pengurusan wakaf di malaysia: isu dan cabaranconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/ic...

9
Proceeding of the 4 th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017) e-ISBN: 978-967-2122-15-9 43 Pengurusan Wakaf Di Malaysia: Isu Dan Cabaran RABIATUL HASANAH MAHMOOD Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] NAZIFAH MUSTAFFHA Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor [email protected] LATIFA BIBI MUSAFAR HAMEED Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor [email protected] NORHANIZAH JOHARI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor [email protected] ABSTRAK Wakaf atau popular juga disebut sebagai “the sleeping giant” dalam kewangan Islam ini memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan sosio-ekonomi sesebuah negara itu membangun dengan baik. Di Malaysia, pengurusan dan pentadbiran harta wakaf adalah berada dibawah kelolaan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Namun, terdapat masalah yang timbul dalam pembangunan tanah wakaf yang mana tanah wakaf tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjana pendapatan. Selain itu, impak lain bagi pembangunan tanah wakaf ini sebenarnya mampu memberi manfaat yang lebih banyak kepada masyarakat tidak kira masyarakat Islam ataupun bukan Islam. Oleh itu, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti isu dan cabaran institusi wakaf dalam melestarikan peranan sebagai instrumen kewangan Islam. Kepentingan kajian ini adalah bagi membantu pusat- pusat wakaf dalam mengambil tindakan selanjutnya dalam menangani masalah yang wujud serta membangunkan aktiviti wakaf di Malaysia tidak kira aspek pengurusan luaran juga pengurusan dalaman mereka. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan mengaplikasi kaedah analisis kandungan terhadap kajian-kajian lepas. Kajian ini mendapati wujud pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi dan diharungi oleh pusat wakaf dalam memastikan kelancaran aktiviti wakaf di Malaysia. Semoga kajian ini dapat membantu pihak berwajib yang terlibat dalam pembangunan wakaf khususnya pusat wakaf dalam mengambil cakna terhadap masalah yang timbul supaya tidak berlaku pembantutan terhadap potensi besar wakaf. Kata Kunci: Pengurusan Wakaf, Isu Wakaf, Cabaran ABSTRACT Wakaf or generally referred to as "the sleeping giant" in Islamic finance plays an important role in ensuring the socio-economic development of a country is well-developed. In Malaysia, the management and administration of wakaf property falls under the jurisdiction of the respective State Islamic Religious Council (SIRC). However, there are problems that arise in the development of wakaf land in which the land cannot be fully utilized to generate billions of income. It is supposed that the contribution of the wakaf land being able to provide more benefits to the community regardless of

Upload: lamthien

Post on 08-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Wakaf Di Malaysia: Isu Dan Cabaranconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 005.pdf · kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti isu dan cabaran institusi

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

43

Pengurusan Wakaf Di Malaysia: Isu Dan Cabaran

RABIATUL HASANAH MAHMOOD

Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

NAZIFAH MUSTAFFHA

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

LATIFA BIBI MUSAFAR HAMEED

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

NORHANIZAH JOHARI

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

ABSTRAK

Wakaf atau popular juga disebut sebagai “the sleeping giant” dalam kewangan Islam ini memainkan

peranan penting dalam memastikan pembangunan sosio-ekonomi sesebuah negara itu membangun

dengan baik. Di Malaysia, pengurusan dan pentadbiran harta wakaf adalah berada dibawah kelolaan

Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Namun, terdapat masalah yang timbul dalam pembangunan

tanah wakaf yang mana tanah wakaf tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjana pendapatan.

Selain itu, impak lain bagi pembangunan tanah wakaf ini sebenarnya mampu memberi manfaat yang

lebih banyak kepada masyarakat tidak kira masyarakat Islam ataupun bukan Islam. Oleh itu, tujuan

kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti isu dan cabaran institusi wakaf dalam melestarikan

peranan sebagai instrumen kewangan Islam. Kepentingan kajian ini adalah bagi membantu pusat-

pusat wakaf dalam mengambil tindakan selanjutnya dalam menangani masalah yang wujud serta

membangunkan aktiviti wakaf di Malaysia tidak kira aspek pengurusan luaran juga pengurusan

dalaman mereka. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan

mengaplikasi kaedah analisis kandungan terhadap kajian-kajian lepas. Kajian ini mendapati wujud

pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi dan diharungi oleh pusat wakaf dalam memastikan

kelancaran aktiviti wakaf di Malaysia. Semoga kajian ini dapat membantu pihak berwajib yang

terlibat dalam pembangunan wakaf khususnya pusat wakaf dalam mengambil cakna terhadap masalah

yang timbul supaya tidak berlaku pembantutan terhadap potensi besar wakaf.

Kata Kunci: Pengurusan Wakaf, Isu Wakaf, Cabaran

ABSTRACT

Wakaf or generally referred to as "the sleeping giant" in Islamic finance plays an important role in

ensuring the socio-economic development of a country is well-developed. In Malaysia, the

management and administration of wakaf property falls under the jurisdiction of the respective State

Islamic Religious Council (SIRC). However, there are problems that arise in the development of

wakaf land in which the land cannot be fully utilized to generate billions of income. It is supposed that

the contribution of the wakaf land being able to provide more benefits to the community regardless of

Page 2: Pengurusan Wakaf Di Malaysia: Isu Dan Cabaranconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 005.pdf · kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti isu dan cabaran institusi

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

44

their religion. Therefore, the purpose of this study is to identify the issues and challenges of wakaf

institutions in preserving the role of wakaf as Islamic financial instrument. The importance of this

study is to assist the wakaf centers in taking further action in addressing existing problems and

developing wakaf activities in Malaysia regardless of their external and internal management aspects.

The study is qualitative in nature, in which content analysis on the literature is applied. The study

found that there are many challenges faced by the wakaf centers in ensuring the smooth running of

wakaf activities in Malaysia. It is hoped that the findings of the study can help the relevant authorities,

especially the wakaf centers to concern on the problems in order to avoid the reprisal of the great

potential of wakaf.

Keywords: Challenges, Wakaf Management, Wakaf Issues.

PENDAHULUAN Wakaf merupakan instrumen kewangan yang berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan

sesebuah negara, malah terlibat dalam pembinaan tamadun suatu ketika dahulu. Hal ini kerana fungsi

dan peranan wakaf atau juga disebut sebagai sektor ketiga ini adalah sangat besar. Sebagai buktinya

adalah perkembangan negara dan peningkatan taraf hidup di negara Turki yang dibantu oleh

mekanisma wakaf. Antara hasil daripada aktiviti wakaf adalah pembinaan institusi keagamaan dan

pendidikan, kemudahan awam, pertanian, perladangan dan banyak lagi. Perkembangan wakaf ini

dapat dilihat hampir keseluruh dunia apabila negara Eropah juga menjadikan wakaf sebagai instrumen

dalam pembinaan institusi pendidikan. Contohnya, pembinaan Universiti Harvard dan Universiti

Cambridge. Perkembangan aktiviti wakaf dilihat berkembang ke rantau Asia termasuklah Malaysia.

Di Malaysia, wakaf berada di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) begitu juga

zakat. MAIN merupakan pemegang amanah tunggal bagi perihal berkaitan dan bertindak

menguruskan wakaf mengikut panduan yang digariskan dalam perundangan wakaf. Tambahan lagi,

perundangan dan enakmen wakaf bagi setiap negeri juga adalah berbeza mengikut negeri masing-

masing. Maka corak pengurusan wakaf bagi setiap negeri juga akan berbeza. Selain dari menjadi

pemegang amanah kepada wakaf, MAIN juga mempunyai kuasa dalam melantik perbadanan di bawah

mereka untuk membantu dalam merancakkan lagi pembangunan dan pengurusan wakaf di Malaysia.

Antaranya ialah penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor dan Wakaf Perak Ar-Ridzuan. Selain itu,

wujud juga Perbadanan Korporat Wakaf An-nur atau juga dikenali sebagai Wakaf An-Nur

Corporation Berhad (“WANCorp”) yang merupakan wakaf korporat pertama di Malaysia di bawah

kelolaan Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Jadual 1 menunjukkan jumlah keluasan tanah wakaf di Malaysia pada tahun 2013 yang diperoleh

daripada pihak Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Jumlah tanah yang diwakafkan ternyata

menunjukkan satu jumlah yang besar dan memerlukan kepada pengurusan yang baik dalam

perkembangan tanah wakaf itu sendiri. Tanah-tanah ini sememangnya mempunyai manfaat dan

sumbangan yang besar sekiranya dikembangkan dengan optimum.

Page 3: Pengurusan Wakaf Di Malaysia: Isu Dan Cabaranconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 005.pdf · kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti isu dan cabaran institusi

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

45

Jadual 1: Keluasan Tanah Wakaf di Malaysia Tahun 2013

Bil. Negeri Bil Lot Tanah Wakaf Keluasan (Hektar)

Am Khas Jumlah Am Khas Jumlah

1. Pulau Pinang 1,083 69 1,152 704.29 37.72 742.01

2. Pahang 144 0 144 74.60 0 74.60

3. Kelantan 89 421 510 19.72 265.20 284.92

4. Terengganu 170 443 613 27.78 456.32 484.10

5. Melaka 145 609 754 77.68 279.36 357.04

6. Wilayah Persekutuan 17 43 60 1.57 22.70 24.27

7. Negeri Sembilan 12 17 29 6.68 10.50 17.18

8. Sabah 4 110 114 0 2,130.04 2,130.04

9. Selangor 537 173 710 295.15 57.52 352.67

10. Perlis 93 93 83.22 83.22

11. Perak 318 4,915 5,233 20,225.75 20,225.75

12. Kedah 130 938 1,068 96.04 724.27 820.31

13. Johor 3,798 3,798 5,149.10 5,149.10

14. Sarawak 78 78 143.68 143.68

Jumlah Keseluruhan 14,356 Lot 30,888.89 Hektar

Sumber: Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)

Namun, terdapat masalah iaitu tanah wakaf tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjana

pendapatan yang berbillion. Tanah wakaf yang sepatutnya bila dikembangkan boleh memberi seribu

satu manfaat kepada masyarakat dan negara. Antaranya ialah pembinaan rumah yang berkos rendah

bagi golongan yang kurang berkemampuan. Sehingga hari ini masalah berkaitan pembangunan tanah

masih lagi berlaku walaupun isu ini sudah lama dibangkitkan. Selain daripada tanah wakaf, aset wakaf

yang lain juga mempunyai kekangan dari segi pembangunan aset-aset tersebut disebabkan oleh

beberapa halangan yang berlaku.

Oleh itu, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang berlaku

dalam institusi wakaf di Malaysia. Hal ini kerana masalah yang wujud inilah yang telah mengekang

perkembangan harta wakaf di Malaysia termasuklah harta alih dan harta tak alih. Hasil kajian ini

diharap sedikit sebanyak dapat membantu institusi-institusi wakaf dan juga pihak berwajib agar

mengambil perhatian terhadap masalah yang berlaku, seterusnya menggalakkan lagi sumbangan dan

aktiviti wakaf di Malaysia.

Artikel ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu pengenalan, sorotan kajian lepas dan seterusnya ialah

metodologi kajian. Bahagian keempat pula ialah hasil kajian dan terakhir ialah kesimpulan.

SOROTAN KAJIAN Konsep Wakaf Bahari (2014) mendefinisikan wakaf sebagai tindakan seseorang individu dalam mengagihkan

sebahagian daripada harta mereka untuk kegunaan amal. Seperti yang dijelaskan oleh Puad et. al

(2014) bahawa ia ditakrifkan sebagai penyerahan tetap harta yang berharga oleh seorang Muslim

kepada pemilikan Allah SWT. Wakaf merupakan sedekah yang berterusan selagi mana manfaatnya

digunakan. Wakaf memainkan peranan penting dalam aspek kehidupan manusia terutamanya

masyarakat Islam di seluruh dunia. Manakala, perkembangan dan peningkatan harta wakaf juga

adalah seiring dengan peredaran masa.

Page 4: Pengurusan Wakaf Di Malaysia: Isu Dan Cabaranconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 005.pdf · kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti isu dan cabaran institusi

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

46

Menurut Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999, wakaf bermaksud menyerahkan apa-apa harta yang

boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa-apa tujuan kebajikan sama ada sebagai wakaf am

atau wakaf khas menurut Hukum Syarak tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan

di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208]. Manusia yang secara fitrahnya menginginkan

kepada kebaikan ternyata menyedari kepentingan wakaf dalam kehidupan yang mana banyak

membantu dalam meningkatkan taraf hidup dan menjadi tempat untuk mereka untuk berbakti kepada

orang lain.

Wakaf merupakan instrumen pemangkin kepada perkembangan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah

negara. Menurut Rahman (1970) wakaf berfungsi dalam membangunkan kemudahan-kemudahan

kesihatan, pendidikan dan ibadat juga dikategorikan sebagai aspek ekonomi negara. Sejarah juga

menunjukkan perkembangan aktiviti wakaf di seluruh dunia termasuklah negara yang berkembang

dengan giatnya iaitu negara Turki. Hampir semua aspek kehidupan di Turki iaitu aspek ekonomi,

sosial dan perbelanjaan negara dibantu oleh aktiviti wakaf. Antaranya ialah Grand Bazar.

Pensyariatan dan Perundangan Wakaf

Ibadat menginfakkan harta termasuklah wakaf sangat dituntut dalam Islam dengan tujuan untuk

memperoleh pahala dan kebaikan.

Firman Allah S.W.T, mafhumnya:

“Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan

sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya

Allah Maha Mengetahui.” Surah Al-Imran:92

Dari segi perundangan pula, institusi wakaf dianggap satu institusi yang sudah lama wujud apabila

dilihat semula sejarah wakaf bermula sejak zaman Rasulullah SAW sehinggalah sekarang. Walaupun

Al-Quran tidak menyebut berkaitan wakaf secara langsung, namun perundangan Islam merujuk

kepada sunnah dan perbuatan Rasulullah SAW berkaitan wakaf dalam menghasilkan perundangan

wakaf. Di samping itu, Islam juga menggalakkan kita untuk mengambil jalan mudah selagi mana

ianya selari dengan hukum syarak.

Hal ini dijelaskan dalam firman Allah, mafhumnya:

“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” Surah Al-

Baqarah:185

Pengurusan Wakaf di Malaysia

Di Malaysia, wakaf berada di bawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Namun, enakmen

yang digunakan dalam menguruskan wakaf adalah berbeza-beza mengikut negeri. Senarai enakmen

wakaf adalah seperti berikut:

Jadual 2 merujuk kepada senarai enakmen yang berbeza-beza mengikut negeri. Terdapat empat negeri

sahaja yang telah mewujudkan enakmen khas untuk wakaf iaitu Selangor, Perak, Melaka dan Negeri

Sembilan. Manakala untuk negeri-negeri lain, perkara wakaf dimasukkan dalam enakmen umum

pentadbiran negeri.

Page 5: Pengurusan Wakaf Di Malaysia: Isu Dan Cabaranconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 005.pdf · kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti isu dan cabaran institusi

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

47

Jadual 2: Peruntukan Mengenai Wakaf dalam Undang-undang Negeri.

Bil Negeri Enakmen Bahagian

1. Selangor Enakmen 15 Tahun 2015

Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015

2. Perak Enakmen 9 Tahun 2015

Enakmen Wakaf (Perak) 2015

3. Terengganu Enakmen 2 Tahun 2001

Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam

(Terengganu)

Bahagian V - Kewangan

Wakaf, Nazar dan Amanah

4. Perlis Enakmen 4 Tahun 2006

Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006

Bahagian VI-Kewangan

Wakaf, Nazr dan Amanah

5. Melaka Enakmen 5 Tahun 2005

Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005

6. Kelantan Enakmen 4 Tahun 1994

Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat

Melayu Kelantan 1994

Bahagian III - Hartabenda-Hartabenda

Amanah Dan Kewangan Majlis

Wakaf Dan Nazar

7. Pahang Enakmen 3 Tahun 1991

Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam

1991

Bahagian V – Kewangan

8. Negeri

Sembilan

Enakmen 5 Tahun 2005

Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) 2005

9. Kedah Enakmen 5 Tahun 2008

Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam

(Kedah Darul Aman) 2008

Bahagian IV - Kewangan

Wakaf, Nazr dan Amanah

10. Johor Enakmen 16 Tahun 2003

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri

Johor) 2003

Bahagian VI- Kewangan

Wakaf, Nazr dan Amanah

11. Sabah Enakmen 5 Tahun 2004

Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004

Bahagian III - Kewangan

Wakaf, Nazr dan Amanah

12. Sarawak Ordinan 41 Tahun 2001

Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001

Bahagian V - Penubuhan Lembaga

Baitulmal Dan Wakaf, Baitulmal,

Wakaf Dan Nazr

13. Kuala Lumpur Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

14. Pulau Pinang Enakmen 4 Tahun 2004

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau

Pinang) 2004

Bahagian VI - Kewangan

Wakaf, Nazr dan Amanah

METODOLOGI KAJIAN Bahagian ini akan menerangkan kaedah kajian termasuklah kaedah pengumpulan data dan juga

metode analisis data yang digunakan. Kajian ini mengaplikasikan kaedah analisis kandungan kepada

kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan penyelidikan terhadap wakaf di Malaysia. Selain itu,

Page 6: Pengurusan Wakaf Di Malaysia: Isu Dan Cabaranconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 005.pdf · kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti isu dan cabaran institusi

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

48

pengumpulan data kajian ini juga dilakukan terhadap data sekunder iaitu kajian-kajian lepas berkaitan

pengurusan wakaf di Malaysia.

Kajian ini menggunakan metod analisis data yang berbentuk kualitatif dengan mengaplikasikan

kaedah analisis kandungan. Menurut Neuendorf (2016), analisis kandungan bermaksud sistematik,

objektif dan merupakan ciri-ciri kepada analisis kuantitatif bagi sesuatu mesej. Ia merangkumi

penilaian secara mendalam terhadap interaksi manusia seperti analisis terhadap penggambaran watak

dalam iklan televisyen, filem dan novel.

DAPATAN KAJIAN - ISU DAN CABARAN PENGURUSAN WAKAF Kekurangan Dana

Dana merupakan asas penting dalam pembangunan hartanah dan ketidakcukupan dana bagi sesuatu

projek akan membantutkan proses pembinaan yang telah dirancang. Begitu juga dengan harta ataupun

aset wakaf terutamanya melibatkan pembangunan tanah wakaf. Menurut Hal ini kerana untuk

membangunakan tanah wakaf melibatkan kos yang besar dan dana yang diperlukan juga adalah

banyak. Kebanyakan projek pembangunan tanah wakaf ini merupakan projek yang berimpak tinggi

yang akan memberi manfaat kepada orang ramai.

Namun, institusi wakaf di Malaysia berhadapan dengan masalah ketidakcukupan dana dalam

membangunkan harta wakaf. Jadi dengan dana yang ada pada institusi wakaf adalah tidak mencukupi

untuk menampung kos yang diperlukan. Kegagalan dalam menyediakan peruntukan dana yang

secukupnya bagi pembangunan dan pembinaan pada tanah wakaf akan membantutkan perkembangan

tanah wakaf tersebut (Mohamad 2012, Iman 2014, Azha 2013). Hal ini telah menyebabkan wujud

tanah-tanah terbiar dan terbengkalai yang belum dibangunkan.

Kawalan Dalaman

Elemen kawalan dalaman merupakan salah satu aspek penting dalam menguruskan institusi wakaf

termasuklah institusi-institusi lain bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Elemen yang

terdapat dalam kawalan dalaman ialah persekitaran kawalan, aktiviti kawalan, pemantauan, maklumat

dan komunikasi dan juga penilaian risiko. Kesemua elemen ini merupakan alat untuk mengawal

pengurusan sesebuah institusi kearah yang lebih baik.

Antara cabaran yang berlaku dalam pengurusan wakaf di Malaysia ialah kawalan dalaman institusi

wakaf itu sendiri. Antara elemen yang dikenalpasti ialah adalah aspek latihan yang merupakan aspek

aktiviti kawalan dalam kalangan kakitangan yang tidak menyeluruh bagi semua jabatan (Mahmood

2017). Hal ini kerana sebahagian sahaja jabatan yang masih mengekalkan latihan bagi kakitangan

mereka walaupun keperluan latihan kepada pekerja telah dimansuhkan. Menurut Mutalib (2016),

mutawalli dalam institusi wakaf di bahagian utara berhadapan dengan kekurangan latihan dan

pembangunan dalam menguruskan harta wakaf.

Kepincangan Pangkalan Data Data merupakan perkara penting dalam menjadi rujukan untuk sesuatu peristiwa dan transaksi yang

berlaku. Penyimpanan data yang baik akan memudahkan rujukan pada masa hadapan sekiranya ia

diuruskan dengan betul. Selain itu, penyimpanan data secara sistematik juga antara aspek yang dapat

membantu pengurusan sesebuah institusi dapat berjalan dengan baik.Manakala kekurangan yang

berlaku pada penyimpanan data sesuatu transaksi akan memberi kesan yang negatif kepada institusi

itu sendiri.

Page 7: Pengurusan Wakaf Di Malaysia: Isu Dan Cabaranconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 005.pdf · kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti isu dan cabaran institusi

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

49

Masalah kepincangan pangkalan data wakaf ini merupakan satu isu yang masih belum selesai hingga

ke hari ini. Situasi ini berlaku berikutan daripada kekurangan sistem yang lama iaitu tiada sistem

pangkalan data yang sistematik dan juga pemegang amanah yang lama telah meninggal dunia.

Tambahan lagi sistem wakaf yang lama adalah melibatkan kadi atau penghulu sebagai pemegang

amanah bagi tanah yang diwakafkan. Jadi apabila pemegang amanah ini meninggal dunia, berlaku

masalah pada rekod tanah wakaf iaitu rekod tidak lengkap dan ada yang tidak mempunyai sebarang

rekod.

Kesan daripada situasi ini menjadi satu rentetan sehingga ke hari ini apabila ada pewaris individu

yang berwakaf ini menuntut tanah yang diwakafkan dan pihak Majlis Agama Islam Negeri tidak dapat

melakukan sebarang tindakan kerana tiada maklumat yang lengkap berkaitan tanah tersebut. Selain

itu, juga ianya akan memberi kesan buruk iaitu berlaku pencerobohan dan ada pihak yang tidak

bertanggungjawab mendakwa tanah tersebut merupakan milik mereka.

Kesedaran Masyarakat

Tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan masyarakat juga boleh memberi kesan terhadap

pengurusan institusi wakaf. Hal ini kerana masyarakat kurang memahami ciri-ciri wakaf yang dinamik

(Mohamad 2012). Kebanyakan mereka menganggap wakaf hanya boleh berfungsi kepada aspek

kegamaan dan pendidikan semata-mata. Hal ini menggambakan bahawa konsep wakaf dalam

kalangan masyarakat belum lagi mencapai kepada kefahaman yang jelas.

Antara salah faham terhadap penggunaan tanah wakaf untuk satu fungsi sahaja sedangkan kaedah

istibdal tanah wakaf mampu untuk mengembangkan tanah kearah yang lebih baik. Sebagai contoh

kebimbangan masyarakat terhadap pembangunan tanah wakaf sekiranya digunakan untuk perkara

melanggar syarak seperti pusat perjudian. Keadaan ini juga telah memberi kesan kepada

perkembangan tanah wakaf dan pada masa yang sama memberi kekangan terhadap pengurusan wakaf

itu sendiri. Oleh itu, perlunya kepada pemantauan yang ketat terhadap aktiviti yang dijalankan

terhadap pembangunan tanah wakaf.

Tambahan lagi masyarakat juga menganggap wakaf hanya untuk orang yang beragama Islam sahaja

(Puad 2014). Persepsi ini juga merupakan salah faham yang wujud dalam masyarakat disebabkan oleh

kurang memahami konsep wakaf yang sebenar. Wakaf sebenarnya juga dibolehkan untuk orang yang

bukan beragama Islam. Masyarakat perlu sedar peranan besar wakaf yang mampu membangunkan

ekonomi malah lebih daripada itu dan wakaf bukanlah semata-mata untuk mengurangkan jurang

antara golongan kaya dan miskin. Menurut Kahf (2003), sumbangan wakaf adalah meluas meliputi

semua aspek kebajikan sosial walaupun ada ahli politik dan ekonomi mengkelaskan tugas tersebut

adalah tanggungjawab kerajaan sebagai contoh pendidikan, kesihatan dan juga aspek keselamatan.

Kekurangan Tenaga Pakar

Menurut Puad (2014), antara kekangan yang dihadapi oleh Majlis Agama Islam Selangor MAIS)

adalah kekurangan tenaga pakar dalam aspek teknikal dan profesional. Tenaga pakar ini merangkumi

bidang shariah, perundangan dan juga pelaburan dan pembangunan tanah. Pengurusan wakaf akan

mengalami cabaran sekiranya kekurangan kakitangan yang mahir dalam bidang perancangan dan

pembangunan tanah. Menurut Azha (2013) antara kekangan yang berlaku dalam menguruskan wakaf

pendidikan ialah berpunca daripada kelemahan dalam perancangan dan pembangunan tanah wakaf

tersebut.

