kemahiran mekanis

57
KEMAHIRAN MENULIS

Upload: rafisramli

Post on 02-Jul-2015

4.263 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran mekanis

KEMAHIRANMENULIS

Page 2: Kemahiran mekanis

KONSEP KEMAHIRAN MENULIS

• Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafiksemasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf ataugabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambangbunyi yang kita buat semasa kita bercakap.

• Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;

(a) menggunakan pelbagai jenis ayat

(b) mencatat dan menyusun maklumat

(c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

(d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

Page 3: Kemahiran mekanis

KONSEP KEMAHIRAN MENULIS

• Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaanmurid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmupengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.

• Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda

• baca dan ejaan yang betul, di samping tulisanyang jelas, cantik dan kemas.

Page 4: Kemahiran mekanis

KONSEP KEMAHIRAN MENULIS

• Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana

yang lengkap.

• Murid-murid juga perlu menguasai struktur

karangan seperti tahu menulis panduan,

pemerengganan dan menulis kesimpulan.

Page 5: Kemahiran mekanis

RUMUSAN KEMAHIRAN MENULIS

• Merupakan keupayaan murid menulis perkataandan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmupengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

• Murid juga digalakkan menggunakan kreativitimereka untuk menghasilkan penulisan bahanberunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.

Page 6: Kemahiran mekanis

MATLAMAT KEMAHIRAN MENULIS

• Supaya sesuatu idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesan.

• Meluaskan pengetahuan, pengalaman dan perhubungan.

• Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.

Page 7: Kemahiran mekanis

TUJUAN MENULIS

• Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secaraamnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapatmengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuktentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu.

• Melatih murid-murid melahirkan idea.

• Melatih murid menghujah dan mengembangkan idea

• Melatih murid-murid mengembangkan karangan

dalam bentuk pemerengganan yang betul

• Melatih murid menggunakan bentuk penggunaan bahasayang betul berdasarkan jenis karangan tertentu.

Page 8: Kemahiran mekanis

TUJUAN MENULIS

• Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul

• Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari

• Menyiapkan murid menghadapi peperiksaan.

• Menyuburkan minat

• Meluaskan kosa kata

• Memberikan kepuasan jiwa.

Page 9: Kemahiran mekanis

PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS

• Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan denganilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telahdilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tandabaca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

• Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti merekauntuk menghasilkan penulisan imaginatif.

• Peringkat- peringkat kemahiran menulis terdiridaripada :

Page 10: Kemahiran mekanis

PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS

• Peringkat Pramenulis

• Peringkat Mekanis

• Peringkat Pelahiran

Page 11: Kemahiran mekanis

PERINGKAT MENULIS1. Peringkat Pramenulis

• Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelummereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul.

• Latihan otot tangan dan jari serta kordinasi tangan danmata diberikan kepada murid.

• Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:

• Menulis dari kiri ke kanan

• Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.

• Latihan membentuk bulatan di udara, di atas

meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.

Page 12: Kemahiran mekanis

PERINGKAT MENULIS

1. Peringkat Pramenulis• Menyambung titik• Latihan membentuk corak campuran bulatan dan

garisan lurus yang dilakukan secara bebas.• Latihan membentuk garisan lurus• Latihan melukis gambar yang mengandungi garis

lurus dan bulat.• Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk• Melukis gambar

Page 13: Kemahiran mekanis

PERINGKAT MENULIS

1. Peringkat Pramenulis

• Strategi Pengajaran Pratulisan

a. Latihan pergerakan tangan

b. Latihan pergerakan mata

c. Latihan kordinasi tangan dan mata

Page 14: Kemahiran mekanis

PERINGKAT MENULIS• 2. Peringkat Mekanis

• Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat mekanis.

• Pada peringkat ini, murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.

• Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut:

• Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf

mengikut teknik menulis.

• Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang

mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu.

Page 15: Kemahiran mekanis

PERINGKAT MENULIS

2. Peringkat Mekanis• Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang

diperbuat daripada kad yang berlubang.• Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis

dalam bentuk garis putus-putus.• Latihan menulis huruf dalam suku kata.• Latihan melengkapkan huruf pada perkataan

bergambar.• Latihan menamakan gambar-gambar.• Latihan menyalin frasa atau ayat.

