cabaran wanita kerjaya dalam memenuhi anjuran … · ibu sendiri yang menyusukannya, demi menjaga...

14
568 CABARAN WANITA KERJAYA DALAM MEMENUHI ANJURAN PENYUSUAN SUSU IBU DALAM AL-QURAN SYH NOORUL MADIHAH SYED HUSIN, NORMADIAH DAUD, TG FATIMAH MULIANA TG MUDA & RAMLAH MAT ALI Abstrak: Al-Quran menganjurkan kepada wanita agar melengkapkan penyusuan susu ibu selama dua tahun. Bagi wanita kerjaya, anjuran ini bukanlah merupakan satu perkara yang mudah untuk dipenuhi. Mereka sudah tentu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan disebabkan faktor kerja yang mengurangkan waktu untuk bersama dengan bayi yang disusu. Cabaran yang dihadapi pastinya jauh berbeza dengan wanita yang tidak bekerja, kerana mereka mempunyai peluang yang lebih besar untuk menyusukan bayi secara langsung. Justeru itu, kertas kerja ini akan mengulas bagaimana wanita bekerjaya menghadapi cabaran dalam berhadapan dengan keinginan mereka untuk meneruskan penyusuan susu ibu walaupun dalam situasi bekerja. Melalui metode temu bual semi struktur dengan lima orang wanita kerjaya yang pernah menyusukan anak sepanjang tempoh pekerjaan, dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai cabaran yang telah dihadapi oleh peserta kajian. Walaupun begitu, mereka telah berjaya menempuhi cabaran tersebut dengan jayanya. Kajian ini diharapkan dapat memberi sokongan kepada wanita kerjaya untuk memenuhi anjuran al-Quran untuk memilih susu ibu sebagai makanan pertama kepada anak dan berusaha untuk melengkapkan penyusuan tersebut selama dua tahun. Selain itu, ia juga dapat memberi input kepada para majikan dalam memberi sokongan dan motivasi kepada pekerja wanita mereka untuk memenuhi anjuran ini dalam menghasilkan anak-anak yang sihat, cerdas dan berkualiti. Kata kunci: Penyusuan susu ibu, susu ibu, cabaran wanita kerjaya, susu ibu dalam al-Quran. PENGENALAN Penyusuan susu ibu dalam Islam dianggap sebagai satu amalan yang mulia dan dianjurkan oleh syarak bagi menjamin kesihatan tumbesaran bayi dan pemulihan kesihatan ibu selepas melahirkan anak. Menurut al-Khatib al-Sharbini (1994), penyusuan susu ibu yang lebih dikenali sebagai radha’ah dalam bidang fikah merupakan satu proses memasukkan susu seorang perempuan ke dalam hidangan kanak-kanak yang akan memberi kesan kepada pembesaran. Berasaskan kepada anjurannya melalui al-Quran, pelbagai kajian telah dilakukan oleh cendekiawan dan ahli akademik bagi mengenal pasti faedah dan keistimewaan penyusuan tersebut, sama ada kepada bayi itu sendiri atau juga kepada ibu yang menyusu. Keistimewaan susu ibu kepada bayi sudah pasti tidak dapat dinafikan. Normadiah et.al (2012) berpandangan makanan yang paling baik untuk diberikan kepada bayi yang baharu lahir ke dunia ialah susu ibu. Kandungan susu ibu yang mempunyai pelbagai nutrien terutamanya kolostrum dapat membantu bayi dalam pembentukan bakteria baik dan menjadi antibodi untuk perlindungan daripada bakteria jahat dan pelbagai virus. Khasiat yang terkandung dalam susu ibu akan menghindarkan diri bayi yang meminumnya daripada pelbagai penyakit yang merbahaya (Melissa Kotlen Nagin, 2009). Menurut Anon (2010), susu ibu dapat menyelamatkan bayi dari terkena serangan jantung. Ini kerana susu ibu mengandungi asam-asam lemak yang mampu mencegah pengerasan pembuluh arteri dan mengandungi zat-zat yang seimbang. Selain itu, susu ibu memang disahkan dari sudut kebersihannya. Menurut Freir & Eidleman (1980), susu ibu sangat bersih dan bebas Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018 International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018 Penyunting: Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Tengku Fatimah Muliana Tengku Muda, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Sumayyah Abdul Aziz, Nooraihan Ali, Kamaruddin Awang Mat, Azzyati Mohd Nazim, Nadhirah Nordin, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Noorsafuan Che Noh © Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ISBN 978-967-0899-96-1 (2018), http: //www.fki.unisza.edu.my

Upload: others

Post on 02-Jan-2020

34 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CABARAN WANITA KERJAYA DALAM MEMENUHI ANJURAN … · ibu sendiri yang menyusukannya, demi menjaga kesihatan tumbesaran anak dan pemulihan kesihatan ibu (Rashid Rida, 2005). Selain

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

568

CABARAN WANITA KERJAYA DALAM MEMENUHI ANJURAN

PENYUSUAN SUSU IBU DALAM AL-QURAN

SYH NOORUL MADIHAH SYED HUSIN, NORMADIAH DAUD,

TG FATIMAH MULIANA TG MUDA & RAMLAH MAT ALI

Abstrak: Al-Quran menganjurkan kepada wanita agar melengkapkan penyusuan susu ibu selama dua tahun.

Bagi wanita kerjaya, anjuran ini bukanlah merupakan satu perkara yang mudah untuk dipenuhi. Mereka

sudah tentu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan disebabkan faktor kerja yang mengurangkan

waktu untuk bersama dengan bayi yang disusu. Cabaran yang dihadapi pastinya jauh berbeza dengan wanita

yang tidak bekerja, kerana mereka mempunyai peluang yang lebih besar untuk menyusukan bayi secara

langsung. Justeru itu, kertas kerja ini akan mengulas bagaimana wanita bekerjaya menghadapi cabaran dalam

berhadapan dengan keinginan mereka untuk meneruskan penyusuan susu ibu walaupun dalam situasi bekerja.

Melalui metode temu bual semi struktur dengan lima orang wanita kerjaya yang pernah menyusukan anak

sepanjang tempoh pekerjaan, dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai cabaran yang telah dihadapi oleh

peserta kajian. Walaupun begitu, mereka telah berjaya menempuhi cabaran tersebut dengan jayanya. Kajian

ini diharapkan dapat memberi sokongan kepada wanita kerjaya untuk memenuhi anjuran al-Quran untuk

memilih susu ibu sebagai makanan pertama kepada anak dan berusaha untuk melengkapkan penyusuan

tersebut selama dua tahun. Selain itu, ia juga dapat memberi input kepada para majikan dalam memberi

sokongan dan motivasi kepada pekerja wanita mereka untuk memenuhi anjuran ini dalam menghasilkan

anak-anak yang sihat, cerdas dan berkualiti.

Kata kunci: Penyusuan susu ibu, susu ibu, cabaran wanita kerjaya, susu ibu dalam al-Quran.

PENGENALAN

Penyusuan susu ibu dalam Islam dianggap sebagai satu amalan yang mulia dan dianjurkan

oleh syarak bagi menjamin kesihatan tumbesaran bayi dan pemulihan kesihatan ibu selepas

melahirkan anak. Menurut al-Khatib al-Sharbini (1994), penyusuan susu ibu yang lebih

dikenali sebagai radha’ah dalam bidang fikah merupakan satu proses memasukkan susu

seorang perempuan ke dalam hidangan kanak-kanak yang akan memberi kesan kepada

pembesaran. Berasaskan kepada anjurannya melalui al-Quran, pelbagai kajian telah

dilakukan oleh cendekiawan dan ahli akademik bagi mengenal pasti faedah dan

keistimewaan penyusuan tersebut, sama ada kepada bayi itu sendiri atau juga kepada ibu

yang menyusu.

Keistimewaan susu ibu kepada bayi sudah pasti tidak dapat dinafikan. Normadiah

et.al (2012) berpandangan makanan yang paling baik untuk diberikan kepada bayi yang

baharu lahir ke dunia ialah susu ibu. Kandungan susu ibu yang mempunyai pelbagai

nutrien terutamanya kolostrum dapat membantu bayi dalam pembentukan bakteria baik

dan menjadi antibodi untuk perlindungan daripada bakteria jahat dan pelbagai virus.

