ra bonda kc (siti hajar mohd. zaki) (f) ~e.--:j adi · tema kegigihan dan ... contoh: setem duko;...

6
ra Bonda (Siti Hajar Mohd. Zaki) Tema Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anak lelaki yang melakukan pelbagai kenakalan hingga berjaya. Persoalan (a) Kasih sayang yang menebal dalam diri seorang ibu. (b) Bertawakal dan memohon pertolongan daripada Tuhan . (c) Kepentingan menuntut ilmu dalam kehidupan. (d) Keciciran murid luar bandar. (e) Masalah sosial dalam kc 1 a-g:: ., r emaja . (f) Keinsafan untuk berubah baik. Watak dan Perwatakan Mohd. Harraz (Adik) (a) Anak lelaki tunggal daripada e.-.; pat orang adik-beradik. (b) Nakai, manja, degil, dan pa nas baran. (c) Pemalas dan tidak berminat L;ntuk belajar. (d) . lnsaf atas kesalahan yang telah dilakukan. (e) Berpelajaran tinggi, iaitu melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt , Jordan. Bonda (a) lbu tunggal kepada empat orang anak. (b) Kematian suami semasa mengandungkan adik. (c) Penyabar dalam melayani kerenah anak lelaki tunggalnya. (d) Gigih melakukan pelbagai untuk menyara keluarga. (e) lkhlas memberikan nasihat kepada anak-anaknya. (f) Bersyukur atas perubahan sikap anak lelakinya . Latar Latar Masa (a) Masa kini. (b) Sepuluh tahun yang lalu. (c) Waktu pagi, senja, dan malam. Latar Tempat (a) Di rumah bonda . (b) Di pondok dusun. (c) Di atas katil. Latar Masyarakat (a) Masyarakat yang mengalami pelbagai masalah ketika membesarkan anak-anak. (b) Masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan. (c) Masyarakat yang masih mentah dan tidak matang berfikir. (d) Masyarakat yang menjadi mangsa penganiayaan. (e) Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang. Binaan Plot (a) Permulaan - Bonda menerima sepucuk sur at daripada adik yang menuntut di Jordan. Surat itu telah mengembalikan ingatan bonda ketika membesarkan adik atau nama penuhnya Mohd. Harraz sepuluh tahun yang lalu. (b) Perkembangan - Adik, anak tunggal lelaki yang nakal, manja, dan degil. Dia akan mengamuk jika permintaannya tidak dipenuhi. Adik langsung tidak berminat untuk bela jar. Ketika awal darjah enam, dia mahu berhenti s ekolah. Keputusan adik itu menghancurkan harapan bonda yang menginginkan adik menjadi ustaz bagi menggantikan tempat arwah suaminya, Lebai Sidi. (c) Klimaks- Pada suatu malam, adik terlibat dalam kemalangan. Dia mendapat kecederaan kerana motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta . Sejak peristiwa itu, adik insaf atas kesilapannya dan menyatakan hasrat untuk menyambung pelajarannya semula. (d) Peleraian - Adik melanjutkan pengajiannya ke Universiti ai-Bayt, Jordan . Sepucuk surat yang diterima daripada adik yang menyatakan bahawa dia akan pulang ke tanah air selepas tamat pengajiannya tiga bulan lagi benar- benar membahagiakan banda . (xviii)

Upload: duongnhi

Post on 16-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: ra Bonda kc (Siti Hajar Mohd. Zaki) (f) ~e.--:J adi · Tema Kegigihan dan ... Contoh: setem duko; surot kehidupon; album pengo/oman. ... Kita hendaklah bersifat pemaaf terhadap orang

ra Bonda (Siti Hajar Mohd. Zaki)

Tema Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anak lelaki yang melakukan pelbagai kenakalan hingga berjaya.

Persoalan (a) Kasih sayang yang menebal dalam diri seorang ibu. (b) Bertawakal dan memohon pertolongan daripada Tuhan. (c) Kepentingan menuntut ilmu dalam kehidupan. (d) Keciciran murid luar bandar.

(e) Masalah sosial dalam kc 1a-g:: ., remaja. (f) Keinsafan untuk berubah ~e.--: J ad i baik.

Watak dan Perwatakan Mohd. Harraz (Adik) (a) Anak lelaki tunggal daripada e.-.;pat orang adik-beradik. (b) Nakai, manja, degil, dan panas baran. (c) Pemalas dan tidak berminat L;ntuk belajar. (d) . lnsaf atas kesalahan yang telah dilakukan. (e) Berpelajaran tinggi, iaitu melanjutkan pelajaran ke

Universiti al-Bayt, Jordan.

Bonda (a) lbu tunggal kepada empat orang anak. (b) Kematian suami semasa mengandungkan adik. (c) Penyabar dalam melayani kerenah anak lelaki tunggalnya. (d) Gigih melakukan pelbagai peke~aan untuk menyara keluarga. (e) lkhlas memberikan nasihat kepada anak-anaknya. (f) Bersyukur atas perubahan sikap anak lelakinya.

Latar Latar Masa (a) Masa kini. (b) Sepuluh tahun yang lalu. (c) Waktu pagi, senja, dan malam.

Latar Tempat (a) Di rumah bonda. (b) Di pondok dusun. (c) Di atas katil.

Latar Masyarakat (a) Masyarakat yang mengalami pelbagai masalah ketika

membesarkan anak-anak. (b) Masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan. (c) Masyarakat yang masih mentah dan tidak matang berfikir. (d) Masyarakat yang menjadi mangsa penganiayaan. (e) Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.

Binaan Plot (a) Permulaan - Bonda menerima sepucuk sur at daripada adik

yang menuntut di Jordan. Surat itu telah mengembalikan ingatan bonda ketika membesarkan adik atau nama penuhnya Mohd. Harraz sepuluh tahun yang lalu.

(b) Perkembangan - Adik, anak tunggal lelaki yang nakal, manja, dan degil. Dia akan mengamuk jika permintaannya tidak dipenuhi. Adik langsung tidak berminat untuk bela jar. Ketika awal darjah enam, dia mahu berhenti sekolah. Keputusan adik itu menghancurkan harapan bonda yang menginginkan adik menjadi ustaz bagi menggantikan tempat arwah suaminya, Lebai Sidi.

(c) Klimaks- Pada suatu malam, adik terlibat dalam kemalangan. Dia mendapat kecederaan kerana motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta. Sejak peristiwa itu, adik insaf atas kesilapannya dan menyatakan hasrat untuk menyambung pelajarannya semula.

(d) Peleraian - Adik melanjutkan pengajiannya ke Universiti ai-Bayt, Jordan. Sepucuk surat yang diterima daripada adik yang menyatakan bahawa dia akan pulang ke tanah air selepas tamat pengajiannya tiga bulan lagi benar­benar membahagiakan banda.

(xviii)

Page 2: ra Bonda kc (Siti Hajar Mohd. Zaki) (f) ~e.--:J adi · Tema Kegigihan dan ... Contoh: setem duko; surot kehidupon; album pengo/oman. ... Kita hendaklah bersifat pemaaf terhadap orang

Teknik Plot ' a) Pemerian. ib) Dialog.

Gaya Bahasa

(c) lmbas kembali. (d) Kejutan.

' a) Metafora. Contoh: setem duko; surot kehidupon; album pengo/oman.

,b) Simile. Contoh: ibarat pengumpul setem; odik ibarat penyelomot kekuaton banda; bagoikan terhumbon ke jurong zulmat.

fc) Personifikasi. Contoh: Ado tikoman masa lampou yang menajom di ingoton.

(d) Pengulangan. Contoh: buang moso, buang idea, buang dakwot pen, buang kertos, dan buong duit setem sahaja.

(e) Hiperbola. Contoh: berosop-asop bora meluot; kata-kata berapi yang membokar kepalo.

(f) Sinkope. Contoh : "Apa, kau ingot banda tu patung ke?"; "Kolou UPSR pun tak sempot nak ambit, nok buot opal':

(g) Peribahasa. Contoh: bertikom lidoh; musuh do/am selimut; bendera putih; doyung sudah di tongon, sampan sudoh di tengah /autan .

Nilai (a) Kasih sayang. (b) Kesabaran. (c) Bertanggungjawab.

Pengajaran

(d) Kegigihan. (e) Keinsafan. (f) Kesyukuran.

(a) Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dalam hidup. (b) Kita hendaklah senantiasa berserah kepada Tuhan. (c) Kita mestilah menjalankan tanggungjawab sebagai ketua

keluarga dengan baik. (d) Kita hendaklah menunjukkan nilai-nilai baik terhadap

anak-anak. (e) Sebagai anak, kita hendaklah hormat akan orang tua kita. (f) Kita hendaklah bertaubat dan insaf atas kesalahan yang

telah dilakukan. (g) Kita perlulah bersyukur apabila permintaan atau doa kita

dimakbulkan Tuhan.

gala yang Tercinta Ada di Sana ina/ Rashid Ahmad)

Tern a Kehidupan dalam masyarakat kampung yang bergantung pada tumbuh-tumbuhan semula jadi sebagai sumber makanan dan perubatan.

