tulisan mekanis baru

Upload: yhy-asmutiara

Post on 18-Jul-2015

996 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENULISAN MEKANISNAMA AHLI KUMPULANCHE SOFIAH BT AHMAD WAN NAIMAH BT WAN BAKAR ASMAH BINTI YAHAYA

PENGENALANPeringkat tulisan mekanis juga dikenali sebagai peringkat mendirikan asas. Setelah murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambanglambang tulisan.

Sambungan.Kemahiran menulis mekanis bertujuan untuk menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad dengan betul dan selanjutnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.Kemahiran ini dapat dikuasai melalui beberapa aktiviti seperti membuat corak, menekap, membentuk dan menyalin huruf.

SambunganPada peringkat awal, murid dicadangkan membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, murid dilatih pula membentuk huruf pada halaman yang bergaris.

SambunganApabila murid mula membentuk hurufhuruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ianya harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis.

TUJUAN PENULISAN MEKANISKemahiran mengawal dan memegang pensel. Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan. Meneliti, mengenal, menyalin bentukbentuk huruf mengikut urutan.

KEMAHIRAN-KEMAHIRANPENULISAN MEKANISMenekap huruf-huruf mengikut urutan yang ditetapkan. Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan (a z atau z a). Mengisi tempat kosong dalam ayat dengan perkataan gabungan vokal dan gabungan konsonan berpandukan gambar. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.

SambunganMenyalin perkataan yang mudah Menyalin ayat yang mudah. Menyalin peraturan-peraturan yang disenaraikan.

Aktiviti-Aktiviti Kemahiran Menulis Latihan menulis bentuk yang bermirip kepada huruf mengikut teknik penulisan . Latihan menulis huruf daripada gambar yang mirip kepada huruf . Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang . Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk

garis putus-putus . Menulis huruf-huruf yang dicontohkan berulang-ulang .

Sambungan Menyalin urutan-urutan huruf yang bergabung menjadi suku kata terbuka dan tertutup Menyalin perkataan-perkataan yang terhasil dari

cantuman suku kata- suku kata diatas. Latihan menamakan gambar-gambar secara terkawal

Menyalin rangkai kata atau ayat Menyalin rangkaian ayat dari buku

BENGKEL AKTIVITI PENULISAN MEKANIS

Menulis huruf kecil dan huruf besar dari a hingga z di atas kertas berkotak, bergaris

empat, bergaris tiga dan bergaris satu.

OBJEKTIFSupaya murid dapat menulis huruf kecil (atau huruf besar) dari a hingga z di atas kertas berkotak (atau bergaris empat bergaris tiga dan bergaris satu )

TEMAHidupan dan benda di sekeliling

BAHAN BANTU BELAJARCarta abjad, carta cara menulis huruf dan lembaran kerja.

Cara Penggunaan/pelaksanaanArahan :1. Berdasarkan pengetahuan sedia ada guru mempamerkan carta huruf a hingga z yang mempunyai huruf kecil dan besar. 2. Murid membaca huruf a hingga z. 3.Seterusnya guru menerangkan bahawa huruf-huruf a hingga z boleh ditulis dengan menggunakan: i) Kertas berkotak ii) Bergaris empat iii) Bergaris tiga iv) Bergaris satu

(Setiap bahagian diajar secara berasingan /dalam P&P berbeza)

MENULIS HURUF BESAR DAN KECIL PADA KERTAS BERKOTAK

MENULIS HURUF PADA KERTAS BERGARIS EMPAT

MENULIS HURUF PADA KERTAS BERGARIS TIGA

MENULIS HURUF PADA KERTAS BERGARIS SATU

4. Seterusnya guru mengedarkan lembaran kerja dan membimbing murid menulis huruf sambil menunjukkan alat bantu mengajar yang telah disediakan.

*ALAT BANTU MENGAJAR *LEMBARAN KERJA MURID

AKTIVITI PENULISAN MEKANISMemadankan Huruf Kecil dengan Huruf Besar Menyesuaikan Nama Huruf dengan Huruf Memadankan Nama Huruf dengan Bunyi Huruf

Tajuk Bahan: Pasangan Saya (Padankan)Tema : Warna Objektif : -Murid dapat memadankan huruf besar dengan huruf kecil dengan betul. Bahan Bantu Belajar : -Kad huruf kecil dan huruf besar, kad padanan (bentuk kereta). Bentuk Aktiviti : -Individu Cara Pelaksanaan Aktiviti: -Murid memilih satu kad huruf kecil(dalam pelbagai warna) yang diletakkan atas meja di hadapan kelas, kemudian murid diminta memadankan dengan pasangan huruf besar(diselit pada kad padanan) yang betul. Kad huruf kecil itu diselit di sebelah pasangan huruf besar. Seterusnya semua murid diminta memadankan huruf di dalam

Sambungan

Tajuk Bahan: Pasangan Saya (Padankan)Cara Pelaksanaan Aktiviti: -Murid memilih satu kad huruf kecil(dalam pelbagai warna) yang diletakkan atas meja di hadapan kelas, kemudian murid diminta memadankan dengan pasangan huruf besar(pada kad padanan) yang betul. Kad huruf kecil itu diselit di sebelah pasangan huruf besar pada kad padanan yang dilekatkan di papan putih. -Seterusnya semua murid diminta memadankan huruf di dalam lembaran kerja yang diberikan.

Sambungan

Tajuk Bahan: Pasangan Saya (Padankan)Keistimewaaan: Murid seronok bermain dengan kad huruf(besar/kecil) dalam pelbagai warna yang menarik , serta secara tidak langsung menguji ingatan mereka daripada pelbagai aspek.