Khasiat yang terkandung dalam susu ibu akan menghindarkan diri bayi yang meminumnya

daripada pelbagai penyakit yang merbahaya (Melissa Kotlen Nagin, 2009). Menurut Anon

(2010), susu ibu dapat menyelamatkan bayi dari terkena serangan jantung. Ini kerana susu

ibu mengandungi asam-asam lemak yang mampu mencegah pengerasan pembuluh arteri

dan mengandungi zat-zat yang seimbang. Selain itu, susu ibu memang disahkan dari sudut

kebersihannya. Menurut Freir & Eidleman (1980), susu ibu sangat bersih dan bebas

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018 Penyunting: Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Tengku Fatimah

Muliana Tengku Muda, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin,

Sumayyah Abdul Aziz, Nooraihan Ali, Kamaruddin Awang Mat, Azzyati Mohd Nazim,

Nadhirah Nordin, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Noorsafuan Che Noh

© Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

ISBN 978-967-0899-96-1 (2018), http: //www.fki.unisza.edu.my

Page 2: CABARAN WANITA KERJAYA DALAM MEMENUHI ANJURAN … · ibu sendiri yang menyusukannya, demi menjaga kesihatan tumbesaran anak dan pemulihan kesihatan ibu (Rashid Rida, 2005). Selain

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

569

bakteria. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan

tersebut akan hadir di dalam susu ibu. Bayi kecil yang sering menangis kerana mungkin

disebabkan oleh masalah perut kembung, akan dapat diatasi sekiranya bayi disusui dengan

susu ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan pertama. Bagi pihak penyusu pula, penyusuan

susu ibu mampu menjadikan seseorang ibu lebih berwatak baik dan penyayang. Ini kerana

kasih sayang antara mereka sentiasa bertambah setiap kali mereka memeluk dan

menyusukan bayi ketika proses penyusuan (Marshall et.al, 2007). Bahkan menurut

Matthiesen et.al (2001), penyusuan ibu secara langsung daripada bayi dapat membantu

para ibu menjadi lebih tenang. Hal ini kerana gerak geri mulut dan tangan bayi yang

menyentuh payudara ibu dapat merangsang hormon oksitoksin.

Dapatan tentang khasiat dan manfaat susu ibu yang diperolehi oleh pelbagai kajian

jelas membuktikan penyusuan susu ibu amat mempunyai kebaikan untuk tumbesaran dan

kesihatan bayi serta juga bermanfaat kepada ibu yang menyusu. Namun bagi memperolehi

kebaikan dan kemanfaatan ini, seorang ibu perlu menjalani tempoh menyusu dengan

pelbagai cabaran dan rintangan. Penyusuan susu ibu memerlukan komitmen daripada si ibu

dari aspek masa dan penjagaan makanan berzat. Bagi memastikan proses penyusuan

berjalan dengan lancar, seorang wanita perlu menyusu anaknya mengikut kehendak anak

secara konsisten. Bagi tempoh sehari, kekerapannya mungkin mencapai 5 hingga 10 kali,

dan mungkin lebih dari itu. Apatah lagi bagi seorang ibu kerjaya yang sentiasa berhadapan

dengan pelbagai tugasan kerja pada waktu siang hari. Menurut Amin (2011), wanita-

wanita yang bekerja dalam sektor swasta dikatakan mempunyai kecenderungan yang lebih

tinggi untuk tidak meneruskan penyusuan ibu, selepas memasuki alam kerjaya. Disebabkan

oleh ghairah dengan kesibukan kerja, ramai dalam kalangan wanita alpa dengan

tanggungjawab mereka untuk melengkapkan bayi mereka dengan keperluan susu ibu

(Syamilah et al., 2015 ). Ashmika Motee (2013) menyatakan antara punca berhentinya

proses penyusuan oleh wanita yang pernah menyusukan bayi adalah disebabkan oleh

faktor untuk memasuki alam kerjaya setelah berakhinya cuti bersalin. Kajian beliau

menunjukkan 32.5% daripada responden kajian telah melaporkan bahawa mereka perlu

menghentikan penyusuan kerana ingin menyambung semula kerjaya. Dapatan kajian

tersebut turut disokong oleh Hapsah Mohd Dusa dan rakan-rakan (2002) apabila

menyatakan antara faktor utama yang menyebabkan wanita tidak meneruskan penyusuan

secara eksklusif ialah kerana bekerja. Kajian beliau menemui penyusuan ibu secara

eksklusif amat rendah terutamanya di kalangan wanita kerjaya. Begitu juga dengan kajian

yang dilakukan oleh Aishah Mohamed (2006) ke atas sekelompok wanita yang

menyatakan bahawa antara faktor memberi susu formula kepada anak selepas selesai

berpantang ialah kerana tuntutan kerja, pergerakan yang terhad dan untuk menjaga

keterampilan diri. Hal keadaan ini amat merugikan kepada bayi dan juga ibu, kerana

penyusuan susu ibu telah terbukti mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan. Norita dan

Safinah (2017) menyatakan tindakan atau perlakuan sebahagian ibu yang menggantikan

susu ibu dengan susu lain tanpa ada sebab-sebab yang jelas, hanya akan merugikan anak.

Anak akan kehilangan makanan dan minuman yang menentukan pertumbuhan fizikalnya,

bahkan akan kehilangan sentuhan kasih sayang antara ibu dan anak.

Berasaskan kepada situasi yang digambarkan, kertas kerja ini akan cuba mengupas

apakah cabaran penyusuan susu ibu yang pernah dihadapi oleh wanita kerjaya dan

bagaimanakah mereka menempuhinya dalam meneruskan penyusuan tersebut sebagai

mana yang dianjurkan dalam al-Quran. Walaupun sememangnya terdapat rintangan dan

halangan untuk menyusu anak oleh wanita kerjaya, namun masih ramai ibu-ibu kerjaya di

luar sana yang mampu menempuhinya dalam menyempurnakan penyusuan tersebut. Hasil

perbincangan diharapkan dapat memberi perangsang kepada ibu-ibu kerjaya dalam

memberi pemakanan yang terbaik kepada anak-anak mereka melalui penyusuan susu ibu,

Page 3: CABARAN WANITA KERJAYA DALAM MEMENUHI ANJURAN … · ibu sendiri yang menyusukannya, demi menjaga kesihatan tumbesaran anak dan pemulihan kesihatan ibu (Rashid Rida, 2005). Selain

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

570

biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Usaha ke arah

memotivasikan ibu-ibu kerjaya untuk meneruskan penyusuan susu ibu adalah penting bagi

melahirkan generasi Muslim yang berkualiti melalui pemakanan pertama yang terbukti

sebagai makanan terbaik untuk bayi.

ANJURAN PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA WANITA DALAM AL-QURAN

Al-Quran telah mendatangkan beberapa potong ayat berkaitan dengan penyusuan dalam

pelbagai aspek perbincagan, termasuk anjuran penyusuan, pembayaran upah penyusuan,

tempoh penyusuan dan pengharaman perkahwinan disebabkan penyusuan. Dalam hal

berkaitan anjuran penyusuan melalui susu ibu, Allah SWT:

.

Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama

dua tahun genap, iaitu bagi orang yang ingin menyempurnakan penyusuan itu.”

Al-Baqarah 2: 233

Dalam ayat ini, Allah SWT menyatakan dengan jelas, bahawa para ibu hendaklah

menyusukan anak mereka selama dua tahun bagi mereka yang berkemampuan dan

mengingininya. Berdasarkan ayat ini, fuqaha telah berbeza pandangan dalam menyatakan

tentang hukum wanita menyusu anak-anaknya dengan susu ibu. Al-Sabuni (1999) telah

merumuskan perbezaan pandangan tersebut dengan menyatakan bahawa sebahagian kecil

fuqaha yang terdiri daripada fuqaha Maliki berpandangan hukum menyusu dengan susu

ibu adalah wajib. Manakala bagi jumhur fuqaha, hukumnya hanyalah sunat selagi mana

bayi tersebut boleh menerima pemakanan selain daripada susu ibu dalam proses

tumbesarannya. Perbezaan fuqaha yang hanya berkisar antara perintah wajib atau sunat dan

bukan pada hukum harus ini menggambarkan Islam sememangnya menggalakkan

penyusuan susu ibu terhadap bayi-bayi yang baharu lahir.

