pengurusan air selangor sdn bhd -...

10
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd GARISPANDUAN PERMOHONAN CUTI 1) CUTI TAHUNAN i) Kakitangan perlu membuat permohonan cuti sekurang-kurangnya empat (4) hari sebelum tarikh cuti yang ingin diambil. Kakitangan tidak dibenarkan untuk meneruskan/mengambil cuti sekiranya permohonan cuti tidak diluluskan oleh Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen masing-masing (1 st level Approver). ii) Kegagalan kakitangan mematuhi prosedur ini akan mengakibatkan tindakan disiplin diambil serta Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen berhak mengarah pihak Seksyen Sumber Manusia untuk membuat pemotongan gaji berdasarkan kepada cuti yang tidak diluluskan itu. iii) Jumlah cuti tahunan yang boleh dipohon adalah mengikut prorata harian. 2) CUTI KECEMASAN i) Cuti yang dipohon kurang daripada empat (4) hari atau dipohon selepas kembali bertugas akan dikira sebagai Cuti Kecemasan. ii) Kakitangan perlu mendapatkan kelulusan samaada secara lisan, email, pesanan mel ringkas (sms) atau apa sahaja medium telekomunikasi yang sewajarnya selewat-lewatntya dalam tempoh dua (2) jam selepas waktu bekerja bermula pada hari cuti kecemasan diambil. iii) Kakitangan hendaklah menghantar Borang Permohonan Cuti sebaik sahaja selepas kembali bertugas. iv) Cuti kecemasan akan ditolak daripada cuti tahunan sekiranya masih ada baki. Sekiranya tiada baki cuti lagi, ia akan dianggap sebagai cuti tanpa gaji.

Upload: vunhu

Post on 06-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd - emesra.syabas.com.myemesra.syabas.com.my/v3/contentfile/HR-PK/20161004_787024082336… · penyakit-penyakit kritikal dan sebarang penyakit kritikal

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd

GARISPANDUAN PERMOHONAN CUTI

1) CUTI TAHUNAN

i) Kakitangan perlu membuat permohonan cuti sekurang-kurangnya empat (4)

hari sebelum tarikh cuti yang ingin diambil. Kakitangan tidak dibenarkan

untuk meneruskan/mengambil cuti sekiranya permohonan cuti tidak

diluluskan oleh Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen masing-masing (1st level

Approver).

ii) Kegagalan kakitangan mematuhi prosedur ini akan mengakibatkan tindakan

disiplin diambil serta Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen berhak mengarah pihak

Seksyen Sumber Manusia untuk membuat pemotongan gaji berdasarkan

kepada cuti yang tidak diluluskan itu.

iii) Jumlah cuti tahunan yang boleh dipohon adalah mengikut prorata harian.

2) CUTI KECEMASAN

i) Cuti yang dipohon kurang daripada empat (4) hari atau dipohon selepas

kembali bertugas akan dikira sebagai Cuti Kecemasan.

ii) Kakitangan perlu mendapatkan kelulusan samaada secara lisan, email,

pesanan mel ringkas (sms) atau apa sahaja medium telekomunikasi yang

sewajarnya selewat-lewatntya dalam tempoh dua (2) jam selepas waktu

bekerja bermula pada hari cuti kecemasan diambil.

iii) Kakitangan hendaklah menghantar Borang Permohonan Cuti sebaik sahaja

selepas kembali bertugas.

iv) Cuti kecemasan akan ditolak daripada cuti tahunan sekiranya masih ada baki.

Sekiranya tiada baki cuti lagi, ia akan dianggap sebagai cuti tanpa gaji.

Page 2: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd - emesra.syabas.com.myemesra.syabas.com.my/v3/contentfile/HR-PK/20161004_787024082336… · penyakit-penyakit kritikal dan sebarang penyakit kritikal

2/10 | M u k a S u r a t

v) Berdasarkan kepada Seksyen 60D(2) Akta Kerja 1955, mana-mana pekerja

yang tidak hadir kerja pada hari kerja sebelum atau selepas hari kelepasan am

atau dua atau lebih hari-hari kelepasan am berturut-turut atau mana-mana hari

atau hari yang digantikan kepadanya di bawah seksyen ini tanpa kebenaran

terdahulu daripada majikannya adalah tidak berhak mendapat apa-apa

bayaran hari kelepasan untuk hari kelepasan tersebut atau hari-hari kelepasan

terturut-turut melainkan ia mempunyai alasan munasabah bagi ketidakhadiran

itu.

3) CUTI BERSALIN

i) Kelayakan Cuti Bersalin adalah enam puluh (60) hari termasuk Cuti Rehat,

Cuti Umum dan Cuti Kelepasan Am dan terhad kepada lima (5) kelahiran

sepanjang perkhidmatan dengan Syarikat.

ii) Kakitangan hendaklah menghantar Borang Permohonan Cuti selewat-

lewatnya tiga (3) hari selepas atau sebaik sahaja kembali bertugas dan

disertakan dengan dokumen kelahiran anak.

4) CUTI ISTERI BERSALIN (PATERNITY LEAVE)

i) Kakitangan hendaklah menghantar Borang Permohonan Cuti sebaik sahaja

selepas kembali bertugas dan perlu melampirkan dokumen sokongan seperti

Sijil Kelahiran Anak atau Surat Laporan Doktor untuk rujukan dan kelulusan

Jabatan/Wilayah/Seksyen.

ii) Cuti Isteri Bersalin layak diberikan kepada semua anak kelahiran isteri yang

didaftarkan di syarikat.

iii) Cuti yang tidak diluluskan akan ditolak melalui cuti tahunan atau dikira

sebagai cuti tanpa gaji sekiranya tiada lagi baki cuti.

5) CUTI IHSAN (COMPASSIONATE LEAVE)

i) Kakitangan hendaklah menghantar Borang Permohonan Cuti sebaik sahaja

selepas kembali bertugas dan perlu melampirkan dokumen sokongan seperti

Sijil Kematian/Permit Menguburkan, Surat Laporan Polis atau Surat Laporan

Doktor untuk rujukan dan kelulusan Jabatan/Wilayah/Seksyen.

Page 3: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd - emesra.syabas.com.myemesra.syabas.com.my/v3/contentfile/HR-PK/20161004_787024082336… · penyakit-penyakit kritikal dan sebarang penyakit kritikal

3/10 | M u k a S u r a t

ii) Cuti yang tidak diluluskan akan ditolak melalui cuti tahunan atau dikira

sebagai cuti tanpa gaji sekiranya tiada lagi baki cuti.

6) CUTI PERKAHWINAN

i) Kakitangan yang telah sah jawatan perlu membuat permohonan cuti

sekurang-kurangnya empat (4) hari sebelum tarikh cuti yang ingin diambil

dan perlu melampirkan dokumen sokongan untuk kelulusan Ketua

Jabatan/Wilayah/Seksyen masing-masing.

ii) Cuti perkahwinan ini hanya layak untuk perkahwinan yang pertama sahaja.

7) CUTI MENGERJAKAN HAJI

i) Kakitangan perlu membuat permohonan cuti sekurang-kurangnya satu (1)

bulan sebelum tarikh cuti yang ingin diambil dan perlu melampirkan

dokumen sokongan/surat makluman daripada Lembaga Tabung Haji untuk

kelulusan Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen.

8) CUTI TANPA REKOD (UNRECORDED LEAVE)

i) Syarikat boleh memberi cuti tanpa rekod kepada kakitangan yang telah sah

jawatan bagi sebab-sebab tertentu bergantung kepada keadaan semasa

operasi syarikat dan perlu di ambil selepas tarikh dan waktu majlis berlaku.

ii) Kakitangan perlu melampirkan dokumen sokongan/surat makluman untuk

kelulusan Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen.

iii) Cuti Ganti atau ”Replacement Leave” setengah atau satu (1) hari akan

diberikan kepada kakitangan pengurusan yang bekerja lebih masa sekurang-

kurangnya 5 jam atau melebihi 5 jam.

9) CUTI TANPA GAJI (NO PAY LEAVE)

a) Sebab-sebab Khas

i) Permohonan Cuti Tanpa Gaji (”CTG”) bagi tempoh melebihi tiga puluh (30)

hari oleh kakitangan yang telah sah jawatan perlu mendapat sokongan

Page 4: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd - emesra.syabas.com.myemesra.syabas.com.my/v3/contentfile/HR-PK/20161004_787024082336… · penyakit-penyakit kritikal dan sebarang penyakit kritikal

4/10 | M u k a S u r a t

daripada Ketua Jabatan/Wilayah terlebih dahulu bagi memastikan

penggantian pekerja yang tepat bagi mengelakkan gangguan kepada operasi

syarikat.

ii) Surat permohonan dan dokumen sokongan yang telah disokong oleh Ketua

Jabatan/Wilayah hendaklah dihantar ke Seksyen Sumber Manusia Ibu Pejabat

untuk kelulusan Ketua, Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran.

iii) Cuti Tanpa Gaji ini akan ditolak daripada tempoh perkhidmatan di syarikat.

b) Kehabisan cuti tahunan atau cuti tidak diluluskan

i) Cuti yang melebihi kuota/had limit sesuatu masa atau sebarang cuti yang

tidak diluluskan oleh Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen akan dianggap sebagai

Cuti Tanpa Gaji dan akan ditolak di dalam gaji kakitangan bulan hadapan.

