penulisan jurnal

10
Pengkaji : Muhammad Azizi Bin Che Rusli Alamat : Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak. Lokasi Kajian : Sekolah Menengah Harian Biasa (Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing) Tajuk : Bagaimanakah Keberkesanan Pengajaran Berteraskan Amali Dalam Subjek Kemahiran Hidup Mampu Memberi Kefahaman Dan Penguasaan Kepada Pelajar Bermasalah Di Sekolah Menengah Harian Biasa Abstrak Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar bermasalah pelajaran mengenai mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian telah dijalankan beberapa buah sekolah menengah harian biasa. Objektif kajian ialah, pertama Mengkaji minat pelajar bermasalah pembelajaran terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kedua Mengkaji kefahaman pelajar bermasalah pembelajaran terhadap isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ketiga, mengkaji pengaplikasian kemahiran amali mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam kehidupan seharian pelajar bermasalah pembelajaran. Kaedah temubual digunakan dalam kajian ini untuk memperolehi data untuk dianalisis. Responden terdiri daripada pelajar yang berumur bermula daripada 13 tahun sehingga 15 tahun sama ada lelaki mahupun perempuan. Responden dipilih secara rawak. 4 orang responden dipilih untuk menjawab soalan temubual yang dirangka oleh penyelidik. Abstrak This paper aims to examine students' perceptions of learning disabilities on the subject of Life Skills. The study was carried out several high school daily. The objective of this study was, first review the interest of students with learning disabilities on the subject of Life Skills. Second Review of the students' understanding of learning disabilities for the content of Living Skills subjects. Thirdly, Skills Review practical application of subjects living skills in everyday life of students with learning disabilities. Interview method used in this study to obtain data for analysis. The participants were students from the age of 13 years to 15 years, whether male or female. Respondents were randomly selected. 4 selected respondents to answer interview questions designed by the researchers. 1.0 Pendahuluan Pembelajaran secara amali yang berteraskan kemahiran kendiri amat dititikberatkan dalam sukatan pelajaran pendidikan teknik dan vokasional khususnya di dalam mata pelajaran kemahiran hidup. Pembelajaran berteraskan amali mampu memberi kesan penguasaan kepada pelajar secara umumnya. Namun demikian sebilangan besar pelajar sekolah didapati masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran amali di bengkel. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji keberkesanan pembelajaran berteraskan kemahiran amali bagi mata pelajaran kemahiran hidup di kalangan pelajar sekolah di sekolah menengah harian biasa. Dalam kajian ini, pensampelan adalah secara rawak yang dijalankan di sekolah menengah harian biasa,sekolah yang dipilih adalah berdasarkan sekolah yang berhampiran dengan kediaman penyelidik.

Upload: mohd-hilmi

Post on 12-Jul-2015

1.037 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan jurnal

Pengkaji : Muhammad Azizi Bin Che RusliAlamat : Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak.Lokasi Kajian : Sekolah Menengah Harian Biasa (Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing)Tajuk : Bagaimanakah Keberkesanan Pengajaran Berteraskan Amali Dalam

Subjek Kemahiran Hidup Mampu Memberi Kefahaman Dan Penguasaan Kepada Pelajar Bermasalah Di Sekolah Menengah Harian Biasa

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar bermasalah pelajaran mengenai mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian telah dijalankan beberapa buah sekolah menengah harian biasa. Objektif kajian ialah, pertama Mengkaji minat pelajar bermasalah pembelajaran terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kedua Mengkaji kefahaman pelajar bermasalah pembelajaran terhadap isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ketiga, mengkaji pengaplikasian kemahiran amali mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam kehidupan seharian pelajar bermasalah pembelajaran. Kaedah temubual digunakan dalam kajian ini untuk memperolehi data untuk dianalisis. Responden terdiri daripada pelajar yang berumur bermula daripada 13 tahun sehingga 15 tahun sama ada lelaki mahupun perempuan. Responden dipilih secara rawak. 4 orang responden dipilih untuk menjawab soalan temubual yang dirangka oleh penyelidik.

Abstrak

This paper aims to examine students' perceptions of learning disabilities on the subject of Life Skills. The study was carried out several high school daily. The objective of this study was, first review the interest of students with learning disabilities on the subject of Life Skills. Second Review of the students' understanding of learning disabilities for the content of Living Skills subjects. Thirdly, Skills Review practical application of subjects living skills in everyday life of students with learning disabilities. Interview method used in this study to obtain data for analysis. The participants were students from the age of 13 years to 15 years, whether male or female. Respondents were randomly selected. 4 selected respondents to answer interview questions designed by the researchers.

