pengisahan - official portal of ukm · 2016. 5. 9. · ‘pengisahan fakulti pendidikanukm...

90

Upload: others

Post on 08-Feb-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PENGISAHAN FAKULTI PENDIDIKAN UKM

    1972 – 2011

    ZURIA MAHMUD

    NORSHIDAH MOHAMAD SALLEH ZAMRI MAHAMOD SAEMAH RAHMAN

    Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

    Bangi, 2011

  • Diterbitkan di Malaysia Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-89216245/6458 Fax: 03-89254372 E-mel: [email protected] FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Cetakan Pertama, 2011 ISBN: 978-983-2267-33-1 Hak Cipta Terpelihara Semua hak terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia. PENGISAHAN FAKULTI PENDIDIKAN 1972-2011 Zuria Mahmud, Norshidah Mohamad Salleh, Zamri Mahamod & Saemah Rahman Susun Atur Huruf: Zamri Mahamod Reka Bentuk: Natrah Huruf: Cambria, Calibri 9, 10, 11, 14, 16 Dicetak di Malaysia oleh AWAL HIJRAH ENTERPRISE (001297243-W) No 12, Jalan 3/69, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor darul Ehsan. Tel: 012-3111844, Faks: 03-89258780, E-mel: [email protected]

  • ii

    KATA ALUAN

    DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN

    Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

    Tahniah dan syabas diucapkan kepada pengarang dan Jawatankuasa

    Seminar Alumni Fakulti Pendidikan UKM atas usaha menerbitkan buku

    ‘Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011’. Saya berbangga dengan

    kegigihan pengarang mendokumenkan segala peristiwa yang berlaku di

    Fakulti Pendidikan sejak penubuhannya sebagai Pusat Pendidikan pada

    tahun 1972. Kini Fakulti Pendidikan berdiri megah dengan bangunannya

    sendiri. Semoga buku ini akan menjadi rujukan kepada semua pihak.

    Selama 39 tahun penubuhan Fakulti, pelbagai peristiwa telah berlaku

    dalam usaha memperjuangkan ilmu pendidikan dan meneraju profesion

    pendidikan. Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli Fakulti dahulu

    dan sekarang telah membuahkan kejayaan yang cemerlang di mana Fakulti

    Pendidikan telah berdiri seiring dengan fakulti-fakulti lain di UKM. Fakulti

    Pendidikan kini menjadi rujukan oleh fakulti-fakulti yang lain dan

    universiti dalam mengendalikan program-program pemantapan

    pengajaran dan pembelajaran untuk para pelajar dan pensyarah di UKM.

    Fakulti Pendidikan mempunyai peranan yang sangat penting dalam Sistem

    Pendidikan Negara bagi melahirkan tenaga manusia yang berpengetahuan

    dan berkemahiran dengan ilmu pendidikan. Pelbagai usaha telah dilakukan

    oleh Fakulti dari dahulu hingga sekarang dalam melaksana dan

    memantapkan program-program pengajian akademik untuk pelajar

  • iii

    prasiswazah dan pascasiswazah. Fakulti Pendidikan terus berusaha

    melonjak lebih jauh menjadikannya sebuah institusi pendidikan yang

    terkehadapan.

    Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada

    pengarang dan semua pihak yang terlibat dalam menerbitkan buku ini.

    Semoga usaha murni ini dapat diteruskan di masa hadapan dalam

    menghasilkan buku-buku lain berkaitan Fakulti Pendidikan.

    Sekian dan terima kasih.

    PROFESOR DR. LILIA HALIM

  • iv

    KATA ALUAN PENGARANG

    Buku ‘Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011’ merupakan buku

    pertama yang mengkisahkan perkembangan Fakulti Pendidikan UKM

    semenjak ia ditubuhkan pada tahun 1972. Buku ini bertujuan

    mendokumenkan perkembangan dan cabaran yang telah dilalui untuk

    mewujudkan sebuah Fakulti Pendidikan yang amat disegani kini.

    Dokumentasi ini juga amat penting untuk menjadi rujukan kepada

    transformasi yang akan berlaku di masa depan.

    Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian menjelaskan

    fasa perkembangan di Fakulti Pendidikan. Bahagian 1 menceritakan proses

    menubuhkan Fakulti Pendidikan dari tahun 1972 hinggalah 1986, dan

    seterusnya usaha mendapatkan bangunan sendiri hinggalah tahun 1996.

    Bahagian 2 pula mengisahkan keaktifan dan semangat ahli Fakulti dalam

    memperkasa ilmu pendidikan, sehinggalah Fakulti berjaya menjadi

    peneraju profesion pendidikan di negara ini. Bahagian 3 merupakan

    penjelasan bagaimana Fakulti terus mengambil bahagian dengan gigih

    dalam proses transformasi pendidikan. Pada bahagian akhir ini,

    dipaparkan juga pelan strategik yang dirancang untuk memastikan

    kecemerlangan Fakulti di masa depan.

    Maklumat dalam buku ini adalah hasil kajian penulis berdasarkan sumber-

    sumber yang sahih, termasuklah penerbitan panduan program Pusat dan

    Fakulti Pendidikan, Jurnal terawal, laporan MQA, laporan tahunan, buku-

    buku yang ditulis berkenaan kegiatan pengajaran dan pembelajaran di

  • v

    Fakulti serta penerbitan tentang tokoh-tokoh di Fakulti. Maklumat ini telah

    disahkan oleh sekumpulan bekas pentadbir dan pensyarah Fakulti dalam

    temu bual yang dirakam.

    Penulis berharap buku ini dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang

    termasuklah pendidik, bakal-bakal pendidik, serta pembuat polisi

    pendidikan dan pendidikan tinggi. Fakulti Pendidikan telah berjaya

    berfungsi sebagai sebuah institusi yang memartabatkan ilmu pendidikan.

    Generasi seterusnya perlu bersedia untuk berhadapan dengan cabaran

    masa depan agar ilmu pendidikan terus kekal relevan dan menjadi tunjang

    kehidupan manusia beradab.

    Buku ‘Pengisahan Fakulti Pendidikan 1972-2011’ ini ditujukan khas kepada

    warga Fakulti dahulu dan kini. Pensyarah dan kakitangan sokongan dahulu

    adalah perintis kepada penubuhan Fakulti Pendidikan. Perjuangan warga

    Fakulti Pendidikan UKM yang bersemangat kental, bijaksana dan tadbir

    urus yang baik, telah merealisasikan impian dari sebuah Jabatan ke Pusat

    akhirnya menjadi Fakulti pada tahun 1986. Bagi mereka yang sudah

    kembali ke Rahmatullah, semoga jasa dan budi Tuan/Puan dirahmati Allah

    S.W.T dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Warga Fakulti

    yang sudah bersara, Tuan/Puan tetap dihati kami. Jasa dan budi Tuan/

    Puan tidak akan kami lupakan. Bagi pensyarah-pensyarah dan kakitangan

    sokongan baru, anda adalah pewaris dan peneraju yang akan membawa

    Fakulti Pendidikan UKM untuk terus menerajui pendidikan berkualiti dan

    menjanjikan harapan yang realistik.

  • vi

    Penulis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah

    menyumbang dalam membuahkan buku ini. Penghargaan tidak terhingga

    kepada Prof. Datuk Dr. T. Subahan M. Meerah, Prof. Datin Dr. Amla Mohd.

    Salleh, Prof. Puan Sri Dr. Rohaty Majzub, Prof Dato’ Dr. Zalizan Mohd. Jelas,

    Dr. Mohd Amir Shariffudin, dan Prof. Dr. Abd. Razak Habib yang telah sudi

    meluangkan masa untuk mengimbau kembali peristiwa penubuhan dan

    pemerkasaan Fakulti ini. Penghargaan juga ditujukan kepada Dekan, Prof.

    Dr. Lilia Halim dan Timbalan Dekan, Prof. Madya Dr. Saemah Rahman, Prof.

    Madya Dr. Norazah Mohd Nordin, dan Prof. Madya Dr. Effandi Zakaria yang

    memberikan data terkini serta pelan perancangan masa depan.

    Terima kasih kepada Dr. Mohd. Arif Ismail kerana membantu dalam

    membuat rakaman temu bual dan kumpulan sokongan Pn. Rahimah,

    Mahani, Umi, Mariam, Azizah, Edlina, Azmin, Rais, Aizat, serta Mashitoh

    yang telah membantu mencari fail-fail, dokumen, serta gambar-gambar

    yang diperlukan. Tidak ketinggalan terima kasih kepada saudari Maziah

    Tharim yang setia membantu kerja-kerja penyelenggaran buku ini.

    Sekian dan terima kasih.

    ZURIA MAHMUD

    NORSHIDAH MOHAMAD SALLEH

    ZAMRI MAHAMOD

    SAEMAH RAHMAN

  • vii

    ISI KANDUNGAN

    Kata Aluan Dekan Fakulti Pendidikan

    ii

    Kata Aluan Pengarang

    iv

    Bahagian 1 Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan

    3

    Bahagian 2 Peneraju Pendidikan Berkualiti

    26

    Bahagian 3 Lonjakan Ilmu Pendidikan

    62

    Rujukan 76

  • Bahagian 1

    PERJUANGAN MEMARTABATKAN

    ILMU PENDIDIKAN

  • 2 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011

  • Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 3

    Pengenalan

    UKM telah ditubuhkan pada tahun 1970. Dua tahun selepas itu, bermulalah

    sejarah penubuhan Fakulti Pendidikan, iaitu pada tahun 1972 dengan bermula

    sebagai Jabatan Pendidikan di Fakulti Sastera. Pada tahun 1978, universiti

    bersetuju supaya Jabatan Pendidikan berfungsi sebagai pusat yang berasingan

    (Pelunjuran Perancangan dan Perkembangan Akademik Universiti Kebangsaan

    Malaysia 1978-1987). Oleh itu, Jabatan Pendidikan telah bertukar taraf kepada

    sebuah Pusat Pendidikan pada 1 Mac 1982, dan seterusnya membentuk sebuah

    Fakulti pada tanggal 16 Oktober 1986.

    Kampus sementara UKM di Lembah Pantai pada tahun 1971

  • 4 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011

    Jabatan Pendidikan

    Pada 18 Mei 1970, UKM secara rasmi ditubuhkan atas usaha dan aspirasi rakyat

    untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bertempat di

    Lembah Pantai sebagai kampus sementara, UKM memulakan sesi pengajian di

    tiga fakulti, iaitu Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sastera, dan Fakulti Sains. Usaha

    memartabat dan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan

    bahasa rasmi negara telah membuka mata dan menyedarkan banyak pihak

    tentang peranan sekolah dan keperluan mempunyai guru-guru yang

    berkemahiran untuk mengajar dalam Bahasa Melayu. Menyedari hakikat itu,

    sebuah Jabatan Pendidikan telah ditubuhkan di bawah Fakulti Sastera (yang kini

    dikenali sebagai Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan) pada tahun 1972.

    Pada awal penubuhannya, Jabatan Pendidikan telah menawarkan kursus-kursus

    pendidikan dalam Program Pengajian Ijazah bergabung dengan Fakulti Sains.

    Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan guru-guru terlatih bukan

    sahaja untuk mengajar mata pelajaran Sains Tulin dan Matematik dengan baik,

    malah dapat menghasilkan guru-guru yang mampu mengajar mata pelajaran

    Sains untuk sekolah menengah aliran Sastera dari tingkatan 4 hingga 6. Program

    pengajian ini ditawarkan mengarah kepada pengurniaan Ijazah Sarjana Muda

    Sains dengan Pendidikan (Kepujian) (Panduan Pusat Pendidikan, 1986/87).

