pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas

12
PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG MELIBATKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS http://pismppklihat.blogspot.com/2013/05/pengurusan- bilik-darjah-yang-melibatkan.html PENGENALAN Perbezaan dalam kalangan murid merupakan sebuah norma dalam pendidikan kita. Namun terdapat murid yang berbeza perkembangan yang akhirnya menimbulkan beberapa masalah. Kanak-kanak ini dikategori sebagai berkeperluan khas Perbezaan dalam kalangan murid merupakan sebuah norma dalam pendidikan kita. Sebuah sekolah dan bilik darjah yang berkesan akan beri perhatian kepada perbezaan individu ini termasuklah kepada mereka yang berkeperluan khas. KATEGORI PENDIDIKAN KHAS 1. Terencat akal 2. Masalah Sensori o Fizikal 1. Cerebral Palsy 2. Epilepsy (sawan) 3. Muscular dystrophy 4. Spina bifida o Penglihatan o Pendengaran 3. Masalah Pembelajaran o Disleksia o Diskalkulia o Disgrafia 4. Autistik 5. Lewat Perkembangan 6. Hiperaktif 7. Masalah pintar Cerdas

Upload: jessica-reynolds

Post on 05-Sep-2015

106 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pengurusan Bilik Darjah Yang Melibatkan Murid Berkeperluan Khas

TRANSCRIPT

PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG MELIBATKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

http://pismppklihat.blogspot.com/2013/05/pengurusan-bilik-darjah-yang-melibatkan.html

PENGENALAN

Perbezaan dalam kalangan murid merupakan sebuah norma dalam pendidikan kita.

Namun terdapat murid yang berbeza perkembangan yang akhirnya menimbulkan beberapa masalah.

Kanak-kanak ini dikategori sebagai berkeperluan khas

Perbezaan dalam kalangan murid merupakan sebuah norma dalam pendidikan kita.

Sebuah sekolah dan bilik darjah yang berkesan akan beri perhatian kepada perbezaan individu ini termasuklah kepada mereka yang berkeperluan khas.

KATEGORI PENDIDIKAN KHAS

1. Terencat akal

2. Masalah Sensori

Fizikal

1. Cerebral Palsy

2. Epilepsy (sawan)

3. Muscular dystrophy

4. Spina bifida

Penglihatan

Pendengaran

3. Masalah Pembelajaran

Disleksia

Diskalkulia

Disgrafia

4. Autistik

5. Lewat Perkembangan

6. Hiperaktif

7. Masalah pintar Cerdas

8. Masalah emosi dan tingkah laku

1. Terencat Akal

KLASIFIKASI TERENCAT AKAL

Dulu guna skala Intelligent Quotient (IQ) utk tentukan tahap ringan, sederhana, dan teruk.

Kini dikategorikan ikut jumlah sokongan yang diperlukan.

American Association of Mental Deficiency (AAMD) merujuk terencat akal sebagai batasan dalam fungsi intelek dan kemahiran-kemahiran penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri, kehidupan harian, sosial, kesihatan dan keselamatan, akademik, riadah, dan kerja. (Eggen & Kauchak, 2004)

CIRI-CIRI KANAK TERENCAT AKAL

Kadar pembelajaran yang rendah berbanding rakan lain.

Kemajuan dalam akademik agak terhad. Mungkin tidak dapat teruskan ke peringkat yang lebih tinggi.

Sukar faham idea abstrak. Sentiasa perlukan something simple and concrete.

Sukar buat generalisasi.

Kemahiran berbahasa yang rendah berbanding kawan lain.

Kelemahan dalam pemindahan pelajaran (sukar aplikasikan).

Masalah ingatan lemah/singkat.

tunjuk tingkah laku yang kurang matang.

PENGURUSAN BILIK DARJAH MELIBATKAN KANAK-KANAK TERENCAT AKAL

Kadar pembelajaran yang rendah berbanding rakan lain. So, berikan lebih masa, buka ruang dan peluang yang lebih.

Sukar faham idea abstrak. Sentiasa perlukan something simple and concrete. Sukar buat generalisasi. Kemahiran berbahasa yang rendah berbanding kawan lain. Jadi, arahan perlulah ringkas tapi jelas, dan perlu dalam urutan kronologikal. Perlu juga guna pendekatan bawa objek/model instead of just belajar perkataan dan gambar sahaja.

Kelemahan dalam pemindahan pelajaran (sukar aplikasikan). Masalah ingatan lemah/singkat. Jadi, kemahiran baharu perlu sentiasa diulang dan dipraktikkan. Kemahiran itu juga perlu dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil.

