modul penulisan halustikal

255
1 MODUL 1 PANDUAN GURU SOALAN : Sekolah anda terpilih menyertai Pertandingan Sekolah Terindah di peringkat negeri.Selaku Pengerusi Kelab Keceriaan,jelaskan aktiviti-aktiviti pengindahan kawasan sekolah untuk pertandingan tersebut. JAWAPAN : Pendahuluan : (Salin semula kenyataan soalan)Ikuti dengan idea tambahan sekurang-kurangnya 1 atau 2 ayat.Kemudian tutup dengan kehendak soalan. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist, Ipoh telah terpilih untuk menyertai Pertandingan Sekolah Terindah di peringkat daerah.Selaku Pengerusi Kelab Keceriaan,saya telah berbincang dengan guru penasihat tentang aktiviti-aktiviti pengindahan kawasan sekolah yang akan dilaksanakan oleh ahli- ahli kelab.Perbincangan kami menyentuh tentang mendapatkan kerjasama semua warga sekolah untuk menceriakan sekolah,aktiviti-aktiviti pengindahan sekolah dan cara-cara menjayakanya. (48 patah perkataan) Isi 1 Ayat Isi : Usaha mendapatkan kerjasama semua warga sekolah. Ayat Huraian/ Contoh : Siapakah warga sekolah yang mesti terlibat? Apakah contoh aktiviti-aktiviti keceriaan? Di manakan tempat-tempat sasaran? Ayat Kesan/ Ayat Kesimpulan : Apakah kesan setelah aktiviti-aktiviti itu dilaksanakan? Usaha yang paling penting adalah merancang bagi mendapatkan kerjasama semua warga sekolah selain daripada ahli- ahli Kelab Keceriaan sendiri.Semua pelajar dikehendaki membersihkan bilik darjah masing-masing.Di samping itu,kelas- kelas perlu dihias indah.Papan kenyataan yang usang perlu diganti dengan yang baru dan dilekatkan dengan poster,keratan akhbar,lukisan dan karya pelajar serta bahan-bahan bacaan umum yang sesuai.Para pekerja sekolah perlu menjalankan tugas masing-masing seperti menyapu sampah,berkebun,mencuci longkang Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Upload: jihan-neaky

Post on 25-Dec-2015

73 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

perhalus

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Penulisan Halustikal

1

MODUL 1

PANDUAN GURUSOALAN : Sekolah anda terpilih menyertai Pertandingan Sekolah Terindah di peringkat negeri.Selaku Pengerusi Kelab Keceriaan,jelaskan aktiviti-aktiviti pengindahan kawasan sekolah untuk pertandingan tersebut.

JAWAPAN :Pendahuluan : (Salin semula kenyataan soalan)Ikuti dengan idea tambahan sekurang-kurangnya 1 atau 2 ayat.Kemudian tutup dengan kehendak soalan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist, Ipoh telah terpilih untuk menyertai Pertandingan Sekolah Terindah di peringkat daerah.Selaku Pengerusi Kelab Keceriaan,saya telah berbincang dengan guru penasihat tentang aktiviti-aktiviti pengindahan kawasan sekolah yang akan dilaksanakan oleh ahli-ahli kelab.Perbincangan kami menyentuh tentang mendapatkan kerjasama semua warga sekolah untuk menceriakan sekolah,aktiviti-aktiviti pengindahan sekolah dan cara-cara menjayakanya.

(48 patah perkataan)

Isi 1Ayat Isi : Usaha mendapatkan kerjasama semua warga sekolah.Ayat Huraian/Contoh : Siapakah warga sekolah yang mesti terlibat?

Apakah contoh aktiviti-aktiviti keceriaan? Di manakan tempat-tempat sasaran?

Ayat Kesan/Ayat Kesimpulan : Apakah kesan setelah aktiviti-aktiviti itu dilaksanakan?

Usaha yang paling penting adalah merancang bagi mendapatkan kerjasama semua warga sekolah selain daripada ahli-ahli Kelab Keceriaan sendiri.Semua pelajar dikehendaki membersihkan bilik darjah masing-masing.Di samping itu,kelas-kelas perlu dihias indah.Papan kenyataan yang usang perlu diganti dengan yang baru dan dilekatkan dengan poster,keratan akhbar,lukisan dan karya pelajar serta bahan-bahan bacaan umum yang sesuai.Para pekerja sekolah perlu menjalankan tugas masing-masing seperti menyapu sampah,berkebun,mencuci longkang dan seumpamanya.Guru-guru pula perlu memantau keceriaan sekolah supaya tidak dirosakkan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.Tegasnya,setiap warga sekolah perlu bertanggungjawab dengan peranan masing-masing.

( 92 patah perkataan )

Isi 2 :Ayat Isi : Aktiviti-aktiviti pengindahan kawasan sekolah.Ayat Huraian/Contoh : Siapakah akan mengeluarkan kos dan memberikan sumbangan?Ayat kesan/Ayat Kesimpulan :Apakah kesan pengindahan kawasan sekolah?

Aktiviti yang kedua ialah pengindahan kawasan sekolah.Selain dana daripada kelab,pelajar-pelajar lain boleh menyumbang bahan-bahan terpakai untuk menjayakan projek.Aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk tujuan pengindahan kawasan sekolah adalah membina kolam ikan,melabelkan semua pokok dan tumbuh-tumbuhan di kawasan sekolah

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 2: Modul Penulisan Halustikal

2

dan membina sebuah pondok bacaan.Bahan-bahan terpakai yang diperoleh secara percuma dapat mengurangkan kos.Antaranya seperti tayar lama,papan,pasu bunga dan banyak lagi.Malahan Kelab Kemahiran Hidup akan membantu dan menyediakan bahan-bahan seperti kayu,jaring dan simen.Hal ini demikian dapat mengindahkan kawasan sekolah.

( 83 patah perkataan )

Isi 3Ayat Isi : Cara-cara untuk menjayakan aktiviti-aktiviti membina kolam dan

pondok bacaan.Ayat huraian/Contoh : Siapakah yang akan melaksanaknya?

Bagaimanakah cara-caranya?

Ayat Kesan/Ayat Kesimpulan : Apakah kesannya setelah cara-cara itu berjaya?

Bagi menjayakan aktiviti membina kolam,semua ahli kelab telah bersetuju membawa ikan untuk dimasukkan ke dalam kolam.Untuk membina kolam pula,bapa salah seorang ahli kelab telah berjanji untuk membiayainya secara percuma.Pondok bacaan pula akan dibina oleh ahli-ahli kelab sebagai salah satu projek tahunan kelab.Pondok bacaan ini dapat dijadikan sebagai sudut bagi pelajar-pelajar menelaah pelajaran pada waktu rehat atau semasa ketiadaan guru di kelas.Kesimpulannya,semua aktiviti boleh dijayakan oleh pelajar-pelajar sendiri.

( 72 patah perkataan)

Penutup1. Nyatakan semua isi yang telah diberi.2. Bei harapan.

Setiap usaha pasti membuahkan kejayaan.Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh Kelab Keceriaan pasti berjaya membantu pihak sekolah bertanding dalam Pertandingan Sekolah Terindah peringkat daerah.Kerjasama semua warga sekolah amat dihargai.Semoga penat lelah mereka mencapai kejayaan.

( 30 patah perkataan)

* Jumlah perkataan keseluruhan : 325 patah perkataan.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 3: Modul Penulisan Halustikal

3

MODUL LATIHAN MURID

SOALAN : Sekolah anda terpilih menyertai Pertandingan Sekolah Terindah di peringkat negeri.Selaku Pengerusi Kelab Keceriaan,jelaskan aktiviti-aktiviti pengindahan kawasan sekolah untuk pertandingan tersebut.

Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist, Ipoh telah terpilih untuk menyertai __________________________________________.Selaku Pengerusi Kelab Keceriaan,saya telah berbincang dengan guru penasihat tentang aktiviti-aktiviti pengindahan kawasan sekolah yang akan dilaksanakan oleh ahli-ahli kelab.Perbincangan kami menyentuh tentang mendapatkan kerjasama semua warga sekolah untuk menceriakan sekolah,aktiviti-aktiviti pengindahan sekolah dan cara-cara menjayakannya.

Usaha yang paling penting adalah merancang bagi mendapatkan ______________________ selain daripada ahli-ahli Kelab Keceriaan sendiri.Semua pelajar dikehendaki membersihkan bilik darjah masing-masing.Di samping itu,kelas-kelas perlu dihias indah._________________________ perlu diganti dengan yang baru dan dilekatkan dengan poster,keratan akhbar,lukisan dan karya pelajar serta bahan-bahan bacaan umum yang sesuai._________________________ perlu menjalankan tugas masing-masing seperti menyapu sampah,berkebun,mencuci longkang dan seumpamanya.Guru-guru pula perlu memantau keceriaan sekolah supaya tidak dirosakkan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.Tegasnya,setiap warga sekolah perlu bertanggungjawab dengan peranan masing-masing.

Aktiviti yang kedua ialah_____________________________.Selain dana daripada kelab,pelajar-pelajar lain boleh menyumbang bahan-bahan terpakai untuk menjayakan projek.Aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk tujuan pengindahan kawasan sekolah adalah membina kolam ikan,melabelkan semua pokok dan tumbuh-tumbuhan di kawasan sekolah dan membina sebuah pondok bacaan.Bahan-bahan terpakai yang diperoleh secara percuma dapat mengurangkan kos.Antaranya seperti tayar lama,papan,pasu bunga dan banyak lagi.Malahan Kelab Kemahiran Hidup akan membantu dan menyediakan bahan-bahan seperti kayu,jaring dan simen.Hal ini demikian _______________________________________.

Bagi menjayakan aktiviti membina kolam,semua ahli kelab telah bersetuju membawa ikan untuk dimasukkan ke dalam kolam.Untuk membina kolam pula,bapa salah seorang ahli kelab telah berjanji untuk membiayainya secara percuma.Pondok bacaan pula akan dibina oleh ahli-ahli kelab sebagai salah satu projek tahunan kelab.Pondok bacaan ini dapat dijadikan _________________________menelaah pelajaran pada waktu rehat atau semasa ketiadaan guru di kelas.Kesimpulannya,semua aktiviti boleh dijayakan oleh pelajar-pelajar sendiri.

_____________________________membuahkan kejayaan.Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh Kelab Keceriaan pasti berjaya membantu pihak sekolah bertanding dalam Pertandingan Sekolah Terindah peringkat daerah.Kerjasama semua warga sekolah amat dihargai.Semoga penat lelah mereka mencapai kejayaan.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 4: Modul Penulisan Halustikal

4

MODUL 2

PANDUAN GURUContoh Karangan : Kerangka Dan Perenggan LengkapSoalan :Pencemaran alam sekitar kian menjadi ancaman kepada kehidupan manusia pada hari ini.Sebagai masyarakat yang prihatin, bincangkan langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

Jawapan:Pendahuluan: (Salin kembali penyataan soalan): Jika pernyataan terlalu ringkas, salin penyataan, diikuti dengan idea tambahan (sekurang-kurangnya 1 ayat) kemudian tutup dengan kehendak tugasan.

Contoh PendahuluanPada hari ini, pencemaran alam sekitar kian menjadi ancaman kepada kehidupan manusia. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Alam sekitar yang tercemar memberikan kita pelbagai masalah seperti masalah kesihatan dan rasa kurang selesa. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita haruslah mengambil langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar. (53 patah perkataan)

Ayat isi : Langkah pencegahan bermula dengan keluargaAyat huraian/contoh : Siapakah yang bertanggungjawab untuk memberi pendidikan di rumah?Ayat huraian : Bagaimanakah cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam mendidik anak mereka?Ayat kesan : Apakah kesan yang boleh dilihat daripada pendidikan tersebut?Ayat kesimpulan : Kaitkan dengan kehendak soalan.

Contoh Perenggan isi 1Langkah paling penting bagi mengatasi pencemaran alam sekitar adalah bermula

dengan keluarga. Ibu bapa hendaklah memberi pendidikan kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Mereka hendaklah menunjukkan contoh yang baik. Misalnya, sampah tidak dibuang di merata-rata tempat tetapi dibuang ke dalam tong sampah. Kanak-kanak mestilah diajar untuk membuang sampah dengan betul. Mereka juga boleh diajar tentang kepentingan kitar semula. Kesannya mereka akan mempunyai kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Dengan cara itu, mereka akan membesar dengan kesedaran menjaga alam sekitar.

(77 patah perkataan)

Ayat isi : Langkah kedua/seterusnya ialah kempen oleh pihak kerajaan melelui media massa.Ayat huraian/contoh : Siapakah golongan sasaran bagi kempen ini?Ayat huraian : Bagaimanakah cara yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menyampaikan kempen tersebut?Ayat kesan : Apakah kesan yang boleh dilihat daripada kempen itu?Ayat kesimpulan : Kaitkan dengan kehendak soalan.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 5: Modul Penulisan Halustikal

5

Contoh Perenggan isi 2Langkah kedua bagi mengatasi pencemaran alam sekitar boleh dilakukan oleh pihak kerajaan. Kempen kesedaran ini boleh difokuskan terhadap golongan muda terutama yang masih berada di bangku sekolah kerana golongan inilah yang akan mewarisi alam sekitar kita. Kempen ini boleh dijalankan menerusi media massa dan teknologi maklumat seperti melalui televisyen, surat khabar , internet. Kerajaan boleh juga menyiarkan lagu-lagu yang bertemakan cinta akan alam sekitar. Kesannya, golongan muda akan terikut-ikut sama menyanyikan lagu tersebut. Intihanya, langkah tersebut akan mewujudkan kesedaran menjaga alam sekita daripada tercemar. (84 patah perkataan)

Ayat isi : Langkah pencegahan boleh dilakukan oleh pihak kerajaan melalui tindakan tegas/hukuman/denda.Ayat isi/Contoh : Apakah kesalahan pencemaran alam sekitar yang boleh menyebabkan tindakan tegas diambil terhadap pesalah?Ayat huraian : Bagaimanakah cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini?Ayat kesan : Apakah kesan yang boleh dilihat menerusi cara ini?Ayat Kesimpulan :

Contoh Perenggan isi 3Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar ialah pihak kerajaan perlu bertindak tegas terhadap pesalah. Contohnya mereka yang melepaskan asap kotor di udara dan membuang toksik / sisa bahan kilang ke dalam sungai. Tindakan tegas ini boleh dilakukan menerusi menguatkuasakan undang-undang terutama meningkatkan aspek dendaan dan hukuman penjara kepada pesalah. Rakyat negara ini pasti akan berasa takut apabila mendengar bahawa hukuman mencemarkan alam begitu berat sehingga mereka tidak lagi berani mencemarkan alam. Jadi, kerajaan perlu mengawal pencemaran alam dengan mengetatkan peraturan yang sedia ada. (84 patah perkataan)Penutup:

1. Mulakan dengan peribahasa : Cintailah alam sekitar + kehendak soalan2. Nyatakan isi yang telah diberi3. Beri cadangan4. Beri harapan

Perenggan Penutup“Cintailah alam sekitar”. Langkah-langkah yang telah diambil seperti didikan awal oleh ibu bapa, kempen kesedaran oleh kerajaan dan tindakan tegas terhadap pesalah yang mencemarkan alam sekitar sangat penting bagi menjaga alam sekitar kita. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita hendaklah bekerjasama mengatasi pencemaran alam. Alam yang indah dan bersih diharap menjadikan hidup kita lebih sihat dan gembira. (56 patah perkataan)

Jumlah perkataan 354 patah perkataan

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 6: Modul Penulisan Halustikal

6

MODUL LATIHAN MURID

Soalan :Pencemaran alam sekitar kian menjadi ancaman kepada kehidupan manusia pada hari ini.

Sebagai masyarakat yang prihatin, bincangkan langkah-langkah untuk mengatasi

pencemaran alam sekitar.

Jawapan:

Pada hari ini, pencemaran alam sekitar kian menjadi ancaman kepada kehidupan

manusia. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian manusia,

haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Alam sekitar yang tercemar memberikan kita pelbagai

masalah seperti masalah kesihatan dan rasa kurang selesa. Sebagai masyarakat yang prihatin,

kita haruslah mengambil langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

Langkah paling penting bagi mengatasi pencemaran alam sekitar

___________________________ . Ibu bapa hendaklah memberi pendidikan kepada anak-

anak sejak dari kecil lagi. Mereka hendaklah_____________________________________.

Misalnya, sampah tidak dibuang di merata-rata tempat tetapi dalam tong sampah. Kanak-

kanak mestilah diajar untuk membuang sampah dengan betul. Mereka juga boleh diajar

tentang kepentingan kitar semula. Kesannya,_____________________________________ .

Dengan cara itu, mereka akan membesar dengan kesedaran menjaga alam sekitar.

Langkah kedua bagi mengatasi pencemaran alam sekitar boleh

dilakukan______________________________. Kempen kesedaran ini boleh difokuskan

_________________________________________________kerana golongan inilah yang

akan mewarisi alam sekitar kita. Kempen ini boleh dijalankan menerusi media massa dan

teknologi maklumat seperti melalui televisyen, surat khabar , internet. Kerajaan boleh juga

menyiarkan__________________________________. Kesannya, golongan muda

akan____________________________________________. Intihanya, langkah tersebut akan

mewujudkan kesedaran menjaga alam sekita daripada tercemar.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar ialah pihak kerajaan perlu

bertindak tegas terhadap pesalah.

Contohnya,___________________________________________________________.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 7: Modul Penulisan Halustikal

7

Tindakan tegas ini boleh dilakukan menerusi

_____________________________________________________________________.Rakyat

negara ini pasti akan __________________________________________________Jadi,

kerajaan perlu mengawal pencemaran alam dengan mengetatkan peraturan yang sedia ada.

“Cintailah alam sekitar”. Langkah-langkah yang telah diambil

seperti___________________________________________________________________.

Sebagai masyarakat yang prihatin, kita hendaklah bekerjasama mengatasi pencemaran alam.

Alam yang indah dan bersih menjadikan hidup kita lebih sihat dan gembira.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 8: Modul Penulisan Halustikal

8

MODUL 3

PANDUAN GURU

Contoh Karangan : Kerangka Dan Perenggan Lengkap

Soalan:

Masalah tanah runtuh kerap berlaku di negara ini. Kejadian tersebut bukan sahaja boleh

merosakkan harta benda malah boleh meragut nyawa. Jelaskan punca yang menyebabkan

berlakunya tanah runtuh..

Jawapan:

Pendahuluan: (salin kembali penyataan soalan) : Jika penyataan terlalu ringkas, salin

penyataan, diikuti dengan idea tambahan (sekurang-kurangnya 1 ayat)

kemudian tutup dengan kehendak tugasan.

Masalah tanah runtuh kerap berlaku di negara ini. Kejadian tersebut bukan sahaja boleh

merosakkan harta benda malah boleh meragut nyawa. Kejadian tanah runtuh bermaksud

kawasan tanah di lereng bukit dan  gunung jatuh atau menggelongsor. Tanah runtuh

mengakibatkan kemusnahan dan mengancam keselamatan manusia. Kejadian tanah runtuh

misalnya pernah berlaku di Bukit Antarabangsa yang telah mengorbankan nyawa penduduk di

situ. Terdapat pelbagai punca berlakunya kejadian tanah runtuh di negara ini.

(64 patah perkataan)

Isi 1

Ayat isi : Aktiviti pembangunan yang dilaksanakan di lereng-lereng

bukit.

Ayat huraian / contoh : Apakah contoh aktiviti pembangunan tersebut? (1/2 ayat)

Ayat huraian : Bagaimana aktiviti ini dijalankan.?

(1/2 ayat)

Ayat kesan : Apakah kesannya kepada dikawasan lereng bukit?

Kesimpulan : (1 ayat)

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 9: Modul Penulisan Halustikal

9

Kejadian tanah runtuh berpunca daripada aktiviti pembangunan yang dilaksanakan di

lereng-lereng bukit. Aktiviti pembangunan tersebut seperti mendirikan rumah kediaman atau

kegiatan pertanian. Aktiviti ini menyebabkan pokok-pokok di lereng bukit ditebang dan

tumbuhan tutup bumi dibersihkan. Kesannya, air hujan akan mengalir dengan deras di

kawasan lereng bukit tersebut. Keadaan ini akan menyebabkan tanah dengan mudah dibawa

oleh arus air yang mengalir deras dan mengakibatkan kejadian tanah runtuh berlaku.

(67 patah perkataan)

Isi 2

Ayat isi : Penebangan hutan / pokok yang tidak terkawal. (1 ayat)

Ayat huraian : Siapa yang menebang hutan? (1/2 ayat)

Ayat contoh : Apakah kesan terhadap penebangan hutan yang tidak terkawal?

(1/2 ayat)

Ayat huraian : Bagaimana boleh berlaku tanah runtuh?.

Ayat kesan : Contoh kejadian tanah runtuh di negara kita

(1/2 ayat)

Ayat kesimpulan : (1 ayat)

Kejadian tanah runtuh juga berlaku apabila pokok-pokok atau hutan ditebang dengan

tidak terkawal. Perbuatan ini dilakukan oleh syarikat-syarikat pembalakan terutama yang

dijalankan oleh pembalak haram. Penebangan yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya

tanah runtuh semasa hujan turun dengan lebat. Hal ini kerana struktur tanah menjadi longgar

setelah akar-akar pokok yang mengikat tanah dicabut dan dimusnahkan menerusi penebangan

yang tidak terkawal. Kejadian tanah runtuh telah menyebabkan sebuah perkampungan orang

asli di Kuala Dipang, Perak musnah. Kerakusan manusia untuk mendapat kekayaan telah

mengakibatkan penderitaan kepada manusia yang lain.

(84 patah perkataan)

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 10: Modul Penulisan Halustikal

10

Isi 3

Ayat isi : Tanah runtuh juga terjadi akibat kejadian gempa bumi.

(1 ayat)

Ayat huraian / contoh : Apakah contoh gempa bumi yang pernah berlaku di Malaysia?

(1/2 ayat)

Ayat Kesan : Apakah kesan gempa bumi? (1/2 ayat)

Ayat huraian : Bagaimana kaitan gegaran dengan tanah runtuh?

Ayat Kesimpulan : (1 ayat)

Kejadian tanah runtuh yang lebih besar terjadi akibat kejadian gempa bumi. Walaupun

Malaysia tidak mengalami kejadian gempa bumi, negara jiran seperti Indonesia telah

mendapat akibatnya. Gempa bumi akan mengakibatkan gegaran di muka bumi. Gegaran ini

menyebabkan struktur bumi menjadi lemah. Gegaran yang kuat, walaupun dalam masa yang

singkat telah menyebabkan kejadian tanah runtuh yang besar. Gempa bumi telah

mengakibatkan pelbagai kemusnahan .

(61 Patah perkataan)

Penutup:

1. Mulakan dengan perkataan kesimpulannya + kesan tanah runtuh.

2. Nyatakan langkah yang boleh diambil untuk mengtasi tanah runtuh

3. Ayat huraian langkah mengatasi

4. Ayat penyimpul dengan slogan mencegar lebih baik daripada mengubati

Kesimpulannya, kejadian tanah runtuh telah mengakibatkan banyak kemusnahan harta

benda dan kehilangan nyawa. Oleh itu, kita perlu bersiap sedia untuk mengatasi masalah ini. 

Pihak berkuasa perlu mengawal kegiatan-kegiatan manusia yang boleh menyebabkan kejadian

tanah runtuh. Pihak yang melakukan kegiatan yang memungkinkan berlakunya tanah runtuh

perlu diambil tindakan yang tegas supaya tidak mengulangi perbuatan mereka. Sebaik-

baiknya kita hendaklah mencegah kegiatan ini kerana mencegah itu lebih baik daripada

mengubati.

(65 patah perkataan)

Jumlah perkataan keseluruhan;341 patah perkataan.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 11: Modul Penulisan Halustikal

11

MODUL LATIHAN PELAJAR

Soalan:

Masalah tanah runtuh kerap berlaku di negara ini. Kejadian tersebut bukan sahaja boleh

merosakkan harta benda malah boleh meragut nyawa. Jelaskan punca yang menyebabkan

berlakunya tanah runtuh.

Jawapan

Masalah tanah runtuh kerap berlaku di negara ini. Kejadian tersebut bukan sahaja

boleh merosakkan harta benda malah boleh meragut nyawa. Kejadian tanah runtuh bermaksud

kawasan tanah di lereng bukit dan  gunung jatuh atau menggelongsor. Tanah runtuh

mengakibatkan kemusnahan dan mengancam keselamatan. Kejadian tanah runtuh misalnya

pernah berlaku di Bukit Antarabangsa yang telah mengorbankan nyawa penduduk di situ.

Terdapat pelbagai punca berlakunya kejadian tanah runtuh di negara ini.

(64 patah perkataan)

Kejadian tanah runtuh berpunca daripada __________________________________

__________________________________. Aktiviti pembangunan tersebut seperti

_____________________ atau kegiatan pertanian. Aktiviti ini menyebabkan pokok-pokok di

lereng bukit ditebang dan tumbuhan tutup bumi dibersihkan. Kesannya, ________________

______________________________________________. Keadaan ini akan menyebabkan

tanah dengan mudah dibawa oleh arus air yang mengalir deras dan mengakibatkan kejadian

tanah runtuh berlaku.

(67 patah perkataan)

Kejadian tanah runtuh juga berlaku apabila __________________________

________________________________terkawal. Perbuatan ini dilakukan oleh

______________________________________ terutama yang dijalankan oleh pembalak

haram. Penebangan yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya

_______________________________________ Hal ini kerana __________________

__________ setelah akar-akar pokok yang mengikat tanah dicabut dan dimusnahkan

menerusi penebangan yang tidak terkawal. Kejadian tanah runtuh telah menyebabkan sebuah

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 12: Modul Penulisan Halustikal

12

perkampungan orang asli di Kuala Dipang, Perak musnah. Kerakusan manusia untuk

mendapat kekayaan telah _____________________________________________.

(84 patah perkataan)

Kejadian tanah runtuh yang lebih besar ________________________________.

Walaupun Malaysia tidak mengalami kejadian gempa bumi, negara jiran seperti Indonesia

telah mendapat akibatnya. Gempa bumi akan _______________________________. Gegaran

ini menyebabkan struktur bumi menjadi lemah. Gegaran yang kuat, walaupun dalam masa

yang singkat telah __________________________________________. Gempa bumi telah

mengakibatkan pelbagai kemusnahan .

(61 Patah perkataan)

Kesimpulannya, _________________________________________________ harta

benda dan kehilangan nyawa. Oleh itu, kita perlu bersiap sedia untuk mengatasi masalah ini. 

Pihak berkuasa perlu ________________________________________ yang boleh

menyebabkan kejadian tanah runtuh. Pihak yang melakukan kegiatan yang memungkinkan

berlakunya tanah runtuh perlu diambil tindakan yang tegas supaya tidak mengulangi

perbuatan mereka. Sebaik-baiknya kita hendaklah____________________________

___________________________________________________.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 13: Modul Penulisan Halustikal

13

MODUL 4

Tema : Sukan

PANDUAN GURUSoalan:Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita sungguh mendukacitakan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Belia dan Sukan dengan dibantu oleh persatuan-persatuan sukan hendaklah menyusun beberapa strategi dalam usaha mengembalikan mutu sukan di negara ini. Bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi meningkatkan mutu sukan negara.

Karangan Contoh

Pendahuluan (Teknik menulis pendahuluan: Salin kembali pernyataan soalan. Jika pernyataan terlalu ringkas, salin pernyataan diikuti dengan idea tambahan (sekurang-kurangnya satu ayat), kemudian tutup dengan kehendak tugasan.) ‘Pasukan bola sepak antara kontinjen yang akan pulang awal dari Sukan Asia di Doha.’ Kenyataan tersebut adalah sebahagian daripada reaksi mudah terhadap kelemahan pasukan bola sepak negara di persada antarabangsa. Berdasarkan kedudukan FIFA, pasukan bola sepak Malaysia berada di tangga ke-159. Tangga corot tersebut membuktikan bahawa ngauman bola sepak negara semakin tidak bertaring dan tidak berkuku. Jika dalam dekad 70-an dan 80-an, Malaysia sering digeruni sebagai pasukan terkuat di Asia, kini segala-galanya telah berlalu .Sebenarnya badi yang mula menimpa pasukan bola sepak kebangsaan mula merebak kepada beberapa pasukan sukan yang lain seperti olahraga, renang dan badminton juga. Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil untuk mengembalikan maruah sukan tanah air.

Isi 1Ayat isi : menerapkan unsur patriotik yang kukuh untuk meningkatkan mutu sukan negara Ayat huraian : Apakah sebab semangat patriotik perlu dipupuk dalam kalangan atlet? (1-2 ayat)Ayat huraian/contoh: Siapakah tokoh sukan negara yang pernah mengharumkan nama negara? (1-2 ayat)Ayat kesimpulan : Apakah kesan pemupukan semangat patriotik kepada ahli sukan? Salah satu usaha penting ialah pihak terbabit dan persatuan-persatuan sukan hendaklah menerapkan unsur patriotik yang kukuh untuk meningkatkan mutu sukan negara. Hal ini demikian kerana para pemain Malaysia kini sudah tidak patriotik lagi. Mereka bermain untuk pasukan negara sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’. Mereka lebih mengutamakan kepentingan diri daripada kepentingan negara. Para pemain dekad 70-an dan 80-an seperti Datuk Soh Chin Aun, Santokh Singh dan Allahyarham Mokhtar Dahari dalam sukan bola sepak serta Rabuan Pit, Marina Chin dan Datuk Dr M. Jegathesan dalam sukan olahraga membuktikan bahawa Malaysia tidak kurang hebatnya di persada antarabangsa, namun semangat melonjakkan nama negara di persada antarabangsa melalui sukan semakin pudar dalam kalangan ahli sukan negara sejak akhir-akhir ini. Oleh itu, pemupukan semangat partiotik dalam kalangan atlet negara dapat meningkatkan keyakinan atlet seterusnya mutu sukan negara dapat diletakkan pada landasan yang sepatutnya.

Isi 2Ayat isi : memastikan kebajikan pasukan sukan negara terjaga dengan baik

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 14: Modul Penulisan Halustikal

14

Ayat huraian : Apakah tindakan KBS yang wajar? (1-2 ayat)Ayat huraian/contoh : Siapakah yang harus dititikberatkan? (1-2 ayat)Ayat kesimpulan : Apakah kesan positif kepada pemain yang terjaga kebajikan mereka kepada ahli sukan?

Sebagai kementerian yang berkuasa penuh terhadap kemajuan sukan negara, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hendaklah memastikan kebajikan pasukan sukan negara terjaga dengan baik demi mencapai kecemerlangan dalam sukan terutama di peringkat antarabangsa. Dalam hal ini, KBS harus bertegas dengan menggubal suatu dasar baru yang lebih komprehensif tentang matlamat dan hala sukan negara. Bukan sumber kewangan yang banyak sahaja disuntik ke dalam organisasi sukan, sebaliknya prestasi sukan dan pemain perlu diutamakan. Oleh itu, KBS wajar memandang serius kebajikan ahli sukan, bukannya pegawai sukan dan orang kuat persatuan sukan. Sikap ‘melebihkan mangkuk daripada sudu’ boleh memudarkan semangat juang para peserta sukan. Sekiranya kebajikan pasukan sukan negara terjaga, nescaya prestasi mereka akan turut menyerlah di peringkat antarabangsa.

Isi 3Ayat isi : pemilihan jurulatih sukan yang bersifat jangka panjang dan pelbagai Ayat huraian : Mengapakah pemilihan jurulatih penting? (1-2 ayat)Ayat huraian/contoh : Apakah aspek latihan sukan yang harus diutamakan? (1-2 ayat)Ayat kesimpulan : Apakah faedah latihan fizikal dan stamina kepada pencapaian sukan negara?

Selain itu, pemilihan jurulatih sukan yang bersifat jangka panjang dan pelbagai dapat meningkatkan mutu sukan negara. Hal ini kerana tidak mungkin seseorang jurulatih mampu melatih semua aspek kemahiran dalam tempoh yang tertentu. Jurulatih yang diupah hendaklah mampu meningkatkan ketahanan fizikal dan kemahiran pasukan sukan negara. Faktor stamina dan kemahiran yang tidak seimbang boleh melunturkan keyakinan atlet kita serta melemahkan semangat juang mereka Oleh itu, pembangunan kemahiran dan stamina ahli sukan negara amat penting kerana kedua-dua faktor tersebut merupakan modal besar jika mahu berjaya.

Isi 4Ayat isi : mencungkil bakat-bakat baru wajar dilaksanakan oleh KBS dan persatuan sukan tanah airAyat huraian : Mengapakah usaha ini harus dilakukan? (1-2 ayat)Ayat huraian/contoh : Apakah usaha mencari bakat baru sukan yang pernah dilakukan? (1-2 ayat)Ayat kesimpulan : Apakah tindakan oleh KBS?

Seterusnya usaha mencungkil bakat-bakat baru wajar dilaksanakan oleh KBS dan persatuan sukan tanah air. Hakikatnya sikap suka bergantung pada seorang dua yang menyerlah tidak boleh dijadikan sandaran. Hal ini demikian kerana bidang sukan sememangnya tidak dapat lari daripada diburu usia dan kudrat yang semakin terhad. Contohnya, langkah pasukan MyTeam yang berusaha mencari bakat baru dalam pasukan bola sepak harus menjadi inspirasi kepada pasukan sukan yang lain untuk melaksanakan pelbagai pendekatan bagi mencari bakat-bakat baru. Oleh pihak KBS hendaklah lebih banyak menubuhkan akademi sukan yang dapat membentuk pelatih pelapis. Usaha mencari bakat-bakat baru dalam bidang sukan harus dilakukan, bak kata ‘sediakan payung sebelum hujan’.

Isi 5Ayat isi : Para atlet sendiri hendaklah mempunyai wawasan sendiri untuk mencapat tahap tertinggi

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 15: Modul Penulisan Halustikal

15

Ayat huraian : Apakah wawasan atlet? (1-2 ayat)Ayat huraian/contoh : Siapakah tokoh-tokoh sukan yang boleh menjadi inspirasi? (1-2 ayat)Ayat kesimpulan : Apakah kesan atlet yang berwawasan tinggi?

Para atlet sendiri hendaklah mempunyai wawasan sendiri untuk mencapai tahap tertinggi. Inspirasi yang ditunjukkan oleh jaguh-jaguh sukan dunia seperti Ronaldhinho, Michael Schumacher dan sebagainya hendaklah menjadi cabaran besar kepada mereka. Di negara kita sendiri beberapa personaliti sukan seperti Shalin Zulkifli dan Nicol Ann David boleh dijadikan ikon atlet yang berjaya. Kejayaan mereka yang banyak ditunjangi oleh daya usaha sendiri dan sokongan keluarga mereka wajar dijadikan contoh.Dalam hal ini persatuan-persatuan sukan perlulah berusaha memberikan motivasi dan sokongan kepada atlet untuk berjaya dalam bidang masing-masing. Namun wawasan atlet sendiri untuk mencapai tahap yang tertinggi dapat memulihkan mutu sukan negara. Oleh itu, kejayaan atlet terletak pada kesungguhan atlet sendiri bak kata pepatah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.’

PenutupTeknik menulis penutup: Mulakan dengan peribahasa ‘sudah terang lagi bersuluh’.Kemudian nyatakan kehendak tugasan. Nyatakan cadangan/harapan terhadap tema yang dibincangkan.)

Kesimpulannya, pelbagai langkah yang dirancang dan dilaksanakan dengan berkesanakan dapat memulihkan mutu sukan negara kita. Kita yakin prestasi sukan negara tidaklah seburuk seperti yang dipersembahkan sekarang. Masih ada ruang yang boleh diperbaik untuk mengembalikan imej negara di persada antarabangsa terutama dalam beberapa acara sukan yang tertentu. Semuanya hendaklah bermula secara terancang seperti ‘mengaji daripada alif, membilang daripada esa, kata berpangkal dan hujan berpokok.’

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 16: Modul Penulisan Halustikal

16

MODUL LATIHAN MURID

Soalan:Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita sungguh mendukacitakan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Belia dan Sukan dengan dibantu oleh persatuan-persatuan sukan hendaklah menyusun beberapa strategi dalam usaha mengembalikan mutu sukan di negara ini. Bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi meningkatkan mutu sukan negara.

Jawapan

‘Pasukan bola sepak antara kontinjen yang akan pulang awal dari Sukan Asia di Doha.’ Kenyataan tersebut adalah sebahagian daripada reaksi mudah terhadap kelemahan pasukan bola sepak negara di persada antarabangsa. Berdasarkan kedudukan FIFA, pasukan bola sepak Malaysia berada di tangga ke-159. Tangga corot tersebut membuktikan bahawa ngauman bola sepak negara semakin tidak bertaring dan tidak berkuku. Jika dalam dekad 70-an dan 80-an, Malaysia sering digeruni sebagai pasukan terkuat di Asia, kini segala-galanya telah berlalu .Sebenarnya badi yang mula menimpa pasukan bola sepak kebangsaan mula merebak kepada beberapa pasukan sukan yang lain seperti olahraga, renang dan badminton juga. Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil untuk mengembalikan maruah sukan tanah air.

Salah satu usaha penting ialah pihak terbabit dan persatuan-persatuan sukan hendaklah menerapkan unsur patriotik yang kukuh untuk meningkatkan mutu sukan negara. Hal ini demikian kerana para pemain Malaysia kini sudah ……………………………………. Mereka bermain untuk pasukan negara sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’. Mereka lebih mengutamakan ……………………… daripada kepentingan negara. Para pemain dekad 70-an dan 80-an seperti Datuk Soh Chin Aun, …………………….. dan Allahyarham Mokhtar Dahari dalam sukan bola sepak serta ……………………….., Marina Chin dan Datuk Dr M. Jegathesan dalam sukan olahraga membuktikan bahawa Malaysia tidak kurang hebatnya di persada antarabangsa, namun semangat melonjakkan nama negara di …………………………………. melalui sukan semakin pudar dalam kalangan ahli sukan negara sejak akhir-akhir ini. Oleh itu, pemupukan semangat patriotik dalam kalangan atlet negara dapat ………………………………………. seterusnya mutu sukan negara dapat diletakkan pada landasan yang sepatutnya.

Sebagai kementerian yang berkuasa penuh terhadap kemajuan sukan negara, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hendaklah memastikan kebajikan pasukan sukan negara terjaga dengan baik demi mencapai ………………………………………. terutama di peringkat antarabangsa. Dalam hal ini, KBS harus bertegas dengan ……………………………………………………………… tentang matlamat dan hala sukan negara. Bukan sumber kewangan yang banyak sahaja disuntik ke dalam organisasi sukan, sebaliknya prestasi sukan dan ………………………. perlu diutamakan. Oleh itu, KBS wajar memandang serius kebajikan ahli sukan, bukannya pegawai sukan dan orang kuat persatuan sukan. Sikap ‘melebihkan mangkuk daripada sudu’ boleh memudarkan semangat juang para peserta sukan. Sekiranya kebajikan pasukan sukan negara terjaga, nescaya ……………………………………………………………di peringkat antarabangsa.

Selain itu, pemilihan jurulatih sukan yang bersifat jangka panjang dan pelbagai dapat meningkatkan mutu sukan negara. Hal ini kerana tidak mungkin seseorang jurulatih mampu ………………………………………………………….. Jurulatih yang diupah hendaklah mampu meningkatkan ………………………………….. dan …………………………….. pasukan sukan negara. Faktor stamina dan kemahiran yang tidak seimbang boleh melunturkan keyakinan atlet kita serta melemahkan semangat juang mereka Oleh itu, pembangunan kemahiran dan stamina ahli sukan negara amat penting kerana kedua-dua faktor tersebut merupakan …………………………………… jika mahu berjaya.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 17: Modul Penulisan Halustikal

17

Seterusnya usaha mencungkil bakat-bakat baru wajar dilaksanakan oleh KBS dan persatuan sukan tanah air.. Hakikatnya sikap suka bergantung pada seorang dua yang menyerlah tidak boleh dijadikan sandaran. Hal ini demikian kerana bidang sukan sememangnya tidak dapat lari daripada ………………………………. dan …………………………………. Contohnya, langkah pasukan MyTeam yang berusaha mencari bakat baru dalam pasukan ……………………………………. harus menjadi inspirasi kepada pasukan sukan yang lain untuk melaksanakan pelbagai pendekatan bagi mencari bakat-bakat baru. Oleh pihak KBS hendaklah lebih banyak menubuhkan ………………………………………………….. Usaha mencari bakat-bakat baru dalam bidang sukan harus dilakukan, bak kata pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’.

Para atlet sendiri hendaklah mempunyai wawasan sendiri untuk mencapai tahap tertinggi. Inspirasi yang ditunjukkan oleh ……………………………………….. seperti Ronaldhinho, Michael Schumacher dan sebagainya hendaklah menjadi cabaran besar kepada mereka. Di Negara kita sendiri beberapa personaliti sukan seperti Shalin Zulkifli dan ………………………………. boleh dijadikan ikon atlet yang berjaya. Kejayaan mereka yang banyak ditunjangi oleh daya usaha sendiri dan sokongan keluarga mereka wajar dijadikan contoh. Dalam hal ini persatuan-persatuan sukan perlulah berusaha memberikan motivasi dan sokongan kepada atlet untuk berjaya dalam bidang masing-masing. Namun wawasan atlet sendiri untuk mencapai …………………………………….. dapat memulihkan mutu sukan negara. Oleh itu, kejayaan atlet terletak pada …………………………………….. kata pepatah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.’

Kesimpulannya, pelbagai langkah yang dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan akan dapat memulihkan mutu sukan negara kita. Kita yakin prestasi sukan negara tidaklah seburuk seperti yang dipersembahkan sekarang. Masih ada ruang yang boleh diperbaik untuk ………………………………………….. di persada antarabangsa terutama dalam beberapa acara sukan yang tertentu. Semuanya hendaklah bermula secara terancang seperti ‘mengaji daripada alif, membilang daripada esa, kata berpangkal dan hujan berpokok.’

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 18: Modul Penulisan Halustikal

18

MODUL 5

PANDUAN GURU

TEMA: Amalan Nilai Murni

Soalan:

Amalan nilai- nilai murni amat penting dalam konteks negara Malaysia yang pelbagai

kaum dan agama.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan nilai- nilai murni yang perlu diamalkan oleh

rakyat Malaysia.

Jawapan:

Pendahuluan: (salin pernyataan soalan): Jika pernyataan terlalu ringkas, salin

pernyataan, diikuti dengan idea tambahan ( sekurang- kurangnya 1 ayat) kemudian

tutup dengan kehendak tugasan.

