pengukuran berasaskan model penerimaan teknologi (tam...

14
MyJICT - Malaysian Journal of Information and Communication Technology Vol 3 2018, Issue 2| e-ISSN 0127-7812 58 Manuscript Submitted 6 Nov 2018 Accepted 11 Dec 2018 Published 23 Dec 2018 Pengukuran berasaskan Model Penerimaan Teknologi (TAM) bagi Aplikasi Fiqh Solat Orang Kelainan Upaya Pekak dan Masalah Pertuturan (AFSO) Che Wan Shamsul Bahri Che Wan Ahmad, Nur Muizz Mohamed Salleh, Khirulnizam Abd Rahman & Wan Nur Aishah Wan Zaki Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected] Azman Ab Rahman Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) [email protected] Abstract This study was conducted to measure the level of Augmented Reality (AR) technology acceptance in the Fiqh solat application for deaf people and speech problems called Aplikasi Mudah Alih Fiqh Solat OKU (AFSO) using Augmented Reality approach. The measurement tool is based on the Technology Acceptance Model (TAM) introduced by Davis in 1989. TAM testing is conducted on 8 respondents from the Malaysian Federation of Deaf (MFD) and the Darul Hidayah Complex (KDH). The TAM test is done using a set of instruments developed with 5 main sections: Perceived usefulness (PU) Section, Perceived ease-of-use (PEOU), User Satisfaction, Behavior Scale, Behavioral Intentions and Final Part to measure the effectiveness of the book of Fiqh Solat OKU using AR. The test results show that the AFSO application can help deaf people and speech problems understand and master every fiqh law in prayer. Keywords: Augmented Reality (AR),disability people (OKU), mobile application, Technology Acceptance Model (TAM) Abstrak Kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap penerimaan teknologi Augmented Reality (AR) dalam aplikasi Fiqh solat untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak dan masalah pertuturan yang dinamakan sebagai Aplikasi Mudah Alih Fiqh Solat OKU (AFSO) menggunakan pendekatan Augmented Reality. Alat pengukuran tersebut adalah berasaskan Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model - TAM) yang telah diperkenalkan oleh Davis pada tahun 1989. Pengujian TAM dijalankan terhadap 8 orang responden daripada Persekutuan Orang Pekak Malaysia dan Kompleks Darul Hidayah. Pengujian TAM dilakukan dengan menggunakan satu set instrumen yang dibangunkan mengandungi 5 bahagian utama iaitu Bahagian Tanggapan Kebolehgunaan, Tanggapan Mudah Guna, Kepuasan Pengguna, Perilaku Terhadap Skala Penggunaan, Intensi Perilaku dan Bahagian akhir untuk mengukur keberkesanan buku Fiqh Solat OKU Berbantukan AR.

Upload: doannguyet

Post on 10-Apr-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MyJICT - Malaysian Journal of Information and Communication Technology

Vol 3 2018, Issue 2| e-ISSN 0127-7812 58

Manuscript Submitted 6 Nov 2018

Accepted 11 Dec 2018

Published 23 Dec 2018

Pengukuran berasaskan Model Penerimaan Teknologi (TAM) bagi

Aplikasi Fiqh Solat Orang Kelainan Upaya

Pekak dan Masalah Pertuturan (AFSO)

Che Wan Shamsul Bahri Che Wan Ahmad, Nur Muizz Mohamed Salleh,

Khirulnizam Abd Rahman & Wan Nur Aishah Wan Zaki

Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]

Azman Ab Rahman Fakulti Syariah dan Undang-undang

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

[email protected]

Abstract

This study was conducted to measure the level of Augmented Reality (AR) technology acceptance in the

Fiqh solat application for deaf people and speech problems called Aplikasi Mudah Alih Fiqh Solat

OKU (AFSO) using Augmented Reality approach. The measurement tool is based on the Technology

Acceptance Model (TAM) introduced by Davis in 1989. TAM testing is conducted on 8 respondents

from the Malaysian Federation of Deaf (MFD) and the Darul Hidayah Complex (KDH). The TAM test

is done using a set of instruments developed with 5 main sections: Perceived usefulness (PU) Section,

Perceived ease-of-use (PEOU), User Satisfaction, Behavior Scale, Behavioral Intentions and Final

Part to measure the effectiveness of the book of Fiqh Solat OKU using AR. The test results show that

the AFSO application can help deaf people and speech problems understand and master every fiqh law

in prayer.

Keywords: Augmented Reality (AR),disability people (OKU), mobile application, Technology

Acceptance Model (TAM)

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap penerimaan teknologi Augmented Reality (AR) dalam

aplikasi Fiqh solat untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak dan masalah pertuturan yang

dinamakan sebagai Aplikasi Mudah Alih Fiqh Solat OKU (AFSO) menggunakan pendekatan

Augmented Reality. Alat pengukuran tersebut adalah berasaskan Model Penerimaan Teknologi

(Technology Acceptance Model - TAM) yang telah diperkenalkan oleh Davis pada tahun 1989.

