penyalahgunaan dadah dalam sukan

3
Penyalahgunaan dadah dalam sukan Kebelakangan ini, satu demi satu ahli sukan negara gagal dalam ujian doping yang dijalankan ke atas mereka. Bagaimana situasi seperti ini boleh berlaku dan adakah ia dilakukan dengan sengaja atau tanpa disedari? Isu penyalahgunaan dadah dalam sukan bukan perkara baru. Pada 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa bersetuju mengharam atau mengehadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlet. Pengharaman ini kerana penggunaan dadah atau bahan untuk meningkatkan tahap keupayaan ahli sukan bukan saja menyebabkan kesan sampingan buruk, malah boleh membawa maut. Apakah yang dimaksudkan sebagai dadah? Dadah adalah satu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, dadah ini disebut sebagai ubat. Jika perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ia disebut sebagai racun. Doping adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlet. Adakala doping dilakukan secara sengaja oleh atlet, tetapi ada juga doping dilakukan secara tidak sengaja. Ia berlaku apabila seseorang atlet mengambil ubat untuk merawat sesuatu peÂnyakit atau kecederaan dan tanpa disedari ubat itu mengandungi bahan dilarang.

Upload: nor-amani-mohd-zin

Post on 18-Jan-2016

48 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pjm3112

TRANSCRIPT

Page 1: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Penyalahgunaan dadah dalam sukan

Kebelakangan ini, satu demi satu ahli sukan negara gagal dalam ujian doping yang

dijalankan ke atas mereka. Bagaimana situasi seperti ini boleh berlaku dan adakah

ia dilakukan dengan sengaja atau tanpa disedari?

Isu penyalahgunaan dadah dalam sukan bukan perkara baru. Pada 1967,

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa bersetuju mengharam atau mengehadkan

penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap

keupayaan atlet.

Pengharaman ini kerana penggunaan dadah atau bahan untuk meningkatkan tahap

keupayaan ahli sukan bukan saja menyebabkan kesan sampingan buruk, malah

boleh membawa maut.

Apakah yang dimaksudkan sebagai dadah? Dadah adalah satu bahan (selain

daripada makanan) yang apabila diambil akan menyebabkan perubahan dalam

badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, dadah ini disebut

sebagai ubat. Jika perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ia disebut

sebagai racun.

Doping adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk

meningkatkan prestasi sukan oleh atlet. Adakala doping dilakukan secara sengaja

oleh atlet, tetapi ada juga doping dilakukan secara tidak sengaja. Ia berlaku apabila

seseorang atlet mengambil ubat untuk merawat sesuatu peÂnyakit atau kecederaan

dan tanpa disedari ubat itu mengandungi bahan dilarang.

Setiap atlet tertakluk kepada polisi melarang doping dan bertanggungjawab

menyemak status bahan dan ubat-ubatan yang diambil. Jika seseorang atlet itu

didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian doping yang dibuat secara

rambang, dia berisiko disingkir daripada menyertai pertandingan dan status

pemenang juga boleh ditarik balik. Malah, atlet juga akan merana akibat kesan

penggunaan dadah dalam jangka masa pendek atau panjang.

Sebab doping diharamkan membabitkan beberapa isu iaitu isu kesihatan apabila

banyak bahan yang digunakan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlet boleh

Page 2: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

menyebabkan kesan tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan

betul.

Seterusnya, ia membabitkan isu etika kerana dalam sesetengah keadaan, bahan

dan kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlet melebihi

tahap biasa. Selain itu, ia membabitkan isu undang-undang kerana sesetengah

dadah memang diharamkan penggunaannya, oleh itu penggunaannya dalam sukan

juga dilarang.

Selain penggunaan bahan terlarang atau dadah sering dikaitkan dengan doping,

kaedah manipulasi seperti manipulasi darah atau komponen darah, manipulasi

fizikal dan bahan kimia dan doping genetik juga dilarang dalam sukan.

Kaedah ini juga boleh meningkatkan prestasi sukan oleh atlet dan boleh membantu

mengubah ciri-ciri sampel untuk ujian doping.

Biasanya, ujian doping dilakukan ke atas seseorang atlet selepas selesai acara yang

ditandingi. Atlit yang dipilih untuk ujian ini akan diberitahu bahawa mereka wajib

hadir ke pusat ujian doping dalam masa sejam. Secara umumnya, ujian doping akan

dilakukan ke atas pemenang pingat dan seorang atlet lain dalam acara secara

rawak.

Melalui perkembangan dunia perubatan dan lambakan pelbagai produk makanan

tambahan atau ubat-ubatan di pasaran, doping adakala dilakukan secara tidak

sengaja atau tanpa disedari.

Sebelum seorang atlet itu mengambil sebarang ubat atau produk makanan

tambahan, dia bertanggungjawab mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor,

ahli farmasi yang bertauliah dalam bidang sukan dan pegawai pusat doping.

Perkara ini penting, terutama jika seseorang atlet itu ingin menyertai acara sukan di

peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Ini kerana, ada banyak ubat yang boleh

membawa kesan terhadap tahap keupayaan atlet.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 November 2014 @ 5:00 AM

Page 3: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan