penghargaan

4
Bismillahirahmanirahim.. Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, En.Nordin Bin Wan Daud kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan- rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih. penghargaan Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapat saya menamatkan program Latihan Mengajar (LM) ini bagi sesi Jun hingga Ogos 2011 dengan jayanya. Tanpa keizinan-Nya, sudah pasti saya tidak akan mampu untuk mengikuti LM sepanjang 12 minggu ini. Tidak dapat disangkal lagi, program LM ini sangat memberikan impak yang mendalam kepada pelatih LM seperti saya. Perasaan teruja dan terharu apabila kali pertama dipanggil cikgu tidak akan dapat saya lupakan sampai bila-bila. Saya ditempatkan di bawah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, (JKM). Saya diamanahkan untuk mengajar subjek Kejuruteraan Mekanik, Bengkel Amalan Kejuruteraan Mekanikal 1, Makmal Kejuruteraan 1 dan Kokurikulum – Polibriged. Jumlah kesemua jam kredit adalah 9 jam. Alhamdulillah, semua proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dijalankan dengan baik. Sepanjang tempoh LM ini, saya berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan budaya. Pelajar saya dalam lingkungan umur 18-20 tahun. Ada dalam kalangan mereka bersikap matang, dan ada juga yang masih belum keluar dari

Upload: maysih

Post on 05-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

penghargaan

TRANSCRIPT

Page 1: penghargaan

Bismillahirahmanirahim..

            Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat

masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan

ini dengan jayanya.

            Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah

tercinta saya, En.Nordin Bin Wan Daud kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan

daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa

saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini.Mereka

telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga

sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.

            Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak

memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya

dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

            Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara

lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

penghargaan

Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapat saya menamatkan program Latihan Mengajar (LM) ini bagi sesi Jun hingga Ogos 2011 dengan jayanya. Tanpa keizinan-Nya, sudah pasti saya tidak akan mampu untuk mengikuti LM sepanjang 12 minggu ini. Tidak dapat disangkal lagi, program LM ini sangat memberikan impak yang mendalam kepada pelatih LM seperti saya. Perasaan teruja dan terharu apabila kali pertama dipanggil cikgu tidak akan dapat saya lupakan sampai bila-bila.

Saya ditempatkan di bawah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, (JKM). Saya diamanahkan untuk mengajar subjek Kejuruteraan Mekanik, Bengkel Amalan Kejuruteraan Mekanikal 1, Makmal Kejuruteraan 1 dan Kokurikulum – Polibriged. Jumlah kesemua jam kredit adalah 9 jam. Alhamdulillah, semua proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dijalankan dengan baik.

Sepanjang tempoh LM ini, saya berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan budaya. Pelajar saya dalam lingkungan umur 18-20 tahun. Ada dalam kalangan mereka bersikap matang, dan ada juga yang masih belum keluar dari bayangan pelajar sekolah menengah. Saya dapat melihat, dari pengalaman LM saya, pelajar-pelajar yang bersungguh-sungguh dalam pelajaran, pelajar-pelajar yang kurang memberikan tumpuan dan tidak kurang juga pelajar-pelajar yang kurang menghormati saya sebagai pensyarah. Sikap mereka, ada kalanya membuat saya gembira, terharu, sedih mahupun kecewa. Perkara-perkara ini mengajar saya erti ketabahan menjadi seorang pendidik yang cemerlang.

Page 2: penghargaan

Saya sedar, tugas seorang pendidik sangat besar. Pendidik bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan, malah mendidik sahsiah pelajar ke arah yang lebih baik. Pendidik menjadi orang ke dua selepas ibu bapa yang mencorakkan warna diri seorang pelajar. Sepanjang tempoh LM ini, saya bersikap toleransi terhadap pelajar, cuba mengikut rentak mereka agar tidak terlalu keras, cuba mendekatkan jarak antara pelajar dan pensyarah, dengan harapan para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan saya tanpa perlu ada rasa takut, tidak selesa atau tidak suka dengan diri saya. Hasilnya, pelajar menganggap saya sebagai kawan, namun saya masih lagi menetapkan batasan pangkat pelajar dan pensyarah itu sendiri.

Apa yang sedikit mengecewakan adalah, ada dalam kalangan pelajar yang telah melepasi had batasan yang diberikan saya kepada mereka sebagai pelajar. Mereka mula menunjukkan rasa kurang hormat kepada saya dan berani mengajuk kata-kata saya dengan alasan bergurau, atau tidak mengendahkan tugasan yang saya berikan, memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah, datang lambat ke kelas dan sebagainya.

