penggunaan polistirena perlu kawalan lebih ketat

16
Penggunaan Polistirena Perlu Kawalan Lebih Ketat KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Penggunaan bekas makanan diperbuat daripada polistirena di Malaysia adalah di tahap membimbangkan dan perlu dikawal dengan lebih tegas menerusi peraturan yang ketat, kata persatuan pengguna dan pencinta alam. Walaupun pelbagai langkah diambil untuk membendung masalah ini oleh kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO), namun penggunaannya masih meluas. Ketua Pegawai Operasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) S. Peiarapakaran berkata penggunaan polistirena hanya dapat dikawal sekiranya kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat. Pada masa ini peraturan mengenai pengawalan penggunaan pembungkus dan bekas makanan daripada bahan PVC terkandung dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Namun, kata Peiarapakaran, peraturan itu tidak menghalang penggunaan polistirena secara meluas oleh peniaga dan juga orang ramai. "Terpulang kepada kerajaan, jika kerajaan tidak mahu persekitaran kita dicemari oleh plastik dan polistirena, seharusnya kerajaan memperkenalkan akta yang melarang ataupun mengawal penggunaan bekas makanan polistirena ataupun plastik," katanya. Bagaimanapun, menurut Peiarapakaran, untuk mengawal penggunaan polistirena dengan berkesan memerlukan masa kerana banyak pihak terlibat dalam industri pengeluaran polistirena dan sebarang tindakan drastik boleh menjejaskan pendapatan mereka. Katanya penggunaan polistirena boleh dihadkan dengan bahan alternatif seperti bekas yang diperbuat daripada ubi kayu atau kelapa sawit yang harganya bagaimanapun lebih tinggi berbanding bekas polistirena. "Walaupun lebih mahal kita boleh menggunakan bahan ataupun bekas alternatif ini secara berperingkat. Lama kelamaan kita akan biasa menggunakannya," kata Peiarapakaran. Mengikut Persatuan Pekilang Plastik Malaysia, sebanyak 1.8 juta tan metrik plastik pelbagai jenis telah digunakan di negara ini pada tahun 2008 manakala untuk polistirena pula, terdapat 108,000 tan metrik digunakan pada 2007 dan menurun kepada 106 ribu tan pada tahun 2008. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata jika kerajaan tegas untuk menghadkan pengeluaran polistirena dengan menggantikannya dengan bahan alternatif, ini akan memberi kesedaran kepada orang ramai. Beliau juga menyeru kerajaan agar memperuntukkan dana kepada NGO untuk mengadakan kempen kesedaran di kawasan-kawasan yang biasa dikunjungi masyarakat awam dan di sekolah. Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia Tan Sri Dr Salleh Mohd Noor pula berkata selain kerajaan dan NGO, pengguna juga harus memainkan peranan dalam mengawal penggunaan polistirena. Katanya pengguna harus menyedari tanggungjawab mereka dan berusaha untuk

Upload: hemarani-munisamy

Post on 24-Oct-2015

404 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Polistirena Perlu Kawalan Lebih Ketat

Penggunaan Polistirena Perlu Kawalan Lebih Ketat

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Penggunaan bekas makanan diperbuat daripada polistirena di Malaysia adalah di tahap membimbangkan dan perlu dikawal dengan lebih tegas menerusi peraturan yang ketat, kata persatuan pengguna dan pencinta alam.

Walaupun pelbagai langkah diambil untuk membendung masalah ini oleh kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO), namun penggunaannya masih meluas.

Ketua Pegawai Operasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) S. Peiarapakaran berkata penggunaan polistirena hanya dapat dikawal sekiranya kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat.

Pada masa ini peraturan mengenai pengawalan penggunaan pembungkus dan bekas makanan daripada bahan PVC terkandung dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

Namun, kata Peiarapakaran, peraturan itu tidak menghalang penggunaan polistirena secara meluas oleh peniaga dan juga orang ramai.

"Terpulang kepada kerajaan, jika kerajaan tidak mahu persekitaran kita dicemari oleh plastik dan polistirena, seharusnya kerajaan memperkenalkan akta yang melarang ataupun mengawal penggunaan bekas makanan polistirena ataupun plastik," katanya.

