pengenalan bahasa isyarat

32

Click here to load reader

Upload: ammy-law

Post on 28-Oct-2015

804 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Bahasa Isyarat

PENGENALAN BAHASA ISYARAT

Bahasa isyarat merupakan kaedah komunikasi yang menggunakan pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan maksud kata-kata seorang penutur. Bahasa Isyarat digunakan secara meluas oleh kebanyakan orang pekak di Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan antara bahasa isyarat mengikut tempat dan lokasi. Bagi orang biasa, ia boleh dikatakan sebagai loghat atau dialek tempatan.

Di Malaysia terdapat dua jenis bahasa isyarat yang utama digunakan secara meluas iaitu Bahasa Isyarat malaysia (BIM) dan Kod tangan Bahasa Melayu (KTBM). Untuk membezakan dua jenis bahasa isyarat ini bolehlah dikatakan bahawa BIM lebih kepada percakapan harian biasa manakala KTBM lebih kepada bahasa yang biasa digunakan dalam penulisan dan rasmi

SEJARAH

Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) ini bukan Bahasa Melayu Isyarat Tangan.Kod Tangan Bahasa Melayu diadakan menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip bahasa melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan,ditulis, dibaca dan difahami oleh rakyat Malaysia. Apabila Kod Tangan Bahasa Melayu ini diperturunkan ke dalam bahasatulisan maka tiada apa-apa perbezaan pun tentang struktur dan simantik dalam bahasa Melayu. Ayat-ayat yang diberi kepada kanak-kanak pekak atau kanak-kanak biasa itu sama maknanya.

Kod tangan mula pada tahun 1973 dan Bahasa Malaysia Kod Tangan (BMKT) digubal dan siap pada tahun 1978. Pada tahun 1982, kursus BMKT yang pertama diPulau Pinang. Jabatan Pendidikan Khas dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak ersatuan Pekak Negeri-negeri, Jabatan Pendidikan Negeri, Dewan Bahasa kod tangan bahasa melayu (KTBM) edisi 1979 yang diguna pakai sehingga hari ini.Kata Majmuk

Perkataan kata majmuk yang mempunyai dua kata dasar digabungkan seperti: kapal terbang keretapi tali pinggang papan hitam bola sepak Semua kata majmuk ini membawa suatu makna atau objek. Oleh itu digunakan satu kod sahaja.Kata Ringkas Ada perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang diringkaskan dari dua, tiga atau lebih menjadi satu perkataan sahaja seperti :

cikgu daripada encik guru.tiada daripada tidak ada.berdikari daripada berdiri di atas kaki sendiri.pawagam daripada panggung wayang gambar.

Semua perkataan ringkas ini tidak diberi kod tetapi hendaklah dieja kecuali pada perkataan-perkataan yang lazim digunakan seperti cikgu digunakan “c” seperti kod “guru”, tiada digunakan “t” seperti kod tidak.

Perkataan Pergandaan Berganda sama budak-budak, orang-orang, rumah-rumah Semua

Page 2: Pengenalan Bahasa Isyarat

perkataan berganda sama ini diulang kod perkataanyang mula-mula.Berganda tak Sama (Berubah) Semua perkataan berganda tak sama (berubah) ini menggunakan kod perkataan mula dan huruf awal pada perkataan berikutnya iaitu:

kuih-muih= kod kuih dan huruf msaudara-mara= kod saudara dan huruf mbukit-bukau= kod bukit dan huruf b

Berganda separuh

Semua perkataan berganda separuh ini hendaklah didahulukan dengan huruf dan diikuti dengan kodnya.lelaki= huruf l dan kod laki jejari= huruf j dan kod jari bebola= huruf b dan kod bola Perkataan berganda dan berpenambah tulis-menulis, berlari-lari, buah-buahan Semua perkataan ini dilakukan seperti perkataan berganda sama iaitu diulangi kod dasarnya dengan diberi awalan atau akhiran pada mana-mana perkataan yang berkenaan.

Imbuhan (penambahan) me, pe, ter, ber dan per.

Murid-murid hendaklah diberitahu tentang penggunaan dan perubahan ejaannya pada penambahan “me” yang bertukarmenjadi me, mem, men, meng, menge. Walaupun demikian semua menggunakan huruf pertama seperti :

(a) huruf m untuk awalan huruf t untuk awalan(b) Untuk membezakan antara awalan “pe” dengan “per” ialah ditambah huruf “r” menjadi “p” dan “r”. pelukis= “pe” dan kod lukisan perbuatan= “p”- “r” dan kod buat dan “an”(c) Dalam Bahasa Melayu terdapat beberapa pengecualian ejaan dalam imbuhan “pe” yang tidak menurut perubahanejaannya pada perkataan sakit, tani, sawah, kerja Dalam KTBM ini, pengecualian ini ialah huruf “p” tangan kanan tetap seperti biasa tetapi pengecualian ini pada tapak tangan kiri yang hujung jari menghala ke depan, tidak ke atas.

INOVASI DAN TRANSFORMASI BAHASA ISYARAT DI MALAYSIA

Bahasa adalah teras perhubungan terpenting dan merupakan medium efektif dalam proses komunikasi serta penyampaian maklumat di antara pihak yang berhubungan sejak dahulu lagi. Bahasa menjadikan sistem komunikasi menjadi lengkap dan sempurna serta mewujudkan tindak balas ke atas maklumat yang diterima. Keadaan ini membuktikan bahawa peranan bahasa sangat penting di dalam aktiviti komunikasi seharian, di mana di samping bahasa lisan yang banyak digunakan, bahasa isyarat juga merupakan kaedah utama dalam urusan komunikasi yang melibatkan golongan pekak atau tuli di negara kita.

Komuniti pekak di negara kita digolong di dalam kategori orang kurang upaya (OKU) dan mendapat perhatian serta pembelaan sewajarnya daripada kerajaan di mana menurut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat tahun 2005 sahaja terdapat hampir 26,294 orang pekak yang berdaftar dengan institusi berkenaan. Ini menunjukkan bahawa golongan ini bukannya sedikit dan hak mereka dalam urusan komunikasi seharian perlulah diberikan keutamaan sepenuhnya agar golongan ini tidak tertinggal di dalam arus perdana memandangkan

Page 3: Pengenalan Bahasa Isyarat

mereka juga modal insan yang boleh menyumbang kepada negara.

Melihat kepada keperluan dan proses tranformasi komuniti pekak di Malaysia, Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) telah diperkenalkan. Secara umumnya bahasa isyarat ialah bahasa yang digunakan oleh orang pekak untuk berkomunikasi secara visual antara satu sama lain. Dalam sistem bahasa isyarat, orang pekak menggunakan pergerakan tangan, badan dan muka untuk menyampaikan sesuatu maksud, pandangan, idea dan sebagainya di mana orang pekak pun menggunakan deria penglihatan untuk menerima dan memahami maksud isyarat tersebut.

Uniknya bahasa isyarat mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dari segi bahasa, bangsa, budaya, agama, lokasi dan geografi di mana di seluruh dunia komuniti orang pekak mempunyai bahasa isyarat mereka yang berbeza dengan negara lain seperti Bahasa Isyarat British (MSL), Bahasa Isyarat New Zealand (NZSL), Bahasa Isyarat Australia (Auslan), Bahasa Isyarat Amerika (ASL), Bahasa Isyarat Jepun (JSL) dan lain-lain lagi di samping Bahasa Isyarat Malaysia. Di negara kita Bahasa Isyarat Malaysia digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa ibunda masyarakat orang pekak sejak sekian lama yang merupakan bahasa isyarat yang dibentuk sendiri orang orang pekak atas faktor-faktor komunikasi harian, pendidikan, pendedahan dan budaya orang pekak.

Setelah melalui pelbagai inovasi dan transformasi, bahasa isyarat kini telah diiktiraf sebagai satu bahasa seperti Bahasa Isyarat British (BSL) pada 18 Mac 2003 dan bahasa rasmi negara seperti Bahasa Isyarat New Zealand (NZSL) pada April 2006 di samping bahasa Inggeris dan Maori. Ini adalah kejayaan terbesar pejuang bahasa isyarat di sana dalam usaha memperkasa dan mendaulatkan bahasa isyarat setanding dengan bahasa dunia lain. Usaha ini wajar dimulakan dan digerakkan oleh pejuang dan pengamal bahasa isyarat di negara-negara lain terutamanya Malaysia agar Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) diiktiraf sebagai satu bahasa di negara kita.

Bahasa Isyarat British (BSL) umpamanya merupakan bahasa isyarat yang digunakan di United Kingdom dan merupakan bahasa ibunda kepada 70,000 sehingga 250,000 komuniti pekak di sana termasuk saudara mara orang pekak, jurubahasa orang pekak dan golongan yang sentiasa berkomunikasi dengan orang pekak melalui pergerakan tangan, kepala, badan dan muka. Keadaan ini menyebabkan masyarakat orang pekak tidaklah menghadapi masalah yang banyak memandangkan kesedaran yang tinggi masyarak terhadap bahasa isyarat dan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa isyarat di sana.