Tajuk Bahan: Siapa Saya?Tema : Alam benda Objektif : Murid dapat memadankan nama huruf dengan huruf dan nama huruf dengan bunyi huruf. Bahan Bantu Belajar : Kad huruf dan kad gambar. Bentuk Aktiviti : Individu Cara Pelaksanaan Aktiviti: -Murid membunyikan huruf yang ditunjukkan, kemudian menyatakan gambar yang padan dengan bunyi huruf yang disebutkan. -Murid diminta menuliskan huruf mula berdasarkan gambar pada lembaran kerja.

Sambungan

Tajuk Bahan: Siapa Saya?Keistimewaan: Memberi peluang kepada murid untuk berlatih berfikir tentang bunyi huruf yang sedang disebutkan. Gambargambar dan huruf-huruf yang menarik, menambahkan lagi minat murid untuk fokus kepada tajuk. Guru juga dapat mengenal pasti murid yang lemah dalam membunyikan huruf.

Tajuk Bahan: Jom Naik Keretapiku. (mengikut urutan)Tema : Kenderaan Objektif : Murid dapat menyusun huruf (besar atau kecil) mengikut urutan yang betul. Bahan Bantu Belajar : Klip kertas dan kad huruf. Bentuk Aktiviti : Individu atau berkumpulan.

Sambungan

Tajuk Bahan: Jom Naik Keretapiku. (mengikut urutan)Cara Pelaksanaan Aktiviti: Jom naik keretapiku, murid menggunakan klip kertas bagi menyambung kepingan kad gerabak kereta api yang dilubangkan. Setelah selesai menyambung, gerabak tadi akan menjadi sebuah kereta api yang panjang (kad yang bersambung-sambung.) Keistimewaan: Melatih pergerakan tangan murid terhadap apa yang dilihat. Melatih motor halus murid bagi penyediaan aktiviti menulis.

AKTIVITI PENULISAN MEKANISMenulis suku kata Menulis perkataan Menulis ayat tunggal

Tajuk Bahan : Mari memancingTema : Alam benda Objektif : Murid dapat menyebut, memadan dan menulis suku kata dengan betul. Murid dapat menulis perkataan dengan betul berdasarkan gambar. Bahan Bantu Belajar : Kad carta , batang pancing bermagnet, kad suku kata, kad gambar ,klip kertas dan kad manila.

Sambungan

Tajuk Bahan : Mari memancingBentuk Aktiviti : Individu / berkumpulan Cara pelaksanaan Aktiviti : 1)Guru memilih beberapa orang murid secara rawak . 2)Murid diminta memancing satu kad (bentuk ikan) daripada kolam (kad manila) dan menyebut suku kata yang terdapat pada kad.

Sambungan

Tajuk Bahan : Mari memancing3)Kemudian murid diminta menampal kad suku kata pada papan carta bersama kad gambar yang betul. 4)Langkah 1 hingga 3 diulangi sehingga semua kad gambar telah dipadankan dengan kad suku kata. 5)Semua murid diminta menyebut suku kata yang telah dipamerkan pada kad carta bersama-sama.

Sambungan

Tajuk Bahan : Mari memancing6)Semua murid diminta menulis suku kata berdasarkan gambar di dalam lembaran kerja(1). Aktiviti Susulan : 7)Selanjutnya, murid-murid diminta mengeja, menyebut dan menulis perkataan pada lembaran kerja (2) yang diberikan. 8)Guru memantau hasil kerja murid.

BAHAN BANTU BELAJAR

Batang pancing bermagnet, kad suku kata ( bentuk ikan), klip kertas, kadgambar dan papan carta.

Lembaran Kerja (1)

Lembaran Kerja (2)

Tajuk Bahan : Uncang BeracunTema : Alam benda Objektif : Murid dapat menulis ayat tunggal (KVK) berbantukan gambar dengan betul. Bahan Bantu Belajar : Kad perkataan, uncang kain dan laptop/radio. Bentuk Aktiviti : Secara berkumpulan ( satu kelas )

Sambungan Tajuk Bahan : Uncang BeracunCara pelaksanaan aktiviti : a)Cara bermain 1)Satu uncang kain yang mengandungi kadperkataan diserahkan kepada kawan yang berada disebelah kanan secara bergilir-gilir sehingga ke murid yang terakhir, semasa muzik dimainkan dan diulangi semula selagi muzik dimainkan.

Sambungan Tajuk Bahan : Uncang Beracun2)Jika muzik dihentikan, pergerakan uncang dihentikan juga dan murid yang memegang uncang tersebut dikehendaki mengambil satu kad di dalam uncang dan membacanya. 3)Kemudian murid tersebut menampal kad perkataan di papan putih. 4)Langkah 1 hingga 3 diulangi sehingga semua kad dipaparkan pada papan putih.

Sambungan Tajuk Bahan : Uncang Beracunb)Arahan : - Guru menerangkan cara bermain kepada murid. - Guru memainkan muzik dan permainan dijalankan sehinggalah selesai permainan ini. - Seterusnya guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menuliskan ayat tunggal berdasarkan gambar.

BAHAN BANTU BELAJAR#Laptop/Radio (mainkan muzik) #Uncang kain # kad / kertas perkataan KVK

Lembaran Kerja Murid

Sambungan Tajuk Bahan : Uncang Beracun- Guru meminta murid merujuk kad perkataan pada papan putih, jika murid menghadapi masalah mengeja perkataan berkenaan. -Guru memantau hasil kerja murid.