pengumuman mungkin lewat ekoran perubahan menteri ......1985: datuk a samad said 1987: muhammad...

1
\ » Pengumuman mungkin lewat ekoran perubahan Menteri Pendidikan Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@bh. com.my K habar angin tentang siapa yang bakal diangkat sebagai penerima Anu- gerah Sastera Negara (ASN) yang membawa gelar Sasterawan Negara (SN) . ke-13 sudah kerap sangat didengar + sehingga seolah-olah dianggap sebagai rahsia terbuka. Bagaimanapun, sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipas- tikan kerana sehingga kini penilaian akhir untuk menentukan siapakah yang bakal dinobat sebagai SN ke-13 masih lagi berjalan. Malah, jika ada pun calon yang bakal dinobatkan sebagai SN, pe- ngumuman itu tidak mungkin dibuat dalarn masa terdekat. Ini kerana Pengarah Bahagian Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abang Sa- lehuddin Abang Shoe- kran mengingatkan proses me- milih SN bukanlah kerja mudah kerana calon yang bakal diangkat itu boleh dijadikan ikon kepada sastera kebangsaan. Perkenan Yang di-Pertuan Agong "Selain memastikan calon itu berkelayakan dalam pelbagai as- pek penilaian, keputusannya juga perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. "Pada masa sekarang, proses itu mungkin lewat daripada yang dijangkakan kerana seperti yang diketahui, Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab dalam urusan ini juga sudah bertukar ," katanya kepada Sastera BH di DBP, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Tambah Abang Salehuddin, walaupun khabar sudah berteba- ran kononnya pengarang tertentu dikatakan bakal diangkat sebagai pemenang, beliau lebih mengang- gapnya sebagai andaian dan spekulasi. "Apabila tarikh pencalonan tarnat, spekulasi mula timbul yang mungkin betul atau salah tetapi selagi keputusan tidak diumumkan semua orang boleh membuat spekulasi. "Bagaimanapun, bagi DBP selaku sekre- tariat yang me- nangani ASN, kami sangat menitikberat- kan kerahsiaan," katanya. Sasterawan berwibawa, layak Abang Salehuddin memberikan keyaki- nan sekretariat akan sedaya upaya memilih pengarang terbaik pada tahun penilaiannya, sekali gus memastikan SN dipilih daripada ka- langan sasterawan yang berwibawa dan layak. "Pihak kami memilih yang terbaik kerana menjadi harapan bersama bahawa tokoh yang dipilih itu menyumbang semula kepakarannya dalarn sarna-sarna membantu membangunkan kesusasteraan kebangsaan. "Kita berharap mereka dapat memberi sumbangan daripada aspek pemikiran dan karya mereka. Pengarang yang dipilihjuga sudah lama berkarya dan masyarakat tahu serta membaca karya mereka. "Justeru, kami mengharapkan penerima akan terus memberi sumbangan dan membabitkan diri secara berterusan dalarn ranah sastera kebangsaan," katanya. ASN yang bermula pada tahun 1981 mengangkat pengarang kelahiran Bentong Pahang, Dr Kamaludin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Keris Mas dinobat (8 KHAMIS 170GOS 2015 sebagai SN pertama. Selain dikenali sebagai penulis dan pengkritik sastera, Keris Mas juga ialah wartawan. Pengarang yang mutakhir diangkat sebagai SN ialah penyair kelahiran Hutan Melintang, Datuk Dr Baharuddin Zainal (Baha Zain) pada tahun 2013. Terbuka pada cadangan Tegas Abang Salehuddin, dalam usia penganjuran ASN yang sudah mencecah 34 tahun, DBP sentiasa terbuka kepada semua cadangan untuk memperkukuhkan lagi dan membaiki status ASN terma- suk dalam soal kebajikan pe- nerimanya. "ASN ialah pengiktirafan ter- tinggi dalam sastera negara , jadi sepatutnya kita melakukan penambahbaikan untuk peng- hargaan sebegini. "Sedaya upaya kami akan memberi sesuatu yang bermanfaat kepada setiap penerima ASN. Walaupun begitu, setiap proses pembaikan perlu mendapat ke- lulusanjemaah menteri ," katanya. Untuk rekod, ASN dimulakan hasil gagasan mantan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn yang mahukan satu pengiktirafankhusus diberikan kepada khalayak sastera kebangsaan demi mengangkat martabat sastera negara. DBP dilantik sebagai sekretariat ASN di bawah seliaan Kementerian Pelajaran dan ketika ia dimulakan, setiap penerima gelaran SN me- nerima hadiah wang tunai RM30,000, selain pelbagai kemu- dahan berkarya. Hadiah itu dinaikkan sejak tahun 2003 dengan penambahan sebanyak RM30,000 , sekali gus menjadikan nilainya RM60,000 , selain kemudahan menerbitkan karya mencecah RM500,000. INFO Sasterawan Negara 1981: Kamaludin Muhammad (Keris Mas) 1982: Prof Emeritus Datuk Shah non Ahmad 1983: Datuk Usman Awang 1985: Datuk A Samad Said 1987: Muhammad Dahlan Abdul Biang (Arena Wati) 1991: Prof Dr Muhammad Haji Salleh 1993: Datuk Noordin Hassan 1996: Datuk Abdullah Hussain 2003: Prof Madya Dr Syed Othman Syed Omar atau (S Othman Kelantan) 2009: Datuk Dr Anwar Ridhwan 2011: Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) 2013: Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain) Hadiah ® Warkah Penghormatan Negara. . ® Wang tunai sebanyak RM60,OOO. ® Kemudahan dan keselesaan untuk kegiatan mencipta. ® Kemudahan untuk penerbitan karya. ® Kemudahan perubatan percuma dalam wad . kelas satu di mana-mana hospital kerajaan.

