dr rohaila

22
ORPUS Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Editor Khoo Yin Yin, et. al KORPUS Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Penasihat Dr. Rohaila Yusof Ketua Editor Dr. Khoo Yin Yin Editor PM Dr. Nek Kamal Yeop Yunus, Dr. Jamal@ Nordin Yunus, Dr. Khuan Wai Bing, Dr. Gan Pei Tha, Dr. Zahari Hashim, Dr. Hartini Jaafar, Dr. Hazianti Abdul Halim & Pn. Rosmini Ismail 2012

Upload: amy-carter

Post on 22-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

meori

TRANSCRIPT

Page 1: Dr Rohaila

ORPUSFakulti Pengurusan dan Ekonomi

 

Editor 

Khoo Yin Yin, et. al

  

KORPUS

Fakulti Pengurusan dan Ekonomi

 

Penasihat

Dr. Rohaila  Yusof

 

  Ketua Editor

Dr. Khoo Yin Yin

Editor

PM Dr. Nek Kamal  Yeop Yunus,Dr. Jamal@ Nordin Yunus,

Dr. Khuan Wai Bing,Dr. Gan Pei Tha,

Dr. Zahari Hashim,Dr. Hartini Jaafar,

Dr. Hazianti Abdul Halim & Pn. Rosmini Ismail 

   

2012 

KANDUNGAN 

Prakata Ketua Editor 

Page 2: Dr Rohaila

Pengurusan Perniagaan

1.  Fenomena Perubahan dalam Lonjakan Tanggapan Terhadap Produk Berkualiti                 1

     Kamarudin Musa                                                                                                 

 

2.  Impak Imbasan Persekitaran Perancangan Sumber Manusia Terhadap Prestasi                              23                                                                                                                                        

     Organisasi                                                                                                                          

     Nek  Kamal Yeop Yunus & Sopian Hj. Bujang                                                                           

                                                                 

 

Pengurusan Pendidikan

3.  Penggunaan Kajian Kes Pengurusan Pendidikan                                                                 37                    

     Khuan Wai Bing & Omar Abdull Kareem

   

4.  Kesan Penggunaan Media Elektronik dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran             56

      dalam Kalangan Guru-guru di Daerah Kinta

      Zahari Hashim, Abu Bakar Yusof & Rozita Omar

 

5.   Inovasi dalam Pendidikan: Peranan Guru dari Perspektif Pelajar                                       74

      Nek Kamal Yeop Yunus, Mohd Taib Ariffin & Salomawati Ishak              

     

Perakaunan

6. Pemprosesan Maklumat dalam Strategi Pembelajaran Pengalaman                                      84

     Rohaila Yusof, Norlia Mat Norwani, Noorlela Ahmad & Azila Abdul Razak

 

7. Ganjaran Ahli Lembaga Pengarah, Prestasi Syarikat dan Tadbir Urus                                              96

    Norlia Mat Norwani, Asni Othman, Rohaila Yusof &  Norashibah Abdul Jalil

 

Ekonomi

 

8. Keberkesanan Pembelajaran Aktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran                110

Ekonomi Asas

Ramlee Ismail & Seow Yea Pyng

Page 3: Dr Rohaila

 

9. Amalan Pengajaran Guru, Sikap Pelajar dan Hubungannya dengan Pencapaian                 122

Ekonomi Asas Sekolah Menengah

Ramlee Ismail & Sashi Kala Krishnan

    

Keusahawanan

 

10. Keusahawanan Sosial dan Hubungannya dengan Daya Tahan Terhadap Tekanan dalam       132

       Kalangan Pelajar Program Student In Free Enterprise (SIFE)

       Hariyaty Ab Wahid, Norasmah Othman & Haliza Hussein

 

  PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM STRATEGI PEMBELAJARAN PENGALAMAN

 

Rohaila Yusof

Norlia Mat Norwani

Noorlela Ahmad

Azila Abdul Razak

 

PENDAHULUAN

Pendidikan Perakaunan adalah satu cabang dari pendidikan teknik dan vokasional yang memerlukan hasil pembelajaran melebihi aspek peningkatan pengetahuan. Kepelbagaian aktiviti P&P dapat meningkatkan pencapaian pelajar dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam Prinsip Perakaunan (Halimah 1992; Azura 1999; Norasmah 2002). Dalam sistem pendidikan  di Malaysia, mata pelajaran Prinsip Akaun Tingkatan Empat adalah di antara mata pelajaran yang ditawarkan dalam usaha menjuruskan pelajar mengikut bidang kecenderungan mereka. Keputusan SPM bagi mata pelajaran ini menunjukkan pencapaiannya berada di tahap sederhana iaitu 70 peratus pada tahun 1998, 70.3 peratus pada tahun 1999 dan meningkat kepada 74.4 peratus pada tahun 2000. Peratusan ini menunjukkan pencapaian yang kurang memuaskan berbanding mata pelajaran dalam kategori sukar seperti Matematik Tambahan yang mendapat pencapaian melebihi 80 peratus bagi ketiga-tiga tahun. Jadual 1 menunjukkan kedudukan pencapaian mata pelajaran Prinsip Akaun dalam peperiksaan SPM.

