final arahan pentadbiran penjimatan elektrik · 2019. 11. 25. · latar belakang 2.1 pekeliling...

7
PARLIMEN MALAYSIA Ruj: PAR.KPPM 1.1(9) Semua Warga Parlimen, ARAHAN PENTADBIRAN BIL. 6/2014 LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN ELEKTRIK DI PARLIMEN MALAYSIA 1. TUJUAN Arahan pentadbiran ini bertujuan melaksanakan langkah-langkah penjimatan elektrik di Parlimen. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2014 menetapkan Agensi Kerajaan melaksanakan dasar penjimatan sebanyak 5% ke atas kos utiliti. Oleh itu, adalah wajar langkah penjimatan ini dilaksanakan melalui komitmen dan kerjasama daripada semua warga Parlimen. 2.2 Langkah penjimatan elektrik yang paling berkesan adalah melalui penerapan budaya penjimatan elektrik di setiap kakitangan Parlimen. Melalui budaya yang menjadi amalan diri maka aspek penjimatan akan dapat dilaksanakan dengan jaya. Melalui penjimatan tersebut kos operasi penggunaan elektrik Parlimen yang berjumlah RM270 ribu sebulan semasa ada persidangan dan RM190 ribu sebulan semasa tiada persidangan akan dapat dikurangkan. Keperluan penjimatan ini bertambah perlu apabila pihak Tenaga Nasional Berhad menaikkan tarif elektrik sebanyak 17% mulai 1 Januari 2014. 1/2

Upload: others

Post on 19-Nov-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: final arahan pentadbiran penjimatan elektrik · 2019. 11. 25. · LATAR BELAKANG 2.1 Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2014 menetapkan Agensi Kerajaan melaksanakan dasar

 

PARLIMEN MALAYSIA Ruj: PAR.KPPM 1.1(9)

Semua Warga Parlimen,

ARAHAN PENTADBIRAN BIL. 6/2014

LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN ELEKTRIK DI PARLIMEN MALAYSIA

1. TUJUAN

Arahan pentadbiran ini bertujuan melaksanakan langkah-langkah

penjimatan elektrik di Parlimen. 2. LATAR BELAKANG

2.1 Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2014 menetapkan Agensi

Kerajaan melaksanakan dasar penjimatan sebanyak 5% ke atas kos utiliti. Oleh itu, adalah wajar langkah penjimatan ini dilaksanakan melalui komitmen dan kerjasama daripada semua warga Parlimen.

2.2 Langkah penjimatan elektrik yang paling berkesan adalah melalui

penerapan budaya penjimatan elektrik di setiap kakitangan Parlimen. Melalui budaya yang menjadi amalan diri maka aspek penjimatan akan dapat dilaksanakan dengan jaya. Melalui penjimatan tersebut kos operasi penggunaan elektrik Parlimen yang berjumlah RM270 ribu sebulan semasa ada persidangan dan RM190 ribu sebulan semasa tiada persidangan akan dapat dikurangkan. Keperluan penjimatan ini bertambah perlu apabila pihak Tenaga Nasional Berhad menaikkan tarif elektrik sebanyak 17% mulai 1 Januari 2014.

1/2

Page 2: final arahan pentadbiran penjimatan elektrik · 2019. 11. 25. · LATAR BELAKANG 2.1 Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2014 menetapkan Agensi Kerajaan melaksanakan dasar
Page 3: final arahan pentadbiran penjimatan elektrik · 2019. 11. 25. · LATAR BELAKANG 2.1 Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2014 menetapkan Agensi Kerajaan melaksanakan dasar

LAMPIRAN A

TANGGUNGJAWAB WARGA PARLIMEN MALAYSIA 1. Tidak menggunakan keseluruhan lampu di setiap unit pada waktu bekerja

7.30 pagi hingga 1.00 petang dan 2.00 petang 5.30 petang sekiranya ia tidak menjejaskan produktiviti dan kecekapan kerja kakitangan.

2. Kakitangan yang berada dalam bilik/ ruang kerja bersebelahan dinding

kaca digalakkan menggunakan lampu secara minima dan melaraskan bidai dinding kaca untuk mendapatkan pencahayaan yang sesuai.