Anjuran memberi susu ibu kepada bayi dalam awal ayat 233 surah al-Baqarah di atas

dilihat sebagai satu gesaan yang sangat diambil berat dalam Islam apabila pada akhir ayat

tersebut Allah SWT menjelaskan pula tentang pembayaran upah bagi ibu yang menyusu.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada

orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah)

yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu

kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa

jua yang kamu lakukan.”Al-Baqarah 2: 233

Dalam menerangkan ayat di atas, al-Sya’rawi (1991) menyatakan bahawa adalah

tidak menjadi satu kesalahan bagi seorang suami sekiranya mereka ingin mengupah orang

lain selain isterinya untuk menyusukan anak mereka. Walau bagaimanapun, terdapat

banyak perbezaan bagi mereka yang disusui oleh ibu sendiri dengan disusui oleh

perempuan lain. Walaupun anak tersebut mendapat khasiat susu ibu, tetapi kasih sayang

ketika menyusukan anak secara langsung oleh ibunya sendiri tidak dapat dicurahkan.

Dalam keadaan yang tertentu ada kalanya anak terpaksa diserahkan kepada orang lain

Page 4: CABARAN WANITA KERJAYA DALAM MEMENUHI ANJURAN … · ibu sendiri yang menyusukannya, demi menjaga kesihatan tumbesaran anak dan pemulihan kesihatan ibu (Rashid Rida, 2005). Selain

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

571

untuk disusui kerana susu ibu kering atau ibu tidak sihat dan sebagainya. Justeru amalan

memberi susu ibu dengan mengupah wanita selain daripada ibu bayi sedemikian

dibenarkan dalam Islam. Namun sekiranya ibu sihat dan mempunyai susu, sewajarnya si

ibu sendiri yang menyusukannya, demi menjaga kesihatan tumbesaran anak dan pemulihan

kesihatan ibu (Rashid Rida, 2005). Selain dari ayat di atas, al-Quran menyatakan sekali

lagi tentang isu pembayaran upah untuk wanita yang menyusu dalam sural al-Talaq yang

berbunyi:

Maksudnya: “Kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak) kamu, maka

berikanlah upah kepada mereka, dan bermusyawarahlah di antara kamu (segala

sesuatu) dengan baik. Dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain

boleh menyusukan (anak itu) untuknya.” Al-Talaq 65: 6

Dalam ayat ini, Ibn Kathir (1998) menyatakan seorang wanita yang diceraikan

berhak mendapat upah penyusuan daripada bekas suami sekiranya wanita itu menyusu

ketika dalam tempoh iddah. Upah yang perlu dibayar adalah bergantung kepada

persetujuan di antara mereka. Namun, jika mereka tidak dapat persepakatan dalam hal

jumlah upah, si suami boleh mengupah orang lain untuk menyusukan anaknya itu.

Seterusnya, al-Quran turut menjelaskan tentang tempoh yang paling ideal untuk

menyusu bayi. Dalam ayat 233 surah al-Baqarah sebelum ini jelas menunjukkan tempoh

yang dianjurkan adalah selama dua tahun. Dalam surah al-Ahqaf pula, Allah SWT

menjelaskan jumlah tempoh mengandung dan menyusukan anak adalah selama 30 bulan.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu

bapa; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah

melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh

mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam

masa tiga puluh bulan.”Al-Ahqaf 46: 15

Berdasarkan ayat ini, Ibn Kathir (1998) menjelaskan seorang wanita yang melahirkan

anak ketika usia kehamilannya 6 bulan, memadai untuk menyusukan anaknya selama 24

bulan. Adapun sekiranya dia melahirkan anak pada usia kehamilan 7 bulan, memadai

untuk wanita itu menyusukan anaknya selama 23 bulan. Manakala sekiranya dia

melahirkan anak ketika usia kehamilan 9 bulan, cukup baginya untuk menyusukan selama

21 bulan. Pemberian susu ibu kepada bayi selama dua tahun sebagai mana yang disebut

secara jelas dalam surah al-Baqarah ayat 233 dan secara tersirat dalam surah al-Ahqaf di

atas merupakan satu tempoh yang amat sesuai untuk tumbesaran seorang bayi. Norita dan

Safinah (2017) menyatakan penyusuan susu ibu selama dua tahun sangat mempengaruhi

perkembangan diri anak. Hal ini menunjukkan bahawa air susu ibu adalah sebahagian

penting dari proses pembentukan keperibadian anak. Menurut al-Mahbubi (2017) pula,

tempoh penyusuan yang dianjurkan itu amat selari dengan fitrah kehidupan dan keperluan

seorang bayi. Dalam tempoh tersebut, bayi baharu lahir yang berhadapan dengan pelbagai

kelemahan memerlukan kepada pemakanan yang paling baik dan kasih sayang serta

pendidikan yang sempurna daripada seorang ibu.

Page 5: CABARAN WANITA KERJAYA DALAM MEMENUHI ANJURAN … · ibu sendiri yang menyusukannya, demi menjaga kesihatan tumbesaran anak dan pemulihan kesihatan ibu (Rashid Rida, 2005). Selain

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

572

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini secara umumnya bersifat kualitatif. Dalam proses pengumpulan data, kaedah

temu bual secara semi struktur telah digunakan. Temu bual dilakukan secara di atas talian,

sama ada melalui perbualan telefon atau e-mel dan mesej teks ringkas melalui perisian

telefon mudah alih. Temu bual seperti ini memberi peluang kepada peserta kajian yang

ragu untuk menjalani temu bual bersemuka untuk turut serta di dalam proses penyelidikan

kerana merasakan lebih selesa dan berada dalam ‘zon selamat’ (James & Busher, 2009).

Sejumlah 5 orang staf wanita dari Universiti Sultan Zainal Abidin telah dipilih

berdasarkan kepada prosedur persampelan bertujuan (purposive / purposeful sampling)

untuk dijadikan peserta kajian. Persampelan bertujuan merujuk kepada satu pemilihan

sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu (Vanderstoep dan Johnston, 2009).

Kaedah ini wajar digunakan kerana kajian kualitatif bukan bertujuan untuk membuat

generalisasi (Merriam, 2009), namun hanya bagi mendapat gambaran yang mendalam

terhadap fenomena yang dikaji. Jumlah saiz peserta kajian ini berada dalam lingkungan

bersesuaian kerana dalam kajian kualitatif, saiz sampel tidak perlu terlalu besar kerana

sukar untuk menghasilkan data yang padat dan juga tidak terlalu kecil kerana sukar untuk

mencapai tahap ketepuan (Onwuegbuzie dan Leech, 2007). Jumlah tersebut juga memadai

untuk menemukan titik ketepuan apabila data yang dihasilkan telah memberi satu

gambaran yang hampir sama tentang cabaran penyusuan susu ibu bagi wanita kerjaya.

Dalam kajian kualitatif, proses pengumpulan data adalah berasaskan kepada penemuan

titik ketepuan (Glaser dan Strauss, 2006).

Peserta kajian dalam kajian ini merupakan wanita kerjaya yang pernah menyusukan

anak secara ekslusif dan melengkapkan penyusuan susu ibu sehingga anak berusia dua

tahun. Penyusuan secara eksklusif bermaksud bayi hanya diberi susu ibu tanpa sebarang

pemakanan lain dalam tempoh enam bulan selepas kelahiran dan meneruskannya selepas

tempoh tersebut bersama dengan makanan pelengkap yang lain sehingga dua tahun atau

lebih (Laman sesawang World Health Organization, 2018). Pemilihan kriteria tersebut bagi

memastikan peserta kajian telah memenuhi anjuran al-Quran yang menggesa untuk

melengkapkan penyusuan susu ibu selama dua tahun. Selain itu, pengkhususan hanya

diberikan kepada mereka yang memberi susu ibu penuh tanpa dicampur dengan susu

formula dalam tempoh enam bulan pertama (penyusuan eksklusif) kerana susu ibu telah

terbukti mempunyai khasiat dan kualiti yang tinggi yang tidak mampu ditandingi oleh susu

lembu atau susu formula kerana susu-susu tersebut tidak mengandungi antibodi, enzim dan

sel rintangan jangkitan kuman (Taqwa Zabidi, 2012). Temu bual bersama peserta kajian

telah diadakan pada bulan Ogos 2018. Sejumlah soalan telah dikemukakan bagi mengenal

pasti bentuk cabaran yang pernah dihadapi oleh peserta kajian. Berikut merupakan profil 5

orang peserta kajian mengikut turutan temu bual:

Page 6: CABARAN WANITA KERJAYA DALAM MEMENUHI ANJURAN … · ibu sendiri yang menyusukannya, demi menjaga kesihatan tumbesaran anak dan pemulihan kesihatan ibu (Rashid Rida, 2005). Selain

