penghuraian kerja perkhidmatan jururawat · pdf filekaunseling penyakit ... ini dilakukan di...

13
1 PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURURAWAT PERGIGIAN 1. SKIM PERKHIDMATAN Jururawat Pergigian Gred U29, U32, U36, U38, U40. 2. PERINGKAT ORGANISASI Jabatan Kesihatan Pergigian Negeri/Klinik Kesihatan/Klinik Pergigian. 3. RINGKASAN TUGAS Melaksanakan perkhidmatan pergigian dari segi diagnosis, rawatan, pencegahan dan peningkatan kesihatan untuk kanak-kanak berumur 17 tahun ke bawah dengan memberi tumpuan kepada kanak-kanak pra-sekolah, murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Bertanggungjawab memberi perkhidmatan pergigian yang spesifik untuk mencapai matlamat supaya masyarakat mempunyai kesihatan mulut yang optimum. 4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS 4.1 Jururawat Pergigian Gred U29 4.1.1 Bertanggungjawab kepada Pegawai Pergigian yang menjaga dalam melaksanakan tugas berikut: a. Menjalankan Pengurusan Klinikal iaitu mempunyai pengetahuan dan berkebolehan memahami dan mengaplikasi dalam membantu, merancang dan melaksanakan aktiviti: pemeriksaan dan diagnosis. memberi rawatan pergigian kepada kumpulan sasar (murid sekolah sehingga berumur 17 tahun, kanak-kanak pra-sekolah dan kanak-kanak istimewa. mengendalikan pesakit.

Upload: truongmien

Post on 06-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURURAWAT · PDF fileKaunseling Penyakit ... Ini dilakukan di sekolah peringkat daerah dan negeri bagi ... semasa dan selepas rawatan. memberi bimbingan

1

PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATANJURURAWAT PERGIGIAN

1. SKIM PERKHIDMATAN

Jururawat Pergigian Gred U29, U32, U36, U38, U40.

2. PERINGKAT ORGANISASI

Jabatan Kesihatan Pergigian Negeri/Klinik Kesihatan/Klinik Pergigian.

3. RINGKASAN TUGAS

Melaksanakan perkhidmatan pergigian dari segi diagnosis, rawatan, pencegahandan peningkatan kesihatan untuk kanak-kanak berumur 17 tahun ke bawahdengan memberi tumpuan kepada kanak-kanak pra-sekolah, murid sekolahrendah dan menengah di seluruh negara. Bertanggungjawab memberiperkhidmatan pergigian yang spesifik untuk mencapai matlamat supayamasyarakat mempunyai kesihatan mulut yang optimum.

4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

4.1 Jururawat Pergigian Gred U29

4.1.1 Bertanggungjawab kepada Pegawai Pergigian yang menjagadalam melaksanakan tugas berikut:

a. Menjalankan Pengurusan Klinikal iaitu mempunyaipengetahuan dan berkebolehan memahami danmengaplikasi dalam membantu, merancang danmelaksanakan aktiviti:

pemeriksaan dan diagnosis.

memberi rawatan pergigian kepada kumpulan sasar(murid sekolah sehingga berumur 17 tahun, kanak-kanakpra-sekolah dan kanak-kanak istimewa.

mengendalikan pesakit.

Page 2: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURURAWAT · PDF fileKaunseling Penyakit ... Ini dilakukan di sekolah peringkat daerah dan negeri bagi ... semasa dan selepas rawatan. memberi bimbingan

2

melaksanakan prosedur kawalan jangkitan sebelum,semasa dan selepas rawatan dan keselamatan kesihatanmengikut garis panduan sedia ada.

4.1.2 Menjalankan Pengurusan Perkhidmatan Preventif iaitu mempunyaipengetahuan dan berkebolehan memahami dan mengaplikasiaktiviti:

a. penyampaian mesej kesihatan pergigian.

b. memberi nasihat pemakanan.

c. teknik latihan memberus gigi.

d. teknik pencegahan klinikal – sealan fisur.

