majlis anugerah kecemerlangan dan penghargaan utm

Download Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM

Post on 03-Feb-2017

242 views

Category:

Documents

6 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM CITRA KARISMA 2017

    1

    GARIS PANDUAN DAN KRITERIA PENCALONAN

    ANUGERAH PERSEKITARAN, KESELAMATAN & KESIHATAN

    PEKERJAAN (APKKP) 2016

  • Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM CITRA KARISMA 2017

    2

    GARIS PANDUAN DAN KRITERIA PENCALONAN

    ANUGERAH PERSEKITARAN, KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN 2016 1.0 PENGENALAN

    Dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UTM ke

    arah yang cemerlang dan terjamin dan selaras dengan pematuhan kepada perundangan

    berkaitannya, sekali lagi Universiti mempertandingkan Anugerah Persekitaran, Keselamatan

    & Kesihatan Pekerjaan bagi memberi pengiktirafan dan anugerah kepada mana-mana Fakulti

    / Bahagian / Unit / Kolej Kediaman & Penginapan / Makmal & Bengkel yang berjaya menepati

    kriteria serta garis panduan yang ditetapkan oleh Universiti.

    Kewujudan anugerah ini banyak memberikan manfaat kepada Universiti amnya,

    memandangkan pelaksanaannya dapat membantu Universiti untuk menyediakan suasana

    tempat kerja yang selamat dan sihat kepada warganya, termasuklah staf, pelajar dan kepada

    mereka yang berurusan di UTM.

    Oleh itu, bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Unit Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan

    Pekerjaan (OSHE) UTM telah dilantik sebagai Urusetia bagi pelaksanaan pada keseluruhan

    proses kerja sehingga pemenang penerima anugerah dipilih dan dinobatkan.

    2.0 KATEGORI PENGANUGERAHAN

    Kategori-kategori yang dipertandingkan untuk Anugerah Persekitaran, Keselamatan &

    Kesihatan Pekerjaan adalah seperti berikut:

    Kategori I : Fakulti/Bahagian/Unit pejabat dan ruang-ruang yang berkaitan

    Kategori II : Makmal & Bengkel penyelidikan & pengajaran

    Kategori III : Kolej Kediaman & Penginapan pejabat, bilik kediaman dan ruang

    ruang yang berkaitan

    3.0 KRITERIA PENYERTAAN

    Semua kategori yang dipertandingkan secara automatik disenaraikan sebagai calon

    penganugerahan. Pihak urusetia akan membuat hebahan aktivit pengauditan, selewat-lewatnya

    satu (1) bulan sebelum tarikh audit dilaksanakan. Pemenang bagi kategori yang

    dipertandingkan akan dipilih melalui proses pengauditan yang dijalankan. Ia akan mengambil

    kira dari aspek pemeriksaan fizikal di tempat kerja, aktiviti-aktiviti yang telah dan sedang

    dijalankan, mahupun dokumen-dokumen yang berkaitan aktiviti KKP yang dijalankan.

  • Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM CITRA KARISMA 2017

    3

    4.0 KAEDAH PENILAIAN DAN PEMARKAHAN

    4.1 KAEDAH PENILAIAN

    Pada dasarnya, penilaian pemarkahan dilaksana dengan berpandukan kepada garis

    panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),

    tetapi diubahsuai bagi mendapatkan tahap kesesuaian pelaksanaannya di UTM. Garis

    panduan yang dimaksudkan iaitu, Garis Panduan untuk Pelaksanaan Audit Akta

    Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di Sektor Perkhidmatan Awam dan

    Pihak Berkuasa Berkanun.

    4.2 KAEDAH PEMARKAHAN

    Senarai semak pengauditan yang digunapakai adalah seperti LAMPIRAN A. Bagi

    kategori yang tidak mempunyai sesuatu elemen yang berkaitan untuk diaudit, peratusan

    markah bagi elemen tersebut akan dibatalkan. Sebagai contoh Keselamatan Biologi,

    bagi makmal yang tidak berkaitan dengan biologi akan diabaikan.

    4.3 PENGGREDAN PENGAUDITAN

    Skala Bintang Keterangan Skor (%)

    Secara keseluruhannya aspek pengurusan KKP dari segi aktiviti dan komitmen warga PTj mematuhi kriteria/dapat dilihat dengan jelas, teratur, berstruktur, terjadual serta dijalankan dengan CEMERLANG

    90 100

    Kebanyakkan aspek pengurusan KKP dari segi aktiviti dan komitmen warga PTj mematuhi kriteria/dapat dilihat dengan jelas, teratur serta dijalankan dengan BAIK

    75 89

    Separuh aspek pengurusan KKP dari segi aktiviti dan komitmen warga PTj mematuhi kriteria/dapat dilihat dan berada pada tahap SEDERHANA

    51 74

    Sebahagian aspek pengurusan KKP dari segi aktiviti dan komitmen warga PTj mematuhi kriteria/dapat dilihat dan berada pada tahap MEMUASKAN

    40 50

    Aspek pengurusan KKP dari segi aktiviti dan komitmen warga PTj kurang dapat dilihat dan berada pada tahap TIDAK MEMUASKAN

