penipuan dan penyelewengan di pasaran

3
Bincangkan penipuan dan penyelewengan di pasaran daripada perspektif: Ekonomi Sosial Budaya Agama Undang-undang Perlindungan alam sekitar Pada masa kini, isu penipuan dan penyelewengan di pasaran semakin serius dan membimbangkan orang ramai kerana perkara ini boleh mengancam keamanan, ketenteraman dan kebahagiaan negara. Sistem ekonomi yang tidak sihat dalam negara telah melahirkan penjenayah ekonomi yang melakukan penipuan dan penyelewengan. Penjenayah ekonomi sukar dikesan kerana perniagaan mereka dijalankan mengikut prosedur dan peraturan yang dibenarkan. Selain itu, kemudahan sistem kredit membolehkan golongan peniaga yang tidak jujur lalu mengambil kesempatan dan melakukan penyelewengan modal dan pinjaman. Kegawatan ekonomi juga menyebabkan peningkatan penjenayah kolar putih. Oleh itu, perkembangan ekonomi yang cekap, sihat, dan adil perlu diwujudkan bagi membentukkan sebuah negara yang aman dan sejahtera. Dari perspektif sosial, penipuan dan penyelewengan akan menyebabkan ketidakseimbangan dan masalah sosial di pasaran. Penipuan boleh menwujudkan masyarakat yang saling mengesyaki antara satu sama lain. Maklumat-matlumat yang penting tidak dapat dikongsi dan disampaikan dengan tepat dan cepat akan membawa kerugian yang besar kepada setiap individu. Penyelewengan akan menyebabkan hak seorang individu dijejaskan. Penyelewengan akan menjejaskan keadilan di pasaran kerana keputusan jual beli akan dijalankan secara tidak saksama, berat sebelah dan tidak adil.Kesannya, masalah seperti harta benda individu dirompak dan dimusnahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab akan berlaku. Dari perspektif budaya, penipuan dan penyelewengan yang berlaku di pasaran akan membawa kesan yang buruk pada budaya dan sosial sesebuah negara. Budaya

Upload: mandalina-landy

Post on 18-Jul-2015

3.445 views

Category:

Technology


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: penipuan dan penyelewengan di pasaran

Bincangkan penipuan dan penyelewengan di pasaran daripada

perspektif:

Ekonomi

Sosial

Budaya

Agama

Undang-undang

Perlindungan alam sekitar

Pada masa kini, isu penipuan dan penyelewengan di pasaran semakin serius dan

membimbangkan orang ramai kerana perkara ini boleh mengancam keamanan,

ketenteraman dan kebahagiaan negara. Sistem ekonomi yang tidak sihat dalam negara

telah melahirkan penjenayah ekonomi yang melakukan penipuan dan penyelewengan.

Penjenayah ekonomi sukar dikesan kerana perniagaan mereka dijalankan mengikut

prosedur dan peraturan yang dibenarkan. Selain itu, kemudahan sistem kredit

membolehkan golongan peniaga yang tidak jujur lalu mengambil kesempatan dan

melakukan penyelewengan modal dan pinjaman. Kegawatan ekonomi juga menyebabkan

peningkatan penjenayah kolar putih. Oleh itu, perkembangan ekonomi yang cekap, sihat,

dan adil perlu diwujudkan bagi membentukkan sebuah negara yang aman dan sejahtera.

Dari perspektif sosial, penipuan dan penyelewengan akan menyebabkan

ketidakseimbangan dan masalah sosial di pasaran. Penipuan boleh menwujudkan

masyarakat yang saling mengesyaki antara satu sama lain. Maklumat-matlumat yang

penting tidak dapat dikongsi dan disampaikan dengan tepat dan cepat akan membawa

kerugian yang besar kepada setiap individu. Penyelewengan akan menyebabkan hak

seorang individu dijejaskan. Penyelewengan akan menjejaskan keadilan di pasaran

kerana keputusan jual beli akan dijalankan secara tidak saksama, berat sebelah dan tidak

adil.Kesannya, masalah seperti harta benda individu dirompak dan dimusnahkan oleh

mereka yang tidak bertanggungjawab akan berlaku.