• Latihan menyalin ayat daripada buku

Page 16: Kemahiran mekanis

PERINGKAT MENULIS

• 2. Peringkat Mekanis

• Strategi Pengajaran

• a. Mengajar tulisan tangan

• b. Mengajar ejaan

Page 17: Kemahiran mekanis

PERINGKAT MENULIS3. Peringkat Pelahiran (Mengarang)• Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai

pelbagai kemahiran seperti kemahiranmendengar, bertutur membaca dan mengeja.

• Mereka sudah boleh menulis pelbagai jeniskarangan.

• Anda boleh memulakan pengajaran menulis padaperingkat ini dengan jenis-jenis penulisanterkawal, berpandu, separa terkawal,dan separaberpandu.

• Kemudian mereka boleh didedahkan denganpenulisan bebas dan kreatif.

Page 18: Kemahiran mekanis

PERINGKAT MENULIS

3. Peringkat Pelahiran (Mengarang)

• Pada peringkat ini, murid-murid dapatmelahirkan idea dan pendapat tentangpengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui.

• Dalam masa yang sama mereka akanmenggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaanyang telah mereka kuasai.

• Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari.

Page 19: Kemahiran mekanis

CONTOH AKTIVITI MENULIS

• EjaanImlak / Rencana

• Menulis jawapan pemahaman• Menulis karangan• Menulis ayat berdasarkan gambar• Membina ayat• Memanjangkan ayat• Menulis rencana• Mengisi silang kata• Melengkapkan ayat

Page 20: Kemahiran mekanis

EJAAN

• Melibatkan proses perkembangan mental danpembinaan konsep

• Tujuan ejaan untuk melatih murid mendengardan menulis dengan tepat, meningkatkanpemahaman makna perkataan danperbendaharaan kata murid

• Aktiviti ejaan; menulis perkataan, rangkai kata, ayat dari sebutan, gambar, pita rakaman; membetulkan kesalahan ejaan dan kenal pastiejaan yang salah dari petikan

Page 21: Kemahiran mekanis

CARA PENGAJARAN EJAAN

• Pilih perkataan yang sesuai dengan kemampuan murid

• Perkataan itu pernah dipelajari

• Jumlah ejaan tidak terlalu banyak

• Dijalankan selepas aktiviti bacaan

• Guru menyebut murid mengeja

• Disemak bersama

Page 22: Kemahiran mekanis

IMLAK

• Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau diperdengarkan

• Murid perlu kuasai kemahiran membentukhuruf, mengeja, menggunakan tanda bacaandan perbendaharaan kata

• Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa, kandungan, dan kosa kata

• Pastikan tempat hentian bacaan

• Petikan perlu dibaca dengan jelas

Page 23: Kemahiran mekanis

CARA PENGAJARAN IMLAK

• Berikan petikan teks dan minta murid baca

• Guru memilih bahagian dalam teks untukdiimlakkan

• Guru menyebut perkataan secara lisan ataurakaman dan murid menulis

• Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tandabaca

• Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membaca

Page 24: Kemahiran mekanis

JENIS-JENIS PENULISAN

• Penulisan boleh dibahagi kepada lima kategori, iaitu

a. karangan,

b. penulisan ringkas,

c. penulisan untuk majlis rasmi,

d. surat dan

e. penulisan untuk papan kenyataan.

Page 25: Kemahiran mekanis

JENIS PENULISAN KARANGAN

• Terkawal• Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi• yang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru,• bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan.• Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa• diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.• • Contoh :• (vii)Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam• karangan yang disediakan.• (ii) Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya• menjadi sebuah karangan lengkap.

Page 26: Kemahiran mekanis

JENIS PENULISAN KARANGAN

• Separa Terkawal• Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang• disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk• menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat• pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan.• • Contoh :• (viii)Menggantikan beberapa perkataan yang telah• dipadamkan dengan perkataanperkataan lain yang telah• disediakan.

Page 27: Kemahiran mekanis

JENIS PENULISAN KARANGAN

1. Berpandu• Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan

berdasarkan panduan guru.• Contoh:

(ii) Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.(iii) Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalanberurutan mengenai sesuatu tajuk.(iv) Menulis karangan dengan memindahkan bentukdaripada dialog kepada karangan penceritaan atausebaliknya.

