penjimatan elektrik

21
Kaedah Penjimatan Elektrik 1 ISI KANDUNGAN Perkara Muka Surat 1.0 Pengenalan 2 2.0 Kesan Penggunaan Tenaga Elektrik Berlebihan 7 3.0 Trend Penggunaan Elektrik di DPP (Kajian Kes) 9 4.0 Langkah-langkah Mengatasi Penjimatan Elektrik 11 5.0 Cadangan Pengurangan Penggunaan Tenaga Elektrik 14 6.0 Kesimpulan 19 7.0 Rujukan 21

Upload: najjzumi

Post on 26-Jul-2015

2.160 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

1

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Kesan Penggunaan Tenaga Elektrik Berlebihan 7

3.0 Trend Penggunaan Elektrik di DPP (Kajian Kes) 9

4.0 Langkah-langkah Mengatasi Penjimatan Elektrik 11

5.0 Cadangan Pengurangan Penggunaan Tenaga Elektrik 14

6.0 Kesimpulan 19

7.0 Rujukan 21

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

2

1.0 PENGENALAN

Industri elektrik berfungsi melalui model yang ringkas dengan mengubah sumber tenaga kepada

tenaga elektrik. Pasaran elektrik di seluruh dunia adalah dalam bentuk monopoli semula jadi

disebabkan struktur, operasi dan implikasi kewangan industri ini. Rajah 1.1 di bawah

menunjukkan aliran ringkas mengenai model industri elektrik di Malaysia.

Rajah 1.1 : Model industri elektrik di Malaysia

Sumber-sumber tenaga ditukarkan menjadi tenaga elektrik yang merupakan satu jenis bentuk

tenaga dan disambungkan melalui sistem grid. Sistem grid ini dikenali sebagai penghantaran

(transmission) dan akhirnya tenaga elektrik ini akan sampai kepada kita melalui sistem

pembahagian (distribution).

Penukaran sumber tenaga kepada tenaga elektrik dan penggunaannya adalah satu proses

yang linear iaitu secar terus. Tenaga akan ditukarkan kepada bentuk tenaga yang lain dan

akhirnya digunakan oleh pengguna. Proses ini menyebabkan Malaysia perlu mewujudkan model

industri elektrik yang cekap, efektif, saksama dan terjamin untuk berfungsi bagi memastikan

pembangunan lestari untuk mencapai Wawasan 2020.

SUMBER

TENAGA

PENGGUNA

KOMERSIL

PENGGUNA

INDUSTRI

PENGGUNA

DOMESTIK

PEMBAHAGIAAN

ELEKTRIK

PENGHANTARA

N ELEKTRIK

PENJANAAN

ELEKTRIK

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

3

1.1 Tarif Elektrik

Kos elektrik dari penjanaan hingga ke pembahagian akan dikira sebagai tarif. Secara teknikal,

tarif elektrik merangkumi :-

i. Perbelanjaan Operasi

ii. Perbelanjaan Modal

iii. Keuntungan yang dikawal selia

iv. Perbelanjaan Pelaburan Semula

Perbelanjaan pelaburan semula adalah digunakan untuk mempertingkatkan lagi teknologi-

teknologi untuk mencapai kecekapan yang lebih tinggi. Jika kecekapan tidak ditingkatkan, kesan

keseluruhan tarif akan meningkat.

Selaras dengan petunjuk ekonomi Malaysia yang positif, permintaan bagi elektrik

dijangka meningkat pada kadar purata 7.8 peratus setahun iaitu kepada 20,087 MW pada tahun

2010. Justeru, tenaga elektrik perlu mempunyai pengurusan tenaga yang khusus supaya

mencapai penggunaan tenaga yang cekap sekali gus penjimatan tenaga elektrik dapat dicapai. Di

negara Malaysia sahaja, lebih daripada 90 peratus tenaga yang digunakan adalah daripada tenaga

elektrik. Tenaga elektrik ini pula dijanakan daripada sumber-sumber asas seperti tenaga hidro,

gas asli, minyak mentah dan juga arang batu. Tenaga-tenaga ini akan luput mengikut peredaran

masa kerana tenaga tersebut tidak boleh diperbaharui.

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

4

1.2 Pembekalan dan permintaan bekalan elektrik

Rajah 1.2 : Permintaan Maksimum Bekalan Elektrik Di Semenanjung Malaysia –

Separuh Tahun Pertama 2010

Sumber : Tenaga Nasional Berhad

Rajah 1.2 di atas menunjukkan permintaan maksimum terhadap bekalan elektrik di Semenanjung

Malaysia pada separuh tahun pertama 2010. Permintaan bekalan elektrik menunjukkan trend

yang semakin meningkat. Permintaan ini adalah selari dengan kapasiti penjanaan bekalan

elektrik pada tahun tersebut iaitu sebanyak 21,817 MW. Peningkatan yang berlaku adalah untuk

kegunaan pelbagai sektor. Rajah 1.3 pula menunjukkan jumlah jualan tenaga elektrik bulanan

untuk separuh tahun pertama oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengikut sektor-sektor

terpilih.

14,245

14,890 15,072

13,800

14,000

14,200

14,400

14,600

14,800

15,000

15,200

2009 1/2 tahun 1 1/2 tahun 2

Permintaan Maksimum

PermintaanMaksimum

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

5

Rajah 1.3 : Jualan Tenaga Bulanan oleh TNB (GWj) untuk Separuh Tahun

Pertama 2010

Sumber: Jabatan Kawal Selia Pembekalan dan Pasaran Elektrik

Sektor pertanian mencatatkan penggunaan tenaga elektrik yang paling tinggi setiap bulan

diikuti dengan penggunaan untuk komersial dan domestik. Manakala penggunaan elektrik untuk

lampu awam, pertanian dan perlombongan masing-masing kurang daripada 500 GMj.

Tenaga elektrik merupakan elemen terpenting dalam suatu sistem pengoperasian

bangunan. Ini kerana segala sistem yang beroperasi dalam bangunan itu adalah berasaskan

kepada bekalan tenaga elektrik. Antara sistem yang terdapat dalam sesebuah bangunan ialah

sistem pencahayaan, sistem penghawa dingin, sistem peralatan motor, sistem komunikasi dan

sebagainya. Ketiadaan tenaga elektrik menyebabkan sistem-sistem ini tidak dapat berfungsi

sekaligus menjejaskan aktiviti-aktiviti pengguna serta keperluan mereka.

Dengan penstrukturan semula subsidi gas dan kenaikan harga arang batu di pasaran,

kerajaan telah meluluskan satu struktur baru tarif elektrik yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2008

bagi membolehkan TNB menyerap kos bahan api bagi gas dan arang batu. Struktur baru ini

melibatkan peningkatan tarif elektrik hampir 20&. Walau bagaimanapun, selaras dengan hasrat

kerajaan untuk melindungi kebajikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana, struktur

tarif elektrik yang baru ini tidak menjejaskan penggunaan yang menggunakan tenaga elektrik

pada kadar 200 kWj ke bawah setiap bulan, iaitu 59% isi rumah di Semenanjung Malaysia, akan

membayar pada kadar yang sama. Bagi pengguna komersial dan industri pula akan mengalami

peningkatan tarif elektrik sebanyak 26% . tarif purata berdasarkan kenaikan tersebut adalah 32.5

sen/kWj berbanding dengan tarif purata sebelum kenaikan 26.1 sen/kWj.

0

500

1,000

1,500

2,000

2,500

3,000

3,500

4,000

Jan Feb Mar April Mei Jun

DomestikKomersialPerindustrianPerlombonganLampu AwamPertanian

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

6

Berdasarkan akhbar Harian Metro 31 Mei 2008, dalam satu kajian di kawasan kampus

Universiti Utara Malaysia (UUM), didapati daripada 260 bangunan dengan keluasan 350,000

meter persegi, penggunaan tenaga elektriknya adalah sebanyak 33,590,000 kWj dan

menyebabkan universiti itu membayar bil elektrik kira-kira RM 8 juta setahun ataupun kira-kira

RM 666,666 sebulan. Hasil tinjauan ke atas bil elektrik UUM, didapati berlaku peningkatan dari

bulan ke bulan. Ini menunjukkan setiap bangunan-bangunan sama ada bangunan kolej, dewan

penginapan pelajar (DPP) mahupun pejabat-pejabat mengalami kenaikan penggunaan tenaga

elektrik. Penekanan masalah ditekankan terhadap bangunan DPP kerana pengguna khususnya

pelajar UUM sendiri bebas menggunakan elektrik sama ada lampu bilik, kipas, komputer,

pengecas beteri dan juga peralatan elektrik yang lain.

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

7

2.0 KESAN PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK BERLEBIHAN

Semenjak kebelakangan ini, harga minyak di pasaran antarabangsa telah meningkat secara

mendadak dan negara kita juga tidak terkecuali daripada mengalami kesan kenaikan ini.

Kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa ini turut memberi kesan kepada harga gas di

pasaran tempatan memandangkan harga gas tempatan disandarkan kepada harga minyak.

Berikutan itu, kenaikan ini turut mempengaruhi harga arang batu di pasaran dunia. Oleh kerana

gas dan arang batu merupakan bahan api utama bagi penjanaan elektrik di negara ini, sebarang

kenaikan dalam harga kedua-dua bahan api ini akan memberi kesan kepada kos penjanaan

elektrik. Dengan mengambil kira dari segala aspek, pihak kerajaan terpaksa menyemak semula

tarif elektrik di negara ini bagi menampung sebahagian daripada kesan kenaikan harga kedua-

dua bahan api tersebut. Berdasarkan kepada harga minyak pada masa ini telah mencecah

USD135 setong, harga pasaran bagi gas ialah dalam lingkungan RM41.30/mm Batu manakala

harga arang batu pula mencecah USD125/tan metrik berbanding dengan USD45/tan metrik

semasa tarif elektrik dinaikkan pada tahun 2006. Hal ini terjadi kerana pertambahan permintaan

yang berterusan terhadap kuasa tenaga elektrik. Walau bagaimana pun, masyarakat masih tidak

mengetahui bahawa penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan akan memberi kesan kepada

alam, masyarakat dan negara.

Penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan menyebabkan kerajaan terpaksa

meningkatkan jumlah tenaga yang dijana agar dapat memenuhi keperluan pengguna. Oleh yang

demikian kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik dan menyebabkan harga atau caj

perkhidmatan tenaga elektrik meningkat. Penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan terutama

pada masa kemuncak telah menyebabkan dunia menghadapi krisis yang serius berkaitan dengan

tenaga. Antara krisis-krisis yang dimaksudkan adalah bekalan tenaga yang tidak mencukupi

serta harga pasarannya yang kian tidak menentu serta kemusnahan yang akan berlaku ke atas

alam sekitar. Keadaan ini menjadi semakin buruk di negara-negara membangun, terutamanya di

Asia Tenggara termasuk Malaysia. Ini disebabkan faktor ekonomi yang sedang berkembang

dengan pesat akan mendorong mereka menggunakan bahan ataupun produk-produk berteknologi

tinggi secara besar-besaran tanpa perlu memikirkan risiko pengurusan tenaga yang banyak

berasal daripada minyak.

Dalam kerancakan Malaysia menuju kepada sebuah negara yang maju, penggunaan

peralatan elektrik telah meningkat dengan mendadak sejak dua dekad yang lalu. Malaysia telah

mengalami peningkatan yang dramatik dalam penggunaan tenaga elektrik. Permintaan tenaga di

Malaysia telah meningkat pada kadar di antara 12 peratus hingga 15 peratus dalam setahun sejak

10 tahun yang lalu dengan permintaan puncak meningkat daripada 2990MW pada tahun 1986

kepada 9200MW pada tahun 1997. Walaupun ekonomi negara-negara timur selatan asia

mengalami kegawatan, permintaan tetap meningkat dalam lingkungan 6 peratus hingga 8 peratus

(Efendi, 2002). Selaras dengan petunjuk ekonomi Malaysia yang positif, permintaan puncak

bagi elektrik dijangka meningkat pada kadar purata 7.8 peratus setahun kepada 20,087 MW pada

tahun 2010. Maka dapat dilihat di sini tenaga elektrik perlu mempunyai pengurusan tenaga yang

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

8

khusus supaya mencapai penggunaan tenaga cekap atau dalam erti kata yang lain penjimatan

tenaga dapat dicapai.

Memang tidak dapat dinafikan lagi tenaga elektrik merupakan elemen terpenting dalam

suatu sistem pengoperasian bangunan. Ini kerana segala sistem yang beroperasi di dalam

bangunan itu adalah berasaskan kepada bekalan tenaga elektrik. Antara contoh-contoh sistem

yang terdapat di bangunan adalah sistem pencahayaan, sistem penghawa dingin, sistem peralatan

motor, sistem komunikasi, dan sebagainya (Subramanian, 1991). Ketiadaan tenaga elektrik ini

akan mengakibatkan sistem-sistem ini tidak dapat berfungsi sekali gus menjejaskan aktiviti-

aktiviti pengguna serta keperluan mereka. Selain kepentingan tenaga elektrik ini, pengguna juga

perlu mengeluarkan kos bagi menampung penggunaan elektrik tersebut. Pengeluaran kos ini

adalah mengikut jumlah penggunaan tenaga itu sendiri. Di dalam pengurusan tenaga, selain

aspek penggunaan peralatan elektrik yang jimat tenaga elektrik, pengguna juga harus diberi

pengetahuan dalam melakukan penggunaan tenaga yang cekap. Pengguna harus diberi kesedaran

betapa pentingnya menggunakan tenaga yang cekap sekali gus dapat menjimatkan kos ketika

keadaan ekonomi yang serba tidak menentu ini.

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

9

3.0 TREND PENGGUNAAN ELEKTRIK DI DPP (KAJIAN KES : UUM)

Dalam tugasan yang diterima iaitu mengenai langkah penjimatan elektrik di Dewan Penginapan

Pelajar (DPP), terlebih dahulu kami ingin mengetahui corak penggunaan tenaga elektrik dalam

kalangan pelajar yang mendiami DPP di dalam kampus Universiti Utara Malaysia (UUM).

Daripada tinjauan yang dibuat ke atas bil elektrik UUM selama setahun didapati sering berlaku

peningkatan pada setiap bulan. Peningkatan ini menunjukkan bahawa pengguna khususnya

pelajar UUM itu sendiri bebas menggunakan elektrik seperti dalam penggunaan kipas angin,

komputer, peralatan elektrik dan sebagainya. Sehubungan itu, didapati penggunaan elektrik

tertinggi di UUM pada tahun 2008 adalah ketika bulan Mei iaitu RM2,108,833.93 manakala

bulan terendah pula ialah pada bulan Januari iaitu RM647,035.80. Hal ini adalah kerana

kurangnya kesedaran dalam penjimatan elektrik dalam kalangan pelajar UUM.

Jadual 3.1 : Jumlah penggunaan elektrik bagi setiap DPP

DPP Bilangan Pelajar Sarjana

Muda Bilangan Pasca-siswazah

Yayasan Al-Bukhari (YAB) 2,700 30

TNB 983 9

Bank Rakyat 1,756 133

Perwaja/BSN 707 31

Tradewinds 1,005 8

Mas 1,058 36

Petronas 870 22

MISC 700 40

TM 930 16

Bank Muamalat 2,652 25

Sime Darby 913 11

SME Bank 1,887 -

Proton 932 20

EON 881 18

JUMLAH 19,759 399

Sumber : Pegawai Perangkaan Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM, 2008

3.1 Jenis Penggunaan Tenaga Elektrik Dalam Kalangan Pelajar di DPP

Terdapat pelbagai peralatan elektrik yang digunakan oleh pelajar di setiap DPP sama ada yang

telah disediakan oleh pihak UUM mahupun barang persendirian pelajar itu sendiri seperti

komputer riba, pemanas air, seterika dan radio serta barangan yang disediakan oleh UUM

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

10

antaranya kipas, lampu dan mesin basuh. Walau bagaimanapun, terdapat juga para pelajar yang

membawa dan menggunakan peralatan terlarang seperti periuk nasi, pembakar roti, dan

pengering rambut. Penggunaan peralatan elektrik yang tidak dibenarkan ini turut menyumbang

kepada penggunaan KWj yang tinggi.

