pengunaan pengajaran & pembelajaran di sekolah mengikut spn 21 di negara brunei darussalam

26
1.PENDAHULUAN 1.1 Pengertian dan tujuan SPN 21 SPN 21 adalah merupakan nama singkatan bagi Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan. SPN21 tersebut membawa beberapa perubahan besar dalam pendidikan di Negara Brunei Darussalam. Ianya bertujuan dalam membentuk generasi dan pemimpin pada masa akan datang. SPN 21 ini dilaksanakan secara berperingkat- peringkat iaitu pada peringkat peralihan (interim/transition stage) dilaksanakan pada tahun 2008 bagi pelajar Tahun 7 (kumpulan pelajar yang lulus PSR 2007), Di peringkat rendah akan dilaksanakan pada tahun 2009 iaitu bagi pelajar Tahun 1 dan Tahun 4 manakala pelaksanaan SPN 21 sepenuhnya di peringkat rendah di lakukan pada tahun 2011. 1 1.2 Peranan guru dalam menghadapi SPN 21 Di dalam sistem pendidikan Negara abad ke 21, Wawasan Brunei menjelang 2035 berhasrat agar Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara yang dikenali yang mempunyai pendidikan,berkemahiran tinggi dan berjaya, kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan. 2 Oleh itu, sekolah adalah tempat utama dalam membentuk bagi menghasilkan pelajar yang bukan sahaja bijak, tetapi juga berwibawa, berkarisma, dan berketerampilan untuk menjadi pemimpin di masa hadapan. Jabatan Pendidikan yakin bahawa 1 Wikipedia(2008).Sistem Pendidikan Negara abad ke 21 diperolehi pada 10 Oktober 2009 dari http://smrimba.net/Document/SPN21/SPN21%20-%20malay.pdf 2 Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang Negara Brunei Darussalam m.s 11

Upload: ladydeparis

Post on 27-Jul-2015

4.776 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengunaan Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah Mengikut SPN 21 Di Negara Brunei Darussalam

1. PENDAHULUAN

1.1 Pengertian dan tujuan SPN 21

SPN 21 adalah merupakan nama singkatan bagi Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21

yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan. SPN21 tersebut membawa beberapa

perubahan besar dalam pendidikan di Negara Brunei Darussalam. Ianya bertujuan dalam

membentuk generasi dan pemimpin pada masa akan datang. SPN 21 ini dilaksanakan secara

berperingkat-peringkat iaitu pada peringkat peralihan (interim/transition stage) dilaksanakan

pada tahun 2008 bagi pelajar Tahun 7 (kumpulan pelajar yang lulus PSR 2007), Di peringkat

rendah akan dilaksanakan pada tahun 2009 iaitu bagi pelajar Tahun 1 dan Tahun 4 manakala

pelaksanaan SPN 21 sepenuhnya di peringkat rendah di lakukan pada tahun 2011. 1

1.2 Peranan guru dalam menghadapi SPN 21

Di dalam sistem pendidikan Negara abad ke 21, Wawasan Brunei menjelang 2035

berhasrat agar Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara yang dikenali yang

mempunyai pendidikan,berkemahiran tinggi dan berjaya, kehidupan rakyat yang berkualiti

tinggi dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.2Oleh itu, sekolah adalah tempat utama

dalam membentuk bagi menghasilkan pelajar yang bukan sahaja bijak, tetapi juga

berwibawa, berkarisma, dan berketerampilan untuk menjadi pemimpin di masa hadapan.

Jabatan Pendidikan yakin bahawa sistem pendidikan negara abad ke-21 adalah jawapan

dalam memastikan masa depan yang lebih baik bagi para pelajar yang akan nmemenuhi

cabaran global baru. Oleh itu, penting bagi setiap pendidik iaitu guru untuk membuka minda,

membuka mata dan telinga serta memahami apa yang dihasratkan oleh SPN 21 agar SPN 21

akan berjaya menghasilkan sistem pendidik yang cemerlang dan mampu mengeluarkan

individu Brunei yang berminda besar dan pandangan jauh.3

Ini adalah menjadi satu tanggungjawab profesion perguruan bagi merealisasikan harapan

negara ini. Seorang guru perlu membuat perubahan dalam konsep pengajaran di sekolah yang

lebih menfokuskan kepada pengajaran yang lebih menarik minat murid.

1 Wikipedia(2008).Sistem Pendidikan Negara abad ke 21 diperolehi pada 10 Oktober 2009 dari http://smrimba.net/Document/SPN21/SPN21%20-%20malay.pdf2 Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang Negara Brunei Darussalam m.s 113 Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omar ali. (2009). Tingkatan daya kreativiti dalam kepimpinan. Diperolehi pada 10 Oktober 2009 dari http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/9ogos/berita18.htm

Page 2: Pengunaan Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah Mengikut SPN 21 Di Negara Brunei Darussalam

2. EKPEKTASI/HARAPAN SPN21 DAN GURU-GURU BARU

Sistem Pendidikan Negara abad ke 21 ini akan satu menjadi mercu tanda yang penting di

dalam sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam. Menjelang tahun 2035, Negara

Brunei Darussalam dikenali di seluruh dunia dengan rakyat yang berpendidikan,

berkemahiran tinggi dan berjaya, kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi dan ekonomi yang

dinamik dan berdaya tahan. Hal ini, Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan lebih rapat

lagi dengan pihak institusi-institusi pengajian tinggi khususnya Universiti Brunei Darussalam

untuk memastikan latihan perguruan kita akan dapat menghasilkan guru-guru yang berkualiti,

manakala guru-guru yang sedang berkhidmat pula akan disediakan pelbagai program latihan

berterusan (continuing profesional development) di dalam mahupun di dalam mahupun di

luar negara4. Oleh yang demikian, ini adalah satu ekpektadi dan harapan kepada guru- guru

untuk merealisasikan hasrat sistem pendidikan negara abad ke 21

2.1 Keterampilan secara unggul dalam methode pengajaran

Jesteru itu, seorang guru harus mempunyai keterampilannya secara unggul dalam bidang

pendidikan dan pembelajaran iaitu dari segi keterampilan dalam menerapkan pelbagai kaedah

dan teknik pengajaran, teknik pengelolaan kelas, keterampilan dalam memanfaatkan media

dan sumber belajar ke arah yang lebih mencabar dan menyeronokkan. Ini adalah kerana, SPN

21 membuat perubahan dalam konsep pengajaran yang menfokuskan kepada pelajaran yang

menarik minat murid. Sebagai contoh mempergiatkan aktiviti kelas dengan aktif dan

menyeronokkan dengan membuat perhubungan bilik darjah dengan luar sekolah seperti

belajar sambil membuat lawatan. Alat Bantu Megajar guru hendaklah menarik dan kreatif.

Sepertimana menurut Noraziah (1981) menerangkan bahawa alat bantu mengajar itu mestilah

dianggap sabagai satu bahagian yang padu atau integral part dalam proses pengajaran. 5Apabila seorang guru mempunyai kreativiti dan keterampilaan secara unggul, maka ianya

dapat mengukuhkan ingatan dan pemahaman pelajar serta memberikan suatu pengajaran

pembelajaran yang berfaedah kepada mereka.

2.2 Membentuk pembelajaran sepanjang hayat

Selain daripada itu, SPN 21 telah mengariskan plan strategi untuk membentuk program yang

menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan meningkatkan akses kepada pendidikan

4 Wikipedia . (2009, 27 Januari). Perlaksanaan SPN 21 dapat menanai wawasan 2035. Pelita Brunei, p 55 Nota-nota kuliah asas-asas pengajaran dan pembelajaran I dan II di dalam konsep pengunaan dan aplikasi Alat Bantu Mengajar

Page 3: Pengunaan Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah Mengikut SPN 21 Di Negara Brunei Darussalam

tinggi6. Dalam perkara ini seorang guru perlu bersiap sedia untuk sentiasa memperluaskan

ilmu pengetahuan di dalam pelbagai aspek. Sebagai contoh, guru perlu sentiasa membuat

program penyelidikan tentang sesuatu fakta mengenai sesuatu isi pelajaran dengan lebih

kondusif dan terperinci

Ini terbukti menurut seorang pensyarah di Universiti Brunei Darussalam's (UBD) Sultan

Hassanal Bolkiah Institute of Education ( SHBIE) menyatakan

“ In order to deal with future challenges, children must be equipped with long life learning and thinking skills so that thay can evaluate real life and synthesise solutions”7

Dengan hal ini, pelajar-pelajar dapat belajar untuk sepanjang hayat dan mengembangkan

daya pemikir mereka sehingga mereka boleh menilai situasi kehidupan nyata dan mensintesis

penyelesaian

2.3 Memupuk budaya penyelidikan dikalangan guru dan murid

Selaras dengan kepesatan ilmu pengetahuan dan perlaksanaan SPN 21 ini juga, minat

terhadap penyelidikan dalam pendidikan di kalangan para guru dan pelajar hendaklah

dipupuk dan dikukuhkan. Dengan adanya budaya penyelidikan ini, akan menjadikan generasi

kita lebih analitikal, kreatif dan inovatif serta yakin untuk menghadapi persaingan dan

cabaran semasa dan masa depan. Malahan ini membantu para guru mahupun pelajar

menghadapi suasuana pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menyeronokkan.

2.4 Menimbulkan pembelajaran pengajaran Konstruktivisme

Guru berperanan untuk menimbulkan pembelajaran dan pengajaran yang berunsurkan

konstruktivisme. Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri

pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan atau pengalaman sedia ada.

Dalam proses ini pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan

sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Ini adalah mengikut SPN 21, di dalam

pendekatan pedagogi ada menyatakan

“At the primary level, the curriculum will be integrated across subject areas using the themes and topics that are based on understanding, experience and the surrounding evvironments.”8

6 SPN21 Terlaksana sepenuhnya 2011 (Lidah Pengarang. Pelita Brunei . Bilangan 27. 4/4/09 Sabtu)7 Jainatul Halida Jaidin.( 2009). Thinking skills crucial to student’s educations. Diperolehi pada 12 Oktober 2009 dari http://www.bt.com.bn/en/home_news/2009/05/25/thinking_skills_crucial_to_students_education8 The National education system for the 21st century, Ministry of Education,pg 57

Page 4: Pengunaan Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah Mengikut SPN 21 Di Negara Brunei Darussalam

