penyalahgunaan dadah dalam sukan

13
PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN Perkataan ‘doping’ daIam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan daIam prestasi atlit. Doping dalam abad-abad kebelakangan ini telah menjadi sebutan dan amalan atlit profesional mahupun amatur dan ini telah menambahkan lagi cabaran bagi pihak makmal dalam pengesanan dan penganalisaan dadah-dadah ini. OIeh kerana atlit sentiasa mencari kelebihan untuk mengejar kemenangan, edaran dadah secara haram berIeIuasa di seluruh dunia melalui sama ada internet, bahan bercetak atau hubungan peribadi. KepeIbagaian jenis dadah serta teknik menggunanya telah menyulitkan lagi penyaringan dadah dan makmal perlu

Upload: wei-kai

Post on 23-Jun-2015

2.937 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN

Perkataan ‘doping’ daIam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat

yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan

mendapatkan kelebihan daIam prestasi atlit. Doping dalam abad-abad

kebelakangan ini telah menjadi sebutan dan amalan atlit profesional mahupun

amatur dan ini telah menambahkan lagi cabaran bagi pihak makmal dalam

pengesanan dan penganalisaan dadah-dadah ini. OIeh kerana atlit sentiasa

mencari kelebihan untuk mengejar kemenangan, edaran dadah secara haram

berIeIuasa di seluruh dunia melalui sama ada internet, bahan bercetak atau

hubungan peribadi. KepeIbagaian jenis dadah serta teknik menggunanya

telah menyulitkan lagi penyaringan dadah dan makmal perlu sentiasa

berwaspada kepada perubahan trend dalam masalah ini.

Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; pertama, ia

memberi kelebihan (atau ‘advantage’) kepada atlit yang menggunanya serta

melanggar segala peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan dan

kedua, cara pengambilan dan jumlah yang digunakan memudaratkan

seseorang individu. Malah dalam arena sukan, banyak kes-kes kematian

teIah berlaku akibat penggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung.

Dadah yang diharamkan oleh IOC

Diantara dadah-dadah lama yang telah digunakan sejak awaI 1970an adalah

perangsang (stimulant) dan narkotik. Tujuan penggunaan stimulant begitu

nyata kerana bahan seperti amfetamin memberi tenaga serta ketahanan yang

amat baik terutama dalam pertandingan seperti lumba basikal, Iarian jarak

jauh, acara renang, semuanya yang memerIukan daya tahan. Kini senarai

dadah yang digunakan bagi tujuan di atas telah berlipat ganda dan kini

makmal perlu mengesan sejumlah 70 jenis dadah perangsang. Tambahan

Page 2: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

pula, bahan seperti kafein, ephedrine, pseudoephedrin menyulitkan lagi

kawalan kerana bahan ini terdapat dalam pelbagal minuman dan makanan

dan juga ubat-ubatan ‘over-the counter’ untuk pelbagai rawatan. Oleh yang

demikian bahan-bahan ini perlu dinilai jumlahnya di dalam urin; jumlah kafein

melebihi 12 mg/mI di dalam urin misalnya akan dirumuskan sebagal positif.

Paras ini diketahui dapat dihasilkan oleh pengambilan kafein sahaja dan tidak

akan tercapai meskipun atlit telah minum beberapa cawan kopi pekat.

Bahan-bahan narkotik pula menjadi ubat yang berkesan bagi meneruskan

pertandingan tanpa menghirau kecederaan yang diaIami atlit. Pengharaman

narkotik adalah di atas dasar kesihatan kerana tindakan seperti ini

memudaratkan lagi keadaan atlit. Selain itu, penggunaan narkotik tidak

mendatangkan sebarang manfaat lain. Kanabis juga diharamkan atas dasar

bahan ini membawa ketenangan dan meningkatkan keyakinan diri dalam

menghadapi pertandingan.

