertujuan bagi menggalak dan membudayakan teknologi komunikasi dan maklumat di kalangan masyarakat desa, dan dengan itu diharap akan dapat mengurangkan jurang digital antara masyarakat bandar dan desa.

Yang Berhormat Datuk Christina Tibok Vanhouten juga telah meminta supaya kerajaan membuat bancian semula ke atas pendapatan isi rumah rakyat termiskin, terutamanya terhadap kumpulan-kumpulan etnik di Sabah yang berada dalam tahap kemiskinan yang tinggi dalam usaha meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar. Yang Berhormat juga turut meminta supaya strategi pelaksanaan diperbaiki dan benar-benar sampai kepada kumpulan sasar yang difokuskan.

Untuk makluman Yang Berhormat, saya maklumkan ba"""'';;. pendaftaran terbuka dibuat dan boleh Yang Serhormat sendiri membantu 6angan membawa sesiapa sahaja yang dianggapkan wajar diletakkan di bawah senl'\rai kemiskinan. Selain dari itu kerajaan sentiasa memberi tumpuan terhadap memperbaiki sistem penyampaian kepada mereka yang termiskin. Bancian pendapatan isi rumah adalah dikendalikan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Pada masa ini EPU sedang melaksanakan bancian pendapatan bagi kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak.

Yang Berhormat Toh Puan Wan Seri Wan Asiah bin Ahmad telah meminta supaya dipastikan bancian yang lebih cermat dan terperinci dibuat bagi memastikan peserta yang terpilih adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar berkelayakan. Dalam pada itu kerajaan wajar memastikan agihan bantuan dibuat tepat kepada kumpulan sasar dan sama rata.

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sememangnya menyedari pentingnya daftar ketua isi rumah dan profil keluarga termiskin dikemaskinikan bagi membolehkan kumpulan sasar dikenal pasti dengan tepat dalam melaksanakan program-program pengurangan kemiskinan di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. lni dapat membantu agihan bantuan disalurkan dengan teratur dan tepat pada kumpulan sasar.

Yang Berhormat Puan Chia Chui Ket Melanie meminta supaya kerajaan menambah bilangan prasekolah tabika dan taska terutama di kawasan-kawasan luar bandar pedalaman Sabah dan Sarawak. Untuk menjawabnya, kementerian memang memberikan fokus utama menambah bilangan prasekolah di luar bandar berbanding dengan bandar.

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

60 DN.12.12.2001

Sebagai bandingan, daripada jumlah 7,997 buah tadika dan 135 buah taska di seluruh negara didapati 5,946 buah adalah terletak di kawasan luar bandar.

Sekianlah sahaja jawapan saya terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan. Bagi isu-isu lain yang disentuh oleh Yang Berhormat tetapi tidak sempat dijawab di sini kementerian saya akan mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Dato' Dato' Haji Azmi bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar telah yang menjawab perkara­perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Sekarang kita berpindah ke Kementerian Pendidikan. Dengan ini saya menjemput Yang Berhormat Dato' Aziz Shamsuddin, Timbalan Menteri Pendidikan yang kita tahu .....

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Tuan Wong Kam Hoong]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian saya bertukar giliran dengan Kementerian Pertanian. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Timbalan Yang di-Pertua: Nombor berapa?

Tuan Wong Kam Hoong: Nombor 11 bertukar dengan Nombor 22.

Timbala.n Yang di-Pertua: Jadi Yang Berhormat Dato' Aziz Shamsuddin kita minta maaf dahulu nampaknya kita beri laluan dia suka dengan suka. Jadi dengan ini saya menjemput Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menjawab. Jemput Yang Berhormat.

Tuan Wong Kam Hoong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan minta maaflah kepada Timbalan Menteri dari Kementerian Pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Rang undang-undang Perbekalan 2002 terutama kepada Yang Berhormat Puan Hajah Jamilah Ibrahim, Yang Berhormat Puan See Too Mee dan Yang Berhormat To' Puan Wan Seri @ Wan Asiah Ahmad kerana telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan bidang tugas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Tu~.:n Y.mg di-Pertua, rnengenai perkara-perkara yang l'libangkitkat. oleh Yang Berhormat Puan Jamilah Ibrahim berhubung kempen bijak berbelanja. Sttka saya memaklumkan bahawa kementerian saya dari semasa ke semasa rnenganjurkan seminar-seminar pendidikan dan kesedaran pengguna, di mana pelbagai panduan, nasihat dan tanggungjawab sebagai pengguna semasa berbelanja ditekankan.

Program ini yang sentiasa dilaksanakan bukan sahaja menyentuh mengenai pembelian barangan secara bijak malah meliputi aspek-aspek perundangan yang berkaitan dengan kepenggunaan. Selain itu beberapa ceramah, seminar dan sesi pendidikan khusus untuk kaum wanita telah diadakan oleh kementerian saya dengan kerjasama institusi dan pertubuhan wanita seperti 'National Council Of Woman's Organization' iaitu NCWO, biro pengguna wanita, NGO, PUSPANITA, Jururawat dan sebagainya.

Kementerian saya juga menyediakan risalah-risalah kepenggunaan untuk diedarkan kepada orang ramai di samping itu kementerian saya mengalu-alukan usaha dan kerjasama semua pihak dan bersedia bekerjasama untuk mendidik pengguna terutamanya kaum wanita supaya menjadi pengguna yang lebih bijak.

Dalam hubungan ini kementerian saya telah menganjurkan program-program 'hands on' untuk kaum wanita di mana mereka diberi panduan-panduan tertentu seperti cara untuk menilai kesegaran dan kualiti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan sebagainya.

Program ini akan diperluaskan ke seluruh negara. Kementerian saya akan meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dan juga dengan institusi atau badan-badan lain yang berminat.

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 61

Berhubung perwujudan kod etika pengiklanan, suka saya memaklumkan bahawa ia sememangnya sedang disediakan di mana kod ini menekankan aspek kawal selia kendiri. laitu 'self regulator' di kalangan peniaga dan pembekal. Dengan ini adalah diharap akan timbul perlindungan kendiri di kalangan pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu kesan kenaikan harga petrol yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan See Too Mee pula, suka saya memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan adalah prihatin bagi memastikan harga barangan sentiasa berada pada paras yang stabil dan berpatutan.

Sehubungan itu apabila harga bahan petrol dinaikkan sebanyak 10 sen seliter, kementerian saya telah mengambil langkah-langkah bersesuaian seperti mempertingkatkan pemantauan, pemeriksaan dan mengadakan perbincangan dengan pengeluar dan pengimport barangan keperluan harian bagi mendapatkan komitmen mereka untuk tidak menaikkan harga barang masing-masing.

Sekiranya kenaikan harga tidak dapat dielakkan ianya hendaklah di paras yang minimum dan hanya untuk menampung peningkatan kos sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, khusus bagi bulan puasa ini dan musim perayaan yang akan menjelang tidak lama lagi, kementerian saya mempunyai beberapa pendekatan bagi memastikan bekalan barang-barang keperluan mencukupi di pasaran dan boleh diperolehi dengan harga yang berpatutan.

Dari segi bekalan, 25 jenis barangan telah diwartakan sebagai barang kawalan musim perayaan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi tempoh 15 Oktober 2001 hingga 15 Jun 2002.

