penggunaan teknologi dalam perniagaan _ idzulsyahril

4
4/11/2016 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PERNIAGAAN | Idzulsyahril https://idzulsyahril.wordpress.com/2013/04/03/penggunaanteknologidalamperniagaan/ 1/4 I dzulsyahril Langkah di Persada A pril 3, 2013 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PERNIAGAAN L eave a comment (h ps://idzulsyahril.files.wordpress.com/2013/04/sy00047.jpg) Teknologi merangkumi satu konsep yang sangat luas dan ia digunakan untuk merujuk kepada beberapa cabang sains dan kajian. Antara contoh teknologi adalah teknologi maklumat, teknologi perubatan, bioteknologi dan sebagainya. Teknologi juga merupakan pembangunan dan penggunaan alat, mesin, bahan dan

Upload: brenda-ong-ying-hong

Post on 08-Jul-2016

239 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

reka bentuk dalam teknologi

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Teknologi Dalam Perniagaan _ Idzulsyahril

4/11/2016 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PERNIAGAAN | Idzulsyahril

https://idzulsyahril.wordpress.com/2013/04/03/penggunaan­teknologi­dalam­perniagaan/ 1/4

IdzulsyahrilLangkah di Persada

April 3, 2013

PENGGUNAAN TEKNOLOGIDALAM PERNIAGAAN

Leave a comment

(hꕐps://idzulsyahril.files.wordpress.com/2013/04/sy00047.jpg)Teknologi merangkumi satu konsepyang sangat luas dan ia digunakan untuk merujuk kepada beberapa cabang sains dan kajian.Antara contoh teknologi adalah teknologi maklumat, teknologi perubatan, bioteknologi dansebagainya. Teknologi juga merupakan pembangunan dan penggunaan alat, mesin, bahan dan

proses untuk menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Ia juga

Page 2: Penggunaan Teknologi Dalam Perniagaan _ Idzulsyahril

4/11/2016 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PERNIAGAAN | Idzulsyahril

https://idzulsyahril.wordpress.com/2013/04/03/penggunaan­teknologi­dalam­perniagaan/ 2/4

proses untuk menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Ia jugamembawa maksud tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagimenghasilkan produk yang dikehendaki dalam bidang ekonomi.

Teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pada masa kiniteknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan ia juga digunakan dalamproses komunikasi dan proses penyelesaian masalah dalam tugasan. Ia berfungsi sebagai mediayang menyampaikan maklumat dalam bidang perniagaan.  Selain menjadi komponen yangpenting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harusdiwujudkan. Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saingsama ada di peringkat tempatan atau global. Selain itu, pembangunan teknologi akan bertambahpantas dan bukan sebaliknya.

Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan daya saingdalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat telah menggunakanperisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan kepasaran nasional dan global. Teknologi juga mewajibkan untuk kekal fleksibel dan menyesuaikandan operasi mereka selaras dengan teknologi yang semakin maju ini.

Kelebihan‑kelebihan teknologi kepada usahawan:

1. Teknologi ialah antara kelebihan penting kepada setiap usahawan yang progresif danmahu sentiasa membangun.

2. Boleh menaikkan imej dan kredibiliti usahawan.3. Mengembangkan perniagaan ke negara‑negara lain dengan mewujudkan teknologi modenseperti internet dan e‑dagang.

4. Mendapat maklumat mengenai promosi atau aktiviti syarikat dengan lebih cepat dantepat, melalui pelbagai bentuk media.

5. Meningkatkan produktiviti usahawan.Para usahawan dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan lebih pantas,efisyen dan tepat melalui emel, SMS dan pelbagai medium lain.

6. Berkongsi, menyimpan dan menyebar maklumat.Pembentangan produk boleh dilakukan pada bila‑bila masa dan lebih menarik denganinformasi yang tersimpan di dalam komputer atau tablet PC.Maklumat stok serta pelbagai strategi lain lebih mudah disimpan dan dirujuk denganmenggunakan perisian terkinu untuk memastikan perniagaan berjalan dengan lancar.Menyimpan maklumat pengguna dan produk belian mereka dengan efisien dan inimemastikan pengulangan pembelian kerana servis lepas jualan yang pro‑aktif danpantas.

7. Bersedia utntuk pembangunan masa depan.Teknologi dapat memastikan statistik dan maklumat digunakan dengan cara yangterbaik bagi perancangan bisnes masa depan. Ia juga berkembang dengan pantas, selaridengan perkembangan dunia perniagaan.

8. Penggunaan masa yang lebih efisien serta mencipta peluang pekerjaan yang baru.9. Memperbaiki mobiliti pernigaan.

Teknologi telah memperbaiki jualan syarikat dngan membenarkan stokis menggunakan

alat‑alat elektronik peribadi untuk membuat paparan jualan serta menghantar pesanan

Page 3: Penggunaan Teknologi Dalam Perniagaan _ Idzulsyahril

4/11/2016 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PERNIAGAAN | Idzulsyahril

https://idzulsyahril.wordpress.com/2013/04/03/penggunaan­teknologi­dalam­perniagaan/ 3/4

alat‑alat elektronik peribadi untuk membuat paparan jualan serta menghantar pesanandan maklumat pelanggan ke pejabat dengan cepat.Alat‑alat elektronik ini telah memendekkan masa yang diperlukan oleh syarikat untukmenerima dan menghantar barangan atau perkhidmatan dan seterusnya mewujudkankelebihan berdaya saing dalam industri.

10. KomunikasiDengan bantuan teknologi, proses komunikasi telah menjadi lebih murah, cepat danefisien.

11. Keberkesanan kos.Teknologi membolehkan proses perniagaan dikomputerkan diaman perniagaan akanmendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakna peralatan mesin yangberteknologi.

12. Globalisasi.Ia bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga membenarkanekonomi di dunia ini menjadi satu sistem yang bersifat saling‑bergantung.

“Perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Sekiranya penggunaanteknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing sama ada di peringkat tempatan atau global.”

PERDAGANGAN ELEKTRONIK

Perdagangan Elektronik juga dikenali sebagai e‑dagang (Electronic Commerce). Ia adalah sebuahsistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutamanyatelekomunikasi canggih. E‑dagang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu e‑dagang di antaraperniagaan dengan perniagaan dan e‑dagang di antara perniagaan dengan pengguna. E‑dagangdi antara perniagaan dengan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau  lebih syarikat dimana satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. E‑dagang di antaraperniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual produk akhir denganpengguna.

E‑dagang menggunakan Internet untuk mewujudkan satu rangkaian yang menyatukanpelanggan, penjual dan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit dansebagainya dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak. Dengan adanyae‑dagang, sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual beli di mana sahaja didunia ini. Ia kini digunakan secara meluas terutamanya di negara‑negara barat malah diakui oelhsyarikat antarabangsa dan pakar pasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yangtidak boleh diabaikan.

Internet pula boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jualbeli barangan dan perkhidmatan dalam dua cara iaitu yang pertama, memasarkan serta menjualbarangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik. Cara yang kedua ialahmewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet yang membolehkanpengguna membei barangan di rumah atau tempat perniagaan.

Kelebihan e‑dagang dan Internet:

1. Urusan jual beli dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat di samping menjimatkan

kos.

Page 4: Penggunaan Teknologi Dalam Perniagaan _ Idzulsyahril

4/11/2016 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PERNIAGAAN | Idzulsyahril

https://idzulsyahril.wordpress.com/2013/04/03/penggunaan­teknologi­dalam­perniagaan/ 4/4

kos.2. Para peniaga boleh membuat promosi dengan mengiklankan produk mereka melaluikemudahan Internet.

3. Ia membantu syarikat untuk meluaskan pasaran di serata dunia.4. Ia membantu mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat dengan sesebuahtransaksi perniagaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.Contohnya seseorang pelanggan akan mendapat barang tempahannya dalam tempohyang singkat di mana e‑dagang membolehkan tempahan pelanggan dihantar denganserta‑merta kepada bahagian dalaman syarikat yang berkenaan untuk diproses dengansegera.

Kesimpulan

Pendek kata, teknologi telah memberi manfaat kepada para pengguna malah memberikankemudahan dan kebaikan kepada syarikat. Ia juga menjadi salah satu faktor penting yangmemaksimumkan hasil sesebuah syarikat.

 (Sumber: Futuristik HAI‑O Bulletin Bil. 87)

Posted by idzulsyahril.

Create a free website or blog at WordPress.com. | The Splendio Theme.

About these ads (https://wordpress.com/about­these­ads/)