Jelaslah disini, bahawa kontruktivisme adalah satu pengajaran dan pembelajaran adalah

berdasarkan kepada pengetahuan, kefahaman dan pengetahuan sedia pelajar ada yang dapat

dikaitkan dalam kehidupan seharian. Menurut Mc Brien dan Brandt (1997) menjelaskan

bahawa konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan cara

manusia belajar.9

Oleh itu, guru harus memberi peluang pelajar untuk menonjolkan bakat atau kebolehan serta

mengembangkannya potensi mereka. Pengajaran guru hendaklah berpusatkan murid atau

dikenali sebagai “student centred”. Motivasi adalah merupakan kunci kepada pembelajaran

iaitu menggalakkan penemuan inkuiri, perassan ingin tahu dan inisiatif pelajar. Oleh yang

demikian, untuk memperkenalkan guru-guru dengn idea konstruktivisme adalah memerlukan

guru berubah bukan sahaja dari aspek pandangan mereka mengenai pembelajaran malahan

juga amalan-amalan mereka di dalam bilik darjah. Jesteru itu, untuk memastikan

pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya, amalan pembelajaran guru dalam bilik

darjah perlu berorentasikan pembelajaran melalui pengalaman sedia ada pelajar berasaskan

aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

3. CABARAN-CABARAN DALAM PERSEDIAAN GURU-GURU

DALAM MENGHADAPI CABARAN SPN21

Kewujudan sistem Pendidikan Negara ABAD ke 21 ( SPN 21) membawa impak yang

besar kepada semua lapisan guru samada guru pelatih mahupun guru yang sedang

berkhidmat. Guru terpaksa mengubah persepsi lama kepada persepsi baru selaras dengan

keinginan SPN 21 melalui pengajaran dan pembelajaran. Sistem Pendidikan Negara Abad 21

atau SPN 21 yang bertujuan untuk memperkasa modal insan negara dalam menghadapi

cabaran-cabaran pembangunan di era globalisasi ini. Ini bermakna guru telah diuji

keupayaanya agar dapat beradptasikan dan merupakan satu cabaran kepada seorang guru.

3.1 Guru sebagai insan yang mempunyai nilai-nilai luhur yang tinggi

"Whether the educational system is old or new, it will always be challenging. Teaching as a

career in itself is challenging. Teaching comes from the heart and if you are sincere, the

challenges will be wholeheartedly met” – Brunei Times10

9 Mohd Yussof Abdullah. (2008). Pengetahuan Pedagogi Guru, hlm.1410 Hana Roslan. (2009, September 03). SPN 21 set to score top marks. Brunei Times ,p.4

Page 5: Pengunaan Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah Mengikut SPN 21 Di Negara Brunei Darussalam

Samada sistem pendidikan adalah dalam kaedah lama mahupun baru, ianya tetap adalah satu

cabaran guru kerana kerjaya seorang guru adalah mencabar. Oleh yang demikian untuk

mendapat suasuana pengajaran yang efektif, guru haruslah mempunyai sifat nilai-nilai murni

berupaya untuk membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri

Ini terbukti di dalam kurikulum SPN21, kementerian pendidikan meinginkan penerapan nilai-

nilai murni sebagai penerapan nilai teras dan sikap iaitu seperti sikap berdikari,

bertakwa,berdaya saing (Competitive), Siapsaga dan sebagainya. 11. Dengan hal yang

demikian, pelajar tersebut terdidik ke arah pembentukan yang lebih baik dan positif

3.2Memperkukuhkan kompetensi dalam teknologi infokomunikasi (ICT) secara

meluas

kementerian pendidikan telah mengariskan lapan strategi untuk mencapai hasrat

sistem pendidikan Negara abad ke 21, iaitu diantaranya ialah memperkukuhkan kompetensi

dalam teknologi infokomunikasi (ICT) bagi penuntut, guru dan pentadbir pendidikan

termasuk integrasi ICT ke dalam kurikulum sekolah12. Ini ada dijelaskan guru hendaklah

mengunakan ICT di dalam kaedah pengajaran dengan lebih banyak .Ini adalah merupakan

satu cabaran pada seorang guru bahawa guru dipastikan agar memperolehi keupayaan dan

kemahiran dalam ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Malahan, mata pelajaran yang dikemaskini di dalam SPN 21 adalah banyak memerlukan

pengunaan ICT. Jesteru itu Pengunaan alat media dan telekomunikasi seperti sistem

komputer riba perlu dijadikan teras dan wajib dalam sistem penyampaian. Hasrat tersebut

bukan sahaja pada seorang guru malahan guru perlu memastikan pelajar mereka mempunyai

pengetahuan dan mempunyai kemahiran ICT untuk menjadi pelajar lebih kreatif dalam

pelajaran mereka. Adalah yang memainkan perana penting untuk memberikan dorongan

kepada pelajar untuk lebih berpengalaman dan mampu bersaing secara global hingga ke

peringkat antarabangsa . Ini telah dijelaskan oleh kementerian pendidikan bahawa:

“ICT skills hava become an integral part of the 21st century education. They should be

mastered by students in line with the rapid advancements and globalisation”13

3.3 Menguasai tiga domain (taksonomi bloom) secara efektif

11 SPN21 Terlaksana sepenuhnya 2011 (Lidah Pengarang. Pelita Brunei . Bilangan 27. 4/4/09 Sabtu)12 Wikipedia(2008).Sistem Pendidikan Negara abad ke 21 diperolehi pada 10 Oktober 2009 dari http://smrimba.net/Document/SPN21/SPN21%20-%20malay.pdf13 The National education system for the 21st century, Ministry of Education,pg 31

Page 6: Pengunaan Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah Mengikut SPN 21 Di Negara Brunei Darussalam

Antara lain, di dalam sistem pembelajaran dan pengajaran sebelumnya, guru lebih

menfokuskan kepada pembentukan domain kognitif, intelek dan menguji psikomotor pelajar.