Bagaimanapun, menurut Peiarapakaran, untuk mengawal penggunaan polistirena dengan berkesan memerlukan masa kerana banyak pihak terlibat dalam industri pengeluaran polistirena dan sebarang tindakan drastik boleh menjejaskan pendapatan mereka.

Katanya penggunaan polistirena boleh dihadkan dengan bahan alternatif seperti bekas yang diperbuat daripada ubi kayu atau kelapa sawit yang harganya bagaimanapun lebih tinggi berbanding bekas polistirena.

"Walaupun lebih mahal kita boleh menggunakan bahan ataupun bekas alternatif ini secara berperingkat. Lama kelamaan kita akan biasa menggunakannya," kata Peiarapakaran.

Mengikut Persatuan Pekilang Plastik Malaysia, sebanyak 1.8 juta tan metrik plastik pelbagai jenis telah digunakan di negara ini pada tahun 2008 manakala untuk polistirena pula, terdapat 108,000 tan metrik digunakan pada 2007 dan menurun kepada 106 ribu tan pada tahun 2008.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata jika kerajaan tegas untuk menghadkan pengeluaran polistirena dengan menggantikannya dengan bahan alternatif, ini akan memberi kesedaran kepada orang ramai.

Beliau juga menyeru kerajaan agar memperuntukkan dana kepada NGO untuk mengadakan kempen kesedaran di kawasan-kawasan yang biasa dikunjungi masyarakat awam dan di sekolah.

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia Tan Sri Dr Salleh Mohd Noor pula berkata selain kerajaan dan NGO, pengguna juga harus memainkan peranan dalam mengawal penggunaan polistirena.

Katanya pengguna harus menyedari tanggungjawab mereka dan berusaha untuk mengurangkan penggunaan polistirena terutama sekali sebagai bekas makanan.

"Kaedah yang paling mudah untuk mengawal penggunaan polistirena ialah dengan menggantikannya dengan bekas makanan (plastik seperti) tupperware ketika membeli makanan di luar. Walaupun sudah lama kita cadangkan cara ini, namun masih ramai yang tidak mengaplikasikannya dalam rutin harian mereka," kata Salleh.

-- BERNAMA

Page 2: Penggunaan Polistirena Perlu Kawalan Lebih Ketat

BEKAS POLISTERINA PUNCA BARAH?

ISU pencemaran alam sekitar seharusnya tidak boleh dipandang remeh oleh generasi pada hari ini kerana bumi yang didiami kita pada hari ini semakin tenat dengan longgokan sisa-sisa domestik, sampah sarap dan pelepasan gas hijau ke udara.

Bahan-bahan buangan yang sukat dilupuskan secara semulajadi seperti polistirena sepatutnya dikurangkan penggunaan atau tidak digunakan langsung. Selain ia mengambil masa kira-kira 500 tahun untuk lupus, bahan itu juga dikatakan turut menjadi agen kanser.

Wartawan Utusan Malaysia, MUHAMMAD DAYNE AZMIN cuba mengupas isu ini dari pelbagai perspektif dari aspek alam sekitar dan kesihatan di samping cuba mencari alternatif menggantikan penggunaan bekas makanan polistirena ini.

Penggunaan bekas polistirena perlu diharamkan kerana bahan stirena yang terdapat di dalamnya boleh menyebabkan barah pada organ dalaman manusia terutama sistem pencernaan, sel darah dan hati.

Selain itu bekas berwarna putih yang sering digunakan untuk mengisi makanan itu juga memberikan kesan buruk kepada alam sekitar kerana ia tidak boleh diuraikan secara semula jadi.

Ketua Pusat Penyelidik Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Ku Halim Ku Hamid berkata, biarpun belum ada kajian mendalam mengenai tahap bahaya bahan itu namun stirena yang berasal dari phemynl memang boleh memberi masalah kepada sistem kesihatan.