Secara jujurnya, saya telah mendapat satu kesedaran dari pengalaman LM ini, pensyarah tidak boleh sama sekali meletakkan ”darjat” mereka setaraf dengan pelajar. Secara psikologinya, pelajar lebih takut kepada pensyarah yang garang dan secara tidak langsung mereka juga takot untuk mempamerkan sikap kurang hormat kepada pensyarah. Maka, saya mentafsirkan istilah garang kepada pelajar bukan bermaksud tidak mesra, tetapi sikap tegas yang perlu dipertahankan oleh setiap pensyarah. Ketegasan seorang pensyarah dilakukan adalah demi untuk kebaikan pelajar pada masa akan datang.

Pada pertengahan tempoh LM saya di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini, saya didatangi oleh sebilangan pelajar-pelajar yang pada awalnya menunjukkan pencapaian yang kurang memberangsangkan dalam subjek yang diajar oleh saya. Mereka secara berkumpulan datang ke pejabat JKM dan bertanya tentang permasalahan yang berlaku dalam subjek tersebut. Saya dengan senang hati, memberikan tunjuk ajar kepada mereka secara satu persatu dan hasilnya, mereka menunjukkan peningkatan pencapaian yang memberangsangkan dalam tugasan atau kuiz yang diberikan, termasuklah Ujian 1.

Kebanyakan pelajar, sekiranya mereka masih kurang faham isi pelajaran semasa dalam kelas berikutan cabaran persekitaran seperti kelas yang bising, pelajar yang ramai atau gangguan dari pelajar-pelajar nakal, mereka pasti akan datang berjumpa saya di pejabat. Tindakan yang dijalankan ini, walau tidak ditetapkan masa perjumpaan, memberikan perubahan yang positif kepada pencapaian pelajar. Semakin lama, semakin ramai pelajar yang kerap berjumpa saya bagi membincangkan masalah dalam subjek tersebut. Perkara ini juga sedikit sebanyak mempengaruhi pelajar-pelajar lain untuk datang dan berbincang dengan saya termasuklah pelajar-pelajar nakal dan kurang memberikan hormat pada saya suatu ketika dahulu.

Page 3: penghargaan

Alhamdulillah, secara peribadi, saya terharu dengan kehadiran pelajar-pelajar yang pada jangkaan awal saya, kurang menghormati saya, namun pada akhirnya menjadi salah seorang yang menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam Ujian 1. Pada masa yang sama juga, sikap mereka menjadi semakin bersungguh dalam kelas dan tiada lagi sifat kurang hormat pada saya yang hanya sekadar Pensyarah Pelatih.

Secara keseluruhan, saya bersyukur kerana diberi peluang menjalankan Latihan Mengajar di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ini. Kerjasama dari staf JKM, tunjuk ajar dari Ketua Jabatan, Puan Rosmawati Bt Ismail dan bimbingan dari Pensyarah Pembimbing, Puan Zalaida Bt Talib, banyak membantu saya bertahan dan melengkapkan LM dengan jayanya. LM saya tidak lengkap tanpa adanya pelajar-pelajar yang secara tidak langsung memberikan saya erti sebenar siapa itu pendidik. Segala budi dan jasa tercurah kepada saya dari mana-mana pihak sekalipun, saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Terima kasih.

 M i n g g u :   K e l a p a n T a r i k h :   2 4  O g o s   –   2 8   O g o s   2 0 0 8 Isu / MasalahPada minggu yang kelapan ini,masalah yang dihadapi ialah murid kerap memintakebenaran untuk keluar kelas pergi ke tandas. Dalam satu-satu waktu P&P mesti ada sajamurid yang ingin keluar untuk pergi tandas malah seorang murid akan meinta kebenarankeluar lebih dari sekali. Masalah ini berlaku sejak dua minggu saya berpraktikal disekolah ini. Namun begitu saya tidak memandang serius akan perkara ini sehinggalah pada minggu kelapan saya merasakan ia perlu dikaji perkara ini. Pada pandangan matasaya masalah ini berlaku dari tahun satu hingga tahun enam.Analisis MasalahMasalah ini bukan baru berlaku tetapi telah lama berlaku sejak zaman-berzaman. Adakahmurid-murid ini benar-benar ingin membuang air atau tidak suka akan apa yang diajar guru atau bosan dengan pengajaran yang diajar oleh guru. Apabila ditanya kepada muridmereka akan menjawab ingin membuang air. Ketika saya mengajar di tahap satu, sayamelihat ada saja alasan diberikan oleh murid untuk keluar kelas dengan alasan ingin pergike tandas dengan berdua-duaan dengan rakan-rakan kelas mereka.Cadangan/ TindakanJadi untuk mengurangkan murid daripada meminta kebenaran keluar kelas ke tandasdengan membuat kad keluar kelas dan kad tersebut hendaklah disimpan oleh guru mata pelajaran yang mengajar murid tersebut. Apabila murid ingin keluar dia mestilahmenunggu guru setiap matapelajaran mengikut jadual waktu kelas. Ini akan membuatkania lebih sistematik.