pengurusan zakat - universiti kebangsaan malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 bangi,...

31

Upload: others

Post on 14-Jun-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia
Page 2: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

1

Pengurusan Zakat di Malaysia:

Satu Pendekatan Analisis Gelagat

Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd Noor Adibah Abdul Wahab

Muhammad Tajuddin Abdul Rahim

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI • 2017 http://www.ukm.my/fep

Page 3: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

2

Cetakan Pertama, 2017

Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,

disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan

sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan

sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

Diterbitkan di Malaysia oleh

Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

http://www.ukm.my/ekonis

e-mel:[email protected]

Dengan Kerjasama

Lembaga Zakat Selangor (LZS)

3-01-1, Presint ALAMI, Pusat Perniagaan Worldwide 2,

Persiaran Akuatik, Seksyen 13

40100 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA

e-mel: [email protected]

Unit Zakat UKM

Pejabat Unit Zakat UKM

Jabatan Bendahari, Aras 1, Masjid UKM

43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA

e-mel: [email protected]

Dicetak di Malaysia oleh

UKM CETAK

UKM Holdings Sdn. Bhd.

Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Perpustakan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Hairunnizam Wahid

Pengurusan Zakat Di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat /

Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor, Adibah Abdul Wahab, Muhammad

Tajuddin Abdul Rahim

1. Zakat. 2. Islam—Charities. 3. Islamic Giving. I. Mohd Ali Mohd Nor, II.

Adibah Abdul Wahab, III. Muhammad Tajuddin. IV. Judul

ISBN 978-983-3198-98-6

Page 4: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

3

Kandungan

Kandungan …3

Kata Pengantar …6

Sekapur Sirih…7

Prakata …8

Senarai Penulis…9

Bab 1 Pengurusan Zakat Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman Unit Zakat

Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Tajuddin Abdul Rahim & Wan Mohd Al Faizee

Wan Ab Rahaman...11

Bab 2 Aplikasi SEM-PLS dalam Menentukan Faktor Pembayaran Zakat oleh

Syarikat

Adibah Abdul Wahab …23

Bab 3 Kodifikasi Akta Zakat Nasional: Persepsi dan Implikasi

Mohd Suffian Mohamed Esa, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid ... 39

Bab 4 Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat:

Kajian di Malaysia

Mohd Fisul Ismail, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor …65

Bab 5 Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian

Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri

Ummi Amirah Alias, Hairunnizam Wahid & Azrina Abdullah Al-Hadi …83

Bab 6 Kesan Cukai Korporat dan Zakat Perniagaan Terhadap Prestasi

Kewangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Sri Nooridayu Salleh, Rubayah Yakob & Aisyah Abdul Rahman…103

Bab 7 Pendanaan Awam (Crowdfunding) dan Zakat: Satu Tinjauan Awal Ke

Atas Pendekatan yang Digunakan

Suhaili Alma’amun ... 125

Bab 8 Dana Zakat Untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan

Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia

Muhammad Haffiz Muhamad Isa & Hairunnizam Wahid …133

Page 5: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

4

Bab 9 Pembangunan Harta Aqar Zakat: Kajian Terhadap Model Pembangunan

Harta Aqar Majlis Agama Islam Negeri Johor

Mohd Azlan Bunasir & Hairunnizam Wahid …155

Bab 10 Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam

Wilayah Persekutuan

Atiah Ahmad & Hairunnizam Wahid ...171

Bab 11 Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan e-Fidyah dalam

Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar,

Johor

Muhammad Shukri Ab Ghani, Hairunnizam Wahid &

Mohd Ali Mohd Noor …189

Bab 12 Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat:

Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan,

Putrajaya

‘Abdullah Khairi Mohd Asri & Hairunnizam Wahid …211

Bab 13 Persepsi Asnaf Zakat Al-Gharimin (Perubatan) Terhadap Kaedah

Agihan Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor: Kajian di Gombak, Selangor

Nur Aliah Mohd Sukeri, Zulaikha Mohd Hanafiah & Hairunnizam Wahid ... 227

Bab 14 Keberkesanan Pelaksanaan Ceramah Zakat Terhadap Kefahaman Serta

Amalan Membayar Zakat Perniagaan: Kajian di Sepang, Selangor

Siti Umairah Kamaruddin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Abdul

Halim Abu Bakar …245

Bab 15 Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian

dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)

Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Hairunnizam Wahid &

Mohd Ali Mohd Noor …269

Bab 16 Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Agihan Zakat oleh Tabung

Baitulmal Sarawak (TBS) dan Peranan Medium Promosi: Kajian di Bintulu,

Sarawak

Abdul Hayy Haziq Mohamad & Hairunnizam Wahid …287

Page 6: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

5

Bab 17 Hubungan Antara Uruf, Amalan Adat Perpatih Terhadap Pembayaran

Zakat Pendapatan: Kajian di Rembau, Negeri Sembilan

Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib & Hairunnizam Wahid …305

Bab 18 Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan dalam Kalangan Kakitangan

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Nur Liana ‘Aqilah Derus & Mohd Ali Mohd Noor …319

Bab 19 Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang

Baru

Siti Norhidayah Hamzah & Hairunnizam Wahid …331

Bab 20 Keberkesanan Bantuan Modal Zakat Daripada Perspektif Penerima:

Kajian di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu

Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki &

Hairunnizam Wahid …353

Bab 21 Zakat, Tekanan Kewangan dan Pembiayaan Hutang bagi Institusi

Kewangan di Malaysia

Aisyah Abdul-Rahman & Muhammad Haziq Abdullah …373

Bab 22 Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat

Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia

Sri Hartati, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Febri Arahman ...393

Page 7: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

6

Kata Pengantar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha

Penyayang atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya. Selawat dan salam

atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang

terlibat khususnya kepada sidang penyunting dalam menghasilkan buku

bertajuk Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat.

Usaha murni semua pihak yang terlibat menghasilkan buku ini memperlihatkan

komitmen yang tinggi ke arah perkongsian ilmu dan pendedahan kajian-kajian

kotemporari berkaitan gelagat penerima juga pembayar zakat semasa.

Peranan zakat terhadap agama dan sosioekonomi masyarakat tidak

harus dipandang kecil. Pembayaran zakat bukan sahaja dapat menyucikan

harta, jiwa dan sifat tamak pembayar zakat, bahkan ia juga dapat menyucikan

sifat mazmumah seperti sifat hasad dengki penerima zakat terhadap mereka

yang berharta yang akhirnya secara tidak langsung dapat melahirkan

ukhuwwah dalam kalangan masyarakat. Hanya dengan pengamalan akhlak

yang murni dan sifat mahmudah dalam masyarakat secara holistik dapat

membantu hasrat negara membangunkan ekonomi ummah ke arah agenda

futuristik iaitu Transformasi Nasional 2050. Kefahaman masyarakat mengenai

perkara ini amat penting untuk menggalakkan umat Islam menunaikan

tanggungjawab berzakat dan pihak institusi pengurusan zakat dapat

mengagihkan harta zakat kepada asnaf dengan efisien dan sempurna mengikut

kerangka syariah yang akhirnya akan memastikan pertumbuhan ekonomi

negara yang lestari dan inklusif.

Saya yakin buku ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada para

karyawan zakat, institusi zakat, Majlis Agama Islam Negeri, institusi

perbankan dan kewangan, ahli akademik, para ilmuan dan masyarakat dalam

mengetahui isu-isu terkini khususnya yang berkaitan dengan gelagat agen

ekonomi dalam sistem fiskal Islam yang berkaitan zakat. Buku ini diharapkan

dapat menambahkan idea para pengkaji dan menjadi panduan dalam

memperkasa pengurusan institusi zakat khususnya di Malaysia dan di dunia

amnya. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah

SWT.

Amin ya rabbal alamin.

HAJI HUSSIN MOHD ALI

Ketua Pegawai Eksekutif

Lembaga Zakat Selangor

Majlis Agama Islam Selangor

Page 8: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

7

Sekapur Sirih

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas limpahan nikmat dan

rahmat-Nya.

Unit Zakat UKM sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memperkukuhkan

dan memperkasakan pendidikan mahasiswa UKM. Antara saranan Unit Zakat

UKM adalah dengan menggalakkan para mahasiswa UKM untuk menyertai

pelbagai konvensyen akademik yang dianjurkan di peringkat universiti, yang

berpotensi untuk memangkin kecemerlangan akademik dan inovasi dalam

pembelajaran. Sejarah Islam jelas membuktikan bahawa zakat telah memberi

sumbangan besar dalam dunia pendidikan dan telah melahirkan jutaan

cendikiawan.

Usaha memperkasakan ilmu dalam kalangan mahasiswa sangat

diambil berat oleh pihak kami walupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Usaha ini menuntut kepada tindakan dan kerjasama yang serius daripada

semua pihak agar benar-benar mencapai matlamat dalam memberikan

kebajikan khususnya kepada para mahasiswa. Dengan cabaran ketirisan ilmu

dalam kalangan mahasiswa, inisiatif Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM

dalam mengadakan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017

(PERKEM 2017) adalah satu langkah yang tepat pada masanya dan wajar

disertai oleh setiap mahasiswa. Unit Zakat UKM sentiasa mengalu-alukan

program seperti ini supaya dapat membudayakan keilmuan dalam kalangan

mahasiswa dan seterusnya menjana keintelektualan untuk melahirkan graduan

beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing dan inovatif.

Akhir kata, Unit Zakat UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan tahniah kepada penerbitan buku ini bersempena Persidangan

Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 (PERKEM 2017) sebagai salah

satu usaha memperkasakan kecemerlangan mahasiswa. Koloberasi ini amat

baik dan bertepatan dengan maqasid zakat yang telah dianjurkan dalam Islam.

Semoga PERKEM 2017 menghasilkan impak yang tinggi dalam

merealisasikan seruan kerajaan untuk memperkasakan pendidikan tinggi di

Malaysia.

Salam Hormat

MUHAMMAD TAJUDDIN ABDUL RAHIM

Unit Zakat UKM

Page 9: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

8

Prakata

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala

pujian untuk Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi

Muhammad SAW.

Perkembangan ilmu dalam pengkajian zakat telah berkembang luas

dengan begitu pesat di serata dunia. Gabungan kekuatan ilmu asas dan ilmu

alat dalam menganalisis sesuatu fenomena gelagat manusia berkaitan zakat

serta hasil dapatan dan penemuan kajian secara empirikal merupakan satu

keperluan yang mainstream pada masa kini. Maka sudah pastilah segala

dapatan yang bersifat empirik tersebut memerlukan kepada metodologi yang

bersifat saintifik dan sistematik yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi

sesuatu teori serta meyakinkan para penggubal dasar dengan penemuan yang

diperolehi.

Buku ini merupakan kompilasi artikel berkaitan zakat di Persidangan

Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke 12 2017. Sebahagian besar

artikel ini adalah disumbangkan oleh para pelajar dalam Program Sarjana

Ekonomi Islam di Pusat Pengajian Ekonomi, UKM tahun 2017. Fokus kajian

zakat dalam buku ini adalah kajian yang berkaitan dengan gelagat manusia

dalam sistem pengurusan zakat yang terdiri daripada amil, asnaf serta

pembayar zakat di Malaysia. Hanya terdapat satu artikel yang mengkaji aspek

pengurusan zakat di Riau, Indonesia.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kami kepada penyumbang

utama dana bagi penerbitan buku ini iaitu Unit Zakat UKM. Penghargaan juga

kepada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bersama-sama menjayakan

penerbitan buku ini. Tidak dilupakan kepada semua pelajar program Sarjana

Ekonomi Islam yang bertungkus-lumus menyiapkan artikel ini untuk

dibentangkan di PERKEM 2017 dan bakal berkonvokesyen tahun 2017.

Penghargaan juga kepada pihak CRIM-UKM selaku penyumbang geran

kepada beberapa penyelidikan dalam menghasilkan bab dalam buku ini iaitu

Geran DPP-2014-005, DPP-2015-FEP, GGP-2014-008 dan GUP-2016-001.

Akhir kata, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada

semua pihak pemegang taruh dalam pengurusan zakat. Harapan kami

penerbitan buku ini dapat meningkatkan dan memperkukuhkan lagi ilmu dalam

korpus bidang ekonomi Islam terutamanya dalam bidang kajian zakat. Kami

mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan buku ini.

Sekian, terima kasih.

Sidang Penyunting

Page 10: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

9

Senarai Penulis

‘Abdullah Khairi Mohd Asri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi

& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abdul Halim Abu Bakar, Eksekutif, Divisyen Dakwah dan Syariah Lembaga

Zakat Selangor

Abdul Hayy Haziq Mohamad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Adibah Abdul Wahab, PhD. Ketua Divisyen Dakwah dan Syariah, Lembaga

Zakat Selangor

Mohd Suffian Mohamed Esa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi

& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Aisyah Abdul Rahman, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan,

Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Atiah Ahmad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Azrina Abdullah Al-Hadi, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,

Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Febri Arahman, Kakitangan Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU),

Riau, Indonesia Hairunnizam Wahid, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,

Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Ali Mohd Noor, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,

Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Azlan Bunasir, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Fisul Ismail, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Haffiz Muhamad Isa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Haziq Abdullah, Pelajar Sarjanamuda Pengurusan Perniagaan,

Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Shukri Ab Ghani, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Tajuddin Abdul Rahim, Ketua Unit Zakat, Jabatan Bendahari,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Nur Aliah Mohd Sukeri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nur Liana ‘Aqilah Derus, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nurmaizura Marzuki, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 11: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

10

Rubayah Yakob, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi

& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Siti Norhidayah Hamzah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Siti Umairah Kamaruddin, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Solehuddin Zulkifli, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sri Hartati, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Sri Nooridayu Salleh, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Suhaili Alma’amun, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Ummi Amirah Alias, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman, Pensyarah, Institut Profesional

Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Zulaikha Mohd Hanafiah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 12: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia /393

Bab 22

Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru

Riau, Indonesia

Sri Hartati Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd Noor

Febri Arahman

Pengenalan Zakat adalah sejumlah harta yang wajib dikeluarkan oleh pemeluk agama

Islam yang wajib diberikan kepada yang berhak menerima, sesuai yang

ditetapkan oleh syariah. Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga dari lima

rukun Islam. Mengeluarkan zakat ini seiring dengan perintah daripada rukun

Islam yang lainnya iaitu sahadat, shalat, puasa dan haji. Perintah

mengeluarkan zakat ialah datang daripada Allah SWT, sepertimana firman

Allah SWT yang bermaksud:

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah

zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh

rahmat”. (Surah An-Nur: 56)

Keterangan ayat tersebut menerangkan bahawa perintah zakat seiringan

dengan perintah solat. Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar RA,

baginda akan memerangi orang-orang yang tidak membayar zakat kerana harta

yang diperoleh daripada orang kaya juga terdapat hak untuk orang miskin.

Berkaitan dengan agihan zakat pula, ianya telah dijelaskan dalam surah At-

Taubah ayat 60:

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu, hanyalah untuk

orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang

mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan

hatinya, dan untuk hamba-hambanya yang hendak

memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan

Page 13: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

394/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang

musafir (yang keputusan) dalam perjalanan (ketetapan hukum

yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang

datangnya) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha

Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

(Surah At-Taubah : 60)

Zakat daripada aspek bahasa adalah bersih, suci, subur, berkat dan

berkembang. Pengertian bersih dan suci dalam istilah zakat ialah

membersihkan harta dan membersihkan diri orang yang kaya daripada sifat

kedekut dan bakhil. Dalam erti kata yang lain zakat ialah membersihkan diri

daripada sifat dendam dan dengki oleh orang miskin terhadap orang

berada/kaya. Sedangkan zakat dari aspek syarak ialah mengeluarkan

sebahagian daripada harta tertentu diberikan kepada asnaf tertentu yang berhak

menerimanya setelah memenuhi syarat yang telah di tetapkan oleh syarak.

Demikian juga definisi zakat oleh Dr Yusuf Qardhawi yang menyatakan

bahwa zakat merupakan salah satu nilai instrumental yang sangat strategis

dalam system ekonomi Islam yang mempengaruhi tingkah laku ekonomi

seorang muslim, masyarakat dan pembangunan ekonomi pada umumnya.

Zakat ialah sebuah produk hukum demi menciptakan keadilan perekonomian

dikalangan umat Islam. Justeru zakat sangat diuatamakan dan diamalkan agar

kestabilan dan keseimbangan suatu masyarakat muslim tercipta dengan baik,

antara orang yang mempunyai lebihan dana dan orang yang mempunyai

kekurangan.

Di Indonesia, urusan agihan zakat ialah tertakluk dibawah undang-

undang regulasi zakat No. 23 tahun 2011 yang dikawal oleh pemerintah

provinsi dan kabupaten/kota atau daerah. Zakat hanya boleh digunakan atau

diagihkan kepada lapan golongan asnaf sahaja berdasarkan alquran dalam

surah at-taubah, ayat 60 iaitu al-fuqara’ (orang fakir), al-masakin (orang

miskin), amil, muallaf, al-riqab (hamba), al-gharimin (orang yang dibebani

hutang), fi-sabilillah (orang yang berjuang di jalan Allah SWT). Ibnu sabil

(musafir di perjalanan). Agihan zakat yang adil hendaklah dilaksanakan

sebolehnya kepada kelapan-lapan asnaf. Menurut mazhab Imam Syaf’i, zakat

boleh juga diagihkan kepada sekurang-kurangnya tiga golongan yang mana

tiga golongan ketiga adalah amil dan itu sudah memadai (Mohamad Uda,

2005). Secara umumnya, terdapat empat golongan yang perlu diberikan

keutamaan dahulu dalam menerima wang zakat menurut pandangan Imam

Syafi’I ini iaitu al-fuqara (orang miskin), al-masakin (orang yang miskin), al-

gharimin (orang yang dibebani hutang) dan Ibnu Sabil (musafir di perjalanan),

(Muhammad uda 2005). Justeru amil akan mengambil tempat ketiga selepas

asnaf fakir dan miskin berdasarkan hujah sekurang-kurangnya agihan patut

dilaksanakan kepada tiga golongan asnaf. berdasarkan keutamaan ini, institusi

zakat perlu memastikan kelima-lima asnaf ini mendapat bahagian zakat yang

sepatutnya sebelum agihan dilaksanakan kepada tiga lagi golongan asnaf yang

dinyatakan di dalam Al-qur’an. Ini adalah bagi memastikan agihan yang adil

dapat dilaksanakan kepada asnaf mengikut syariat yang telah ditetapkan.

Page 14: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia /395

Kajian ini menguji prestasi kecekapan agihan zakat berdasarkan dua

bukti ketidakcekapan agihan yang dinyatakan, sebab Pertama, ketidakcekapan

agihan yang berlaku banyak memberikan persepsi buruk dan menjejaskan

tahap kepercayaan umat Islam terhadap institusi zakat. Pernyataan ini juga di

dukung oleh kajian daripada Sanep dan Hairunizam (2014). Justeru itu, kajian

ini tidak hanya melihat prestasi agihan zakat daripada lebihan zakat namun

juga akan melihat prestasi kecekapan daripada beberapa bentuk program yang

dijalankan oleh LAZSU. Kedua untuk kecekapan prestasi agihan berbentuk

bukan kewangan, kajian lepas yang mengkaji kecekapan daripada sudut

kewangan adalah terhad berbanding kajian tentang keberkesanan bukan

kewangan. Pernyataan ini dikaji oleh Eza Ellany et.al, (2014), yang

menyatakan bahawa kajian lepas berkaitan prestasi agihan masih kurang.

kemudian kajian Hairunizam et al (2015) menambahkan bahawa untuk

prestasi pengurusan kewangan yang baik oleh sesebuah institusi MAIN bukan

sahaja dapat membuat perancangan kewangan penggunaan input seperti

pekerja, amil dan sebagainya malah ia juga memberi kesan yang positif

terhadap pengurusan zakat terutama dalam aspek pengurusan zakat. Oleh itu

kecekapan prestasi agihan berbentuk bukan kewangan adalah relevan untuk

dikaji kerana ia diukur berdasarkan pandangan Imam Syafi’e terhadap empat

golongan asnaf yang perlu diutamakan semasa agihan zakat dibuat iaitu fakir,

miskin, al-gharimin, dan ibn sabil.

Persoalan kajian ialah apakah LAZSU berjaya dalam mengagihkan

zakatnya kepada golongan yang berhak menerima zakat seperti yang dijelaskan

dalam Al-qur’an. Kajian ini menjangkakan ada suatu prestasi kecekapan dari

LAZSU dalam pengurusan zakatnya, sehingga pada akhirnya zakat yang

dikutip dapat sempurna diagihkan. Justeru kajian ini akan mengkaji (1)

prestasi agihan zakat oleh LAZSU, sama ada berjaya atau tidak dalam

mengagihkan zakatnya, (2) mengkategorikan aspek prestasi zakat kepada dua

bahagian iaitu kecekapan agihan kewangan dan bukan kewangan, kemudian

yang (3) menganalisis corak agihan zakat di LAZSU, Pekanbaru Riau.

Pengurusan Zakat Di Riau

Swadaya Ummah telah ditubuhkan pada tahun 2002 dengan badan hukum

yayasan, beserta akta notaris Tajib Raharjdjo, SH nombor 115 tahun 2002.

Pada tahun 2003, Swadaya Ummah telah di kukuhkan sebagai Lembaga Amil

Zakat (LAZ) wilayah Riau oleh Gabenor Riau HM. Rusli Zainal, SE dengan

mengeluarkan surat keputusan (SK) Gabenor riau nombor 561/XII/2003. Oleh

hal yang demikian, Swadaya Ummah telah diakui secara rasmi menjadi

lembaga pertama yang di percayai oleh wilayah Riau untuk mengendalikan

dana zakat, infaq atau sedekah mahupun wakaf.

Program – program Swadaya Ummah terdiri daripada program yang

bersifat amal (charity) dan program-program yang bersifat memberi kuasa

(empowering). Program-program tersebut saling berhubungan bagi

mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan bebas. Pada hakikatnya, zakat,

Page 15: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

396/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

infaq atau sedekah mahupun dana sosial lainnya yang diamanahkan melalui

Swadaya Ummah digunakan untuk meningkatkan berkat hidup kaum dhuafa,

dengan menitikberatkan keperluan masyarakat, kesan manfaat yang luas,

mengekalkan dan akhirnya program tersebut menjadi institusi yang bebas

untuk kaum dhuafa dan seterusnya menjadi aset sosial masyarakat Indonesia.

LAZSU mengawal dari program amal misalnya, pada tahun 2003,

Swadaya Ummah sangat aktif dalam memberikan perkhidmatan perubatan

percuma untuk masyarakat miskin di kota Pekanbaru dan sekitarnya. Program

ini mendapat sambutan yang baik dari masyarakat serta sambutan yang positif

dari penderma dan muzakki. Sehingga pada tahun 2005, program ini masih

dijalankan tambahan pula pada masa itu musim bencana dimana-mana,

sehingga bantuan perubatan sangat diperlukan masyarakat. Pada tahun 2006,

program perkhidmatan perubatan percuma ini dikembangkan sehingga

akhirnya tertubuh klinik dhuafa yang diketuai oleh tenaga-tenaga perubatan

profesional baik doktor mahupun perawat.

Program amal lainnya seperti program biasiswa bagi siswa berprestasi

dari kalangan keluarga kurang berkemampuan, anak yatim mahupun yang

terpaksa berhenti persekolahan. Biasiswa ini di berikan secara insentif,

berkekalan atau berterusan dan disertai bimbingan dan proses pembinaan.

Sebagai penerima, program biasiswa Swadaya Ummah sudah mencapai 11

kota se Riau dan wilayah Bengkulu yang diberikan kepada mangsa Bengkulu

tahun 2007. Harapannya agar mereka dapat melanjutkan persekolahan dan

dapat menunjukkan prestasi di sekolahnya. Selain program pendidikan,

Swadaya Ummah juga melakukan kegiatan pemberian kuasa ekonomi untuk

kaum dhuafa khususnya kepada masyarakat di desa. Masyarakat petani dan

peternak di wilayah Riau dengan mencungkil potensi desa yang biasa

dikembangkan untuk meningkatkan pendapatan masyarakat desa. Kegiatan ini

dilakukan di kota Pekanbaru dan Kabupaten Kampar wilayah Riau.

Jadual 1: Statistik Kutipan dan Agihan Zakat LAZSU Pekanbaru Riau bagi

tahun 2008 hingga 2015 (Juta Rupiah)

Tahun Kutipan Agihan lebihan /

kekurangan

peratusan

Lebihan (%)

2008 704.66 498.56 206.09 41.3

2009 557.93 606.32 -48.39 -7.98

2010 683.59 683.98 -384.06 -0.06

2011 1,225.08 1,360.94 -135.86 -9.98

2012 1,049.95 1,016.18 33.77 3.32

2013 951.45 923.14 28.30 3.06

2014 791.28 895.72 -104.44 -11.6

2015 853.51 889.41 -35.89 -4.04

Purata

Tahunan 852.18 859.28 -55.06 1.75 Sumber: Laporan tahunan dan statistik pungutan dan agihan zakat LAZSU

Page 16: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia /397

Program Swadaya Ummah juga melihat kepada masyarakat mangsa

bencana atau mangsa masalah nutrisi dalam serta luar negeri seperti bantuan

kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi dan tsunami Aceh, Jawa Tengah,

Bantul, Sumatera Barat, Bengkulu, bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin,

bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir Riau, masalah makanan, penderita

masalah nutrisi, bantuan kesihatan untuk pesakit denggi dan malaria di

Indragiri hilir serta bantuan mangsa kebakaran dan angin puting beliung.

Berdasarkan Jadual 1, jumlah kutipan zakat oleh LAZSU adalah Rp704.66 juta

pada tahun 2008 telah mengalami peningkatan setiap tahun walaupun secara

tidak konsisten kepada Rp853.51 juta tahun 2015. Dalam aspek agihan pula

didapati, pada tahun 2008, jumlah agihan adalah Rp498.56 juta meningkat

kepada Rp889.41 juta tahun 2015. Secara puratanya jumlah kutipan zakat dan

agihan zakat oleh LAZSU masing-masing adalah Rp852.18 juta dan Rp859.28

juta. Namun yang menariknya adalah secara puratanya, berlaku defisit agihan

zakat sebanyak Rp55.06 juta. Ini menunjukkan LAZSU telah berusaha

bersungguh-sungguh mengagihkan zakat sepenuhnya kepada asnaf zakat dan

kini perlu merangka pelbagai strategi untuk meningkatkan kutipan zakat agar

dapat menampung defisit tersebut.

Kajian Lepas

Eza Ellany et, al. (2014) menjelaskan bahawa prestasi kecekapan pengurusan

agihan institusi zakat di Malaysia telah menggunakan kaedah pengukuran

prestasi kecekapan agihan zakat berbentuk kewangan menerusi pengukuran

nisbah kutipan agihan dengan melihat kepada peratusan lebihan zakat dan

kaedah pengukuran agihan zakah mengikut keutamaan asnaf Mazhab Imam

As-Syafie zakat. kajian tersebut juga menyatakan terdapat kajian lepas

berkaitan prestasi kecekapan institusi zakat, tetapi tumpuan terhadap

kecekapan agihan masih kurang.

Sedangkan kajian Mannan (2003), Wess (2002) dan Hassan & Khan

(2007) berpendapat keberkesanan kutipan zakat dan pengagihan zakat amat

bergantung pada pengurusan oleh institusi zakat. Namun begitu aspek

pengagihan zakat merupakan satu aspek yang sangat penting kerana ia

menunjukkan bagaimana dana zakat dapat memberi impak kepada masyarakat

dan negara dalam aspek pembasmian kemiskinan dan pembangunan. M. Ali

Hasan, (2004) menjelaskan bahawa amil zakat mempunyai kuasa untuk

melaksanakan segala kegiatan urusan zakat, bermula daripada para pengumpul

sampai kepada bendahara dan para penjaganya, bahkan bermula dari pencatat

sampai kepada penghitung yang mencatat keluar masuk zakat dan membagikan

kepada mustahik (penerima zakat), sehubungan dengan itu amil mempunyai

kuasa untuk melakukan kegiatan pengumpulan dana zakat, infak, sedekah dan

wakaf dari masyarakat, baik individu, kumpulan organisasi dan syarikat yang

akan disalurkan untuk mustahik atau penerima zakat. Dalam hal ini amil di

tuntut supaya memiliki kompentensi untuk merancang stategi penghimpunan

yang berkesan. secara pengurusan lembaga pengurus zakat telah melakukan

Page 17: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

398/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

pelbagai perubahan, terutamanya dalam pungutan dan pengagihan zakat

kepada mustahik.

Walapun begitu kajian yang dilakukan oleh Muhammad Zuhdi (2003),

menghuraikan tentang persoalan hubungan zakat dengan Negara, dan juga

memberikan ide bagaimana semestinya amil zakat harus berperanan dalam

pengurusan zakat, sehingga pengurusan zakat menuju kaearah yang lebih

progresif dan professional seiiring dengan institusi kewangan Islam yang lain

tetapi masih dalam ketentuan dan prosedur sebagaimana ketentuan yang telah

di gariskan oleh syara’. Kajian oleh Shahir & Adibah (2010), Institusi Zakat

merupakan institusi awam yang berautoriti dan diberikan kepercayaan untuk

menguruskan dana zakat melalui kutipan daripada pembayar zakat dan agihan

kepada golongan asnaf yang layak. Dalam memastikan kepatuhan masyrakat

untuk membayar zakat, aspek kepercayaan terhadap kredibiliti institusi zakat

amat diambil berat bagi memastikan kutipan zakat meningkat dan mencukupi

untuk menampung asnaf yang memerlukan. Kepercayaan ini dibina oleh

keberkesanan dan kecekapan Intitusi zakat yang mengurus dana zakat tersebut

terutamanya dalam aspek agihan zakat. kajian ini percaya aspek keyakinan dan

kepercayaan masyarakat juga perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh

institusi zakat agar usaha memartabatkan rukun Islam yang ketiga serta dapat

menambah baik sistem keberkesanan kutipan dan agihan zakat secara efektif

dan efisien.

Wardi Wahab (2006), menjelaskan bahawa pada masa tempoh awal

Islam, tidak ada nama khas institusi atau orang yang menguruskan zakat.

Alquran sendiri menyebutnya sebagai amil (pengurus zakat), tidak ada nama

khusus bagi ahli yang bekerja sebagai amil. kerana pada masa itu pengurusan

zakat berpusat kepada Nabi Muhammad SAW atau wakil-wakilnya masih

dalam bentuk yang mudah sesuai dengan perkembangan. Sedangkan tempat

aktivitinya adalah masjid dan sekitar gelanggang masjid, walaupun pada

zaman Nabi Muhammad SAW tidak ada suatu lembaga khusus yang berdiri

sendiri secara bebas untuk mengurus zakat, tetapi Nabi SAW dengan

pegawainya yang telah dilantik melaksanakan pengurusan zakat dengan

bentuk mudah.

Mawardi (2008), menghuraikan bahwa polisi keberkesanan peranan

badan atau lembaga zakat di Indonesia tidak terlepas dari perannya sebagai

pengumpul zakat, mendayagunakan dan mengagihkannya secara professional.

Dalam pengumpulan dan mendayagunakan harta zakat, para amilin harus

mempunyai rekod tentang para muzakki (pembayar zakat) dan seberapa besar

harta kekayaan yang mereka miliki, sehingga dapat mengira berapa peratusan

pengeluaran zakat yang harus mereka keluarkan. Para amilin di tuntut juga

untuk mempunyai jiwa keusahawanan bukan dalam arti sempit. Hairunnizam

et. al (2009), pula menjelaskan bahawa institusi zakat amat penting dalam

pengurusan zakat, ia merupakan perantara diantara pembayar zakat dan

penerima zakat (asnaf), tanggungjawabnya adalah amat besar, iaitu

memastikan kutipan zakat dapat dilakukan dengan cekap dan mengagihkan

zakat kepada asnaf dengan cekap dan berkesan. Sekiranya institusi ini gagal

berfungsi dengan baik maka system zakat ini tidak Berjaya untuk dilaksanakan.

Page 18: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia /399

Institusi zakat perlu menunjukkan nilai-nilai islam yang tinggi seperti amanah

dan adil dalam pengurusan zakat dan dalam masa yang sama perlu bersifat

profesionalisme. Cabaran institusi zakat menguruskan zakat pada masa kini

bukanlah seperti zaman dahulu dimana seorang amil di yakini oleh masyarakat

setempat adalah seorang ustaz, guru agama dan imam yang mempunyai latar

belakang pendidikan agama. Institusi zakat pada masa kini memerlukan

keilmuan lain untuk meningkatkan tahap profesionalisme seperti pengurusan,

keusahawanan, teknologi dan sebagainya. Ini akhirnya, dapat meningkatkan

peranan dan kuasa serta profesioanlisme dalam pengurusan zakat.

Muhammad Abd Wahab Fatoni et, al (2009) dalam kajiannya

menguraikan bahwa zakat telah memainkan peranan yang sangat penting

dalam ekonomi umat Islam, khususnya di Malaysia. Institusi-institusi zakat

sekarang cuba mengenal pasti dan mencari alternatif yang terbaik dalam

mengagihkan wang zakat supaya dapat menjana pendapatan asnaf zakat,

disamping dapat meningkatkan ekonomi ummah. Kajian ini hanya

menghuraikan secara am tentang pewujudan usahawan asnaf melalui wang

zakat, dan kajian ini tidak menghuraikan secara khusus tentang peranan dan

kuasa amil zakat.

Hairul Fazli, (2009) menghuraikan bahwa amil zakat bukan hanya

sekadar individu, akan tetapi institusi yang berperananan menyempurnakaan

ibadah zakat. Institusi amil melakukan berbagai macam tugas yang berkaitan

zakat yang memerlukan gabungan beberapa jenis kepakaran dalam kajian ini.

Kajian ini membahas tentang konsep dan peranan amil zakat pada masa lalu

dan pada masa kini, dan mengambil tempat di LAZ, dari hasil kajiannya,

membuktikan bahwa pembaharuan didalam bidang tugas amil yang asas, yang

berubah hanya sistem bekerja. penggunaan teknologi dan pengurusan

organisasi yang kreatif.

Sedangkan kajian yang dijalankan oleh Ivalaili (2016) menunjukan

bahawa pengetahuan responden mengenai BAZNAS berpengaruh secara

signifikan untuk meningkatkan kesadaran untuk membayar zakat pada institusi

tersebut, Pegawasan badan eksternal memiliki tingkatan yang baik dan

berpengaruh positif terhadap pengurusan zakat dalam meningkatkan kinerja

amil, pada lain hal pegawasan badan eksternal hanya berpengaruh positif tetapi

tidak secara signifikan dalam mempengaruhi muzakki untuk untuk membayar

zakal secara formal melalui BAZNAS. Namun begitu sebagai suatu lembaga

publik Institusi Pengurusan zakat sudah sepatutnya menerapkan pengurusan

secara terbuka iaitu adanya hubungan antara pengurus zakat dengan

masyarakat. Dengan demikian akan terjadi sistem pengawasan yang

melibatkan unsur luar iaitu masyarakat sendiri melalui publikasi hasil

pengumpulan dana zakat mahupun program kegiatanya. Selain itu peningkatan

kepada wakil amil di juga diperlukan kerana wakil amil bukan sahaja

membantu kutipan dan mengenali asnaf malah boleh menjalankan peranan

untuk menyebarkan agama. (DickyWiwittan , 2016).

Justeru itu, dari sumber –sumber kajian lepas ada beberapa hal yang

kurang pengkajiannya seperti dalam menilai prestasi kecekapan agihan zakat

Page 19: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

400/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

dalam program-program institusi, sebab kajian lepas membincangkan untuk

melihat prestasi kecekapan daripada nisbah aliran tunai, data kewangan dan

min skor. Walaupun begitu, kajian lepas tentang prestasi agihan zakat masih

boleh di guna pakai untuk institusi zakat namun dalam kajian ini penulis

memberikan pengetahuan baru tentang prestasi agihan zakat dengan melihat

program-program yang di jalankan dari institusi LAZSU, untuk menilai

prestasi kecekapan agihan berjaya atau tidak dalam menagihkan zakatnya.

Metodologi Kajian

Kajian ini mengenai pengukuran prestasi kecekapan agihan kewangan dan

bukan kewangan melibatkan LAZSU. Metod dokumentasi, pengumpulan data

telah diperolehi dari laman web serta dari institusi zakat iaitu laporan

kewangan LAZSU. Maklumat dengan lebih terpeinci juga diperolehi

berkenaan program yang telah dijalankan oleh LAZSU dalam menilai prestasi

dalam aspek program agihan zakat di sana. Maklumat kualitatif ini diperolehi

melalui kaedah temubual dengan pegawai zakat di LAZSU melalui email dan

panggilan telefon.

Kaedah Analisis Data

Prestasi Kecekapan Agihan Kewangan: Selain itu, sebagai tambahan maklumat

tentang prestasi agihan zakat di LAZSU juga menggunakan data sekunder yang

diperoleh iaitu laporan kewangan tahunan LAZSU daripada tahun 2008

sehingga 2015. Data yang diperoleh merupakan laporan tahunan yang telah

disahkan oleh Ketua Audit LAZSU yang seterusnya dianalisis menggunakan

kaedah min skor.

Pembentukan Skor Bagi Prestasi Agihan Institusi: Bagi prestasi pengurusan

agihan zakat pula terbahagi kepada dua iaitu prestasi kewangan dan bukan

kewangan. Prestasi kewangan melibatkan skor kecekapan lebihan zakat

(SKORLZ) manakala prestasi bukan kewangan melibatkan skor kecekapan

keutamaan asnaf (SKORKA). Skor kecekapan lebihan zakat (SKORLZ)

dibentuk berdasarkan peratusan jumlah lebihan wang zakat yang tidak

diagihkan berbanding jumlah kutipan zakat (Hairunnizam et al. 2009, Eza

Ellany et al. 2014). Skor ini menilai berapa banyak lebihan wang zakat dan

peratusannya yang tidak diagihkan pada setiap akhir tahun. Kaedah pengiraan

SKORLZ boleh dirujuk seperti pada

Persamaan 1.

SKORLZ = Jumlah Lebihan (Jumlah Pendapatan –Jumlah Perbelanjaan)

(1)

Jumlah Pendapatan Skor kecekapan lebihan zakat diukur dalam lingkungan

nilai antara 0 hingga 1. Nilai 0 menandakan bahawa skor adalah pada tahap

terbaik dan sangat cekap. Ini bermakna semakin rendah jumlah lebihan zakat

Page 20: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia /401

berbanding jumlah kutipan semakin cekap prestasi agihan zakat. Namun

terdapat kemungkinan institusi zakat melaksanakan agihan zakat melebihi

kutipan zakat yang diperoleh pada tahun semasa. Situasi ini mungkin

disebabkan wujudnya lebihan agihan zakat tahun sebelumnya yang diagihkan

pada tahun semasa. Keadaan ini mengakibatkan nilai lebihan zakat akan

menjadi negatif dan menunjukkan berlaku ketidakcekapan dalam pengurusan

agihan zakat. Agihan yang cekap sepatutnya dilakukan pada tahun semasa

kutipan wang zakat diperoleh (Eza Ellany et, al. 2014).

Prestasi Agihan Bukan Kewangan (Skor Kecekapan Keutamaan Asnaf): Skor

kecekapan keutamaan asnaf (SKORKA) dibentuk berpandukan kepada

keutamaan asnaf yang wajib didahulukan mengikut turutan di dalam Al-Quran

dan Al-Sunnah, berlandaskan mazhab Imam Syafie. Menurut pandangan Imam

Syafie, terdapat empat golongan asnaf yang perlu diberi keutamaan terlebih

dahulu sebelum lainnya dalam menerima agihan zakat iaitu al-fuqara

(golongan fakir), al-masakin (golongan miskin), al-gharimin (golongan

berhutang) dan Ibnu Sabil (golongan yang bermusafir atau dalam perjalanan)

(Mohamad Uda, 2005; Eza Ellany et, al. 2014). Skor agihan sebenar mazhab

Imam Syafie rujuk pada Jadual 2.

Jadual 2. Skor Agihan Sebenar Mazham Imam Syafie

Bil Kategori Asnaf Skor Agihan Sebenar

1 Al-fuqara (orang fakir) 1

2 Al-masakin (orang miskin) 2

3 Al-gharimin (orang yang memiliki hutang) 3

4 Amil 4

5 Ibn sabil (musafir dalam perjalanan) 5

6 Muallaf 6

7 Al-riqab (hamba) 6

8 Fi-sabilillah (orang yang berjuang dijalan

Allah SWT)

6

Sumber : Eza Ellany et,al. (2004), telah diubahsuai mengikut data

Manakala berdasarkan hujah bahawa sekurang-kurangnya agihan

memadai dilaksanakan kepada tiga golongan asnaf, maka amil (pengutip zakat)

berada pada kedudukan ketiga selepas asnaf fakir dan miskin. Berdasarkan

turutan keutamaan ini, institusi zakat perlu memastikan kelima-lima asnaf di

atas mendapat agihan zakat sepatutnya sebelum agihan dilakukan kepada asnaf

lain yang disebut di dalam Al-Quran iaitu mualaf (golongan baru memeluk

Islam), al-riqab (hamba) dan fisabilillah (golongan berjuang di jalan Allah

SWT). Skor keutamaan asnaf diukur dengan menjumlahkan perbezaan skor

antara skor agihan sebenar Mazhab Imam Syafie dengan skor agihan institusi

zakat bagi lapan kategori asnaf, kemudian dibahagikan dengan jumlah

perbezaan skor maksimum yang diperoleh bagi kelapan-lapan kategori asnaf.

Page 21: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

402/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

Jumlah perbezaan skor maksimum adalah 28 (rujuk kajian Eza Ellany et. al,

2014). Kaedah pengiraan SKORKA boleh dirujuk seperti pada persamaan 2.

Persamaan 2.

Jumlah perbezaan skor bagi 8 kategori asnaf

SKORKA= (skor agihan sebenar – skor agihan institusi)

(28) Jumlah perbezaan skor maksimum

Skor agihan sebenar adalah skor yang diberikan kepada lapan kategori

asnaf mengikut keutamaan mazhab Imam Syafie. Skor agihan sebenar diukur

dalam lingkungan skala skor 1 hingga 6 seperti di Jadual 2. Kajian hanya

menggunakan 6 skala skor disebabkan tiga lagi golongan asnaf iaitu mualaf,

al-riqab dan fisabilillah tidak dinyatakan turutan keutamaannya oleh mazhab

Imam Syafie. Skor agihan institusi pula adalah skor yang diberikan

berdasarkan turutan jumlah agihan zakat untuk setiap kategori asnaf iaitu nilai

kewangan agihan zakat dijadikan asas dalam mengkategorikan setiap asnaf

mengikut keutamaan. Nilai skor keutamaan asnaf akan berada dalam

lingkungan nilai 0 hingga 1, yang mana nilai 0 adalah skor yang paling cekap

(Eza Ellany et al. 2014). Contoh pengiraan jumlah perbezaan skor bagi 8

kategori asnaf sebelum dibahagikan dengan jumlah perbezaan skor maksimum

adalah seperti skor keutamaan asnaf akan terbentuk di bawah lingkungan 0

hingga 1, yang mana 0 adalah paling cekap.

Kajian oleh Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Mohd Ali Mohd Nor,

Maryam Abd Rashid (2016) berpendapat, bagi melihat prestasi agihan zakat

dengan lebih terperinci, analisis corak agihan zakat kepada setiap kategori

asnaf dilakukan dan data dianalisis menggunakan regresi mudah kuasa dua

terkecil mengikut kategori asnaf bagi melihat corak agihan zakat. Analisis data

dilakukan bagi tempoh 8 tahun bermula dari tahun 2008 hingga 2015. Data-

data kemudiannya dipersembahkan ke dalam bentuk jadual bagi menunjukkan

corak dan penekanan dalam agihan zakat.

Hasil Kajian

Hasil kajian mendapati bahawa jumlah hasil kutipan dan agihan dari tahun

ketahun tidak sama. Kadang hasil kutipan meningkat, namun ada juga menurun

dan tidak stabil bagi tahun tahun selanjutnya. Jadual 4 menunjukkan jumlah

zakat yang telah dikutip dan diagihkan di LAZSU selama lapan tahun iaitu

tahun 2008 hungga tahun 2015. Untuk data sekunder ini prestasi agihan zakat

diukur berdasarkan skor kecekapan lebihan zakat (prestasi agihan kewangan)

dan skor kecekapan keutamaan asnaf (prestasi agihan bukan kewangan).

Jadual 3 menunjukan hasil analisis prestasi agihan zakat. Analisis dilakukan

bagi mencapai objektif kajian iaitu menilai prestasi kecekapan agihan zakat

kewangan dan bukan kewangan. Menurut Andres-Alonso, Martin Cruz dan

Romero-Merino (2006) kecekapan berlaku apabila hampir kesemua derma

yang diterima, dibelanjakan sepenuhnya untuk projek-projek kebajikan yang di

rangka. Hairunizam et.al (2009), pula menyatakan agihan zakat yang optimum

Page 22: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia /403

kepada 100 peratus (lebihan bernilai 0.00) adalah agihan yang terbaik.

Walaupun begitu kajian Eza Elyani et. al (2014), berpendapat lebihan agihan di

bawah lingkungan 0.228 sudah dianggap berprestasi baik. Ini disebabkan tiada

sembarang aras untuk melihat kecekapan agihan sudut lebihan zakat, kajian ini

telah menjadikan lebihan zakat dibawah nilai 0.228 adalah sebagai skor

terbaik. Sekiranya terdapat skor kecekapan agihan zakat yang bernilai negatif

maka nilai tersebut digantikan dengan nilai 0 kerana tiada lebihan zakat semasa

yang tidak diagihkan.

Jadual 3. Prestasi Agihan Zakat LAZSU Pekanbaru Riau

Tahun

Skor Kecekapan

Lebihan Zakat

(SKORLZ)

Pencapaian

Skor Keutamaan

Asnaf

(SKORKA)

Pencapaian

2008 0.29 0

2009 -0.09 0

2010 0 0

2011 -0.11 0

2012 0.03 0

2013 0.03 0

2014 -0.13 0

2015 -0.04 0 Sumber : diolah dari laporan tahunan LAZSU (2008-2015)

SKORLZ : nilai yang menghampiri 0 hingga 1 adalalh nilai yang paling cekap dan nilai

lebihan zakat di bawah lingkungan nilai 0.29 adalah skor terbaik

SKORKA : nilai < 0.00 adalah nilai yang laing cekap dan skor terbaik

Secara keseluruhanya, walaupun LAZSU dalam agihan dan kutipan

antara tahun 2008 hingga 2015 mengalami turun naik kutipan dan agihan,

namun LAZSU tidak mengurangi prestasi kecekapan, di Jadual 3 menunjukan

daripada SKORLZ antara tahun 2008 hingga 2015 iaitu 0.00 hingga 0.29

menunjukan skor kecekapan yang baik, hal ini selari dengan kajian Eza Elyani

(2014) yang mengatakan bahawa yang mana jumlah lebihan agihan zakat di

bawah nilai 0,228 peratus bagi skor kecekapan lebihan zkat adalah dianggap

berprestasi baik walaupun belum mencapai tahap agihan yang optimum kepada

100 peratus.

Sedangkan prestasi kecekapan bukan kewangan untuk SKORKA yang

di tunjukan pada Jadual 2, LAZSU mendapati bahawa dari tahun 2008 hingga

2015 mencatatkan skor 0.00, hal ini untuk SKORKA LAZSU mengalami

kecekapan pretasi yang baik. Sebab semua asnaf mendapat agihan yang sama

tiada perbezaan. Aspek prestasi zakat kepada dua bahagian iaitu kecekapan

agihan kewangan dan bukan kewangan dapat juga di lihat daripada Jadual 3.

Dari keterangan Jadual 3 tersebut dapat disimpulkan bahawa prestasi bukan

Page 23: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

404/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

kewangan LAZSU mengalami prestasi yang baik dalam mengagihkan dana

zakatnya kepada asnaf, walaupun begitu ada tanda negatif di SKORLZ ini juga

menunjukan tiada lebihan zakat yang tidak diagihkan, kajian berpendapat

jumlah dana yang yang di kutip setiap tahun tidak mencukupi untuk

menampung asnaf sehigga ada tahun-tahun berikutnya yang mengalami

kekurangan dana. Oleh itu kemungkinan ada sebahagian masyarakat yang

membayarkan zakatnya bukan di institusi LAZSU, mungkin ada yang

membayar melalui masjid dan terus di agihkan kepada asnaf. Walaupun begitu

ini bermakna tiada lebihan zakat yang menunjukkan secara umumnya prestasi

kecekapan agihan zakat adalah memuaskan.

Corak agihan zakat di lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah Pekanbaru Riau

Jadual 6 menunjukan peratusan agihan zakat untuk setiap asnaf bagi tempoh

selama lapan tahun (2008-2015). Berdasarkan Jadual 6 didapati corak agihan

untuk asnaf fakir dan miskin mengalami peningkatan. Ini mungkin kerana

golongan-golongan asnaf ini semakin keluar dari belenggu kemiskinan

sehingga tidak lagi berstatus asnaf fakir miskin. Terdapat program yang

dilakukan oleh LAZSU seperti program keusahawanan yang mana institusi

zakat memberikan bantuan untuk melakukan usaha dan asnaf boleh berdikari.

Di dapati corak agihan dan zakat bagi asnaf ini adalah meningkat dan

signifikan pada aras keertian 5 peratus. Namun begitu, kajian mendapati corak

agihan adalah amat kecil dan tidak signifikan berdasarkan nilai koefisien

(0.074). Ini mungkin kerana golongan asnaf al-gharimin sudah mampu

menyelesaikan hutang-hutangnya sehingga asnaf tidak memerlukan bantuan

daripada LAZSU. Selain itu juga LAZSU juga ada memberi bantuan kepada

penduduk yang mengalami musibah seperti kebanjiran, bencana kebakaran dan

tanah runtuh juga menjadi salah satu program yang utamakan oleh LAZSU.

Berdasarkan Jadual 6 juga didapati corak agihannya juga adalah kecil

(0.12) dan tidak signifikan. Ini mungkin kerana kos perbelanjaan operasi untuk

pengurusan amil yang semakin berkurangan disebabkan institusi zakat telah

melancarkan borang secara online, jadi para pembayar zakat terus membayar

secara online. Kajian mendapati corak agihan zakat untuk asnaf ibn sabil

adalah negatif tetapi mempunyai saiz koefisien yang kecil (0.06) dan

signifikan. Ini mungkin kerana golongan-golongan asnaf musafir tidak terlalu

ramai untuk memohon zakat, sebab untuk golongan. Manakala untuk asnaf

muallaf, nilai koefisien adalah kecil (0.07) dan tidak signifikan. Ini mungkin

kerana berlaku pengurangan orang yang bukan Islam untuk memeluk agama

Islam. Akhirnya kajian mendapati bagi asnaf fisabilillah, berhubungan secara

negatif dengan masa menunjukkan tren agihan yang berkurangan. Walau

bagaimanapun pembolehubah ini adalah tidak signifikan. Ini mungkin

disebabkan oleh penurunan fisabilillah di Riau, untuk golongan fisabilillah,

pemerintahan telah memberikan bantuan kepada asnaf ini bukan hanya

daripada dana zakat sahaja oleh itu bantuan zakat diberikan juga kepada

seminar motivasi atau seminar keusahawanan. Rumusnya berdasarkan

Page 24: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia /405

pembolehubah yang signifikan, corak agihan zakat jelas menunjukkan berlaku

tren agihan yang meningkat setiap tahun kepada asnaf fakir dan miskin dan

tren yang menurun kepada asnaf ibn sabil setiap tahun. Bagi asnaf yang lain,

corak dan tren agihannya adalah sentiasa konsisten setiap tahun menunjukkan

tiada perubahan agihan yang ketara berlaku setiap tahun.

Perbincangan dan Implikasi Dasar

Secara keseluruhan, LAZSU telah menunjukkan prestasi agihan zakat

kewangan dan bukan kewangan daripada secondary data semakin baik. Sebab

nilai skor konsisten semakin tahun skor daripada asnaf semakin berkurangan.

Hasil kajian ini selari dengan perbincangan Eza Elyani et. al (2014) dan

Hairunizam et al (2015) yang mana skor untuk prestasi agihan kewangan dan

bukan kewangan iaitu dibawah lingkungan 0.46 adalah nilai skor yang baik,

nilai skor untuk kecekapan agihan bukan kewangan selari dengan LAZSU.

Dana zakat ini diagihkan sesuai dengan asnaf yang telah di tentukan, iaitu fakir

dan miskin, muallaf, fisabilillah, al-gharimin, musafir (Ibn Sabil), al-riqab

serta amil. Untuk pengagihannya, perlu diutamakan kepada asnaf fakir dan

miskin dan kemudiannya asnaf fisabilillah dan amil . Antara fisabililah dan

amil hampir sama volume dalam pengagihannya. Hal ini menunjukan LAZSU

memfokuskan memberikan bantuan kepada masyarakat yang mengutamakan

pendidikan, juga LAZSU membuka sekolah khusus untuk orang yang kurang

mampu, jadi sekolah ini adalah di berikan dan daripada LAZSU. Kemudian

untuk amil dalam pengagihannya besar juga, sebab ada banyak amil yang terus

di turunkan untuk mengutip kepada para muzaki atau istilahnya “jemput bola”.

