penghargaan

1
PENGHARGAAN Saya berasa bersyukur kerana dengan keberkatanNya, saya dapat menyelesaikan kerja kursus bagi kursus Murid dan Alam Belajar (EDU 3033) ini dengan berjaya pada masa yang ditetapkan. Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menyempurnakan kerja kursus Murid dan Alam Belajar ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Tuan Haji Khalid bin Abdullah. Sebelum tugasan ini dijalankan, beliau telah memberi penjelasan dan penerangan yang jelas tentang tugasan projek yang hendak kami jalankan. Tugasan projek Murid dan Alam Belajar adalah untuk menghasilkan satu pembentangan mengenai teori pembelajaran. Sepanjang tugasan ini dilakukan, beliau sabar menjawab soalan-soalan yang kami kemukakan dan masalah-masalah yang kami hadapi. Tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing amat kami hargai dan membolehkan kami dapat menjalankan tugasan ini dengan lancar. Selain itu, saya berterima kasih kepada rakan-rakan saya terutamanya rakan sekumpulan yang telah banyak memberi komitmen yang sepenuhnya dan bekerjasama bagai aur dengna tebing sepanjang tugasan projek ini dijalankan. Tunjuk ajar daripada rakan-rakan yang lain turut amat kami hargai. Selain bertanya kepada pensyarah, saya juga bertanya kepada rakan- rakan sekelas tentang cara dan format untuk menghasilkan tugasan yang baik lagi sempurna. Selain itu, tunjuk ajar daripada senior juga amat saya hargai. Justeru, dengan adanya galakan serta tunjuk ajar daripada pelbagai pihak maka kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tambahan pula, kami juga akan berterima kasih kepada ibu bapa kami yang telah banyak memberi sokongan moral sepanjang proses penghasilan tugasan ini. Galakan yang diberi oleh mereka telah menguatkan semangat kami untuk terus berusaha demi menjayakan tugasan kami. Sekian, terima kasih.

Upload: zenzenblue

Post on 10-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Penghargaan kursus Murid dan Alam Belajar

TRANSCRIPT

PENGHARGAANSaya berasa bersyukur kerana dengan keberkatanNya, saya dapat menyelesaikan kerja kursus bagi kursus Murid dan Alam Belajar (EDU 3033) ini dengan berjaya pada masa yang ditetapkan. Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menyempurnakan kerja kursus Murid dan Alam Belajar ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Tuan Haji Khalid bin Abdullah. Sebelum tugasan ini dijalankan, beliau telah memberi penjelasan dan penerangan yang jelas tentang tugasan projek yang hendak kami jalankan. Tugasan projek Murid dan Alam Belajar adalah untuk menghasilkan satu pembentangan mengenai teori pembelajaran. Sepanjang tugasan ini dilakukan, beliau sabar menjawab soalan-soalan yang kami kemukakan dan masalah-masalah yang kami hadapi. Tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing amat kami hargai dan membolehkan kami dapat menjalankan tugasan ini dengan lancar.Selain itu, saya berterima kasih kepada rakan-rakan saya terutamanya rakan sekumpulan yang telah banyak memberi komitmen yang sepenuhnya dan bekerjasama bagai aur dengna tebing sepanjang tugasan projek ini dijalankan. Tunjuk ajar daripada rakan-rakan yang lain turut amat kami hargai. Selain bertanya kepada pensyarah, saya juga bertanya kepada rakan-rakan sekelas tentang cara dan format untuk menghasilkan tugasan yang baik lagi sempurna. Selain itu, tunjuk ajar daripada senior juga amat saya hargai. Justeru, dengan adanya galakan serta tunjuk ajar daripada pelbagai pihak maka kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Tambahan pula, kami juga akan berterima kasih kepada ibu bapa kami yang telah banyak memberi sokongan moral sepanjang proses penghasilan tugasan ini. Galakan yang diberi oleh mereka telah menguatkan semangat kami untuk terus berusaha demi menjayakan tugasan kami. Sekian, terima kasih.