Amalan nilai- nilai murni amat penting dalam konteks Negara Malaysia yang

pelbagai kaum dan agama. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir rakyat yang

masih kurang mengamalkan nilai- nilai murni dalam kehidupan mereka. Jika amalan

ini kurang diamalkan, rakyat dan negara akan menghadapi masalah pada masa

depan. Justeru, terdapat beberapa nilai murni perlu diamalkan dalam kehidupan

seharian. (51)

Isi 1

Ayat isi : Mengamalkan nilai murni rasional

Ayat huraian : Apakah maksud rasional?

Ayat contoh : Apakah contoh amalan tersebut?

Ayat kesan/ faedah : Apakah kesan amalan rasional terhadap rakyat dan negara?

Ayat kesimpulan : ( 1 ayat)

Antara nilai murni yang perlu diamalkan ialah mengamalkan nilai murni rasional.

Rasional bermaksud kemampuan berfikir untuk bertindak wajar tanpa dipengaruhi

oleh perasaan. Sebagai contoh, rakyat Malaysia perlu berfikiran rasional tentang

dasar kerajaan untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Kesannya,

kehidupan masyarakat Malaysia akan terus aman dan damai kerana kadar

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 19: Modul Penulisan Halustikal

19

kemiskinan dapat dikurangkan. Oleh itu, nilai rasional penting kepada rakyat

Malaysia yang pelbagai kaum. (63)

Isi 2

Ayat isi : Mengamalkan nilai hormat- menghormati

Ayat huraian : Apakah maksud hormat- menghormati?

Ayat contoh : Apakah contoh amalan tersebut?

Ayat kesan/ faedah : Apakah kesan amalan tersebut terhadap rakyat dan negara?

Ayat kesimpulan : ( 1 ayat)

Nilai murni kedua yang perlu diamalkan dalam kalangan rakyat adalah dengan

mengamalkan nilai hormat- menghormati. Nilai hormat- menghormati bermaksud

perbuatan memuliakan seseorang dengan memberikan atriot sopan. Sebagai

contoh, jika sesuatu kaum meraikan perayaan mereka seperti Hari Raya Aidilfitri,

Tahun Baru Cina dan Depavali, maka kaum lain mestilah menghormati perayaan

tersebut. Kesannya, nilai ini dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia.

Tuntasnya, semangat perpaduan kaum memberikan impak besar kepada keamanan

negara. (62)

Isi 3

Ayat isi : Memupuk nilai atriotism

Ayat huraian : Apakah maksud atriotism?

Ayat contoh : Apakah contoh amalan tersebut?

Ayat kesan/ faedah : Apakah kesan amalan tersebut terhadap rakyat dan negara?

Ayat kesimpulan : ( 1 ayat)

Nilai murni ketiga yang perlu diamalkan dalam kalangan rakyat adalah dengan

memupuk nilai atriotism. Nilai atriotism bermaksud semangat cinta akan negara.

Sebagai contoh, rakyat Malaysia mestilah bersama- sama menjayakan sambutan

Hari Kemerdekaan seperti mengibarkan Jalur Gemilang dan perarakan Hari

Kemerdekaan yang diraikan pada setiap tahun. Kesannya, nilai ini dapat menjadikan

Malaysia terus merdeka dan dihormati. Jelaslah, benteng kemerdekaan negara

bergantung kepada semangat cinta akan tanah air yang kental dalam setiap rakyat

Malaysia. (67)

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 20: Modul Penulisan Halustikal

20

Penutup:

1. Mulakan dengan peribahasa: sudah terang lagi bersuluh + kehendak tugasan.

2. Nyatakan semua isi yang diberi.

3. Beri cadangan.

4. Beri harapan.

Sudah terang lagi bersuluh, terdapat beberapa nilai murni yang perlu

diamalkan oleh rakyat Malaysia. Antara nilainya ialah mengamalkan nilai rasional,

mengamalkan nilai hormat- menghormati dan memupuk nilai atriotism. Sebagai

masyarakat Malaysia, kita perlu mengamalkan nilai- nilai murni dalam kehidupan. Hal

ini demikian kerana, nilai – nilai murni yang diamalkan mendatangkan kebaikan

kepada bangsa dan negara. (51)

Jumlah perkataan keseluruhan: 294 patah kata.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 21: Modul Penulisan Halustikal

21

MODUL LATIHAN PELAJAR

Latihan Melengkapkan Karangan

Soalan:

Amalan nilai- nilai murni amat penting dalam konteks negara Malaysia yang pelbagai

kaum dan agama.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan nilai- nilai murni yang perlu diamalkan oleh

rakyat Malaysia.

Jawapan:

Amalan nilai- nilai murni amat penting dalam konteks Negara Malaysia yang

pelbagai kaum dan agama. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir rakyat yang

masih kurang mengamalkan nilai- nilai murni dalam kehidupan mereka. Jika amalan

ini kurang diamalkan, rakyat dan negara akan menghadapi masalah pada masa

depan. Justeru, terdapat beberapa nilai murni perlu diamalkan dalam kehidupan

seharian. (51)

Antara nilai murni yang perlu diamalkan ialah mengamalkan nilai murni rasional.

Rasional bermaksud kemampuan berfikir untuk bertindak wajar tanpa dipengaruhi

oleh perasaan. Sebagai contoh,

---------------------------------------------------------------------.----------------------------Kesannya,

---------------------------------------------------------------------. Oleh itu, nilai rasional penting

kepada rakyat Malaysia yang pelbagai kaum. (63)

Nilai murni kedua yang perlu diamalkan dalam kalangan rakyat adalah dengan

mengamalkan nilai hormat- menghormati. Nilai hormat- menghormati bermaksud

-------------------------------------------------------------------------------------. Sebagai

contoh,------------------------------------------------------------------- seperti Hari Raya Aidilfitri,

Tahun Baru Cina dan Depavali, maka kaum lain mestilah menghormati perayaan

tersebut. Kesannya, ------------------------------------------------------. Tuntasnya, semangat

perpaduan kaum memberikan impak besar kepada keamanan negara. (62)

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 22: Modul Penulisan Halustikal

22

Nilai murni ketiga yang perlu diamalkan dalam kalangan rakyat adalah dengan

memupuk nilai atriotism. Nilai atriotism bermaksud semangat cinta akan negara.

Sebagai contoh, rakyat Malaysia mestilah bersama- sama

---------------------------------------------------------------------------------.

Kesannya,----------------------------------------------------------------------------------. Jelaslah,

benteng kemerdekaan negara bergantung kepada semangat cinta akan tanah air

yang kental dalam setiap rakyat Malaysia. (67)

Sudah terang lagi bersuluh,------------------------------------------------------------------.

Antara nilainya ialah -----------------------------------------------------------------------------------.

Sebagai masyarakat Malaysia, ---------------------------------------------------------------------.

Hal ini demikian kerana, nilai – nilai murni yang diamalkan mendatangkan kebaikan

kepada bangsa dan negara. (51)

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 23: Modul Penulisan Halustikal

23

MODUL 6

Contoh Penulisan Karangan untuk kelompok halus dan Kelompok Kritikal Lampiran 2

PANDUAN GURU

TEMA: Masalah Sosial/Keruntuhan Akhlak

Soalan:

Remaja kini semakin runtuh akhlak mereka. Berikan pendapat anda dengan memfokus

kepada punca masalah ini berlaku.

Jawapan:

Pendahuluan : Beri maksud keruntuhan akhlak .

Tambah idea,berikah contoh kerosakan akhlak yang selalu dilakukan.

Kemudian tutup dengan kehendak tugasan.

Keruntuhan akhlak bermaksud kerosakan moral dan nilai-nilai murni dalam diri

seseorang. Keruntuhan akhlak ini selalunya lebih berfokus kepada golongan remaja. Hal ini

dapat dilihat pada remaja kini yang terlibat dalam kejadian yang tidak baik dengan

mengamalkan gaya hidup bebas seperti berpeleseran, penagihan dadah, bohsia, terlibat

dengan jenayah dan pelbagai masalah sosial. Sebenarnya, terdapat beberapa punca mengapa

berlakunya keruntuhan akhlak remaja. (60 patah perkataan)

Isi 1

Ayat isi : Kecuaian para ibu bapa (1 ayat)

Ayat huraian/ contoh : Mengapa ibu bapa cuai ? (1/2 ayat)

Ayat huraian : Bentuk-bentuk kecuaian? (1/2 ayat)

Ayat kesan : Kesan-kesan kecuaian? (1/2 ayat)

Ayat kesimpulan : ( 1 ayat)

Punca pertama berlakunya keruntuhan akhlak remaja disebabkan kecuaian para ibu bapa

dalam mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa zaman sekarang lebih suka mencari dan

mengumpul harta kekayaan daripada menumpukan perhatian kepada para remaja. Didikan

agama diabaikan sebaliknya ibu bapa lebih berbangga sekiranya anak-anak mereka mendapat

keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Kesannya, remaja terdorong melakukan kegiatan

tidak bermoral dan bertentangan dengan norma-norma masyarakat dan agama. ( 60 patah

perkataan )

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 24: Modul Penulisan Halustikal

24

1

Contoh Penulisan Karangan untuk kelompok halus dan Kelompok KritikalIsi 2

Ayat isi : Peranan pihak media massa (1 ayat)

Ayat huraian : Mengapa dipersalahkan media massa? (1/2 ayat)

Ayat huraian : Apakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja terikut-ikut dengan

publisiti yang disiarkan oleh media massa? (1/2 ayat)

Ayat kesan : Apakah kesan /impak terhadap kalangan remaja? (1/2 ayat)

Ayat kesimpulan : ( 1 ayat)

Selain itu, pihak media massa juga terlibat dalam gejala keruntuhan akhlak dalam

kalangan remaja. Pihak media massa patut dipersalahkan kerana banyak memberi publisiti

kepada golongan artis. Ramai dalam kalangan artis ini yang tidak bermoral dan kurang elok

telah dijadikan model atau idola oleh para remaja. Akhirnya, remaja yang lemah imannya

mudah terpengaruh, lebih-lebih lagi mereka beranggapan bahawa apa yang dilakukan oleh

artis pujaan mereka adalah betul belaka. (64 patah perkataan)

Isi 3

Ayat isi : Tiada ketenangan hidup di rumah (1 ayat)

Ayat huraian : Apakah punca-punca tiada ketenangan hidup di rumah?

Ayat huraian : Apakah pula reaksi remaja terhadap punca tadi? (1/2 ayat)

Ayat kesan : Apakah kesan/impak kepada golongan remaja? (1/2 ayat)

Ayat kesimpulan : (1 ayat)

Akhir sekali, tiada ketenangan hidup di rumah juga adalah punca berlakunya

keruntuhan dalam kalangan remaja. Rumah yang sempit dan ahli keluarga yang ramai

menyebabkan mereka lebih selesa mencari ketenangan hidup di luar rumah. Apabila berada di

luar rumah mereka bebas untuk melakukan apa sahaja aktiviti kegemaran tanpa sekatan atau

halangan daripada ibu bapa. Oleh yang demikian, sudah tentu ini akan memberi peluang dan

kebebasan kepada para remaja untuk mencuba dan melakukan apa jua aktiviti sesuka hati. (77

patah perkataan)

Penutup

1. Mulakan dengan penanda wacana

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 25: Modul Penulisan Halustikal

25

2. Nyatakan pandangan

3. Berikan cadangan

4. Berikan harapan

Sebagai kesimpulannya, masalah keruntuhan akhlak remaja kita kini sebenarnya berada

pada tahap yang membimbangkan. Eloklah pihak yang berkenaan membuka mata untuk

merangka langkah-langkah tertentu bagi menyelesaikan isu ini. Semua pihak terutamanya ibu

bapa, anggota masyarakat,pihak kerajaan dan swasta bersama-sama bekerjasama agar aset

penting negara ini yakni para remaja tidak dilekakan dengan aktiviti yang akan merugikan diri

dan menggelapkan masa depan mereka. (61 patah perkataan)

Jumlah patah perkataan keseluruhan : 322 patah perkataan

3

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 26: Modul Penulisan Halustikal

26

Contoh Penulisan Karangan untuk kelompok halus dan Kelompok Kritikal

MODUL LATIHAN MURID

Soalan:

Remaja kini semakin runtuh akhlak mereka. Berikan pendapat anda dengan memfokus

kepada punca masalah ini berlaku.

Jawapan:

Keruntuhan akhlak bermaksud kerosakan moral dan nilai-nilai murni dalam diri

seseorang. Keruntuhan akhlak ini selalunya lebih berfokus kepada golongan remaja. Hal ini

dapat dilihat pada remaja kini yang terlibat dalam kejadian yang tidak baik dengan

mengamalkan gaya hidup bebas seperti berpeleseran, penagihan dadah, bohsia, terlibat

dengan jenayah dan pelbagai masalah sosial. Sebenarnya, terdapat beberapa punca mengapa

berlakunya keruntuhan akhlak remaja.

Punca pertama berlakunya keruntuhan akhlak remaja disebabkan

_______________________________dalam mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa zaman

sekarang lebih ______________________________________ daripada menumpukan

perhatian kepada para remaja. Didikan agama diabaikan sebaliknya ibu bapa lebih berbangga

sekiranya anak-anak mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Kesannya,_________________________________________kegiatan tidak bermoral dan

bertentangan dengan norma-norma masyarakat dan agama. ( 60 patah perkataan )

Selain itu, ________________________________ juga terlibat dalam gejala keruntuhan

akhlak dalam kalangan remaja. Pihak media massa patut dipersalahkan kerana

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 27: Modul Penulisan Halustikal

27

____________________________________. Ramai dalam kalangan artis ini yang tidak

bermoral dan kurang elok telah dijadikan ________________________________. Akhirnya,

remaja yang lemah imannya mudah terpengaruh, lebih-lebih lagi mereka beranggapan bahawa

apa yang dilakukan oleh artis pujaan mereka adalah betul belaka. (64 patah perkataan)

Akhir sekali, _______________________ juga adalah punca berlakunya keruntuhan

akhlak dalam kalangan remaja._____________________________________menyebabkan

mereka lebih selesa mencari ketenangan hidup di luar rumah. Apabila berada di luar rumah

mereka bebas untuk melakukan apa sahaja aktiviti kegemaran

___________________________________. Oleh yang demikian, sudah tentu ini akan

memberi peluang dan kebebasan kepada para remaja untuk mencuba dan melakukan apa jua

aktiviti sesuka hati. (77 patah perkataan)

Sebagai kesimpulannya,___________________________ kita kini sebenarnya berada

pada tahap yang _________________. Eloklah pihak yang berkenaan membuka mata untuk

merangka langkah-langkah tertentu bagi menyelesaikan isu ini. Semua pihak terutamanya

_______________________________________ bersama-sama bekerjasama agar aset penting

negara ini yakni para remaja tidak dilekakan dengan aktiviti yang akan merugikan diri dan

menggelapkan masa depan mereka. (61 patah perkataan)

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 28: Modul Penulisan Halustikal

28

MODUL 7

PANDUAN GURU

TEMA: DISIPLIN PELAJAR

Soalan :Isu disiplin pelajar kerap menjadi bahan perbincangan di kalangan media massa dan masyarakat. Boleh dikatakan , setiap hari ada sahaja perlakuan negatif pelajar dipaparkan oleh media massa.Terdapat beberapa sebab berlakunya masalah disiplin pelajar. Jelaskan sebab-sebab berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah.

Pendahuluan:

Isu disiplin pelajar kerap menjadi bahan perbincangan di kalangan media massa dan masyarakat. Boleh dikatakan, setiap hari ada sahaja perlakuan negatif pelajar d paparkan oleh media massa. Sebenarnya terdapat beberapa sebab berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah.

Isi 1.Ayat isi : Sikap ibu bapaAyat huraian /contoh : Apakah punca anak-anak tidak berdisiplin.Ayat contoh :Contoh sikap negatif ibu bapaAyat kesan :Apakah kesan kepada anak-anak.Ayat kesimpulan : Antara sebab berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah ialah ibu bapa. Terdapat segelintir ibu bapa yang tidak memberikan didikan nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka. Malah terdapat ibu bapa yang sering memarahi anak-anak tanpa sebab yang munasabah. Anak-anak yang tidak bahagia di rumah, turut berasa tidak bahagia juga apabila berada di sekolah. Natijahnya, mereka akan melakukan pelbagai perkara yang melanggar disiplin sekolah. Tuntasnya kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa menyebabkan berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah.

Isi 2Ayat isi :Pengaruh rakan sebayaAyat huraian :Bagaimana rakan sebaya boleh mempengaruhi disiplin ?Ayat contoh :Apakah contoh perlakuan tidak berdisplin?.Ayat kesan :Apakah kesan berkawan dengan rakan yang tidak berdisiplin?

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 29: Modul Penulisan Halustikal

29

Ayat kesimpulan : Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong kepada masalah disiplin pelajar. Jika pelajar memilih rakan sebaya yang tidak berdisiplin, maka mereka juga akan turut terpengaruh dengan perbuatan negatif tersebut. Lazimnya, pelajar yang tidak berdisiplin selalu melanggar peraturan sekolah seperti ponteng kelas dan merosakkan harta benda sekolah. Kesannya mereka terus melakukan perkara-perkara negatif di sekolah dan terus ketinggalan dalam pelajaran.Intihanya masalah disiplin pelajar di sekolah turut berpunca daripada pengaruh rakan sebaya.

Isi 3Ayat isi : Pengaruh media massa.Ayat huraian : Apakah rancangan yang menjejaskan disiplin pelajar?Ayat contoh : Apakah contoh aksi ganas yang dilakukan akibat pengaruh media massa?Ayat kesan :Apakah kesan kepada pelajar lain dan sekolah?Ayat kesimpulan :

Pengaruh media massa juga boleh menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Pelajar suka menonton rancangan televisyen yang memaparkan aksi ganas. Jika pelajar menonton filem aksi ganas, pasti pelajar juga akan terpengaruh dengan aksi tersebut dan mencubanya di sekolah. Antara aksi ganas yang sering pelajar lakukan di sekolah ialah bergaduh dengan rakan-rakan. Selain itu, perbuatan bergaduh dengan pelajar yang berlainan kaum pasti akan mendatangkan banyak kesan buruk kepada pelajar dan pihak sekolah.Kesimpulannya pengaruh media massa turut mempengaruhi masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah.

Penutup : Sudah terang lagi bersuluh, terdapat banyak sebab berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah. Antara sebabnya ialah sikap ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan pengaruh media massa. Pihak sekolah ataupun Kementerian Pelajaran perlu mengadakan kempen menyayangi sekolah pada setiap awal tahun. Semua pihak yang terlibat dengan pelajar dan sekolah pula mestilah berganding bahu bagi menangani masalah disiplin pelajar. Hal ini demikian supaya masalah disiplin pelajar dapat diatasi, dan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang .

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 30: Modul Penulisan Halustikal

30

MODUL LATIHAN MURID

Soalan :Isu disiplin pelajar kerap menjadi bahan perbincangan di kalangan media massa dan

masyarakat. Boleh dikatakan , setiap hari ada sahaja perlakuan negatif pelajar dipaparkan oleh

media massa. Terdapat beberapa sebab berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah.

Jelaskan sebab-sebab berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah.

Jawapan :

Isu disiplin pelajar kerap menjadi bahan perbincangan di kalangan media massa dan masyarakat. Boleh dikatakan, setiap hari ada sahaja perlakuan negatif pelajar dipaparkan oleh media massa. Sebenarnya terdapat beberapa sebab berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah.

Antara sebab berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah ialah ibu bapa. Terdapat

segelintir ibu bapa yang tidak memberikan didikan nilai-nilai murni kepada _____________

_____________________________________________. Malah terdapat ibu bapa yang sering

memarahi anak-anak tanpa sebab yang munasabah. Anak-anak yang tidak bahagia di rumah,

___________________________________________________________________________.

Natijahnya, mereka akan melakukan _____________________________________________.

______________________________________. Tuntasnya kurangnya perhatian dan kasih

sayang daripada ibu bapa menyebabkan berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong kepada masalah disiplin

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 31: Modul Penulisan Halustikal

31

pelajar. Jika pelajar memilih rakan sebaya yang tidak berdisiplin, ___________________

____________________. Lazimnya, pelajar yang tidak berdisiplin selalu melanggar

peraturan sekolah seperti ponteng kelas dan merosakkan harta benda sekolah. Kesannya

mereka terus ______________________________________________ dan terus ketinggalan

dalam pelajaran. Intihanya masalah disiplin pelajar di sekolah turut berpunca daripada

pengaruh rakan sebaya.

Pengaruh media massa juga boleh menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Pelajar suka menonton_______________________________________________ .

Jika pelajar menonton filem aksi ganas, pasti pelajar juga akan terpengaruh dengan aksi tersebut dan _____________________________________________________________.

Antara aksi ganas yang sering pelajar lakukan di sekolah ialah ______________________

________________________________________________________________________. Selain itu, perbuatan bergaduh dengan pelajar yang berlainan kaum pasti akan____________

__________________________________________________. Kesimpulannya pengaruh

media massa turut mempengaruhi masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah.

Sudah terang lagi bersuluh, terdapat banyak sebab______________________________

_________________. Antara sebabnya ialah ______________________________________.

_____________________________________ . Pihak sekolah ataupun Kementerian Pelajaran

perlu mengadakan kempen menyayangi sekolah pada setiap awal tahun. Semua pihak

yang terlibat _________________________________________________ mestilah

berganding bahu bagi menangani masalah disiplin pelajar. Hal ini demikian supaya masalah

disiplin pelajar dapat diatasi dan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 32: Modul Penulisan Halustikal

32

MODUL 8

PANDUAN GURU

TEMA: AMALAN NILAI MURNI

Contoh Karangan – Kerangka dan Perenggan Lengkap

Soalan :Pembentukan anak-anak yang cemerlang dan berkualiti serta keluarga yang bahagia banyak bergantung pada amalan nilai-nilai murni dalam sesebuah keluarga.

Sebagai ahli masyarakat yang prihatin , bincangkan nilai-nilai murni yang patut diamalkan dalam sesebuah keluarga agar keluarga yang bahagia dan harmoni dapat dibentuk.

Jawaban

Pendahuluan(pelajar disarankan untuk menyalin penyataan soalan kembali; pelajar juga perlu diajar untuk mengenal pasti tema dan kehendak tugasan)

Dalam meniti arus kemajuan, pembentukan anak-anak yang cemerlang dan berkualiti serta keluarga yang bahagia banyak bergantung pada amalan nilai-nilai murni dalam sesebuah keluarga. Malah, komitmen semua pihak amat dituntut untuk mendepani isu ini kerana yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Persoalannya, apakah nilai-nilai murni yang patut diamalkan dalam sesebuah keluarga agar keluarga bahagia dan harmoni dapat dibentuk?

(61patah kata).

Penulisan Isi 1

AT (Ayat Tajuk) - Merujuk kepada isi utamaAH (Ayat Huraian) - Merujuk kepada binaan ayat yang wujud berdasarkan

soalan apa, siapa, bila, di mana, mengapa (5 W), bagaimana (1 H) dan sekiranya (1I)

AC (Ayat Contoh) - Contoh atau bukti yang berkaitan dengan isiAS (Ayat Simpul) - Merujuk kepada penutup perenggan

Ayat 1 / Ayat Tajuk : Nilai kasih sayangAyat 2 / Ayat huraian : Siapa yang perlu amalkan nilai ini?Ayat 3 / Ayat huraian : Siapa lagi yang perlu amalkan nilai ini?Ayat 4 / Ayat contoh : Siapa lagi yang terlibat?Ayat 5 / Ayat Simpul : Tuntasnya...

Antara nilai murni yang perlu diamalkan dalam sesebuah keluarga ialah nilai kasih sayang terhadap keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 33: Modul Penulisan Halustikal

33

secukupnya kepada anak-anak. Pada masa yang sama, anak-anak juga perlu menyayangi ibu bapa dengan sepenuh hati. Setiap ahli keluarga juga hendaklah menyayangi keluarga terdekat seperti datuk, nenek dan saudara-mara. Tuntasnya, nilai kasih sayang perlu diamalkan dalam setiap keluarga.

(62 p.p)

Penulisan Isi 2

AT (Ayat Tajuk) - Merujuk kepada isi utamaAH (Ayat Huraian) - Merujuk kepada binaan ayat yang wujud berdasarkan

soalan apa, siapa, bila, di mana, mengapa (5 W), bagaimana (1 H) dan sekiranya (1I)

AC (Ayat Contoh) - Contoh atau bukti yang berkaitan dengan isiAS (Ayat Simpul) - Merujuk kepada penutup perenggan

Ayat 1 / Ayat Tajuk : Nilai tanggungjawabAyat 2 / Ayat huraian : Siapa yang perlu amalkan nilai ini?Ayat 3 / Ayat huraian : Siapa lagi yang perlu amalkan nilai ini?Ayat 4 / Ayat contoh : Bagamanakah nilai ini boleh diamalkanAyat 5 / Ayat Simpul : Tamsilnya ....

Selain itu, ahli keluarga juga perlu mengamalkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga. Ibu bapa mestilah menjalankan tanggungjawab untuk menyediakan kemudahan asas seperti makanan, pakaian dengan tempat tinggal kepada setiap ahli keluarga. Ibu bapa juga hendaklah memberi pendidikan kepada anak-anak dengan menghantar anak-anak ke sekolah dan pusat pengajian tinggi. Bagi anak-anak pula, mereka hendaklah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan membantu ibu bapa menguruskan rumah dan belajar. Tamsilnya, nilai tanggungjawab perlu diamalkan dalam setiap keluarga.

(71 p.p)

Penulisan Isi 3

AT (Ayat Tajuk) - Merujuk kepada isi utamaAH (Ayat Huraian) - Merujuk kepada binaan ayat yang wujud berdasarkan

soalan apa, siapa, bila, di mana, mengapa (5 W),bagaimana (1 H) dan sekiranya (1I)

AC (Ayat Contoh) - Contoh atau bukti yang berkaitan dengan isiAS (Ayat Simpul) - Merujuk kepada penutup perenggan

Ayat 1 / Ayat Tajuk : Nilai hormat dan taatAyat 2 / Ayat huraian : Siapakah pihak-pihak yang perlu mengamalkan nilai ini?Ayat 3 / Ayat huraian : Bagaimanakah nilai ini diamalkan?Ayat 4 / Ayat contoh : Bagaimanakah nilai ini diamalkan?Ayat 5 / Ayat Simpul :Tegasnya,....

Di samping itu, nilai hormat dan taat kepada ahli keluarga juga perlu diamalkan. Anak-anak hendaklah menghormati suruhan ibu bapa dalam urusan keluarga di rumah. Anak-anak juga mesti mematuhi peraturan yang ada dalam keluarga seperti peraturan tentang masa pulang ke rumah. Jika ada tetamu yang datang ke rumah, anak-anak mesti menghormati

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 34: Modul Penulisan Halustikal

34

tetamu tersebut. Tegasnya, nilai hormat dan taat kepada ahli keluarga perlu diamalkan dalam setiap keluarga.

(64 p.p)

Penutup/ Bahagian Kesimpulan

Ayat 1 Ayat penyataan tema (Sebagai kesimpulannya,,….)Ayat 2 Ayat rangsangan harapan (Semoga/ agar ….)Ayat 3 Ayat rangsangan Pandangan (sememangnya,.....)Ayat 4 Ayat rangsangan cadangan (Oleh itu, kita perlu....)Ayat 5 Ayat rangsangan kesimpulan perenggan(Sekiranya....) 

Sebagai kesimpulannya, setiap ahli keluarga mesti mengamalkan nilai-nilai murni agar keluarga tersebut dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Sememangnya, ibu bapa sebagai ketua keluarga, perlu menjadi contoh kepada anak-anak dan menyediakan keperluan asas keluarga. Oleh hal yang demikian, nilai-nilai murni umpama kasih sayang, bertanggungjawab, hormat serta taat perlu dipupuk dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Sekiranya nilai-nilai murni dapat dijadikan amalan seharian, nescaya keluarga yang bahagia dan harmoni dapat dibentuk.

(71 p.p)

Jumlah perkataan keseluruhan : 325 patah perkataan

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 35: Modul Penulisan Halustikal

35

MODUL LATIHAN MURIDLatihan Melengkapkan Karangan

Soalan :Pembentukan anak-anak yang cemerlang dan berkualiti serta keluarga yang bahagia banyak

bergantung pada amalan nilai-nilai murni dalam sesebuah keluarga.

Sebagai ahli masyarakat yang prihatin , bincangkan nilai-nilai murni yang patut diamalkan

dalam sesebuah keluarga agar keluarga yang bahagia dan harmoni dapat dibentuk.

Jawapan

Pendahuluan

Dalam meniti arus kemajuan, pembentukan anak-anak yang cemerlang dan berkualiti

serta keluarga yang bahagia banyak bergantung pada amalan nilai-nilai murni dalam sesebuah

keluarga. Malah, komitmen semua pihak amat dituntut untuk mendepani isu ini kerana yang

bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Persoalannya, apakah

nilai-nilai murni yang patut diamalkan dalam sesebuah keluarga agar keluarga bahagia dan

harmoni dapat dibentuk?

Antara nilai murni yang perlu diamalkan dalam sesebuah keluarga ialah nilai kasih

sayang terhadap keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa hendaklah _____________

___________________________________________________. Pada masa yang sama, anak-

anak juga perlu __________________________________________________. Setiap ahli

keluarga juga hendaklah menyayangi keluarga terdekat seperti ____________

_________________________. Tuntasnya, nilai kasih sayang perlu diamalkan dalam setiap

keluarga.

Selain itu, ahli keluarga juga perlu mengamalkan nilai tanggungjawab terhadap

keluarga. Ibu bapa mestilah menjalankan tanggungjawab untuk menyediakan kemudahan

asas seperti _________________________________________ kepada setiap ahli keluarga.

Ibu bapa juga hendaklah memberi pendidikan kepada anak-anak dengan

____________________________ _________________________________. Bagi anak-anak

pula, mereka hendaklah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan membantu ibu bapa

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 36: Modul Penulisan Halustikal

36

______________ _______________________________________________. Tamsilnya,

nilai tanggungjawab perlu diamalkan dalam setiap keluarga.

Di samping itu, nilai hormat dan taat kepada ahli keluarga juga perlu diamalkan.

Anak-anak hendaklah menghormati suruhan ibu bapa dalam urusan keluarga di rumah. Anak-

anak juga mesti mematuhi peraturan yang ada dalam keluarga seperti

_______________________ ________________________ Jika ada tetamu yang datang ke

rumah, anak-anak mesti _______________________. Tegasnya, nilai hormat dan taat kepada

ahli keluarga perlu diamalkan dalam setiap keluarga.

Sebagai kesimpulannya, setiap ahli keluarga mesti mengamalkan nilai-nilai murni agar

keluarga tersebut dapat ____________________________________. Sememangnya, ibu

bapa sebagai ketua keluarga, perlu menjadi contoh kepada anak-anak dan menyediakan

keperluan asas keluarga. Oleh hal yang demikian, nilai-nilai murni umpama kasih sayang,

bertanggungjawab, hormat serta taat perlu

___________________________________________________________. Sekiranya nilai-

nilai murni dapat dijadikan amalan seharian, nescaya keluarga yang

_______________________ dapat dibentuk.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 37: Modul Penulisan Halustikal

37

MODUL 9

PANDUAN GURU

TEMA: AMALAN GOTONG-ROYONG

Melengkapkan karangan

SoalanKini amalan gotong-royong semakin luntur terutamanya dalam kalangan masyarakat di kawasan bandar. Bincangkan kebaikan amalan gotong -royong dalam kalangan masyarakat.

JawapanPada era globalisasi ini isu amalan gotong-royong perlu diberi perhatian serius . Hal

ini kerana masyarakat pada hari ini kurang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong. Isu ini memberi kesan kepada masyarakat dan negara. Amalan gotong royong merupakan amalan tradisi yang membawa banyak kebaikan kepada masyarakat.Oleh itu, kebaikan amalan gotong royong haruslah dikenal pasti agar generasi muda turut melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong

Amalan bergotong-royong dapat mengukuhkan semangat kejiranan (Apa).Kita dapat berkenalan dengan jiran yang baru dan memupuk semangat kerjasama bagai aur dengan tebing. Hubungan akrab antara jiran juga akan terjalin selepas mengadakan aktiviti gotong-royong ( Bagaimana). Semangat kejiranan yang teguh dapat mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat (Mengapa).Sebagai contoh , amalan gotong -royong ketika membantu jiran yang melaksanakan majlis kenduri dan gotong – royong membersihkan kawasan tempat tinggal (Contoh). Oleh itu, amalan gotong-royong dapat menjalin hubungan yang kukuh sesama jiran.(Keseimpulan kecil)

Selain itu, amalan bergotong- royong juga dapat mewujudkan persekitaran yang bersih (Apa).Aktiviti membersih longkang dan menyapu sampah menjadikan kawasan persekitaran lebih ceria(Bagaimana). Suasana yang bersih dan ceria dapat mengelakkan pelbagai penyakit. Penyakit membahayakan kesihatan(Mengapa).Sebagai contoh ,kita dapat mengelakkan penyakit demam denggi (Contoh).Oleh itu, persekitaran yang bersih dapat meningkatkan imej di sesebuah kawasan perumahan .(Kesimpulan kecil)

Akhir sekali, amalan bergotong-royong dapat memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa masyarakat Malaysia (Apa). Nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur,bertegur sapa dan toleransi dapat dipupuk ketika menjalankan kerja-kerja gotong-royong(Bagaimana). Nilai-nilai tersebut dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu(mengapa). Sebagai contoh, semua bangsa bekerjasama membersihkan kawasan tempat tinggal tanpa mengira kaum (contoh). Sesungguhnya, melalui aktiviti gotong-royong nilai-nilai murni dapat dipupuk oleh masyarakat.(Kesimpulan kecil)

Tuntasnya, amalan bergotong-royong memberi banyak kebaikan kepada masyarakat (Rumusan). Kita haruslah berganding bahu untuk menjayakan aktiviti gotong-royong yang diadakan di kawasan tempat tinggal atau di sekolah (Cadangan).Kerjasama ini penting agar dapat memberi impak positif bukan sahaja kepada individu malah keluarga masyarakat dan negara. Kita tidak boleh mengambil sikap lepas tangan dan hanya memandang sebelah mata sahaja setiap isu yang berlaku di negara kita(Pendapat).

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 38: Modul Penulisan Halustikal

38

MODUL LATIHAN MURIDSoalanKini amalan gotong-royong semakin luntur terutamanya dalam kalangan masyarakat di kawasan bandar. Bincangkan kebaikan amalan gotong -royong dalam kalangan masyarakat.

Pada era globalisasi ini isu amalan gotong-royong perlu diberi perhatian serius . Hal ini kerana masyarakat pada hari ini kurang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong. Isu ini memberi kesan kepada masyarakat dan negara. Amalan gotong royong merupakan amalan tradisi yang membawa banyak kebaikan kepada masyarakat.Oleh itu, kebaikan amalan gotong royong haruslah dikenal pasti agar generasi muda turut melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong

Amalan bergotong-royong dapat mengukuhkan semangat kejiranan (Apa).Kita dapat berkenalan dengan jiran yang baru dan memupuk semangat kerjasama bagai aur dengan tebing . Hubungan akrab antara jiran juga akan terjalin selepas mengadakan aktiviti gotong-royong.(Bagaimana) Semangat kejiranan yang teguh dapat mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat(Mengapa).Sebagai contoh_________________________________________________________________________________________________________________________________________________(Contoh). Oleh itu, amalan gotong-royong dapat menjalin hubungan yang kukuh sesama jiran.(Kesimpulan kecil)

Selain itu, amalan bergotong- royong juga dapat mewujudkan persekitaran yang bersih (Apa).Aktiviti membersih longkang dan menyapu sampah menjadikan kawasan persekitaran lebih ceria(Bagaimana). ______________________________________________________ __________________________________________________________________________ (Mengapa).Sebagai contoh ,_______________________________________________________________________________________________________________________________ (Contoh).Oleh itu, persekitaran yang bersih dapat meningkatkan imej di sesebuah kawasan perumahan .(Kesimpulan kecil)

Akhir sekali, amalan bergotong-royong dapat memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa masyarakat Malaysia (Apa). Nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur,bertegur sapa dan toleransi dapat dipupuk ketika menjalankan kerja-kerja gotong-royong(Bagaimana). Nilai-nilai tersebut dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu(mengapa). Sebagai contoh, ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________( contoh). Sesungguhnya, melalui aktiviti gotong-royong nilai-nilai murni dapat dipupuk oleh masyarakat.(Kesimpulan kecil)

Tuntasnya, amalan bergotong-royong memberi banyak kebaikan kepada masyarakat (Rumusan). Kita haruslah berganding bahu untuk menjayakan aktiviti gotong-royong yang diadakan di kawasan tempat tinggal atau di sekolah (Cadangan).Kerjasama ini penting agar dapat memberi impak positif bukan sahaja kepada individu malah keluarga masyarakat dan negara. Kita tidak boleh mengambil sikap lepas tangan dan hanya memandang sebelah mata sahaja setiap isu yang berlaku di negara kita(Pendapat).

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 39: Modul Penulisan Halustikal

39

MODUL 10

PANDUAN GURU

TEMA: KEMISKINAN MASYARAKAT

Contoh karangan dan kerangka perenggan lengkap.Soalan: Negara kita telah mencapai kemerdekaan hampir 55 tahun.Dalam tempoh tersebut banyak pembangunan telah dicapai.Taraf hidup rakyat juga semakin baik. Malah negara kita dianggap sebagai model Negara Membangun yang paling pesat membangun.Namun demikian, masih ada golongan miskin di negara kita.Pada pendapat anda mengapakah golongan miskin masih wujud di negara kita?

JawapanPendahuluan: (Salin kembali pernyataan soalan)kemudian tutup dengan kehendak tugasan. Negara kita telah mencapai kemerdekaan hampir 55 tahun. Dalam tempoh tersebut banyak pembangunan telah dicapai. Taraf hidup rakyat juga semakin baik. Malah negara kita dianggap sebagai model Negara Membangun yang paling pesat membangun. Namun demikian, masih ada golongan miskin di Negara kita. Pada pendapat saya terdapat beberapa faktor penghalang yang menyebabkan golongan miskin ini terus kekal miskin.(57 patah perkataan)

Isi 1Ayat isi Adanya halangan dan sekatan daripada pihak tertentu.Ayat huraian/contoh Apakah halangan dan sekatan yang sering mereka hadapi? (1/2 ayat)Ayat huraian Kepada siapakah yang mereka selalu bergantung?(1/2 ayat)Kesimpulan (1 ayat)

Faktor pertama adalah kerana adanya halangan dan sekatan daripada pihak tertentu. Contohnya dalam sektor pertanian dan perikanan. Golongan ini banyak bergantung kepada orang tengah sebagai tempat menjual hasil mereka.Orang tengah ini pula membeli barangan mereka dengan harga yang terlalu murah. Akibatnya mereka terus dibelenggu kemiskinan.

Isi 2Ayat isi Sikap malas dan tidak mahu berusaha mengubah taraf hidup sendiri. Ayat huraian/contoh Mengapakah mereka bersikap demikian? (1/2 ayat)Ayat huraian Apakah tindakan mereka betul? (1 ayat)

Selain itu sikap individu itu sendiri.Sikap malas dan tidak mahu berusaha mengubah taraf hidup sendiri menjadikan golongan ini kekal miskin. Mereka berpegang kepada peribahasa lama iaitu “Rezeki secupak tidak akan menjadi segantang”. Mereka tidak mahu berusaha dan menyerah hidup kepada nasib semata-mata.Tanggapan yang salah ini sudah jelas terpesong daripada ajaran agama.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 40: Modul Penulisan Halustikal

40

Isi 3Ayat isi Usaha-usaha kerajaan membantu golongan miskin tidak sampai Kepada golongan sasaran. Ayat huraian/contoh Mengapakah bantuan tidak sampai kepada golongan sasaran? (1/2 ayat)Ayat kesan orang yang sepatutnya menerima bantuan terpinggir (1/2 ayat)

Usaha-usaha kerajaan untuk membantu golongan miskin ini tidak sampai kepada golongan sasaran juga merupakan faktor golongan miskin terus kekal miskin. Ini bermaksud orang berada turut menerima bantuan.Contohnya skim bantuan Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).Golongan berada turut menerima bantuan itu sedangkan orang yang sepatutnya menerima bantuan terpinggir.

Kesimpulannya,kemiskinan memang sukar diatasi. Kita hanya dapat berusaha mengurangkan kadarnya sahaja. Namun begitu kerajaan perlu terus berusaha manakala rakyatharus bekerja keras untuk meningkatkan taraf hidup sendiri. Hanya dengan cara ini golongan miskin dikurangkan dari semasa ke semasa.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 41: Modul Penulisan Halustikal

41

MODUL LATIHAN MURID Latihan melengkapkan karangan

Soalan: Negara kita telah mencapai kemerdekaan hampir 55 tahun.Dalam tempoh tersebut banyak pembangunan telah dicapai.Taraf hidup rakyat juga semakin baik. Malah negara kita dianggap sebagai model Negara Membangun yang paling pesat membangun.Namun demikian, masih ada golongan miskin di negara kita.Pada pendapat anda mengapakah golongan miskin masih wujud di negara kita?

Jawapan Negara kita telah mencapai kemerdekaan hampir 55 tahun. Dalam tempoh tersebut banyak pembangunan telah dicapai. Taraf hidup rakyat juga semakin baik. Malah negara kita dianggap sebagai model Negara Membangun yang paling pesat membangun. Namun demikian, masih ada golongan miskin di Negara kita. Pada pendapat saya terdapat beberapa faktor penghalang yang menyebabkan golongan miskin ini terus kekal miskin.(57 patah perkataan)

Faktor pertama adalah kerana adanya________________________________________. Contohnya________________________. Golongan ini banyak bergantung kepada _______________________________________ sebagai tempat menjual hasil mereka.Orang tengah ini pula membeli barangan mereka dengan harga yang murah. Akibatnya_________________________________________________________________. Selain itu sikap individu itu sendiri.Sikap ________________________________________ menjadikan golongan ini kekal miskin. Mereka_____________________________________. Mereka tidak mahu berusaha dan menyerah hidup kepada nasib semata-mata.Tanggapan ______________________________________________.

Usaha-usaha kerajaan untuk membantu golongan miskin ini tidak sampai kepada golongan sasaran juga merupakan faktor golongan miskin terus kekal miskin. Hal ini bermaksud orang___________________________menerima bantuan. Contohnya_______________________________________________________. Golongan berada turut menerima bantuan itu _____________________________________________________.