Walaupun bahasa Inggeris merupakan bahasa ibunda masyarakat Barat, namun Bahasa Isyarat British (BSL) berbeza dengan Bahasa Isyarat Amerika (ASL) di mana abjad tangan Bahasa Isyarat British tidak sama dengan abjad tangan Bahasa Isyarat Amerika (ASL). Ini adalah kerana Bahasa Isyarat British menggunakan kedua-dua tangan manakala Bahasa Isyarat Amerika menggunakan satu tangan sahaja. Bahasa Isyarat British lebih menyamai Bahasa Isyarat Australia (Auslan) dan Bahasa Isyarat New Zealand (NZSL) memandangkan mereka menggunakan abjad tangan, tatabahasa dan leksikon yang sama yang di mana hasil gabungan ketiga-tiga bahasa isyarat tersebut mewujudkan sistem bahasa isyarat yang dipanggil BANZSL. Terdapat 62.5 peratus persamaan antara Bahasa Isyarat British (BSL) dan Bahasa Isyarat New Zealand (NZSL), berbanding 33 peratus persamaan dengan Bahasa Isyarat Amerika (ASL).

Page 4: Pengenalan Bahasa Isyarat

Dalam usaha menjadikan Bahasa Isyarat Malaysia setanding dengan bahasa isyarat dunia lain, Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) telah menerbitkan beberapa buah buku dan bahan bantuan lain bagi keperluan komuniti orang pekak di Malaysia di samping sebagai rujukan kepada saudara mara orang pekak, jurulatih, guru, pemimpin masyarakat dan sesiapa sahaja yang berminat serta peka dengan perkembangan bahasa isyarat.

Buku Bahasa Isyarat Malaysia terbitan tahun 2000 yang merupakan magnum opuskomuniti orang pekak di Malaysia umpamanya merupakan buka bahasa isyarat yang pertama dicipta oleh orang pekak dan mengandungi isyarat-isyarat yang digunakan oleh komuniti orang pekak di Malaysia. Buku ini kaya dengan identiti yang melambangkan bangsa, budaya dan agama di negara kita serta mengandungi hampir 1000 isyarat dan 30 bab dalam bahasa Malaysia dan Inggeris dengan susunan grafik yang jelas dan mudah dibaca.

Buku Bahasa Isyarat Malaysia Jilid 2 terbitan tahun 2003 pula merupakan koleksi isyarat yang digunakan oleh komuniti orang pekak dalam persekitaan budaya bangsa Malaysia. Buku ini sesuai sebagai rujukan yang lengkap kepada orang pekak dan bukan pekak yang ingin mendalami kemahiran Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) yang mengandungi 1,000 isyarat dan 42 bab meliputi komunikasi, pendidikan, ekonomi dan lain-lain dalam bahasa Inggeris serta bahasa kebangsaan. Panduan isyarat yang disediakan adalah ringkas dan mudah difahami beserta ayat contoh bagi setiap isyarat di samping ilustrasi yang menarik dan kemas.

Buku Bahasa Isyarat Malaysia: Tempat Dalam dan Luar Negara terbitan tahun 2002 mengandungi isyarat -isyarat yang digunakan untuk merujuk kepada bandar, negeri, negara dan tempat menarik di dalam dan luar negara. Buku ini menyediakan lebih 200 isyarat menarik yang meliputi 8 bab utama mengenai Malaysia dan luar negara beserta ilustrasi model dan tempat. Buku ini amat sesuai kepada sesiapa sahaja memandangkan saiznya yang kecil dan mudah di bawa ke mana sahaja termasuk para pelancong dan pemandu pelancong di negara kita. Kehadiran buku ini memudahkan urusan komunikasi orang pekak dalam dan luar negara serta mesra pembaca.

Lebih menarik dan mengujakan lagi apabila Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) telah berjaya menerbitkan sebuah buku berkenaan ICT kepada komuniti orang pekak di Malaysia. Buku Bahasa Isyarat Malaysia: Isyarat-Isyarat ICT terbitan tahun 2003 adalah hadiah cukup bermakna kepada orang pekak bagi mendekatkan golongan ini dengan ledakan teknologi dan mesra IT. Kehadiran buku ini menjadikan masyarakat orang pekak di Malaysia tidak ketinggalan dalam dunia IT dan membuka dimensi serta anjakan paradigma orang pekak terhadap teknologi terkini ini. Buku yang diusahakan oleh E-Pekak iaitu projek kebangsaan kesedaran ICT untuk orang pekak di Malaysia. Buku ini amat berguna kepada pelajar pekak, dewasa pekak, ibu bapa dan guru-guru untuk mengenali asas-asas ICT dan belajar bahasa isyarat dengan hampir 200 isyarat ICT dalam dwibahasa.

Di samping buku, terdapat juga usaha menerbitan bahan bantuan bahasa isyarat dalam bentuk CD-ROM iaitu Panduan Bahasa Isyarat Malaysia oleh Asia Pasific Institute of Information Technology (APIIT) sebagai nilai tambah kepada prasarana bahasa isyarat di negara kita. CD-ROM ini menyediakan paparan rekabentuk grafik yang menarik, persembahan video yang

Page 5: Pengenalan Bahasa Isyarat

interaktif dan amat sesuai untuk pelajar, pendidik, ahli keluarga dan orang awam yang berminat untuk mendalami bahasa isyarat secara yang lebih efektif dan mudah.

Di samping CD-ROM, tindakan sebuah produksi, Ras Production mengeluarkan VCD Panduan Bahasa Isyarat Malaysia yang turut memuatkan persembahan aksi-aksi lucu pelakon pekak perlu diberi pujian memandangkan usaha dan inisiatif ini menjadikan bahan bantu bahasa isyarat menjadi semakin lengkap dan memudahkan masyarakat orang pekak dan orang awam mengenali bahasa isyarat secara lebih meluas di negara kita.

Melihat kepada perkembangan pesat dan transformasi bahasa isyarat di Malaysia yang begitu berkesan, menunjukkan komuniti orang pekak di negara ini bukanlah warga kelas kedua dan mereka adalah setanding dengan kemajuan bahasa isyarat di negara maju lain serta membuktikan mereka juga mampu bersaing dengan masyarakat lain di Malaysia. Oleh yang demikian, semua pihak perlu bekerjasama memperkasakan bahasa isyarat di Malaysia dengan memulakan langkah awal mempelajari dan mendalami bahasa isyarat agar kita tidak lagi membina jurang komunikasi di antara orang pekak dalam segala urusan.

BAHASA ISYARAT

Page 6: Pengenalan Bahasa Isyarat

Pengenalan

Sejarah bahasa isyarat telah pun bermula sejak kurun ke-16 lagi di barat. Pada tahun 1755, Abbe’ de L’Epee telah menubuhkan sekolah untuk kanak – kanak pekak yang pertama di paris. Kemudian Laurent Clerc yang merupakan pelajar di sekolah kanak – kanak pekak tersebut telah berhijrah ke Amerika Syarikat dan menubuhkan ’American School for the deaf ’ yang sseterusnya berkembang menjadi ’Gallaudet University ’.

BIM(Bahasa Isyarat Malaysia) ialah bahasa yang tulen bagi Orang Pekak Malaysia. BIM juga merupakan bahasa ibunda dan bahasa istimewa bagi Orang Pekak Malaysia. BIM digunakan dan diterima oleh Orang Pekak Malaysia secara meluas. Dengan menggunakan BIM, Orang Pekak mampu berbincang pelbagai isu-isu yang timbul, bergurau-senda, memudahkan komunikasi antara dua Orang Pekak serta memberi kesan pemahaman yang baik kepada antara satu yang lain. Selain itu, BIM ini juga mempunyai peraturan untuk digunakan dan tatabahasa tersendiri. BIM ini diwujudkan secara tidak langsung dan bukan dicipta oleh seorang sahaja.

KTBM(Kod Tangan Bahasa Melayu) ini bukan sesuatu bahasa umum tetapi merupakan salah satu cara komunikasi dalam tatabahasa Bahasa Melayu yang baku. Dengan kata lain, KTBM digunakan apabila berlakunya terjemahan daripada lisan (suara) kepada visual (tangan) dalam tatabahasa Bahasa Melayu. KTBM ini tidak memberi kesan yang baik dan melambatkan lagi komunikasi antara dua Orang Pekak. Bukan sahaja KTBM tidak dapat memberi gambaran dan maksud kepada Orang Pekak, tetapi juga menyebabkan Orang Pekak tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Apabila KTBM digunakan, kebanyakan Orang Pekak mengalami kekeliruan apabila berkomunikasi dalam KTBM.