Jadual 3.2 : Jumlah peralatan elektrik yang dimiliki dan digunakan mengikut

purata sebanyak 450 orang pelajar

Item Bilangan Peratus

Komputer riba 450 100

Pemanas air 371 82.4

Radio 140 31.1

Seterika 423 91.8

Telefon bimbit 450 100

Periuk nasi 95 21.1

Pembakar roti 71 15.8

Pengering rambut 110 24.4

Sumber : Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan, UUM

Berdasarkan jadual 4.2, didapati 100% secara purata pelajar memiliki komputer riba dan telefon

bimbit. Hal ini adalah disebabkan faktor seruan kerajaan agar ‘1 pelajar 1 komputer’ dengan

memberikan pelbagai insentif pembelian dan promosi agar setiap rakyat Malaysia mampu

memiliki komputer dan ini juga untuk memudahkan para pelajar berinteraksi dan belajar dengan

adanya komputer dan Internet yang telah disediakan oleh pihak UUM. Selain itu, penggunaan

seterika juga mempunyai peratus yang tinggi iaitu 91.8%. hal ini memang tidak boleh dielakkan

dan dikurangkan penggunaannya juga atas sebab kod etika UUM sendiri yang menyarankan

setiap pelajar sentiasa berpakaian kemas seperti pakaian ke pejabat berserta dengan tali leher.

Walau bagaimanapun, terdapat juga pelajar yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan

iaitu tidak boleh membawa barangan terlarang seperti periuk nasi iaitu seramai 21.1% orang

pelajar diikuti yang lain-lain sehingga menyebabkan bil elektrik UUM sentiasa meningkat dari

bulan ke bulan.

Justeru itu, peralatan elektrik utama seperti komputer riba, seterika, pengecas telefon

bimbit dan pemanas air sangat menyumbang kepada peningkatan bil elektrik diikuti dengan

barangan-barangan sampingan lain. Hal ini memang tidak dapat dielakkan atau menahan pelajar

untuk tidak menggunakan barangan ini tetapi ia masih boleh diatasi dengan mengurangkan

penggunaan elektrik untuk waktu-waktu penting sahaja dan sentiasa tutup elektrik apabila tidak

menggunakannya.

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

11

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENJIMATAN ELEKTRIK

Kerajaan dijangka menguatkuasakan Akta Kecekapan dan Penjimatan Tenaga pada 2014

bertujuan mengawal penggunaan tenaga bagi kelengkapan elektrik yang dijual di negara ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air iaitu Datuk Seri Peter Chih Fah Kui menjelaskan

melalui akta demikian, hanya kelengkapan elektrik yang memenuhi kriteria prestasi tenaga yang

minimum dan mempunyai label tenaga berupaya memasuki pasaran tempatan.

(http://mstar.com.my).

4.1 Langkah Statut

4.1.1 Peranan Kerajaan

Seterusnya kerajaan telah menggubal akta bagi langkah menjimatkan tenaga elektrik iaitu

akta bekalan elektrik 1990 (Akta 447) dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 (Akta 610).

Bertepatan dengan Pelan Tindakan Sektor Tenaga iaitu dalam teras yang keempat

menyatakan strategi iaitu mengurangkan electricity intensity sekurang-kurangnya 10%

menjelang 2015. Berdasarkan kajian yang dilakukan FOMCA ketika kempen penjimatan

tenaga, kebanyakan pengguna sering membazirkan tenaga elektrik dan kesedarannya

mengenainya masih kurang. Hal ini sama seperti sikap para pelajar di UUM sendiri yang

masih lagi tidak sedar akan pembaziran elektrik yang dilakukan saban hari.

(http://www.bharian.com.my/).

Dalam keadaan yang genting ini, para pelajar boleh menjimatkan penggunaan

elektrik di kolej-kolej kediaman masing-masing dengan menggunakan peralatan elektrik

jimat tenaga serta menutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan, dan tidak

meletakkannya pada ‘mode standby’. Begitu juga apabila keluar bilik ketika pergi ke

kelas mahupun ke mana-mana sahaja, seharusnya para pelajar memastikan lampu dan

kipas telah ditutup. Para pelajar perlu mengubah cara pengendalian barangan elektrik

mereka. Selain itu pelajar juga disarankan membeli peralatan yang sesuai untuk

keperluan peribadi kerana pembelian yang melampau boleh menyebabkan pembaziran

wang dan juga penggunaan tenaga. Dalam menangani hal ini, pengguna tidak seharusnya

pasif tetapi harus berusaha pelbagai cara untuk menggunakan tenaga dengan cekap.