(Contoh: CTG yang berlaku di dalam bulan Januari akan ditolak di dalam gaji

bulan Februari sekaligus)

10) CUTI SAKIT (KLINIK DAN HOSPITAL)

i) Kakitangan perlu mendapatkan rawatan di klinik panel yang dilantik oleh

Syarikat sahaja kecuali perkara-perkara kecemasan yang tidak dapat

dielakkan.

ii) Kakitangan perlu menghantar permohonan cuti sakit tersebut melalui sistem

HRMIS atau borang permohonan, berserta salinan sijil cuti sakit selewat-

lewatnya tiga (3) hari selepas kembali bertugas. Bagi permohonan cuti sakit

hospital/wad, wajib sertakan juga slip kemasukan wad.

iii) Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen berhak untuk mendapat penjelasan dengan

terperinci sekiranya kakitangan menyambung cuti sakit daripada klinik yang

berlainan contohnya daripada Klinik B selepas mendapat cuti sakit daripada

Klinik A bagi mendapatkan rawatan bagi penyakit yang sama.

iv) Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen berhak untuk mendapat penjelasan dengan

terperinci sekiranya ada keraguan selain daripada yang dinyatakn di atas, ke

atas sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh klinik tidak kira sama ada klinik

panel Syarikat atau bukan panel sebelum meluluskannya.

v) Kakitangan yang mendapat cuti sakit ketika menjaga anak/pasangan di

hospital perlu memohon cuti tahunan atau cuti kecemasan.

Page 5: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd - emesra.syabas.com.myemesra.syabas.com.my/v3/contentfile/HR-PK/20161004_787024082336… · penyakit-penyakit kritikal dan sebarang penyakit kritikal

5/10 | M u k a S u r a t

vi) Cuti sakit yang tidak diluluskan atau melebihi had akan ditolak melalui cuti

tahunan atau dikira sebagai cuti tanpa gaji sekiranya tiada lagi baki cuti.

11) CUTI SAKIT BERPANJANGAN (PROLONGED ILLNESS LEAVE)

i) Definisi cuti sakit berpanjangan ialah cuti sakit yang diberikan kepada

kakitangan yang memerlukan rawatan berpanjangan akibat mengidap

penyakit-penyakit kritikal dan sebarang penyakit kritikal yang boleh

dipertimbangkan (rujuk jenis-jenis penyakit kritikal seperti di Lampiran A).

ii) Kakitangan yang ingin mendapat kelayakan cuti sakit berpanjangan perlu

mengemukakan secara bertulis kepada Seksyen Sumber Manusia sekurang-

kurangnya tujuh (7) hari bekerja sebelum cuti sakit habis dengan

mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut untuk kelulusan Ketua,

Sumber Manusia & Pentadbiran:-

a) Laporan penuh perubatan doktor pakar yang merawat daripada panel

hospital lantikan Syarikat; dan

b) Surat sokongan bertulis dan rekomendasi daripada doktor pakar yang

merawat bagi melayakkan kakitangan mendapat cuti sakit

berpanjangan.

iii) Bagi permohonan cuti sakit berpanjangan yang telah diluluskan, Syarikat

boleh memberikan cuti sakit berpanjangan secara terkumpul iaitu:-

a) Cuti sakit bergaji penuh sehingga had maksima 90 hari (3 bulan),

diikuti

b) 180 hari (6 bulan) separuh gaji, seterusnya

c) 180 hari (6 bulan) berikutnya tanpa gaji

iv) Sekiranya kakitangan telah sembuh sepenuhnya dan ingin kembali

memulakan tugas, kakitangan perlu berjumpa dengan pihak Seksyen Sumber

Manusia dengan mengemukakan surat dan laporan daripada doktor pakar

yang merawat untuk mengesahkan tahap kesihatan. Tanpa laporan doktor,

kakitangan TIDAK dibenarkan kembali bertugas.

v) Sebaliknya, sekiranya kakitangan masih tidak sembuh di dalam tempoh enam

(6) bulan cuti sakit tanpa gaji, Seksyen Sumber Manusia akan membuat

proses permohonan Pencen Ilat ke PERKESO/SOCSO (rujuk Lampiran B

untuk keterangan lanjut) atau membuat kertas cadangan kepada Ketua

Page 6: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd - emesra.syabas.com.myemesra.syabas.com.my/v3/contentfile/HR-PK/20161004_787024082336… · penyakit-penyakit kritikal dan sebarang penyakit kritikal

6/10 | M u k a S u r a t

Pegawai Eksekutif bagi penamatan perkhidmatan di atas sebab-sebab

kesihatan (Medical Board Out).

