penggunaan teknologi dalam pengajaran

7
“Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah Saya” Teknologi bukanlah asing lagi bagi kita. Penguasaan teknologi maklumat di segenap lapisan usia di negara ini telah berlaku sejak ianya mula diperkenal dan dipraktik secara tidak formal. Kesungguhan dalam menggapai maklumat dengan mudah dan cepat menyemarakkan lagi letusan teknologi di negara ini. Malaysia merupakan negara yang dianggap tidak mudah mengalah dalam memastikan namanya sentiasa sebaris nama negara-negara membangun dalam teknologi maklumat. Kemudahan yang istimewa ini difikirkan perlu dikongsi secara adil dan saksama. Oleh yang demikian, pengendalian teknologi seharusnya dapat dinikmati melalui satu saluran yang bernas, iaitu pendidikan formal di sekolah-sekolah. Pendidikan Teknologi maklumat adalah bertujuan memberi pendedahan murid terhadap konsep asas teknologi maklumat dan aplikasi serta kepentingannya dalam membantu menghasilkan produk yang bermanfaat. Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut: • Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk PdP • Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber PdP • Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan sumber PdP Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan PdP. 2. Apakah definisi teknologi pendidikan? • Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P&P yang berkesan (BTP, 1991) 3. Apakah prinsip teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)?

Upload: jaiho-jambari

Post on 31-Jul-2015

46 views

Category:

Internet


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan teknologi dalam pengajaran

“Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah Saya”

Teknologi bukanlah asing lagi bagi kita. Penguasaan teknologi maklumat di segenap lapisan usia di negara ini telah berlaku sejak ianya mula diperkenal dan dipraktik secara tidak formal. Kesungguhan dalam menggapai maklumat dengan mudah dan cepat menyemarakkan lagi letusan teknologi di negara ini. Malaysia merupakan negara yang dianggap tidak mudah mengalah dalam memastikan namanya sentiasa sebaris nama negara-negara membangun dalam teknologi maklumat. Kemudahan yang istimewa ini difikirkan perlu dikongsi secara adil dan saksama. Oleh yang demikian, pengendalian teknologi seharusnya dapat dinikmati melalui satu saluran yang bernas, iaitu pendidikan formal di sekolah-sekolah. Pendidikan Teknologi maklumat adalah bertujuan memberi pendedahan murid terhadap konsep asas teknologi maklumat dan aplikasi serta kepentingannya dalam membantu menghasilkan produk yang bermanfaat.Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan

pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan

pembelajaran (PdP) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut:

• Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk PdP

• Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber PdP

• Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan

sumber PdP

 

Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses

P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan

kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan

menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan PdP.

2. Apakah definisi teknologi pendidikan? 

• Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah

pencapaian P&P yang berkesan (BTP, 1991)

 

 

3.   Apakah prinsip teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P)? 

• Sumber pendidikan digunakan untuk membantu guru dan murid melalui proses P&P

dengan lebih berkesan.

• Penggunaan sumber pendidikan perlu dirancang dalam tiga peringkat, iaitu:

 

o Sebelum penggunaan - merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan

topik yang diajar

o Semasa penggunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang

Page 2: Penggunaan teknologi dalam pengajaran

dapat membantu proses P&P

o Selepas penggunaan - merancang aktiviti lanjutan/pengayaan dan pengukuhan

 

• Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan objektif P&P,

latar belakang murid, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah

• Sumber pendidikan perlu digunakan untuk mencapai objektif dan peringkat

perkembangan P&P

• Sumber pendidikan digunakan mengikut masa yang sesuai untuk mengoptimum P&P

 

4.   Apakah ciri-ciri teknologi pendidikan yang sesuai?  

• Bahan yang dapat menjelaskan idea, konsep; dan menerangkan isi kandungan

pelajaran

• Bahan yang bersaiz sesuai dan jelas untuk dilihat oleh semua murid

• Tulisan dan gambar yang berwarna-warni bagi menarik minat murid

• Bahan yang digunakan tahan lama dan mudah disimpan

 

5.   Apakah kepentingan teknologi pendidikan?  

• Melancarkan proses P&P

• Menjimatkan masa, tenaga dan kos

• Mengekalkan minat dan perhatian murid

• Mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep yang diajar

• Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep dengan memberi

gambaran yang menyeluruh dan jelas

• Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid

• Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang optimum

• Memperkayakan pengalaman murid

 

6.   Apakah itu sumber pendidikan?  

Sumber pendidikan merupakan sumber yang berperanan untuk menyokong dan

meningkat proses P&P. Penggunaan sumber pendidikan dapat membantu guru

menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu murid

memahami perkara yang dipelajari.

