pengurusan jenazah satu kefardhuan

8
Maksudnya: Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). PENGURUSAN JENAZAH & KAIFIATNYA HUKUM MENGURUSKAN JENAZAH DALIL KEMATIAN FARDU KIFAYAH Fardu kifayah kepada orang yang hidup di dalam sesuatu kawasan . Jika ada orang yang menguruskannya maka terlepaslah org lain daripada kewajipan itu. Sebaliknya jika tiada orang yang menguruskannya maka berdosalah semua orang yang tinggal di kawasan itu MEMANDIKAN KEWAJ IPAN TERHA DAP JENAZ AH MENGKAFANKAN MENSOLATKAN MENGKEBUMIKAN KAN AWAL KETIK A BERLA KU KEMAT IAN Menutup mata mayat : Mulut ditutp dengan mengikat dari bawa dagu hingga atas kepala dgn kain bersih agar mulutnya tidak terbuka Melembutkan sendi-sendi anggota mayat :Semua sendi seperti jari, siku, lutut dan kaki dielmbutlan agar mudah ketika dimandi dan dikapankan Meletakkan sesuatu yg sederhana berat di atas perut maya bertujuan menjaga dan mengawasi perut mayat supaya tidak kembong Tubuh badan mayat hendaklah ditutup agar auratnya tidak terdedah, diletakkan di atas katil/ditempat yg sesuai dlm keadaan mengadap kiblat dgn keadaan kedua tangannya di atas dada seperti qiam dalam solat

Upload: nasuha79-nas

Post on 20-Jul-2015

305 views

Category:

Documents


34 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan jenazah satu kefardhuan

Maksudnya:Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).

PENGURUSAN JENAZAH & KAIFIATNYA

HUKUM MENGURUSKAN JENAZAH

DALIL KEMATIAN

FARDU KIFAYAH

Fardu kifayah kepada orang yang hidup di dalam sesuatu kawasan . Jika ada orang yang menguruskannya maka terlepaslah org lain daripada kewajipan itu. Sebaliknya jika tiada orang yang menguruskannya maka berdosalah semua orang yang tinggal di kawasan itu

MEMANDIKAN

KE

WA

JIP

AN

T

ER

HA

DA

P

JEN

AZ

AH

MENGKAFANKAN

MENSOLATKAN

MENGKEBUMIKAN

TIN

DA

KA

N

AW

AL

KE

TIK

A

BE

RLA

KU

K

EM

AT

IAN

Menutup mata mayat: Mulut ditutp dengan mengikat dari bawa dagu hingga atas kepala dgn kain bersih agar mulutnya tidak terbuka

Melembutkan sendi-sendi anggota mayat :Semua sendi seperti jari, siku, lutut dan kaki dielmbutlan agar mudah ketika dimandi dan dikapankan

Meletakkan sesuatu yg sederhana berat di atas perut maya bertujuan menjaga dan mengawasi perut mayat supaya tidak kembong

Tubuh badan mayat hendaklah ditutup agar auratnya tidak terdedah, diletakkan di atas katil/ditempat yg sesuai dlm keadaan mengadap kiblat dgn keadaan kedua tangannya

di atas dada seperti qiam dalam solat

Page 2: Pengurusan jenazah satu kefardhuan

MEMANDIKAN JENAZAHMaksud Memandikan Jenazah :

Perbuatan meratakan air ke seluruh anggota tubuh jenazah untuk menghilangkan najis & kekotoran serta mengangkat hadas

Tujuan :Untuk membersihkan anggota tubuh mayat daripada najis & kekotoran serta menyucikan daripada hadas, agar si mati menghadapai Allah swt dalam keadaan suci

Syarat-syarat wajib memandikan jenazah

Mayat orang Islam

Masih ada anggota mayat walaupun sebahagian darinya

Mayat bukan mati syahid ( orang yang mati di medan peperengan untuk membela agama Islam- tidak wajib dimandikan)

Sekurang-kurangnya : Ialah dengan meratakan sekali air ke seluruh badan mayat setelah dibersihkan semua najis & kotoranSebaik-baiknya :

Letakkan mayat ditempat yang tinggi & terlindung drpd pandangan orang ramai supaya

memudahkan air mengalir kecuali orang yg memandikan mayat & pembantunya

Jenazah dihadapkan ke arah kiblat

Tutup tubuh mayat sentiasa ditutup dgn kain basahan yg boleh melindungi auratnya

Muka jenazah sentiasa ditutp semasa dijirus air ke atasnya

Bersihkan najis yg ada pd mayat. Sebaiknya tekan sedikit perutnya supaya keluar kotorannya