‘‘Organ-organ dalam badan manusia akan menerima kesan secara tidak langsung terutamanya kepada sistem pencernaan dan turut boleh melibatkan darah serta hati.

‘‘Walaupun tiada kajian, namun kewujudan stirena ini tetap ada dalam bekas makanan malah bertambah bahaya jika sumber makanan atau minuman yang digunakan berasid,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.

Oleh itu, beliau mengharapkan penggunaan bekas polistirena ini diharamkan seperti yang dilakukan oleh kebanyakan negara-negara maju.

‘‘Bukan sekadar kepada kesihatan malah turut memberi kesan buruk kepada alam sekitar kerana ia mengambil masa selama beratus-ratus tahun untuk terurai,’’ jelasnya.

Penggunaan bekas polistirena cukup popular di negara ini kerana ia kelihatan bersih dan ringan serta mudah digunakan.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut mendedahkan bahawa bekas polistirena memberikan ancaman kepada kesihatan dan alam sekitar ternyata memerlukan perhatian daripada banyak pihak.

Page 3: Penggunaan Polistirena Perlu Kawalan Lebih Ketat

Ini kerana bahan stirena yang terdapat dalam ppolistirena boleh menjadi agen penyebab kanser apabila ia meresap masuk ke dalam makanan.

Presiden Cpolistirena biasanya mengandungi sedikit sisa stirena kerana proses pembuatannya tidak 100 peratus berkesan.

‘‘Terdapat dua cara stirena ini boleh menyerap masuk ke dalam makanan jika bekas makanan itu masih baru disebabkan ia belum sebati manakala yang lama mudah terurai akibat panas dan pancaran matahari.

‘‘Stirena yang meresap dalam makanan itu akhirnya akan masuk ke dalam badan dan bakal menjejaskan kesihatan manusia,’’ jelasnya di dalam satu kenyataan akhbar kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya lagi, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen Kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser.

‘‘Kesan buruk stirena ini akan menyebabkan mutagen yang boleh memberi perubahan genetik.

‘‘Mutagen mungkin akan menyumbang risiko kanser dan merosakkan sistem pembiakan,’’ katanya lagi.

Beliau seterusnya berkata, pengeluaran polistirena juga membabitkan penggunaan benzena iaitu bahan karsinogen yang dikaitkan dengan leukemia.

‘‘Di Britain, terdapat kajian mendapati bahawa polistirena dalam plastik yang digunakan untuk makanan mengandungi sehingga 80 bahagian persejuta (bps) benzena,’’ jelasnya.

Sehubungan itu, CAP berharap orang ramai dapat mengubah trend dengan membawa bekas sendiri semasa membeli makanan daripada penjaja.

‘‘Dengan amalan ini, ia dapat mengelakkan orang ramai daripada terdedah kepada bahan-bahan penyebab kanser yang terdapat di dalam bekas makanan polistirena,’’ ujarnya.

Sumber: (UTUSAN MALAYSIA)

Page 4: Penggunaan Polistirena Perlu Kawalan Lebih Ketat

Eco-Pack mesra alam

Jika sudah timbul hasrat untuk mengubah kesejahteraan kampus, ia seharusnya dimulakan

secara berperingkat agar kejayaan jangka panjang dapat dicapai.

Itulah kaedah yang digunakan oleh Koordinator Kampus Sejahtera Universiti Sains Malaysia.

Apakah kaedah itu dan bagaimana ia bermula? Ikuti laporan NIZHA PERIASWAMY

bersama jurugambar ZHAFARAN NASIB mengenai langkah USM memperkenalkan

penggunaan eko-pek.

SAMBIL menunggu di luar bilik Profesor Madya Lee Lik Meng di pejabatnya di bangunan

Kampus Sejahtera, Universiti Sains Malaysia (USM), saya dapat memerhatikan beberapa usaha

yang telah dilakukan untuk mengubah persekitaran kampus agar lebih mesra terhadap alam

sekitar.

Kelihatan papan kenyataan dipenuhi dengan pelbagai maklumat, antaranya The White Coffin

yang akan menjadi intipati pertemuan kami pada hari tersebut. Berbunyi seram, perkataan

coffin atau keranda seolah-olah memberi amaran. Dan kebenarannya, keranda putih yang

dimaksudkan itu ialah bekas makanan polistirena yang sangat popular untuk membungkus

makanan.

Sebaik sahaja pelajar yang memenuhi bilik Lik Meng bersurai, sesi pertemuan saya dengan

beliau berjalan lancar dan penuh berinformasi tanpa sebarang gangguan. Malah kesanggupan

beliau berkongsi maklumat berulang kali untuk memahamkan saya tentang program kampus

mesra alam di USM amat dihargai.

Tanpa melengahkan masa, Lik Meng terus menyentuh topik perbualan mengenai penggunaan

bekas boleh lupus 'eko-pek' (Eco-Pack).

"Pada masa sekarang, sebanyak 7,000 bekas makanan seperti plastik, polistirena dan kertas

perang digunakan pada setiap hari.

Daripada jumlah itu, kira-kira 4,000 adalah bekas polistirena yang penggunaannya boleh

menjejaskan kesihatan dalam jangka panjang," katanya.

Katanya lagi, sungguhpun kertas perang boleh digunakan, tetapi kerana ia mempunyai elemen

plastik, ia juga kurang baik.

Selain elemen kesihatan, katanya, kertas pembungkus itu juga meningkatkan jumlah sampah.

"Ini menyebabkan lebih 1.5 juta tan sampah dikumpul hanya di kampus utama," katanya.

Dengan niat untuk menggunakan bekas yang boleh lupus secara biodegradasi sekali gus tidak

menambahkan timbunan sampah, pihak USM mengambil langkah memperkenalkan eko-pek.

"Tujuan utamanya ialah sebab kesihatan kerana polistirena mempunyai kandungan carcinogen

yang boleh mengakibatkan kanser.

Page 5: Penggunaan Polistirena Perlu Kawalan Lebih Ketat

Kedua, kerana sampah semakin banyak dari segi volume dan ini menambahkan kebimbangan

untuk alam sekitar," tambah beliau.

Hasilnya, program ini berjaya menggalakkan pelajar makan di kantin atau membawa bekas

sendiri untuk membungkus makanan. Ia sekali gus mengurangkan sampah.

Namun, bagi keadaan di mana pelajar atau kakitangan kampus masih memerlukan bekas

makanan, pihak USM di bawah program kampus sejahtera tampil memperkenalkan eko-pek.

Pembungkus ini dihasilkan sepenuhnya di Malaysia menggunakan bahan buangan kelapa

sawit.

"Kami mempunyai kelulusan daripada SIRIM, badan penguasa dari Jepun dan Amerika

Syarikat. Jadi, ini menyakinkan kami untuk menggunakannya. Setakat ini, kajian yang

dijalankan oleh pihak USM sendiri mendapati tiada apa-apa kesan negatif yang ditunjukkan,"

jelas Lik Meng.

Eko-pek menggunakan bahan semula jadi 100 peratus, tidak menggunakan lapisan plastik

(laminated), tidak menggunakan gam dan boleh dikomposit secara semula jadi sepenuhnya.

Ditanya bagaimana beliau mendapat tahu mengenai eko-pek, Lik Meng berkata, semasa

sambutan majlis konvokesyen di USM pada tahun 2005, sekumpulan pelajar membuat kempen

menggalakkan penggunaan eko-pek dengan menggantikan bekas polistirena demi kesihatan

dan alam sekitar.

"Bermula dari situ, saya mengkaji lebih lanjut tentang bekas ini," ujarnya.

Percubaan untuk menghentikan penggunaan polistirena

pernah dilakukan beberapa kali oleh pihaknya tetapi ia tidak

berjaya. Ini katanya mungkin disebabkan masa.

"Misalnya, sekarang kita mempunyai pelajar yang lebih

menyedari dan peka terhadap kepentingan alam sekitar,

pemimpin pelajar yang berkaliber dan yang memberi

sokongan," katanya.

Lagipun katanya, ketika itu tiada pembungkus pengganti

seperti eko-pek.