SEDIAKAN RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI)

2. MASALAH SENSORI

1. Fizikal

1. Cerebral Palsy

ialah kecacatan yang libatkan disfungsi otak dan psikomotor.

disebabkan kecederaan pada otak sebelum atau semasa kelahiran, beri kesan pada koordinasi badan dan pergerakan.

Tidak bersifat progresif.

boleh berada pada peringkat sederhana (hanya bermasalah pada pergerakan.)

Boleh juga jadi serius contohnya kekejangan otot dan memungkinkan menghadapi masalah bahasa, pertuturan, penglihatan dan mungkin juga kerencatan akal.

2. Muscular Dystrophy

ialah kelemahan dan kemerosotan sel-sel otot.

bersifat progresif. Murid akan menjadi semakin lemah dan akhirnya mungkin akan lumpuh.

Perlu diberi masa rehat disebabkan keadaannya yang mudah letih dan lemah.

Guru juga perlu sedia untuk bantu jika murid mula kehilangan fungsi psikomotor tertentu.

Lengkapkan diri dengan pengetahuan penggunaan kerusi roda, alat pendakap, serta ubat-ubatan.

3. Spina Bifida

ialah ketidakupayaan disebabkan kecacatan pada tulang belakang.

Kecacatan ini disebabkan perkembangan fetal yang tidak normal.

Ada tiga kategori; spina bifida occulta, meningocele, dan myelomeningocele (paling serius; boleh lumpuh)

4. Epilepsy (Sawan)

melibatkan serangan (seizure) atau pergerakan badan yang tersentak-sentak dan luar kawalan.

disebabkan aktiviti neurokimia yang tidak normal.

pada peringkat yang serius, serangan boleh berlaku sehingga beberapa minit, mengganggu pernafasan, melibatkan serangan pada sebahagian besar otak, hilang kawalan usus besar dan pundi kencing.

pada tahap yang rendah pula, hanya melibatkan sebahagian kecil otak, mungkin sukar dikesan, tetapi murid akan hilang fokus dan tidak memberikan respons kepada guru. Akhirnya mengganggu interaksi.

Pengurusan Bilik Darjah melibatkan masalah sawan:

5. Guru harus tenang dan meyakinkan murid tentang keadaan rakan mereka (murid yang sawan tersebut).

5. sekiranya sawan pada tahap rendah, guru perlu kerap menyoal dan mengulang agar murid tersebut boleh ikut perkembangan bilik darjah.

5. Ketika serangan, murid tersebut perlu diletakkan di atas lantai dengan kepala disendengkan ke tepi. Kain/selimut boleh diletakkan bawah kepala murid

5. Alih semua objek bagi mengelakkan kecederaan.

5. Jangan cuba halang pergerakan murid, tapi cuba untuk longgarkan tali pinggang, necktie, butang baju untuk mudahkan pernafasan. Jika masih tidak pulih untuk beberapa ketika, dapatkan bantuan perubatan.

1. Penglihatan

1. Pengurusan Bilik Darjah melibatkan masalah penglihatan

0. Susunan bilik darjah perlu konsisten dan tidak berubah.

0. Perabot/alatan tidak menghalang laluan atau diletakkan di tempat yang sesuai.

0. Murid dibekalkan dengan bahan bacaan yang ada kualiti cetakan yang baik (large print/braille)

0. Tempat duduk murid hampir dengan papan putih/LCD

0. Galakkan murid guna komputer/pita rakaman

1. Pendengaran

1.

1. Ada 2; Separa pekak, dan pekak

1. separa pekak boleh berkomunikasi macam biasa dengan bantuan alat/lihat gerak bibir.

1. pekak didefinisikan sebagai kerosakan pendengaran yang menghalang seseorang daripada memproses maklumat linguistik walaupun dengan bantuan alat pendengaran.

1. Ada ciri-ciri tersebut:

.

. menghadapkan sebelah telinga ke arah pengucap.

. kegagalan mengikuti arahan.

. kerap kali minta mengulang percakapan.

. tidak memahami atau kerap timbul salah faham jika tidak melihat wajah pengucap.

. kelihatan keliru dan kerap mengalihkan perhatian.

. Pertuturan tidak lancar, ada masalah bahasa.

Pengurusan bilik darjah melibatkan murid masalah pendengaran:

.

. Tempatkan mereka di hadapan.

. memandang murid ketika beri arahan atau mengajar.

. maklumat pengajaran disokong dengan visual.

. maklumat penting/kata kunci ditulis di papan putih.

. Latih lip reading/sign language

. galakkan buddy system supaya rakan dapat membantu

. penggunaan teknologi dalam p&p

. Galakkan perkembangan sosial berlaku dalam kelas.