4.1.3 Menjalankan urusan penggalakan kesihatan pergigian iaituberpengetahuan dan berkebolehan dalam membantu danmelaksanakan aktiviti:

a. promosi kesihatan pergigian seperti kempen dan pameran.

b. membantu menyediakan risalah dan poster pergigian.

c. melibatkan diri dalam projek komuniti di bawah programkesihatan pergigian.

4.1.4 Menjalankan urusan penentuan perkhidmatan pergigian iaitumempunyai pengetahuan dan kefahaman dalam membantu aktivitipenyediaan dan pelaksanaan aktiviti.

a. kemasukan data dalam sistem maklumat kesihatanpergigian.

b. mengumpul dan membuat interprestasi data sertapersembahan dalam bentuk graf di peringkat kawasan.

c. mengambil bahagian dalam aktiviti latihan dan pendidikanberterusan.

4.1.5 Bertanggungjawab kepada Pakar Periodontik dalam melaksanakantugas berikut:

a. Tunjuk ajar Kesihatan Mulut (Oral Hygiene Instructions –OHI) seperti berikut:

Page 3: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURURAWAT · PDF fileKaunseling Penyakit ... Ini dilakukan di sekolah peringkat daerah dan negeri bagi ... semasa dan selepas rawatan. memberi bimbingan

3

memberi tunjuk ajar secara individu, teknik memberusgigi yang betul dan efisien kepada pesakit yang dirujukuntuk rawatan periodontium.

aktiviti ini dibuat pada hari-hari yang tertentu di KlinikPeriodontium secara temujanji.

b. Kaunseling Penyakit Periodontium secara memberipenerangan kepada pesakit mengenai etiologi, prosespenyakit, latar belakang dan skim rawatan am (tidaktermasuk aturan rawatan). Ini dilakukan pada hari-hari yangtertentu di Klinik Periodontium secara temujanji.

c. Pendidikan Kesihatan Pergigian mengenai Periodontologikepada kumpulan sasaran, murid sekolah rendah, muridsekolah menengah dan ibu mengandung mengenai:

anatomi tisu peridontium.

morfologi tisu periodontium dan gigi.

epidemiologi penyakit periodontium

diet dan faktor-faktor yang mempengaruhiperkembangan penyakit.

d. Rawatan kepada pesakit:

rawatan yang mudah seperti memeriksa dan mencatatindeks plak dan indeks gingiva.

peproban poket dan kehilangan atakmen.

penskaleran, pengetaman akar di bawah anesterissetempat.

memonitor regim rawatan dan pengkalan.

e. Klinikal Audit:

screening, pemeriksaan dan pengesanan penyakit-penyakit periodontium terutamanya bagi kategoriperingkat awal. Ini dilakukan di sekolah peringkat daerahdan negeri bagi mendapatkan data kejadian danprevalens penyakit periodontium.

Page 4: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURURAWAT · PDF fileKaunseling Penyakit ... Ini dilakukan di sekolah peringkat daerah dan negeri bagi ... semasa dan selepas rawatan. memberi bimbingan

4

4.1.6 Bertanggungjawab kepada Pakar Pergigian Pediatrik dalammelaksanakan tugas berikut:

a. Rawatan Klinikal

memberi rawatan pergigian am dan khusus kepadapesakit yang dirujuk atas arahan Pegawai Pergigian/Pakar Pergigian.

membantu pakar dan pegawai pergigian di dewan bedahsebagai scrub nurse.

mengendalikan kes-kes sedasi seperti menyediakanperalatan serta bahan sedasi, memantau keadaanpesakit dan penjaga agar mematuhi arahan sertamelakukan resusitasi jika perlu.

bertanggungjawab bagi memastikan losyen/ubat-ubatandi klinik sentiasa mencukupi.

mengambil dan menyimpan rekod klinikal seperti impresiuntuk model kajian, fotografi dan radiograf secaramanual atau digital.

