pengubahsuaian strategi pengajaran sains untuk murid

Upload: logeswary-suresh

Post on 24-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Pengubahsuaian Strategi Pengajaran Sains Untuk Murid

    1/2

    Pengubahsuaian Strategi Pengajaran Sains Untuk Murid-Murid

    Masalah Pembelajaran

    Murid-murid berkeperluan khas memiliki gaya belajar, tahap kekuatan dan

    kelemahan yang berbeza. Pengubahsuaian dalam strategi pengajaran dan penilaianserta kurikulum yang disediakan, akan mengalakkan murid-murid berkeperluan

    khas mengembangkan kefahaman yang lebih baik terhadap konsep-konsep sains.

    Pengubahsuaian yang perlu dilakukan adalah terhadap kandungan, bahan,

    peringkat, lokasi, penilaian dan hubungan dengan kehidupan. Kandungan kurikulum

    sains diubahsuai dengan mengambil kira jenis keupayaan murid. Ianya perlulah

    yang ringkas khusus untuk memenuhi keperluan murid-murid yang mengalami

    pelbagai kecacatan kurang upaya, iaitu mengandungi tujuan, bahan-bahan dan

    aktiviti serta tugasan yang mudah dilaksanakan diperlukan oleh guru-guru yang

    mengajar. Mereka juga memerlukan alat yang membantu proses pendidikan seperti

    alat bantuan pendengaran bagi kanak-kanak pekak dan mesin railler bagi mereka

    yang buta. !alakkan mereka menggunakan komputer bagi yang berkebolehan.

    "ugasan yang diberikan perlulah pendek dan jelas dan diberi dalam bentuk

    lisan dan tulisan. Masa untuk mereka menyiapkan tugasan perlulah lebih panjang

    dan guru perlulah kerap mengingatkan mereka mengenai tugasan tersebut. !uru

    perlulah menggunakan alatan visual semasa proses pengajaran seperti contoh-

    contoh konkrit, carta dan model. #ika menggunakan makmal atau bilik sains, semua

    peralatan dan bahan perlulah dilabel dengan jelas dan digalakkan menggunakan

    kod $arna untuk meningkatkan pengenalan visual mereka. %igalakkan juga

    menggunakan &cue card' untuk menerangkan langkah-langkah prosedur eksperimen

    atau aktiviti yang akan dijalankan.

    (okasi pengajaran dan pembelajaran juga bergantung kepada kecacatan

    mereka, contohnya, murid-murid yang bermasalah pergerakan memerlukan tempat

    duduk khusus untuk mengelakkan rintangan dan halangan )zikal dan kelas yang

    menyediakan akses visual untuk demonstrasi, serta sambungan *eksibel untuk

    elektrik, air dan paip gas. Manakala bagi murid yang bermasalah pergerakkan dan

    menggunakan kerusi roda, mereka memerlukan permukaan kerja + inci dari lantai,

    lorong selebar -/ inci cukup untuk pergerakan kerusi roda.

    Pengubahsuaian penilaian juga perlu dilakukan terhadap murid-murid

    berkeperluan khas. Pelajar yang mempunyai kesulitan menulis penilaian boleh

    dilakukan seperti ujian lisan dan juga penyelesaian masalah. agi murid-murid yang

    boleh mengambil ujian biasa, masa tambahan diperlukan untuk memastikanbaha$a mereka mempunyai peluang untuk menyelesaikan soalan. 0ormat ujian

    alternatif seperti ja$apan ringkas, aneka pilihan, lisan dan esei perlulah bersesuaian

    dengan keperluan mereka.

    %alam "eras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 1PIPP2

    memperlihatkan kesungguhan pihak kerajaan membantu murid berkeperluan khas

    iaitu merapatkan jurang pendidikan antara murid-murid normal berdasarkan

  • 7/24/2019 Pengubahsuaian Strategi Pengajaran Sains Untuk Murid

    2/2

    kesesuaian dan keperluan mereka. 3ebagai seorang guru, perlu memberi peluang

    murid-murid ini belajar sepertimana rakan sebaya yang lain. 4dalah menjadi

    tanggungja$ab seorang guru bagi memastikan anak muridnya mencapai tahap

    akademik seperti mana kemampuan serta kesungguhan murid tersebut. Merancang

    pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid berkeperluan

    khas adalah sudah menjadi tanggungja$ab guru.