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

12

4.2 Langkah Bukan Statut

4.2.1 Kempen Pelan Kecekapan Tenaga Kebangsaan

Pada masa yang sama, kos tenaga yang semakin meningkat di negara saban hari

termasuklah di kolej-kolej kediaman menyebabkan tercetusnya isu keupayaan kerajaan

untuk menampung keperluan pengguna pada masa yang sama. Menyedari kepentingan

demikian, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) atau dahulunya

dikenali sebagai Bahagian Alam Sekitar (FOMCA) telah merangka Pelan Kecekapan

Tenaga Kebangsaan untuk jangka masa 10 tahun. Kempen ini adalah langkah pertama

dalam pelaksanaan pelan demikian. Selain itu juga, kempen demikian telah mendapat

sokongan yang baik daripada pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,

Tenaga Nasional Malaysia dan Pusat Tenaga Malaysia. Oleh hal yang demikian,

SWITCH adalah antara contoh usaha oleh badan bukan kerajaan dengan sokongan

kerajaan untuk kebaikan pengguna termasuklah para pelajar UUM.

(http://switch.org.my).

4.2.2 Kesedaran Pelajar-pelajar UUM

Langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran orang awam khususnya pelajar-pelajar

yang tinggal di kolej-kolej kediaman tentang kepentingan dan faedah penggunaan

kelengkapan elektrik yang cekap tenaga semakin giat dilaksanakan. Sebagai contoh,

program Earth Hour dengan objektif satu jam membantu memelihara alam sekitar. Hari

bumi diwujudkan bagi menimbulkan kesedaran dalam kalangan penduduk bumi akan

kepentingan alam sekitar bagi memastikan bumi yang merupakan tempat tinggal manusia

sihat dan selamat.

Oleh hal yang demikian semua warga UUM diminta memberikan sokongan

kepada program Earth Hour dengan memadamkan lampu selama sejam bermula jam

8.30 malam pada 28 Mac. Usaha yang baik bagi membantu memelihara alam sekitar

diperkenalkan oleh World Wildlife Federation (WWF) dengan penglibatan lebih

daripada 75 buah negara sebagai tanda keprihatinan terhadap alam sekitar dan

menyelamatkan bumi termasuklah penglibatan semua kolej-kolej kediaman di UUM.

Pada masa yang sama, kempen demikian dijadikan pertandingan untuk memberi

kesedaran kepada pelajar-pelajar di UUM. Oleh hal yang demikian, pihak UUM telah

menetapkan bahawa mana-mana kolej yang berjaya mengurangkan kadar penggunaan

elektrik akan memperolehi habuan berbentuk wang ringgit serta sijil. Sehubungan

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

13

dengan itu, para pelajar mendapat yang gambaran jelas dan pemahaman yang lebih baik

mengenai kecekapan tenaga serta kepentingannya. Lantaran itu, sebagai pengguna yang

matang adalah pentingnya bagi para pelajar berperanan untuk mendidik diri sendiri

mengenai kecekapan dan menghargai tenaga yang ada supaya tidak berlaku pembaziran.

4.2.3 Pemeriksaan Pihak Kolej Kediaman Secara Mengejut dan Berkala

Langkah lain bagi menjimatkan elektrik adalah kawalan dan pemeriksaan oleh pihak

kolej kediaman masing-masing secara mengejut dan berkala. Pihak kolej antara golongan

yang memainkan peranan penting untuk menjimatkan tenaga elektrik di UUM. Sebagai

contohnya, pemeriksaan akan dilakukan oleh pengetua sendiri bersama-sama

Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa (JKPS) di setiap bilik para pelajar di kolej

masing-masing tanpa pengetahuan para pelajar. Pada masa yang sama, barangan elektrik

yang terlarang akan dirampas sekiranya didapati berada di dalam bilik pelajar. Rampasan

barangan elektrik dilakukan bagi menyedarkan para pelajar akan peraturan dan undang-

undang yang telah ditetapkan oleh pihak kolej kediaman.

4.2.4 Pembelian Pelekat Barangan Elektrik oleh Setiap Pelajar

Langkah seterusnya yang telah dilakukan oleh pihak kolej kediaman adalah dengan

mewajibkan para pelajar membeli pelekat barangan elektrik yang berharga RM 1 bagi

setiap barangan elektrik. Namun demikian, tidak semua barangan elektrik dibenarkan

penggunaannya di kolej kediaman. Secara tidak langsung, penggunaan elektrik dapat

dijimatkan. Hal ini kerana, hanya barangan elektrik seperti komputer riba, seterika dan

pemanas air sahaja dibenarkan penggunaannya di UUM. Penggunaan barangan elektrik

yang lain adalah sama sekali tidak dibenarkan. Oleh hal yang demikian, pembelian

pelekat barangan elektrik oleh pelajar adalah bukti bahawa para pelajar memiliki

barangan elektrik yang tidak salah menyalahi undang-undang kolej kediaman.

Kesimpulannya, segala langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak kolej

kediaman sebenarnya bertujuan memberikan kesedaran mengenai kecekapan dalam

penggunaan tenaga elektrik dan bagi memastikan para pelajar mempraktikkan segala

kempen yang dilakukan oleh pihak kolej kediaman. Pada masa yang sama, kesedaran

sivik oleh para pelajar sendiri seharusnya wujud dalam diri masing-masing agar

penjimatan elektrik di kolej kediaman khususnya dapat dicapai.