JADUAL 1: Sijil Pelajaran Malaysia: Perbandingan Pencapaian Beberapa Mata Pelajaran Elektif Bagi Calon Sekolah Kerajaan Peringkat Nasional Bagi Tahun 1998, 1999 dan 2000

Mata Pelajaran % lulus % lulus % lulus

Page 4: Dr Rohaila

1998 1999 2000

Matematik Tambahan 87.3 89.9 81.5

Sains Pertanian 72.4 75.2 72.8

Perdagangan 69.8 70.6 72.9

Prinsip Akaun 70.0 70.3 74.4

Ekonomi Asas 64.3 64.4 67.6

Ekonomi Sains Rumah Tangga 77.4 72.9 76.1

Lukisan Kejuruteraan 73.9 71.2 73.3

Pengajaran Kejuruteraan 96.6 98.3 95.5

Elektrik dan Elektronik 98.7 96.6 96.9

Rekacipta 97.7 99.7 98.6

Teknologi Kejuruteraan 86.6 87.2 88.0

Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2001

Terdapat berbagai faktor yang menyumbang kepada tahap pencapaian tersebut. Banyak pihak berpendapat bahawa tahap pencapaian pelajar berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang terlalu menekankan kepada penyampaian maklumat (Siti Hanum 2001). Laporan Status Pengajaran dan Pembelajaran Tahunan Keluaran Jemaah Nazir Sekolah telah menyenaraikan sebanyak 16 kelemahan proses pengajaran di sekolah yang berkait dengan masalah P&P. Di antaranya adalah, pedagogi berpusatkan guru, tiada kepelbagaian dalam pengajaran, tidak mengambil kira kepelbagaian potensi murid dan kaedah penyoalan yang sekadar menguji ingatan. Pihak Jemaah Nazir berpendapat ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran di atas memperlihatkan pengalaman pendidikan yang rosak (deformation of practice of education) dan telah berlaku susun lapis pengalaman yang tunggang terbalik (inverse hierarchical practice). Kaedah P&P yang terlalu berpusatkan guru gagal dalam melatih pelajar kemahiran utama seperti kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan kemahiran komunikasi (Foster 1995; Gabbin 2002).  

Oleh kerana pendedahan awal kepada bidang perakaunan bermula di peringkat sekolah menengah, pengkaji membuat tinjauan ke atas beberapa kajian tentang pengajaran dan pembelajaran perakaunan di sekolah. Kajian-kajian berkaitan kaedah pengajaran yang diamalkan dalam penagajaran Prinsip Akaun di sekolah turut memberikan data yang menyokong tentang pengajaran yang berpusatkan guru dan kurang penglibatan aktif pelajar (Tham 1987; Deppe et. al. 1992; Halimah 1992; Azura 1999; Suhaida 2001). Dapatan kajian mereka mendapati kaedah pengajaran terbukti menjadi satu faktor penting yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Akaun. Pendapat ini dikukuhkan oleh kajian Norasmah dan Abdul Razak (1999) yang mendapati pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Akaun di sekolah dapat ditingkatkan melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti pengurusan koperasi sekolah.

 Kajian lepas berkaitan persepsi pelajar terhadap subjek perakaunan menunjukkan pelajar bukan major tidak begitu meletakkan nilai yang tinggi pada subjek perakaunan (Chen

Page 5: Dr Rohaila

et al. 2004),  pelajar bukan major tidak merasakan kursus ini relevan untuk membantu kejayaan mereka dalam bidang selain perakaunan (Turner et al. 2006). Albrecht dan Sack (2000) meminta pendidikan perakaunan di semak semula bagi menggalakkan pembinaan kemahiran dan membuat keputusan berbanding penghafalan. Cabaran ini disambut oleh pendidik dengan menambahbaik kaedah penyampaian  serta menyemak semula tajuk-tajuk yang disampaikan dalam kursus awal perakaunan (Wilson 2009), kaedah pembelajaran aktif turut diperkenalkan dalam subjek perakaunan bagi meningkatkan kualiti P&P perakaunan (Graeff 2010).

Pandangan tentang perlunya kepelbagaian aktiviti pelajar adalah selaras dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Accounting Education Change Comission (AECC) (1992). Tiga dari tujuh prinsip yang digariskan oleh pihak AECC mencadangkan pembelajaran aktif adalah lebih berkesan dari kaedah pasif kuliah dalam menyelesaikan masalah yang masih mendominasi pengajaran perakaunan sehingga hari ini. Menyedari permintaan yang semakin mencabar terhadap bidang ini, beberapa pengkaji telah menguji kaedah pengajaran bukan tradisional dalam perakaunan seperti pembelajaran computer (Basile 2001), kaedah pembelajaran koperatif (Cottell & Millis 1992,1993; Swanson 1994; Suhaida 2001), kaedah simulasi dan permainan (Jackson 1994; Jonick 1998) dan kaedah pengajaran pengalaman (Duangploy & Owings 1994; Agrawal et al. 1991; Jensen 1995; Siegel et al. 1997). Kajian-kajian ini bertujuan menguji keberkesanan kaedah pengajaran bukan tradisional dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam kursus perakaunan.

Kaedah pengajaran yang melibatkan pelajar secara aktif adalah wajib bagi menangani masalah pelajar pasif dan tidak berkemahiran.  Kajian Wilson & Baldwin (1995) ke atas 259 buah kolej dan university di Amerika Syarikat mendapati terdapat kepelbagaian dalam kaedah instruksi yang digunakan dalam penyampaian kursus perakaunan selain daripada kaedah kuliah. 34.4% menggunakan kaedah kajian kes, 13.1% menggunakan komputer dalam pengajaran, 47.5% menggunakan kaedah penyelesaian masalah berkomputer di luar waktu kelas dan 42.6% menggunakan bantuan audiovisual dalam pengajaran. Namun keadaan ini adalah berbeza di Malaysia. Kajian di bidang pendidikan perakaunan di Malaysia adalah sangat terhad khususnya di bidang strategi pengajaran dan pembelajaran di IPT. Kebanyakan kajian ini dilakukan ke atas pelajar sekolah menengah. Tinjauan ke atas kurikulum Prinsip Akaun di sekolah menengah (Tham, 1987; Che Lai, 1993) membincangkan kaedah pengajaran yang sering diamalkan disekolah menengah. Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Akaun (Halimah 1992; Azura 1999) adalah diantara kajian yang cuba mencari jawapan kepada keberkesanan kaedah pengajaran terhadap pencapaian. Keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran koperatif (Suhaida, 2001) dan hubungan antara strategi pembelajaran dan pencapaian dikaji oleh Rihan (2002).