memastikan rekod harian diselenggarakan dan penyataharian serta tahunan disediakan dalam tempoh yangditetapkan.

b. Rawatan Pencegahan.

memberi pendidikan kesihatan mulut kepada pesakit danibu bapa di wad, klinik dan semasa program-programtertentu.

mengendalikan rawatan pencegahan klinikal untukkanak-kanak keperluan khas seperti oral toilet,profilaksis, sealan fisur serta penyapuan fluorida.

menyediakan bahan dan alat pandang dengar untukprogram pencegahan dan pameran.

c. Link Nurse.

bertindak sebagai link-nurse mewakili unit di peringkathospital serta bertanggungjawab terhadap perkara yang

Page 5: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURURAWAT · PDF fileKaunseling Penyakit ... Ini dilakukan di sekolah peringkat daerah dan negeri bagi ... semasa dan selepas rawatan. memberi bimbingan

5

berkaitan dengan kawalan jangkitan mengikut proseduryang telah ditentukan.

d. Pentadbiran.

merekod butiran pesakit dewan bedah secara online danmembantu dalam program-program inisiatif seperti AuditKlinikal, ISO, QAP, akreditasi dan incident reporting.

4.1.7 Bertanggungjawab kepada Pakar Ortodontik dalam melaksanakantugas berikut:

a. Rawatan pesakit:

Memeriksa, mendiagnosis, merancang rawatan pesakityang diperlukan serta mengambil dan menginterpretasiradiograf (intra-oral).

mengambil impresi model kajian untuk pesakit ortodontik.

memasang pengasing elastik profilaksis sebelumbonding dan bending.

b. Tunjuk Ajar Kesihatan Mulut (Oral Hygiene Instructions),memberi tunjuk ajar secara individu, teknik memberus gigiyang betul dan berkesan kepada pesakit yang dirujuk untukrawatan ortodontik. Ini dilakukan pada hari-hari tertentudi klinik Ortodontik secara temujanji.

c. Memperkenalkan kepada pesakit jenis-jenis berus gigi khas(seperti interdental tooth brush dan ‘V’ tuft ortodontiktoothbrush) yang sesuai untuk aplians tetap.

d. Kaunseling mengenai Rawatan Ortodontik seperti memberipenerangan kepada pesakit mengenai:

jenis aplians ortodontik

masalah klasifikasi karies dan penyakit periodontiumberkaitan dengan pemakaian aplians ortodontik.Ini dilakukan pada hari-hari tertentu di Klinik Ortodontiksecara temujanji.

e. Pendidikan Kesihatan Pergigian mengenai rawatanOrtodontik seperti:

Page 6: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURURAWAT · PDF fileKaunseling Penyakit ... Ini dilakukan di sekolah peringkat daerah dan negeri bagi ... semasa dan selepas rawatan. memberi bimbingan

6

kepentingan penjagaan kesihatan mulut secara home-care pada masa rawatan aktif (seperti fluoride mouthrinse) untuk pesakit high risk yang memakai aplianstetap.

diet – makanan yang seimbang. Juga mengelakkanmakanan yang keras yang boleh mematahkan aplians.

kumpulan sasaran ialah pesakit yang akan memulakanrawatan aktif.

f. Rawatan kepada pesakit:

memberi rawatan seperti profilaksi, penskaleran danpenggilapan sebelum, semasa dan selepas rawatan aktif,memonitor regim rawatan dan pengekalan (maintenance)semasa rawatan aktif dan juga pada peringkat retentionstage.

4.1.8 Bertanggungjawab kepada Pakar Bedah Mulut dalammelaksanakan tugas berikut:

a. Tugas di bilik pembedahan:

membantu dalam prosedur rawatan di bilik pembedahan.

bertanggungjawab dalam pemeliharaan dan penyediaanalat-alat perkakas.

memastikan semua alat kelengkapan pergigian di bawamasuk ke bilik pembedahan dalam keadaan berfungsidan steril.

profilaksis dan oral toilet.