Biarpun begitu, beliau memberitahu masih ada golongan

pelajar yang kurang bersetuju dan enggan membayar caj

bekas tersebut sebanyak RM0.20. Pihak USM terpaksa

mengenakan sedikit caj kerana harga bekas itu yang tinggi.

Langkah itu juga diharap akan menggalakkan pelajar

menggunakan bekas makanan sendiri atau makan di kantin.

Page 6: Penggunaan Polistirena Perlu Kawalan Lebih Ketat

"Ini akhirnya kembali kepada tujuan asal kita iaitu mengurangkan sampah dan tidak

menggunakan bekas yang memudaratkan kesihatan," tambahnya.

Menjawab soalan penggunaan polistirena atau plastik, beliau berkata, pihaknya memang telah

mengharamkan penggunaan bahan bungkus itu tetapi tidak menafikan ia masih berleluasa

kerana permintaan pembeli.

Sungguhpun begitu, beliau berkata, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa.

"Kami tidak berhasrat untuk menghukum mereka tetapi mereka harus sedar dengan

sendirinya," ujarnya.

Kempen yang dimulakan pada Januari lalu dijalankan secara besar-besaran melalui

menandatangani kad 'Keranda Putih' iaitu perjanjian untuk tidak menggunakan polistirena. Kad

itu adalah sebahagian daripada kempen kampus sejahtera untuk menyedarkan penghuni

kampus tentang bahaya penggunaan polistirena.

Walaupun langkah yang diambil oleh pihak Kampus Sejahtera USM adalah untuk kebaikan

semua, tetapi mereka juga tidak terlepas daripada aduan. Beliau mengakui banyak menerima

aduan.

"Apa yang perlu diubah ialah tabiat makan. Kita suka 'kari banjir' tetapi selepas tiga jam, bekas

eko-pek menyerap kari, itu aduan yang biasa diterima."

"Jadi, nasihat saya ialah kita kena ubah tabiat 'kari banjir' yang tidak baik untuk kesihatan.

Begitu juga amalan menyimpan makanan untuk tempoh yang lama. Ini juga memudaratkan

kesihatan," katanya sambil menambah tabiat itu boleh menyebabkan pembiakan bakteria,

kecuali disimpan di dalam peti sejuk.

Menguji sendiri kemampuan eko-pek dan aduan pelajar, Lik Meng membeli nasi dengan

amaun kari yang sepatutnya dan beliau berkata, tidak berdepan dengan sebarang masalah.

"Ia hanya menyerap jika kandungan minyak berlebihan," katanya.

Lik Meng turut menekankan biarpun pembungkus eko-pek diperkenalkan, kempen 'kitar

semula' bukanlah fokus utama.

Ini kerana keutamaan program Kampus Sejahtera ialah untuk mengurangkan sampah dan jika

ada sekalipun, ia adalah sampah kompas agar boleh digunakan semula sebagai baja tumbuhan.

Selain inisiatif yang diberikan dalam pembungkusan makanan, Lik Meng berkata, mereka ingin

meluaskan fokus kepada aspek kesihatan, gaya hidup dan alam sekitar.

"Kami juga menggalakkan pihak kantin mengamalkan kaedah penyediaan makanan yang betul

dan sihat. Jadi, kami mahu kantin menggunakan material organik tetapi kajian mengenainya

masih dijalankan," katanya.

Membeli daripada sebuah syarikat dengan harga yang agak mahal, Lik Meng berkata, beliau

tidak mempunyai alternatif kerana setakat ini, tiada syarikat lain mahu menceburi perniagaan

ini kerana penghasilan eko-pek melibatkan proses yang agak rumit.

Page 7: Penggunaan Polistirena Perlu Kawalan Lebih Ketat

Kurangkan Penggunaan Plastik

by Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Tahukah anda bahawa sebuah beg plastik yang kita buang boleh berada di tapak pelupusan untuk beribu-ribu tahun? Kekerapan kita menggunakan beg-beg plastik untuk mengisi barang semakin bertambah. Kalau 20 tahun dahulu, kertas atau suratkhabar lama digunakan untuk membungkus barang keperluan harian di kedai-kedai runcit atau pasar, kini ia telah digantikan hampir sepenuhnya oleh beg-beg plastik. Sama ada kita membeli buah-buahan, kuih-muih, roti atau sehelai kemeja, penjual pasti membungkus barang tersebut dalam sebuah beg plastik.

Apakah yang membimbangkan tentang plastik? Plastik merupakan bahan yang diperbuat dan sebuah sumber yang amat berharga - minyak. Lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan.

Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus dari muka bumi. Kalau pun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastik dan sekarang, masih tendapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul.

Beg plastik sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita. Binatang yang menyangka beg plastik makanan boleh mati apabila makan beg plastik tersebut.

Kajian di beberapa negara menunjukkan bahawa pengguna biasanya malas membawa beg sendini ketika membeli-belah. Justeru itu mereka dengan gembira menerima beg plastik yang diberi oleh penjual.

Sebenarnya penjual boleh menggalakkan pengguna menggunakan beg kain ketika membeli-belah dengan menyediakan beg tersebut atau meminta pengguna menggunakan semula beg plastik.

Sumber Dari : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Page 8: Penggunaan Polistirena Perlu Kawalan Lebih Ketat

KITAR SEMULA – ‘SAY NO TO PLASTIC BAGS’

Umum semua tahu pada setiap hari sabtu adalah merupakan Hari Tanpa Beg Plastik yang telah

bermula pada awal tahun 2010. Kempen ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif seperti

mengurangkan penggunaan beg plastik dan mempertingkatkan kesedaran pengguna awam

terhadap impak-impak negatif penggunaan beg plastik. Kempen ini akan memberi kesedaran

dan manfaat kepada para pengusaha dan pengguna iaitu mengurangkan kos pemprosesan beg

plastik serta mengurangkan pencemaran alam sekitar, juga menjadi sebahagian daripada

kempen mengurangkan pelepasan karbon yang menjejaskan lapisan ozon.

Penggunaan beg plastik dalam pelbagai aktiviti khusus untuk memuatkan barangan yang dibeli

digedung beli belah, pasar raya dan kedai sudah menjadi amalan biasa sejak berkurun lamanya.

Kesedaran masyarakat terhadap sifar penggunaan beg plastik masih terlalu rendah jika

dibandingkan dengan negara maju untuk memastikan bumi ini bebas daripada sebarang

pencemaran alam sekitar.

Peniaga-peniaga hyper/supermarts, departmental stores, farmasi, fast food restaurants, petrol

kiosk stores diwajibkan mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Kebanyakan beg

plastik sukar untuk dilupuskan, malah beg plastik yang boleh dilupuskan tidak akan mereput

tanpa kelembapan, cahaya dan oksigen di tempat pembuangan. Peniaga gerai juga digalakkan

bertukar kepada kaedah pembungkusan yang lebih mesra alam. Dipasaraya-pasaraya sesiapa

yang masih ingin menggunakan beg plastik boleh memperolehinya dengan bayaran sebanyak

20 sen sekeping pada hari tersebut. Berjayakah kempen ini jika dipasaraya-pasaraya kita masih

boleh mendapatkan beg plastik walaupun hari tersebut telah diistiharkan sebagai hari tanpa beg

plastik?????. Oleh itu bawalah beg membeli-belah jika anda ingin menjimatkan 20 sen

tersebut.

Peraturan bagi mengasingkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula seperti plastik daripada

sisa pepejal lain perlu diwujudkan supaya plastik boleh dikutip untuk kitar semula.

Bagaimanapun usaha ini tidak akan membuahkan hasil yang baik sekiranya orang ramai tidak

menjalankan tanggung jawab untuk tidak membuang beg plastik di merata tempat dan

mengurangkan penggunaan beg plastik yang disediakan di kedai dan pasar raya.