Persoalan (a) Kemiskinan dan kesederhanaan hidup. (b) Khasiat herba dan rawatan tradisional dalam kehidupan

harian. (c) Ketaatan dan kepatuhan kepada guru. (d) Pendidikan agama dalam masyarakat.

Watak dan Perwatakan Aku/Kami (a) Remaja yang menetap di kampung. (b) Menjalani kehidupan seharian dalam serba kemiskinan. (c) Rajin dan bertanggungjawab. (d) Taat.

Hajah Tom (a) Balu yang tinggal bersendirian dan tidak mempunyai anak. (b) Suaminya mati ditembak komunis di Gubir. (c) Guru ai-Quran yang amat disayangi oleh anak-anak kampung. (d) Bertubuh kecil, berkulit putih licin, dan sentiasa bertudung. (e) Kuat pegangan agama. (f) Baik hati dan penyayang.

Haji Salleh Pumpong (a) Imam tua di kampung penulis. (b) Berpengetahuan luas. (c) Alim. (d) Pembersih.

Latar latar Tempat (a) Di kampung penulis. (b) Di rumah Hajah Tom.

latar Masa (a) Tiga bulan kemudian.

(c) Di surau. (d) Di Gubir.

(b) Pagi-pagi sebelum keluar rumah. (c) Awal Ramadan.

latar Masyarakat (a) Masyarakat kampung yang hidup miskin. (b) Masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan. (c) Masyarakat yang taat kepada guru. (d) Masyarakat yang prihatin. (e) Masyarakat yang mengenang jasa.

Plot Binaan Plot (a) Permulaan - Penulis mengimbau zaman kanak-kanaknya

semasa dia dan rakan-rakannya membesar di kampung tradisional Melayu. Mereka hidup dalam kemiskinan.

(b) Perkembangan - Penulis menceritakan kepentingan tumbuh-tumbuhan kepada penduduk kampung untuk dijadikan ubat dan makanan. Penduduk kampung penulis tidak mampu mendapatkan rawatan moden kerana kosnya lebih mahal.

(c) Klimaks - Kematian Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong amat dirasai oleh penulis dan rakan-rakannya. Kedua­dua tokoh itu amat disayangi dan dihormati oleh mereka.

(d) Peleraian - Penulis menganggap bahawa budi Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong amat besar. Jasa mereka tidak akan dilupakan oleh penulis dan rakan-rakannya.

(xix)

Page 3: ra Bonda kc (Siti Hajar Mohd. Zaki) (f) ~e.--:J adi · Tema Kegigihan dan ... Contoh: setem duko; surot kehidupon; album pengo/oman. ... Kita hendaklah bersifat pemaaf terhadap orang

Teknik Plot (a) Pemerian. (c) lmbas kembali. (b) Dialog.

Gaya Bahasa (a) Bahasa Arab. Contoh: insya-AIIah; surah, fadhilatnya. (b) Simile. Contoh: umpama menghadap dewa-dewa;

berku/it putih ficin seperti langsat matang. (c) Sinkope. Contoh: ni; tau; tak. (d) Repetisi. Contoh: Dia satu-satunya imam surau; satu­

satunya orang di kampung komi yang paling tahu segala yang berkaitan amal ibadat.

Nilai (a) Baik hati. (b) Ketaatan.

Pengajaran

(c) Mengenang jasa. (d) Keprihatinan.

(a) Kita hendaklah memberikan pendidikan agama kepada anak-anak.

(b) Kita perlulah taat kepada guru yang telah banyak mencurahkan ilmu pengetahuan kepada kita.

(c) Anak-anak perlulah dididik agar mengutamakan kebersihan dan nilai-nilai murni.

(d) Kita perlulah mengenang jasa orang yang banyak berbudi kepada kita .

lema

arga Sebuah Lukisan aharudin A. Manon)

Keluhuran hati dalam persahabatan.

Persoalan (a) Kesungguhan untuk mengasah bakat. (b) Sifat terpuji dalam kalangan murid sekolah.