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

573

Jadual 1: Profil Peserta Kajian

N

o

Usia Tempoh

Bekerja

Bilanga

n Anak

Tempoh Paling

Lama

Penyusuan Susu

Ibu Tanpa Susu

Formula

Bilangan

Anak yang

Disusu

Sehingga

Usia 2

Tahun

Tanpa

Susu

Formula

Kaedah

Penyusuan Anak

Ketika Bekerja

1 40 tahun 14 tahun 5 orang 1 tahun 6 bulan Tiada Menyediakan

susu ibu perahan

2 39 tahun 14 tahun 4 orang 2 tahun 3 orang Menyediakan

susu ibu perahan

3 43 tahun 18 tahun 3 orang 2 tahun 1 orang Menyusu secara

langsung

4 36 tahun 14 tahun 5 orang 2 tahun 2 orang Menyediakan

susu ibu perahan

5 35 tahun 8 tahun 5 orang 6 bulan Tiada Menyusu secara

langsung dan

menyediakan susu

ibu perahan

Jadual di atas menggambarkan profil keseluruhan peserta kajian. Kesemua daripada

mereka berusia 35 tahun ke atas dan majoritinya telah mempunyai pengalaman kerja

melebihi 10 tahun. Hanya seorang sahaja yang bekerja bawah 10 tahun, iaitu peserta

termuda yang baharu menceburkan diri dalam kerjaya selama 8 tahun. Sebagai mana yang

dinyatakan sebelum ini, kesemua peserta kajian dipilih daripada wanita kerjaya yang

pernah menyusukan mana-mana anak secara eksklusif iaitu tanpa campuran susu formula

hingga 6 bulan dan meneruskan penyusuan sehingga anak berusia 2 tahun. Secara lebih

terperinci, jadual 1 menunjukkan tempoh paling lama peserta kajian berjaya menyusukan

anak dengan susu ibu tanpa menggunakan susu formula ialah 2 tahun. Tempoh tersebut

telah dilalui oleh peserta kajian 2 untuk 3 daripada 4 orang anaknya, peserta kajian 3 yang

berjaya menyusukan seorang daripada 3 orang anaknya dan peserta kajian 4 untuk 2

daripada 5 orang anaknya. Manakala tempoh yang paling singkat pula ialah 6 bulan, iaitu

bagi peserta kajian 5. Dari aspek kaedah penyusuan di tempat kerja, hanya seorang sahaja

peserta kajian yang menyusu anak secara langsung (direct feeding) dan 3 orang

menggunakan kaedah menyediakan susu ibu perahan atau lebih dikenali sebagai Expressed

Breast Milk (EBM) kepada pihak yang menjaga anak. Bagi peserta kajian 5 pula, beliau

pernah menggunakan kedua-dua kaedah tersebut sepanjang tempoh beliau bekerja.

Data temu bual seterusnya dianalisis mengikut kaedah tematik. Kaedah tematik

merupakan satu proses pengelasan data mengikut tema-tema dalam sesuatu fenomena.

Melalui kaedah ini, pengkaji meneliti data-data yang diperolehi, seterusnya melakukan

proses pengekodan dan pengkategorian berdasarkan ciri-ciri data untuk mengemukakan

tema berkaitan dengan fenomena yang dikaji (Bowen, 2009). Dalam kajian ini, tiga tema

telah ditentukan iaitu cabaran i) pengurusan masa, ii) pengurusan penyusuan dan iii)

pengurusan emosi dan pemakanan. Data-data dianalisis dengan melibatkan 5 langkah

utama iaitu proses pentranskripan, penyusunan data, pengekodan, pengkategorian dan

rumusan.

Page 7: CABARAN WANITA KERJAYA DALAM MEMENUHI ANJURAN … · ibu sendiri yang menyusukannya, demi menjaga kesihatan tumbesaran anak dan pemulihan kesihatan ibu (Rashid Rida, 2005). Selain

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

574

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Hasil temu bual yang dijalankan, kajian mendapati terdapat beberapa bentuk cabaran yang

dihadapi oleh peserta kajian. Ia boleh dikategorikan dalam tiga kumpulan, sebagai mana di

bawah:

Pengurusan Masa

Penyusuan susu ibu bukan merupakan sesuatu yang mudah untuk diaplikasi secara

konsisten. Selain memerlukan kepada pengorbanan dari aspek tenaga dan mental, seorang

ibu yang ingin menyusukan anak dengan susu ibu perlu kepada pengorbanan masa. Hal ini

kerana bagi proses penyusuan, seorang ibu perlu mengambil masa yang khusus untuk

penyediaan susu, sama ada menyusu secara langsung, mahu pun secara tidak langsung.

Dengan kata lain, pengurusan masa merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu

yang menyusu susu ibu, khususnya wanita kerjaya yang berhadapan dengan pelbagai

tugasan kerja pada waktu siangnya. Bagi wanita yang berazam untuk meneruskan

penyusuan susu ibu, permulaan untuk memulakan kerja setelah cuti bersalin adalah satu

cabaran yang amat besar. Hal ini kerana hari-hari pertama bekerja merupakan satu tempoh

peralihan kerja daripada tugas sebagai seorang ibu dan suri rumah sepenuh masa kepada

seorang pekerja di sebuah pejabat dan juga ibu yang perlu menyediakan susu atau

menyusukan secara langsung kepada anak. Tanpa perancangan pengurusan masa yang

baik, wanita kerjaya tidak mampu untuk memberi penyusuan susu ibu kepada anak

mereka.

Dalam memerihalkan tentang persiapan untuk memulakan kerjaya, peserta kajian 2

menjelaskan bahawa beliau telah mula menyediakan susu untuk dibekalkan pada anak

ketika mula bekerja dengan berkata: “Kebiasaannya, proses menyusu akan bermula sebaik

sahaja anak lahir dan apa yang paling penting 'mind setting' ketika kita masih dalam

pantang. Sebagaimana saya 'setting' yang anak saya mesti meyusu penuh dengan susu

badan apabila saya mula bekerja nanti, maka saya mesti memulakan operasi menyimpan

stok susu seawal yang mungkin apabila berlaku 'lebihan susu'. Proses mengepam akan

dibuat apabila baby settle menyusu, dan masih ada lebihan susu ataupun apabila terjaga

dari tidur dan merasakan 'susu penuh'.” – Peserta kajian 2. Persediaan stok susu yang

dibuat secara rapi ketika dalam tempoh cuti bersalin oleh peserta kajian ini dapat

membantu beliau dalam menguruskan masa pada awal kerja setelah tamat cuti bersalin.

Lazimnya, mereka yang baharu memasuki kerja setelah bercuti lama akan berhadapan

dengan pelbagai tugasan dan kerja yang perlu diselesaikan. Melalui persiapan bekalan susu

seperti yang dilakukan ini, wanita yang menyusu dengan cara membekalkan EBM untuk

anak mampu menguruskan masa untuk proses penyusuan dalam kesibukan memulakan

tugasan baharu di pejabat. Penyesuaian masa untuk memulakan kerjaya amatlah penting

bagi seorang ibu yang menyusu. Rutin kerja di rumah sebagai ibu dan suri rumah sudah

tentu akan membuatkan wanita kerjaya akan mula merasa satu kelainan pada awal kerja

dari aspek pengurusan masa. Salah seorang peserta kajian berkata: “Saya banyak ambil

masa kerja untuk menyusu pada peringkat awal usia anak (ketika mula bekerja). Selepas

itu, OK lah. Saya hanya pergi menyusu pada masa tiada kelas atau masa rehat sahaja.” –

Peserta kajian 3. Apa yang dinyatakan oleh peserta kajian ini menggambarkan beliau

berhadapan dengan masalah pengurusan masa pada awal mula bekerja sehingga terpaksa

menggunakan banyak masa kerja bagi memenuhi tuntutan menyusu anak. Masalah yang

dihadapi akhirnya semakin berkurang dan dapat diatasi setelah beberapa tempoh tertentu.

Page 8: CABARAN WANITA KERJAYA DALAM MEMENUHI ANJURAN … · ibu sendiri yang menyusukannya, demi menjaga kesihatan tumbesaran anak dan pemulihan kesihatan ibu (Rashid Rida, 2005). Selain

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

575

Sebagai ibu yang menyusu secara langsung, susunan jadual menyusu amatlah perlu bagi

mengelakkan berlakunya pengabaian kerja di pejabat.