Page 7: Pengenalan Bahasa Isyarat

ASL(America Sign Language – Bahasa Isyarat Amerika) ialah bahasa yang tulen bagi Orang Pekak Amerika. ASL merupakan bahasa tersendiri di Amerika. ASL digunakan secara umum oleh Orang Pekak Amerika. Sesungguhpun, setengah-tengah isyarat yang dilihat di Malaysia mempunyai persamaan dengan isyarat digunakan Amerika, itu tidak bermaksud kita menggunakan ASL tetapi menggunakan isyarat sahaja. Dengan kata yang lain, cara Orang Pekak Malaysia menggunakan isyarat tidak sama dengan cara Orang Pekak Amerika. Cara Orang Pekak menggunakan isyarat itu sebenarnya ialah BIM dan bukan ASL.

Jika dulu, mungkin dianggap sebagai ASL. Tetapi waktu didedahkan ASL sudah lama berlalu dan ASL di Amerika sekarang sudah mengalami perubahan dalam penggunaan dan tatabahasa ASL serta pertambahan perbendaharaan yang baru. Jadi, kita sudah ketinggalan jauh, maka ASL yang digunakan oleh Orang Pekak Malaysia pada masa dulu sudah kehilangan ketulenan ASL yang sebenar. Pada masa itulah, BIM diwujudkan secara spontan.

Definisi

Bahasa isyarat ialah bahasa yang menggunakan komunikasi manual (tangan) selain daripada bunyi dan suara untuk menyampaikan maksud. Komunikasi ini menggabungkan bentuk tangan, orentasi dan pergerakan tangan, lengan, badan, dan eks presi muka untuk menyampaikan isi hati penyampai.

Bahasa isyarat ialah kaedah berkomunikasi yang digunakan oleh golongan bermasalah pndengaran (Ling, 1989). Menurut Clark (1999), bahasa isyarat ialah satu kaedah komunikasi yang menggunakan simbol – simbol tanpa menggunakan ssuara atau dikenali sebagai ’non – verbal communication’. Simbol – simbol yang digunakan boleh merupakan pergerakan tangan dan anggota badan yang lain, mimik muka, gambar, simbol – simbol atau isyarat yang mempunyai makna tertentu dan boleh difahami oleh kedua – dua pihak iaitu penutur dan penerima.

Page 8: Pengenalan Bahasa Isyarat

Kelebihan Berkomunikasi Menggunakan Bahasa Isyarat

Antara kelebihan komunikasi menggunakan bahasa isyarat ialah dapat mengelakkan risiko kelambatan perkembangan bahasa bagi kanak – kanak pekak dan bisu. Masalah terutamanya bagi kanak – kanak yang cacat pendengaran ialah perkembangan proses menguasai bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi. Mengikut kajian sebanyak 90% daripada jumlah kanak – kanak yang mengalami masalah cacat pendengaran di dalam keluarga. Ini menjadi faktor kanak – kanak tersebut mempunyai masalah untuk mempelajari bahasa komunikasi yang biasa digunakan dan ini akan membantutkan proses perkembangan kanak – kanak tersebut. Dengan adanya bahasa isyarat, kanak – kanak tersebut dapat dibantu dalam proses menguasai bahasa dan berkomunikasi.

Selain itu, komunikasi menggunakan bahasa isyarat dapat mengembangkan keupayaan mental. Terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa pengguna bahasa isyarat dan orang yang mengalami masalah cacat  pendengaran adalah lebih hebat dalam perkembangan dan memanipulasi mental. Mark Marschark, penyelidik di Rochester Institute of Technology for the Deaf, menyatakan orang bermasalah cacat pendengaran dapat membayangkan huruf “N” dan memusingkan sebanyak 90 darjah dengan lebih cepat berbanding dengan orang yang normal.

Selain itu, bahasa isyarat juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan bayi. Antaranya ialah mereka kurang mengalami tekanan dan dapat mengekspresikan perasaan dan kehendak mereka dengan menggunakan bahasa isyarat ketika mereka tidak tahu bercakap. Ini menyebabkan  mereka kurang menangis. Ini telah dibuktikan oleh penyelidik sekiranya komunikasi bahasa isyarat yang diajarkan di peringkat bayi.

Page 9: Pengenalan Bahasa Isyarat

Antara lain, bayi yang diajarkan beberapa simbol bahasa isyarat yang mudah, bukan sahaja  lebih cepat bercakap tapi juga dapat menguasai kebolehan membaca dengan lebih cepat.

Kelemahan Berkomunikasi Menggunakan Bahasa Isyarat

Terdapat pelbagai jenis bahasa isyarat yang digunakan oleh individu bermasalah pendengaran. Kepelbagaian ini disebabkan oleh latar belakang individu bermasalah pendengaran dan budaya persekitaran kehidupan mereka. Disebabkan keadaan sedemikian, isyarat – isyarat yang dihasilkan berbeza antara seseorang penutur dengan penutur yang lain (Abdullah Yusoff, 1994)

Setiap kanak – kanak yang bermasalah pendengaran mempelajari bahasa isyarat memerlukan tenaga pengajar yang mahir. Oleh itu pengajar juga memerlukan latihan yang khas dalam bidang bahasa isyarat. Di malaysia, untuk membolehkan seseorang itu menjadi tenaga pengajar dalam bidang bahasa isyarat , mereka perlu menjalani latihan khas dalam mempelajari bahasa isyarat. Selain itu, bagi keluarga yang mempunyai kanak – kanak atau ahli keluarga yang mengalami masalah pendengaran atau bisu, mereka perlu juga mempelajari bahasa isyarat untuk membolehkan nereka berkomunikasi dengan ahli keluarga atau kanak – kanak yang bermasalah pendengaran atau bisu.

Selain itu, penggunaan bahasa isyarat juga mempunyai kelancaran berkomunikasi yang terbatas. Ini disebabkan komponen yang diperlukan untuk menggunakan bahasa isyarat ialah gerakan tangan, lengan dan ekspresi muka. Jika dibandingkan dengan komunikasi menggunakan percakapan normal iaitu dengan menggunakan suara, bahasa isyarat mempunyai batasan kelancaran untuk berkomunikasi dari segi kepantasan dan penerimaan maksud yang ingin disampaikan. Kemungkinan boleh berlaku salah faham ketika berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat yang melibatkan penggunaan simbol –

Page 10: Pengenalan Bahasa Isyarat

simbol dan gerakan tangan yang banyak dan rumit.

 Malah, halangan utama murid – murid bermasalah pendengaran ialah untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam masyarakat kerana mereka menggunakan isyarat tangan. Ini adalah kerana tidak ramai yang dapat memahami simbol – simbol yang digunakan. Komunikasi yang terhad ini menyebabkan mereka tidak dapat menguasai kemahiran berbahasa. Ia memberi kesan terhadap tahap pencapaian akademik di kalangan murid – murid bermasalah pendengaran.

Dari segi akademik, Abdullah Yusoff (1995), juga menyatakan murid – murid bermasalah pendengaran atau bisu yang menggunakan bahasa isyarat sebagai medium untuk berkomunikasi amat sukar menulis atau menghasilkan sesebuah karangan. Hal ini demikian kerana mereka tidak dapat menyatakan idea dalam struktur nahu ayat Bahasa Melayu, sedangkan semasa perbincangan mereka dapat menyatakan idea dalam bahasa isyarat.  Selain itu, terdapat perbezaan aspek penekanan kepada struktur bahasa isyarat iaitu bahasa isyarat mengutamakan unsur semantik tanpa terikat dengan tatabahasa Bahasa Melayu, sedangkan Bahasa Melayu  keterikatan tatabahasa menentukan semantik. Mereka juga mengalami kesukaran membuat pemilihan perkataan untuk dimasukkan ke dalam ayat terutamanya perkataan yang membabitkan imbuhan.

Kajian – kajian di luar negara pula menyatakan bahawa seasa murid – murid bermasalah pendengaran berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat, merka tidak mementingkan unsur – unsur seperti imbuhan dan ’tenses’. Seringkali, ayat – ayat yang digunakan semasa bertutur akan diturunkan dalam bentuk ayat semasa membuat penulisan. Hal ini menyebabkan ayat – ayat yang dihasilkan oleh kumpulan ini tidak menepati struktur dan tata bahasa bahasa Inggeris. Hal ini sering menyumbang kepada masalah pencapaian akademik yang rendah di kalangan murid – murid ini. (Kirk, Gallagher & Anastasiow, 1997).

Murid – murid bermasalah pendengaran selalunya mengisyaratkan sesuatu ayat mengikut perkataan demi perkataan. Hal ini menyebabkan pemahaman

Page 11: Pengenalan Bahasa Isyarat

mereka juga mengikut perkataan demi perkataan. Sesetengah ayat berbentuk akademik harus difahami mengikut konteks yang bukannya mengikut perkataan demi perkataan. Ayat – ayat kiasan seperti ”i ran like the wind” adalah sukar untuk difahami oleh murid – murid  bermasalah pendengaran kerana isyarat mereka tidak dapat membantu pemahaman ayat – ayat tersebut mengikut konteks (Kirk et. Al., 1997).

Cadangan Dan Rumusan

            Bahasa isyarat adalah alat atau medium bagi individu yang mengalami masalah pendengaran atau bisu untuk berkomunikasi. Bagi memahami maklumat atau isi hati yang disampaikan oleh si penyampai  melalui bahasa isyarat, penerima juga haruslah mempunyai pengetahuan mengenai simbol – simbol yang digunakan dalam komunikasi bahasa isyarat itu sendiri. Jadi, adalah digalakkan jika individu yang normal juga mempelajari bahaa isyarat sebagai bahasa tambahan. Selain itu, di kelas – kelas biasa juga patut di masukkan satu mata pelajaran bahasa isyarat sebagai menyokong individu normal mempelajarinya. Jika ini dilaksanakan, makatidak menjadi masalah kepada individu yang mengalami masalah pendengaran tau bisu untuk berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling.

            Keseluruhannya, bahasa isyarat adalah amat penting kepada individu yang bermasalah pendengaran atau bisu atau kedua – duanya. Ini kerana bahasa isyarat adalah bahasa atau alat berkomunikasi bagi mereka. Namun begitu, terdapat juga kelemahan – kelemahan berbahasa isyarat di samping kelebihan bahasa isyarat itu sendiri.

APA ITU BAHASA ISYARAT?

Page 12: Pengenalan Bahasa Isyarat

Apa itu bahasa isyarat? Seringkali kita melihat orang pekak berisyarat dengan pelbagai gaya dan rekaan simbol yang menarik. Kadang-kadang kita sendiri terpegun dengan gaya dan isyarat yang dilakukan oleh golongan orang pekak atau orang normal yang mengetahui bahasa isyarat. Sebenarnya, apa itu bahasa isyarat?

Tahukah anda? Sebenarnya, kita banyak menggunakan isyarat dalam kehidupan. Misalnya, bila kita bertutur pasti tangan kita akan bergerak dan menunjukkan isyarat lazim reaksi dalam diri kita. Sebagai contoh, isyarat mata menjeling ketika memandang sinis kepada orang, makan, minum, cekak pinggang apabila marah, dan sebagainya. Selain itu, apabila kita melihat polis trafik membuat isyarat di tengah jalan, pengadil permainan membuat isyarat kepada pemain dan sebagainya. Persoalannya disini, adakah isyarat-isyarat itu merupakan suatu bahasa?. Sebenarnya tidak, kerana isyarat tersebut tidak digunakan dalam kehidupan seharian. Misalnya, apabila seorang polis trafik berisyarat dijalan raya kemudian dia pulang ke rumah, adakah dia menggunakan isyarat yang digunakan dijalan raya tadi untuk berkomunikasi dengan keluarganya? Mesti tidakkan.

Baiklah berbalik kepada isyarat orang pekak. Soalan saya kepada kalian semua, adakah bahasa isyarat yang digunakan oleh orang pekak boleh dikatakan sebagai suatu bahasa? Cuba kita merujuk kepada ciri-ciri bahasa, tidak salah saya, (kalau ada sesuatu tertinggal ciri-ciri bahasa bolehlah anda komen ya.. kita sama-sama berkongsi ilmu) ciri-ciri bahasa ialah mempunyai sistem, ada perlambangan, dimiliki, diperturunkan, mempunyai arbitrari, dan mampu menyatakan segala hal. Sebagai contoh, kita mempunyai bahasa melayu. Seperti yang kita maklum bahasa melayu mempunyai kesemua cirri-ciri tersebut. Maka, bahasa Melayu boleh dikatakan sebagai suatu bahasa. Bagaimanakah pula dengan bahasa isyarat yang digunakan oleh orang pekak?. Kalau kita selidik, bahasa isyarat yang digunakan oleh orang pekak mempunyai kesemua ciri-ciri bahasa tersebut. Sebagai contoh, dari segi sistem bahasa isyarat mempunyai fornologi, morfologi, sistaksis, pragmatik dan sebagainya. Selain itu, dari segi perlambangan, bahasa isyarat ada menyatakan sesuatu peristiwa dan sebagainya serta mempunyai arbitrari. Bahasa Isyarat juga, dimiliki oleh orang pekak dan diperturunkan serta diamalkan oleh mereka dalam kehidupan. Seterusnya, bahasa isyarat mampu menyatakan segala hal yang dikehendaki. Oleh itu, jelas terbukti lagi bersuluh bahawa bahasa isyarat yang digunakan oleh orang pekak boleh dikategorikan sebagai suatu bahasa seperti bahasa-bahasa yang lain.

Bagaimanakah cara perbentukan isyarat? Seperti yang saya maklum daripada seminar bahasa isyarat yang saya hadiri baru-baru ini di Universiti Malaya, cara perbentukan bahasa isyarat ialah mempunyai sifat utama, terdapat pergerakan, mempunyai bentuk dan kedudukan objek, lakonan kembali, mempunyai pelbagai simbol dan sebagainya.

Sekarang, kita tumpukan definisi bahasa isyarat. Menurut kamus dewan, bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara individu dengan individu yang lain). Manakala maksud isyarat ialah, segala sesuatu pergerakan seperti kepala, kejipan mata, lambaian tangan dan lain-lain yang dilakukan sebagai tanda. Kesimpulannya, bahasa isyarat merupakan suatu alat penyampaian komunikasi yang digunakan oleh orang pekak dengan menggunakan pelbagai pergerakan badan yang

Page 13: Pengenalan Bahasa Isyarat

membentuk simbol tertentu. Selain itu, bahasa isyarat ialah bahasa yang digunakan tanpa menggunakan ucapan atau penulisan.

Antara jenis bahasa isyarat yang digunakan oleh orang pekak di Malaysia ialah:

a) BAHASA ISYARAT MALAYSIA ATAU MySL (MALAYSIA SIGN LANGUAGE).

Bagi pengetahuan kalian, MySL ini merupakan bahasa isyarat yang selalu digunakan oleh Orang Pekak di Malaysia. Boleh dikatakan MySL ini merupakan bahasa ibunda bagi orang pekak di Malaysia. Memang diakui MySL digunakan oleh orang pekak Malaysia secara meluas. MySL juga, merupakan bahasa yang senang digunakan oleh orang pekak. Selain itu, MySL mempunyai tatabahasa dan peraturannya yang tersendiri. Oleh itu, dengan menggunakan MySL orang pekak boleh berkomunikasi dengan baik dan dapat memberi pemahaman kepada mereka. Namun, bila orang normal seperti saya hendak menggunakan MySL agak susah sedikit kerana tatabahasa dan peraturannya tidak sama macam bahasa kita. Misalnya, hendak memendekkan ayat dan sebagainya.

b) KOD TANGAN BAHASA MELAYU (KTBM)

Kod tangan bahasa melayu seingat saya, telah ditubukan pada tahun 1978 dan sudah 30 tahun terlaksana. Namun, KTBM ini bukanlah bahasa umum dan tidak merupakan bahasa orang pekak, tetapi digunakan dalam tatabahasa Bahasa Melayu. Dengan kata lain, KTBM digunakan apabila berlakunya terjemah daripada lisan (suara) kepada visual (tangan) dalam tatabahasa Bahasa Melayu. Selalunya, KTBM ini digunakan oleh guru-guru yang mengambil masalah pendengaran seperti saya untuk digunakan bagi mengajar bahasa Melayu. KTBM ini ada pro dan kontranya, pronya, orang pekak dapat mengetahui sruktur bahasa Melayu. Kontranya, KTBM melambatkan lagi komunikasi antara orang pekak, kerana ada imbuhan dan sebagainya serta memberi kekeliruan kepada orang pekak. Saya tidak mahu menerangkan dan komen apa-apa tentang KTBM, tetapi apa yang penting sesuatu yang dilakukan mesti ada kebaikan kepada orang pekak, mengikutlah kesesuaian anda semua. Nasihat saya untuk menguasai sesuatu bahasa itu, mestilah banyakkan membaca dan bertanya. Betul tak?

c) AMERICAN SIGN LANGUAGE ASL ATAU BAHASA ISYARAT AMERIKA

ASL ini merupakan bahasa isyarat yang digunakan bagi orang pekak di negara Amerika. Namun, terdapat isyarat Malaysia yang mempunyai persamaan sedikit dengan isyarat Amerika tetapi masih lagi MySL. Cuma di ambil-ambil sedikit dan disesuaikan dengan penggunaanya. Macam bahasa Melayu, ada perkataan yang diambil daripada bahasa Jawa, Portugis dan sebagainya. Apa yang menarik, ASL ini lebih maju dan ke hadapan daripada MySL. Hal ini demikian kerana, ASL sudah mempunyai perubahan penggunaan dan tatabahasa serta pertambahan perbendaharaan yang baru.

d) BERISYARAT MENGIKUT TATABAHASA BAHASA INGGERIS (SEE – SIGN EXACT ENGLISH)

Page 14: Pengenalan Bahasa Isyarat

Bagi pengetahuan kalian, SEE ini sama sahaja macam KTBM yang digunakan untuk penggunaan tatabahasa bahasa Inggeris.

e) PERTUTURAN KIU

Pertuturan Kiu ini khas sedikit kerana pertuturan kiu ini menggunakan isyarat tangan untuk membolehkan golongan pekak untuk bercakap.. Pertuturan kiu mengunakan bentuk-bentuk bagi memandu bunyi-bunyian . Selain itu, bentuk-bentuk yang dilambangkan (kiu) ditentukan pada kawasan dimana bentuk tangan menentukan bunyi-bunyian tangan. Misalnya 8 bentuk tangan membentuk huruf konsonan dan 4 bentuk tangan membentuk huruf vokal. Seterusnya, pertuturan kiu menggunakan bentuk-bentuk bagi memandu bunyi-bunyian.

Sekarang kita beralih kepada sejarah perkembangan MySL di Malaysia. Bagi maklumat anda semua Federation School of the Dear ditubuhkan pada 1954 di Pulau Pinang dengan menggunakan kaedah oralisme. Pada masa itu, pelajar pekak disitu menggunakan bahasa isyarat untuk mereka berkomunikasi. Selain itu, terdapat Sekolah Pekak yang terdapat di Singapura dan bahasa isyarat yang digunakan ialah Bahasa Isyarat Shanghai (SSL)

Seterusnya pada tahun 1964, Kelab Pekak di Petaling Jaya Selangor, telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Lam Beng Heng. Ketika itu, mereka menggunakan SSL dan isyarat tempatan sahaja. Pada tahun 60-an, Amerka Sign Language (ASL) telah diperkenalkan oleh En. Tan Yap yang belajar di Gallaudet College dan juga anggota Registry of Interpreter for the Deaf (RID). Pada tahun 80an pula, Dr. Francesa Parson dari Amerika Syarikat memperkenalkan Kaedah Komunikasi Menyeluruh (Total Communication).

Pada tahun 1978 KTBM yang berasaskan ASL dibukukan dan digunakan di sekolah-sekolah Amerika dan British menggunakan bahasa Inggeris tetapi isyarat mereka adalah berlainan. Bagi makluman semua, ASL di gunakan di USA dan BSL digunakan di negara Komanwel seperti India, Pakistan, Australia, New Zealand, dan Fiji dan ditambah dengan isyarat tempatan mengikut budaya mereka.

Kalian hendak tahu, bagaiamanakah tiba-tiba sahaja wujudnya MySL?. Pada tahun 1996 Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk menganjurkan dua aktiviti di peringkat antarabangsa iaitu 5th “Asia Pacific Deaf Games” dan “World Federation of the Deaf Asia Pacific Conference” : Bilingualism in Deaf Education di PWTC. Pada masa itu, semua orang pekak daripada seluruh dunia datang. Tiba-tiba pada masa itu juga, mereka mempersoalkan, kenapa kita menggunakan bahasa isyarat negara asing?

Oleh itu, pada tahun yang sama komuniti orang pekak sepakat untuk memulakan projek bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Selepas itu, diikitraf sebagai bahasa rasmi orang pekak pada tahun 2000 oleh komuniti orang pekak Malaysia. Selepas itu, diiktiraf oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat , Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dengan memperuntukkan kewangan sebanyak RM230,000.

Kemudian, pada tahun 2005, Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) telah menubuhkan Pusat Latihan Bahasa Isyarat Malaysia (MySL training Centre) yang bertujuan untuk memberi komunikasi antara orang pekak dan orang normal.

Page 15: Pengenalan Bahasa Isyarat

Melalui Bajet 2007, pusat ini berjaya menuju objektif yang disasarkan, iaitu menjadi sebuah pusat latihan yang lengkap dan setanding dengan pusat pembelajaran yang lain. Matlamat utamanya seperti melatih Jurubahasa Isyarat Profesional dengan kerjasama International University College of Technology Twintech (IUCTT), membantu meningkatkan penguasaan bahasa isyarat kepada guru-guru, kaunselor sekolah pendidikan khas serta kakitangan sektor kerajaan yang berurusan dengan orang pekak. Selain itu, matlamat lain adalah untuk mewujudkan komunikasi tanpa halangan di semua agensi yang menyediakan perkhidmatan kepada orang pekak dan membangunkan Perkhidmatan Penterjemahan Dalam Talian (online) serta Kamus Bahasa Isyarat Maya untuk manfaat semua rakyat.

Pada tahun 2005, Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) telah menubuhkan Pusat Latihan Bahasa Isyarat Malaysia (MySL training Centre) yang bertujuan untuk memenuhi keperluan komunikasi tanpa halangan dalam semua bidang antara orang pekak dan bukan pekak.

Melalui Bajet 2007, pusat ini berjaya menuju objektif yang disasarkan, iaitu menjadi sebuah pusat latihan yang lengkap dan setanding dengan pusat pembelajaran yang lain. Matlamat utamanya diterusnya seperti melatih Jurubahasa Isyarat Profesional dengan kerjasama International University College of Technology Twintech (IUCTT), membantu meningkatkan penguasaan bahasa isyarat kepada guru-guru, kaunselor sekolah pendidikan khas serta kakitangan sektor kerajaan yang berurusan dengan orang pekak.

Selain itu MySL juga bermatlamat mewujudkan komunikasi tanpa halangan di semua agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kepada orang pekak dan membangunkan Perkhidmatan Penterjemahan Dalam Talian (online) serta Kamus Bahasa Isyarat Maya untuk manfaat semua rakyat.

Kini MySL telah digunakan dengan meluas oleh orang pekak di Malaysia serta menjadi kebanggaan mereka. Selain itu, MySL telah semakin ramai yang ingin mempelajarinya melalui pelbagai langkah yang dilakukan oleh pihak MFD dan juga badan-badan bukan kerajaan yang ingin membela golongan pekak.

Sekarang, kalian sudah tahukan sejarah bahasa isyarat, jenis-jenis dan sebagainya. Sebenarnya, bahasa isyarat boleh dikatakan sebagai suatu bahasa kerana bahasa isyarat mempunyai cirri-ciri yang tersendiri. Jadi, kalau rasa berkeinginan hendak belajar, silalah belajar. Kalau kalian ada adik-beradik pekak atau rakan-rakan pekak serta orang normal yang mengetahui bahasa isyarat dan sebagainya, ambillah peluang daripada mereka untuk mempelajarinya. Banyak kelebihannya. Hal ini bukan bermakna bahasa isyarat hanya boleh digunakan oleh orang pekak sahaja tetapi orang normal boleh menggunakannya. Kelebihannya nanti akan saya ceritakan pada blog akan datang. Namun, bahasa isyarat sangat cantik dan menarik berbeza daripada bahasa-bahasa lain. Jangan terkejut bila anda pelajari bahasa isyarat atau MySL anda boleh bertutur dengan semua orang pekak di seluruh dunia kerana terdapat simbol isyarat yang hampir-hampir sama dengan negara lain. :-)

Page 16: Pengenalan Bahasa Isyarat

KOMUNIKASI MURID-MURID BERMASALAH PENDENGARAN

1.0 Pengenalan

Komunikasi adalah proses di mana seseorang itu bertukar maklumat dan idea. Menurut Owen

(1990), maklumat diterima dan saling memahami. Komunikasi menggunakan petuturan dan

bahasa, aspek lain perlu diambil kira seperti bentuk, intonasi, penekanan suara dan gaya

pertuturan yang boleh menggambarkan emosi dan sikap penutur yang memberikan pelbagai

makna. Komunikasi bukan sahaja menggunakan bahasa tetapi boleh juga terjadi melalui gesture

(tanda isyarat), gerak badan, eye contact dan ekspresi atau mimik muka. Komunikasi begini

digunakan dalam kalangan orang-orang yang mempunyai masalah pendengaran. Julia Jantan

dan Siti Suhaila Samian (2007), menyatakan masalah pendengaran merupakan kehilangan

seluruh atau sebahagian kemampuan mendengar daripada satu atau kedua-dua belah telinga.

Tahap kehilangan pendengaran adalah ringan 20dB hingga 40dB, sederhana 40dB hingga 60db,

teruk. 60dB hingga 90dB dan sangat teruk 90dB keatas. Masalah utama kanak-kanak bermasalah

pendengaran ialah kesukaran dalam pertuturan, bahasa dan berkomunikasi secara lisan. Kanak-

kanak bermasalah pendengaran kurang dan tidak diberi peluang untuk bertutur dan

berkomunikasi dengan individu normal. Faktor ini menyebabkan proses perkembangan bahasa,

pencapaian akademik dan psikososial mereka terjejas.

1.1 Masalah komunikasi bermasalah pendengaran

Kebanyakan ibubapa berpendengaran biasa yang mempunyai anak pekak (di Malaysia) tidak

berpendidikan tinggi, tinggal di luar bandar dan tidak mengambil berat tentang kepentingan

komunikasi menyebabkan mereka tidak pasti apakah bentuk bahasa (lisan, isyarat, tulisan) yang

patut digunakan bagi tujuan komunikasi. Kanak-kanak ini dibesarkan dalam persekitaran

berbahasa lisan yang digunakan oleh orang-orang di persekitaran mereka.

Masalah komunikasi dengan masayarakat normal menyebabkan orang pekak kehilangan hak

untuk sama-sama merasai kenikmatan hidup di bumi yang merdeka, maju dan membangun ini.

Banyak perkara yang tidak dapat dinikmati atau terpaksa dilupakan kerana tiada komunikasi

antara mereka dengan dunia luar. Seterusnya, Dasar Integrasi Nasional ke arah interaksi dan

komunikasi menyeluruh tidak kesampaian.

Page 17: Pengenalan Bahasa Isyarat

Seperti manusia biasa, orang pekak harus menjalani kehidupan sehari-hari. Dari aspek

pendidikan, kerajaan telah menyediakan kemudahan seperti sekolah pendidikan khas, sekolah

integrasi dan juga guru-guru yang mengajar bahasa isyarat kepada mereka. Kemudahan ini

bertambah dari semasa ke semasa selaras dengan pertambahan golongan pekak di Malaysia.

Namun, masih terdapat masalah yang wujud. Pertama, sistem bahasa isyarat yang sangat

rencam, yang digunakan sejak zaman dahulu tidak efektif untuk membawa golongan pekak

sebaris dengan masyarakat yang normal. Ada kepincangan pada sistem itu yang perlu diperbaiki

agar sistem komunikasi dua hala antara orang pekak dan mereka yang normal berjalan dengan

telus.

Masalah yang kedua pula ialah hubungan kemasyarakatan dan hak bersama golongan pekak

amat jauh dari masyarakat normal. Ini kerana, mereka hanya dapat berkomunikasi dengan orang

yang tahu berbahasa isyarat. Masalah bertambah rumit apabila jumlah jurubahasa isyarat amat

kurang, iaitu hanya 15 jurubahasa isyarat profesional yang berkhidmat sepenuh masa. Kedua-dua

masalah ini seterusnya menyumbang kepada keampuhan jatidiri dan seterusnya menyebabkan

golongan pekak mula membina dunia mereka sendiri yang terpisah daripada masyarakat normal.

Kesan daripada kedua-dua masalah itu, golongan pekak keciciran dalam aspek pendidikan.

Selain itu, mereka gagal dalam mendapatkan hak seperti berurusan dengan sektor-sektor awam,

mengakses maklumat terkini tentang dunia semasa, hak untuk

menyuarakan pendapat, hak untuk membuat pilihan dan juga hak untuk mendapatkan keperluan

asas. http://psittacula.wordpress.com/2007/11/22/mereka-tidak-pekak/

1.2 Lima kaedah komunikasi yang boleh digunakan dalam kalangan orang

bermasalah pendengaran iaitu pekak.

1.2.1 Bacaan bibir

1.2.1.1 Konsep

Bacaan bibir merupakan kaedah komunikasi melalui memahami pertuturan dengan mengikut atau

memerhatikan bibir penutur termasuk memahami atau mentafsir hingga ke otot muka dan gerak

badan penutur. Antara organ pertuturan yang terlibat dalam bacaan bibir ialah paru-paru,

tenggorok, larkins, peti suara, tekak, hidung, rahang dan mulut. Bacaan bibir adalah pertuturan

tulin (pure oral) yang memberi tekanan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui

pertuturan secara ‘sengaja’. Pendekatan bacaan bibir memerlukan murid-murid pekak bertutur

sepertimana murid-murid biasa. Raja Mariam Raja Mohd Iskandar (1999).

1.2.1.2 Kelebihan

a) Rasional penggunaan pendekatan bacaan bibir berasaskan kepada anggapan bahawa murid-

Page 18: Pengenalan Bahasa Isyarat

murid pekak yang ada sisa pendengaran seharusnya digembeleng kebolehan pendengaran

mereka semaksimum mungkin untuk menguasai bahasa pertuturan. Saadiah Ahmad (2009).

b) Anggapan kedua ialah murid-murid pekak merupakan kumpulan minoriti dalam masyarakat

yang berkomunikasi melalui pertuturan, oleh itu penguasaan bahasa

lisan melalui bacaan bibir amatlah perlu untuk membolehkan mereka ‘selesa’ dalam masyarakat.

Saadiah Ahmad (2009).

1.2.1.3 Kekurangan

a) Kelemahan bacaan bibir ialah apabila penumpuan tidak dapat diberikan pada kualiti bunyi

petuturan itu sendiri seperti tinggi atau rendahnya bunyi petuturan. Bacaan bibir amat bergantung

kepada deria pengelihatan di mana pencahayaan yang terang adalah amat diperlukan bagi

memudahkan penumpuan ke arah wajah penutur. Menurut Tan Chin Guan (1999),

b) Dalam mempelajari mana-mana bahasa pertuturan, faktor kebolehan mendengar adalah

penting (Paul & Quigley, 1994). Ketidakmampuan kita mendengar tidak membolehkan kita

mengajuk atau meniru bunyi-bunyi sesuatu bahasa yang kita pelajari. Ramai di kalangan kita tidak

dapat bertutur dalam bahasa yang tidak pernah kita dengar kerana tidak pernah mendengar

bunyi-bunyi bahasa berkenaan. Inilah keadaan yang berlaku kepada murid-murid pekak dalam

mempelajari bahasa lisan. Dapat dibayangkan betapa susah dan sukarnya murid-murid pekak

diajar dan mempelajari bahasa lisan. Lagipun, mengajar bertutur bukan tugas utama

persekolahan kanak-kanak pekak. Tugas mengajar bertutur terletak di atas bahu professional lain

(contoh, audiologist dan jurupulih pertuturan).

1.2.1.4 Refleksi

Kaedah ini boleh berjaya sekiranya mereka yang mempunyai hubungan dengan pelajar

meneruskan usaha-usaha mengajar kanak-kanak bertutur. Alat-alat bantu pendengaran dapat

membantu kanak-kanak separa pekak menguasai bahasa yang baik. Sistem ini sesuai untuk

kanak-kanak yang mengalami kemampuan pendengaran antara 40 hingga 65 desibel. Lazimnya,

latihan melalui pendekatan bacaan bibir diberikan kepada murid-murid yang mempunyai sisa-sisa

pendengaran. Bacaan Bibir menjadikan kanak-kanak

pekak mempunyai pencapaian akademik yang lemah, pertuturan yang tidak dapat difahami dan

kemahiran-kemahiran komunikasi am yang lemah. Kanak-kanak pekak memerlukan sesuatu

bentuk tambahan pandang untuk mengiringi pertuturan seperti yang disokong oleh mereka yang

mengamalkan Komunikasi Seluruh.

1.2.2 Pertuturan Kiu

1.2.2.1 Konsep

Page 19: Pengenalan Bahasa Isyarat

Merupakan satu kaedah sistem pergerakan tangan yang boleh membezakan bunyi-bunyi apabila

melihat pergerakan bibir contohnya bunyi /p/, /b/ dan /m/ iaitu bunyi fitur disingtif seperti bunyi

vokal dan bunyi nasalisasi (sengau). Tangan digerak hampir dengan muka penutur yang bukan

merupakan isyarat tetapi adalah cara untuk menidentifikasikan bunyi-bunyi fitur distingtif. Ianya

mengandungi lapan konfigurasi dan empat kedudukan tangan digunakan sebagai tambahan

informasi bibir untuk membuat suku kata nampak berbeza dari yang lain sama ada dibibir atau di

tangan. Penutur menggunakan salah satu tangan mereka untuk membolehkan pembaca bibir

mengecam dengan jelas setiap suku kata yang dituturkan. Ini bermakna petuturan kiu

memungkinkan pembaca bibir membaca setiap perkataan dengan tepat. Abdullah Yusoff et. All

(2006).

1.2.2.2 Kelebihan

a) Pada masa ini, Petuturan Kiu merupakan satu-satunya kaedah yang mana bahasa petuturan

boleh dibaca pertuturannya oleh orang yang pekak dengan tahap ketepatan yang hampir sama

dengan sebagaimana ia didengar oleh seorang yang berpendengaran normal. Menurut Tan Chin

Guan (1999), kelebihan Pertuturan Kiu yang utama ialah perbendaharaan kata yang tidak terhad

yang tidak memerlukan daya ingatan atas pihak penutur. Ini adalah kerana setiap perkataan

yang ditutur boleh sentiasa dikiu atas asas suku kata dilakukan tepat seperti ia disebutkan.

b) Kelebihan Pertuturan Kiu adalah kebolehgunaannya oleh kanak-kanak pekak untuk

memperolehi bahasa lisan secara semulajadi dan pada kadar yang agak biasa dan membenarkan

pertuturan pada kadar yang sesuai. Pertuturan Kiu memudahkan pemerolehan bahasa lisan oleh

kanak-kanak pekak terutamanya perkembangan kemahiran-kemahiran khas yang berkaitan

dengan bahasa lisan seperti penerimaan dan penghasilan pertuturan, membaca dan menulis.

Melalui pemerolehan bahasa yang agak normal oleh kanak-kanak pekak akan membawa kepada

kualiti kehidupan yang jauh lebih baik untuk mereka disebabkan oleh perkembangan emosi, sosial

dan kognitif yang normal, perkembangan kemahiran-kemahiran pengenalan huruf yang lebih awal

dan mudah, peluang-peluang yang bertambah dalam kemajuan pendidikan dan sebagai impak

yang tidak terbatas dalam pilihan profesion atau tempat pekerjaan. Raja Mariam Raja Mohd

Iskandar (1999).

1.2.2.3 Kekurangan

a) Namun penguasaan Pertuturan Kiu akan lebih dikuasai oleh mereka yang

mempunyai saki baki pendengaran yang baik. Kanak-kanak yang mempunyai

Page 20: Pengenalan Bahasa Isyarat

tahap kepekakan yang berat sukar menguasai Pertuturan Kiu. Kanak-kanak yang

bertutur mengunakan kiu biasanya tidak mempelajari bahasa isyarat. Keadaan ini

menyebabkan mereka bermasalah untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak

pekak yang lain. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003).

b) Kanak-kanak pekak yang menggunakan pertuturan kiu hanya dapat berkomunikasi

dengan orang-orang yang mempelajari dan memahami petuturan

kiu sahaja. Petuturan kiu memerlukan pergerakan tangan untuk lapan kombinasi konsonan.

Apabila Gerakan bibir tidak dapat dilakukan dengan jelas maka perkataan yang dilafazkan sukar

difahami oleh orang lain. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003).

1.2.2.4 Refleksi

Melalui pertuturan kiu kanak-kanak dapat mempelajari bahasa dengan baik. Murid-murid

bermasalah pendengaran boleh menguasai Bahasa Melayu. Ejaan menggunakan suku kata dan

enam kedudukan vokal membantu bunyi suku kata dengan jelas. Namun pertuturan kiu perlu

mendapat kesinambungan mempelajari di sekolah dan mempraktikkanya di rumah bersama

keluarga.

1.2.3 Komunikasi Seluruh

1.2.3 Konsep

Kaedah ini dikenali dengan total comunication. Digunakan dalam pendidikan kanak-kanak pekak,

menggunakan keseluruhan bahasa iaitu gerakan isyarat, bahasa isyarat, mimik muka, petuturan,

bacaan bibir, ejaan jari, membaca dan menulis. Komunikasi Seluruh hanya dapat di lakukan

secara berhadapan. ‘Komunikasi seluruh’ merujuk kepada situasi yang mana guru menggunakan

apa-apa sahaja untuk membolehkan murid-murid memahami bahasa. Mimik muka, lakonan,

pertuturan dan sebagainya digunakan Abdullah (1997). Kaedah ini perlu digunakan seawal

mungkin supaya kanak-kanak berupaya menguasai bahasa dan dapat berkomunikasi dalam

masyarakat serta mampu mengelakkan perasaan terasing.

1.2.3.2 Kelebihan

a) Menurut Raja Mariam Raja Iskandar (1999). Kaedah komunikasi seluruh menggunakan kaedah

isyarat, gerak isyarat mewakili sama ada perkataan yang

Page 21: Pengenalan Bahasa Isyarat

lengkap atau lebih tepat lagi, morfem yang merupakan bahagian-bahagian perkataan individu

yang bermakna. Sebagai contoh perkataan “dimakan” mempunyai dua morfem, ‘makan’ (kata

kerja) dan ‘di’ (penanda kata lampau). Oleh itu perkataan ‘dimakan’ diisyaratkan dngan mengguna

isyarat untuk

‘makan’ diikuti dengan isyarat yang melambangkan ‘di-‘ untuk menunjukkan kata lampau.

b) Isyarat-isyarat dalam komunikasi seluruh adalah sebagai permulaan dan eksperimen ke arah

menambah kegunaan tangan dalam sistem oralisme setelah. Berbeza dengan kod, bahasa

isyarat lebih kepada memberi makna yang perlu difahami semasa berinteraksi di antara satu

sama lain. Ianya tidak menunjukkan keperluan kegunaan imbuhan yang dicantumkan dengan

kata dasar. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1997)

1.2.3.3 Kekurangan

a) Menurut Saadiah Ahmad (2009). Bahasa Isyarat Komunikasi seluruh telah digunakan oleh

kanak-kanak pekak di Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan Pulau Pinang sejak 1954.

Komunikasi Seluruh menghadapi masalah apabila terdapat perkataan yang tidak mempunyai

isyarat. Justeru daripada itu buku, “American Sign Language” digunakan. Namun, terdapat

beberapa isyarat yang bertentangan dari segi agama dan budaya Malaysia tidak sesuai diguna

pakai maka isyarat lain yang digunakan oleh kanak-kanak pekak pada ketika itu digunapakai.

b) Penggunaan Komunikasi Seluruh merupakan satu elemen penting dalam

pengajaran Bahasa Melayu iaitu penggunaan serentak pertuturan dan isyarat. Guru-guru dan

kanak-kanak bermasalah pendengaran perlu menguasai kod yang ditetapkan untuk mewakili kata

Bahasa Melayu. Guru-guru perlu menguasai

setiap kod bagi mewakili kosa kata Bahasa Melayu semasa pengajaran mengikut topik dan subjek

yang diajar. Di samping itu guru juga perlu memahami prinsip-prinsip penggunaan kod bagi

mengambarkan proses morforlogi yang berlaku dalam Bahasa Melayu. Umpamanya kod bagi

kata dasar, kata majmuk, kata ganda dan kata berimbuhan ada tatacaranya tersendiri. Selain itu,

kod-kod bagi setiap

jenis imbuhan iaitu depan, apitan dan belakang mesti dikuasai guru dan murid supaya tidak

menimbulkan kekeliruan pada kanak-kanak bermasalah pendengaran. Abdullah Yusoff dan Che

Rabiaah Mohamed (2004).

1.2.3.4 Refleksi

Page 22: Pengenalan Bahasa Isyarat

Melalui Komunikasi Seluruh setiap kali petuturan digunakan dengan kanak-kanak pekak ia mesti

diiringi dengan suatu bentuk kaedah tambahan pandang (malah sentuhan juga) dengan serentak

untuk membantu kanak-kanak iatu mengecam dan memahami setiap perkataan pertuturan

dengan jelas untuk difahami semasa berinteraksi di antara satu sama lain. Komunikasi Seluruh

juga menggambarkan kaedah penggunaan pelbagai deria.

1.2.4 Bahasa Isyarat Kod Tangan bahasa Melayu (KTBM)

1.2.4.1 Konsep

Menurut Abdullah Yusoff (1996) KTBM adalah bahasa isyarat yang menggunakan seluruh

anggota termasuk mimik muka semasa berkomunikasi. Bahasa Isyarat dicipta untuk orang pekak.

KTBM adalah menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa melayu

sebagaimana yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca dan difahami . Penurunan KTBM ini ke

dalam

bahasa tulisan sedikitpun tidak mengalami sebarang perbezaan dalam struktur dan semantik

Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia (1985).

1.2.4.2 Kelebihan

a) Menurut Saadiah Ahmad (2009), KTBM adalah satu bahagian daripada prinsip Komunikasi

Seluruh (KS). Kombinasi bahasa isyarat, kod ejaan jari dan pertuturan digunakan. KTBM memberi

penekanan kepada pembelajaran Bahasa Melayu, melalui kod dan bukan menukar kod kepada

bahasa. KTBM adalah cara mempelajari Bahasa Malaysia dengan menggunakan kod-kod

tertentu. KTBM membantu dalam tulisan dan pertuturan bagi membantu dalam menentukan orang

pekak dapat menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. KTBM sangat penting untuk

memperkukuhkan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

b) Saadiah Ahmad (2009) juga menyatakan mempelajari KTBM lebih menarik dan pergerakan

tangan lebih senang. Kegunaan kod lebih mudah daripada melatih murid-murid bertutur.

Petuturan memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang bunyi dan bagaimana sesuatu

perkataan disebut untuk mengeluarkan suara, sedangkan orang pekak sendiri tidak berupaya

mendengar suara mereka.

1.2.4.3 Kekurangan

a) KTBM ini bukan sesuatu bahasa umum tetapi merupakan salah satu cara komunikasi dalam

tatabahasa Bahasa Melayu yang baku. Dengan kata lain, KTBM digunakan apabila berlakunya

terjemah daripada lisan (suara) kepada visual (tangan) dalam tatabahasa Bahasa Melayu.

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003).

b) KTBM melambatkan lagi komunikasi antara dua Orang Pekak. KTBM tidak dapat memberi

gambaran dan maksud kepada Orang Pekak, Apabila KTBM

Page 23: Pengenalan Bahasa Isyarat

digunakan, kebanyakan Orang Pekak mengalami kekeliruan apabila berkomunikasi dalam KTBM.

KTBM terlampau lambat digunakan untuk terjemahan. Persekutuan Orang Pekak Malaysia

(2003).

1.2.4.4 Refleksi

KTBM dapat membantu kanak-kanak pekak membentuk ayat yang betul, menggunakan kod-kod

yang sama bagi perkataan yang sama. Melalui KTBM akan dapat menggalakkan kanak-kanak

menulis perkataan-perkataan setelah kod untuk semua jenis kata dipelajari, Melalui KTBM

matapelajaran Bahasa Melayu kanak-kanak pekak lebih mudah untuk dipelajari dan difahami.

1.2.4 Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)

1.2.5.1 Konsep

BIM ialah bahasa yang tulen bagi Orang Pekak Malaysia. BIM juga merupakan bahasa ibunda

dan bahasa istimewa bagi Orang Pekak Malaysia. BIM digunakan dan diterima pakai oleh Orang

Pekak Malaysia secara meluas. Bahasa yang dibukukan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia

(MFD) pada tahun 2000 mengandungi 1000 isyarat-isyarat yang digunakan oleh orang pekak

untuk tujuan komunikasi dan penterjemahan. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003).

1.2.5.2 Kelebihan

a) Pada tahun 2003 isyarat-isyarat untuk kegunaan informasi teknologi maklumat telah dibukukan

oleh MFD untuk membolehkan kanak-kanak pekak berinteraksi dengan ahli-ahli lain dalam

keluarga. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003) menyatakan BIM merangkumi komunikasi,

pendidikan, sosial, sukan, budaya, agama, ekonomi dan politik.

b) Dengan menggunakan BIM, orang Pekak mampu berbincang pelbagai isu-isu yang timbul,

bergurau-senda, memudahkan komunikasi antara dua orang pekak serta memberi kesan

pemahaman yang baik kepada antara satu yang lain. Selain itu, BIM ini juga mempunyai

peraturan untuk digunakan tidak menyerupai Bahasa Inggeris dan terdapat tatabahasa tersendiri.

BIM ini diwujudkan secara tidak langsung dan bukan dicipta oleh seorang

sahaja.http://www.geocities.com/bimalaysia/

1.2.5.3 Kekurangan

a) Selain daripada isyarat yang memberi makna terus, BIM ini terpaksa menggunakan pergerakan

badan, kepala, mata selain daripada ejaan jari. Contohnya ‘Munira rajin’ adalah dua perkataan

yang boleh bermakna, ‘Munira tidak rajin’.Jika perkataan ‘Munira’ dieja menggunakan ejaan jari

kemudian geleng kepala atau menggerakan tangan untuk menunjukkan makna, ‘tidak’ dan dikuti

dengan isyarat ‘rajin’. Jika perkataan ‘Munira’ dieja kemudian ‘rajin’ diisyaratkan untuk bermakna

rajin, ianya bererti ‘Munira rajin’. Keadaan tersebut menunjukkan struktur ayat dan makna yang

tidak lengkap. Saadiah Ahmad (2009)

Page 24: Pengenalan Bahasa Isyarat

b) BIM tidak mempunyai tatabahasa yang lengkap seperti KTBM iaitu imbuhan awalan dan

imbuhan akhiran. Tatabahasa antara BIM dengan KTBM adalah berbeza. Perbezaan tatabahasa

ini merupakan gejala utama yang memperlihatakan bahawa bahasa tulisan murid-murid pekak

sukar difahami, yang berakibat daripada terdapatnya pengaruh BIM ke dalam penulisan Bahasa

Melayu yang dihasilkan oleh murid-murid pekak. Saadiah Ahmad (2009

1.2.5.4 Refleksi

BIM memberi makna terus sama ada secara ekspresif atau reseptif. BIM adalah bahasa orang

pekak. BIM digunakan sebagai bahasa pengantara Persekutuan Orang Pekak. Ia

mempunyai struktur ayat tersendiri dan tidak menyerupai mana-mana bahasa. Bahasa isyarat

yang berbentuk visual mengutamakan perkara-perkara yang dilihat dahulu sebagai permulaan

kepada sesuatu ayat seperti bahasa isyarat Amerika (ASL). BIM menggunakan konsep abjad

sebelah tangan. BIM memudahkan komunikasi sesama orang pekak namun BIM tidak sesuai

untuk bahasa penulisan orang pekak berbanding komunikasi seluruh dan KTBM.

2. Rumusan

Kanak-kanak bermasalah pendengaran mempunyai masa hadapan yang cerah sekiranya mereka

diberi pendedahan yang awal. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mengalami masalah

pendengaran perlu segera membawa anak mereka kepada pakar audiologist untuk

mengesahkanya dan memberi rawatan yang sepatutnya. Kanak-kanak perlu dimasukkan ke

program pendidikan khas bermasalah pendengaran untuk intervensi awal. Di sekolah adalah

masa yang sesuai bagi menyampaikan ilmu kepada orang Pekak sebab minda kanak-kanak

tersebut adalah masih lembut dan menerima input yang berharga. Kunci untuk menyampaikan

ilmu kepada kanak-kanak Pekak ialah kemahiran komunikasi, kerana ilmu di sampaikan kepada

kanak-kanak melalui komunikasi. Di antara guru dan murid, murid dan rakan-rakan. Mereka tidak

boleh dibiarkan keseorangan tanpa sesiapa di sekeliling memahaminya. Walaupun terdapat

pelbagai cara berkomunikasi di kalangan orang pekak yang pastinya mereka saling memahami

interaksi sesama mereka. Kelebihan kepada mereka yang mempunyai inisiatif mempelajari

pelbagai komunikasi orang pekak. Namun kerjasama, sokongan, bimbingan dan galakan di antara

ibu bapa, keluarga, guru-guru dan masyarakat sekeliling anak-anak pekak amat penting untuk

membentuk komunikasi yang baik dan bermakna.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Yusoff. (1996) Pemaparan Idea Dalam Karangan: Kajian Kes Terhadap Karangan

Pelajar Pekak (An Expression Of Idea In A Composition : A Case Study On A Deaf Student).

Jurnal Dewan Bahasa, 40: 4, 321-336.

Abdullay Yusoff. (1997) Pembentukan Bahasa Isyarat Di Kalangan Pelajar Pekak (The Formation

Of Sign Language Among Deaf Pupils). Kuala Lumpur : Fakulty Of Linguistic University Malaya.

Page 25: Pengenalan Bahasa Isyarat

(Unpblished M.A Tesis)

Abdullah Yusof, Safni Bari & Mohd Mokhtar Tahar (2007). Pengenalan Pendidikan Khas : Open

University Malaysia Kuala Lumpur.

Julia Jantan & Siti Suhaila Samian (2007). Perkembangan Dan Ciri-ciri Kanak-kanak

Berkeperluan Khas : Open University Malaysia Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1985). Komunikasi Seluruh Bahasa Melayu Kod

Tangan. Jilid 1, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1997). Bultein Pendidikan Khas: Jabatan Pendidikan

Khas.

Owen (1990). Language Disorders : A Functional Approach to Assessment and

Intervention. Boston :Allyn &Bacon

Paul, P. & Quigley, S (1994) Language And Deafness San Diego: Singular Publishing Group.

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003). Bahasa Isyarat Malaysia : Persekutuan

Orang Pekak Malaysia Kuala Lumpur.

Raja Mariam Raja Mohd Iskandar (1999). Bertutur Dengan Kanank-kanak Pekak :

Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia Kuala Lumpur.

Saadiah Ahmad (2009). Pengenalan Kepada Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM): Open

Universiti Malaysia Kuala Lumpur.

Tan Chin Guan (1999). Bertutur Dengan Kanank-kanak Pekak : Persatuan Kebangsaan

Pekak Malaysia Kuala Lumpur.

SUMBER INTERNET

Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed (2004). (t.t) Penguasaan Bahasa Melayu

dalam Kalangan Murid Pekak: Suatu Sorotan dari Perspektif Linguistik Jurnal

Dewan Bahasa Dicapai pada 28 Jun 2009 dari

http://www.angelfire.com/journal2/abdullahyusoff/penguasaan_bhs.html

Bicara Rasa Sang Bayan (2007). (t.t)Mereka Tidak Pekak. Dicapai pada 28 Jun 2009 dari

http://psittacula.wordpress.com/2007/11/22/mereka-tidak-pekak/

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2007). (t.t) Bahasa isyarat . Dicapai pada 28 Jun 2009 dari

http://www.geocities.com/bimalaysia/.

Page 26: Pengenalan Bahasa Isyarat