Pengisytiharan 25 jenis barang kawalan tersebut adalah sebagai tambahan kepada 21 jenis barangan kawalan yang dikawal sepanjang masa. Dari segi kawalan harga pula, kementerian saya akan melaksanakan kawalan harga ke atas 11 barangan terpilih untuk Hari Raya Aidilfitri dan 9 barangan terpilih untuk Tahun Baru Cina di bawah Akta Kawalan Harga 1946.

Langkah ini yang pertama kali dilaksanakan pada tahun 2000 telah menunjukkan keberkesanan dalam kawalan harga pada musim perayaan. Kementerian saya mengalu-alukan kerjasama pengguna untuk membuat aduan ataupun menyampaikan apa-apa juga maklumat berhubungan amalan-amalan perdagangan yang tidak beretika.

Kementerian berharap wanita sebagai pemantau harga sukarela kerajaan yang dilancarkan baru··baru ini akan membantu kerajaan dalam aktiv'": ,:.o::mantauan ini. Di samping ini kementerian saya telah menyediakan berbagai saluran untuk pengguna membuat aduan termasuk melalui talian hotline iaitu bebas tol atau 't-;1! free line' yang bernombor 1800-886-800.

Berhubung perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat To' Puan Seri Wan Asiah Ahmad, sukacita saya memaklumkan bahawa pemeriksaan tarikh luput penggunaan barangan di pasar raya serta memastikan barangan yang dijual di pasar lambak terutamanya barangan kawalan adalah memuaskan dari segi harganya adalah turut diperiksa oleh pegawai-pegawai kementerian semasa operasi penguatkuasaan.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Belanjawan Negara 2002 dan memberi pandangan serta cadangan ke atas perkara-perkara di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Bagi perkara-perkara yang secara tidak sengaja tidak diberikan jawapan sewajamya di Dewan yang mulia ini, sukacita saya memaklumkan bahawa perkara­perkara yang berkaitan itu akan diambil perhatian oleh kementerian ini.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang kita kepada Kementerian Pendidikan, dengan ini segala hormatnya dijemput Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz bin Shamsuddin untuk menjawab.

4.46 ptg.

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

62 DN.12.12.2001

Timbalan Menteri Pendidikan [Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2002 khususnya yang menyentuh perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan.

Dalam waktu yang terhad ini saya akan menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan dengan memberi fokus kepada kes-kes spesifik.

Tuan Yang di-Pertua, isu-isu profesion perguruan. Terima kasih diucapkan kepada beberapa Ahli Yang Berhormat yang prihatin terhadap usaha kerajaan memartabatkan profesion perguruan.

Mengenai cadangan Yang Berhormat Dato' Dr. T. Marimuthu agar kerajaan memberi insentif kepada Guru-guru Bahasa lnggeris, Kementerian Pendidikan telah pun mengemukakan cadangan untuk memberi elaun kritikal kepada Guru-guru Bahasa lnggeris dan perkara ini masih dalam pertimbangan agensi Pusat.

Berhubung dengan cadangan supaya kementerian menyambung khidmat Guru Bahasa lnggeris secara kontrak, kementerian meneruskan usaha melantik guru bersara dalam pelajaran Bahasa lnggeris, juga dalam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, bahkan mata pelajaran kritikal yang lain termasuk Matematik dan Sains juga diambil kira.

Dalam masa yang sama, mengikut hasil dari laporan jawatankuasa khas mengkaji strategi meningkatkan prestasi Bahasa lnggeris di kalangan pelajar-pelajar sekolah, kekurangan Guru Bahasa lnggeris sedang ditangani dengan melaksanakan pelbagai program termasuk program berkembar dengan beberapa universiti di Australia, New Zealand dan United Kingdom selain universiti-universiti tempatan mulai Mac 2002.

Ahli Yang Berhormat juga telah mencadangkan elaun, dengan izin, hardship untuk guru-guru yang bertugas di luar bandar. Dalam hubungan ini, Kementerian Pendidikan telah memberikan bayaran insentif pedalaman mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil .. 5/2000, guru yang berkelayakan menerima bayaran 10% daripada gaji bulanan. Antara kriteria yang dipertimbangkan ialah lokasi sekolah yang mengalami kekurangan kemudahan asas dan kemudahan awam.

Kriteria untuk menentukan sesuatu kawasan itu dianggap 1)edalam;•,.. Jdalah men9ikut keperiha1an negeri masing-masing. Antaranya ial&h kem!Jdahan asas tidak sempurna seperti bekalan elektrik dan juga tidak sempurna dalam hal-hal lain termasuk pengangkutan awam, telefon awam dan kemudahan perubatan.

Yang Berhormat To' Puan Wan Seri Asiah Ahmad telah membangkitkan jumlah pegawai nazir. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini terdapat 316 orang pegawai nazir di seluruh negara. Bilangan nazir adalah berdasarkan bilangan sekolah dan guru, sepatutnya seorang pegawai nazir mengawasi 360 orang guru tetapi dengan jumlah yang ada pada masa ini, seorang nazir terpaksa mengawasi 800 orang guru. Pada masa ini juga di negeri-negeri yang kecil, seorang nazir mengawasi 50 buah sekolah dan di Sabah dan di Sarawak, seorang nazir bagi 30 buah sekolah.

Kementerian Pendidikan mempunyai cadangan dan sasaran agar seorang nazir mengawasi 30 buah sekolah sahaja. lsu berhubung penglibatan guru-guru dalam kelas tuisyen sehingga menjejaskan tanggungjawab mereka di sekolah telah disentuh oleh Yang Berhormat Tuan Abdillah bin Abdul Rahim. Untuk makluman sidang Ahli Yang Berhormat sekalian, pusat tuisyen adalah institusi pendidikan dan perlu berdaftar di bawah Seksyen 79(1) Akta Pendidikan 1996.

Kementerian Pendidikan mempunyai kuasa untuk memantau pusat-pusat tuisyen dan guru yang mengajar juga perlu mendapat permit mengajar dan berdaftar mengikut peruntukan Seksyen 103(1) Akta Pendidikan 1996. Mudah-mudahan guru­guru tuisyen yang berkenaan tidak mengabaikan tugas asalnya.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

DN 12.12.2001 63

Yang Berhormat Puan Chew Poh Thai telah menggesa agar Kementerian Pendidikan tidak memihak kepada guru yang terlibat dalam kes salah laku termasuk kes seksual.

Dalam hubungan ini, pihak kementerian sama sekali tidak akan melindungi guru-guru yang terlibat, sekiranya terdapat bukti-bukti yang kukuh mereka melakukan kesalahan. Dari tahun 1995 hingga tahun ini 2001, seramai 41 orang guru telah diambil tindakan dan di antara tindakan yang diambil ialah memberi amaran, ditahan kerja, diturunkan gaji, diturunkan pangkat dan ditamatkan perkhidmatan. Jumlah ini adalah amat kecil jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan bilangan guru di seluruh negara.

Mengenai isu guru di Terengganu yang dituduh menyediakan soalan yang mengandungi unsur-unsur menentang kerajaan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Jamilah binti Ibrahim, perkara tersebut telah diselesaikan di mahkamah.

Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat, berhubung bilangan guru lulusan Pengajian Jarak Jauh (PJJ), yang ditawarkan DG3, sukacita dimaklumkan semua guru PJJ bagi lepasan tahun 2000 dan sebelumnya yang telah diperakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah ditawarkan penempatan mulai 1 Januari 2002 dan jumlah mereka seramai 3,528 orang. Mereka akan ditempatkan di sekolah-sekolah menengah di negeri guru-guru itu sedang berkhidmat.

