penulisan modul

4
Penulisan Modul Melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang diajar menggunakan ICT. Saya telah memilih aplikasi Web 2.0 Webs.com dalam menghasilkan modul bahan bantu mengajar berkaitan tajuk Doa Qunut tahun 3. Penggunaan gambar-gambar, audio dan juga video sangat diperlukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini. Selain itu juga saya menggunakan latihanberbentuk interaktif sebagai pengukuhan murid-murid dalam tajuk yang dipelajari. Setiap langkah berkaitan cara penggunaan aplikasi tersebut telah dinyatakan seperti yang tertera pada setiap gambar rajah dibawah.

Upload: rafain2808

Post on 13-Dec-2015

32 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

modul sdp

TRANSCRIPT

Penulisan Modul

Melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya

maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri

gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami

berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk

pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan

oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang

diajar menggunakan ICT.

Saya telah memilih aplikasi Web 2.0 Webs.com dalam menghasilkan modul

bahan bantu mengajar berkaitan tajuk Doa Qunut tahun 3. Penggunaan gambar-

gambar, audio dan juga video sangat diperlukan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran ini. Selain itu juga saya menggunakan latihanberbentuk interaktif sebagai

pengukuhan murid-murid dalam tajuk yang dipelajari.

Setiap langkah berkaitan cara penggunaan aplikasi tersebut telah dinyatakan seperti

yang tertera pada setiap gambar rajah dibawah.

Langkah 1.

Murid perlu memasukkan url aplikasi tersebut pada ruangan carian seperti dalam gambar dengan menaip alamat penuh bagi aplikasi tersebut dan kemudian klik pada butang enter untuk pergi ke aplikasi yang telah dibina. Guru terlebih dahulu akan memberikan alamat url aplikasi tersebut kepada murid sama ada dengan cara munulis alamat url tersebut pada papan putih ataupun dengan cara lain dan memastikan kesemua murid dapat membuka laman aplikasi tersebut seterusnya paparan aplikasi seperti berikut akan keluar :

Halaman utama aplikasi tersebut adalah seperti berikut. Terdapat lima pautan dalam aplikasi

tersebut yang mewakili tugasan yang telah diberi. Bagi penggunaan aplikasi tersebut yang

bertujuan sebagai alat bahan bantu mengajar, guru akan memfokuskan murid pada pautan

“BLOG” yang mengandungi bahan bantu mengajar untuk murid lihat berkaitan tajuk yang akan

dipelajari.

Langakah 2

Murid perlu menekan pada pautan “BLOG” seperti yang ditunjukkan oleh guru bagi. Dalam

pautan “BLOG”, guru akan memfokuskan setiap murid untuk membuka pautan Pembangunan

BBM pada bahagian “CATEGORIES” bagi membantu murid untuk lebih memahami tajuk yang

di ajar.

Langkah 3.

Setelah murid dapat mengakses masuk ke dalam pautan bahan bantu mengajar, murid akan

dapat menggunakan bahan tersebut dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berpandukan

bimbingan guru. Antara bahan yang terdapat dalam laman blog tersebut adalah video audio dan

visual seperti gambar yang mengandungi bahan yang akan digunakan. Selain itu juga, murid

dapat membuat latihan menerusi latihan interaktif yang disediakan dan lembaran kerja yang

disediakan untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka mengenai isi pelajaran.