Selain itu, kekurangan tenaga pakar dalam institusi pendidikan wakaf dari segi aspek pengurusan dan

kefahaman berkaitan wakaf. Hal ini demikian telah menyebabkan institusi ini mempunyai kekangan

Page 8: Pengurusan Wakaf Di Malaysia: Isu Dan Cabaranconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 005.pdf · kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti isu dan cabaran institusi

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

50

sehingga memberi kesan terhadap perkembangan institusi pendidikan wakaf itu sendiri. Tambahan

lagi, ia juga akan memberi kesan yang kurang baik kepada Majlis Agama Islam Negeri tersebut

kerana mereka akan membazirkan wang, tenaga dan masa sekiranya masalah ini tidak dibendung

dengan segera.

Ketidakseragaman Perundangan Wakaf

Perundangan wakaf di Malaysia berada dibawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan juga

ditadbir berdasarkan enakmen pentadbiran negeri. Namun terdapat beberapa negeri yang telah

mempunyai enakmen wakaf yang khusus iaitu Selangor, Melaka, Perak dan juga Negeri Sembilan.

Tetapi bagi negeri – negeri yang lain masih lagi menggunakan enakmen pentadbiran negeri masing-

masing. Pusat wakaf berhadapan dengan masalah pentadbiran yang tidak seragam untuk semua negeri.

Penyeragaman perundangan dalam institusi wakaf perlu diambil kira dalam mewujudkan pengurusan

yang berkesan.

KESIMPULAN

Wakaf di Malaysia berkembang dari masa ke semasa dibuktikan dengan harta wakaf yang semakin

bertambah. Harta wakaf ini mempunyai nilai dan peranan yang besar dalam pembangunan negara

sekiranya ia diuruskan dengan baik. Namun, pada masa yang sama, institusi wakaf ini juga

berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran dalam melestarikan aktiviti wakaf di Malaysia.

Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak sama ada kerajaan ataupun swasta amat dituntut dan

bersama-sama berganding bahu dalam menghadapi cabaran yang dihadapi oleh institusi wakaf serta

cuba menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

PENGHARGAAN Artikel ini adalah sebahagian daripada dapatan Projek Penyelidikan (FRGS) “Identifying Internal

Control Loopholes in Wakaf Management in Malaysia in Developing A Good Governance for Wakaf”,

Geran Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (Kod projek:

FRGS/1/2015/SS01/KUIS/03/1).

Page 9: Pengurusan Wakaf Di Malaysia: Isu Dan Cabaranconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 005.pdf · kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti isu dan cabaran institusi

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

51

RUJUKAN Azha, L., Baharuddin, S., Salahuddin, S. S., & Afandi, M. R. (2013). The Practice and Management of

Waqf Education in Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 90, 22-30.

Bahari, A. (2014). Islamic Estate, Retirement and Wakaf Planning. Kuala Lumpur: IBFIM Publisher.

Iman, A. H. M., & Mohamad, M. T. S. (2014). Waqf property: Concept, management, development,

and financing. Penerbit UTM Press.

Kahf, M. (2003, January). The role of waqf in improving the ummah welfare. In International seminar

on Waqf as a Private Legal Body, Islamic University of North Sumatra, Indonesia (pp. 6-7).

Mutalib, H. A., & Maamor, S. (2016). Utilization of Waqf Property: Analyzing an Institutional

Mutawalli Challenges in Management Practices. International Journal of Economics and

Financial Issues, 6(7S).

Mohamad, N. A., Kader, S. A., Zubaidah, S., & Ali, Z. (2012). Waqf lands and challenges from the

legal perspectives in Malaysia.

Mahmood, R.H, S.Shahida., & Hameed, L.B (2017, September). Kawalan Dalaman Tadbir Urus

Wakaf di Malaysia. In Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia 2017, September (pp. 6-7).

Neuendorf, K. A. (2016). The content analysis guidebook. Sage.

Puad, N. A. M., Rafdi, N. J., & Shahar, W. S. (2014). Issues and Challenges of waqf instrument: A

case study in MAIS. Retrieved on, 18.

Rahman, A. A. (1970) Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam Dan Aplikasinya

Di Malaysia. Jurnal Syariah, 17(1).