Upload: others

Post on 31-Jan-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • \

    » Pengumuman mungkin lewat

    ekoran perubahan Menteri Pendidikan

    Oleh Hafizah Iszahanid [email protected]

    K habar angin tentang siapa yang bakal diangkat sebagai penerima Anu-gerah Sastera Negara (ASN) yang membawa

    gelar Sasterawan Negara (SN) . ke-13 sudah kerap sangat didengar

    + sehingga seolah-olah dianggap sebagai rahsia terbuka.

    Bagaimanapun, sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipas-tikan kerana sehingga kini penilaian akhir untuk menentukan siapakah yang bakal dinobat sebagai SN ke-13 masih lagi berjalan.

    Malah, jika ada pun calon yang bakal dinobatkan sebagai SN, pe-ngumuman itu tidak mungkin dibuat dalarn masa terdekat.

    Ini kerana Pengarah Bahagian Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abang Sa-lehuddin Abang Shoe-

    kran mengingatkan proses me-milih SN bukanlah kerja mudah kerana calon yang bakal diangkat itu boleh dijadikan ikon kepada sastera kebangsaan.

    Perkenan Yang di-Pertuan Agong "Selain memastikan calon itu berkelayakan dalam pelbagai as-pek penilaian, keputusannya juga perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

    "Pada masa sekarang, proses itu mungkin lewat daripada yang dijangkakan kerana seperti yang diketahui, Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab dalam urusan ini juga sudah bertukar," katanya kepada Sastera BH di DBP, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Tambah Abang Salehuddin, walaupun khabar sudah berteba-ran kononnya pengarang tertentu dikatakan bakal diangkat sebagai pemenang, beliau lebih mengang-gapnya sebagai andaian dan spekulasi.

    "Apabila tarikh pencalonan tarnat, spekulasi mula timbul yang mungkin betul atau salah tetapi selagi keputusan tidak diumumkan semua orang boleh membuat spekulasi.

