penulisan dapatan kajian 4 jurnal

2
Tema : Faktor faktor yang mempengaruhi penggunaan E-Pembelajaran Menurut kajian Janarthini A/P Krishnan, 1Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said, Noor Azean Atan iaitu Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia mendapati faktor kandungan kursus merupakan faktor utama yang mempengaruhi penggunaaan e-pembelajaran di kalangan pelajar. Ini disebabkan kandungan kursus yang disediakan adalah sesuai, bersistematik dan juga membantu pelajar dalam kerja mereka seperti tugasan, kuiz,ujian dan lain-lain faktor peranan pengajar juga merupakan faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar. Ini menunjukkan bahawa pengajar memainkan peranan yang penting dalam memotivasikan pelajar menggunakan e-pembelajaran. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelajar kurang mengambil berat terhadap persekitaran pembelajaran semasa mereka mengakses e-pembelajaran di makmal. Faktor yang mempunyai min terendah dalam kajian ini adalah proses pembelajaran . Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan e- pembelajaran membolehkan pelajar mempelajari kandungan dengan fleksibel dan juga ia dapat menambahkan pengetahuan pelajar. Menurut Juhazren Junaidi & Madihah Jailani dalam kajian yang bertajuk Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia mendapati faktor utama pelajar melayari e-learning adalah untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan kuliah, kandungan e-learning yang sentiasa dikemaskini dan juga boleh mendapatkan maklumat yang tepat. Ini menunjukkan tujuan utama pelajar melayari e-learning adalah untuk mendapatkan ilmu yang diingini. Selain itu, isi kandungan e-learning mempengaruhi penggunaan e-learning di kalangan pelajar. Menurut Noraffandy Yahaya1 & Ling Ning Ning1(2011 )dalam kajian Kesediaan Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar Tahun Kedua Kursus Sarjana Muda Sains, Komputer Serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia mendapati pengetahuan dalam penggunaan e-learning di kalangan pelajar adalah tinggi. Mereka tidak menghadapi halangan yang disebabkan oleh kekangan pengetahuan menggunakan e- learning.Terdapat 57.4% responden yang bersetuju bahawa mereka menggunakan e-learning untuk berkomunikasi dengan pensyarah. Ini menunjukkan bahawa mereka mengambil inisiatif menggunakan e-learning dan mengambil peluang dalam pembelajaran melalui e-learning.

Upload: annaliew

Post on 09-Aug-2015

45 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Tema : Faktor –faktor yang mempengaruhi penggunaan E-Pembelajaran

Menurut kajian Janarthini A/P Krishnan, 1Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said, Noor

Azean Atan iaitu Faktor –Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan

Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia mendapati faktor

kandungan kursus merupakan faktor utama yang mempengaruhi penggunaaan e-pembelajaran di

kalangan pelajar. Ini disebabkan kandungan kursus yang disediakan adalah sesuai, bersistematik

dan juga membantu pelajar dalam kerja mereka seperti tugasan, kuiz,ujian dan lain-lain faktor

peranan pengajar juga merupakan faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran di

kalangan pelajar. Ini menunjukkan bahawa pengajar memainkan peranan yang penting dalam

memotivasikan pelajar menggunakan e-pembelajaran. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa

pelajar kurang mengambil berat terhadap persekitaran pembelajaran semasa mereka mengakses

e-pembelajaran di makmal. Faktor yang mempunyai min terendah dalam kajian ini adalah proses

pembelajaran . Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan e- pembelajaran membolehkan pelajar

mempelajari kandungan dengan fleksibel dan juga ia dapat menambahkan pengetahuan pelajar.

Menurut Juhazren Junaidi & Madihah Jailani dalam kajian yang bertajuk Faktor-Faktor

Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia mendapati faktor utama pelajar melayari e-learning

adalah untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan kuliah, kandungan e-learning

yang sentiasa dikemaskini dan juga boleh mendapatkan maklumat yang tepat. Ini menunjukkan

tujuan utama pelajar melayari e-learning adalah untuk mendapatkan ilmu yang diingini. Selain

itu, isi kandungan e-learning mempengaruhi penggunaan e-learning di kalangan pelajar.

Menurut Noraffandy Yahaya1 & Ling Ning Ning1(2011 )dalam kajian Kesediaan

Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar Tahun Kedua Kursus Sarjana Muda Sains,

Komputer Serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia mendapati

pengetahuan dalam penggunaan e-learning di kalangan pelajar adalah tinggi. Mereka tidak

menghadapi halangan yang disebabkan oleh kekangan pengetahuan menggunakan e-

learning.Terdapat 57.4% responden yang bersetuju bahawa mereka menggunakan e-learning

untuk berkomunikasi dengan pensyarah. Ini menunjukkan bahawa mereka mengambil inisiatif

menggunakan e-learning dan mengambil peluang dalam pembelajaran melalui e-learning.

Faktor galakan daripada pensyarah untuk menggunakan e-learning mencapai min tertinggi

sebanyak 4.11. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan pensyarah berusaha mendorong pelajar

untuk melibatkan diri dalam penggunaan e-learning.

Menurut Rubiah Omar danJamilah HJ. Ahmad (2009) dalam kajian Kesedaran, Penilaian

dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik mendapati bahawa faktor yang

paling mempengaruhi perlaksanaan e-pembelajaran adalah faktor mempunyai kemudahan

komputer peribadi. Ini membuktikan bahawa ahli akademik telah disediakan alatan yang

mencukupi untuk melaksanakan e-pembelajaran dan ini bukan menjadi alasan lagi bagi mereka

untuk tidak melaksanakan e-pembelajaran. Faktor mempunyai kemahiran dalam bidang ICT dan

perkomputeran serta sering mengikuti kursus dan latihan mengenai ICT berada pada tahap

sederhana, ini disebabkan perlaksanaan e-pembelajaran bukan hanya bergantung kepada alat-alat

teknologi baru seperti komputer. Malah perlaksanaannya juga memerlukan kemahiran dalam

bidang ICT.

Rujukan :

1. RUBIAH OMAR JAMILAH HJ. AHMAD(2009), Kesedaran, Penilaian dan

Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik.

2. Noraffandy Yahaya1 & Ling Ning Ning1(2011 ), Kesediaan Penggunaan E-Learning Di

Kalangan Pelajar Tahun Kedua Kursus Sarjana Muda Sains, Komputer Serta

Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

3. Juhazren Junaidi & Madihah Jailani ,Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-

Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia.

4. Janarthini A/P Krishnan, Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said, Noor Azean Atan,

Faktor –Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar

Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.