penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal anak

Upload: veronie-sweetiy

Post on 04-Apr-2018

328 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Anak

    1/9

    Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Anak

    Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu

    membantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa

    dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan

    perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya.

    Kepentingan Penglibatan Ibu Bapa

    Penglibatan ibu bapa memberi kebaikan kepada kanak-kanak, guru-guru dan ibu

    bapa itu sendiri. Antara faedah yang dikenal pasti adalah:

    Kebaikan kepada kanak-kanak

    1. Mereka dapat melihat peranan ibu bapa yang berbeza iaitu sebagai guru.

    2. Mereka dapat berkenal mesra, bersoal jawap dengan orang dewasa

    berkenaan sesuatu pengalaman ataupun pengetahuan kerana ibu bapa

    datang daripada pelbagai latar belakang pekerjaan.

    3. Mereka dapat lebih perhatian daripada orang dewasa ketika menjalankan

    aktiviti kumpulan di mana nisbah kanak-kanak berbanding orang dewasa.

    Kebaikan kepada ibu bapa

    1. Mereka dapat melihat tingkah laku anak di sekolah.

    2. Mereka berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi

    masalah tingkah laku anak-anak.

    3. Mereka dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar

    kepada anak mereka selama berada di sekolah.

    4. Mereka lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh anak-

    anak.

    5. Mereka boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti ransangan.

    6. Mereka dapat bersoal jawap dan berkongsi masalah dengan guru.

    7. Mereka dapat meningkatan ilmu pengetahuan.

  • 7/31/2019 Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Anak

    2/9

    Kebaikan kepada guru

    1. Mereka mendapat buah fikiran dan maklum balas secara terus daripada

    ibu bapa apabila hendak menjalankan aktiviti.

    2. Mereka dapat berkongsi masalah dan bersoal jawap bagi meningkatkan

    perkembangan anak-anak.

    3. Mereka boleh menjadi penghubung antara ibu bapa dan sekolah.

    4. Mereka dapat belajar dan meningkatkan pengetahuan hasil interaksi

    dengan ibu bapa yang mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan dan

    pendidikan.

    5. Mereka dapat sokongan dalam aktiviti yang dijalankan terutama yang

    melibatkan tenaga dan bantuan kewangan.

    Ibu Bapa Kanak-kanak Istimewa

    Pendidikan prasekolah mengalu-alukan kehadiran anak istimewa melalui

    program insklusif. Penglibatan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa juga

    sama pentingnya di prasekolah kerana:

    Sikap Ibu Bapa

    Penglibatan ibu bapa di prasekolah dapat mengurangkan tekanan emosi,

    kesugulan, kesedihan kerana mempunyai anak istimewa. Ia juga dapat

    mengubah sikap ibu bapa pada anak sama ada ia dianggap sebagai beban

    ataupun suatu dugaan serta dapat menyemai pandangan positif di kalangan

    masyarakat pada anak istimewa.

    Pengetahuan berkenaan keperluan anak istimewa

    Ramai ibu bapa menganggap anak istimewa hanya memerlukan

    keperluan asas dan kasih sayang. Sebenarnya mereka juga memerlukan

    keperluan seperti kanak-kanak biasa hingga tercapai keperluan pemenuhan

    kendiri (self-actualisation). Tanpa pengetahuan ini, kanak-kanak istimewa tidak

  • 7/31/2019 Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Anak

    3/9

    akan membesar ke tahap keupayaan mereka. Ramai ibu bapa oleh kerana

    kesian kepada anak biasanya memanjakan anak istimewa dan ini menyebabkan

    anak sentiasa bergantung kepada ibu bapa seumur hidup.

    Pengetahuan berkenaan peringkat-peringkat perkembangan anak istimewa

    Pengetahuan ini perlu kerana ini dapat membantu ibu bapa mendidika

    anak memperoleh kemahiran-kemahiran yang sesuai ( adaptaive behavior) untuk

    tingkah laku yang diterima oleh masyarakat. Kemahiran-kemahiran penyesuaian

    termasuk kemahiran sensori-motor, komunikasi ( bahasa dan pertuturan),

    kemahiran membantu diri ( self-help skills), kemahiran sosialisasi, aplikasi

    kemahiran asas dalam kehidupan seharian dan kemahiran membuat keputusan

    sendiri.

    Pengetahuan berkenaan khidmat sokongan

    Ibu bapa perlu menyedari bahawa membesarkan anak istimewa tidak

    dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa bantuan dari luar. Ibu bapa perlu

    tahu di mana boleh dapat khidmat sokongan bagi membantu mereka dalam

    penjagaan anak istimewa. Khidmat sokongna boleh diperoleh daripada doktor,

    guru, juru pulih dan pekerja social. Mereka dapat menghubungi ibu bapa lain

    yang senasib dengan mereka di prasekolah. Dengan bantuan ini, ibu bapa akan

    dapat sokongan moral dalam menjalankan peranan mereka sebagai ibu bapa

    yang baik.

    Masa depan kanak-kanak istimewa

    Ibu bapa perlu memikirkan masalah-masalah yang dihadapi oleh anak

    mereka pada masa depan dan mencari resolusi untuk masala-masalah ini.

    Sebagai ibu bapa mereka mesti berusaha menjadi kuasa pengerak bagi

    menyedarkan masyarakat berkenaan keperluan, hak asasi dan kemahuan anak

    istimewa. Ibu bapa adalah orang yang benar-benar mengetahui, prihatin dan

    peka pada anak istimewa. Oleh itu menjdai tanggungjawab mereka untuk

    berusaha mendapatkan penglibatan masyarakat demi masa depan anak mereka.

  • 7/31/2019 Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Anak

    4/9

    Tanpa penglibatan ibu bapa yang baik dan tanpa usaha yang gigih,

    kemungkinan nasib anak istimewa pada masa depan tidak cerah. Falsafah yang

    harus mendorong ibu bapa ialah Fikirkan berkenaan keupayaan bukan

    ketidakupayaan Think Ability, Not Disability. Mereka juga dapat:

    1. Membentuk kumpulan bertindak yang dapat membantu dan meringankan

    bebanan dan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai

    anak istimewa.

    2. Mewujudkan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan melibatkan ibu

    bapa tersebut di dalamnya.

    3. Menyedarkan ibu bapa berkenaan langkah-langkah yang perlu di ambil

    untuk membuat intervensi awalan dan asas pendidikan bagi anak-anak

    mereka yang kurang upaya serta memahami aspek-aspek pendidikan

    yang diperlukan oleh anak-anak mereka mengikut keupayaan anak-anak

    tersebut sama ada di dalam program segregasi, pengsealiran atau inklusif

    apabila tiba di peringkat persekolahan kelak.

    Aktiviti Penglibatan

    Membuat perjumpaan

    Perjumpaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu di peringkat awal,

    pertengahan dan akhir. Peringkat awal perjumpaan dilakukan pada sesi awal

    persekolahan. Guru perlu menerangkan hal-hal berkenaan prasekolah,

    kakitangan, kurikulum yang dijalankan dan pengurusan fizikal prasekolah. Di

    peringkat pertengahan, ibu bapa dan guru boleh berbincang berkenaan

    perkembangan perkembangan anak-anak mereka berdasarkan penilaian secara

    berterusan yang dijalankan oleh guru. Di peringkat akhir perjumpaan, aktiviti

    penyampaian sijil dan sebagainya boleh diusahakan.

  • 7/31/2019 Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Anak

    5/9

    Menganjurkan seminar dan bengkel

    Dengan menganjurkan seminar, ibu bapa dan guru dapat pendedahan

    berkenaan ilmu baru serta ciri-ciri kerjasama secara tidak langsung.

    Panggilan telefon dan e-mel

    Ibu bapa atau guru boleh menghubungi melalui telefon ataupun e-mel untuk

    berbincang, membuat penerangan aktiviti dan menceritakan perkembangan

    anak-anak.

    Jemputan melawat ke prasekolah

    Biasanya jemputan melawat ke prasekolah bertujuan menyesuaikan ibu bapa

    dengan persekitaran prasekolah selain daripada dapat beramah mesra dengan

    guru dan kakitangan prasekolah. Ibu bapa juga dapat memerhatikan anak-anak

    mereka belajar. Daripada pemerhatian ibu bapa dan guru ini, membolehkan

    mereka berbincang dan menyelesaikan masalah yang timbul. Kaedah ini juga

    sesuai apabila ibu bapa turut dijemput bagi menyertai lawatan.

    Lawatan ke rumah

    Guru perlu juga melawat ke rumah kanak-kanak bagi melihat sendiri latar

    belakang keluarga. Lawatan tidak semestinya dilakuakan hanya apabila kanak-

    kanak itu sakit atau tidak hadir agak lama. Kanak-kanak amat bangga apabila

    guru mereka datang melawat ibu bapa mereka. Ia dianggap sebagai hari

    bersejarah yang tidak dapat dilupakan.

