penubuhan dewan latehan rida - news.uitm.edu.my · lawatan sambil belajar selama 9 hari ini...

7
BIL 27/2016 Sumber : Documenting A Destiny (1956-2006 ) Shaping a Dream (1956-1999) Pada 11 Januari 1951, Dato Onn Ja’afar, Pengerusi pertama Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (RIDA) bersama Dato Abdul Razak, Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu telah berlepas dari Lapangan Terbang Kallang, Singapura ke Ceylon, Colombo (sekarang Sri Lanka). Lawatan sambil belajar selama 9 hari ini bertujuan untuk mengkaji Program Pembangunan Luar Bandar di negara tersebut. Ekoran dari lawatan itu, satu kertas kerja (Paper No. 10 of 1951) telah dibentangkan kepada Majlis Lembaga Persekutuan. Kandungan kertas kerja tersebut telah mengasaskan penubuhan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan atau lebih dikenali dengan RIDA (Rural Industrial Development Authority). Majlis Perundangan Persekutuan Tanah melayu telah meluluskan “Federation of Malaya No 48 of 1953, The Rural And Industrial Development Authority Ordinance, 1953. Ordinan ini telah digubal pada 1953 dan berkuatkuasa pada 1 Januari 1954. Kewajipan RIDA seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 4, Sub-seksyen 1 ordinan ini, adalah menjadi kewajipan pihak berkuasa untuk merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Persekutuan dan lebih khusus lagi di kawasan luar bandar. Sebelum penubuhan Dewan Latehan RIDA lagi, Rural Industrial Development Authority (RIDA) telah menaja 23 orang pelajar yang terpilih mengikuti kursus persediaan bagi menduduki peperiksaan London Chamber of Commerce (LCC) Intermediate Examination di Institut Goon, Kuala Lumpur. Penubuhan Dewan Latehan RIDA

Upload: buidang

Post on 16-Dec-2018

295 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penubuhan Dewan Latehan RIDA - news.uitm.edu.my · Lawatan sambil belajar selama 9 hari ini bertujuan untuk mengkaji Program Pembangunan Luar Bandar di negara tersebut. Ekoran dari

BIL 27/2016

Sumber : Documenting A Destiny (1956-2006 )Shaping a Dream (1956-1999)

Pada 11 Januari 1951, Dato Onn Ja’afar, Pengerusi pertama Lembaga Kemajuan Kampung danPerusahaan (RIDA) bersama Dato Abdul Razak, Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayutelah berlepas dari Lapangan Terbang Kallang, Singapura ke Ceylon, Colombo (sekarang Sri Lanka).Lawatan sambil belajar selama 9 hari ini bertujuan untuk mengkaji Program Pembangunan LuarBandar di negara tersebut. Ekoran dari lawatan itu, satu kertas kerja (Paper No. 10 of 1951) telahdibentangkan kepada Majlis Lembaga Persekutuan. Kandungan kertas kerja tersebut telahmengasaskan penubuhan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan atau lebih dikenali denganRIDA (Rural Industrial Development Authority). Majlis Perundangan Persekutuan Tanah melayu telahmeluluskan “Federation of Malaya No 48 of 1953, The Rural And Industrial Development AuthorityOrdinance, 1953.

Ordinan ini telah digubal pada 1953 dan berkuatkuasa pada 1 Januari 1954. Kewajipan RIDA sepertiyang dinyatakan dalam Seksyen 4, Sub-seksyen 1 ordinan ini, adalah menjadi kewajipan pihakberkuasa untuk merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosialdalam Persekutuan dan lebih khusus lagi di kawasan luar bandar. Sebelum penubuhan DewanLatehan RIDA lagi, Rural Industrial Development Authority (RIDA) telah menaja 23 orang pelajar yangterpilih mengikuti kursus persediaan bagi menduduki peperiksaan London Chamber of Commerce(LCC) Intermediate Examination di Institut Goon, Kuala Lumpur.

PenubuhanDewan Latehan RIDA

Page 2: Penubuhan Dewan Latehan RIDA - news.uitm.edu.my · Lawatan sambil belajar selama 9 hari ini bertujuan untuk mengkaji Program Pembangunan Luar Bandar di negara tersebut. Ekoran dari

BIL 28/2016

Sumber : Majlis Pelancaran Logo Sempena Perayaan 40 Tahun ITM (1956 –1996)Shaping a Dream (1956 – 1999)Peristiwa-peristiwa Penting Institut Teknologi MARA 1956 - 1980

Pada November 1956, Bangunan Dewan Latehan RIDA telah didirikan di Jalan Othman, PetalingJaya dengan kos RM 297,000 di atas tanah seluas 5 ekar. Bangunan ini adalah hasil ilham oleh YB.Datuk Onn bin Ja’afar iaitu Pengerusi Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan atau di kenalidengan nama RIDA (Rural Industrial Development Authority). RIDA adalah sebuah agensi kerajaan,yang mempunyai matlamat untuk membina semula kehidupan masyarakat desa dan meninggikantaraf ekonomi mereka.