Kerajaan juga mengumumkan pengurangan penggunaan beg plastik dengan menggalakkan

orang ramai mengurangkan penggunaan beg plastik. Kita harap usaha mengurangkan

penggunaan beg plastik ini akan membolehkan kita mencapai wawasan menjadi negara hijau di

Malaysia. Oleh yang demikian, seluruh ahli masyarakat disarankan agar mengurangkan

penggunaan beg plastik sejajar dengan kempen kerajaan demi kesejahteraan hidup bersama.

Adalah disarankan semasa keluar membeli barangan dapur jangan lupa bawalah beg sendiri

atau membawa bakul, karung kertas yang mudah dibawa atau yang boleh dilipat. Ianya

Page 9: Penggunaan Polistirena Perlu Kawalan Lebih Ketat

kelihatan kemas bila diisi dengan barangan yang dibeli, cantik, bergaya dan senang dibawa

kemana-mana serta tidak mudah terkoyak.

Inisiatif yang dilakukan pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Lembaga Pemasaran Pertanian

Persekutuan (FAMA) patut dipuji dimana telah memperkenalkan beg plastik mudah urai untuk

mengurangkan pengeluaran karbon di bandar pintar Malaysia. Beg plastik ini berwarna putih

tetapi telus cahaya itu kelihatan sama seperti beg plastik lain cuma ia sedikit nipis. Biarpun

nipis, ia masih mampu berfungsi seperti beg plastik lain dengan menampung berat beberapa

kilogram makanan. Dalam tempoh lebih kurang enam bulan ke setahun, beg plastik tersebut

boleh mereput sedikit demi sedikit menjadi habuk ringan yang mudah terbang apabila ditiup

angin.

Justeru, pihak PPj diharap terus menjalankan kempen ini secara berterusan kerana

keberkesanan perkara yang melibatkan sampah bergantung kepada sikap manusia.

Renungkan fakta ini yang dipetik dari sumber yang dikeluarkan oleh MOA mengenai beg

plastik.

Renungilah fakta yang mengejutkan mengenai beg plastik dari kedai membeli belah:

Beg Plastik diperbuat dari polietilena. Polietilena adalah produk hasil dari

petroleum.

Lebih kurang 60-100 juta tong petroleum digunakan untuk menghasilkan beg plastik

setahun untuk seluruh dunia.

Penghasilan dan pengeluaran beg plastik menyumbang kepada pencemaran udara

dan kadar pengunaan tenaga.

Pengeluar beg plastik menambahkan lagi pengeluaran karbon yang bertan-tan

diudara setiap tahun.

Di United Kingdom, pengharaman beg plastik adalah bersamaan dengan

mengurangkan 18,000 kenderaan di atas jalan.

Sebanyak 500 juta ke 5 trilion beg plastik dihasilkan dan digunakan setiap tahun

diseluruh dunia.

Hanya 1% dari trillion yang dihasilkan itu dikitar semula.

Kebanyakan beg plastik polietilena mengambil selama 400 tahun untuk

dibiodegradasikan. Sesetengah dari itu boleh mengambil masa selama 1000 tahun

untuk diuraikan.

Apabila polietilena diuraikan, bahan toksik akan larut dan resap ke dalam tanah dan

seterusnya ke rantai makanan kita.

Beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita. Beg-beg ini menyekat jalanan

pengairan, merosakkan landskap dan akan sentiasa mencemarkan tanah dan air kita.

Beg plastik juga memberi kesan yang padah kepada burung-burang dan mamalia

marin yang menyangkakan beg tersebut adalah makanan. Setiap tahun, 100,000

penyu laut dan haiwan marin yang lain mati kerana beg plastik.

Page 10: Penggunaan Polistirena Perlu Kawalan Lebih Ketat

10 Kegunaan Aluminium Foil

Tahukah anda, aluminium foil mempunyai keistimewaannya yang tersendiri

selain sebagai pembalut makanan di dapur? Aluminium foil yang diperbuat

daripada aloy merupakan satu bahan yang berguna kepada kita dalam

menguruskan kegiatan harian. Di sini saya akan menyenaraikan beberapa

kegunaan lain aluminium foil.