Memandangkan pengajaran dan pembelajaran pada SPN 21 lebih berkonsepkan kepada “fun,

play and learn more”.14 Oleh itu,guru perlu membuat perubahan dalam konsep pengajaran

yang menfokuskan kepada menarik perhatian pelajar. Guru perlu meaplikasikan dan

menerapkan domain afektif di dalam pengajaran agar guru dapat menyelami perassan dan

emosi pelajar. Ini untuk memastikan pelajar untuk sentiasa minat di dalam sesuatu pelajaran

bukan kerana terpaksa atau dipaksa.Dengan hal yang demikian, ini adalah merupakan satu

cabaran seorang guru untuk membentuk pembelajaran pelajar. Sepertimana menurut SPN 21

adalah

“All the key learning areas aim at nurturing learners so that they become intellectually,

spiritually, emotionally and physically balanced individual”15

Jelaslah disini, bahawa kunci utama ialah bukan sahaja untuk meningkatkan daya intelek

pelajar tapi hendaklah ada meningkatkan dan menerapkan nilai-nilai spiritual dan emosi

3.4 Guru mempersiap siaga dalam memperluaskan pengetahuan dalam pelbagai aspek

Guru perlu sentiasa bersiap sedia di dalam memperluaskan pengetahuan di dalam

pelbagai aspek. Guru tidak terhad kepada pengetahuan-pengetahuan pada sesuatu yang di

ajarkan sahaja. Perkara ini adalah merupakan satu cabaran kepada guru agar guru perlu

bersifat proaktif di dalam semua bidang kemahiran. Hal ini ada ditekankan bahawa dalam

meneraju SPN 21, tenaga pelajar perlu “up to date”. Ini adalah untuk memastikan bahawa

para guru sentiasa meningkatkan kemahiran melalui latihan dalam perkhidmatan untuk

memberikan latihan semula dan memperolehi pengetahuan serta kepandaian yang terbaru dan

terkini16. Sebagai contoh seorang guru tidak hanya tahu mengenai tentang pengetahuan

pendidikan seni visual malahan perlu berkebolehan di dalam pelbagai bidang, seperti muzik

dan drama dan sebagainya.

14 Norliah binti Md. Zain (2008). SPN 21 bawa perubahan besar pendidikan negara. Diperolehi pada 10 Oktober 2009 dari http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/09nov/index.htm15 The National education system for the 21st century, Ministry of Education,pg 3516 Ak. Jefferi Pg Duraman (2009) .Lebih ramai pelajar perolehi pendidikan tinggi. Di perolehi pada 15 Oktober 2009 dari http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/3apr/berita02.htm

Page 7: Pengunaan Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah Mengikut SPN 21 Di Negara Brunei Darussalam

Ini juga memastikan untuk membentuk para pelajar agar menjadi generasi muda yang

berkualiti yang kukuh jati dirinya serta mempunyai “International Outlook” supaya mampu

bersaing dan bertahan.

Page 8: Pengunaan Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah Mengikut SPN 21 Di Negara Brunei Darussalam

4. KAEDAH STRATEGI, PENDEKATAN, TEKNIK PENGAJARAN

YANG DIGALAKKAN DALAM SPN21

Dalam proses pembelajaran dan pengajaran, konsep kaedah, strategi, pendekatan dan teknik

pengajaran sering digunakan di sekolah. Ianya adalah merupakan perkara asas untuk

membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seorang guru. Walau

bagaimanapun , ke empat-empat konsep ini sering menimbulkan kekeliruan di kalangan guru.

Ini kerana ciri-ciri yang terdapat di antara konsep pendekatan, kaedah, teknik dan strategi

saling berkait dan saling melengkapi di antara satu sama lain. Ke empat konsep ini amat

berguna bagi guru terutamanya pada guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya

ilmu pedagogi ini dapat dipelajari dan diamalkan di dalam bilik darjah

4.1 Pendekatan

PENDEKATAN

Pengertian Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan adalah merupakan cara atau langkah-langkah yang di ambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah

Cir-ciri 1. Pengajaran adalah berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan

2. Objektif-Objektif yang hendak dicapai adalah berbentuk jangka panjang

3. Berlandaskan teori, prinsip dan model4. Pendekatan adalah dianggap benar tanpa memerlukan

bukti atau alasan5. Ianya adalah mendukung semua teori

Jenis pendekatan 1. Pendekatan Induktif2. Pendekatan Deduktif3. Pendekatan Elektif4. Pendekatan Tematik

Kaedah yang diggalakan di dalam SPN 21

Pendekatan Tematik

.

Jadual 4.1 ciri –ciri pendekatan dan yang digalakan di dalam SPN21

Page 9: Pengunaan Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah Mengikut SPN 21 Di Negara Brunei Darussalam

Menurut Edward M.Athony (1963) di dalam buku Moh song Sang, pendekatan ialah satu set

andaian yang saling berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang

mempunyai unsur aksiomatik17. Sebagai contoh di dalam pendekatan induktif adalah

menekankan pembentukan konsep,aplikasi prinsip-prinsip dan interprestasi data. Jelaslah

disini adalah aksiomatik iaitu ia diterima sebagai benar tanpa keraguan atau memerlukan

bukti tambahan. Oleh yang demikian, para guru harus tahu pendekatan apa yang ingin

digunakan atas hasrat SPN 21 yang meinginkan pengajaran dan pembelajaran yang

berasaskan teori dan falsafah.

Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat

satu matlamat pelajaran. Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi

pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan guru dapat membuat

tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip amalan bilik darjah

4.2 Kaedah

KAEDAH

PengertianKaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu

Cir-ciri 1. Satu siri tindakan guru yang bersistematik dan berurutan serta bertujuan mencapai objektif

2. Dalam mencapai objektif adalah spesifik iaitu bercorakan jangka pendek pada sesuatu pelajaran.

3. Kaedah ini adalah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun dan teratur

Jenis kaedah 1. Kaedah Bercerita2. Kaedah Penerangan3. Kaedah Demostransi4. Kaedah Penyoalan5. Kaedah Lawatan

Kaedah yang diggalakan di dalam SPN 21

Kaedah ProjekKaedah Inkuiri PenemuanKaedah Bermain

Jadual 4.2 ciri –ciri kaedah dan yang digalakan di dalam SPN21

17 Mok Soon Sang. (2001). Siri Pendidikan Perguruan Pedagogi untuk kursus diploma perguruan semester 3. Subang Jaya : Ipoh perak. Hlm 51

Page 10: Pengunaan Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah Mengikut SPN 21 Di Negara Brunei Darussalam

Menurut Edward M. Anthony (1963) di dalam buku Mok Soon Sang, teknik mengajar adalah

merujuk kepada satu muslihat atau strategi atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru

dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum18. Teknik adalah merujuk

kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam seseautu

Di dalam konteks pendidikan, teknik mengajar ini adalah merujuk kepada kemahiran guru

digunakan untuk pengelolaan dan perlaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti

pengajaran dan pembelajaran

4.3 Teknik.

TEKNIK

Pengertian Cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran

Cir-ciri 1. Merujuk kepada kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang telah dilaksanakan.

2. Mengambil kira factor latar belakang pelajar dalam menentukan teknik yang dipilih

3. Pengendalian yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah

Jenis teknik 1. Teknik bercerita2. Teknik bersyarah3. Teknik perbincangan4. Teknik demonstrasi5. Teknik Latihan Tubi dan Hafalan6. Teknik Penyoalan7. Teknik Sosiodrama8. Teknik main peranan9. Teknik Simulasi10. Teknik Penyelesaian Masalah11. Teknik sumbangsaran12. Teknik permainan

Teknik yang diggalakan di dalam SPN 21

1. Teknik Sumbangsaran2. Teknik Penyelesaian Masalah3. Teknik Simulasi4. Teknik Perbincangan5. Teknik Permainan

Jadual 4.3 ciri –ciri teknik dan yang digalakan di dalam SPN21

18 Mok Soon Sang. (2001). Siri Pendidikan Perguruan Pedagogi untuk kursus diploma perguruan semester 3. Subang Jaya : Ipoh perak. Hlm 52

Page 11: Pengunaan Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah Mengikut SPN 21 Di Negara Brunei Darussalam

Di dalam Jadual 1.2, teknik permainan ini juga memainkan peranan penting di dalam

pembelajaran dan pengajaran memandangkan SPN 21 adalah berkonsepkan “fun,play and

more” Oleh yang demikian,. Ini terbukti Sekolah Rendah Ahmad Tajudin di Daerah Belait,

teknik nyanyian dan pelbagai permainan seperti permainan susun suai gambar (jigsaw

puzzle) telah diterapkan di sekolah19. Dengan adanya teknik pengajaran guru seperti ini dapat

menarik perhatian pelajar serta galakkan mereka untuk berfikir di luar kotak

4.4 Strategi

STRATEGI

Pengertian Mengikut kamus Dewan (1998) strategi adalah merupakan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan

Cir-ciri 1. Merujuk kepada kebijaksanaan, memilih pendekatan,kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan

2. Lebih mengambil kira objektif dalam jangka panjang dalam sesuatu pendekatan dengan berkesan

3. Ianya mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuklah pemilihan bahan dan sebagainya

Jenis kaedah 1.Strategi berpusatkan Guru2.Strategi berpusatkan Pelajar3,Strategi berpusatkan Bahan/Media

Kaedah yang diggalakan di dalam SPN 21

1. Strategi berpusatkan Pelajar

Jadual 4.4 ciri –ciri strategi dan yang digalakan di dalam SPN21

Di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran adalah menegaskan kepada kepandaian

seorang guru dalam memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan

untuk menghasilkan pecapaian yang optimum. Di dalam SPN 21 menekankan kepada strategi

berpusatkan pelajar untuk menggalakan mereka untuk aktif di dalam suasuana pembelajaran

dan pengajaran mereka di sekolah

19 Menteri Pendidikan tinjau sekolah rendah kerajaan Daerah Belait (2008) . Diperolehi pada 15 Oktober 2009 dari http://www.brunet.bn/news/pelita/05sept/didik.htm

Page 12: Pengunaan Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah Mengikut SPN 21 Di Negara Brunei Darussalam

5.KLASIFIKASIKAN CARA-CARA PENGAJARAN YANG DIGALAKKAN OLEH SPN21 MENGIKUT KAEDAH, STRATEGI,

PENDEKATAN DAN TEKNIK

Jadual 5.1 : Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik yang digalakkan oleh SPN 21

5.2 PENDEKATAN KONSEP INDUKTIF

Pendekatan konsep Induktif adalah merulakan satu pendekatan apabila guru memulakan

pengajarannya dengan memberikan contoh-contoh yang khusus dan pada akhir pelajaran, pelajar-

pelajar akan dapat membuat sesuatu rumusan

Sebagai contoh: burung helang dan burung hantu adalah contoh khusus. Pelajar akan memerhati,

mengkaji dan mentafsir iaitu berbulu perlepah. Seterusnya pelajar membuat generalisasi bahawa

kesemua burung berbrulu pelepah.

SumbangsaranPerbincangan

ProjekInkuiri Penemuan

bermain

Pemusatan PelajarInduktifTematik

PENDEKATAN

STRATEGI

TEKNIKKAEDAH

Contoh-contoh khusus

Memerhati, Mengkaji dan

mentafsir

Membuat generalisasi

Page 13: Pengunaan Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah Mengikut SPN 21 Di Negara Brunei Darussalam

5.2 PENDEKATAN TEMATIK

Pedekatan Tematik adalah diertikan sebagai pokok pembicaraan atau topik utama yang dijadikan

sesuatu pembicaraan atau kajian20. Pendekatan secara tematik akan membolehkan pelajar

menganalisis,membuat generalisasi pengetahuan. Strategi pengajaran tematik adalah berkait rapat

dengan aktiviti pengajaran secara berkumpulan. Pendekatan pembelajaran tematik lebih menekankan

pada penerapan konsep belajar sambil melakukan sesuatu (learning by doing). Dalam strategi tematik,

konsep-konsep dari beberapa mata pelajaran ditimbulkan dan dihubungkait melalui satu tema dan

membuat perkumpulan diantara pelajar. Dengan hal yang demikian, ini dapat megembangkan daya

intelek pelajar dan bertukar-tukar pendapat di antara satu sama lain.

5.3 STRATEGI PEMUSATAN PELAJAR

Manakala dalam konsep strategi, SPN 21 meinginkan pengajaran guru adalah berpusatkan kepada

“student centered” atau lebih dikenali sebagai pemusatan pelajar. Prinsip pembelajaran berpusatkan

pelajar merupakan satu proses yang aktif. Guru perlu menerima autonomi yang dimiliki oleh pelajar

dan memberi penekanan terhadap proses pembelajaran berbanding pengajaran. Di dalam bilik darjah,

guru merupakan seorang pemimpin yang demokratik yang membimbing dan menjalani aktiviti

pembelajaran pelajar. Jelas di sini juga didalam spn 21 iaitu

“The teachers role will change from being a transmitter of facts and information to that of a

facilitator of learning”21

Ini bermakna bahawa di dalam pemusatan pelajar, guru hendaklah sebagai fasilitator di dalam sistem

pengajaran guru. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan pelajar adalah secara dua hala .Selain

itu, ujian formatif adalah di beri penekanan dan keputusan ujian kerja kelas digunakan untuk mengkaji

kelemahan-kelemahan pelajar. Ini terbukti SPN21 mengubah bagi sistem penilaian mengikut

penilaian kendalian sekolah (PKS) atau School- Based Assesment (SBA) secara berterusan hingga ke

tahun 7 dan 822. Oleh yang demikian, di bawah strategi pemusatan pelajar, pelajar-pelajar akan

menunjukkan sifat kreatif dan berinsiatif.

5.4 KAEDAH PROJEK

Konsep Kaedah juga memainkan peranan penting di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah projek adalah satu kaedah dimana pelajar-pelajar menjalankan sesuatu ujikaji atau kegiatan di

dalam situasi yang benar. Kaedah projek meliputi aspek domain kognitif, afektif dan psikomotor.

20 Mok Soon Sang. (2001). Siri Pendidikan Perguruan Pedagogi untuk kursus diploma perguruan semester 3. Subang Jaya : Ipoh perak. Hlm 9821 The National education system for the 21st century, Ministry of Education,pg 5822 Wikipedia(2008).Sistem Pendidikan Negara abad ke 21 diperolehi pada 10 Oktober 2009 dari

Page 14: Pengunaan Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah Mengikut SPN 21 Di Negara Brunei Darussalam

Kaedah ini bukan sahaja dapat menimbulkan lagi minat malahan dapat memberikan motivasi kepada

pelajar untuk sikap bertanggungjawab dan berinsiatif.

5.5 KAEDAH INKUIRI

Kaedah Inkuiri adalah dikenali sebagai kaedah dapatan. Ia adalah merupakan satu kaedah pengajaran

bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar

sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai

soalan. Ia juga berperanan untuk membentuk pelajar ke arah domain aras yang tinggi seperti membuat

analisis, sinetesis dan penilaian. Oleh yang demikian, ianya adalah sesuai kepada pengajaran SPN21

yang meinginkan pelajar untuk mempunyai paras pemikiran yang tinggi dan pebelajaran yang aktif. Ia

juga menggalakan dalam pemikiran intuitif dan menyediakan pelajar untuk membuat andaian

daripada data-data logikal.