Tham  (1987) mendapati kaedah pengajaran yang paling kerap digunakan dalam kelas Prinsip Akaun Tingkatan empat dan lima adalah penerangan dan tunjuk cara iaitu sebanyak 84.3% latih tubi 62.5%, penyeliaan kerja pelajar 53.1%, penghafalan dari buku teks 22.6%, pengajaran berkumpulan 3.2% dan pembelajaran dalam kumpulan 0%.  Beliau mendapati kaedah pengajaran mempengaruhi tindak balas pelajar dan berupaya menjadi faktor penyumbang kepada minat, motivasi dan penglibatan pelajar. Amalam P&P dalam pendidikan pada masa ini membuat andaian bahawa pelajar dapat menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran tradisional iaitu kaedah kuliah. Halimah (1992) dan Azura (1999) dalam kajian mereka ke atas mata pelajaran Prinsip Akaun, menekankan kepada kepentingan strategi pembelajaran yang menarik bagi meningkatkan minat pelajar seperti pendekatan kajian kes, main peranan, lawatan ke firma dan lain-lain bagi mendedahkan pelajar kepada prospek kerjaya di bidang ini. Azura (1999) dalam kajian kes ke atas 144 orang pelajar

Page 6: Dr Rohaila

tingkatan enam yang mengambil mata pelajaran Prinsip Akaun, mendapati hanya 23.6% sahaja yang bersetuju bahawa kaedah pengajaran yang digunakan sekarang berkesan. Sementara 24.3% memilih sederhana dan 52.1% tidak pasti tentang keberkesanan kaedah pengajaran perakaunan di Tingkatan Enam. Beliau mendapati kaedah pengajaran mempunyai pengaruh yang besar ke atas pencapaian pelajar dalam kertas Prinsip Akaun. Mempelbagaikan sumber rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah di antara tindakan yang dicadangkan bagi memperluaskan pandangan pelajar terhadap kepentingan maklumat perakaunan kepada berbagai bidang kerjaya.

Kepentingan strategi pembelajaran terhadap peningkatan prestasi mata pelajaran Prinsip Akaun di sekolah disokong oleh kajian Suhaida (2001) tentang strategi pembelajaran koperatif. Beliau mendapati prestasi pelajar dalam kumpulan koperatif lebih tinggi berbanding pelajar kumpulan tradisional. Pelajar lebih cenderung kepada strategi pembelajaran pemusatan pelajar di mana 70% daripada 63 pelajar Tingkatan Empat yang diuji menyatakan kesediaan mereka untuk menerima strategi pembelajaran koperatif dalam P&P di kelas Prinsip Akaun. Kesimpulan daripada kajian Tham (1987), Halimah (1992), Azura (1999), Jonick (1998), Norasmah dan Abdul Razak (1999) serta Suhaida (2001) jelas menunjukkan bahawa masih terdapat kelemahan dalam strategi pengajaran bagi mata pelajaran Prinsip Akaun. Oleh itu penerokaan dalam bidang ini perlu diteruskan bagi mencari suatu kepelbagaian bagi meningkatkan pencapaian pelajar bukan sahaja dari aspek kognitif tetapi juga aspek tingkah laku dan persepsi yang lebih kekal dalam diri pelajar iaitu perasaan, sikap dan nilai.

 

 

 

 

TEORI PEMBELAJARAN PENGALAMAN 

Peribahasa lama Cina yang berbunyi saya dengar dan saya lupa, saya lihat dan saya ingat, saya melakukan dan saya faham, menggambarkan keberkesanan pembelajaran pengalaman. Pembelajaran pengalaman memberikan satu model yang menyeluruh tentang proses pembelajaran dan model yang multilinear tentang bagaimana individu belajar, berkembang dan membangun (Kolb et al. 1999). Pembelajaran pengalaman adalah teori pembelajaran yang berasakan teori pragmatism Dewey (1938), teori psikologi social oleh Lewin (1951) dan teori perkembangan kognitif oleh Piaget (1971) yang membentuk satu perspektif unik terhadap pembelajaran dan perkembangan individu (Kolb 1984). Teori ini menegaskan tentang peranan pengalaman dalam proses pembelajaran (Dewey 1938); kepentingan penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran (Lewin 1951) dan kecerdasan sebagai kesan dari interaksi antara pelajar dan persekitaran (Piaget 1971).

