pengurusan konflik dan stres

4
PeNgUrUsAn KoNfLiK DaN StReS Kesan Stres Ke Atas Individu. Perasaan risau, bimbang gelisah dan cepat marah. Sakit kepala dan sukar tidur. Mudah berpeluh pada bahagian badan dan badan. Hilang selera makan. Bersa loya dan muntah muntah. Degupan jantung meningkat. Cara-Cara Mengatasi Stres => Melakukan aktiviti sukan dan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. => Berehat dengan secukupnya. => Mempunyai hobi yang boleh mendatangkan ketenangan. => Merehatkan diri dengan cara: #Regangan otot leher. #Angkat turun bahu. #Kilas pinggang. #Meditasi. => Mengendalikan masa secara berkesan dan bijaksana. => Merujuk masalah kepada kaunselor, guru atau ibubapa. => Mendapat rawatan pakar.

Upload: zakiah-hayati

Post on 28-Dec-2015

46 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

abc

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Konflik Dan Stres

PeNgUrUsAn KoNfLiK DaN StReS

Kesan Stres Ke Atas Individu.

Perasaan risau, bimbang gelisah dan cepat marah. Sakit kepala dan sukar tidur.

Mudah berpeluh pada bahagian badan dan badan. Hilang selera makan.

Bersa loya dan muntah muntah. Degupan jantung meningkat.

Cara-Cara Mengatasi Stres=> Melakukan aktiviti sukan dan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.=> Berehat dengan secukupnya.=> Mempunyai hobi yang boleh mendatangkan ketenangan.=> Merehatkan diri dengan cara:#Regangan otot leher. #Angkat turun bahu.#Kilas pinggang.#Meditasi.=> Mengendalikan masa secara berkesan dan bijaksana.=> Merujuk masalah kepada kaunselor, guru atau ibubapa.=> Mendapat rawatan pakar.

Page 2: Pengurusan Konflik Dan Stres

Warkahsiber

Assalamualaikum.. Bermacam-macam masalah dan konflik dalam hidup yang sering sahaja berganti-ganti

membayangkan kita seolah-olah tidak mampu mengawal kehidupan kita. Perasaan ini akhirnya meletuskan stres.

Perasaan yang seringkali tidak kita mahukan tetapi tidak dapat dielakkan. Kunci kepada pengurusan stres adalah

mengawal puncanya. Hakikatnya, kita sebenarnya mampu mengawal kebanyakan punca yang menyebabkan stres.

Jadi, kali ini WS akan berkongsi 4P yang menjadi punca utama kepada stres dalam kehidupan kita.

Persekitaran: Faktor persekitaran yang tidak kondusif menjadi antara punca yang banyak menyumbang kepada

tekanan. Masyarakat yang sering bergaduh, pendapatan rendah tidak mampu menampung kos sara hidup, rumah

bersepah, suasana kerja bermasalah, pertengkaran sesama ahli keluarga dan rakan-rakan pastinya memuncakkan

stres dalam hidup seharian. Persekitaran anda ibarat acuan hidup anda. Andai buruk acuannya, buruklah bentuknya.

Andai buruk persekitaran, buruklah kualiti hidup.

Pengurusan masalah: Masalah ialah benih kepada stress. Antara simptom pengurusan masalah yang

menyebabkan stress ialah lebih banyak mencari punca berbanding penyelesaian. Akhirnya masalah bukan sahaja

tidak selesai bahkan menambahkan masalah baru seperti pertelagahan antara dua pihak. Juga, berkatalah “Tidak”

apabila perlu. Apabila cuba menyenangkan hati orang lain, sebenarnya anda lebih banyak menyakiti hati sendiri.

Rungkailah sebolehnya dengan penyelesaian yang “simple”, usah mencari jalan yang kompleks kerana jalan yang

kompleks memerlukan usaha yang kompleks.

Page 3: Pengurusan Konflik Dan Stres

Pengurusan masa: Antara contoh pengurusan masa yang menyumbang kepada berlakunya stress ialah suka

bertangguh, terlalu kalut atau relaks, lewat, menunggu hingga saat terakhir, tidak menepati waktu, tidur lewat.

Impaknya, lewat ke pejabat menyebabkan kita dimarahi bos, apabila menangguh kerja terpaksa bersengkang mata

menyiapkan segalanya, tidur lewat membuatkan emosi terganggu dan marah-marah sepanjang hari. Keadaan-

keadaan ini membuatkan kita menjadi stres.

Perhubungan dengan Allah: Sesungguhnya Allah telah berkata kepada sekalian manusia di dalam surah Toha,

“Barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku ia tidak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa yang berpaling tadah,

tidak ingat kepada-Ku maka baginya kehidupan yang sempit.” (Surah Taha ayat: 123) ”. Jika kita mempunyai

masalah dalam hubungan kita dengan Allah, tidak hairanlah hati kita sentiasa tidak senang. Allah menyempitkan hati

dan kehidupan kita. Bila hati tidak senang, stres mula meledak.

Setelah mengetahui 4P yang mencetuskan stres dalam kehidupan seharian kita, bertindaklah mulai sekarang

mengawal serta memperbaiki 4P kita. Stres ada baik serta buruknya. Jika stres di tahap positif mampu menjadi

motivasi dan pendorong dalam hidup. Andai stres yang tidak lagi terkawal bakal mengundang impak negatif. Kualiti

hidup anda bergantung kepada kualiti pengurusan stres. Urus stres anda, terurus hidup anda!

Hustle up and Be GREAT!