5.6 KAEDAH LAWATAN

Selain itu, SPN 21 juga menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran yang mempunyai

hubungan bilik darjah dan luar sekolah. Sebagai contoh bagi mata pelajaran sains menjadi keharusan

untuk membuat pratikal-pratikal berkaitan dengan luar sekolah. Manakal di dalam mata pelajaran seni

lukis juga dimestikan membuat kajian diluar sekolah. Oleh itu, kaedah lawatan adalah merupakan satu

kaedah yang digalakkan dalam SPN 21. Ianya bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan

memperluaskan pengalaman–pengalaman pelajar. Secara tidak langsung, ianya dapat divariasikan

kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah. Ini terbukti menurut Hajah Junaidah Haji Md Tahir dari guru

Sekolah Menengah Sultan Jamalul Alam Sekolah Menengah (SMJA) mengatakan

“Field trips give students a different and practical perspective of a particular subject and at the same

time, the students can relate to their day-to-day life”23

Oleh yang demikian, kaedah lawatan bukan sahaja dapat mengaitkan kehidupan seharian walhal hasil

dari perkaitan tersebut membawa kepada pembelajaran sepanjang hayat.

Menurut beliau lagi, atas pelaksanaan kaedah-kaedah baru yang diperkenalkan oleh SPN21 telah

membawa peningkatan kepada 20 peratus bagi pencapaian akademik tahun 7 dan 8. Jelas di sini, SPN

21 merevolusikan kaedah-kaedah pengajaran guru kepada yang lebih mencabar dan memberikan

penekanan kepada kaedah berunsur penyelidikan.

23 New teaching methods yiels positive results. (2009, April 23). Brunei times diperolehi pada 15 Oktober 2009 dari http://www.bt.com.bn/en/home_news/2009/04/23/new_teaching_methods_yield_positive_results

Page 15: Pengunaan Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah Mengikut SPN 21 Di Negara Brunei Darussalam

5.7 KAEDAH BERMAIN

Kementerian pendidikan telah menggariskan lapan strategi iaitu diantaranya melabur dalam

pendidikan awal kanak-kanak24. Di sini pengajaran dan pembelajaran hendaklah sudah ditingkatkan

percapaian dalam pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu, kaedah bermain adalah digalakkan dalam

SPN21. Ini adalah kerana aktiviti permainan memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk

memgembangkan potensi intelek, jasmani, rohani dan sosial di samping mengukuhkan kemahiran-

kemahiran yang baru dipelajari. Ini terbukti semasa kementerian pendidikan meninjau ke sekolah

Rendah Ahmad Tajuddin di daerah Belait, kementerian pendidikan telah berpeluang menyaksikan

pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran termasuk yang menggunakan teknik nyanyian dan

pelbagai permainan seperti permainan susun suai gambar (jigsaw puzzle)25. Kaedah ini telah mula

diaplikasikan oleh guru terutamanya bagi sekolah-sekolah rendah untuk penarikan minat.

5.8 TEKNIK BRAINSTORMING

Selain itu, dalam pengunaan teknik pengajaran, guru perlu mengetahui tahap umur, kebolehan pelajar

dan bergantung kepada bahan-bahan pengajaran yang sedia ada. Yang paling penting, setiap teknik

pengajaran yang digunakan seharusnya membantu pelajar dalam mencapai objektif. Teknik yang

diggalakan di dalam SPN 21 adalah pengunaaan teknik percambahan fikiran atau dikenali sebagai

”brainstorming” Ia adalah merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli

kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Pengunaan teknik percambahan fikiran menggalakan

pelajar untuk menggunakan prinsip 5W iaitu What? Why? Who? Where? How?. Dengan hal ini boleh

mengembangkan intelek pelajar dan menghasilkan generasi pemikir sebagai mana hasrat bagi SPN

21.

Secara kesimpulannya, sistem pengajaran dan pembelajaran di dalam SPN 21 adalah memastikan

bahawa pembelajaran berasaskan tugasan dan penyelidikan. Oleh itu, para guru yang memainkan

peranan penting untuk menerapkan pelajar ke arah budaya penyelidikan. Dalam hasrat wawasan 2035

mengharapkan generasi muda iaitu pelajar untuk lebih analitikal, kreatif dan inovatif serta yakin

menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan.

24 Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang Negara Brunei Darussalam m.s 1725 Menteri Pendidikan tinjau sekolah rendah kerajaan Daerah Belait (2008) . Diperolehi pada 15 Oktober 2009 dari http://www.brunet.bn/news/pelita/05sept/didik.htm

Page 16: Pengunaan Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah Mengikut SPN 21 Di Negara Brunei Darussalam

6. IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN-PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI DALAM KONTEKS INI

Menurut Iberahim Hassan (2000) menjelaskan pendidikan seni adalah suatu bidang ilmu

yang boleh memberi pendidikan yang mana mencabar keupayaan individu membuat

pemerhatian, pengamatan, penaakulan, pemilihan, pentafsiran dan penterjemahan idea kepada

bahan atau media26. Konsep Seni Dalam Pendidikan menyentuh bidang Seni Visual, Seni

muzik dan Seni Pergerakan dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Secara

umumnya, Seni Dalam Pendidikan boleh merangkumi bidang-bidang seperti muzik, teater,

puisi, tarian, seni visual, fotografi dan sebagainya. Jesteru itu, SPN21 bukan sahaja

menjadikan pendidikan seni tampak sebagai pelajaran teras, malahan pendidikan muzik dan

drama sudah mula diterapkan sebagai pembelajaran baru dalam SPN abad ke 21

Pendidikan seni di sekolah dapat memberikan manfaat kepada pelajar yang mana dapat

mendedahkan kepada mereka keperluan seni dalam bidang pekerjaan. Melalui ilmu yang

diberikan, pelajar dapat mengaplikasikannya di alam pekerjaan. Sebagai contoh terdapat

banyak bidang kerja yang memerlukan seni dalam pelaksanaannya. Antaranya ialah bidang

seni bina, industri,pengiklanan, perfileman, grafik komputer, dan banyak lagi. Oleh kerana

itu, kementerian pendidikan memberikan peluang kepada pelajar untuk menjadikan

pendidikan seni ini adalah satu mata pelajaran yang penting untuk dihayati oleh pelajar. Ini

bukan sahaja untuk mengembangkan pengetahuan pelajar malahan dapat menyumbang

kepada kekurangan tenaga kerja mahir tempatan untuk membangunkan negara di negara

Brunei Darussalam

Guru pendidikan seni haruslah mempelbagaikan kemahiran dalam methode pengajaran.

Sebagai contoh dalam mengunakan kaedah inkuiri atau penerokaan di dalam pembelajaran

dan pengajaran seni. Kaedah ini mampu melahirkan pelajar untuk mempunyai tahap

pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Di dalam spn 21 ada menyatakan bahawa

”students must be able to absorve, evaluate and analyse all forms of art processes and

products rationally”27

26 Mohd Afiffudin bin Mohd Takiuddin (2008). Mengapa pelajar kurang meminati subjek seni. Diperolehi pada 16 Oktober 2009 dari http://www.scribd.com/doc/19407809/mengapa-pelajar-kurang-meminati-subjek-pendidikan-seni27 The National education system for the 21st century, Ministry of Education,pg 38

Page 17: Pengunaan Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah Mengikut SPN 21 Di Negara Brunei Darussalam

Jelaslah disini, ia jua dapat meningkatkan keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti

menyelesaikan masaalah, membuat analisis, sintesis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi

dan imaginasi. Sejerus itu, membawa pada penarikan minat murid.

Pendidikan seni adalah merupakan satu mata pelajaran teras yang telah dilaksanakan oleh

kementerian pendidikan di dalam SPN 21. Pendidikan seni di dalam SPN 21 menggalakkan

pelajar untuk meneroka hasil seni dan untuk menggalakkan kreativiti pelajar. Dengan adanya

hasil kajian dan penerokaan dibuat, ini membantu pelajar untuk mendapat pengalaman-

pengalaman baru dan meningkatkan kemahiran pelajar. Hal ini ditekankan oleh kementerian

pendidikan bahawa kementerian pendidikan meinginkan dalam pembelajaran sukan dan

kesenian di dalam percapaian terbaik dan menggalakan pembelajaran sepanjang hayat28

PENUTUP

Secara kesimpulannya. SPN 21 membawa kepada perubahan besar di dalam sistem

pendidikan negara terutamanya kepada gaya pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Guru

terpaksa mengubah persepsi untuk lebih bertoleransi dan kreatif di dalam hal methode

pembelajaran memandangkan perubahan ini adalah berdasarkan kepada konsep pengajaran

yang menfokuskan kepada penarikan minat. Dengan adanya pelaksanaan yng baik dikalangan

guru, ianya setentunya membolehkan pendidikan sekolah untuk bersaing secara global

dengan ahli ASEAN serantau lain.

Oleh itu, penting bagi setiap guru untuk mula membuka minda, membuka mata dan telinga

serta memahami apa yang dihasratkan oleh SPN 21 agar SPN 21 akan berjaya menghasilkan

sistem pendidik yang cemerlang dan mampu mengeluarkan individu Brunei yang berminda

besar dan pandangan jauh dan juga mendatangkan generasi muda dengan budaya berfikir ke

arah kreatif dan kritis serta mampu menjadi tidak hanya kompetitif diperingkat kebangsaan

tetapi antarabangsa

Guru perlu ingat bahawa menurut Zelzy Shahar Al- Johary (2007:2) guru perlu memahami

bahawa yang hendak belajar dan menimba pengalaman itu ialah pelajar,maka sudah menjadi

resmi dalam dunia pendikian, guru seharusnya mendedahkan sebanyak mungkin pengetahuan

dan pengalaman yang ada untuk dikongsikan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Oleh yang demikian, guru yang memberikan satu usaha yang baik demi untuk pelajar dapat

28 Wikipedia . (2009, 27 Januari). Perlaksanaan SPN 21 dapat menanai wawasan 2035. Pelita Brunei, p ??

Page 18: Pengunaan Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah Mengikut SPN 21 Di Negara Brunei Darussalam

memberikan kesan yang cemerlang kepada pelajar tersebut. Jadinya di sini, guru perlu

menjadi seorang yang professional, kreatif untuk menjadi pembimbing yang berkesan.