(xx)

(c) Kekuatan semangat untuk menghadapi cabaran hidup. (d) Keinsafan atas kesalahan yang telah dilakukan. (e) Kemuliaan hati dalam memaafkan seseorang.

Watak dan Perwatakan Kamal Hijaz (a) Murid tingkatan dua di Sekolah Menengah Sirusa. (b) Berbakat dalam bidang lukisan. (c) Gigih berusaha. (d) Pandai menjaga hati kawan. (e) Bijak dan pantas berfikir. (f) Tenang ketika menghadapi masalah. (g) Bersikap terbuka dan pemaaf.

Maryati (a) Rakan kepada Kamal Hijaz. (b) Peramah dan mudah mesra. (c) Sanggup mengkhianati rakan. (d) lnsaf dan menyesali perbuatannya.

Latar Latar Masa (a) Tiga hari. (b) Hari Sabtu.

Latar Tempat

(c) Hari lsnin. (d) Dua minggu.

(a) Di Sekolah Menengah Sirusa. (b) Di taman mini sekolah. (c) Di kantin sekolah.

Latar Masyarakat (a) Masyarakat yang berbakat dalam bidang seni lukis. (b) Masyarakat pendidik yang bertanggungjawab. (c) Masyarakat yang gigih berusaha. (d) Masyarakat yang sanggup mengkhianati orang lain. (e) Masyarakat yang berhati mulia.

Plot Binaan Plot (a) Permulaan - Kamal Hijaz membelek-belek buku

kumpulan lukisan. Himpunan lukisan artis-artis tersohor Malaysia yang mengandungi pelbagai tema itu dijadikan rujukan untuk menyertai pertandingan melukis peringkat daerah. Sememangnya, Kamal Hijaz amat berbakat dalam bidang seni dan bakat itu diwarisi daripada bapanya yang pandai mengarang dan melukis.

(b) Perkembangan - Sebelum pertandingan bermula, Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo berhampiran dengan taman mini. Maryati dan Norlela datang berbual-bual dengannya sambil menikmati juadah yang dibawa oleh Maryati.

(c) Klimaks- Semasa pertandingan berlangsung. Kamal Hijaz gagal melukis dengan sempurna kerana kertas lukisannya telah dibubuh lilin. Kamal Hijaz terpaksa menukar tajuk lukisannya daripada lukisan pemandangan kepada gambar pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Jebat. Kamal Hijaz diumumkan sebagai pemenang pertandingan tersebut, manakala Maryati sebagai pemenang k2dua.

(d) Peleraian - Kamal Hijaz menyampaikan ucapan pada hari terakhir persekolahannya di sekolah itu. Sajaknya menyentuh perasaan terutama Maryati yang berasa bersalah. Maryati memohon maaf daripada Kamal Hijaz kerana telah menukar kertas lukisannya yang disapu lilin. Kamal Hijaz memaafkan Maryati dan menghadiahinya sebuah lukisan.

Page 4: ra Bonda kc (Siti Hajar Mohd. Zaki) (f) ~e.--:J adi · Tema Kegigihan dan ... Contoh: setem duko; surot kehidupon; album pengo/oman. ... Kita hendaklah bersifat pemaaf terhadap orang

Teknik Plot (a) Pemerian. (b) Dialog.

Gaya Bahasa

(c) Monolog dalaman. (d) Kejutan.

(a) Simile. Contoh : macam nenek kebayan; Kampung itu bagaikan tempat tumpah darahnya; macam belangkos.

(b) Peribahasa. Contoh: mengosah bakat; lurus bendul; membuta tuli.

(c) Personifikasi. Contoh: kekecewaan menghambat perasaannya.

(d) Bahasa lnggeris. Contoh: water colour; poster colour. (e) Hiperbola. Contoh: Menusuk rongga hidung.

Nilai (a) Kegigihan. (b) Ketabahan.

Pengajaran

(c) Kebijaksanaan. (d) Menghargai persahabatan.

(a) Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

(b) Kita'perlulah menjaga hubungan persahabatan. (c) Kita hendaklah cepat berfikir dan bertindak bagi

mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi. (d) Kita mestilah menyedari dan mengakui kesilapan yang

telah kita lakukan. (e) Kita hendaklah bersifat pemaaf terhadap orang yang

memohon maaf kepada kita .

·I:'

· "iudi Semangkuk Daging /4/ny Suzani Ainuddin) if.>·'-

lema Pentingnya semangat kejiranan dalam kehidupan seharian.