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

14

5.0 CADANGAN PENGURANGAN PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK

Bagi mengurangkan penggunaan elektrik, memerlukan beberapa cadangan baru bagi

menjimatkan bil elektrik yang perlu ditanggung oleh mana-mana pihak yang berkaitan. Oleh itu,

beberapa cadangan telah dicadangkan.

Cadangan pertama adalah penggunaan sistem kawalan litar elektrik direka yang

bermodelkan sistem pemasangan elektrik satu fasa. Ini di mana, sistem ini berkonsepkan sistem

SCADA (Supervisory Control And Data Acquisition). SCADA ini bermaksud Pengendalian

Pengawasan Dan Pengumpulan Data Di bawah Seliaan. Secara umumnya, sistem SCADA

adalah satu sistem yang dibina melibatkan pengawasan, pengawalan, dan pemberi isyarat

maklumat data dari kawasan beroperasi ke tempat kawalan utama. SCADA juga digunakan

untuk mengumpulkan dan menganalisis data dalam masa yang sebenar dengan bertujuan untuk

mengurus sesebuah operasi yang besar. Ini sesuai dengan penggunaan elektrik di kolej kediaman

pelajar kerana ianya dapat dikawal serta di selenggara dari pusat kawalan. Sistem SCADA ini

dikawal oleh sebuah komputer yang disambung kepada setiap perkakasan elektrik. Namun ianya

bukanlah secara automatik tetapi bergantung kepada penyeliaan pengguna khususnya para

pelajar UUM.

Fungsi sistem kawalan ini adalah memudahkan pemilik mengawal setiap perkakasan

elektrik yang berada di dalam rumah atau bangunan fasa satu tempat sahaja. Cara kendalian

sistem ini adalah melibatkan tiga elemen utama iaitu penggunaan CU (Controller Unit) yang

berada di antara komputer dengan perkakasan atau tempat pengoperasian yang mana berfungsi

sebagai pengumpul maklumat yang dihantar oleh komputer sebagai arahan dan ditukar kepada

kendalian litar. Ia juga bertindak menghantar maklum balas-balik kepada pusat kawalan

(komputer) sebagai maklumat tindakan. Elemen kedua adalah HMI (Human Machine Interface)

ia merupakan kawalan yang dibuat dengan memaparkan maklumat pada skrin komputer dalam

bentuk grafik (visual basic) yang melibatkan penghantaran isyarat dan membenarkan pengguna

mengawal serta memberi arahan yang mudah difahami oleh komputer. Manakala elemen ketiga

(communications) merupakan peralatan perhubungan yang digunakan untuk disambung kepada

sistem komputer bagi menghasilkan penghantaran maklumat yang cepat, tepat dan grafik yang

jelas. Di dalam projek ini, kabel pencetak akan digunakan bagi menghubungkan CU dengan

komputer. Kelebihan sistem ini kepada pengguna adalah menjimatkan masa dan mengurangkan

penggunaan tenaga elektrik dalam mengendalikan perkakasan elektrik. Selain itu juga, ia

merupakan satu teknologi yang belum lagi digunakan secara meluas di negara Malaysia.

Cadangan kedua pula adalah pembinaan prototaip iaitu sebuah alat penjimatan tenaga

elektrik. Pembinaan prototaip ini adalah berkonsepkan segi-tiga kuasa elektrik dengan mudah.

Konsep segi-tiga kuasa digunakan bagi mencapai pendekatan dalam menjimatkan tenaga elektrik

dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan litar bersepadu (IC) UC3854.

Litar pembetulan faktor kuasa aktif ini berfungsi untuk pra-pengatur faktor kuasa dengan

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

15

pembetulan faktor kuasa sehingga 0.98 pada sebarang voltan talian antara 80 Vrms dan 260

Vrms. Alat ini dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu pembetulan faktor kuasa dan juga

pengujian tahap keselamatan.

Bahagian pertama merupakan bahagian di mana akan mengkaji tentang pembetulan

faktor kuasa dalam menjimatkan penggunaan tenaga elektrik seterusnya menambah baik alat ini

agar mampu meningkatkan prestasi alat ini. Bahagian kedua pula adalah menyentuh aspek

keselamatan nyawa dan harta benda. Kedua-dua bahagian ini merupakan komponen penting bagi

memastikan alat ini mampu berfungsi dengan berkesan seterusnya menjamin keselamatan

pengguna. Dalam penggunaan alat ini, penjimatan paling maksimum boleh didapati apabila

faktor kuasa sempurna iaitu nilai faktor kuasa lebih besar terhasil di dalam sistem elektrik.

Faktor kuasa merupakan ukuran sebenar kuasa yang diperlukan. Penggunaan tenaga akan

semakin berkurang apabila faktor kuasa ditingkatkan. Contoh model yang digunakan adalah

seperti model ADDIE. Model ADDIE merupakan antara model-model reka bentuk yang sering

menjadi asas kepada model-model reka bentuk yang lain. Model ADDIE mempunyai 5 fasa

seperti yang ditunjukkan di bawah Rajah 5.1 :

Rajah 5.1 : Model reka bentuk ADDIE

Sumber : http://www.engineering-ed.org/isd_model.htm

Seterusnya, bagi menjimatkan penggunaan elektrik, dicadangkan menggunakan lampu

LED (Light Emitting Diode). Dalam Bahasa Melayu ialah Diod Pemancar Cahaya. Lampu jenis

ini dibina berasaskan semikonduktor. Apabila arus elektrik dibekalkan pada terminal positif dan

negative lampu LED, penggabungan elektron dan lohong akan berlaku di antara dua lapisan

semikonduktor, seterusnya membebaskan tenaga dalam bentuk cahaya. Pencahayaan

menggunakan semikonduktor ini ditemui oleh penyelidik British bernama Henry Joseph Round

pada 1907. Teknologi LED ini telah mula digunakan untuk kegunaan praktikal mulai 1960an,