    1 39

    Tiada aktiviti KKP dilaksanakan terutama tiada penubuhan JKKP-PTj

    0

  • Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM CITRA KARISMA 2017

    4

    4.4 CALON ANUGERAH PERSEKITARAN, KESELAMATAN & KESIHATAN

    PEKERJAAN 2016

    Bil. Kategori Pencalonan

    1. Fakulti / Bahagian / Unit Pencalonan secara automatik

    2. Makmal / Bengkel

    Sebanyak 2 buah makmal / bengkel bagi

    setiap PTJ yang dicalonkan

    Pemilihan 2 buah makmal / bengkel tersebut

    akan dibuat oleh panel pengaudit semasa

    audit dijalankan

    3. Kolej Kediaman / Penginapan Pencalonan secara automatik

    4.4.1 Kategori I Fakulti/Bahagian/Unit

    Fakulti, UTM Johor bahru

    Fakulti Alam Bina

    Fakulti Kejuruteraan Awam

    Fakulti Kejuruteraan Elektrik

    Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

    Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga

    Fakulti Sains

    Fakulti Geoinformasi & Harta Tanah

    Fakulti Komputeran

    Fakulti Biosains & Kejuruteraan Perubatan

    Fakulti Pengurusan

    Fakulti Pendidikan

    Fakulti Tamadun Islam

    Bahagian / Unit, UTM Johor Bahru

    Perpustakaan UTM

    Bangunan F54

    - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS)

    - Pusat Pengajaran & Pembelajaran (CTL)

    - Pusat Pengurusan & Penyelidikan (RMC)

    - Student Recruitment and Admission Division (SRAD)

    Pusat Inovasi & Komersialisasi (ICC) & Uni-Technologies Sdn. Bhd.

    Pejabat Penerbit UTM dan Unit Pemasaran Universiti

    Bahagian Keselamatan

    Pusat Kesihatan Universiti

    Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT)

    Unit Perhubungan Alumni

    Institut Kajian Sains Fundamental Ibnu Sina

    Institut Pembangunan Bioproduk

    Pusat Islam UTM

    Pejabat Harta Bina

  • Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM CITRA KARISMA 2017

    5

    Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (CSI)

    - Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

    - Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

    - Pejabat Bendahari

    - Pejabat Naib Canselor

    - Pejabat Pendaftar

    - Dan lain-lain unit di Bangunan CSI

    Bangunan Dewan Sultan Iskandar (DSI)

    - Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko (QRiM)

    - Unit Kebudayaan

    - Institut Sultan Iskandar

    - Dan lain-lain unit di Bangunan DSI

    Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni (SUB)

    Pusat Latihan UTM

    Akademi Bahasa

    University Industrial Research Lab (UIRL)

    UTM Sports Excellence

    Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST)

    UTM Kuala Lumpur

    Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah

    - Perpustakaan Sultanah Zanariah

    - Pejabat Pendaftar

    - CASIS

    - Fakulti Tamadun Islam

    - AutoCAD

    Bangunan PA

    - Pejabat HEMA

    - Pejabat Bendahari

    - Pejabat Harta Bina

    Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT)

    Sekolah Profesional & Pendidikan Berterusan (SPACE)

    Pusat Islam

    Unit Keselamatan

    Pusat Kesihatan Universiti

    Bangunan Menara Razak

    - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS)

    - UTM Advanced Informatic School (AIS)

    - UTM International Business School (IBS)

    - UTM Razak School

    - UTM Perdana School

    - Pejabat Canseleri

    - Pejabat Hal Ehwal Korporat

    Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)

  • Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM CITRA KARISMA 2017

    6

    4.4.2 Kategori II Makmal dan Bengkel

    Fakulti dan Bahagian yang mempunyai makmal dan bengkel

    Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah

    Fakulti Kejuruteraan Elektrik

    Fakulti Kejuruteraan Awam

    Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

    Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga

    Fakulti Sains

    Fakulti Biosains & Kejuruteraan Perubatan

    Fakulti Pendidikan

    Institut Pembangunan Bioproduk

    Institut Kajian Sains Fundamental Ibnu Sina

    Universiti Industrial Research Lab (UIRL)

    Unit Pengurusan Makmal Universiti, UTM Kuala Lumpur

    Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), UTM Kuala

    Lumpur

    4.4.3 Kategori III Kolej Kediaman dan Penginapan

    Kolej Kediaman, UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur

    Kolej Rahman Putra

    Kolej Tun Razak

    Kolej Tun Dr. Ismail

    Kolej Tun Hussein Onn

    Kolej Tuanku Canselor

    Kolej Perdana

    Kolej Tun Fatimah

    Kolej 9 & 10

    Kolej Datin Seri Endon

    Kolej Dato Onn Jaafar

    Kolej Siswa Jaya, UTM Kuala Lumpur

    Scholars Inn, UTM Johor Bahru

    4.5 PROSES PENILAIAN ANUGERAH KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

    Proses Penilaian Anugerah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dilaksanakan melalui

    kaedah berikut:

    Tahap I : Lawatan audit / pemeriksaan oleh Ahli Panel Pengaudit dengan

    melihat perkara berikut:

    Pembentangan oleh pihak yang diaudit

    Penilaian dokumentasi dan rekod

    Membuat lawatan

  • Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM CITRA KARISMA 2017

    7

    T