            Jarvis et al. (1998) mendefinisikan pembelajaran pengalaman sebagai proses mencipta dan mengubah pengalaman menjadi pengetahuan, kemahiran, sikap, nilai, emosi, kepercayaan dan perasaan. Sementara Miller dan Boud (1996) menyenaraikan beberapa asas kepada pembelajaran pengalaman yang menjadikan strategi pembelajaran ini adalah yang terbaik sekiranya terdapat pengendalian yang sistematik. Beliau berpendapat pengalaman adalah asas atau rangsangan kepada pembelajaran, pelajar membina pengalaman sendiri secara aktif dan reflektif, pembelajaran adalah menyeluruh, pembelajaran adalah dibina secara sosial dan budaya, serta pembelajaran dipengaruhi oleh konteks sosio ekonomi di

Page 7: Dr Rohaila

mana ia berlaku. Proses pembelajaran pengalaman menggunakan pelbagai sensori, afektif dan pengalaman memberi sebab. Lang et al. (1995) mendapati reka bentuk kaedah pembelajaran pengalaman dapat menjadikan pelajar bermotivasi kendiri, asertif, mudah menyesuaikan diri dan meningkatkan kebolehan komunikasi. Aktiviti P&P seperti projek, permainan, simulasi, kerja lapangan dan main peranan adalah di antara pengalaman ‘hands-on’ yang boleh diaplikasi dalam bilik darjah bagi mengayakan pengalaman pelajar. Lebih penting lagi ialah strategi ini melatih pelajar mencari maklumat yang relevan dalam pembelajaran. Pembelajaran pengalaman merupakan bentuk pembelajaran yang personal, dapat meningkatkan retention dan memperkayakan proses pembelajaran. Mereka berpendapat bahawa kandungan utama strategi pembelajaran pengalaman adalah proses berbanding produk.

            Kelebihan pembelajaran pengalaman telah lama mendapat perhatian pakar pendidikan kerana pengetahuan yang diperolehi melalui strategi pembelajaran pengalaman dikatakan lebih kekal lama berbanding pengetahuan yang disampaikan oleh pihak lain (Coleman 1976), serta kelebihan strategi ini adalah terletak kepada kebergantungannya kepada motivasi dalaman. Beliau membuat perbandingan di antara proses pembelajaran yang dialami melalui strategi pembelajaran tradisional (PT) dan pembelajaran pengalaman (PP): Melalui PT, pelajar menerima maklumat secara simbolik iaitu buku atau kuliah berbanding PP  melalui tindakan serta melihat kesan tindakan. Melalui strategi PT, pelajar menerima dan menyusun maklumat supaya prinsip asas difahami berbanding strategi PP di mana pelajar dapat memahami prinsip asas melalui kesan tindakan serta-merta. Pelajar berupaya membuat inferensi berdasarkan prinsip umum dalam PT manakala dalam PP pelajar perlu mengaitkan situasi yang dihadapi dengan prinsip umum. Strategi PT bergerak dari memproses secara kognitif dan simbol ke arah tindakan manakala strategi PP mengaplikasi konsep melalui tindakan dalam keadaan baru dan membuat generalisasi. Walaupun kelebihan adalah berpihak kepada strategi pembelajaran pengalaman, namun strategi pembelajaran tradisional sering menjadi pilihan kerana mempunyai kelebihan dari segi penggunaan masa untuk menyampaikan maklumat. Pembelajaran pengalaman adalah merupakan satu proses, bukan sebuah kurikulum baru. Ia dapat memperkukuh tujuan belajar dan dapat memberikan lebih kepuasan peribadi kerana ia berkait dengan cara individu menerima dan memproses maklumat. Jackson dan Cafarella (1994) berpandangan bahawa pembelajaran pengalaman merupakan satu perspektif luas yang berfokus kepada pengalaman pembelajaran yang tulen sebagai keperluan asas bagi memperoleh kemahiran yang menjadi tunjang kepada pembangunan manusia.

 

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT (Model Dua Stor Ingatan)

 

Pengetahuan menjadi lebih berguna apabila individu mempunyai kemampuan mengingat. Teori ingatan yang paling biasa menjadi rujukan dalam penyelidikan adalah teori pemprosesan maklumat. Woolfork (1988) telah menghasilkan satu teori pemprosesan maklumat yang berpandukan hasil kerja Atkinson dan Shiffrin (1968) dan Gagne (1985) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Menurut teori beliau, kodifikasi maklumat berlaku dalam pendaftaran sensori. Persepsi menentukan apa yang di simpan dalam memori bekerja (Working Memory) bagi kegunaan masa hadapan. Maklumat yang telah diproses dengan sempurna menjadi sebahagian daripada memori jangka panjang dan dapat diaktifkan apabila perlu ke dalam memori bekerja. Oleh itu teori pemprosesan maklumat melibatkan pengumpulan dan menentukan bagaimana dan bila maklumat bergerak melalui sistem.

Page 8: Dr Rohaila

 

 

 

 

 

 

 

                                                Rajah 2.1 Sistem Pemprosesan Maklumat

                                                Sumber : Woolfork (1998)

 

           

Rajah 1 Sistem Pemprosesan Maklumat

Sumber : Woolfork (1998)

 

            Oleh kerana ingatan adalah penting kepada pemprosesan maklumat, maka adalah penting bagi mengenal pasti perkara-perkara yang mempengaruhi ingatan. Secara intuisi dapat dikatakan bahawa prestasi ingatan dipengaruhi oleh sejauh mana pembelajaran dan latihan yang dilakukan ke atas sesuatu bahan. Namun keadaan ini tidak sentiasa benar. Prestasi ingatan dipengaruhi oleh beberapa faktor (Anderson 2000). Faktor pertama adalah sejauh mana maklumat dikembangkan. Ini bermakna menambah maklumat kepada bahan yang dipelajari dapat membantu ingatan. Contohnya ‘pasaran saham tidak menentu’ ditambah dengan ‘pasaran saham tidak menentu kerana kenaikan harga minyak’. Faktor kedua adalah perkembangan yang bermakna terhadap maklumat. Contohnya penggunaan sinonim dan irama (rhyme) terhadap maklumat. Faktor ketiga adalah pembelajaran sengaja atau kebetulan. Samada pembelajaran berlaku secara sengaja atau tidak, ini tidak mempengaruhi prestasi ingatan tetapi cara pemprosesan berlaku dalam pembelajaran sengaja sering kali melibatkan penghafalan dan latih-tubi menyebabkan ia lebih mudah diingati. Faktor keempat adalah skemata, iaitu satu struktur yang menyusun maklumat yang banyak kepada satu system yang bermakna (Anderson 1990). Skemata membantu pengkodan kerana maklumat baru dihuraikan kepada struktur yang bermakna, justeru maklumat penting dapat ditonjolkan. Faktor terakhir adalah bentuk ingatan iaitu ‘flashbulb memories’ dan kesan terhadap diri (self-reference effect). ‘Flashbulb memories’ merujuk kepada peristiwa yang terlalu penting dan tidak mungkin dilupakan. Kesan terhadap diri merujuk kepada keadaan di mana prestasi ingatan adalah baik bagi peristiwa yang melibatkan diri sendiri atau orang yang hampir.

            Maklumat boleh diterima dengan beberapa cara. Salah satu cara penerimaan maklumat adalah secara ingatan sensori iaitu melalui pancaindera. Menurut (Woolfork 1988) rangsangan dari persekitaran seperti bunyi, penglihatan, bau dan sebagainya sentiasa

Page 9: Dr Rohaila

mempengaruhi deria kita. Maklumat sensori yang diperolehi daripada pancaindera ini disimpan sementara (selama 2 atau 3 saat) dalam stor maklumat sensori (Rajah 1). Persepsi dan tumpuan yang diberi terhadap penerimaan sensori adalah amat penting bagi pemprosesan selanjutnya. Persepsi adalah makna yang diberikan terhadap maklumat asal yang diterima melalui sensori. Persepsi individu terhadap sesuatu maklumat adalah berkait dengan ekspektasi serta pengetahuan yang dimiliki tentang maklumat tersebut. Teori Gestalt adalah teori yang menerangkan tentang kecenderungan individu dalam menyusun maklumat sensori kepada corak atau perkaitan. Terdapat dua keadaan dalam teori pemprosesan maklumat tentang bagaimana individu mengenal corak dan member makna terhadap maklumat sensori. Keadaan pertama disebut analisis bentuk. Sekiranya semua analisis bergantung kepada analisis bentuk maka pembelajaran menjadi lambat. Keadaan kedua adalah persepsi yang dibentuk berdasarkan pengetahuan. Individu sering menggunakan pengetahuan sedia ada bagi mengenal pasti corak yang baru. Oleh itu pengetahuan sedia ada mempengaruhi penerimaan maklumat baru. Ahli psikologi pendidikan berpendapat bahawa dua aspek dalam pembelajaran didapati dapat membantu dalam pembentukan persepsi terhadap maklumat (Woolfork 1988; Schunk 2000) iaitu tumpuan perhatian serta pengajaran. Namun, tumpuan perhatian adalah satu sumber yang terhad dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu perancangan pengajaran haruslah member penekanan kepada aktiviti dan bahan pembelajaran yang mampu mengekalkan perhatian pelajar.

            Ingatan bekerja (working memory) berfungsi menyimpan maklumat baru secara sementara dengan kombinasi maklumat dari stor ingatan jangka panjang. Ingatan bekerja mempunyai kapasiti yang terhad. Menurut kajian Miller (1956) kapasiti ingatan bekerja adalah hanya sebanyak lima hingga sembilan maklumat pada satu masa. Kandungan dalam ingatan bekerja adalah maklumat yang diaktifkan iaitu perkara yang sedang difikirkan. Ada kalanya berlaku kesukaran untuk mengingat semula maklumat dari stor jangka panjang tetapi dengan bantuan isyarat (cues) mungkin dapat membantu. Proses kawalan dapat membantu aliran maklumat dalam system pemprosesan maklumat. Latihan pengkodan, pengimejan (imaging), penyusunan maklumat dan strategi mengingat adalah di antara proses kawalan yang dapat membantu aliran maklumat dalam sistem ini.

            Maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang (long term memory, LTM) bergantung kepada frekuensi penggunaannya (Calfee, 1981). Maklumat ini sering diwakili dalam struktur bergabung iaitu maklumat diingati secara bersamaan (associative structures) (Schunk, 2000). Analogi bagi ingatan jangka panjang adalah seperti perpustakaan di mana buku dari kandungan yang sama mempunyai nombor panggilan yang sama. Ingatan ini dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu, ingatan peristiwa (episodic) atau ingatan semantik. Ingatan peristiwa mengaitkan sesuatu peristiwa dan maklumat-maklumat berkaitan. Manakala ingatan semantik adalah berkaitan maklumat umum dan konsep yang tidak berkait dengan mana-mana konteks. Pavio (1971) berpendapat maklumat dalam ingatan jangka panjang disimpan dalam dua pengkodan iaitu secara visual dan lisan serta ianya saling berkait. Beliau berpendapat bahawa objek konkrit seperti bangunan, binatang dan sebagainya disimpan dalam bentuk visual manakala konsep abstrak seperti sayang, jujur serta struktur linguistik yang lain disimpan secara lisan dan visual. Calfee (1981) berpandangan bahawa ketiga-tiga bentuk pengetahuan iaitu pengetahuan penyataan, peraturan dan bersyarat adalah tersimpan dalam ingatan jangka panjang.

            Maklumat yang tersimpan dalam LTM adalah tidak berguna sekiranya ia tidak digunakan. Oleh itu strategi mendapatkan maklumat (retrieval) dari stor ini harus dikenal pasti. Baddeley (1988) berpendapat bahawa proses mendapatkan maklumat bergantung kepada proses pengkodan semasa maklumat masuk ke dalam LTM. Beliau berpendapat

Page 10: Dr Rohaila

bahawa cara mendapatkan maklumat yang terbaik berlaku apabila isyarat yang digunakan semasa menerima maklumat adalah sama dengan isyarat yang digunakan semasa mendapatkan kembali maklumat yang tersimpan. Pengkodan yang berkesan berlaku dalam konteks. Isyarat yang berkait dengan bahan yang dipelajari adalah dihubungkan dengan LTM bersama dengan bahan pembelajaran pada masa pengkodan. Oleh kerana isyarat tadi digunakan untuk mendapatkan maklumat, maka proses tersebut menjadi lebih mudah. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa proses mendapatkan maklumat dipengaruhi oleh jangkaan terhadap maklumat yang penting, oleh itu maklumat yang kurang penting  diketepikan (Hirt et al., 1993). Teori pemprosesan maklumat melibatkan perhatian, persepsi, pengkodan, penyimpanan dan mendapatkan semula maklumat. Teori ini mempunyai perkaitan dengan proses kognitif yang berlaku dalam pembelajaran pengalaman.

 

PERKAITAN DI ANTARA TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN PENGALAMAN

 

 

Perkaitan di antara teori pemprosesan maklumat dan pembelajaran pengalaman dapat dilihat dari segi sumbangan pembelajaran pengalaman dalam membantu proses penerimaan, pemprosesan, penyimpanan serta mengingati maklumat (retrieval). Teori pemprosesan maklumat melibatkan perhatian, persepsi, pengkodan, penyimpanan dan mendapatkan semua maklumat. Manakala proses pembelajaran pengalaman melibatkan penggunaan pelbagai sensori, afektif dan pengalaman dalam memberi sebab (Miller & Boud, 1996). Cara memproses maklumat dalam pembelajaran adalah perkara yang membezakan di antara kaedah pembelajaran pengalaman dengan kaedah pembelajaran secara tradisional  iaitu kuliah dan tunjukcara. Melalui kaedah pembelajaran pengalaman, pembelajaran tidak berlaku secara bersendiri (isolated) sebagaimana, penerimaan maklumat dihubungkan oleh pengalaman, berbanding secara abstrak, maka pemprosesan maklumat adalah lebih mudah dan berkesan. Maklumat dalam pembelajaran pengalaman sering diwakili dalam struktur bergabung , maklumat diatur secara bersama (associative structure) (Schunk 2000) adalah lebih mudah diterima kerana proses pengkodan maklumat yang berkesan berlaku dalam konteks (Baddeley 1988).

            Sensori adalah merupakan cara merupakan cara utama maklumat diterima sebelum berlaku pengkodan. Melalui fasa pengalaman konkrit dan pemerhatian reflektif yang menggalakkan penggunaan imaginasi dan emosi dalam penerimaan dan pemprosesan maklumat, jelas bahawa pelbagai sensori digunakan. Imaginasi, suatu proses yang berlawanan dengan tindakan adalah merupakan alat mental yang paling berkuasa yang dimiliki oleh individu (Beard et al. 2002). Mereka berpendapat semasa proses imaginasi, minda berada dalam keadaan rehat, bersedia untuk distruktur dan menyimpan maklumat yang boleh digunakan untuk masa hadapan. Manakala emosi dapat mempengaruhi tingkah laku seperti perasaan marah, risau, hampa, bangga,cemburu dan sebagainya.Oleh itu emosi merupakan alat penting dalam mempengaruhi perubahan. Proses pembelajaran dianggap sebagai proses mencipta, mengekal dan menggunakan pengetahuan atau tingkah laku yang dapat membentuk dan dibentuk oleh emosi (Fineman, 1997). Emosi dapat mempengaruhi persepsi terhadap maklumat yang diterima. Justeru ia mempengaruhi pengkodan maklumat dengan lebih berkesan dan dapat memberi suatu isyarat bagi membolehkan maklumat ini digunakan semula. Keberkesanan pembelajaran pengalaman boleh dikaitkan dengan teori

Page 11: Dr Rohaila

Anderson (1990) yang menerangkan tentang faktor-faktor yang dapat mempengaruhi daya ingatan seseorang terhadap sesuatu perkara. Di antaranya adalah penambahan maklumat kepada bahan pengajaran dan proses pembentukan schemata dalam pembelajaran bagi membantu proses mengingat kembali maklumat.

            Pembelajaran pengalaman dari sudut psikologi adalah penerimaan sesuatu rangsangan samada secara luaran atau dalaman (Beard et al., 2002). Mereka menggambarkan penerimaan rangsangan sebagai suatu proses pembelajaran yang kompleks. Sebuah model tentang bagaimana individu bertindakbalas terhadap rangsangan dalaman dan luaran telah dihasilkan (Rajah 2). Menurut model ini pengkodan rangsangan melalui deria berlaku dalam keadaan sedar (conscious) dan tidak sedar (subconscious). Pada tahap sedar individu mungkin melihat dan mendengar sesuatu. Pada masa yang sama, individu mungkin tidak sedar dengan rangsangan luaran dalam persekitaran. Pengkodan rangsangan dalaman seperti perasaan lapar, sejuk, sakit kepala dan sebagainya dilakukan secara sedar dan tidak sedar. Setelah rangsangan ini disedari, ia ditapis sebelum interpretasi dilakukan. Interpretasi ke atas rangsangan adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti pengetahuan sedia ada, pengalaman lalu, keadaan emosi, konsep kendiri, lokasi, tahap kekuatan rangsangan serta keperluan peribadi. Langkah seterusnya, adalah untuk memahami ransangan dan memadankannya dengan konstruk mental. Sekiranya ia berpadanan maka berlaku proses asimilasi, sekiranya tidak berlaku proses akomodasibagi memadankan konstruk baru ini dengan konstruk sedia ada, sebagaimana diterangkan oleh teori Piaget. Langkah terakhir dalam model ini adalah tindak balas kognitif, afektif dan tingkah laku yang terbentuk terhadap rangsangan. Kesimpulan dari model ini adalah pembelajaran pengalaman boleh dijadikan satu rangsangan berkesan yang dapat membantu dalam proses penerimaan maklumat berbanding rangsangan yang ‘biasa’ iaitu secara pembelajaran tradisional. Kekuatan rangsangan ini dapat mempengaruhi persepsi terhadap maklumat sebelum ia ditapis oleh perbezaan pengetahuan sedia ada dan pengalaman individu. Persepsi yang terhasil mungkin menghasilkan tindakbalas yang berbeza bagi individu bergantung kepada perbezaan dalam pengetahuan sedia ada dan pengalaman.