2. MASALAH PEMBELAJARAN

Antara masalah yang dihadapi ialah; membaca, menulis, mengira, dan berkomunikasi.

Membaca: baca "b" sebagai "d", masalah sebut huruf atau bunyikan huruf

Menulis: sukar jelaskan idea melalui penulisan, tidak dapat menulis apa yang disebut/dibaca

Mengira: keliru dengan simbol matematik

Komunikasi: respons yang lambat, sering guna bahasa mudah

Kesemua masalah di atas adalah bukan disebabkan oleh kerencatan akal tetapi berkaitan dengan masalah neurologi yang berkaitan dengan resepsi maklumat, memproses, menganalisa, mahupun menyimpan maklumat.

1. Disleksia

Ialah masalah membaca

suatu keadaan yang menghalang seseorang memproses perkataan/imej yg dilihat dan menghantarnya ke otak.

tidak berkaitan dengan masalah penglihatan atau masalah kecerdasan.

contoh; lihat perkataan "ibu" tapi sebut "ubi"

boleh diatasi dengan kaedah mengajar yang betul

2. Diskalkulia

kesukaran melaksanakan matematik.

Sering silap dalam mengira.

respons dalam menjawab juga sangat lambat.

3. Disgrafia

terdiri daripada dua masalah; kesukaran menulis secara fizikal, dan tugasan kognitif seperti merakam teks

melibatkan kesukaran seperti tulisan yang lemah, masalah ejaan, tatabahasa.

pengurusan bilik darjah yang melibatkan masalah pembelajaran:

.

. ajar murid cara belajar dan memproses maklumat.

. beri maklum balas secara kerap.

. libatkan mereka secara aktif dalam pembelajaran

. sediakan bimbingan personal (eye to eye/1 to 1)

4. Autistik

KONSEP

autistik merupakan gangguan perkembangan yang mempengaruhi beberapa aspek bagaimana anak melihat dunia dan bagaimana belajar melalui pengalamannya. Anak-anak dengan gangguan autistik biasanya kurang dapat merasakan kontak sosial. Mereka cenderung menyendiri dan menghindari kontak dengan orang. Orang dianggap sebagai objek (benda) bukan sebagai subjek yang dapat berinteraksi dan berkomunikasi.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISTIK

Mengasingkan diri

Enggan bercakap

Kemahiran sosial dan komunikasi yang lemah

Cenderung melakukan pergerakan badan yang berulang

Suka benda yang bergerak

Tidak suka perubahan dalam rutin

PENGURUSAN BILIK DARJAH MELIBATKAN AUTISTIK

Guru perlu menyediakan murid-murid lain untuk menerima kehadiran murid autistik

Guru perlu menyediakan diri

Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang berstruktur

Persekitaran tempat mesti selamat

Menggunakan strategi pengurusan tingkah laku

Menyediakan kaedah pengajaran kumpulan kecil @ pengajaran individu bagi kanak-kanak

Mendapat bantuan dan nasihat pakar

5. LEWAT PERKEMBANGAN

KONSEP

Kanak-kanak perkembangan lewat merupakan kanak-kanak yang dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami masalah. Sebagai contohnya masalah proses pembelajaran, rendah daya pengubahsuaian tingkah laku, kurang berkesan dalam menjalani kehidupan secara berdikari, dan kurang menjalankan kewajipan sosial sesuai dengan peringkat umur mereka.

umur kronologi mereka tidak sama dengan umur mental mereka. Contohnya, kanak-kanak yang berumur 12 tahun mungkin mempunyai IQ seperti kanak-kanak yang berumur 6 tahun. Walau bagaimanapun, tahap mental kanak-kanak ini adalah berbeza antara satu sama lain.

CIRI-CIRI

Ketidakupayaan menggerakkan motor halus dengan baik

Imbangan badan yang kurang

Lemah menguasai bahasa

Masalah interaksi sosial

INTERVENSI

Penggunaan teknologi

Perubatan

Fizikal terapi

Makanan seimbang

Perkhidmatan psikologi

6. HIPERAKTIF (ADHD)

KONSEP

Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007) perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat memberi tumpuan dan bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif.

Hiperaktif merupakan suatu pola perilaku seseorang yang tidak pernah berdiam diri, sukar untuk dikendalikan, tidak memberi perhatian dan bertindak mengikut kehendak dirinya sendiri yang disebut sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders).