1. Menajamkan gunting : Tahukah anda, bahawa aluminium foil mampu

menajamkan gunting anda yang tumpul. Dengan mengguntingkan 6 - 8

lapis alumunium foil mampu meningkatkan ketajaman mata gunting

anda.

2. Membersihkan oven - Penat untuk mengikis sisa makanan yang hangus

terjatuh di bahagian bawah oven? Lapiskannya dengan aluminium foil

sebelum menjadikannya lebih kotor. Jangan biarkannya berkekalan dan

ia hendaklah dibuang kerana lama-kelamaan ia boleh merosakkan oven

anda.

3. Menjadikan sabun tahan lama - Letakkan sekeping aluminium foil

dibawah bahagian sabun untuk mengekalkannya di dalam takungan buih

sabun sekaligus mengelakkannya mengalir dengan lebih banyak.

4. Membuat bentuk kek yang menarik - Membeli acuan kek yang

berbentuk dan menarik adalah agak mahal. Oleh itu, untuk mendapatkan

kesan yang sama seperti menggunakan acuan yang mahal, gunakan

aluminium foil. Acuan biasa digunakan pada bahagian luar seperti biasa,

tetapi ditambah dengan aluminium foil yang telah dibentuk mengikut

kehendak kita. Pastikan aluminium foil yang dibentuk adalah sama tinggi

dengan acuan luar dan hendaklah dibentuk agak tebal agar mampu

menahan bentuknya semasa proses pembakaran. Anda boleh membuat

bentuk hati tanpa memerlukan acuan yang baru!

5. Membuat pemantul potrait - Lupakan tentang pemantul fotografi

professional yang mahal. Dengan menggunakan kadbod yang dibaluti

dengan kertas aluminium foil sebagai pemantul potrait akan menjadikan

gambar yang diambil lebih hidup dan cantik!

Page 11: Penggunaan Polistirena Perlu Kawalan Lebih Ketat

6. Menghalau burung pada pokok - Gantungkan kepingan aluminium

yang digulung dan diikat pada jaring ikan pada pokok buah-buahan yang

anda tanam. Cahaya yang terpantul dan bunyi yang dikeluarkan dari

aluminium foil tersebut akan menghalau burung-burung yang ingin

menghinggap dan mengganggu tanaman anda.

7. Melembutkan gula perang - Ramai orang memasukkan gula perang ke

dalam mikrowave untuk melembutkan isi gula tersebut, namun ini

sebenarnya menjadikan gula tersebut semakin mengeras. Jadi, untuk

melembutkan gula perang tersebut, cuba balutkan gula perang dengan

kertas aluminium foil dan bakar pada 300 darjah (Fahrenheit) selama 5

minit.

8. Melindungi perabot anda - Haiwan peliharaan biasanya tidak tahan

dengan bunyi dan rasa kepingan aluminium foil. Untuk menjauhkan

haiwan peliharaan dari mencakar dan mengacau perabot anda, lindungi

tempat duduk dengan kertas aluminium foil yang bersih sekiranya anda

tidak menggunakannya. Dalam beberapa hari, haiwan-haiwan ini akan

belajar untuk tidak duduk di atasnya. Anda juga boleh melindungi kaki-

kaki perabot dari dicakar dan digigit dengan membalutnya dengan kertas

aluminium foil.

9. Melancarkan siaran TV - Sekiranya anda meletakkan pemain DVD

diatas atau dibawah TV, kadang-kadang siaran TV akan terganggu dan

ini membuatkan anda tidak selesa menonton. Ini biasanya berlaku

apabila medan elektromagnetik dari kedua-dua alat tersebut

mengganggu satu sama lain. Untuk mengelakkan hal ini berlaku,

letakkan sekeping aluminium foil antara alat tersebut.

10. Mudah untuk menggosok baju- Apabila anda menggosok baju,

letakkan kepingan aluminium foil di bawah kain pelindung papan seterika

(iron board). Dengan cara ini, anda dapat menggosok kedua-dua

bahagian pakaian yang digosok secara serentak kerana aluminium foil

akan memantulkan haba dari seterika tersebut.