pengujian mata pelajaran muzik.pptx

7
Pengujian Mata Pelajaran Muzik Anthena Differy Jekuis Kong Hui Henry Goh Shanu

Upload: may-tyng-lam

Post on 07-Sep-2015

16 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Pengujian Mata Pelajaran Muzik

Pengujian Mata Pelajaran MuzikAnthenaDifferyJekuisKong HuiHenry GohShanuR.M Gagne dalam Mok Soon Sang(2009) telah dipetik berkata pengujian ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu.Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) telah dipetik berkata pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang individu terhadap pembelajarannya.Tan Hui Leng, Ee Ah Meng(1996) telah dipetik berkata pengujian bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan bersistemAzizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah dipetik berkata bahawa pengujian merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau prosedur yang bersistem bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu murid.Cronbach(1970) dalam Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah dipetik berkata ujian ialah satu prosedur yang bersistem untuk memerhatikan perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan membuat huraian dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategoriBerdasarkan definisi dari hasil pengumpulan maklumat yang pelbagai di atas, dapat disimpulkan bahawa pengujian melibatkan suatu proses yang berlaku secara sistematik. Oleh itu, pelbagai perkara yang berlaku di dalam bilik darjah boleh dikategorikan sebagai pengujian selagi mana ianya dilaksanakan secara bersistem dan mengikut sesuatu prosedur yang ditetapkan. Sebagai contoh, guru meminta murid untuk menulis hobi dan makanan kegemaran masing-masing di dalam borang khusus.Maka, perkara ini turut dilihat sebagai pengujian kerana dilaksanakan secara bersistem dan mengikut prosedur khusus iaitu mengisi borang selain mempunyai instrumen tersendiri iaitu borang.

Pengujian dilihat sebagai suatu proses yang terhad dan merujuk kepada suatu teknik untuk mendapatkan maklumat mengenai perubahan tingkah laku individu. Alat yang digunakan untuk mengukur pencapaian murid dalam sesuatu pengujian adalah ujian dan pemerhatian. Ia biasanya dilaksanakan bermula dari peringkat persediaan diikuti dengan peringkat perlaksanaan dan diakhiri dengan peringkat pemeriksaan. Kebiasaannya, pengujian dilaksanakan untuk mengenalpasti kemampuan murid dan pencapaian murid terhadap sesuatu kemahiran atau ilmu yang dipelajari.Walaubagaimanapun, pengujian merupakan suatu perkara yang tidak mutlak. Pengujian ketinggian mental seseorang tidak dapat di nisbahkan dan dikuantitikan secara kuantitatif.

Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) dan Mok Soon Sang (2009) menyatakan bahawa tujuan perlaksanaan pengujian ini adalah seperti berikut :1)mengenalpasti pencapaian murid dalam sesuatu kemahiran atau isi pelajaran yang telah diajar.2)Menentukan dan mengenalpasti perubahan tingkah laku murid-murid.3)Mengelaskan murid kepada kumpulan lemah, sederhana dan bijak mengikut keputusan pengujian yang dilakukan sekaligus melakukan penggredan kepada murid-murid.4)Pengujian bertindak sebagai motivasi ekstrinsik kepada murid-murid untuk terus mengulangkaji pelajaran.5)Memilih murid-murid untuk tugas tertentu seperti mewakili sekolah dalam sesuatu pertandingan atau kuiz pendidikan.

Terima Kasih!