Sumber pendidikan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahan cetak dan bukan cetak.

 

Page 3: Penggunaan teknologi dalam pengajaran

 

 

Ramalan Cuaca

Tahukah Anda?Konsep Pusat Sumber Sekolah

 

Konsep PSS adalah berasaskan kepada kefahaman bahawa seseorang murid itu berbeza

antara satu sama lain dari segi gaya belajar, perilaku, perkembangan mental, kemahiran

dan pengetahuan sedia ada.

 

Murid juga berbeza dari segi minat, bakat, kecerdasan, kebolehan, nilai dan sikap.

 

Proses P&P perlu diperkukuhkan dengan penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan

kaedah pengajaran.

 

Elemen Penting Dalam Program Pusat

Sumber Sekolah:

 

-  Pengajaran dan Pembelajaran

-  Akses dan Penyampaian Maklumat

-  Pengurusan Program PSS

 

"Technology, computers and multimedia systems are necessary but not sufficient to

ensure that the school is smart. The teaching-learning process is important, multimedia

materials being the technology to generate the thinking process."

- Tan Sri Dr Wan Zahid Noordin, Mantan KPPM (The Star, 27 April 1997)

 

Pembelajaran Berasaskan Sumber Pendidikan

 

Pelaksanaan KBSR pada 1983 dan KBSM  pada 1987 mengutamakan penggunaan

pelbagai sumber pendidikan dalam kurikulum dan pengajaran.

 

Penubuhan rangkaian Pusat Sumber (BTP, BTPN, PTPB, PKG dan Pusat Sumber Sekolah)

menunjukkan betapa serius dan komitednya KPM untuk meningkatkan mutu pendidikan

Page 4: Penggunaan teknologi dalam pengajaran

di negara ini terutamanya menggalakkan penggunaan pelbagai sumber pendidikan dalam

proses P&P.

 

Definisi Teknologi Pendidikan

Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah

pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

 

Sekolah Kebangsaan Sawah Raja merupakan sebuah sekolah kurang murid. Sekolah saya ini hanya mempunyai bilangan murid seramai 49 orang sahaja. Walaubagaimanapun, saya tidak pernah menafikan sekolah yang mempunyai bilangan murid yang sedikit menghadapi masalah pendedahan teknologi maklumat. Isu yang cuba diketengahkan ialah sejauh mana penggunaan teknologi yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid. Ini juga bukanlah maksud hanya mata pelajaran tertentu sahaja yang akan menggunakan teknologi, malahan semua mata pelajaran yang diajar guru di sekolah.

Saya memetik daripada modul yang menyatakan maksud penggunaan teknologi dalam pembelajaran murid merujuk kepada tindakan menggunakan proses dan sumber untuk pembelajaran. Mereka yang terlibat dalam penggunaan adalahbertanggungjawab untuk menyesuaikan pelajar dengan bahan dan aktivitipembelajaran, menyediakan pelajar untuk berinteraksi dengan bahan-bahan terpilihdan aktiviti, memberi bimbingan semasa pembelajaran, menyediakan penilaiankeputusan, dan menggabungkan domain penggunaan ini ke dalam prosedurorganisasi secara berterusan.

Alasan Guru tidak menggunakan teknologi.