    "Bagaimanapun, bagi DBP selaku sekre-

    tariat yang me-nangani ASN,

    kami sangat menitikberat-kan kerahsiaan," katanya.

    Sasterawan berwibawa, layak Abang Salehuddin memberikan keyaki-nan sekretariat akan sedaya upaya memilih pengarang terbaik pada tahun penilaiannya, sekali gus memastikan SN dipilih daripada ka-langan sasterawan yang berwibawa dan layak.

    "Pihak kami memilih yang terbaik kerana menjadi harapan bersama bahawa tokoh yang dipilih itu menyumbang semula kepakarannya dalarn sarna-sarna membantu membangunkan kesusasteraan kebangsaan.

    "Kita berharap mereka dapat memberi sumbangan daripada aspek pemikiran dan karya mereka. Pengarang yang dipilihjuga sudah lama berkarya dan masyarakat tahu serta membaca karya mereka.

    "Justeru, kami mengharapkan penerima akan terus memberi sumbangan dan membabitkan diri secara berterusan dalarn ranah sastera kebangsaan," katanya.

    ASN yang bermula pada tahun 1981 mengangkat pengarang kelahiran Bentong Pahang, Dr Kamaludin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Keris Mas dinobat

    (8 KHAMIS 170GOS 2015

    sebagai SN pertama. Selain dikenali sebagai penulis dan pengkritik sastera, Keris Mas juga ialah wartawan.

    Pengarang yang mutakhir diangkat sebagai SN ialah penyair kelahiran Hutan Melintang, Datuk Dr Baharuddin Zainal (Baha Zain) pada tahun 2013.

    Terbuka pada cadangan Tegas Abang Salehuddin, dalam usia penganjuran ASN yang sudah mencecah 34 tahun, DBP sentiasa terbuka kepada semua cadangan untuk memperkukuhkan lagi dan membaiki status ASN terma-suk dalam soal kebajikan pe-nerimanya.

    "ASN ialah pengiktirafan ter-tinggi dalam sastera negara, jadi sepatutnya kita melakukan penambahbaikan untuk peng-hargaan sebegini.

    "Sedaya upaya kami akan memberi sesuatu yang bermanfaat kepada setiap penerima ASN. Walaupun begitu, setiap proses pembaikan perlu mendapat ke-lulusanjemaah menteri," katanya.

    Untuk rekod, ASN dimulakan hasil gagasan mantan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn yang mahukan satu pengiktirafankhusus diberikan kepada khalayak sastera kebangsaan demi mengangkat martabat sastera negara.

    DBP dilantik sebagai sekretariat ASN di bawah seliaan Kementerian Pelajaran dan ketika ia dimulakan, setiap penerima gelaran SN me-nerima hadiah wang tunai RM30,000, selain pelbagai kemu-dahan berkarya.

    Hadiah itu dinaikkan sejak tahun 2003 dengan penambahan sebanyak RM30,000, sekali gus menjadikan nilainya RM60,000, selain kemudahan menerbitkan karya mencecah RM500,000.

    INFO

    Sasterawan Negara

    1981: Kamaludin Muhammad (Keris Mas) 1982: Prof Emeritus Datuk Shah non Ahmad 1983: Datuk Usman Awang 1985: Datuk A Samad Said 1987: Muhammad Dahlan Abdul Biang (Arena Wati) 1991: Prof Dr Muhammad Haji Salleh 1993: Datuk Noordin Hassan 1996: Datuk Abdullah Hussain 2003: Prof Madya Dr Syed Othman Syed Omar atau (S Othman Kelantan) 2009: Datuk Dr Anwar Ridhwan 2011: Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) 2013: Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain)

    Hadiah

    ® Warkah Penghormatan Negara. . ® Wang tunai sebanyak RM60,OOO. ® Kemudahan dan keselesaan untuk kegiatan mencipta. ® Kemudahan untuk penerbitan karya. ® Kemudahan perubatan percuma dalam wad. kelas satu di mana-mana hospital kerajaan.