Hal ini juga boleh di katakan LAZSU juga memberikan kecekapan dalam

pengurusan kepada para muzaki dalam membayar zakat dan juga agar para

muzaki tidak lupa untuk selalu membayar zakat pada waktunya. Kemudian

dana zakat juga diagihkan kepada pemberdayaan ekonomi, serta penyaluran

konsumtif dan kepemudaan.

Hasil temubual tersebut mendapati terdapat beberapa persoalan yang

penting yang perlu diketengahkan. (1) Aspek tempoh kelulusan permohonan

dan pembayaran. Kajian mendapat amalan di LAZSU, tempoh kelulusan

permohonan yang diambil dari tarikh permohonan kelulusan bantuan zakat

adalah sebanyak tiga hari sahaja dan tempoh pembayaran zakat adalah selama

7 hari. Hal ini jelas menunjukkan tempoh waktu yang sangat efisien. Ini

menjelaskan bahawa institusi atau pengurusan oleh amil zakat di Pekanbaru,

Riau sudah menunjukan hal yang baik dan sudah cekap. Waktu yang diambil

untuk memproses permohonan dan agihan amat cepat sehingga zakat cepat

diterima oleh asnaf.

Page 25: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

406/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

Jadual 4: Jumlah Kutipan dan Agihan Zakat di LAZSU Pekanbaru Riau 2008-2015 (Rupiah)

Tahun Kutipan Agihan

Agihan Mengikut Asnaf

Fakir &

Miskin Amil Muallaf Ibnu Sabil Fisabilillah

Al-

riqab1 Al-

Gharimin

2008 704,661,886 498,568,461 349,798,490 71,933,971 1,100,000 3,385,000 69,351,000 - 3,000,000

2009 557,928,888 606,326,016 429,964,366 250,000 4,200,000 3,770,000 167,441,650 - 700,000

2010 683,597,300 683,981,365 404,213,100 123,821,750 600,000 385,000 26,617,000 - 800,000

2011 1,225,081,463 1,360,948,769 1,085,985,136 153,135,183 - 5,030,000 108,228,450 - 8,570,000

2012 1,049,954,050 1,016,181,316 712,079,902 129,280,475 9,269,300 1,190,000 151,011,639 - 13,350,000

2013 951,453,450 923,147,252 705,499,652 73,070,000 14,539,000 1,120,000 125,518,600 - 3,400,000

2014 791,281,080 895,727,471 668,214,463 97,083,500 10,199,000 3,651,000 107,603,608 - 8,975,900

2015 853,518,360 889,411,972 677,063,222 109,500,000 - 800,000 96,178,750 - 5,870,000

Jumlah 6,817,476,477 6,874,292,622 5,032,818,331 758,074,879 39,907,300 19,331,000 851,950,697 - 44,665,900

Nota: 1 di Riau, definisi al-riqab masih kekal sebagai hamba. Justeru tiada agihan zakat.

Sumber: Laporan tahunan dan statistik pungutan dan agihan zakat LAZSU

Jadual 5. Peratusan Agihan Zakat Mengikut Asnaf (%)

Peratusan Agihan mengikut asnaf (Y)

Tahun Fakir Miskin Amil Muallaf Ibn Sabil Fisabilillah Alriqab Algharimin t (masa)

2008 70.16 14.43 0.22 0.68 13.91 0 0.6 1

2009 70.91 0.04 0.69 0.62 27.62 0 0.12 2

2010 59.1 18.1 0.09 0.06 3.89 0 0.12 3

2011 79.8 11.25 0 0.37 7.95 0 0.63 4

2012 70.07 12.72 0.91 0.12 14.86 0 1.31 5

2013 76.42 7.92 1.57 0.12 13.6 0 0.37 6 Sumber: diolah dari laporan tahunan LAZSU

Page 26: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia /407

Jadual 6. Hasil Regresi Peratusan Agihan Zakat Mengikut Asnaf

Pembolehubah

Asnaf

Fakir miskin Amil Muallaf Ibn Sabil Fisabilillah Al-Gharimin

c (a) 66.662 10.411 0.253 0.59 16.494 0.266

(4.678) (4.453) (0.476) (0.164) (5.587) (0.31)

t(b) 1.129* 0.12 0.072 -0.063* -0.758 0.074

(0.926) (0.882) (0.094) (0.032) (1.106) (0.061)

T-statistik 1.316 0.136 0.531 -1.925 -0.686 1.212

prob 0.00 0.058 0.614 0.011 0.26 0.423 Nota: ( ) Ralat Piawai

* Signifikan pada aras keertian 5 %

Page 27: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

408/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

Kemudian agihan zakat juga diagihkan kepada lapan orang asnaf dalam

bentuk program bantuan langsung seperti bantuan kesihatan, makanan,

pendidikan dan dakwah, sementara untuk bantuan produktif, LAZSU

memberikan dana zakatnya seperti untuk usaha kecil menengah, ia mencakupi

secara meluas seperti bidang ekonomi, kesihatan, pendidikan, kebajikan dan

perlindungan. LAZSU dalam mengagihkan zakatnya yang bukan berbentuk

kewangan iaitu dengan secara fisik dengan melalui program SMPIT madani

bebas biaya, maksud bebas biaya di sini ialah murid-murid yang belajar di

sekolah tersebut semua biaya keperluan belajar di tanggung dana zakat. Hal ini

sama yang lakukan oleh MAIWP iaitu memperuntukan dana zakat untuk

program pendidikan seperti sekolah taska, sekolah menegah dan sekolah tahfiz. Selanjutnya dalam agihan zakatnya bukan bentuk kewangan iaitu

dengan membuat atau mendirikan klinik Insani bebas biaya bagi para dhuafa

atau fakir miskin yang terakhir iaitu dengan pemberdayaan ekonomi dengan

memberikan memberikan bantuan berupa modal untuk mendirikan usaha kecil

menengah, namun dana zakat ini bukan berbentuk pinjaman yang kemudian di

kembalikan kepada institusi zakat, namun dana ini memang diagihkan untuk

mengatasi pengangguran yang kemudian bila orang yang percaya ini mampu

menghasilkan pendapatan, maka ia akan membayar atau memberikan zakat

kepada institusi LAZSU. LAZSU dalam mengagihkan zakatnya kepada asnaf

menggunakan prosedur iaitu dengan pengajuan permohanan kemudian pihak

institusi zakat akan melihat atau melakukan survey langsung selepas itu kalau

layak, maka zakat akan diagihkan sesuai dengan permohannya dan juga

bergantung dana zakat. Justeru itu temubual tersebut, dapat di simpulkan

bahawa LAZSU daripada aspek pengurusan zakat sudah dinilai baik dan cekap

berdasarkan kepada program-program yang di jalankan untuk membasmi

kemiskinan umat. Hal ini perlu menjadi contoh bagi para institusi yang baru

dalam pengurusan zakat. Hasil kajian ini di peroleh daripada sumber yang

dipercaya keterangannya iatu daripada pengurus bahagian pengurusan LAZSU

oleh Bapak Novri. Walaupun begitu LAZSU mesti membuat perbandingan

atau membuat program baru seperti yang sudahn dilakukan oleh MAIWP iaitu

seperti jejak asnaf gelandangan, kaunter bergerak asnaf, strategi lautan biru

sebagai langkah untuk meningkatkan lagi kualiti agihan zakat LAZSU.

Kajian ini juga mendapati ada lebihan zakat dan kekurangan dalam

pengagihan zakat. mungkin untuk kelebihan zakat cover untuk tahun

berikutnya untuk menutupi kekurangan zakat yang diagihkan. Untuk mengenai

al-riqab di LAZSU tidak ada agihan untuk asnaf al-riqab, untuk implikasi

dasar, kajian ini mencadangkan untuk mencontoh Lembaga Zakat Selangor

(LZS), di negeri Selangor yang telah memperluas agihan mereka kepada asnaf

al-riqab dan di Malaysia terdapat pelbagai tafsiran mengenai pengagihan zakat

kepada lapan golongan asnaf ini. Contohnya di negeri Johor, pembahagian

zakat hanya dibahagikan kepada tujuh golongan sahaja dengan tidak

memasukkan asnaf al-riqab sebagai penerima kerana menganggap golongan

hamba tidak lagi wujud pada masa kini. Di negeri Melaka pula walaupun

masih mengiktiraf golongan asnaf al-riqab sebagai penerima zakat namun

tiada pengagihan yang di buat untuk golongan ini pada tahun 2006 dan 2007

Page 28: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia /409

kerana beranggapan tafsiran ini sudah tidak sesuai. Seterusnya di negeri Pulau

Pinang, muzakarah penetapan dan pengesahan hukum dan dasar agihan

MAINPP (Majlis Agama Islam Selangor Pulau Pinang) telah bersetuju untuk

tidak mengagihkan zakat kepada golongan al-riqab ini sebaliknya

membataskannya kepada membebaskan hamba sahaja. Hal yang sama juga

berlaku di Aceh, walaupun masih mengiktiraf golongan asnaf al-riqab sebagai

penerima zakat namun tiada pengagihan yang dibuat untuk golongan ini

sepanjang tahun 2006 hingga 2015, begitu juga sebaliknya di LAZSU.