    Ketiadaan insfrastruktur tidak membataskan semangat ahli jabatan untuk

    memartabatkan ilmu pendidikan. Jabatan Pendidikan terus menawarkan kursus-

    kursus dengan menumpang kemudahan makmal di Sekolah Menengah Alam

    Shah, Cheras untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pada masa yang

  • Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 5

    sama, Jabatan Pendidikan juga menawarkan Program Sarjana Pendidikan dan

    Doktor Falsafah bermula tahun 1978. Peranan Jabatan menjadi terserlah

    sehingga berjaya membentuk sebuah Pusat Pendidikan pada tahun 1982.

    Pusat Pendidikan

    Pusat Pendidikan yang ditubuhkan pada tahun 1982 telah bergiat cergas

    menawarkan kursus di peringkat Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, Sarjana

    Muda, Sarjana Pendidikan dan Doktor Falsafah. Diploma Pendidikan Lepasan

    Ijazah merupakan kursus ikhtisas dalam bidang perguruan yang mengambil masa

    satu tahun. Ia bertujuan menyediakan bakal-bakal guru dengan latihan dan ilmu

    pengetahuan yang sesuai supaya dapat menjadi guru-guru yang berkesan bagi

    aliran Sains atau Sastera di peringkat sekolah menengah. Program ini mula

    diperkenalkan pada sesi pengajian 1980/81 dengan pengambilan pelajar seramai

    85 orang. Sejak diperkenalkan hingga ke sesi pengajian 1988/89, seramai 1,754

    graduan Diploma Pendidikan telah dikeluarkan (Panduan Pusat Pendidikan,

    1989).

    Penubuhan Fakulti Pendidikan

    Fakulti Pendidikan telah berjaya ditubuhkan pada tahun 1986. Selepas 10 tahun

    ditubuhkan, Fakulti Pendidikan masih menumpang di bangunan Fakulti

    Pengurusan dan Perniagaan. Walaupun begitu, Fakulti Pendidikan tetap bergiat

    cergas memenuhi peranannya dalam pembangunan negara dengan

    mengembangkan ilmu pendidikan dan meningkatkan taraf profesion keguruan.

    Aktiviti yang berjalan termasuklah penawaran kursus-kursus, memberi khidmat

  • 6 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011

    kepada Fakulti lain, menjadi perunding kepada masyarakat dalam menyelesaikan

    masalah pendidikan, serta menjalankan penyelidikan dalam pelbagai aspek

    pendidikan, serta menjadi lebih responsif terhadap kehendak semasa yang

    berkaitan dengan ilmu pendidikan dan profesion perguruan.

    Fakulti Pendidikan dalam proses pembinaan pada tahun 1985

    Pada tahun 1994, dua jabatan telah ditubuhkan di Fakulti Pendidikan, iaitu

    Jabatan Asas Pendidikan serta Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan.

    Jabatan Asas diwakili pensyarah-pensyarah dalam bidang-bidang asas

    pendidikan seperti Psikologi, Falsafah, Bimbingan dan Kaunseling, dan

    Pendidikan Khas. Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan pula diwakili

    pensyarah-pensyarah dalam ilmu-ilmu subjek yang diajar di sekolah seperti

    Sains, Matematik, Bahasa Inggeris, Sukan, Pendidikan Islam dan Pendidikan

  • Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 7

    Bahasa Arab. Pada waktu itu, Jabatan berfungsi membantu pensyarah-

    pensyarah memahami dan menangani pelbagai isu termasuklah hal-hal

    akademik, beban tugas, hubungan dengan pelajar serta perkembangan

    profesionalisma mereka.

    Fakulti Pendidikan yang hampir siap dibina pada tahun 1986

    Falsafah Pendidikan Negara

    Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan Falsafah Pendidikan

    Negara pada tahun 1988 dengan tujuan untuk memantapkan sistem pendidikan

    negara ke arah pembangunan sumber manusia secara holistik. Falsafah

    Pendidikan Negara merupakan tunjang kepada sistem pendidikan negara.

    Tokoh-tokoh pendidikan di Fakulti Pendidikan telah terlibat secara lansung

    dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, antaranya Prof. Dr. Hassan

  • 8 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011

    Langgulung dan Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Nordin. Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan telah menjadi latar dan pegangan kepada proses pengajaran dan

    pembelajaran di Fakulti Pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan berbunyi:

    Falsafah Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

    bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

    dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan

    dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan

    rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

    berakhlak mulia, bertanggung-jawab dan berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

    dan kemakmuran masyarakat dan negara.

    Ahli Akademik

    Fakulti Pendidikan telah bergerak secara agresif dengan menambah bilangan

    pensyarah dalam pelbagai bidang kepakaran pendidikan. Pensyarah-pensyarah

    ini telah dihantar menyambung pelajaran sehingga keperingkat Doktor Falsafah,

    sama ada di dalam ataupun luar negara. Bilangan pensyarah pada awal

    penubuhan Fakulti Pendidikan itu telah bertambah daripada 38 orang pada

    tahun 1986 kepada 68 orang pada tahun 1997, 76 orang pada tahun 2006 dan

    pada tahun 2011, terdapat seramai 91 orang pensyarah dalam pelbagai bidang

    kepakaran. Kakitangan bukan akademik pula telah bertambah daripada 28

    orang pada 2006 kepada 56 orang pada 2011.

  • Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 9

    Senarai Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti Pendidikan Sehingga 2011

  • 10 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011

    Senarai Nama Pensyarah Fakulti Pendidikan 1972-2011

    • Abd Razak Habib

    • Abd. Halim Tamuri

    • Abd. Rashid Johar

    • Abdul Ghafar Ibrahim

    • Abdul Mutalib Rani

    • Abdul Raof Dalip

    • Abdul Razak Ahmad

    • Abdullah Mohd. Noor

    • Abu Bakar Nordin

    • Aminah Mohd. Salleh

    • Amla Mohd. Salleh

    • Adnan @ Nan Kamis

    • Ahmad Basri Yussof

    • Ahmad Jaffni H.M Hassan

    • Ahmad Latif Idris

    • Aida Hafitah Mohd Tahir

    • Aida Hanim A. Hamid

    • Aidah Abd Karim

    • Alias Baba

    • Aliza Alias

    • Anuar Ahmad

    • Azlina Abdul Aziz

    • Azhar Abd. Halim

    • Denise Koh Choon Lian

    Pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan yang menghadiri Kolokium pada tahun 2009

  • Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 11

    • Dharattun Nisa Fuad Mohd Karim

    • Effandi Zakaria

    • Faridah Abdul Manaff

    • Faridah Mydin Kutty

    • Faridah Karim

    • Faridah Serajul Haq

    • Faridah Yunus

    • Fariza Khalid

    • Halimah Harun

    • Halimah Badioze Zaman

    • Hamdan Mohd Ali

    • Hamidah Yamat

    • Harun Baharudin

    • Hasnah Toran

    • Hassan Langgulung

    • Ibrahim Saad

    • Intan Shafinaz

    • Jainabee L.S. Md. Kassim

    • Jamaluddin Badusah

    • Jamaludin Ishak

    • Jamalul Lail Abdul Wahab

    • Jamil Ahmad

    • Juriah Long

    • Kamisah Osman

    • Kamarulzaman Abd. Ghani

    • Khadijah Abdul Razak

    • Khalid Abdullah

    • Ku Suhaila Ku Johari

    • Lilia Halim

    • Maimun Aqsha Lubis

    • Manisah Mohd Ali

    • Mazalah Ahmad

    • Md. Yusof Daud

    • Md. Arif Ismail

    • Melor Md Yunus

    • Mohamed Amin Embi

    • Mohammed Sani Ibrahim

    • Mohar Kassim

    • Mohd Aderi Che Noh

    • Mohd Hanafi Mohd Yasin

    • Mohd Yazid Abu Bakar

    • Mohd Isa Hamzah

    • Mohd Izwan Mahmud

    • Mohd Izham Mohd Hamzah

    • Mohd Jasmy Abd Rahman

    • Mohd Jonit Mohd Johari

    • Mohd Khalid Mohamad Nasir

    • Mohd Khairi Zawi

    • Mohd Mahzan Awang

    • Mohd Mokhtar Tahar

    • Mohd Radzani Abdul Razak

    • Mohd Salleh Hussein

    • Mohd Taib Harun

    • Mohd Sarip Abd. Manap

    • Mohd. Amir Sharifuddin Hashim

    • Mowafak Abdulla Ahmed Al-Kusairy

  • 12 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011

    • Muhammad Hussin

    • Musa Daia

    • Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff

    • Nooreiny Maarof

    • Noraini Mohd Salleh

    • Norizan Razali

    • Norazizah Mohd Salleh

    • Nor Aishah Buang

    • Norasmah Othman

    • Noriah Mohd Ishak

    • Norlena Salamuddin

    • Nor Sakinah Mohammad

    • Norzaini Azman

    • Noor Keifli Sulong

    • Nor Hafizah Adnan

    • Nur Ehsan Mohd Said

    • Omar Ibrahim

    • Parilah Mohd Shah

    • Razali Aroff

    • Ramlee Mustapha

    • Raja Mohd Fauzi Raja Musa

    • Rashidi Azizan

    • Roslinda Rosli

    • Rosseni Din

    • Rozlina Tan Abdullah

    • Rudin Salinger

    • Ruhizan M. Yassin

    • Robiah Sidin

    • Rohaty Mohd Majzub

    • Ruslin Amir

    • Saat Md. Yassin

    • Saemah Rahman

    • Safani Bari

    • Salbiah Ismail

    • Salleh Amat

    • Shahrin Awaluddin

    • Sharifah Nor Puteh

    • Siti Fatimah Mohd Yassin

    • Siti Kamariah Abdul Latiff Lai

    • Siti Nur Diyana Mahmud

    • Siti Rahayah Ariffin

    • Tajul Ariffin Noordin

    • Tajul Arifin Muhamad

    • Tamby Subahan Mohd Meerah

    • Tuan Ismail Tuan Soh

    • Warnoh Katiman

    • Yusoff Ismail

    • Zahara Aziz

    • Zainal Abidin Ahmad

    • Zainal Abu Zarim

    • Zalizan Mohd Jelas

    • Zamri Mahamod

    • Zanaton Iksan

    • Zarin Ismail

    • Zolkepli Haron

    • Zuria Mahmud

  • Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 13

    Senarai Kakitangan Fakulti Pendidikan 1972-2011

    • Abu Bakar Abdullah

    • Abd. Aziz Abd. Latif

    • Abd. Rahman Abd Aziz

    • Abdul Halim Mohd Nasir

    • Abdullah Keling

    • Ahmad Hafez Yashak

    • Ahmad Zubir Shariff

    • Ahmad Zaki Abd. Ghafar

    • Aida Nurahmi Ismail

    • Ainon Maznah Salleh

    • Ayub Saffar

    • Azliah Osman

    • Azizan Hamzah

    • Azmah Abu Bakar

    • Azman Bustamam

    • Azman Idris

    • Che Cha Ibrahim

    • Edlina Norbir

    • Faridah Ali Zin

    • Faridah Abd Rahman

    • Halig Md Som

    • Hamidah Ahmad

    • Hafdzam Hj. Sudin

    • Hasmah M. Saman

    • Ibrahim Yaakob

    • Johari Dolmat

    • Junaidah Harun

    • Juriah Bahrim

    • Kiftiah Abd Razak

    • Kalsom Abd Wahab

    • Khalizah Ghazali

    • Khairani Abas

    • Liyana Roseli

    • Lokman L. Sudin

    • Mahani Ahmad

    • Mahat Osman

    • Mansor Ab. Samad

    • Masithoh Zakaria

    • Mazlan Nordin

    • Md. Din Bachik

    • Md Ali Md Daud

    • Meriam Kadir

    • Minhat Budin

    • Mohd Isa Khamis

    • Mohd Khalid Sabran

    • Mohd Rafie Lim Mohd Ros Lim

    • Mohd Rais Salimi M. Yusuf

    • Muhammad Harun

    • Muhammad Azmin Jamrus

    • Muhammad Zainuddin Ismail

    • Muhd Nur Aizat Abd. Rahim

    • Muslim Yahya

  • 14 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011

    • Midin Yaakub

    • Nazariah Marzukhi

    • Norhayati Zainal

    • Nora Hassan

    • Norfadilah Khairudin

    • Norliana Nasral

    • Nori Mat Ming

    • Normah Dollah

    • Normah Habib

    • Normah Sapuan

    • Noraini Nasir

    • Norasrul Aswar Yahaya

    • Nor Eloni Nor Azmi

    • Nasri Salehuddin

    • Norzurah Suboh

    • Razali Md. Sahlan

    • Razali Ali

    • Razali Zainal

    • Rusiati Kasim

    • Rohana Tan

    • Rohaizat Abdul Majid

    • Rosmah Mohamad Noor

    • Rahmah Barun

    • Roshayati Elon

    • Rahimah Md. Yusof

    • Rahimah Said

    • Sanipsah Ibrahim

    • Sahara Ibrahim

    • Sahariah Abdul Halim

    • Saparuddin Zainuddin

    • Saidah Mahsri

    • Sakinah Jamlus

    • Siti Muslihah Mohd Ridhuan

    • Selamah Nikman

    • Shahnizam Mohd Shariff

    • Shamsul Dollah

    • Siti Hani Fatimah Abu Bakar

    • Siti Jawiah Dolah

    • Siti Mariam Alias

    • Siti Mariam Shafie

    • Siti Syuhaily Mohd Mustafa

    • Siti Rohana Abd. Aziz

    • Sulaiman Ismail

    • Suriani Suhatdi

    • Talaha Awang

    • Wan Noor Kamariah Sy. Yusof

    • Wan Maisarah Ridzuan

    • Yusni Zainuddin

    • Zainal Abu Zarim

    • Zahari Daud

    • Zaleha Jam

    • Zizah Abu Bakar

  • Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 15

    Kakitangan sokongan dan keluarga dalam aktiviti bowling pada tahun 2010

    Senarai Kakitangan Tunas Permata Fakulti Pendidikan 1990-2011 • Aminah Chin

    • Habibah Yeop Hashim

    • Hafifah Imam Mustain

    • Hasruniwana Hashim

    • Hazlinah Mohd Haris

    • Hamidah Zulkifli

    • Hafidah Umar

    • Intan Nur Ain Isewan

    • Intan Noorihan Md Rasip

    • Jariah Ahmad

    • Latifah Ahmad

    • Maznah Ali Hassan

    • Marsinah Ahmad

    • Normadiah Abd Rahman

    • Norfarhana Suib

    • Noraida Tajudin

    • Norhazlina Jahid

    • Noratikaa Anne Abdulah

    • Norhayati Datau

    • Noraini Pakeh

    • Norhashima Hashim

    • Merlina Mustanir

    • Norsiah Hanapiah

    • Norhayati Samberi

    • Norijah Kadiman

    • Rajeswarie a/p Murugaiyah

  • 16 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011

    • Rosmarizan Hashim

    • Roszita Md Darus

    • Siti Zaleha Sudin

    • Salmah Ahmad

    • Sabariah Misdi

    • Siti Aishah Misdi

    • Suzana Shariff

    • Siti Rohani Mohd

    • Zainab Majid

    Infrastruktur Fakulti Pendidikan

    Pada tahun 1996 Fakulti Pendidikan berjaya mendapat bangunan sendiri yang

    terletak di Lingkungan Kedua, Kampus Bangi. Terdapat 12 bilik tutorial, 14

    makmal (Makmal Sains, Makmal Komputer, Makmal Kaunseling, Makmal

    Autism, Maklmal Masalah Penglihatan, Makmal Masalah Pembelajaran, Makmal

    Sukan), satu studio, ruang-ruang pelajar prasiswazah dan siswazah, sebuah pusat

    sumber, satu pusat sokongan pembelajaran. Kemudahan untuk pensyarah yang

    terdapat di Fakulti Pendidikan ini adalah seperti bilik bekerja dan bilik rehat.

    Selain itu, terdapat dua bilik mesyuarat yang dinamakan Gerbang Minda dan

    Cambah Minda. Dewan Kuliah yang dinamakan Dewan Budiman dapat

    memuatkan kira-kira 300 orang. Ini diikuti dengan penyediaan Bilik Telesidang

    pada tahun 2010. Bilik Telesidang ini digunakan untuk berhubung secara maya

    dengan pelbagai pihak seperti pelajar serta rakan-rakan sepakaran dari dalam

    dan luar negara.

    Untuk memberikan keselesaan kepada pelajar siswazah yang semakin

    bertambah, Fakulti telah menyediakan Bilik Siswazah pada tahun 2006. Bilik ini

    dilengkapi dengan komputer dan talian Internet untuk memudahkan pencarian

    maklumat bagi bahan pembelajaran dan penyelidikan, bilik perbincangan dan

    mesyuarat.

  • Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 17

    Dengan adanya bilik kuliah, bilik pensyarah, serta makmal-makmal

    pembelajaran, ahli Fakulti bertambah bermotivasi untuk menyemarakkan ilmu

    pendidikan. Kalau dahulu Fakulti Pendidikan menumpang di makmal dan dewan

    kuliah Fakulti lain, kini kegiatan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan di

    kawasan Fakulti sendiri. Malah, Fakulti dapat membantu pihak-pihak lain yang

    memerlukan ruang untuk program-program mereka. Contohnya, program Pusat

    Perkembangan Akademik UKM seringkali menggunakan makmal pengajaran

    mikro dalam latihan kepada pensyarah seluruh universiti. Begitu juga dengan

    Dewan Budiman yang sering digunakan untuk pelbagai program di dalam dan

    luar UKM.

    Laluan kerusi roda di Fakulti

    tahun 2010

    Dewan Budiman tahun 2002

  • 18 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011

    Bangunan Bilik Kuliah dan Bilik Siswazah tahun 2006

    Pondok Belajar tahun 2010 Bilik Siswazah tahun 2010

  • Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 19

    Cabaran Memperkasa Fakulti Pendidikan

    Selepas perjuangan membina sebuah Fakulti dan kejayaan mendapatkan

    bangunan sendiri, Fakulti berhadapan dengan beberapa cabaran yang

    meletakkan kewujudan Fakulti dalam keadaan kritikal. Antara cabaran tersebut

    ialah penstrukturan semula Fakutli-Fakulti di UKM, dan penubuhan Institut

    Pendidikan Guru (IPG) seluruh Malaysia. Penstrukturan semula Fakulti di UKM

    pada tahun 2003 telah melihat penggabungan beberapa Fakulti yang

    mempunyai kesamaan dalam peranan akademik. Tidak terkecuali Fakulti

    Pendidikan yang telah disarankan bergabung dengan Fakulti Sains Sosial dan

    Kemanusiaan. Bagaimanapun, ahli dan kepimpinan Fakulti telah berjaya

    mempertahankan bahawa Fakulti Pendidikan mempunyai peranan tersendiri

    dalam menjaga kepentingan pendidikan negara.

    Fakulti Pendidikan pada tahun 2010

  • 20 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011

    Seterusnya pada tahun 2007, maktab-maktab perguruan dinaik taraf kepada

    Institut Pengajian Guru (IPG) dan mula menawarkan program-program peringkat

    ijazah pertama. Semua Fakulti Pendidikan di Institut Pengajian Tinggi Awam

    (IPTA) tercabar kerana latihan-latihan di peringkat Sarjana Muda diambil alih

    oleh IPG. Majlis Kedekananan Fakulti-Fakulti Pendidikan seluruh negara telah

    mengadakan perbincangan dan membuat cadangan bahawa IPG berperanan dan

    memberi fokus kepada latihan guru peringkat sekolah rendah, manakala Fakulti

    Pendidikan IPT melatih guru sekolah menengah. Impak daripada perbincangan

    ini, Fakulti Pendidikan mula mengurangkan pengambilan pelajar peringkat Ijazah

    Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan UKM berjaya mengekalkan beberapa kursus

    sarjana muda, iaitu Pendidikan Khas, Pendidikan Sukan dan Rekreasi, serta TESL.

    Pemuafakatan Ahli

    Fakulti Pendidikan telah bergerak maju atas komitmen dan kerjasama yang gigih

    ahli-ahlinya, sama ada kakitangan akademik mahupun sokongan. Setiap

    perubahan dibincangkan dalam mesyuarat bersama ahli sebelum sesuatu

    keputusan dilakukan. Mesyuarat Fakulti, Mesyuarat Jabatan, Mesyuarat

    Jawatankuasa, bengkel-bengkel khas serta kolokium memberi peluang kepada

    ahli berbincang secara terbuka sebelum sesuatu kertas kerja dibawa ke

    peringkat universiti seperti Mesyuarat Senat mahupun Majlis Pengurusan

    Universiti (MPU). Sehingga 2010, Fakulti telah mengadakan sebanyak 13

    kolokium, iaitu setiap dua kali setahun. Selain itu, Bengkel Pelan Strategik telah

    diatur untuk membincangkan Pelan Perkembangan Fakulti secara menyeluruh.

  • Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 21

    Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran II pada tahun 1983

    Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran III pada tahun 1984

  • 22 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011

    Kolokium Pendidikan Ke-6, Puri Pujangga 17-18 April 1998

    Kolokium Pendidikan ke-8, Reviera Bay Resort Melaka 14-16 Julai 2000

  • Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 23

    Kesimpulan Bahagian ini membincangkan sejarah penubuhan Fakulti Pendidikan dari 1972

    sehingga tahun 2011. Pelbagai peristiwa dan maklumat penting dipaparkan

    dalam Bahagian 1 ini. Dari sebuah Jabatan pada tahun 1972 sehingga menjadi

    Fakulti pada tahun 1986, sejarah Fakulti Pendidikan ini wajar diketahui dan

    dihayati oleh warga Fakulti, terutamanya kepada pensyarah-pensyarah muda

    yang akan meneruskan kelangsungan Fakulti Pendidikan sebagai sebuah Fakulti

    yang menjadi peneraju pendidikan berkualiti di Malaysia. Daripada Dekan

    pertama sehinggalah ke Dekan hari ini (2011), semua mereka telah berjaya

    membawa Fakulti Pendidikan untuk terus menjadi sebuah Fakulti yang relevan

    dengan tuntutan semasa. Dengan dibantu pensyarah dan kakitangan sokongan,

    perjuangan memartabatkan ilmu pendidikan ini terus bersemarak sehingga ke

    hari ini.

    Kolokium Pendidikan ke-10, Reviera bay Resort Melaka 23-25 Mei 2003

  • Bahagian 2

    PENERAJU PENDIDIKAN

    BERKUALITI

  • 25 Peneraju Pendidikan Berkualiti

  • Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 26

    Pengenalan

    Penubuhan Fakulti Pendidikan yang menjangkau usia hampir 40 tahun, telah

    mencapai perkembangan yang sangat pesat dan membanggakan. Kejayaan

    melahirkan guru-guru bukan sahaja dari segi kuantiti tetapi juga dari segi kualiti.

    Fakulti yang berperanan membangunkan sumber tenaga manusia, bergerak selari

    dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Pembangunan

    Pendidikan 2001 -2010 yang memberi penekanan kepada pembangunan

    pendidikan tertiari bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan

    dan berkemahiran. Penegasan aspek Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010 oleh

    KPM adalah dari segi aksesibiliti, ekuiti, kualiti dan kecekapan serta keberkesanan

    pengurusan pendidikan (KPM 2001). Menyedari hakikat ini, Fakulti Pendidikan telah

    mempergiatkan usaha memantapkan program pengajian yang sedia ada di samping

    memperluaskan program-program pengajian yang baru. Langkah ini telah

    meningkatkan peluang pendidikan kepada pelajar di peringkat ijazah pertama dan

    ijazah lanjutan.

    Ahli akademik Fakulti Pendidikan dalam diskusi ilmiah pada tahun 2010

  • 27 Peneraju Pendidikan Berkualiti

    Program Akademik Prasiswazah

    Pada tahun 1991, Fakulti Pendidikan telah menawarkan lima jenis program, iaitu

    Sijil Perguruan Lanjutan, Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Kepujian), Sarjana

    Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) UKM-

    ITM, Program Diploma Pendidikan, Ijazah Lanjutan (Panduan Fakulti Pendidikan,

    1991/92).

    Program Suai Kenal pelajar Diploma Pendidikan pada tahun 1995

    Dari segi penawaran program-program Sarjana Muda, program yang mula-mula

    ditawarkan ialah program TESL. Pada peringkat awal, penawaran program Sarjana

    Muda dengan Kepujian (TESL) adalah dengan kerjasama ITM, dengan pengambilan

    pertama pada tahun kemasukan 1989/1990. Graduan sulung bagi program ini

    adalah seramai 22 orang yang menamatkan pengajian pada sesi 1992/93.

  • Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 28

    Seminar Mengenai Akta dan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada tahun 1988

    Selain ITM, Fakulti juga bekerjasama dengan Institut Perguruan Ilmu Khas- IPIK

    (dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Ilmu Khas –MPIK) pada tahun

    2004/2005 dan menjalankan program berkembar dengan Maktab Perguruan Batu

    Lintang (MPBL). Program berkembar dengan MPBL ini berlangsung selama lima

    kohort dengan pengambilan terakhir pada tahun kemasukan 2008/2009. Mod

    program berkembar ini disambung semula dengan kerjasama bersama dua buah

    Institut Pendidikan Guru (IPG), iaitu IPG kampus Sarawak, Miri dan IPG Kampus

    Razali Ismail, Kuala Terengganu. Pelajar bagi program ini memulakan pengajian di

    kdua-dua IPG tersebut mulai Januari 2011. Program TESL ini juga melakar sejarah

    dengan menawarkan program kepada pelajar dari Negara China dengan kerjasama

    Pusat Kembangan Pendidikan pada tahun 2006/2007.

  • 29 Peneraju Pendidikan Berkualiti

    Selepas penawaran program Ijazah Sarjana Muda TESL tersebut, Fakulti mula

    menawarkan program Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan (Pendidikan Khas)

    pada sesi kemasukan tahun 1993/1994 dan graduan sulungnya seramai 73 orang

    menamatkan pengajian pada sesi 1996/97. Pada tahun 1994, Fakulti juga

    membantu penawaran program Sarjana Muda Pendidikan Khas bersama-sama

    dengan Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) bagi membantu meningkatkan

    bilangan guru-guru Pendidikan Khas di seluruh negara. Program pendidikan khas

    pada waktu itu bertujuan untuk melatih bakal-bakal guru dalam bidang kerencatan

    akal, cacat pendengaran, penglihatan, fizikal, tingkah laku, pembelajaran, serta

    kepintaran dan kegeligaan (Panduan Fakulti Pendidikan, 1994/1995).

    Program Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Kepujian) mula ditawarkan pada

    sesi kemasukan 1994/95 dengan pengambilan sulung seramai 53 orang. Program

    untuk melatih guru-guru mengajar mata pelajaran Sains mengalami perubahan

    yang mana mulai tahun pengambilan 2000/2001, program diubah menjadi Program

    Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Biologi/Kimia/Fizik/Matematik).

    Pada tahun 1997/98, Fakulti banyak menjalankan kerjasama dengan pelbagai

    institusi lain antaranya untuk menawarkan program Sarjana Muda Pendidikan

    dengan pengkhususan Bahasa Melayu, Bimbingan dan Kaunseling, Kesusasteraan

    Melayu, dan Teknologi Maklumat. Pada tahun 1998 pula, Fakulti bekerjasama

    dengan Maktab Perguruan Islam menawarkan Program Sarjana Muda Pendidikan

    dengan Kepujian (Pendidikan Islam).

    Penawaran program-program di peringkat Sarjana Muda terus berkembang. Pada

    tahun kemasukan 1998/1999, program Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian

  • Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 30

    (Sukan dan Rekreasi) pula ditawarkan diikuti dengan penawaran program Sarjana

    Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Islam) dan Sarjana Muda

    Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Al-Quran) pada tahun 2004.

    Program Pensiswazahan Guru

    Program pensiswazahan merupakan program kerjasama dengan KPM yang

    bertujuan untuk memberi peluang pembelajaran di peringkat Sarjana Muda kepada

    guru-guru sekolah rendah yang sebelum ini hanya mempunyai Sijil Perguruan dan

    Diploma Pendidikan. Program yang bermula pada 1996 ini menawarkan kursus-

    kursus Pendidikan Khas dan TESL. Pada tahun-tahun berikutnya, program

    Pensiswazahan Guru dijalankan untuk guru besar sekolah rendah yang mengarah

    kepada penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian

    (Pengurusan Pendidikan) (Laporan Tahunan 2009). Kepelbagaian program dan

    pelajar di Fakulti, telah memperkayakan ahli Fakulti dengan pengalaman dan

    pengetahuan yang membolehkannya berhadapan dengan pelbagai cabaran.

    Jadual 2.1 memaparkan program-program pengajian yang ditawarkan oleh Fakulti

    Pendidikan. Program pengajian mula-mula ditawarkan ialah Sarjana Muda

    Pendidikan TESL pada 1989/90, manakala program kerjasama UKM-IPG bagi

    Pendidikan TESL ialah program terkini yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan.

  • 31 Peneraju Pendidikan Berkualiti

    Jadual 2.1. Sejarah penawaran Program Prasiswazah di Fakulti Pendidikan

    Kepelbagaian kepakaran yang dimiliki oleh pensyarah memberi kelebihan kepada

    Fakulti Pendidikan dalam melatih guru-guru dalam pelbagai bidang mengikut

    Nama Ijazah Sesi Kemasukan Pengambilan

    Sulung Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) 1989/1990 24 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas) 1993/1994 73 Sarjanamuda Pendidikan (Pendidikan Khas UKM-MPIK) 1994/1995 27 Sarjanamuda Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) 1994/1995 53 Sarjanamuda Pendidikan (Bahasa Melayu) 1997/1998 38 Sarjanamuda Pendidikan (Bimbingan dengan Kaunseling) 1997/1998 38 Sarjanamuda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) 1997/1998 38 Sarjanamuda Pendidikan (Teknologi Maklumat) 1997/1998 38 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Islam UKM-MPI) 1998/1999 48 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Sukan dan Rekreasi) 1998/1999 50 Sarjanamuda Pendidikan (PPLD-Teknologi Maklumat) 2000/2001 30 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Biologi) 2000/2001 93 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Kimia) 2000/2001 32 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Fizik) 2000/2001 39 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Matematik) 2000/2001 24 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua UKM-IPIK) 2002/2003 84 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Al-Quran) 2004/2005 29 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Islam) 2004/2005 66 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua UKM-MPBL) 2004/2005 25 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengurusan Pendidikan IAB-UKM) 2005/2006 39 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua UKM-PKP) 2006/2007 25 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua UKM -IPG Miri) 2010/2011 20 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua UKM-IPG Terengganu) 2010/2011 20

  • Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 32

    keperluan negara. Fakulti Pendidikan UKM merupakan Fakulti pertama di Malaysia

    yang menawarkan program Pendidikan Khas di peringkat Sarjana Muda serta

    program Pengsiswazahan Guru-guru Pendidikan Khas yang telah sekian lama

    berbakti tanpa kelulusan Ijazah Sarjana Muda. Antara tokoh yang dikenali di

    peringkat kebangsaan atas usaha mengembangkan ilmu Pendidikan Khas ialah

    Prof. Dato’ Dr. Zalizan Mohd Jelas dan rakan-rakan sebidang. Kesungguhan Fakulti

    meningkatkan bidang Pendidikan khas tampak melalui infrastruktur di Fakulti

    Pendidikan. Keprihatinan terhadap pelajar kurang upaya terbinanya ‘ramp’ untuk

    kemudahan pergerakan pelajar yang berkerusi roda di Fakulti.

    Amali Pengajaran

    Walaupun dalam pengkhususan yang berbeza, semua pelajar Sarjana Muda dan

    Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah menjalani amali Latihan Mengajar. Amali

    terbahagi kepada dua bahagian, iaitu pengajaran mikro dan Latihan Mengajar di

    sekolah. Di dalam kelas Pengajaran mikro pelajar-pelajar ini didedahkan dengan

    Aktiviti luar bilik kuliah pelajar

  • 33 Peneraju Pendidikan Berkualiti

    suasana bilik darjah di hadapan murid-murid. Setiap pelajar mengambil giliran

    memain peranan sebagai guru, murid, dan penilai. Mereka berpeluang melihat

    kembali proses pengajaran melalui rakaman pita video dan seterusnya

    membincangkan kekuatan, kelemahan serta langkah-langkah penambahbaikan.

    Seterusnya pelajar melalui Latihan Mengajar di sekolah-sekolah. Tujuan Latihan

    Mengajar ialah memberi pengalaman sebenar kepada bakal guru sebelum

    menceburi bidang pendidikan. Ini termasuklah memahirkan guru dalam mengurus

    tingkah laku pelajar, berhadapan dengan suasana sekolah, mengikuti kandungan

    kurikulum, serta melaksana pengajaran dengan berkesan (Zamri, Jamil dan Saemah

    2010). Pada masa yang sama, pelajar juga bertanggungjawab menjaga nama baik

    universiti sepanjang mereka berada di sekolah tersebut, dengan bertingkah laku

    secara beretika, dan bekerjasama dengan pihak sekolah.

    Pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan menjalankan Latihan Mengajar di seluruh pelusuk

    negara. Bagaimanapun, KPM telah membahagikan tempat-tempat Latihan

    Mengajar mengikut lokasi zon dan universiti tertentu. Ini disebabkan oleh

    pertambahan pelajar jurusan pendidikan di seluruh negara yang perlu menjalani

    latihan yang sama. Hubungan baik antara pihak Fakulti dengan KPM serta sekolah-

    sekolah membolehkan Latihan Mengajar berjalan lancar. Kesanggupan pihak

    sekolah menerima guru-guru pelatih, memberi waktu pengajaran dan seterusnya

    membimbing bakal-bakal guru ini juga telah menyumbang kepada kejayaan proses

    Latihan Mengajar.

    Penyelaras Latihan Industri (dulunya Penyelaras Latihan Mengajar) memain

    peranan penting dalam meyediakan perancangan rapi sebelum sesuatu sesi latihan

  • Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 34

    mengajar berlangsung. Senarai nama sekolah, nama pelajar mengikut

    pengkhususan, serta nama pensyarah disediakan dan dibincang dalam mesyuarat

    pentadbiran Fakulti. Selepas itu, penyelaras memberi taklimat kepada pensyarah

    dan juga pelajar tentang proses penyeliaan dan borang-borang berkaitan untuk

    tujuan bimbingan dan penyeliaan. Telah menjadi amalan setiap ahli Fakulti

    mengambil peranan menyelia, termasuklah profesor dan pensyarah baru. Mereka

    bertanggungjawab mengunjungi sekolah-sekolah yang diselia di mana sahaja. Bagi

    membantu pensyarah-pensyarah baru, mereka dibimbing oleh pensyarah yang

    lebih senior dalam proses penyeliaan ini.

    Beberapa perubahan telah berlaku apabila KPM menaik tarafkan maktab perguruan

    kepada Institusi Pendidikan Guru. Maktab perguruan yang selama ini menawarkan

    program pengajian di peringkat Sijil dan Diploma Pendidikan telah mula

    menawarkan kursus peringkat pengajian Sarjana Muda. Perubahan ini memberi

    kesan pengurangan pengambilan pelajar peringkat Sarjana Muda di universiti awam

    termasuklah di Fakulki Pendidikan UKM. Walau bagaimanapun, Fakulti telah

    melihat perubahan ini sebagai peluang untuk menumpukan perhatian kepada

    program siswazah.

    Statistik Graduan Sarjana Muda Pendidikan

    Sejak dinaik taraf menjadi sebuah Fakulti pada tahun 1986, Fakulti Pendidikan telah

    berjaya mengeluarkan pelbagai graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Sehingga

    tahun 2011, Fakulti telah menghasilkan 6057 graduan. Jadual 2.2 menunjukkan

    graduan yang dikeluarkan oleh Fakulti mengikut sesi dan program pengajian.

  • 35 Peneraju Pendidikan Berkualiti

    Jadual 2.2. Graduan Fakulti Pendidikan (1992/1993 – 2010/2011)

    Sesi/ Program

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Jum-lah

    1992/1993 22 22

    1993/1994 133 133

    1994/1995 143 143

    1995/1996 133 133

    1996/1997 104 104

    1997/1998 91 106 197

    1998/1999 194 160 139 37 37 38 38 643

    1999/2000 81 48 115 145 1 1 38 36 465

    2000/2001 78 67 51 119 315

    2001/2002 93 133 82 182 490

    2002/2003 14 139 58 155 32 398

    2003/2004 19 91 6 38 154

    2004/2005 49 137 60 175 421

    2005/2006 32 123 56 164 375

    2006/2007 20 95 51 170 336

    2007/2008 53 29 63 105 39 155 444

    2008/2009 46 119 54 128 35 93 73 548

    2009/2010 37 96 57 47 36 101 26 400

    2010/2011 34 37 37 50 12 82 336

    Jumlah 1376 281 281 1496 486 1718 99 38 38 76 106 6057

    1. TESL 4. Pendidikan Khas 7. Pengurusan Pendidikan 10. Pend. Kaunselin 2. Pendidikan Al-Quran 5. Pendidikan Sukan 8. Pend. Kesusast. Melayu 11. Pend. Tek. Maklumat 3. Pendidikan Islam 6. Pendidikan Sains 9. Pend. Bah. Melayu

    Sumber: Sistem Maklumat Pelajar, Pusat Teknologi Maklumat UKM

  • Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 36

    Persatuan Pendidik

    Fakulti Pendidikan menggalakkan perkembangan kepimpinan pelajar dengan

    merestui penubuhan Persatuan Pelajar Sarjana Muda yang diberi nama 'PENDIDIK'.

    PENDIDIK telah menjalankan pelbagai aktiviti yang bertujuan meningkatkan

    pembangunan insan pelajar serta menyediakan sokongan sosial. Antara aktiviti

    PENDIDIK, termasuklah menjadi Jawatankuasa Minggu Mesra Pelajar bagi

    membantu pelajar tahun satu menyesuaikan diri dengan suasana kampus,

    mengadakan kumpulan-kumpulan pelajaran, Info Pendidik dan menganjurkan

    lawatan sambil belajar ke universiti terkemuka.

    Lawatan Integrasi Pendidik Ke Bandung, Indonesia

    18-20 Januari 2008

  • 37 Peneraju Pendidikan Berkualiti

    Program Akademik Siswazah

    Program siswazah yang telah dimulakan pada tahun 1977 terus berkembang.

    Tujuan utama program siswazah pada ketika itu adalah untuk meningkatkan tahap

    pendidikan dalam kalangan guru, pensyarah serta pegawai-pegawai KPM supaya

    mereka dapat mengaplikasi ilmu pendidikan dalam tugas harian. Permintaan untuk

    mengikuti program siswazah telah meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun

    1989/89, bilangan pelajar siswazah Sarjana dan Doktor Falsafah telah meningkat

    kepada 99 orang (Program Pengajian Siswazah 1989). Pada tahun 2001, Fakulti

    Pendidikan telah mengraduatkan 58 orang graduan peringkat Sarjana dan 11 orang

    graduan Doktor Falsafah. Angka ini terus meningkat pada tahun 2009 dengan

    bilangan graduan Sarjana seramai 289 dan dan 39 orang graduan Doktor Falsafah

    (Laporan Tahunan 2009). Pertambahan pelajar dan graduan yang ramai ini

    menandakan Fakulti Pendidikan berjaya menarik ramai pelajar dalam dan luar

    negara serta mendapat kepercayaan tentang program dan kursus yang ditawarkan

    di Fakulti.

    Antara modul-modul terawal Program Siswazah Pendidikan pada tahun 1990-1995

    ialah Kurikulum, Psikologi Pendidikan, Falsafah dan Pentadbiran Pendidikan,

    Sosiologi Pendidikan, Pedagogi, dan Pendidikan Jasmani/Kokurikulum (kini dikenali

    dengan Pengurusan Sukan) (Panduan Siswazah 1990/1991). Ini diikuti oleh modul-

    modul lainnya pada tahun 1996-2006 (Buku Panduan Fakulti Pendidikan, 1996/97,

    Panduan Pengajian Siswazah, 2006/2007). Sehingga kini, terdapat 24 modul Doktor

    Falsafah dan 22 modul Sarjana Pendidikan. Program Doktor Falsafah dijalankan

    secara penyelidikan, manakala program Sarjana secara pengajaran dengan tesis,

    projek penyelidikan ataupun praktikum.

  • Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 38

    Pelajar Pascasiswazah

    Kebanyakan pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah sebelum ini merupakan guru-guru

    sekolah menengah. Mereka mengikuti kursus-kursus ini secara sepenuh masa

    ataupun separuh masa. Bagaimanapun, keadaan ini semakin berubah apabila

    terdapat pelajar-pelajar Sarjana daripada Badan Bukan Kerajaan, Badan-badan

    Berkanun, Jabatan Penjara, Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Agama,

    dan lain-lain yang menyertai program Sarjana Pendidikan. Manakala pelajar-pelajar

    Doktor Falsafah pula sekarang ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah dan

    pegawai dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

    Fakulti Pendidikan bukan sahaja menjadi pilihan kepada pelajar dari dalam negara,

    tetapi juga pelajar dari luar negara. Kemasukan pelajar asing ke Fakulti Pendidikan

    terus bertambah dari tahun ke tahun, terutamanya dari negara Indonesia. Selain

    itu, pelajar dari negara Brunei, Bangladesh, Pakistan, China serta pelajar-pelajar dari

    negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Mesir, Iran, Yemen, Jordan dan negara-

    negara lain yang telah memilih Fakulti Pendidikan untuk melanjutkan pengajian

    mereka, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

    Pertambahan pelajar asing di Fakulti Pendidikan adalah atas usaha

    mempromosikan pengajaran di Fakulti melalui lawatan akademik ke luar negara,

    penganjuran seminar di peringkat antarabangsa dan hasil lawatan universiti luar ke

    Fakulti Pendidikan. Ini dapat memenuhi aspirasi Universiti dan Fakulti dalam

    mengantarabangsakan program pengajian di UKM.

  • 39 Peneraju Pendidikan Berkualiti

    Jadual 2.3. Senarai Program Pengajian Siswazah Terkini

    No. Program

    1 Kurikulum dan Pedagogi

    2 Pentadbiran Pendidikan

    3 Pengurusan Sukan

    4 Pendidikan Bahasa Melayu

    5 Pendidikan Islam

    6 Teaching English as a Second Language (TESL)

    7 Pendidikan Matematik

    8 Pendidikan Komputer

    9 Pendidikan Sains

    10 Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan

    11 Pengukuran dan Penilaian

    12 Sumber dan Teknologi Maklumat

    13 Bimbingan dan Kaunseling

    14 Psikologi Pendidikan

    15 Psikologi Sosial dalam Pendidikan

    16 Sosiologi Pendidikan

    17 Pendidikan Prasekolah

    18 Pendidikan Khas

    19 Pendidikan Sastera

    20 Pendidikan Sejarah

    21 Pendidikan Ekonomi

    22 Pendidikan Bahasa Arab

    http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=48&Itemid=101�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=67&Itemid=101�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=66&Itemid=101�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=58&Itemid=101�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=59&Itemid=101�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=60&Itemid=101�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=61&Itemid=101�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=62&Itemid=101�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=63&Itemid=101�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=64&Itemid=101�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=65&Itemid=101�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=75&Itemid=101�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=76&Itemid=101�http://pkukmweb.ukm.my/~fpendidikan/pendidikan%20psikologi%20pendidikan.html�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=68&Itemid=101�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=69&Itemid=101�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=77&Itemid=101�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=78&Itemid=101�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=73&Itemid=101�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=74&Itemid=101�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=72&Itemid=101�http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=71&Itemid=101�

  • Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 40

    Statistik Graduan Siswazah

    Fakulti Pendidikan merupakan antara Fakulti yang mengeluarkan bilangan graduan

    siswazah yang teramai di UKM.

    Rajah 2.1 Statistik Graduan Siswazah dari Tahun 2001 – 2010

    Graduan Pasca Siswazah 2009 Bersama Dekan dan Pensyarah

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    35

    40

    45

    50

    2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010

    Graduan Doktor Falsafah Tahun 2001-2010

  • 41 Peneraju Pendidikan Berkualiti

    Kelab Siswazah

    Kelab Siswazah di bawah naungan Timbalan Dekan Siswazah, bergerak aktif dengan

    mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kesarjanaan dan memberi

    sokongan sosial kepada pelajar. Kelab Siswazah sentiasa menganjurkan bengkel-

    bengkel penyelidikan dengan menjemput pensyarah-pensyarah dari dalam dan luar

    Fakulti serta dari universiti lain. Kelab Siswazah juga mengadakan aktiviti lawatan

    sambil belajar ke luar negara seperti ke National Institute of Education Nanyang

    Technological University of Singapore (Laporan Tahunan 2007).

    Penerbitan Siswazah

    Fakulti Pendidikan sentiasa menggalakkan penerbitan dalam kalangan pelajar

    siswazah. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah yang pertama telah diterbitkan

    pada tahun 2009. Prosiding ini terdiri daripada himpunan kertas penyelidikan

    pelajar yang dibentang semasa Seminar Penyelidikan Pendidikan Siswazah.

    Penerbitan Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Siswazah di peringkat Fakulti

    merupakan langkah menggalakkan pelajar menulis secara ilmiah serta menerbitkan

    bahan penyelidikan mereka bersama dengan pensyarah penyelia. Untuk

    membantu pelajar pascasiswazah menulis artikel jurnal dan juga tesis mereka,

    Fakulti pada tahun 2009 telah menyediakan kursus Penulisan Akademik di

    peringkat Sarjana.

  • Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 42

    Bantuan Kewangan kepada Pelajar Siswazah

    UKM banyak memberi kemudahan bantuan kewangan kepada pelajar siswazah.

    Skim Zamalah disediakan kepada pelajar sepenuh masa yang menjalankan

    pengajian pascasiswazah. Selain itu, pelajar pascasiswazah juga terlibat sebagai

    pembantu penyelidik di Fakulti. Kebanyakan projek penyelidikan yang dijalankan

    oleh pensyarah Fakulti perlu menghasilkan pelajar di peringkat Sarjana atau Doktor

    Falsafah berkaitan projek tersebut. Pusat Penyelidikan UKM menyalurkan bantuan

    kewangan kepada pelajar pascasiswazah yang layak. Pusat Pengajian Siswazah pula

    membiayai pelajar pascasiswazah yang membentang kertas kerja di seminar luar

    negara.

    Program Eksekutif

    Fakulti Pendidikan terus berkembang, terutamanya selepas tahun 2000. Selain

    penawaran kursus menerusi program di peringkat dalaman, Fakulti Pendidikan juga

    telah bekerjasama dengan Pusat Kembangan Pendidikan menawarkan program

    secara eksekutif. Antara program eksekutif yang dikendalikan oleh Fakulti

    Pendidikan ialah program Sarjana Muda Pendidikan (TESL) - China, Sarjana

    Pendidikan (Kurikulum dan Pedagogi), Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan

    Pentadbiran), Sarjana Pendidikan (Sumber dan Teknologi Maklumat), Doktor

    Falsafah yang antaranya melibatkan pelajar dari Universitas Riau (UNRI),

    Pekanbaru, Indonesia.

    Bertambahnya bilangan program secara eksekutif yang ditawarkan di Fakulti

    membuktikan kepercayaan dan pengiktirafan pihak luar terhadap kepakaran ahli-

  • 43 Peneraju Pendidikan Berkualiti

    ahli akademik Fakulti Pendidikan. Pada tahun 2007, Fakulti Pendidikan telah diberi

    kepercayaan oleh KPM menjalankan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah.

    Program ini bertujuan melatih calon guru lepasan ijazah untuk ditempatkan di

    sekolah-sekolah dan kolej matrikulasi dan telah berlangsung selama tiga tahun.

    Program Mobiliti Pelajar

    Untuk memantapkan program pengajian yang ditawarkan, Fakulti Pendidikan telah

    merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk pelajar, sama ada di peringkat

    Fakulti mahupun di luar Fakulti. Aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan dengan tujuan

    untuk memperkasakan nilai-nilai insaniah pelajar. Salah satunya ialah Program

    Mobiliti Pelajar yang dilaksanakan pada tahun 2009. Program mobiliti ini

    merupakan usaha Fakulti dan Universiti mengantarabangsakan program pengajian

    akademik. Buat pertama kalinya, seramai 20 orang pelajar peringkat Ijazah Sarjana

    Muda telah dihantar ke luar negara, iaitu ke Indonesia untuk menjalani Latihan

    Mengajar menerusi program Outbound peringkat universiti, iaitu UKM-Global

    Student Mobility Partnership Program.

    Universiti-universiti luar negara yang terlibat dengan Program Mobiliti Pelajar

    Fakulti Pendidikan UKM seperti Universitas Riau (UNRI), Universitas Pendidikan

    Indonesia (UPI) dan Institut Studi Islam Darussalam (ISID). Negara-negara yang

    bersetuju bekerjasama dengan Fakulti untuk Program Mobiliti Pelajar ini

    termasuklah negara Indonesia, China dan Yemen yang mempunyai perjanjian

    persefahaman (MoU/MoA/LoI) dengan UKM amnya dan Fakulti Pendidikan

    khasnya. Menerusi program ini, pelajar tahun tiga yang terpilih menjalani Latihan

    Mengajar selama sebulan di sekolah-sekolah di beberapa buah negara. Pelajar yang

  • Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 44

    dipilih untuk menyertai Program Mobiliti ini terdiri daripada mereka yang

    mempunyai pencapaian cemerlang dengan minimum PNGK 3.00 ke atas.

    Salah satu matlamat Program Mobiliti Pelajar adalah bertujuan untuk memberi

    pendedahan kepada pelajar berkaitan isu yang merentas sempadan dan global bagi

    meningkatkan pengetahuan dan kemahiran insaniah mereka (Zamri, Jamil dan

    Saemah 2010). Selain mendapat bimbingan daripada pensyarah Fakulti Pendidikan

    UKM, pelajar yang menjalani Latihan Mengajar di luar negara juga akan diselia oleh

    pensyarah-pensyarah yang dilantik dari universiti luar negara yang terlibat dengan

    Program Mobiliti Pelajar tersebut. Pengalaman pelajar yang menyertai Program

    Mobiliti Pelajar dikongsi bersama pelajar yang lain menerusi seminar yang

    dijalankan di Fakulti. Menerusi seminar ini, pelajar-pelajar ini menceritakan

    pengalaman dan pembelajaran yang diperoleh semasa menjalani Latihan Mengajar

    di luar negara. Selain program mobiliti dalam bentuk latihan mengajar, program

    mobiliti juga melibatkan Program Sangkutan dan juga kursus atau latihan pendek di

    luar negara. Antaranya ialah Program Sangkutan pelajar Program Sukan dan

    Reksreasi di Sport University, Beijing pada tahun 2009 dan juga kursus Bahasa Arab

    di Timur Tengah iaitu di Mesir yang melibatkan pelajar program Pendidikan Islam

    dan Al Quran.

    Program Mobiliti Pelajar ke luar negara juga terbuka kepada pelajar peringkat

    Sarjana dan Doktor Falsafah. Pelajar pascasiswazah yang terpilih untuk mengikuti

    Program Mobiliti Pelajar ke luar negara diberi peluang untuk menjalani program

    sangkutan penyelidikan. Setiap pelajar dibiayai oleh Universiti sebanyak

    RM10,000.00 seorang maksimum. Fakulti juga menyumbang sebanyak RM5,000

    kepada setiap pelajar yang berjaya mengikuti program ini. Pembiayaan tersebut

  • 45 Peneraju Pendidikan Berkualiti

    bertujuan membantu kos sara hidup pelajar di negara tersebut dan kos tambang.

    Pada tahun 2009, seorang pelajar siswazah telah terpilih untuk menjalani Program

    Sangkutan di New Zealand selama sebulan. Peluang ini dapat memperluaskan

    pengetahuan dan pengalaman pelajar terhadap penyelidikan yang dijalankan

    dengan kerjasama daripada pensyarah universiti berkenaan.

    Pendidikan Berkualiti

    Sebagai peneraju pendidikan negara, Fakulti Pendidikan sentiasa bersedia

    berhadapan dengan pelbagai ujian di mana setiap pengalaman dimanfaatkan untuk

    penambahbaikkan. Dua pengalaman yang menarik ialah proses jaminan kualiti ISO

    dan akreditasi MQA. Untuk menentukan pencapaian kualiti, proses jaminan kualiti

    telah dilaksanakan di peringkat Universiti dan Fakulti. Pelbagai mekanisme seperti

    Sistem Aduan Pelanggan (SAD) digunakan dalam Sistem Kualiti ISO 9001:2000.

    Fakulti telah mengaplikasikan Sistem Aduan Dalaman Pelajar (SADP), SAD dan

    Sistem Aduan Kerosakan (SAK) seperti yang disarankan oleh pihak Universiti. Pelajar

    merupakan pelanggan yang penting dan diberi keutamaan di Fakulti Pendidikan.

    Menerusi SAD, pelajar boleh menyuarakan sebarang ketidakpuasan mereka. Aduan

    yang diterima membolehkan pihak Fakulti dan Universiti membuat penambah-

    baikan serta mempertingkatkan perkhidmatan yang disediakan. Ini merupakan

    petanda positif ke arah kecemerlangan pendidikan dan meningkatkan martabat

    pendidikan di Fakulti Pendidikan dan UKM di peringkat kebangsaan dan

    antarabangsa.

    MQA atau Malaysia Quality Assurance telah diperkenalkan pada tahun 2010. MQA

    menyediakan garis panduan kelayakan (Malaysian Qualification Framework - MQF)

  • Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 46

    kepada institusi pendidikan dalam menawarkan pendidikan berkualiti. Sembilan

    bidang yang dinilai oleh MQA ialah maklumat Fakulti, maklumat program, standad

    program (matlamat dan hasilan pembelajaran), reka bentuk kurikulum dan

    penyampaian, penilaian pelajar, pemilihan pelajar dan khidmat sokongan, staf

    akademik, sumber pendidikan, semakan dan pemantauan program, kepimpinan

    governans dan pentadbiran serta penambaikan kualiti berterusan (Agensi

    Kelayakan Malaysia, 2010). Sebagai sebuah universiti penyelidikan, UKM telah

    mengambil bahagian dalam penilaian MQA pada tahun 2010. Fakulti Pendidikan

    merupakan salah sebuah fakulti yang dipilih untuk mewakili UKM mendapatkan

    swa-akreditasi. Ahli Fakulti telah membuat persediaan rapi sehingga memuaskan

    pihak MQA, dan UKM telah mendapat status swa-akreditasi pada tahun 2010.

    Jurnal Pendidikan Malaysia

    Jurnal Pendidikan diterbitkan pertama kalinya pada 1974 semasa Fakulti Pendidikan

    masih lagi sebagai sebuah jabatan. Sidang pengarang terawal termasuklah Hassan

    Langgulung, Abd. Rashid Johar, Mohd Amir Sharifuddin, Faridah Karim, dan Ibrahim

    Saad. Jurnal ini memuatkan hasil penulisan penyelidik dalam bidang pendidikan

    oleh pensyarah dan pelajar Fakulti sendiri dan fakulti-fakulti lain, ahli akademik

    universiti lain, serta juga penyelidik dari luar negara. Rencana-rencana dalam jurnal

    ini ditulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Terbitan yang terkini ialah Jilid

    34 serta mempunyai sidang editor dari luar negara. Kini jurnal pendidikan dikenali

    sebagai Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), dan berindeks

    DOAJ, CABBELL, ULRICH. Jurnal ini juga boleh diakses dilaman web

    http://www.ukm.my/jurfpend/indexbm.html.

  • 47 Peneraju Pendidikan Berkualiti

    Persidangan

    Fakulti Pendidikan merupakan sebuah Fakulti yang aktif dalam penganjuran

    seminar dan persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dengan

    kerjasama antara pensyarah dan kakitangan sokongan, Fakulti berjaya

    menganjurkan seminar dan persidangan setiap tahun sejak sekian lama. Pihak

    Fakulti menyokong penganjuran seminar dengan menyediakan peruntukan

    kewangan. Jadual 2.4 berikut adalah antara seminar yang telah dianjurkan oleh

    Fakulti.

    Jadual 2.4. Seminar yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan

    Bil Nama Seminar Tahun

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    9

    10

    11

    12

    Technology and Vocational Technical Education

    International Conference on Education for All

    Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan

    Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-1

    Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia

    Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-2 dan Ke-3

    Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas

    National Seminar on English Language Teaching

    Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-4

    Seminar Pendidikan Serantau Ke-2

    Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-5

    Transnational Symposium on Technical and Vocational Education

    and Training

    2001

    2002

    2002

    2003

    2003

    2003

    2004

    2004

    2005

    2005

    2006

    2006

  • Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 48

    13

    14

    15

    16

    17

    18

    19

    20

    21

    22

    23

    24

    25

    26

    Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains, Matematik dan Teknologi

    Seminar Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Negara Kali Ke-3

    International Conference on Lifelong Learning

    Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-6

    Seminar Pendidikan Khas; Pintar Cerdas dan Berbakat

    International Conference on Education of Learner Diversity

    Seminar Serantau Pendidikan Sains dan Matematik

    Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-7

    Seminar Pendidikan Serantau Ke-4

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan Keusahawanan

    Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-

    kanak Berkeperluan Khas

    Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-4

    International Conference on Education of Learner Diversity

    Wacana Pendidikan Islam Siri Ke 8

    2006

    2007

    2007

    2007

    2008

    2008

    2009

    2009

    2009

    2009

    2010

    2010

    2010

    2011

    Penganjuran seminar oleh Fakulti Pendidikan membolehkan pensyarah dan pelajar

    berkongsi kepakaran dan hasil penyelidikan mereka dengan peserta seminar dari

    dalam dan luar negara. Persidangan dan seminar yang dianjurkan juga merupakan

    platform kepada perbincangan ilmiah tentang isu-isu semasa berkaitan amalan

    pendidikan. Fakulti Pendidikan telah membina jaringan dan kerjasama dengan

    pelbagai pihak dalam penganjuran seminar seperti Kementerian Pelajaran Malaysia,

    Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

    Masyarakat, UNESCO, UNICEF, JAKIM, Jabatan dan Majlis Agama Negeri, Pusat

    Zakat dan lain-lain lagi. Kerjasama yang diberi kepada Fakulti telah melancarkan

  • 49 Peneraju Pendidikan Berkualiti

    penganjuran persidangan dan seminar yang diadakan.Fakulti Pendidikan telah

    mengorak langkah menganjurkan persidangan di luar negara dengan kerjasama

    daripada institusi pendidikan dan universiti luar negara. Wacana Pendidikan Islam

    Kali Ke-7 dan Ke-8 telah berjaya dijalankan di Gontor, Indonesia dan Lampeter,

    Wales. Seminar Pendidikan Serantau juga telah diadakan di Universitas Riau

    Indonesia. Selain menjadi penganjur, Fakulti Pendidikan juga dijemput untuk

    bekerjasama dengan universiti dan pihak-pihak yang lain dalam penganjuran

    seminar. Ini merupakan pengiktirafan terhadap kemampuan ahli Fakulti dalam

    menganjur seminar, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat

    antarabangsa.

    Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan

    Kanak-kanak Berkeperluan Khas 2009

  • Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 50

    Khidmat Masyarakat dan Konsultansi

    Kecemerlangan Fakulti terserlah bukan sahaja dengan penawaran program

    prasiswazah dan pascasiswazah di peringkat Fakulti, tetapi melalui kerjasama

    dengan fakulti-fakulti lain dan institusi luar dalam mengendalikan kursus-kursus di

    peringkat universiti dan luar universiti. Sejak penubuhan Fakulti, ahli akademik

    telah berkongsi kepakaran mereka dengan memberi khidmat nasihat dan bertindak

    sebagai pakar runding. Mereka bekerjasama memberikan khidmat masyarakat

    kepada pelbagai pertubuhan dan agensi. Beberapa buah institusi yang mempunyai

    jaringan dengan Fakulti melalui konsultasi sejak tahun 1990 lagi ialah Kementerian

    Pertahanan Malaysia melalui TLDM, FELDA, PETRONAS, Kementerian Sains dan

    Teknologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain lagi. Misalnya program

    bersama Petronas dan syarikat GLC yang lain, iaitu "Leadership Development",

    penilaian perisian pembelajaran oleh Multimedia Development Corporation (MDEC)

    yang digunakan oleh KPM, Environmental Citizenship: Emerging Perpective in

    Malaysia dan perlantikan seorang pensyarah Fakulti sebagai Felo di Petrosains,

    Petronas.

    Fakulti Pendidikan juga telah menjalankan aktiviti khidmat masyarakat yang

    melibatkan kerjasama daripada pensyarah-pensyarah dan pelajar Fakulti

    Pendidikan seperti Projek Menara Gading Yayasan Istana Abdul Aziz, Program

    Briged Bencana Alam UKM (Kampung Angkat Kundang Hulu, Pagoh, Johor) dan Kem

    Eksplorasi Sains. Program ini telah berjaya menggerakkan kolaborasi antara Fakulti

    dengan masyarakat luar di samping memberi peluang kepada pensyarah dan

    pelajar Fakulti Pendidikan menabur bakti kepada masyarakat.

  • 51 Peneraju Pendidikan Berkualiti

    Melalui program Menara Gading, Yayasan Istana Abdul Aziz Pahang telah

    menganugerahkan Dana Endowmen Tengku Ampuan Afzan (DETAA) sebanyak RM1

    juta untuk aktiviti khidmat masyarakat (Laporan Tahunan 2007). Penganugerahan

    Dana Endownmen ini membolehkan Fakulti menjalankan berbagai-bagai aktiviti

    kemasyarakatan seperti penganjuran seminar dan bengkel untuk pelajar dan guru.

    Beberapa orang felo dari luar negara telah di bawah ke Fakulti menggunakan dana

    endowmen. Mereka membantu mengendalikan beberapa bengkel seperti Bengkel

    Pendidikan Inklusif dan Bengkel Pendidikan untuk Pelajar Pelbagai Kecacatan.

    Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Majlis Pelancaran Buku, RCISEN 2009

  • Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 52

    Projek OPKIM di Pos Betau, 2011

    Kerjasama antara Fakulti Pendidikan dengan KPM dan Kementerian Pengajian

    Tinggi sentiasa terjalin erat sejak sekian lama. Pensyarah-pensyarah daripada

    Fakulti Pendidikan telah dilantik sebagai penasihat dan pakar runding dengan

    menganggotai jawatankuasa di peringkat Kementerian, Jabatan, negeri dan daerah.

    Antaranya ialah Jawatankuasa Penggubalan Kurikulum, Pelaksanaan Penilaian

    Berasaskan Sekolah, Pelan Stategik Pendidikan Negara dan lain-lain lagi. Selain

    berkongsi kepakaran, penglibatan pensyarah Fakulti membolehkan mereka

    membina jaringan dengan pertubuhan dan institusi lain. Pendedahan kepada

    institusi lain dapat memberikan maklumat kepada Fakulti tentang pengaplikasian

    ilmu pendidikan dalam pelbagai aspek kehidupan secara multidisiplin.

    Pensyarah Fakulti Pendidikan juga bergiat aktif dengan menganggotai pelbagai jenis

    pertubuhan dan persatuan masyarakat dan profesional di dalam dan luar negara.

  • 53 Peneraju Pendidikan Berkualiti

    Antaranya ialah Persatuan Kaunseling Malaysia (PEKAMA), Persatuan Pendidik

    Pendidikan Khas Malaysia, National Association of Gifted Children Malaysia

    (NAGCM), Persatuan Linguistik Malaysia, Persatuan Pendidikan Malaysia, Persatuan

    Sokongan Keluarga Sumber Autisma, US Council of Exceptional Children dan lain-

    lain lagi. Mereka juga turut dilantik memegang jawatan esekutif dalam persatuan

    dan pertubuhan yang dianggotai.

    Fakulti Pendidikan mempunyai beberapa tokoh yang bergiat cergas di peringkat

    kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa. Antaranya ialah Prof. Dato’ Dr.

    Zalizan Mohd. Jelas yang merupakan tokoh dalam mengembangkan ilmu

    Pendidikan Khas di Malaysia telah dilantik sebagai ‘International Consultant’ untuk

    pendidikan khas ke Mongolia dan Pakistan. Prof. Datin Dr. Amla Mohd Salleh pula

    telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia yang pertama pada tahun

    1998-2000. Perjuangan menubuhkan Akta Kaunselor telah berjaya menghasilkan

    piawai Latihan Kaunselor Malaysia yang kini diguna pakai dan menjadi panduan

    kepada semua Program Pengajian Profesional Kaunselor di Malaysia. Akta ini telah

    digazet pada tahun 2000 di mana Lembaga Kaunselor Malaysia diberi kuasa

    mengawal selia standard amalan dan latihan kaunseling di Malaysia.

    Selain terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan, pensyarah Fakulti juga bergiat aktif

    dalam bidang keagamaan. Prof. Madya Dato’ Dr. Abd. Halim Tamuri merupakan

    Presiden Persatuan Intelektual Muslim Malaysia, Ahli Majlis Agama Islam Selangor,

    Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, dan pemegang Amanah dan senior fellowship,

    The Islamic Academic Cambridge, United Kingdom. Kepakaran yang dimiliki oleh

    pensyarah Fakulti telah mendapat perhatian masyarakat dan khidmat mereka

    diperlukan untuk terus berbakti.

  • Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 54

    Di peringkat Universiti, ahli Fakulti Pendidikan diberi kepercayaan memegang

    pelbagai jawatan pentadbiran, terutamanya berkaitan dengan perkembangan

    pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh

    pensyarah Fakulti menarik perhatian pihak pengurusan universiti untuk melantik

    ramai pensyarah Fakulti Pendidikan memegang jawatan pentadbiran di luar Fakulti.

    Jadual 2.5 berikut ialah senarai pensyarah yang pernah dan sedang memegang

    beberapa jawatan pentadbiran di peringkat Universiti.

    Jadual 2.5. Senarai pensyarah yang pernah dan sedang memegang beberapa jawatan di peringkat universiti

    Nama Jawatan Dari Hingga

    En. Anuar Ahmad • Pengetua Unit Perumahan Pelajar • Timbalan Pengarah: Pusat

    Akreditasi Kokurikulum • Pengetua: Unit Perumahan

    Pelajar • Pengarah: Pusat Pelajar

    Antarabangsa

    01/02/2005 15/09/2009 01/01/2011 01/03/2011

    31/12/2010 31/12/2010 28/02/2014 28/02/2014

    Dr. Jamaluddin Hj. Badusah

    • Pengetua: Unit Perumahan Pelajar

    • Ketua:Pusat Kokurikulum • Pengarah: Pusat Ko-Kurikulum • Ketua Pengurusan Kualiti: Pusat

    Akreditasi Kokurikulum

    27/05/2003 01/07/2005 01/01/2006 01/08/2007

    31/08/2005 31/12/2005 10/05/2007 22/01/2009

    Prof. Madya Dr. Kamisah Osman

    • Timbalan Pengarah: Pusat Pembangunan Akademik

    01/01/2011 31/12/2013

    Dr. Kamarulzaman Abdul Ghani

    • Felo Bersekutu: Institut Kajian Rantau Asia Barat

    07/02/2010 06/02/2013

    Prof. Madya Dr. Effandi Zakaria

    • Penyelaras Program: Pusat Kembangan Pendidikan

    01/05/2005 31/10/2007

  • 55 Peneraju Pendidikan Berkualiti

    Dr. Hamidah Yamat • Penyelaras Program: Pusat Permata Pintar Negara

    01/10/2009 31/12/2010

    Prof. Dr. Lilia Halim • Timbalan Pengarah: Pusat Pembangunan Akademik

    21/12/2009 31/12/2010

    Dr. Maimun Aqsha Lubis

    • Timbalan Pengetua: Unit Perumahan Pelajar

    01/11/2008 08/05/2011

    Dr. Melor Md Yunus • Penyelaras Program: Pusat Kembangan Pendidikan

    • Penyelaras Program: Pusat Permata Pintar Negara

    • Timbalan Pengarah: Pusat Permata Pintar Negara

    01/04/2008 01/10/2009 01/01/2011

    30/09/2009 31/12/2010 31/12/2013

    Prof. Dr. Mohamed Amin Embi

    • Timbalan Pengarah: Pusat Pembangunan Akademik

    01/06/2007 31/05/2012

    Prof. Datin Dr. Siti Rahayah Ariffin

    • Ketua Bahagian: Pusat Pembangunan Akademik

    • Timbalan Pengarah: Pusat Pembangunan Akademik

    • Felo Utama Bersekutu : Pusat Pembangunan Akademik

    01/11/2001 01/02/2005 12/10/2010

    31/01/2005 30/09/2007 11/10/2013

    Dr. Rosadah Abd Majid

    • Timbalan Pengarah: Pusat Pembangunan Akademik

    • Penyelaras Program: Pusat Permata Pintar Negara

    • Timbalan Ketua: Pusat Permata Pintar Negara

    15/03/2008 15/08/2009 01/10/2009

    14/08/2009 30/09/2009 30/12/2010

    Dr. Salleh Amat

    • Timbalan Pengarah: Pusat Pembangunan Akademik

    01/03/2008 28/02/2013

    Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin

    • Penyelaras Program: Pusat Permata Pintar Negara

    • Ketua: Pusat Permata Pintar Negara

    01/10/2009 01/01/2011

    31/12/2010 31/12/2013

  • Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 56

    En. Safani Bari

    • Pengetua: Unit Perumahan Pelajar

    01/01/2006 31/12/2007

    Prof. Madya Dr. Saemah Rahmah

    • Penyelaras Program: Pusat Pembangunan Mahasiswa

    01/04/2006 30/09/2006

    Prof. Madya Dr. Noriah Mohd Ishak

    • Timbalan Pengarah: Pusat Akreditasi Kurikulum

    • Ketua : Pusat Permata Pintar Negara

    • Pengarah : Pusat Permata Pintar Negara

    01/08/2007 22/06/2009 01/01/2010

    30/09/2006 31/12/2009 31/12/2012

    Dr. Mohd Arif Ismail • Penyelaras Program : Pusat Ko-Kurikulum

    • Penyelaras Program : Pusat Akreditasi Ko-Kurikulum

    • Timbalan Pengarah : Pusat Akreditasi Ko-Kurikulum

    • Ketua : Pusat Permata Pintar Negara

    15/06/2005 01/04/2008 15/09/2009 01/04/2011

    30/06/2006 14/09/2009 28/02/2011 31/03/2014

    Prof. Madya Dr. Muhammad Hussin

    • Pengetua : Unit Perumahan Pelajar

    01/01/2001 31/08/2008

    Prof. Madya Dr. Nooreiny Maarof

    • Penyelaras : Pusat Pengajian Siswazah

    01/11/1999 31/10/2002

    Prof. Madya Dr. Norasmah Othman

    • Penyelaras Program : Pusat Pembangunan Mahasiswa

    01/04/2006 31/08/2007

    Pn. Rozlina Tan Abdullah

    • Penyelaras Program : Pusat Akreditasi Kokurikulum

    • Penyelaras : Pusat Permata Pintar Negara

    01/07/2006 01/01/2011

    30/06/2010 31/12/2013

    Dr. Tajul Arifin Muhamad

    • Timbalan Pengetua : Unit Perumahan Pelajar

    • Pengetua : Unit Perumahan Pelajar

    • Pengarah : Pusat Sukan

    01/03/2005 01/09/2008 15/12/2010

    31/08/2008 31/01/2011 14/12/2013

  • 57 Peneraju Pendidikan Berkualiti

    En. Mohd Jasmy Abd. Rahman

    • Penyelaras Program : Pusat Ko-Kurikulum

    • Penyelaras Program : Pusat Akreditasi Kokurikulum

    • Webmaster : Pusat Akreditasi Kokurikulum

    01/07/2004 01/02/2010 01/08/2011

    30/06/2006 30/6/2011 31/07/2014

    Dr. Ruslin Amir

    • Pengetua : Unit Perumahan Pelajar

    01/01/2005 19/02/2013

    Anugerah dan Penghargaan

    Ahli Fakulti bukan sahaja aktif menjalankan penyelidikan, tetapi juga berperanan

    menyebar dan berkongsi hasil penyelidikan dengan ahli masyarakat yang lain.

    Selain penyebaran melalui bengkel, seminar dan penerbitan, penyelidik daripada

    fakulti juga menyertai beberapa pertandingan penyelidikan di peringkat

    kebangsaan dan antarabangsa. Antara hasil penyelidikan ahli Fakulti ialah

    ExplorasiTM , WEBEASRTM, MyGSITM, METAKUTM, e-SuaraTM, e-MilesTM, e-MyMicaTM

    .

    Produk-produk tersebut telah dipamerkan dan dipertandingkan di pelbagai

    peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara pameran penyelidikan yang

    disertai oleh penyelidik daripada Fakulti ialah International Invention, Innovation

    and Technology Exhibition (ITEX), Malaysian Technological Exhibition (MTE),

    Pertandingan Penyelidikan Serantau 2009, Pameran Reka Cipta Antarabangsa Seoul

    (SIIF) 2004, 34th International Exhibition of Invention New Techniques and Products,

    Geneva, 2006 dan Ekspo Penyelidikan dan Inovasi UKM. Penyertaan penyelidik dari

    Fakulti Pendidikan telah membuahkan kejayaan yang cemerlang dan telah

    melonjakkan nama Fakulti dan Universiti di peringkat kebangsaan dan

    antarabangsa.

  • Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 58

    Ekspo Pemacuan Kegemilangan Warisan Ilmu (DECTAR), 2011

    Prof. Dr. Mohamed Amin Embi antara pensyarah Fakulti Pendidikan yang aktif

    menjalankan pelbagai penyelidikan berkaitan pembangunan program e-

    Pembelajaran untuk kemudahan pelajar dan pensyarah UKM. Prof Dr. Mohamed

    Amin Embi telah dianugerahkan Anugerah Tokoh Akademik Negara oleh Perdana

    Menteri Malaysia pada tahun 2009. Anugerah yang diterima merupakan

    pengiktirafan terhadap usaha penyelidikan yang beliau jalankan dan menjadi

    kebanggaan kepada Fakulti Pendidikan khasnya dan Universiti amnya.

    Kepakaran dan minat pensyarah Fakulti dalam memberikan khidmat dan

    sumbangan dalam masyarakat telah mendapat penghargaan dan pengiktirafan

    daripada pelbagai pihak. Beberapa orang pensyarah Fakulti telah dianugerahkan

    bintang kebesaran yang membawa gelaran Dato’ seperti Prof. Dr. Zalizan Mohd.

    Jelas, Prof. Dr. T. Subahan Merah, Prof. Madya Dr. Norzaini Azman dan Prof. Madya

  • 59 Peneraju Pendidikan Berkualiti

    Dr. Abd. Halim Tamuri. Penganugerahan bintang dan darjah kebesaran daripada

    beberapa buah kerajaan negeri merupakan satu pengiktirafan terhadap ketokohan

    ahli Fakulti khasnya dan Universiti amnya.

    Kesimpulan

    Fakulti Pendidikan telah berjaya mencapai visi dan misi serta matlamat akan

    kewujudannya sebagai sebuah Fakulti yang menerajui pendidikan berkualiti di

    Malaysia. Kemampuan dan kebolehan para pensyarah Fakulti Pendidikan dalam

    pelbagai bidang kepakaran diakui rakan sepakaran daripada pelbagai institusi

    pendidikan di Malaysia. Malahan, kredibiliti, kepakaran, kemahiran dan ilmu

    pengetahuan pensyarah Fakulti Pendidikan ini dapat dilihat pada peratusan pelajar

    pascasiswazah yang semakin ramai mendaftar melanjutkan pelajaran di Fakulti

    Pendidikan UKM. Hal ini membuktikan bahawa Fakulti Pendidikan UKM ialah

    sebuah institusi pendidikan yang menjadi peneraju pendidikan berkualiti dalam

    bidang pendidikan di Malaysia.

  • Bahagian 3

    LONJAKAN ILMU PENDIDIKAN

  • 61 Lonjakan Ilmu Pendidikan

  • Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 62

    Pengenalan

    Peranan Fakulti Pendidikan telah berkembang daripada memartabatkan ilmu

    pendidikan kepada memperkasakan profesion perguruan dan terakhir sebagai

    peneraju pendidikan berkualiti. Fakulti kini terus bergerak ke hadapan untuk

    menjamin pendidikan sebagai agenda utama negara. Usaha-usaha kini berfokus ke

    arah penerokaan aspek-aspek pendidikan tanpa sempadan. Penyelidikan dan

    jaringan merupakan dua kegiatan penting yang diberi perhatian oleh Fakulti dalam

    menjangkau ilmu-ilmu baru. Pelan Strategik Fakulti Pendidikan telah dibina sebagai

    garis panduan kepada perkembangan masa depan.

    Perkembangan Bidang Pendidikan

    Bidang pendidikan merupakan antara bidang yang pesat berkembang di Malaysia.

    Pelbagai polisi pendidikan telah diwujudkan sejak kemerdekaan negara untuk

    menjamin kesejahteraan rakyat. Sehubungan itu Fakulti Pendidikan berperanan

    bergerak seiring dengan pelbagai perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan

    maupun aspek kehidupan yang lain.

    NKRA (National Key Results Index) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara yang

    diumumkan pada 2009 menyatakan bahawa salah satu matlamat pencapaian negara

    ialah kebolehan mengakses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

  • 63 Lonjakan Ilmu Pendidikan

    Matlamat ini menjanjikan peluang pendidikan kepada semua, di mana aspek

    kepelbagaian pelajar diberi penekanan dalam arena pendidikan. Fakulti Pendidikan

    menyambut baik saranan ini kerana usaha-usaha memperkasa kepelbagaian telah

    dibangunkan di Fakulti Pendidikan dengan adanya Pusat Pendidikan Kepelbagaian

    Pelajar. Dengan peluang ini, Pusat Kepelbagaian Pelajar dilihat dapat memainkan

    peranan yang lebih jitu dalam mengenengahkan isu-isu kepelbagaian pelajar

    menerusi penyelidikan dan jangkauan kepada komuniti.

    Jangkauan dan Jaringan Penyelidikan

    Pemilihan UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan pada tahun 2006, telah

    berubah tumpuan dimana aspek penyelidikan di peringkat universiti menjadi agenda

    yang sangat penting. Universiti telah meletakkan sistem pengurusan penyelidikan

    sebagai amalan berkualiti bertaraf dunia dan berlandaskan piawai yang diiktiraf di

    peringkat antarabangsa. Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM

    berperanan besar dalam menentukan matlamat ini dicapai. Fakulti Pendidikan

    mendokong matlamat tersebut dengan mempergiatkan aktiviti penyelidikan melalui

    geran-geran penyelidikan yang dijana dari dalam dan luar Universiti.

    Pada tahun 2007, Fakulti Pendidikan berjaya memperolehi sebanyak 27 geran

    penyelidikan dengan pembiayaan berjumlah RM2.2 juta (Laporan Tahunan 2007).

    Ahli Fakulti mengetuai pelbagai geran penyelidikan seperti penyelidikan sciencefund,

    penyelidikan fundamental (FRGS), penyelidikan eksploratori (ERGS), FELDA,

    PETRONAS, Eu-Asia Link dan lain-lain lagi. Fakulti Pendidikan merupakan salah

    sebuah Fakulti di UKM yang tertinggi dalam bidang Sains Sosial dengan bilangan dan

    pembiayaan geran penyelidikan. Penyelidikan yang dijalankan bukan sahaja di

  • Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 64

    peringkat Fakulti dan Universiti, tetapi juga dengan kerjasama dari universiti dan

    institusi dalam dan luar negara.

    Penyelidikan di Fakulti Pendidikan kebanyakannya berada di bawah kelompo