 

 

 

 

 

 

 

 

Rajah 2: Proses persepsi dan pembelajaran pengalaman

Sumber : Beard & Wilson (2002)

 

Page 12: Dr Rohaila

           Teori memproses maklumat menekan tentang kepentingan proses pengkodan maklumat kerana ia membantu dalam proses memperoleh semula maklumat. Strategi Pembelajaran Pengalaman adalah satu strategi P&P yang membantu proses pengkodan maklumat dengan berkesan supaya ia dapat digunakan semula dalam memahami ilmu baru. Strategi Pembelajaran Pengalaman mengandaikan bahawa individu mempunyai kecenderungan yang berbeza dalam cara mereka menerima dan memproses maklumat.  Justeru, kaedah yang digunakan harus dipelbagaikan bagi membolehkan penerimaan dan pemprosesan maklumat berlaku dalam berbagai cara mengikut kecenderungan masing-masing. Memahami teori pemprosesan maklumat individu adalah langkah pertama dalam membentuk kaedah penyampaian yang paling sesuai bagi meningkatkan keberkesan ingatan bekerja dan seterusnya membawa kepada ingatan jangka panjang, yang membolehkan maklumat baru ini diaplikasi dalam keadaan baru.

            Subjek Perakaunan adalah secara semulajadinya bersifat pengiraan, melibatkan urusniaga yang berulangkali  dan boleh jadi membosankan sekiranya penyampaian guru hanya bertumpu kepada merekod dan menyediakan penyata kewangan. Pelajar hanya menghafal tanpa memahami apakah sebenarnya kepentingan maklumat perakaunan yang disediakan itu dalam membuat keputusan dan pilihan untuk syarikat.  Justeru, strategi pembelajaran yang digunakan oleh guru adalah amat penting bagi memastikan pelajar memahami kepentingan sesuatu perkara yang dipelajari. Kelebihan mengaplikasi strategi pembelajaran pengalaman dalam P&P subjek perakaunan ialah melalui pemahaman tentang kepentingan stimuli dalam proses P&P. Sifat kandungan subjek perakaunan yang bersifat developmental  menyebabkan pengetahuan atau pengalaman lalu perlu diaktifkan secara berkesan sebelum pengetahuan yang baru dapat diterap. Dalam fasa mengaktifkan pengetahuan sedia ada, pelbagai aktiviti yang mengaitkan ilmu baru dengan pengalaman pelajar boleh dilakukan. Stimuli yang berkesan membolehkan maklumat baru di asimilasi dan  akomodasi, manakala stimuli yang tidak berkesan menyebabkan maklumat baru di tolak.

 

 

KESIMPULAN      

 

Strategi Pembelajaran Pengalaman memberikan satu alternatif dalam merancang sesi pengajaran, ia memerlukan perancangan secara holistik supaya penerimaaan dan pemprosesan maklumat yang berlaku dalam pembelajaran dan pengajaran adalah optima. Masih terdapat isu yang timbul dalam strategi pembelajaran pengalaman dari segi bentuk pengalaman yang sesuai digunakan di dalam kelas, adakalanya pembelajaran tidak berlaku dalam turutan sebagaimana diterangkan dalam teori. Teori pemprosesan maklumat ini dapat dimenafaatkan melalui pembelajaran pengalaman kerana ia membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

 

RUJUKAN

Accounting Education Change Comission. (1992). The first course in accounting: Position Statement No. Two.Issues in Accounting Education, 7(2): 249-251.

Page 13: Dr Rohaila

Agrawal, S. P. & Siegel, P. H. (1991). Introduction to accounting: an experiment in experiential

            curriculum for the next century. Issues in Accounting Education, 9: 401-425.

Albrecht , W.S., and R.J Sack. (2000). Azzounting Education: Charting the Course through a Perilious Future.Accounting Education, 16: Sarasota, FL: AAA

Anderson, J. R. (1990). Cognitive psychology and its implications. Ed. Ke-3. New York: Freeman.

Atkinson, R. C. & Shriffin, R. M. (1968). Human memory: A proposed system and its control processes. Dlm. Spence, K & Spence J. (pnyt.). Psychology of learning and motivation, Vol. 2. Hlm. 34-65. New York: Academic Press.

Azura Bt. Onn. (1999). A study of factors affecting students’ performance in sixth form accounting paper. Tesis Sarjana Sastera. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Baddeley, A.D. (1998). Human memory: Theory and practice. Boston: Allyn & Bacon.

Basile, A. (2001). Acheivement of accounting students relative to individual learning styles and locus of control: An experiment involving Internet-based instructional technology. Thesis PhD. New York University.

Beard, C & Wilson, J. (2002). The power of experiential learning. A handbook for trainers and educators. London: Kogan Page Limited.