Kemudian fatwa negeri Selangor telah memperuntukkan bahawa asnaf

al-riqab adalah golongan yang terbelenggu dengan masalah sosial seperti

terbelenggu dengan kes jenayah dan dadah (Mahadi & Wan Mohamad Khairul

Firdaus, 2013). Mungkin LAZSU perlu mencontoh LZS yang telah

memperluas definisi al-riqab bukan hanya kepada “hamba sahaya” melainkan

telah memperluas definisi menjadi golongan yang terbelenggu dengan masalah

sosial seperti terbelenggu oleh kes jenayah dan dadah sehingga peruntukan

atau agihan kepada golongan asnaf ini dapat diagihkan secara maksimum

melalui program-program pembinaan jati diri sehingga asnaf ini terlepas

daripada gejala moral yang negatif. Sebagai tambahan LAZSU juga perlu

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dengan melakukan benchmarking

dengan Malaysia (kerjasama antara LAZSU dengan MAIWP) untuk

memaksimumkan bilangan asnaf agar asnaf di Riau dapat agihan yang adil dan

saksama, untuk kecekapan pada segi masa atau tempoh di LAZSU sudah

memberikan tempoh yang cepat dalam proses mengagihkan zakatnya iaitu 7

hari dan proses menyemak data asnaf selama 3 hari. Apabila sudah di agihkan

para amil seharusnya melakukan pemantauan kepada asnaf. Kemudian institusi

zakat perlu memberikan reward kepada amil sebagai usaha kerjanya, supaya

prestasi pengurusan akan menjadi lebih baik di masa hadapan dan prestasi

kecekapan semakin meningkat.

Menurut kajian Shamsiah et, al (2016) ada tiga implikasi dasar untuk

diamalkan iaitu (1) pengagihan zakat sebagai modal untuk pelaburan jangka

panjang, (2) sentiasa membuat penyelidikan yang menyeluruh dan proaktif;

dan (3) dengan menyelaraskan maklumat tentang penerima bantuan, kesannya,

terdapat pertindihan dalam penerima bantuan iaitu mendapat bantuan dari

pelbagai agensi. Oleh itu, satu common list perlu diadakan bagi mengelakkan

pertindihan dan memastikan agihan zakat adalah adil dan saksama. Hal ini

LAZSU boleh mencontoh dari dapatan kajian ini.

Kesimpulan

LAZSU merupakan institusi zakat yang salah satunya memainkan peranan

dalam urusan pengagihan dan kutipan zakat dengan memperhatikan objektif

dan dasar-dasar yang ditetapkan dapat tercapai dan berkesan. Prestasi

kecekapan agihan zakat merupakan sesuatu yang dipandang penting oleh

masyarakat Islam terutama dalam pembayaran zakat, pengurusan agihan dan

kutipan serta perkhidmatan layanan yang dilakukan oleh institusi zakat. Oleh

Page 29: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

410/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

itu prestasi yang cekap mampu mempengaruhi kutipan pada masa akan

datang. Sehingga pembayar zakat memberikan kepercayaan yang sepenuhnya

terhadap institusi zakat tersebut. Kemudian aspek prestasi juga boleh di lihat

seperti gaya pengurusan, kualiti pekerja dan juga perlu diperhatikan. Ini kerana

prestasi yang dicapai secara keseluruhan adalah sumbangan daripada aspek

kewangan dan bukan kewangan. Kajian ini mencadangkan agar kajian masa

hadapan mengkaji sebanyak mungkin tentang perbandingan prestasi kecekapan

dengan negeri lain. Kemudian untuk menguji prestasi kecekapan agihan zakat

dapat juga dari pelbagai cara seperti kepatuhan, tindakbalas antara institusi

dengan asnaf, layanan, kemudahan fasiliti dan perkhidmatan. Hal ini akan

menguatkan dan mengokohkan kajian ini pada masa akan datang.

Penghargaan

Kajian ini dibiayai dengan geran penyelidikan UKM (GGP-2014-008).

Rujukan

Ahmad Shahir, M. dan Adibah, A.W., 2010. Pengurusan zakat di Negeri Selangor: Isu

dan cabaran. Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan

Harta dalam Islam, UKM

Alqur’an

De Andres, P., cRUZ, N.M. and Merino, E.R., El gobierno de las sin gobierno. 2016.

Universia Business Review

Dicky Wiwitan Toto Ngadiman, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor. 2016.

Kajian Kepuasan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di

Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Proceeding of the National Conference on

Sustainable Cities (NaCoSC). Ipoh: Politeknik Ungku Omar

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Mohd Ali Mohd Nor, Maryam Abd Rashid. 2015.

Prestasi kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat:

Perbandingan Antara Majlis Agama Islam. Persidangan Kebangsaan Ekonomi

Malaysia ke-11 (PERKEM KE-11), UKM

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. 2009. Pengagihan zakat

oleh institusi zakat kepada lapan asnaf: Kajian di Malaysia. Dlm. Seminar

Kebangsaan Ekonomi Islam. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

International Journal of Management Studies, 12 (2). pp. 171-189

Hairul Fazli bin Muhammad Som. 2009. Amil dalam institusi zakat kontemporasi,

Kajian di Lembaga Zakat Selangor (LZS), Tesis, Jabatan Usul dan Fiqh,

Akademi Pengajian Islam, University Malaya, Kuala Lumpur.

Hassan M.K & Khan J.M. (2007). Zakat, External Debt and Poverty Reduction Strategy

in Bangladesh. Journal Of Economic Cooperation. 28 (4) 1-38.

http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/institusi-pendidikan

Ivalaili, Hairunizam Wahid & Mohd Adib Ismail. 2016. Pengawasan badan eksternal

terhadap institusi pengurusan zakat: kajian badan amil zakat nasional

(BAZNAS) Indonesia, prosiding seminar pengajian islam (SePIS). Sepang: usuli

faqih research centre (UFRC)

Kenji, K. 2002. The Relationship Between Private and Public Financing for Small

Business. The Japanese Economy, 30(2), 3-28 Malaysia

Page 30: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia

Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia /411

Laporan Kewangan Swadayaummah http://www.swadayaummah.or.id/

M. Ali Hasan. 2004. Zakat, lnfak dan sedekah, salah satu solusi mengatasi problema

kemiskinan di Indonesia. lAl N Ar-Raniry, Banda Aceh

Mannan M.A. 2003. Public Sector Management of Zakat dalam :Hannan S.A (eds.).

Zakat and Poverty Alleviation. Dhaka: Islamic Economics Research Bureau.

Mawardi. 2009. Strategi Efektifitas Peranan Lembaga Zakat di Indonesia (Kertas Kerja

Seminar Ekonomi Islam, Jakarta, Universitas Indonesia

Mahadi Mohammad & Wan Mohamad Khairul Firdaus Wan Khairuldin. 2013.

Falsafah pengagihan Zakat Menurut Islam diambil pada 1 April 2015 daripada

http:www.unisza.edu.my/.

Muhamad Uda, K. 2005. Zakat: Teori, Kutipan dan Agihan. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Rahmawati Razali, Hairunizam Wahid & Mohd Adib Ismail. 2016. Prestasi Kecekapan

Agihan Kewangan dan Bukan kewangan: Kajian di Baitul Mal Aceh, Indonesia.

Prosoding Seminar Pengajian Islam ( SePIS), Sepang

Rashidah Unos et al. 2015. Zakat : Analisis perubahan corak agihan di negeri sembilan.

Isu Kontempori Agihan Zakat di Malaysia. Akademi Pengajian Islam :179-191

Samsiah Jumati, Hairunizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor 2016. Prestasi kecekapan

pengurusan kewangan dan pengurusan agihan zakat: kajian di majlis agama

Islam wilayah persekutuan. Prosiding persidangan kebangsaan ekonomi dan

kewangan Islam (CMIEF) Bangi: Pusat Penyelidikan Ekonomi & Kewangan

Islam.

Sanep, A. & Hairunnizam, W. 2004. Faktor mempengaruhi tahap keyakinan agihan

zakat kajian terhadap masyarakat Islam di Selangor kesedaran membayar

zakat: apakah faktor penentunya?

Sanep, A. & Hairunnizam, W. 2005. Persepsi agihan zakat dan kesannya terhadap

pembayaran zakat melalui institusi formal. Jurnal Ekonomi Malaysia 39: 53–69.

Wardi Wahab. 2006. Peran kelembagaan amil zakat pada periode awal Islam.

ArRaniry Press Bekeriasama Dengan AK Group. Yokyakarta

Wess. H. 2002. Reorganizing Social Welfare among Muslims: Islamic Voluntarism and

Other Forms of Communal Support in Northern Ghana. Journal of Religion in

Africa. 32(1)

Yusuf Qaradhawi. 2005. Kiat Islam Mengentaskan Kemiskinan (Musykilah al-Faqr wa

Kayfa 'Alaiaha al-Islam ).Terj. Syafril Hatim Jakarta: Gema lnsani Press.

Page 31: Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-sri hartati.pdf · 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia