penjajahan jepun - malaysian studies

7
UNIVERISTI TENAGA NASIONAL MALAYSIAN STUDIES SOALAN 3 Sejauh manakah anda berpendapat pendudukan Jepun di Tanah Melayu dalam tempoh 1941-1945 telah memberikan kesan yang cukup besar terhadap perkembangan semangat kebangsaan sehingga membawa kemerdekaan. Arren ©™

Upload: arren

Post on 18-Jun-2015

1.292 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penjajahan Jepun - Malaysian Studies

UNIVERISTI TENAGA NASIONALMALAYSIAN STUDIES

SOALAN 3

Sejauh manakah anda berpendapat pendudukan Jepun di Tanah Melayu dalam tempoh 1941-1945 telah memberikan kesan yang cukup besar terhadap perkembangan semangat kebangsaan sehingga

membawa kemerdekaan.

Soalan 3

Arren ©™

Page 2: Penjajahan Jepun - Malaysian Studies

Sejauh manakah anda berpendapat pendudukan Jepun di Tanah Melayu dalam tempoh 1941-1945 telah memberikan kesan yang cukup besar terhadap perkembangan semangat kebangsaan sehingga memawa kemerdekaan.

Salah satu peristiwa penting dalam sejarah negara kita ialah Zaman Penjajahan Jepun. Negara kita berada dalam cengkaman Jepun selama kira-kira tiga tahun setengah, iaitu bermula dari 1 Februari 1942 hingga 12 September 1945. Antara kesan utama sepanjang tempoh penjajahan tersebut ialah semangat kebangsaan lebih semarak di kalangan rakyat di negara ini.

Pemerintahan JepunJepun bangkit sebagai sebuah kuasa imperialis di Asia apabila Maharaja Meiji mula berkuasa pada tahun 1868. Maharaja Meiji telah memulakan pemulihan yang lebih menekankan pemodenan dan perindustrian. Maharaja Meiji telah menjadikan negara-negara Barat sebagai model untuk memajukan Jepun.

Mangsa pertama, dasar imperialis Jepun ialah China, iaitu apabila Jepun memenangi Perang China-Jepun pada tahun 1895. Menjelang abad ke- 20, iaitu pada tahun 1905, Jepun telah diiktiraf sebagai sebuah kuasa besar oleh Britain.

Penduduk Jepun di negara kita didorong oleh beberapa faktor terutamanya masalah ekonomi yang sedang dihadapi oleh negara tersebut.Penduduk Jepun semakin bertambah, manakala tanah pertanian semakin berkurang. Justeru itu, Jepun terpaksa beralih ke sektor perindustrian, tetapi Jepun mengalami kekurangan bahan mentah. Antara bahan mentah yang amat diperlukan oleh Jepun ialah :

(a) Petroleum (b) Bijih timah (c) Besi (d) Getah

Arren ©©

Page 3: Penjajahan Jepun - Malaysian Studies

Selain itu, Jepun juga memerlukan kawasan pasaran baharu untuk memasarkan hasil perindustriannya. Amerika Syarikat pula pada masa yang sama bertindak mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun. Ini adalah disebabkan Jepun enggan berundur dari negara China.Pada tahun 1940-an, golongan tentera amat berpengaruh dalam pemerintahan Jepun.Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Jepun, golongan tentera berpendapat bahawa penaklukan adalah jalan terbaik. Selain cara ketenteraan, Jepun juga telah menggunakan propaganda untuk mempengaruhi penduduk tempatan. Slogan-slogan seperti 'Asia untuk Orang Asia' dan 'Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya' telah menambat hati penduduk tempatan memberi sokongan terhadap penjajahan Jepun. Slogan-slogan ini, jelas berunsur antipenjajah Barat dan lebih menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-negara yang dijajah Barat.Strategi yang digunakan oleh Jepun ini amat berkesan sehingga kehadirannya tidak begitu dirasakan sebagai penjajah baharu selepas penjajah British.Jepun juga menggunakan poster sebagai propagandanya untuk memenangi penduduk tempatan. Pada poster tersebut tertera 'Ya Allah peliharalah kami oleh tentera Jepun daripada aniaya'. Penggunaan tulisan jawi dan kalimah 'Ya Allah' digunakan untuk menarik orang Melayu yang beragama Islam menyokong Jepun.

Dasar Pemerintahan JepunBerikut adalah dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Jepun di Tanah Melayu :-

Arren ©©

Page 4: Penjajahan Jepun - Malaysian Studies

Sumber : Penjajahan Jepun : http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760582/1/

Kebangkitan Rakyat Tanah MelayuSemasa pentadbiran Jepun, dasar pemerintahan Jepun adalah dasar ketenteraan. Oleh

itu, Jepun telah menubuhkan beberapa pasukan pertahanan tempatan yang telah memberi peluang kepada rakyat Tanah Melayu untuk mempelajari pelbagai ilmu dalam ketenteraan. Antara pasukan yang telah ditubuhkan ialah Jeikedan, Tonariguni, Heiho, Giyugun dan PETA iaitu Pembelah Tanah Air. Kebanyakan ahlinya adalah terdiri daripada bekas Kesatuan Melayu Muda dan pasukan ini dibawah tanggungjawab Ibrahim Yaakob yang diberi pangkat sebagai Lt. Kolonel. Dalam pertubahan persatuan-persatuan ini dapat diambil bahawa telah memberi pendedahan kepada semangat kebangsaan. Umumnya telah mendedahkan semangat mempertahankan negara sehingga titisan darah yang terakhir. Semangat seishin ini merupakan aspek terpenting dalam perjuangan tentera Jepun menikmati kemenangan. Melalui PETA telah dapat meningkatkan kesedaran dalam mempertahankan negara dan mengenal erti kemerdekaan yang sebenar. Hal ini nyata apabila Jepun mengundurkan diri.