Persoalan (a) Negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

(b) Amalan tolong-menolong antara jiran. (c) Dendam yang berpanjangan. (d) Larangan dalam sesuatu agama.

Watak dan Perwatakan Puan Ainun (a) lsteri kepada Encik Hilal. (b) lbu kepada Syafiq dan Han if. (c) Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng, dan Puan Salbiah. (d) Mempunyai semangat kejiranan dan suka menolong

jiran. (e) Suka memasak dan mencuba resepi baharu. (f) Mudah kecil hati dan pendendam. (g) lnsaf akan kesilapannya.

Cik Punita (a) Berusia tiga puluhan dan belum berkahwin. (b) Berketurunan India dan beragama Hindu. (c) Fasih berbahasa Melayu. (d) Jiran sebelah kanan rumah Puan Ainun. (e) Menjual barangan kesihatan keluaran syarikat jualan

langsung.

La tar Latar Masa (a) Waktu pagi. (b) Waktu tengah hari. (c) Waktu petang.

Latar Tempat (a) Di rumah Puan Ainun. (b) Di kawasan perumahan.

Latar Masyarakat (a) Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa. (b) Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan. (c) Masyarakat yang memahami adat, budaya, dan agama

kaum lain. ·

Plot Binaan Plot (a) Permulaan - Puan Ainun yang suka memasak mencuba

resepi baharu, iaitu daging masak Minang. (b) Perkembangan - Puan Ainun meminta anak-anaknya

menghantar masakan tersebut kepada jirannya, iaitu Puan Cheng dan Cik Punita. Sebaliknya, Cik Punita mengembalikan semula mangkuk yang berisi masakan tersebut Hal ini menyebabkan Puan Ainun berasa tidak puas hati dan menyimpan perasaan dendam terhadap Cik Punita.

(c) Klimaks- Sekembali dari kampung, Cik Pun ita memberikan buah limau bali kepada Puan Ainun. Puan Ainun meminta anaknya mengembalikan semula buah limau bali tersebut Namun, akhirnya beliau mengetahui punca Cik Punita menolak pemberiannya melalui penjelasan suaminya. Rupa-rupanya Cik Punita yang merupakan penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.

(d) Peleraian - Puan Ainun sedar akan kesilapannya dan menghantar bubur kacang kepada Cik Punita.

Teknik Plot (a) Pemerian. (b) Dialog.

Gaya Bahasa

(c) lmbas kembali. (d) Monolog dalaman.

(a) Bahasa lnggeris. Contoh: best.

(xxi)

Page 5: ra Bonda kc (Siti Hajar Mohd. Zaki) (f) ~e.--:J adi · Tema Kegigihan dan ... Contoh: setem duko; surot kehidupon; album pengo/oman. ... Kita hendaklah bersifat pemaaf terhadap orang

(b) Sinkope. Contoh: "Orang lain pun berniaga juga, taklah macam dia. Nak paksa-paksa orang pula, " rungut Puan Ainun lagi.

(c) Simile. Contoh : Tiba"-tiba ingatan Puan Ainun bagai ditarik ke belakang.

(d) Peribahasa. Contoh: ringan tangan; ada ubi ada batas; buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Nilai (a) Bantu-membantu. (b) Bertanggungjawab. (c) Kepatuhan.

Pengajaran

(d) Keinsafan. (e) Prihatin.

(a) Kita hendaklah menghormati adat budaya kaum lain. (b) Kita hendaklah bantu-membantu sesama jiran. (c) lsteri hendaklah rajin dan pandai memasak. (d) Janganlah kita berburuk sangka terhadap seseorang

tanpa usul periksa. (e) Kita hendaklah menyemaikan nilai-nilai yang baik dalam

diri anak-anak.

cari Nafas Baharu (Ayusari MJ)

Tema Pengorbanan seorang guru.

Persoalan (a) Kasih sayang guru terhadap murid. (b) Kegigihan dan kesungguhan guru-guru untuk menaikkan

prestasi sekolah. (c) Pahit manis guru yang mengajar di kawasan pedalaman. (d) Kepentingan perubatan moden.

Watak dan Perwatakan Ana (a) Guru lulusan universiti pendidikan tempatan. (b) Berasal dari utara Semenanjung. (c) Berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kampung Chat, Hulu

Pahang.

(d) Guru tingkatan 3 dan guru mata pelajaran. (e) Gigih dalam menjalankan tugasnya. (f) Sanggup berkorban demi anak didiknya. (g) Penyayang dan prihatin.