Seorang peserta kajian menceritakan tentang pengalaman beliau dalam mengurus

masa untuk meneruskan penyusuan susu ibu: “Saya mesti mengepam paling kurang pada

setiap dua jam sekali. Ada juga sesekali terganggu sebab ada kelas atau meeting yang tak

dapat dielakkan. Tapi akan cuba juga usahakan supaya boleh pam susu.” - Peserta kajian

1. Bagi peserta kajian ini, beliau sentiasa mendisiplinkan masa dalam mengurus

penyediaan susu ibu secara mengepam susu di pejabat. Apabila ditanya tentang

kesempatan beliau untuk mengurus urusan kerja seharian dan juga urusan peribadi ketika

waktu pejabat, beliau menjelaskan: “Kalau dalam meeting yang sangat lama melebihi tiga

jam, saya akan keluar dulu dalam 15 minit sahaja untuk pam susu. Kemudian masuk balik.

Kadang tu masa makan terpaksa dikorbankan sebab perlu pam susu dulu. Masa rehat

yang agak sempit, tak sempat makan. Jadi, asal ada masa lapang je, terus pam susu.”-

Peserta kajian 1. Apa yang dihadapi oleh peserta kajian 1 ini dilihat sememangnya

memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Melalui pengurusan masa yang sistematik dan

juga pengutamaan mengepam daripada urusan peribadi ketika diperlukan, beliau berjaya

melalui cabaran dalam meneruskan penyusuan susu ibu. Dapatan ini menyokong apa yang

dinyatakan oleh Norsuhaida Che Musa et.al (2017) bahawa ibu kerjaya yang mampu

meneruskan penyusuan susu ibu kebanyakannya terdiri daripada mereka yang cekal hati

dan bermotivasi tinggi sahaja.

Hal keadaan yang hampir sama turut dinyatakan oleh peserta kajian 2. Beliau

sekurang-kurangnya terpaksa memperuntukkan masa sebanyak tiga kali sehari untuk

mengepam sepanjang berada di pejabat. Peserta kajian 2 menjelaskan: “Biasanya, sebelum

ke pejabat, saya akan mengepam susu seawal jam 5 am untuk bekalkan susu fresh untuk

anak. Manakala di pejabat, saya mengepam pada jam 9 am, 1 pm dan 4 pm.” – Peserta

kajian 2. Berbeza dengan kaedah mengepam mengikut waktu yang ditetapkan oleh setiap

ibu, bagi peserta kajian 3 yang menyusu anak secara langsung, beliau memperuntukkan

masa khusus untuk ke pusat asuhan yang berada dalam kawasan pejabatnya setiap hari.

Belaiu menyatakan: “Saya menyusu mengikut keperluan anak, on demand. Bagi saya,

proses menyusu ini adalah sedikit mengganggu rutin pejabat. Tugas mengajar kadangkala

menyebabkan saya tak dapat menyusu on demand juga.” - Peserta kajian 3. Peserta kajian

5 pula menyatakan: “Dalam keadaan yang berkelapangan contoh masa lunch hour jam 1

hingga 2 petang, saya pergi mendapatkan bayi tersebut untuk menyusu secara terus.” –

Peserta kajian 5. Cabaran yang dihadapi oleh kedua peserta kajian ini dilihat lebih

memenatkan apabila terpaksa berulang alik ke pusat asuhan bagi menyusukan anak

mengikut keperluan anak dari masa ke masa. Meskipun berhadapan dengan keletihan

fizikal, mereka tetap berjaya menyempurnakan penyusuan anak secara penuh selama 6

bulan, malah bagi peserta kajian 3 hingga dua tahun walau sering terpaksa tidak memenuhi

kehendak anak. Secara umumnya, cabaran yang dihadapi oleh peserta-peserta kajian ini

adalah satu cabaran yang sememangnya perlu dihadapi oleh seorang ibu menyusu yang

bekerjaya. Bagi memastikan kelancaran susu berada dalam keadaan yang baik, seorang ibu

yang menyusu perlu sentiasa menyusu anaknya atau mengepam susu secara konsisten.

Justeru, kekerapan peserta-peserta kajian mengepam dan pergi menyusu secara berulang

alik adalah bertepatan dengan kaedah penyusuan susu ibu. Menurut Meek (2001),

kekerapan memerah susu akan merangsang hormon prolaktin yang sangat berkesan untuk

menambah kuantiti dan kelancaran penyusuan.

Seterusnya wanita yang menyusu susu ibu turut dilihat perlu berhadapan dengan

cabaran mengurus masa dengan bijak untuk proses penyusuan atau mengepam apabila

berada dalam situasi kerja yang tidak mempunyai selang waktu rehat. Peserta kajian 1

menceritakan bagaimana beliau mengurus masa ketika terlibat dengan mesyuarat dan kelas

Page 9: CABARAN WANITA KERJAYA DALAM MEMENUHI ANJURAN … · ibu sendiri yang menyusukannya, demi menjaga kesihatan tumbesaran anak dan pemulihan kesihatan ibu (Rashid Rida, 2005). Selain

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

576

pengajian yang memakan masa yang lama: “Kalau dalam meeting yang sangat lama

melebihi 3 jam, saya akan keluar dulu dalam 15 minit sahaja untuk pam susu. Kemudian

masuk balik meeting. Tapi kalau ada kelas 2 jam tu, biasanya sempat habiskan kelas.

Lepas habis kelas, terus pergi pam. Tapi saya akan pastikan sebelum masuk kelas tu, pam

dulu walaupun bukan masa mengepam lagi.” – Peserta kajian 1. Bagi peserta kajian ini,

beliau akan tetap mendisiplinkan masa dari sudut mengepam walaupun berada dalam

mesyuarat atau tempoh waktu mengajar yang agak panjang. Hal yang sama turut

dinyatakan oleh peserta kajian 2 dengan berkata: “Kebiasaannya curi masa akan berlaku

apabila berada dalam mesyuarat atau bengkel. Saya akan meminta izin daripada pihak

urusetia untuk melakukan proses pam susu yang mengambil masa antara 15-30 minit.” –

Peserta kajian 2. Menurut peserta kajian 4 pula, sekiranya beliau berhadapan dengan tugas

mengajar yang memakan masa yang lama, beliau mendapati hasil susu yang dipam

amatlah kurang memberangsangkan. Hal ini mungkin berlaku kerana proses mengepam

yang kurang disiplin. Bagi mengurangkan masalah tersebut, beliau telah mengambil

inisiatif sendiri seperti mana yang dinyatakan oleh beliau: “Kalau jadual kelas full, letih

lah sikit. So, susu pun agak kurang lah. Jadi, sebelum pam tu, saya ambil wuduk dulu

untuk rehatkan badan dan baru pam dalam keadaan tenang.” – Peserta kajian 4. Apa yang

dilakukan oleh peserta kajian ini adalah satu penyelesaian berbentuk amalan kerohanian. Ia

merupakan satu tindakan yang wajar bagi memastikan ibu berada dalam keadaan tenang

sebelum mengepam untuk menghasilkan susu yang baik.

Pengurusan Penyusuan

Penyusuan susu ibu memerlukan kepada pengurusan yang agak rumit berbanding dengan

penyusuan susu formula. Bagi yang menyusu secara membekalkan EBM kepada anak, para

ibu perlu menyediakan pelbagai kelengkapan untuk proses mengepam pada waktu pejabat.

Dalam menjelaskan hal berkaitan penyediaan perkakas untuk tujuan mengepam, peserta

kajian 1 menjelaskan: “Semua peralatan tersedia di bilik kat office. Time nak pam tu,

pakai sahaja alat yang dibawa. Tidak susah pun, dan tak ambil masa lama untuk

menyediakannya. Selain pam, kelengkapan menyimpan susu pun dah siap dibawa seperti

botol susu, plastik beg susu dan cooler bag.” - Peserta kajian 1. Penjelasan oleh peserta

kajian ini memaparkan bahawa wanita kerjaya yang menyusu dengan cara membekalkan

EBM untuk anak perlu bersedia dalam menyediakan pelbagai kelengkapan penyusuan

seperti yang telah dinyatakan. Sebelum keluar ke tempat kerja, mereka bukan sahaja perlu

memikirkan untuk penyediaan perkakas berkaitan tugasan-tugasan di pejabat seperti

komputer riba dan sebagainya, malah turut perlu menyediakan perkakas berkaitan dengan

proses penyusuan termasuk pam susu, botol susu, ais pek dan juga beg penyejuk.

Walaupun ada sebahagian perkakas kelengkapan tersebut boleh ditinggalkan di pejabat

seperti pam, namun ada juga yang perlu dibawa secara harian seperti beg penyejuk dan ais

pek. Kedua alat ini digunakan untuk memastikan susu perahan sentiasa berada dalam

keadaan sejuk, sama ada ketika berada di pejabat atau pun ketika dalam perjalanan untuk

dibawa pulang ke rumah. Hal ini kerana bagi memastikan susu perahan berada dalam

keadaan tidak tercemar, ia perlu disejukkan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2012).

