penggunaan produk darah secara betul panduan untuk … · disediakan oleh: prof madya dr leong...

7
Disediakan oleh: Prof Madya Dr Leong Chooi Fun, Dr Tang Yee Loong & Dr Rabeya Yousuf Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia Penggunaan Produk Darah Secara Betul Panduan Untuk Doktor Apabila indikasi klinikal untuk transfusi darah telah dipenuhi, doktor harus menggunakan produk darah secara bijak dan rasional mengikut keperluan klinikal pesakit. Jangan memberi transfusi darah lebih daripada yang diperlukan. Jika satu unit sel darah merah sudah cukup untuk membetulkan gejala anemia pesakit, jangan berikan dua unit. Transfusi darah yang berlebihan tidak memberi manfaat tambahan kepada pesakit tetapi boleh mendedahkan pesakit kepada risiko jangkitan kuman dan reaksi transfusi serta menimbulkan morbiditi dan mortaliti ke atas pesakit. Tambahan pula, darah adalah sumber yang berharga dan tidak boleh dihasilkan seperti ubat. Bekalan darah amat bergantung kepada golongan penderma sukarela. Penyalahgunaan produk darah seperti transfusi darah yang tidak diperlukan atau berlebihan boleh menyebabkan kekurangan bekalan darah dan membahayakan nyawa pesakit yang memerlukan darah, contohnya pesakit yang mengalami pendarahan teruk. Sebelum memberikan produk darah kepada pesakit, tanyakan soalan-soalan berikut kepada diri sendiri :- 1. Apakah tujuan yang saya ingin capai dari segi penambahbaikan keadaan klinikal pesakit? 2. Bolehkah saya mengurangkan kehilangan darah untuk mengurangkan keperluan transfusi darah pesakit? 3. Adakah rawatan alternatif yang boleh diberikan, contohnya cecair gantian intravena dan oksigen sebelum membuat keputusan untuk transfusi darah? 4. Apakah indikasi klinikal transfusi darah untuk pesakit ini? 5. Apakah risiko jankitan HIV, hepatitis, sifilis atau agen berjangkit yang lain dalam produk darah yang disediakan untuk pesakit ini? 6. Adakah transfusi darah memberikan faedah lebih daripada risiko kepada pesakit ini? 7. Apakah pilihan lain jika tiada darah disediakan dalam tempoh masa tersebut?

Upload: ngodan

Post on 25-Jul-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Disediakan oleh: Prof Madya Dr Leong Chooi Fun, Dr Tang Yee Loong & Dr Rabeya Yousuf

Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Penggunaan Produk Darah Secara Betul

Panduan Untuk Doktor

Apabila indikasi klinikal untuk transfusi darah telah dipenuhi, doktor harus menggunakan produk

darah secara bijak dan rasional mengikut keperluan klinikal pesakit. Jangan memberi transfusi

darah lebih daripada yang diperlukan. Jika satu unit sel darah merah sudah cukup untuk

membetulkan gejala anemia pesakit, jangan berikan dua unit. Transfusi darah yang berlebihan

tidak memberi manfaat tambahan kepada pesakit tetapi boleh mendedahkan pesakit kepada risiko

jangkitan kuman dan reaksi transfusi serta menimbulkan morbiditi dan mortaliti ke atas pesakit.

Tambahan pula, darah adalah sumber yang berharga dan tidak boleh dihasilkan seperti ubat.

Bekalan darah amat bergantung kepada golongan penderma sukarela. Penyalahgunaan produk

darah seperti transfusi darah yang tidak diperlukan atau berlebihan boleh menyebabkan

kekurangan bekalan darah dan membahayakan nyawa pesakit yang memerlukan darah, contohnya

pesakit yang mengalami pendarahan teruk.

Sebelum memberikan produk darah kepada pesakit, tanyakan soalan-soalan berikut kepada diri

sendiri :-

1. Apakah tujuan yang saya ingin capai dari segi penambahbaikan keadaan klinikal pesakit?

2. Bolehkah saya mengurangkan kehilangan darah untuk mengurangkan keperluan transfusi

darah pesakit?

3. Adakah rawatan alternatif yang boleh diberikan, contohnya cecair gantian intravena dan

oksigen sebelum membuat keputusan untuk transfusi darah?

4. Apakah indikasi klinikal transfusi darah untuk pesakit ini?

5. Apakah risiko jankitan HIV, hepatitis, sifilis atau agen berjangkit yang lain dalam produk

darah yang disediakan untuk pesakit ini?