STO dan dressing.

b. Memastikan kawalan jangkitan dilaksanakan mengikutprosedur.

c. Pendidikan Kesihatan Pergigian.

memberi nasihat diet.

penjagaan kebersihan mulut.

Page 7: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURURAWAT · PDF fileKaunseling Penyakit ... Ini dilakukan di sekolah peringkat daerah dan negeri bagi ... semasa dan selepas rawatan. memberi bimbingan

7

d. Tugas pengawasan aspek klinikal.

pemantauan (monitoring tanda dan gejala selepaspembedahan.

memastikan troli kecemasan lengkap dan sediadigunakan.

4.2 Jururawat Pergigian Gred U32

4.2.1 Bertanggungjawab kepada Pegawai Pergigian Kanan (SDO) dalamurusan merancang, melaksana, mengawal selia dan menilaiprogram kesihatan pergigian di daerah seperti berikut;

a. Menjalankan Pengurusan Klinikal iaitu berkemahiranmengaplikasi kaedah-kaedah dan teknik-teknikpenyelenggaraan projek-projek di bawah program termasuk:

pemeriksaan dan diagnosis.

memberi rawatan pergigian kepada kumpulan sasar(murid sekolah sehingga berumur 17 tahun, kanak-kanakpra sekolah dan kanak-kanak istimewa).

mengendalikan pesakit.

melaksanakan prosedur kawalan jangkitan sebelum,semasa dan selepas rawatan.

memberi bimbingan serta memantau anggota bawahandalam melaksanakan rawatan di peringkat daerah.

memantau dan melaksanakan prosedur-prosedurkawalan jangkitan silang dan keselamatan kesihatanmengikut panduan sedia ada.

b. Menjalankan Pengurusan Perkhidmatan Preventif iaituberkemahiran mengaplikasi dalam membantu menjalankanaktiviti:

memberi bimbingan, membuat penjadualan sertamemantau.

pelaksanaan aktiviti preventif anggota bawahan diperingkat daerah.

Page 8: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURURAWAT · PDF fileKaunseling Penyakit ... Ini dilakukan di sekolah peringkat daerah dan negeri bagi ... semasa dan selepas rawatan. memberi bimbingan

8

berinteraksi dengan agensi luar di peringkat daerah.

pemantauan dan membuat analisis serta menyediakanlaporan bagi program sealan fisur.

c. Menjalankan urusan Penggalakan Kesihatan Pergigian iaituberkemahiran dalam mengaplikasi pelaksanaan aktiviti:

membimbing dan memantau promosi kesihatan pergigianyang dilaksanakan oleh anggota kejururawatan pergigiandi peringkat daerah.

menyediakan laporan aktiviti PKP untuk tindakansusulan.

d. Menjalankan urusan Penentuan Kualiti PerkhidmatanPergigian iaitu berupaya mengaplikasi dan melaksanaaktiviti:

mengendali, memantau aktiviti latihan dan pendidikanberterusan anggota bawahan di peringkat kawasan dandaerah.

membuat perancangan dan analisis di peringkatkawasan dan daerah.

mengumpul dan membuat interpretasi data sertapersembahan dalam bentuk graf di peringkat kawasan/daerah.

menyediakan laporan dan membuat analisis berkaitanaktiviti Penentuan Kualiti Perkhidmatan Pergigian.

e. Mengendali, memantau aktiviti dan pendidikan berterusananggota bawahan di peringkat daerah.

4.3 Jururawat Pergigian Gred U36

4.3.1 Bertanggungjawab kepada TPKN(G)/Pegawai Pergigian Kanan(SDO) dalam urusan merancang, melaksanakan, mengawal seliadan menilai program kesihatan pergigian seperti berikut:

a. Menjalankan Pengurusan Klinikal iaitu membimbing,memantau dan menilai aktiviti kesihatan pergigian diperingkat daerah dan negeri.