Pengujian TAM dijalankan terhadap 8 orang responden daripada Persekutuan Orang Pekak Malaysia

dan Kompleks Darul Hidayah. Pengujian TAM dilakukan dengan menggunakan satu set instrumen

yang dibangunkan mengandungi 5 bahagian utama iaitu Bahagian Tanggapan Kebolehgunaan,

Tanggapan Mudah Guna, Kepuasan Pengguna, Perilaku Terhadap Skala Penggunaan, Intensi

Perilaku dan Bahagian akhir untuk mengukur keberkesanan buku Fiqh Solat OKU Berbantukan AR.

MyJICT - Malaysian Journal of Information and Communication Technology

Vol 3 2018, Issue 2| e-ISSN 0127-7812 59

Hasil pengujian mendapati bahawa Aplikasi AFSO dapat membantu OKU pekak dan masalah

pertuturan memahami dan menguasai setiap hukum fiqh dalam solat.

Katakunci: Augmented Reality (AR), orang kelainan upaya (OKU), aplikasi mudah alih,

Technology Acceptance Model (TAM)

1. Pengenalan

Terdapat banyak aplikasi mudah alih di pasaran. Namun tidak banyak aplikasi yang dihasilkan khusus

untuk golongan OKU. Masyarakat sekarang termasuklah golongan OKU ini sendiri masih lagi kurang

peka dan arif tentang permasalahan dalam bab solat yang dialami oleh golongan ini. Kajian ini dibuat

bertujuan bagi mengenal pasti isu-isu dan permasalahan solat dalam kalangan OKU terutamanya

golongan OKU pekak dan masalah pertuturan dan sekaligus menghasilkan sebuah buku dan satu

aplikasi mudah alih (mobile apps) berkenaan Fiqh Solat OKU Berbantukan AR. Setiap topik

permasalahan yang dibincangkan mempunyai penerangan yang jelas di dalam buku bercetak beserta

gambar untuk memberi gambaran yang lebih jelas lagi. Pengguna boleh mengimbas gambar-gambar

tersebut dan melihat video penerangan mengenai permasalahan tersebut yang didatangkan dengan teks,

gerakan bahasa isyarat dan audio.

2. Aplikasi Fiqh Solat OKU Kajian ini adalah untuk mengenalpasti isu-isu dan permasalahan solat dalam kalangan Orang Kurang

Upaya (OKU) khusus untuk pekak dan masalah pertuturan dan seterusnya membangunkan modul

bercetak dan aplikasi Augmented Reality untuk mengatasi masalah tersebut. Aplikasi yang dihasilkan

ini seterusnya menilai keberkesanan modul dan aplikasi tersebut. Kajian ini amat sesuai di mana

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) digunakan secara meluas oleh masyarakat. Menurut Ishak,

Z.(2008), sudah sampai masanya masyarakat menanam sikap prihatin terhadap mereka yang tidak

bernasib baik selain tidak lagi menafikan hak dan keperluan mereka.

Teknologi Augmented Reality sangat menyokong persekitaran pendidikan dan amat sesuai untuk

membantu aktiviti pembelajaran OKU pekak dan masalah pertuturan. Topik solat dipilih

memandangkan solat adalah amalan yang penting dalam Islam. Solat itu tiang agama. Begitu juga, solat

dalam kalangan OKU harus diberikan perhatian yang lebih serius berbanding dengan amalan-amalan

yang lain. Solat adalah satu amalan fardhu yang mana diwajibkan kepada semua golongan sama ada

mereka sempurna atau sebaliknya. Dalam Islam, seseorang hamba Allah itu tidak dinilai berasaskan

ciri-ciri fizikal atau material sahaja tetapi ketakwaan.

3. Pengujian

3.1 Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model - TAM)

Model Penerimaan Teknologi (TAM) sebagaimana Rajah 1 digunakan dalam kajian ini untuk mengukur

tahap penerimaan pengguna apliaksi mudah alih AFSO. Aplikasi ini diuji kepada OKU pekak dan

masalah pertuturan di sekitar Negeri Selangor. Satu kajian kuantitatif dijalankan untuk mengukur aras

kebolehgunaan aplikasi ini terhadap golongan sasaran iaitu golongan OKU tersebut dan juga orang

awam. Aplikasi ini diharap menjadi bahan rujukan sokongan bagi membantu golongan tersebut untuk

mendalami Fiqh Solat.

MyJICT - Malaysian Journal of Information and Communication Technology

Vol 3 2018, Issue 2| e-ISSN 0127-7812 60

Rajah 1 : Model Penerimaan Teknologi, versi 1. (Davis, 1989)

Menggunakan Model Penerimaan Teknologi (TAM) terhadap responden OKU (pekak dan masalah

pertuturan) di sekitar Negeri Selangor.

