cara memandikan jenazah

16
CARA MEMANDIKAN JENAZAH IRWAN H.M

Upload: e-wan

Post on 05-Dec-2014

11.194 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Cara memandikan jenazah

CARA MEMANDIKAN JENAZAH

IRWAN H.M

Page 2: Cara memandikan jenazah

Pasangkan bau-bauan di dalam bilik yang menjadi tempat memandikan jenazah, biasanya gaharu, setanggi ataupun sesuatu yang boleh mendatangkan bau, yang boleh menukarkan bau bilik daripada bau jenazah kepada bau lain.

Mula-mula hendaklah disalin dengan kain yang lembut ataupun kain sarung untuk menutupi tubuhnya sewaktu memandikannya, kemudian letakkan mayat tersebut di atas tempat yang telah dikhaskan.

Page 3: Cara memandikan jenazah

Juru mandi hendaklah mempastikan perkara-perkara yang menghalang air untuk sampai kepada anggota jenazah. Jika ada hendaklah dihilangkan terlebih dahulu misalnya lilin, getah, sisik ikan, kesan plaster dan sebagainya.

Mulakan memandikan mayat tersebut dengan membasuh seluruh anggota tubuh badannya dengan air mutlak dari kepala sebelah kanan hingga ke hujung kaki dengan niat. Bersihkan serta hilangkan segala cemar-cemar atau kotoran dan najis-najis yang terdapat pada tubuh badannya. Curahkan air mutlak ke serata tempat sambil menggosok-gosok tubuh badannya dan membuang najis yang melekat, jika ada. Sunat dibacakan doa ini:

"Ya Allah ampunkan dosa mayat ini dan kepada Engkau tempat kembali".

Page 4: Cara memandikan jenazah

•Angkatkan kepala mayat perlahan-lahan dan sandarkan belakangnya ke lutut kanan atau paha atau sesuatu. Tangan kanan memegang bahu kanan mayat dan tangan kiri mengurut perut mayat serta ditekankan sedikit dengan perlahan-lahan dan diulang-ulang supaya keluar najis-najis dari duburnya. Air hendaklah sentiasa dicurahkan supaya najis yang keluar akan turun ke bawah.

•Baringkan mayat itu. Sugikan mulutnya dengan benda-benda lembut seperti kain putih yang disediakan khas, kemudian bersih matanya, lubang hidung dan telinganya dengan kain-kain gulung kecil yang disediakan. Jika perlu, cungkil di celah-celah kukunya.

Page 5: Cara memandikan jenazah

• Didahulukan dengan niat mandi kepada si mati (Sahaja aku memandikan mayat ini fardhu kifayah kerana Allah Taala).

• Sekurang-kurangnya ada tiga orang yang bertugas memandikan mayat ;-

Seorang ditugaskan mencurahkan air mutlak ke atas mayat tersebut.

Page 6: Cara memandikan jenazah

Dua orang pula ditugaskan mengosok-gosok mayat tersebut untuk membersihkan najis-najis yang terdapat pada mayat tersebut. Sambil itu picit-picit sendinya sehingga lembut dan boleh digerak-gerakkan, picitkan pangkal lengan dan hujung jari, kemudian paha diikuti dengan lutut, tumit hinggalah ke hujung jari kaki. Ulangkan beberapa kali hingga anggota jenazah boleh digerak-gerakkan.

Page 7: Cara memandikan jenazah

“ A ” dan “ B ” bertugas membersihkan serta menghilangkan najis.

“ C ” bertugas mencurahkan air ke seluruh badan mayat.

Kawasan “ D ” biarlah rendah supaya air mudah mengalir keluar. Berhati-hati agr air mutlak yang berada di dalam baldi tersebut

tidak dimasuki air yang mustakmal dari air mandi mayat.

Rujukan : Bimbingan Lengkap Pengurusan Jenazah

Page 8: Cara memandikan jenazah

Basuhlah kepala serta mukanya, kemudian basuh janggutnya dengan air daun bidara atau sebagainya dan kemudian sikatkan rambutnya

dengan sikat yang jarang, pelahan-lahan. Mana-mana rambut yang gugur wajib dimasukkan

bersama-sama ke dalam kafan atau kuburnya. Jika mayat itu perempuan, hendaklah diuraikan

rambutnya terlebih dahulu.

Kemudian dimandikan dahulu dibahagian kanan di sebelah hadapannya, dimulai dari tengkuk hinggalah hujung kaki, kemudian barulah di

sebelah kiri. Sunat dibacakan doa ini: "Ya Allah ampunkan dosa mayat ini dan kepada Engkau

tempat kembali".

