penilaian dalam pendidikan seni visual

Download PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

If you can't read please download the document

Upload: mohd-izwan-mohd-rashid

Post on 30-Jun-2015

2.364 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Prof Madya Hj.Iberahim Hassan Fakulti Seni dan Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Malaysia Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya adalah untuk membina keupayaan bagi menghargai dan mendiskriminsi apa yang dilihat oleh mata. Literasi visual ini juga meliputi keupayaan menghargai dan memanipulasibahasa tampak yang menghendaki seseorang itu berkeupayaan untuk membaca imej-imej visual. Keupayaanmembaca, membuatint erpritasi dan membuat justifikasi secara kritikal, ini termasuklah keupayaan melukis makna melalui berbagai media seni. Jikalau dilihat secara lebih mendalam ia meliputi memahami simbolsimbol budaya yang terdapat kepelbagaiannya di ruang lingkup kehidupan manusia secara universal. Disamping keupayaan ini menerusi pendidikan seni juga pelajar diberi peluang untuk membina kemahiran psikomotor dalam berbagai-bagai bidang kemahiran. Begitu juga dengan pembinaan berbagai nilai bagi menyuburkan domain afektifnya. Ini adalah teras kepada pembelajaran pendidikan seni.Pendidikan Seni perlu memenuhi keperluan pelajar-pelajarnya untuk mendapatkan keupayaan dan kemahiran tersebut. Sejauhmanakah pencapaian pelajarpelajar dalam membina keupayaan, kemahiran dan memupuk nilai tersebut dicapai? Sejauhmanakah pencapaian dan berkesannya pengajaran dalam mata pelajaran ini? Untuk menjawab persoalan ini, satu proses penilaian perlu dilakukan. Penilaian pendidikan seni boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang bermasalah. Hasil penilaian juga boleh jadikan sebagai panduan memperbaiki kurikulum supaya lebih berkesan. Penilaian juga boleh memberi maklumbalas sejauh manakah objektif yang dirancang tercapai. Penilaian juga untuk menilai keseluruhan kandungan program, sikap, pencapaian pelajar dan sebagainya. Tetapi kertas ini lebih menumpukan kepada penilaian pencapaian ketiga-tiga domain melalui mata pelajaran pendidikan seni visual ini iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Terdapat berbagai jenis jenis penilaian yang boleh dilakukan untuk pelajaran ini. Terdapat juga berbagai pandangan dan garis panduan yang boleh dirujuk agar penilaian ituakauntabel, umpamanya menggunakan piawai (standards) nasional yang telah ditantukan bagi setiap tahap pelajaran pendidikan seni visual, menggunakan portfolio untuk penilaian yang berterusan. Untuk menilai proses dan hasil kerja pelajar, beberapa cadangan boleh dijadikan kriteria penilaian, umpamanya pandangan Rob Barnes (1987) terdapat lima perkara yang perlu dinilai iaitu: proses kerja, pengendalian bahan, penggunaan media, kamahiran kritikal dan peringkat-peringkat perkembangan peribadi. Manakala Michael (1998) mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai iaitu meliputi: komunikasi/ ekspresi, keyakinan diri/self-esteem, perkembangan persepsi, ketekalan organisasi estetika, pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan / keseronokan. Penulis juga akan membincangkan bagaimana untuk menilai aspek yang berkaitan dengan pembelajaran sejarah dan apresiasi seni dan perkembangan dalam estetika. Secara umum akan membicarakan metodologi untuk mengendalikan penilaian untuk pendidikan seni visual. Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya adalah untuk membina keupayaan bagi menghargai dan mendiskriminsi apa yang dilihat oleh mata. Literasi visual ini juga meliputi keupayaan menggunakan bahasa visual bagi membaca dan menghargai imej-imej visual. Keupayaanmembaca, membuat interpritasi dan membuat justifikasi secara kritikal, ini termasuklah keupayaan melukis makna melalui berbagai media seni. Jikalau dilihat secara lebih mendalam ia meliputi memahami simbolsimbol budaya yang terdapat kepelbagaiannya di ruang lingkup kehidupan manusia secara universal. Disamping