● TAM dipilih kerana ia adalah model yang dibangunkan khusus untuk meramal tingkah laku

pengguna komputer.

● TAM meramalkan penerimaan pengguna berdasarkan kepada kepercayaan penggunaan iaitu

Kebolehgunaan dan Kemudahan Penggunaan.

Beberapa elemen yang digunakan berdasarkan TAM iaitu:

i. Instrumen Kajian Data diperolehi dari borang soal selidik yang diedarkan melalui persatuan OKU yang telah dikenal

pasti.

ii. Aplikasi Augmented Reality Fiqh Solat OKU Aplikasi yang dibangunkan khusus sebagai bahan rujukan sokongan bagi membantu OKU pendengaran

dan pertuturan mendapatkan maklumat isu-isu dan permasalahan FIqh Solat. Aplikasi ini dibangunkan

bagi pengguna platform telefon pintar dan tablet android, aplikasi mudah alih ini menggunakan

teknologi Augmented Realiti (AR) dengan sokongan teks, grafik, audio, video dan animasi pergerakan

bagi meningkatkan pemahaman responden (OKU pekak dan masalah pertuturan)

iii. Responden Sampel adalah terdiri daripada OKU pekak dan masalah pertuturan yang dikenal pasti melalui persatuan

OKU. Setiap telefon pintar milik responden akan dilengkapkan dengan aplikasi AR beserta modul

bercetak dan responden akan diberikan masa seminggu untuk menggunakan aplikasi tersebut. Setelah

itu, borang soal selidik akan dikumpulkan dan dianalisis.

iv. Kaedah Analisis Untuk menilai kestabilan dan konsistensi skala dan membina kesahihan Pembolehubah yang digunakan

dalam kajian ini, gabungan analisis kebolehpercayaan dan penerokaan Analisis faktor akan digunakan.

Skor responden bagi setiap pembinaan diperolehi oleh Penjumlahan merangkumi semua skor item

pembolehubah individu.

3.2 Sasaran Pengguna Apps Penyelidikan ini memberi tumpuan kepada golongan OKU dalam Negeri Selangor. Mereka terdiri dari

kategori pekak dan masalah pertuturan. Soalan soal selidik menggunakan 5 skala likert untuk melihat

sejauh mana responden atau pengguna memahami permasalahan yang dibincangkan dan adakah mereka

berjaya menggunakan aplikasi yang diberikan selama seminggu. Setelah tempoh seminggu hasil kajian

yang diperoleh akan dianalisis.

MyJICT - Malaysian Journal of Information and Communication Technology

Vol 3 2018, Issue 2| e-ISSN 0127-7812 61

Mohd Yusof bin Abdul Rahman (2015) telah mengkategorikan golongan OKU seperti berikut:

Pendengaran (Pekak)

Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan

pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan

pendengaran. Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu

● Minima (mild): 15 - <30 dB (kanak- kanak) / 20 - <30 dB (orang dewasa)

● Sederhana (moderate): 30 - <60dB

● Teruk (severe): 60 – 90dB

● Sangat teruk (profound) : >90dB

Masalah Pembelajaran

Bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang

tergolong dalam kategori ini ialah Lewat Perkembangan Global (global development delay),

Sindrom Down (down syndrome), kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan

autisme (autistic spectrum disorder), Attention Deficit Hyperactive Disorder (AHDH) dan masalah

pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dyscalculia, dygraphia.

Masalah Pertuturan (Bisu)

Bermaksud tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan

tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak

akan sembuh.

4. Objektif Kajian i. Melakukan analisa bagi mengenal pasti isu-isu dan permasalahan berkenaan fiqh solat bagi

OKU (pendengaran dan pertuturan).

● Membuat kajian kepustakaan terhadap buku dan rujukan penting berkaitan fiqh solat OKU

ii. Membangunkan modul bercetak dan aplikasi mudah alih berbantukan Augmented Reality bagi

menjelaskan isu-isu yang telah dikenal pasti.

● Aplikasi Unity 3D dan Vuforia, akan digunakan untuk membangunkan aplikasi ini dengan

sokongan elemen multimedia (teks, audio dan video)

iii. Penilaian dan pengujian aplikasi Augmented Reality akan dilakukan.

● Menggunakan Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model - TAM)

terhadap responden OKU (pendengaran dan pertuturan) di sekitar negeri Selangor.

● TAM dipilih kerana ia adalah model yang dibangunkan khusus untuk meramal tingkah laku

pengguna komputer.

● TAM meramalkan penerimaan pengguna berdasarkan kepada kepercayaan penggunaan

iaitu Kebolehgunaan dan Kemudahan Penggunaan.

5. Metodologi

5.1 Metodologi Penyelidikan

Pembangunan aplikasi sistem ini menggunakan model Pembangunan Aplikasi Pesat (RAD )

sebagaimana Rajah 2 di mana kajian dilakukan ke atas Aplikasi Fiqh Solat OKU. Idea asas dalam

strategi ini adalah dengan melibatkan pengguna sistem dalam proses analisa, rekabentuk dan pembinaan

sistem.

MyJICT - Malaysian Journal of Information and Communication Technology

Vol 3 2018, Issue 2| e-ISSN 0127-7812 62

Rajah 2 : Model Pembangunan Pesat (RAD)

Sumber: https://kissflow.com/rad/rapid-application-development/

Model RAD adalah berdasarkan kepada prototaip dan pembangunan berulang tanpa perancangan

khusus yang terlibat. Proses menulis perisian itu sendiri melibatkan perancangan yang diperlukan untuk

membangunkan aplikasi ini.

Pembangunan Aplikasi RAD memberi tumpuan kepada mengumpul keperluan pelanggan melalui

bengkel atau kumpulan tumpuan, ujian awal prototaip oleh pelanggan menggunakan konsep berulang,

penggunaan semula prototaip (komponen) yang sedia ada, integrasi berterusan dan penghantaran cepat.

Perkembangan aplikasi yang cepat adalah metodologi pembangunan perisian yang menggunakan

perancangan yang sedikit demi sedikit prototaip cepat. Prototaip adalah model kerja yang bersamaan

dengan komponen produk.

Dalam model RAD, modul-modul berfungsi dibangunkan sejajar dengan prototaip dan disepadukan

untuk menjadikan produk lengkap untuk penghantaran produk yang lebih cepat. Oleh kerana tidak ada

pra-perancangan yang terperinci, ia memudahkan untuk memasukkan perubahan dalam proses

pembangunan.

Projek RAD mengikuti model iteratif dan tambahan yang mempunyai pasukan kecil yang terdiri

daripada pemaju, pakar domain, wakil pelanggan dan sumber IT lain yang bekerja secara progresif pada

komponen atau prototaip mereka.

Aspek yang paling penting bagi model ini untuk berjaya adalah memastikan prototaip yang

dibangunkan dapat diguna semula.

Perisian yang Digunakan

1. Vuforia Developer

Perisian ini digunakan dengan memasukkan kesemua data atau gambar yang ingin dijadikan

sebagai ‘marker’. Selepas kesemua ‘marker’ diubah ke dalam pakej unity, pakej tersebut akan

dimasukkan ke dalam perisisan Unity 3D.

2. Unity 3D

Merupakan satu perisian yang digunakan bagi membangunkan aplikasi yang berasaskan 3

dimensi atau 2 dimensi. Dalam kajian ini, kami menggunakan perisian Unity 3D bagi

menghasilkan video setelah pengguna mengimbas telefon pintar mereka kepada setiap gambar

(‘marker’) di dalam buku Fiqh Solat OKU. Unity 3D menggunakan kod C# dan Javascript.

MyJICT - Malaysian Journal of Information and Communication Technology

Vol 3 2018, Issue 2| e-ISSN 0127-7812 63

3. Buku Fiqh Solat OKU

Buku ini dihasilkan bagi pengguna OKU yang memuat naik aplikasi Fiqh Solat OKU di Google

Play Store. Buku ini mengandungi penerangan yang lebih terperinci mengenai permasalahan-

permasalahan solat yang dibincangkan. Buku ini juga menggunakan teknologi ‘Argumented

Reality’ di mana pengguna boleh mengimbas setiap gambar yang mempunyai logo AR. Setiap

gambar yang diimbas oleh pengguna akan mengeluarkan video bahasa isyarat beserta teks sari

kata dan audio.

5.2 Kerangka Penyelidikan

Rajah 3 : Cadangan Kerangka Penyelidikan, adaptasi daripada (Abu-Dalbouh, 2013)

5.3 Rekabentuk Aplikasi

Rajah 4 hingga Rajah 6 menunjukkan rekabentuk navigasi atau aliran skrin (screen flow), skrin

pengenalan dan rekabentuk skrin utama bagi aplikasi mudah alih yang dibangunkan.

MyJICT - Malaysian Journal of Information and Communication Technology

Vol 3 2018, Issue 2| e-ISSN 0127-7812 64

Rajah 4 : Skrin Navigasi

Rajah 5 : Skrin Pengenalan

Rajah 6 : Rekabentuk Skrin Utama

6. Aplikasi yang Menyokong OKU

Terdapat perisian aplikasi yang telah dan sedang dibangunkan sama ada dalam bentuk mudah alih

(mobile) dan berasaskan web atau sebagainya. Sebahagiannya telah terdapat di dalam play store untuk

tujuan membantu OKU dalam meneruskan kehidupan seharian. Berikut adalah beberapa contoh aplikasi

tersebut:

6.1 'SaveME 999'

Ia merupakan satu aplikasi berkaitan orang kurang upaya (OKU), telah dihasilkan khususnya berkaitan

pendengaran dan pertuturan, kini boleh memanfaatkan teknologi telefon pintar untuk mendapatkan

perkhidmatan kecemasan menerusi aplikasi 'SaveME 999'. (Bernama, 2013)

6.2 Aplikasi Tilawah Asyraaf

Aplikasi bagi membantu kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) mengenali al-Quran (Msar, 2018).