6. Adakah transfusi darah memberikan faedah lebih daripada risiko kepada pesakit ini?

7. Apakah pilihan lain jika tiada darah disediakan dalam tempoh masa tersebut?

Disediakan oleh: Prof Madya Dr Leong Chooi Fun, Dr Tang Yee Loong & Dr Rabeya Yousuf

Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

8. Adakah kakitangan terlatih wujud untuk memantau pesakit ini semasa transfusi darah dan

adakah dia berkebolehan untuk bertindak dengan serta-merta jika terdapat reaksi transfusi

akut?

9. Adakah saya telah mencatatkan keputusan saya dan alasan transfusi darah pada carta

pesakit dan borang permintaan darah?

Akhirnya, jika berasa ragu-ragu, tanya diri anda soalan berikut :-

10. Sekiranya darah ini akan diguna untuk diri sendiri atau ahli keluarga saya, adakah saya

akan setuju menerima transfusi darah dalam keadaan ini?

Berikut adalah garis panduan untuk penggunaan produk darah secara betul.

Untuk transfusi sel darah merah,

• Hb bukan satu-satunya faktor penentu untuk transfusi sel darah merah.

• Setiap pesakit perlu dipertimbangkan secara individu, berdasarkan: i) tanda & gejala

klinikal (terutamanya dalam situasi ketidakstabilan hemodinamik) ii) komorbiditi iii) risiko

kehilangan darah selanjut.

• Satu unit sel darah merah dijangka menaikkan hemoglobin sebanyak 1g/dL.

Hb (g/dL) Pertimbangan transfusi

<7 Dipertimbangkan. Paras yang lebih rendah mungkin

diterima untuk pesakit tanpa gejala atau telah menerima

terapi alternatif.

7-10 Dipertimbangkan jika pesakit mengalami gejala anemia

atau pembedahan dengan kehilangan darah banyak.

<8 Sesuai dipertimbangkan untuk orang tua atau pesakit

dengan penyakit kardiorespiratori.

8 Dipertimbangkan untuk mengawal gejala-gejala

anemia dalam pesakit yang perlu transfusi kronik atau

semasa kemoterapi bagi penyakit sumsum tulang.

Disediakan oleh: Prof Madya Dr Leong Chooi Fun, Dr Tang Yee Loong & Dr Rabeya Yousuf

Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengurusan kehilangan darah akut

Cara pengiraan isipadu darah dalam pesakit : Neonat 90ml/kg

Kanak-kanak 80ml/kg

Dewasa 70ml/kg

Gred Isipadu

pendarahan (ml)

% kehilangan Pilihan produk

1 750 15 Tiada transfusi* Cecair krystaloid

sahaja.

2 1500 30 Tiada transfusi* Cecair krystaloid +

koloid

3 2000 40 Cecair krystaloid + koloid ± Darah

4 >2000 >40 Cecair krystaloid + koloid + Darah

* Transfusi darah hanya diberikan jika pesakit mempunyai anemia yang sedia ada atau rizab

pernafasan yang lemah.

Untuk transfusi platelet,

• Pemberhentian mana-mana ubat antiplatelet sebelum pembedahan akan meminimumkan

transfusi platelet.

• transfusi platelet harus dikhaskan untuk pesakit yang mengalami pendarahan banyak

selepas pembedahan dan punca kehilangan darah akibat pembedahan telah dikecualikan.

• Transfusi platelet perlu dipertimbangkan jika punca masalah itu tidak boleh dibetulkan,

contohnya penyakit platelet kongenital.

• Transfusi platelet adalah tidak sesuai digunakan dalam penyakit-penyakit seperti

thrombotic thrombocytopaenic purpura (TTP), heparin-induced thrombocytopaenia (HIT)

& Kasabach Meritt syndrome.

Disediakan oleh: Prof Madya Dr Leong Chooi Fun, Dr Tang Yee Loong & Dr Rabeya Yousuf

Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Indikasi klinikal Pertimbangan untuk transfusi platelet

Kegagalan sumsum tulang Paras bilangan platelet <10 x 109 jika ketiadaan

faktor risiko.

Paras bilangan platelet <20 x 109 jika kehadiran

faktor risiko seperti demam, jangkitan dan

kegagalan sistemik.

Prosidur:

1. Aspirasi sumsum tulang &

Trephine

>20 x 109 dengan kemahiran yang baik dan

tekanan permukaan yang mencukupi.

2. Untuk pembedahan yang kritikal di

tapak: mata (okular) & otak

(pembedahan saraf)

Paras bilangan platelet dinaikkan ke paras

sekurang-kurangnya 100 x 109

3. Pembedahan lain seperti tusukan

lumbar, epidural, OGDS & biopsi,

pemasangan garis salur darah, biopsi

transbronchial, biopsi hati, laparotomi,

LSCS, dan sebagainya.