Page 9: Cara memandikan jenazah

• Menggunakan Air Sembilan

“Air Sembilan” ( air dari tiga jenis yang dialirkan ke atas mayat sebanyak tiga kali pada tiap-tiap satu jenis air tersebut. Air itu ialah :

1. Air mutlak.

2. Air daun bidara atau air daun inai.

3. Air kapur barus.

• Ratakan curahan air iaitu dengan cara :- (diiringkan) dibalikkan badannya yang sebelah kanan ke atas, jirus air mutlak dari kepala ke kaki tiga kali berturut-turut serta membaca : "Ya Allah ampunkan dosa mayat ini dan kepada Engkau tempat kembali".

Page 10: Cara memandikan jenazah

• (diiringkan) dibalikkan badannya yang sebelah kiri ke atas, jirus air mutlak dari kepala ke kaki tiga kali berturut-turut serta membaca : "Ya Allah ampunkan dosa mayat ini dan kepada Engkau tempat kembali".

• Telentangkan jenazah – Jiruskan air mutlak dari kepala hingga ke kaki tiga kali berturut-turut serta membaca :

إال آلإلَه� ْيُر� الَم�ِص� إل�ْيَك� َو� ُّب�َن�ا َر� ْيُم� ِح� َر� َي�ا اَن�َك� ُر� ُغ�ْفْلَك� الَم� لَه� لَه� ُر�َيَك� َش� ال َد�ُه� َو�ِح الْلَه

�ٍء ْي َش� ُك�ِّل# َع�ْلى َو� َو�ُه� ْيُت� َي�َم� َو� ْي�ْي َي�ْح َد� َم الْح� لَه� َو�َد�َيُر, َق�

Page 11: Cara memandikan jenazah

• Curahkan air mutlak ke seluruh bahagian badan mengikut turutan dari kepala membawa ke kaki.

• Pastikan aurat mayat sentiasa terpelihara.

• Iringkan ke kanan pula dengan tujuan untuk mencurahkan air mutlak di bahu kirinya dan juga di bahagian belakang mayat tersebut.

Rujukan : Bimbingan Lengkap Pengurusan Jenazah

Page 12: Cara memandikan jenazah

• Mandian hendaklah sebanyak tiga kali. Mandian pertama adalah wajib manakala yang ke dua dan ketiga adalah sunat. Sekiranya mandian yang ketiga masih tidak dapat menghilangkan najis yang ada, ulangi kepada lima, tujuh dan seterusnya hingga bersih dan sunat diwitirkan.

Page 13: Cara memandikan jenazah

Sunat menggunakan air daun bidara atau sabun atau seumpamanya yang sifatnya boleh membersihkan.

Mandian yang ketiga dan terakhir sunat dengan menggunakan air kapur barus atau wangian, tetapi yang afdhal ialah air kapur barus.

Page 14: Cara memandikan jenazah

Setelah itu barulah mayat itu diwudhukkan dengan niatnya :

“Sahaja aku mewudhukan mayat ini kerana Allah Ta’ala.”

Lakukanlah seperti kita mengambil air sembahyang dengan baik lagi sempurna.

Berniat wudhu’ adalah wajib manakala berniat mandi adalah sunat.

Page 15: Cara memandikan jenazah

• Jiruskan air daun bidara/ air daun inai/ air sintuk tiga kali berturut-turut dari kepala hingga ke kaki.

• Jiruskan air kapur barus tiga kali berturut-turut dari kepala hingga ke kaki sebagai jirusan yang terakhir.

• Selesai memandikan mayat tersebut, hendaklah disumbat dubur (lubang najis di belakangnya) dengan kapas agar air yang keluar dari perut jenazah tidak mengena kain kapannya. Jika mayat perempuan eloklah diikat dengan kain sebagai cawat sesudah disumbat kapas ke dalam dua kemaluannya (qubul dan dubur).

Page 16: Cara memandikan jenazah

• Setelah itu diperlembutkan sendi-sendinya sekali lagi sebagaimana dlakukan pada permulaan keluar rohnya. Kemudian barulah dilapkan badannya dengan kain yang bersih lagi kering.

• Salinkan dengan kain yang bersih, kemudian barulah diusung keluar dari tempat mandi. Jika keluar najis setelah dimandikan, wajiblah dibersihkan najis itu sahaja dengan tidak perlu dimandikan semula.

• Sunat bagi orang yang telah selesai memandikan mayat, mandi untuk dirinya sendiri pula dengan niat “ Sahaja aku mandi sunat selepas memandikan mayat, kerana Allah Ta’ala.”

Rujukan : Bimbingan Lengkap Pengurusan Jenazah