Kesimpulannya,kemiskinan memang sukar diatasi. Kita hanya dapat berusaha untuk mengurangkan kadarnya sahaja. Namun begitu kerajaan perlu terus berusaha manakala masyarakat pula harus bekerja keras untuk meningkatkan taraf hidup sendiri. Hanya dengan cara ini golongan miskin dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 42: Modul Penulisan Halustikal

42

MODUL 11

PANDUAN GURU

TEMA: MASA LAPANGContoh Karangan : Kerangka dan Perenggan LengkapSoalan :Setiap orang pasti mempunyai masa lapang. Oleh itu, masa lapang sewajarnya diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.Berikan pendapat anda tentang cara-cara remaja perlu mengisi masa lapang mereka.

Jawapan:Pendahuluan:

Setiap orang pasti mempunyai masa lapang. Oleh itu, masa lapang sewajarnya diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Bagi remaja, mereka perlu bertindak bijak dengan memastikan masa lapang mereka diisi dengan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan orang-orang di sekeliling mereka.Remaja juga perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara negatif bagi mengisi masa lapang mereka.(54 patah perkataan)

Isi 1Ayat isi : Mengisi masa lapang dengan membaca.Ayat contoh : Apakah contoh bahan bacaan?Ayat huraian : Di manakah aktiviti membaca boleh dilakukan?Ayat kesan : Apakah kesan aktiviti membaca?Ayat kesimpulan : Membaca aktiviti yang sangat berfaedah.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh remaja untuk mengisi masa lapang mereka ialah membaca. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan yang boleh dibaca seperti akhbar, majalah dan buku.Aktiviti membaca dapat dilakukan di rumah atau di perpustakaan awam. Seseorang yang suka membaca akan dapat menambah pengetahuannya tentang pelbagai bidang seperti ekonomi,politik,sukan dan lain-lain. Cerdik pandai ada berkata bahawa membaca jambatan ilmu. Selain itu, remaja yang suka membaca dapat memantapkan penguasaan bahasanya. Intihanya, aktiviti membaca sewajarnya dilakukan oleh remaja bagi mengisi masa lapang mereka kerana aktiviti ini sangat berfaedah.(87 patah perkataan)

Isi 2Ayat isi : Membantu ibu bapa di rumah.Ayat huraian : Apakah tujuan remaja membantu ibu bapa di rumah?Ayat contoh : Apakah bentuk bantuan yang boleh diberikan?Ayat kesan : Apakah kesan kepada diri atau keluarga?Ayat kesimpulan : Membantu ibu bapa patut dilakukan untuk mengisi masa lapang

remaja.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 43: Modul Penulisan Halustikal

43

Selain itu, remaja boleh mengisi masa lapang mereka dengan membantu ibu bapa di rumah. Remaja sewajarnya membantu ibu bapa sebagai salah satu cara membalas jasa ibu bapa yang telah membesarkan mereka dan sebagai tanda kasih akan ibu bapa.Sebagai anak, remaja boleh membantu ibu bapa mengemas rumah,memasak,membasuh pakaian, dan sebagainya.Dengan bantuan yang diberi, anak-anak dapat meringankan beban ibu bapa dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Keluarga yang bahagia pasti dapat diwujudkan jika anak-anak ringan tulang membantu ibu bapa mereka. Tuntasnya, membantu ibu bapa di rumah merupakan aktiviti yang sangat bermanfaat kepada remaja untuk mengisi masa lapang mereka.(90 patah perkataan)

Isi 3Ayat isi : Mengisi masa dengan bersenam dan bersukanAyat contoh : Apakah aktiviti sukan yang boleh dilakukan?Ayat contoh : Di manakah aktiviti sukan boleh dilakukan?Ayat huraian : Apakah kepentingan bersenam dan bersukan?Ayat kesan : Apakah kesan badan yang sihat kepada kehidupan seharian?Ayat kesimpulan : Bersenam dan bersukan merupakan aktiviti yang bermanfaat untuk

mengisi masa lapang.

Masa lapang juga perlu digunakan oleh remaja untuk bersenam dan bersukan. Seseorang remaja boleh melakukan senaman atau bermain permainan seperti badminton, ping pong, tenis dan sebagainya. Aktiviti sukan dan senaman dapat dilakukan di rumah, padang permainan atau gimnasium. Apabila seseorang remaja rajin bersenam dan bersukan, badannya akan menjadi sihat dan cergas. Badan yang sihat dan cergas membolehkan mereka melakukan aktiviti seharian seperti belajar dengan lancar.Kesimpulannya, bersenam dan bersukan merupakan aktiviti yang banyak memberi kebaikan kepada remaja dan sewajarnya dilakukan untuk mengisi masa lapang.(82 patah perkataan)

Penutup1. Masa itu emas.2. Aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang ialah membaca, membantu ibu bapa serta bersenam dan bersukan.3. Cadangan : Setiap remaja perlu menggunakan masa lapang sebaik-baiknya.4. Harapan : Dengan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, hidup akan lebih gembira dan bahagia.

Sesungguhnya masa itu emas dan tidak sepatutnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Masa lapang sewajarnya diisi dengan aktiviti membaca, membantu ibu bapa serta bersenam dan bersukan. Setiap remaja perlu menggunakan masa lapang sebaik-baiknya. Hal ini demikian supaya kehidupan mereka menjadi lebih gembira dan bahagia.(44 patah perkataan)

Jumlah perkataan keseluruhan : 357 patah perkataan.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 44: Modul Penulisan Halustikal

44

MODUL LATIHAN MURID

Soalan :

Setiap orang pasti mempunyai masa lapang. Oleh itu, masa lapang sewajarnya diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.Berikan pendapat anda tentang cara-cara remaja perlu mengisi masa lapang mereka.

Jawapan :

Setiap orang pasti mempunyai masa lapang. Oleh itu, masa lapang sewajarnya diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Bagi remaja, ____________________________________ diisi dengan perkara-perkara ___________________________________________________________________. Remaja juga perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara negatif bagi mengisi masa lapang mereka. Terdapat _____________________________________________________

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh remaja untuk mengisi masa lapang mereka ialah membaca. Terdapat pelbagai jenis ________________________________ yang boleh dibaca seperti ____________________________________________. Aktiviti membaca dapat dilakukan di __________________________________________________. Seseorang yang suka membaca akan dapat menambah pengetahuannya tentang pelbagai bidang seperti ______________________________________________________________. Cerdik pandai ada berkata bahawa ________________________________. Selain itu, remaja yang suka membaca dapat memantapkan penguasaan bahasanya. Intihanya, ______________________ lakukan oleh remaja bagi mengisi masa lapang mereka kerana ________________________

Selain itu, remaja boleh mengisi masa lapang mereka dengan membantu ibu bapa di rumah. Remaja sewajarnya membantu ibu bapa sebagai _____________________________________________________________________________________________________.Sebagai anak, remaja boleh membantu ibu bapa _________________________________________________________________. Dengan bantuan yang diberi, anak-anak dapat meringankan tugas ibu bapa dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Keluarga yang bahagia pasti _________________________________________________________________________________. Tuntasnya, __________________________ merupakan aktiviti yang sangat bermanfaat kepada remaja untuk mengisi masa lapang mereka.

Masa lapang juga perlu digunakan oleh remaja untuk bersenam dan bersukan. Seseorang remaja boleh melakukan senaman atau bermain permainan seperti ______________________________________________. Aktiviti sukan dan senaman dapat dilakukan di________________________________________________. Apabila seseorang remaja rajin bersenam dan bersukan, ______________________________________________________.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 45: Modul Penulisan Halustikal

45

Badan yang sihat dan cergas membolehkan mereka melakukan aktiviti seharian seperti belajar dengan lancar. Kesimpulannya, bersenam dan bersukan merupakan aktiviti yang banyak memberi kebaikan kepada remaja dan sewajarnya dilakukan untuk mengisi masa lapang.

Sesungguhnya masa itu emas dan tidak sepatutnya dibiarkan __________________________________________________. Masa lapang sewajarnya diisi dengan aktiviti membaca, membantu ibu bapa serta bersenam dan bersukan. Setiap remaja perlu __________________________________________________________. Hai ini demikian supaya kehidupan mereka menjadi lebih gembira dan bahagia.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 46: Modul Penulisan Halustikal

46

MODUL 12

PANDUAN GURU

TEMA: PELANCONGAN

Contoh Karangan : Kerangka dan Perenggan Lengkap.Soalan Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Setiap tahun, jumlah pelancong yang datang ke Malaysia semakin bertambah.Sebagai remaja yang prihatin, huraikan faktor-faktor yang membantu meningkatkan industri pelancongan negara.

Jawapan

Pendahuluan: (Salin kembali penyataan soalan): Jika terlalu ringkas, salin penyataan, diikuti dengan idea tambahan ( sekurang-kurangnya 1 ayat). Kemudian tutup dengan kehendak tugasan.

Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang utama di dunia. Setiap tahun jumlah pelancong yang datang ke Malaysia semakin bertambah. Hal ini menunjukkan bidang pelancongan semakin meningkat di negara kita. Industri pelancongan meningkat kerana dibantu oleh banyak faktor Sebagai contoh, terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati , keunikan budaya yang terdapat di Malaysia dan keamanan negara kita. ( 56 patah perkataan )

Isi 1Ayat Isi : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati.Ayat Huraian/Contoh : Mengapa tempat-tempat menarik membantu

meningkatkan industri pelancongan? (1/ 2 ayat )

Ayat Huraian/Contoh : Di manakah tempat-tempat menarik di Malaysia? ( 1/ 2 ayat )

Ayat Kesan : Apakah faedah pergi ke tempat menarik? ( 1/ 2 ayat )Ayat Kesimpulan : ( 1 ayat )

Faktor pertama yang membantu meningkatkan indutri pelancongan di Malaysia adalah kerana Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Malaysia memiliki tempat-tempat menarik seperti Genting Highland, Cameron Highland, Pulau Pangkor, Pulau Tioman , Pulau Langkawi dan Melaka negeri yang bersejarah. Di tempat-tempat tersebut pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahan tempat tersebut. Kesannya , ramai pelancong datang ke Malaysia untuk melihat tempat-tempat menarik ini untuk melakukan pelbagai aktiviti yang menarik. Oleh itu, kewujudan tempat-tempat menarik ini dapat membantu meningkatkan industri pelancongan di Malaysia. ( 87 patah perkataan )

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 47: Modul Penulisan Halustikal

47

Isi 2

Ayat Isi : keunikan budaya di negara Malaysia (1 ayat )Ayat Huraian/contoh : Mengapa budaya di Malaysia unik?( 1 / 2 ayat )Ayat Huraian /contoh : Apakah contoh budaya yang menarik di Malaysia? ( 1 /2 ayat )Ayat kesan : Apakah kesan keunikan budaya ini kepada industri pelancongan? (1 / 2 ayat)Ayat kesimpulan : ( 1 ayat )

Faktor kedua yang membantu meningkatkan industri pelancongan ialah keunikan budaya di Malaysia. Budaya masyarakat Malaysia sangat unik kerana masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum Melayu, Cina dan India . Setiap kaum mempunyai budayanya sendiri. Kaum Melayu terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian singa. Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisonal yang dapat dinikmati oleh pelancong seperti sate, ketupat, tosei, nasi lemak dan lain-lain. Kesannya ialah gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India berjaya menggalakkan kunjungan pelancong ke Malaysia. Intihanya, keunikan budaya di Malaysia memang membantu meningkatkan industri pelancongan di Malaysia. (98 patah perkataan )

Isi 3

Ayat isi : Keamanan negara Malaysia ( 1 ayat )Ayat huraian/contoh : Mengapa negara kita aman? ( 1 / 2 ayat )

Ayat huraian/contoh : Apakah yang berlaku sekiranya negara tidak aman (1/ 2 ayat )

Ayat kesan : Apakah kesan pertelingkahan antara masyarakat kepada industri pelancongan negara? ( 1 / 2 ayat)

Faktor ketiga membantu meningkatkan industri pelancongan ialah faktor keamanan negara kita. Negara kita aman kerana rakyat hidup bersatu padu dan saling menghormati antara satu sama lain. Rakyat Malaysia yang baik hati dan bersopan santun pasti disukai pelancong. Sekiranya negara kita tidak aman sudah pasti pelancong tidak berani datang ke negara kita. Pelancong akan berasa takut menjadi mangsa kepada peperangan atau pertelingkahan. Kesannya, industri pelancongan tidak dapat ditingkatkan. Kesimpulannya, keamanan negara kita adalah faktor yang membantu meningkatkan industri pelancongan negara. ( 79 patah perkataan )

Penutup:

1. Mulakan dengan peribahasa : sudah terang lagi bersuluh + kehendak soalan2. Nyatakan semua isi yang telah diberi3. Beri cadangan4. Beri harapan

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 48: Modul Penulisan Halustikal

48

Sudah terang lagi bersuluh, terdapat beberapa faktor yang membantu meningkatkan indutri pelancongan di negara kita. Antara faktornya ialah kewujudan tempat-tempat menarik , keunikan budaya masyarakat Malaysia dan keamanan negara. Sebagai remaja yang prihatin kita hendaklah memastikan keindahan alam dan keamanan negara terus kekal. Hal ini demikian kerana keistimewaan yang terdapat di Malaysia menjadi daya tarikan pelancong. ( 55 patah perkataan)

Jumlah perkataan : 375 patah perkataan

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 49: Modul Penulisan Halustikal

49

MODUL LATIHAN MURID

Latihan Melengkapkan Karangan

Soalan Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Setiap

tahun, jumlah pelancong yang datang ke Malaysia semakin bertambah.

Sebagai remaja yang prihatin, huraikan faktor-faktor yang membantu

meningkatkan industri pelancongan negara.

JawapanMalaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang utama di dunia.

Setiap tahun jumlah pelancong yang datang ke Malaysia semakin bertambah. Hal

ini menunjukkan bidang pelancongan semakin meningkat di negara kita. Industri

pelancongan meningkat kerana dibantu oleh banyak faktor Sebagai contoh, terdapat

banyak tempat menarik untuk dilawati , keunikan budaya yang terdapat di Malaysia

dan keamanan negara kita.

Faktor pertama yang membantu meningkatkan indutri pelancongan di

Malaysia adalah kerana Malaysia

_______________________________________________ untuk dilawati. Tempat

menarik tersebut menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Malaysia

memiliki tempat-tempat menarik seperti_________________________________

dan_____________negeri yang bersejarah. Di tempat-tempat tersebut pelancong

dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahan tempat tersebut.

Kesannya , ramai pelancong datang ke Malaysia

untuk_____________________________________ dan melakukan pelbagai aktiviti

yang menarik. Oleh itu, kewujudan tempat-tempat menarik ini dapat membantu

meningkatkan industri pelancongan di Malaysia.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 50: Modul Penulisan Halustikal

50

Faktor kedua yang membantu meningkatkan industri pelancongan ialah keunikan

budaya di Malaysia. Budaya masyarakat Malaysia sangat unik

kerana___________________________________________ iaitu kaum Melayu,

Cina dan India . Setiap kaum mempunyai budayanya sendiri. Kaum Melayu terkenal

_________________________________________ manakala kaum Cina pula

terkenal _________________________. Malaysia juga kaya dengan pelbagai

makanan tradisonal yang dapat dinikmati oleh pelancong seperti sate, ketupat, tosei,

nasi lemak dan lain-lain. Kesannya ialah gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina

dan India berjaya _________________________________________________.

Intihanya, keunikan budaya di Malaysia memang membantu meningkatkan industri

pelancongan di Malaysia.

Faktor ketiga membantu meningkatkan industri pelancongan ialah faktor

keamanan negara kita. Negara kita aman kerana rakyat

hidup_________________________________________________________ .

Rakyat Malaysia yang baik hati dan bersopan santun pasti disukai pelancong.

Sekiranya negara kita tidak aman

___________________________________________________. Pelancong akan

berasa takut menjadi mangsa kepada peperangan atau pertelingkahan. Kesannya,

industri pelancongan tidak dapat ditingkatkan. Tuntasnya, keamanan negara kita

adalah faktor yang membantu meningkatkan industri pelancongan negara.

Sudah terang lagi bersuluh, _____________________________________

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 51: Modul Penulisan Halustikal

51

_______________________________________________. Antara faktornya

ialah kewujudan tempat-tempat menarik , keunikan budaya masyarakat Malaysia

dan keamanan negara. Sebagai remaja yang

prihatin_____________________________________________________________

_____________________ . Hal ini demikian kerana keistimewaan yang terdapat di

Malaysia menjadi daya tarikan pelancong.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 52: Modul Penulisan Halustikal

52

MODUL KARANGAN LENGKAP

Soalan Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Setiap tahun, jumlah pelancong yang datang ke Malaysia semakin bertambah.Sebagai remaja yang prihatin, huraikan faktor-faktor yang membantu meningkatkan industri pelancongan negara.

Jawapan Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang utama di dunia. Setiap tahun jumlah pelancong yang datang ke Malaysia semakin bertambah. Hal ini menunjukkan bidang pelancongan semakin meningkat di negara kita. Industri pelancongan meningkat kerana dibantu oleh banyak faktor Sebagai contoh, terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati , keunikan budaya yang terdapat Malaysia dan keamanan negara kita.

Faktor pertama yang membantu meningkatkan indutri pelancongan di Malaysia adalah kerana Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Malaysia memiliki tempat-tempat menarik seperti Genting Highland, Cameron Highland, Pulau Pangkor, Pulau Tioman , Pulau Langkawi dan Melaka negeri yang bersejarah. Di tempat-tempat tersebut pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahan tempat tersebut. Kesannya , ramai pelancong datang ke Malaysia untuk melihat tempat-tempat menarik ini untuk melakukan pelbagai aktiviti yang menarik. Oleh itu, kewujudan tempat-tempat menarik ini dapat membantu meningkatkan industri pelancongan di Malaysia.

Faktor kedua yang membantu meningkatkan industri pelancongan ialah keunikan budaya di Malaysia. Budaya masyarakat Malaysia sangat unik kerana masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum Melayu, Cina dan India . Setiap kaum mempunyai budayanya sendiri. Kaum Melayu terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian singa. Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisonal yang dapat dinikmati oleh pelancong seperti sate, ketupat, tosei, nasi lemak dan lain-lain. Kesannya ialah gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India berjaya menggalakkan kunjungan pelancong ke Malaysia. Intihanya, keunikan budaya di Malaysia memang membantu meningkatkan industri pelancongan di Malaysia.

Faktor ketiga membantu meningkatkan industri pelancongan ialah faktor keamanan negara kita. Negara kita aman kerana rakyat hidup bersatu padu dan saling menghormati antara satu sama lain. Rakyat Malaysia yang baik hati dan bersopan santun pasti disukai pelancong. Sekiranya negara kita tidak aman sudah pasti pelancong tidak berani datang ke negara kita. Pelancong akan berasa takut menjadi mangsa kepada peperangan atau pertelingkahan. Kesannya, industri pelancongan tidak dapat ditingkatkan. Kesimpulannya, keamanan negara kita adalah faktor yang membantu meningkatkan industry pelancongan negara.

Sudah terang lagi bersuluh, terdapat beberapa faktor yang membantu meningkatkan indutri pelancongan di negara kita. Antara faktornya ialah kewujudan tempat-tempat menarik , keunikan budaya masyarakat Malaysia dan keamanan negara. Sebagai remaja yang prihatin kita hendaklah memastikan keindahan alam dan keamanan negara terus kekal. Hal ini demikian kerana keistimewaan yang terdapat di Malaysia menjadi daya tarikan pelancong.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 53: Modul Penulisan Halustikal

53

MODUL 13

PANDUAN GURU

TEMA: AMALAN BERJIMAT CERMAT

Amalan berjimat cermat penting untuk menjamin kehidupan pada masa depan.Apakah langkah-langkah memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan rakyat.

Jawapan:

-Kerajaan mempunyai stesen televisyen sendiri iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM)-program-program yang dapat menyemai amalan berjimat cermat dalam kalangan rakyat.-menyemai amalan berjimat cermat dalam kalangan rakyat dengan menaikkan tarif penggunaan elektrik dan air jika digunakan secara berlebihan.-masa anak-anak banyak dihabiskan bersama ibu bapa.-bersederhana dalam kehidupan seharian dan setiap pembelian barangan hendaklah dirancang terlebih dahulu.-contoh yang baik dalam penggunaan elektrik,air dan telefon di rumah.-generasi muda akan mengikut budaya tersebut.-ahli masyarakat yang membazir dalam penggunaan elektrik dan air di tempat awam.-menegur golongan belia yang membazir masa dengan melepak di pusat-pusat membeli-belah.-peranan media massa dalam mempengaruhi minda rakyat tidak dapat disangkal lagi.-telesisyen boleh mengadakan program yang berbentuk kempen amalan berjimat cermat.- mengadakan ruangan artikel dan gambar contoh tentang amalan berjimat cermat.-Jika mahu melentur buluh biarlah daripada rebungnya.-membazir boleh menyebabkan kos hidup bertambah dan menyusahkan pihak lain.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 54: Modul Penulisan Halustikal

54

MODUL LATIHAN MURIDLatihan Melengkapkan Karangan

Amalan berjimat cermat penting untuk menjamin kehidupan pada masa depan.Apakah langkah-langkah memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan rakyat.

Jawapan: Amalan berjimat cermat kerap menjadi bahan perbincangan masyarakat terutama pada musim perayaan. Amalan berjimat cermat dalam kalangan rakyat di negara kita masih rendah dan perlu dipertingkatkan. Amalan berjimat cermat banyak kebaikannya kepada kita dan negara.Pada pendapat saya, jika amalan berjimat cermat tidak terus dipupuk, dikhuatiri sikap boros akan menjadi budaya hidup masyarakat di negara kita. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan rakyat. Langkah pertama ialah pihak kerajaan boleh menyemai amalan berjimat cermat dalam kalangan rakyat. Kerajaan berupaya menyemai amalan berjimat cermat kerana ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………. .Melalui stesen RTM, kerajaan boleh membuat ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………. .Pihak RTM boleh memaparkan sikap atau amalan berjimat cermat yang patut dicontohi oleh rakyat.Dalam pada itu, kerajaan juga boleh ……………………………………………………………………………………………….………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..Intihanya, kerajaan mampu memupuk budaya berjimat cermat dalam kalangan rakyat. Ibu bapa juga turut berperanan memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anak-anak. Sesungguhnya, peranan ibu bapa memang penting kerana …………………………………………………..……………………………………………………………………………………………………………………………………………………… .Oleh itu, ibu bapa mestilah mengamalkan sikap ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………. .Ibu bapa juga perlu menunjukkan …………………………………………………………………………………………………….………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… .Secara tidak langsung, anak-anak pasti akan terdorong untuk melakukan amalan berjimat cermat jika melihat ibu bapa berbuat demikian dalam kehidupan seharian mereka.Natijahnya, memupuk budaya berjimat cermat adalah bermula dari rumah.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 55: Modul Penulisan Halustikal

55

Selain itu, masyarakat juga turut berperanan memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan rakyat. Contohnya, jika masyarakat mengamalkan budaya berjimat cermat pasti …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………. .Seterusnya, masyarakat juga perlu menegur jika terdapat ……………………………………………………………….………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….Masyarakat juga hendaklah ………………………………………………………………………………………………………………..…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………. .Kesimpulannya, jika masyarakat saling mengingati dan tegur menegur dalam amalan berjimat cermat, pasti kehidupan harian masyarakat akan menjadi lebih berkualiti. Langkah yang keempat ialah peranan media massa memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan rakyat. Hal ini demikian kerana ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………Oleh itu, media elektronik seperti …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….Media cetak seperti akhbar pula boleh………………………………………………………………………………………………..…………………………………………………………………………………….. Intihanya , peranan media massa ini pasti akan dapat memupuk budaya berjimat cermat dalam kalangan rakyat. Kesimpulannya amalan berjimat cermat merupakan satu sikap yang baik dan perlu diamalkan oleh setiap rakyat di negara ini.Budaya berjimat cermat ini perlu dipupuk sejak kecil lagi, seperti peribahasa Melayu,”……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………”. Jika perlu, denda patut dikenakan kepada pihak yang suka membzir kerana perbuatan ……………………………………………………………………………………………….……………………………………………………………………………………………………… . Oleh itu, jika semua pihak dapat bekerjasama dalam menyemai amalan berjimat cermat dalam kehidupan seharian, pasti negara bertambah makmur dan maju.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 56: Modul Penulisan Halustikal

56

MODUL 14

PANDUAN GURU

TEMA: SEMANGAT PATRIOTIK

Kerangka dan Perenggan Lengkap

Soalan:

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan pelajar di negara kita pada masa ini

seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku kerana golongan pelajar lebih

mementingkan pencapaian akademik sehingga hilangnya semangat patriotik dan jati diri

dalam diri mereka.Senario ini amat membimbangkan dan pelbagai langkah perlu diambil

bagi mengatasi masalah ini.

Bincangkan langkah-langkah yang dapat dimainkan oleh pihak tertentu bagi meningkatkan

semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Jawapan:

Pendahuluan:

(Salin kembali penyataan soalan): Jika penyataan terlalu ringkas, salin penyataan, diikuti

dengan idea tambahan (sekurang-kurangnya 1 ayat) kemudian tutup dengan kehendak

tugasan.

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan pelajar di negara kita pada masa ini

seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku kerana golongan pelajar lebih

mementingkan pencapaian akademik sehingga hilangnya semangat patriotik dan jati diri

dalam diri mereka. Senario ini amat membimbangkan. Justeru, pelbagai langkah perlu

diambil bagi meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

(54 patah perkataan)

Isi 1

Ayat isi : Mengajari mata pelajaran sejarah di sekolah.

Ayat huraian : Apakah sebab mata pelajaran sejarah perlu diajar di

sekolah?

Ayat contoh : Apakah contoh topik yang diajar dalam mata pelajaran sejarah?

Ayat kesan : Apakah kesan pendidikan sejarah kepada mereka?

Ayat kesimpulan : (1 ayat)

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 57: Modul Penulisan Halustikal

57

Antara langkah yang boleh dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam

kalangan pelajar adalah dengan mengajarkan mata pelajaran Sejarah di sekolah. Melalui mata

pelajaran Sejarah, semangat patriotik dapat dipupuk secara lebih mendalam. Sebagai contoh,

melalui topik ‘Nasionalisme di Malaysia’, pelajar dapat mengenali, menghargai dan

mencontohi jasa-jasa mereka kerana tak kenal, maka tak cinta. Hal ini dapat meningkatkan

semangat pelajar untuk mempertahankan keamanan negara. Oleh itu, mempelajari mata

pelajaran Sejarah amat penting bagi melahirkan pelajar yang berjiwa patriotik.

(70 patah perkataan)

Isi 2

Ayat isi : Menjalankan kempen secara besar-besaran

melalui media massa

Ayat huraian : Apakah kesan daripada kempen yang disiarkan kepada pelajar? Ayat

contoh : Apakah contoh-contoh program yang boleh

disiarkan?

Ayat kesan : Apakah tujuan kempen disiarkan melalui iklan dan dokumentari?

Ayat kesimpulan : (1 ayat)

Pihak yang bertanggungjawab juga hendaklah menjalankan kempen secara besar-

besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini

akan memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar tentang

kepentingan semangat patriotik. Pihak penyiaran perlu menyiarkan iklan-iklan dan

dokumentari yang memaparkan semangat cinta akan tanah air dalam usaha menarik minat

para pelajar. Hal ini kerana golongan remaja mudah tertarik dengan sebarang siaran melalui

media elektronik. Jelaslah bahawa media massa juga memainkan peranan dalam menyemai

semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

(78 patah perkataan)

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 58: Modul Penulisan Halustikal

58

Isi 3

Ayat isi : Ibu bapa menerapkan semangat patriotik kepada anak-anak mereka

sejak masih kecil.

Ayat contoh : Apakah contoh–contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa?

Ayat huraian : Kenapakah ibu bapa perlu menerapkan semangat patriotism?

Ayat kesan : Apakah kesannya kepada anak-anak mereka?

Ayat kesimpulan : (1 ayat)

Selain itu, untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar, ibu bapa

boleh menerapkan semangat patriotik kepada anak-anak. Ibu bapa boleh mengajak anak-anak

ke tempat bersejarah seperti ke Kota A' Famosa di Melaka. Ibu bapa juga boleh bercerita

tentang kisah tokoh-tokoh zaman dahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Ibu

bapa boleh membelikan buku cerita, DVD dan sebagainya yang mengandungi isu-isu

berkaitan patriotisme kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kesannya, anak-anak

akan memiliki jati diri yang kukuh sejak mereka kecil lagi. Jelaslah bahawa semangat

patriotisme juga dapat dipupuk dalam diri anak-anak melalui peranan yang dimainkan ibu

bapa.

(87 patah perkataan)

Penutup

1. Nyatakan semula semua isi yang telah diberi

2. Beri cadangan

3. Beri harapan dan akhiri dengan peribahasa yang sesuai.

Kesimpulannya, memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar boleh dilakukan

melalui pengajaran mata pelajaran sejarah di sekolah, menjalankan kempen secara besar-

besaran melalui media massa serta peranan yang dimainkan oleh ibu bapa. Semua pihak

perlulah berganding bahu memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat

dipupuk dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting

untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negara dan pasti akan menjadi individu yang

berguna kepada bangsa, agama dan negara ibarat kata pepatah di mana bumi dipijak di situ

langit dijunjung.

(75 patah perkataan)

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 59: Modul Penulisan Halustikal

59

Karangan Lengkap

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan pelajar di negara kita pada masa ini

seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku kerana golongan pelajar lebih

mementingkan pencapaian akademik sehingga hilangnya semangat patriotik dan jati diri

dalam diri mereka. Senario ini amat membimbangkan. Justeru, pelbagai langkah perlu

diambil bagi meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Antara langkah yang boleh dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam

kalangan pelajar adalah dengan mengajarkan mata pelajaran Sejarah di sekolah. Melalui mata

pelajaran Sejarah, semangat patriotik dapat dipupuk secara lebih mendalam. Sebagai contoh,

melalui topik ‘Nasionalisme di Malaysia’, pelajar dapat mengenali, menghargai dan

mencontohi jasa-jasa mereka kerana tak kenal, maka tak cinta. Hal ini dapat meningkatkan

semangat pelajar untuk mempertahankan keamanan negara. Oleh itu, mempelajari mata

pelajaran Sejarah amat penting bagi melahirkan pelajar yang berjiwa patriotik.

Pihak yang bertanggungjawab juga hendaklah menjalankan kempen secara besar-

besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini

akan memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar tentang

kepentingan semangat patriotik. Pihak penyiaran perlu menyiarkan iklan-iklan dan

dokumentari yang memaparkan semangat cinta akan tanah air dalam usaha menarik minat

para pelajar. Hal ini kerana golongan remaja mudah tertarik dengan sebarang siaran melalui

media elektronik. Jelaslah bahawa media massa juga memainkan peranan dalam menyemai

semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Selain itu, untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar, ibu bapa

boleh menerapkan semangat patriotik kepada anak-anak. Ibu bapa boleh mengajak anak-anak

ke tempat bersejarah seperti ke Kota A' Famosa di Melaka. Ibu bapa juga boleh bercerita

tentang kisah tokoh-tokoh zaman dahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Ibu

bapa boleh membelikan buku cerita, DVD dan sebagainya yang mengandungi isu-isu

berkaitan patriotisme kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kesannya, anak-anak

akan memiliki jati diri yang kukuh sejak mereka kecil lagi. Jelaslah bahawa semangat

patriotisme juga dapat dipupuk dalam diri anak-anak melalui peranan yang dimainkan ibu

bapa.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 60: Modul Penulisan Halustikal

60

Kesimpulannya, memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar boleh dilakukan

melalui pengajaran mata pelajaran sejarah di sekolah, menjalankan kempen secara besar-

besaran melalui media massa serta peranan yang dimainkan oleh ibu bapa. Semua pihak

perlulah berganding bahu memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat

dipupuk dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting

untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negara dan pasti akan menjadi individu yang

berguna kepada bangsa, agama dan negara ibarat kata pepatah di mana bumi dipijak di situ

langit dijunjung.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 61: Modul Penulisan Halustikal

61

MODUL LATIHAN MURID

Latihan Melengkapkan Karangan

Soalan:

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan pelajar di negara kita pada masa ini

seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku kerana golongan pelajar lebih

mementingkan pencapaian akademik sehingga hilangnya semangat patriotik dan jati diri

dalam diri mereka.Senario ini amat membimbangkan dan pelbagai langkah perlu diambil

bagi mengatasi masalah ini.

Bincangkan langkah-langkah yang dapat dimainkan oleh pihak tertentu bagi meningkatkan

semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Jawapan:

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan pelajar di negara kita pada masa ini seperti

yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku kerana golongan pelajar lebih

mementingkan pencapaian akademik sehingga hilangnya semangat patriotik dan jati diri

dalam diri mereka. Senario ini amat membimbangkan. Justeru, pelbagai langkah perlu

diambil bagi meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar. (54 patah perkataan)

Antara langkah yang boleh dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam

kalangan pelajar adalah dengan mengajarkan mata pelajaran Sejarah di sekolah. Melalui mata

pelajaran Sejarah, ____________________________________________________. Sebagai

contoh, melalui topik _______________________________ pelajar dapat mengenali,

menghargai dan mencontohi jasa-jasa mereka kerana tak kenal, maka tak cinta. Hal ini dapat

____________________________________________________. Oleh itu, mempelajari mata

pelajaran Sejarah amat penting bagi melahirkan pelajar yang berjiwa patriotik.

Pihak yang bertanggungjawab juga hendaklah menjalankan kempen secara besar-

besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini

akan _____________________________________________________________

____________________________________________________________. Pihak penyiaran

perlu _______________________________________________________________ dalam

usaha menarik minat para pelajar. Hal ini kerana

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 62: Modul Penulisan Halustikal

62

__________________________________________________________________________.

Jelaslah bahawa media massa juga memainkan peranan dalam menyemai semangat patriotik

dalam kalangan pelajar.

Selain itu, untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar, ibu bapa

boleh menerapkan semangat patriotik kepada anak-anak. Ibu bapa boleh

____________________________________________________. Ibu bapa juga boleh

bercerita tentang kisah tokoh-tokoh zaman dahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan

negara. Ibu bapa boleh membelikan anak-anak buku, DVD dan sebagainya yang

mengandungi isu-isu berkaitan patriotisme.Perkara ini sesuai dilakukan kepada anak-anak

kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kesannya,__________________________________________________________________.

Jelaslah bahawa semangat patriotisme juga dapat dipupuk dalam diri anak-anak melalui

peranan yang dimainkan ibu bapa.

Kesimpulannya, memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar boleh

dilakukan melalui ___________________________________________________________

_______________________________________________________________. Semua pihak

perlulah berganding bahu memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat

dipupuk dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting

untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negara dan pasti akan menjadi individu yang

berguna kepada bangsa, agama dan negaran ibarat kata pepatah

___________________________________________________.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 63: Modul Penulisan Halustikal

63

MODUL 15

TEMA: SEMANGAT KEJIRANAN

PANDUAN GURUSoalanSejak akhir-akhir ini semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin longgar. Masyarakat kini lebih suka mengamalkan sifat ` bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.Jawapan

Pendahuluan: Salin kembali penyataan soalan diikuti dengan idea tambahan

Sejak akhir-akhir ini , semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin longgar. Masyarakat kini lebih suka mengamalkan sifat `bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’ terutamanya warga kota yang kini lebih bersifat individualistik dan hanya mementingkan diri sendiri. Sehubungan itu pelbagai langkah perlu diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan demi perpaduan dan keamanan negara.

(49 patah perkataan)

Isi 1Ayat isi : Mengadakan aktiviti gotong-royongAyat huraian : Cara pelaksanaanAyat kesan : Faedah daripada aktiviti gotong-royongAyat kesimpulan : Satu ayat kesimpulan

Salah satu langkah yang perlu diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Dengan menyertai aktiviti gotong-royong , jiran dapat berkumpul dan berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Secara tidak langsung mereka dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain dan sekali gus dapat mengenal hati budi jiran dengan lebih dekat. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan kediaman, mengadakan kenduri-kendara dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran umpama pepatah `tak kenal maka tak cinta’.

(73 patah perkataan)

Ayat 2Ayat isi : Mengadakan majlis rumah terbukaAyat huraian : Cara pelaksanaanAyat kesan : Faedah daripada majlis rumah terbukaAyat kesimpulan : Satu ayat kesimpulan

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum menyambut pelbagai perayaan mengikut kaum masing-masing. Majlis rumah terbuka boleh diadakan semasa sambutan sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan sebagainya. Amalan ini dapat menjalin ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 64: Modul Penulisan Halustikal

64

kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Melalui majlis rumah terbuka ini juga semua anggota masyarakat berpeluang berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan. Sesungguhnya majlis rumah terbuka ini mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

(79 patah perkataan)Ayat 3Ayat isi : Mengadakan hari keluargaAyat huraian : Cara pelaksanaanAyat kesan : Faedah daripada hari keluargaAyat kesimpulan : Satu ayat kesimpulan

Selain itu, aktiviti hari keluarga juga dilihat mampu untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga akan turut serta melibatkan diri dalam aktiviti seperti sukaneka, permainan, perkhemahan, rekreasi, dan sebagainya. Secara tidak langsung kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dan bapa, malah kemesraan turut terjalin dalam kalangan anak-anak. Jadi, melalui aktiviti ini hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk dan perasaan saling membantu akan dapat dipupuk ibarat peribahasa `ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni’.

(77 patah perkataan)

Ayat 4Ayat isi : Menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungAyat huraian : Cara pelaksanaanAyat kesan : Faedah daripada budaya kunjung-mengunungAyat kesimpulan : Satu ayat kesimpulan

Seterusnya, kita perlu menyemarakkan kembali budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini kita dapat mengenali dan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Kita sepatutnya mengamalkan prinsip `cubit paha kanan, paha kiri terasa juga’. Hal ini bemakna, kita akan turut merasai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Secara tidak langsung melaui aktiviti ini kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita.

(77 patah perkataan)

Penutup1. Cadangan2. Harapan3. Peribahasa

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dan bersatu padu dalam memupuk semangat kejiranan kerana semangat kejiranan yang jitu akan membawa kepada kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Seterusnya, negara juga akan menjadi aman damai tanpa persengketaan lebih-lebih lagi masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan hidup di bawah satu bumbung. Semangat kejiranan sangat penting kerana `bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’.

(53 patah perkataan)

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 65: Modul Penulisan Halustikal

65

( mana-mana tiga isi boleh dipilih dan sudah mencukupi untuk kelompok kritikal)

MODUL LATIHAN MURID

Latihan Melengkapkan Karangan

SoalanSejak akhir-akhir ini semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin longgar. Masyarakat kini lebih suka mengamalkan sifat ` bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’Pada pendapat anda, apakah ungkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

Jawapan

Sejak akhir-akhir ini , semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin longgar. Masyarakat kini lebih suka mengamalkan sifat `bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’ terutamanya warga kota yang kini lebih bersifat ungkahalistic dan hanya mementingkan diri sendiri. Sehubungan itu pelbagai ungkah perlu diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan demi perpaduan dan keamanan negara.

Salah satu langkah yang perlu diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Dengan menyertai aktiviti gotong-royong , _______________________________________. Secara tidak langsung mereka dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain dan sekali gus dapat mengenal hati budi jiran dengan lebih dekat. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan secara bergotong-royong ialah _______________________________________. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan ungka jiran umpama pepatah `tak kenal maka tak cinta’.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum menyambut pelbagai perayaan mengikut kaum masing-masing. Majlis rumah terbuka boleh diadakan semasa sambutan sesuatu perayaan ______________________________________________________ dan sebagainya. Amalan ini dapat menjalin ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Melalui majlis rumah terbuka ini juga semua anggota masyarakat berpeluang berkumpul dan berbincang sambil ____________________________________. Sesungguhnya majlis rumah terbuka ini mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

Selain itu, aktiviti hari keluarga juga dilihat mampu untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga akan turut serta melibatkan diri dalam aktiviti seperti sukaneka, permainan, perkhemahan, rekreasi, dan sebagainya. Secara tidak langsung kemesraan akan terjalin __________________________________________________________. Jadi, melalui aktiviti ini hubungan yang erat ungka jiran dapat dibentuk dan perasaan saling membantu akan dapat dipupuk ibarat peribahasa `ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni’.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 66: Modul Penulisan Halustikal

66

Seterusnya, kita perlu menyemarakkan kembali budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan masyarakat sebagai ungkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, _________________________________. Melalui aktiviti ini kita dapat mengenali dan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Kita sepatutnya mengamalkan prinsip _______________________________. Hal ini bemakna, kita akan turut merasai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Secara tidak langsung melaui aktiviti ini kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita.

Kesimpulannya, semua pihak perlu _____________________________________ kerana semangat kejiranan yang jitu akan membawa kepada kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Seterusnya, negara juga akan menjadi aman damai tanpa persengketaan lebih-lebih lagi masyarakat kita yang terdiri daripada _________________ dan hidup di bawah satu bumbung. Semangat kejiranan sangat penting kerana `bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’.

MODUL 16

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 67: Modul Penulisan Halustikal

67

TEMA: KELUARGA BAHAGIA

PANDUAN GURUSoalan :Istilah keluarga bahagia dilihat sudah tidak sinonim dalam kalangan masyarakat masa kini. Namun, masih ada segelintir keluarga yang berjaya menerapkan ciri-ciri keluarga bahagia dalam institusi rumahtangga. Tulis satu karangan yang bertajuk ciri-ciri keluarga bahagia.Jawapan :Pendahuluan : (salin kembali penyataan soalan) : Jika penyataan terlalu ringkas, salin penyataan, diikuti dengan idea tambahan (sekurang-kurangnya satu ayat) kemudian tutup dengan kehendak soalan.

Istilah keluarga bahagia dilihat sudah tidak sinonim dalam kalangan masyarakat masa kini. Namun, masih ada segelintir keluarga yang berjaya menerapkan ciri-ciri keluarga bahagia dalam institusi rumah tangga. Secara asasnya, keluarga terdiri daripada satu unit asas yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak. Terdapat beberapa ciri keluarga bahagia.

(47 patah perkataan)

Isi 1 :Ayat Isi Mereka hidup dalam suasana penuh kasih sayang dan harmoniAyat Huraian / Faedah Mengapakah kehidupan kasih sayang dan harmoni menjadikan

kehidupan keluarga bahagia? (1/2 ayat)Ayat Huraian Bagaimanakah mereka diberikan kasih sayang oleh ibu bapa

mereka? (1/2 ayat)Ayat Kesan / Contoh Apakah contoh yang menunjukkan ibu bapa menerapkan nilai

kasih sayang kepada anak? Ayat Kesimpulan (1 ayat)

Ciri pertama yang menunjukkan keluarga bahagia ialah mereka hidup dalam suasana penuh kasih sayang dan harmoni. Hal ini kerana ibu bapa yang membesarkan anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang akan menjadikan anak-anak lebih dihargai, disayangi dan dimanjai. Ibu bapa yang bersifat penyayang akan sentiasa menasihati anak-anak mereka dengan baik. Jika anak-anak melakukan kesalahan, mereka tidak marah sebaliknya, mereka menegur dengan cara yang berhemah. Sebagai contoh, jika anak-anak gagal dalam mata pelajaran tertentu, ibu bapa tidak cepat marah sebaliknya, membantu anak-anak supaya berjaya dalam pelajaran. Jelaslah, kasih sayang dan keharmonian merupakan ciri penting untuk memupuk keluarga bahagia.