Paras bilangan platelet dinaikan ke paras

sekurang-kurangnya 50 x 109

Transfusi masif:

1. Pendarahan akut Paras bilangan platelet dinaikan ke paras

sekurang-kurangnya 50 x 109

2. Kecedaraan pelbagai dan pendarahan

sistem saraf pusat

Tahap sasaran adalah > 100 x 109

Penyakit Disseminated intravascular

coagulation (DIC):

1. DIC akut Pemantauan ujian bilangan platelet dan ujian

penyaringan koagulasi yang kerap.

Bertujuan mengekalkan paras bilangan

platelet >50 x109

2. DIC kronik yang tanpa pendarahan Transfusi platelet tidak diperlukan.

Disediakan oleh: Prof Madya Dr Leong Chooi Fun, Dr Tang Yee Loong & Dr Rabeya Yousuf

Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Penyakit Immune thrombocytopaenia:

1. Autoimmune thrombocytopaenia Hanya untuk pendarahan yang mengancam

nyawa (contoh: CNS, GIT) dan keadaan lain

dengan paras bilangan platelet yang sangat

rendah (<10 x 109 ).

2. Neonatal autoimmune

thrombocytopaenia (NAITP)

Transfusi platelet yang serasi, HPA-1a negatif,

HPA-5b negatif atau platelet yang disediakan

daripada ibu perlu diirradiasi dan dibasuh dengan

normal saline.

3. Post transfusion purpura Transfusi platelet biasanya tidak berkesan,

mungkin boleh digunakan semasa fasa akut,

contohnya pembedahan.

Gangguan fungsi platelet: Transfusi platelet hanya digunakan jika langkah-

langkah lain gagal mengawal pendarahan.

Pengiraan dos:

Platelet rawak (random donor platelet) >60 x 109 / unit (isipadu = 50 ml)

1 unit platelet rawak boleh menaikkan paras

sebanyak 5-10 x 109/L.

Platelet apheresis (apheresis platelet) >200 x 109 / unit (isipadu = 200-300 ml)

Sama dengan 4-6-unit platelet rawak.

<20 kg kanak-kanak 10-15 ml / kg

Dos terapeutik untuk orang dewasa 4-6 unit platelet rawak atau 1 unit aferesis

Disediakan oleh: Prof Madya Dr Leong Chooi Fun, Dr Tang Yee Loong & Dr Rabeya Yousuf

Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Untuk transfusi plasma beku segar (fresh frozen plasma/ FFP),

Indikasi klinikal Pertimbangan

Kekurangan faktor koagulasi Digunakan jika perdarahan akibat kekurangan

faktor koagulasi.

DIC akut Digunakan bila terdapat pendarahan dan paras

PT, APTT >1.5x normal

Thrombotic thrombocytopenic purpura (TTP) Guna plasma beku segar untuk pertukaran

plasma (Plasma exchange).

Reversal wafarin Hanya diguna jika berlaku pendarahan akibat

dos warfarin yang berlebihan

Transfusi masif / penyakit hati/ pembedahan

bypass

Diguna bila terdapat pendarahan dan paras PT,

APTT >1.5x normal

Garis panduan untuk warfarin reversal

Situasi Tindakan

Bukan kecemasan

• INR 5-8, tanpa pendarahan Berhentikan ubat warfarin

• INR >8 atau <8 dengan

pendarahan

IV Vitamin K 2-5mg

Kecemasan dan pendarahan yang

mengugat nyawa

Berhentikan ubat warfarin

IV Vitamin K 2-5mg

IV Prothrombin complex concentrate (INR <5,

15IU/kg; INR>5, 30IU/kg) atau

Plasma beku segar if PCC tidak wujud

• Penggunaan plasma beku segar adalah tidak sesuai dalam kes-kes hipovolaemia, rawatan

keadaan imunodefisiensi atau kekurangan nutrisi.

Disediakan oleh: Prof Madya Dr Leong Chooi Fun, Dr Tang Yee Loong & Dr Rabeya Yousuf

Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Untuk transfusi kryopresipitat (cryoprecipitate),

Indikasi Pertimbangan

Kekurangan fibronogen deficiency (<1g/L) Diguna bila terdapat pendarahan

Rujukan:

• The clinical use of blood handbook. World Health Organization, blood transfusion safety.

• Guidelines for rational use of blood and blood products. National Blood Center, Ministry

of Health, Malaysia.

• A guide to safer transfusion practices. Blood Bank, Ampang Hospital.

Tarikh kemaskini: 16 Ogos 2017