Page 9: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURURAWAT · PDF fileKaunseling Penyakit ... Ini dilakukan di sekolah peringkat daerah dan negeri bagi ... semasa dan selepas rawatan. memberi bimbingan

9

pendidikan kesihatan pergigian.

latihan memberus gigi.

rawatan sealan fisur.

berinteraksi dengan agensi luar di peringkat daerah/negeri.

b. Menjalankan urusan promosi kesihatan pergigian iaitumerancang, membimbing dan memantau promosi kesihatanpergigian yang dilaksanakan oleh kejururawatan pergigian diperingkat daerah/negeri seperti berikut:

urusan persiapan pameran kesihatan pergigian.

kempen kesihatan pergigian.

c. Bertindak sebagai koordinator dengan bahagian-bahagianlain di peringkat daerah/negeri.

d. Menjalankan urusan Penentuan Kualiti PerkhidmatanPergigian iaitu berkemahiran menyedia dan menganalisadata dan memantau pelaksanaan prosedur keselamatan dankesihatan pekerjaan serta jangkitan silang yang dijalankanoleh anggota bawahan.

e. Merancang, mengendali, memantau dan menilai aktivitilatihan dan pendidikan berterusan serta memberi ceramah diperingkat daerah/negeri.

4.4 Jururawat Pergigian Gred U38

4.4.1 Bertanggungjawab kepada TPKN(G) dalam menjalankan tugasberikut;

a. Merancang, melaksana dan mengawal selia serta menilaiprogram rawatan pergigian.

b. Memantau standard kesihatan dan mengkaji serta menilaikeberkesanan QAP serta menilai perangkaan pentingmengenai beban kerja laporan-laporan dan hasil kajianuntuk merangka norma perjawatan.

Page 10: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURURAWAT · PDF fileKaunseling Penyakit ... Ini dilakukan di sekolah peringkat daerah dan negeri bagi ... semasa dan selepas rawatan. memberi bimbingan

10

c. Menyelia garis panduan pelaksanaan program rawatanpergigian serta mengawal selia.

d. Menguruskan semua perkara mengenai penentuan teknologiperkhidmatan pergigian.

e. Mengadakan kemudahan perundingan bagi pengurusanperkhidmatan pergigian rawatan.

f. Mengadakan latihan termasuk pos-basik yang dirancangoleh Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian KesihatanMalaysia bagi semua anggota kejururawatan pergigian dananggota sokongan.

g. Melaksanakan penyelidikan sistem kesihatan dalammenyelesaikan masalah harian. Kaedah penyelidikan sistemkesihatan digunakan secara menyeluruh untukmeningkatkan prestasi perkhidmatan bagi menganalisakekurangan dan kelemahan seperti:

kawalan jangkitan.

restorasi.

bahan tampalan komposit gigi posterior.

h. Memastikan kawalan jangkitan dilaksanakan dengan betuldan sistematik.

i. Memantau program pendidikan kesihatan pergigian.

j. Mengkaji dan menilai keberkesanan aktiviti pendidikankesihatan pergigian dan mengambil tindakan pemulihan.

k. Mengawal selia dan menilai prestasi anggota kejururawatanpergigian secara menyeluruh. Ini termasuk para pelatih yangmenjalani amali di klinik-klinik pergigian.

4.5 Jururawat Pergigian Gred U40

4.5.1 Bertanggungjawab kepada Timbalan Pengarah Kesihatan NegeriPerkhidmatan dalam menjalankan tugas berikut:

a. Mengkaji, menilai dan melaksanakan dasar-dasar yangmelibatkan amalan pergigian, kebajikan dan disiplin

Page 11: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURURAWAT · PDF fileKaunseling Penyakit ... Ini dilakukan di sekolah peringkat daerah dan negeri bagi ... semasa dan selepas rawatan. memberi bimbingan