Page 28: Kemahiran mekanis

JENIS PENULISAN KARANGAN2. Separa Berpandu• Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang

mendapat sedikit maklumat atau panduan guru.• Contoh :(i)Menulis semula cerita yang diperdengarkan.(ii) Menyudahkan cerita.(iii) Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atautunggal.(iv) Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isiyang disediakan.(v) Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan.

Page 29: Kemahiran mekanis

JENIS PENULISAN KARANGAN

3. Bebas

• Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada muriduntuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk karangan bebas seperti berikut :

• Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.

• Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.

• Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan.

• Kreatif: puisi, cerpen, drama

• Imaginatif: pengalaman.

Page 30: Kemahiran mekanis

PERANCANGAN PENGAJARANMENGARANG

• Pengajaran mengarang memerlukan perancanganberdasarkan objektif yang ditentukanoleh guru.

• Selain itu, pengajaran mengarang juga mengambilkira aspek aktiviti peringkat pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang.

• Murid perlu diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum mereka benar-benar terlibatdalam aktiviti mengarang yang serius.

Page 31: Kemahiran mekanis

OBJEKTIF MENGARANG• Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di

dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. • Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai

oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu. • Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk:

•Melatih murid-murid melahirkan idea• Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea•Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentukpemerengganan yang betul

• Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betulberdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.

• Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul• Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-

hari

Page 32: Kemahiran mekanis

PERINGKAT PENGAJARANMENGARANG

• Melibatkan aktivit-aktiviti pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang.

• 1. Pra mengarang• (i) Berbincang untuk menentukan format• (ii) Berbincang untuk menentukan isi• (iii) Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak,

internet dan bahan elektronik yang lain• (iv) Membuat peta minda atau carta alaira cerita• (v) Menentukan watak• (vi) Menyaring bahan• (vii) Menulis draf

Page 33: Kemahiran mekanis

PERINGKAT PENGAJARANMENGARANG

2. Semasa mengarang• (iii)Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan• (ii) Menentukan format• (iii) Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata,• sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan (termasuk bentuk• huruf) dan wacana.• (iv) Mengambil kira aspek kohesi dan koherens• 3. Pasca mengarang• (i) Menyemak karangan• (ii) Melakukan pembetulan• (iii) Membuat penambahan sekiranya perlu• (iv) Menghantar karangan

Page 34: Kemahiran mekanis

PERINGKAT PENGAJARANMENGARANG

3. Pasca Mengarang

• (i) Menyemak karangan

• (ii) Melakukan pembetulan

• (iii) Membuat penambahan sekiranya perlu

• (iv) Menghantar karangan

Page 35: Kemahiran mekanis

MEMBINA BAHAN SUMBER PENGAJARAN MENULIS

• • Bahan sumber daripada internet• Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada internet. Bahanbahan• berkenaan disimpan dalam folder. Bahan-bahan berkenaan boleh• dipancar tayang dengan menggunakan projektor LCD semasa di dalam bilik• darjah. Murid-murid berbincang dan berinteraksi dengan bahan yang• berkenaan sebagai persediaan mendapatkan idea untuk menulis karangan.• • Bahan sumber digital• Guru menyediakan bahan yang disediakan sendiri, bahan yang diimbas• dengan mesin pengimbas, atau bahan terpilih yang diturun muat daripada• cakra digital untuk dibakar. Cakra padat CD rom berinformasi itu kemudian• boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran karangan mereka.• • Bahan audio dan audio visual• Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk• digunakan olehmurid-murid sebagai bahan rangsangan.

Page 36: Kemahiran mekanis

MEMBINA BAHAN SUMBER PENGAJARAN MENULIS

• Bahan audio dan audio visual• Di ambil daripada sumber media elektronik.

Dirakam dan diedit untuk digunakan oleh murid-murid sebagai bahan rangsangan

• Gambar-gambar• Dalam bentuk gambar tuggal, gambar bersiri,

atau gambar foto yang diambil dengan menggunakan kamera

• FilemFilem jalur atau filem slaid.