Analisis

Reka bentuk

Membangun

Melaksanakan Menilai

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

16

tetapi kini penggunaannya semakin popular. Oleh itu, dicadangkan bagi menjimatkan

penggunaan elektrik, digalakkan menggunakan lampu LED. Ini kerana Diod pemancar cahaya

lampu ini adalah berkecerahan tinggi. Rujuk dalam rajah 5.2 di bawah :-

Rajah 5.2 : Binaan lampu LED

Kelebihan lampu LED ini berbanding lampu pijar dan lampu Kalimantan ialah :

Lebih menjimatkan elektrik berbanding lampu Kalimantan.

Kurang membebaskan haba.

Tiada penggunaan merkuri yang membahayakan kepada manusia, oleh itu lampu LED

mudah dilupuskan..

Tiada penggunaan choke/ballast dan starter.

Tidak mengeluarkan bunyi.

Jangka hayat lebih lama, sehingga 50,000 jam.

Menyala serta-merta apabila dihidupkan, tidak seperti lampu tiup kalimantan yang

menggunakan ballast magnetik yang berkelip-kelip ketika mula dihidupkan.

Tidak membebaskan gelombang ultraungu dan infra merah, oleh itu ia sangat sesuai

untuk dijadikan lampu luaran kerana ia tidak menarik perhatian serangga mendekati

lampu ini.

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

17

Malah lampu LED ini juga dicadangkan penggunaannya adalah bagi mengurangkan

penggunaan elektrik di samping dapat menjimatkan penggunaan elektrik kerana dari

penyelidikan terkini yang dibuat, lampu LED ini mempunyai kecekapan melebihi 100 Lumens

per Watt. Contoh lampu LED boleh dirujuk dalam rajah 5.3 :

Rajah 5.3 : Contoh produk lampu LED

Cadangan terakhir adalah penggunaan lampu sensor cahaya automatik di dalam bilik

penginapan pelajar. Lampu sensor cahaya automatik ini akan menjimatkan penggunaan tenaga

elektrik kerana ia berfungsi secara automatik apabila menjelang malam dan ia akan tutup dengan

sendiri apabila menjelang waktu siang. Ini akan menjimatkan penggunaan cahaya lampu kerana

pelajar tidak akan dapat membuka lampu dan membazirkan penggunaannya jika tidak

diperlukan pada waktu siang. Pemasangan lampu jenis ini adalah hanya sambungan 3 wayar.

Satu unit akan diletakkan di lubang kecil bersebelahan lampu bagi mengawal On/Off

pemasangan lampu ini. Gambar lampu sensor cahaya automatik ini boleh dirujuk pada rajah 5.4

dibawah : -

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

18

Rajah 5.4 : Lampu sensor cahaya automatik

Kesimpulannya, bagi mengurangkan serta menjimatkan penggunaan elektrik, tidak hanya

memandang dari aspek teknologi sahaja tetapi juga melihat dari aspek tanggungjawab pihak

yang terlibat iaitu di antara sikap pelajar sendiri dan juga pihak berkuasa seperti pengetua dewan

penginapan pelajar bagi bersama-sama pelajar dalam mengurangkan penggunaan elektrik.

Dengan sikap yang bertanggungjawab antara kedua pihak iaitu sikap manusia dan juga

penggunaan kemudahan moden yang sedia ada pada masa kini, tidak mustahil dapat

menjimatkan penggunaan elektrik serta dapat mengurangkan jumlah bayaran penggunaan

elektrik berbanding sebelum ini.

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

19

6.0 KESIMPULAN

Daripada keseluruhan perbincangan ini, menyimpulkan bahawa sikap serta tahap pemahaman

dalam kalangan penghuni kolej kediaman terhadap penggunaan tenaga secara cekap adalah

sederhana. Majoriti penghuni kolej faham tentang perlunya mereka menjimatkan elektrik tetapi

mereka tidak ada kesedaran untuk berbuat demikian. Di negara Malaysia sahaja, lebih daripada

90 peratus tenaga yang digunakan adalah daripada tenaga elektrik (Azni, 2003). Tenaga elektrik

ini pula dijanakan daripada sumber-sumber asas seperti tenaga hidro, gas asli, minyak mentah

dan juga arang batu. Sumber-sumber ini yang dinamakan tenaga lazim akan luput mengikut

peredaran masa kerana tenaga seperti ini tidak boleh diperbaharui. Oleh yang demikian, tenaga

elektrik perlu digunakan secara cermat dan bijaksana. Manusia pula tidak seharusnya

membazirkan sumber-sumber yang sedia ada supaya generasi-generasi yang akan datang juga

dapat menikmati kemudahan dan rezeki daripada sumber alam.