Selain daripada menggunakan beg penyejuk, sebahagian peserta kajian

memanfaatkan peti ais yang ada di pejabat untuk menyejukkan susu sebelum dibawa

pulang ke rumah. Peserta kajian 2 menyatakan: “Biasanya saya menggunakan peti ais

yang disediakan oleh pihak office dan transferkan ke dalam cooler bag untuk membawa

susu pulang ke rumah.” – Peserta kajian 2. Peserta kajian 4 turut memberitahu hal perkara

yang sama: “Saya letak dalam peti di pantry.” – Peserta kajian 4. Amalan yang dilakukan

oleh peserta kajian di atas dengan meletakkan susu di dalam peti ais adalah untuk

Page 10: CABARAN WANITA KERJAYA DALAM MEMENUHI ANJURAN … · ibu sendiri yang menyusukannya, demi menjaga kesihatan tumbesaran anak dan pemulihan kesihatan ibu (Rashid Rida, 2005). Selain

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

577

sementara waktu sahaja, iaitu sepanjang mereka berada di pejabat dan sebelum pulang ke

rumah. Walaupun peti ais di pejabat bukanlah peti yang khusus untuk ditempatkan susu

ibu, bahkan merupakan satu kelengkapan yang boleh digunakan oleh semua staf pejabat,

namun mereka terpaksa melakukan demikian untuk meneruskan penyususan susu ibu.

Sebagai satu cara mudah, mereka sememangnya lebih selesa dan rasa selamat apabila susu

tersebut diletakkan dalam peti ais, jika dibandingkan dengan hanya diletakkan dalam beg

penyejuk. Suhu sejuk dalam peti ais pasti lebih tinggi berbanding dengan suhu beg

penyejuk. Namun kaedah meletakkan susu ibu dalam peti ais biasa yang bukan

dikhususkan untuk susu ibu masih mempunyai faktor risiko pencemaran susu. Kajian yang

dilakukan oleh Slusser et al. (2004) mendapati telah banyak kajian yang menyatakan

bahawa para pekerja wanita tidak digalakkan untuk menyimpan susu perahan dalam peti

sejuk biasa kerana risiko pencemarannya adalah sangat besar. Hal ini kerana peti sejuk di

tempat kerja sering dibuka dan ditutup dalam jumlah yang kerap dan kesegaran susu

perahan tidak terpelihara.

Cabaran pengurusan penyusuan bagi wanita yang perlu menyediakan EBM dilihat

lebih tercabar apabila mereka terpaksa keluar bekerja di luar kawasan pejabat dalam

tempoh melebihi daripada waktu pejabat. Jarak dan tempoh tersebut boleh menyebabkan

mereka tidak mampu untuk menyediakan EBM secara harian kepada anak dan juga tidak

dapat menjamin kualiti EBM daripada sebarang pencemaran. Hal ini kerana apabila bekerja

di luar kawasan seperti menghadiri bengkel, kursus dan sebagainya, lokasi penginapan

tidak semestinya mempunyai kelengkapan yang baik untuk penyimpanan EBM. Jika pun

ada kelengkapan tersebut, jarak tempat bekerja yang jauh dari kawasan tempat tinggal

boleh menyebabkan kemungkinan susu ibu tidak dapat dikekalkan kualitinya semasa

dalam perjalanan pulang dari bertugas. Seorang peserta kajian telah menceritakan

pengalaman beliau semasa bertugas di luar kawasan sebanyak dua kali dengan berkata:

“Pengalaman anak kedua ketika terpaksa pergi ke bengkel luar kawasan, saya mengepam

susu di surau dan tumpang letak kat peti hotel. Pengalaman anak ketiga pula ketika

terpaksa pergi kursus BTN di luar kawasan, saya terpaksa mengepam susu dan

membuangnya kerana tiada khidmat penstoran susu ibu.” – Peserta kajian 5. Apa yang

terjadi pada peserta kajian ini merupakan satu cabaran yang amat berat bagi seorang wanita

kerjaya yang menyusu anak dengan susu ibu. Pada pengalaman pertama, beliau terpaksa

mengepam susu di surau kerana tidak mempunyai tempat yang lebih sesuai untuk

mengepam, ditambah pula jadual tugas yang padat. Walaupun begitu beliau tetap

meneruskan niat untuk mengepam dan menyimpan susu perahan ke dalam peti bilik

penginapan. Berbeza dengan pengalaman pertama beliau yang berjaya membawa pulang

EBM ke rumah selepas selesai bertugas di luar kawasan, pada pengalaman kedua pula,

peserta kajian ini terpaksa akur dengan ketiadaan kelengkapan EBM. Disebabkan beliau

tidak mendapati kewujudan peti ais di tempat bertugas, beliau terpaksa membuang susu

perahan sepanjang berada di tempat tersebut.

Seterusnya, bagi ibu-ibu yang menyusu secara menyediakan EBM, mereka bukan

sahaja perlu memastikan susu yang telah dipam berada dalam keadaan suhu sejuk

sepanjang waktu kerja sebelum dibawa pulang ke rumah, malah mereka turut perlu

memastikan perkakas pam sentiasa berada dalam keadaan bersih dan tidak tercemar.

Peserta kajian 4 amat menitikberatkan perkara ini dengan berkata: “Keperluan

pembersihan perkakas pam sangat perlu. Dulu saya guna satu pam sahaja. So, memang

kena basuh kat office. Kemudian, basuh juga kat rumah. Tapi lepas anak yang kedua, saya

beli dua pam. Satu untuk kegunaan office, satu lagi kat rumah. Lepas guna saya akan

basuh dan simpan dalam bahagian freezer kat peti office je. Kat rumah pun sama, basuh

dan simpan dalam freezer peti di rumah.” – Peserta kajian 4. Apa yang dihadapi oleh

peserta kajian ini agak sulit, kerana beliau bukan sahaja perlu mengepam beberapa kali

Page 11: CABARAN WANITA KERJAYA DALAM MEMENUHI ANJURAN … · ibu sendiri yang menyusukannya, demi menjaga kesihatan tumbesaran anak dan pemulihan kesihatan ibu (Rashid Rida, 2005). Selain

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

578

sepanjang waktu pejabat, bahkan setiap kali selepas mengepam, beliau perlu

membersihkan segala perkakas pam bagi menjaga sebarang pencemaran berlaku. Namun,

walaupun ia sesuatu yang rumit, peserta kajian tetap meneruskan cara pengurusan

penyusuan tersebut. Ia secara khususnya menolak pandangan sesetengah wanita yang

menjadi responden dalam kajian oleh Tengku Alina et.al (2012) yang menyatakan bahawa

salah satu sebab mereka tidak mengamalkan susu perahan adalah kerana meragui

keselamatan serta kebersihan susu perahan. Alasan yang diberikan itu seolah-olah tidak

diterima oleh peserta kajian 4 apabila beliau yakin cara pembersihan perkakas pam

merupakan salah satu kaedah untuk memastikan susu ibu perahan berada dalam keadaan

selamat dan tidak tercemar.

Selain itu, wanita menyusu juga perlu memilih tempat yang sesuai untuk proses

mengepam. Rata-rata peserta dalam kajian ini menyatakan mereka tidak mempunyai

masalah untuk mencari tempat mengepam yang sesuai. Ia sebagaimana dinyatakan oleh

peserta kajian berikut: “Alhamdulillah, keadaan pejabat sangat membantu.” - Peserta

kajian 2. “Ya, tempat kerja saya sangat condusive untuk mengepam bila-bila masa yang

diperlukan, sebab tempat kerja kita tu bilik kita -– Peserta kajian 1. Apa yang disampaikan

oleh kedua-dua peserta kajikan ini menggambarkan mereka tidak mempunyai sebarang

masalah dari sudut tempat untuk menguruskan penyusuan susu ibu. Hal ini kerana peserta

kajian yang terlibat dengan keperluan penyediaan EBM mempunyai ruang pejabat yang

selesa untuk mengepam. Ia bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh Witters-Green

(2003) bahawa penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang privasi. Bagi peserta kajian yang

menggunakan kaedah menyusu secara langsung pula, ada yang menyatakan pusat asuhan

yang disediakan oleh pihak majikan amat membantu beliau dalam melengkapkan

penyusuan susu ibu. Peserta kajian 5 menjelaskan: “Saya menyusukan bayi tersebut pada

waktu sela tenghari antara jam 1.00 hingga 2.00 petang. Ia sesuatu yang tidak

memenatkan kerana bayi tersebut diletakkan di pusat asuhan dalam kampus lokaliti yang

sangat hampir dengan tempat kerja ibu. Hal ini memudahkan pergerakan setiap staf yang

ingin menyusu secara langsung.” Namun, ada juga yang menyatakan proses berulang alik

ke pusat asuhan merupakan satu perkara yang memenatkan dengan berkata: “Menyusu ni

(secara ulang alik) agak memenatkan, tapi saya puas hati. Tambahan lagi anak saya

enggan minum susu yang dipam dan disejukbekukan.” – Peserta kajian 3. Apa yang

dihadapi oleh peserta kajian di atas merupakan satu cabaran. Beliau terpaksa berhadapan

dengan kepenatan kerana terpaksa berulang alik ke pusat asuhan sepanjang waktu kerja.