KATEGORI

1. KESUKARAN MENGEKALKAN PERHATIAN

Mudah mengalihkan perhatian

Kesukaran memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara

Cepat berasa bosan terhadap sesuatu aktiviti

Menghadapi masalah memproses maklumat

Kesukaran mengikut arahan

Sering lupa, kelihatan lembap, pemalu dan sentiasa berkhayal

2. HIPERAKTIF

Sering meninggalkan tempat duduk

Menunjukkan sikap resah

Bergerak di sekitar kelas apabila murid-murid lain sedang siapkan tugasan

Bergerak, menyentuh dan bermain dengan segala bahan yang kelihatan di bilik darjah

Tidak boleh duduk diam

Bercakap terlalu banyak

3. IMPULSIF

Sikap tidak sabar

Menyampuk semasa orang lain sedang berbual

Memberi komen yang tidak sesuai

Bertindak tanpa memikirkan kesannya

JENIS-JENIS ADHD

1. TIDAK DAPAT BERI PERHATIAN

Tidak menimbulkan masalah dan bersifat pendiam

2. HIPERAKTIF DAN IMPULSIF

Menunjukkan ciri-ciri hiperaktif dan impulsif tetapi kurang ciri-ciri tidak memberikan perhatian

3. KOMBINASI/ GABUNGAN ADHD

Melibatkan ketiga-tiga ADHD iaitu masalah memberi perhatian, hiperaktif dan impulsif

PENGURUSAN BILIK DARJAH MELIBATKAN ADHD

Memberikan pertimbangan khas semasa memilih tempat duduk

Memastikan murid ini jelas akan peraturan dalam bilik darjah

Mewujudkan rutin dalam bilik darjah

Memberikan murid ini arahan, tugasan atau masalah yang ringkas dan memberitahu kanak-kanak ini akibat sekiranya tugasan tersebut dilengkapkan

Memberi peluang kepada anak murid untuk terlibat dalam aktiviti bilik darjah

7. PINTAR CERDAS

KONSEP

Jabatan Pendidikan United State (1993) = Indvidu yang dapat menunjukkan potensi pada tahap yang tinggi berbanding rakan sebaya yang lain.

Davis & Rimm = Gemar bekerja, tekun dalam menghadapi tugasan yg mencabar, dan sering bosan dengan kerja rutin

CARA MENGENALPASTI

1. Sampel hasil tugasan

2. Pandangan daripada guru dan pakar

3. Prestasi akademik

MASALAH UTAMA

1. Masalah penyesuaian

2. Masalah kurang sabar

3. Masalah sukar bekerjasama

CARA MEMBANTU

1. Program ekspres

Beri peluang murid belajar ikut kadar kendirinya.

Pisahkan murid daripada rakan sekelas

Beri peluang murid bekerjasama dengan murid yang lebih tua

2. Program Pengayaan

Aktiviti yang dapat beri kefahaman yang lebih terjadap sesuatu topik

Melibatkan pembelajaran kendiri

Aktiviti yg bersifat penyiasatan. Cth: projek, temuduga tulis laporan.

8. MASALAH TINGKAH LAKU DAN EMOSI

KONSEP

Mohd Nazar (1990) Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam bilik darjah

CIRI-CIRI

1. Estim kendiri yang rendah

2. Hubungan interpersonal yang lemah

3. Masalah sosial negatif

4. Pencapaian akademik yang tidak menggalakkan/lemah

5. Masalah kerisauan

KATEGORI

QUAY & WERRY (1986)

1. MASALAH KELAKUAN

SIKAP MENGINGKARI

TIDAK SOPAN

DESTRUKTIF

DISRUPTIF

MENGALIHKAN PERHATIAN

CEMBURU

2. KERISAUAN-PENARIKAN DIRI

KERISAUAN

MENARIK DIRI

ESTIM DIRI YG RENDAH

3. KURANG MATANG

TIDAK RAMAI RAKAN

4. MASALAH SOSIAL AGRESIF

PUNCA DR KELUARGA: KASAR DAN AGRESIF

SERING BERGADUH

MENCURI

MEROSAKKAN HARTA BENDA

KESAN/AKIBAT

1. Menjejaskan keupayaan interpersonal.

2. menjejaskn keupayaan belajar

3. Sentiasa kelihatan tidak bahagia dan murung

4. Menganggu perkembangan murid atau kehidupan sekitarnya

CARA MENGURUSKAN

Beri hukuman yang setimpal

Beri peneguhan positif

Maklumkan kepada murid tentang peraturan kelas dan ia perlu sesuai dengan umur murid

Ajar teknik pengurusan diri

Beri peluang kepada murid untuk membaiki kesilapan mereka

Guru berkerjasama dgn ibubapa dan kaunselor