Dari perspektif budaya, penipuan dan penyelewengan yang berlaku di pasaran

akan membawa kesan yang buruk pada budaya dan sosial sesebuah negara. Budaya

Page 2: penipuan dan penyelewengan di pasaran

dikatakan tanda dan keunikan bagi sesuatu bangsa dan negara. Oleh itu, jika berlakunya

penipuan dan penyelewengan di pasaran, ini akan menjejaskan kebudayaan dan imej

negara. Hal ini kerana pada mata orang luar, sesuatu negara yang sering berlaku penipuan

tentunya masyarakat negara itu tidak jujur dan tiada didikan agama dan mereka mungkin

mengaitkannya dengan budaya masyarakat tersebut. Maka, kecantikan dan

keistimewaaan budaya yang telah disampaikan turun-temurun akan dijejas dan ini

menjejaskan imej negara.

Dari segi perspektif agama pula, agama Islam mengharamkan unsur penindasan

dan penyelewengan yang boleh menjejaskan keharmonian urusan muamalah. Islam turut

mengharamkan sebarang bentuk ihtikar dalam perniagaan. Islam kaya dengan nilai-nilai

yang cukup dinamik di mana agama Islam amat menitikberatkan moral dan etika, nilai-

nilai kemanusiaan, prinsip-prinsip persaudaraan, semangat musyawarah dan tolong-

menolong, etos kerja dan tanggungjawab sosial yang semuanya diperhalusi syariat

khususnya dalam perbincangan fikah muamalat. Semangat persaudaraan dan hubungan

kasih sayang kemanusiaan yang berasaskan ketakwaan seutuhnya kepada Allah. Malah

budaya perniagaan Islam yang disemangati oleh nilai kasih sayang kemanusiaan dan

diterasi semangat persaudaraan inilah yang akan mewujudkan iklim sihat dalam dunia

korporat dan urusan ekonomi hari ini.

Melihat dari sudut undang-undang pula, kes yang kerap berlaku ialah

penyelewengan daripada harga barang, tindakan peniaga yang menyorokkan barangan

telah menyebabkan harga barang meningkat. Selain itu, terdapat juga peniaga yang

mementingkan keuntungan dan mengabaikan keselamatan barangan yang dikeluarkan.

Contohnya, kes tepung susu yang berlaku di China telah menyebabkan beribu-ribu bayi

mengalami masalah kesihatan batu karang. Peniaga tersebut tidak mempunyai etika

peniagaan kerana beliau tetap memasarkan tepung susu yang tercemar itu walaupun

beliau mengetahui tepung susu itu adalah tidak sesuai diminum. Tiada maknanya

membentuk suatu akta jika tindakan penguatkuasaan undang-undang tidak dilakukan.

Page 3: penipuan dan penyelewengan di pasaran

Dari segi perspektif perlindungan alam sekitar, penipuan dan penyelewengan

dapat menjejaskan keseimbangan ekosisitem. Kehidupan manusia tidak terbatas hanya

kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam di

persekitarannya. Bumi adalah anugerah Tuhan kepada insan. Malangnya terdapat

sebilangan perusaha, peniaga dan juga individu tidak memperdulikan kepentingan

perlindungan alam sekitar dan berniat menipu kepada orang ramai bahawa mereka ada

menjalankan aktiviti perlindungan alam sekitar tetapi sebaliknya meneruskan perbuatan

mereka seperti membuang sampah-sarap ke dalam sungai dan merata-rata tempat,

memggunakan sumber yang tidak mesra alam serta bahan yang membahayakan kesihatan

kita dalam proses pengeluaran barangan, membuang toksik ke dalam sungai dan

sebagainya. Pengembangan teknologi dan penggunaan yang tidak sederhana serta

kebanyakkan aktiviti manusia yang tidak terbatas, menyelewengan serta pembaziran

sumber telah membawa banyak imbak negatif ke atas alam sekitar dan akhirnya

mempengaruhi kehidupan kita. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, gelombang besar,

tsunami, hujan asid, gempa bumi, pemanasan global, pencemaran alam sekitar,

perubahan cuaca dan sebagainya, semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan

ekosistem yang dilakukan.oleh manusia.