Kategori dadah yang begitu popular dikaIangan atlit ialah bahan steroid

anabolik. Sungguhpun penyeIidikan tidak menunjukkan sebarang manafaat

dari pengambilan steroid, ia diakui amat berkesan oleh para atlit. Steroid

anabolik merangkumi Iebih 50% daripada dadah yang dikesan oleh makmal-

makmal doping seIuruh dunia. Perkara ini telah membuka peIbagai peluang

penyeIidikan kerana penganalisaan dadah sintetik semakin  rumit dan segi

spesifisiti dan sensitiviti manakala pengesanan hormon steroid seperti

testosterone, DHT (dihydrotestosterone) dan DHEA

(Dehydroepiandrosterone) memerlukan interpretasi yang begitu cermat

kerana mereka juga merupakan hormon yang terdapat semuIajadi dalam

badan manusia. OIeh yang demikian pelbagai kriteria teIah dibangunkan bagi

memutuskan urin yang positif. Suatu parameter yang dinilai adalah nisbah

testosterone (T) kepada epitestosterone (E), suatu hormon berkaitan tetapi

tidak menghasilkan sebarang kesan. Penggunaan testosterone akan

Page 3: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

mengubah paras T dan tidak menjejas paras E. Perkara ini mengujudkan T:E

yang tinggi; malah urin yang menunjukkan T:E melebihi 6 akan disiasat

dengan lebih mendalam. Penganalisaan semula akan dilakukan ke atas urin

yang dikumpul semula dan atlit yang sama apabila angka ini jatuh diantara 6

dan 10. Tindakan ini adalah bagi mempastikan atlit benar-benar

menggunakan testosterone kerana terdapat juga individu-individu tertentu

secara semulajadi mempunyai T:E yang tinggi. Terdapat juga  pengesanan

paras epitestosterone yang tidak munasabah sehinggakan jumlah E lima kali

Iebih tinggi daripada T di dalam urin. Epitestosterone dikategorikan sebagai

agen ‘masking’  kerana penggunaannya oleh atlit adalah untuk menstabilkan

T:E kepada paras normal apabila menggunakan testostorone secara haram.

Sementara nisbah ini lebih kurang 1:1 dalam manusia biasa, terdapat juga

perbezaan mengikut kumpulan etnik dan individu. Pengesanan testosterone

yang tinggi tidak mudah diberi kepastian positif oleh kerana testosterone yang

diambil secara eksogenous tidak mudah dibezakan daripada testosterone

semulajadi endogenous. Saintis dalam bidang analisis doping sedang

menyelesaikan isu ini melalui penentuan isotop stabil karbon, 12C dan 13C

dalam testosterone. Ini adalah berdasarkan nisbah 12C : 13C  dalam

testosterone eksogenous jauh berbeza daripada testosterone semulajadi.

Nisbah ini pula bergantung kepada diet masing-masing. Penentuan ini hanya

dapat dilaksanakan melalul suatu teknik yang menggunakan alat Gas

Chromatograph Isotope Ratio Mass Spectrometer, suatu alat yang memberi

‘fingerprint’ kepada bahan kimia melalui kandungan isotopnya.

Selain parameter yang dikesan melalui penganalisaan, perubahan fisikal

begitu ketara pada pengguna steroid anabolik. Bagi lelaki, perubahan otot

yang bertambah, kehiIangan rambut, pertumbuhan buah dada dan masalah

akne begitu ketara manakala bagi wanita, terdapat tumbuhan rambut di

Page 4: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

beberapa bahagian badan termasuk muka serta perubahan suara yang

semakin kasar.

Steroid anabolik adalah bahan yang digunakan di luar masa pertandingan

oleh kerana manafaatnya serta perubahan yang diingini pengguna didapati

semasa latihan. Oleh yang demikian pengesanan positif sering didapati

apabila program kawalan di luar pertandingan dijalankan; beberapa bulan

sebelum pertandingan penggunaannya dihentikan bagi mengelak

pengesanan. Oleh kerana eIiminasi steroid begitu berpanjangan dalam badan

manusia, kehadirannya masih kadangkala dapat dikesan dalam paras ppb

(parts per billion) beberapa bulan selepas tamat penggunaan. Keupayaan

mengesan paras sekecil ini dituntut oleh pihak lOC dan makmal kini perlu ada

kemampuan mengesan beberapa jenis steroid sehingga ke tahap sekecil 1-2

ng/mI. Ini bermakna teknik seperti ‘tandem mass spectrometry’ (MS/MS) atau

‘high resolution mass spectrometry’ (HRMS) terpaksa digunakan. Teknik-

teknik ini akan memberi lebih sensitiviti tanpa berkompromikan spesifisiti.

Sukan OIimpik di Atlanta merupakan kali yang pertama pengesanan

menggunakan HRMS dilakukan supaya threshhold pengesanan yang begitu

rendah dapat dilaksanakan. Buat masa ini teknik tersebut telah dibangunkan

bagi sejumlah kecil steroid tetapi malangnya, alat yang digunakan terlalu

mahal.

Suatu kelas dadah yang diharamkan oleh lOC adalah agen diuretik yang

menjadi pilihan atlit dalam usaha menghapuskan kesan-kesan dadah steroid

menjelang pertandingan sukan. Melalui cara ini paras steroid dapat

dikurangkan di bawah paras threshold pengesanan. Ini semakin penting bagi

atlit oleh kerana makmal doping seluruh dunia kini lengkap dengan alat yang

dapat mengesan dalam tahap ppb (parts per billion). Selain itu mengurangkan

air di dalam badan memberi manafaat kepada bidang sukan yang

menggunakan berat badan sebagal kriteria. Dalam acara angkat berat

Page 5: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

misalnya, seorang peserta mungkin dapat dimasukkan ke dalam kategori

yang lebih rendah.

Ubat darah tinggi yang dikenali sebagal penghalang-beta juga

disalahgunakan oleh atlit dalam acara-acara sukan seperti memanah,

menembak, dan bidang sukan yang memerlukan penumpuan seseorang.

Objektif pengunaan adalah untuk mengurangkan tremor dan kegugupan yang

mungkin berlaku. Senarai ini termasuk jenis yang sering digunakan oleh

pesakit seperti metoprolol hingga yang jarang digunakan seperti pindolol dan

bisoprolol.

Cabaran terbaru bagi pihak penguasa adalah untuk mengesan hormon

peptida. Ini termasuk hCG (human chorionic gonadotropin), eritropoietin

(EPO) dan hormon pertumbuhan (hGH). Sungguhpun yang pertama diantara

tiga bahan ini dapat dikesan di dalam urin, dua lagi hanya dapat dlkesan di

dalam serum darah. OIeh kerana peraturan kawalan doping hanya

membenarkan pengambilan sampel urin, EPO dan hGH belum dapat dinilai.

Tambahan pula kaedah pengesanan masih terhad kepada teknik ElA

(enzyme immunoassay) dan RIA (radioimmunoassay) yang boleh diterima

sebagai kaedah penyaringan tetapi belum lagi ujud kaedah ujian ‘evidentiaI’

yang tidak boleh dipertikaikan dalam mahkamah. Kaedah EIA dan RIA

mungkin selektif atau spesifik tetapi satu kaedah sahaja tidak memberi tahap

diskriminasi yang dituntut seperti dengan menggunakan mass spektrometri.

Sementara penggunaan EPO dan hGH nyata mempunyai sebab-sebab

tertentu, hCG biasanya mula diambil setelah tamat regimen steroid untuk

merangsang semula hasilan testosterone endogenous. Beberapa jenis EPO

sintetik didapati di pasaran dengan hasilan kesannya sama seperti

peningkatan hasilan sel darah merah ke tahap 5-10 kali ganda kadar normal.

Malangnya, dengan jumlah sel merah yang melambung tinggi, darah menjadi

likat sehingga jantung seseorang boleh terhenti dalam kepenatan bertanding.

Page 6: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Penyelidik percaya EPO telah menyebabkan 18 kematian di kalangan

peIumba basikal Belanda dan Belgium sejak tahun 1987.