Dibangunkan oleh Dr Unaizah Hanum Obaidellah daripada Universiti Malaya (UM) sebagai ketua

projek.

6.3 Aplikasi MyBIM

MyBIM adalah merupakan aplikasi mudah alih bahasa isyarat pertama di Malaysia untuk membantu

golongan kurang upaya (OKU) pendengaran berkomunikasi dengan masyarakat. Ia dilancarkan oleh

MyJICT - Malaysian Journal of Information and Communication Technology

Vol 3 2018, Issue 2| e-ISSN 0127-7812 65

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) pada 27 September 2017. Aplikasi ini dibangunkan dengan

kerjasama Yayasan Sime Darby (YSD). Ia menyediakan media interaktif seperti gambar dan video

sebagai alat bantuan pembelajaran kepada pengguna. Aplikasi MyBIM dilengkapi dengan 500 kosa

kata bahasa isyarat Malaysia dalam 36 kategori asas yang berbeza termasuk nama tempat, nombor,

ucapan dan warna dapat memudahkan komunikasi antara golongan pekak dengan keluarga, rakan atau

masyarakat sekeliling. (Marzuki, 2017)

6.4 WAI

W3C Web Accessibility Initiative (WAI) membangunkan piawaian dan bahan sokongan untuk

membantu OKU memahami dan melaksanakan aksesibiliti. (W3C ® (MIT, 2018).

6.5 BrainGate

Bagi golongan OKU lumpuh seluruh tubuh, BrainGate telah dibangunkan untuk membolehkan mereka

mengawal tablet dengan membaca gelombang otak. BrainGate ialah implan untuk sistem antaramuka

otak-komputer (Brain Computer Interface BCI) yang dipasang terus pada kepala. Menerusi BrainGate,

insan lumpuh boleh mengawal sebuah tablet Google Nexus 9 yang diubahsuai. Isyarat dari otak dihantar

kepada alat bluetooth yang kemudiannya menggerakkan kursor pada tablet seperti sebuah tetikus.

(November 26, 2018 oleh Effi Saharudin.)

6.6 Aplikasi Kaunseling Individu

Aplikasi ini untuk mengetahui pemahaman dan penerimaan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU)

pendengaran dan pertuturan terhadap perkhidmatan kaunseling. Dibangunkan oleh Azemi Shaari

daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai ketua penyelidik. (Jurnal Pembangunan Sosial Jilid

18 (Jun) 2015: 171–184).

6.7 Buku Audio

Projek Buku Audio yang telah dilancarkan oleh Presiden Pertubuhan Pembangunan Orang Buta

Malaysia, Muhammad Huzaifah Ahmad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini ialah aplikasi

pembacaan teks kepada golongan OKU penglihatan melalui audio. Projek Buku Audio itu dilaksanakan

oleh Pusat Pengurusan Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM dengan kerjasama Fakulti Sains

Komputer dan Teknologi Maklumat (FSTM) UPM. (Berita UPM, 1 Mei, Nur Zila Zainuddin)

Kesemua aplikasi yang dinyatakan secara ringkas di atas adalah berkaitan dengan OKU, bagaimana

teknologi hari ini dapat dimanfaatkan juga oleh OKU.

7. Dapatan dan Hasil Kajian

7.1 Kajian Rintis dan Jangkaan

Kajian rintis ini dijalankan terhadap 8 orang OKU kategori pekak dan masalah pertuturan dalam Negeri

Selangor. Mereka ini mempunyai latar belakang yang berbeza di mana tahap penguasaan fardhu ain

juga berbeza-beza namun masih mampu menguasai perkara-perkara asas dalam solat.

Kajian rintis ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti permasalahan-permasalahan yang

berkaitan ibadah solat golongan OKU yang boleh dijadikan asas kepada kajian sebenar, seterusnya

dikembangkan lagi kepada faktor-faktor lain yang dinilai sebagai bersesuaian bagi mencapai objektif

kajian ini.

7.2 Statistik dan Analisis Deskriptif

Hasil kajian menggunakan Analisis Diskriptif dan Cronbach Alpha bagi menilai kebolehpercayaan

(reliability) terhadap hasil kajian.

MyJICT - Malaysian Journal of Information and Communication Technology

Vol 3 2018, Issue 2| e-ISSN 0127-7812 66

Nilai kebolehpercayaan berdasarkan analisis Cronbach Alpha ini ialah 0.821, menunjukkan bahawa

konsistensi yang tinggi bagi keseluruhan pembolehubah yang dikaji, serta membuktikan bahawa hasil

analisis data boleh dijadikan sandaran.

Jadual 1 : Kebolehpercayaan

Cronbach's

Alpha

N of

Items

0.821 24

Jadual 2 menunjukkan responden perempuan lebih ramai dengan bilangan 5 orang (62.5 %). Manakala

responden lelaki hanya 3 orang (37.5 %) daripada keseluruhan responden seramai 8 orang.

Jadual 2 : Jantina

Frequency Percent Valid

Percent

Cumulative

Percent

Valid

Lelaki 3 37.5 37.5 37.5

Perempuan 5 62.5 62.5 100

Total 8 100 100

Jadual 3 pula menunjukkan ramai di antara mereka berumur di antara 19 ke 30 tahun iaitu sebanyaj 75.0

% dan umur lebih dari 30 tahun adalah sebanyak25.0 %.

Jadual 3 : Umur

Frequency Percent Valid

Percent

Cumulative

Percent

Valid

19-30 6 75 75 75

>30 2 25 25 100

Total 8 100 100

Jadual 4 menunjukkan Tanggapan Kebolehgunaan. Soalan pertama, Aplikasi Fiqh Solat OKU (AFSO)

dan modul boleh membantu saya dengan memahami permasalahan dalam fiqh solat. Kesemua

responden sangat bersetuju dengan pernyataan ini dengan skor min 4.00. Soalan kedua, AFSO

memudahkan saya mengamalkan dan mempraktikkan apa yang saya pelajari dalam aplikasi tersebut,

juga menunjukkan kesemua responden bersetuju dengan pernyatan ini dengan skor min 3.75. Soalan

ketiga, Dengan menggunakan AFSO saya dapat belajar permasalahan dalam solat dengan cepat. Bagi

soalan ini skor min responden menunjukkan 2.63 sahaja. Hal ini kerana ketika pengujian aplikasi

dijalankan, aplikasi masih lagi di dalam fasa pembangunan dan masih mempunyai kelemahan. Soalan

keempat, Saya tidak akan menggunakan AFSO untuk memahami permasalahan dalam solat. Rata-rata

responden tidak bersetuju dengan pernyataan ini dengan nilai skor min sebanyak 2.25.

Jadual 4: Tanggapan Kebolehgunaan

MyJICT - Malaysian Journal of Information and Communication Technology

Vol 3 2018, Issue 2| e-ISSN 0127-7812 67

Bantu faham

masalah fiqh

solat

Memudahkan

untuk

mengamalkan

Belajar dengan

cepat

Tidak akan

menggunakan

AFSO

N Valid 8 8 8 8

Missing 0 0 0 0

Mean 4 3.75 2.63 2.25

Median 4 4 2.5 2

Mode 4 4 1a 2

Std. Deviation 0.92582 1.035 1.408 1.035

Minimum 2 2 1 1

Maximum 5 5 5 4

Jadual 5 di bawah adalah hasil analisis bagi soalan berkenaan Tanggapan Mudah Guna. Soalan pertama,

Saya berasa mudah belajar dengan menggunakan AFSO dengan nilai skor min 3.50. Soalan kedua, Apa

yang saya perlukan boleh didapati dengan mudah dalam AFSO ini. Nilai min 4.00 menunjukkan

kebanyakan responden bersetuju dengan pendapat ini. Soalan ketiga, Saya rasa lebih mudah faham

dengan adanya bantuan AFSO berbanding buku sahaja. Nilai min sederhana dengan skor 3.88, hal ini

kerana kebanyakan responden mendapati agak sukar untuk mereka memahami video bahasa isyarat

yang terdapat di dalam aplikasi. Soalan keempat, AFSO cepat dan mudah dirujuk dengan nilai skor min

sebanyak 3.50 sahaja.

Jadual 5 : Tanggapan Mudah Guna

Mudah

belajar

Boleh didapati

dengan mudah

Lebih

mudah

faham

AFSO cepat &

mudah dirujuk

N Valid 8 8 8 8

Missing 0 0 0 0

Mean 3.5 4 3.88 3.5

Median 4 4 4 3.5

Mode 4 3a 5 2a

Std. Deviation 1.414 0.926 1.126 1.195

Minimum 1 3 2 2

Maximum 5 5 5 5

Seterusnya, Jadual 6 adalah hasil analisis berkenaan Kepuasaan Pengguna. Soalan pertama ialah, Saya

berpuas hati menggunakan AFSO ini, soalan kedua, Saya yakin dalam menggunakan AFSO dan soalan

ketiga, Dengan menggunakan AFSO lagi memudahkan saya mendapat ilmu berkaitan fiqh solat OKU.

Ketiga-tiga soalan ini mendapat nilai skor min sebanyak 3.63 dan menunjukkan responden bersetuju

dengan pendapat tersebut. Bagi soalan keempat, Adakah anda mudah untuk mengimbas AR, hanya

mendapat nilai skor min sebanyak 3.50. Hal ini kerana, setelah ujian dijalankan bersama responden

kami mendapati terdapat juga OKU pekak ini berkerusi roda dan mempunyai masalah pergerakan yang

menyebabkan mereka sukar untuk mengimbas gambar dalam buku.

MyJICT - Malaysian Journal of Information and Communication Technology

Vol 3 2018, Issue 2| e-ISSN 0127-7812 68

Jadual 6 : Kepuasan Pengguna

Puas hati

guna

AFSO

Yakin guna

AFSO

Lagi

memudahkan

dapat ilmu

fiqh solat

OKU

Mudah

untuk

imbas AR

N Valid 8 8 8 8

Missing 0 0 0 0

Mean 3.63 3.63 3.63 3.5

Median 3.5 3 3 4

Mode 3 3 3 5

Std. Deviation 1.061 0.916 0.916 1.69

Minimum 2 3 3 1

Maximum 5 5 5 5

Jadual 7 di bawah adalah hasil analisis Perilaku terhadap Skala Penggunaan. Soalan pertama, Saya tidak

menyukai AFSO, dengan nilai skor min rendah iaitu 2.38. Hal ini menunjukkan kesemua responden

tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Bagi soalan kedua pula, Secara umum sikap saya lebih

menyukai menggunakan AFSO, dengan nilai skor min 3.63. Soalan ketiga, Saya mempercayai bahawa

dengan menggunakan AFSO adalah sesuatu yang baik bagi solat saya, dengan nilai skor min sebanyak

3.75. Seterusnya, bagi soalan keempat, Menggunakan AFSO adalah idea yang sangat bodoh, dengan

nilai skor min rendah sebanyak 2.00 yang menujukkan kesemua responden tidak bersetuju sama sekali

dengan pernyataan tersebut.

Jadual 7 : Perilaku Terhadap Skala Penggunaan

Tidak suka

AFSO

Sikap lebih

suka guna

AFSO

Percaya guna

AFSO adalah

baik

Guna AFSO

idea bodoh

N Valid 8 8 8 8

Missing 0 0 0 0

Mean 2.38 3.63 3.75 2

Median 2.5 4 4 1

Mode 1a 4 4 1

Std. Deviation 1.408 1.302 1.035 1.512

Minimum 1 1 2 1

Maximum 5 5 5 5

Jadual 8 adalah berkenaan Intensi Perilaku. Soalan pertama menyatakan Saya berhasrat untuk

menggunakan AFSO selama saya mempelajari fiqh solat. Skor nilai min adalah tinggi iaitu 4.13. Hal

ini menunjukkan responden bersetuju dengan pendapat tersebut untuk menggunakan AFSO di masa

akan datang. Soalan kedua pula, Saya akan selalu menggunakan AFSO setiap kali memerlukan

MyJICT - Malaysian Journal of Information and Communication Technology

Vol 3 2018, Issue 2| e-ISSN 0127-7812 69

maklumat berkaitan solat OKU, dengan nilai min ialah 3.63. Nilai min berada para aras sederhana

kerana aplikasi yang digunakan ketika ujian masih lagi dalam tahap pembangunan dan

penambahbaikan.

Jadual 8 : Intensi Perilaku

Guna AFSO selama

mempelajari fiqh solat

Akan selalu guna

AFSO berkaitan

solat OKU

Valid 8 8

Missing 0 0

Mean 4.13 3.63

Median 4.5 3

Mode 5 3

Std. Deviation 0.991 1.188

Minimum 3 2

Maximum 5 5

Jadual 9 di bawah adalah penilaian terhadap Buku Fiqh Solat OKU Berbantukan AR yang dibangunkan.

Bagi soalan pertama ialah, adakah anda berpuas hati dengan kandungan buku Fiqh Solat OKU

bercetak?. Nilai min bagi soalan pertama ialah 3.63. Soalan kedua, Adakah anda berpuas hati dengan

susunan kandungan, nilai skor min ialah 3.38. Soalan ketiga, Adakah anda berpuas hati dengan tulisan

buku Fiqh Solat OKU, juga nilai skor min 3.63. Soalan keempat, Adakah anda berpuas hati dengan

grafik atau gambar dalam buku Fiqh Solat OKU, dengan nilai skor min adalah 4.25. Bagi soalan

keempat purata responden berpuas hati dengan gambar yang diletakkan di dalam buku disebabkan

gambar menarik, berwarna dan besar. Soalan kelima, Adakah anda berpuas hati dengan susun atur

huraian permasalahan fiqh solat, nilai min juga 3.63 dan soalan terakhir, Adakah anda mudah faham

dengan adanya buku fiqh solat OKU bercetak. Nilai min adalah 3.75. Jika dilihat pada nilai min soalan

pertama, kedua, ketiga, kelima dan keenam nilai min adalah sederhana, hal ini kerana buku fiqh solat

OKU pada peringkat ujian terdapat beberapa kesalahan kecil seperti tulisan terlalu kecil.

Jadual 9 : Buku Fiqh Solat OKU Berbantukan AR

N

Mean Median Mode Std.

Deviation Min Max

Valid Missing

Berpuas hati dengan

kandungan buku FSO 8 0 3.63 3 3 1.188 2 5

Berpuas hati dengan

susunan kandungan 8 0 3.38 3 3 1.061 2 5

MyJICT - Malaysian Journal of Information and Communication Technology

Vol 3 2018, Issue 2| e-ISSN 0127-7812 70

Berpuas hati dengan

tulisan buku FSO 8 0 3.63 3.5 3 1.061 2 5

Berpuas hati dengan

grafik dalam buku FSO 8 0 4.25 4 4 0.707 3 5

Berpuas hati dengan

susun atur permasalahan

fiqh solat

8 0 3.63 3.5 3 1.061 2 5

Mudah faham dengan

buku FSO 8 0 3.75 3.5 3 0.886 3 5

8. Kesimpulan dan Cadangan Akan Datang

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa aplikasi yang dihasilkan ini banyak membantu golongan

kelainan upaya untuk lebih memahami permasalahan solat khususnya bagi OKU pekak dan masalah

pertuturan. Selain itu, untuk kajian seterusnya di masa akan datang, mungkin boleh dipertimbangkan

kajian seperti ini yang fokus untuk OKU kategori lain seperti autisme dan lain-lain.

Penghargaan

Kertas ini adalah di bawah tajaan Geran Penyelidikan dan Pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi

(GPPSTI) Kerajaan Negeri Selangor.

Rujukan

Azemi Shaari, Noor Azniza Ishak, Nurul Naimah Rose, Ashli Abdullah. (2015). Aplikasi Kaunseling

Individu Terhadap Murid Orang Kurang Upaya (OKU) (Pendengaran dan Pertuturan). Jurnal

Pembangunan Sosial Jilid 18 (Jun) 2015: 171–184. Pusat Pengajian Pembangunan Sosial,

Universiti Utara Malaysia.

Bernama. (2013, September 9). Aplikasi SaveME 999 Untuk OKU dilancar. Retrieved from MSTAR:

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2013/09/09/aplikasi-saveme-999-untuk-oku-

dilancar/

Berita UPM, Nur Zila Zainuddin. (15/5/2018). UPM lancar Projek Buku Audio untuk OKU

Penglihatan. Retrive from Berita Universiti Putra Malaysia:

http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64075/1/UPM%20lancar%20Projek%20Buku%20Audio%

20untuk%20OKU%20Penglihatan.pdf

Che Wan Shamsul Bahri CW Ahmad, Nur Muizz Mohamed Salleh, Khirulnizam Abd Rahman, Wan

Nur Aishah Wan Zaki. (2018). Aplikasi Mudah Alih bagi Permasalahan Solat bagi Orang

Kelainan Upaya (OKU) Pendengaran dan Pertuturan berbantukan AR. Proceeding of 4th

International Conference on Information Technology & Society (IC-ITS 2018). 1-9. e-ISBN:

978-967-2122-64-7. October 30-31. Kuala Lumpur, MALAYSIA

Davis, B. &. (1989). Perceived usefulness, perceived ease of use, and user acceptance of information

technology. MIS Quarterly, 319–340.

MyJICT - Malaysian Journal of Information and Communication Technology

Vol 3 2018, Issue 2| e-ISSN 0127-7812 71

Effi Saharudin. (November 26, 2018). Amanz.my. Retrieved from BrainGate membolehkan OKU

lumpuh mengawal tablet menggunakan gelombang otak:

https://amanz.my/2018186262/

Marzuki, N. (2017, September 27). Harian Metro. Retrieved from Guna app belajar bahasa isyarat:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/09/267420/guna-app-belajar-bahasa-isyarat

Mohammad Abu-Dalbouh, Hussain. (2013). A questionnaire approach based on the

technology acceptance model for mobile tracking on patient progress applications. Journal of

Computer Science. 9. 763-770. 10.3844/jcssp.2013.763.770.

Msar, M. S. (2018, June 29). Harian Metro Online. Retrieved from Dakwah guna aplikasi:

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/06/352908/dakwah-guna-aplikasi-metrotv

Suwarman, Herman Ruswan, and Rina Indrayani. (2018). "Analisis Kualitas Aplikasi SINPEG

Menggunakan Pendekatan Technology Acceptance Model."

W3C ® (MIT, E. K. (2018, September 17). Web Accessibility Initiative (WAI). Retrieved from

Making the Web Accessible: https://www.w3.org/WAI/

https://www.tutorialspoint.com/sdlc/sdlc_rad_model.htm

http://fstm.kuis.edu.my/icits/18/eproceeding/

RAD development model. https://kissflow.com/rad/rapid-application-development/.