Melihat daripada perkembangan aspek pengetahuan di era global masa kini, guru adalah aset penting dalam menyampaikan risalah yang bermanfaat kepada murid-murid. Kesediaan guru menghadapi cabaran pendidikan kini adalah berkonsep ‘world wide’ di mana ia berlaku secara langsung dan tidak langsung. Maksudnya, dalam teknologi pendidikan, penggunaan teknologi maklumat sememangnya telah didedahkan kepada guru-guru semasa menjalani kursus di institut-institut pendidikan. Walaubagaimanapun, keluasan teknologi maklumat serta kemajuannya secara tidak langsung diikuti dan difahami oleh guru melalui penggunaan secara praktikal di sekolah, rumah dan semasa Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Maka dengan ini, tidak wujud alasan yang mengatakan guru tidak menggunakan teknologi.

Kemahiran guru dalam penggunaan teknologi

Page 5: Penggunaan teknologi dalam pengajaran

Jika dilihat dari sudut keperluan pendidikan masa kini, teknologi sememangnya lebih banyak digunakan berbanding bukti-bukti maujud yang digunakan sebagai membantu pemahaman murid di samping membuka lembaran pengetahuan baru murid. Pada masa kini guru lebih mudah menunjukkan gambar seekor ayam yang ditunjukkan melalui kad imbasan, surat khabar atau layar LCD berbanding menunjukkan seekor ayam yang sebenar. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan ramai juga guru yang berkesempatan menunjukkan contoh-contoh sebenar seperti ayam, kerbau dan kambing berikutan kawasan sekolah yang terletak di kawasan pedalaman. Kemahiran guru dalam mengaplikasikan teknologi tidak hanya

Kursus-kursus yang dihadiri tentang penerapan teknologi

Menghasilkan produk yang berkualiti sudah semestinya menjadi matlamat utama pendidikan Negara kita. Produk pendidikan yang dimaksudkan ialah pencapaian murid-murid dalam setiap mata pelajaran yang telah dipelajari. Proses meningkatkankan tahap penguasaan ilmu dalam teknologi pendidikan juga menjadi satu cabaran kepada guru masa kini. Oleh yang demikian, pihak Jabatan Pelajaran di setiap daerah sememangnya telah dipertanggungjawab dalam memastikan adanya kursus-kursus yang dihadiri tidak terlepas daripada penerapan teknologi. Sebagai contoh, seorang guru perlu menghadiri kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut menggunakan perisian computer seperti Microsoft Word dan Power Point dalam proses pembinaan Item KBAT. Selain itu, kursus-kursus khas ICT seperti BPPT, ICT dan sebagainya juga dianjurkan.

Sejauh manakah peperiksaan menghalang penggunaan teknologi?

Penggunaan teknologi semakin meluas dan ianya sudah diguna pakai di semua sekolah

di Malaysia. Ianya bergantung kepada keperluan semasa yang mana pentingnya

teknologi maklumat dalam pendidikan kea rah setaraf pendidikan global. Penggunaan

teknologi maklumat kini bukan sahaja didalam bilik darjah. Kini guru juga boleh

membuat penilaian melalui aplikasi internet sebagai contoh program Zoom A. Program

penilaian secara interaktif atas talian kini mendapat sambutan positif dari guru, murid

dan masyarakat seluruhnya. Tidak hairanlah jika kita mengatakan murid masa kini

mempunyai kemahiran melebihi apa yang dimiliki oleh seorang guru dalam pengendalian

teknologi maklumat. Jika dahulu peperiksaan dijalankan sepenuhnya di dalam kelas kini

ia tidak semestinya berlaku hanya di kelas. Sumber pendidikan merupakan sumber yang

berperanan untuk menyokong dan meningkat proses P&P. IT lebih meluas digunakan di

sekolah malah di rumah pelajar sendiri. Ini merupakan satu revolusi dalam pendidikan di

Malaysia. Wlaubagaimanapun, pendapat yang mengatakan peperiksaan menghalang

penggunaan teknologi adalah kurang tepat. Ini kerana guru kini lebih terdorong dalam

pencarian sumber di internet terutamanya mengenalpasti soalan-soalan peperiksaan

boleh dimuat turun sebagai sumber rujukan mereka. Penggunaan sumber pendidikan

dapat membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik

serta membantu murid memahami perkara yang dipelajari. Jelasnya, sumber pendidikan

terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahan cetak dan bukan cetak.

Page 6: Penggunaan teknologi dalam pengajaran