11

kejururawatan pergigian, urusan melaksanakan cadangandasar pembangunan, perancangan, pengawalseliaan danpenilaian program kesihatan pergigian yang dijalankan olehanggota kejururawatan pergigian. Ini termasuk mengenalpasti masalah, mencadangkan alternatif pemulihan, menilaikeberkesanan aktiviti pergigian, membantu dalammerancang, menyelia dan menyelaras garis panduanmengikut disiplin jabatan bagi memastikan aktiviti berjalanlancar serta mencapai matlamat dan objektif.

b. Memastikan cadangan dan rancangan dari kementerianyang dilaksanakan berkaitan dengan dasar-dasar peraturanyang melibatkan peranan, tugas dan proses kerja anggotakejururawatan pergigian, pembantu pembedahan pergigiandan anggota sokongan.

c. Menilai kedudukan perjawatan dan membuat pengagihansemua anggota kejururawatan pergigian termasuk pelatihserta pembantu pembedahan pergigian dengan mengambilkira kebolehan dan kesesuaian mereka serta keperluanperkhidmatan. Ini termasuk pengurusan semua data danrekod berkaitan.

d. Mengkaji dan menilai serta mengambil tindakan susulan keatas data-data maklumat pergigian (SMKP dan QAP) yangtelah dikumpulkan di peringkat negeri dan mengesyorkanlangkah-langkah untuk meningkatkan prestasi programkesihatan pergigian.

e. Memantau dan menilai hasil kerja (out-put), hasil aktivitioutcome of care dan input tahap kesihatan pergigian yangdilaksanakan oleh Jururawat Pergigian.

f. Memastikan Pasukan Pergigian Bergerak mematuhipiawaian yang telah ditetapkan.

g. Merancang latihan dalam pendidikan berterusan untukkejururawatan pergigian, pembantu pembedahan pergigiandan anggota sokongan.

h. Merancang, menyelaras, mengkaji dan mengambil tindakanpemulihan bagi aktiviti promosi kesihatan pergigian yangdijalankan.

Page 12: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURURAWAT · PDF fileKaunseling Penyakit ... Ini dilakukan di sekolah peringkat daerah dan negeri bagi ... semasa dan selepas rawatan. memberi bimbingan

12

5. HUBUNGAN KERJA

Dalaman

a. Ketua Jabatan.

b. Pegawai di unit yang sama.

c. Pegawai di unit lain dalam organisasi yang sama.

Luaran

a. Komuniti.

b. Jabatan kerajaan dan agensi lain seperti Jabatan Pendidikan, JabatanKemas, Jabatan Perpaduan Negara, NGO dan lain-lain.

6. PERSEKITARAN KERJA

a. Klinik pergigian.

b. Klinik pergigian sekolah rendah/menengah.

c. Pasukan pergigian bergerak.

d. Klinik pergigian bergerak.

e. Tadika-tadika kerajaan/perpaduan/swasta.

f. Institusi.

g. Khidmat masyarakat.

7. KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/KEMAHIRAN)

a. Berkelulusan Diploma Jururawat Pergigian dari Kolej Latihan PergigianMalaysia.

b. Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam BahasaMalaysia dan Bahasa Inggeris.

c. Berkemahiran dalam bidang komputer.

d. Mempunyai pengetahuan mengenai statistik.

Page 13: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURURAWAT · PDF fileKaunseling Penyakit ... Ini dilakukan di sekolah peringkat daerah dan negeri bagi ... semasa dan selepas rawatan. memberi bimbingan

13

8. SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN

a. Profesionalisme.

b. Penyayang.

c. Kerja Berpasukan.

d. Bertanggungjawab.

e. Disiplin diri.

f. Integriti.

g. Kompetensi dan ketelitian.

h. Empati.

i. Pantas positif.

j. Amanah.

k. Berilmu.

9. ANCAMAN/BAHAYA

a. Risiko jangkitan.

b. Risiko kemalangan dalam pekerjaan.

c. Sakit belakang.

d. Masalah rabun mata.

e. Stres dan tekanan.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia. Surat Rujukan: Bil.(3)dlm. KKM-61(1964) Jld.16 bertarikh5 Ogos 2010.