3. Menutup lampu dan pendingin hawa pada jam 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang di bilik/ ruang pejabat.

4. Mematikan lampu/ pendingin hawa di bilik/ kawasan yang tidak digunakan

seperti meninggalkan bilik untuk tempoh yang melebihi satu jam seperti menghadiri mesyuarat/ bertugas di Blok Dewan.

5. Lampu dan pengdingin hawa di bilik mesyuarat/ bincang dimatikan

sekiranya ia tidak digunakan. 6. Kakitangan terakhir hendaklah menutup lampu di Bilik Mesyuarat

Jawatankuasa/ Bilik Taklimat/ Lounge Dewan Negara, Lounge Dewan Rakyat dan Dewan Negara Blok Utama.

7. Semua kakitangan hendaklah mematikan semua suis peralatan elektrik

seperti mesin pencetak, mesin fotostat dan mesin perincih apabila tidak digunakan.

8. Semua kakitangan diminta mengaktifkan ‘sleep mode’ pada komputer

masing-masing. 9. Menutup lampu tandas apabila selesai menggunakannya. 10. Menutup semua televisyen apabila tidak menontonnya.

1/1

Page 4: final arahan pentadbiran penjimatan elektrik · 2019. 11. 25. · LATAR BELAKANG 2.1 Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2014 menetapkan Agensi Kerajaan melaksanakan dasar

LAMPIRAN B TANGGUNGJAWAB SEKSYEN ELEKTRIK, BAHAGIAN SENGGARA FASILITI & LANSKAP A. SEMASA TIADA PERSIDANGAN 1. Menghidupkan lampu lobi –lobi Blok Utama secara minima/ 10% dari

jumlah lampu keseluruhan dan 70% sekiranya terdapat lawatan rasmi ke pejabat Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

2. Menghidupkan lampu sejam lebih awal di bilik-bilik mesyuarat, Lounge

Dewan Negara, Lounge Dewan Rakyat, Dewan Negara Lama, Bilik Taklimat, Bankuet dan Blok Dewan apabila menerima tempahan dan mematikan sejam selepas mesyuarat/ majlis tamat.

3. Menghidupkan lampu lobi lif Blok Menara secara minima/ 40% dari jumlah

lampu keseluruhan dari jam 6.00 petang hingga 6.30 pagi. 4. Mematikan lampu limpah di tempat letak kereta zon A dan Zon E serta

lampu hiasan di laluan pintu masuk dan keluar. 5. Mematikan semua televisyen di lobi-lobi Blok Utama dan Blok Dewan

sekiranya didapati terdapat televisyen yang tidak ditutup. 6. Menggunakan banyak lampu downlight berbanding lampu fluorescent

dalam ‘cove’ siling kapur. 7. Menutup lampu tangga kecemasan Blok Menara dari jam 7.00 pagi hingga

7.00 petang. 8. Memantau keseluruhan langkah penjimatan secara berkala dan mengkaji

langkah penambahbaikan sekiranya perlu. 9. Menghidupkan lampu fasad bangunan Blok Menara dari jam 8.00 malam

hingga 12.00 malam sahaja.

1/2

Page 5: final arahan pentadbiran penjimatan elektrik · 2019. 11. 25. · LATAR BELAKANG 2.1 Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2014 menetapkan Agensi Kerajaan melaksanakan dasar

B. SEMASA ADA PERSIDANGAN

1. Melaksanakan penjadualan semula masa operasi lampu-lampu di lobi Blok Utama dari jam 8.00 pagi hingga dua jam selepas persidangan selesai.

2. Menghidupkan lampu lobi-lobi Blok Utama secara minima/ 10% dari jumlah lampu keseluruhan pada jam 5.30 petang sekiranya persidangan Dewan Rakyat/ Dewan Negara habis awal.

3. Menghidupkan lampu sejam lebih awal di bilik-bilik mesyuarat, Lounge

Dewan Negara, Lounge Dewan Rakyat, Dewan Negara Lama, Bilik Taklimat, Bankuet dan Blok Dewan apabila menerima tempahan dan mematikan sejam selepas mesyuarat/majlis tamat.