Hal keadaan ini dapat diselesaikan sekiranya pihak majikan meraikan ibu-ibu yang

menyusu dengan mengamalkan ‘Program Penyusuan Susu Ibu di Tempat Kerja’ yang telah

diperkenalkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Pekeliling Amalan

Perniagaan Terbaik 2/2011. Dalam program tersebut, pihak majikan disarankan agar

menyediakan akses ke bilik penyusuan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali sehari

(Suruhanjaya Syarikat Malaysia, 2011).

Pengurusan Emosi dan Pemakanan

Pengurusan emosi seorang ibu amat penting sepanjang proses penyusuan susu ibu. Ia bagi

memastikan pengaliran susu ibu dalam keadaan yang baik dan tidak terhenti. Wanita

menyusu perlu memastikan emosinya sentiasa dalam keadaan baik dan tidak tertekan.

Rata-rata peserta kajian dalam kajian ini masih boleh mengawal emosi mereka biarpun

sentiasa berhadapan dengan tekanan kerja dan keletihan. Mereka amat bersikap positif

untuk meneruskan penyusuan anak-anak sehingga berjaya ke tempoh yang dianjurkan

dalam al-Quran iaitu selama dua tahun. Peserta kajian 3 menjelaskan apabila ditanya

adakah tekanan kerja akan mengurangkan susu: “Kadangkala benar, susu berkurang

Page 12: CABARAN WANITA KERJAYA DALAM MEMENUHI ANJURAN … · ibu sendiri yang menyusukannya, demi menjaga kesihatan tumbesaran anak dan pemulihan kesihatan ibu (Rashid Rida, 2005). Selain

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

579

(dalam suasana tekanan kerja). Tapi saya tetap positif untuk menyusu anak saya

sepenuhnya sehingga 2 tahun.” – Peserta kajian 3. Bagi peserta kajian yang telah

menjangkakan keadaan kekurangan susu akibat tekanan kerja dan sebagainya, mereka akan

menghadapinya dengan tenang dan menggunakan stok susu sejuk beku untuk

menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini diterangkan oleh peserta 5: “Saya pernah stress

kerja, hal ini akan mengurangkan produktiviti penyusuan. Saya memberikan bayi tersebut

stok susu ibu yang dipam semasa dalam pantang.” – Peserta kajian 5. Peserta kajian 2 pula

menyatakan: “Kebiasaanya, susu akan merudum ketika mana saya datang bulan (haid).

Masalah ini biasanya akan berlaku selepas daru setahun menyusu. Alhamdulillah stok

susu beku sangat membantu mengatasi kekurangan hasil susu apabila mengepam.” –

Peserta kajian 2. Bagi peserta kajian 2, kekurangan susu turut berlaku ketika proses

pertukaran hormon disebabkan kedatangan haid. Namun bagi dua peserta kajian ini,

mereka dapat menghadapi masalah tersebut dengan memanfaatkan stok susu sejuk beku

yang ada.

Peserta kajian 4 pula menceritakan tentang keadaan beliau ketika mendapati susu

berkurangan kerana kepenatan dalam melakukan tugas seharian di pejabat: “Kalau penat

sangat saya tak mengepam. Rehat dulu sambil berzikir Ya Razzaq Ya Rahman Ya Rahim

Ya Wahhab. Selain itu, ambil wudhuk dan rehat secukupnya dengan solat. Then, baru

pam.” – Peserta kajian 4. Bahkan bagi peserta kajian 4, beliau sentiasa mengamalkan zikir

khusus sekiranya berlaku kepenatan kerja yang menyebabkan kekurangan susu badan. Apa

yang ditonjolkan oleh kesemua peserta kajian secara keseluruhannya menunjukkan mereka

masih boleh berhadapan dengan suasana kerja seharian dan mampu menguruskan emosi

masing-masing dalam keadaan baik. Tindakan mereka dalam menyediakan stok susu sejuk

beku untuk berhadapan dengan situasi kekurangan susu dan berusaha menenangkan emosi

dengan cara tersendiri menunjukkan mereka memahami bahawa pengurusan emosi amat

penting untuk diurus dengan baik bagi memastikan penghasilan susu yang baik. Hal ini

bertepatan dengan pandangan Lau (2001) yang menyatakan bahawa kehidupan secara

tertekan boleh mempengaruhi aliran susu ibu.

Dari sudut pemakanan pula, ibu yang menyusu sudah pasti perlu menjaga corak

pemakanan mereka. Tidak sebagaimana wanita lain yang memberikan anak susu formula,

wanita yang mengamalkan penyusuan susu ibu perlu memastikan makanan yang diambil

adalah seimbang dan mempunyai khasiat kerana ia akan memberi kesan kepada susu yang

dihasilkan. Bagi peserta kajian 3, beliau sememangnya mengakui sentiasa menjaga

pemakanan seharian untuk menghasilkan susu yang berkhasiat. Beliau menjelaskan: “Saya

sangat positif dalam bab penyusuan. Tak timbul masalah bab pemakanan ni. Saya komited

menjaga pemakanan saya dan membuat pembacaan untuk menjayakan proses

penyusuan.” – Peserta kajian 3. Peserta kajian 2 pula menceritakan keperluan beliau dalam

mengamalkan pemakanan seimbang dengan berkata: “Sebolehnya ketika menyusu saya

mengamalkan diet yang seimbang. Saya tidak pernah memakan suplement penambah susu

kerana percaya demand dan supply dari penyusuan akan menentukan kejayaan menyusu.”

- Peserta kajian 2. Bagi peserta kajian 4, beliau mempunyai cara pemakanan tersendiri

apabila menyedari berlakunya kekurangan susu. Beliau menyatakan: “Pemakanan kita

boleh mengganggu kelancaran penyusuan. Untuk itu, saya akan banyakkan makan produk

tenusu dan kekacang. Bagi saya, cara terbaik ialah minum minuman manis dan banyakkan

air kosong.” – Peserta kajian 4. Sikap yang ditonjolkan oleh peserta kajian ini

menggambarkan mereka telah bersedia untuk menyediakan pemakanan yang sihat

sepanjang menyusukan anak. Biarpun mereka berada dalam suasana kesibukan bekerja,

namun soal penjagaan pemakanan harian tetap diambil berat, bagi memastikan penyusuan

anak dapat diteruskan secara sempurna.

Page 13: CABARAN WANITA KERJAYA DALAM MEMENUHI ANJURAN … · ibu sendiri yang menyusukannya, demi menjaga kesihatan tumbesaran anak dan pemulihan kesihatan ibu (Rashid Rida, 2005). Selain

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

580

RUMUSAN DAN CADANGAN

Susu ibu sememangnya diakui sebagai susu yang paling berkhasiat dan terbaik untuk bayi

yang baharu lahir. Namun bukan semua ibu yang mampu menyusukan anak dengan susu

ibu selama dua tahun sebagaimana yang telah dianjurkan dalam al-Quran. Bagi wanita

kerjaya, penyusuan susu ibu memerlukan kepada persiapan mental, fizikal dan rohani,

kerana mereka akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam meneruskan penyusuan

tersebut. Dapatan kajian ini telah menunjukkan kejayaan 5 orang peserta kajian menyusu

anak-anak mereka dalam kesibukan menunaikan tanggung jawab sebagai seorang pekerja.

Cabaran pengurusan masa, pengurusan penyusuan dan pengurusan emosi serta pemakanan

dapat ditempoh oleh mereka dengan jayanya. Kejayaan mereka ini sewajarnya dijadikan

contoh kepada wanita-wanita kerjaya di luar sana, agar berazam dan bersemangat untuk

menyusukan anak dengan susu ibu, walaupun terpaksa bersususah payah dengan pelbagai

rintangan dan cabaran dari masa ke masa.