1.0 Pendahuluan

Pembelajaran secara amali yang berteraskan kemahiran kendiri amat dititikberatkan dalam sukatan pelajaran pendidikan teknik dan vokasional khususnya di dalam mata pelajaran kemahiran hidup. Pembelajaran berteraskan amali mampu memberi kesan penguasaan kepada pelajar secara umumnya. Namun demikian sebilangan besar pelajar sekolah didapati masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran amali di bengkel. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji keberkesanan pembelajaran berteraskan kemahiran amali bagi mata pelajaran kemahiran hidup di kalangan pelajar sekolah di sekolah menengah harian biasa. Dalam kajian ini, pensampelan adalah secara rawak yang dijalankan di sekolah menengah harian biasa,sekolah yang dipilih adalah berdasarkan sekolah yang berhampiran dengan kediaman penyelidik.

Page 2: Penulisan jurnal

2.0 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk:1. Mengkaji minat pelajar bermasalah pembelajaran terhadap mata pelajaran Kemahiran

Hidup

2. Mengkaji kefahaman pelajar bermasalah pembelajaran terhadap isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup

3. Mengkaji pengaplikasian kemahiran amali mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam kehidupan seharian pelajar bermasalah pembelajaran.

3.0 Skop

Skop kajian merupakan populasi yang hendak dikaji oleh penyelidik didalam penyelidikannya. Selain itu, skop kajian juga adalah apa yang ingin dikaji oleh penyelidik. Oleh itu,didalam kajian ini, penyelidik memilih pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran yang belajar di sekolah menengah harian biasa. Responden yang dipilih ialah pelajar yang belajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. Responden merupakan pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang boleh membaca dan menulis sahaja. Lingkungan umur respondan yang ingin dikajia adalah antara 13 sehingga 15 tahun. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual dan pemerhatian. Rujukan juga dibuat oleh penyelidik, rujukan yang dibuat adalah melalui internet, buku-buku, jurnal dan segala sumber bercetak yang berkaitan dengan tajuk kajian penyelidik.

4.0 Teori

4.1 Teori Pelbagai Kecerdasan Garner

Teori pelbagai kecerdasan dikemukakan oleh Howard Garner. Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat. Menurut Garner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong, 1994). Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang mungkin berbeza dalam tahap pencapaian kebolehannya. Contohnya, dalam kecerdasan linguistik, seorang murid mungkin tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik. Kecerdasan kecerdasan yang dikemukakan oleh Garner adalah seperti berikut :

i. Kecerdasan Linguistik - kemahiran atau kebolehan mengguna perkataan dengan berkesan, baik secara lisan atau bertulis.

Page 3: Penulisan jurnal

ii. Kecerdasan Logikal-Metematikal - kebolehan mengguna nombornombor secara efektif dan dapat mengulas dengan baik.

iii. Kecerdasan `Spatial’ - peka terhadap bentuk, ruang, warna, garisan dan corak serta berkebolehan membentangkan idea secara grafik.

iv. Kecerdasan Kinestetik Badan – kebolehan mengguna tubuh badan untuk menghuraikan idea-idea dan perasaan, serta menyelesaikan masalah. Kemahirannya termasuk koordinasi, fleksibiliti, kepantasan gerak-geri dan perimbangan tubuh badan.

v. Kecerdasan Muzikal – peka terhadap rentak, pic, dan melodi. Kemahiran dalam mengenali lagu-lagu mudah dan dapat mengubah kelajuan, tempo dan rentak dalam lagu mudah.

vi. Kecerdasan Interpersonal – kebolehan memahami perasaan hati (mood), motivasi dan keinginan orang lain. Kemahiran bertindak secara berkesan dalam menyelesaikan masalah dan mengatasi konflik bila berhubung dengan orang lain.

vii. Kecerdasan Intrapersonal – kebolehan memahami diri sendiri seperti kekuatan, kelemahan, perasaan hati (mood), keinginan, berahi (desires) diri. Kemahirannya termasuk menyedari bahawa dirinya adalah sama atau berbeza dengan orang lain, dan dapat mengawal serta menangani perasaan diri sendiri.

viii. Kecerdasan Naturalis – peka terhadap alam semulajadi, sedar akan gejala alam, berkemampuan untuk membezakan flora dan fauna, baik dalam kerja mengasing dan mengelas, mempunyai kemahiran memerhati, memahami fenomena semulajadi serta menjaga haiwan kesayangan dan juga suka kerja berkebun. Melalui aplikasi teori pelbagai kecerdasan yang sesuai, kita dapat memupuk dan mencungkil kecerdasan-kecerdasan yang diingini dengan pelbagai cara. Ia juga dapat membantu pendidik dalam mengendalikan serta menyesuaikan diri dengan perbezaan pelajar dan juga suasana pembelajaran.