4. Mematikan semua televisyen di lobi-lobi Blok Utama dan Blok Dewan

sekiranya didapati terdapat televisyen yang tidak ditutup. 5. Menghidupkan lampu fasad bangunan Blok Menara dari jam 8.00 malam

hingga 12.00 malam sahaja. 6. Memantau keseluruhan langkah penjimatan secara berkala dan mengkaji

langkah penambahbaikan sekiranya perlu. 7. Lampu dewan persidangan dihidupkan 50% sahaja semasa proses

penebaran dokumen/ persediaan dan waktu rehat dari jam 1.15 tengah hari hingga jam 2.00 petang.

8. Mengkaji lokasi-lokasi yang sesuai untuk pemasangan lampu kecekapan

tenaga seperti lampu LED/T5, pemasangan motion sensor dan lux sensor atau pemasangan timer.

2/2

Page 6: final arahan pentadbiran penjimatan elektrik · 2019. 11. 25. · LATAR BELAKANG 2.1 Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2014 menetapkan Agensi Kerajaan melaksanakan dasar

LAMPIRAN C TANGGUNGJAWAB SEKSYEN MEKANIKAL, BAHAGIAN SENGGARA FASILITI & LANSKAP A. SEMASA TIADA PERSIDANGAN

1. Melaksanakan penjadualan semula masa operasi sistem pendingin hawa jenis berpusat di Blok Utama seperti waktu berikut:

Waktu operasi asal : 7.30 pagi hingga 5.30 petang

Waktu operasi baru : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

2. Mengawal penggunaan sistem pendingin hawa di ruangan pejabat yang mempunyai dua jenis sistem iaitu jenis berpusat dan jenis split unit.

3. Mengawal dan memantau penetapan suhu bilik pada 24oC bagi sistem pendingin hawa berpusat di bilik-bilik mesyuarat, bilik taklimat dan Lounge Dewan Negara serta Lounge Dewan Rakyat.

4. Menghidupkan unit pendingin hawa sejam lebih awal di bilik-bilik

mesyuarat, Lounge Dewan Negara, Lounge Dewan Rakyat, Dewan Negara Lama, Bilik Taklimat, Dewan Banquet dan Blok Dewan apabila menerima tempahan dan mematikan segera sejurus mesyuarat / majlis tamat.

5. Menghidupkan chiler secara berfasa dengan tempoh sela masa sejam

setiap satu. 6. Melaksanakan penjadualan semula operasi sistem kolam air pancut di

sekitar Blok Menara seperti waktu berikut:

Waktu operasi asal : 8.00 pagi hingga 5.30 petang

Waktu operasi baru : 10.00 pagi hingga 4.00 petang

7. Memantau keseluruhan langkah penjimatan secara berkala dan mengkajinya sekiranya perlu.

1/2

Page 7: final arahan pentadbiran penjimatan elektrik · 2019. 11. 25. · LATAR BELAKANG 2.1 Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2014 menetapkan Agensi Kerajaan melaksanakan dasar

B. SEMASA ADA PERSIDANGAN

1. Operasi sistem pendingin hawa jenis berpusat di Blok Utama akan berfungsi dari jam 7.30 pagi sehingga dewan persidangan selesai.

2. Mengawal penggunaan sistem pendingin hawa di ruangan pejabat yang mempunyai dua jenis sistem iaitu jenis berpusat dan jenis split unit.

3. Mengawal dan memantau penetapan suhu bilik pada 24oC bagi sistem

pendingin hawa berpusat di bilik-bilik mesyuarat, bilik taklimat dan Lounge Dewan Negara serta Lounge Dewan Rakyat.

4. Menghidupkan unit pendingin hawa sejam lebih awal di bilik-bilik

mesyuarat, Lounge Dewan Negara, Lounge Dewan Rakyat, Dewan Negara Lama, Bilik Taklimat, Dewan Banquet dan Blok Dewan apabila menerima tempahan dan mematikan segera sejurus mesyuarat / majlis tamat.

5. Menghidupkan chiller secara berfasa dengan tempoh sela masa sejam

setiap satu. 6. Sistem kolam air pancut di sekitar Blok Menara akan berfungsi dari jam

8.00 pagi hingga 5.30 petang. 7. Memantau keseluruhan langkah penjimatan secara berkala dan

mengkajinya sekiranya perlu.

2/2