(90 patah perkataan)

Isi 2 :Ayat Isi Ibu bapa saling bertolak ansur apabila menghadapi sesuatu

masalahAyat Huraian / Faedah Mengapakah sifat tolak ansur penting untuk membentuk

keluarga bahagia (1/2 ayat)Ayat Huraian Bagaimanakah mereka menghadapi sesuatu masalah? (1/2 ayat)Ayat Kesan / Contoh Apakah contoh yang menunjukkan ibu bapa berjaya menghadapi

sesuatu masalah? Ayat Kesimpulan (1 ayat)

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 68: Modul Penulisan Halustikal

68

Ciri lain yang membentuk keluarga bahagia ialah ibu bapa saling bertolak ansur apabila menghadapi sesuatu masalah. Sikap bertolak ansur amat penting kerana sikap ini dapat mengelakkan ibu dan bapa bergaduh jika timbul sesuatu masalah. Apabila timbul sesuatu masalah, ibu atau bapa perlu beralah. Mereka tidak wajar mementingkan diri sendiri menegakkan pendirian masing-masing. Sebagai contoh, apabila timbul masalah hendak pulang ke kampung untuk berhari raya, pihak ibu atau bapa perlu mengalah untuk memilih kampung yang akan ditujui. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa sikap bertolak ansur merupakan ciri penting untuk memupuk keluarga bahagia.

(90 patah perkataan)

Isi 3 :Ayat Isi Ibu bapa mengambil berat kebajikan anak-anak merekaAyat Huraian / Faedah Mengapakah ibu bapa yang mengambil berat akan kebajikan

anak-anak merupakan ciri keluarga bahagia (1/2 ayat)Ayat Huraian Bagaimanakah cara yang menunjukkan ibu bapa mengambil

berat? (1/2 ayat)Ayat Kesan / Contoh Apakah contoh yang menunjukkan ibu bapa sentiasa mengambil

berat ?Ayat Kesimpulan (1 ayat)

Ciri terakhir keluarga bahagia ialah ibu bapa sentiasa mengambil berat akan kebajikan anak-anak mereka. Ibu bapa yang mengambil berat akan kebajikan anak-anak dikatakan memupuk ciri keluarga bahagia kerana mereka sentiasa ingin melindungi anak-anak daripada sebarang masalah. Ibu bapa sentiasa mencurahkan kasih sayang akan mengambil perhatian terhadap perlakuan anak-anak. Ibu bapa akan memberikan segala bantuan dan khidmat nasihat jika anak-anak menghadapi sebarang masalah. Sebagai contoh, seseorang ibu akan sentiasa bimbang apabila anak-anak mereka ditimpa sesuatu masalah. Oleh itu, mereka sentiasa berusaha membantu mengatasi masalah yang dihadapi. Kesimpulannya, antara ciri keluarga bahagia ialah ibu bapa sentiasa mengambil berat akan kebajikan anak-anak mereka. (94 patah perkataan)

Penutup :

1. Mulakan dengan peribahasa : Sudah terang lagi bersuluh + kehendak tugasan2. Nyatakan semua isi yang telah diberi3. Beri cadangan4. Beri harapan

Sudah terang lagi bersuluh, terdapat beberapa ciri keluarga bahagia. Antaranya ialah mereka hidup dalam suasana penuh kasih sayang dan harmoni, ibu bapa saling bertolak ansur apabila menghadapi sesuatu masalah dan ibu bapa mengambil berat kebajikan anak-anak mereka. Pada keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa ciri-ciri keluarga bahagia dapat dipupuk jika pihak ibu bapa memainkan peranan yang proaktif untuk menjadikannya kenyataan. Namun begitu, anak-anak juga wajar bekerjasama untuk membantu mereka mencapai ciri-ciri tersebut.

(60 patah perkataan) Jumlah patah perkataan keseluruhan : 381 patah perkataan

MODUL LATIHAN MURIDLatihan Melengkapkan Karangan

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 69: Modul Penulisan Halustikal

69

Soalan :Istilah keluarga bahagia dilihat sudah tidak sinonim dalam kalangan masyarakat masa kini. Namun, masih ada segelintir keluarga yang berjaya menerapkan ciri-ciri keluarga bahagia dalam institusi rumahtangga. Tulis satu karangan yang bertajuk ciri-ciri keluarga bahagia.Jawapan :

Istilah keluarga bahagia dilihat sudah tidak sinonim dalam kalangan masyarakat masa kini. Namun, masih ada segelintir keluarga yang berjaya menerapkan ciri-ciri keluarga bahagia dalam institusi rumah tangga. Secara asasnya, keluarga terdiri daripada satu unit asas yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak. Terdapat beberapa ciri keluarga bahagia.(47 Patah Perkataan)

Ciri pertama yang menunjukkan keluarga bahagia ialah mereka hidup dalam suasana penuh kasih sayang dan harmoni. Hal ini kerana ibu bapa yang membesarkan anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang akan menjadikan anak-anak lebih ______________________________________________ . Ibu bapa yang bersifat penyayang akan sentiasa menasihati anak-anak mereka dengan baik. Jika anak-anak melakukan kesalahan, ____________________________________________________________ . Sebagai contoh, jika anak-anak gagal dalam mata pelajaran tertentu, ibu bapa tidak cepat marah sebaliknya, __________________________________________________ . Jelaslah, kasih sayang dan keharmonian merupakan ciri penting untuk memupuk keluarga bahagia.

Ciri lain yang membentuk keluarga bahagia ialah ibu bapa saling bertolak ansur apabila menghadapi sesuatu masalah. Sikap bertolak ansur amat penting kerana sikap ini dapat mengelakkan ________________________________________. Apabila timbul sesuatu masalah, ibu atau bapa perlu beralah. Mereka tidak wajar mementingkan diri sendiri menegakkan pendirian masing-masing. Sebagai contoh, apabila timbul masalah hendak pulang ke kampung untuk berhari raya, pihak ibu atau bapa ____________________________________________. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa sikap bertolak ansur merupakan ciri penting untuk memupuk keluarga bahagia.

Ciri terakhir keluarga bahagia ialah ibu bapa sentiasa mengambil berat akan kebajikan anak-anak mereka. Ibu bapa yang mengambil berat akan kebajikan anak-anak dikatakan memupuk ciri keluarga bahagia kerana mereka sentiasa ingin melindungi anak-anak daripada sebarang masalah. Ibu bapa sentiasa ________________________________________________. Ibu bapa akan memberikan segala bantuan dan khidmat nasihat jika anak-anak menghadapi sebarang masalah. Sebagai contoh, seseorang ibu akan sentiasa bimbang ___________________________________________ . Oleh itu, mereka sentiasa berusaha membantu mengatasi masalah yang dihadapi. Kesimpulannya, antara ciri keluarga bahagia ialah ibu bapa sentiasa mengambil berat akan kebajikan anak-anak mereka.

Sudah terang lagi bersuluh, terdapat beberapa ciri keluarga bahagia. Antaranya ialah mereka hidup dalam suasana penuh kasih sayang dan harmoni, ibu bapa saling bertolak ansur apabila menghadapi sesuatu masalah dan ___________________________________________________________________________________________________________. Pada keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa ciri-ciri keluarga bahagia dapat dipupuk jika pihak ibu bapa memainkan peranan yang proaktif untuk menjadikannya kenyataan. Namun begitu, anak-anak juga wajar bekerjasama untuk membantu mereka mencapai ciri-ciri tersebut.

MODUL 17

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 70: Modul Penulisan Halustikal

70

TEMA: AMALAN NILAI-NILAI MURNI

PANDUAN GURU

Soalan :

Mutakhir ini,nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin pudar. Pada

pendapat anda, apakah cara yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak untuk

memupuk nilai-nilai murni ini daripada terus hilang ditelan zaman?

Rangka untuk pendahuluan:

Ayat 1 – salin ayat pernyataan dalam soalan.

Ayat 2 – apakah buktinya?

Ayat 3 – apakah kesannya?

Ayat 4/5 – kaitkan dengan kehendak soalan.

Mutakhir ini, nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin

pudar.Buktinya saban hari kita dilaporkan mengenai kejadian jenayah seperti kes

bunuh, rogol, rompakan dan bermacam-macam lagi. Jika nilai-nilai murni tidak

dipupuk, maka suatu hari nanti negara kita pasti akankehilangan masyarakat

yang bersatu padu. Oleh itu, nilai-nilai murni seperti kasih sayang,

bekerjasama, bersatu padu dan sebagainya lagi haruslah dipupuk sejak kecil lagi

kerana ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Namun yang menjadi

persoalannya, apakah cara untuk memupuk nilai-nilai murni ini?

Rangka untuk isi pertama:

Ayat 1 - Siapakah yang patut memainkan peranan?

Ayat 2/3 - Apakah caranya dan di mana hendak dilakukan?

Ayat 4 - Apakah kesan yang akan diperoleh?

Langkah perdana yang boleh diambil untuk memupuk nilai murni adalah melalui

peranan pihak kerajaan. Kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran

kepada masyarakat sama ada di desa ataupun di bandar-bandar besar yang sedang

mengalami proses pembangunan ekonomi. Kempen ini haruslah dilakukan secara

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 71: Modul Penulisan Halustikal

71

berterusan dan janganlah sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’ kerana akan

menyebabkan kerugian kepada negara kita sendiri. Dengan adanya kempen yang

sebegini, masyarakat akan terus dibasahi dengan nilai-nilai murni kerana mereka

sedar tentang manfaat yang akan diperoleh sama ada untuk diri sendiri atau untuk

negara.

Rangka untuk isi kedua :

Ayat 1 - Siapakah yang patut memainkan peranan?

Ayat 2/3 - Apakah caranya?

Ayat 4 - Apakah contoh aktiviti

Ayat 5 - Apakah kesan yang akan diperoleh?

Langkah seterusnya yang dapat kita lakukan untuk mengatasi keruntuhan nilai

moral dalam kalangan masyarakat adalah dengan menyedarkan ibu bapa tentang

pentingnya memupuk nilai-nilai moral dalam diri anak-anak semasa mereka

masih kecil. Ibu bapa boleh menanamkan semangat kejiranan dan perpaduan

dalam diri anak-anak. Cara yang paling mudah ialah membawa mereka mengikuti

program kemasyarakatan di kediaman masing-masing seperti gotong-royong

membersihkan kampung, menolong keluarga miskin dan sebagainya. Program

seperti ini dapat mengajar anak-anak tentang kepentingan semangat

bekerjasama atau nilai moral yang terpuji bagi mewujudkan masyarakat yang

harmonis. Program seperti ini juga memberi peluang kepada anak-anak untuk

meluangkan masa bersama masyarakat. Pada zaman ini generasi muda hanya

mengejar kepentingan duniawi sahaja dan bersikap seperti ‘katak d ibawah

tempurung’ yang tidak bergaul dengan orang lain. Oleh itu, program seperti ini

banyak memberi manfaat kepada jiwa anak-anak dalam menyemai perasaan

kasih sayang dan nilai-nilai murni yang lain.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 72: Modul Penulisan Halustikal

72

Rangka untuk isi ketiga :

Ayat 1 - Siapakah yang patut memainkan peranan?

Ayat 2 - Apakah caranya?

Ayat 3 - Mengapa media massa yang perlu mainkan peranan?

Ayat 4 - Apakah contoh aktiviti

Ayat 5 - Apakah kesan yang akan diperoleh?

Seterusnya, usaha yang boleh dilakukan untuk membanteras masalah ini ialah

melalui peranan media massa. Untuk merealisasikan impian ini pihak syarikat

televisyen haruslah sentiasa memaparkan nilai-nilai murni melalui iklan-iklan di

televisyen dan kepentingan mengamalkannya. Seperti yang kita sedia maklum,

internet dan televisyen menjadi daya tarikan yang popular dalam kalangan

masyarakat sejak akhir-akhir ini. Oleh hal demikian,sudah tentulah usaha untuk

memupuk nilai murni ini mudah dilakukan melalui media massa. Oleh itu,untuk

merealisasikan impian ini pihak syarikat televisyen haruslah sentiasa memaparkan

drama-drama atau kempen yang berkaitan nilai-nilai murni. Justeru, masyarakat

mendapat panduan untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan

seharian mereka.

Rangka untuk penutup :

Cadangan anda secara keseluruhan – apakah pendapat anda?

Kenapa anda mencadangkan perkara itu?

Kesimpulannya, kita haruslah bersatu padu dalam memerangi masalah

keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat di negara ini dan semua pihak

mestilah memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilai-nilai murni

dalam kalangan masyarakat, bak kata pepatah ’bersatu kita teguh, bercerai kita

roboh’. Hal ini amat penting demi memastikan keharmonian masyarakat di negara ini

terus terpelihara.

LATIHAN MURID

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 73: Modul Penulisan Halustikal

73

Soalan :

Mutakhir ini,nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin pudar. Pada

pendapat anda, apakah cara yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak untuk

memupuk nilai-nilai murni ini daripada terus hilang ditelan zaman?

Mutakhir ini, _________________________________________________.

Buktinya saban hari kita dilaporkan mengenai kejadian jenayah seperti ________

__________________dan bermacam-macam lagi. Jika nilai-nilai murni tidak

dipupuk, maka _______________________________________________________

______________________________________. Oleh itu, nilai-nilai murni seperti

_______________________________________________ dan sebagainya lagi

haruslah dipupuk sejak kecil lagi kerana ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Namun yang menjadi persoalannya, ______________________________________

__________________________________________________________________?

Langkah perdana yang boleh diambil untuk memupuk nilai murni adalah

melalui___________________________________. Kerajaan perlu mengadakan

kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat ______________________

ataupun ______________________yang sedang mengalami proses pembangunan

ekonomi. Kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan dan janganlah sekadar

‘hangat-hangat tahi ayam’ kerana akan menyebabkan kerugian kepada negara kita

sendiri. Dengan adanya kempen yang sebegini, masyarakat akan terus dibasahi

dengan nilai-nilai murni kerana mereka sedar tentang manfaat yang akan diperoleh

sama ada untuk diri sendiri atau untuk negara.

Langkah seterusnya yang dapat kita lakukan untuk mengatasi keruntuhan

nilai moral dalam kalangan masyarakat adalah______________________________

___________________________________________________________________

________________________. Ibu bapa boleh menanamkan semangat kejiranan

dan perpaduan dalam diri anak-anak. Cara yang paling mudah ialah membawa

mereka mengikuti program kemasyarakatan di kediaman masing-masing seperti

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 74: Modul Penulisan Halustikal

74

_____________________________________________________ dan sebagainya.

Program seperti ini ____________________________________________________

_____________________________yang terpuji bagi mewujudkan masyarakat yang

harmonis. Program seperti ini juga _______________________________________

________________________________. Pada zaman ini generasi muda hanya

mengejar kepentingan duniawi sahaja dan bersikap seperti ‘katak d ibawah

tempurung’ yang tidak bergaul dengan orang lain. Oleh itu, program seperti ini

banyak ____________________________________________________________

________________________________________.

Seterusnya, usaha yang boleh dilakukan untuk membanteras masalah ini

ialah melalui _______________________. Untuk merealisasikan impian ini pihak

syarikat televisyen haruslah sentiasa _____________________________________

________________________dan kepentingan mengamalkannya. Seperti yang kita

sedia maklum, ___________________________________________________

_______________________ sejak akhir-akhir ini. Oleh hal demikian,sudah tentulah

usaha untuk memupuk nilai murni ini mudah dilakukan melalui media massa. Oleh

itu,untuk merealisasikan impian ini pihak syarikat televisyen haruslah sentiasa

___________________________________________________________________

___________. Oleh yang demikian,______________________________________

___________________________________________________________________.

Kesimpulannya, _________________________________________________

__________________________di negara ini dan ____________________________

____________________________________________________ dalam memupuk

nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat, bak kata pepatah ’bersatu kita teguh,

bercerai kita roboh’. Hal ini amat penting demi memastikan keharmonian masyarakat

di negara ini terus terpelihara.

MODUL 18

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 75: Modul Penulisan Halustikal

75

TEMA: KEKELUARGAAN

PANDUAN GURU

Dimensi : _Diri dan keluarga

Soalan :1. Tanggung jawab anak terhadap ibu bapa

PENDAHULUAN Siapakah kita tanpa ibu bapa kita? Apakah tanggungjawab kita sebagai anak terhadap kedua ibu bapa kita? Berapa banyak bakti dan pengorbanan yang telah kita ekukan untuk membalas jasa-jasa mereka? Segala persoalan ini perlu dijawab agar dapat mengingatkan diri kita tentang tanggungjawab yang patut kita laksanakan untuk membalas jasa kedua ibu bapa kita. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak bagi melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa mereka.

ISI 1AT Anak-anak hendaklah sentiasa mengasihi dan menghormati kedua ibu bapa.AH Kenapa – Ibu bapa telah melahir dan membesarkan kita.AH Bagaimana – Kita mesti sentiasa taat, bersikap lemah lembut serta menggembirakan

hati mereka.KB Hadis nabi – “Syurga di bawah tapak kaki ibu”AC Contoh tingkah laku yang patut kita ekukan – Tidak membantah, tidak derhaka dan

sentiasa mendengar nasihatAP Anak-anak wajib mengasihi dan menghormati ibu bapa kerana perbuatan tersebut

merupakan suatu tuntutan dalam agama.

ISI 2AT Selain itu, anak-anak haruslah membalas jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa.AH Bagaimana – Berusaha dalam pelajaran hingga mencapai kejayaan dalam

kehidupan.AH Mengapa – Jika kita berjaya dalam kehidupan, kita dapat menjamin masa hadapan

hari tua kedua ibu bapa kita.KB Kita tidak boleh bersikap “seperti kacang lupakan kulit”.AC Cara-cara kita membalas jasa mereka dengan menyediakan tempat tinggal yang

selesa, menjaga makan minum yang sempurna dan penjagaan kesihatan yang terbaik.AP Jasa dan pengorbanan ibu bapa kita begitu besar dan kita wajib membalasnya selagi

ada hayat mereka.

ISI 3AT Seterusnya, tanggungjawab anak terhadap ibu bapa ialah sentiasa menjaga nama

baik dan maruah mereka.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 76: Modul Penulisan Halustikal

76

AH Mengapa – Apabila maruah dan nama baik terjaga, ibu bapa kita akan sentiasa dihormati oleh masyarakat dan begitulah pula sebaliknya.

AH Bagaimana – Kita tidak patut melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan nama ibu bapa dan keluarga.

KB Hal ini kerana “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”

AC Kita patut mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan nama baik ibu bapa seperti penyalahgunaan dadah, jenayah dan pelbagai gejala sosial lagi.

AP Oleh itu, menjadi tanggungjawab anak-anak untuk sentiasa memelihara nama baik ibu bapa dan keluarga mereka.

KESIMPULAN / PENUTUP Kesimpulannya, anak-anak mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap kedua ibu bapa mereka. Anak-anak tidak boleh mengabaikan tanggungjawab tersebut lebih-lebih lagi apabila kedua ibu bapa kita telah uzur dan berada pada penghujung usia. Anak-anak perlu melakukan apa sahaja yang terbaik untuk ibu-bapa mereka. Jika kita melaksanakan tangungjawab kita dengan baik terhadap kedua ibu bapa kita, pasti Tuhan akan membalas dengan memberikan keberkatan terhadap kehidupan kita.

Petunjuk:

AT = Ayat TopikAH = Ayat HuraianKB = Keindahan Bahasa (Peribahasa)AC = Ayat ContohAP = Ayat Penyimpul (Penegasan)

Lampiran B : (Perenggan Karangan Lengkap)

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 77: Modul Penulisan Halustikal

77

Siapakah kita tanpa ibu bapa kita? Apakah tanggungjawab kita sebagai anak terhadap kedua ibu bapa kita? Berapa banyak bakti dan pengorbanan yang telah kita ekukan untuk membalas jasa-jasa mereka? Segala persoalan ini perlu dijawab agar dapat mengingatkan diri kita tentang tanggungjawab yang patut kita laksanakan untuk membalas jasa kedua ibu bapa kita. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak bagi melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa mereka.

Salah satu tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh anak-anak, mereka hendaklah sentiasa mengasihi dan menghormati kedua ibu bapa. Hal ini kerana ibu bapa telah melahir dan membesarkan kita. Kita mesti sentiasa taat, bersikap lemah lembut serta menggembirakan hati mereka. Seperti kata maksud sepotong hadis nabi , “Syurga adalah di bawah tapak kaki ibu”. Contoh tingkah laku yang patut kita ekukan ialah tidak membantah, tidak ekukankai dan sentiasa mendengar nasihat ibu bapa.Anak-anak wajib mengasihi dan menghormati ibu bapa kerana perbuatan tersebut merupakan suatu tuntutan dalam agama.

Selain itu, anak-anak haruslah membalas jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa. Salah satu caranya ialah,kita mesti berusaha dalam pelajaran hingga mencapai kejayaan dalam kehidupan. Jika kita berjaya dalam kehidupan, kita akan dapat menjamin masa hadapan hari tua kedua ibu bapa kita. Kita tidak boleh bersikap “seperti kacang lupakan kulit”. Cara-cara kita boleh membalas jasa mereka adalah dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa, menjaga makan minum yang sempurna dan penjagaan kesihatan yang baik. Jasa dan pengorbanan ibu bapa kita begitu besar dan kita wajib membalasnya selagi ada hayat mereka.

Seterusnya, tanggungjawab anak terhadap ibu bapa ialah sentiasa menjaga nama baik dan maruah mereka. Hal ini kerana, apabila maruah dan nama baik terjaga, ibu bapa kita akan sentiasa dihormati oleh masyarakat dan begitulah pula sebaliknya. Kita tidak patut melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan nama ibu bapa dan keluarga. Seperti ungkapan peribahasa, “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Kita patut mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan nama baik ibu bapa seperti penyalahgunaan dadah, jenayah dan pelbagai gejala sosial lagi. Oleh itu, menjadi tanggungjawab anak-anak untuk sentiasa memelihara nama baik ibu bapa dan keluarga mereka.

Kesimpulannya, anak-anak mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap kedua ibu bapa mereka. Anak-anak tidak boleh mengabaikan tanggungjawab tersebut lebih-lebih lagi apabila kedua ibu bapa kita telah uzur dan berada pada penghujung usia. Anak-anak perlu melakukan apa sahaja yang terbaik untuk ibu-bapa mereka. Jika kita melaksanakan tangungjawab kita dengan baik terhadap kedua ibu bapa kita, pasti Tuhan akan membalas dengan memberikan keberkatan terhadap kehidupan kita.

Modul Latihan MuridSoalan :

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 78: Modul Penulisan Halustikal

78

1. Tanggung jawab anak terhadap ibu bapa

Jawapan: Siapakah kita tanpa ibu bapa kita? Apakah tanggungjawab kita sebagai anak terhadap kedua ibu bapa kita? Berapa banyak bakti dan pengorbanan yang telah kita lakukan untuk membalas jasa-jasa mereka? Segala persoalan ini perlu dijawab agar dapat mengingatkan diri kita tentang tanggungjawab yang patut kita laksanakan untuk membalas jasa kedua ibu bapa kita. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak bagi melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa mereka.

Salah satu tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh anak-anak, mereka hendaklah sentiasa mengasihi dan menghormati kedua ibu bapa. Hal ini kerana ibu bapa telah _____________________________ kita. Kita mesti sentiasa taat, bersikap lemah lembut serta menggembirakan hati mereka. Seperti kata maksud sepotong hadis nabi , “Syurga adalah di bawah tapak kaki ibu”. Contoh tingkah laku yang patut kita ekukan ialah ________________, _________________ dan sentiasa mendengar nasihat ibu bapa.Anak-anak wajib _______________________________ ibu bapa kerana perbuatan tersebut merupakan suatu tuntutan dalam agama.

Selain itu, anak-anak haruslah ___________________________ kedua ibu bapa. Salah satu caranya ialah,kita mesti berusaha dalam pelajaran hingga mencapai kejayaan dalam kehidupan. Jika kita berjaya dalam kehidupan, kita akan dapat menjamin masa hadapan hari tua kedua ibu bapa kita. Kita tidak boleh bersikap “_________________________________________”. Cara-cara kita boleh membalas jasa mereka adalah dengan ____________________________, _______________________________ dan penjagaan kesihatan yang baik. Jasa dan pengorbanan ibu bapa kita begitu besar dan kita wajib membalasnya selagi ada hayat mereka.

Seterusnya, tanggungjawab anak terhadap ibu bapa ialah sentiasa menjaga nama baik dan maruah mereka. Hal ini demikian kerana, apabila maruah dan nama baik terjaga, ibu bapa kita akan sentiasa dihormati oleh masyarakat dan begitulah pula sebaliknya. Kita tidak ________________________________________________nama ibu bapa dan keluarga. Seperti ungkapan peribahasa, “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Kita patut mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan nama baik ibu bapa seperti_________________________________________. Oleh itu, menjadi tanggungjawab anak-anak untuk sentiasa memelihara nama baik ibu bapa dan keluarga mereka.

Kesimpulannya, anak-anak mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap kedua ibu bapa mereka. Anak-anak tidak boleh mengabaikan tanggungjawab tersebut lebih-lebih lagi _______________________________________________________. Anak-anak perlu

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 79: Modul Penulisan Halustikal

79

melakukan apa sahaja yang terbaik untuk ibu-bapa mereka. Jika kita melaksanakan tangungjawab kita dengan baik terhadap kedua ibu bapa kita, pasti Tuhan akan _______________________________________________________________________.

MODUL 19

PANDUAN GURU

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 80: Modul Penulisan Halustikal

80

TEMA: KEPENTINGAN HARI GURU

Contoh Karangan : Kerangka Dan Perenggan Lengkap

SOALAN

Hari Guru disambut di semua sekolah di seluruh negara kita pada setiap tahun. Pada

pendapat anda apakah kepentingan sambutan ini.

Jawapan

Pendahuluan (Salin semula pernyataan soalan. Oleh sebab pernyataan tersebut

terlalu pendek, tambahkan dua atau tiga ayat lain yang berkaitan

dengan guru. Akhiri perenggan dengan kehendak tugasan

(Kepentingan)

Hari Guru disambut di semua sekolah di seluruh negara kita pada 16 hari bulan Mei

setiap tahun. Pelbagai acara diadakan pada hari tersebut. Guru-guru dan para pelajar akan

bersama-sama menyambut hari tersebut dengan meriah dan gembira. Mereka juga akan

bergaul dengan penuh mesra pada hari tersebut. Sebenarnya terdapat pelbagai kepentingan

sambutan ini kepada para guru dan juga pelajar.

(58 patah perkataan)

Isi 1

Ayat Isi : Menunjukkan penghargaan kerajaan terhadap para guru.

Ayat Huraian : Mengapa kerajaan menghargai mereka? (1/2 ayat)

Ayat Kesan : Apakah kepentingan penghargaan ini? (1/2 ayat)

Ayat Kesimpulan : (1 ayat)

Sambutan Hari Guru adalah penting untuk menunjukkan penghargaan kerajaan terhadap

para guru. Para guru telah memberikan sumbangan yang amat besar terhadap negara kita.

Mereka bekerja keras untuk mendidik dan membentuk generasi muda. Mereka juga

membentuk akhlak anak-anak muda kita agar menjadi manusia yang berguna untuk bangsa

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 81: Modul Penulisan Halustikal

81

dan negara Para guru menanggung pelbagai tekanan dan kesukaran dalam usaha mendidik

anak-anak muda ini. Oleh itu, penghargaan ini amat penting untuk memberikan dorongan

kepada mereka supaya terus berusaha demi negara. (77 p.p)

Isi 2

Ayat Isi : Menyedarkan para pelajar tentang sumbangan para guru.

Ayat Huraian : Mengapa para pelajar perlu sedar sumbangan guru? (1/2 ayat)

Ayat Huraian : Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar untuk menunjukkan

penghargaaan mereka? (1/2 ayat)

Ayat Kesimpulan : (1 ayat)

Selain itu, sambutan Hari Guru juga amat penting untuk memberikan kesedaran kepada

para pelajar tentang sumbangan para guru. Hari Guru memberikan kesempatan kepada para

pelajar untuk merenungkan pengorbanan para guru. Sebenarnya pelajar-pelajar yang sedar

pengorbanan para guru akan sentiasa mendengar nasihat mereka Selain itu, mereka juga akan

mempelajari mata pelajaran yang diajar oleh seseorang guru itu dengan bersungguh-sungguh.

Hasilnya tahap pembelajaran para pelajar akan meningkat. (65 p.p)

Isi 3

Ayat Isi : Memberikan harga diri kepada para guru.

Ayat Huraian : Bagaimana sambutan Hari guru memberikan harga diri kepada

guru-guru? (1/2 ayat)

Ayat Huraian : Apa kepentingan harga diri ini kepada para guru? (1/2 ayat)

Ayat Kesimpulan : (1 ayat)

Seterusnya sambutan Hari Guru juga amat penting untuk memberikan harga diri kepada

para guru. Pelbagai acara yang dirancang dan dijalankan oleh para pelajar pada hari tersebut

menjadi petunjuk kepada guru-guru bahawa jasa mereka amat dihargai oleh para pelajar.

Guru-guru juga akan berasakan bahawa segala pengorbanan mereka tidak sia-sia. Perkara ini

akan memberikan semangat kepada para guru untuk berusaha dengan lebih bersungguh-

sungguh dan ikhlas untuk membantu para pelajar dalam pelajaran mereka. (70 p.p)

Penutup

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 82: Modul Penulisan Halustikal

82

1. Simpulkan kehendak soalan (Kepentingan)

2. Simpulkan tanggungjawab guru

3. Nyatakan harapan anda

Demikianlah antara kepentingan sambutan Hari Guru untuk para guru dan juga pelajar.

Para guru boleh diibaratkan seperti lilin yang membakar diri semata-mata untuk menerangi

kehidupan orang lain. Kejayaan setiap anggota masyarakat hari ini bermula daripada

pendidikan yang diberikan oleh para guru. Oleh itu, setiap anggota masyarakat, terutamanya

para pelajar harus sentiasa menghargai dan menjunjung jasa yang ditaburkan oleh para guru.

(60 p p)

(Jumlah perkataan 330 patah perkataan)

MODUL LATIHAN PELAJARLatihan Melengkapkan Karangan

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 83: Modul Penulisan Halustikal

83

SOALAN

Hari Guru disambut di semua sekolah di seluruh negara kita pada setiap tahun. Pada

pendapat anda apakah kepentingan sambutan ini.

JAWAPAN

Hari Guru disambut di semua sekolah di seluruh negara kita pada 16 hari bulan Mei

setiap tahun. Pelbagai acara diadakan pada hari tersebut. Guru-guru dan para pelajar akan

bersama-sama menyambut hari tersebut dengan meriah dan gembira. Mereka juga akan

bergaul dengan penuh mesra pada hari tersebut. Sebenarnya terdapat pelbagai kepentingan

sambutan ini kepada para guru dan juga pelajar.

Sambutan Hari Guru adalah penting untuk menunjukkan penghargaan kerajaan

………………………………………….. . Para guru telah memberikan sumbangan yang amat

besar terhadap negara kita. Mereka bekerja keras untuk mendidik dan membentuk generasi

muda. Mereka juga membentuk akhlak anak-anak muda kita agar menjadi

………………………………………………… . Para guru menanggung pelbagai tekanan dan

kesukaran dalam usaha mendidik anak-anak muda ini. Oleh itu, penghargaan ini amat penting

untuk memberikan dorongan kepada mereka supaya

…………………………………………………………. .

Selain itu, sambutan Hari Guru juga amat penting untuk memberikan kesedaran kepada

para pelajar tentang sumbangan para guru. Hari Guru memberikan kesempatan kepada para

pelajar untuk merenungkan pengorbanan para guru. Sebenarnya pelajar-pelajar yang sedar

pengorbanan para guru akan sentiasa ……………………………………………….. . Selain

itu, mereka juga akan mempelajari mata pelajaran yang diajar oleh seseorang guru itu dengan

bersungguh-sungguh. Hasilnya………………………………………………….. .

Seterusnya sambutan Hari Guru juga amat penting untuk memberikan harga diri kepada

para guru. Pelbagai acara yang dirancang dan dijalankan oleh para pelajar pada hari tersebut

menjadi petunjuk kepada guru-guru bahawa jasa

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 84: Modul Penulisan Halustikal

84

mereka…………………………………………………. . Guru-guru juga akan berasakan

bahawa segala pengorbanan mereka tidak sia-sia. Perkara ini akan memberikan semangat

kepada para guru untuk berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dan ikhlas

untuk……………………………………………. .

Demikianlah antara kepentingan sambutan Hari Guru untuk para guru dan juga pelajar.

Para guru boleh diibaratkan seperti lilin yang membakar diri semata-

mata…………………………………………… . Kejayaan setiap anggota masyarakat hari ini

bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh para guru. Oleh itu, setiap anggota

masyarakat, terutamanya para pelajar harus sentiasa………………………………………….. .

MODUL 20

PANDUAN GURU

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 85: Modul Penulisan Halustikal

85

Tema : Amalan Nilai-nilai Murni Dalam keluargaDimensi : Keluarga

Contoh Karangan : Kerangka Dan Perenggan Lengkap

Soalan : Isu-isu yang berkaitan dengan kekeluargaan kerap menjadi perbincangan dalam forum dan media massa. Hal ini kerana institusi keluarga memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi yang berkualiti.

Sebagai sebuah institusi keluarga yang berperanan penting, jelaskan nilai-nilai murni yang boleh diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.

Jawapan :

Pendahuluan : Murid dikehendaki menyalin kembali penyataan soalan. Jika penyataan terlalu ringkas, salin penyataan, diikuti dengan idea tambahan ( sekurang-kurangnya 1 ayat ) kemudian tutup dengan kehendak tugasan.

Isu-isu yang berkaitan dengan kekeluargaan kerap menjadi perbincangan dalam forum dan media massa. Hal ini kerana institusi keluarga memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi yang berkualiti. Sebagai sebuah institusi keluarga yang berperanan penting, terdapat beberapa nilai murni yang boleh diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak. ( 45 patah perkataan )

Isi 1Ayat isi (apa) : Nilai kasih sayang terhadap keluarga.Ayat huraian (mengapa) : Mengapa ibu bapa perlu menerapkan nilai kasih sayang? (1/2 ayat)Ayat contoh (bagaimana) : Bagaimana cara ibu bapa menerapkan nilai kasih sayang?

(1/2 ayat)Ayat kesan : Apakah kesan/faedah nilai kasih sayang terhadap anak-anak?

(1/2 ayat)Ayat kesimpulan : Menegaskan kembali isi (1 ayat)

Nilai murni pertama yang boleh diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak ialah nilai kasih sayang terhadap keluarga. Ibu bapa perlu menerapkan nilai ini kerana anak-anak akan belajar menyayangi sesama anggota keluarga mereka. Sikap sebegini perlu diamalkan agar hubungan ibu bapa dengan anak-anak dapat dieratkan. Ibu bapa perlu menunjukkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak melalui pelbagai cara seperti meluangkan masa bersama-sama anak-anak, sentiasa mengambil berat hal anak-anak dan sebagainya. Kesan daripada nilai kasih sayang ini anak-anak akan berasa diri mereka disayangi oleh ibu bapa dan mereka juga akan belajar menyayangi orang lain. Kesimpulannya, nilai kasih sayang amat perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak. ( 96 patah perkataan )

Isi 2Ayat isi (apa) : Nilai tanggungjawab terhadap keluarga.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 86: Modul Penulisan Halustikal

86

Ayat huraian (mengapa) : Mengapa nilai tanggungjawab perlu diterapkan oleh ibu bapa? (1/2 ayat)Ayat contoh (bagaimana) : Bagaimana ibu bapa boleh menerapkan nilai tanggungjawab kepada anak-anak?

(1/2 ayat)Ayat kesan : Apakah kesan/faedah nilai tanggungjawab terhadap anak-anak?

(1/2 ayat)Ayat kesimpulan : Menegaskan kembali isi (1 ayat)

Nilai murni kedua yang boleh diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak ialah nilai tanggungjawab terhadap keluarga. Ibu bapa perlu menerapkan nilai ini kerana anak-anak akan tahu tanggungjawab mereka dalam keluarga. Nilai ini boleh diamalkan oleh ibu bapa dengan cara ibu bapa bertanggungjawab menyediakan keperluaan asas kepada anak-anak seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan kepada anak-anak. Bagi anak-anak pula, mereka hendaklah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan membantu ibu bapa menguruskan rumah dan belajar bersungguh-sungguh. Kesan daripada nilai ini, anak-anak menjadi seorang yang bertanggungjawab kapada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Kesimpulannya, nilai tanggungjawab terhadap keluarga penting diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak. ( 94 patah perkataan )

Isi 3Ayat isi : Nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga.Ayat huraian (mengapa) : Mengapa nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga perlu diterapkan oleh ibu bapa? (1/2 ayat)Ayat contoh (bagaimana) : Bagaimanakah ibu bapa boleh menerapkan nilai hormat dan taat kepada anak-anak?

(1/2 ayat)Ayat kesan : Apakah kesan/faedah nilai hormat dan taat kepada Keluarga terhadap anak-anak?

(1/2 ayat)Ayat kesimpulan : Menegaskan kembali isi (1 ayat)

Nilai murni ketiga yang boleh diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak ialah nilai hormat dan taat kepada keluarga. Ibu bapa perlu menerapkan nilai ini kerana anak-anak seharusnya menghormati suruhan ibu bapa dalam urusan keluarga. Nilai ini boleh diamalkan oleh ibu bapa dengan cara ibu bapa menyediakan peraturan dalam keluarga seperti membahagikan masa untuk anak-anak belajar, membantu urusan keluarga, berehat dan sebagainya. Kesan daripada nilai ini, anak-anak dapat mendisiplinkan diri dengan taat dan menghormati peraturan yang telah ditetapkan oleh ibu bapa. Kesimpulannya, nilai hormat dan

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 87: Modul Penulisan Halustikal

87

taat kepada anggota keluarga penting untuk diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak. ( 89 patah perkataan )

Penutup1. Mulakan dengan peribahasa : sudah terang lagi bersuluh + kehendak tugasan.2. Nyatakan semua isi yang telah diberi.3. Beri cadangan.4. Beri harapan.

Sudah terang lagi bersuluh, terdapat beberapa peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak. Antara nilai murni tersebut ialah nilai kasih sayang terhadap keluarga, nilai tanggungjawab terhadap keluarga dan nilai hormat dan taat kepada keluarga. Sebagai sebuah institusi keluarga, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mereka didik dengan nilai-nilai murni tersebut. Hal ini demikian supaya anak-anak akan menjadi generasi yang berkualiti pada masa hadapan. ( 65 patah perkataan )

MODUL LATIHAN MURID

Latihan Melengkapkan Karangan

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 88: Modul Penulisan Halustikal

88

Soalan :Isu-isu yang berkaitan dengan kekeluargaan kerap menjadi perbincangan dalam forum dan media massa. Hal ini kerana institusi keluarga memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi yang berkualiti.

Sebagai sebuah institusi keluarga yang berperanan penting, jelaskan nilai-nilai murni yang boleh diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.

Jawapan :

Isu-isu yang berkaitan dengan kekeluargaan kerap menjadi perbincangan dalam forum

dan media massa. Hal ini kerana institusi keluarga memainkan peranan penting untuk

melahirkan generasi yang berkualiti. Sebagai sebuah institusi keluarga yang berperanan

penting, terdapat beberapa nilai murni yang boleh diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-

anak. ( 45 patah perkataan )

Nilai murni pertama yang boleh diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak ialah nilai

kasih sayang terhadap keluarga. Ibu bapa perlu menerapkan nilai ini kerana

_____________________________________________. Sikap sebegini perlu diamalkan agar

hubungan ibu bapa dengan anak-anak dapat dieratkan. Ibu bapa perlu menunjukkan kasih

sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak melalui pelbagai cara seperti

_________________________________________________________. Kesan daripada nilai

kasih sayang ini ______________________________________________.Kesimpulannya,

nilai kasih sayang amat perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.

( 96 patah perkataan )

Nilai murni kedua yang boleh diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak ialah nilai

tanggungjawab terhadap keluarga. Ibu bapa perlu menerapkan nilai ini kerana

________________________________________________________. Nilai ini boleh

diamalkan oleh ibu bapa dengan cara ibu bapa bertanggungjawab

___________________________________________________________________________

_________________. Bagi anak-anak pula, mereka hendaklah melaksanakan tanggungjawab

mereka dengan membantu ibu bapa menguruskan rumah dan belajar bersungguh-sungguh.

Kesan daripada nilai ini,

____________________________________________________________________

_Kesimpulannya, nilai tanggungjawab terhadap keluarga penting diterapkan oleh ibu bapa

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 89: Modul Penulisan Halustikal

89

kepada anak-anak. ( 94 patah

perkataan )

Nilai murni ketiga yang boleh diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak ialah nilai

hormat dan taat kepada keluarga. Ibu bapa perlu menerapkan nilai ini kerana

__________________________________________________________________________.

Nilai ini boleh diamalkan oleh ibu bapa dengan cara ibu bapa menyediakan peraturan dalam

keluarga seperti ___________________________________________________________.

Kesan daripada nilai ini, anak-anak _____________________________________________.

Kesimpulannya, nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga penting untuk diterapkan oleh

ibu bapa kepada anak-anak. ( 89 patah perkataan )

Sudah terang lagi bersuluh, terdapat beberapa peranan yang boleh dilakukan oleh ibu

bapa dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak. Antara nilai murni tersebut ialah

nilai kasih sayang terhadap keluarga, nilai tanggungjawab terhadap keluarga dan nilai hormat

dan taat kepada keluarga. Sebagai sebuah institusi keluarga, ibu bapa perlulah memastikan

anak-anak mereka didik dengan nilai-nilai murni tersebut. Hal ini demikian supaya anak-anak

akan menjadi generasi yang berkualiti pada masa hadapan. ( 65

patah perkataan )

MODUL 21

TEMA: AMALAN BERJIMAT CERMAT

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 90: Modul Penulisan Halustikal

90

PANDUAN GURU

Soalan:

Harga barang keperluan harian dan kos hidup semakin naik setiap tahun. Pemimpin negara

selalu menasihati rakyat supaya mengamalkan sikap berjimat cermat.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan amalan berjimat cermat yang perlu dilakukan dalam

kehidupan seharian.

Jawapan:

Pendahuluan:

Dewasa ini kita dapati harga barang keperluan harian dan kos hidup semakin naik

setiap tahun. Pemimpin negara selalu menasihati rakyat supaya mengamalkan sikap berjimat

cermat. Selaku pengguna yang bijak, kita sewajarnya mengamalkan amalan berjimat cermat

dalam kehidupan seharian kita. Hal ini demikian kerana jikalau kita melakukan banyak

pembaziran, kelak kita yang akan menanggung kerugiannya. Pelbagai amalan berjimat cermat

yang boleh kita lakukan telah pun ditelusuri.

Isi 1

Ayat isi : Berjimat cermat menggunakan masa.

Ayat huraian : Bagaimanakah menggunakan masa?

Ayat contoh : Apakah contoh aktiviti yang berfaedah untuk memenuhi masa lapang?

Ayat kesan : Apakah faedah kepada orang yang bijak menguruskan masa?

Ayat kesimpulan : (1 ayat).

Pertamanya, kita perlulah berjimat cermat menggunakan masa. Masa yang ada

perlulah digunakan dengan sebaiknya. Masa yang baik dan berfaedah perlu digunakan untuk

memenuhi masa lapang yang kita miliki. Contohnya, menghabiskan masa dengan menuntut

ilmu, bekerja dan membuat kerja-kerja amal terhadap masyarakat. Masa perlu diuruskan

dengan baik kerana masa itu emas. Kesannya, seseorang yang pandai menggunakan masa

akan berjaya dalam hidupnya. Oleh itu, amalan berjimat cermat menggunakan masa perlu

dilakukan dalam kehidupan seharian kita.

Isi 2

Ayat isi : Berjimat cermat menggunakan wang.

Ayat huraian : Bagaimanakah menggunakan wang dengan bijak?

Ayat contoh : Apakah contoh sikap bijak dalam menguruskan wang?

Ayat kesan : Apakah faedah kepada orang yang bijak menguruskan wang?

Ayat kesimpulan : (1 ayat).

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 91: Modul Penulisan Halustikal

91

Selain itu, semua orang perlu berjimat cermat menggunakan wang dalam kehidupan

seharian. Seseorang yang mengamalkan sikap berjimat cermat akan menggunakan wang yang

diperolehnya untuk perkara yang perlu sahaja. Kita boleh berjimat cermat semasa berbelanja

atau membeli-belah. Contohnya, kita hendaklah berbelanja secara sederhana semasa membeli-

belah di pasar raya dan membeli barang keperluan dapur. Amalan berbelanja secara sederhana

membolehkan seseorang mempunyai lebihan pendapatan dan lebihan pendapatan ini boleh

digunakan untuk tabungan masa depan. Kesannya, kehidupan kita pada masa depan akan

lebih bahagia. Oleh yang demikian, amalan berjimat cermat penting dalam kehidupan

seharian.

Isi 3

Ayat isi : Berjimat cermat menggunakan elektrik.

Ayat huraian : Bagaimanakah menggunakan elektrik dengan bijak?

Ayat contoh : Apakah contoh perbuatan yang menjimatkan elektrik?

Ayat kesan : Apakah faedah kepada orang yang bijak menggunakan elektrik?

Ayat kesimpulan : (1 ayat).

Seterusnya, berjimat cermat menggunakan elektrik juga penting dalam kehidupan

seharian kita. Kita perlulah berjimat cermat semasa menggunakan elektrik di rumah. Tenaga

elektrik perlu digunakan dengan cermat terutama pada waktu malam. Contohnya,

memadamkan lampu dan kipas yang tidak digunakan. Sikap berjimat cermat menggunakan

bekalan elektrik dapat mengelakkan kita membayar bil elektrik yang banyak. Kesannya,

tenaga elektrik tidak akan digunakan secara berlebihan. Justeru, amalan berjimat cermat

menggunakan elektrik dapat mengurangkan kos kehidupan seharian kita.

Penutup:

Konklusinya, terdapat pelbagai amalan berjimat cermat yang boleh kita lakukan dalam

kehidupan seharian. Sebagai pengguna yang bijak, kita haruslah mengamalkan amalan ini

supaya kehidupan kita menjadi lebih sejahtera. Melalui amalan berjimat cermat yang

dilakukan dalam kehidupan seharian, diharap amalan ini dapat mengurangkan kos hidup yang

semakin naik setiap tahun. Oleh itu, kita perlulah bersungguh-sungguh mengamalkan sikap

berjimat cermat dalam kehidupan seharian kita.

Jumlah perkataan : 360 patah perkataan

MODUL LATIHAN MURID

Latihan Melengkapkan Karangan

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 92: Modul Penulisan Halustikal

92

Soalan:

Harga barang keperluan harian dan kos hidup semakin naik setiap tahun. Pemimpin negara

selalu menasihati rakyat supaya mengamalkan sikap berjimat cermat.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan amalan berjimat cermat yang perlu dilakukan dalam

kehidupan seharian.

Jawapan:

Pendahuluan:

Dewasa ini kita dapati harga barang keperluan harian dan kos hidup semakin naik

setiap tahun. Pemimpin negara selalu menasihati rakyat supaya mengamalkan sikap berjimat

cermat. Selaku pengguna yang bijak, kita sewajarnya mengamalkan amalan berjimat cermat

dalam kehidupan seharian kita. Hal ini demikian kerana jikalau kita melakukan banyak

pembaziran, kelak kita yang akan menanggung kerugiannya. Pelbagai amalan berjimat cermat

yang boleh kita lakukan telah pun ditelusuri.

Pertamanya, kita perlulah berjimat cermat menggunakan masa. Masa yang ada

________________________________. Masa yang baik dan berfaedah perlu digunakan

untuk memenuhi masa lapang yang kita miliki. Contohnya, menghabiskan masa dengan

menuntut ilmu, _____________________________________. Masa perlu diuruskan dengan

baik kerana masa itu emas. Kesannya, seseorang yang pandai menggunakan

masa________________________. Oleh itu, amalan berjimat cermat menggunakan masa

perlu dilakukan dalam kehidupan seharian kita.

Selain itu, semua orang perlu berjimat cermat menggunakan wang dalam kehidupan

seharian. Seseorang yang mengamalkan sikap berjimat cermat akan

_________________________________. Kita boleh berjimat cermat semasa berbelanja atau

membeli-belah. Contohnya, kita hendaklah berbelanja

___________________________________________. Amalan berbelanja secara sederhana

membolehkan seseorang mempunyai lebihan pendapatan dan lebihan pendapatan ini boleh

digunakan untuk tabungan masa depan. Kesannya, kehidupan kita pada masa depan akan

lebih bahagia. Oleh yang demikian, amalan berjimat cermat penting dalam kehidupan

seharian.

Seterusnya, berjimat cermat menggunakan elektrik juga penting dalam kehidupan

seharian kita. Kita perlulah berjimat cermat semasa menggunakan elektrik di rumah. Tenaga

elektrik perlu _____________________________________. Contohnya, memadamkan

lampu dan kipas yang tidak digunakan. Sikap berjimat cermat menggunakan bekalan elektrik

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 93: Modul Penulisan Halustikal

93

dapat __________________________________. Kesannya, tenaga elektrik tidak akan

digunakan secara berlebihan. Justeru, amalan berjimat cermat menggunakan elektrik dapat

mengurangkan kos kehidupan seharian kita.

Penutup:

Konklusinya, terdapat pelbagai amalan berjimat cermat yang boleh kita lakukan dalam

kehidupan seharian. Sebagai pengguna yang bijak,

_______________________________________. Melalui amalan berjimat cermat yang

dilakukan dalam kehidupan seharian, diharap amalan ini dapat

_______________________________________. Oleh itu, kita perlulah bersungguh-sungguh

mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian kita.

MODUL 22

TEMA: PERANAN GURU

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 94: Modul Penulisan Halustikal

94

Panduan Guru

Soalan

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" merupakan tema Hari Guru

2012. Sambutan hari guru telah dilaksanakan pada 16 Mei pada setiap tahun bagi

memperingati jasa dan pengorbanan guru dalam pembangunan modal insan yang cemerlang.

Sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, jelaskan peranan guru dalam usaha

meningkatkan pembangunan Negara selaras dengan tema hari guru tahun 2012.

Jawapan

Pendahuluan

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" merupakan tema Hari Guru

2012. Sambutan hari guru telah dilaksanakan pada 16 Mei pada setiap tahun bagi

memperingati jasa dan pengorbanan guru dalam pembangunan modal insan yang cemerlang.

Justeru itu, terdapat beberapa peranan guru dalam usaha meningkatkan pembangunan Negara.

Justeru itu, terdapat beberapa peranan guru dalam usaha meningkatkan pembangunan

Negara. (54 patah perkataan)

Isi 1

Ayat isi – peranan guru dalam menguasai bidang ICT

Ayat huraian/contoh- contoh penggunaan ICT

Ayat kesan – pelajar minat belajar

Ayat kesimpulan – ulang semula ayat isi di atas

Pada zaman globalisasi ini, guru tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai

ilmu kepada putera dan puteri yang berjuang dalam medan ilmu. Guru perlu menguasai

bidang psikologi dan ICT yang mana mengikuti perkembangan semasa bahawa

kegunaan kedua-dua bidang ini sangat penting dalam dunia teknologi yang serba

canggih. Dalam zaman ledakan maklumat ini, pelajar berupaya memperoleh ilmu melalui

pelbagai kaedah, seperti internet, e-buku, majalah, surat khabar malah televisyen satelit.

Dalam situasi ini, pelajar akan lebih berminat untuk belajar dengan menggunakan kemudahan

sebegini. Sebagai impaknya, guru yang menguasai teknologi maklumat dan komunikasi dapat

membimbing pelajar mencapai akademik yang cemerlang di samping menarik minat pelajar

untuk belajar. (101 patah perkataan)

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 95: Modul Penulisan Halustikal

95

Isi 2

Ayat isi – peranan guru dalam melahirkan golongan oelajar kelas pertama

Ayat huraian/contoh- guru bukan sahaja menyampaikan ilmu dunia malah ilmu akhirat

Ayat huraian – contoh-contoh nilai berdasarkan ilmu akhirat yang diajar oleh guru

Ayat kesan – pelajar menunjukkan sikap positif

Ayat kesimpulan – ulang semula ayat isi di atas

Salah satu tanggungjawab yang dominan bagi setiap guru adalah melahirkan

golongan yang memiliki mentaliti kelas pertama kepada tanah air kita. Hal ini terjadi

demikian kerana warga didik bukan sahaja memberikan ilmu dunia tetapi juga perlu

menyampaikan ilmu akhirat kepada anak buahnya. Guru perlu sentiasa menyuntikkan nilai-

nilai murni kepada pelajar supaya mereka dapat memiliki sikap prihatin, kasih sayang,

bertanggungjawab, bersemangat kental dan berfikiran terbuka. Oleh itu, sumbangan

guru ini secara tidak langsung akan melahirkan pelajar yang memiliki jati diri dan bersahsiah

mulia. (80 patah perkataan)

Isi 3

Ayat isi – peranan guru dalam melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang akademik

dan kokurikulum

Ayat huraian/contoh- guru menjadi pendorong kepada pelajar bergiat aktif dalam akademik

dan kokurikulum

Ayat huraian – memudahkan proses kemasukan ke pusat pengajian tinggi

Ayat kesan – demi kebaikan dan masa depan pelajar

Ayat kesimpulan – ulang semula ayat isi di atas

Seterusnya, guru berperanan membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik

dan kokurikulum. Guru perlu mendorong pelajar untuk bergiat aktif dalam kokurikulum

selain akademik. Hal ini kerana kemasukan ke pusat pengajian tinggi memerlukan pelajar

yang aktif dan cemerlang dalam kedua-dua bidang ini. Segala teguran dan kritikan daripada

guru berkaitan hal ehwal akademik dan kokurikulum adalah demi kebaikan pelajar untuk

masa depan. Oleh yang demikian, guru perlu bersemangat waja diri dan gigih untuk

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 96: Modul Penulisan Halustikal

96

melayani kerenah pelajar yang semakin mencabar dan berusaha menjadi pendorong kepada

pelajar sehingga berjaya. (87 patah perkataan)

Penutup

1. Mulakan dengan natijahnya

2. Nyatakan isi semula

3. Cadangan

4. Harapan

Natijahnya, komitmen yang utuh dalam kalangan guru dapat memperkasakan

pembangunan insan yang berkualiti sehingga mencapai visi negara, iaitu 1 Malaysia. Antara

peranan guru ialah menguasai bidang ICT, melahirkan pelajar mentaliti kelas pertama dan

mendorong pelajar cemerlang dalam akdemik dan kokurikulum. Justeru itu, Pendidik perlu

melengkapkan diri supaya dapat membimbing anak pelajar ke arah cemerlang. Gemilang dan

terbilang. Selamat Hari Guru. (58 patah perkataan)

380 patah perkataan

MODUL LATIHAN MURID

Latihan Melengkapkan Karangan

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 97: Modul Penulisan Halustikal

97

Soalan

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" merupakan tema Hari Guru

2012. Sambutan hari guru telah dilaksanakan pada 16 Mei pada setiap tahun bagi

memperingati jasa dan pengorbanan guru dalam pembangunan modal insan yang cemerlang.

Sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, jelaskan peranan guru dalam usaha

meningkatkan pembangunan Negara selaras dengan tema hari guru tahun 2012.

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" merupakan tema Hari Guru

2012. Sambutan hari guru telah dilaksanakan pada 16 Mei pada setiap tahun bagi

memperingati jasa dan pengorbanan guru dalam pembangunan modal insan yang cemerlang.

Justeru itu, terdapat beberapa peranan guru dalam usaha meningkatkan pembangunan Negara.

Pada zaman globalisasi ini, guru tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai

ilmu kepada putera dan puteri yang berjuang dalam medan ilmu. Guru

perl

u__________________________________________________________________________

______________________________________________________. Dalam zaman ledakan

maklumat ini, pelajar berupaya memperoleh ilmu melalui pelbagai

kaedah,_____________________________________________________________________

______. Dalam situasi ini, pelajar akan lebih berminat untuk belajar dengan menggunakan

kemudahan sebegini. Sebagai impaknya, guru yang menguasai teknologi maklumat dan

komunikasi dapat membimbing pelajar mencapai akademik yang cemerlang di samping

menarik minat pelajar untuk belajar.

Salah satu tanggungjawab yang dominan bagi setiap guru

adalah______________________________________________________________________

______________-. Hal ini terjadi demikian kerana warga didik bukan sahaja memberikan

ilmu dunia tetapi juga perlu menyampaikan ilmu akhirat kepada anak buahnya. Guru perlu

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 98: Modul Penulisan Halustikal

98

sentiasa menyuntikkan nilai-nilai murni kepada pelajar supaya mereka dapat memiliki sikap

___________________________________________________________________________

_____________________________________. Oleh itu, sumbangan guru ini secara tidak

langsung akan melahirkan pelajar yang memiliki jati diri dan bersahsiah mulia.

Seterusnya, guru berperanan_____________________________________________.

Guru perlu mendorong pelajar untuk bergiat aktif dalam kokurikulum selain akademik. Hal

ini kerana kemasukan ke pusat pengajian tinggi memerlukan pelajar yang aktif dan cemerlang

dalam kedua-dua bidang ini. Segala teguran dan kritikan daripada guru berkaitan hal ehwal

akademik dan kokurikulum

_____________________________________________________. Oleh yang demikian, guru

perlu bersemangat waja diri dan gigih untuk melayani kerenah pelajar yang semakin

mencabar dan berusaha menjadi pendorong kepada pelajar sehingga berjaya.

Natijahnya, komitmen yang utuh dalam kalangan guru dapat memperkasakan

pembangunan insan yang berkualiti sehingga mencapai visi negara, iaitu 1 Malaysia. Antara

peranan guru ialah menguasai bidang ICT, melahirkan pelajar mentaliti kelas pertama dan

mendorong pelajar cemerlang dalam akdemik dan kokurikulum. Justeru itu, Pendidik perlu

melengkapkan diri supaya dapat membimbing anak pelajar ke arah cemerlang. Gemilang dan

terbilang. Selamat Hari Guru.

MODUL 23

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 99: Modul Penulisan Halustikal

99

TEMA: AMALAN MEMBACA

PANDUAN GURU

SOALAN: Minat untuk membaca dalam kalangan rakyat ini semakin berkurangan. Melalui kajian yang dijalankan rata-rata rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak.

Bincangkan usaha-usaha yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak.

Jawapan:

Pendahuluan:

Minat untuk membaca dalam kalangan rakyat ini semakin berkurangan. Melalui kajian

yang dijalankan rata-rata rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun. Ibu bapa

memainkan peranan yang penting dalam memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak.

Pelbagai usaha dapat diambil oleh ibu bapa untuk memupuk budaya membaca dalam

kalangan anak-anak mereka. (49 patah perkataan)

Isi 1Ayat isi : Membawa anak-anak ke perpustakaanAyat huraian : Mengapa perlu ke perpustakaan? Ayat contoh : Bila perlu ke perpustakaan?Ayat kesan : Apakah kesan kepada anak-anak?Ayat kesimpulan : (1 ayat)

Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat

membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke perpustakaan. Amalan

ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai contoh, ibu

bapa boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu

atau semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari.

Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup. Intihanya, dengan membawa

anak-anak ke perpustakaan, minat membaca dapat dipupuk dalam kalangan anak-anak. (64

patah perkataan)

Isi 2Ayat isi : Mewujudkan perpustakaan mini di rumahAyat huraian/contoh : Mengapakah perlu diadakan perpustakaan mini?Ayat huraian : Buku jenis apakah yang perlu diletakkan? Berikan contohnya?Ayat kesan : Apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa di situ?

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 100: Modul Penulisan Halustikal

100

Ayat kesimpulan : (1 ayat)Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan ini

dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah. Malahan, boleh menjadi tempat anak-

anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-

buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh,

majalah, buku cerita dan surat khabar. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada

anak-anak dengan amalan membaca , bukan sahaja sekadar hobi tetapi untuk mencari

maklumat tentang sebarang perkara yang tidak diketahui di perpustakaan mini. Jelaslah,

dengan mewujudkan perpustakaan mini, budaya membaca dapat dipupuk dalam kalangan

anak-anak. (92 patah perkataan)

Isi 3Ayat isi : Menghadiahkan buku kepada anak-anakAyat huraian/contoh : Bila hadiah ini perlu diberikan? Contoh jenis buku untuk hadiah?Ayat huraian : Bila amalan ini perlu dipupuk?Ayat kesan : Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Ayat kesimpulan : (1 ayat)

Seterusnya, ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak. Ibu bapa

perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya dalam

peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa gembira kerana kejayaannya

dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu

bapa boleh membelikan buku berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut kesesuaian

umur. Amalan ini sepatutnya diterapkan sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak.

Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Jadi,

budaya membaca dapat dipupuk melalui pemberian hadiah berbentuk buku kepada anak-anak.

(88 patah perkataan)

Penutup: 1. Mulakan peribahasa : Sudah terang lagi bersuluh + kehendak soalan 2. Nyatakan semua isi yang telah diberi 3. Beri cadangan 4. Beri harapan.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, terdapat beberapa usaha untuk membantu

memupuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak. Antara usahanya adalah dengan

membawa anak-anak ke perpustakaan, mewujudkan perpustakaan mini di rumah dan

menghadiahkan buku kepada anak-anak. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang amat

penting dalam hal ini agar rakyat Malaysia menjadi warga masyarakat yang berilmu tinggi

kelak. (56 patah perkataan)

* Jumlah perkataan keseluruhan : 349 patah perkataan

MODUL LATIHAN MURID

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 101: Modul Penulisan Halustikal

101

Minat untuk membaca dalam kalangan rakyat ini semakin berkurangan. Melalui kajian yang dijalankan rata-rata rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak.

Bincangkan usaha-usaha yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak

Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan Anak-Anak.

Lengkapkan tempat kosong dalam karangan di bawah.

Minat untuk membaca dalam kalangan rakyat ini semakin berkurangan. Melalui kajian

yang dijalankan rata-rata rakyat Malaysia _______________(1) dua buah buku setahun. Ibu

bapa memainkan _____________(2) yang penting dalam memupuk budaya membaca dalam

diri anak-anak. Pelbagai usaha dapat diambil oleh ibu bapa untuk memupuk budaya

membaca dalam kalangan anak-anak mereka.

Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca

dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke ________________(3). Amalan

ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai contoh,

_______________(4)boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap

hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku

yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup. Intihanya,

dengan membawa anak-anak ke perpustakaan, minat membaca dapat dipupuk dalam

kalangan anak-anak

Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan ini

dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah. Malahan, boleh menjadi tempat anak-

anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-

buku yang bersesuaian agar dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh,

majalah, buku cerita dan surat khabar. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik

kepada anak-anak dengan amalan membaca , bukan sahaja sekadar hobi tetapi untuk

mencari ___________ (7) tentang sebarang perkara yang tidak diketahui di perpustakaan

mini. Jelaslah, dengan mewujudkan perpustakaan mini, budaya membaca dapat dipupuk

dalam kalangan anak-anak.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 102: Modul Penulisan Halustikal

102

Seterusnya, ibu bapa juga boleh_______________(8) buku kepada anak-anak. Ibu

bapa perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya

dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa ____________(9)

kerana kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk

anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan buku berbentuk pelajaran, novel ataupun komik

mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya _____________(10)sejak kecil lagi dalam

kalangan anak-anak. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari

rebungnya’. Jadi, budaya membaca dapat dipupuk melalui pemberian hadiah berbentuk buku

kepada anak-anak.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, terdapat beberapa usaha untuk membantu

memupuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak. Antara usahanya adalah dengan

membawa anak-anak ke perpustakaan, ______________ (11) perpustakaan mini di rumah dan

menghadiahkan buku kepada anak-anak. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang amat

penting dalam hal ini agar rakyat Malaysia menjadi warga masyarakat yang berilmu tinggi

kelak.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 103: Modul Penulisan Halustikal

103

Jawapan:

1. membaca

2. peranan

3. perpustakaan

4. ibu bapa

5. mini

6. menyimpan

7. maklumat

8. menghadiahkan

9. seronok

10. diterapkan

11. mewujudkan

Bagi memudahkan kefahaman pelajar untuk mengembangkan isi, berikut dicadangkan satu

rumus (formula) yang boleh dijadikan panduan. Rumus (formula) yang dimaksudkan ialah :

AT (Ayat Tajuk) - Merujuk kepada isi utama

AH (Ayat Huraian) - Merujuk kepada binaan ayat yang wujud berdasarkan

soalan apa, siapa, bila, di mana, mengapa (5 W),

bagaimana (1 H) dan sekiranya (1I) (pilih mana-mana

kata tanya yang sesuai)

AC

AK

(Ayat Contoh)

(Ayat kesan

negatif / positif)

-

-

Contoh atau bukti yang berkaitan dengan isi

AS (Ayat Simpul) - Merujuk kepada penutup perenggan

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 104: Modul Penulisan Halustikal

104

MODUL 24

TEMA: GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

PANDUAN GURU

Jika suatu ketika dahulu golongan kurang upaya (oku) sering dipandang rendah dan dihina oleh masyarakat, tetapi kini mereka mula mendapat perhatian masyarakat. Hal ini kerana pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan golongan kurang bernasib baik ini tidak dipinggirkan lagi.Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, jelaskan usaha-usaha bagi membantu golongan kurang upaya di negara ini.

Pendahuluan: (salin kembali penyataan soalan) : Jika penyataan terlalu ringkas, salinpenyataan, diikuti dengan idea tambahan (sekurang-kurangnya 1 ayat)kemudian tutup dengan kehendak tugasan.

Jika suatu ketika dahulu golongan kurang upaya (oku) sering dipandang rendah dan dihina oleh masyarakat, tetapi kini mereka mula mendapat perhatian masyarakat. Hal ini kerana pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan golongan kurang bernasib baik ini tidak dipinggirkan lagi. Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, terdapat beberapa usaha bagi membantu golongan kurang upaya di negara ini. (53 patah perkataan)

Isi 1 Ayat isi : Memberi pendidikan kemahiran kepada mereka.Ayat huraian / contoh : Apakah contoh pendidikan kemahiran yang sesuai dengan

mereka? (1/2 ayat)Ayat huraian : Di manakah mereka boleh mendapatkan pendidikan tersebut?

(1/2 ayat)Ayat kesan : Apakah kesan / faedah pendidikan tersebut kepada mereka?Ayat kesimpulan : (1 ayat)

Usaha pertama bagi membantu golongan kurang upaya ialah dengan memberi pendidikan kemahiran kepada mereka. Pendikan kemahiran yang sesuai dengan mereka ialah kemahiran membuat barangan kraf tangan, menjahit pakaian, dan sebagainya. Kemahiran yang diberi hendaklah sesuai dengan kecacatan mereka. Mereka boleh mendapatkan pendidikan kemahiran di Sekolah Pendidikan Khas. Selain itu,mereka juga boleh belajar di pusat-pusat kemahiran untuk golongan kurang upaya. Kesannya ialah mereka dapat mencari pekerjaan dengan menggunakan kemahiran tersebut. Intihanya, usaha bagi membantu golongan kurang upaya di negara ini ialah dengan memberi pendidikan kemahiran kepada mereka. (80 patah perkataan)

Isi 2

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 105: Modul Penulisan Halustikal

105

Ayat isi : Memberi bantuan modal untuk membuka perniagaan. (1 ayat)Ayat huraian : Siapa beri bantuan modal? (1/2 ayat)Ayat contoh : Apakah contoh perniagaan yang boleh dijalankan oleh golongan

kurang upaya? (1/2 ayat)Ayat kesan : Apakah kesan / faedah kepada mereka? (1/2 ayat)Ayat kesimpulan : (1 ayat)

Usaha kedua bagi membantu golongan kurang upaya di negara ini ialah dengan memberi bantuan modal untuk membuka perniagaan. Bantuan modal boleh diberi oleh kerajaan. Contoh perniagaan yang boleh dijalankan oleh golongan kurang upaya ialah menjual barangan kraf tangan, menjahit pakaian, dan lain-lain lagi. Kesannya ialah mereka dapat mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga mereka. Oleh itu, Mereka tidak akan meminta bantuan daripada orang lain. Tuntasnya, memberi bantuan modal untuk membuka perniagaan ialah usaha untuk membatu golongan kurang upaya.

(77 patah perkataan)

Isi 3 Ayat isi : Menyediakan kemudahan awam untuk mereka. (1 ayat)Ayat huraian / contoh : Apakah contoh kemudahan awam untuk mereka? (1/2 ayat)Ayat kesan / faedah : Apakah kesan kemudahan itu kepada golongan kurang upaya? (1/2 ayat)Ayat kesimpulan : (1 ayat)

Usaha ketiga bagi membantu golongan kurang upaya di negara ini ialah dengan menyediakan kemudahan awam untuk mereka. Contoh kemudahan awam yang sesuai untuk mereka ialah tempat duduk di dalam pengangkutan awam. Selain itu, menyediakan tempat parkir kenderaan yang khusus untuk golongan kurang upaya. Kesan kemudahan awam itu kepada golongan kurang upaya ialah memudahkan kehidupan mereka. Kesimpulannya, antara usaha untuk membantu golongan kurang upaya ialah dengan menyediakan kemudahan awam untuk mereka. (67 patah perkataan)

Penutup:1. Mulakan dengan peribahasa : sudah terang lagi bersuluh + kehendak tugasan.2. Nyatakan semua isi yang telah diberi.3. Beri cadangan4. Beri harapan

Sudah terang lagi bersuluh terdapat beberapa usaha untuk membantu golongan kurang upaya di negara kita. Antara usahanya ialah memberi pendidikan kemahiran, memberi bantuan modal untuk membuka perniagaan dan menyediakan kemudahan awam untuk mereka. Sebagai masyarakat yang prihatin kita hendaklah bekerjsama membantu golongan kurang upaya. Hal ini supaya mereka juga dapat hidup sempurna dan gembira seperti kita. (52 patah perkataan).

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 106: Modul Penulisan Halustikal

106

Jumlah perkataan keseluruhan : 329 patah perkataanMODUL LATIHAN MURID

Jika suatu ketika dahulu golongan kurang upaya (oku) sering dipandang rendah dan dihina oleh masyarakat, tetapi kini mereka mula mendapat perhatian masyarakat. Hal ini kerana pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan golongan kurang bernasib baik ini tidak dipinggirkan lagi.

Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, jelaskan usaha-usaha bagi membantu golongan kurang upaya di negara ini.

Pendahuluan: (salin kembali penyataan soalan)

Jika suatu ketika dahulu golongan kurang upaya (oku) sering dipandang rendah dan dihina oleh masyarakat, tetapi kini mereka mula mendapat perhatian masyarakat. Hal ini kerana pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan golongan kurang bernasib baik ini tidak dipinggirkan lagi. Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, terdapat beberapa usaha bagi membantu golongan kurang upaya di negara ini. (53 patah perkataan)

Isi 1 :

Usaha pertama bagi membantu golongan kurang upaya ialah dengan memberi pendidikan kemahiran kepada mereka. Pendikan kemahiran yang sesuai dengan mereka ialah kemahiran____________________________________________. Kemahiran yang diberi hendaklah sesuai dengan kecacatan mereka. Mereka boleh mendapatkan pendidikan kemahiran di Sekolah Pendidikan Khas. Selain itu,___________________________________________________________. Kesannya ialah mereka dapat _____________________________________________________. Intihanya, usaha bagi membantu golongan kurang upaya di negara ini ialah dengan memberi pendidikan kemahiran kepada mereka.

Isi 2:

Usaha kedua bagi membantu golongan kurang upaya di negara ini ialah dengan memberi bantuan modal untuk membuka perniagaan. ______________________________________________________. Contoh perniagaan yang boleh dijalankan oleh golongan kurang upaya ialah menjual barangan kraf tangan, menjahit pakaian, dan lain-lain lagi. __________________________________________________. Mereka tidak akan meminta bantuan daripada orang lain. Tuntasnya, memberi bantuan modal untuk membuka perniagaan ialah usaha untuk membantu golongan kurang upaya.

Isi 3 : Ayat isi : Menyediakan kemudahan awam untuk mereka. (1 ayat)Ayat huraian / contoh : Apakah contoh kemudahan awam untuk mereka? (1/2 ayat)

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 107: Modul Penulisan Halustikal

107

Ayat kesan / faedah : Apakah kesan kemudahan itu kepada golongan kurang upaya? (1/2 ayat)Ayat kesimpulan : (1 ayat)

Usaha ketiga bagi membantu golongan kurang upaya di negara ini ialah dengan menyediakan kemudahan awam untuk mereka. ___________________________________________________________________. Selain itu, menyediakan tempat parkir yang khusus untuk golongan kurang upaya. Kesan kemudahan awam ____________________________________________________. Kesimpulannya, antara usaha untuk membantu golongan kurang upaya ialah dengan menyediakan kemudahan awam untuk mereka.

Penutup

Sudah terang lagi bersuluh __________________________________. Antara usahanya ialah memberi pendidikan kemahiran, memberi bantuan modal untuk membuka perniagaan dan menyediakan kemudahan awam untuk mereka. ______________________________________________________________. Hal ini supaya mereka juga dapat hidup sempurna dan gembira seperti kita.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 108: Modul Penulisan Halustikal

108

MODUL 25

TEMA: BULAN KEMERDEKAAN

PANDUAN GURU

Soalan

Pada tanggal 31 Ogos setiap tahun, rakyat Malaysia menyambut tarikh pengisytiharan

kemerdekaan negara. Namun ada, segelintir generasi muda kini tidak begitu menghayati erti

kemerdekaan yang sebenar. Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk memupuk

semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Pendahuluan

Pada tanggal 31 Ogos setiap tahun, rakyat Malaysia menyambut tarikh pengisytiharan

kemerdekaan negara. Namun ada, segelintir generasi muda kini tidak begitu menghayati erti

kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan yang sebenar tidak dihayati oleh generasi muda

kini. Generasi muda kini lebih mementingkan hiburan. Generasi muda kini juga tidak

mementingkan erti semangat kemerdekaan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil untuk

memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

( 65 patah perkataan )

Isi 1

Ayat isi : Digalakkan untuk mengenali tokoh-tokoh yang

memperjuangkan kemerdekaan negara

Ayat huraian : Apakah yang perlu dilakukan?

Ayat kesan : Apakah kesan mengenali tokoh-tokoh tersebut?

Ayat kesimpulan : ( 1ayat )

Langkah pertama untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi

muda ialah generasi muda kini hendaklah digalakkan untuk mengenali tokoh-tokoh yang

memperjuangkan kemerdekaan negara. Generasi muda kini juga hendaklah didedahkan

dengan jasa-jasa mereka. Selain itu, generasi muda hendaklah mengetahui pengorbanan

pejuang tanah air yang ingin memerdekakan negara. Sekiranya generasi muda ini didedahkan

dengan perkara-perkara tersebut, mereka akan insaf dan sedar bahawa kemerdekaan itu

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 109: Modul Penulisan Halustikal

109

penting bagi sesebuah negara. Kesimpulannya, generasi muda kini hendaklah digalakkan

untuk mengenali tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

( 79 patah perkataan )

Isi 2

Ayat isi : Pihak sekolah hendaklah menanam semangat cinta akan negara dalam

diri setiap pelajar.

Ayat huraian : Apakah yang perlu dilakukan?

Ayat kesan : Apakah kesan mengenali tokoh-tokoh tersebut?

Ayat kesimpulan : ( 1ayat )

Langkah kedua untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda

pula ialah pihak sekolah hendaklah menanam semangat cinta akan negara dalam diri setiap

pelajar. Guru-guru boleh menyelitkan kecintaan kepada bangsa dan negara bagi setiap subjek.

Guru-guru juga boleh menanam sifat patriotisme dalam diri pelajar semasa pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Sekiranya para pelajar ini didedahkan dengan perkara-perkara

tersebut, mereka akan insaf dan sedar kerana tanpa kemerdekaan, mereka tidak akan dapat

hidup aman dan tenteram seperti sekarang. Kesimpulannya, pihak sekolah hendaklah

menanam semangat cinta akan negara dalam diri setiap pelajar untuk memupuk semangat

patriotisme dalam diri mereka. ( 95 patah perkataan )

Isi 3

Ayat isi : Pihak kerajaan mewajibkan semua pelajar mengikuti program yang

dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam diri mereka .

Ayat huraian : Apakah contoh program tersebut?

Ayat kesan : Apakah kesan mengenali tokoh-tokoh tersebut?

Ayat kesimpulan : ( 1ayat )

Akhir sekali, langkah yang terbaik boleh digunakan untuk memupuk semangat

patriotisme dalam kalangan generasi muda ialah pihak kerajaan mewajibkan semua pelajar

mengikuti program yang dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam diri mereka.

Contoh program tersebut ialah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Melalui program

ini, pelajar akan dapat membina jati diri dan mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai

pelapis negara pada masa depan. Kesimpulannya, pihak kerajaan hendaklah mewajibkan

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 110: Modul Penulisan Halustikal

110

semua pelajar mengikuti program yang dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam diri

mereka. ( 77 patah perkataan )

Tuntasnya, semua pihak termasuk ibu bapa, masyarakat dan pihak kerajaan hendaklah

berganding bahu bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda ‘ibarat

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni’ kerana ‘bertepuk sebelah tangan tidak akan

berbunyi’. Oleh itu, sebagai generasi pewaris bangsa, semangat cinta akan negara perlu

dipupuk supaya dapat melahirkan modal insan yang berwibawa pada masa akan datang.

( 60 patah perkataan )

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 111: Modul Penulisan Halustikal

111

MODUL LATIHAN MURID

Soalan

Pada tanggal 31 Ogos setiap tahun, rakyat Malaysia menyambut tarikh pengisytiharan

kemerdekaan negara. Namun ada, segelintir generasi muda kini tidak begitu menghayati erti

kemerdekaan yang sebenar. Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk memupuk

semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Pada tanggal 31 Ogos setiap tahun, rakyat Malaysia menyambut tarikh pengisytiharan

kemerdekaan negara. Namun ada, segelintir generasi muda kini tidak begitu menghayati erti

kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan yang sebenar tidak dihayati oleh generasi muda

kini. Generasi muda kini lebih mementingkan hiburan. Generasi muda kini juga tidak

mementingkan erti semangat kemerdekaan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil untuk

memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Langkah pertama untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi

muda ialah generasi muda kini hendaklah digalakkan untuk mengenali tokoh-tokoh yang

memperjuangkan kemerdekaan negara. Generasi muda kini juga hendaklah

____________________________. Selain itu, generasi muda hendaklah mengetahui

pengorbanan pejuang tanah air yang ingin memerdekakan negara. Sekiranya generasi muda

ini didedahkan dengan perkara-perkara tersebut, mereka ________________________

bahawa kemerdekaan itu penting bagi sesebuah negara. Kesimpulannya, generasi muda kini

hendaklah ______________________________

_______________________________________________ kemerdekaan negara.

Langkah kedua untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda

pula ialah pihak sekolah hendaklah menanam semangat cinta akan negara dalam diri setiap

pelajar. Guru-guru boleh menyelitkan __________________

______________________________________. Guru-guru juga boleh menanam sifat

patriotisme dalam diri pelajar semasa ______________________________________.

Sekiranya para pelajar ini didedahkan dengan perkara-perkara tersebut, mereka akan insaf dan

sedar kerana tanpa kemerdekaan, __________________________________

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 112: Modul Penulisan Halustikal

112

____________________ seperti sekarang. Kesimpulannya, pihak sekolah hendaklah

_______________________________________________________ untuk memupuk

semangat patriotisme dalam diri mereka.

Akhir sekali, langkah yang terbaik boleh digunakan untuk memupuk semangat

patriotisme dalam kalangan generasi muda ialah pihak kerajaan mewajibkan semua pelajar

mengikuti program yang dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam diri mereka.

Contoh program tersebut ialah Program _______________________(PLKN). Melalui

program ini, pelajar akan dapat _____________________________________

______________ sebagai pelapis negara pada masa depan. Kesimpulannya, pihak kerajaan

hendaklah _____________________________________________________

______________________________ dalam diri mereka.

Tuntasnya, semua pihak termasuk ibu bapa, masyarakat dan pihak kerajaan hendaklah

berganding bahu bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda ‘ibarat

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni’ kerana ‘bertepuk sebelah tangan tidak akan

berbunyi’. Oleh itu, sebagai generasi pewaris bangsa, semangat cinta akan negara perlu

dipupuk supaya dapat melahirkan modal insan yang berwibawa pada masa akan datang.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 113: Modul Penulisan Halustikal

113

MODUL 26

TEMA: MASALAH SOSIAL- PENAGIHAN DADAH

PANDUAN GURU

Contoh Karangan: Kerangka dan Perenggan LengkapSoalan:

Pelbagai strategi dan tindakan telah dilakukan dalam usaha memerangi masalah dadah yang merupakan musuh nombor satu negara kita. Setiap tindakan yang diambil dilihat tidak berjaya mengekang masalah ini malah ia semakin kuat menjalar dalam kehidupan kita. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja terjebak dengan aktiviti penagihan dadah?

Jawapan:Salin semula pernyataan soalan.

Pelbagai strategi dan tindakan telah dilakukan dalam usaha memerangi masalah dadah yang

merupakan musuh nombor satu negara kita. Setiap tindakan yang diambil dilihat tidak berjaya

mengekang masalah ini malah ia semakin kuat menjalar dalam kehidupan kita. Persoalannya,

apakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja terjebak dengan aktiviti penagihan dadah?

(47 patah perkataan)

Isi 1

Ayat Isi Kurang memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak.

Ayat Huraian 1 (Mengapa) Mengapa ibu bapa kurang memberikan perhatian? (1/2 ayat)Ayat Huraian 2 (Apa) Apakah kelalaian yang dilakukan? (1/2 ayat)Ayat Kesan Apakah yang berlaku apabila anak-anak ini terbiar? (1/2

ayat)Kesimpulan Apa yang harus dilakukan oleh ibu bapa?(1 ayat)

Salah satu faktor yang menyebabkan remaja terjebak dalam penyalahgunaan dadah

ialah kesibukan dengan tugas, perniagaan dan sebagainya sehingga ibu bapa kurang memberi

perhatian terhadap anak mereka. Ada juga ibu bapa hanya mementingkan kecemerlangan

akademik dan mengabaikan akhlak atau pendidikan agama. Kelalaian ibu bapa dalam

melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memberikan perhatian dan kasih sayang serta

didikan agama yang sepenuhnya terhadap anak-anak menyebabkan masalah penagihan ini

makin berleluasa. Kesilapan ini menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka dipinggirkan

atau tidak disayangi lalu melakukan sesuatu yang tidak diduga. Ibu bapa seharusnya

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 114: Modul Penulisan Halustikal

114

memberikan mereka didikan agama yang sempurna dan cukup sejak mereka kecil agar

mereka tahu menilai antara tindakan yang baik dan yang buruk. (89 patah perkataan)

Isi 2

Ayat Isi Pengaruh rakan sebayaAyat Huraian 1 (Mengapa) Mengapa remaja mencari rakan sebaya? (1/2 ayat)Ayat Huraian 2 (Bagaimana) Bagaimana mereka boleh terpengaruh? (1/2 ayat)Ayat Kesan Apakah kesan mengikuti perlakuan rakan sebaya? (1/2 ayat)Kesimpulan Remaja perlu bijak pilih kawan (1 ayat)

Ketiadaan kasih sayang dan hubungan yang renggang menyebabkan anak-anak

mencari perhatian daripada rakan sebaya. Mereka mudah terpengaruh dengan ajakan rakan

atau siapa sahaja yang dianggapnya dapat memberi kasih sayang itu.Rakan-rakan menjadi

tempat mereka berkongsi perasaan dan menyelesaikan masalah. Hubungan yang rapat dengan

rakan sebaya, memungkinkan anak-anak ini terpengaruh dan menyalahgunakan dadah. Oleh

itu, ibu bapa harus mengambil tahu rakan anak-anak mereka. Manakala remaja pula, harus

bijak memilih rakan sebaya mereka agar tidak terjebak dengan dadah. (71 patah perkataan)

Isi 3

Ayat Isi Tekanan perasaanAyat Huraian 1 (Mengapa) Mengapa remaja berasa tertekan? (1/2 ayat)Ayat Huraian 2 (Apa) Apa aktiviti yang dilakukan sehingga mereka tertekan? (1/2

ayat)Ayat Kesan Apakah kesan sekiranya mereka meneruskan aktiviti tanpa

rehat? (1/2 ayat)Kesimpulan 1 ayat

Harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang

dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri

kelas di sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen,

muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa.

