pengurusan kualiti menyeluruh

12
PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH ATAU T0TAL QUALITY MANAGEMENT (TQM)

Upload: amiey-rosmainie

Post on 22-Jun-2015

6.889 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan kualiti menyeluruh

PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH

ATAU

T0TAL QUALITY MANAGEMENT

(TQM)

Page 2: Pengurusan kualiti menyeluruh

PENDAHULUAN

Total Quality Management (TQM) diperkenalkan sejak tahun 1920-an.

TQM mendapat sambutan di Jepun mulai 1950-an.

TQM berkembang dengan pesat di seluruh negara dalam tahun 1980-an.

TQM terbukti dapat membantu kearah kecemerlangan prestasi.

Page 3: Pengurusan kualiti menyeluruh

PENGENALAN TQMMakna TQM : Total : Melibatkan semua orang dan setiap satu

dalam organisasi melaksanakan pembaikan atau kemajuan berterusan.

Quality: Menentukan kepuasan pelanggan. Kualiti dikaitkan dengan satu standard tertentu. Pengeluaran barangan atau penyediaan perkhidmatan mesti memenuhi standard yang ditetapkan.

Management : kemahiran dalam perancangan dan perlaksanaan untuk mencapai matlamat.

Page 4: Pengurusan kualiti menyeluruh

Menurut Pakar Barat :

John S. Oakland (1989), TQM merupakan pendekatan baru untuk menambahbaikan keberkesanan dan fleksibiliti secara keseluruhan.

Louise E. Scultz dan John S.Vollin (1990), proses TQM adalah sebagai proses memaksimumkan penggunaan kekuatan firma oleh setiap pekerja dalam sesebuah organisasi.

K.Ho (1995), menegaskan bahawa kejayaan TQM amat bergantung kepada penggunaan tenaga manusia, biasanya dalam pasukan yang pelbagai fungsi, bertugas untuk membawa pembaharuan dalam methodologi disiplin ke arah mencapai pembaikan.

Rumusan pendapat Pakar Barat ini adalah TQM merupakan salah satu usaha intergrasi menyeluruh untuk memperolehi kebaikan persaingan dengan pembaikan berterusan.

Page 5: Pengurusan kualiti menyeluruh

Menurut Pandangan Islam : Syed Othman Al-Habshi (1994), Pendekatan

Islam adalah berteraskan kepada nilai-nilai Islam itu sendiri.

Mohd Yusof Othman (1998), strategi pendekatan TQM bukan sahaja menekankan aspek kualiti kepada produk barang atau perkhidmatan dan juga proses pengurusan, malah ia juga amat memerlukan kepada pembinaan insan yang berkualiti dalam melaksanakan proses TQM.

Maka ini menunjukkan manusia perlu menjadikan diri mereka berkualiti bukan sahaja di dunia iaitu urusan pentadbiran sesama manusia malah lebih penting lagi menjadikan diri berkualiti dengan tuhan maha pencipta.

Page 6: Pengurusan kualiti menyeluruh

Konsep TQM Konsep TQM, ia memerlukan perbincangan

kepada Konsep Kualiti. TQM satu proses pengurusan kualiti yang

berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan dan melibatkan semua aspek dalam organisasi.

Dengan itu, kualiti bukan sahaja merupakan sesuatu yang dapat dilihat pada keluaran atau perkhidmatan, tetapi juga lebih menyeluruh meliputi sebarang operasi dan urusan yang dikendalikan oleh sesebuah organisasi

Page 7: Pengurusan kualiti menyeluruh

Ciri-ciri TQM Matlamat TQM

Matlamat TQM ialah memberi kepuasan hati pelanggan.

Fokus TQMTQM memberi fokus kepada pembangunan sistem-sistem dan proses-proses kerja yang berkualiti.

Strategi TQMTQM menekankan proses penambahbaikan yang berterusan (continuous improvement).

Page 8: Pengurusan kualiti menyeluruh

Pihak Yang Bertanggungjawab Melaksanakan TQM- Setiap anggota di dalam organisasi sama-sama bertanggungjawab sepenuhnya menjayakan usaha-usaha peningkatan kualiti. - Proses penambahbaikan yang berterusan di bawah TQM ini pada umumnya melibatkan tujuh peringkat tindakan yang bersepadu. Peringkat peringkat tindakan tersebut ialah:

i. Menentukan matlamat penambahbaikan yang akan dijalankan.

ii. Menentukan kaedah pelaksanaannya.iii. Melatih kakitangan yang akan terlibat.

Page 9: Pengurusan kualiti menyeluruh

iv. Melaksanakan penambahbaikan yang dirancang.

v. Menilai pencapaian yang diperolehi.vi. Menyeragamkan proses-proses kerja

yang telah diperbaiki untuk diperluaskan ke bahagian - bahagian lain.

vii. Meneruskan tindakan-tindakan pembetulan yang masih diperlukan.

Page 10: Pengurusan kualiti menyeluruh

Prinsip-Prinsip TQM1. Sokongan Pengurusan Atasan.

Sokongan pengurusan atasan ini perlu dibuktikan dengan kesediaan mengambil tindakan-tindakan yang konkrit.

2. Mengadakan Perancangan Strategik Kualiti.Merancang strategi untuk jangka masa yang akan datang.

3. Mengutamakan Pelanggan.Setiap organisasi haruslah terlebih dahulu mengetahui kehendak pelanggan, inji kerana untuk mengeluarkan produk yang lebih berkualiti.

Page 11: Pengurusan kualiti menyeluruh

4. Memberi Latihan Dan Pengiktirafan.Latihan untuk kakitangan perlu disusun secara sistematik, bersesuaian dengan dasar kualiti setiap organisasi. Dan setiap organisasi perku mewujudkan sistem pengiktirafan yang sesuai dengan keperluan masing-masing.

5. Mengukuhkan Semangat Berpasukan.Semangat berpasukan di kalangan kakitangan boleh diperkukuhkan melalui usaha yang bersungguh-sungguh oleh pihak pengurusan.

6. Mengadakan Pengukuran Prestasi.Harus mewujudkan sistem pengukuran yang berkesan bagi keluaran atau perkhidmatan.

7. Menekankan Kepastian Kualiti.setiap organisasi harus melaksanakan tindakan bagi mencapai matlamat kepastian kualiti.

Page 12: Pengurusan kualiti menyeluruh

KESIMPULAN Pelaksanaan TQM adalah satu keperluan yang

akan menjamin kecermelangan prestasi perkhidmatan awam. Tindakan ini membolehkan jabatan-jabatan menghasilkan keluaran dan perkhidmatan yang berkualiti serta dihargai oleh orang ramai.

Namun begitu, pelaksanaan TQM ini bukanlah satu usaha yang mudah, sebaliknya memerlukan perancangan dan perlaksanaan yang teratur.

Harapan Kerajaan untuk menjadikan Perkhidmatan Awam negara bertaraf ‘world class' bukanlah satu perkara yang mustahil.

Jadi.. Sama-samalah kita mencuba untuk merealisasikannya….