Cuci kemaluannya dengan tangan kiri yang bersarung (istinjak )

Bersihkan gigi , mulut mayat kuku, hidung, telinga dll

Wudukkan mayat dengan sempurna ( sunat sahaja )

Jirus kepala jenazah sambil berniat & kemudian , janggut serta rambutnya. ( jika gugur,

letakkan semula ketika mengkafankan mayat )

Siram / Ratakan air keseluruh anggota badan, bermula dr sebelah kanan badan ke kiri

sebanyak 3 kali @ 5 kali. Sebaiknya guna air bercampur daun bidara, kapur barus & sabun

Berniat ketika memandikannya;{ يل}ي يعلا يت ت هت هل ت ل ت تت ي يليم يذات ا يه ت ل ل بت ت ج يوا يس لت ال ل غ ل تت ال يوتي ين }Jenazah hendaklah diwudu’kan dengan sempurna

HIKMAT

Islam mementingkan kebersihan

Menghormati manusia sebagi makhluk yang dimuliakan oleh Allah swt

Membolehkan jenazah disolatkan

Menghadap Allah dalam keadaan bersih dan suci

KAIFIAT/CARA MEMANDIKAN MAYAT

Page 3: Pengurusan jenazah satu kefardhuan

Sekurang-kurangnya : Wajib Sehelai kain ( lelaki @ perempuan )Sebaik-baiknya :( sunat )

Kafankan: ( Lelaki : 3 helai) . ( Perempuan : 5 helai )Kain kapan dihamparkan sehelai demi sehelaiSetiap lapisan kain ditaburkan dengan wangian seperti kapur barus & bau-bauan yang harum kecuali yang meninggal dalam keadaan ihramKedua-dua tangan mayat diletakkan di antara dada dan pusatnya seperti qiam dalam solat. Tangan kanan di atas tangan kiri @ kedua tangan diluruskan mengikut rusuknyaBagi mayat lelaki yang mati ketika sedang berihram haji / umrah

Tidak boleh : direnjis dengan bau-bauan & tutup kepala Kapankan jenazah dengan berhati-hati dan lemah lembut dengan menutup seluruh tubuhnya.

[ Orang yang Mati Syahid : hanya perlu dikafankan dengan pakaiannya yang berlumuran darah ]

KAIFIAT/CARA MENGAPANKAN MAYAT

MENGAPANKAN JENAZAH

Maksud Mengapankan Jenazah :Menutup seluruh tubuh badan jenazah Tujuan : Menjaga/memelihara maruah dan kehormatannya serta melindungi aib jenazah

HIKMATMemelihara kehormatan dan kemuliaan jenazah

Memberi keinsafan bahawa manusia itu sama disisi Allah swt kecuali orang yang bertaqwa

Menutup aib jenazah

Page 4: Pengurusan jenazah satu kefardhuan

MENSOLATKAN JENAZAH

Maksud Mensolatkan Jenazah :Solat yang dilakuakn oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah swtTujuan : Memohon keampunan, keredaan serta rahmat Allah swt untuk si mati. Ia juga merupakan penghormatan seorang muslim terhadap saudara seagamanya.

[ Orang yang Mati Syahid : tidak perlu disolatkan ]

SYARAT SAH SOLAT JENAZAH Jenazah telah dimandikan

Jenazah telah dikafankan

Jenazah menghadap kiblat

Jenazah berada di hadapan orang yang solat

RUKUN SOLAT JENAZAH

NiatBerdiri bagi orang ayng berkuasa4 x takbirMembaca al-Fatihah selepas takbir pertamaBersalawat ke atas Nabi selepas takbir keduaMendoakan mayat sesudah takbir ketigaMemberi salam selepas takbir keempat

Memberikan penghormatan dan kasih sayang kepada si mati

Menimbulkan keinsafan

Memohon rahmat Allah utk si mati

Mengeratkan silaturrahim dengan keluarga si mati

HIKMAT

Page 5: Pengurusan jenazah satu kefardhuan

LATIHAN I1.

2. Lengkapkan carta di bawah cara pengurusan jenazah orang Islam yang mati biasa dan mati syahid.

Cara / kaifiat solat jenazah :i. Niat semasa takbir pertama.