12) PELEPASAN WAKTU PEJABAT (TIME OFF)

i) Kakitangan perlu mengisi Borang Daftar Keluar Masuk Pejabat (”Borang

DKMP”) dan mendapat keizinan Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen terlebih

dahulu sebelum keluar dari premis pejabat. Memo, email janji temu atau

apa-apa dokumen sokongan perlu dikepilkan jika menghadiri mesyuarat,

seminar, kursus atau aktiviti-aktiviti sosial anjuran syarikat.

ii) Permohonan “Time Off” pada waktu bekerja bagi urusan peribadi, tertakluk

kepada kelulusan Ketua Jabatan/Seksyen/Wilayah, adalah bagi tujuan-tujuan

kecemasan sahaja, antaranya seperti di bawah ini:

a) Isteri, anak atau ibu bapa sakit dan perlu dihantar ke klinik/hospital

b) Ahli keluarga atau saudara-mara mengalami kemalangan atau

meninggal dunia

c) Tidak sihat setelah berada di pejabat

iii) Dokumen sokongan seperti “Time Attendance Chit” daripada klinik atau

hospital dan Sijil Kematian/Permit Menguburkan bagi kes kecemasan di atas,

hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen dengan

serta-merta selepas permohonan diluluskan.

iv) Permohonan bagi urusan peribadi (selain daripada yang dinyatakan di atas)

hendaklah diambil melalui cuti tahunan. Definisi urusan peribadi adalah

urusan yang sememangnya telah diketahui tarikh dan masa seperti janji temu

dengan doktor pakar, menghantar ibu bapa menunaikan haji, urusan

perbankan, urusan persekolahan anak seperti mengambil kad laporan atau

urusan dengan pejabat /jabatan kerajaan.

v) Kakitangan tidak dibenarkan memohon “Time Off” pada hari Sabtu bekerja

dan ketika bulan Ramadhan di mana waktu bekerja telah dipendekkan

melainkan bagi perkara-perkara yang dinyatakan di klausa (ii).

vi) Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan/Seksyen/Wilayah boleh menggunakan

prerogatif mereka untuk meluluskan ”Time Off” kakitangan mereka bagi

alasan-alasan yang difikirkan munasabah.

Page 7: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd - emesra.syabas.com.myemesra.syabas.com.my/v3/contentfile/HR-PK/20161004_787024082336… · penyakit-penyakit kritikal dan sebarang penyakit kritikal

7/10 | M u k a S u r a t

vii) Semua Borang DKMP mesti dihantar ke Unit Sumber Manusia Wilayah

masing-masing selewat-lewatnya tiga (3) hari selepas tarikh permohonan.

Seterusnya, HR Wilayah perlu menghantar Rekod/Laporan Pengambilan

“Time Off” setiap 7 haribulan bulan yang berikutnya ke Seksyen Sumber

Manusia Ibu Pejabat.

viii) Sekiranya “Time Off” lebih daripada dua (2) jam dan kurang daripada empat

(4) jam, cuti kecemasan setengah (1/2) hari perlu dipohon.

ix) Sekiranya “Time Off” lebih daripada empat (4) jam, cuti kecemasan satu (1)

hari perlu dipohon

BORANG-BORANG

1) Borang Permohonan Cuti

2) Borang Daftar Keluar Masuk Pejabat

Page 8: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd - emesra.syabas.com.myemesra.syabas.com.my/v3/contentfile/HR-PK/20161004_787024082336… · penyakit-penyakit kritikal dan sebarang penyakit kritikal

8/10 | M u k a S u r a t

LAMPIRAN A

JENIS-JENIS PENYAKIT KRITIKAL

1) Kegagalan Buah Pinggang/Ginjal (Kidney Failure)

2) Serangan Penyakit Jantung (Heart Attack)

3) Angin Ahmar (Stroke)

4) Kanser (Cancer)

5) Sklerosis Pelbagai/Berbilang (Multiple Sclerosis)

6) Hypertensi Arteri Pulmonari Utama (Primary Pulmonary Arterial Hypertension)

7) Hepatitis Virus Fulminan (Fulminant Viral Hepatitis)

8) Buta/Hilang Penglihatan (Blindness)

9) Penyakit Koronari Arteri Yang Memerlukan Pembedahan (Coronary Artery by-pass Surgery)