Page 37: Kemahiran mekanis

CIRI BAHAN SUMBER YANG BAIK

• • Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelasdan cara pengelolaan kelas guru semasa mengajar.

• • Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutamayang melibatkan pralatan ICT.

• • Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid

menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya

melibatkan bahan-bahan berteknologi digital danelektronik.

Page 38: Kemahiran mekanis

CIRI BAHAN SUMBER YANG BAIK• Mengambil kira kebolehupayaan guru untuk

mengendalikan• bahan yang disediakan sendiri.• • Sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan perlu

juga• diambil faktor keselamatan murid-murid.• • Sesuai dengan latar belakang agama dan kepercayaan• murid-murid yang berbilang bangsa• • Sesuai dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan• terlebih dahulu oleh guru• • Hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 70 peratus

dalam langkah pengajaran, terutama sekiranya bahan berkenaan mengambil masa dan menggunakan kos yang tinggi dalam mengadakannya.

Page 39: Kemahiran mekanis

PENDEKATAN PENGAJARANMENGARANG

• Kemahiran mengarang boleh diajarkan secara berperingkat-peringkat.

• Untuk mencapai objektif kemahiran yang hendak dicapai, pengajaran karangan boleh diajarkan dengan menggunakanpendekatan tertentu seperti:

• 1. Terkawal• 2. Berpandu• 3. Bebas• 4. Proses• 5. Komunikatif• 6. Pengalaman Bahasa

Page 40: Kemahiran mekanis

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG

• 1. Pendekatan Terkawal• Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan

bagi membantu murid-murid menimba pengalaman mengarangsupaya mereka biasa dengan struktur karangan.

• Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid-murid daripadamelakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahu pun dari segi isi.

• Murid-murid menulis karangan dengan berpandukan sepenuhnyakepada bahan yang disediakan oleh guru.• Contoh aktiviti:1. mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah disediakan terlebih dahulu..2.menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayatsehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap…3.menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagianpenutup untuk membentuk sebuah karangan yang lengkapbersturuktur…

Page 41: Kemahiran mekanis

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG2. Pendekatan Berpandu

• Isi karangan telah diberikan oleh guru

• Murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang telah diberikan oleh guru.

• Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan mereka sendiri bagi melengkapkan perenggan.

• Kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid-murid.

• Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita yang telah diberikan oleh guru

• Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh murid

• Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada murid

• Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar.

• Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam bentuk wacana yang lengkap.

Page 42: Kemahiran mekanis

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG

3. Pendekatan Bebas• Sesuai untuk kumpulan murid yang sudah menguasai

aspek penulisan dengan baik.• Murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan

oleh guru• Murid-murid mencari isi karangan sendiri• Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka karangan• Guru memberikan beberapa perkataan ataua rangkai kata• tertentu bagi membantu murid memantapkan lagi

pengolahan.• Penggunaan peribahasa digalakkan.

Page 43: Kemahiran mekanis

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG4. Pendekatan Proses

• Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan prosesyang dilalui oleh murid-murid.

• Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajukyang diberikan oleh guru

• Boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu

• Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalamfolio

• Bahan daripada folio disaring untuk menentukankesesuaian dengan tajuk karangan yang diberikan

• Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalahsangat digalakkan.

Page 44: Kemahiran mekanis

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG

• 4. Pendekatan Proses• •Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk

digunakan kepada tajuk karangan yang lain.• Aktiviti Pengajaran:

• Murid-murid menyusun isi• Dalam peringkat menyusun isi, murid berbincang dengan guru.• Isi yang telah disusun, ditulis dalam bentuk rangka karangan• Rangka karangan yang telah mantap, ditulis dalam bentuk penulisan yang lengkap.

• • Murid-murid mengedit karangan yang telah disiapkan danmelakukan pembetulan.

• • Setelah siap dan lengkap, karangan dihantar kepada guru untukdinilai.

