penulisan dapatan kajian e-learning daripada 5 jurnal

6
KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB NAMA PENSYARAH: DATO PROF DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON SANDHRIGAH A/P KRISHNAN M20132001995 012-5628081 SANDHRIGAH A/P KRISHNAN M20132001995 (781126075046) Page 0 Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal

Upload: sandhrigah-krishnan

Post on 09-Aug-2015

30 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal

KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

KPT6044

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

NAMA PENSYARAH: DATO PROF DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR

DISEDIAKAN OLEHNAMA NO. MATRIK NO. TELEFON

SANDHRIGAH A/P KRISHNAN M20132001995 012-5628081

Jurnal 1

SANDHRIGAH A/P KRISHNAN M20132001995 (781126075046) Page 0

Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal

Page 2: Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal

KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

Berdasarkan kajian Rohayu, 2001; Yusof, 2000; Hisham, 1998 , dalam kajian Kesediaan Pembelajaran Berasaskan Elektronik (E-Learning) Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA) didapati tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik dikalangan pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik dapat disimpulkan berada pada tahap sederhana (skor min purata = 3.58). Dalam aspek kesedaran, hasil kajian menunjukkan pernyataan kedua mempunyai nilai min yang tinggi iaitu berkaitan dengan pembelajaran elektronik mempunyai banyak kelebihan. Dapatan ini menunjukkan bahawa para pelajar sedar bahawa pembelajaran elektronik banyak memberikan faedah dan kelebihan kepada mereka dalam hal pembelajaran. Kebanyakan responden sedar bahawa dengan menggunakan pembelajaran elektronik, mereka dapat memperolehi banyak nota-nota dan bahan- bahan pembelajaran sebagai tambahan kepada nota kuliah yang didapati di dalam bilik kuliah. Responden dalam kajian ini bersetuju pembelajaran elektronik dapat membantu pencapaian akademik pelajar.

Jurnal 2

Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor yang paling mempengaruhi perlaksanaan e-pembelajaran adalah faktor mempunyai kemudahan komputer peribadi. Ini membuktikan bahawa ahli akademik telah disediakanalatan yang mencukupi untuk melaksanakan e-pembelajaran dan ini bukanmenjadi alasan lagi bagi mereka untuk tidak melaksanakan e-pembelajaran. Penerimaan sistem e-pembelajaran tidak memadai dengan hanya mempunyai kemudahan komputer peribadi sahaja. Ahli akademik perlu mempunyai kemahiran dalam bidang ICTdan perkomputeran serta perlu menghadiri kursus dan latihan mengenai ICT. Ini kerana konsep sistem e- pembelajaran ialah mengintegrasikan ICT dalam sistempembelajaran. Perlaksanaan e-pembelajaran bukan hanya bergantung kepada alat-alat teknologi baru seperti komputer. Malah perlaksanaannya juga memerlukan kemahiran dalam bidang ICT seperti mana yang didefinisikan oleh Hall dan Snider (2000) iaitu e-pembelajaran sebagai satu proses pembelajaran melalui komputer, Internet dan Intranet.

Jurnal 3

Jurnal ini mengkaji tentang aplikasi e learning dalam pdp disekolah-sekolah di Malaysia yang memfokuskan hanya kepada bahan pengajaran dan pembelajaran e learning yang boleh disampaikan melalui internet, intranet atau CD ROM yang mempunyai ciri-ciri multimedia. Menurut Laurillard ( 1991 :148 ) menyatakan bahawa sebarang bahan pembelajaran kendiri berpusatkan computer mestilah mempunyai ciri-ciri berikut : iaitu ada informasi atau maklumat baru, menyatakan objektif pembelajaran dengan jelas, ada integrasi antara isi baru dengan pelajaran lepas, pelajar dapat menunjukkan kefahaman mereka melalui latihan dalam talian, ada maklum balas terhadap penilaian yang dilakukan. Selain itu, Clarke ( 1992 : 79 ) juga mencadangkan bahawa warna yang sesuai membantu di dalam mengingat dan menghafal informasi. Philip ( 1979 : 79 ) mencadangkan bahawa kebanyakan orang telah dilatih untuk membaca bermula dari sudut atas di sebelah kiri dan bergerak ke sudut kanan di sebelah bawah. Penulis iaitu Jayakumar C Koran tidak menyatakan dapatan kajian secara spesifik. Namun dapat disimpulkan bahawa untuk melaksanakan e learning dalam pdp merupakan cabaran yang besar. Akses ICT merupakan masalah utama di Malaysia. 83%

SANDHRIGAH A/P KRISHNAN M20132001995 (781126075046) Page 1

Page 3: Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal

KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

masyarakat di luar bandar dan 60% di kawasan bandar mendapati akses kepada ICT adalah terlalu mahal. Tiada akses kepada internet serta talian akses yang perlahan merupakan cabaran yang dirasai oleh sekolah-sekolah tertentu.

Jurnal 4

Menurut penulis iaitu Ting Suh Ping kaedah penggunaan BBM (ICT) mempunyai kekuatan dan kelemahan bagi meningkatkan pengajaran guru. Kekuatan BBM (ICT) ialah ia mampu memotivasi dan memberi keseronokan kepada peserta kajian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil ujian pra dan pasca dan temu bual menunjukkan para peserta kajian berasa seronok dan gembira dengan penggunaan PowerPoint dan klip video terdapat peningkatan dalam pencapaian matapelajaran Sains. Penggunaan PowerPoint dan klip video telah merangsang perhatian dan minat serta mengurang rasa bosan peserta kajian. Menurut penulis lagi peserta kajian turut berpendapat penggunaan BBM (ICT) adalah senang difahami berbanding dengan kaedah tradisional. Proses pembelajaran yang melalui penggunaan BBM (ICT) telah dapat mengukuhkan ingatan peserta kajian terhadap isi pelajaran. Dalam jurnal ini penulis tidak menyertakan kajian literature.

Jurnal 5

Melalui kajian ini, penulis mendapati hanya sebanyak 7.3% guru kerap atau dua kali seminggu menggunakan Eduweb TV dalam Pdp. Manakala seramai 36.9% guru menggunakan Eduweb TV 3 hingga 4 kali sebulan dalam pdp. Lebih memeranjatkan dapatan menunjukkan majority 55.80% guru jarang menggunakan Eduweb TV atau kuran dua kali dalam sebulan ubtuk menggunakan Eduweb TV dalam pdp. Oleh yang demikian purata kekerapan guru menggunakan Eduweb TV dalam pdp mereka adalah dua kali atau kurang dalam sebulan walaupun mereka mempunyai pandangan yang positif dalam penggunaan Eduweb TV dalam pdp. Kajian ini adalah daripada Noraini Mohamed Noh, Hani Merylina Ahmad Mustafa, Mahizer Hamzah, Mohd Arif Ismail dan Norazilawati Abdullah pada 2013.Pengkaji telah memilih Eduweb Tv sebagai salah satu inovasi teknologi. Educational Web Television @ Eduweb TV adalah salah satu inovasi teknologi yang mula dilaksanakan pada 2008. Ia merupakan siaran TV pendidikan yang disiarkan melalui portal dan mengandungi koleksi pelbagai bahan pendidikan berasaskan video. Kajian awal ke atas penerimaan inovasi Eduweb TV, oleh Siti Salbiah et al. ( 2010 ), Johari dan Nor Hafiza Azne ( 2010 ), Akma Nurashikin et al. ( 2011 ) dan Shamsuddin ( 2011 ) mendapati tahap kesediaan guru menggunakan Eduweb TV adalah rendah walaupun didapati guru mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan Eduweb TV.

RUJUKAN

SANDHRIGAH A/P KRISHNAN M20132001995 (781126075046) Page 2

Page 4: Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal

KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

https://shangeetha385.files.wordpress.com/.../proposal.

Rubiah Omar danJamilah HJ. Ahmad (2009) Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik (Awareness, Evaluation and Acceptance of e-Learning Among The University’s Academic Staff ) Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 155 - 172

http://www.slideshare.net/sharifahmunirah1002/

jurnal- kesedaran-penilaian-dan-penerimaan-e-pembelajaran-dalam

https://www.academia.edu/5358016/Penggunaan_Inovasi_Teknologi_Dalam_Pengajaran_Cabaran_Guru_Dalam_E-Pembelajaran

Akmal Nurashikin, Siti Hadijah Alwi & Shamsuddin Hassan. 2011. Kajian Kepakaran Pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan Dalam Melaksanakan EduwebTV Bagi Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Bahagian Pembestarian Sekolah 1 :1-17

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/SN/11.%20TING%20SUH%20PING.pdf

Meningkatkan Minat dan Pembelajaran Sains Murid Tahun Tiga Melalui Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Brasaskan ICT.

http://i-learn.uitm.edu.my/v2/wp-content/uploads/2013/02/Perkembangan-Cabaran-dan-Aplikasi-Teknologi-Maklumat-dalam-Pengajaran-dan-Pembelajaran-di-Malaysia.pdf

Perkembangan, Cabaran Dan Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Malaysia

SANDHRIGAH A/P KRISHNAN M20132001995 (781126075046) Page 3