10) Pemindahan Organ Utama (Major Organ/Bone Marrow Transplant)

11) Pembedahan/Penukaran Injap Jantung (Heart Valve Surgery)

12) Pembedahan Aourta (Surgery to Aorta Third Degree Burns)

13) Distropi Otot (Muscular Dystrophy)

14) Jangkitan HIV Disebabkan Pemindahan Darah (HIV Infection Due to Blood Transfusion)

15) Koma (Coma)

16) Hilang Pendengaran (Deafness)

17) Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir (End-Stage Lung Disease)

18) Tumor Otak Benigna (Benign Brain Tumor)

19) Penyakit Alzheimer (Alzheimer’s Disease/Severe Dementia)

20) Penyakit Membawa Maut (Terminal Illness)

21) Penyakit Parkinson (Parkinson’s Disease)

22) Penyakit Motor Neuron (Motor Neurone Disease)

23) Anaemia Aplastik Kronik (Chronic Aplastic Anaemia)

24) Hilang Suara/Hilang Kebolehan Bertutur (Loss of Speech End-Stage Liver Failure)

25) Ensefalitis (Encephalitis)

26) Bakteria Meningitis (Bacterial Meningitis)

27) Pembedahan Otak (Brain Surgery)

28) Angioplasti (Cardiomyopathy)

29) Penyakit Arteri Koronari Serius (Serious Coronary Artery Disease)

30) Kardiomiopati (Cardiomyopathy)

31) Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari) (Loss of Independent Existence)

32) Lumpuh (Paralysis of Limbs)

33) Trauma Kepala Yang Serius (Major Head Trauma)

34) Penyakit Medulari Systik (Medullary Cystic Disease)

Nota: Sila ambil perhatian bahawa senarai penyakit di atas adalah tidak lengkap dan

tertakluk kepada perubahan

Page 9: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd - emesra.syabas.com.myemesra.syabas.com.my/v3/contentfile/HR-PK/20161004_787024082336… · penyakit-penyakit kritikal dan sebarang penyakit kritikal

9/10 | M u k a S u r a t

LAMPIRAN B

PENCEN ILAT

KEILATAN adalah suatu keuzuran yang berkekalan atau tidak mungkin akan sembuh yang mana mengakibatkan seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan seseorang pekerja yang normal.

Perlindungan kepada pekerja yang mengidap keilatan akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Antara penyakit-penyakit kronik penyebab keilatan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti sakit jantung, buah pinggang, barah, sakit jiwa, asma dan sebagainya.

Syarat Kelayakan

Belum mencapai umur 60 tahun pada masa notis ilat diterima oleh PERKESO.

Sekiranya telah mencapai umur 60 tahun pada masa notis ilat diterima, pekerja hendaklah membuktikan bahawa keilatan terjadi sebelum umur 60 tahun dan tidak bekerja semenjak ia mengalami keilatan.

Disahkan ilat oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan.

Telah memenuhi mana-mana syarat kelayakan caruman yang telah ditetapkan sama ada kelayakan caruman penuh atau kelayakan caruman yang dikurangkan.

Tempoh Bayaran

Pencen Ilat dibayar bermula dari tarikh notis ilatnya diterima oleh PERKESO atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas notis ilat dikemukakan.

Pencen Ilat dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia mengikut mana yang lebih awal.

Pencen Ilat akan digantikan dengan Pencen Penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima Pencen Ilat tanpa mengira umurnya.

PERKESO berhak menggantung Pencen Ilat dan merujuk semula kes kepada Jemaah Doktor sekiranya seseorang itu didapati bekerja semula dan memperolehi pendapatan melebihi 1/3 daripada gaji purata sebelum beliau mengidap keilatan.

Page 10: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd - emesra.syabas.com.myemesra.syabas.com.my/v3/contentfile/HR-PK/20161004_787024082336… · penyakit-penyakit kritikal dan sebarang penyakit kritikal

10/10 | M u k a S u r a t

Kadar Bayaran

Bayaran pencen yang diberi adalah tertakluk kepada kelayakan kadar pencen. Mulai 1 Januari 2012, bayaran minima pencen bulanan adalah sebanyak RM475.00 sebulan.

Dokumen yang diperlukan untuk tuntutan

Orang berinsurans hendaklah mengisi dan melengkapkan borang dan maklumat berikut:-

i. Pemberitahuan Keilatan (Borang PKS (F) 41)

ii. Laporan Perubatan terkini

iii. Salinan Kad Pengenalan

Informasi daripada Laman Web PERKESO: http://www.perkeso.gov.my/my/pencen-ilat.html