penilaian tahap kecekapan (ptk)

Upload: royredace

Post on 31-May-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

    1/2

    Apakah Itu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) ? Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) adalahsatu kaedah untuk menilai seseorang pegawai sama ada mencapai tahap kecemerlangan yangditetapkan dari segi pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi atau sebaliknya. Setiap PTK mengandungi dua bahagian iaitu kompetensi umum dan kompetensi khusus.

    Kompetensi umum meliputi perkara-perkara yang perlu dimiliki oleh semua lapisan pegawai

    awam seperti ciri-ciri peribadi, kepimpinan dan komunikasi.

    Kompetensi khusus ialah kecekapan yang berkaitan tugas jawatan dalam perkhidmatan pegawai.

    Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan PTK mengikut dasar yang ditetapkan olehJPA melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, Surat Pekeliling PerkhidmatanBilangan 5 Tahun 2005, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006, dan SuratPekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun. Dijawab oleh : Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi

    Kementerian Pelajaran MalaysiaSiapakah Yang Disyaratkan Mengambil PTK ? Semua pegawai dalam perkhidmatan awam,termasuk di Badan-badan Berkanun Persekutuan, Badan-badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang memilih Sistem Saraan Malaysia (SSM) perlu mengambil PTK danmendapat keputusan melepasi Tahap Kecekapan (TK) sekurang-kurangnya pada Aras III sebagaisalah satu syarat untuk tujuan kenaikan pangkat. Manakala pegawai yang mendapat keputusanmelepasi TK pada Aras IV layak dipertimbangkan untuk mendapat anjakan gaji. Oleh itu adalahmenjadi tanggungjawab pegawai membuat permohonan untuk mengambil PTK. Bagi pegawaidalam perkhidmatan pelajaran yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran bolehmembuat permohonan kepada :-

    Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi,Kementerian Pelajaran Malaysia,Aras 4, Blok E12, Parcel E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PUTRAJAYA.

    Dijawab oleh : Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi

    Kementerian Pelajaran Malaysia

    Apakah Rasionalnya PTK Diperkenalkan ? PTK diperkenalkan bagi memupuk pembangunandiri, meningkatkan budaya organisasi pembelajaran dan menyediakan pegawai perkhidmatanawam dalam pelaksanaan pengurusan sumber manusia yang berasaskan kompetensi.

    Hal ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan keupayaan pegawai perkhidmatan awam bagi menghadapi cabaran globalisasi, meningkatkan daya saing negara,memupuk sikap dan budaya baru dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan(service delivery system).

    http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=senarai_jabatan&unit=utama&bhs=my&info=BPPK&mod=bacahttp://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=senarai_jabatan&unit=utama&bhs=my&info=BPPK&mod=bacahttp://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=senarai_jabatan&unit=utama&bhs=my&info=BPPK&mod=bacahttp://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=senarai_jabatan&unit=utama&bhs=my&info=BPPK&mod=baca
  • 8/14/2019 Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

    2/2

    "Janganlah kita mengandaikan bahawa Penilaian Tahap Kecekapan sama ada melalui peperiksaan atau kursus hanyamenguji tahap pencapaian kita semata-mata untuk memperolehi

    ganjaran. Apa yang paling penting dan perlu dihayati ialah untuk pembangunan diri, organisasi, masyarakat dan negara ini. Peluang pembangunan diri ( modal insan ) ini boleh direbut melalui pembelajaran berterusan dan amalan budaya organisasi

    pembelajaran bagi memastikan kita mempunyai tahap kompetensi yang terbaik untuk melaksanakan tugas yang dilaksanakan.

    Y.Bhg. Tan Sri Jamaludin bin Hj. Ahmad DamanhuriKetua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

    8 Januari 2003

    Dijawab oleh :

    Bahagian Pembangunan dan Penilaian KompetensiKementerian Pelajaran Malaysia

    Apakah Objektif PTK ? Secara ringkasnya, objektif PTK adalah untuk menggalakkan pembangunan diri melalui pembelajaran berterusan ke arah memastikan pegawai perkhidmatanawam mempunyai tahap kecemerlangan yang ditetapkan. Ini bertujuan untuk membolehkanmereka melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.

    " Janganlah kita mengandaikan bahawa Penilaian Tahap Kecekapan sama ada melalui peperiksaan atau kursus hanyamenguji tahap pencapaian kita semata-mata untuk memperolehi

    ganjaran. Apa yang paling penting dan perlu dihayati ialah untuk pembangunan diri, organisasi, masyarakat dan negara ini. Peluang pembangunan diri ( modal insan ) ini boleh direbut melalui pembelajaran berterusan dan amalan budaya organisasi pembelajaran bagi memastikan kita mempunyai tahap kompetensi yang terbaik untuk melaksanakan tugas yang dilaksanakan.

    Y.Bhg. Tan Sri Jamaludin bin Hj. Ahmad DamanhuriKetua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

    8 Januari 2003 Dijawab oleh : Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi

    Kementerian Pelajaran Malaysia

    http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=soalan_lazim&unit=utama&bhs=my&info=7&mod=senarai_soalan

    http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=senarai_jabatan&unit=utama&bhs=my&info=BPPK&mod=bacahttp://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=senarai_jabatan&unit=utama&bhs=my&info=BPPK&mod=bacahttp://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=soalan_lazim&unit=utama&bhs=my&info=7&mod=senarai_soalanhttp://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=soalan_lazim&unit=utama&bhs=my&info=7&mod=senarai_soalanhttp://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=senarai_jabatan&unit=utama&bhs=my&info=BPPK&mod=bacahttp://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=senarai_jabatan&unit=utama&bhs=my&info=BPPK&mod=bacahttp://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=soalan_lazim&unit=utama&bhs=my&info=7&mod=senarai_soalanhttp://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=soalan_lazim&unit=utama&bhs=my&info=7&mod=senarai_soalan