penulisan jurnal 12

3
Noor Azizah Binti Ismail Pendidikan Seni Visual PENULISAN JURNAL 12 MINGGU : 12 TARIKH : 19 APRIL 2015 - 23 APRIL 2015 MASALAH : MASALAH MURID PASIF Masalah Minggu ini merupakan minggu ke dua belas saya di sekolah ini, kali ini saya ingin mengetengahkan masalah berkenaan murid yang pasif di dalam kelas, terutamanya di dalam aktiviti berkumpulan. Masalah yang sangat ketara apabila hanya murid yang sama sahaja yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dilakukan. Manakala murid lain hanya memerhati dan kadangkala mengganggu murid lain. Analisis Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang lemah berbanding dengan pelajar lain. Selain itu juga sifat yang pemalu untuk tampil ke hadapan menjadi punca masalah ini. Ia juga mungkin disebabkan rasa rendah diri dan tidak memiliki keyakinan diri yang mantap untuk melakukan aktiviti yang dijalankan. Sifat kurang keberanian dalam diri mereka menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Upload: nonoy-nolanda

Post on 19-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

praktikum

TRANSCRIPT

Noor Azizah Binti IsmailPendidikan Seni VisualPENULISAN JURNAL 12MINGGU: 12TARIKH: 19 APRIL 2015 - 23 APRIL 2015MASALAH: MASALAH MURID PASIF

MasalahMinggu ini merupakan minggu ke dua belas saya di sekolah ini, kali ini saya ingin mengetengahkan masalah berkenaan murid yang pasif di dalam kelas, terutamanya di dalam aktiviti berkumpulan. Masalah yang sangat ketara apabila hanya murid yang sama sahaja yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dilakukan. Manakala murid lain hanya memerhati dan kadangkala mengganggu murid lain.

AnalisisMasalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang lemah berbanding dengan pelajar lain. Selain itu juga sifat yang pemalu untuk tampil ke hadapan menjadi punca masalah ini. Ia juga mungkin disebabkan rasa rendah diri dan tidak memiliki keyakinan diri yang mantap untuk melakukan aktiviti yang dijalankan. Sifat kurang keberanian dalam diri mereka menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Cadangan Untuk Memperbaiki1. Guru perlu menyediakan soalan atau aktiviti mengikut tahap kemampuan murid agar mereka dapat menjawab dengan betul dan dapat menanam keyakinan dalam diri mereka.2. Guru harus memberikan hadiah kepada murid yang berjaya sebagai peneguhan yang memberi semangat kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan dalam kelas. Menurut Skinner, peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya.

3. Guru perlu merancang suatu aktiviti yang boleh menarik perhatian murid untuk melibatkan diri semasa proses PdP berlangsung.

Tempoh MasaSepanjang tempoh praktikum.

Tindakan SusulanMasalah perlu diatasi dengan secepat mungkin dan perlu diambil tindakan segera. Jika perkara ini dibiarkan berterusan, murid-murid yang lemah akan terus ketinggalan dan tidak merasai keseronokan untuk belajar. Pengukuhan adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perkara itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada 2 bahagian iaitu pengukuhan positif dan negatif. Sebagai guru, sangat penting untuk mengaplikasikan teori ini bagi menarik minat murid-murid dalam aktiviti PdP.