Calfee, R. (1981). Cognitive Psychology and educational practice. Dlm. D. C Berliner (pnyt.). Review of research in education, hlm. 3-73. Michigan: Institute for research on teaching.

Che Lai B. Hashim. (1993). A review on the principles of accounts curriculum for the form four and five in the Malaysian secondary school. Tesis Sarjanamuda, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Chen, C.C., K.T. Jones, and D.D McIntyre.(2004). The first course: Students’ perceptions of introductory accounting. The CPA Journal. Available T http:// www. Nysscpa.org/cpajournal/2004/304/essencials/p64.htm

Coleman, J. S. (1976). Differernces between experiential and classroom learning. Experiential learning, Washington: Jossey-Bass Publishers.

Cottel, P. G. & Millis, B. J. (1992). Cooperative learning in accounting. Journal of Accounting Education 10: 95-112.

Deppe, L. A., Sonderegger, E. O., Stice, J. D., Clark, D. C. & Streulling, G. F. (1992). Emerging competencies for the pratice of accountancy, Journal of Accounting Education 9: 257-290.

Dewey, J. (1938). Experience and education. New York: Macmillan Company.

Duangploy, O. & Owings, G. W. (1994). Experiential learning theory: An application with individualized problems on foreign currency restatement. Proceedings accounting education for the 21st century, the global challenges. International Association for Accounting Education and Research. Pergamon: 238-246.

Page 14: Dr Rohaila

Fineman, S. (1997). Emotion and management learning. Management Learning 28 (1): 13-25.

Foster, H.L. (1995). Implementing innovative pedagogy in the first course in accounting and its relationship to student attitudes toward the profession. Tesis Dr. Fal. Andrews University.

Gabbin, A. L. (2002). The crisis in accounting education. Journal of Accountancy. April (193): 4.

Gagne, R. M. (1985). The conditions of learning and theory of instructions. New York: Holt Rinehart & Winston.

Graeff,T.R. (2010). Strategic Teaching for Active Learning. Marketing Education  Review 20 (3): 265-278. Higgins, P.2001. Excitement on the first day? College Teaching 49 (1):2

Halimah Bt. Harun. (1992). Sikap dan pencapaian dalam perakaunan dan faktor yang mempengaruhinya. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Hirt, E. R., Erickson, G. A., & Mc Donald, H. E. (1993). Role of expectancy timing and outcome concistency in expectancy guided retrieval. Journal of Personality and Social Psychology (65): 640-656.

Jackson, L. & Carafella, R. S. 1994. Experiential Learning: A New Approach. New Jersey: Jossey-Base Publishers.

Jackson, T. 1995. European management learning: A cross-cultural interpretation of Kolb’s learning cycle.Journal of Management Development 14(6): 42-50.

Jarvis, P., Holford J. & Griffin C. 1998. The theory and practice of learning. London: Kogan Page.

Jensen, P. H. 1995. The application of Kolb’s experiential learning theory in a first semester college accounting course. Tesis PhD. The University of Memphis.

Jonick, C. A. 1998. A situated business simulation for postsecondary accounting students based on the cognitive apprenticeship model of teaching and learning. Thesis PhD. University of Georgia.

Kolb, D. A. 1984. Experiential learning as a source of development. New Jersey: Prentice Hall.

Lang, H. R., McBeath Arthut & Herbert J. 1995. Teaching strategies and methods for student-centered instruction. Canada: Harcourt Brace and Company.

Lewin, K. 1951. Field theory in social sciences. New York: Harper & Row.

Miller, D. L. & Boud, D. 1996. Animating learning from experience. Working with experience. London: Routledge.

Miller, G. A. 1956. The magical number seven, plus or minus two: Some limits on our capacity for processing information. Psychological Review, 63: 81-97.

Page 15: Dr Rohaila

Norasmah Othman & Abdul Razak Habib. 1999. Penglibatan pelajar dalam pengurusan koperasi sekolah dan kesannya terhadap pembelajaran perakaunan. Jurnal Pendidikan, (24): 103-113.

Norasmah Othman. 2002. Keberkesanan program keusahawanan remaja di sekolah menengah. Tesis Dr. Fal. Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Piaget, J. 1971. Psychology and epistemology. New York: Penguin Books. Middlesex.

Rihan Binti Mansuri. 2002. Hubungan antara strategi pembelajaran dengan pencapaian pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran prinsip akaun di sekolah menengah. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Schunk, D. H. 2000. Learning theories. An educational perspective. New Jersey: Merill.

Siegel, P.H., Omar, K. & Surender P. A. 1997. Video simulation of an audit: an experiment in experiential learning theory. Accounting Education. 217-230.

Siti Hanum. 2001. Laporan status pengajaran dan pembelajaran. Jemaah Nazir Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Suhaida Bt. Abdul Kadir. 2001. Perbandingan pembelajaran koperatif dan tradisional terhadap prestasi, konsep kendiri akademik dan hubungan sosial dalam pendidikan perakaunan. Thesis Dr. Fal. Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Tham Charn Hong. 1987. A study of the principles of accounts curriculum in secondary schools in the Federal Territory of Kuala Lumpur. Thesis M.Ed, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Turner, K.G.,V.P. Lesseig, and J.G. Fulmer, Jr.2006. Motivation in the first accounting course. The CPA Journal76 (5): 66-69

Wilson, T. E. & Baldwin, E. F. 1995. The accounting education change commission and accounting principles courses: A survey of accounting programs. Journal of Education for Business, Jan/Feb: 157-159.

Woolfork, A. E. 1988. Educational psychology. Boston: Allyn and Bacon.