Akibatnya, mereka berasa tertekan. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah

kerana kononnya ingin mencari ketenangan jiwa. Oleh itu, para remaja ini juga perlu

kemahiran menguruskan stres yang boleh diberikan oleh guru-guru kaunseling di sekolah. (77

patah perkataan)

Penutup

1. Mulakan dengan penanda wacana untuk penutup.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 115: Modul Penulisan Halustikal

115

2. Nyatakan pihak-pihak yang sepatutnya terlibat dalam usaha memerangi dadah.3. Nyatakan apakah langkah yang boleh diambil.4. Nyatakan tujuan langkah-langkah diambil5. Akhiri dengan peribahasa yang sesuai.

Kesimpulannya, kita harus berusaha dan bekerjasama bagi membanteras gejala ini agar

tidak membawa akibat yang lebih buruk. Para remaja harus tahu memikirkan setiap tindakan

mereka. Ibu bapa pula perlu memberi pendedahan tentang bahaya dadah dalam diri anak-anak

sejak kecil lagi. Sekiranya semua pihak memberi komitmen, masalah penagihan dadah dalam

kalangan remaja pasti dapat dibendung. Semoga slogan “Pemuda harapan bangsa,pemudi

tiang negara” dapat ditanam dalam diri semua remaja di negara ini. (66 patah perkataan)

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 116: Modul Penulisan Halustikal

116

MODUL LATIHAN MURID

Soalan:

Pelbagai strategi dan tindakan telah dilakukan dalam usaha memerangi masalah dadah yang

merupakan musuh nombor satu negara kita. Setiap tindakan yang diambil dilihat tidak

berjaya mengekang masalah ini malah ia semakin kuat menjalar dalam kehidupan kita. Pada

pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja terjebak dengan aktiviti

penagihan dadah?

(Mengisi jawapan dengan menggunakan kata dasar yang perlu diberi imbuhan)

Jawapan:

Pelbagai strategi dan tindakan telah _________ (laku) dalam usaha ____________

(perang) masalah dadah yang ______________ (rupa) musuh nombor satu negara kita. Setiap

tindakan yang diambil dilihat tidak berjaya mengekang masalah ini malah ia semakin kuat

menjalar dalam _______________ (hidup) kita. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang

menyebabkan remaja terjebak dengan aktiviti _____________ (tagih) dadah? (47 patah

perkataan)

Salah satu faktor yang menyebabkan remaja _____________ (jebak) dalam

penyalahgunaan dadah ialah ____________ (sibuk) dengan tugas, perniagaan dan sebagainya

sehingga ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap anak mereka. Ada juga ibu bapa hanya

mementingkan _______________ (cemerlang) akademik dan mengabaikan akhlak atau

pendidikan agama. _________________ (lalai) ibu bapa dalam ________________ (laksana)

tanggungjawab mereka untuk memberikan perhatian dan kasih sayang serta didikan agama

yang sepenuhnya terhadap anak-anak menyebabkan masalah penagihan ini makin berleluasa.

_____________ (silap) ini menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka dipinggirkan

(pinggir) atau tidak disayangi lalu melakukan sesuatu yang tidak diduga. Ibu bapa seharusnya

memberikan mereka didikan agama yang sempurna dan cukup sejak mereka kecil agar

mereka tahu menilai antara tindakan yang baik dan yang buruk. (89 patah perkataan)

Harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka ______________ (capai) prestasi yang

cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain

menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas

tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu

bapa. Akibatnya, mereka berasa tertekan. Tekanan ini akan ______________ (dorong)

mereka mengambil dadah kerana kononnya ingin mencari _____________ (tenang) jiwa.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 117: Modul Penulisan Halustikal

117

Oleh itu, para remaja ini juga perlu kemahiran _____________ (urus) stres yang boleh

diberikan oleh guru-guru kaunseling di sekolah. (77 patah perkataan)

Ketiadaan kasih sayang dan hubungan yang renggang menyebabkan anak-anak

mencari perhatian daripada rakan sebaya. Mereka mudah ______________ (pengaruh)

dengan ajakan rakan atau siapa sahaja yang dianggapnya dapat memberi kasih sayang

itu.Rakan-rakan menjadi tempat mereka _____________ (kongsi) perasaan dan

menyelesaikan masalah. Hubungan yang rapat dengan rakan sebaya, memungkinkan anak-

anak ini terpengaruh dan menyalahgunakan dadah. Oleh itu, ibu bapa harus mengambil tahu

rakan anak-anak mereka. Manakala remaja pula, harus bijak memilih rakan sebaya mereka

agar tidak terjebak dengan dadah. (71 patah perkataan)

Kesimpulannya, kita harus berusaha dan bekerjasama bagi ________________

(banteras) gejala ini agar tidak membawa akibat yang lebih buruk. Para remaja harus tahu

________________ (fikir) setiap tindakan mereka. Ibu bapa pula perlu memberi

__________________ (dedah) tentang bahaya dadah dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.

Sekiranya semua pihak memberi komitmen, masalah penagihan dadah dalam kalangan remaja

pasti dapat dibendung. Semoga slogan “Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara” dapat

ditanam dalam diri semua remaja di negara ini. (66 patah perkataan)

(Jumlah perkataan : 350 patah perkataan)

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 118: Modul Penulisan Halustikal

118

MODUL 27

TEMA: BENCANA ALAM

PANDUAN GURU

Soalan :Sesetengah bencana alam yang berlaku adalah disebabkan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.Jelaskan sebab-sebab bencana alam yang berlaku akibat perbuatan manusia sendiri.Rangka Karangan

Pendahuluan- kita sering dikejutkan dengan kejadian bencana alam

Isi-isi Karangani. aktiviti pembalakan menjadi faktor berlakunya bencana alamii. individu-individu yang tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran terbukaiii. anggota masyarakat membuang sampah ke dalam longkang dan sungaiiv. aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng bukit

Penutup- semua pihak harus bekerjasama dan berganding bahu menjaga alam sekitar Jawapan

1. kejadian bencana alam2. sikap manusia itu sendiri3. tanah runtuh, banjir kilat, jerebu,

tsunami, gempa bumi4. secara haram menjadi faktor

berlakunya5. tempat tinggal mereka6. meragut banyak nyawa

7. penyakit mereka semakin serius.8. banjir kilat berlaku9. pembangunan yang tidak terancang10. tanah runtuh berlaku11. menjaga alam sekitar12. langkah positif

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 119: Modul Penulisan Halustikal

119

MODUL LATIHAN MURID

Latihan Melengkapkan Karangan

Soalan :Sesetengah bencana alam yang berlaku adalah disebabkan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.Jelaskan sebab-sebab bencana alam yang berlaku akibat perbuatan manusia sendiri.

JawapanDewasa ini, kita sering dikejutkan dengan ................................................. yang berlaku

di seluruh dunia. Kejadian ini dibuktikan melalui kejadian seperti .........................................................................dan letusan gunung berapi yang sering melanda dunia. Kejadian bencana alam yang berpunca daripada ........................................... perlu diberikan perhatian agar nyawa manusia tidak terancam.

Aktiviti pembalakan .........................................................................bencana alam. Haiwan di hutan akan kehilangan................................................ Kawasan hutan yang telah ditebang akan terdedah kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan .......................................... dan menyebabkan kerosakan harta benda.

Selain itu, segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran terbuka yang menyebabkan kejadian jerebu. Keadaan ini akan menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Keadaan ini menyebabkan pesakit asma mengalami masalah bernafas dan mengakibatkan ................................................................

Seterusnya, pembuangan sampah ke dalam longkang dan sungai dengan sesuka hati oleh sesetengah masyarakat menyebabkan masalah sistem perparitan yang tersumbat dan keadaan ini menyebabkan............................................. Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa.

Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti ................................................ di lereng-lereng bukit. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan..................................... Pemaju yang membangunkan sesuatu kawasan tidak mengambil langkah-langkah keselamatn untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh.

Tuntasnya, bencana alam berlaku berdasarkan pelbagai punca seperti yang dihuraikan tadi. Semua faktor ini saling berkait lalu menjadikan bencana alam itu begitu kritikal terutama apabila mengorbankan ribuan nyawa dengan sekelip mata. Kita perlu sedar dan cuba membantu untuk memulihkan semula alam sekitar kerana itulah jawapan kepada penyelesaian bencana alam ini. Peribahasa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih menjadi renungan kepada kita semua dalam menangani kemelut ini. Oleh itu semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu ......................................... kerana Tuhan menganugerahkan alam ini kepada kita sebagai amanah untuk dijaga. Mahukah kita hidup di kawasan tanah runtuh, jerebu, banjir dan kemarau? Oleh hal demikian, tepuklah dada, tanyalah selera sebelum bertindak. Pengambilan ............................akan mengurangkan bencana alam.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 120: Modul Penulisan Halustikal

120

MODUL 28

TEMA: AKTIVITI MASA LAPANG

PANDUAN GURUContoh Karangan: Kerangka dan Perenggan Lengkap Soalan: Golongan remaja merupakan pewaris bangsa dan negara namun penglibatan mereka dalam gejala sosial semakin menjadi-jadi. Golongan ini sewajarnya mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Jelaskan aktiviti-aktiviti masa lapang yang boleh membantu golongan remaja menjalani kehidupan yang bermakna.Jawapan:Pendahuluan: (Salin kembali penyataan soalan) : Penyataan yang terlalu ringkas diikuti dengan idea tambahan (dua ayat) kemudian diakhiri dengan kehendak tugasan. Golongan remaja merupakan pewaris bangsa dan negara namun penglibatan mereka dalam gejala sosial semakin menjadi-jadi. Golongan ini sewajarnya mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Masa lapang sepatutnya terisi dengan aktiviti yang berfaedah dan masa amatlah penting bak kata pepatah ‘Masa Itu Emas’. Masa tidak sepatutnya terbuang begitu sahaja kerana masa yang terbuang tidak mungkin boleh diulang. Terdapat banyak aktiviti masa lapang yang boleh membantu golongan remaja menjalani hidup yang bermakna. (69 patah perkataan)

Isi 1Ayat Isi : BeriadahAyat huraian / contoh : Apakah contoh aktiviti beriadah yang boleh dilakukan oleh mereka? (1 ayat)Ayat huraian : Apakah kelebihan remaja yang beriadah? Ayat Kesan : Apakah kesan aktiviti beriadah kepada mereka? (2 ayat)Ayat Kesimpulan : (1 ayat) Pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan oleh golongan remaja untuk mengisi masa lapang. Antaranya adalah dengan beriadah, Pelbagai cara seseorang boleh beriadah sehingga boleh dijadikan hobi. Sesetengah orang suka mengembara, melakukan sukan lasak, bersilat atau aktiviti memanjat bukit. Semua ini jika dilakukan secara berterusan boleh menjauhkan seseorang daripada penyakit berbahaya. Sekiranya badan kuat dan sihat, golongan remaja dapat memberi bantuan dalam bentuk tenaga kerja seperti membantu ibu bapa dan keluarga dalam menguruskan hal di rumah. Selain itu, sikap tanggungjawab dan bekerjasama dapat disemai dalam diri setiap remaja serta melahirkan keluarga yang bahagia. Intihanya, remaja boleh melakukan aktiviti riadah apabila ada waktu terluang.

Isi 2Ayat Isi : Menimba ilmuAyat huraian / contoh : Di mana ilmu diperoleh ? (1 ayat) Ayat huraian : Bagaimana ilmu diperoleh? (1 ayat)Ayat kesan : Apakah kesan / faedah kepada remaja? (2 ayat)Ayat kesimpulan : (1 ayat)

Seterusnya, golongan remaja boleh mengisi masa lapang dengan menimba ilmu yang merangkumi pelbagai bidang.Ilmu itu boleh diperoleh tidak kira sama ada di sekolah, kelas

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 121: Modul Penulisan Halustikal

121

tambahan, kolej, universiti, mahupun hanya di rumah. Remaja boleh mengisi masa lapang dengan membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan ilmiah dan bukan bahan bacaan yang mengandungi hiburan semata-mata. Sekiranya remaja menimba ilmu, nescaya banyak pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh. Golongan remaja seperti ini akan dihormati dan disenangi oleh ahli keluarga dan masyarakat.Kesimpulannya, memanfaatkan masa lapang melalui pemerolehan ilmu membawa banyak kebaikan kepada remaja. Isi 3Ayat Isi : Aktiviti berpersatuanAyat huraian / contoh : Memberi contoh beberapa aktiviti persatuan yang boleh disertai. (1 ayat) Ayat huraian : Bagaimana aktiviti ini membantu golongan remaja? (1 ayat)Ayat kesan : Apakah kesan / faedah kepada remaja melalui penglibatan dalam persatuan (1 ayat)Ayat kesimpulan : (1 ayat)

Selain mengulang kaji pelajaran dan melakukan aktiviti riadah, golongan remaja boleh melibatkan diri dengan melakukan aktiviti berpersatuan. Persatuan-persatuan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Bahasa Malaysia,Kadet Bomba Sekolah, dan juga Kelab Alam Sekitar merupakan antara persatuan yang boleh disertai oleh para pelajar. Penglibatan dalam persatuan menyebabkan mereka mengisi masa yang terluang dalam kehidupan seharian secara berfaedah. Penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti persatuan seperti ini akan menghindar mereka daripada melibatkan diri dalam aktiviti aktiviti yang tidak sihat seperti merokok, melepak, menagih dadah, dan banyak lagi.Tuntasnya, aktiviti berpersatuan merupakan antara cara yang boleh memanfaatkan penggunaan masa lapang remaja.

Isi 4Ayat Isi : Aktiviti kemasyarakatanAyat huraian / contoh : Siapakah yang menganjurkan aktiviti ini? (1 ayat) Ayat huraian : Apakah kelebihan melibatkan dri dalam aktiviti ini? (2ayat)Ayat kesan : Apakah kesan / faedah kepada remaja? (2 ayat)Ayat kesimpulan : (1 ayat)

Di samping itu, remaja perlu melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti ini dianjurkan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak yang mewakili kebajikan masyarakat. Hal ini dapat meningkatkan serta mengukuhkan ikatan ukhwah sesama anggota masyarakat dan mengeratkan perpaduan kaum dalam negara. Golongan remaja boleh mendaftarkan diri untuk menjadi sukarelawan. Sebagai sukarelawan, golongan remaja boleh membantu mereka yang susah terutamanya mangsa bencana alam. Golongan remaja boleh menjadi pelapis bagi generasi yang prihatin akan kesusahan dan kesempitan hidup orang lain. Sememangnya penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan merupakan aktiviti masa lapang yang berfaedah.Isi 5Ayat Isi : Kerja-kerja sampinganAyat huraian / contoh : Apakah faedah melakukan kerja-kerja sampingan? (1 ayat) Ayat huraian : Apakah kelebihan melakukan aktiviti bersama keluarga? (1

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 122: Modul Penulisan Halustikal

122

ayat)Ayat kesan : Apakah kesan kepada remaja? (2 ayat)Ayat kesimpulan : (1 ayat)

Remaja juga boleh melibatkan diri dengan kerja-kerja sampingan. Wang yang diperoleh boleh disimpan dalam akaun simpanan untuk kegunaan contohnya untuk tujuan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang tertentu anjuran sekolah di samping dapat merehatkan serta menenangkan fikiran. Remaja juga dapat memanfaatkan masa bersiar-siar bersama-sama dengan keluarga agar dapat mengeratkan lagi hubungan kekeuargaan. Aktiviti lawatan yang disertai oleh remaja membolehkan remaja dapat menambah ilmu pengetahuan, meluaskan pengalaman, menyemai semangat patriotik dan cinta akan alam sekitar. Jadi aktiviti ini memang memberi manfaat kepada golongan remaja.

Penutup:1.Mulakan dengan peribahasa: sudah terang lagi bersuluh beserta kehendak tugasan2.Nyatakan semua isi yang telah diberi3.Beri cadangan4.Beri harapan

Sudah terang lagi bersuluh, terdapat banyak aktiviti masa lapang yang boleh memanfaatkan golongan remaja. Antaranya ialah meakukan aktiviti beriadah, menimba ilmu, melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan dan kemasyarakatan serta melakukan kerja-kerja sampingan. Remaja mesti bijak membahagikan masa agar masa tidak terbuang begitu sahaja. Remaja yang tidak menghargai masa hanya akan merugikan diri sendiri dan mudah terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat. Memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah amatlah penting dalam kalangan anak-anak remaja yang masih mengalami zaman peralihan. Oleh itu semua pihak terutamanya pihak ibu bapa seharusnya memberi perhatian yang mencukupi bagi golongan remaja yang masih memerlukan perhatian, kasih sayang, bimbingan dan juga sokongan demi menentukan hala tuju hidup mereka.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 123: Modul Penulisan Halustikal

123

MODUL LATIHAN MURID

Latihan Melengkapkan Karangan

Soalan:Golongan remaja merupakan pewaris bangsa dan negara namun penglibatan mereka dalam gejala sosial semakin menjadi-jadi. Golongan ini sewajarnya mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Jelaskan aktiviti-aktiviti masa lapang yang boleh membantu golongan remaja menjalani kehidupan yang bermakna.

Jawapan Golongan remaja merupakan pewaris bangsa dan negara, namun penglibatan mereka dalam gejala sosial semakin menjadi-jadi. Golongan ini sewajarnya mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Masa lapang sepatutnya terisi dengan aktiviti yang berfaedah dan masa amatlah penting bak kata pepatah ‘ Masa Itu Emas’. Masa tidak sepatutnya terbuang begitu sahaja kerana masa yang terbuang tidak mungkin diulang. Terdapat banyak aktiviti masa lapang yang boleh membantu golongan remaja menjalani hidup yang bermakna. (69 patah perkataan) Pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan oleh golongan remaja untuk mengisi masa lapang. Antaranya adalah dengan beriadah, Pelbagai cara seseorang boleh beriadah sehingga ________________. Sesetengah orang suka ______________________________, bersilat atau aktiviti mendaki bukit. Semua ini jika dilakukan secara berterusan boleh menjauhkan seseorang daripada ______________________. Sekiranya badan sihat dan kuat, golongan remaja dapat memberi bantuan dalam bentuk tenaga kerja seperti membantu ibu bapa dan keluarga dalam menguruskan hal di rumah. Selain itu, sikap tanggungjawab dan bekerjasama dapat disemai dalam diri setiap remaja serta melahirkan keluarga yang bahagia. Intihanya, remaja boleh melakukan aktiviti riadah apabila ada waktu terluang. Seterusnya, golongan remaja boleh mengisi masa lapang dengan menimba ilmu yang merangkumi pelbagai bidang.Ilmu itu boleh diperoleh tidak kira sama ada di __________________________universiti, mahupun hanya di rumah. Remaja boleh mengisi masa lapang dengan membaca bahan bacaan yang berkaitan ______________dan bukan bahan bacaan yang mengandungi _________________. Sekiranya remaja menimba ilmu, nescaya banyak pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh. Golongan remaja seperti ini akan dihormati dan disenangi oleh ahli keluarga dan masyarakat.Kesimpulannya, memanfaatkan masa lapang melalui pemerolehan ilmu membawa banyak kebaikan kepada remaja. Selain mengulang kaji pelajaran dan melakukan aktiviti riadah, golongan remaja boleh melibatkan diri dengan melakukan aktiviti berpersatuan. Persatuan-persatuan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Bahasa Malaysia,Kadet Bomba Sekolah, dan juga ___________________merupakan antara persatuan yang boleh disertai oleh para pelajar. Penglibatan dalam persatuan menyebabkan mereka mengisi masa yang terluang dalam kehidupan seharian secara berfaedah. Penglibatan mereka dalam _____________________seperti ini akan menghindar mereka daripada melibatkan diri dalam aktiviti aktiviti yang tidak sihat seperti merokok, melepak, menagih dadah, dan banyak lagi.Tuntasnya, aktiviti berpersatuan merupakan antara cara yang boleh memanfaatkan penggunaan masa lapang remaja. Di samping itu, remaja perlu melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti ini dianjurkan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak yang mewakili kebajikan masyarakat. Hal ini dapat meningkatkan serta mengukuhkan ikatan ukhwah sesama anggota

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 124: Modul Penulisan Halustikal

124

masyarakat dan mengeratkan ________________dalam negara. Golongan remaja boleh mendaftarkan diri untuk menjadi sukarelawan. Sebagai sukarelawan, golongan remaja boleh membantu mereka yang susah terutamanya ____________________. Golongan remaja boleh menjadi pelapis bagi generasi yang prihatin akan kesusahan dan kesempitan hidup orang lain. Sememangnya penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan merupakan aktiviti masa lapang yang berfaedah. Remaja juga boleh melibatkan diri dengan kerja-kerja sampingan. Wang yang diperoleh boleh disimpan dalam ______________untuk kegunaan contohnya untuk tujuan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang tertentu anjuran sekolah di samping dapat merehatkan serta __________________. Remaja juga dapat memanfaatkan masa bersiar-siar bersama-sama dengan keluarga agar dapat mengeratkan lagi hubungan kekeuargaan. Aktiviti lawatan yang disertai oleh remaja membolehkan remaja dapat menambah ____________________, meluaskan pengalaman, menyemai semangat patriotik dan cinta akan alam sekitar. Jadi aktiviti ini memang memberi manfaat kepada golongan remaja. Sudah terang lagi bersuluh, __________________________________________golongan remaja. Antaranya ialah melakukan aktiviti beriadah, menimba ilmu, melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan dan kemasyarakatan serta melakukan kerja-kerja sampingan. Remaja mesti bijak membahagikan masa agar masa tidak terbuang begitu sahaja. Remaja yang tidak menghargai masa hanya akan merugikan diri sendiri dan mudah terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat. _______________________________________________________amatlah penting dalam kalangan anak-anak remaja yang masih mengalami zaman peralihan. Oleh itu semua pihak terutamanya pihak ibu bapa seharusnya memberi perhatian yang mencukupi bagi golongan remaja yang masih memerlukan perhatian, kasih sayang, bimbingan dan juga sokongan demi menentukan hala tuju hidup mereka.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 125: Modul Penulisan Halustikal

125

MODUL 29

TEMA: PELANCONGAN

PANDUAN GURU

Contoh Karangan : Kerangka dan Perenggan Lengkap

Soalan :

Industri pelancongan adalah antara sektor yang menyumbang pendapatan terbesar kepada

negara bagi menambah pendapatan negara.Kemasukan pelancong asing dan pelancong

tempatan adalah amat penting dan amat diperlukan.

Bincangkan usaha yang patut dilakukan bagi menggalakkan perkembangan industri ini.

Jawapan :

Pendahuluan :

Industri pelancongan adalah antara sektor yang menyumbang pendapatan kepada

negara.Untuk menambah pendapatan negara,kemasukan pelancong asing dan pelancong

tempatan adalah amat penting dan amat diperlukan.Banyak tempat indah yang dapat

dikunjungi,antaranya persisir pantai yang indah,pulau peranginan yang mempesona,tanah

tinggi yang sejuk dan pusat beli-belah yang canggih.Terdapat beberapa usaha yang boleh

dilakukan bagi menggalakkan perkembangan industri ini.

( 61 patah perkataan )

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 126: Modul Penulisan Halustikal

126

Isi 1

Ayat isi : Mengadakan promosi

Ayat huraian / contoh : Apakah contoh promosi yang dibuat ?

Ayat huraian : Bagaimana promosi boleh dilakukan ?

Ayat kesan : Apakah kesan promosi yang dijalankan?

Ayat kesimpulan : 1 ayat

Usaha pertama bagi menggalakkan perkembangan industri ini ialah dengan

mengadakan promosi ke destinasi – destinasi pelancongan yang ada di negara ini.Antara

promosi yang boleh dibuat ialah iklan – iklan melalui media massa,sebaran risalah – risalah

yang berkaitan, dan melalui internet.Kerajaaan juga boleh mengadakan program ‘ Tahun

Melawat Malaysia’ di luar negara.Kesannya,pelancong asing dan tempatan akan berasa lebih

yakin dengan destinasi pelancongan tersebut dan lebih mengenalinya.Intihanya,usaha ini

dapat memajukan sektor pelancongan itu sendiri sekali gus dapat memajukan sektor tersebut.

( 73 patah perkataan )

Isi 2

Ayat isi : Menggiatkan kempen untuk menarik pelancong datang

Ayat huraian/contoh : Apakah contoh kempen yang boleh dibuat?

Ayat huraian : Bagaimana kempen dapat dijalankan ?

Ayat kesan : Apakah kesan kempen tersebut ?

Ayat kesimpulan : ( 1 ayat )

Usaha kedua yang boleh dibuat untuk menggalakkan perkembangan industri

pelancongan ialah dengan menggiatkan kempen-kempen untuk menarik samada pelancong

asing atau pelancong tempatan.Kempen Cuti Cuti Malaysia,merupakan kempen pelancongan

di dalam negara yang dapat menggalakkan komuniti tempatan berkunjung ke destinasi

pelancongan tersebut.Kempen ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian orang ramai

untuk pergi ke tempat-tempat yang ada di dalam negara ini sendiri.Tuntasnya,pelancong akan

dapat menimba pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang kepelbagaian budaya yang

ada, bak kata pepatah “ Jauh perjalanan,luas pandangan.”

( 79 patah perkataan )

Isi 3

Ayat isi : Menambah dan menyediakan prasarana yang mencukupi

Ayat huraian/contoh : Apahah contoh kemudahan yang perlu ada ?

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 127: Modul Penulisan Halustikal

127

Ayat huraian : Bagaimana kemudahan prasarana dapat ditambah/disediakan?

Ayat kesan : Apakah kesan jika semua kemudahan lengkap ?

Ayat kesimpulan : ( 1 ayat )

Usaha ketiga yang boleh dibuat bagi menggalakkan perkembangan industri

pelancongan ini ialah menambah dan menyediakan kemudahan prasarana yang mencukupi

kepada para pelancong.Pelancong pasti akan datang ke tempat-tempat yang menyediakan

kemudahan yang baik dengan harga yang berpatutan.Kerajaan atau pengusaha perlu

menyediakan kemudahan penginapan yang selesa,perkhidmatan kenderaan awam yang

mencukupi serta makanan yang lazat dan murah.Pembinaan hotel-hotel yang baru,calet atau

rumah inap yang banyak dan selesa dengan harga yang berpatutan juga dapat membantu

negara menarik pelancong ke sini.

Kesannya,para pelancong akan terus datang apabila pelbagai kemudahan ini dapat memenuhi

cita rasa mereka.Secara tidak langsung, sektor pelancongan negara akan terus berkembang.

( 103 patah perkataan )

Penutup

Jelaslah bahawa usaha-usaha yang tersebut perlu mendapat kerjasama dari semua

pihak.Antara usaha tersebut adalah mengadakan promosi yang berterusan,menggiatkan

kempen-kempen sama ada di dalam atau di luar negara, dan menyediakan kemudahan

prasarana yang bersesuaian.Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berbangga dengan keindahan

alam serta flora dan fauna yang masih terpelihara dan begitu istimewa di mata pelancong

asing.Saya penuh yakin bahawa industri pelancongan negara akan terus berkembang dengan

pesat dan dapat membantu mengukuh ekonomi negara,sekaligus dapat menambah

pendapatan negara.

( 77 patah perkataan )

Jumlah perkataan keseluruhan : 395 patah perkataan

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 128: Modul Penulisan Halustikal

128

MODUL LATIHAN MURID

Latihan Melengkapkan Karangan

Soalan :

Industri pelancongan adalah antara sektor yang menyumbang pendapatan terbesar kepada

negara bagi menambah pendapatan negara.Kemasukan pelancong asing dan pelancong

tempatan adalah amat penting dan amat diperlukan.

Bincangkan usaha yang patut dilakukan bagi menggalakkan perkembangan industri ini.

Jawapan :

Industri pelancongan adalah antara sektor yang menyumbang pendapatan kepada

negara.Untuk menambah pendapatan negara,kemasukan pelancong asing dan pelancong

tempatan adalah amat penting dan amat diperlukan.Banyak tempat indah yang dapat

dikunjungi,antaranya persisir pantai yang indah,pulau peranginan yang mempesona,tanah

tinggi yang sejuk dan pusat beli-belah yang canggih.Terdapat beberapa usaha yang boleh

dilakukan bagi menggalakkan perkembangan industri ini

Usaha pertama bagi menggalakkan perkembangan industri ini ialah dengan

mengadakan promosi ke destinasi – destinasi pelancongan yang ada di negara ini.Antara

promosi yang boleh dibuat ialah__________________________________

___________________________________________________.Kerajaaan juga boleh

mengadakan program ________________________. Kesannya, pelancong asing dan

tempatan akan berasa lebih yakin dengan destinasi pelancongan tersebut dan lebih

mengenalinya.Intihanya,usaha ini dapat memajukan sektor pelancongan itu sendiri sekali gus

dapat memajukan sektor tersebut.

Usaha kedua yang boleh dibuat untuk menggalakkan perkembangan industri

pelancongan ialah dengan menggiatkan kempen-kempen untuk menarik samada pelancong

asing atau pelancong tempatan.Kempen Cuti Cuti Malaysia,merupakan kempen pelancongan

di dalam negara yang dapat menggalakkan komuniti tempatan berkunjung ke destinasi

pelancongan tersebut.Kempen ini secara tidak langsung dapat

___________________________________________________________________________

_______________.Tuntasnya,pelancong akan dapat_____________________

_________________________________________________, bak kata pepatah “ jauh

perjalanan,luas pandangan.”

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 129: Modul Penulisan Halustikal

129

Usaha ketiga yang boleh dibuat bagi menggalakkan perkembangan industri

pelancongan ini ialah menambah dan menyediakan kemudahan prasarana yang mencukupi

kepada para pelancong.Pelancong pasti akan datang ke tempat-tempat

___________________________________________________________.Kerajaan atau

pengusaha perlu menyediakan kemudahan penginapan yang selesa,perkhidmatan kenderaan

awam yang mencukupi serta makanan yang lazat dan murah.Pembinaan hotel-hotel yang

baru,calet atau rumah inap yang banyak dan selesa dengan harga yang berpatutan juga dapat

membantu negara menarik pelancong ke sini.

Kesannya,____________________________________________________________.Secara

tidak langsung, sektor pelancongan negara akan terus berkembang.

Jelaslah bahawa usaha-usaha yang tersebut perlu mendapat kerjasama dari semua

pihak.Antara usaha tersebut adalah mengadakan promosi yang berterusan,menggiatkan

kempen-kempen samada di dalam atau di luar negara, dan menyediakan kemudahan prasarana

yang bersesuaian.Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berbangga dengan keindahan alam serta

flora dan fauna yang masih terpelihara dan begitu istimewa di mata pelancong asing.Saya

penuh yakin bahawa industri pelancong negara akan terus berkembang dengan pesat dan

dapat membantu mengukuh ekonomi negara,sekaligus dapat menambah pendapatan negara.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 130: Modul Penulisan Halustikal

130

MODUL 30

TEMA: TANGGUNGJAWAB ANAK

PANDUAN GURU

Soalan :Panitia Bahasa Melayu di sekolah anda menganjurkan pertandingan menulis cerpen sempena Minggu Bahasa Melayu. Tema cerpen tersebut ialah tanggungjawab anak terhadap ibu bapa. Anda berhasrat untuk menyertai pertandingan itu . Tuliskan cerpen anda selengkapnya.

Jawapan : Karangan Berbentuk Cerpen.a. Pendahuluan :1. Nyatakan nama dan tingkah laku watak , latar tempat dan situasi sebagai permulaan cerita2. Bimbing pelajar untuk membina beberapa ayat yang berkaitan dengan perkara di atas

Aiman berlari-lari anak sambil membawa beg plastik yang berisi ubat itu, namun dia

lantas berhenti tatkala melihat remaja seusianya aktif bermain bersama-sama rakan-rakan

mereka di padang berdekatan rumahnya. Jauh di sudut hatinya dia berharap agar dapat

bermain bersama-sama . Walau bagaimanapun, niatnya itu terhenti apabila dia teringat akan

ibunya di rumah. (50 patah perkataan )

b. Isi: Perkembangan cerita Isi 11. Guru membimbing pelajar merangka jalan cerita /plot dari permulaan hingga akhir.2. Cerita boleh diselitkan dialog antara watak utama dengan watak sampingan iaitu ibunya.

Aiman berhenti di hadapan pintu masuk rumahnya dan berdoa.Dia tidak pernah lupa akan pesan arwah bapanya yang sentiasa mengingatkan dia agar tidak lupa membaca doa jika ingin melakukan apa -apapun. Aiman kemudian memberi salam sebelum melangkah masuk. Dia tersenyum melihat ibunya duduk di atas sofa. Dia bersalaman dengan ibunya.

‘Aiman singgah di padang tadi ya?’, ibunya bertanya.

‘ Ya, emak. Sebab itu Aiman lambat. Maafkan Aiman ya, ibu’, ujar Aiman.

‘Tak apa. Ibu yang seharusnya minta maaf kepada Aiman. Remaja sebaya Aiman

memang patut bermain di padang pada waktu begini. Tapi Aiman perlu jaga ibu pula’, ibunya

mengusap kepala Aiman.

‘Eh, ibu! Ibu jangan cakap macam itu. Aiman sayang ibu . Abah pesan suruh Aiman

jaga ibu elok-elok.Lagipun abah pernah cakap, kalau Aiman jaga ibu, nanti Allah sayang

kepada Aiman’, ujar Aiman sambil tersenyum. (129 patah perkataan)

Isi 21. Memperihalkan perkembangan watak utama menjalani kehidupan bersama ibunya

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 131: Modul Penulisan Halustikal

131

2. Menghubungkaitkan konflik / masalah kesihatan ibunya3. Menjelaskan tanggungjawab watak utama terhadap ibunya

Aiman hanya berusia lapan tahun ketika bapanya meninggal dunia.Tiga tahun selepas

pemergian bapanya, ibunya pula jatuh sakit. Dia kini berusia13 tahun. Tidak seperti kanak-

kanak lain, Aiman yang menjaga ibunya di rumah. Setiap hari, Aiman akan memastikan

sarapan ibunya siap sebelum dia ke sekolah. Sejak dua tahun yang lalu, ibunya jatuh sakit. Ibu

Aiman menjadi lumpuh di bahagian kaki akibat terjatuh di bilik air.

Pada malam itu Aiman tidur seperti biasa. Ibu Aiman perlahan-lahan mendekati

Aiman dan mengusap kepalanya. Air mata ibunya menitik perlahan-lahan jatuh ke dahi

Aiman. Ibunya melihat wajah Aiman dengan perasaan kasih sayang. Dia berharap agar dapat

memberikan kehidupan yang baik kepada Aiman , namun tidak diizinkan Tuhan.. (105 patah

perkataan)

Isi 31. Nyatakan kesan sikap bertanggungjawab watak utama/ ganjaran/ faedah

Aiman seorang remaja yang pintar. Walaupun sibuk menjaga ibunya, Aiman tidak

pernah malas belajar. Keputusan akademiknya juga sangat cemerlang. Aiman merupakan

seorang anak yang istimewa. Walaupun hanya berusia 13 tahun, Aiman sudah cukup matang

untuk memahami keadaan hidupnya. Dia tidak pernah merungut apabila menjaga ibunya dan

mengambil alih kebanyakan tugas ibunya di rumah. (52 patah perkataan)

Penutup:

1. Membimbing pelajar membuat kesimpulan secara menyeluruh tentang sikap

tanggungjawab seorang anak.

Aiman juga sentiasa berdoa agar dia menjadi anak yang baik dan bertanggungjawab

terhadap ibunya sehingga ke akhir hayatnya. Aiman amat menyayangi ibunya. Tiada sesiapa

lagi di sampingnya selain ibunya . “sayang bapa dibawa ke mati, sayang ibu dibawa ke

syurga” Sikap Aiman yang bertanggungjawab itu bukan sahaja mendapat perhatian jiran-jiran

malahan seluruh penduduk kampung. (49 patah perkataan)

Karangan lengkap

Aiman berlari-lari anak sambil membawa beg plastik yang berisi ubat itu, namun dia

lantas berhenti tatkala melihat remaja seusianya aktif bermain bersama-sama rakan-rakan

mereka di padang berdekatan rumahnya. Jauh di sudut hatinya dia berharap agar dapat

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 132: Modul Penulisan Halustikal

132

bermain bersama-sama . Walau bagaimanapun, niatnya itu terhenti apabila dia teringat akan

ibunya di rumah.

Aiman berhenti di hadapan pintu masuk rumahnya dan berdoa.Dia tidak pernah lupa

akan pesan arwah bapanya yang sentiasa mengingatkan dia agar tidak lupa membaca doa jika

ingin melakukan apa -apapun. Aiman kemudian memberi salam sebelum melangkah masuk.

Dia tersenyum melihat ibunya duduk di atas sofa. Dia bersalaman dengan ibunya.

‘Ibu tunggu sebentar ya. Aiman pergi sediakan ubat ibu’, ujar Aiman. Ibunya

tersenyum melihat Aiman lalu mengangguk. Aiman berjalan menuju ke dapur bagi

mengambil segelas air untuk ibunya.

‘Aiman singgah di padang tadi ya?’, ibunyabertanya.

‘ Ya, emak. Sebab itu Aiman lambat. Maafkan Aiman ya, ibu’, ujar Aiman.

‘Tak apa. Ibu yang seharusnya minta maaf kepada Aiman. Remaja sebaya Aiman

memang patut bermain di padang pada waktu begini. Tapi Aiman perlu jaga ibu pula’, ibunya

mengusap kepala Aiman.

‘Eh, ibu! Ibu jangan cakap macam itu. Aiman sayang ibu . Abah pesan suruh Aiman

jaga ibu elok-elok.Lagipun abah pernah cakap, kalau Aiman jaga ibu, nanti Allah sayang

kepada Aiman’, ujar Aiman sambil tersenyum.

Aiman hanya berusia lapan tahun ketika bapanya meninggal dunia.Tiga tahun selepas

pemergian bapanya, ibunya pula jatuh sakit.Dia kini berusia13 tahun. Tidak seperti kanak-

kanak lain, Aiman yang menjaga ibunya di rumah. Setiap hari, Aiman akan memastikan

sarapan ibunya siap sebelum dia ke sekolah. Sejak dua tahun yang lalu, ibunya jatuh sakit. Ibu

Aiman menjadi lumpuh di bahagian kaki akibat terjatuh di bilik air.

Pada malam itu Aiman tidur seperti biasa. Ibu Aiman perlahan-lahan mendekati

Aiman dan mengusap kepalanya. Air mata ibunya menitik perlahan-lahan jatuh ke dahi

Aiman. Ibunya melihat wajah Aiman dengan perasaan kasih sayang. Dia berharap agar dapat

memberikan kehidupan yang baik kepada Aiman , namun tidak diizinkan Tuhan.

Aiman seorang remaja yang pintar. Walaupun sibuk menjaga ibunya, Aiman tidak

pernah malas belajar. Keputusan akademiknya juga sangat cemerlang. Aiman merupakan

seorang anak yang istimewa. Walaupun hanya berusia 13 tahun, Aiman sudah cukup matang

untuk memahami keadaan hidupnya. Dia tidak pernah merungut apabila menjaga ibunya dan

mengambil alih kebanyakan tugas ibunya di rumah.

Aiman juga sentiasa berdoa agar dia menjadi anak yang baik dan bertanggungjawab

terhadap ibunya sehingga ke akhir hayatnya. Aiman amat menyayangi ibunya. Tiada sesiapa

lagi di sampingnya selain ibunya . “sayang bapa dibawa ke mati, sayang ibu dibawa ke

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 133: Modul Penulisan Halustikal

133

syurga” Sikap Aiman yang bertanggungjawab itu bukan sahaja mendapat perhatian jiran-jiran

malahan seluruh penduduk kampung. (385 patah perkataan)

MODUL LATIHAN MURID

latihan melengkapkan karangan

Soalan :

Soalan :Panitia Bahasa Melayu di sekolah anda menganjurkan pertandingan menulis cerpen

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 134: Modul Penulisan Halustikal

134

sempena Minggu Bahasa Melayu. Tema cerpen tersebut ialah tanggungjawab anak terhadap ibu bapa. Anda berhasrat untuk menyertai pertandingan itu . Tuliskan cerpen anda selengkapnya.

Jawapan :Aiman berlari-lari anak sambil membawa beg plastik yang berisi ubat itu, namun dia

lantas berhenti tatkala melihat remaja seusianya aktif bermain bersama-sama rakan-rakan

mereka di padang berdekatan rumahnya. Jauh di sudut hatinya dia berharap agar dapat

bermain bersama-sama . Walau bagaimanapun, niatnya itu terhenti apabila dia teringat akan

ibunya di rumah.

Aiman berhenti di hadapan pintu masuk rumahnya dan berdoa.Dia tidak pernah lupa

akan pesan arwah bapanya yang sentiasa mengingatkan dia agar tidak lupa membaca doa jika

ingin melakukan apa -

apapun._________________________________________________________. Dia

tersenyum melihat ibunya duduk di atas sofa. Dia bersalaman dengan ibunya.

‘Ibu tunggu sebentar ya. Aiman pergi sediakan ubat ibu’, ujar Aiman. Ibunya

tersenyum melihat Aiman lalu mengangguk.

__________________________________________________.

‘Aiman singgah di padang tadi ya?’, ibunyabertanya.

‘ Ya, emak. Sebab itu Aiman lambat. Maafkan Aiman ya, ibu’, ujar Aiman.

‘Tak apa. Ibu yang seharusnya minta maaf kepada Aiman. Remaja sebaya Aiman

memang patut bermain di padang pada waktu begini. ______________________________’,

ibunya mengusap kepala Aiman.

‘Eh, ibu! Ibu jangan cakap macam itu. Aiman sayang ibu . Abah pesan suruh Aiman

jaga ibu elok-elok.Lagipun abah pernah cakap, kalau Aiman jaga ibu, nanti Allah sayang

kepada Aiman’, ujar Aiman sambil tersenyum.

Aiman hanya berusia lapan tahun

___________________________________________, ibunya pula jatuh sakit.Dia kini

berusia13 tahun. Tidak seperti kanak-kanak lain, Aiman yang menjaga ibunya di rumah.

Setiap hari, Aiman akan __________________________________ sebelum dia ke sekolah.

Sejak dua tahun yang lalu, ibunya jatuh sakit. Ibu Aiman menjadi lumpuh di bahagian kaki

akibat terjatuh di bilik air.

Pada malam itu Aiman tidur seperti biasa. Ibu Aiman perlahan-lahan mendekati

Aiman dan mengusap kepalanya. _______________________________________ jatuh ke

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 135: Modul Penulisan Halustikal

135

dahi Aiman. Ibunya melihat wajah Aiman dengan perasaan kasih sayang. Dia berharap agar

dapat memberikan kehidupan yang baik kepada Aiman , namun tidak diizinkan Tuhan.

Aiman seorang remaja yang pintar. Walaupun sibuk menjaga ibunya, Aiman tidak

pernah malas belajar. Keputusan akademiknya _____________________________. Aiman

merupakan seorang anak yang istimewa. Walaupun hanya berusia 13 tahun, Aiman

___________________ untuk memahami keadaan hidupnya. Dia tidak pernah merungut

apabila menjaga ibunya dan mengambil alih kebanyakan tugas ibunya di rumah.

Aiman juga sentiasa berdoa agar dia menjadi anak yang ________________________

terhadap ibunya sehingga ke akhir hayatnya. Aiman amat menyayangi ibunya. Tiada sesiapa

lagi di sampingnya selain ibunya . “sayang bapa dibawa ke mati, sayang ibu dibawa ke

syurga” Sikap Aiman _____________________________ sahaja mendapat perhatian jiran-

jiran malahan seluruh penduduk kampung. (385 patah perkataan)

MODUL 31

TEMA: SEMANGAT PATRIOTIK

PANDUAN GURU

Contoh Karangan : Kerangka Dan Perenggan Lengkap

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 136: Modul Penulisan Halustikal

136

Soalan :

Sejak kebelakangan ini, pembabitan remaja dalam gejala merokok amat membimbangkan

semua pihak.

Bincangkan punca-punca berlakunya masalah tersebut.

Jawapan :

Pendahuluan : (salin kembali penyataan soalan, diikuti dengan satu idea tambahan dan

kemudian tutup dengan kehendak tugasan).

Sejak kebelakangan ini, pembabitan remaja dalam gejala merokok amat

membimbangkan semua pihak. Hal ini demikian kerana masalah ini membawa pelbagai

kesan kepada kita. Oleh itu, marilah kita bincangkan punca-punca berlakunya masalah

tersebut.

(32 patah

perkataan)

Isi 1

Ayat Isi : Faktor pengaruh rakan sebaya

Ayat huraian : - Siapakah rakan sebaya?

- Bagaimanakah remaja dipengaruhi?

- Apakah sebab mereka menerima ajakan rakan sebaya?

Ayat kesan : - Apakah kesannya?

Ayat kesimpulan : - Penegasan

Punca utama pembabitan remaja dalam gejala merokok ialah pengaruh rakan sebaya.

Rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dengan remaja selepas ibu bapa mereka.

Mereka akan mudah terikut-ikut dengan perbuatan rakan dan mudah terpedaya dengan ajakan

rakan mereka. Sekiranya mereka melihat rakan-rakan mereka merokok setiap hari, lama-

kelamaan mereka akan turut merokok. Selain itu, mereka juga takut diejek dan dipulaukan

rakan mereka sekiranya mereka tidak menerima ajakan rakan mereka. Kesannya ialah mereka

akan merokok walaupun mereka tahu perbuatan tersebut tidak berfaedah dan menjejaskan

kesihatan mereka. Intihanya, pengaruh rakan sebaya akan mendorong remaja terbabit dalam

perlakuan merokok.

(94 patah

perkataan)

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 137: Modul Penulisan Halustikal

137

Isi 2

Ayat Isi : Faktor kecuaian ibu bapa

Ayat huraian : - Apakah kecuaian ibu bapa?

- Mengapakah ibu bapa gagal melaksanakan tanggungjawab

mereka?

Ayat kesan : - Apakah kesannya?

Ayat kesimpulan : Penegasan

Punca kedua remaja terlibat dalam gejala merokok ialah kecuaian ibu bapa. Ibu bapa

tidak meluang masa untuk mendidik anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana mereka

terlalu sibuk dengan kerja-kerja mereka. Mereka bekerja siang dan malam hingga

mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Kesibukan mereka mengakibatkan

anak-anak terbiar dan memilih jalan yang salah untuk mendapatkan keseronokan hidup.

Selain itu, kurangnya kawalan ibu bapa juga menyebabkan anak-anak bebas bergaul dengan

remaja lain yang bermasalah dan terlibat dalam gejala merokok. Tuntasnya, sikap ibu bapa

yang kurang bertanggungjawab menyebabkan anak-anak terbiar dan terlibat dalam gejala

merokok.

(86patah

perkataan)

Isi 3

Ayat Isi : Faktor sikap remaja sendiri

Ayat huraian : - Apakah sikap remaja?

- Mengapakah remaja merokok?

Ayat kesan : - Apakah kesannya?

Ayat kesimpulan : Penegasan

Di samping itu, sikap remaja itu sendiri juga menjadi punca mereka terlibat dalam

gejala merokok. Sikap remaja yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa

menyebabkan mereka mudah terbabit dalam amalan merokok. Remaja sering beranggapan

bahawa setiap perbuatan mereka adalah betul. Mereka tetap akan merokok walaupun telah

dilarang oleh ibu bapa mereka. Tambahan pula, remaja berfikiran singkat dan suka mencuba

sesuatu yang baharu. Sikap ini menyebabkan mereka terdedah kepada amalan negatif seperti

merokok. Mereka akan cuba menghisap sebatang rokok semata-mata untuk merasai

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 138: Modul Penulisan Halustikal

138

nikmatnya. Akibatnya, mereka menjadi ketagih akan rokok. Jelaslah bahawa faktor sikap

remaja sendiri menyebabkan mereka terlibat dalam gejala merokok.

(99 patah

perkataan)

Penutup :

1. Mulakan dengan peribahasa : sudah terang lagi bersuluh + kehendak tugasan.

2. Nyatakan semua isi yang telah diberi.

3. Beri cadangan.

4. Beri harapan.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, terdapat banyak punca yang

menyebabkan remaja terlibat dalam gejala merokok. Antara puncanya ialah pengaruh

rakan sebaya, faktor kecuaian ibu bapa dan sikap remaja sendiri. Sebagai masyarakat yang

prihatin, kita hendaklah bekerjasama mengatasi masalah ini. Hal ini demikian supaya

remaja yang sihat dapat dilahirkan.

(47 patah

perkataan)

Jumlah perkataan keseluruhan : 358 patah perkataan.

MODUL LATIHAN MURIDLatihan Melengkapkan Karangan

Soalan : Sejak kebelakangan ini, pembabitan remaja dalam gejala merokok

membimbangkan semua pihak.

Bincangkan punca-punca berlakunya masalah tersebut.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 139: Modul Penulisan Halustikal

139

Jawapan :

Sejak kebelakangan ini, pembabitan remaja dalam gejala merokok amat

membimbangkan semua pihak. Hal ini demikian kerana masalah ini membawa pelbagai

kesan kepada kita. Oleh itu, marilah kita bincangkan punca-punca berlakunya masalah

tersebut.

(32 patah perkataan)

Punca utama pembabitan remaja dalam gejala merokok ialah pengaruh rakan sebaya.

Rakan sebaya merupakan

………………………………………………………………………... Mereka akan mudah

terikut-ikut dengan ……………………………………………… dan mudah terpedaya

dengan ajakan rakan mereka. Sekiranya mereka melihat rakan-rakan mereka merokok setiap

hari, lama-kelamaan …………………………………………………….. Selain itu, mereka

juga ………………………………………………………………………. sekiranya mereka

tidak menerima ajakan rakan mereka. Kesannya ialah

…………………………………………………... walaupun mereka tahu perbuatan tersebut

tidak berfaedah dan …………………………………. Intihanya,

………………………………………………... akan mendorong remaja terbabit dalam

perlakuan merokok.

Punca kedua remaja terlibat dalam gejala merokok ialah kecuaian ibu bapa. Ibu bapa

tidak ………………………………………………………………....... anak-anak mereka. Hal

ini demikian kerana ………………………………………………………………….. Mereka

bekerja siang dan malam hingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa.

Kesibukan mereka mengakibatkan ……………………………………... dan memilih jalan

yang salah untuk mendapatkan keseronokan hidup. Selain itu, kurangnya kawalan ibu bapa

juga menyebabkan ………………………………………………. dengan remaja lain yang

bermasalah dan terlibat dalam gejala merokok. Tuntasnya,

……………………………………………………. menyebabkan anak-anak terbiar dan

terlibat dalam gejala merokok.

Di samping itu, sikap remaja itu sendiri juga menjadi punca mereka terlibat dalam

gejala merokok. Sikap remaja yang ………………dan tidak mahu ………..

…………………………….. menyebabkan mereka mudah terbabit dalam amalan merokok.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 140: Modul Penulisan Halustikal

140

Remaja sering beranggapan bahawa

………………………………………………………………. Mereka tetap akan merokok

walaupun …………………………………………………….... Tambahan pula, remaja

berfikiran singkat dan suka ………………………………………................ Sikap ini

menyebabkan mereka terdedah kepada amalan negatif seperti merokok. Mereka akan cuba

menghisap sebatang rokok semata-mata untuk merasai nikmatnya. Akibatnya,

………………………………………………. Jelaslah bahawa

…………………………………………………… menyebabkan mereka terlibat dalam gejala

merokok.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh,

……………………………………………….

……………………………………………………………………Antara puncanya ialah

pengaruh rakan sebaya, faktor kecuaian ibu bapa dan sikap remaja sendiri. Sebagai

masyarakat yang prihatin, kita

…………………………………………………………………… Hal ini demikian supaya

……………..…………………………………………………

MODUL 32

TEMA: REKREASI/RIADAH

PANDUAN GURU

Soalan:

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 141: Modul Penulisan Halustikal

141

Aktiviti riadah dan rekreasi merupakan aktiviti yang amat digemari oleh masyarakat kini. Terdapat banyak aktiviti riadah dan rekreasi yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga.Huraikan faedah-faedah riadah dan rekreasi bersama-sama keluarga.

Jawapan:Pendahuluan: (Salin kembali soalan).Jika pernyataan terlalu ringkas,salin pernyataan,diikuti idea tambahan,kemudian tutup dengan kehendak tugasan.

Aktiviti riadah dan rekreasi merupakan aktiviti yang amat digemari oleh masyarakat kini. Terdapat banyak aktiviti riadah dan rekreasi yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga. Kebiasaannya, aktiviti riadah ini dilakukan di luar rumah atau di tempat-tempat yang dikhaskan. Aktiviti yang menyeronokkan ini akan mendatangkan faedah yang banyak jika sering dilakukan bersama-sama ahli keluarga. (49 perkataan)

Isi 1Ayat isi : Mengeratkan ikatan kasih sayang antara ahli keluarga.Ayat contoh : Apakah contoh aktiviti riadah dan rekreasi yang boleh dilakukan?Ayat huraian : Di manakah aktiviti tersebut boleh dilakukan?Ayat kesan : Apakah kesan/faedah aktiviti tersebut kepada mereka?

Faedah pertama yang diperoleh daripada aktiviti riadah dan rekreasi bersama-sama keluarga adalah dapat mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga. Antara aktiviti riadah dan rekreasi ,yang boleh dijalankan ialah berkelah, bersukan atau berjoging dan melancong. Antiviti-aktiviti tersebut boleh dilakukan di tepi pantai,di padang permainan atau di tempat-tempat menarik. Apabila aktiviti-aktiviti tersebut dilakukan bersama-sama keluarga, mereka dapat meluangkan masa yang lebih banyak bersama-sama ahli keluarga menyebabkan hubungan antara ahli keluarga menjadi lebih erat. (68 perkataan)

Isi 2Ayat isi : Menyihatkan tubuh badanAyat contoh : Apakah aktiviti-aktiviti sukan yang boleh dilakukan?Ayat huraian : Bagaimanakah aktiviti tersebut dapat menyihat badan?Ayat kesan : Apakah kesannya kepada ahli keluarga?

Faedah yang kedua adalah dapat menyihatkan tubuh badan ahli keluarga. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti berjoging,bermain badminton dan bermain boling. Apabila ahli-ahli keluarga melakukan aktiviti-aktiviti riadah dan rekreasi berbentuk sukan, mereka dapat mengeluarkan peluh serta menggerakkan seluruh anggota badan. Hal ini akan melancarkan perjalanan darah mereka. Dengan itu, mereka akan menjadi lebih sihat dan dapat menjalankan aktiviti seharian dengan lebih sempurna,sesuai dengan slogan yang berbunyi badan cergas otak cerdas. (73 perkataan)

Isi 3Ayat : Dapat menambah pengetahuan.Ayat contoh : Apakah aktiviti-aktiviti yang dapat menambah pengetahuan?

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 142: Modul Penulisan Halustikal

142

Ayat huraian : Bagaimanakah aktiviti tersebut dapat menambah pengetahuan ahli keluarga?Ayat kesan : Apakah kesannya kepada keluarga?

Faedah ketiga adalah dapat menambah pengetahuan dan pengalaman bagi ahli keluarga. Antara aktiviti riadah dan rekreasi yang dapat menambah pengetahuan dan pengalaman ahli keluarga adalah seperti melancong dan melawat ke tempat-tempat bersejarah. Apabila sesebuah keluarga melawat ke sesebuah tempat menarik atau bersejarah, mereka akan mendapat pengetahuan dan pengalaman baharu, apatah lagi jika tempat tersebut belum pernah dikunjungi sebelum ini. Dengan itu, ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh mereka dapat ditingkatkan apabila mendapat maklumat-maklumat tertentu berkaitan sejarah atau keistimewaan sesebuah tempat yang dikunjungi. (79 perkataan)

Penutup:1. Nyatakan semua isi yang telah diberi.2. Beri cadangan3. Beri penegasan4. Gunakan peribahasa yang sesuai(jika ada).

Kesimpulannya, memang terdapat banyak faedahnya apabila sesebuah keluarga menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi. Antaranya dapat mengukuhkan ikatan kasih sayang antara ahli keluarga, dapat menyihatkan tubuh badan, dan dapat menambah pengetahuan ahli keluarga. Sehubungan dengan itu, sesebuah ahli keluarga perlulah meluangkan masa bersama-sama untuk menjalankan aktiviti-aktiviti riadah dan rekreasi. Sesungguhnya, faedah-faedah yang diperoleh akan menambahkan lagi kebahagaiaan dan kesejahteraan sesebuah keluarga. (60 perkataan)

*Jumlah perkataan keseluruhan : 329 patah perkataan.

MODUL LATIHAN MURID

Soalan:Aktiviti riadah dan rekreasi merupakan aktiviti yang amat digemari oleh masyarakat kini. Terdapat banyak aktiviti riadah dan rekreasi yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga.Huraikan faedah-faedah riadah dan rekreasi bersama-sama keluarga.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 143: Modul Penulisan Halustikal

143

Jawapan: Aktiviti riadah dan rekreasi merupakan aktiviti yang amat digemari oleh masyarakat kini.

Terdapat banyak aktiviti riadah dan rekreasi yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga.

Kebiasaannya,aktiviti riadah ini dilakukan di luar rumah atau di tempat-tempat yang

dikhaskan. .Aktiviti yang menyeronokkan ini akan mendatangkan faedah yang banyak jika

sering dilakukan bersama-sama ahli keluarga.

Faedah pertama yang diperoleh daripada aktiviti riadah dan rekreasi bersama-sama

keluarga adalah dapat mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga. Antara aktiviti riadah

dan rekreasi ,yang boleh dijalankan

ialah_______________________________________________. Aktiviti tersebut boleh

dilakukan di ________________________________________________. Apabila aktiviti-

aktiviti tersebut dilakukan bersama-sama keluarga, mereka dapat

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________.

Faedah yang kedua adalah dapat menyihatkan tubuh badan ahli keluarga. Antara

aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti

______________________________________________. Apabila ahli-ahli keluarga

melakukan aktiviti-aktiviti riadah dan rekreasi berbentuk sukan, mereka

___________________________________________________________. Hal ini akan

melancarkan perjalanan darah mereka. Dengan itu, mereka akan

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

______sesuai dengan slogan ___________________________________________________.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 144: Modul Penulisan Halustikal

144

Faedah ketiga adalah dapat menambah pengetahuan dan pengalaman bagi ahli keluarga.

Antara aktiviti riadah dan rekreasi yang dapat menambah pengetahuan

adalah____________________________________________________________________.

Apabila sesebuah keluarga melawat ke tempat menarik atau

bersejarah ,__________________________________________________________________

________. Dengan itu,

_________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________.

Kesimpulannya, memang terdapat banyak faedahnya apabila sesebuah keluarga

menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi.

Antaranya__________________________________________________________________.

Sehubungan dengan itu, sesebuah ahli keluarga perlulah meluangkan masa bersama-sama

untuk ________________________________________________. Sesungguhnya, faedah-

faedah yang diperoleh akan menambahkan lagi kebahagaiaan dan kesejahteraan sesebuah

keluarga.

Soalan :

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawal corak pemakanan anak-anak mereka.

Hal ini kerana ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak sendiri.

Secara tidak langsung mereka yang dapat menentukan corak pemakanan anak-anak mereka.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 145: Modul Penulisan Halustikal

145

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, jelaskan tindakan mereka dalam menentukan corak

pemakanan anak-anak mereka.

Jawapan :

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawal corak pemakanan anak-anak

mereka. Hal ini kerana ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak

sendiri. Secara tidak langsung mereka dapat menentukan corak pemakanan anak-anak

mereka. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, mereka mempunyai peranan dalam

menentukan corak pemakanan anak-anak mereka.

Peranan utama ibu bapa bagi menentukan corak pemakanan anak ialah bersifat tegas

dalam mengawal tabiat pemakanan. Mengawal tabiat pemakanan bermaksud

______________________________________ . Sekiranya tabiat pemakanan tidak dikawal,

anak akan mengalami masalah kegemukan dan mudah diserang penyakit. Penyakit kronik

akibat kegemukan seperti ________________________, ________________________ dan

___________________________ akan mudah menyerang apabila anak-anak meningkat

dewasa. Ibu bapa merupakan orang yang paling tepat bagi memastikan generasi akan datang

membesar secara sihat.

Peranan kedua ibu bapa dalam menentukan corak pemakanan anak-anak ialah

merancang pemakanan terlebih dahulu. Ibu bapa hendaklah membeli dan memakan makanan

yang berkhasiat dan berzat. Antara contoh makanan berkhasiat ialah ___________________,

___________________, __________________, dan ___________________ . Elakkan

memakan makanan yang kurang atau tidak berkhasiat. Antara contoh makanan yang tidak

berkhasiat ialah __________________, __________________, ____________________ dan

______________________ . Sekiranya ibu bapa dapat menyediakan makanan yang

berkhasiat tentulah corak pemakanan anak dapat dikawal. Kesimpulannya memilih dan

memakan makanan yang berzat dan berkhasiat merupakan satu cara untuk memastikan anak-

anak sentiasa sihat dan cergas.

Peranan ibu bapa yang seterusnya ialah mendidik anak mereka dalam pemilihan

makanan. Ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke ______________________ atau

_____________________ untuk membeli makanan yang sesuai. Ibu bapa hendaklah

menerangkan _____________________ dan _____________________ sesuatu makanan itu.

Makanan yang mengandungi bahan yang tidak sesuai seperti ____________________,

_______________________, ______________________ dan ____________________

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 146: Modul Penulisan Halustikal

146

hendaklah dielakkan. Makanan juga boleh dihidangkan dengan kaedah-kaedah tertentu untuk

menarik minat anak-anak. Tuntasnya mendidik anak-anak tentang pemakanan merupakan satu

cara membentuk corak pemakanan anak-anak.

Kesimpulannya, peranan ibu bapa amat penting dalam menentukan corak pemakanan

anak-anak. Semua peranan itu perlu dilaksanakan oleh ibu bapa yang inginkan anak-anak

mereka sentiasa sihat dan cergas. Sekiranya ibu bapa dapat memberi contoh yang baik,

tentulah anak-anak akan dapat mengikut bak kata pepatah

________________________________________ . Semoga dengan corak pemakanan yang

baik ini, dapat membentuk remaja yang sihat dari segi ______________________,

______________________ dan _____________________ .

MODUL 33

TEMA: KOKURIKULUM

PANDUAN GURU

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 147: Modul Penulisan Halustikal

147

Soalan : ‘Kegiatan Kokurikulum Membebankan Para Pelajar’.Anda sebagai wakil daripada barisan pembangkang, huraikan hujah-hujah yang dapat menafikan pernyataan tersebut.

Jawapan :Pendahuluan : ( Salin kembali pernyataan soalan ) : Jika pernyataan terlalu ringkas,

salin penyataan, diikuti dengan idea tambahan ( sekurang-kurangnya saru ayat ) kemudian tutup dengan kehendak tugasan.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Puan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Perwira, panel hakim yang adil lagi bijaksana, barisan pencadang yang dihargai, guru-guru dan hadirin yang dikasihi sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua. Saya berasa amat bersyukur kerana dapat berdiri di sini untuk mengemukakan pandangan dan hujah saya mengenai tajuk perbahasan pada hari ini ‘kegiatan kokurikulum membebankan para pelajar’. Selaku barisan pembangkang, saya ingin mengemukakan hujah-hujah untuk menangkis hujah daripada pihak pencadang. ( 74 patah perkataan )Isi 1 Prasyarat kemasukan ke IPTAyat isi : Golongan pelajar yang terlibat dengan aktiviti

kokurikulum di sekolah. ( ½ ayat )Ayat huraian/contoh : Mengapakah kerajaan mewajibkan pelajar terlibat dalam

aktiviti kokurikulum di sekolah? ( ½ ayat )Ayat huraian : Siapakah yang perlu mengubah pendirian mereka? ( satu

perkataan )Ayat kesan : Apakah kesan aktiviti kokurikulum terhadap golongan

pelajar sekolah ? ( ½ ayat )Ayat kesimpulan : Berikan kesimpulan aktiviti kokurikulum terhadap pelajar

di sekolah. ( ½ ayat )Hadirin sekalian,

Kokurikulum merupakan aktiviti yang diadakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia khas untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah. Kegiatan kokurikulum biasanya dilaksanakan di luar waktu persekolahan dan memberi banyak manfaat kepada pelajar dari pelbagai segi. Walau bagaimanapun, penglibatan pelajar-pelajar dalam aktiviti kokurikulum semakin menurun dari setahun ke setahun. Walaupun kerajaan telah bertindak dengan mewajibkan penglibatan pelajar dalam kokurikulum sebagai prasyarat untuk memasuki pusat pengajian tinggi awam, namun ini tetap tidak dapat mengubah pendirian sesetengah golongan pelajar. Golongan ini berpendapat kegiatan kokurikulum hanya untuk membebankan jadual mereka yang sememangnya padat dengan kelas-kelas tambahan. Oleh itu, saya berpendapat kegiatan kokurikulum tidak membebankan pelajar, kerana kegiatan kokurikulum diadakan untuk tujuan positif agar para pelajar lebih cergas dan cerdas. ( 114 patah perkataan )Isi 2Kepentingan ilmu pengetahuanAyat isi : Apakah faedah yang dapat diperoleh oleh pelajar melalui

aktiviti kokurikulum? ( satu perkataan )

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 148: Modul Penulisan Halustikal

148

Ayat huraian/contoh : Mengapakah kegiatan kokurikulum yang diceburi dapat membantu mereka? ( satu perkataan )

Ayat huraian : Apakah aktiviti kokurikulum ini dapat membantu pelajar dalam kehidupan harian mereka? ( satu perkataan )

Ayat kesan : Bagaimanakah aktiviti kokurikulum dapat membantu pelajar dalam menghadapi masalah harian mereka?( satu perkataan )

Ayat kesimpulan : Tegaskan bukti bahawa aktiviti kokurikulum dapat membantu pelajar dalam meneruskan kehidupan harian mereka. ( ½ ayat )

Hakikatnya, kegiatan kokurikulum dapat meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar. Kegiatan kokurikulum yang berlainan dapat melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang tidak dapat diperoleh daripada buku teks sekolah. Ilmu yang dipelajari melalui kegiatan kokurikulum amat berguna dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian. Sebagai contohnya, jika seseorang pelajar menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah ( PBSM ), pelajar dapat mempelajari asas-asas pertolongan cemas. Pengetahuan ini dapat digunakan jika berlaku hal-hal kecemasan. Pelajar dapat bertindak segera dengan membantu mangsa. Ilmu seperti ini memang tidak dapat dipelajari daripada buku teks. Berdasarkan hujah saya, sudah terbukti kegiatan kokurikulum tidak membebankan pelajar. ( 97 patah perkataan )

Isi 3Kenalan dalam aktiviti kokurikulumAyat isi : Apakah faedah yang dapat diperoleh oleh pelajar melalui

aktiviti kokurikulum? ( satu perkataan )Ayat huraian/contoh : Siapakah yang dapat pelajar kenali melalui kegiatan

kokurikulum yang mereka ceburi? ( ½ ayat )Ayat huraian : Bagaimanakah aktiviti kokurikulum ini dapat membantu

pelajar dalam pergaulan harian mereka? ( ½ ayat )Ayat kesan : Bagaimanakah aktiviti kokurikulum dapat menambah

kenalan mereka? ( ½ ayat )Ayat kesimpulan : Tegaskan bahawa aktiviti kokurikulum dapat semangat

kekitaan dalam kalangan mereka? ( ½ ayat )

Hadirin yang prihatin, Dengan menyertai kegiatan kokurikulum, para pelajar dapat meluaskan pergaulan mereka. Apabila menyertai pelbagai aktiviti, seseorang itu dapat mengenali ahli-ahli persatuan yang sudah pasti datang daripada pelbagai lapisan umur. Lazimnya, sesebuah persatuan terdiri daripada para pelajar yang meliputi beberapa tingkatan di sekolah tersebut. Kadangkala persatuan akan menjalankan aktiviti dengan kerjasama sekolah lain. Secara tidak langsung, sekiranya pelajar menyertai aktiviti ini, pelajar akan dapat menambah kenalan dari sekolah lain. Melalui kenalan yang ramai, para pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan bertukar-tukar pendapat sesama mereka, kegiatan kokurikulum boleh meluaskan pergaulan pelajar dan sekali gus membuktikan kegiatan kokurikulum kegiatan ini tidak membebankan para pelajar.( 103 patah perkataan )

Isi 4

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 149: Modul Penulisan Halustikal

149

Daya kepemimpinanAyat isi : Apakah faedah yang dapat diperoleh oleh pelajar melalui

aktiviti kokurikulum? ( ½ ayat )Ayat huraian/contoh : Siapakah yang dapat pelajar kenali melalui kegiatan

kokurikulum yang mereka ceburi? ( ½ ayat )Ayat huraian : Bagaimanakah aktiviti kokurikulum ini dapat membantu

pelajar dalam pergaulan harian mereka? ( satu perkataan )Ayat kesan : Bagaimanakah aktiviti kokurikulum dapat memupuk daya

kepimpinan mereka pada masa hadapan? ( satu perkataan )Ayat kesimpulan : Tegaskan bahawa aktiviti kokurikulum dapat memupuk

daya kepimpinan mereka pada masa hadapan? ( ½ ayat )

Dengan menyertai kegiatan kokurikulum, sifat kepimpinan pelajar dapat dipupuk, jika para pelajar memegang sebarang jawatan dalam persatuan, para pelajar dapat belajar cara memimpin dan mentadbir. Pelajar akan turut mempelajari cara untuk mengendalikan mesyuarat dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dipelajari. Corak kepimpinan yang berkesan dapat memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar dan sempurna. Pendedahan sebeini amat penting untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai ciri-ciri pemimpin yang berkaliber. Hal sebegini amat penting kerana sifat kepimpinan harus dipupuk lebih awal agar generasi muda lebih bersedia menggalas tugas mentadbir negara suatu hari nanti. Sudah ternyata bahawa kegiatan ini tidak membebankan para pelajar kerana kegiatan ini boleh memupuk sifat kepimpinan pelajar . ( 106 patah perkataan )

Isi 5Mengelakkan gejala sosialAyat isi : Mengapakah aktiviti kokurikulum penting dalam mengisi

masa lapang pelajar sekolah? ( ½ ayat )Ayat huraian/contoh : Bagaimanakah aktiviti kokurikulum dapat menghindarkan

para pelajar dari gejala yang tidak sihat? ( satu perkataan )Ayat huraian : Apakah cara aktiviti kokurikulum dapat menghindarkan

para pelajar dari gejala yang tidak sihat? ( satu perkataan )Ayat kesan : Apakah kesan aktiviti kokurikulum dapat menghindarkan

para pelajar dari gejala yang tidak sihat? ( ½ ayat )Ayat kesimpulan : Berikan kesan langsung aktiviti kokurikulum terhadap

pelajar sekolah? ( ½ ayat )

Hadirin yang dikasihi, Setiap pelajar seharusnya menyertai kegiatan kokurikulum kerana penglibatan ini dapat mengelakkan para pelajar daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Pelajar kini lebih terdedah kepada gejala sosial yang boleh meruntuhkan akhlak mereka. Bagi pelajar yang bermasalah, mereka akan menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak di pusat beli-belah, membazirkan wang saku, dan sebagainya. Perkara sebegini bukan sahaja menyebabkan masa mereka berlalu dengan sia-sia, tetapi juga memungkinkan mereka bergaul dengan kacang hantu ataupun terjebak dengan lebih serius seperti penagihan dadah, Ibu bapa harus mendorong anak-anak mereka melibatkan diri dalam bidang kokurikulum memandangkan perkara ini merupakan cara yang amat berkesan membendung masalah sosial dalam kalangan pelajar di samping memanfaatkan mereka dari semua aspek. Dengan alasan sebegini, sudah pasti kegiatan ini tidak membebankan para pelajar. . ( 127 patah perkataan )

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 150: Modul Penulisan Halustikal

150

Penutup1. Mulakan dengan peribahasa : sudah terang lagi bersuluh + kehendak tugasan.2. Nyatakan semua isi yang telah diberi.3. Beri cadangan.4. Beri harapan.

Sudah terang lagi bersuluh, begitulah hujah saya yang menegaskan bahawa kegiatan kokurikulum tidak harus dianggap sebagai bebanan pelajar, kerana kegiatan ini mendatangkan banyak manfaat kepada para pelajar. Sesungguhnya, kegiatan kokurikulum dapat menjadi prasyarat untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam, menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar, mendapat kenalan yang bermanfaat, meningkatkan daya kepemimpinan, dan mampu mengelakkan gejala sosial pelajar sekolah yang aktif dalam kokurikulum. Kerajaan kita sentiasa mengambil berat tentang masa depan pelajar yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang, justeru, menjadi tanggungjawab pelajar untuk memenuhi harapan dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan berinovasi dalam kepemimpinan masa hadapan negara yang gemilang.Sekian, terima kasih. ( 110 patah perkataan )

Jumlah perkataan keseluruhan : 731 patah perkataan.

MODUL LATIHAN MURID

Latihan Melengkapkan Karangan

Soalan : ‘Kegiatan Kokurikulum Membebankan Para Pelajar’.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 151: Modul Penulisan Halustikal

151

Anda sebagai wakil daripada barisan pembangkang, huraikan hujah-hujah yang dapat menafikan pernyataan tersebut.

Jawapan :

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Puan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Perwira, panel hakim yang adil lagi bijaksana, barisan pencadang yang dihargai, guru-guru dan hadirin yang dikasihi sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua. Saya berasa amat bersyukur kerana dapat berdiri di sini untuk mengemukakan pandangan dan hujah saya mengenai tajuk perbahasan pada hari ini ‘kegiatan kokurikulum membebankan para pelajar’. Selaku barisan pembangkang, saya ingin mengemukakan hujah-hujah untuk menangkis hujah daripada pihak pencadang.

Hadirin sekalian,

Kokurikulum merupakan aktiviti yang diadakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

khas untuk para ________________________________________________________.

Kegiatan kokurikulum biasanya dilaksanakan di luar waktu persekolahan dan memberi

banyak manfaat kepada pelajar dari pelbagai segi. Walau bagaimanapun, penglibatan pelajar-

pelajar dalam aktiviti kokurikulum semakin menurun dari setahun ke setahun. Walaupun

kerajaan telah bertindak dengan mewajibkan penglibatan pelajar dalam kokurikulum

sebagai prasyarat untuk memasuki __________________________________________,

namun ini tetap tidak dapat mengubah pendirian sesetengah golongan

_________________________. Golongan ini berpendapat kegiatan kokurikulum hanya

untuk membebankan jadual mereka yang sememangnya padat dengan kelas-kelas

tambahan. Oleh itu, saya berpendapat kegiatan kokurikulum tidak

_________________________________________________________, kerana kegiatan

kokurikulum diadakan untuk tujuan positif agar para pelajar lebih cergas dan cerdas.

Hakikatnya, kegiatan kokurikulum dapat meningkatkan ________________________

para pelajar. Kegiatan kokurikulum yang berlainan dapat melengkapkan pelajar

dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang tidak dapat diperoleh daripada

_________________________ sekolah. Ilmu yang dipelajari melalui kegiatan kokurikulum

amat berguna dan boleh diaplikasikan dalam ___________________ harian. Sebagai

contohnya, jika seseorang pelajar menyertai ______________________________________

________________________________________________, pelajar dapat mempelajari asas-

asas pertolongan cemas. Pengetahuan ini dapat digunakan jika berlaku hal-hal

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 152: Modul Penulisan Halustikal

152

______________________________. Pelajar dapat bertindak segera

_____________________________________________________. Ilmu seperti ini memang

tidak dapat dipelajari daripada buku teks. Berdasarkan hujah saya,

sudah terbukti kegiatan kokurikulum _____________________________________________.

Hadirin yang prihatin,

Dengan menyertai kegiatan kokurikulum, para pelajar dapat

___________________________________________________________________________.

Apabila menyertai pelbagai aktiviti, seseorang itu dapat mengenali

___________________________________________________________________________

yang sudah pasti datang daripada pelbagai lapisan umur. Lazimnya, sesebuah persatuan

terdiri daripada para pelajar yang meliputi beberapa tingkatan di sekolah tersebut.

Kadangkala persatuan akan menjalankan aktiviti dengan kerjasama sekolah lain. Secara tidak

langsung, sekiranya pelajar menyertai aktiviti ini, pelajar akan dapat menambah

____________________________________________ kenalan dari sekolah lain. Melalui

kenalan yang ramai, para pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan

__________________________________________ sesama mereka, kegiatan kokurikulum

boleh meluaskan pergaulan pelajar dan sekali gus membuktikan kegiatan kokurikulum

kegiatan ini tidak membebankan para pelajar.

Dengan menyertai kegiatan kokurikulum, sifat kepimpinan pelajar dapat dipupuk, jika

para pelajar _____________________________________ dalam persatuan, para pelajar

dapat belajar cara _________________________________________________. Pelajar akan

turut mempelajari cara untuk __________________________________ mesyuarat dan

melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dipelajari. Corak kepimpinan yang berkesan dapat

memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar dan sempurna. Pendedahan sebeini

amat penting untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai ciri-ciri

___________________________________________________________________________

yang berkaliber. Hal sebegini amat penting kerana sifat kepimpinan harus dipupuk lebih awal

agar generasi muda lebih bersedia menggalas tugas mentadbir negara suatu hari nanti. Sudah

ternyata bahawa kegiatan ini tidak membebankan para pelajar kerana kegiatan ini boleh

memupuk _______________________________________________ .

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 153: Modul Penulisan Halustikal

153

Hadirin yang dikasihi,

Setiap pelajar seharusnya menyertai kegiatan kokurikulum kerana penglibatan ini dapat

mengelakkan para pelajar daripada _______________________________________________

_____________________________________ yang tidak berfaedah. Pelajar kini lebih

terdedah kepada _______________________________ yang boleh ____________________

______________________________________akhlak mereka. Bagi pelajar yang bermasalah,

mereka akan menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang ________________________

________________________seperti melepak di pusat beli-belah, membazirkan wang saku,

dan sebagainya. Perkara sebegini bukan sahaja menyebabkan masa mereka

________________________ dengan sia-sia, tetapi juga memungkinkan mereka bergaul

dengan kacang hantu ataupun terjebak dengan lebih serius seperti penagihan dadah, Ibu bapa

harus mendorong anak-anak mereka melibatkan diri dalam bidang kokurikulum

memandangkan perkara ini merupakan cara yang _____________________ membendung

masalah sosial dalam kalangan pelajar di samping memanfaatkan mereka dari semua aspek.

Dengan alasan sebegini, sudah pasti kegiatan ini tidak membebankan para pelajar.

Sudah terang lagi bersuluh, begitulah hujah saya yang menegaskan bahawa

kegiatan kokurikulum tidak harus dianggap sebagai _______________________________,

kerana kegiatan ini mendatangkan banyak ________________________________

kepada para pelajar. Sesungguhnya, kegiatan kokurikulum dapat menjadi

prasyarat untuk kemasukan ke _______________________, menambahkan

______________________________ para pelajar, mendapat ________________ yang

bermanfaat, meningkatkan daya _________________________________________________,

dan mampu mengelakkan _____________________________ pelajar sekolah yang aktif

dalam kegiatan kokurikulum. Kerajaan kita sentiasa mengambil berat tentang masa depan

pelajar yang bakal menjadi ______________________________ negara pada

_________________________________, justeru, menjadi tanggungjawab pelajar untuk

memenuhi harapan dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan pelajar yang

______________________ dan berinovasi dalam kepemimpinan masa hadapan negara yang

gemilang.

Sekian, terima kasih.

MODUL 34

TEMA: TANGGUNGJAWAB IBU BAPA

PANDUAN GURU

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 154: Modul Penulisan Halustikal

154

Contoh Karangan : Kerangka Dan Perenggan Lengkap

Soalan :

Ibu bapa berperanan penting untuk menangani masalah remaja terutamanya anak-anak.

Dalam era kemajuan kini, remaja kian terdedah oleh pelbagai perkara yang membawa

kepada masalah sosial dan sebagainya.

Berikan pendapat anda bagaimanakah ibu bapa berperanan dalam menangani masalah

remaja.

Jawapan:

Pendahuluan : ( salin kembali pernyataan soalan): Jika pernyataan terlalu ringkas, salin

pernyataan, diikuti dengan idea tambahan (sekurang-kurangnya 1 ayat)

Dalam era kemajuan kini, remaja kian terdedah oleh pelbagai perkara yang

membawa kepada masalah sosial. Remaja hari ini menempuh suatu era perkembangan

teknologi yang pesat dan perubahan cara hidup moden. Jika tidak dikawal oleh ibu bapa,

remaja yang tidak kuat benteng pendirian dan keimanan mudah terjebak dalam pelbagai

gejala sosial. Oleh itu, ibu bapa berperanan dalam menangani masalah remaja agar mereka

tidak tergelincir ke jalan yang salah.

(66 patah perkataan)

Isi 1

Ayat isi : Berperanan mendidik anak-anak dengan sempurna.

Ayat huraian : Apakah contoh peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

mereka?

Ayat huraian / contoh : Bagaimanakah ibu bapa dapat melaksanakan peranan mereka?

Ayat kesan : Apakah kesan pelaksanaan tersebut?

Ayat kesimpulan : 1 ayat

Ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak dengan sempurna dari segi ilmu

dunia mahupun akhirat. Ibu bapa perlu bijak dalam melayani karenah setiap anak mereka.

Hal ini dapat dilaksanakan dengan bantuan khidmat nasihat daripada pakar-pakar motivasi,

selalu mendengar ceramah motivasi untuk membaiki kemahiran keibubapaan dan

sebagainya. Kesannya, anak-anak lebih mudah mendengar nasihat dan meluahkan

masalah mereka, lebih menghormati dan mendengar cakap ibu bapa mereka. Anak-anak

perlu diberikan didikan agama sebagai benteng untuk menempuh kehidupan yang serba

mencabar ini.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 155: Modul Penulisan Halustikal

155

(77 patah perkataan)

Isi 2

Ayat isi : Menunjukkan contoh teladan yang baik

Ayat huraian : Mengapakah ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang

baik?

Ayat contoh : Apakah contoh teladan yang baik daripada ibu bapa?

Ayat kesan : Apakah kesan negatif jika kemahiran komunikasi ini tidak wujud

dalam keluarga?

Ayat kesimpulan : 1 ayat

Ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak

supaya mereka lebih mendengar kata. Antara contoh teladan yang baik ialah hubungan

komunikasi dua hala antara suami isteri perlu dijaga dengan baik. Kelemahan dalam

kemahiran komunikasi dan interaksi dalam keluarga menyebabkan wujudnya suasana

tegang sesama ahli keluarga. Oleh itu, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik

agar mereka dapat menjadi ikon dalam kehidupan anak mereka.

(64 patah perkataan)

Isi 3

Ayat isi : Memberikan perhatian yang sewajarnya

Ayat huraian / contoh : Apakah contoh perhatian yang wajar diberikan oleh ibu bapa?

Ayat kesan : Apakah kesan jika ibu bapa memberikan perhatian yang

sewajarnya kepada anak-anak?

Ayat kesimpulan : 1 ayat

Ibu bapa juga perlu memberikan perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak.

Antara perhatian yang wajar diberikan oleh ibu bapa adalah memberikan perhatian dan kasih

sayang yang seimbang supaya anak-anak boleh meluahkan perasaan mereka. Kesannya,

perkembangan emosi dan pemikiran remaja dapat diawasi seterusnya dapat mengelakkan

mereka daripada terpengaruh oleh perlakuan rakan sebaya. Justeru, ibu bapa perlu menjadi

pendengar dan pembimbing yang baik agar anak-anak tidak perlu mencari alternatif lain

untuk menghilangkan tekanan.

(70 patah perkataan)

Isi 4

Ayat isi : Keperluan fizikal anak-anak turut dipenuhi

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 156: Modul Penulisan Halustikal

156

Ayat huraian : Apakah contoh keperluan fizikal anak-anak?

Ayat kesan : Apakah kesan jika ibu bapa memenuhi keperluan fizikal anak-

anaknya?

Ayat kesimpulan : 1 ayat

Ibu bapa perlulah berusaha agar keperluan fizikal anak-anak turut dipenuhi.

Keperluan fizikal anak-anak perlu dijaga dengan rapi seperti makanan, pakaian, buku-buku

pelajaran dan sebagainya. Kesannya, anak-anak sentiasa berasa selesa tinggal di rumah

dan tidak mencari tempat lain untuk berhibur. Tuntasnya, ibu bapa mestilah mengutamakan

keperluan fizikal anak-anak agar masa depan mereka terjamin.

(51 patah perkataan)

Penutup

1.Beri cadangan

2.Beri harapan

3.Peribahasa

Kesimpulannya, ibu bapa perlulah mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran

mendidik anak-anak pada zaman ini. Jangan sampai ibu bapa terasing daripada kehidupan

anak-anak sehingga mereka tidak tahu-menahu tentang apa-apa yang berlaku dalam hidup

anak remaja mereka bak kata pepatah sudah terhantuk baru hendak terngadah.

(43 patah perkataan)

● Jumlah perkataan keseluruhan : 371 patah perkataan

MODUL LATIHAN MURID

Latihan Melengkapkan Karangan

Soalan :

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 157: Modul Penulisan Halustikal

157

Ibu bapa berperanan penting untuk menangani masalah remaja terutamanya anak-anak.

Dalam era kemajuan kini, remaja kian terdedah oleh pelbagai perkara yang membawa

kepada masalah sosial dan sebagainya.

Berikan pendapat anda bagaimanakah ibu bapa berperanan dalam menangani masalah

remaja.

Jawapan :

Dalam era kemajuan kini, remaja kian terdedah oleh pelbagai perkara yang

membawa kepada masalah sosial. Remaja hari ini menempuh suatu era perkembangan

teknologi yang pesat dan perubahan cara hidup moden. Jika tidak dikawal oleh ibu bapa,

remaja yang tidak kuat benteng pendirian dan keimanan mudah terjebak dalam pelbagai

gejala sosial. Oleh itu, ibu bapa berperanan dalam menangani masalah remaja agar mereka

tidak tergelincir ke jalan yang salah.

Ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak dengan sempurna dari segi ilmu

dunia mahupun akhirat. Ibu bapa________________________________________. Hal ini

dapat dilaksanakan dengan___________________________________________.

Kesannya,______________________________________________________________.

Anak-anak perlu diberikan didikan agama sebagai benteng untuk menempuh kehidupan

yang serba mencabar ini.

Ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak

supaya________________________________________________________________.

Antara contoh teladan yang baik ialah________________________________________.

Kelemahan dalam kemahiran komunikasi dan interaksi dalam keluarga

menyebabkan___________________________________________________________.

Oleh itu, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik agar mereka dapat menjadi ikon

dalam kehidupan anak mereka.

Ibu bapa juga perlu memberikan perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak.

Antara perhatian yang wajar diberikan oleh ibu bapa adalah_______________________

___________________________supaya anak-anak boleh meluahkan perasaan mereka.

Kesannya, ______________________________________________seterusnya dapat

mengelakkan mereka daripada terpengaruh oleh perlakuan rakan sebaya. Justeru, ibu bapa

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 158: Modul Penulisan Halustikal

158

perlu menjadi pendengar dan pembimbing yang baik agar anak-anak tidak perlu mencari

alternatif lain untuk menghilangkan tekanan.

Ibu bapa perlulah berusaha agar keperluan fizikal anak-anak turut dipenuhi.

Keperluan fizikal anak-anak perlu dijaga dengan rapi

seperti_________________________________________________________________.

Kesannya,__________________________.___________________________Tuntasnya, ibu

bapa mestilah mengutamakan keperluan fizikal anak-anak agar masa depan mereka

terjamin.

Kesimpulannya, ibu bapa perlulah _________________________________bagi

menghadapi cabaran mendidik anak-anak pada zaman ini. Jangan sampai ibu bapa

terasing daripada __________________________________sehingga mereka tidak tahu-

menahu tentang apa-apa yang berlaku dalam hidup anak remaja mereka bak kata pepatah

_______________________________________________________________.

MODUL 35

TEMA: DISIPLIN PELAJAR

PANDUAN GURU

Contoh Karangan : Kerangka dan Perenggan Lengkap

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 159: Modul Penulisan Halustikal

159

Soalan :

Masalah disiplin sekolah di sekolah semakin serius kini. Kegiatan merokok, bergaduh, peras ugut dan vandalisme kian berleluasa. Masalah ini perlu ditangani agar tidak terus menular sehingga mengancam keselamatan di sekolah. Beri pendapat anda tentang langkah – langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini.Tulis pendapat anda selengkapnya.

Jawapan:

Pendahuluan : ( Salin kembali pernyataan soalan ) : Jika pernyataan terlalu ringkas, salin pernyataan, diikuti dengan idea tambahan ( sekurang – kurangnya satu ayat ) kemudian tutup dengan kehendak tugasan.

Masalah disiplin sekolah semakin serius kini. Kegiatan merokok, bergaduh, peras ugut dan vandalisme kian berleluasa. Masalah ini perlu ditangani agar tidak terus menular sehingga boleh mengancam keselamatan di sekolah. Hal ini demikian kerana murid – murid akan berasa tidak selamat apabila berada di sekolah. Oleh itu terdapat beberapa langkah boleh oleh pelbagai pihak untuk mengatasi masalah ini. ( 52 patah perkataan )Isi 1Ayat isi : Hukuman rotan dilaksanakan di sekolahHuraian : Sesetengah murid berkelakuan seperti samseng dan tidak memperdulikan nasihat guru. Bagi golongan pelajar ini, merotan akan mendatangkan kesan kerana me – Rotan akan menyebabkan kesakitan. Pelajar itu juga akan berasa malu dan takut.

Contoh : Merotan pelajar tersebut semasa perhimpunan mingguan sekolah. Minta ibu bapa atau penjaga pelajar berkenaan hadir ke sekolah untuk me- laksanakan hukuman rotan itu atau menyaksikannya.

Langkah pertama bagi mengatasi masalah ini ialah dengan melaksanakan hukuman rotan di sekolah. Hukuman ini boleh dilaksanakan semasa perhimpunan harian ataupun ketika perhimpunan mingguan. Tindakan ini perlu kerana ada sesetengah pelajar yang berperangai seperti seorang samseng dan tidak takut atau mengikuti arahan guru. Hukuman rotan sudah pasti akan mendatangkan kesan kerana menyebabkan rasa sakit. Pelajar juga akan berasa malu dan takut untuk mengulangi kesalahan yang sama. Sebagai contohnya,hukuman tersebut boleh dilaksanakan semasa perhimpunan dan dilaksanakan oleh ibu bapa atau penjaga mereka sendiri. Ibu bapa penjaga juga boleh menjasi saksi hukuman tersebut.

( 89 patah perkataan ) Isi 2Ayat isi : Didikan agama dan moral juga pentingHuraian : Ibu bapa harus memberikan didikan agama kepada anak – anak dengan harapan anak – anak akan menjadi insan yang beriman. Mereka dapat membezakan perlakuan yang baik dengan yang buruk. Mereka juga berupaya untuk mengawal nafsu remaja dan mementingkan maruah diri. Mereka tidak akan melibatkan diri dalam gangsterisme.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 160: Modul Penulisan Halustikal

160

Contoh : Dapat bertindak dengan bijak Sentiasa ingat untuk menjaga nama baik diri dan keluarga Sedar akan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar

Langkah yang kedua bagi mengatasi masalah ini ialah memberikan pendidikan agama atau pendidikan moral kepada anak – anak. Pepatah ada mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semasa usia beginilah anak – anak harus diberi didikan agama yang sempurna dengan harapan apabila dewasa kelak mereka akan menjadi anak yang beriman. Dengan ini, mereka akan mampu membezakan mana perlakuan yang baik dan mana perlakuan yang salah atau tidak baik. Mereka juga mampu mengawal nafsu remaja mereka dan akan mengutamakan maruah mereka. Seterusnya mereka tidak akan melibatkan diri dalam kegiatan gangsterisme. Sebagai contohnya murid – murid yang ada latar belakang agama yang baik akan bertindak dengan baik juga kerana mereka sentiasa ingat akan nama baik diri dan keluarga. Mereka juga sedar akan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar. ( 116 patah perkataan )

ISI 3

Ayat isi : Ibu bapa harus mengawal anak – anak mereka

Huraian : Mereka harus meluangkan masa bersama – sama anak mereka. Mereka perlu membantu menyelesaikan masalah anak – anak. Tindak – tanduk anak – anak di luar harus diawasi.

Contoh : Melakukan aktiviti keluarga bersama – sama anak – anak Mengenali rakan anak – anak. Memastikan anak –anak tidak bergaul dengan rakan – rakan yang buruk perangainya.

Langkah yang terakhir ialah ibu bapa harus mengawal pergaulan anak – anak mereka di luar rumah. Hal ini demikian kerana pengaruh kawan – kawan yang salah boleh mempengaruhi perlakuan anak – anak di sekolah. Untuk itu, ibu bapa seharusnya dapat meluangkan masa bersama anak – anak mereka. Ibu bapa juga mesti membantu menyelesaikan sebarang masalah anak – anak agar mereka tidak mengadukankepada rakan sebaya mereka. Seterusnya tindak tanduk anak – anak mereka di luar harus dipantau. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh bersama – sama anak mereka berjoging di taman rekreasi pada hujung minggu dan sambil itu boleh bertanyakan siapa rakan karib anak mereka. Tujuannya ialah untuk mengenali siapa rakan – rakan mereka dan boleh mempastikan anak – anak mereka tidak bergaul dengan rakan – rakan yang buruk peranginya. ( 93 patah perkataan )

Penutup :1. Mulakan dengan peribahasa : sudah terang lagi bersuluh + kehendak tugasan.2. Nyatakan semua isi yang telah diberi.3. Beri cadangan.4. Beri harapan.

Sudah terang lagi bersuluh, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah. Antaranya ialah melaksanakan hukuman rotan di sekolah, memberikan pendidikan

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 161: Modul Penulisan Halustikal

161

agama dan moral kepada anak – anak, dan mengawal anak – anak mereka. Sebagai ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin, kita hendaklah bekerjasama dengan pihak sekolah mengatasi masalah disiplin di sekolah. Hal ini demikian supaya sekolah menjadi lebih kondusif sebagai tempat menimba ilmu. ( 58 patah perkataan )

Jumlah perkataan keseluruhan : 401 patah perkataan.

MODUL LATIHAN MURID

Latihan Melengkapkan Karangan

Soalan :

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 162: Modul Penulisan Halustikal

162

Masalah disiplin sekolah di sekolah semakin serius kini. Kegiatan merokok, bergaduh, peras ugut dan vandalisme kian berleluasa. Masalah ini perlu ditangani agar tidak terus menular sehingga mengancam keselamatan di sekolah. Beri pendapat anda tentang langkah – langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini.Tulis pendapat anda selengkapnya.

Jawapan:

Masalah disiplin sekolah semakin serius kini. Kegiatan merokok, bergaduh, peras ugut dan vandalisme kian berleluasa. Masalah ini perlu ditangani agar tidak terus menular sehingga boleh mengancam keselamatan di sekolah. Hal ini demikian kerana murid – murid akan berasa tidak selamat apabila berada di sekolah. Oleh itu terdapat beberapa langkah boleh oleh pelbagai pihak untuk mengatasi masalah ini

Langkah pertama bagi mengatasi masalah ini ialah dengan melaksanakan hukuman rotan di sekolah. Hukuman ini boleh dilaksanakan semasa ___________ ataupun ketika_____________. Tindakan ini perlu kerana ada sesetengah pelajar yang berperangai seperti seorang samseng dan tidak takut atau mengikuti arahan guru. Hukuman rotan sudah pasti akan mendatangkan kesan kerana______________________. Pelajar juga akan berasa malu dan takut untuk mengulangi kesalahan yang sama. Sebagai contohnya,hukuman tersebut boleh dilaksanakan semasa perhimpunan dan dilaksanakan oleh ibu bapa atau penjaga mereka sendiri. Ibu bapa penjaga juga boleh menjasi saksi hukuman tersebut.

Langkah yang kedua bagi mengatasi masalah ini ialah memberikan pendidikan agama atau pendidikan moral kepada anak – anak. Pepatah ada mengatakan bahawa__________________________________________. Semasa usia beginilah anak – anak harus diberi didikan agama yang sempurna dengan harapan apabila dewasa kelak mereka akan menjadi anak yang beriman. Dengan ini, mereka akan mampu membezakan mana perlakuan yang baik dan mana perlakuan yang salah atau tidak baik. Mereka juga mampu mengawal nafsu remaja mereka dan akan mengutamakan maruah mereka. Seterusnya mereka tidak akan melibatkan diri dalam kegiatan gangsterisme. Sebagai contohnya murid – murid yang ada latar belakang agama yang baik akan bertindak dengan baik juga kerana mereka sentiasa ingat akan nama baik diri dan keluarga. Mereka juga sedar akan tanggungjawab sebagai___________________________________________.

Langkah yang terakhir ialah ibu bapa harus mengawal pergaulan anak – anak mereka di luar rumah. Hal ini demikian kerana pengaruh kawan – kawan yang salah boleh_______________________________________. Untuk itu, ibu bapa seharusnya dapat meluangkan masa bersama anak – anak mereka. Ibu bapa juga mesti membantu menyelesaikan sebarang masalah anak – anak agar mereka tidak mengadukankepada rakan sebaya mereka. Seterusnya tindak tanduk anak – anak mereka di luar harus dipantau. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh bersama – sama anak mereka berjoging di taman rekreasi pada hujung minggu dan sambil itu boleh bertanyakan siapa rakan karib anak mereka. Tujuannya ialah untuk mengenali siapa rakan – rakan mereka dan boleh mempastikan anak – anak mereka tidak bergaul dengan__________________________________________.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 163: Modul Penulisan Halustikal

163

Sudah terang lagi bersuluh, terdapat_________________________________________. Antaranya ialah melaksanakan hukuman rotan di sekolah, memberikan pendidikan agama dan moral kepada anak – anak, dan mengawal anak – anak mereka. Sebagai ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin, kita hendaklah bekerjasama dengan pihak sekolah mengatasi________________________. Hal ini demikian supaya sekolah menjadi lebih kondusif sebagai tempat menimba ilmu.

MODUL 36

TEMA: AMALAN GOTONG-ROYONG

PANDUAN GURU

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 164: Modul Penulisan Halustikal

164

Contoh karangan: Kerangka dan Perenggan LengkapSoalan:Amalan gotong-royong merupakan amalan masyarakat di negara ini yang mengutamakan semangat bekerjasama antara satu sama lain. Amalan ini dilakukan secara bersamaa-sama bukan untuk mendapatkan upah. Amalan gotong-royong ini masih banyak dilakukan di kampung-kampung dan kurang diamalkan oleh penduduk di bandar.Sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, jelaskan kebaikan amalan gotong-royong.Jawapan:Pendahuluan: (Salin kembali pernyataan soalan) Amalan gotong-royong merupakan amalan masyarakat di negara ini yang mengutamakan semangat bekerjasama antara satu sama lain. Amalan ini dilakukan secara bersamaa-sama bukan untuk mendapatkan upah. Amalan gotong-royong ini masih banyak dilakukan di kampung-kampung dan kurang diamalkan oleh penduduk di bandar.Amalan gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di negara kita. Sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab dapat dinyatakan dan dijelaskan beberapa kebaikan amalan gotong-royong.( 65 patah perkataan )Isi 1 : Dapat memudahkan kerjaAyat huraian / contoh : Berikan contoh aktiviti yang dilakukan secara gotong-royongAyat kesimpulan : Penegasan tentang kebaikan amalan gotong-royong

Kebaikan pertama amalan gotong-royong adalah dapat memudahkan kerja. Kerja yang berat, kalau dilakukan bersama-sama, pastinya akan menjadi lebih mudah. Contohnya di kampung, majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong. Sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung aktiviti gotong-royong yang dinamakan ‘rewang’ diadakan.Penduduk kampung akan datang beramai-ramai bagi membantu memasang khemah dan memasak untuk majlis perkahwinan yang diadakan.Intihanya, amalan gotong-royong begini pastinya akan memudahkan kerja-kerja yang dilakukan . ( 67 patah perkataan )Isi 2 : Dapat menjimatkan masa dan tenagaAyat huraian/contoh : Bagaimana aktiviti gotong-royong dapat menjimatkan masa dan tenagaAyat kesimpulan : Apakah faedah gotong-royong kepada mereka?

Kebaikan kedua amalan gotong-royong adalah dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kerja yang dilakukan akan mengambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong. Contohnya jika kerja membersihkan dan menceriakan sesuatu kawasan sekolah dilakukan oleh seorang sahaja, masa yang diperlukan mungkin selama beberapa hari. Namun demikian, jika tugasan itu dilakukan secara gotong-royong masa yang diperlukan hanyalah satu hari sahaja.Oleh itu, jelaslah bahawa amalan gotong-royong membolehkan kerja yang kita lakukan akan cepat siap dan secara tidak langsung dapat menjimatkan masa serta tenaga. (80 patah perkataan )Isi 3 Ayat isi : Dapat mewujudkan perpaduan kaumAyat huraian / contoh : Bagaimana aktiviti gotong-royong dapat mewujudkan perpaduan kaum. Apakah contoh aktiviti yang dapat mewujudkan perpaduan kaumAyat kesimpulan : Apakah kesan amalan gotong-royong

Kebaikan amalan gotong-royong yang seterusnya adalah dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting dalam kalangan masyarakat di negara ini yang terdiri

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 165: Modul Penulisan Halustikal

165

daripada pelbagai kaum dan agama.Contohnya, dengan mangadakan gotong-royong bagi menjayakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau tidak langsung.Jelaslah, amalan gotong-royong ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.Masyarakat yang bersatu padu dan suasana aman membolehkan negara kita menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. (76 patah perkataan)Penutup:

1. Masukkan pepatah :’berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’2. Cadangkan agar masyarakat bandar melakukan gotong-royong3. Berikan penekanan kebaikan gotong-royong

Kesimpulannya, amalan gotong-royong memang membawa banyak kebaikan kepada masyarakat.Pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’, amat sesuai diamalkan oleh masyarakat di negara ini sama ada di bandar atau di kampung-kampung. Masyarakat bandar khususnya patut kembali mengamalkan budaya gotong-royong dan menjauhi sikap individualistik.Sesungguhnya kejayaan amalan gotong-royong memerlukan kerjasama daripada semua lapisan masyarakat. Marilah kita mengamalkan budaya gotong-royong demi kebaikan masyarakat dan negara. (58 patah perkataan)

MODUL LATIHAN MURIDLatihan Melengkapkan Karangan Soalan:

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 166: Modul Penulisan Halustikal

166

Amalan gotong-royong merupakan amalan masyarakat di negara ini yang mengutamakan

semangat bekerjasama antara satu sama lain. Amalan ini dilakukan secara bersamaa-sama

bukan untuk mendapatkan upah. Amalan gotong-royong ini masih banyak dilakukan di

kampung-kampung dan kurang diamalkan oleh penduduk di bandar.

Sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, jelaskan kebaikan amalan gotong-

royong.

Jawapan:

Pendahuluan: (Salin kembali pernyataan soalan)

Amalan gotong-royong merupakan amalan masyarakat di negara ini yang

mengutamakan semangat bekerjasama antara satu sama lain. Amalan ini dilakukan secara

bersamaa-sama bukan untuk mendapatkan upah. Amalan gotong-royong ini masih banyak

dilakukan di kampung-kampung dan kurang diamalkan oleh penduduk di bandar.Amalan

gotong-royong ini perlu dihidupkan ______________________________________di negara

kita. Sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab dapat dinyatakan dan dijelaskan

beberapa kebaikan amalan gotong-royong.( 65 patah perkataan )

Kebaikan pertama amalan gotong-royong adalah dapat memudahkan kerja. Kerja yang

berat, kalau dilakukan bersama-sama, pastinya ______________________________.

Contohnya di kampung, majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dibuat secara gotong-

royong. Sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung aktiviti gotong-royong yang

dinamakan ‘rewang’ diadakan.Penduduk kampung akan ___________________________

bagi membantu memasang khemah dan memasak untuk majlis perkahwinan yang

diadakan.Intihanya, amalan gotong-royong begini pastinya akan memudahkan kerja-kerja

yang dilakukan . ( 67 patah perkataan )

Kebaikan kedua amalan gotong-royong adalah dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Kerja yang dilakukan akan __________________________________ jika dilakukan secara

gotong-royong. Contohnya jika kerja membersihkan dan menceriakan sesuatu kawasan

sekolah dilakukan oleh seorang sahaja, masa yang diperlukan mungkin selama beberapa hari.

Namun demikian, jika ______________________________________________ masa yang

diperlukan hanyalah satu hari sahaja.Oleh itu, jelaslah bahawa amalan gotong-royong

membolehkan kerja yang kita lakukan akan cepat siap dan secara tidak langsung dapat

menjimatkan masa serta tenaga. (80 patah perkataan )

Kebaikan amalan gotong-royong yang seterusnya adalah dapat mewujudkan perpaduan

kaum. Perpaduan kaum _________________________________________________ yang

terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Contohnya, dengan mangadakan gotong-royong

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 167: Modul Penulisan Halustikal

167

bagi menjayakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan, ________________________

akan terjalin secara langsung atau tidak langsung.Jelaslah, amalan gotong-royong ini adalah

selari dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.Masyarakat

yang bersatu padu dan suasana aman membolehkan negara kita menjadi sebuah negara maju

pada tahun 2020. (76 patah perkataan)

Kesimpulannya, amalan gotong-royong memang membawa

_______________________________________________.Pepatah ‘berat sama dipikul,

ringan sama dijinjing’, amat sesuai diamalkan oleh masyarakat di negara ini sama ada di

bandar atau di kampung-kampung. Masyarakat bandar khususnya patut kembali

mengamalkan budaya gotong-royong dan menjauhi sikap individualistik.Sesungguhnya

kejayaan amalan gotong-royong memerlukan kerjasama

________________________________________________. Marilah kita mengamalkan

budaya gotong-royong demi kebaikan masyarakat dan negara. (58 patah perkataan)

MODUL 37

TEMA: PENAGIHAN DADAH

PANDUAN GURU

Contoh Karangan : Kerangka dan Perenggan Lengkap

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 168: Modul Penulisan Halustikal

168

Soalan :Dadah ialah pembunuh nombor satu negara. Bahan terlarang ini menimbulkan banyak kesan negatif kepada negara, namun masalah penggunaan dadah dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat malah pada satu tahap yang membimbangkan. Pelbagai langkah telah diambil untuk memastikan masalah ini dapat diatasi demi kemajuan negara. Bincangkan langkah-langkah bagi menangani permasalahan penggunaan dadah dalam kalangan rakyat Malaysia.

Jawapan :PENDAHULUAN

Ayat satu : Berikan definisi dadah.Ayat dua : Isu semasa tentang permasalahan dadah pada masa sekarang.Ayat tiga : Kata kunci utama dalam soalan.Ayat empat : Saranan untuk menyeru semua menjalankan isi yang terdapat dalam kata kunci.Dadah ialah sejenis bahan yang boleh mendatangkan kesan-kesan mudarat apabila diambil secara berlebihan tanpa nasihat doktor. Masalah penggunaan dadah dalam kalangan rakyat Malaysia semakin membimbangkan. Hakikatnya, banyak cara yang boleh dilakukan agar masalah ini dapat dibanteras. Marilah kita bersama-sama membincangkan langkah-langkah bagi menangani permasalahan penggunaan dadah dalam kalangan rakyat Malaysia. (50 patah perkataan)

ISI SATU – HAPUSKAN TABIAT MEROKOKAyat isi : Menghapuskan amalan merokok dalam kalangan rakyat Malaysia.

( 1 ayat )Ayat huraian/mengapa : Sebab utama penglibatan remaja dalam permasalah dadah. ( 1 ayat )Ayat huraian/bagaimana : Permulaan penglibatan dalam masalah dadah. ( 1 ayat )Ayat huraian/bagaimana : Permulaan penglibatan dalam masalah dadah. ( 1 ayat )Ayat kesan : Kesan positif apabila langkah tersebut dilaksanakan. ( 1 ayat ) Ayat kesimpulan : Pengukuhan pada isu penyataan. ( 1 ayat )

Antara langkah untuk menangani permasalahan penggunaan dadah ialah kita mesti menghapuskan tabiat merokok dalam kalangan rakyat Malaysia. Kerajaan harus mengharamkan penjualan rokok kerana semua penagih dadah bermula sebagai perokok. Pada masa sekarang, pelajar sekolah rendah sudah mula merokok kerana rokok banyak dijual mudah dibeli. Hal ini amat membimbangkan kerana kita takut pelajar-pelajar ini akan mencuba najis dadah. Oleh sebab itu, langkah drastik ini perlu dilaksanakan supaya bilangan penagih di negara kita dapat dikurangkan. Tegasnya, masalah tersebut dapat kita atasi dengan melaksanakan langkah pengharaman penjualan rokok kepada rakyat Malaysia. (89 patah perkataan)

ISI DUA – MENGGUBAL DAN MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANGAyat isi : Menggubal dan menguatkuasakan undang-undang yang ketat.

(1 ayat)Ayat huraian/mengapa : Sebab penguatkuasaan undang-undang dapat mengawal masyarakat dari terjerumus dalam permasalahan dadah. ( 1 ayat )Ayat huraian/bagaimana : Hukuman yang diterima sekiranya melanggar undang-undang.

(1 ayat)Ayat huraian/ bagaimana: Pesalah yang dikenakan hukuman menjadi pengajaran kepada masyarakat. ( 1 ayat )

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 169: Modul Penulisan Halustikal

169

Ayat kesan : Kesan positif apabila langkah tersebut dilaksanakan. ( 1 ayat ) Ayat kesimpulan : Pengukuhan pada isu penyataan. ( 1 ayat ) Selain itu, kerajaan harus menggubal dan menguatkuasakan undang-undang yang ketat untuk membanteras masalah ini. Hal ini sedemikian kerana undang-undang yang ketat dapat mengawal masyarakat daripada terjerumus dalam permasalahan dadah. Pesalah yang terlibat perlu diberi hukuman yang berat contohnya penjara seumur hidup atau gantung sampai mati. Hal ini menyebabkan masyarakat akan takut dengan hukuman yang akan dikenakan jika mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Hukuman yang dikenakan kepada pesalah-pesalah akan menjadi teladan kepada mereka yang mula melibatkan diri dengan dadah. Oleh yang demikian undang-undang yang ketat boleh mengawal permasalahan dadah yang kian meruncing di negara kita. ( 93 patah perkataan )

ISI TIGA -MEMUTUSKAN BEKALAN DADAHAyat isi : Memutuskan bekalan dadah. ( 1 ayat )Ayat huraian/mengapa : Sebab perlu memutuskan bekalan. ( 1 ayat )Ayat huraian/bagaimana : Cara untuk memutuskan bekalan dadah. ( 1 ayat )Ayat huraian/ bagaimana: Cara untuk memutuskan bekalan dadah. ( 1 ayat ) Ayat kesan : Kesan positif apabila cara tersebut dilaksanakan. ( 1 ayat )Ayat kesimpulan : Pengukuhan pada isu pernyataan. ( 1 ayat ) Seterusnya kerajaan dapat menghapuskan masalah ini dengan memutuskan bekalan dadah. Hal ini kerana, bekalan dadah yang mudah didapati menyebabkan rakyat Malaysia terlibat dalam masalah ini. Pihak berkuasa mesti bekerjasama mengawal pintu-pintu masuk ke negara kita supaya dadah tidak dapat dibawa masuk. Pelancong dari luar negara juga perlu diperiksa dengan teliti semasa mereka sampai di lapangan terbang untuk memastikan mereka tidak membawa dadah masuk ke negara ini. Jika tiada bekalan dadah, masalah penagihan dadah dalam kalangan rakyat Malaysia dapat diatasi. Tegasnya, langkah ini amat berkesan untuk membanteras masalah penggunaan dadah. ( 86 patah perkataan )

PENUTUP1. Mulakan dengan peribahasa : sudah terang lagi bersuluh + kehendak tugasan2. Nyatakan semua isi yang telah diberi.3. Beri cadangan.4. Beri harapan.

Sudah terang lagi bersuluh, terdapat beberapa langkah bagi menangani permasalahan penggunaan dadah dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara langkahnya adalah menghapuskan tabiat merokok, menggubal dan menguatkuasakan undang-undang dan memutuskan bekalan dadah. Semua rakyat Malaysia harus bekerjasama membantu golongan penagih ini supaya tidak terus terlibat dalam gejala ini lagi. Semoga negara Malaysia akan bebas daripada najis dadah dan terus menjadi negara maju. ( 60 patah perkataan )

Jumlah perkataan keseluruhan : 378 patah perkataan

MODUL LATIHAN MURID

Latihan Melengkapkan Karangan

Soalan :

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 170: Modul Penulisan Halustikal

170

Dadah ialah pembunuh nombor satu negara. Bahan terlarang ini menimbulkan banyak

kesan negatif kepada negara, namun masalah penggunaan dadah dalam kalangan

rakyat Malaysia semakin meningkat malah pada satu tahap yang membimbangkan.

Pelbagai langkah telah diambil untuk memastikan masalah ini dapat diatasi demi

kemajuan negara. Bincangkan langkah-langkah bagi menangani permasalahan

penggunaan dadah dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dadah ialah sejenis bahan yang boleh mendatangkan kesan-kesan mudarat apabila

diambil secara berlebihan tanpa nasihat doktor. Masalah penggunaan dadah dalam kalangan

rakyat Malaysia semakin membimbangkan. Hakikatnya, banyak cara yang boleh dilakukan

agar masalah ini dapat dibanteras. Marilah kita bersama-sama membincangkan

__________________________________________________________________________.

Antara langkah untuk menangani permasalahan penggunaan dadah ialah kita mesti

menghapuskan tabiat merokok dalam kalangan rakyat Malaysia. Kerajaan ___________

____________________________________________________________________. Pada

masa sekarang, pelajar sekolah rendah _________________________________________

__________________________________________________. Hal ini amat membimbangkan

kerana __________________________________________________. Oleh sebab itu,

langkah drastik ini perlu dilaksanakan supaya bilangan penagih di negara kita dapat

dikurangkan. Tegasnya, masalah tersebut dapat kita atasi dengan melaksanakan langkah

pengharaman penjualan rokok kepada rakyat Malaysia.

Selain itu, kerajaan harus menggubal dan menguatkuasakan undang-undang yang ketat

untuk membanteras masalah ini. Hal ini sedemikian kerana _________________

_______________________________________________________________. Pesalah yang

terlibat perlu dberi hukuman yang berat contohnya ________________________________

______________. Hal ini menyebabkan masyarakat akan takut dengan hukuman yang akan

dikenakan jika mereka terlibat dengan penyalahgunaan

dadah______________________________________________________________________

_______________________. Oleh yang demikian undang-undang yang ketat boleh

mengawal permasalahan dadah yang kian meruncing di negara kita.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 171: Modul Penulisan Halustikal

171

Seterusnya kerajaan dapat menghapuskan masalah ini dengan memutuskan bekalan

dadah. Hal ini kerana, _______________________________________________________

________________. Pihak berkuasa mesti bekerjasama mengawal pintu-pintu masuk ke

negara kita supaya dadah tidak dapat dibawa masuk. _____________________________

___________________________________________________________________________

_____________________. Jika tiada bekalan dadah, masalah penagihan dadah dalam

kalangan rakyat Malaysia dapat diatasi. Tegasnya, langkah ini amat berkesan untuk

membanteras masalah penggunaan dadah.

Sudah terang lagi bersuluh,___________________________________________

_________________________. Antara langkahnya adalah menghapuskan tabiat merokok,

menggubal dan menguatkuasakan undang-undang dan memutuskan bekalan dadah.

__________________________________________________________________________

________________. Semoga negara Malaysia akan bebas daripada najis dadah dan terus

menjadi negara maju.

CONTOH KARANGAN LENGKAP

Soalan :

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 172: Modul Penulisan Halustikal

172

Dadah ialah pembunuh nombor satu negara. Bahan terlarang ini menimbulkan banyak

kesan negatif kepada negara, namun masalah penggunaan dadah dalam kalangan

rakyat Malaysia semakin meningkat malah pada satu tahap yang membimbangkan.

Pelbagai langkah telah diambil untuk memastikan masalah ini dapat diatasi demi

kemajuan negara. Bincangkan langkah-langkah bagi menangani permasalahan

penggunaan dadah dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dadah ialah sejenis bahan yang boleh mendatangkan kesan-kesan mudarat apabila

diambil secara berlebihan tanpa nasihat doktor. Masalah penggunaan dadah dalam kalangan

rakyat Malaysia semakin membimbangkan. Hakikatnya, banyak cara yang boleh dilakukan

agar masalah ini dapat dibanteras. Marilah kita bersama-sama membincangkan langkah-

langkah bagi menangani permasalahan penggunaan dadah dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara langkah untuk menangani permasalahan penggunaan dadah ialah kita mesti

menghapuskan tabiat merokok dalam kalangan rakyat Malaysia. Kerajaan harus

mengharamkan penjualan rokok kerana semua penagih dadah bermula sebagai perokok. Pada

masa sekarang, pelajar sekolah rendah sudah mula merokok kerana rokok banyak dijual

mudah dibeli. Hal ini amat membimbangkan kerana kita takut pelajar-pelajar ini akan

mencuba najis dadah. Oleh sebab itu, langkah drastik ini perlu dilaksanakan supaya bilangan

penagih di negara kita dapat dikurangkan. Tegasnya, masalah tersebut dapat kita atasi dengan

melaksanakan langkah pengharaman penjualan rokok kepada rakyat Malaysia.

Selain itu, kerajaan harus menggubal dan menguatkuasakan undang-undang yang ketat

untuk membanteras masalah ini. Hal ini sedemikian kerana undang-undang yang ketat dapat

mengawal masyarakat daripada terjerumus dalam permasalahan dadah. Pesalah yang terlibat

perlu dberi hukuman yang berat contohnya penjara seumur hidup atau gantung sampai mati.

Hal ini menyebabkan masyarakat akan takut dengan hukuman yang akan dikenakan jika

mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Hukuman yang dikenakan kepada pesalah-

pesalah akan menjadi teladan kepada mereka yang mula melibatkan diri dengan dadah. Oleh

yang demikian undang-undang yang ketat boleh mengawal permasalahan dadah yang kian

meruncing di negara kita.

Seterusnya kerajaan dapat menghapuskan masalah ini dengan memutuskan bekalan

dadah. Hal ini kerana, bekalan dadah yang mudah didapati menyebabkan rakyat Malaysia

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 173: Modul Penulisan Halustikal

173

terlibat dalam masalah ini. Pihak berkuasa mesti bekerjasama mengawal pintu-pintu masuk

ke negara kita supaya dadah tidak dapat dibawa masuk. Pelancong dari luar negara juga perlu

diperiksa dengan teliti semasa mereka sampai di lapangan terbang untuk memastikan mereka

tidak membawa dadah masuk ke negara ini. Jika tiada bekalan dadah, masalah penagihan

dadah dalam kalangan rakyat Malaysia dapat diatasi. Tegasnya, langkah ini amat berkesan

untuk membanteras masalah penggunaan dadah.

Sudah terang lagi bersuluh, terdapat beberapa langkah bagi menangani permasalahan

penggunaan dadah dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara langkahnya adalah

menghapuskan tabiat merokok, menggubal dan menguatkuasakan undang-undang dan

memutuskan bekalan dadah. Semua rakyat Malaysia harus bekerjasama membantu golongan

penagih ini supaya tidak terus terlibat dalam gejala ini lagi. Semoga negara Malaysia akan

bebas daripada najis dadah dan terus menjadi negara maju.

TEKNIK MEMBUAT PENDAHULUAN KARANGAN

1. Jenayah ragut2. Pendatang haram/pendatang tanpa izin

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 174: Modul Penulisan Halustikal

174

3. Rasuah4. Gejala ponteng sekolah5. Gejala buli6. Penderaan kanak-kanak7. Gejala Mat Rempit8. Remaja suka berhibur (budaya hedonisme)9. Pengabaian terhadap warga tua10. Pembalakan haram11. Pencemaran alam12. Gejala vandalisme13. Kegawatan ekonomi

Isu-isu lain yang sesuai

Teknik Menulis Pendahuluan Ayat 1 : Salin daripada penyataan soalan.Ayat 2 : Marcapada, isu ini sering menjadi topik perbualan dalam kalangan masyarakat di negara kitaAyat 3 : Isu ini juga dipaparkan di media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik seperti surat khabar, televisyen, radio dan sebagainya.Ayat 4 : Hal ini kerana isu ini semakin bertambah serius saban tahun.Ayat 4 : Persoalannya apakah ..............................................................?(rujuk kehendak tugasan).

Contoh 1Kemakmuran yang dikecapi oleh negara kita telah mengundang ramai pekerja asing tanpa izin datang bekerja di negara ini. Huraikan kesan-kesan kebanjiran pekerja asing tanpa izin kepada rakyat dan negara kita.

Ayat 1 : Kemakmuran yang dikecapi oleh negara kita telah mengundang ramai pekerja asing tanpa izin datang bekerja di negara ini.Ayat 2. Marcapada, isu ini sering menjadi topik perbualan dalam kalangan masyarakat di negara kita.Ayat 3 : Isu ini juga sering dipaparkan di media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik seperti sutar khabar, televisyen, radiao dan sebagainya.Ayat 3 : Hal ini kerana isu ini semakin bertambah serius saban tahun.Ayat 4 : Persoalannya apakah kesan-kesan kebanjiran pekerja asing tanpa izin kepada rakyat dan negara kita?

Kemakmuran yang dikecapi oleh negara kita telah mengundang ramai pekerja asing tanpa izin datang bekerja di negara ini. Marcapada, isu ini sering menjadi topik perbualan dalam kalangan masyarakat dan sering dipaparkan di media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik. Hal ini kerana, isu ini semakin bertambah serius dan perlu ditangani dengan segera. Persoalannya apakah kesan-kesan kebanjiran pekerja asing tanpa izin kepada rakyat dan negara kita? (65 pp)

Contoh 2Warga tua merupakan golongan yang harus dihormati oleh generasi muda. Malangnya kini, ramai warga tua yang dihantar oleh keluarga mereka ke rumah-rumah kebajikan masyarakat.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 175: Modul Penulisan Halustikal

175

Jelaskan cara-cara untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua.

Ayat 1 : Warga tua merupakan golongan yang harus dihormati oleh generasi muda. Malangnya kini, ramai warga tua yang dihantar oleh keluarga mereka ke rumah-rumah kebajikan masyarakat.

Ayat 2 : Marcapada, isu ini sering menjadi topik perbualan dalam kalangan masyarakat di negara kita.Ayat 3 : Isu ini juga sering dipaparkan di media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik seperti surat khabar, televisyen dan sebagainya.Ayat 3 : Hal ini kerana isu ini semakin bertambah serius saban tahun.Ayat 4 : Persoalannya apakah cara-cara untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua?.

Warga tua merupakan golongan yang harus dihormati oleh generasi muda. Malangnya kini, ramai warga tua yang dihantar oleh keluarga mereka ke rumah-rumah kebajikan masyarakat. Marcapada, isu ini sering menjadi topik perbualan dalam kalangan masyarakat dan sering dipaparkan di media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik.Hal ini kerana isu ini semakin bertambah serius dan perlu ditangani dengan segera. Persoalannya, apakah cara-cara untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua? (68 pp)

Latihan 1Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua pihak terutamanya institusi keluarga.Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusan oleh anggota keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini.

TEKNIK PENULISAN PENDAHULUAN (2)

Amalan menabung Aktiviti kokurikulum Kem Bina SemangatAmalan berjimat cermat

Program motivasi Wawasan 2020

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 176: Modul Penulisan Halustikal

176

Aktiviti gotong royong

Menghargai jasa ibu bapa

Barangan buatan tempatan

Amalan membacaSemangat kejiranan

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Isu-isu lain

Masyarakat penyayang

Penghayatan Rukun Negara

Penganggkutan awam Pelajar cemerlangPermainan tradisional Kepentingan disiplinBangunan warisan Perpaduan kaum

A1 : salin penyataan soalanA2 : Bagaimanakah sikap masyarakat hari ini terhadap amalan/ sikap ini?A3 : Mengapakah mereka bersikap demikian?A4 : ContohA5 : Mengapa kita mesti mengamalkan amalan / sikap tersebut.A6 : Persoalannya, apakah (salin kehendak tugasan)

A1 : Salin penyataan soalanA2 : Namun demikian, marcapada, terdapat anggota masyarakat di negara kita yang

kurang menitikberatkan amalan /sikap tersebutA3 : Hal ini kerana, mereka berasa .............................................. tidak penting /

menyusahkan mereka/tidak menarikA4 : Contoh ...............................................ialah ...................................A5 : Kita hendaklah mengamalkan amalan ......................../ menggunakan

............................... kerana ia memberi banyak faedah kepada kita.A6 : Persoalannya, apakah (rujuk kehendak tugasan)

*masukkan contoh yang sesuai jika ada.

Contoh 1:Amalan menabung merupakan satu amalan yang mulia. Amalan ini mesti dipupuk sejak masih kecil. Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk amalan menabung dalam diri anak-anak.

A1 : Amalan menabung merupakan satu amalan yang mulia. Amalan ini mesti dipupuk

sejak masih kecil. A2 : Namun begitu, marcapada, amalan ini semakin kurang diamalkan oleh masyarakat. A3 : Hal ini kerana mereka berasakan bahawa amalan menabung tidak penting kepada

diri mereka.A4 : Kita hendaklah mengamalkan amalan menabung kerana ia memberi banyak faedah

kepada diri kita.A5 : Contoh amalan menabung ialah menyimpan baki wang yang diberikan oleh ibu bapa untuk belanja di sekolah.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 177: Modul Penulisan Halustikal

177

A5 : Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk

memupuk amalan menabung dalam diri anak-anak.

Contoh 2Pengangkutan awam di negara kita setanding dengan pengangkutan awam yang terdapat di negara-negara maju. Huraikan sebab-sebab pengangkutan awam kurang digunakan oleh rakyat di negara ini.

A1 : Pengangkutan awam di negara kita setanding dengan pengangkutan awam yang

terdapat di negara-negara maju. A2 : Namun demikian, marcapada masyarakat di negara kita sudah semakin kurang Menggunakan pengangkutan awam.A3 : Hal ini kerana, mereka berasa penggunaan pengangkutan awam a

menyusahkan mereka.

A4 : Kita hendaklah menggunakan pengangkutan awam ia memberi banyak faedah kepada kita.A5 : Contoh pengangkutan awam di negara kita ialah bas, LRT, teksi dan sebagainya.A5 : Persoalannya, apakah sebab-sebab pengangkutan awam kurang digunakan oleh rakyat di negara ini?

Contoh 3Permainan tradisonal merupakan warisan generasi terdahulu yang mesti dipertahankan. Malangnya, generasi muda hari ini tidak lagi mengenali permainan tradisional.Pada pendapat anda, apakah peranan generasi muda untuk mengekalkan permainan tradisional.

A1 : Permainan tradisonal merupakan warisan generasi terdahulu yang mesti dipertahankan.

A2 : Malangnya, marcapada generasi muda hari ini tidak lagi mengenali permainan tradisional.

A3 : Hal ini kerana, mereka berasa permainan tradisional tidak penting dan tidak menarik.

A4 : Contoh permainan tradisional ialah permainan wau, gasing, congkak dan sebagainya.

A5 : Kita hendaklah mengekalkan permainan tradisional kerana ia memberi banyak

faedah kKepada kita.A6 : Persoalannya, apakah peranan generasi muda untuk mengekalkan

permainan tradisional.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…

Page 178: Modul Penulisan Halustikal

178

Latihan 1Industri pertanian memberikan sumbangan yang semakin penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri pertanian di negara kita.

Latihan 2Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Tuliskan sebuahrencana bertajuk “Menghargai Jasa Ibu Bapa”.

Mendidik dari hati, ilmu it akan masuk ke hati…