Milah (a) Murid tingkatan 3. (b) Anak sulung daripada enam orang adik-beradik. (c) lbunya peniaga kedai runcit secara kecil-kecilan. (d) Ayahnya penangkap ikan. (e) Rajin dan bergiat aktif dalam sukan. (f) Berwajah lembut dan mempunyai tarikan yang tersendiri. (g) Menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL). (h) Meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum

tulang daripada Ana.

Latar latar Masa (a) Pagi Sabtu. (c) Hari Jumaat. (b) Waktu pagi dan petang. (d) Tempoh masa tiga bulan.

latar Tempat (a) Di Kampung Chat, Hulu Pahang. (b) Di Kampung Lenjun. (c) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat. (d) Di Hospital Daerah, Kuala Lipis.

latar Masyarakat (a) Masyarakat guru yang mencintai profesion keguruan. (b) Masyarakat pendidik yang bekerja keras dalam bidang

akademik dan kokurikulum. (c) Masyarakat guru yang prihatin terhadap penderitaan anak

muridnya. (d) Masyarakat kampung yang tinggal di pedalaman. (e) Masyarakat yang tabah menghadapi ketentuan llahi.

Plot Binaan Plot (a) Permulaan - Ana teringat akan kisah lama semasa dia

mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Chat, Hulu Pahang. Ana mengambil keputusan untuk bertukar sekolah selepas murid kesayangannya, Milah meninggal dunia.

(b) Perkembangan - Ketika mula-mula dihantar ke sekolah tersebut, Ana tertarik oleh kepandaian Milah dalam bidang akademik dan kelincahannya dalam kegiatan kokurikulum. Ana menganggap Milah seperti adiknya sendiri. Ana banyak menghabiskan masa hujung minggunya bersama dengan keluarga Milah. Milah jatuh sa kit dan disahkan menghidap leukemia jenis limfoblastik (ALL). Ana bertekad untuk mendermakan sumsum tulangnya kepada Milah.

(c) Klimaks - Ana terkejut apabila diberitahu bahawa Milah semakin tenat. Doktor di Hospital Daerah, Kuala lipis membuat persiapan yang rapi untuk melakukan pembedahan dan pemindahan sumsum tulang. Namun, tepat pukul 9.45 pagi, Milah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Ana.

(d) Peleraian - Ana terkilan kerana hasrat murninya tidak kesampaian. Namun, Ana reda dengan ketentuan llahi. Akhirnya, Ana memohon untuk bertukar ke tempat kelahirannya.

Teknik Plot (a) Pemerian. (b) Dialog.

(c) lmbas kembali. (d) Kejutan.

(xxii)

Page 6: ra Bonda kc (Siti Hajar Mohd. Zaki) (f) ~e.--:J adi · Tema Kegigihan dan ... Contoh: setem duko; surot kehidupon; album pengo/oman. ... Kita hendaklah bersifat pemaaf terhadap orang

Gaya Bahasa (a) Sinkope. Contoh: "Belum. Ayah Milah doh cari air

penawar, tetapi tak kurang-kurang demamnya ... " keluh emak Maisarbh.

(b) Simile. Contoh: Tanpa suara manja Milah yang bagaikan lagu berirama.

(c) Metafora. Contoh: hutan dora.

Nilai (a) Kasih sayang. (b) Pengorbanan. (c) Kerajinan.

(d) Be las kasihan. (e) Prihatin. (f) Kegigihan.

Pengajaran (a) Kita hendaklah amanah dan bertanggungjawab dalam

melaksanakan tugas yang diberikan. (b) Kita mestilah bersifat penyayang terhadap sesama insan. (c) Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam

kesusahan. (d) Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang bernasib

malang. (e) Kita hendaklah segera mendapatkan rawatan apabila

ditimpa masalah kesihatan. (f) Kita perlu mempunyai kekuatan dalaman untuk

meneruskan kehidupan.

Pemikiran Perjuangan penduduk tempatan menentang penjajahan.

Persoalan (a) Kesanggupan berkorban demi mempertahankan tanah air. (b) Tali barut merupakan pengkhianat bangsa. (c) Strategi dalam menghadapi musuh. (d) Kekuatan dalarnan dalam jiwa pejuang.

Watak dan Perwatakan Pangeran Syahbaridar (a) Pemimpin yang berani.

(xxiii)