Arren ©©

Page 5: Penjajahan Jepun - Malaysian Studies

Disamping itu, dalam sistem pendidikan semasa pentadbiran Jepun turut memberikan peluang kepada orang-orang Melayu menerima semangat kebangsaan. Melalui sistem pendidikan yang menggalakkan penduduk tempatan untuk mencari ilmu yang pelbagai telah meningkatkan ilmu pengetahuan rakyat tempatan jika dibandingakan dengan sistem pendidikan yang telah diperkenalkan semasa pentadbiran British di Tanah Melayu. Orang-orang Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya dalam bidang kemahiran dan mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu pengetahuan. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan intelek Melayu yang akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme.

Selain daripada faktor-faktor yang dinyatakan, kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang Melayu dalam kehidupan seharian dan penipuan yang dilakukan Jepun telah mendorong orang-orang Melayu bangun untuk mengwujudkan organisasi anti-Jepun. Oleh itu, telah wujud askar-askar wataniah dan Force 136. Pasukan ini telah menjalankan ketenteraan secara gerila bagi menentang pentadbiran Jepun dengan bantuan dan sokongan British. Hal ini menunjukkan bahawa semangat nasionalissme telah berkembang dalam diri rakyat tempatan untuk menentang Jepun. Pasukan ini akhirnya telah menjadi tulang belakang kepada askar Melayu setelah negara mencapai kemerdekaan.

Manakala, dapat dilihat juga pada kaum-kaum yang lain dalam perkembangan nasionalisme akibat kesan pentadbiran Jepun yang telah dijalankan di Tanah Melayu. Terutamanya kaum Cina dan India yang mempunyai cara tersendiri mengikut keadaan dan layanan Jepun terhadap kaum-kaum tersebut dalam perkembangan nasionalisme semasa Jepun. Kaum India pada masa pentadbiran Jepun lebih kurang layanan yang telah diberikan kepada kaum Melayu. Jepun telah mempengaruhi cara nasionalisme kaum India agar lebih menumpukan kepada Negara asal mereka iaitu India yang masih dalam naungan British. Jepun telah mengadakan hubungan dengan pemimpin-pemimpin yang berada dalam buangan dan telah membantu menubuhkan Tentera Nasional (INI) dan Liga Kemerdekaan India (IIL). Penubuhan-penubuhan yang telah ditubuhkan ini adalah dibawah pimpinan Subhas Chandra Bose. Hal ini dilakukan oleh Jepun berkemungkinan untuk mengurangkan rasa benci kaum India terhadap Jepun. Oleh itu, Jepun telah menaikkan

Arren ©©

Page 6: Penjajahan Jepun - Malaysian Studies

semangat kebangsaan India agar tertumpu di India sahaja. Dengan itu dapat dilihat sebah sedikit wujudnya perkembangan nasionalisme dalam pentadbiran Jepun terhadap kaum India walaupun semangat kebangsaan meraka tertumpu di Negara asal mereka atas pengaruh Jepun. Meskipun begitu, keadaan yang tidak tenteram di Tanah Melayu berkemungkinan terdapat juga segelintir kaum India yang menentang Jepun di Tanah Melayu.

Masyarakat Cina yang ada di Tanah Melayu sememangnya telah mengalami nasib yang malang tidak sama dengan kaum Melayu dan India. Mereka sangat dianti oleh Jepun akibat sokongan mereka terhadap peperangan yang berlaku antara Jepun dengan China pada tahun 1937. Oleh itu, kaum cina telah dilayan dengan teruk dan kejam. Layanan yang tidak baik ini telah mengakibatkan mereka lari masuk hutan dan membuat satu gerakan bersenjata dengan cara serangan gerila yang mendapat sokongan daripda pihak British pula. Oleh kerana Jepun telah menggunakan semangat kebangsaan bagi mendapatkan sokongan kaum Melayu dan India. Parti Komunis Malaya (PKM) telah menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) yang kebanyakan di sertai oleh kaum cina sendiri. MPAJA telah diberikan latihan oleh Sekolah Latihan Khas 101 di bawah pimpinan colonel J.M Gavin dan F. Spencer Chapman bagi menentang Jepun. Oleh itu, semangat nasionalisme kaum cina telah tercetus akibat pentadbiran dan layanan yang buruk Jepun terhadap mereka. Akibatnya kaum cina telah menunjukkan kebangkitan dalam memperjuangkan rasa ketidakpuasan mereka terhadap Jepun dalam gerakan-gerakan yang dibuat secara gerila. Berikut adalah beberapa pertubuhan kebangsaan yang muncul semasa pendudkan Jepun :-

Pertubuhan KeteranganMPAJA Ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM)

Berpura-pura bekerjasama dengan British untukmendapatkan senjata dan bantuan kewangan.

Force 136 Pasukan tentera Sulit Anti-Jepun Berpangkalan di SriLanka Mendapat latihan daripada Tentera Berikat di India

Askar Melayu Setia (AMS) Mendapat bantuan daripada Force 136Pasukan Watanian Pahang Menentang tentera Jepun di Pahang

Sultan Pahang Permerintah Kehormat

Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomiTanah Melayu.Pengalaman hidup di bawah pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang kepada semaraknya semangat nasionalisme Melayu.Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.

Arren ©©

Page 7: Penjajahan Jepun - Malaysian Studies

Arren ©©