Selain itu, terdapat juga punca lain yang dikatakan menjadi pencetus kepada pembaziran

penggunaan tenaga elektrik di kolej-kolej kediaman iaitu peningkatan dalam penggunaan alat

komunikasi terutamanya komputer dan telefon bimbit. Dalam menerajui era globalisasi, telefon

bimbit dan komputer sudah menjadi medan perantara yang terpenting sekali. Tidak kira di alam

pekerjaan ataupun ketika sedang melanjutkan pengajian, komputer adalah menjadi satu pemudah

cara bagi melakukan sesuatu pekerjaan dengan pelbagai tujuan lain. Tercetusnya demam Internet

pada tahun 90 an menyebabkan pelbagai inovasi telah dilakukan untuk menjadikan satu dunia

dapat berhubung hanya dengan menggunakan komputer. Tidak kira apa pun tujuan terutamanya

ketika belajar, bekerja, dan sebagainya amat memerlukan komputer. Sehubungan dengan itu,

Universiti Utara Malaysia telah melaksanakan kempen 1 pelajar 1 komputer dengan pelbagai

insentif pembelian yang menarik bagi mendedahkan dan memudahkan pelajar dalam dunia

pengkomputeran agar tidak ketinggalan dalam era globalisasi ini.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kolej kediaman bagi memastikan penjimatan

tenaga elektrik. Penjimatan tenaga elektrik serta kesedaran terhadap kecekapan tenaga elektrik

merupakan satu amalan yang perlu diterapkan dalam kalangan penghuni-penghuni kolej

kediaman pelajar terutamanya di UUM. Selain itu, kerjasama antara pengurusan kolej kediaman

dan Unit Keselamatan dan sebagainya perlu sentiasa memantau peralatan elektrik yang dibawa

oleh penghuni kolej kediaman. Hal ini demikian kerana bagi memastikan penjimatan dan

mengoptimumkan penggunaan tenaga elektrik di setiap kolej-kolej kediaman pelajar serta

pengurusan tenaga elektrik yang cekap mampu mengurangkan jumlah kos tenaga per unit

pengeluaran serta memastikan penjimatannya. (http://etd.uum.edu.my).

Seterusnya, amalan motivasi dan latihan untuk pengguna amat penting dalam mencapai

kecekapan tenaga. Pembentukan kempen kesedaran tenaga dan program latihan penyelaras

untuk memastikan panduan yang diberi adalah mencukupi ke atas seluruh organisasi serta ke

atas kesesuaian amalan penjagaan yang baik untuk semua individu dan kumpulan di mana

tindakan tersebut boleh memberi kesan ke atas penggunaan. Segala usaha pihak jawatankuasa

pengurusan tenaga tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna jika tiada sambutan dan

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

20

kerjasama daripada pihak penghuni kolej kediaman atau pengguna bangunan. Tambahan lagi,

pihak pengurusan di UUM juga telah mengadakan pelbagai program pengurusan tenaga untuk

memberi motivasi dan pengetahuan tentang kecekapan tenaga bagi meningkatkan kesedaran

dalam kalangan penghuni-penghuni kediaman pelajar. Kesimpulannya, jelaslah bahawa

penggunaan elektrik secara berjimat-cermat serta pengurusannya secara cekap mampu

mengurangkan kos tenaga iaitu dalam bentuk pembayaran wang seterusnya dapat menjamin

kebaikan penggunaan tenaga cekap pada masa akan datang.

K a e d a h P e n j i m a t a n E l e k t r i k

21

7.0 RUJUKAN

Automatic Light Sensor Switch. (++) . Diakses pada 13 Mei 2012 daripada

http://www.escol.com.my/Schematics/M140-Manual.pdf

California Engineering & Technology Alkiance Engineering/Technology Curriculum for High

Schools. (++). Diakses pada 10 April 2012 daripada http://www.engineering-

ed.org/isd_model.htm

Lampu LED. (2010). Diakses pada 11 April 2012 daripada

http://zon152.blogspot.com/2010/05/led-light-emitting-diode.html

Muhamad Addin bin Burhanuddin. Pengurusan tenaga di Universiti Utara Malaysia : Tahap

kesedaran pelajar terhadap kecekapan tenaga elektrik. Tesis Ijazah Sarjana Sains

(Pengurusan Teknologi) yang tidak diterbitkan, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti

Utara Malaysia.

Mohamad Azman bin Hj. Mahmood. (2005). Sistem Kawalan Litar Elektrik Berkonsepkan

Sistem SCADA. Diakses pada 10 April 2012 daripada http://library.utem.edu.my

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia. (2011). Perjuangan – Masa depan industri

elektrik. Diakses pada 12 Mei 2012 daripada

www.awer.org.my/publication/perjuangan.pdf

Rosni Zamuddin Shah B. Sidek & Anis Syakirah Binti Rajuddin. (2007). Pembinaan Prototaip

Alat Penjimatan Teanag Elektrik bagi Kegunaan Domestik dan Persepsi Pengguna

Terhadap Penggunaanya. Diakses pada 11 April 2012 daripada

http://eprints.utm.my/10467/1/Pembinaan_Prototaip_Alat_Penjimatan_Tenaga_Elektrik_

Bagi_Kegunaan_Domestik_Dan_Persepsi_Pengguna_Terhadap_Penggunaannya.pdf

Suruhanjaya Tenaga. (2010). Laporan Interim Prestasi Perkhidmatan Pembekalan Elektrik di

Malaysia untuk Separuh tahun Pertama 2010. Diakses pada 9 Mei 2012, daripada

http://meih.st.gov.my/documents