Mengenai jawatan Guru Kaunseling yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Puan Jaya Partiban di sekolah menengah, setiap 500 orang pelajar diwujudkan jawatan seorang Guru Kaunseling sepenuh masa. Bagi sekolah yang mempunyai pelajar melebihi 1 ,000 orang akan diperuntukkan dua orang Guru Kaunseling. Sukacita dimaklumkan ini akan mula dilaksanakan pada tahun 2002.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada isu-isu pendidikan tinggi. Sebagaimana yang disarankan oleh Yang Berhormat Data' Dr. T. Marimuthu, pelaksanaan sistem meritokrasi untuk memasuki ke IPTA akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai sesi 2002/2003. Setelah mengambil kira beberapa aspek termasuk pandangan masyarakat umum, pendidik dan juga IPTA, kementerian telah memutuskan supaya kaedah penyediaan merit untuk lepasan SPM dan STPM bagi kemasukan ke IPTA sesi akademik 2002/2003 diubah suai d&ngan menggunakan pencapaian akademik sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, markah kokurikulum masih relevan kerana akan digunakan sebagai penentu jika terdapat dua eaton atau lebih pemohon yang mempunyai kedudukan merit yang sama berdasarkan pencapaif'ln ar:t:.:rnik. Langkah ini akan dapat mer ·ingkatkan kua~iti pelajar yang dihasilkan seb;~yaimana olsarankan oleh Yang Berhormat Tan Sri Data' Seri (Dr.) Abdullah Ayob.

Mengenai saranan Yang Berhormat Puan Hajah Jamllah binti Ibrahim, agar IPTA melaksanakan kokurikulum yang membolehkan pelajar dapat bekerja sendiri, sebenarnya kementerian telah mengambil langkah dengan meminta semua IPTA memasukkan elemen-elemen keusahawanan dan ICT dalam setiap program yang ditawarkan. Ia meliputi juga bidang-bidang sains sosial dan kemanusiaan.

Kementerian ini juga amat bersetuju dengan saranan Yang Berhormat Datuk Nor Azah binti Awin agar pendidikan virtual, dengan izin, e-leaming ditingkatkan sesuai dengan perkembangan ICT. Dalam perkara ini, kementerian telah meminta supaya semua IPTA menggerakkan dan meluaskan usaha ini bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat dan menambahkan peluang rakyat mendalami ilmu tanpa hadir di bilik kuliah. Kesungguhan kementerian dapat diperlihatkan dengan tertubuhnya Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM).

Yang Berhormat Datuk Ghazi Haji Ramli telah menimbulkan mengenai bidang pertanian yang semakin kurang diminati oleh pelajar IPT. Dalam hal ini Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mempunyai kepakaran dalam bidang pertanian sedang melihat kembali matlamatnya dan berusaha memberi penekanan dalam bidang tersebut.

Bidang pekerjaan ini juga diperluas meliputi aspek-aspek perikanan, perhutanan dan makanan. Selain itu Kampus UPM Cawangan Bintulu juga telah digerakkan semula dengan membuat pengkhususan bidang-bidang tersebut.

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

64 DN.12.12.2001

Mengenai ketidakseimbangan jawatan kakitangan akademik di IPTA yang juga ditimbulkan oleh Yang Berhormat Dato' Dr. T. Marimuthu, kita sedia maklum bahawa pihak IPTA menghadapi persaingan yang competitive dengan pihak swasta.

Memandangkan kriteria pemilihan adalah berasaskan kecemerlangan akademik maka persaingan untuk mendapat calon yang terbaik sebagai tenaga pengajar adalah sangat sengit. Tambahan pula tempoh untuk melatih mereka itu untuk mendapat ijazah lanjutan sehingga peringkat Ph.D. memakan masa yang agak panjang.

lsu mengenai politik kampus telah disentuh oleh Yang Berhormat Senator Tuan Abdillah bin Abdul Rahim, Yang Berhormat Senator Datuk Ghazi Haji Ramli, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Jamilah binti Ibrahim, kementerian ini memang bersetuju dengan Yang Berhormat Senator Tuan Abdillah, Yang Berhormat Senator Datuk Ghazi bahawa pelajar perlu diberi peluang untuk menyuarakan pendapat. Apa yang tidak dibenarkan ialah penglibatan mereka ke dalam politik partisan dan menjalankan aktiviti-aktiviti politik yang menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran.

Sebagai bakal pemimpin pelajar sentiasa digalakkan menjalankan aktiviti­aktiviti keilmuan yang dapat menjana keintelektualan sebagai pelajar di institusi pengajian tinggi. Sebagaimana yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Ghazi, Sahagian Hal Ehwal Pelajar IPTA memang berperanan penting untuk membantu aktiviti pelajar. Contohnya pilihan raya kampus untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar yang diselaraskan, adalah bukti bahawa proses demokrasi tetap berlangsung di IPTA.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Chin Fook Weng telah memfokuskan kepada isu-isu pendidikan swasta. Beliau telah menggesa agar kerajaan dapat memberikan bantuan sewajamya kepada I PTS termasuk bantuan peruntukan, kemudahan visa untuk pelajar asing, memudahkan proses kelulusan, kursus di IPTS dan juga lebihan tempat atau over capacity di IPTS. Oleh itu tidak wajar katanya, kerajaan membuka institusi-institusi baru seperti Kolej Komuniti. lni akan diterangkan nanti.

Katanya dalam usaha menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan, kerajaan sememangnya menghargai sumbangan IPTS dalam menyeciiakan tempat kepada pelajar sebagai sokongan kepada IPTA dalam menyediakan lebih banyak peluang di peringkat pengajian tinggi bukan sahaja untuk pelajar tempatan tetapi juga pelajar dari luar negara seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Dayang Mahan: binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae dan Yang Berhormat Senator Datuk Nor Azah binti Awin.

Sehubungan itu dalam Belanjawan 2002, kerajaan telah me~""mumkan beberapa insentif untuk perkembangan IPTS serta mengurangkan kos dalam usaha menyediakan kemudahan pendidikan. Di antaranya, semua IPTS dan institusi bahasa swasta diberi pengecualian duti import, duti eksais dan cukai jualan di atas peralatan pembelajaran termasuk kelengkapan makmal, bengkel, studio dan makmal bahasa. Selain itu royalti yang diterima oleh bukan pemastautin dari IPTS bagi skim pendidikan francais diberi pengecualian cukai pendapatan.

Pada masa yang sama kerajaan juga sedang dalam proses mewartakan insentif potongan dua kali - double deduction incentive ke atas pembelajaran yang dibuat oleh IPTS semasa mengikuti promosi pendidikan di luar negara. Oleh yang demikian tidak sepatutnya timbul isu IPTS tidak boleh menawarkan program atau kursus-kursus kejuruteraan sebagaimana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Yew Teong Look .

Menyentuh mengenai promosi pendidikan bagi menarik pelajar luar negara khususnya dari Timur Tengah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Nor Azah binti Awin, kementerian sedang berusaha mengadakan memorandum persefahaman dengan beberapa negara Arab yang belum mempunyai MoU dengan kita termasuk Arab Saudi. Kementerian telah mengadakan pameran promosi pendidikan di Dubai tahun lalu dan sedang merancang mengadakan pameran yang sama di Arab Saudi dalam masa yang terdekat.

Mengenai masa yang agak panjang untuk diambil meluluskan sesuatu permohonan untuk mengendalikan sesuatu kursus pengajian, ini sukar dielakkan,

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 65

kerana perlu melalui beberapa proses untuk memastikan kursus pengajian yang akan ditawarkan berkualiti dan IPTS berkenaan mempunyai prasarana yang mencukupi.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Tuan Abdillah bin Abdul Rahim yang membangkitkan perkara yang sama, pengesahan dari beberapa pihak perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum surat kelulusan dikeluarkan. Antaranya pengesahan dari Lembaga Akreditasi Negara atau LAN yang bertanggungjawab menyemak dan menilai dokumen khusus pengajian yang memakan masa sekurang-kurangnya enam bulan.

Bagi kursus-kursus profesional, pengesahan dari badan-badan profesional diperlukan terlebih dahulu. Apabila sesuatu kandungan kursus itu dianggap sesuai, lawatan ke premis perlu dilakukan untuk memastikan kemudahan yang diperlukan untuk pengajaran mata pelajaran tersebut boleh disediakan oleh pihak IPTS berkenaan. Di antaranya ialah dari segi pengurusan, jumlah tenaga pengajar yang berkelayakan dan mencukupi.

Mengenai penubuhan Kolej Komuniti, ini adalah berbeza sama sekali dengan konsep penubuhan dengan IPTS. Berbanding dengan IPTS yang bertumpu di kawasan bandar-bandar besar, khususnya di Lembah Klang, Kolej Komuniti akan didirikan di kawasan-kawasan yang belum mempunyai institusi latihan dan kemahiran dan konsep penubuhannya bersesuaian dengan aktiviti ekonomi setempat. Kolej Komuniti mempunyai objektif menyediakan laluan alternatif kepada pelajar-pelajar lepasan menengah dan pelajar-pelajar tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan kemahiran dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional.

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah bentuk formal dan bukan formal yang menitikberatkan kemahiran dengan izin, hard skill and soft skill. Di samping itu bersesuaian dengan hasrat kerajaan dalam menyediakan pendidikan sepanjang hayat kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat, ini adalah salah satu cara kerajaan mewujudkan rakyat yang berilmu pengetahuan dalam bidang kepakaran masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua sebagaimana dalam perbahasan-perbahasan yang lalu dalam Dewan yang mulia ini, masalah pembangunan prasarana pendidikan menjadi fokus utama kebanyakan Ahli Yang Berhormat khususnya mengenai ketidaksamarataan kemudahan dan peluang pendidikan antara bandar dengan luar Bandar.

Dalam waktu yang terbatas ini, sukar untuk saya menjelaskan satu per satu, nEtmun secara umumnya pel'nbangunan prasarana pendidikan teta'"' .••. :1njadi ngenda uhJma kementerian ini. Pelan pendidikan 2001 hingga 2010 yang i.Jiguual antara lain adalah meningkatkan access ekuiti dan kualiti pendidikan termasulc 1i kawasan luar Bandar. Yakni termasuk juga Sabah dan Sarawak. Selain dari perancangan projek­projek dalam Rancangan Malaysia Kelapan di bawah Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar kerajaan sedang melaksanakan projek-projek penyediaan kemudahan asas terutama bekalan air dan elektrik di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman.

Yang Berhormat Senator K.R.A. Naidu telah memohon agar semua sekolah bantuan modal yakni sekolah bantuan kerajaan dinaik taraf kepada sekolah bantuan penuh iaitu sekolah kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan yang sama sentiasa diberi kepada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan sekolah kerajaan iaitu dalam bentuk guru dan kakitangan sekolah, pinjaman buku teks dan geran per kapita. Walau bagaimanapun sekolah bantuan kerajaan tidak diberikan bantuan pembangunan memandangkan tapak dan premis sekolah yang berkenaan bukan milik Kerajaan Persekutuan.

Sekolah-sekolah bantuan kerajaan diberikan bantuan modal berasaskan permohonan setiap dua tahun sekali berdasarkan peruntukan yang ada. Tempoh yang ada boleh dikurangkan jika keperluan projek yang dipohon mendesak seperti bangunan sekolah tidak selamat untuk digunakan.

Saya berpendapat penjelasan ini juga relevan untuk menjawab isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Kee Ah Kau mengenai bantuan modal pada SJK(C). Dalam hal ini juga kementerian amat mengalu-alukan penglibatan komuniti atau masyarakat setempat dalam membantu membaiki kerosakan kecil untuk

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

66 DN.12.12.2001

memberi keceriaan sekolah. lni termasuklah mengecat bangunan sekolah seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat sendiri.

Cadangan menaik tarat Pejabat Pendidikan Daerah atau PPD di Mukah dan Betong di Sarawak kepada Pejabat Pendidikan Sahagian ataupun PPS telah dibangkitkan oleh Yang Serhormat Senator Tuan Abdillah bin Abdul Rahim.

Kementerian Pendidikan memang bercadang mengkaji semula untuk menaikkan kedudukan tarat PPD di Sabah dan Sarawak supaya dapat diselaraskan dengan tarat PPD di Semenanjung dengan mengambil kira keperluan memansuhkan PPS ataupun Pegawai Pendidikan Sahagian di Sabah dan Sarawak.

Sekiranya hasrat ini dapat direalisasikan bermakna gred jawatan Pegawai Pendidikan Daerah di Sabah dan Sarawak akan dinaikkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah - DG2 dan bukan lagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan lepasan Diploma Gred DG4 seperti sekarang.

Kementerian juga akan memastikan bahawa kualiti projek-projek pembangunan termasuk rumah-rumah guru seperti yang dibangkitkan oleh Yang Serhormat Dato' Hamzah bin Zainudin akan terus diusahakan dengan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan melalui Project Monitoring System dengan izin, PMC.

lsu sekolah satu sesi telah dibangkitkan oleh Yang Serhormat To' Puan Wan Seri Asiah binti Ahmad. Untuk makluman, dalam Rancangan Malaysia Kelapan kementerian terus memberi keutamaan kepada pembinaan sekolah satu sesi melalui pembinaan lebih banyak sekolah baru dan penambahan kemudahan fizikal di sekolah­sekolah sedia ada. Sagi pembinaan sekolah satu sesi secara reka dan bina Fasa 1, sebanyak 494 projek sedang dijalankan dan berada di pelbagai peringkat pelaksanaan. Manakala dalam Fasa 2 pula, sebanyak 200 sekolah satu sesi dalam perancangan. Langkah tersebut akan dapat mengatasi masalah kesesakan terutama sekali sekolah­sekolah kawasan luar bandar seperti yang dibangkitkan oleh Yang Serhormat Senator Puan Melanie Chia Chui Ket.

Perlu dijelaskan bahawa konsep sekolah satu sesi di sini bermakna sebuah premis sekolah hanya menjalankan waktu persekolahan di sebelah pa~i sahaja dan tiada sesi petang seperti kebanyakan sekolah-sekolah di kawasan bandar pada masa ini. Dengan ini pada waktu petang masa boleh digunakan untuk aktiviti ko-kurikulum dalam keadaan yang lebih selesa.