Page 45: Kemahiran mekanis

PENDEKATAN PENGAJARANMENGARANG

• 4. Pendekatan Proses

• Peringkat Pengajaran

• a. Penentuan tajuk dan pengumpulan maklumat

• b. Penulisan draf

• c. Penyemakan pertama

• d. Penyemakan kedua

• e. Penulisan draf akhir

• f. Persembahan

Page 46: Kemahiran mekanis

PENDEKATAN PENGAJARANMENGARANG

• 5. Pendekatan Komunikatif• • Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat• perhubungan• • Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan• dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek penstrukturan

karangan• • Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat mereka• tentang sesuatu idea.• • Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks• perbincangan yang autentik• • Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan• sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar.• • Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat• membantu murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.

Page 47: Kemahiran mekanis

PENDEKATAN PENGAJARANMENGARANG

• 6. Pendekatan Pengalaman Bahasa• • Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk• yang dipilih• • Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk• membina cerita• • Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan• dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru• • Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan• berdasarkan idea yang mereka berikan• • Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk• cerita

Page 48: Kemahiran mekanis

PENDEKATAN PENGAJARANMENGARANG

6. Pendekatan Pengalaman Bahasa

• Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis

• Setelah cerita selesai…

• Guru membaca secara nyaring, murid mendengar

• Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru

• Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu

• Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan

yang mereka tahu dalam situasi

Page 49: Kemahiran mekanis

MASALAH PENGAJARANMENGARANG

• Terdapat banyak masalah yang berhubung kait dengan

• pengajaran menulis di sekolah di negara ini.

• Antaranya pengaruh kesebatian penggunaan bahasa

• dialek Bahasa Melayu Brunei (BMB), daerah /tempatandan

• inilah faktor utama menyumbang kepada berlakunya

• kesalahanpenggunaan tatabahasa Bahasa Melayu

• Standard (BMS) dengan betul.

Page 50: Kemahiran mekanis

PENILAIAN KEMAHIRAN MENGARANG

• 1. Peringkat Pramenulis

• Penilaian secara tidak formal

• Melalui pemerhatian terhadap gerak balas murid dalam aktiviti pramenulis

• Contoh aktiviti; gerak tangan, kordinasi tangan dan mata sama atas kertas atau udara, pasir membentuk bulatan, garisan, awan larat, huruf.

Page 51: Kemahiran mekanis

PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS

• 2. Peringkat Penulisan Mekanis

• Teknik yang boleh digunakan ialah;

• Menekan dan menyambung garis

• Memadankan

• Menyalin

• Mengisi ruang atau petak kosong

• Melabel dan menamakan gambar

• Membetuk perkataan daripada suku kata

Page 52: Kemahiran mekanis

PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS

• 3. Peringkat Mengarang (Aspek Teknikal)

• Teknik yang boleh dilakukan ialah;

• Menyalin

• Ujian Imlak

• Menulis semula petikan

Page 53: Kemahiran mekanis

PENILAIAN KEMAHIRAN MENGARANG

• Menyambungkan beberapa ayat untukmembentuk satu ayat kompleks

• Meluaskan ayat dengan menambah keterangan

• Melengkapkan ayat

• Membina ayat daripada perkataan

• Menyusun semula perkataan untuk membentukayat

• Menulis cerita

Page 54: Kemahiran mekanis

PENILAIAN UMUM KARANGAN

Aspek yang dinilai:• Isi• Ejaan• Bahasa• Kosa kata• Kelancaran• Pengolahan isi• Ketepatan dengan tajuk• Format (sekiranya karangan berformat)

Page 55: Kemahiran mekanis

PENILAIAN KARANGAN

1. Penilaian Secara Holistik atau Global

• Karangan dibaca dengan menanda kesalahan-kesalahan ejaan, tanda baca, ayat, fakta, kelancaran dan kepesongan

• Berikan kedudukan markah berdasarkan gred secara keseluruhan

• Tolak sejumlah markah yang dibenarkan bagi kesalahan format

• Berikan markah akhir.

Page 56: Kemahiran mekanis

PENILAIAN KARANGAN

2.Penilaian Secara Analitikal

• Menilai mengikut aspek/ bidang yang ditetapkan dalam pemarkahan

• Contoh aspek ejaan, bahasa, isi, gaya penyampaian, tanda bacaan

• Markah keseluruhan berdasarkan campuran keseluruhan aspek yang dinilai

Page 57: Kemahiran mekanis

SEKIAN. TERIMA KASIH