keupayaan ini, menerusi Pendidikan Seni juga pelajar diberi peluang untuk membina kemahiran psikomotor dalam berbagai-bagai bidang kemahiran. Begitu juga dengan pembinaan berbagai nilai bagi menyuburkan domain afektifnya. Ini adalah teras kepada pembelajaran Pendidikan Seni. Mata pelajaran ini perlu memenuhi keperluan pelajar-pelajarnya untuk mendapatkan keupayaan dan kemahiran tersebut. Oleh itu tentulah ada cara untuk mengumpul segala maklumat yang berkenaan bagi mampastikan sejauh manakah matlamat pelajaran ini berkesan dan telah dilaksana dengan jaya. Makenisma untuk mendapatkan maklumat tersebut adalah dengan mengadakan pengukuran, pengujian atau penilaian. (Untuk kertas ini istilah penilaian akan terus digunakan) Mengapa perlu penilaian dalam pendidikan seni? Sebelum kita membicarakan tentang penilaian mata pelajaran pendidikan seni ini satu persoalan perlu dijelaskan. Adakah seni boleh dinilai ? Terdapat berbagai pandangan yang mandasarkan hujahnya bahawa seni itu bersangkutan dengan suatu proses yang subjektif berkaitan dengan perasaan, yang merupakan pengalaman individu menghasilkan produk, memerhati dan menterjamah makna visual kepada bentuk seni semuanya itu adalah sesuatu proses yang amat peribadi sifatnya. Maka adalah diluar jangkaan objektif penilaian jikalau seni itu dinilai oleh orang lain. Sebenarnya isu ini sudah lama dibahaskan. Sekiranya seni tidak boleh dinilai atau diukur secara rasional maka tiada tempat untuk mata pelajaran seni dimuatkan ke dalam kurikulum pendidikan. (Best 1992) Best, seterusnya menyatakan kerja-kerja seni itu adalah memaparkan pernyataan artistik yang merupakan pernyataan suatu bentuk kefahaman yang membantu kita menterjemah apa yang kita pandang dan lihat sama ada ianya catan, tembikar, atau bangunan. Kita mengunakanreason untuk membuat interpretasi. Maka perasaan artistik itu ada rasionalnya yang khusus yang melibatkan proses penghakiman walaupun dikatakan ianya amat peribadi sifatnya tetapi masih boleh dinilai. Oleh itu penilaian seni itu tentulahada justifikasi rasionalnya untuk dinilai oleh pihak lain dan jikalau ianya merupakan salah satu daripada mata pelajaran dalam sistem pendidikan tentulah ianya akauntabel untuk dinilai. Sebagai contoh jikalau kita teliti proses kerja seni yang dilalui oleh seseorang pelajar: Apabila ianya menghasilkan produk seni pelajar itu cuba menghubungkan pengalaman pertamanya terhadap suatu gubahan seni. Pelajar itu akan menapis pengalaman dan kemahiaran seninya lantas disesuaikan dengan pengetahuannya tentang persekitaran, semasa menghasilkan karya. Situasi ini adalah merupakan kualiti pemikiran dan kreativiti yang terus diperkembangkan menerusi litrasi visual dan pengetahuan seni. Proses sintesis diaplikasi dalam kontaks khusus ketika membuat karya tersebut. Itu adalahkualiti pengetahuan, kemahiran dan kefahaman serta nilai yang sepatutnya menjadi matlamat pembelajaran pelajar melalui mata pelajaran pendidikan seni. Untuk mencapai matlamat ini pelajaran perlulah dirancang dengan teliti berdasarkan matlamat dan objektif yang jelas yang bersandarkan kepada keperluan pembangunan pelajar selari dengan matlamat dan asperasi pendidikan sesebuah organisasi, negeri atau negara. Manakalaperlaksanaan

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah pula perlulah dilaksanakan dengan serious dan terancang, lengkap dengan sumber dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Untuk menentukan tahap pencapaian dan kesesuaian program pendidikan seni itu dan untuk mengenalpasti sejauh mana matlamat dan objektif tercapai maka proses penilaian perlu dilakukan. Untuk apa dan untuk siapakah penilaian ini dilakukan ? Menurut Al Hurwitz dan Michael Day (1995): Penilaian mesti dilakukan sepadan dengan objektif-objektif yang telah ditentukan untuk suatu pelajaran dan keputusannya perlu dilaporkan secara jelas dan memberi makna kepada yang menerimanya. Lima soalan asas perlu diajukan mengenai sistem penilaian iaitu: Siapa yang akan dinilai ? Mereka yang terlibat untuk penilaian ini adalah: Para guru, pelajar, atau agensi-agensi luar yang terlibat dengan program Pendidikan Seni ini. Apa yang akan dinilai? Yang akan dinilai itu adalah berbagai aspek umpamanya untuk menilai sikap, atau kesesuaian kandungan kurikulum seperti, kemahiran, pengetahuan atau proses dan prosidur.Siapa yang akan dinilai? Yang akan dinilai adalah pelajar sekolah, guru, atau pelajar yang terpilih, umpamanya pelajar-pelajar yang mempunyai keistimewaan tertentu, atau pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran.Apakah had yang hendak dinilai? Mungkin kumpulan yang hendak dinilai itu hanya beberapa kumpulan pelajar, atau sebuah darjah, seluruh sekolah, keseluruhan program seni atau seluruh negara? Dan akhir sekali adalah: Apakah tujuan dan fungsi penilaian itu? Fungsi penilaian pendidikan seni boleh dijadikan sebagai maklumat kepada guru, pelajar dan keluarganya tentang kemajuan dan perkembangan pembelajaran pelajar. MenurutEisner(1985), hasil daripada suatu penilaian, boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang bermasalah dalam mata pelajaran pendidikan seni. Hasil penilaian juga boleh dijadikan sebagai panduan memperbaiki kurikulum pendidikan seni supaya lebih berkesan. Bahagian atau tajuk manakah yang perlu lebih tumpuan. Atau ada tajuk-tajuk yang didapati tidak sesuai dan boleh diganti dengan tajuk baru. Penilaian berfungsi untuk menilai keseluruhan kandungan program sejauh manakah program itu berkesan selari dengan matlamat dan objektif program itu, dimanakah kelemahan dan kekuatannya, hasil daripada maklumat yang dikumpul melalui penilaian boleh dijadikan sebagai petunjuk dan panduan bagi memperbaiki kelemahan yang ada dan mengetahui dimanakah kekuatan program itu. Satu lagi tujuan penilaian adalah untuk mengukur pencapaian pelajar dalam mata pelajaran pendidikan seni. Penilaian ini yang sering kita lakukan sama ada secara berterusan (formatif) atau di hujung sesuatu sesi persekolahan (sumatif). Penilaian formatif berfungsi untuk melihat pembelajaran yang berlaku di kalangan pelajar secara eksplisit, umpamanya dapat mengukur tahaptahap perkembangan kemahiran (psikomotor) pelajar dalam sesuatu aspek kemahiran, melihat perkembangan sikap dan tingkahlaku (afektif) yang memerlukan bimbingan, galakan dan pembentukan. Manakala penilaian berbentuk

sumatif lebih bertujuan untuk mengukur sejauh manakah keupayaan pelajar menerima dan menghayati ilmu (kognitif). Kertas ini lebih menumpukan kepada penilaian pencapaian ketiga-tiga domain melalui mata pelajaran pendidikan seni visual ini iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Bagaimana untuk mengurus penilaian pendidikan seni ? Sesuatu penilaian itu perlu dilakukan berdasarkan beberapa prinsip, perlu ada kesahihan dan keboleh-percayaan, apa yang dinilai itu adalah berkaitan dengan falsafah, matlamat dan objektif kurikulum pelajaran tersebut, menilai apa yang telah diajar dan dipelajari oleh pelajar. Dari aspek kesahihan penilaian perlulah diuruskan secara objektif, ujian diurus mengikut prinsip, mengambil kira kaedah, penggridan (scoring), ada etika (ethics)dan equiti, bukan sekadar melakukannya secara sewenangnya. Secara prinsipnya penilaian perlu dilakukan secara beretika, berkesan, boleh dipercayai, rapi dan adil. Sebelum membuat sesuatu keputusan untuk melaksanakan penilaian guru-guru pendidikan seni perlulah menilai kembali kaedah atau method pengajarannya, adakah ianya menjurus kepada matlamat dan objektif dan selari dengan prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas. Panduan Mengendali Penilaian: