penulisan-mekanis

15
 Penulisan Mekanis

Upload: keltonchee5234

Post on 05-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penulisan

TRANSCRIPT

Penulisan Mekanis

Penulisan Mekanis

Konsep Penulisan MekanisPenulisan mekanis Kemahiran yang dilaksanakan setelah murid-murid melalui aktiviti dan latihan kemahiran pratulisan.Penulisan ini juga dijalankan setelah murid-murid dibimbing cara memegang pensel yang betul, postur badan serta kedudukan kertas, kerusi dan meja semasa menulis.

Memegang pensel dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.Kedua-dua jari tersebut disokong oleh jari tengah.Jarak jari hendaklah lebih kurang 3cm dari hujung mata pensel atau kertas yang digunakan.

Aktiviti menulis perlu dijalankan di atas meja.Letakkan tangan di atas meja semasa menulis. Tangan kanan dan tangan kiri sebenarnya saling membantu semasa menulis. Jika tangan kanan memegang pensel, tangan kiri akan memegang bahagian tertentu pada bahagian buku atau kertas yang digunakan.Kedudukan badan perlu sedikit ke hadapan semasa menulis.

Jika menulis dengan tangan kanan, kedudukan kertas hendaklah disengetkan sedikit ke kiri sambil kedudukan tangan kiri memegang penjuru atas kiri dan sebaliknya.Murid-murid perlu memijak kedua-dua kaki pada lantai semasa menulis.Kerusi rendah perlu dibekalkan kepada murid tahap satu yang bersaiz kecil supaya kedua-dua belah kaki mencecah lantai sewaktu menulis.

Tujuan Penulisan MekanisMembimbing murid-murid menguasai kemahiran membentuk huruf besar dan kecil dengan tepat.

Penulisan Mekanis

Melaksanakan aktiviti menulis huruf mengikut urutanMengisi tempat kosong dengan huruf yang tertinggal

Mari kita mengenal ABC!

Aktiviti 1: Benang AjaibArahan:Menyambung semua titik mengikut urutan huruf dengan menggunakan benang.

Aktiviti 2: Siapakah saya?Arahan:Menyebut huruf yang hilang.Menulis huruf yang hilang pada papan tulis.Mencari kepingan yang tertulis huruf yang hilang untuk membentuk gambar yang lengkap.

Aktiviti 3: Jaring ABCArahan:Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.Setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk tampil ke hadapan.Setiap wakil dikehendaki menulis huruf pertama bagi setiap gambar yang ditunjukkan.Kemudian, setiap wakil perlu menyusun semula huruf yang ditulis mengikut urutan huruf yang betul.Permainan diteruskan dengan menghantar wakil yang seterusnya daripada setiap kumpulan.

Demonstrasi Permainan Jaringan ABC

B C AA B C

Sebiji bintang akan diberi kepada kumpulan yang menjawab dengan tepat.Dalam setiap pusingan, sebiji bintang tambahan akan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan tulisan yang paling kemas.

Pemenang

RujukanBukuKhairudain Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

InternetIzatul Neziah Jeral. et al. (2009). Bengkel Aktiviti Penulisan Mekanis. Dicapai pada 15 Jun 2014, daripada http://vinrose-rejiah.blogspot.com/2009_08_01_archive.html