Sebagai langkah untuk memberi sokongan kepada wanita kerjaya dalam berusaha

untuk menyusukan anak secara eksklusif dan meneruskan penyusuan hingga ke usia dua

tahun, kajian ini mencadangkan:

i- memberi penghargaan khusus kepada wanita kerjaya yang berjaya menyusukan anak

dalam tempoh yang tertentu

ii- menyediakan bilik pengurusan penyusuan di pejabat untuk ditempatkan perkakas

pam peribadi, peti sejuk khas untuk EBM dan dijadikan sebagai bilik untuk menyusu

atau mengepam

iii- mengelakkan keterlibatan bertugas di luar kawasan untuk ibu menyusu

iv- meminimumkan keterlibatan dengan tugasan yang melibatkan waktu kerja yang

panjang tanpa selang waktu rehat untuk ibu menyusu

Diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi perangsang kepada wanita kerjaya

untuk memberi susu ibu sebagai pemakanan pertama kepada anak-anak, tanpa menjadikan

kerjaya sebagai alasan utama.

Rujukan

Aishah @ Eshah Mohamed. (2006). Wanita dan Amlan Penyusuan Bayi di Perupok, Bachok, Kelantan.

Jurnal Pembangunan Sosial 9: 131-149.

Al-Khatib al-Sharbini, Shams al-Din Muhammad ibn Muhammad. (1994). Mughni al-Muhtaj ila Ma‘rifah

Ma‘ani Alfaz al-Minhaj. Ed. ‘Ali Muhammad Mu‘awwad dan ‘Adil Ahmad ‘Abd al-Mawjud. Jld. 4.

Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Mahbubi, Mahmazan Ahmad. (2017). Ayat Al-Ahkam Mu’tamad Li Fiqh Al-Radha’ah Wa Al-Fitam.

T.Tp: Mominoun Without Borders.

Al-Sabuni, Muhammad ‘Ali.(1999). Rawa’i‘ al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam min al-Qur’an. Jld. 1. Kaherah:

Dar al-Sabuni.

Al-Sya’rawi, Muhammad Mutawalli. (1991). Tafsir al-Sya’rawi. Jld. 3. Cairo: Akhbar al-Yaum.

Amin, R.M, Said, Z.M, Sutan, Rosnah, Shah, S.A, Darus, A & Shamsuddin K. (2011). Work Related

Determinants Of Breastfeeding Discontinuation Among Employed Mothers In Malaysia. International

Breastfeeding Journal 6(4).

Anon, Breast Milk Helps Reduce Obesity. (2004). http://news.bbc.co.uk/2/hi/health /3673149.stm. 2 May

2004. Dicapai pada 15 Oktober 2010.

Ashmika Motee, Deerajen Ramasawmy, Prity Pugo-Gunsam, & Rajesh Jeewon. (2013). An Assessment of

the Breastfeeding Practices and Infant Feeding Pattern among Mothers in Mauritius. Journal of

Nutrition and Metabolism 2013: 1-8.

Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. (2012). Panduan Pengendalian dan Pemberian

Susu yang Selamat di Pusat Jagaan dan TASKA. Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Page 14: CABARAN WANITA KERJAYA DALAM MEMENUHI ANJURAN … · ibu sendiri yang menyusukannya, demi menjaga kesihatan tumbesaran anak dan pemulihan kesihatan ibu (Rashid Rida, 2005). Selain

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

581

Bowen, Glenn A. 2009. Document Analysis as a Qualitative Research Method. Qualitative Research Journal

9 (2): 27-40.

Freir, S & Eidleman, A.I. (1980). Human Milk, Its Biological and Social Value. Amsterdam: Excerpta

Medica.

Glaser, Barney G. & Strauss, Anselm L. (2006). The Discovery of Grounded Theory: Strategies for

Qualitative Research. United States of America: Aldine Transaction.

Hapsah Mohd Dusa, Omar Mihat & Mariam Abd. Manaf (2002). Kajian Pengetahuan, Sikap dan Amalan

Berkenaan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif Di kalangan Ibu-Ibu Hamil yang Mendapatkan

Pemeriksaan Antenatal Di Klinik Kesihatan Seremban. Jurnal Kesihatan Masyarakat 8: 67-72.

Ibn Kathir, Abu al-Fida’ al-Hafiz. (1998). Tafsir al-Qur’an al-‘Azim. Jld. 1. Beirut: Dar al-Fikr.

James, Nalita & Busher, Hugh. (2009). Online Interviewing. London: SAGE Publication.

Laman Sesawang World Health Organization. (2018). Health Topics: Breastfeeding.

http://www.who.int/topics/breastfeeding/en/. Dicapai pada 1 Ogos 2018.

Lau, C. (2001). Effects of Stress on Lactation. Pediatric Clinics of North America 48(1): 221-234.

Marshall J.L, Godfrey M & Renfrew M.J., (2007). Being A 'Good Mother': Managing Breastfeeding And

Merging Identities. Soc Sci Med 65(10): 2147-2159.

Matthiesen AS, Ransjo-Arvidson AB, Nissen E & Uvnas-Moberg K. (2001). Postpartum Maternal Oxytocin

Release By Newborns: Effects Of Infant Hand Massage And Sucking. Birth 28(1): 13 – 9.

Meek J.Y. (2001). Breastfeeding In The Work Place. Pediatr Clin N Am 48(2): 461-74.

Melissa Kotlen Nagin. (2009). Breastfeeding.About.Com/Breastfeedingbasics/G/Colostrums.Htm. Dicapai

pada 12 Januari 2013.

Merriam, Sharran B. (2009). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation and Case Study.

Ed. 2. United States of America: Jossey-Bass.

Norita Kamaruddin & Safinah Ismail. (2017). Pensyariatan Islam Mengenai Penyusuan Menerusi Ayat 233

Surah Al-Baqarah. Dalam Prosiding 3rd Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference. 15

November 2017, Shah Alam, Malaysia: 132-140.

Normadiah Daud, Zuliza Mohd Kusrin, Salasiah Hanin Hamjah & Anwar Fakhri Omar. (2012). Penyusuan

dan Bank Susu Menurut Islam. Islamiyyat 34: 107-118.

Norsuhaida Che Musa, Kamal Halili Hassan & Mohamad Nazri Ahmad. (2017). Hak Penyusuan Susu Ibu di

Tempat Kerja: Pendekatan Polisi, Perundangan dan Kesihatan. Dalam Prosiding Seminar Pendidikan

Transdisiplin. 16-17 Januari 2017, Universiti kebangsaan Malaysia, Malaysia: 481-495.

Onwuegbuzie, Anthony J. & Leech, Nancy L. (2007). Sampling Designs in Qualitative Research: Making the

Sampling Process More Public. The Qualitative Report 12 (2) (June 2007). 238-254.

Rashid Rida, Muhammad. (2005). Tafsīr al-Manar. Jld. 2. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Slusser W.M., Lange L, Dickson V, Hawkes C & Cohen R. (2004). Breast Milk Expression In The

Workplace: A Look At Frequency And Time. Journal Of Human Lactation 20(2): 164-169.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia. (2011). Mewujudkan Persekitaran Kerja yang Kondusif bagi Wanita:

Program Penyusuan Susu Ibu di Tempat Kerja. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Syamilah Musa, Azimah Mohd Masri & Mohd Norzi Nasir. Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam.

World Academic and Research Congress 2015 (World-AR 2015) Ar-Rahim Hall, YARSI University,

Jakarta, Indonesia, 9th – 10th December 2015. 240-248.

Taqwa Zabidi. (2012). Penubuhan Bank Susu Ibu di Malaysia: Satu Analisis Hukum. Jurnal Penyelidikan

Islam 25: 169-193.

Tengku Alina T Ismail, Zaharah Sulaiman, Rohana Jalil, Wan Manan W Muda & Nik Normanieza N Man.

(2012). Breast Milk Expression Among Formally Employed Women In Urban and Rural Malaysia: A

Qualitative Study. International Breastfeeding Journal 7(11 ): 1-8. Doi:10.1186/1746-4358-7-11.

Vanderstoep, Scott W. & Johnston, Deirdre D. (2009). Research Methods for Everyday Life: Blending

Qualitative and Quantitative Approaches. San Francisco: Jossey-Bass.

Witters-Green R. ( 2003). Increasing Breastfeeding Rates In Working Mothers. Families, Systems and Health

21(4): 415-434.