penjagaan kebersihan diri

7
Panduan Kesihatan Ibu Hamil: Bagaimana Mengatasi Keputihan Ketika Hamil. Posted by cikgu malaysia on April 18, 2011 | 6 Responses Kebiasaanya wanita mengandung akan selalu dijangkiti keputihan. Perkara ini berlaku kerana perubahan hormon yang dialami oleh wanita mengandung itu sendiri. Perubahan hormon ini akan merubah persekitaran pada kawasan faraj yang lebih mesra bakteria. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan keasidan (pH) pada kawasan faraj bagi mengalakkan lagi pertumbuhan bakteria ataupun kulat. Maka kesan daripada jangkitan ini akan membawa kepada pengeluaran atau discaj yang berwarna putih dan berbau. Bagi wanita hamil, masalah keputihan ini amat merimaskan dan menganggu kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, jangkitan keputihan yang teruk boleh membawa kepada kecacatan pada bayi dalam kandungan dan juga risiko berlakunya keguguran serta kelahiran pra matang.

Upload: afizah-muhammad

Post on 04-Aug-2015

42 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: penjagaan kebersihan diri

Panduan Kesihatan Ibu Hamil: Bagaimana Mengatasi Keputihan Ketika Hamil.Posted by cikgu malaysia on April 18, 2011 | 6 Responses

Kebiasaanya wanita mengandung akan selalu dijangkiti keputihan. Perkara ini berlaku

kerana perubahan hormon yang dialami oleh wanita mengandung itu sendiri.

Perubahan hormon ini akan merubah persekitaran pada kawasan faraj yang lebih

mesra bakteria. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan keasidan (pH) pada

kawasan faraj bagi mengalakkan lagi pertumbuhan bakteria ataupun kulat.

Maka kesan daripada jangkitan ini akan membawa kepada pengeluaran atau discaj

yang berwarna putih dan berbau.

Bagi wanita hamil, masalah keputihan ini amat merimaskan dan menganggu

kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, jangkitan keputihan yang teruk boleh membawa

kepada kecacatan pada bayi dalam kandungan dan juga risiko berlakunya keguguran

serta kelahiran pra matang.

Page 2: penjagaan kebersihan diri

Dalam Panduan Kesihatan Ibu Hamil menegaskan rawatan untuk mengatasi keputihan

perlu dilakukan. Ianya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sehingga boleh membawa

bahaya kepada kandungan.

Jika rawatan di klinik kesihatan ataupun di hospital, suppositori antikulat seperti

clotrimazole biasanya akan diberikan kepada ibu mengandung.

Adakah suppositori clotrimazole ini selamat untuk ibu mengandung?

Sehingga kini tiada kajian spesifik yang dijalankan keatas wanita mengandung terhadap

penggunaan suppositori clotrimazole ini.

Kerana ini adalah melanggar hak etika manusia. Wanita hamil tidak dijadikan bahan

ujikaji.

Namun, setakat ini wanita mengandung yang mengunakan suppositori clotrimazole ini

tiada menunjukkan kesan sampingan yang teruk terhadap kehamilan mereka. Malah,

menurut FDA (food drug administration) telah menetapkan keselamatan ubat ini berada

pada aras C.

Maksud aras C ini adalah suatu aras dimana tiada kesan teratogenik yang terhasil

daripada penggunaan sesetengah jenis ubat.

Oleh itu, wanita mengandung perlu mengatasi keputihan yang mereka hadapi. Cuba

dahulu rawatan yang disyorkan oleh doktor. Apa yang penting adalah kepatuhan

terhadap arahan penggunaan ubat. Ubat suppositori clotrimazole perlu diambil pada

waktu malam selama 3 malam berturut-turut. Dan suppositori clotrimazole perlu

disisipkan kedalam faraj dan bukannya ditelan melalui mulut!

Dalam Panduan Kesihatan Ibu Hamil ini lagi, anda jangan terkejut kerana ia

merangkumi segala aspek berkaitan kehamilan selain daripada masalah keputihan

ketika hamil termasuklah perkara berkaitan keguguran.

Page 3: penjagaan kebersihan diri

Selain itu, ramai pasangan tidak tahu punca-punca kepada berlakunya keguguran.

Malah ada diantara mereka ‘sengaja’ mendekatkan diri mereka kepada risiko

berlakunya keguguran.

Jadi dengan Panduan ini diharapkan bakal ibu-bapa lebih peka terhadap sebarang

risiko yang boleh membawa kepada keguguran.

Apa yang istimewanya Panduan ini adalah, ia bukan sahaja menceritakan masalah-

masalah yang bakal ibu mengandung hadapai malah ia juga ada menerangkan lebih

‘detail’ termasuk gambar rajah apa yang perlu wanita mengandung lakukan supaya

senang untuk bersalin kelak.