4.2 Teori Konstruktivisme

Konstruktivisme percaya pelajar tidak lagi di anggap belajar daripada apa yang diberikan oleh guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Dick (1991) menyatakan konstruktivisme mencadangkan kaedah dalam persekitaran pembelajaran yang boleh disusun atur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Konstruktivisme percaya pembangunan intelektual adalah hasil daripada interaksi secara berterusan dan juga faktor persekitaran.Apabila seseoarng pelajar berinteraksi dengan dunia di sekitarnya secara aktif, pengetahuan akan terbina dengan sendiri.

Pendekatan pengajaran pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme akan memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran pembelajaran yang sesuai dan pelajar

Page 4: Penulisan jurnal

sendiri boleh menentukan masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Guru pula boleh membuat penilaian kendiri dan menilai kefahamannya mengenai sesuatu bidang supaya pengetahuan dapat ditingkatkan lagi. Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1970) menyatakan Teori Konstruktivisme melibatkan pelajar di dalam pengalaman yang bermakna dengan menolak pemindahan ilmu secara pasif dan menfokuskan kepada penyelesaian masalah.

5.0 Faedah Dan Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan mampu mengenalpasti tahap kefahaman dan penguasaan pelajar bermasalah pelajaran terhadap pengajaran secara amali. Hal ini dapat membantu para guru dalam mencari kaedah yang terbaik dalam proses pengajaran mereka untuk pelajar seperti ini. Seperti yang diketahui guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru adalah seseorang yang memberi input kepada pelajar mereka terhadap proses pembelajaran yang dilakukan. Peranan ini tidak kira sama ada didalam kelas teori mahupun amali. Peranan guru didalam kelas amali adalah amat penting kerana semasa pengajaran berteraskan amali, guru merupakan individu yang menunjuk cara kepada pelajar sebelum pelajar mencuba dan mengaplikasikan sendiri apa yang ditunjukkan oleh guru meraka. Kaedah tunjuk cara yang betul oleh guru mampu memberi kesan yang baik terdapat pelajar dalam menguasai sesuatu isi pembelajaran yang dijalankan. Selain itu , peranan guru didalam pengajaran amali adalah untuk memastikan keselamatan pelajar ketika menjalani kerja amali yang dijalankan.

Selain itu, pihak yang terlibat dan bertanggungjawab dengan penyusunan sukatan pelajaran boleh manfaatkan hasil kajian ini bagi merancang sesuatu yang lebih baik bagi membantu pelajaran bermasalah pelajaran ini didalam memahami dan menguasi isi pelajaran terutamanya didalam mata pelajaran kemahiran hidup.

6.0 Metodologi

Bahagian ini menyentuh dan membincangkan secara terperinci terhadap metodologi yang digunakan dalam kajian ini termasuklah model yang digunakan dalam rekabentuk pengajaran dan pembelajaran bagi membantu pembangun dalam menghasilkan bahan pembelajaran yang berkualiti. Terdapat beberapa fasa yang terlibat dalam proses pembangunan ini berdasarkan model rekabentuk yang dipilih. Perbincangan juga akan menyentuh mengenai populasi, sampel kajian dan instrumen kajian yang digunakan serta kaedah bagaimana kajian analisa data dilakukan.

6.1 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian merujuk kepada bagaimana kajian yang dilakukan kepada respoden terhadap penyelidikan ini. Dalam kajian ini, kajian dijalankan dalam bentuk kualitatif. Kaedah kualitatif ini digunakan kerana ianya tidak melibatakan numerikal dan kaedah ini juga dapat mendapat maklumat secara terus dan tidak terbatas seperti kaedah kuantitatif. Untuk mendapatkan data

Page 5: Penulisan jurnal

bagi kaedah kualitatif yang dijalankan.dalam menganalisa respoden melalui pemerhatian dan temubual, kajian ini menumpukan kepada tiga fasa seperti berikut :

6.1.1 Fasa Pertama : Pengumpulan Maklumat

Di peringkat ini, maklumat-maklumat dikumpulkan untuk dijadikan sebagai rujukan pengkaji. Antara maklumat yang dikumpulkan ialah mengenalpasti kefahaman dan penguasaan pelajar dalam memahami matapelajaran kemahiran hidup berteraskan. Seterusnya, pengkaji membuat kajian terhadap kefahaman pelajar bermasalah berkaitan dengan pembelajaran secara teori dan amali didalam subjek kemahiran hidup serta mengkaji pemilihan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Maklumat-maklumat yang diperolehi adalah dari temubual tidak berstruktur dengan pengajar dan juga bahan bacaan yang berkaitan dalam pembangunan ini.

6.1.2 Fasa Kedua : Banding Beza Pengajaran Secara Teori Dan Amali

Dalam kajian ini,model Pelbagai Kecerdasan Garner digunakan sebagai rujukan pengkaji dalam pemilihan bahan bantu mengajar bagi mendapatkan data berkaitan penguasaan dan kefahaman pelajar bermasalah terdapat pembelajaran secara amali. Seterusnya pengkaji menghadiri kelas teori dan amali bagi mendapatkan data, kajian yang dilakukan adalah berdasarkan fasa pertama.

6.1.3 Fasa Ketiga : Penilaian

Pada fasa ini, penilaian dibuat pada akhir prroses kajian. Ia bertujuan untuk menilai dan membuat sebarang perubahan besar yang perlu pada pengajaran seterusnya. Dalam kajian ini penilaian dibuat berbentuk teemu bual dan pemerhtian. Pemerhatian turut dibuat ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku.

6.2 Populasi Kajian

Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar – pelajar bermasalah yang terdapat di sekolah – sekolah menengah harian biasa yang berhampiran dengan kediaman penyelidik. Respoden terdiri daripada pelajar menengah rendah iaitu pelajar yang berumur bermula daripada13 tahun sehingga berumur 15 tahun. Respoden juga adalah terdiri daripada palajar yang belajar mata pelajaran kemahiran hidup. Responden yang dipiih merupakan pelajar tang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Penyelidik akan mendapatkan data daripada responden yang dipilih secara rawak.

6.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan didalam kajian adalah temubual. Bagi melakukan temubual,peenyelidik meenggunakan peralatan yang sesuai dengan kaedah temu bual yang dilakukan. Alatan yang digunakan merupakan sebuah video kamera berjenama JVC. Fungsi

Page 6: Penulisan jurnal

video yang digunakan adalah untuk merakam temubual yang dilakukan oleh penyelidik terhadap responden dan menganalisis data daripada temubual yang dijalankan.

6.3.1 Temubual

Pengkaji mengadakan sesi temubual terhadap responden terpilih setelah sesi pengajaran dan pembelajaran didalam kelas amali. Temubual adalah dalam bentuk dialog dan bertulis. Kaedah ini adalah merupakan satu kaedah yang baik didalam melakukan penyelidikan kerana kaedah ini lebioh bersifat fleksibel iaitu soalan – soalan temubual tidak terikat dan lebih bersifat keterbukaan. Selain itu kaedah ini mampu memberi penjelasan terhadap soalan yang sukar untuk difahami oleh responden. Kaedah ini juga dipilih kerana ianya berkaitan dengan pemilihan responden yang dikaji, penyelidik meletakkan kemungkinan atau kebarangkalian terdapat responden yang kurang lancar dalam pembacaan

6.3.2 Pemerhatian

Penyelidik turut menjalankan pemerhatian ke atas sampel kajian semasa mereka berada didalam sesi pembelajaran dan pengajaran didalam kelas amali dan teori. Pengyelidik bertujuan untuk melihat reaksi mereka terhadap peenguasaan dan kefahaman berkaitan pembelajaran mereka didalam kelas.

6.4 Analisis Data

Analisa bermaksud mengkategori, memberi pangkatan, memanipulasi dan menyimpulkan data untuk mendapatkan jawapan kepada kajian (Mohd Najib, 2003). Setelah menjalankan kajian berdasarkan instrumen yang dipilih maka data akan di analisa.

7.0 Dapatan Kajian

Kaedah temubual yang dijalankan terbahagi kepada dua set soalan temubual iaitu soalan umum dan soalan khusus. Bagi analisis soalan umum, hampir semua responden yang ditemubual memberi jawapan yang hampir serupa pada setiap soalan yang dikemukan oleh penyelidik. Antara analisis jawapan yang dilakukan oleh penyelidik untuk soalan umum adalah hampir semua responden meminati mata pelajaran kemahiran hidup dan memahami proses pengajaran guru kemahiran hidup. Antara kaedah pembelajaran teori dan amali, respondan yang ditemubual lebih meminati kaedah pembelajaran secara amali dan mereka lebih memahami kaedah pembelajaran secara amali berbanding teori. Menurut respondan yang ditemubual juga, kaedah pembelajaran amali ini lebih mudah untuk difahami isi pembelajarannya kerana kaedah ini memberikan mereka peluang untuk melakukan apa yang mereka pelajari semasa kelas teori serta mereka lebih mudah mengingati dan memahami isi pelajaran kerana mereka dapat melihat secara reality apa yang dipelajari oleh mereka.

Page 7: Penulisan jurnal

Untuk soalan khusus, terdapat empat set soalan. Soalan tersebut dibahagikan mengikut bahagian elektif tang ada didalam mata pelajaran kemahiran hidup. Untuk menjawab empat set soalan ini, penyelidik telah memilih empat respondan secara rawak dari sekolah yang dikajiDaripada analisis jawapan yang diberi oleh respondan pertama untuk soalan khusus yang pertama iaitu berkenaan bahagian elektif ekonomi rumah tangga. Respondan menyatakan minat terhadap amali masakan yang dilaku bersama – sama rakannya. Respondan juga turut menyukai apabila membeli barangan dipasar untuk memasak. Didapati juga respondan dapat mengenali peralatan memasak yang dikemukakan oleh penyelidik. Respondan juga mampu menyebut menu-menu masakan yang telah dipelajari olehnya ketika kelas amali masakan. Selain itu, respondan mampu menyebut langkah-langkah keselamatan ketika berada didalam makmal masakan.

Analisis data daripada hasil temubual terhadap respondan kedua berkaitan soalan khusus didalam bahagian elektif kerja kayu, respondan dapat mengenali perkakas yang digunakan semasa kerja kayu. Respondan juga mampu menyatakan beberapa langkah keselamatan semasa berada didalam bengkel kayu. Analisis yang didapati juga, respondan meminati kerja amali kayu yang dilakukan olehnya bersama rakan – rakan. Respondan juga terut meninati menggunakan beberapa alatan tangan yang dinyatakan oleh penyelidik terhadap respondan yang ditemubual.

Hasil temubual yang didapati daripada respondan ketiga terhadap soalan khusus bahagian elektif sains pertanian. Analisis data yang dapat dibuat didapati respondan suka berkebun dan menanam sayur-sayuran. Respondan juga turut meminati perkebunan ini kerana menyukai aktiviti semasa memungut hasil tanaman yang telah matang di kebun sayur. Daripada temubual dilakukan, respondan mampu menyebut nama pelbagai jenis sayuran yang ditanam semasa berada didalam kelas amali perkebunan. Selain itu respondan juga mampu mengenali nama pelbagai jenis nama haiwan perternakan.

Analisis yang dibuat terhadap hasil temubual respondan keempat daripada soalan khusus yang umum untuk bahagian elektik, didapati respondan melakukan perkara – perkara yang mereka pelajari didalam kelas amali semasa berada dirumah.

Daripada analisis yang dilakukan didapati respondan-respondan yang ditemubual oleh penyelidik, hampir semua respondan memahami apa yang mereka pelajari semasa berada didalam kelas amali yang mereka sertai dan dapat menguasai isi pelajaran amali yang mereka lakukan dan dapat diaplikasikan didalam kehidupan harian mereka.

8.0 Cadangan Kerja Lanjutan

Berdasarkan kepada hasil kajian yang diperolehi, penyelidik meyenaraikan beberapa cadangan yang boleh dimanfaatkan.

a) Guru-guru yang mengajar Kemahiran Hidup perlu lebih peka mengenai pelajar mereka.

b) Bakal guru pula perlu bersedia menghadapi cabaran mengajar pelajar yang bermasalah pelajaran ini. Guru perlu menyedari bahawa mereka adalah insan yang memerlukan dan

Page 8: Penulisan jurnal

perlu menghadapi kerenah mereka kerana mata pelajaran ini mempunyai kemahiran amali yang perlu diajar kepada pelajar.

c) Pihak Kementerian Pendidikan iaitu Pusat Pengembangan Kurikulum dan Bahagian Penyelidikan perlu lebih peka ketika menggubal kurikulum mata pelajaran ini. Isi kandungan mata pelajaran perlulah disesuaikan dengan tahap pelajar dan mengikut perkembangan pendidikan semasa.

d) Pihak Jabatan kemahiran hidup perlu mengadakan kursus-kursus kepada guru-guru kemahiran hidup. Kursus ini penting kerana guru perlu menguasai isi kandungan mata pelajaran sebelum mengajar.

9.0 Kesimpulan

Responden iaitu pelajar bermasalah pembelajaran meminati mata pelajaran Kemahiran Hidup. Mata pelajaran ini memberi mereka peluang untuk menunjukkan minat dan kebolehan mereka seperti perkebunan, masakan dan pertukangan. Mata pelajaran ini juga mempunyai isi kandungan yang boleh difahami oleh responden dan mengikut kemampuan responden. Mata pelajaran Kemahiran Hidup memberi kemahiran asas kepada responden dalam aspek pemeliharaan haiwan, mendobi dan juga menjahit. Kemahiran ini boleh diaplikasikan di dalam kehidupan seharian mereka. Mata pelajaran ini juga dapat mendidik pelajar supaya berdikari, membantu ibu bapa dan dapat menjadi rakyat yang berguna kelak.

Daripada hasil yang didapati, respondan lebih menguasai mata pelajaran ini dengan cara pembelajaran secara amali, maka seharusnya guru dan segala pihak yang terlibat perlu memikirkan cara yang berkesan untuk membantu pelajar – palajar seperti ini untuk memberi mereka kefahaman terhadap apa yang dipelajari oleh mereka didalam kelas. Selain itu, guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran yang lebih banyak melibatkan pelajar seperti ini didalam pengajaran mereka kerana didapati pelajar bermasalah pelajaran ini lebih berminat kepada system pembelajaran yang mempunyai kepelbagaian aktiviti. Hal ini dapat dilihat terhadap penguasaan dan kefahaman mereka terhadap kelas amali yang mereka sertai.

Page 9: Penulisan jurnal

RUJUKAN

Abd. Rahim Abd Rashid (1999). Profesionlisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah.Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Ainon Mohd, Abdullah Hassan (2002). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah.Kuala Lumpur: PTS Publictions & Distributors.

Azmi Abu Bakar & Lee Lay Wah (2004). Penilaian Aplikasi Multimedia Untuk MengajarKemahiran Membaca Kepada Pelajar Bermasalah Pembelajaran Projek SarjanaMuda, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chua Tee Tee, Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan Asas. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jabatan Pendidikan Khas (2003). Sukaktan Pelajaran Pendidikan Khas BermasalahPembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur : KementerianPendidikan Malaysia.

Juwita bt. Ahmad (2003). Penguasaan Guru-guru Pendidikan Khas Dalam Mata PelajaranKemahiran Hidup Kurikulum Pendidikan Khas Program Integrasi BermasalahPembelajaran. Projek Sarjana Muda, Universisi Teknologi Malaysia.

Kementerian Pelajaran (1992). Pusat Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM), Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum

Mohd Sharani Ahmad (2004). Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar. Bentong: PTSPublications & Disetributors..

Page 10: Penulisan jurnal

RUJUKAN

Abd. Rahim Abd Rashid (1999). Profesionlisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah.Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Ainon Mohd, Abdullah Hassan (2002). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah.Kuala Lumpur: PTS Publictions & Distributors.

Azmi Abu Bakar & Lee Lay Wah (2004). Penilaian Aplikasi Multimedia Untuk MengajarKemahiran Membaca Kepada Pelajar Bermasalah Pembelajaran Projek SarjanaMuda, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chua Tee Tee, Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan Asas. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jabatan Pendidikan Khas (2003). Sukaktan Pelajaran Pendidikan Khas BermasalahPembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur : KementerianPendidikan Malaysia.

Juwita bt. Ahmad (2003). Penguasaan Guru-guru Pendidikan Khas Dalam Mata PelajaranKemahiran Hidup Kurikulum Pendidikan Khas Program Integrasi BermasalahPembelajaran. Projek Sarjana Muda, Universisi Teknologi Malaysia.

Kementerian Pelajaran (1992). Pusat Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM), Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum

Mohd Sharani Ahmad (2004). Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar. Bentong: PTSPublications & Disetributors..