    Risalah, majalah dan bahan tulis

    Ibu bapa boleh melibatkan diri dengan bersama-sama menyediakan bahan

    bertulis seperti risalah, majalah dan sebagainya. Kandungannya boleh

    dipelbagaikan seperti:

  • 7/31/2019 Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Anak

    6/9

    1. Nama, alamat dan nombor telefon ibu bapa dan guru

    2. Resipi kek

    3. Seni kata lagu

    4. Panduan memilih alat-alat permainan

    5. Aktiviti mingguan, hasil karya dan sebagainya

    Perkongsian

    Iltizam atau komitmen untuk membina perkongsian bermaksud perkongsian ilmu

    pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam usaha hendak memenuhi

    keperluan setiap kanak-kanak serta keperluan setiap keluarga. Terdapat

    pelbagai cara bagaimana perkongsian ibu bapa dan guru dapat dilaksanakan.

    Antaranya:

    1. Membantu guru mengajar ataupun membuat demontrasi

    Aktivti yang dapat dicadangkan seperti:

    Lukisan dan kraf tangan

    Pertukangan

    Masakan

    Muzik dan nyanyian

    Bercerita

    Berbincang

    Mengajar senamrobik

    Berenang dan sebagainya

    2. Menyediakan bahan keperluan kanak-kanak seperti:

    Membantu menyediakan alat bantu mengajar

    Membuat tanda nama anak-anak

    Menyediakan sudut-sudut pembelajaran

  • 7/31/2019 Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Anak

    7/9

    Membantu mencari bahan untuk dipamerkan

    Mengelola papan kenyataan

    Menaja

    3. Membuat projek bersama seperti:

    Membuat projek pertanian dan gotong-royong

    Menjaga perpustakaan kanak-kanak

    Menerbitkan majalah

    Membantu guru menyelaraskan program yang berkaitan dengan

    masyarakat

    Mengecat prasekolah

    Melibatakan diri dalam sukan

    Mencuci kolam renang dan sebagainya

    Di nyatakan di bawah ini beberapa idea yang dipikirkan berfaedah untuk

    perkongsian itu iaitu:

    1. Ketahui lebih dahulu idea-idea yang ingin disampaikan kepada ibu bapa.

    2. Tumpukan perhatian kepada beberapa aspek atau perkara sahaja setiapa

    kali.

    3. Sentiasa cuba member demonstrasi dan tidak hanya menerangkan

    permainan, teknik dan sebagainya.

    4. Jangan membuat andaian bahawa apabila sudah memberitahu atau

    menunjukkan kepada ibu bapa apa yang perlu dilakukan, maka mereka

    akan melakukannya.

    5. Usahakan persetujuan dan persefahaman dengan ibu bapa berkenaan

    kegiatan-kegiatan spesifik yang perlu mereka berikan perhatian

    sepenuhnya di rumah.

    6. Memulakan dengan objektif yang dapat dicapai dengan cepat dan mudah.

    Jangan cuba melakukan terlalu banyak pada sesuatu masa.

  • 7/31/2019 Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Anak

    8/9

    Kaunseling untuk ibu bapa

    Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa terutamanya merasakan sangat perlu

    diberikan kaunseling pada peringkat awal lagi. Di Malaysia khidmat kaunseling

    sedemikian sangat sedikit diberikan, sedangkan khidmat ini amat penting dan

    perlu kepada ibu bapa.

    Syarat Penglibatan

    Berfikiran positif dan fokus

    Ibu bapa dan guru perlu berfikiran positif dan fokus supaya tujuan yang hendak

    dicapai dapat dilaksanakan. Perbincangan berkesan akan membuahkan hasil

    yang diluar jangkaan.

    Berfikiran terbuka

    Ibu bapa dan guru perlu saling berfikiran terbuka untuk menerima kritikan dank

    omen yang membina ataupun sebaliknya. Ibu bapa dan guru mestilah membuka

    ruang dalam minda untuk melakukan yang terbaik bagi meningkatkan prestasi

    anak di prasekolah. Harapan dan impian ibu bapa kadang-kadang tidak dapat

    dijangkau oleh guru, jika ada persefahaman segala perkara berjalan dengan

    lancar.

    Ikhlas

    Ibu bapa dan guru mestilah ikhlas. Walaupun ikhlas merupakan sesuatu yang

    abstrak namun keikhlasan akan terpancar daripada hasil kerjasama yang

    dijalankan. Keikhlasan juga membuat ibu bapa dan guru tidak mengharapkan

    sebarang hadiah atau penghargaan.

  • 7/31/2019 Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Anak

    9/9

    Berbudi bahasa

    Dalam menjalinkan kerjasama, budi bahasa amat penting. Budi bahasa

    mencerminkan peribadi dan hubungan yang baik datang daripada komunikasi

    yang sihat dan bermakna.

    Kerahsiaan

    Ibu bapa dan guru mestilah bijak menyimpan maklumat dan kerahsiaan supaya

    apa yang dibincangkan sesuai dengan kumpulan yang hendak disasarkan.

    Perselisihan pula yang akan timbul akibat salah faham berlaku dan menjadi

    kecoh apabila rahsia dihebohkan.