Sumber ini dipetik daripada: 9bulan.info

Tip ibu mengandung: Supplement untuk Ibu HamilPosted by cikgu malaysia on April 21, 2011 | Leave a response

Apabila seseorang wanita itu disahkan mengandung, doktor akan memberikan wanita

itu beberapa jenis supplement.

Antara contoh supplement yang biasa dibekalkan kepada wanita mengandung adalah

asid folik dan juga ferrous fumarate.

Selain daripada asid folik, ada juga sesetengah wanita mengandung akan

diberikan supplement Obimin. Supplement Obimin ini sangat membantu

Page 4: penjagaan kebersihan diri

meningkatkan zat dalam wanita yang kekurangan nutrien.

Supplement ini amat penting sekali bagi memastikan ibu hamil serta kandungannya

memperolehi cukup zat dan nutrien yang diperlukan.

Seperti yang kita sedia maklum, fungsi asid folik adalah untuk mengelakkan dan

mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bagi bayi.

Manakala Ferrous Fumarate adalah untuk meningkatkan bilangan sel darah marah

dalam ibu mengandung. Jika kekurangan darah dalam badan ibu hamil, ia boleh

menyebabkan kekurangan oksigen dalam badan ibu mengandung.

Ibu mengandung yang kekurangan darah akan menunjukkan simptom seperti wajah

pucat, bernafas tercungap-cungap dan letih serta lesu.

Dalam ebook Panduan Kesihatan Ibu Hamil ada menjelaskan secara terperinci

bagaimana fungsi-fungsi vitamin dan supplement yang sepatutnya ibu mengandung

miliki.

Ia juga menerangkan kepada ibu mengandung tip-tip penting yang harus ibu

mengandung ketahui dalam memastikan proseskehamilan berjalan dengan lancar dan

selamat dan sempurna.

Sumber artikel: 9bulan.info

Page 5: penjagaan kebersihan diri

Ps: Untuk cikgu-cikgu perempuan yang tengah mengandung, elok sangatlah cari

supplemen yang bersesuaian.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Tahap Kesihatan Yang Baik Ketika Hamil?Posted by cikgu malaysia on April 19, 2011 | 5 Responses

Kehamilan adalah suatu anugerah yang tidak terhingga kepada setiap pasangan yang

mendirikan rumah tangga. Tidak semua orang bernasib baik dapat merasai

pengalaman untuk hamil.

Oleh itu setiap kehamilan perlu dijaga rapi dan teliti dari segi aspek keselamatannya.

Namun untuk memastikan proses kehamilan berjalan dengan lancar bukan mudah

seperti yang disangka.

Bagi pasangan yang baru pertama kali merasai proses kehamilan pasti mempunyai

sedikit kesukaran dalam menempuh alam kehamilan kerana ia merupakan pengalaman

pertama.

Jadi disini apa yang penting adalah ILMU. Ilmu adalah pengalaman berharga yang

bertindak sebagai penyuluh tatkala kita dalam kegelapan.

Kini setiap wanita yang hamil bernasib baik kerana terdapat satu Panduan yang

menerangkan ‘selok-belok’ hal berkaitan kehamilan. Panduan yang dimaksudkan

tersebut adalah “Panduan Kesihatan Ibu Hamil”.

Panduan ini telah ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan juga beberapa

rujukkan international berkaitan kehamilan termasuklah pelbagai komplikasi kehamilan.

Jika anda mendapatkan panduan ini, anda jangan terkejut kerana ia merangkumi

segala aspek berkaitan kehamilan termasuklah perkara berkaitan keguguran.

Page 6: penjagaan kebersihan diri

Menurut penulis Panduan Kesihatan Ibu Hamil ini lagi, ramai pasangan tidak tahu

punca-punca kepada berlakunya keguguran.

Malah ada diantara mereka ‘sengaja’ mendekatkan diri mereka kepada risiko

berlakunya keguguran.

Jadi dengan Panduan ini diharapkan bakal ibu-bapa lebih peka terhadap sebarang

risiko yang boleh membawa kepada keguguran.

Apa yang istimewanya Panduan ini adalah, ia bukan sahaja menceritakan masalah-

masalah yang bakal ibu mengandung hadapai malah ia juga ada menerangkan lebih

‘detail’ termasuk gambar rajah apa yang perlu wanita mengandung lakukan supaya

senang untuk bersalin kelak.

Kesimpulannya, statistik telah menunjukkan setiap tahun pasti ada kes dimana bayi

mati disebabkan keguguran, bayi mati disebabkan kelemasan, kelahiran bayi pra

matang dan sebagainya peristiwa-peristiwa kehamilan yang berpotensi menjadi episode

ngeri dalam hidup kita.

Jadi lengkapkanlah diri anda dengan ILMU berkaitan kehamilan agar semua perkara

yang tidak diingini dapat dielakkan.

Anda boleh kelaman Panduan Kesihatan Ibu Hamil melalui link yang saya sertakan

dibawah ini: 9bulan.info