Tujuan penubuhan Dewan Latehan RIDA adalah untuk membantu penduduk luar bandar khasnyadan memberi peluang kepada pemuda dan pemudi Melayu yang mempunyai kecenderungandalam bidang perniagaan dan perdagangan supaya mempunyai asas yang kukuh dalampengurusan perniagaan atau perusahaan.

RIDA telah menubuhkan satu Unit Latihan yang diketuai oleh Pengetuanya yang pertama iaitu TuanSyed Alwi bin Syeikh Alhadi. Di bawah unit inilah lahirnya Taman Asuhan RIDA (Kuala Lumpur) danDewan Latehan RIDA (Jalan Othman, Petaling Jaya). Dewan Latehan RIDA dengan rasminya dibukapada 14 Februari 1957, oleh YB. Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, Menteri Perdagangan danIndustri. RIDA pada masa itu adalah di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri.

Perasmian Dewan Latehan RIDA

Cogan Kata bagi Dewan Latehan RIDA ialah‘Rebut Ilmu dan Amalkan’.

Page 3: Penubuhan Dewan Latehan RIDA - news.uitm.edu.my · Lawatan sambil belajar selama 9 hari ini bertujuan untuk mengkaji Program Pembangunan Luar Bandar di negara tersebut. Ekoran dari

BIL 29/2016

Sumber : Majlis Pelancaran Logo Sempena Perayaan 40 Tahun ITM (1956 – 1996)Shaping a Dream (1956 – 1999)

Kursus dan Pelajar Pertama Dewan Latehan RIDA

Berdiri (dari kiri ke kanan) : Pawanteh Omar, Zainuddin Karim, Sulaiman Amin, Zainal Abidin Baki,Mohd Rohaini Hitam, Adnan Zainal Abidin, Kamarul Attar M. Yasin, Abd. Rahman Wahab, ZainalRashid, Abdul Aziz Ishak, Mohd Zain Amin, Harun Ibrahim, Abd. Razak Sheikh Mohmood, YusufSaidin, Sofian Abdul Wahab, Shamsul Ghani.Duduk (dari kiri ke kanan) : Daud Baharum, Syed Abdullah Alwee, Wan Su Dali, Mr. K.L. Goon(Pengetua Institut Goon), Tuan Syed Alwi Syed Sheikh Alhadi (Pengetua Dewan Latehan RIDA),Tengku Halimah Tengku Ali, Abdullah Ahmad, Safiah Taib, Mokhtar Lajis.Tidak Hadir : Abd. Rashid Hamid dan Zain Abdul Majid

Kursus-kursus yang dijalankan pada ketika itu ialah :a) Kursus persediaan 2 tahun bagi London Chamber of

Commerce (Higher Examination).b) Kursus 1 tahun untuk London Chamber of Commerce

(Intermediate Examination).c) Kursus 18 hari untuk peniaga-peniaga kecil (dilanjutkan

sehingga Mac 1958).d) Kursus 2 bulan untuk Coir Making (Tali Sabut) (Kursus ini telah

ditamatkan pada bulan Mei 1957 apabila Pusat PerusahaanSabut ditubuhkan di pelbagai tempat di Persekutuan TanahMelayu).

Pengambilan pelajar pertama Kursus London Chamber of Commerce (LCC) Dewan Latehan RIDApada November 1956/1957 sebanyak 22 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuanmenjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 25 orang.

Pengambilan PelajarPertama Kursus LondonChamber of Commerce(LCC) Nov 1956/57

Page 4: Penubuhan Dewan Latehan RIDA - news.uitm.edu.my · Lawatan sambil belajar selama 9 hari ini bertujuan untuk mengkaji Program Pembangunan Luar Bandar di negara tersebut. Ekoran dari

BIL 30/2016

Sumber : Majlis Pelancaran Logo Sempena Perayaan 40 Tahun ITM (1956 – 1996)Shaping a Dream (1956 – 1999)Peristiwa-peristiwa Penting Institut Teknologi MARA 1956 - 1980

Perayaan Kemerdekaan yang pertamadi Dewan Latehan RIDA

Pada 31 Ogos 1958, buat julung kalinya para pelajar dan Pengetua Dewan Latehan RIDAiaitu Tuan Syed Alwi Bin Syed Sheikh Al-Hadi telah menyambut hari ulang tahunKemerdekaan Pertama Malaya di Dewan Latehan RIDA.