يه فا ك ل ا ض ر ف ت را ي ب ك ت ع ب ر أ ت ي م ل ا ذا ه لي ع لي ص ا لي/ عا ت ه ل ل اماما مأموما

ii. Membaca surah al-Fatihah selepas takbir pertamaiii. Takbir kedua dan membaca selawat kepada nabiiv. Takbir yang ketiga dan berdoa untuk si mati v. Takbir yang keempat vi. Memberi salam ke kiri dan ke kanan

Kedudukan Imam-Jenazah Lelaki : Imam berdiri bertentangan dengan kepala jenazah

-Jenazah Perempuan : Imam berdiri bertentangan dgn pinggang jenazahKedudukan Jenazah-Jenazah Lelaki : Kepalanya di sebelah kiri imam

-Jenazah Perempuan : Kepalanya di sebelah kanan imamSAF solat jenazah : Sunat membentuk 3 saf & meluruskannya.

Setiap saf sekurangg-kurangnya terdiri dari 2 orang

Boleh dilakukan secara berjemaah @ seorang diri

KAIFIAT/CARA MENSOLATKAN MAYAT

HIKMAT SOLAT JENAZAH

i.

iv. Yang hidup akan berasa__________ bahawa mereka

juga akan_____________

ii. Mengukuhkan ikatan____________ sesama Islam

iii. Memohon kpd Allah supaya__________ dosa si mati dan

dicucu ___________rahmat ke atasnya

Pengurusan jenazah

a. Mati Biasa

b. Mati Syahidi.

iv.iii .ii.i.Memandikan

ii.

Page 6: Pengurusan jenazah satu kefardhuan

• Masa Pengkebumian : Harus dilakukan bila-bila masa Tetapi Makruh dilakukan diWaktu :.Terbit Matahari, Matahari Tepat di kepala ( waktu syuruk) & Terbenam Matahari

Harus menguburkan beberapa jenazah dalam satu kubur Sunat meninggikan tanah perkuburan sekadar sejengkal Sunat mendalamkan kubur untuk mengelakkkan dari berbau & tidak

digali oleh binatang buas / manusia Wajib menghadapkan muka jenazah dalam liang lahat ke arah kiblat

(mengereng di atas rusuk kanan) Sunat mendoakan jenazah setelah selesai dikebumikan

PERINGATANMenziarah orang mati adalah sunat. Apabila menziarah :

• Ucapkan takziah kepada keluarga si mati & menasihati supaya bersabar• Membaca al Quran• Tidak berbual kosong• Mengiringi jenazah ke kubur

Tujuan : Untuk menjaga keselamatan , maruah & kehormatan jenazah

4. MENGKEBUMIKAN JENAZAH

Perkara berkaitan pengkebumiaan

jenazah

Cara mengkebumikan mayat

1. Menggali kubur dengan kedlaman yang sesuai supaya tidak berbau dan tidak boleh dikorekoleh binatang buas

2. Jenazah dimasukkan ke dlam liang lahad3. Jenazah diletkkan dalam keadaan mengereng di ats rusuk kanan menghadap

ke arah qiblat4. Meninggikan tanah kubur sekadar sejengkal

HIKMATAgar tidak dimakan oleh binatang buas

Supaya tidak berbau

Memuliakan jenazah

Page 7: Pengurusan jenazah satu kefardhuan

LATIHAN II

1. Apakah yang dimaksudkan dengan memandikan jenazah

2. Terangkan dua hikmat memandikan jenazah

3. Mengapakah air untuk memandikan jenazah dicampur dengan daun bidara dan kapur barus

4. Apakah yang dimaksudkan dengan kapan menurut pandangan Islam

5. Senaraikan dua perkara sunat dilakukan ketika mengapankan jenazah

6. Senaraikan dua adab menziarahi jenazah

7. Nyatakan hukum menguruskan jenazah

8. Tuliskan dalil naqli yang menunjukkan kematian tidak mengenal usia

9. Jelaskan cara menunaikan solat jenazah

10. Senarailan dua hikmat solat jenazah

11. Nyatakan tindakan anda sekiranya jiran anda meninggal dunia

12. Mengapakah orang hidup disuruh berdoa untuk si mati?

13. Bagaimanakah kedudukan imam ketika menyembahyangkan jenazah lelaki dan perempuan

14. Apakah tujuan utma solat jenazah

15. Mengapakah jenazah wajib dikebumikan

Page 8: Pengurusan jenazah satu kefardhuan