Yang Berhoimat Senator Puan Jaya Partiban telah memotv-. agar Kementerian Pendid!:-<an memberi penjelasan mengenai iSll SJK(T) agt.r dijadikan sekolah kerajaan bantuan penuh. Dalam Akta Pendidikan 1996, status sebuah sekolah adalah jelas. Sekiranya sebuah sekolah sama ada SK, SJK(C), SJK(I J atau SMK didirikan di atas tanah milik kerajaan, ia adalah sekolah kerajaan iaitu bantuan penuh. Sesebuah sekolah tidak kira sama ada sekolah kebangsaan, SJK(C), SJK(T) atau SMK yang didirikan di atas tanah bukan milik kerajaan iaitu sama ada milik persendirian, syarikat, pertubuhan atau ladang dengan sendirinya sekolah tersebut termasuk dalam kategori bantuan kerajaan atau bantuan modal. Oleh yang demikian, status sesebuah sekolah sama ada ia sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan, bukan tertakluk kepada jenis sekolah di mana premis sekolah tersebut didirikan.

Saya ingin menjelaskan bukan semua sekolah kebangsaan atau sekolah menengah kebangsaan adalah sekolah kerajaan kerana terdapat juga sebilangan sekolah kebangsaan atau sekolah menengah kebangsaan adalah sekolah bantuan kerajaan. Segitu juga terdapat SJK(T), juga SJK(C) merupakan sekolah kerajaan kerana ia dibina oleh kerajaan di atas tanah kerajaan. Sebarang bangunan didirikan di atas tanah bukan milik kerajaan dengan sendirinya bangunan tersebut kepunyaan pemilik tanah tersebut. Dalam soal ini kerajaan tidak boleh sewenang-wenang mengambil aset dalam konteks ini ialah SJK(T) yang bukan kepunyaan kerajaan melainkan pemilik tanah tersebut secara sukarela menyerahkan kepada kerajaan.

Mengenai kelas prasekolah. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan, kementerian akan menambah kelas prasekolah di setiap negeri berdasarkan lokasi yang memerlukan tanpa menjejaskan perkembangan prasekolah yang ditubuhkan oleh agensi-agensi lain seperti swasta. Dengan penambahan ini, kanak-kanak di kawasan luar bandar dan pedalaman berpeluang mendapat pendidikan prasekolah.

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

DN 12.12.2001 67

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja yang dapat saya menjelaskan mengenai perkara-perkara yang menyentuh Kementerian Pendidikan yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Perkara-perkara yang tidak sempat dijelaskan akan tetap diambil perhatian dan tindakan sewajarnya.

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan keprihatinan, teguran dan sokongan yang berterusan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap usaha­usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih kepada Timbalan Menteri Pendidikan Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin. Dan sekarang kita beralih kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Dengan ini dijemput Yang Berhormat Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, Menterinya menjawab. Terima kasih kerana hadir.

5.10 ptg.

Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga [Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat berterima kasih di atas pandangan dan cadangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terutama Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Chin Fook Weng, Yang Berhormat Senator Tuan Abdillah bin Abdul Rahim dan Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae semasa Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2002 berkaitan dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Segala saranan dan pandangan tersebut merupakan satu maklum balas yang panting dan akan dijadikan asas bagi kementerian untuk tujuan perancangan dan pelaksanaan program dan aktivitinya.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai hujah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Chin Fook Weng, kerajaan memang mengiktiraf peranan dan sumbangan kaum wanita dalam membangunkan negara. Pengiktirafan ini dimanifestasikan melalui penggubalan Dasar Wanita Negara yang memberikan garis panduan dan hala tuju kepada semua usaha dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan supaya potensi dan kepentingan wanita tidak diabaikan sama ada sebagai penyumbang atau penerima faedah-faedah pembangunan negara. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga di antara tahun 2001 dan 2010 dan Rancangan Malaysia Kelapan iaitu dari tahun-tahun 2001 hingga 2005 juga telah memperincikan usaha-usaha untuk meningkatkan lagi peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negara.

Ahli Yang B~rhormat jL•ga menyarankan supaya Perlemba<Jaan Persekutuan dipinda untuk memberi pengiktirafan yang sama kepada wanita. Sukacita saya memaklumkan bahawa sebenarnya pada Sidang Parlimen pada ~o Julai 2001 telah pun meluluskan pindaan Perkara 82, Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan perkataan jantina" supaya memastikan tidak akan ada lagi undang-undang dan peraturan serta polisi mendiskriminasikan wanita. lni merupakan satu lagi pencapaian yang bermakna kepada usaha kerajaan memberikan pengiktirafan kepada kita, wanita Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua: Tahniah! Wanita.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk] Sebagai tindakan susulan kepada pindaan tersebut, kementerian sedang mengkaji undang-undang dan peratliran sedia ada dengan tujuan untuk membuat pindaan sewajarnya sekiranya undang-undang dan peraturan-peraturan tersebut mendiskriminasikan wanita dan juga kepada kaum bapa kerana kita bercakap tentang gender discrimination ataupun dengan izin, gender inequality.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian mengambil perhatian ke atas cadangan Yang Berhormat Senator Tuan Abdillah bin Abdul Rahim supaya pekerjaan sebagai pembantu rumah dijadikan profesion yang berstatus tinggi. Kementerian juga sedar terdapat masalah yang berhubung kait dengan pengambilan warganegara asing sebagai pembantu rumah. Dalam usaha menangani permasalahan ini, kementerian menggalakkan penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di tempat-tempat kerja sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta melalui pemberian insentif.

Bagi sektor awam, kerajaan memberi insentif sebanyak RM50,000 sebagai geran pelancaran kepada setiap kementerian yang ingin menubuhkan pusat-pusat

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

68 DN.12.12.2001

jagaan kanak-kanak sementara bagi sektor swasta pengecualian cukai sebanyak 10% diberikan.

Selain daripada itu kerajaan juga menggalakkan penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di dalam komuniti seperti di kawasan perumahan. Cara ini dapat membantu ibu-ibu yang bekerja, yang menghadapi masalah pengangkutan untuk membawa anak mereka ke pusat jagaan di tempat-tempat kerja. Kerajaan juga menyediakan kursus dan latihan kepada pengasuh pusat jagaan kanak-kanak untuk menjamin kualiti penjagaan kanak-kanak.

Tuan Yang di-Pertua, saya memang sedar bahawa kementerian yang baru ini perlu mempunyai sektor organisasi yang kukuh dan tenaga kerja yang mencukupi bagi memastikan program-program yang kita rancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan jayanya. Sehubungan dengan itu sukacita saya memaklumkan kepada Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae bahawa langkah-langkah sedang diambil bagi memperkukuh kementerian melalui penubuhan Jabatan Pembangunan Wanita di setiap negeri. Perkara ini telah pun dikemukakan kepada JPA dan agensi pusat untuk pertimbangan yang sewajarnya. Seiringan dengan itu pihak kementerian sentiasa bekerja rapat dengan agensi pusat yang lain untuk memastikan jawatan-jawatan kosong dapat diisi dengan secepat mungkin.

Saya yakin dengan tertubuhnya Jabatan Pembangunan Wanita di peringkat negeri kelak dan anggota kerja yang bertambah dan mencukupi, usaha-usaha untuk pembangunan wanita di peringkat negeri akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik, cepat, cekap dari berkesan, insya-AIIah.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai saranan supaya diwujudkan pangkalan data mengenai wanita di seluruh negara dalam pelbagai bidang, kementerian melalui Pusat Sumber Maklumat Wanita telah mewujudkan pangkalan data tersebut. Pangkalan data ini meliputi wanita dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, politik, guna tenaga, kesihatan, kependudukan dan perkhidmatan awam serta mengandungi maklumat mengenai keganasan rumah tangga. lni untuk perhatian kaum bapa Tuan Yang di­Pertua.

Kementerian juga sedar pentingnya diwujudkan pangkalan data yang berasaskan gender atau gender desegregated data dengan izin. Untuk tujuan itu, satu kajian akan dijalankan untuk membangunkan data berasaskan gender. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan 1Jembangunan sistem maklum~• asas gender atau Gender '3ase Dat<t Information Svstem (GDIS) yang melipt ti pe.lbagai sektor sosial ekonomi negara.

Dalam membangunkan pangkalan data berasaskan gender ini, kementerian akan beke~asama dengan agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Statistik, Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Pendidikan dan beberapa jabatan kerajaan yang lain.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan meningkatkan program dan latihan melibatkan wanita dalam domestic science dengan izin, secara profesional seperti penjagaan anak-anak, memasak, menjahit dan sebagainya. Untuk makluman Dewan yang mulia kementerian telah pun menjalankan beberapa program untuk meningkatkan tahap kemahiran wanita dalam bidang tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi di atas semua soalan, teguran, pandangan dan saranan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidang tugas Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Semua pandangan dan saranan tersebut akan diberi perhatian oleh kementerian dan diambil tindakan susulan sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang diucapkan Yang Berhormat Senator Dato' Kayveas saya juga bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Tuan Yang di-Pertua, dan semua kakitangan di Parlimen dan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator dan terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan ....

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

DN 12.12.2001

Timbalan Yang di-Pertua: Termasuk pegawai-pegawai yang hadir.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Sekian, terima kasih.

69

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Dato' Hajah Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga di atas jawapan sebentar tadi.

Sekarang kita berpindah ke Kementerian Kewangan yang akan menjawab dan seterusnya menggulung perbahasan Belanjawan 2002 ini. Dengan ini saya menjemput Yang Berhormat Tuan Haji Hashim bin Ismail, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan untuk menjawab dan menggulung. Jemput Yang Berhormat.

5.20 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Hashim bin Ismail): Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, di atas kesempatan yang diberikan ini. Saya bagi pihak Kementerian Kewangan mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2002 di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh yang amat singkat ini saya akan cuba menjelaskan beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dengan seberapa ringkas yang boleh.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Chew Poh Thoi mendakwa skim pengeluaran KWSP yang pelbagai seperti pembayaran caruman selepas pencen dan pembelian komputer yang lambat prosesnya, untuk makluman Yang Berhormat beberapa tindakan telah dan akan diambil yang bertujuan untuk mempercepat permohonan pengeluaran. Tindakan tersebut ialah:

(i) Pengambilan Anggota Tambahan -

Seramai 1,743 anggota kontrak yang terdiri daripada pelbagai jawatan telah diambil bertugas. Dari jumlah tersebut, seramai 804 orang anggota ditempatkan di pejabat KWSP negeri manakala selebihnya ditempatkan di lbu Pejabat KWSP.

(ii) Sistem Pergiliran Kerja atau Syif-

Dua syif bekerja telah ditetapkan iaitu syif pagi - 8.00 pagi hingga 3.30 petang dan syif petang pukul 3.30 petang hingga 11.00 ma!am. Di samping mempercepa• ..-.~lses pengeh.aaran sistem syif ini diperkenalkan untuk menampung bilangan anggota yang ramai be~::tnding dengan jumlah peralatan dan ruang-ruang tugas-tugas yang terhad;

(iii) Kerja Lebih Masa -

Kerja lebih masa diperuntukkan kepada anggota KWSP yang berpengalaman dan mahir membuat pengiraan share kerajaan di bawah Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen. Anggota-anggota mahir ini akan meluangkan masa kerja mereka iaitu dalam waktu pejabat untuk melayan pertanyaan, membimbing anggota baru, anggota kontrak baru dalam pengiraan. Perkara ini adalah untuk mengekalkan tahap produk aktiviti mengikut kuota yang diperuntukkan kepada mereka;

(iv) Peralatan -

Menambah peralatan pejabat seperti komputer secara one­to-one kepada petugas pengeluaran di bawah rangkaian komputer korporat KWSP. Peralatan sokongan yang kritikal untuk memproses pengiraan caruman share kerajaan ditambah seperti mesin pembaca 'mikrochips' dan salinan 'mikrochips'. Kaedah ini akan mempercepat pemprosesan pengeluaran kerana anggota tidak perlu berkongsi peralatan; dan

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

70

(v)

DN.12.12.2001

Pengiraan Share Pekerja Secara Anggaran -

Pengiraan share pekerja akan dibuat secara anggaran bagi permohonan di bawah Skim Pengeluaran Peke~a Berpencen. Kaedah 1n1 akan mempercepat lagi pemprosesan dan bayaran kepada ahli. Bagaimana pun pelaksanaan sepenuhnya masih belum dapat dibuat.

Langkah seterusnya ialah sistem pengimejan dan AFPIS dalam tahun 2001. Sistem pengimejan dan AFPIS merupakan sistem pemprosesan pengeluaran secara elektronik yang mana dokumen pengeluaran perlu diimbas atau scan dan proses kerja adalah menggunakan imej-imej dokumen yang diimbas tanpa merujuk kepada fail fizikal. Penentu sah cop ibu jari ahli-ahli yang dibuat secara manual sekarang ini akan dilakukan secara elektronik melalui sistem AFPIS atau Alternated Finger Prints Identification System, dengan izin.

Dengan cara ini KWSP boleh mempercepat proses pengeluaran simpanan ahli. Sistem ini akan melibatkan proses pengeluaran simpanan ahli tanpa pergerakan fail atau paperless work flow, dengan izin, bagi membolehkan KWSP mempercepat proses pengeluaran simpanan ahli. Pada masa ini sistem ini sedang diuji dan projek perintis dijadualkan untuk dilaksanakan dalam bulan Mei dan Jun tahun 2001.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Jamilah Ibrahim membangkitkan mengenai kesan kenaikan harga minyak petrol dan diesel kepada orang awam. Suka saya menerangkan di Dewan yang mulia ini bahawa kenaikan ini bertujuan untuk meringankan beban kerajaan. Walau bagaimanapun kerajaan amat prihatin terhadap rayuan pelbagai pihak khususnya golongan nelayan dan pengusaha perkhidmatan pengangkutan. Dengan keprihatinan ini serta penurunan harga diesel di pasaran antarabangsa, kerajaan telah menimbang semula dan memutuskan untuk mengekalkan harga diesel pada paras asal. Dengan keputusan ini kerajaan terpaksa menanggung tambahan subsidi sebanyak RM471 juta setahun berasaskan harga semasa diesel di pasaran antarabangsa menjadikan jumlah subsidi diesel sebanyak RM1.1 bilion setahun.

Berkenaan dengan kenaikan harga minyak saya yakin dan pe1caya bahawa kenaikan harga yang kecil ini tidak akan menjejaskan kedudukan ekonomi negara kerana barangan petroleum bukanlah merupakan komponen utama kos yang boleh menaikkan harga barang-barang keperluan. Oleh yang demikian, saya ingin menjelaskan di sini bc::hawa kenaikan harga barangan petroleum tidak boleh diiqdlkan sebagai alasan oleh pi'lak peniaga untuk menaiki{an i'iarga barang-barano.

Bagi memastikan pihak peniaga tidak sewenang-wenangnya menaik~an harga barang-barang keperluan, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan sentiasa membuat pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan harga tidak dinaikkan khususnya barangan yang diletakkan di bawah kawalan harga.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat See Too Mee telah mencadangkan kerajaan mengadakan lebih rundingan dengan negara asing bagi menentukan kadar cukai dan polisi perdagangan dengan negara-negara asing supaya Malaysia mendapat faedah berbanding dalam pertukaran wang asing. Pelaburan di luar negara telah pun sedia diberi insentif cukai dalam bentuk pengecualian cukai pendapatan ke atas keuntungan yang dibawa balik.

Mengenai cadangan supaya kerajaan menyediakan insentif cukai dan mengurangkan duti import bagi input peralatan dan alat ganti untuk solar, kerajaan akan mengkaji cadangan Yang Berhormat supaya disediakan insentif cukai dan pengurangan duti import ke atas peralatan dan alat ganti untuk penggunaan tenaga solar. Sebagai maklum, kerajaan memang peka untuk mempelbagaikan sumber tenaga. Sehubungan itu sumber tenaga lain seperti biomass dan gas telah pun disediakan insentif cukai.

Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng memberi analisa mengenai cukai pendapatan dan hasil negara. Untuk makluman Yang Berhormat Dato', anggaran hasil tahun 2001 yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2001 pada bulan

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 71

Oktober tahun 2000 adalah berasaskan kepada Anggaran Kadar Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK sebanyak 7 %.

Walau bagaimanapun, semasa penyediaan Belanjawan 2002, kadar pertumbuhan KDNK telah disemak semula kepada antara 1% hingga 2%. Berasaskan ini dan faktor-faktor lain seperti kutipan sebenar sehingga bulan September 2001 serta pakej rangsangan kerajaan, anggaran hasil tahun 2001 telah disemak semula daripada RM69.23 bilion kepada RM69.01 bilion. Jika ditinjau dari segi jumlah penurunan didapati bahawa penurunan hasil adalah jauh lebih rendah berbanding dengan penurunan dalam kadar pertumbuhan KDNK. lni menunjukkan bahawa prestasi kutipan hasil tahun 2001 adalah baik.

Untuk makluman Yang Berhormat Dato' juga kementerian ini sentiasa memantau kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dan akan menyemak semula anggaran hasil apabila perlu. Sehubungan dengan ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia telah diminta supaya mengemukakan laporan kutipan hasil mingguan dan bulanan untuk dipantau oleh kementerian ini.

Mengenai perkara cukai pendapatan terlebih bayar seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Yew Teong Look, peruntukan seksyen 107C(3)(8) Akta Cukai Pendapatan membenarkan anggaran cukai yang kurang daripada tahun sebelumnya sekiranya terdapat bukti-bukti yang kukuh dan meyakinkan bahawa pendapatan dari tahun semasa lebih rendah daripada tahun sebelumnya. Dengan ini pembayar cukai tidak perlu khuatir mengenai peruntukan ini kerana kes yang mempunyai merit akan diberikan pertimbangan. Setakat ini lebih 3,600 kelulusan anggaran cukai tahun semasa _yang kurang dari tahun sebelum telah pun diberi kelulusan.

Yang Berhormat Dato' Hamzah Zainudin mencadangkan sebagai langkah untuk meningkatkan perbelanjaan dalam negara oleh individu. Potongan bagi maksud cukai pendapatan ke atas premium insurans hayat yang pada masa ini terhad kepada maksimum RM5 ribu ditingkatkan pada RM20 ribu. Untuk makluman Yang Berhormat Dato', dalam menimbangkan potongan bagi maksud cukai pendapatan individu salah satu faktor utama yang ditekankan adalah potongan tersebut dapat dimanfaatkan kepada individu berpendapatan rendah dan sederhana.

Bagi mengekalkan struktur cukai yang progresif, p&ningkatan potongan kepada RM20 ribu tidak dapat dipertimbangkan kerana ini akan memberikan manfaat kepada golongan berpendapatan tinggi sahaja.

Mengenai cadangan Yang Berhormat Dato' Hamzah supaya galakan yang disediakan bagi sektor pertanian khususnya pengeluaran bahan mt>+;;:., ;dn yang pada masa ini terhad kepada syarikat diperluas kepada individu supaya dapat menggalakkan individu yang berpendapatan tinggi seperti di kalangan profesional "!lenceburi sektor pertanian, umpamanya menternak lembu, kambing. Galakan yang sedia ada bagi sektor pertanian khususnya pengeluaran bahan makanan adalah untuk syarikat dan bukannya kepada individu supaya aktiviti pengeluaran bahan makan itu dijalankan secara besar-besaran. Pakej galakan yang sedia ada terdiri daripada galakan kepada syarikat yang melabur dan syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti pengeluaran bahan makanan itu.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng juga menyarankan, kerajaan patut memantau tender dan kontrak yang diwakilkan kuasa kepada kementerian agensi lain dari masa ke semasa. Dalam melaksanakan urusan tender semua kementerian dikehendaki mematuhi tatacara dan peraturan yang ditetapkan dalam arahan pendaftaran dan surat-surat pekeliling perbendaharaan. Sehubungan itu peraturan perolehan yang ditetapkan telah pun mengambil kira unsur­unsur ketelusan dalam membuat keputusan tender.

Dalam memberikan kuasa yang lebih kepada kementerian, aspek pemantauan tidak diabaikan. Bagi perolehan melebihi RM20 juta, wakil Kementerian Kewangan adalah diwajibkan hadir semasa lembaga perolehan agensi mempertimbangkan dan menyetuju terima tender. Bagi keputusan tender-tender yang bernilai RM20 juta ke bawah pihak kementerian dikehendaki memaklumkan setiap keputusan tender kepada Kementerian Kewangan.

Di samping itu, Unit Audit Dalaman dan Jabatan Audit Persekutuan akan membuat pemeriksaan berkala ke atas urusan tender kementerian bagi mengesan

Page 78: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

72 DN.12.12.2001

ketidakpatuhan terhadap peraturan-peraturan perolehan yang ditetapkan oleh kerajaan. Dengan adanya pemantauan yang rapi ini kemungkinan untuk berlakunya penyalahgunaan kuasa adalah sangat terbatas dan mudah-mudahan dapat dielakkan sama sekali.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dakwaan Yang Berhormat Senator Abdillah bin Abdul Rahim bahawa Kementerian Kewangan lambat memproses tender, Untuk makluman Yang Berhormat, Menteri Kewangan telah menetapkan bahawa semua permohonan yang dikemukakan kepada Kementerian Kewangan yang dilengkapi sepenuhnya dengan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan mestilah diputuskan dan dimaklumkan kepada kementerian dan agensi dalam tempoh 10 hari daripada tarikh surat permohonan diterima.

Walau bagaimanapun, terdapat kes-kes di mana kelulusan yang dibuat melebihi 10 hari kerana maklumat yang dikemukakan oleh agensi adalah tidak lengkap bagi membantu Kementerian Kewangan membuat pertimbangan. Terdapat juga agensi yang lambat mengemukakan maklumat tambahan yang diperlukan dan terpaksa ditolak.

Tuan Yang di-Pertua, dakwaan tentang kontrak pembaikan sekolah dimonopoli oleh golongan tertentu di Sarawak oleh Yang Berhormat Abdillah juga, kerajaan tidak mengamalkan sikap memilih kasih dalam memberikan peluang-peluang pemiagaan hanya kepada golongan tertentu sahaja. Kerajaan sebenarnya memberi peluang kepada semua golongan bumiputera mengikut keupayaan dan kemampuan masing-masing. Dasar kerajaan adalah sentiasa terbuka dan dinamik iaitu untuk memperluaskan skop penglibatan bumiputera dalam bidang perniagaan dan perdagangan dan bukannya mengehadkan kepada golongan tertentu semata-mata.

Peraturan perolehan yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan adalah menghendaki Lembaga Perolehan Agensi memilih dan memutuskan kontraktor yang menawarkan harga yang paling menguntungkan kerajaan. Di samping itu Lembaga Perolehan Agensi juga akan mengambil kira faktor-faktor lain seperti bilangan pekerja dalam tangan, perbandingan harga yang ditawarkan dengan kos anggaran yang disediakan oleh jabatan, pengalaman kontraktor dan prestasi kerja di masa yang lepas yang lepas dan sebagainya.

Salah satu prinsip penting yang didukung dalam perolehan kerajaan adalah saingan terbuka. Sehubungan ini, semua tawaran perolehan seboleh-bolehnya diumum dan diketahui oleh semua kontraktor yang layak agar mereka dcipat m~·"<Jambil b:~hagian dan mengemukakan t~waran mat>ing-masing. Prinsip saint,an 1erbuka inl bertujuan untuk menggalakkan kontraktor-kontraktor yang berkenaan meningkatkan kecekapan masing-masing melalui persaingan yang sihat dan competitive.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Jamilah Ibrahim iaitu peruntukan geran kepada Kerajaan Kelantan, sukacita dijelaskan pada setiap tahun, semua kerajaan negeri termasuk Kerajaan Negeri Kelantan menerima beberapa jenis pemberian daripada Kerajaan Persekutuan. Ia meliputi pemberian mengikut bilangan orang (capitation grant), penyelenggaraan jalan raya (road grant), pemberian di bawah senarai bersama bayaran perkhidmatan, pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup, pemberian pertambahan hasil dan geran keseimbangan kepada pihak berkuasa tempatan (PST).

Bagi tahun 2001, Kerajaan Negeri Kelantan telah pun menerima semua jenis pemberian berjumlah RM125.1 juta berbanding dengan negeri-negeri lain yang belum lagi menerima beberapa pemberian tertentu. Berdasarkan peraturan semasa, beberapa pemberian seperti pemberian seperti pemberian di bawah senarai bersama, bayaran perkhidmatan, pemberian tahap dan geran keseimbangan kepada pihak berkuasa tempatan dibayar kepada setiap negeri berdasarkan kepada permohonan yang tertakluk kepada syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. lni bermakna pembayaran bagi setiap pemberian tersebut kepada kerajaan negeri dilakukan apabila syarat-syarat dan kriteria berkenaan dipatuhi. Tiada satu tarikh yang tetap bagi pembayaran keempat-empat jenis pemberian ini.

Tuan Yang di-Pertua, pemberian mengikut bilangan orang (capitation grant) dibuat berdasarkan kepada Perkara 109(1)(a), Perlembagaan Persekutuan. lanya

Page 79: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

ON 12.12.2001 73

berbentuk outright grant dan mengikut amalan sekarang, pemberian dibuat kepada semua kerajaan negeri sebanyak 2 kali setahun iaitu bayaran pertama pada Januari­Februari, manakala pembayaran kedua dibuat pada Julai-Ogos pada setiap tahun. Pemberian capitation grant kepada semua negeri termasuk negeri Kelantan dilakukan berdasarkan peraturan semasa yang telah ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, bayaran bagi pemberian penyelenggaraan jalan raya pula dilakukan pada setiap bulan berdasarkan kepada jumlah yang ditetapkan. Manakala bayaran bagi pembelian pertambahan hasil dilakukan apabila terdapatnya pertambahan hasil Kerajaan Persekutuan bagi sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya. Jumlah bayaran kepada kerajaan negeri tertakluk kepada formula yang telah ditetapkan dan bayaran kepada semua kerajaan ini biasanya dilakukan pada bulan November-Disember pada setiap tahun.

Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk memastikan semua pemberian ....

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masih banyak lagikah?

Tuan Hashim bin Ismail: Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua .

...... untuk memastikan semua pemberian di atas dibayar kepada semua kerajaan negeri dalam tempoh masa yang ditentukan bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat daripada pemberian-pemberian di atas.

Yang Berhormat Senator Melanie Chia Chui Ket meminta satu peruntukan tetap dimasukkan dalam belanjawan tahunan untuk bayaran gantian hasil petroleum Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam Belanjawan 2002, sebanyak RM130 juta telah disediakan bagi menampung bayaran pampasan akibat pemansuhan duti import dan eksais ke atas barangan petroleum kepada negeri Sabah dan Sarawak.

Seterusnya, sedikit lagi, tentang flying squad. Yang Berhormat K.R.A Naidu meminta flying squad memantau projek termasuk performance audit bagi memastikan projek-projek dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, performance audit sedia dijalankan oleh Ketua Audit Negara untuk menentukan sama ada sesuatu aktiviti kerajaan dilaksanakan dengan cekap, berhemah dan m~ncapai objektifnya. Bagaimanapun, flying squad boleh membantu untuk memastikan tindakan-tindakan yang diambil oleh agensi bagi mengatasi kelemahan projek-projek yang dikenal pasti.

Bagi penutup, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang teluh mengarr..:,;; oahagian serta memberi pandangan dan idea yang bemas. Pandangan yang membrna oleh Ahli Yang Berhormat sangatlah dialu-alukan walaupun persekitaran luar tici"'!~ menggalakkan ekoran kelembapan pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat dan juga impak serangan pada bulan September yang baru lalu.

Kerajaan dapat mengadakan belanjawan yang mesra rakyat atau people friendly, dengan izin, demi membantu rakyat dalam kedudukan ekonomi yang kurang baik. Kerajaan dapat memberi bonus kepada kakitangan kerajaan bagi membantu mereka yang perlu untuk perbelanjaan sekolah anak-anak mereka, mengurangkan cukai pendapatan individu yang memberi faedah kepada semua yang berkenaan, membela nasib golongan yang kurang bernasib baik, menyediakan banyak kemudahan kepada penduduk luar bandar dan membantu siswazah menganggur serta peke~a­peke~a yang dihentikan kerja dengan memberi peruntukan untuk melatih semula. Kita perlu bersyukur kerana mendapat menikmati semua ini dan tiada siapa yang kelaparan seperti di negara lain atau ekonomi merosot sehingga mengalami recession dan banyak pekerja terpaksa diberhentikan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata itu saya mohon menutup penggulungan ini dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam perbahasan yang lalu. Dan Selamat Hari Raya kepada semua pihak, selamat bercuti, sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih kembali kepada Yang Berhormat dan juga Selamat Hari Raya.

Page 80: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 3. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001; 4. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun

74 DN.12.12.2001

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang­undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini Majlis Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan ke hari esok, Khamis, 13 Disember 2001, jam 10.00 pagi.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.43 petang.