Pengambilan pelajar bagi Sesi 1958/59 ialah seramai 13 orang. Manakala jumlah pelajarbagi Sesi 1958/59 ialah seramai 33 orang, 58 orang pelajar pada tahun 1959 dan 72 orangpelajar pada 1960.

Pada Disember 1959, RIDA telah dipindahkan dari Kementerian Perdagangan dan Industrikepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar di bawah YAB Tun Abdul Razak, TimbalanPerdana Menteri.

Page 5: Penubuhan Dewan Latehan RIDA - news.uitm.edu.my · Lawatan sambil belajar selama 9 hari ini bertujuan untuk mengkaji Program Pembangunan Luar Bandar di negara tersebut. Ekoran dari

BIL 31/2016

Sumber : Majlis Pelancaran Logo Sempena Perayaan 40 Tahun ITM (1956 – 1996)Shaping a Dream (1956 – 1999)

Kursus Baharu Dewan Latehan RIDA

Pada bulan Julai 1960, tiga kursus baharu telah diperkenalkan iaitu :• Stenography (London Chamber of Commerce Examination, Typing and Book-keeping)• Secretaryship (Corporation of Secretaries – United Kingdom Examination)• Accountancy (Australian Society of Accountants Examination).

Kelulusan masuk ke Dewan Latehan RIDA dinaikkan kepada peringkat yang lebih tinggi iaituCambridge School Certificate. Kursus Stenography telah dimulakan dengan pengambilan seramai25 orang pelajar. Kursus ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan jangkamasa kursus adalah selama 1 ½ tahun.

Pada tahun 1962, Dewan Latehan RIDA terus berkembang, satu lagi kursus profesional telahdimulakan iaitu General Business Management. Kursus Professional Chartered Institute ofSecretaries (ICSA) dimulakan pada bulan Ogos 1964 dan pada ketika ini jumlah pelajar bagi sesi1964/65 adalah seramai 181 orang.

Page 6: Penubuhan Dewan Latehan RIDA - news.uitm.edu.my · Lawatan sambil belajar selama 9 hari ini bertujuan untuk mengkaji Program Pembangunan Luar Bandar di negara tersebut. Ekoran dari

BIL 32/2016

Sumber : INDRARIDA No.1 Oktober 1962

Majalah Tahunan Pertama Dewan Latehan RIDA - INDRARIDA NO. 1 OKTOBER 1962

Majalah rasmi tahunan pertama Dewan Latehan RIDA No. 1 Oktober 1962 iaituINDRARIDA diterbitkan buat julung kalinya sebagai suara Dewan Latehan RIDA. Majalahbercorak perniagaan ini bertujuan untuk menyebarkan ilmu yang diperolehi olehpenuntut-penuntut untuk tatapan umum.

Di antara isi kandungan majalah tersebut adalah :

a) Senarai nama staf dan pensyarah Dewan Latehan RIDAb) Kursus-kursus Profesional di Dewan Latehan RIDAc) Persatuan-persatuan pelajard) Laporan Kewangan dll.

Page 7: Penubuhan Dewan Latehan RIDA - news.uitm.edu.my · Lawatan sambil belajar selama 9 hari ini bertujuan untuk mengkaji Program Pembangunan Luar Bandar di negara tersebut. Ekoran dari

BIL 33/2016

Sumber : Majlis Pelancaran Logo Sempena Perayaan 40 Tahun ITM (1956 – 1996)Shaping a Dream (1956 – 1999)

Konvokesyen Pertama Dewan Latehan RIDA

Dewan Latehan RIDA buat pertama kalinya mengadakan Majlis Konvokesyen pertamamenyaksikan seramai 50 orang graduan menerima diploma dan sijil berlangsung pada 19Disember 1964 disampaikan oleh YAB Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri. Didalam majlis tersebut seramai 50 orang graduan lulusan:

i. Kursus Pengurusan Akaun (ICWA Examination – Part 3) - 8 orangii. Kursus Setiausaha (CCS Examination) - 19 orangiii. Kursus Pengurusan Perniagaan (BIM Examination - Part 1) - 2 Orangiv. Kursus Teringkas - 21 orang